The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menceritakan perjalanan hidup<br>penulis dan usaha-usaha kebajikan penulis untuk membantu insan-insan yang memerlukan. Semoga kusah beliau ini akan memberi inspirasi dan motivasi kepada orang lain untuk membuat kerja-kerja amal

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by librarykent02, 2023-10-04 20:14:04

TOKOH MASYARAKAT : ROSLANI ABDULLAH. Inilah Kisahnya...

Menceritakan perjalanan hidup<br>penulis dan usaha-usaha kebajikan penulis untuk membantu insan-insan yang memerlukan. Semoga kusah beliau ini akan memberi inspirasi dan motivasi kepada orang lain untuk membuat kerja-kerja amal

Keywords: Biografi,Roslani Abdullah

36


37 MBAB 5 KEMASYARAKATAN‘Sedangkan kerengga yang jatuh di air; kita berusahasedaya-upaya untuk bantu menghulurkan daun agar ia dapat berpaut naik; melambai-lambai sesungut tanda terima kasih. Inikanpulakitasesama manusia. Insan Yang Mulia dan baik hatinya ialahinsanyang hidupnya berbakti bukan sahaja kepada manusiamalahansemua makhluk. Waktu kita senang, kita menghulurkantanganmembantu orang lain samalah bermaksud kita menghulurkantangan di waktu kita senang untuk membantu diri kitasendiri di waktu kita kesusahan!’ enolak tawaran kerjaya di luar negara iaitu di Moscow, Russia;Kunming, China dan seterusnya Guangzhou, Chinadanmemilihuntuk kekal tinggal di Sabah selepas berpencen, malahmeneruskankehidupan mencari rezeki daripada pelbagai sumber perniagaanternyata ada maksud tersirat yang telah Allah tentukan. Adaamanahdantanggungjawab yang perlu dipikul; ada bukit yang perlu diratakan; adasungaiyang perlu ditambak; ada hutan yang perlu ditebang; ada kayuyangperludibakar; ada tabuh perlu dipalu; ada titir yang perlu dicanangbagaikandalamHikayat Melayu Lama: PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH! Bila Terdengar! Pukul Tabuh Larangan! Palu Gong Pelaung! Titir Canang Pemanggil! Inilah Semangat Beliau! Patah Galah Bertongkat Kaki! Patah Kaki Bertongkat Lutut! Patah Lutut Bertongkat Siku! Patah Siku Bertongkat Kuku!


38 Patah Kuku Bertongkat Sayap! Patah Sayap Bertongkat Paruh! Patah Paruh Bertongkat Dagu! Walaupun Jatuh Tertiarap! Misai Pantang Mencecah Tanah! Namunku Daki; Tetapku Daki Jua! Tampil berjuang bukannya hulubalang, namun beliau tampil berkarisma bagai panglima di medan perang dalam banyak mesyuarat, perbincangan dan persidangan semuanya atas nama kebajikan untuk orang lain.


39 Tampil berjuang bukannya hulubalang, berpencak di medan bukannyapendekar,bertempur kekuatan bukannya tenaga, bertikam lidah bukan pedang; menepishalangan bukannya parang, melindungi diri bukannya perisai, namunbeliautampil berkarisma dalam banyak perbincangan, mesyuarat danpersidanganbagaikan panglima. Beliau memimpin dan menjadi pemimpinkepadausaha-usaha membantu meninggikan syiar Islam di bumi Sabah. Hatinyamudahtersentuh melihat begitu kurangnya masjid dan surau terutamadi DaerahTuaran. Kalau ada pun, sepi dan sunyi melambangkan masihkurangnyakefahaman dan pengetahuan sebilangan besar masyarakat Islamdi sini.Sesuatu perlu dilakukan; seseorang perlu melakukannya! Beliautampil bagaiPanglima Perang! Seperti telah direncanakan Allah dalam mengatur kesumpurnaan-Nya, setiapPanglima Perang akan pasti ada hulubalang-hulubalang yangakansentiasadi sisi untuk membantu melaksanakan setiap strategi dan pertempuran. Maka,tersenarailah ramai orang yang sentiasa ada membantubeliaudalampelaksanaan setiap perancangannya. Bagai dalamHikayat Melayulama; Bila Terdengar! Pukul tabuh larangan, Palu gong pelaung, Titir canang pemanggil; Yang capik datang bertongkat, Yang buta teraba-raba, Yang tuli leka bertanya, Yang kecil terambin lintang, Yang jarak tolak-tolakan, Yang pendek bertinjau-tinjau, Yang kurap mengekor angin, Yang pekak pembakar meriam, Yang buta menghembus lesung, Yang lumpuh penghalau ayam, Yang pekung penjemuran, Yang kurap pemikul buluh. ‘Sedangkan kerengga yang jatuh di air; kita berusaha sedaya-upayauntukmembantu menghulurkan daun agar ia dapat berpaut naik; melambai-lambaisesungut tanda terima kasih. Inikan pula kita sesama manusia. Insanyangmulia dan baik hatinya ialah insan yang hidupnya berbakti bukansahajakepadamanusia malahan semua makhluk. Waktu kita senang, kitamenghulurkantangan membantu orang lain samalah bermaksud kita menghulurkantanganpada waktu kita senang untuk membantu diri kita sendiri di waktukitakesusahan!’Bukan mahu disanjung atau dipuja sama ada semasa hidup atauselepasmati.


