Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 41 Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan : 1. Membuat persembahan projek eksperimental a. Murid boleh meminta bantuan rakan dalam menyediakan bahan untuk membuat persembahan projek. b. Setiap murid perlu membuat persembahan projek secara lisan dengan bantuan seperti gambar, lakaran atau persembahan multimedia di depan murid-murid lain. Murid sedang membuat persembahan projek eksperimental . 2. Semua maklumat seperti penerangan ringkas projek, senarai alat tangan yang digunakan, senarai bahan yang digunakan dan lakaran perlu dimasukkan ke dalam fail untuk dijadikan eviden. 3.. Cadangan penilaian seperti contoh di bawah ini. Bil Kriteria Peratus Markah 1 Reka bentuk 30 2 Berfungsi 20 3 Mudah digunakan 20 4 Persembahan 20 5 Dokumentasi 10 Jumlah 100
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 43 TAJUK 4.0 PENGHASILAN PROJEK MASA 60 minit STANDARD KANDUNGAN 4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik. STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.1 Mengenal pasti projek berpandukan manual. 4.1.2 Menyatakan bahan bukan logam yang akan digunakan seperti kayu, papan lapis, medium-density fibreboard (MDF), plastik dan mounting board. 4.1.3 Membuat anggaran kos bahan dan komponen. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Membaca manual dengan betul. 2. Menyatakan bahan bukan logam berdasarkan manual yang diberi. 3. Menentukan kos bahan dan komponen. 4. RINGKASAN Murid dapat memahami manual, menentukan bahan dan kos. KEMAHIRAN 1. Boleh membaca manual. 2. Mengenal pasti bahan yang akan digunakan. 3. Membuat anggaran kos berdasarkan maklumat guru. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan EK1 - Boleh mencipta sesuatu EK3 – Membuat anggaran kos 2. Kreativiti dan Inovatif – menjana idea 3. Nilai murni – boleh berkomunikasi dengan baik BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Alatan tangan 2. Bahan berkaitan 3. Gambarajah projek
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 44 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set induksi Guru bersoal jawab dengan murid mengenai kemudahan pencahayaan di rumah. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk projek yang akan dibuat iaitu lampu tidur. Langkah 1 - Murid dikehendaki membaca manual dengan bimbingan guru. (Rujuk lampiran 1) - Murid mengenalpasti bahan utama projek. Langkah 2 - Guru menerangkan jenis-jenis bahan bukan logam: kayu, papan lapis, medium-density fibreboard (MDF), plastik dan mounting board. (Lampiran 2) Langkah 3 - Guru memberikan maklumat kos bahan mengikut harga semasa. - Guru menerangkan kaedah mengira kos .(Rujuk lampiran 3) - Murid membuat anggaran kos dengan cara yang betul. (HOTS – menganggarkan kos) Penutup - Murid membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini dengan bimbingan guru. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid pernah mempelajari bahan bukan logam dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penilaian secara lisan dilakukan pada akhir tajuk semasa proses pengajaran dan pembelajaran. REFLEKSI
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 45 Lampiran 1 Manual Lampu Kecemasan Rajah 1.1 : Rajah lengkap projek lampu kecemasan Rajah 1.2 : Rajah bahagian tapak dinding lampu Rajah 1.3 : Rajah cara memotong botol plastik dengan menggunakan NT-Cutter. Lubangkan Mentol dan soket
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 46 Rajah 1.4 : Membuat kemasan pada bongkah kayu dan MDF dengan menggunakan cat sembur Rajah 1.5 : Pemasangan wayar, mentol, bateri dan suis dilakukan. Gam digunakan untuk melekatkan bahagian bawah botol plastik dengan bongkah dasar kayu. Rajah 1.6 : Litar skematik yang digunakan dalam projek membina lampu kecemasan suis mentol gam bateri mentol cat sembur suis Nat skrew
