i Tokoh Masyarakat ROSLANIABDULLAHInilahKisahnya...ZAINUDIN AB GHANI
ii INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, PETI SURAT 2, 89207 TUARAN, SABAH Hakcipta © Institut Pendidikan Guru Kampus Kent 2023 Cetakan Pertama 2023 Semua hakcipta terpelihara. Sebarang bahagian dalambuku ini tidakbolehditerbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakanlagi, ataupundipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baikdenganelektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainyatanpaizin terlebih dahulu. Tokoh Masyarakat: Roslani Abdullah, Inilah Kisahnya... Zainudin Ab Ghani e-ISBN: 978-967-0008-73-8 Editor: Norzila Ab Ghani @ Wahab Kulit: Dr. Mohd Sawari Bin Rahim Penerbit: Mohd. Fairuz Bandar Teks diset dalam Arial 10 poin oleh: Capital Associates (S) Sdn. Bhd. No. 2, Jalan Nountun, Kg. Bambangan, Inanam 88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Dicetak Di Malaysia oleh: Capital Associates (S) Sdn. Bhd. No. 2, Jalan Nountun, Kg. Bambangan, Inanam 88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
iii BROSLANI BIN ABDULLAH INILAH KISAHNYA…Dalam kalangan manusia ada insan yang seakan- akan terpilih untuk memikul tanggungjawab membaiki ummah. Mudah-mudahan kamulah insan itu! Petikan Filem Mat Kilau, 23 Jun 2022. eliau bukan seorang jutawan yang mempunyai wangberjutanamunmampu membina banyak masjid, surau dan madrasahmelalui dana-dana daripada penyumbang jauh dan dekat yang dikumpulkansedikitdemi sedikit. Beliau bukan seorang cendekiawan yang dapat mendidik seribuinsannamunmelahirkan ramai anak-anak murid melalui masjid, surau danmadrasahdansekolah yang dibina. Beliau bukan seorang sasterawan yang mampu menyusunseribubahasayang indah-indah namun tatkala berucap dalam persidangan, mesyuarat atauperjumpaan, semuanya terdiam dan mampu melenturkan jiwapendengarnya.Beliau bukan seorang seniman yang mampu mendendangkanlagu-lagupuitisatau syair dan kata-kata pujangga yang dapat membuai perasaantetapi apabilabermadah dan berfalsafah, pendengar-pendengar akan terbuai danterpersonadengan gaya penyampaiannya. Beliau bukan seorang agamawan yang mempunyai ilmu agamayangtingginamun mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan apayangditegah,membawa akhlak dan perwatakan yang lemah lembut dansopanwaktuberbicara malah bicara agama sentiasa di bibirnya. Beliau bukan sesiapa dan bukan ada apa-apa. Beliau hanya berkelulusanSPMsahaja! Namun beliau insan yang seakan-akan terpilih untuk memikul tanggungjawabmembaiki ummah. Tampil bagai panglima perang, bagai seorangpendekar,memimpin dan menjadi pemimpin dalam mengemudi tugas danamanahuntukmeninggikan syiar Islam di bumi Sabah. Insan yang mulia adalahinsanyangbukan sahaja hidupnya berbakti kepada manusia malahankepadasemuamakhluk! Penulis
iv PSEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG‘MENCARI KEREDHAAN ILLAHI’ erjalanan hidup saya seperti perjalanan hidup orang lain juga. Tiadayangistimewa dan tiada yang teristimewa. Seperti biasa dan seperti orangbiasa-biasa sahaja. Setiap kita diberi masa yang sama untuk menguruskankehidupan untuk diri kita, untuk keluarga kita dan orang di sekelilingkita.Kitalah yang membuat pilihan untuk mencorakkannya. Sejak kecil sayatelahdidedahkan dengan kesusahan hidup. Menjalani kehidupan sebagai budakkampung banyak mengajar saya erti bersyukur dan berterima kasih. Manakantidak, serba kekurangan segala-galanya. Jarang dapat makananyangsedap-sedap, jarang memakai pakaian yang cantik-cantik, jarang pergi ketempat yangindah-indah. Tertanam di dalam diri, ‘Sekiranya suatu masa nanti akumampuuntuk melakukannya, aku akan melakukannya!’ Hati saya memang tidak boleh melihat orang susah. Jika menyaksikannya,perkara pertama ialah air mata saya akan mengalir. Terus tertanamdi dalamhati dan fikiran mula berputar mencari idea dan cara untuk membantu. Tidakdapatbanyak, sedikit pun akan membuatkan hati saya lega. Biasanya, begitulahyangterjadi membuatkan lama-kelamaan ‘Alah bisa tegal biasa’. Selesai satu, akandatang lagi satu untuk dibantu. Seolah-olah saya ditakdirkan untukmelakukantugas-tugas begitu. Sehingga saya redha, bahawa antara tugas sayadi mukabumi ini adalah membantu dalam kerja-kerja kebajikan terutama dalambidangyang berkait dengan agama. Maka itulah yang membuat saya bergerak dari satu badan kebajikankesatubadan kebajikan. Niat saya hanya satu: ‘Mencari keredaan Ilahi’. Sayahanyamenjalankan amanah dan tanggungjawab atau kemampuan dankelebihanyang Allah kurniakan kepada saya. Saya penuh yakin dan percayabahawamembuat kerja-kerja kebajikan ini, pasti Allah akan bantu. Yakinsahaja. Usahpernah berputus asa untuk berbuat baik. Jika gagal, pasti ada sesuatupelajaranyang ada di dalamnya untuk kita renung dan belajar atau sekurang-kurangnyakita tidak menjadi megah dengan setiap kejayaan yang kita capai. Jikaberjaya,bersyukur kepada Allah kerana Dialah yang memberi kejayaan itu.
v Kepada anak-anak di luar sana, belajarlah rajin-rajin. Apabiladewasa; carilahkekayaan untuk disumbangkan kepada orang lain. Carilahmasauntukmenolong orang yang susah. Carilah tenaga untuk membantumengangkathatta sebatang ranting yang menghalang jalan raya. Membantuorangtidaksemestinya melalui wang sahaja melainkan melalui tenaga danbuahfikiranyang mampu mengubah sikap orang lain jua adalah cara memberi sumbangan.Terima kasih kepada penulis yang berusaha membukukan perjalananhidupsaya dan usaha-usaha kebajikan yang saya lakukan dengankepercayaania mampu memberi inspirasi dan motivasi kepada orang lainuntukmembuatkerja-kerja amal. Semoga melalui penulisan ini lebih ramai yangtampil untukhidup berbakti kepada insan yang lain. ROSLANI ABDULLAH 1 Disember 2022
vi ISI KANDUNGAN 1.1 Inilah Kisahnya 1.2 Sekapur Sirih Seulas Pinang 1.3 Isi Kandungan 1.4 Singkatan 1.5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang disertai BAB 1 Zaman Kanak- kanak BAB 2 Zaman Remaja BAB 3 Alam Pekerjaan 3.1 Tawaran Bertugas di Moscow, Russia; Kunming, China dan Guangzhou, China. 3.2 Bukan Kerana Nama 3.2.1 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 3.2.2 Bintang Setia Kinabalu (BSK) 3.2.3 Pingat Bitara Pasukan Polis (BPP) 3.2.4 Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) 3.2.5 Anugerah Tokoh Abdul RahmanAuf 3.3 Cuti Tanpa Gaji 3.4 Ulat Dalam Batu pun Boleh Hidup! BAB 4 Perniagaan 4.1 Penternakan Ikan Keli 4.2 Syarikat Affi Enterprise Sdn. Bhd. 4.3 Syarikat Seri Taman Rice Enterprise. 4.4 Rangkaian Rumah Sewa dan Kedai Sewa 4.5 Sate Tuaran BAB 5 Kemasyarakatan MukaSuratiii ivvi xxi 171119202121222223242527282931333337
vii 5.1 Ketua Pengawas 405.2 Gerakan Belia 4B Malaysia 415.3 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 425.4 Politik? 435.5 Masjid Daerah An-Nur, Tuaran 445.6 Lembaga Dakwah Islamiah (LEDPOL) Ibu Pejabat Polis 45Diraja (IPD) Tuaran 5.7 Surau, Ibu Pejabat Polis Diraja (IPD), Tuaran 465.8 Kelab Polis, Ibu Pejabat Polis Diraja (IPD) Tuaran 475.9 Desa Seri Taman, Tuaran Sabah 485.10 Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) 51Tuaran 5.11 Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), Sekolah 51Kebangsaan Laya-Laya, Tuaran 5.12 Masjid At-Taqwa, Perumahan Laya-Laya, Tuaran 535.13 Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) 54Negeri Sabah 5.14 Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRMB) 55Sabah 5.15 Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) 56Malaysia 5.16 Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Agama 57Negeri (SAN), Kg.Tambalang, Tuaran 5.17 Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), Sekolah 58Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu (SMKAKK) 5.18 Alumni, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) 59Cheong Hua, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor. 5.19 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran 605.20 Pertubuhan Peladang Negeri Sabah 625.21 Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) 635.22 Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA)Perumahan Laya- 64Laya, Tuaran 5.23 Majlis Pemuafakatan Pendidikan Daerah Tuaran, 66Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran 5.24 Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Tuaran675.25 Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Parlimen Tuaran695.26 Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga 70Kecil Negeri Sabah (G3PNS)