40 Semua yang ingin dibuat dan akan dibuat adalah ikhlas hanya keranaAllahs.w.t. Allah lebih mengetahui apa yang terbuku di hatinya tanpa mengharapkanbalasan dan pujian. Selalu dalam ucapan, beliau akan menyebut perkaraini sebagai pembakar semangat dan pendorong kepada orangyangmasihteragak-agak untuk membuat kebaikan. Biarlah Allah sahaja yangmembalassegala kebaikan yang kita lakukan! ‘Boleh jadi ketika kita lena, pintu-pintulangitdiketuk oleh puluhan doa kebaikan untuk kita daripada fakir yangpernahkitaberi makan; atau mungkin orang sedih yang telah kita gembirakan; atauorangsusah yang telah kita berikan senyuman; atau seorang yang dalamkesusahanyang telah kita beri kelapangan!’ Kita soroti perjuangan, sikap, sifat, daya kepemimpinan, karisma, ketokohan,kesungguhan, kemahuan, kehendak, harapan dan impian serta kesungguhanbeliau dalam membuat kerja-kerja kebajikan. Bukan hanya satutetapi satudemi satu yang jika semuanya disenaraikan akan mempunyai satusenarai yang sangat panjang. Seorang insan yang memegang dan memimpinbanyakpertubuhan yang tidak mendatangkan keuntungan peribadi dari segi kewanganmelainkan membuat kerja-kerja yang berteraskan amal kebajikanyangkebanyakan antara kita tidak akan sanggup melakukannya. 5.1 Ketua Pengawas Kebiasaannya sesebuah sekolah akan melantik sesuatu jawatandalamkalangan pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yangtinggi untukmengetuai badan elit pelajar tersebut iaitu Badan Pengawas. Makaakanberbarislah pelajar yang cemerlang untuk dilantik menjadi pengawasdandalamkalangan mereka pulalah akan dipilih seorang ketua pengawas bagi mewakili keseluruhan murid di sesebuah sekolah. Ketua pengawas biasanyamenjadi simbol dan ikon kepada pelajar-pelajar lain untuk dicontohi supayacemerlang.Sama ada dalam pencapaian akademik, kokurikulum, sahsiah dankepimpinanserta menjadi bahan pembakar semangat kepada pelajar lain. Namun, beliau mungkin terkecuali dalam perkara ini. Pencapaianakademikbeliau biasa-biasa sahaja berbanding ramai pelajar lain yang lebihhebat lagi.Beliau hanya berada di kelas aliran sastera, bukan aliran sains sebarisdenganpelajar-pelajar sekolah biasa di luar bandar. Namun, kewibawaandansifatkepimpinan yang ditonjolkan oleh beliau dalam mengendali RumahSukan,menjadi bendahari Persatuan Bulan Sabit Merah dan menyertai beberapapertandingan lagi sehingga ke peringkat negeri membuatkanseluruhkepimpinan pengurusan sekolah daripada pengetua, guru-gurusekolahnya,kalangan pengawas dan ramai pelajar di sekolah itu mahukanbeliauyangmengetuai badan tersebut.


41 Berpeluang menyampaikanucapan di majlis-majlis rasmi sekolahadalahpeluangyang ditunggu-tunggu oleh beliau. Semuanya untuk menyuntiksemangatsupaya tidak mudah mengalah kepada rakan-rakan pelajar sekampungyangketika itu tidak mengambil berat dengan pelajaran. Biasalah keadaansekolahluar bandar yang jauh daripada pembangunan dan kemodenan. Gayaberucapyang mempesonakan membuatkan beliau sering mendapat pujiandaripadakalangan guru-guru dan rakan-rakannya. Sekaligus membuktikanbahawabeliau mempunyai karisma tersendiri untuk memimpin sebuahpasukankearah matlamat yang sama. Beliau menjadi ketua pengawas selamaduatahuniaitu semasa berada di tingkatan empat dan lima di Sekolah MenengahMunshiAbdullah, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor. 5.2 Gerakan Belia 4B Malaysia Golongan belia adalah aset negara yang terpenting. Merekalahpewarismasa depan yang menentukan hala tuju struktur ekonomi, keselamatandankeamanan negara agar terus terjamin. Gerakan Belia 4BMalaysiaberadadibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang mensasarkangolonganinidengan matlamat mengekalkan mereka di kawasan kelahiranmasing-masingdan membangunkan ekonomi setempat melalui pertanian, perladangandanpenternakan. Melalui cogan kata 4B yang membawa maksud Bersatu, Belajar,Bekerja, Berkhidmat; gerakan ini menyuntik semangat belia-beliakampunguntuk bangun bersama membantu masyarakat kampung masing-masing. Sijil yang pernah diterimaoleh beliau daripada JabatanPenerangan Daerah SabakBernam pada tahun 1983