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 47 TUDUNG LAMPU SUIS TEKAN TUTUP BEKAS WAYAR PEMEGANG MENTOL BATERI BONGKAH PENYAMBUNG Pandangan sisi Pandangan belakang Bahagian meletakkan penyambung bateri Bahagian meletakkan suis tekan tutup dan bekas simpanan syiling Bahagian pemasangan mentol
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 48 Lampiran 2 BAHAN BUKAN LOGAM BIL BAHAN NAMA 1 Kayu 2 Papan lapis 3 MDF (Medium Density Fiberboard) 4 Botol plastik 1500ml 5 Mounting board
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 49 Lampiran 3 ANGGARAN KOS PROJEK BAHAN / KOMPONEN KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH Kayu 10mm x 70mm x 120mm 10mm x 70mm x 200mm 1 1 RM1.00 RM1.50 Wayar 500mm 1 RM0.50 Suis 1 RM1.50 Pemegang mentol 1 RM1.50 Pemegang bateri 1 RM2.00 Mentol 2.5V 1 RM0.50 Bongkah penyambung 1 RM0.30 Bahan kemasan dan pengikat - RM3.00 Bateri saiz AA 1.5V 2 RM2.00 ANGGARAN KOS UNTUK SATU PROJEK
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 51 TAJUK 4.0 PENGHASILAN PROJEK MASA 60 minit STANDARD KANDUNGAN 4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik. STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.4 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk membina projek iaitu pita pengukur, pembaris keluli, sesiku L, pensel tukang kayu, gunting serba guna, gergaji puting, gergaji rencong manual (manual mitre saw), apit G, gerudi mudah alih, gerimit, tukul Warrington, tukul kuku kambing, pemotong sisi dan pelucut wayar. 4.1.5 Menyatakan bahan pengikat dan pencantum seperti paku, skru, glu, bol dan nat. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan nama dan fungsi alat tangan iaitu pita pengukur, pembaris keluli, sesiku L, pensel tukang kayu, gunting serba guna, gergaji puting, gergaji rencong manual (manual mitre saw), apit G, gerudi mudah alih, gerimit, tukul warrington, tukul kuku kambing, pemotong sisi dan pelucut wayar. 2. Menyatakan bahan pengikat dan pencantum seperti paku, skru, glu, bol dan nat. RINGKASAN Murid dapat menyatakan nama dan fungsi alat tangan dan memahami bahan pengikat dan pencantum seperti paku, skru, glu, bol dan nat. KEMAHIRAN 1. Boleh menggunakan semua alatan tangan dengan cara yang betul. 2. Membezakan penggunaan bahan pengikat dan pencantum. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan (EK4) – Pengetahuan tentang teknologi 2. Nilai murni - Bertanggungjawab
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 52 BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Alatan tangan, 2. Bahan 3. Gambarajah projek AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set induksi 1. Guru mempamerkan beberapa alat tangan di atas meja. 2. Guru bertanya kepada murid bagaimana cara memotong wayar dan alat tangan yang manakah paling sesuai. Langkah 1 1. Murid dengan bimbingan guru menyediakan alatan tangan di atas meja. 2. Murid meyatakan nama serta fungsi alatan tangan. Langkah 2 1. Murid menggunakan alatan tangan dengan teknik yang betul bersama bahan yang disediakan. 2. Guru membimbing murid yang menghadapi masalah dalam penggunaan alatan tangan. Langkah 3 1. Guru menerangkan bahan pengikat dan pencantum serta kegunaannya. 2. Murid menyatakan contoh bahan pengikat dan pencantum. Penutup: 1. Murid dengan bimbingan guru merumus kembali pelajaran pada hari ini. 2. Murid menjawab soalan dari lembaran kerja. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Guru menyediakan soalan latihan (lampiran 1 dan 2) 2. Murid boleh menjawab secara lisan atau bertulis. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid telah diperkenalkan kepada peralatan dan bahan semasa di rumah. REFLEKSI