viii 5.27 Majlis Pemuafakatan Usahawan Negeri Sabah 5.28 Sek Rendah Islam Al-Hafidz, Tuaran (SRIAHT) 5.29 Ahli Majlis Daerah (AMD), Tuaran 5.30 Taman Pekuburan Ar-Raudhah At-Taqwa, Perumahan Laya-Laya, Tuaran 5.31 Persatuan Kebajikan Anak Rantau (PKAR), Tuaran Tamparuli 5.32 Persatuan Bekas Pelajar, Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor. 5.33 Koperasi Penjaja Sabah (KOPENSA) 5.34 Surau Anjung Seri Wangi, Kg. Roun, Tuaran. 5.35 Focal Person, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sabah 5.36 Maahad Tahfiz At-Taqwa, Perumahan Laya-Laya, Tuaran 5.37 Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) Tuaran &Tamparuli BAB 6 Roslani Abdullah Dari Kaca mataSaya 6.1 Suzana binti Mohamad Kanan, Isteri 6.2 Nurazni Elyana binti Roslani, Anak Sulung 6.3 Mohd Arifarhan bin Roslani, AnakKedua. 6.4 Muhammad Amirul Fikri bin Roslani, AnakBongsu 6.5 Rozanah Abdullah, Kakak Kandung keempat 6.6 Mohd Razali Bin Abdullah, Adik kesembilan. 6.7 Jamal Bin Basir, Pesara, Sahabat dari Zaman Kanak- kanak. 6.8 Sub Inspektor Rosmin Abd Manan, Bahagian Perjawatan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. 6.9 Sub Ins Bajok Bin Saganate (PPN, BK, PJPN, PKN, PBP, PPA, PPS), Ibu Pejabat Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am (PGA), Kinarut, Papar,Sabah. 6.10 Insp. Zulkarnainfitri bin Hj Hamdan, Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK), Sarawak. 6.11 SM (B) Rosman bin M. Ajis, Bekas Pengerusi PPRP Kudat. 6.12 ASP Mahmood bin Mohd Mustahed (ADK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran 727375767779808182838689899091929496969899100101103
ix 6.13 Sjn Ammalia @ Falicia Binti Ronsoi, Hal EhwalAwamPesara, IPD Tuaran. 6.14 Sudirman Muhamad, Pengurus, Seri Taman Rice Enteprise, Desa Seri Taman, Tuaran, Sabah 6.15 Datuk Hj Noortaip Hj. Suhaili (PGDK), Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah (G3PNS). 6.16 Monih Epin (ASDK), Naib Presiden G3PNS, S/UAgungPersatuan Kebudayaan Tatana, Ketua Bahagian PBRSN33 Kuala Penyu. 6.17 Mohd Hanafi Raplis, Pengurus Hal Ehwal Korporat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran 6.18 Elexster Duari, Ahli Lembaga Pengarah, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran 6.19 Pg Mohd Raffae bin Pg Ismail, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran 6.20 M.Erin Moon Sabin, Penyelia, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Tuaran 6.21 Fairuz Bandar, Usahawan & Ahli Perniagaan, Tuaran 6.22 Ustaz Roslim Ismail, Timbalan Pengerusi PKAR,TamanKolej,Tuaran 6.23 Ustaz Khairil Ashraf Hamzah, Bendahari PKAR, Tuaran, Sabah 6.24 Zurupail Bin Burut, Bekas Pekerja dan Jiran. 6.25 Samsul Dama, Pekerja Pembakar Sate Tuaran. 6.26 Ayib Mardui, Restoran Anjung Seri Wangi, Kampung. Roun, Tuaran, Sabah 6.27 Nurhazellin Lusu Abdullah, Aktivis 6.28 Anis Zulaikha Bt Mohamad Azhar, Bekas Pelajar STPM, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu(SMKAKK). BAB 7 PENUTUP BIBLIOGRAFI 104105106108108109110110111113115116118119119120123127
x SINGKATAN 4B = Bersatu, Belajar, Bekerja, Berkhidmat ABIM = Angkatan Belia Islam Malaysia ADUN = Ahli Dewan Undangan Negeri AMD = Ahli Majlis Daerah G3PNS = Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan PeniagaKecil Neg-eri Sabah IPD = Ibu Pejabat Polis Daerah IPK = Ibupejabat Polis Kontinjen JAKIM = Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JHEINS = Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah JKKK = Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan KampungKAFA = Kelas Al Quran & Fardu Ain KOPENAS = Koperasi Penjaja Sabah KPDRMB = Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad LEDPOL = Lembaga Dakwah Polis MPUNS = Majlis Pemuafakatan Usahawan Negeri Sabah OKU = Orang Kurang Upaya PdP = Pengajaran dan Pembelajaran PDRM = Polis Diraja Malaysia PGA = Pasukan Gerakan Am PIBG = Persatuan Ibubapa dan Guru PKAR = Persatuan Kebajikan Anak Rantau PKP = Perintah Kawalan Pergerakan PPD = Pejabat Pendidikan Daerah PPDK = Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti PPK = Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran PPRPD = Persatuan Pegawai Rendah Polis Daerah ROS = Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) SAN = Sekolah Agama Negeri SB = Special Branch (Cawangan Khas) SKM = Suruhanjaya Koperasi Malaysia SMIAHT = Sekolah Menengah Islam Al Hafiz, Tuaran SMKAKK = Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu, SRIAHT = Sek Rendah Islam Al Hafiz Tuaran UMNO = United Malays National Organisation (Pertubuhan KebangsaanMelayu Bersatu) UPKK = Ujian Penilaian Kelas KAFA BAKA = Bahagian Agama dan Kaunseling PDRM APC = Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SSB = Sistem Saraan Baru SSM = Sistem Saraan Malaysia BSK = Bintang Setia Kinabalu BPP = Bitara Pasukan Polis PJPN = Pingat Jasa Pahlawan Negara KPT = Kelab Poils Tuaran L/KPL Lans Koperal
xi PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) YANGDISERTAIBadan Tahun Hingga Jawatan1 Ketua Pengawas 1980 1982 2 Gerakan Belia 4B Malaysia 1982 1985 AJK3 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 1982 1985 SetiausahaCawanganMalaysia4 UMNO 1984 1985 SetiausahaPemudaCawangan5 Masjid Daerah An Nur, Tuaran 1991 1995 AJK6 Lembaga Dakwah Polis (LEDPOL) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran 1991 2011 Setiausaha7 Surau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Tuaran 1993 2011 Pengasas&Pengerusi 8 Kelab Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran 1994 2011 Pengerusi 9 Desa Seri Taman, Tuaran Sabah 1996 Kini Pengasas10 Persatuan Pegawai Rendah Polis Daerah (PPRPD) Tuaran 1997 2011 Pengerusi 11 Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Laya Laya, Tuaran 1997 2011 YangDiPertua12 Masjid At Taqwa, Perumahan Laya-Laya, Tuaran 1998 Kini Pengasas&Penasihat13 Persatuan Pegawai Rendah Polis Daerah (PPRPD) Negeri Sabah 2000 2011 Pengerusi 14 Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRMB) Sabah 2001 2011 Pengerusi Negeri Sabah15 Persatuan Pegawai Rendah Polis Daerah (PPRPD) Malaysia 2004 2011 Ahli EXCO
xii 16 Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Sek Agama Negeri (SAN), Kg.Tambalang, Tuaran 2000 Kini TimbPengerusi 17 Persatuan Ibu-bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu, Bukit Padang (SMKAKK) 2003 2007 YangDiPertua18 Alumni, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Cheong Hua, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor. 2008 Kini Penasihat 19 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran 2008 Kini Pengerusi Ahli JemaahPengarah20 Kelas Al Quran & Fardu Ain (KAFA) Perumahan Laya-Laya, Tuaran 2010 Kini Pengasas&Penasihat 21 Majlis Pemuafakatan Pendidikan Daerah Tuaran, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran 2011 Kini Pengasas&Pengerusi 22 Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Tuaran 2014 Kini Pengerusi 23 Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Parlimen Tuaran 2014 Kini Pengasas&Pengerusi 24 Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah (G3PNS) 2014 Kini Pengasas&TimbalanPresiden25 Majlis Pemuafakatan Usahawan Negeri Sabah 2014 Kini TimbalanPresiden&Bendahari 26 Sek Rendah Islam Al-Hafiz, Tuaran (SRIAHT) 2014 Kini Pengasas&Penasihat 27 Ahli Majlis Daerah (AMD), Tuaran 2015 2018 Ahli Majlis28 Sekolah Menengah Islam Al-Hafiz, Tuaran (SMIAHT) 2018 Kini Pengasas&Ahli LembagaPengamanah29 Taman Pekuburan Ar-Raudhah, Perumahan Laya-Laya, Tuaran 2018 Kini Pengasas&Penasihat 30 Persatuan Kebajikan Anak Rantau (PKAR), Tuaran Tamparuli 2018 Kini Pengasas&Pengerusi
xiii 31 Alumni, Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor. 2018 Kini Pengasas&Penasihat32 Koperasi Penjaja Sabah 2018 Kini Pengasas&Bendahari 33 Surau Anjung Seri Wangi, Kg. Roun, Tuaran. 2020 Kini Penaung34 Focal Person, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sabah 2021 Kini Pengerusi Daerah35 Maahad Tahfiz At-Taqwa, Perumahan Laya-Laya, Tuaran 2021 Kini Penasihat36 Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) Tuaran & Tamparuli 2021 Kini Pengerusi
xiv
1 BBAB 1 ZAMAN KANAK-KANAK‘Lahir dalam keluarga yang susah dan miskin adalahtakdirnamun kekal susah dan miskin adalah pilihan!’ eliau lahir 30 Mac 1966, dalam keluarga yangbesar. Adik-beradiknya sepuluh orang. Ayahnya hanya seorangpetani dankadang-kadang mengambil upah membersihkan ladangoranguntukmencari pendapatan tambahan. Bukan itu sahaja, sebutlahapasahaja pekerjaan kampung akan sanggup dilakukan demi sesuap nasi untuk menyaraanak-anaknya.Memang begitulah suasana kehidupan masyarakat yang kebanyakannyabersawah di kampung ketika itu. Bukan sahaja keluarga mereka, malahankeluarga-keluarga yang lain pun menjalani kehidupan yang biasa-biasasahaja.Jika jumpa pun keluarga yang agak senang, pastilah samaadaayahatauibunya bekerja sebagai seorang guru. Namun jiwa ayahnya sangat kental bagi memastikan setiapanaknyabukansahaja cukup makan malahan persekolahan mereka disusunbaikagartiadayang tercicir. Semua ini dilakukan agar suatu masa nanti tidak akanterungkitdirinya sebagai ayah yang tidak bertanggungjawab. Untuk memilihtidakbersekolah bukanlah pilihan bagi anak-anaknya, walaupunrakansebayamereka lebih ramai yang memilih berhenti sekolah. Hal ini dilakukanbagimembantu keluarga kerana kesusahan hidup ditambah lagi kedudukansekolahyang agak jauh dari rumah. Pemikiran ayah beliau sering menjangkau selangkah ke hadapandaripadapemikiran orang kampung apabila menghantar salah seoranganaknyaiaitubeliau, anaknya yang kelapan ke sekolah pendidikan Cina. Sedangkananak-anak orang lain yang biasanya lebih suka menghantar anak merekakesekolahkebangsaan. Maka beliau disekolahkan di Sekolah Rendah JenisKebangsaan(C) Cheong Hua, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Di situlahbeliaumemulakan alam persekolahannya.