42 Sejak tingkatan dua iaitu pada tahun 1980 lagi, beliau telah menjadi ahli gerakanini. Beliau dilantik menjadi ahli jawatankuasa (AJK) Cawangan SabakBernam;membuatkan beliau aktif dalam banyak aktiviti persatuan. Beliaumencetuskanidea menubuhkan kumpulan marhaban dan berzanji dalamkalanganremajakampung. Berkumpul dan berlatihlah mereka pada siang dan malamselepaswaktu sekolah, selepas mengaji dan pada hujung minggu. Semakinramai yang ingin menyertai kumpulan marhaban ini, namun tempat adalahterhad.Kumpulan ini mencuba nasib bertanding di peringkat kampung danakhirnyaberjaya menjadi johan di peringkat daerah Sabak Bernam. Malah, kumpulanini dapat mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri Selangor seterusnyaberjaya mendapat tempat kedua. Apa yang penting dalam pemikirannya ialah beliau mahukan remaja-remajakampung itu bersatu dan membentuk aktiviti-aktiviti yang berfaedahbagi mengisi masa lapang. Walaupun beliau sendiri tidak mempunyai masalapangyang banyak kerana sebahagian besar waktunya dihabiskanmembantukeluarga, tetapi beliau masih memikirkan perkara-perkara yang bolehdilakukanoleh rakan-rakan remajanya. Pemikiran pelajar tingkatan duasepertinyamenjangkau ke hadapan berbanding pelajar lain. Saat pelajar lainlekadenganmain dan permainan kampung yang ketika itu diisi dengan aktiviti mandi sungai,memancing di parit, permainan galah panjang, main sorok-sorokataumainmasak-masak. Kini, aktiviti Gerakan Belia 4B ini semakin suram, membuatkanbeliau juga kurang aktif lagi dalam badan ini. 5.3 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ialah sebuah Badan Masyarakat Madani yang mewakili pergerakan belia Islam di Malaysia. ABIMtelah ditubuhkanpada6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).ABIM telah didaftarkan penubuhannya di bawah Akta Pertubuhan-pertubuhanBelia 2007. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merupakan sebuah gerakanyangbertunjangkan ilmu dan memilih untuk mengambil sikap terbukasertasederhana berasaskan realiti masyarakat setempat. Di samping itu, gerakanini memegang teguh prinsip-prinsip serta kesepaduan ilmu, iman danamal dalamrangka pembangunan Malaysia. Ketika itu pertubuhan ini sangat aktif mengajakbelia-belia Islam untuk bersatu dalam melaksanakan pelbagai aktiviti daripadasektor ekonomi hingga aktiviti-aktiviti sukarelawan. Tidak cukup setakat menyertai Gerakan Belia 4B Malaysia, beliaujugapernahmenyertai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada tahunyangsamasehingga terpilih menjadi Setiausaha Cawangan Peringkat Negeri Selangor.Ketika itu banyak ceruk rantau kampung dijelajahi bagi memberi penerangan


43 matlamat gerakan ini. Kekangan masa dan keadaan keluargamembuatkanbeliau sukar untuk bergerak aktif dan menyebabkan banyakperancanganpertubuhan terpaksa beliau tolak sendiri dan memberi laluankepadarakanrakannya yang lain. Ia termasuklah perancangan untuk menjadikanbeliaupemimpin peringkat daerah. Akhirnya beliau kurang mengaktifkandiri dalampertubuhan sukarela ini. 5.4 Politik? Sejak zaman remaja beliau telah cuba menceburkan diri dalamarenapolitikuntuk menguji keupayaan dan kepemimpinan apabila menyertai UMNOpadatahun 1984 sehingga menjadi Setiausaha Pemuda Umno, CawanganBaganNakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor. Pelbagai kaedah danusahatelahdilakukan untuk menaikkan nama dan mengekalkan gaya kepimpinankeranabeliau menyakini khidmat dan bakti mampu ditabur melalui saluranini. Beliaumenjelajah seluruh pelosok kampung bertemu dengan semuagolonganyangmemerlukan bantuan. Keinginan untuk menyertai politik sentiasaberkobar-kobar dalam dirinya. Hasrat untuk meningkatkan prasaranadanekonomimasyarakat setempat adalah antara agenda dan niat utama beliaumenyertaipolitik. Beliau bercampur dan bergaul dengan orang-orang politik peringkat bawahanhingga ke peringkat atasan. Dari peringkat cawangan hinggakeperingkatbahagian, dari peringkat ahli biasa hingga ke golongan menteri. Beliaumembina hubungan baik dengan golongan tersebut untuk mencari peluang-peluang membina rangkaian kerjasama politik demi menaburkankhidmatbakti kepada masyarakat kampung sendiri. Malah, beliau berusahamembawamasuk pelbagai golongan kenamaan yang mempunyai nama-namaterkenaldalam bidang politik dan kerajaan. Semuanya hanya dengansatumatlamatuntuk mendapatkan peruntukan membaiki prasarana dan kemudahanlainyangdiperlukan oleh masyarakat. Namun, selepas berpuluh tahun bergelumang dalampercaturanpolitikyangkadang-kala amat mengelirukan, beliau lebih suka memilihuntukmenaburkhidmat dan kepakarannya melalui kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.Antara membina empayar kekayaan diri dan mencipta namasendiri dalambidang politik berbanding kerja-kerja amal bakti yang tidak menjanjikanapa-apa, naluri beliau lebih menjurus kepada kerja badan-badankebajikandanpertubuhan yang memperjuangkan pendidikan bagi memastikansyiarIslamberkembang subur di bumi Sabah. Apabila ditanya adakah beliau masih berminat untuk menyertai politik?Sambil mengelengkan kepala beliau mengatakan bahawa apayangtelahdilalui selama 25 tahun dalam bidang politik dan walaupun telahmempunyai