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 53 1. Alatan tangan dan mesin BIL ALATAN FUNGSI CARA PENGGUNAAN 1 Nama:Pembaris Keluli. Mengukur dan memindahkan jarak. 1. Letakkan pembaris keluli di atas permukaan yang hendak diukur dengan lurus. 2. Tandakan ukuran yang hendak dibuat pada bahan kerja. 2 Nama :Pita Pengukur Mengukur jarak yang lebih panjang. Tarik pita mengikut ukuran yang diperlukan. Tanda ukuran pada bahan. 3 Nama: Pensel Tukang Kayu Menanda dan membuat garisan pada bahan. Letak mata pensel rapat pada pembaris dan tandakan atau gariskan pada bahan. 4 Nama : Sesiku L x Menguji ketepatan sudut 90°. x Menguji kerataan permukaan bahan. x Membuat garisan bersudut tepat. x Rapatkan badan sesiku L ke bahagian sisi kayu. x Gariskan bahagian yang hendak diukur dengan pensel. 5 Nama: Gergaji Puting Memotong kayu bersaiz kecil dan membuat tanggam. Letakkan mata gergaji atas garisan yang telah ditandakan. Mulakan menggergaji dengan cara menarik mata gergaji. Gunakan keseluruhan mata gergaji untuk proses menggergaji.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 54 6 Nama:Tukul Warrington Menukul paku panel. Gunakan bahagian muka rata untuk paku kecil dan kepala lintang dibahagian bersudut atau sempit. 7 Nama: Tukul Kuku Kambing Menukul dan mencabut paku. Gunakan bahagian muka rata untuk memaku dan bahagian kuku untuk mencabut paku. 8 Nama:Gerimit Membuat lubang kecil. Letak mata gerimit pada tanda tepat 90° dan tekan kuat sambil memutar hingga mendapat kedalaman lubang yang mencukupi. 9. Nama : Pelucut wayar Melucutkan penebat wayar. Cengkam hujung mata pelucut pada wayar dan tarik pelucut wayar sehingga penebat wayar terputus. 10. Nama : Pemotong sisi Memotong wayar dan kaki komponen elektronik. Kepit hujung pemotong sisi, pada wayar atau kaki komponen .hingga putus.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 55 11. Nama : gergaji rencong manual (manual mitre saw) Memotong kayu bersaiz kecil dengan pelbagai sudut. Letakkan mata gergaji atas garisan yang telah ditandakan. Mulakan menggergaji dengan cara menarik mata gergaji. Gunakan keseluruhan mata gergaji untuk proses menggergaji.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 56 Bahan pengikat dan pencantum Paku 1. Paku digunakan untuk mencantum dan memasang kepingan kayu. 2. Paku diperbuat daripada keluli lembut. 3. Dua jenis paku yang biasa digunakan ialah: a) Paku kepala rata b) Paku Panel 4. Paku kepala rata digunakan untuk kerja am dalam pembinaan berasaskan kayu dan membuat perabot. 5. Tukul kuku kambing untuk mengetuk paku kepala rata. 6. Paku panel digunakan dalam kerja untuk memaku papan lapis 7. Tukul warrington digunakan untuk mengetuk paku paku panel. 8. Kepala paku panel dibenamkan ke dalam kayu untuk tujuan kemasan 9. Saiz paku ditentukan oleh panjang batangnya. kepala batang panjang mata paku kepala rata paku panel cara memaku Memaku lurus Memaku serong
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 57 Skru 1. Skru diperbuat daripada keluli lembut, kuprum, atau loyang. 2. Skru digunakan untuk mengikat kepingan kayu atau logam. 3. Skru dipasang menggunakan pemutar skru rata atau pemutar skru Phillips. 4. Skru yang biasa digunakan ialah skru kepala benam dan skru kepala bulat. 5. Cengkaman skru lebih kuat berbanding dengan paku. Jenis skru benam sendiri Glu 1. Glu digunakan untuk mencantum bahan projek supaya kukuh dan ketat. 2. Terdapat tiga jenis glu, iaitu: x Glu sentuh digunakan untuk mencantum dua bahan yang berlainan jenis seperti kayu dan logam. x Glu PVA (polyvinylacetate) digunakan dengan meluas untuk cantuman kayu. Glu PVA mudah digunakan, tetapi tidak kalis air x Glu panas digunakan untuk mencantum dua bahan yang sama atau berlainan. Rod glu dicairkan menggunakan hot glue gun
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 58 Bol dan nat 1. Bol dan nat digunakan untuk mengikat dua bahagian secara sementara. 2. Diperbuat daripada keluli lembut . 3. Saiz bol ditentukan oleh panjang dan diameter batangnya. 4. Nat biasanya terdapat dalam dua bentuk. a) Nat segi empat b) Nat segi enam (heksagon) Nat segi empat Nat segi enam