2 Banyak kali beliau memberontak namun tidak berani untuk menghadapi ayahnya yang tegas dalam banyak hal dengan anak-anak. Merekaadik-beradiksangat jarang dapat bermesra dan bermanja dengan ayah dekkesibukandan kepenatan sang ayah membanting tulang mencari rezeki bagi menyarakeluarga. Ketegasan ayah jelas tertera ketika membuat sesuatu keputusanataumemaklumkan sesuatu. Tidak banyak bercakap tetapi sepatah katadaripadanyabagaikan perintah yang mesti dilaksanakan. Tambahan pula, ayahseringsakit,barangkali menanggung beban yang terlalu banyak. Semuanya tinggal kenangan. Di rumah pusaka inilah beliau membesar bersama adik-beradiknya yang kini telah berpindah dan meneruskankehidupan masing-masing. Untuk ke sekolah seusia sekecil tujuh tahun, beliau terpaksa berjalankaki yang jauh merentasi sawah dan ladang kelapa sawit milik orangkampung.Perkara yang paling menganggu fikirannya ialah terpisah denganrakan-rakansepermainannya. Tiada kereta, tiada bas. Kalau ada pun hanyamenumpangbasikal kawan tetapi kebanyakannya berjalan kaki sahaja. Sehinggakasut punterkoyak tidak berganti. Beliau terus melangkah bersama-sama empat pelajarMelayu. Kadang-kadang beliau tidak tahan dibuli oleh rakan-rakanpelajar Cinadan pernah bergaduh sehingga dirotan guru dan pernah juga pontengsekolahkerana tidak tahan dengan keadaan itu. Namun, sekarang baru beliaumengerti bahawa belajar bahasa Mandarin memberi kelebihan kepada dirinyadalambanyak perkara terutama dalam alam kerjaya dan kemasyarakatan. Kehidupan waktu kanak-kanak beliau tidak seperti kanak-kanak lain. Keluargamereka sangat susah. ‘Kais pagi makan pagi, Kais petang makanpetang’.Makan apa yang ada sahaja, usah meminta lebih. Kalau ada ikandibahagi
3 sepotong seorang asalkan dapat merasa. Lauk daging? Atau ayamkampung?Tunggulah hari raya setahun sekali jika ada rezeki. Itu punjikatidakdijualuntuk menampung keperluan lain; ‘Sedikit sama dicicah, banyak samadilapah’.Kadang-kadang sepinggan nasi berlaukkan kicap. Jika adapun hanyaikanmasinbaki semalam sahaja. Sesekali makan ubi rebus kerana kehabisanberas. Tidurdengan perut kosong adalah perkara biasa, sekadar air sejuk pengalasperut.Masjid Al-Maarofiah, Sabak Bernam yang mengambil sempena namadatukbeliau iaitu Allahyarham Hj. Maarof yang menjadi pengasasnya. Tidur pula dalam rumah yang usang tiada bilik atau katil yangcantik. Sekadarberalaskan buluh dan beratapkan rumbia yang pasti akan bocor di sana-sini.Lantas menjadikan tidur malam diselubungi kesejukan hingga menggigit tulangtemulang terutama apabila tiba musim hujan. Nyamuk dan agasmenjadi rakansepermainan pada waktu malam sambil ditemani pelita minyaktanah. Pepijatyang suka menggigit menghisap darah pula bergilir-gilir menganggutidur.Memiliki tidur malam atas tilam yang empuk dan beralaskan bantal yanggebuserta berselimutkan kain yang tebal hanya ada dalammimpi-mimpi mereka.Namun kebanyakan mereka adik-beradik hanya tidur di atas lantai yangtidakbertilam dan berbantal, hanya berselimutkan kain batik ibu ataukainpelikatayah yang usang dan koyak. Mereka adik-beradik semakin membesar dan meningkat remaja. Belanjadanbiaya keperluan rumah juga semakin bertambah. Jadi selain bersawah, ayahnyaterpaksa melakukan pelbagai kerja tambahan lagi di sebelah petangdanmalamuntuk menambah pendapatan termasuk dengan menjual sate. Sehinggasuatu
4 ketika dulu ayahnya dikenali sebagai ‘Dollah Sate’ dan sate merekaterkenal di kawasan sekitar sehingga ke Sabak Bernam dan Teluk Intan, Perak. Balikdari sekolah, beliau akan membantu ayahnya berniaga sate. Kadang-kadangbaju sekolah habis berbau sate. Sambil mengipas sate, matanya melirikkepadaanak-anak lain yang leka dan seronok bermain. Hatinya memberontakdanmempersoalkan kenapa beliau tidak seperti anak-anak yang lain?Kenapabeliau dilahirkan miskin? Di hadapan kedai inilah ‘Dollah Sate’ memulakan tapak berniaga satenyasehinggakan aroma kesedapannya melepasi seberang Perak. Allah mengatur segalanya dengan sangat sempurna untuk melatihkekentalanjiwa beliau. Kesusahan hidup ini telah mendidik dirinya supaya menjadi manusiayang tabah dan sabar. Pastinya cabaran akan datang nanti lebihbesar dandugaan yang akan dihadapi nanti lagi getir. ‘Lahir dalamkeluargayangsusahdan miskin adalah takdir namun kekal susah dan miskin adalah pilihan’. Beliauberazam mengubah kehidupan keluarga agar tidak menjadi keluargameminta-minta belas ihsan orang lain. Semangat itu dipupuk dalamdiri sejakkecil untukterus bangun berjuang keluar dari kepompong kesusahan hidup. Ayahnya; Abdullah bin Haji Maaroff seorang yang sangat tegas dangarang.Ayahnya memang dikenali di sekitar kampung yang ketika itu salingmengenali antara jiran tetangga walaupun kedudukan rumah yang agak jauhantarasatusama lain. Ayahnya tidak pernah mengabaikan pelajaran agama anak-anaknya.Beliau dihantar ke sekolah biasa pada waktu pagi dan sebelah petangnyaakanke sekolah agama pula iaitu di Sekolah Agama Negeri Simpang Empat, Sabak
5 Bernam. Di sekolah itu, beliau belajar asas-asas agama dandipupukdenganilmu-ilmu keislaman. Sebelah malam pula, beliau dan adik-beradiknya akan belajar mengaji. Ayahdan ibulah yang mengajar mereka mengaji. Ibulah yang akan memastikanadik-beradiknya kenal huruf dan boleh membaca. Manakala ayahnyasekadardudukjauh di pangkin kegemarannya sambil menghisap rokok daundanmenghirupsecawan kopi pahit. Sesekali pasti ayahnya akan menjerit membetulkanbacaanmereka jika ada yang tersalah. Hebatnya si ayah sehinggakanbolehtahukesalahan bacaan mereka walaupun tidak melihat Al-Quran. Walaupungayadan perwatakannya tidaklah menggambarkan beliau mempunyai ilmusedalamitu. Ayahnya menyembunyikan ilmunya di mata mereka dan masyarakat dalamkesibukan menguruskan kehidupan. SJK (C) Cheong Hua, Bagan Nakhoda Omar, tempat beliau bersekolah rendah. Ibunya; Allahyarhamah Paenah Md. Yono adalah ibu terbaikbuat merekasekeluarga. Seorang ibu yang memastikan mereka tidak lapar danmampumengenalkan huruf Al-Quran kepada anak-anaknya. Walaupunhanyatamatsekolah rendah, ibunya berazam untuk tidak mewariskan kekuranganilmudanharta kepada anak-anaknya. Ibunya mahu setiap anak-anaknyaberjaya.Ibuyang memiliki sifat lemah-lembut dan sesekali tegas mendidik, ibulahtempatmereka meluahkan segala keresahan dan ibu tetap dengan kasih-sayangnya.Zaman kanak-kanak beliau tidak sama dengan zaman kanak-kanaklaindikampungnya. Ketika kanak-kanak lain menyusun waktu danjenispermainanyang hendak dimainkan petang itu, beliau hanya dapat mendengar dan
6 melihat dari jauh. Sedangkan tangan sibuk mengipas sate, membersihkebun,mencangkul tanah serta menjaga kambing. Beliau hanya dapat tersenyumdan tumpang gembira apabila rakan-rakan bercerita kisah petangkelmarindi padang bola. Cerita daripada kawan-kawannya sudah cukup menghiburkanhatinya. Baginya beliau lebih mengerti kehadirannya di sisi ayah danmembantumencari rezeki keluarga adalah lebih penting daripada segala-galanya. Beliau membesar dengan lagu dan air mata kesempitan hidupyangseringmencengkam. Namun, beliau tidak mahu menyesali keadaan danberusahamembantu dengan segala upaya kudratnya. Menjadi anak yangterkemudianbukan tiket untuk dilayan lebih istimewa. Semua turut sama-samamerasakanerti berkorban dan pengorbanan. Sama-sama merasakan erti susahdankesusahan. Sama-sama merasakan erti kalah dan mengalah. Semuanyamendidik jiwa agar menjadi lebih kuat dan kental menghadapi masadepanyang lebih besar cabaran dan dugaannya. Zaman kanak-kanak berlaludenganseribu kenangan!
7 BAB 2 ZAMAN REMAJASuatu ketika di zaman kanak-kanak; seorang tua melakar gambarseekor gajah di atas tanah; meminta aku dan rakan-rakanmemilihbahagian yang paling disukai. Ada yang memilih gading; adayangmemilih mata; ada yang memilih ekor; ada yang memilihkaki. Akumemilih belalai. Pak tua itu berkata kepada aku; “Roslani; kekuatanseekor gajah terletak pada belalainya, nanti suatu masakauakantetap di hadapan; memimpin dan menjadi pemimpin!” PakTua. eluarga mereka yang semakin besar itu memerlukanperbelanjaanyang besar juga. Mereka adik-beradik terpaksa mengorbankanmasaremaja masing-masing untuk sama-sama membantuayah. Ibupulaterpaksa membuat kuih untuk dihantar ke gerai berhampirankampungbagi menampung perbelanjaan persekolahan anak-anaknya. Tiadasarapan,tiada bekalan makanan, tiada duit poket, minumair paip di sekolah, tiadabuku latihan, tiada kasut, tiada baju sukan, yuran sekolah belumbayar, kasutsekolah koyak, baju sekolah koyak; itulah adik-beradik mereka. Dipanggil guru,dimarahi guru, dirotan guru sehingga dihantar ke pejabat gurubesaradalahperkara biasa; bukan kerana nakal namun kerja sekolah yangkadang-kadangtidak dihantar kerana ketiadaan buku latihan dan ketiadaan bajusukan! Beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Munshi Abdullah, SungaiAir Tawar, Sabak Bernam yang jauhnya sepuluh kilometer dari rumah.Kadang-kadang beliau menaiki bas untuk ke sekolah. Namun, beliaulebihbanyakberbasikal sendiri atau sesekali menumpang basikal kawan-kawankeranatiadawang untuk membayar tambang bas. Jarak yang amat jauh; apalagi di bawahpanas matahari, pasti baju lencun dibasahi peluh dan ditambahkepenatanyangamat sangat. Hujan? Teruskan sahaja perjalanan dalamkeadaanbasahkuyup.Beliau pernah banyak kali berasa tewas untuk meneruskanpersekolahandengan keadaan kehidupan yang serba kesempitan dan memeritkan. Namun,K
8 beliau tetap meneruskan persekolahan apabila memikirkan ayahnyayanggarang. Sesekali terlintas di fikiran kata-kata kawan-kawannya tanpapelajarantidak akan membawa beliau ke mana-mana! SMK Munshi Abdullah yang menjadi sejarah beliau sebagai KetuaPengawas dan isterinya sebagai Timbalan Ketua Pengawas. Sifat kepimpinan beliau mula terserlah di sekolah menengah apabilabeliaudilantik memegang pelbagai jawatan. Bermula memegang jawatansebagai Ketua Darjah, Pengerusi Persatuan Agama Islam, Pengerusi PersatuanBulanSabit Merah, Ketua Rumah Sukan dan sehinggalah yang palingmenonjol bergelar Ketua Pengawas. Bayangkan pencapaian akademik beliautidaklahsebaik mana berbanding pelajar lain yang lebih pintar dan bijak. Namun,karisma dan bakat kepimpinannya membuatkan pihak sekolah mahukanbeliauyang mengetuai kumpulan elit tersebut. Beliau merancang dan merangka strategi sistem pengawasan pelajar-pelajarsekolah dengan dibantu pelajar-pelajar yang lebih cemerlangpencapaianakademik mereka. Beliau tidak dapat menolak dan akhirnya sanggupmemikul amanah serta tanggungjawab bersama timbalannya. Timbalannyatidaklaintidak bukan adalah isterinya sendiri hingga kini. Pendek kata beliaubanyakdiberi kepercayaan untuk memimpin pelbagai persatuan dan kelabdi sekolah.