44 rangkaian kenalan dan rakan yang rapat sehingga di peringkat menteri, beliaulebih senang untuk meneruskan kerja-kerja kebajikan sahaja. Hati danjiwanyamenjadi lebih tenang di samping rasa seronok dapat melihat oranglaingembira.Perkara yang terpenting apabila beliau melihat cahaya-cahaya Islamsemakinmenyinari bumi Sabah terutama di daerah Tuaran. 5.5 Masjid Daerah An-Nur, Tuaran Terdidik daripada keluarga yang kuat pegangan agama supayasentiasamengingati Yang Maha Pencipta walau di mana jua berada, waktu-waktuterluang beliau, diisi dengan sentiasa berjinak-jinak dengan aktiviti masjid.Tambahan pula, ketika itu masjid di kawasan perumahan beliaupunmasihbelum ada. Maka Masjid Daerahlah yang paling sesuai beliau kunjungi untukberibadat. Selain berdekatan pekan Tuaran dan tidak jauh dari tempat kerjanya,kesempatan dan masa yang lapang adalah antara faktor utama mengapabeliauselalu berkunjung ke masjid daerah Tuaran. Masjid An-Nur, Tuaran masih tersergam indah selepas lebih 20 tahun dibangunkan. Ketika itu masjid tersebut masih berada di kawasan lama yangkini menjadi tapak sementara Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Tuaran (SRIAHT). Di situlahbeliau banyak menghabiskan masanya bukan sahaja sebagai jemaahtetapi juga untuk membantu pihak pengurusan menguruskan masjid. Sehinggalah


45 akhirnya beliau dilantik menjadi ahli jawatankuasa masjid padatahun1991.Banyak jugalah usaha-usaha dakwah yang telah berjaya dilakukanolehpihakpengurusan ketika itu. Antaranya termasuklah memperjuangkansebuahmasjidyang lebih selesa setanding dengan namanya iaitu masjid daerah. Usaha berterusan yang tidak pernah jemu sehingga akhirnyamasjiddaerahtelah mendapat sebuah bangunan baru yang jauh lebih besar dantersergamindah. Masjid ini menjadi lambang syiar Islam semakin berkembangdi bumiTuaran apabila masjid baru ini mula digunakan pada tahun 2003. Keselesaanprasarana masjid dua tingkat yang lebih luas termasuk dewan serbaguna, ruangpejabat, kemudahan tandas dan tempat letak kereta adalah hasil perancanganyang teliti dan terperinci yang melibatkan tenaga pemikir ahli akademik,ahliagama dan seluruh lapisan masyarakat yang terlibat ketika itu. Beliautidaklagiaktif dengan aktiviti masjid daerah selepas mula menyertai jemaahmasjiddiPerumahan Laya-Laya yang dibina berhampiran tempat kediamannya. 5.6 Lembaga Dakwah Islamiah (LEDPOL) Ibu Pejabat PolisDiraja(IPD)Tuaran Sememangnya jiwa beliau sentiasa memandu dan dipandu ke arahmeninggikansyiar Islam ketika beliau menyertai badan yang menjaga hal ehwal Islamdi Ibupejabat Polis Diraja (IPD) Tuaran iaitu Lembaga Dakwah Islamiah(LEDPOL).Badan ini antara lain merangka dan menyusun aktiviti-aktiviti yangsesuai bagimerapatkan hubungan silaturahim sesama angggota yangkebanyakannyaadalah muslim. Sehinggalah beliau dilantik menjadi setiausaha pada tahun1991iaitulebihkurang setahun selepas beliau menetap di negeri bawah bayuini. Jawatanpengerusi biasanya dipegang oleh pegawai yang paling kananbagi sesuatuIPD. Beliau mengambil peluang ini untuk memperjuangkan penubuhansatubadan agama yang boleh dijadikan tempat mengadu berkaitanpermasalahankebajikan dan tekanan tempat kerja. Kejayaan yang palingmanisapabilacetusan idea menubuhkan Bahagian Agama dan Kaunseling(BAKA), PDRMyang menempatkan seorang pegawai agama dari Jabatan KemajuanIslamMalaysia (JAKIM). Kini seluruh Ibu pejabat Polis Diraja (IPD) danIbupejabatKontinjen (IPK) seluruh negara mempunyai seorang pegawai BAKAdaripadaJAKIM.