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 59 Lampiran 1 NAMA MURID : ________________________________ NAMA PROJEK : ________________________________ TEMA : ________________________________ LEMBARAN KERJA : ALATAN TANGAN BIL ALATAN KEGUNAAN 1 Nama:............................ Nama:.................................. ....................................................................................... ............................................................................... 2 Nama:....................................... ....................................................................................... ....................................................................................... 4 Nama:..................................... ....................................................................................... ...................................................................................... 6 Nama:....................................... ....................................................................................... ....................................................................................... 8 Nama:................................... ....................................................................................... .......................................................................................
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 60 Lampiran 2 Nama murid : __________________________________________________ Kelas : ____________________________ Nama projek : ____________________________ 1. Namakan jenis pengikat pada rajah di bawah a) ______________________ b) ______________________ c) ______________________ d) ______________________ e) ______________________ f) ______________________ 2. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul a) Paku digunakan untuk ____________________ dua keping papan b) Tukul warrington digunakan mengetuk paku ____________________ c) Paku panel sesuai digunakan untuk memaku ____________________
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 61 TAJUK 4.0 PENGHASILAN PROJEK MASA 60 minit STANDARD KANDUNGAN 4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.6 Menyediakan alatan dan bahan. 4.1.7 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang digunakan untuk membuat projek. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menyediakan alatan dan bahan berpandukan manual 2. Mengukur, menanda dan memo tong bahan dengan kaedah yang betul dan ukuran yang tepat. RINGKASAN Murid dapat menyediakan bahan dan alatan untuk melakukan aktiviti mengukur, menanda dan memotong bahan dengan cara yang betul . KEMAHIRAN 1. Mengenalpasti bahan dan alatan tangan 2. Mengukur dengan tepat menggunakan pembaris keluli dan pita ukur. 3. Menanda garisan bersudut tepat menggunakan sesiku L. 4. Memotong kayu dengan tepat menggunakan gergaji puting/ gergaji rencong manual. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan (EK 1) - Berorientasikan Pencapaian 2. Kreativiti dan Inovatif 3. Nilai Murni – mengamalkan langkah keselamatan BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Pita mengukur 2. Pembaris keluli 3. Sesiku L 4. Gergaji puting 5. Gergaji rencong manual 6. Kayu beroti 7. Pensel 8. Carta berkaitan
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 62 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set induksi Guru menggunakan pengetahuan sedia ada murid berkaitan alatan tangan pada pelajaran yang lepas. Langkah 1 1. Murid merujuk kepada manual untuk menyediakan bahan pada yang dikehendaki. 2. Murid menyenaraikan alatan dan bahan yang diperlukan untuk membuat projek. Langkah 2 1. Murid menyediakan alatan dan bahan yang diperlukan. 2. Murid melakukan aktiviti mengukur kayu menggunakan pembaris keluli/pita ukur. 3. Murid menanda garis bersudut tepat menggunakan sesiku L.(HOTS – mengaplikasi) 4. Guru menunjukkan cara memotong kayu dengan menggunakan gergaji putting/gergaji rencong manual 5. Murid melakukan kerja memotong pada kayu yang telah ditanda. Penutup Guru membuat rumusan pada semua hasil kerja murid Penyelenggaraan bengkel – x murid membersihkan bengkel, menyimpan, membersihkan alatan dan menyimpan bahan projek. Nota: Guru boleh mengumpulkan bahan murid untuk disambung pada sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru menyediakan lembaran kerja pada murid PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid sudah mempelajari kemahiran proses sains iaitu mengukur menggunakan nombor dalam matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi REFLEKSI