9 Ketika itu beliau sering terbayang kata-kata seorang tua di zamankanak-kanaknya. Orang tua itu orang biasa-biasa sahaja dan tidak punyai apa-apa.Namun kata-katanya itu membawa seribu makna. ‘Suatu ketikadi zamankanak-kanak; seorang tua melakar gambar seekor gajah di atas tanah; memintaaku dan rakan-rakan memilih bahagian yang paling disukai. Adayangmemilihgading; ada yang memilih mata; ada yang memilih ekor; ada yangmemilihkaki.Aku memilih belalai. Pak Tua itu berkata kepada aku; “Roslani; kekuatanseekorgajah terletak pada belalainya; nanti suatu masa kau akan tetapdi hadapan,memimpin dan menjadi pemimpin!’ Kerana kelebihan beliau yang pandai bercakap dan petah berbicaramelayakkanbeliau diberi tanggungjawab untuk mewakili sekolah ke beberapapertandingandi peringkat sekolah dan daerah. Pertandingan Perbahasan BahasaMalaysiaPeringkat Daerah Sabak Bernam adalah salah satu yang disertai olehbeliau.Beliau juga pernah merangkul tempat ketiga dalamPertandinganMentafsirAl-Quran Peringkat Daerah Sabak Bernam. Beliau masih ingat lagi ayat Al-Quranyang ditafsirkan dalam pertandingan itu: Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamuberdukacita padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang beriman.QS: A-li’Imran 3:139Sejak itu ayat ini sering dibaca oleh beliau ke mana-mana sahajabeliaupergi.Seakan ia memberi suatu perangsang dan semangat untuk terusberjuangdalam apa jua bidang yang beliau ceburi. Yakin dan percayabahawaAllahsentiasa bersama dalam apa jua keadaan dan sentiasa meletakkanbeliauditempat tertinggi berbanding orang lain. Beliau tidak berganjak walauhujanributdan badai melanda; meskipun pelbagai cabaran dan dugaan yangmendatang.Ternyata ayat itulah yang memberi kekuatan mental dan fizikal buat beliauuntukmengharungi hidup yang penuh ranjau dan duri. Beliau sentiasaberfikiranpositifdan memandang ke depan. Ketika orang lain sudah mengaku kalah, beliaubarusahaja mula merancang strategi yang selalunya membuahkanhasil yangtidakdisangka-sangka. Amanah dan tanggungjawab dalam banyak perkara di sekolahmembuatkanbeliau tidak menyedari bahawa zaman persekolahan hampir sahajasampaikepenghujung. SPM semakin hampir sedangkan beliau masih lagi sibukmembantumenguruskan aktiviti sekolah. Masa tidak dapat diundur lagi, semuaperluditempuh dengan bekalan yang sedia ada sahaja. Perjuanganperluditeruskan.Ketika itu beliau sesekali menyedari bahawa semua yang dilakukansebelumini tidak dapat membantu dirinya dalam peperiksaan. Bagaimanapun, beliausentiasa ingat bahawa Allah masih ada; sentiasa berserah kepada-Nyadalamkeadaan susah dan senang. SPM akhirnya berlalu dan keputusanpeperiksaan
10 beliau tidaklah secemerlang mana. Namun, masih layak untuk memohonkeinstitusi pengajian yang lebih tinggi. Hasrat di hati memang ingin menyambung pelajaran ke institusi yanglebihtinggi.Semangat itu memang kental dan tinggi. Tetapi apabila menyedari keadaanekonomi keluarganya ketika itu yang pasti akan menemui jalan buntu, cita-citadan impiannya terpaksa dipendam jauh di lubuk hati. Beliau berkorbanuntukmemberi laluan kepada adik-beradiknya yang lain. Kadang-kadangair matamengalir memikirkan nasib diri. Beliau cuba memujuk hati denganmelakukanpelbagai kerja kampung untuk membantu keluarganya menambahpendapatan.Beliau mengerah tenaga bekerja di sawah, mengambil upah memotongbuahsawit, meracun ladang orang dan menangkap ikan di sungai. Sekali-sekalabeliau turun ke laut mengikut kapal tauke-tauke Cina di kampunguntukbekerjasebagai pembantu semasa mereka keluar menangkap ikan. Pendek kata, beliaumelakukan apa sahaja kerja yang boleh mendatangkan sumber pendapatan.Beliau bukanlah seorang yang suka duduk diam atau melepak membuangmasa remaja bermain gitar bersama rakan-rakan sehingga lewat malam. Keinginan untuk ke menara gading itu terpaksa dipendamdi sudut hati yangpaling dalam. Akhirnya beliau memilih cita-cita seterusnya tanpamemerlukankos pembiayaan untuk menampung perbelanjaan. Beliau mencari borangmengisi jawatan kosong agar dapat keluar daripada kepompongkehidupankampung yang penuh keperitan. Terus kekal hidup di kampung adalahpilihanterakhir dalam kamus hidupnya setelah melihat sendiri betapa sukar ayahnyamembanting tulang mencari rezeki. Tambahan pula apabila melihat temanteman persekolahan yang kekal di kampung meneruskan kehidupan‘Kaispagi makan pagi, kais petang makan petang’ beliau nekad mengambil keputusanuntuk merantau!
11 KBAB 3 ALAM PEKERJAANPOLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) Polis Diraja Malaysia adalah antara polis terbaik di duniayangberjaya menyelesaikan banyak kes siasatan dalammasayangsingkat! ata-kata itulah yang menjadi perangsang kepada beliaumenanamcita-citanya untuk menjadi seorang anggota polis. Dipengaruhi jugadengan filem-filem kepolisan Melayu, Tamil, Hindi danInggerisyangmenampilkan watak anggota polis yang segak beruniform. Hasratitutelah tersemat dengan baik sejak kecil lagi. Ternyata cita-citabeliauakhirnyatercapai. Beliau ditawarkan berkhidmat dalam Pasukan Polis DirajaMalaysiadan perlu menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, Bahau,Negeri Sembilan selama enam bulan. ‘Selamat tinggal kampunghalamanku,aku pergi dulu merantau mencari penghidupan yang lebih baik!’ Sepanjang menjalani latihan di pusat latihan itu, suruhlah pikul kayu, rendamlahbadan semalaman, tumbuklah badan, kawadlah di tempat panas. Semuaituberjaya diharungi tanpa gentar. Keperitan dan kekentalan jiwadi zamankanak-kanak menjadikan dirinya kuat menghadapi kepayahan dan keperitanhidup.Malahan keadaan yang lebih teruk daripada itu pun pernah dilalui. ‘Alahbisategal biasa’. Lagipun beliau rasa bersyukur kerana memiliki tempat tiduryanglebih selesa dengan bertilam dan berselimut tebal. Makan danminumpuladirasakan lebih teratur dan boleh dikatakan lebih mewah berbandingkehidupankeluarganya di kampung. Belum lagi disenaraikan kemudahan-kemudahanlainyang memang tidak pernah diimpikan dan dirasakan sejak kecil seperti bilikkursus yang selesa, semua peralatan dan pakaian ditanggungsepenuhnyaoleh kerajaan. Beliau tamat latihan pada tahun 1985 dan seterusnya dihantar bertugasdiIbu Pejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Ternyata KualaLumpur banyakmengajar beliau erti kemanusiaan, erti kejujuran, erti kejahatan, erti kebaikan
12 terutama semasa bertugas sebagai anggota polis. Kuala Lumpur ibukota;pusat segala-galanya. Sebut apa saja tentang Kuala Lumpur semuaadadi sana. Jika ingin menjadi jahat; di sanalah tempatnya. Surat Aku Janji sebagai Anggota Cawangan Khas yang menempatkanbeliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran. Jika ingin menjadi baik di situ jualah tempatnya. Pendek kata, KualaLumpuradalah lubuk kekayaaan bagi yang mahu berusaha dan sebaliknyamenjadi lubuk keperitan bagi yang malas bekerja. Bertugas sebagai anggotapolisbiasa, rencam dengan pelbagai tugasan dari menjaga pondok polis, menjagakeselamatan kawasan, meronda, mengangkat fail, mengiring pegawai atasan,mengiringi ahli politik, membuat serbuan dan sebagainya. Pendek kata, sebutsahaja apa jenis tugas polis, semuanya pernah dilalui dan diharungi.
13 Kecenderungan dan minat beliau dalam bidang siasatan mendorongketuabeliau menempatkannya ke bahagian Cawangan Khas (Special Branch(SB).Bidang ini memerlukan beliau turun ke sudut yang paling dalambagi sesuatukesuntuk mengumpulkan maklumat risikan. Hatta perlu masuk kepusat perjudian,sarang pelacuran, masjid, surau, gereja, kuil, restoran, pasar ikanataupasarmalam. Namakan sahaja tempat yang boleh mendapat maklumat hinggadapatmembawa kepada penyelesaian sesuatu kes; semua beliau jelajahi. Di situlah bermulanya beliau banyak belajar erti memegang rahsiadanintegriti;antara kawan dan lawan; antara tugas dan pengorbanan. Keselamatandankeamanan negara adalah segala-galanya dan lebih utama daripadadiri sendiriserta keluarga. Hatta berkorban nyawa sekalipun beliau sanggup. Masakantidak, tugasnya menuntut dirinya berdepan dengan gengster dansamseng,berurusan dengan pegawai tinggi kerajaan yang korup, usahawan, peniaga,guru, ulama, ustaz, serta penagih dadah. Kadang-kadang dirinyaperluberlagakdan hidup sebagai sebahagian daripada mereka. Beliau berkhidmat di Balai Polis Tuaran pada tahun 1990 sehinggabersarapada tahun 2011 pada umur 46 tahun.