46 Surau Ibu Pejabat Polis (IPD) Tuaran yang telah dibaiki dan diberi wajah baru. Beliau bekerjasama dengan jawatankuasa menganjurkan pelbagai aktiviti dakwah bagi memupuk kesedaran setiap anggota polis. Beliau adalahorangyang sama dalam mengendalikan organisasi kebajikan iaitu PersatuanPegawai Rendah Polis (PPRPD), Lembaga Dakwah Islamiah (LEDPOL), SurauBalai Polis Tuaran. Jadi, ini memudahkan semua urusan pelaksanaansebarangaktiviti keagamaan dan kebajikan di Balai Polis Tuaran. Kemeriahansambutansetiap majlis tertentu diadakan membuktikan bahawa usaha beliaumendapatsambutan anggota dan ahli keluarga mereka. 5.7 Surau, Ibu Pejabat Polis Diraja (IPD), Tuaran Ketika beliau melapor diri di Ibu Pejabat Polis Diraja (IPD), Tuaranpadatahun1990, keadaan surau sangat daif. Kelihatannya sudah lama ditinggalkandantidak digunakan lagi. Beliau bersama beberapa anggota yang adakelapanganbergotong-royong membersihkan surau itu. Kayu-kayu lama dansampah-sarap dikutip sedikit demi sedikit, habuk-habuk dilap dan dibersihkansehinggaakhirnya menjadikan bangunan usang itu menjadi seperti sebuah surausemula.Beliau berusaha mendapatkan peruntukan daripada pihak berwajibdanakhirnya pada tahun 1993 beliau berjaya mendapatkan peruntukansebanyakRM20,000 yang kemudiannya digunakan untuk membaiki semulakeseluruhansurau seperti apa yang boleh dilihat sekarang. Banyaklah pengisianyangdilakukan untuk mengisi ruang dan masa yang ada dengan pelbagai aktiviti di surau tersebut. Antaranya mengadakan kelas mengaji yang memberi peluangkepada anak-anak anggota polis yang tinggal di berek polis. Olehsebabisteri beliau ketika itu belum bekerja, maka dialah yang menjadi gurumengajinyatanpa sebarang gaji atau elaun.


47 Berbagai-bagai usaha dilakukan untuk memeriahkan aktiviti surautersebutbagimemberi peluang kepada anggota polis yang mempunyai masayangterhadselain menjalankan ibadah yang wajib. Di surau ini pernahdiadakanforumperdana, kuliah maghrib, sembahyang tarawih, moreh (jamuanselepastarawih),ceramah-ceramah agama daripada penceramah luar, kursussembelihan,majlis penyembelihan sempena menyambut hari raya dan kursuspengurusanjenazah. Matlamatnya hanya satu untuk mendekatkan anggotapoliskearahpembersihan rohani selepas sibuk menjalankan tugas-tugas harian. Akhirnyasurau ini berjaya mendapatkan kelulusan dari pihak Jabatan Hal Ehwal AgamaIslam Negeri Sabah (JHEINS) untuk diadakan sembahyang jumaat sehinggakini. 5.8 Kelab Polis, Ibu Pejabat Polis Diraja (IPD) Tuaran Sememangnya agak asing pada mulanya apabila seorang anggotabawahanbiasa diundi oleh semua anggota termasuk pegawai menjadi pengerusi mereka.Namun dalam sesuatu pertubuhan sukarela atau persatuan yangmengamalkansistem demokrasi, ruang dan peluang diberi kepada setiapanggotadariperingkat tertinggi hingga anggota bawahan untuk memilihseorangketuabagi mengetuai mereka bagi melaksanakan aktiviti kebajikananggotapolis.Kewibawaaan dan karisma yang ditunjukkan oleh beliau di sampingmelihatkerja-kerja dalam aktiviti LEDPOL, Surau Balai Polis meletakkanbeliausukarditandingi oleh sesiapa. Beliau akhirnya menang dalampercaturanitupadatahun 1994. Bersama ASP Mahmood bin Mohd Mustahed yang kelibatnya seringadadi surau Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran.