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 63 A. Penyediaan alatan dan bahan Sebelum memulakan kerja pembinaan projek yang dicadangkan, penyediaan alatan dan bahan yang betul perlu dilakukan. Penyediaan alatan dan bahan mestilah berpandukan manual yang telah ditetapkan oleh guru (pemilihan projek bergantung kepada guru). Ini bertujuan supaya kerja-kerja yang akan dilakukan berjalan dengan lancar dan teratur. B. Mengukur, menanda dan memotong Langkah kerja bagi contoh projek lampu tidur Langkah 1 1 Rujuk kepada manual untuk mendapatkan ukuran yang dikehendaki. 2 Ukur kayu kepada ukuran yang dikehendaki dengan menggunakan pembaris keluli Bahagian A – 120 mm X 70 mm X 10 mm (Panjang X Lebar X Tinggi) Bahagian B – 200 mm X 70 mm X 10 mm (Panjang X Lebar X Tinggi) 3 Tanda dengan menggunakan sesiku L: 120 mm 200 mm (i) Menanda dengan pembaris keluli (iii) menanda dengan sesiku L (iii) Ukur dan tanda bentuk bahagian hujung 30 35 35
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 64 Langkah 2 1. Potong kayu. Bahagian A dan bahagian B mengikut ukuran Memotong kayu dengan gergaji puting Langkah 3 1. Cantumkan kayu bahagian A dan bahagian B. 2. Gunakan paku panel dan tukul warington untuk mencantum. Mengunakan tukul warrington Kerja mencantum dilakukan
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 65 Nama : ____________________________ Kelas : ____________________________ Nyatakan aktiviti bagi rajah di bawah berpandukan senarai yang disediakan x Menanda garisan bersudut tepat x Menguji kepersegian x Menguji kerataan x Mengergaji kayu x Mengukur jarak x Memaku 1. _______________________________ 2. _______________________________ 3. _______________________________ 4. _______________________________ 5. _______________________________ 6. _______________________________
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 67 TAJUK 4.0 PENGHASILAN PROJEK MASA 60 minit STANDARD KANDUNGAN 4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik. STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.8 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan pencantum. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan pencantum. RINGKASAN Murid dapat mengenali dan memasang bahan pengikat dan pencantum. KEMAHIRAN Memasang pengikat dan pencantum dengan kemas. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan EK 4- Merancang sesuatu projek dengan teliti 2. Kreativiti dan inovatif – boleh mencipta. 3. Nilai murni - bekerjasama dan bersabar. BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Bahan pengikat dan pencantum. 2. Manual projek. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set induksi 1. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai cara-cara sesuatu projek itu dibina. 2. Guru mencungkil pengetahuan murid berkaitan dengan bahan pengikat dan pencantum. Langkah 1 1. Guru menunjuk dan menerangkan nama bahan pencantum seperti paku, skru, glu, bolt dan nat kepada murid sebagai mengimbas kembali tajuk yang lepas. 2. Guru menunjukkan contoh cantuman tersebut yang terdapat di dalam bengkel.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 68 Langkah 2 1. Guru menunjukkan cara membuat cantuman mengikut jenis bahan. 2. Murid membuat proses cantuman kayu dengan menggunakan paku panel. (HOTS – mengaplikasi) Penutup Murid membuat rumusan dan penilaian dengan bimbingan guru. Penyelengaraan bengkel – x murid membersihkan bengkel, menyimpan dan membersihkan alatan, menyimpan bahan projek. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru menyediakan lembaran kerja pada murid (lihat lampiran 2) PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid sudah mempel ajari kemahiran manipulatif dalam mengguna dan mengendalikan peralatan dengan selamat. REFLEKSI