14 Mungkin kerana dedikasi dan kecekapan beliau menyelesaikanbanyakkesyang sukar ditangani, membuatkan beliau diarahkan berpindahsertamertake Balai Polis Tuaran pada tahun 1990. Khidmat beliau sangat diperlukandi negeri bawah bayu itu. Ketika inai masih merah lagi di jari, beliauterpaksameninggalkan isteri tercinta demi tugas. Berbulan-bulan jugalah beliaumemujukisteri yang ketika itu belum ada pekerjaan tetapi belumpernah meninggalkankampung halaman untuk tinggal di Sabah. Akhirnya isteri kesayangannyaakur.Sepanjang tempoh itu, pernah juga beberapa kali isterinya merayuuntukpindah semula ke semenanjung. Namun ketegasan beliau memberi pilihanmenyebabkan isterinya terdiam; ‘Kalau nak balik, baliklah seorang!’ Suatupengorbanan yang sukar dilakukan oleh beliau terhadap keluarga. Kalaubukankerana janji beliau kepada negara; ‘Saya Yang Menurut Perintah!’ Keluarga yang banyak berkorban masa bersama apabila bersuami danberayahkan seorang anggota polis Cawangan Khas yang bekerjatidaktentu masa. Sukarnya menjadi seorang anggota Bahagian Cawangan Khas; bertugastidak tentu masa dan bergaul dengan setiap lapisan masyakat keranatuntutantugas. Pejabat beliau adalah di kedai-kedai kopi. Dari sana beliau mendapatkansedikit sebanyak maklumat ketenteraman awam; dari pagi hinggakepetang,dari petang membawa ke malam. Kadang-kadang pada waktuoranglainlena bersama keluarga, keringat anggota dikerah untuk turun bertugasdemi memastikan masyarakat terus tidur lena tanpa sebarang gangguan.
15 Cabaran dan dugaan yang kadang-kadang terlalu menekan jiwamembuatkanbeliau pernah beberapa kali terfikir untuk mengundurkan diri. Namunkeranakesetiaan tidak berbelah bagi demi memastikan keamanan dankeselamatannegara seperti yang pernah dilafazkan sewaktu mengangkat sumpahmenjadianggota polis dulu mematikan hasrat beliau. Kesetiaan ini membuatkanbeliautetapkan pendirian untuk terus berkhidmat dengan tegas dantidakberganjakwalaupun nyawa menjadi galang gantinya! Kesetiaannya kepada pasukan juga tidak berbelah bagi. Rakan-rakanpasukanyang mengenalinya memang memahami sikap beliau. Tidak akanbertolakansur sama sekali demi tugas. Pegangan beliau ialah ‘Rahsia, Integriti, Disiplindan Jujur’, ‘Bekerja Hanya Kerana Allah!’ Bukan mudah! Kadang-kadanghilangpertimbangan antara kerjaya dan prinsip diri; antara maruahdanhargadiri;antara kasih dan kasihan; antara rakan dan taulan. Selalunyabeliaumembuatpilihan yang terbaik, biar seringan mana atau seberat mana sekalipunhanyaselepas memohon petunjuk dari Allah! Ada juga segolongan masyarakat yang memandang serong dengantugas-tugasanggota polis yang sebegini. Masakan tidak, dengan tidak memakai uniform,keluar bertugas dalam keadaan yang boleh mendatangkan kecurigaanjiranyang kadangkala tidak mengetahui pun kerjanya sebagai apa. Identiti perisikbiasanya perlu dirahsiakan ke tahap paling minimumdaripadamasyarakatuntuk memudahkannya menjalankan tugas. Pengurniaan Pingat JasaPahlawan NegaraolehDYMMYang Di-pertuanAgongatasjasa dan pengorbananbeliaudalamperkhidmatandankerjakebajikan.
16 Hanya mereka yang memahami betapa sukarnya menjadi isteri dananakseorang anggota polis terutama Detektif Cawangan Khas. Benarlahseperti yang kadang-kadang dipertontonkan di kaca televisyen. Bagaimanaberatnyatugas seorang anggota polis yang menghadapi pelbagai ranjau danduri dalammemastikan keselamatan dan keamanan negara terjaga. Keselamatandankeamanan negara lebih utama menjangkaui keselamatan diri dankeluarga. Sepanjang perkhidmatan, waktu terluang sama ada pada waktubertugasatau luar waktu bertugas; beliau juga menjalani kehidupan orangbiasaseperti masyarakat yang biasa yang lain. Sememangnya tugasseperti itumemerlukan beliau bergaul dengan segenap lapisan masyarakat untukmencari dan mengumpulkan maklumat bagi memastikan tiada anasir-anasir jahatyang boleh menganggu ketenteraman awam. Beliau bergaul dengansemualapisan masyarakat dari golongan ahli politik, pegawai besar kerajaan, guru,imam, ustaz, kontraktor, peniaga, orang awam dan pemandu teksi. Rata-ratakalau berselisih di Pekan Tuaran, mereka saling menegur dan berbual mesra.Dalam perbualan mereka pun andai disebut nama beliau rata-rataramai yangmengenali beliau. Manakan tidak, muka beliau muncul di mana-manasahaja.Rumah kenduri, rumah kematian, majlis-majlis kahwin, di kedai kopi sertadi sekolah pun beliau boleh ditemui. Sikap ramah, petah berkata-katadanmesradi samping mudah didekati menjadi penyebab ramai orang yangsukaakanbeliau. Antara aktiviti di luar tugas anggota polis, beliau mencetuskan ideamengindahkan kawasan balai polis seluruh Negeri Sabah.
17 Masa-masa bekerja yang tidak begitu sibuk serta lapang, beliauisi dengankerja-kerja sukarela. Sikap peramah dan kepetahannya berbicara menarikminatdankeyakinan orang lain untuk sama-sama berbakti dalamkomuniti. Sepanjangberkhidmat di Balai Polis Tuaran sebagai anggota polis, beliaubermulasekadaringin tolong-menolong demi kemasyarakatan dan ingin membuat kerja-kerjaamal mengisi masa lapang. Rentetan usaha ini membawa kepadaperlantikanbeliau sebagai setiausaha Lembaga Dakwah Polis (LEDPOL), Tuaran. FungsiLEDPOL ini adalah untuk menjaga kebajikan rakan-rakananggotapolismuslim dan mengusahakan penubuhan sebuah surau di dalamBalai PolisTuaran. Semuanya bertujuan memudahkan anggota yang sibukdengantugasmeluangkan masa untuk beribadah. Bersama isteri yang turut membantu membersihkan semula suraulama di Balai Polis Tuaran.
18 Surau bukan sekadar tempat semata-mata untuk menunaikan solat sahaja.Banyak aktiviti surau dirangka dan dijalankan terutama pada sebelahmalamketika ramai anggota sudah tamat waktu bekerja. Situasi ini menyebabkansurau tersebut menjadi semakin aktif dengan pelbagai program. Semuanyabermatlamat untuk merapatkan ukhuwah dan kebersamaan anggotatanpamengira pangkat. Sehingga suatu waktu, di surau ini pernah diadakanForumPerdana Hal Ehwal Islam anjuran Radio dan Televisyen Malaysia(RTM).Penceramahnya pula adalah Ustaz Badrul Amin Baharun dari Universiti IslamAntarabangsa yang ketika itu merupakan penceramah yang sangat terkenal dan tersohor. Penceramah-penceramah lain dari Majlis UgamaIslamSabah(MUIS) dan ramai lagi penceramah bebas turut dijemput untuk memenuhkanaktiviti surau. Sehingga kini, surau tersebut telah berjaya mendapat kelulusandari JabatanHal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEINS) untuk mendirikansolat padasetiap hari jumaat. Suatu kejayaan yang beliau impikan keranamemikirkankebanyakan anggota mempunyai ruang dan waktu yang sangat terhaddanterikat dengan tugasan tidak menentu dan masa. Berbanding denganorangawam yang mempunyai waktu yang lebih luas untuk ke masjiddaerahyangjaraknya dua kilometer dari Balai Polis Tuaran. Kerja-kerja kebajikan dan amal bakti tidak terhenti di situ sahaja. Beliaukemudiandiundi pula oleh anggota-anggota polis di Balai Polis Tuaran untukmenjadi Pengerusi Kelab Polis Tuaran (KPT) pada tahun 1994 iaitu selepas empat tahunbeliau menjejakkan kaki di Ibu Pejabat Polis Diraja (IPD) Tuaran. KPTialahkelab yang menyatukan dan menjaga kebajikan semua anggota polisdaripadapegawai berpangkat tinggi hinggalah anggota biasa. Suatu kegembiraanyangbesar apabila beliau melihat anggota dari semua peringkat dan lapisanduduksemeja tanpa mengira pangkat di Majlis Sambutan Aidilfitri, Majlis Hari KeluargaPolis; Pertandingan Sukan dan Permainan dan pertandingan-pertandinganlaindi padang balai atau di tempat lain yang sengaja diadakan untuk merapatkanhubungan sesama mereka. Bergerak lebih tangkas dan pantas; sentiasa di hadapan berani menempuhcabaran, beliau kemudiannya bertanding dan dilantik sebagai Pengerusi Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) Tuaran pada tahun 1997 dankemudianterus memegang jawatan Pengerusi Persatuan Pegawai RendahPolisDiraja(PPRPD) negeri Sabah selama tujuh tahun. Jawatan ini disandangsehinggabeliau bersara sebagai anggota polis. Menyandang jawatan sebagai Pengerusi PPRPD Negeri bererti turut menjadi Exco Kebangsaan bagi PersatuanPegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) Malaysia yang juga bermaksudkeanggotaanahlinya melibatkan anggota polis seluruh Malaysia. Antara objektif persatuanini adalah memperjuangkan skim gaji, elaun, perumahan, pakaiandanperkara-perkara lain yang berkait dengan kebajikan anggota polis berpangkatrendah.
19 Sifat kepemimpinan yang sentiasa wujud dalam diri sentiasa membara. Beliaubertanding pula untuk menjadi Pengerusi Koperasi Polis DirajaMalaysiaBerhad (KPDRMB) kawasan Kepayan, Kota Kinabalu yang merangkumi BalaiPolis Tuaran, Ranau, Putatan, dan Papar pada tahun 2001. Koperasi Polisadalah satu badan yang menyediakan kemudahan pinjamandanpenjualanbarang-barang keperluan seperti barangan elektrik, perabot, barangandapuryang lebih murah tetapi berkualiti dengan menggunakan kaedahpembayaranansuran yang dipersetujui bersama. Koperasi Polis ini mempunyai rangkaiankoperasi seluruh negara yang beribu pejabat di bangunan 18 tingkatnyasendiridi Jalan Midah, Kuala Lumpur. 3.1 Tawaran Bertugas di Moscow, Russia; Kunming, ChinadanGuangzhou,China. Kemahiran berbicara dan menulis dalam Bahasa Mandarin yangdipelajaridisekolah rendah rupa-rupanya tidak sia-sia. Kelebihan ini membukapeluangyang sangat luas dalam kerjaya beliau sebagai anggota polis apabilabeliauditawarkan untuk berkhidmat di luar negara iaitu di Moscow, Russia. Kemudianitu, beliau ditawarkan pula bertugas ke Kunming, China dansekali lagi keGuangzhou, China. Suatu peluang keemasan bagi sesiapa sahajakakitangankerajaan untuk mengorak langkah lebih jauh dalamperkhidmatansamaadauntuk kerjaya sendiri atau untuk mencapai status kehidupan yanglebihbaik.‘Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; lebihbaikdi negerisendiri!’ Setelah memohon petunjuk Allah; kesemua tawaran lumayan, menarikdan sukar dilepaskan itu ditolak dengan berhemah. ‘Bagai menarikrambutdalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak’. Jauhdi suduthatiyang paling dalam; yang sukar difahami oleh orang lain, beliaulebihbanyakmemikirkan kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri. Kepercayaandankeyakinan beliau bahawa ada sesuatu sebab tersirat yang lebihbesar mengapabeliau dihantar bertugas ke Sabah dari semenanjung suatu ketikadahuludanmengapa kini beliau menolak berkhidmat ke luar negara! Walaupun beliau bukanlah seorang alim ulama atau cendekiawanatauseorangustaz yang memang pastinya pemikiran yang lebih cenderungmemikirkantentang agamanya, namun jiwa halusnya amat tersentuh melihat syiarIslamyang terlalu perlahan di bumi Sabah. Beliau yakin dan percayabahawaAllahmengatur dengan kesempurnaan-Nya. Banyak amanah dantanggungjawabyang perlu dilakukan di sini bagi membantu usaha-usaha itu danyakinbeliauadalah antara orang yang sangat diperlukan oleh masyarakat untukmenjadipembimbing dan pemimpin mereka.