48 Amanah dan tanggungjawab yang terpikul satu persatu dijalankandenganbaik.Beliau berjaya mengadakan hari keluarga di luar kawasan balai termasukdi pantai Mimpian Jadi, Tuaran, menjalankan aktiviti dan pertandingansukandanpermainan, melaksanakan sukaneka anak-anak dan keluarga anggotapolis.Padang bola sepak, gelanggang badminton dan bola tampar, mejapingpongtidak pernah sunyi daripada keriuhan apabila sentiasa ditempahkumpulan-kumpulan kecil untuk menjalankan aktiviti riadah masing-masing. Beliau seronok melihat anggota polis dan keluarga tanpa mengirapangkat dankedudukan bermain bersama, ketawa bersama dalam permainan ataubergurau-senda dalam majlis-majlis yang sengaja dirancang untuk merapatkanukhuwahdan silaturahim sesama mereka. Situasi ini seterusnya akan memupukbudayakekitaan apabila saling mengenal dan saling membantu jika adaantaranyamenghadapi masalah kerja atau rumahtangga. Hampir semua anggotabukansahaja mengenali rakan-rakan satu pejabat malahan anak-anak dankeluargajuga. Kelab ini kemudian didaftarkan dengan Jabatan PendaftaranPertubuhanMalaysia (ROS) pada tahun 1994. 5.9 Desa Seri Taman, Kg. Laya-Laya, Tuaran. Begitu Allah mengatur, pada tahun 1996, rumah asal kediaman beliauketikaitudi Kampung Syahbandar, Tuaran berdepan dengan sedikit masalahyangsukardiselesaikan. Maka beliau membeli tanah dan membina rumahdi KampungLaya- Laya, Tuaran yang ketika itu jalan masuk sangat kecil bak laluankerbau,tiada elektrik, air apatah lagi talian telekomunikasi. Hanya ada pokok- pokokmerimbun bagai rimba ibarat ‘Tempat kerbau berteduh dantempat Jinbertendang’. Di sekitarnya terdapat lima hingga enambuah rumahkayuburukyang penghuninya terdiri daripada masyarakat tempatan yanghidupbiasa-biasa sahaja. Sekadar bekerja sebagai nelayan kecil dan menanamsayur-sayuran untuk sara hidup. Beliau bermula dengan strategi mengumpulkan penduduk kampungyangketika itu sekitar 15 orang sahaja. Beliau mencadangkan persempadanankampung dikecilkan dengan cara mewujudkan satu nama lain bagi kawasanitu. Maka muncullah nama Desa Seri Taman, Tuaran, sempenamengambil nama Seri Taman, Kuala Lumpur yang merupakan kediaman rasmi PerdanaMenteri Ketika itu. Suatu idea yang sangat lucu dan sukar diterimaakal ketikaitu memandangkan keadaan kawasan di situ yang ‘Jauh panggangdari api’ rupanya berbanding kediaman Perdana Menteri. Namun, berkat usahabeliaumenyuntik semangat penduduk kampung, lalu mereka bersatu hati bergerakmenuju kegemilangan!


49 Desa Seri Taman yang pesat membangun. Kelihatan pembinaanrumahteres yang dibina akan membentuk lengkungan C mengeliling rumahbeliau. Perjalanan beliau menempuh pahit getir dan perjuangan yangpanjang. Tidaksemudah diucapkan dengan sekadar kata-kata. Tindakan perludilakukanmengikut syarat-syarat dan keperluan yang telah ditetapkan. ‘Mulut goyangtangan pun perlu goyang!’ Permulaannya dengan menubuhkanJawatankuasaKemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk mendapat kelayakanperlantikan seorang ketua kampung adalah usaha yang sangat melelahkan.Dengan sokongan dan kerjasama yang tinggi daripada Pegawai DaerahdanPengerusi JKKK Daerah Tuaran ketika itu, usaha itu berjayadirealisasikan.Akhirnya Desa Seri Taman termaktub dalam pelan Pejabat DaerahTuaran.Selangkahlagibeliauberusahadanakhirnya berjaya membawaTimbalanMenteriPersekutuan iaitu YB Tan Sri K. Kumaran, Timbalan Menteri PembangunanLuarBandar ketika itu datang melawat kampung tersebut. Usaha itusememangnyamembuahkan hasil. Desa Seri Taman, Tuaran mendapat jalanberturap,bekalan elektrik dan air serta talian telekomunikasi seperti kampung-kampunglain. Peluang itu digunakan sebaiknya untuk menaikkan semangat danmotivasipenduduk dengan menggembleng tenaga bersama bagi membantuekonomipenduduk yang ketika itu telah mula bersatu hati menjalankanpelbagai aktivititermasuk gotong-royong, kenduri-kendara dan lain-lain lagi.