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 69 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan pencantum.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 71 TAJUK 4.0 PENGHASILAN PROJEK MASA 60 minit STANDARD KANDUNGAN 4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik. STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.9 Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu cat sembur atau pelekat. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Membuat kemasan projek menggunakan cat sembur dengan cara yang betul. 2. Membuat kemasan menggunakan pelekat dengan kemas. RINGKASAN Murid boleh membuat kerja kemasan dengan betul KEMAHIRAN 1. Mengecat dengan cat sembur 2. Membuat kemasan menggunakan pelekat. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan EK3 - Melaksana projek mengikut langkah-langkah yang telah disediakan. - Daya kreativiti dan inovasi. 2. Nilai murni - Kerjasama, kebersihan, jimat cermat BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Cat sembur 2. Pelekat AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi 1. Guru menunjukkan contoh projek yang telah siap tetapi berbeza cara kemasannya. 2. Guru dan murid bersoaljawab kepentingan membuat kemasan. Langkah 1 1. Guru membuat tunjuk cara tentang penggunaan cat sembur dan pelekat. 2. Murid menggunakan kertas las untuk melicinkan permukaan kayu.(HOTS – aplikasi)
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 72 3. Bersihkan permukaan kayu daripada habuk dan kotoran. Langkah 2 1. Murid melakukan kemasan menggunakan cat semburan atau pelekat pada permukaan projek. (HOTS – mereka cipta) 2. Murid menampal pelekat pada projek mengikut kreativiti. Penutup Murid membuat rumusan pada hasil kerja. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Murid menjawab latihan pengukuhan. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid pernah mewarna lukisan atau mengecat rumah. REFLEKSI
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 73 Kemasan Projek 1. Kertas Las Licinkan permukaan projek menggunakan kertas las mengikut arah ira kayu . 2 . Cat Semburan Contoh cat sembur yang terdapat di pasaran
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 74 Langkah-langkah menggunakan cat sembur 1. Goncang cat sembur lebih kurang selama 1 minit ( rujuk arahan pada tin cat sembur) 2. Pastikan muncung tepat menghala ke permukaan yang hendak disembur 3. Tekan picu dan buat semburan dari kanan ke kiri atau sebaliknya pada kadar gerakan yang sekata. 4. Buatlah latihan menyembur dengan kaedah yang betul beberapa kali terlebih dahulu pada bahan reja yang sesuai. Dapatkan pengiktirafan guru.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 75 Pelekat Pelekat adalah kepingan kertas atau plastik yang bercorak. Ia boleh digunakan sebagai kemasan dan hiasan seperti pada cabinet dapur, meja alat tulis, pada dinding dan sebagainya. Terdapat pelbagai bentuk , saiz dan warna pelekat di pasaran. Contoh-contoh perekat ;
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 76 LATIHAN Nama murid : _______________________ Kelas : ______________________ A Jawab semua soalan di bawah 1) Nyatakan tujuan kerja kemasan. a. ______________________________________________________________ b. _____________________________________________________________ 2) Apakah bahan yang digunakan untuk melicinkan permukaan projek ? _________________________________ 3) Berikan satu contoh bahan kemasan __________________________________ 4) Pelekat terbahagi kepada 2 jenis iaitu a) _________________ b) __________________. B) Padankan gambar dengan jawapan yang betul. x Pelekat x Melicinkan permukaan projek x Menyembur cat