20 3.2 Bukan Kerana Nama Berkhidmat ‘Bukan Kerana Nama’, bukan mencari populariti, bukanmembinakekayaan, bukan kerana pangkat. Ikhlas dalam berkhidmat samalahseperti ikhlas dalam berbakti. Beliau tidak memerlukan apa-apa dan tidakmenagihapa-apa malah berkhidmat sama seperti orang lain yang bekerja. Bersikapjujurdengan tugas, bertanggungjawab dan melaksanakan amanah hanyakeranamencari rezeki yang halal untuk menampung kehidupan dan keluarga. Penilaian sama ada kita cemerlang dalam melaksanakan sesuatutugasbukandinilai oleh kita sendiri. Biar orang lain yang memandang dan meletakkankitadi tempat yang sepatutnya. Kita buat sahaja kerja kita tanpa mengharapkanapa-apa balasan. Biarkan pihak atasan sentiasa memandang danmembuatpenilaian terhadap kerja-kerja yang kita lakukan dan sejauh manapencapaiankita. Beliau berkhidmat hanya sebagai anggota polis yang berpangkat rendah.Namun, berjaya mengukir nama di persada senarai penerimaanugerahperkhidmatan cemerlang dan pingat kebesaran negeri dan negaraadalahsuatu keadaan yang jarang berlaku. Namun atas perkhidmatancemerlangbukan sahaja dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota polis tetapi dalamkerja-kerja kemasyarakatan telah mengangkat nama beliau untuk disenaraikandalam penerima pingat-pingat kebesaran itu. Sepanjang perkhidmatanbeliau meraih AnugerahPerkhidmatan Cemerlangsebanyak tujuh kali.
21 3.2.1 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) adalah anugerahyangdiberikankepada seseorang anggota tidak kira sama ada mereka beradadi bawahSistem Saraan Baru (SSB) atau Sistem Saraan Malaysia (SSM). Anugerahini diberi bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan keranakualiti sertakuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawabbiasabagijawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggotaberkenaansebagai contoh dan daya penarik kepada anggota-anggota lainuntuksama-sama meningkatkan taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.Ia mengambil kira kegiatan dan sumbangan pegawai yang mendapat prestasi85% ke atas. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai anggota polis, beliautelahdianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyaktujuh kali atas kecemerlangan dalam perkhidmatan dan kerja-kerjakebajikaniaitu pada tahun 1997, 1998, 1999, 2000, 2001, 2002, dan2006. Suatupencapaian penghargaan daripada pihak atasan yang diterimaolehbeliau.Pencapaian sebegini sangat jarang diperoleh seseorang anggotaperkhidmatanawam. Namun, beliau telah mencipta rekod tersendiri. 3.2.2 Bintang Setia Kinabalu (BSK) Bintang Setia Kinabalu (BSK) dikurniakan oleh Tuan YangTerutama Yang Di-PertuaNegeri Sabah pada tahun 2008. Bintang Setia Kinabalu (BSK) dianugerahkan kepada beliau padatahun2008oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah. Pingat ini adalahdarjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Sabahdikurniakanoleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah kepadamerekayangtelah menyumbangkan jasa kepada masyarakat dan negeri Sabah.
22 Bintang ini ialah bintang kelas pertama dalam kumpulan BintangKinabalu.Bintang ini dikurniakan kepada seseorang yang telah memberikanbakti dengancemerlang kepada negeri Sabah selama beberapa tahun. Penghargaanini lebih daripada kejayaan biasa yang dikehendaki daripadanya, semasaiamenjalankan tanggungjawab yang tidak berapa tinggi taraf kedudukannyadalam masyarakat dan juga dalam pekerjaan. Pengurniaan bintangini tidakterhad bilangannya. 3.2.3 Pingat Bitara Pasukan Polis (BPP) Pingat Bitara PasukanPolis (BPP) dikurniakanpada tahun 2009. Kemudian beliau dianugerahkan Pingat Bintara Pasukan Polis (BPP) padatahun 2009. Darjah pangkat kelima ini dianugerahkan kepada semuaperingkatPegawai Rendah Polis termasuk kurniaan Kehormat kepadaPegawai-Pegawai Rendah Polis Negara Asing yang mempunyai pangkat setaraf yangtelahbanyak berjasa dalam pasukan. Pingat ini mengiktiraf jasa dan pengorbanan atas usaha beliaudalamkerja-kerja kebajikan anggota-angota polis. Bukan anugerah pingat dankebesaranyang menjadi buruan beliau untuk dikenali dan disanjung. Namun, pengiktirafandaripada orang lain atau pihak yang lain mana mungkin boleh ditolak. Oranglain yang menilai kerja-kerja kebajikan beliau. 3.2.4 Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Pada tahun 2021 beliau dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan NegaraolehKebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong. Pingat ini dianugerahkan
23 kepada petugas-petugas polis yang cemerlang sehingga kini termasukpesarayang berkhidmat semasa era darurat dan insurgensi komunis sehinggatahun1990. Mungkin ketua jabatan dan pegawai atasan dalampasukanyangmenilai prestasi kerja yang nampak tugas, jasa dan pengorbanannyayangsangat besar. Demi tugas, kadang-kadang beliau terpaksa meninggalkanisteritercinta; Suzana Mohd. Kanan dan tiga orang anaknya iaituNurazni Elyana,Mohd Arifarhan dan Mohd Amirulfikri. Isteri dan anak-anaklahyangsetiamenghantar ke muka pintu lewat tengah malam sambil mendoakansuami danayah tersayang semasa keluar bertugas; entah akan pulang ataupergi tanpakembali. Hanya doa sahaja yang mengiringi kesedihan itu. Pada tahun 2021 beliaudianugerahkan Pingat JasaPahlawan Negara olehKebawah Duli Yang MahaMuliaYang Di-Pertuan Agong3.2.5 Anugerah Tokoh Abdul Rahman Auf Anugerah Tokoh Abdul Rahman Auf diwujudkan oleh JabatanHal EhwalAgama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk menghargai jasadansumbanganindividu yang aktif dalam perniagaan dan keusahawanan. Anugerahinimengambil sempena nama Abdul Rahman Auf, seorang sahabat Rasulullahyang akrab; mempunyai satu keistimewaan yang khas iaituberjuanguntukmenegakkan agama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkandenganharta dan kekayaannya. Beliaulah antara para sahabat yangbanyaksekalimengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentinganIslam.Abdul Rahman pernah membahagikan dua kekayaannya untukdibahagikankepada fakir miskin dan pernah pula menyerahkan seluruh kekayaannyauntukkeperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam.
24 Ketokohan beliau dalam bidang perniagaan dan keusahawanansertausahabeliau tidak pernah jemu dalam membantu dalam kerja-kerja kebajikanpeniaga-peniaga kecil Daerah Tuaran dan Majlis Pemuafakatan UsahawanNegeri Sabah tidak dapat disangkal lagi. Keperibadian beliau seperti mencontohi watakdan pemikiran Abdul Rahman Auf membuatkannya dianugerahkanTokohAbdul Rahman Auf sempena sambutan Maal Hijrah peringkat DaerahTuaranpadatahun 2012-2013. Anugerah Abdul RahmanAuf sempena sambutan Maal Hijrahsebagai penghargaan atasjasabeliau membantu peniaga-peniagakecil dan usahawan seluruhnegeri Sabah untuk tahun 2012-2013. 3.3 Cuti Tanpa Gaji Beliau pernah menegaskan, bertugas sebagai anggota polis memangpenuhranjau, dugaan dan cabaran. Kejujuran, dedikasi, integriti, menurut perintah,kepentingan negara menjangkau kepentingan diri, bersedia bertugasbila-bilamasa tanpa mengira waktu tidur atau berehat. Pendek kata, seluruhmasadankehidupan adalah demi tugas. Dalam gelak ada tangisan dan dalamtangisanada gelak; bersilih ganti menyulami kehidupan yang nyawa sendiri sentiasadi hujung tanduk. Setiap masa setiap saat perasaan berani dantakut cabar-mencabar di dalam diri apabila terpaksa berdepan dengan seorangpencuri,penjenayah, pembelot, pengkhianat negara. Dipertaruhkan nyawadankeluargademi keselamatan dan keamanan negara! Tekanan terlalu tinggi dalam bidang tugas ditambah pula dengan kesihatanyangtidak mengizinkan apabila beliau mula dikesan mungkin mempunyai potensi ‘Penyakit Tiga Serangkai’ iaitu masalah jantung, darah tinggi dankencingmanis membuatkan beliau ingin berehat buat seketika. Beliau mengambil Cuti
25 Tanpa Gaji pada awal tahun 2010 untuk menguruskan masalahkesihatandanmengurangkan gangguan fikiran dengan masalah tugas. Hal ini demikian,beliau tidak mahu menyusahkan rakan sekerja dan ketua jabatanyangterpaksamengaturkan jadual pembahagian tugas. Masa-masa begitu beliau isi dengan pelbagai usaha mencari peluang-peluangsebagai sumber pendapatan. Mungkin boleh menjadi pengganti pendapatansekiranya beliau mengambil keputusan tidak mahu meneruskanlagiperkhidmatan sebagai anggota polis. Beliau meneroka satu demi satubidangdan menjalankan pelbagai kajian terhadap peluang-peluangdalambidangperniagaan yang menjadi fokus utama dalam pemikirannya. Beliauberpendapatdan melihat peluang perniagaan terbuka luas terutama bagi kaumbumiputerauntuk menceburi bidang ini. ‘Di mana ada kemahuan, di situ adajalan’. Beliau membiarkan masa berlalu mengaturkan kehidupannyatanpabanyakmemikirkannya dengan keterlaluan. Beliau tidak mahu fikirannyaterganggudan itu adalah langkah terbaik bagi menjaga kesihatan fizikal danmentalnya.Usah terlalu memikirkannya, berserah kepada Allah! Itu adalahnasihatdansaranan daripada doktor serta pakar perubatan malah termasukrakan-rakanyang memahaminya. Memerhati dan terus memerhati, merancangdanterusmerancang untuk mencari jalan terbaik demi masa depan diri dankeluarga.Beliau meminta pandangan dan nasihat daripada pelbagai pihaksamaadamahu meneruskan perkhidmatan atau memilih jalan baru yangsamasekaliberbeza dengan apa yang pernah dilalui. 3.4 Ulat Dalam Batu pun Boleh Hidup! Selama dua tahun beliau cuti tanpa gaji. Sambil-sambil mencari identiti diri,mencari dan terus mencari pilihan terbaik untuk masa depan diri dankeluarganya.Sama ada memilih untuk mengekalkan cara kehidupan yang telahbiasadilaluisebelum ini atau memilih jalan baru yang tidak tahu lagi penghujungnya. Keadaankesihatan beliau mula terganggu dengan penyakit yang biasadialami olehkebanyakan generasi masa kini yang memerlukan beliau sentiasamenjalanirawatan susulan secara berkala. Amanah dan tanggungjawabterhadapbadan-badan kebajikan yang beliau sertai membuatkan beliau sentiasasibukdansering terlupa bahawa tempoh cuti tanpa gaji sudah di peringkat maksimadanbeliau perlu ada keputusan yang jelas. Selepas bermunajat dan beristikharah memohon petunjuk Allahuntukmembuatsuatu pilihan yang terbesar dalam hidupnya, Mac 2011 beliaumengambilkeputusan untuk bersara awal daripada kerjaya polis. Keputusanterbesardalam hidupnya yang jarang mampu dilakukan oleh orang lain. Antaraprinsipdiri dan memikirkan perjalanan hidup yang lebih panjang serta bermanfaat demimasa depan keluarga dan anak-anak. ‘Ulat dalambatu pun bolehhidup’. Allah
26 itu Maha Kaya; akan memberi kecukupan rezeki kepada hamba-Nya. Tanpamenoleh ke belakang lagi, beliau mengambil keputusan untuk berpencendanmeninggalkan kerjaya yang beliau sayangi selepas 26 tahun berkhidmat padaketika berusia 46 tahun.