50 Rumah kediaman beliau di No 1, Desa Seri Taman yang pesat membangun. Kelihatan pembinaan rumah teres yang sedang dibinamengeliling rumah beliau. Cetusan idea beliau, bagi yang berkebun menanamkeledek, yangbersawahmenanam padi, yang berladang menanam jagung, yang di sungai memeliharaikan sehingga Desa Seri Taman berjaya menjadi johan kawasanpeladangdi peringkat Daerah Tuaran. Kesatuan dan kebersamaan sesamamerekalahpunca kejayaan itu. Semangat penduduk kampung terus membaradanmerekamara selangkah untuk bertanding ke peringkat negeri dan akhirnyadiumumkansebagai johan. Mencuba ke peringkat kebangsaan? Kenapa tidak?Kalaukalahpun tiada apa-apa yang rugi. Sehingga semuanya terpegun apabilamerekadiumumkan sebagai Johan Kebangsaan, Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK)Terbaik seluruh Malaysia sempena Hari Peladang, Penternak danNelayanKebangsaan pada tahun 2008. Kini selepas lebih 25 tahun berlalu, Desa Seri Taman telah jauhberubah.Dari ‘Tempat kerbau berteduh, tempat jin bertendang’ menjadi sebuahperkampungan yang indah dan tersusun. Sekali imbas memangseperti Seri Taman, Kuala Lumpur iaitu kawasan kediaman Perdana Menteri. Tambahanpula yang tinggal dan bermastautin di kawasan itu termasuklah bekasOCPDTuaran, Bekas Pegawai Daerah Tuaran, Bekas Pengerusi YayasanSabah,pegawai-pegawai tinggi kerajaan, guru-guru, polis dan lain-lain. Rumahbeliaupula kini tersergam dikelilingi dalam separuh bulatan oleh perumahanelit yangsedang dalam pembinaan seolah-olah rumah seorang panglima yangdikelilingi pengawal-pengawalnya. Allah meraikan beliau dengan kedudukanrumahsedemikian rupa!


51 5.10 Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) TuaranPersatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia yang dikenali dengannamaPPRPD, adalah salah satu persatuan yang mempunyai keahlianterbesarantaraempat persatuan yang wujud dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia. PPRPDdiwujudkan di bawah Sek. 93 Akta Polis 1967 yang bertujuan memperjuangkansemua perkara iaitu melibatkan kebajikan dan kecekapan, gaji, elaundanpencen serta syarat-syarat perkhidmatan selain daripada soalan-soalanyangmelibatkan kenaikan pangkat individu dan disiplin. Beliau mula menyertai persatuan ini sebagai ahli biasa padatahun1990dankemudian dilantik menjadi setiausaha bagi PPRPD Tuaran padatahun1997.Beliau bergerak aktif dalam memperjuangkan pelbagai perkaratermasuklahkebajikan ahli. Sikap dan semangat beliau untuk membantu danterusmembantudalam banyak perkara membawa beliau ke tahap yang lebihtinggi apabilamenang bertanding dalam pemilihan pengerusi pada tahun 2001. Sukar diterima seorang anggota biasa memegang jawatan yangbesardalampersatuan ini yang biasanya jawatan ini dipegang oleh pegawai palingkanandalam sesuatu Ibu pejabat Polis Diraja (IPD). Namun dalampersatuan,ahlibebas memilih sesiapa sahaja menjadi pemimpin mereka yangdapat memenuhiaspirasi dan hala tuju yang mereka kehendaki iaitu menjaga kebajikanterutamatentang gaji dan elaun. Tanggungjawab yang diamanahkan digalasdenganbaikkerana sememangnya beliau sangat cenderung memikirkan hal-hal kebajikanorang lain. Menjadi pengerusi PPRPD di peringkat IPDbererti mewakili daerahke mesyuarat atau persidangan peringkat negeri Sabah. Beliaukekal sebagaipengerusi persatuan ini sehingga bersara. 5.11 Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), Sekolah KebangsaanLaya-Laya, Tuaran Apabila anak pertama beliau mula memasuki alampersekolahanpadatahun1997 di Sekolah Kebangsaan Laya-Laya, Tuaran, beliau mula mendekatkandiridengan persatuan ibu bapa dan guru sekolah tersebut. Beliausangat dikenalioleh masyarakat setempat kerana sememangnya beliau tinggal di kawasanperumahan di situ. Maka beliau dengan mudah dipilih untuk menjadi yangdipertua persatuan seawal tahun pertama anak beliau di situ.


52 Sekolah Kebangsaan Laya-Laya, Tuaran yang beliau pernah menjadi Pengerusi PIBG dari tahun 1997 hingga 2011. Beliau mengusahakan pelbagai kaedah membantu pelajar danibubapatermasuklah menyediakan pondok-pondok berteduh pada waktupanasdanhujan untuk pelajar. Malah, beliau juga mengeluarkan peruntukanPIBGuntukmenaik taraf kantin sekolah yang ketika itu hanya terbina daripadapondokkayu.Beliau juga mencetuskan idea mewujudkan ruang-ruang bacaan di sudut-sudutsekolah dan membaiki saliran air padang yang sentiasa bertakungapabilamusim hujan. Beliau cekap bertindak mencari dana kerana mempunyai rangkaianrakan-rakandalam kalangan orang kenamaan dan pembesar. Kelebihan ini memudahkanbeliau mengumpulkan dana persatuan hingga memudahkan membayar elaunguru-guru yang mengajar kelas-kelas tambahan yang ketika itu sukar mencari pusat-pusat tuisyen. Kelas-kelas tuisyen akademik diadakan padahujungminggu dan sebelah petang bagi murid yang bersekolah pagi. Pada tahun 2010 apabila Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) diwujudkandi seluruh negara. Beliau dengan pantas merebut peluang mewujudkannyadi sekolah ini. Usaha kesepaduan memastikan pelajar-pelajar mendapatpendidikan akademik dan keagamaan adalah seimbang bagi membentukgenerasi yang bukan sahaja bijak pandai tetapi mempunyai akhlakyangbaik.Jawatan yang dipertua beliau lepaskan pada tahun 2011 setelahketiga-tigaanak beliau tidak lagi bersekolah di sana.