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 77 TAJUK 4.0 : Penghasilan Projek MASA 60 minit STANDARD KANDUNGAN 4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dan litar elektrik STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.10 Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen elektrik iaitu mentol, bateri dan suis. 4.1.11 Membuat penyambungan litar elektrik. 4.1.12 Membaca litar skematik dan litar bergambar berdasarkan manual. OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen. 2. Membuat penyambungan litar. 3. Membaca litar skematik dan litar bergambar. RINGKASAN Murid dapat mengenal komponen elektrik serta boleh memasang litar berdasarkan litar skematik dan litar bergambar. KEMAHIRAN 1. Menggunakan alatan tangan dengan betul. 2. Memasang komponen elektrik pada litar. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan EK1 - Berdaya tahan - Kesanggupan belajar daripada kesilapan. 2. Nilai murni - Berhati-hati - Kerjasama - Kebersihan BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Litar skematik dan litar bergambar. 2. Alatan tangan yang berkaitan 3. Bahan yang berkaitan projek AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi 1. Menunjukkan lampu suluh kepada murid. 2. Bersoal jawab dengan murid tentang lampu suluh dan komponen yang terdapat pada lampu suluh.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 78 Langkah 1 1. Guru menyatakan nama, fungsi dan simbol komponen elektrik . 2. Guru menunjuk cara pemasangan litar kepada murid. Langkah 2 1. Murid memahami litar bergambar penyambungan litar elektrik. 2. Murid menyediakan bahan dan alatan. 3. Murid membuat penyambungan litar. ( HOTS – merekacipta) Langkah 3 1. Menyemak sambungan litar.(HOTS – menilai) 2. Menguji kefungsian litar (HOTS – menilai) 3. Membuat penambahbaikan jika perlu Penutup 1. Mengemas dan menyimpan alatan dan bahan. PENILAIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Guru menyediakan beberapa soalan berkaitan dengan litar elektrik. (Sila rujuk lembaran kerja) PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID Murid pernah menggunakan lampu suluh. REFLEKSI
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 79 1. Komponen elektrik BIL NAMA KOMPONEN FUNGSI SIMBOL 1. Mentol Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya 2. Bateri Membekalkan tenaga elektrik 3.. Suis Digunakan untuk menyambung dan memutuskan arus 2. Bahan tambahan projek litar elektrik BIL BAHAN KEGUNAAN 1 Pemegang bateri Memegang atau meletakkan bateri 2 Pemegang mentol Memegang mentol 3 Wayar Membuat penyambungan dan m engalirkan arus elektrik
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 80 3. Alatan tangan Bil Alat tangan Kegunaan 1 Pelucut wayar Melucutkan penebat pada wayar 2 Pemotong sisi Memotong wayar 3 Pemutar skru Melonggarkan dan mengetatkan skru Litar bergambar Mentol dan bekas mentol Wayar Bateri dan bekas bateri Suis
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 81 Bateri Suis Mentol Litar skematik Kaedah penyambungan litar elektrik 1. Sediakan bahan dan komponen yang diperlukan. 2. Lucutkan hujung wayar dengan menggunakan pelucut wayar. 3. Sambungkan wayar A kepada bekas bateri dan sius. 4. Sambungkan wayar B kepada suis dan mentol. 5. Akhir sekali sambungkan wayar C kepada mentol dan bekas bateri. 6. Masukkan bateri ke dalam bekas bateri. 7. Uji litar dengan menyambungkan suis. ( sekiranya mentol tidak menyala ) 8. Semak penyambungan dan uji semula. Wayar C Wayar A Wayar B Bekas mentol dan mentol Suis Bekas bateri dan bateri
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 82 Lembaran Kerja NAMA MURID : ___________________________ KELAS : ___________________________ ALATAN TANGAN DAN KOMPONEN BIL BAHAN / ALATAN FUNGSI 1 Nama:.................................... 2 Nama:..................................... 3 Nama:.................................... 4 Nama:..................................... 5 Nama:.................................... 6 Nama:....................................... 7 Nama:.....................................