27 TBAB 4 PERNIAGAAN‘Setiap perniagaan yang dibina sebenarnya bukan untuk mencari keuntungan diri semata-mata melainkan untuk berkongsi peluangkepada orang lain untuk sama-sama mencari dan mendapatkanrezeki daripada perniagaan tersebut sama ada sebagai pekerjaatau sebahagian keuntungan akan diinfaqkan’ iada sudah gaji bulanan, tiada sudah elaun bertugas di luar kawasan,tiada sudah bonus tahunan. Semuanya sudah tiadalagi! Isteri dananak- anaknya perlu diberi makan. Dari manakah sumber pendapatanperlu digali untuk menampung hidup? Mencari sesuapnasi untukhariini dan esok. Hidup berdagang di tempat orang, jauh dari adik-beradiktempatmengadu, saudara-mara tiada di sisi. Rakan dan taulan sekadar bertanyakhabar tanda simpati dan kemudian berlalu pergi. Terkadang timbul penyesalanmengambil tindakan sedemikian rupa; tambahan diasak pelbagai persoalanorang sekeliling yang tidak faham dan tidak pernah mahu memahami apayangterbuku dan tersimpan di dalam benak fikirannya. Jalan di hadapantampakbagai terlalu banyak ranjau dan duri; jurang yang dalam, batuanyangtajambelum termasuk lagi unggas yang berbahaya! Bermulalah perjalanan kehidupan yang baru dan jauh berbezasamasekaliberbanding sebelum ini. Dibantu dengan wang simpanan yangadasertasebahagian sumber-sumber simpanan hasil jualan kecil-kecilanyanglalusertabantuan isteri yang berjaya menamatkan pengajian sebagai guruterlatihpadatahun 1993 yang kemudian bertugas di Sekolah Menengah KebangsaanSt.John Tuaran, beliau perlu memulakan langkah. Satu per satuperancangandibuat dan disusun dengan rapi agar tidak kecundang di pertengahanjalankerana memikirkan kali ini setiap perkara yang mahu dilakukanperlumelibatkansumber utama pendapatan keluarga. Beliau memang sudah pun mempunyai pengalaman berniagasejakkecilsehingga remaja malahan ketika berkhidmat sebagai anggotapolis. Namakansaja peniagaan kecil-kecilan yang beliau tidak cuba bagi mengisi masawaktu
28 lapang dan terluang di luar waktu bekerja. Saat kawan-kawan lain dudukberbual membincangkan isu-isu semasa dunia, beliau akan mencelah denganpelbagai jenis jualan bagi menambah wang poket. Hampir setiap hujungminggunyadihabiskan dengan menjaja dan menjual barang jualannya. Sejak di Kuala Lumpur lagi beliau telah berniaga kecil-kecilan. Jualannyatermasuklah berjual jam tangan, tali pinggang, menyertai banyakSyarikatJualan Langsung; menjual harga tunai atau bagi rakan-rakan yangrapat bolehberhutang, dan pernah memiliki sebuah kedai menjual bingkai-bingkai ayat Al-Quran di Cheras, Kuala Lumpur. Di Sabah pula, beliau berniaga di pasar-pasarmalam Pekan Tuaran; menjual ABC, goreng pisang, kuih-muih, buah-buahandan apa sahaja yang boleh memberi pendapatan tambahan. Ketahuilah, ketikaitu segala usaha mencari pendapatan tambahan bukan untuk menjadikanhidupnya kelihatan mewah tetapi lebih memikirkan jika ada keuntunganlebih,beliau ingin sedekahkan sebahagiannya kepada fakir miskin atautempattempat yang memerlukan. Bukan untuk dirinya, tetapi untuk oranglain! Kini minat berniaganya kembali semula; tetapi kali ini secara sepenuhmasadan perlu semangat yang lebih kuat. Kalau dulu sekadar main-maintetapi kini betul-betul; kalau dulu sekadar sampingan tetapi kini sebagai puncapendapatan utama. Semuanya diharungi tanpa gentar. Segala bidangdicubadan diteroka termasuk berniaga air; menjual sate di bazar ramadan; berjual beli ayam kampung untuk dipasarkan ke Kota Kinabalu, berjual beli kerbau; berjual beli kereta terpakai dan banyak lagi bidang perniagaan yang beliauceburi. Kitasoroti sebahagian perniagaan besar yang beliau ceburi demi kelangsunganhidup. 4.1 Penternakan Ikan Keli Pada tahun-tahun 2000, mungkin kerana penempatan penduduk di Sabahlebihtertumpu kepada persisiran pantai dan kebanyakannya mendapatkanbekalansumber protein dari ikan laut, maka permintaan terhadap ikan sungai adalahsangat rendah. Rata-rata penduduk Sabah tidak biasa makan ikansungai. DiSabah sukar mencari restoran yang menawarkan ‘Ikan Keli Sambal Belado’atau ‘Ikan Keli Masak Lomak Lado Api’. Kalaupun ada, pastinyapemilikrestoran itu berasal dari semenanjung. Sekiranya pemilik restoranituadalahorang tempatan, pasti sukar jumpa masakan sebegini. Usaha-usaha promosi yang dilakukan oleh kerajaan melalui media-mediamassa membuka peluang kepada petani dan nelayan di Sabahuntukmenceburi bidang baru. Suatu bidang yang agak asing namun mampumemberi pulangan lumayan. Permintaan terhadap ikan keli kelihatan semakinmeningkatsedangkan penawaran sangatlah berkurangan. Pelbagai usaha dilakukanolehpihak berwajib yang berkait dengan pertanian untuk seimbangkankeadaanini
29 dengan menawarkan pelbagai kursus dan latihan kepada merekayangberminatuntuk menceburi bidang penternakan ikan keli. Melihat potensi yang sangat besar itu, beliau merebut peluangdenganmemulakan projek penternakan ikan keli di kawasan rumahnya. Beliaumemulakan projek ini pada tahun 2010 ketika beliau sedangmengambil cutitanpa gaji dengan menyediakan kolam-kolam ikan daripada simendantangkiair. Benih ikan keli diperoleh terus dari Negeri Sembilan danKedahkeranaketika itu belum ada penternak-penternak keli di Sabah yangmengusahakanpembenihan anak ikan keli. Beliau sentiasa mendapatkan bantuankhidmatnasihat dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) TuarandanLembagaKemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tuaran. Memang agensi-agensi kerajaanyangberkaitan sedia membantu mengikut bidang masing-masing. Semuanyamenujumatlamat yang satu iaitu mahukan petani dan nelayan maju dalambidangyangmereka ceburi. Penternakan ikan keli mula membuahkan hasil yang lumayan. Pernahjualanmencecah 100 hingga 200 kilo sehari. Beliau ketika itu pulatelahdilantiksebagai Ahli Jemaah Pengarah, Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK), Tuaran.Beliau tanpa jemu berusaha mendedahkan pula ilmu ini kepadapetani dannelayan yang berminat menceburi bidang ini. Banyaklah kursus yangberkaitandianjurkan di seluruh Sabah bagi memberi peluang kepada lebihramai oranguntuk merebut peluang ini. Lahirlah usahawan-usahawanpertanianbaruterutama berkaitan penternakan ikan keli di merata pelosok kampung. Kini, masakan ikan keli tidak lagi asing kepada penduduk Sabah. Rata-ratamereka sudah boleh menerima dan menggemari masakan ini. Banyakrestoranyang pemiliknya orang tempatan juga mengambil peluang ataspermintaanterhadap masakan ini untuk mewajibkan hidangan ini sebagai menumasakantengah hari. Sejauh Kota Marudu dan Kudat, Tawau dan SempornaKeningaudan Tenom; sebilangan besar penduduknya telah memilih hidanganini samaada untuk mencuba bagi yang baru mahu mencuba atau untukmengulangikeenakannya lagi bagi kali kedua dan seterusnya menjadi lauk pilihantengahhari mereka. Perniagaan ini tidak diteruskan lagi selepas beliauberalihkepadaperniagaan beras. 4.2 Syarikat Affi Enterprise Sdn. Bhd. Kesulitan dan kesusahan pada zaman kanak-kanak banyak mengajarbeliauerti ketabahan, kesabaran dan tidak putus asa. Di samping menguruskanprojekpenternakan ikan kelinya, beliau mengorak langkah lagi denganberkecimpungdalam bidang pembinaan. Dari projek yang kecil-kecil, namabeliaumuladikenali sebagai antara kontraktor yang boleh dipercayai bagi menguruskanprojek dengan baik sehinggalah beliau ditawarkan peluang membinapagar
30 Maktab Kent lama (kini Institut Pendidikan Guru, Kampus Kent). Bergeraklebih jauh, beliau mendapat lebih banyak projek pembinaan masjid, suraudan sekolah sekitar Tuaran termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK)Tengilan, SMK Tamparuli, SMK Tun Fuad, Kiulu dan banyak sekolahlainyangmempunyai senarai yang panjang. Atas kepercayaan dan keyakinan dengan kemampuan dan kebolehanbeliaumengurus sesuatu projek dengan baik, beliau ditawarkan bertugassebagai Pengurus Projek oleh Syarikat Affi Enterprise Sdn. Bhd. Syarikat ini terlibatdalam pembinaan Taman Perumahan Putera Perdana, Telipok, KotaKinabaluyang melibatkan kos lebih RM30 juta pada tahun 2003. Tamanperumahanini merangkumi unit teres dua tingkat, rumah teres satu tingkat danbeberapabuah unit kedai. Tugas beliau bermula daripada memilih tapak sehinggalahsiaptaman perumahan tersebut. Tugasan ini pula memerlukan beliauberurusandengan ramai pihak termasuk pihak berwajib tempatan yang berkaitandenganbangunan, perparitan, kumbahan, keselamatan dan kemudahan-kemudahanyang lain. Surat Perlantikan beliau sebagai Pengurus Projek oleh Syarikat Affie Enterprise Sdn. Bhd.