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 83 TAJUK 4.0 : Penghasilan Projek MASA 60 minit STANDARD KANDUNGAN 4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dan litar elektrik STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.13 Membuat penyambungan litar elektrik pada projek 4.1.14 Menguji kefungsian projek. 4.1.15 Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Membuat penyambungan litar 2. Menguji kefungsian litar 3. Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan RINGKASAN Murid boleh menyambung litar berdasarkan litar skematik dan litar bergambar pada projek dengan betul. KEMAHIRAN 1. Menggunakan alat tangan dengan betul. 2. Menyambung litar pada projek. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Keusahawanan EK1 - Berani mengambil risiko - Kesanggupan belajar daripada kesilapan. Nilai murni - bekerjasama - jimat cermat - mengutamakan kebersihan - bertanggungjawab BAHAN BANTUAN MENGAJAR 1. Lukisan skematik dan litar bergambar 2. Alatan tangan yang berkaitan 3. Bahan yang berkaitan AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi 1. Guru menunjukkan pelbagai bentuk lampu tidur kepada murid. 2. Guru bersoal jawab tentang penggunaannya kepada murid.
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 84 Langkah 1. Guru menunjukkan contoh projek yang telah siap dibina kepada murid. 2. Guru menunjukkan pada murid cara pemasangan litar projek lampu kecemasan. Langkah 2 1. Murid memahami litar bergambar bagi pemasangan litar elektrik pada projek berpandukan manual. (HOTS – merekacipta) 2. Murid menyediakan bahan dan alatan. 3. Murid membuat pemasangan litar pada projek. (HOTS- menilai) Langkah 3 1. Murid menyemak sambungan litar. 2. Murid menguji kefungsian litar. (HOTS- menilai) 3. Murid membuat pembaikan jika perlu Penutup 1. Murid membuat rumusan berkaitan aktiviti pada hari ini. 2. Murid mengemas dan menyimpan alatan dan bahan. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru menyediakan beberapa soalan berkaitan dengan litar elektrik. (Sila rujuk lembaran kerja) PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid pernah melihat dan menggunakan lampu meja. REFLEKSI
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 85 A. Memasang litar elektrik pada projek 1. Tebuk lubang pada papan dengan gerudi untuk memasukkan wayar 2. Tebuk lubang pada corong lampu plastik dengan gerimit untuk memasukkan wayar. 3. Sapu glu pada pemegang mentol untuk dilekatkan pada corong lampu 4. Lekatkan pemegang mentol padam corong lampu. 5. Pasang bekas bateri pada bahagian belakang projek dengan menggunakan glu. 6. Sambung wayar dari bateri ke mentol menggunakan bongkah penyambung penyambung 7. Sambung wayar pada suis
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 86 B. Menguji kefungsian projek Setelah komponen dan litar elektrik lengkap dipasang, kerja pengujian litar dapat dijalankan dengan mengikuti langkah-langkah berikut: 1. Pastikan mentol lampu dipasang pada pemegang mentol dengan kemas. 2. Pasang bateri mengikut kekutuban yang betul. (Kekutuban positif dan negatif) 3. Hidupkan suis dengan kemas. 4. Lihat mentol. Jika mentol menyala menunjukkan sambungan lengkap. Sekiranya litar elektrik tidak berfungsi, buat pemeriksaan berikut: 1. Periksa kekutuban bateri. 2. Periksa sambungan wayar sama ada longgar atau terputus. 3. Periksa filament mentol sama ada terbakar atau tidak. Projek yang telah siap dipasang dengan litar elektrik
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 87 C. Penyelenggaraan dan penyimapanan peralatan 1. Alatan tangan yang telah digunakan untuk menjalankan aktiviti dan membuat projek perlu disenggara dan disimpan pada tempat yang telah dikhaskan. 2. Alatan tangan perlu disenggara dan disimpan dengan baik supaya: (a) Alatan tangan dalam keadaan baik (b) Sentiasa tersusun dan teratur (c) Mudah diambil apabila digunakan (d) Tahan lebih lama (e) Selamat apabila digunakan 3. Penyenggaraan alatan tangan dapat dilakukan dengan cara: (a) Membersihkan alatan tangan (b) Meminyakan alatan tangan (c) Menyimpan alatan tangan Rajah panel alatan tangan
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 88 Lembaran Kerja NAMA MURID : ___________________________ KELAS : ___________________________ Labelkan komponen pada lampu tidur. MENTOL BATERI WAYAR SUIS
0 MODUL PENGAJARAN SAINS RUMAH TANGGA