31 Terlalu banyak pahit manis kenangan menguruskan projektersebut.Penceritaannya yang panjang boleh membawa dari malamsampai kepagi.Berulang-alik berjumpa pihak berkuasa tempatan, rungutan danlaporanpolistentang kesulitan berkaitan projek, kes-kes pergaduhan sesamapekerjaadalahantara yang tercatat dalam diari pengurusan projek itu. Antaraperistiwayangtidak boleh dilupakan sepanjang menguruskan projek itu ialahapabilabeliauterpaksa memberhentikan 500 pekerja sekaligus kerana masalahpengurusandan salah faham yang kemudiannya berjaya diselesaikan denganbaik. Selepassiap projek itu, beliau mohon mengundur diri daripada syarikat tersebut untukmenumpukan sepenuh perhatian dalam perniagaan miliknya sendiri. 4.3 Syarikat Seri Taman Rice Enterprise Sdn. Bhd. Peniagaan beras yang untungnya kecil sahaja tetapi kerana ia keperluanasasi, maka pernah menjana keuntungan jutaan ringgit. Semasa menguruskan projek penternakan ikan keli dan menjadi pengurusperumahan, beliau menceburi bidang perniagaan beras. Beliaubermuladenganusaha kecil-kecilan sebagai pemborong beras yang membekalkanberaskekedai-kedai runcit sekitar daerah Tuaran. Seterusnya, beliaumendapatpulalesen pengedaran beras ke seluruh Sabah pada tahun 2010di bawahsistempayung Beras Nasional (BERNAS). Peluang keemasan ini diusahakansebaikmungkin. Hampir setiap kedai runcit di sekitar Kota Kinabalu, Tuaran, KotaBelud, Kota Marudu, Kudat dan banyak daerah lain di Sabah mendapat bekalanyang lebih baik dan berkualiti pada harga yang murah.
32 Memenuhi keperluan dan kehendak perniagaan, beliau telah membinasebuahgudang beras sendiri di sebelah rumahnya di bawah Syarikat Seri TamanRiceEnterprise Sdn. Bhd; bermula dua tan (200 beg 10kg). Beliau melantikSudirmanAhmad, Lulusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai pengurussyarikatberasnya. Sekilo beras hanya memberi pulangan sebanyak limasensahajatetapi kuantiti permintaan yang banyak akan menghasilkan pulanganyangsangatlumayan. Selepas tiga tahun, permintaan berasnya mencecah 10hingga15tansehari. Beliau dibantu seorang lagi pengurus, iaitu Mohamad Razali Abdullah,iaitu adik beliau sendiri. Perniagaan berkembang maju denganbegitucepatmelalui rangkaian pemasaran yang mantap dan berkesan. Semuanyabekerjadengan satu matlamat; meningkat dan terus meningkatkan jualan! Walaupunkeuntungan pengedaran adalah kecil namun kuantiti permintaankeperluanasas yang tinggi ini memainkan peranan yang besar sehingga menjangkaunilai jutaan ringgit. Malangnya pada tahun 2013, pendapatan beras mula merosot. Seperti adaketirisan pengurusan. Ketika itu gudang 100 tan sehari sedangdibinadansistem rangkaian pemasaran sudah semakin meluas. Namun benarlahadatberniaga, setiap perniagaan ada risikonya yang tersendiri. Persainganyangsihat dan tidak sihat adalah asam garam yang perlu ditempuhi dalamduniaperniagaan. ‘Matlamat menghalalkan cara’ bukan menjadi prinsiphidupyangmahu dipegang. Mungkin kerana terlalu percayakan orang lain untuk mengurus sepertimanakitasendiri mengurusnya; pantauan yang terlalu longgar membuka peluangyangluas berlakunya penyelewengan pengurusan. Rekod-rekod telahdisemakdandidapati ada beberapa pengurusan fail yang lemah. Beliau tidak mampuuntukmenyalahkan sesiapa melainkan diri sendiri yang kurang memantaukeranasibuk menguruskan projek-projek lain. Tambahan pula, pengurusanberastelahdiserahkan kepada orang yang boleh dipercayai, kesilapan ini hanyamemakandiri sendiri. Bagi beliau, sesuatu kejayaan yang dikecapi biar dengan carayangbetul.Barulah ada kepuasan dalam hidup yang lebih membahagiakan. Kaedahtipudaya untuk membina harta kekayaan dan kemewahan hidup melalui carayang tidak betul, lambat-laun akan terbongkar jua. Semua kebahagiaandankeseronokan akan musnah dalam sekelip mata sahaja. Akhirnyaseluruhoperasi perniagaan beras beliau hentikan serta-merta! Sehinggakini, lesenperniagaan beras masih lagi aktif dan boleh digunakan tetapi sedangmerangkadan merancang strategi baru yang tentunya menuntut kos yang tinggi.
33 4.4 Rangkaian Rumah Sewa & Kedai Sewa Selepas perniagaan beras mengalami zaman kesukaran, beliaumengambilpeluang menukar gudang berasnya menjadi beberapa buahrumahuntukdisewakan. ‘Asal barang jadi duit!’ Asalkan halal dan tidak menyalahi undang-undang dan etika hidup bermasyarakat. Selain itu, jika ada rumah-rumahyangkosong, beliau akan sewa serta baiki semula dan kemudian menyewakanpulakepada orang lain. Itu belum termasuk lagi kecekapan beliau merebut peluang yangadadenganmencari kawasan yang strategik di sekitar Tuaran. Beliau menyewatapaktapak atau tanah yang kosong atau bangunan terbiar atau laluanyangbolehdimajukan dengan menukarkan menjadi lot-lot kedai dan gerai yangmenarikdan disewakan pula kepada orang lain pada harga yang berpatutan. Saat orang lain tidur lena, pemikiran beliau tidak pernahberhenti untukmencari wang. Walaupun ‘Wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanyamemerlukan wang!’ Bukan untuk kekayaan dirinya sendiri danbukanuntukkekayaan keluarganya semata-mata. Bukan juga untuk mengumpul hartatujuh keturunan. Hasratnya cuma satu, sebahagian keuntunganitunanti akandiinfaqkan ke tempat-tempat yang memerlukan seperti masjid, surau, orangmiskin, mualaf, asnaf, orang kurang upaya, pusat-pusat pengajianagamadansebagainya. Apa yang lebih penting adalah untuk membahagiakankehidupanorang lain. Kini, beliau memulakan langkah semula untuk menghidupkanKembali perniagaan beras ini yang terhenti sebelumini. 4.5 Sate Tuaran Menyingkap nostalgia zaman kanak-kanak; yang menguruskandanmengusahakan perniagaan sate yang suatu masa dulu memberi makandankehidupan kepada keluarga. Beliau mengenang usaha jerih perihayahnyayangbertungkus-lumus mencuba dan terus mencuba pelbagai ramuansehinggalahsate ayahnya adalah antara sate pilihan terbaik masyarakat sekitar kampungdan orang luar. Ayahnya dikenali sebagai ‘Dollah Sate’ dan aromanyamelepasisempadan negeri Perak. Maka beliau cuba mengekalkan danmeneruskantradisi pelbagai ramuan tersebut.
34 Perniagaan sate yangdiwarisi turun-temurun daripada‘Dollah Sate’ dan masihdikekalkan ramuanrempahratusnya. Berbicara bersama beliau, apa yang dilakukan sebenarnya lebihmemikirkankepada memberi ruang dan peluang pekerjaan kepada masyarakat sekelilingkawasan beliau tinggal. ‘Setiap perniagaan yang dibina sebenarnyabukanuntuk mencari keuntungan diri melainkan memikirkan untuk memberi peluangkepada orang lain untuk sama-sama mencari dan mendapatkan rezeki daripadaperniagaan tersebut sama ada sebagai pekerja atau sebahagiankeuntunganakan diinfaqkan’.Apabila memerlukan orang mencucuk sate, beliaumengupahibu-ibu yang tiada pekerjaan supaya datang dan dibayar upahnya. Apabilamemerlukan orang membakar sate, dipanggilnya remaja yang tiadapekerjaan,diambilnya bekerja dan dibayar dengan gaji yang sesuai. Semuanyamemikirkankebajikan orang lain. Apa keistimewaan Sate Tuaran ini? Resepi Turun + Temurun Mewarisi ilmu pembuatan turun-temurun selama lebih 25 tahun terutama kaedah campuran dan perapan yangdiwarisi daripada arwah ayah beliau. Ramuan Sate Lebih daripada 23 ramuan rempah-ratus daripada bahan- bahan terpilih seperti kunyit, halia, serai, jintan manis, bungalawang diadun halus dalam proses campuran dan perapanuntuk melahirkan rasa sate sebenar! Ramuan Kuah Lebih 12 ramuan rempah ratus daripada bahanterpilih diadunhalus dengan masakan sempurna untuk menghasilkan kuahsate yang sayang untuk tidak dihabiskan!
35 Kayu Arang Mengekalkan kaedah tradisi turun-temurun membakar mengunakan kayu arang untuk melahirkan aroma danrasayang membuat mata terpejam seketika untuk menikmati rasa sate sebenar! Perniagaan sate ini masih lagi kekal sampai sekarang dan beroperasi di GeraiPeladang, Kg. Berungis, Tuaran. Beliau pernah cuba membukabeberapacawangan seperti di Universiti Utama Condominium(UUC), TelipokdanRestoran Mak Ana, Pantai, Kg. Laya-Laya, Tuaran namun masalahpekerjadanpermintaan sate yang bermusim membuatkan perniagaan ini agaksuram.Kosbahan mentah rempah-ratus dan ramuan yang pelbagai jugaadalahantarafaktor yang mempengaruhi harga sate menjadi mahal menyebabkanpermintaanterhadap makanan tradisional ini rendah. ‘NIKMATILAH RASA SATE SEBENAR!’