53 5.12 Masjid At-Taqwa, Perumahan Laya-Laya, Tuaran. Saat petang beransur senja tanpa sebarang laungan azan adalahfenomenayang agak janggal dan pelik dalam kehidupan beliau. Beliauyangmemanglahir dalam keluarga muslim, bersekolah agama, mendapat pendidikanagama,bermasyarakat Islam merasa ada yang tidak kena dengan keadaanitu. Tiadamasjid atau surau bererti tiada aktiviti keagamaan seperti sembahayangjumaat, sembahyang berjemaah, kuliah agama atau kelas mengaji di kawasanperumahan beliau. Senja berlabuh meniti malammeninggalkansuasanayang hening dan sepi. Terjaga di waktu Subuh hingga tanahmenjadi cerah,menunggu azan yang tidak kunjung tiba. Suasana kehidupandi perumahanLaya-Laya agak suram dengan kedudukan masjid yang palinghampirialahMasjid Daerah Tuaran yang lebih kurang lima kilometer jauhnya. Beliau memukul canang agar sebuah masjid mesti dibina di kawasanitubagimemberikan kemudahan kepada 100% masyarakat muslimdi situ. Asalnyatanah kosong dijadikan tapak permainan kanak-kanak dan remajapadawaktupetang. Beliau merangka sesuatu dan pemikiran beliau berputar-putar mencariilham dan idea untuk mewujudkan suatu tempat beribadah yangselesabagimasyarakat perumahan itu. Di dalam mesyuarat, penaja telahmelantikbeliausebagai pengasas dan pengerusi. Satu jawatankuasa telah ditubuhkanbersamatetangga taman perumahan itu bagi merangka strategi sehinggaberdiri sebuahbangunan besar yang pada asalnya rancangan sekadar membinasebuahsuraukecil. Namun sokongan padu masyarakat sekeliling menyebabkanterbinanyasebuah masjid yang gah dan akhirnya dapat solat jumaat dapat didirikandimasjid ini pada tahun 1998. Terus rancak dengan pelbagai aktiviti yang sekaligus menyemarakkandanmengharumkan Masjid At-Taqwa, Perumahan Laya-Laya. Pelbagai aktivitisama ada secara bersemuka dan secara atas talian diadakan dansukarelawanmasjid tampil menabur khidmat bakti mengikut kepakaran masing-masing.Ada yang menganjurkan ceramah mingguan, ada yang mengadakanforumperbincangan. Segolongan jemaah muslimah melalui sayapjawatankuasawanitanya pula menganjurkan Bacaan Yasin dan Tahlil Atas Talianpadatahunmusim penularan Covid-19. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanasetiapsatunyamembawa banyak kebaikan. Beliau masih kekal sebagai pengasasdanpengerusi masjid sehingga kini.


54 Menjadi Pengasas, Penasihat dan Pengerusi Masjid At-Taqwa, Perumahan Laya-Laya sehingga kini. 5.13 Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Negeri Sabah Umum mengetahui bahawa beliau menjadi pengerusi PersatuanPegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) peringkat Ibu pejabat PolisDiraja(IPD)Daerah. Beliau yang memegang jawatan ini bererti bertindakmenjadi perwakilan ke peringkat negeri Sabah dan menghimpunkan pengerusi PPRPDseluruh Sabah di dalam suatu majlis mesyuarat atau persidangan. Di bahumerekalah terletaknya amanah dan tanggungjawab untuk memperjuangkankebajikan ahli-ahlinya yang terdiri daripada anggota-anggota polis berpangkatrendah terutama soal gaji, elaun, pakaian dan pelbagai masalahtugas-tugasharian yang berdepan dengan keselamatan mereka. Matlamat yang sentiasa ingin berbakti dan berkhidmat untukkebajikanmendorong beliau aktif dalam persatuan sehingga dilantik sebagai setiausahapada tahun 2000 dan memegang jawatan lantikan itu selamatigatahun.Kesediaan beliau bekerja tanpa sebarang imbuhan. Ketika oranglainsedang tidur lena, beliau masih lagi memikirkan kebajikan ahli-ahli persatuanmembuatkan ahli-ahli amat menyanjunginya sehingga mencalonkanbeliauuntuk menjadi pengerusi peringkat negeri. Akhirnya beliau diundi danmenangsebagai pengerusi PPRPD Negeri Sabah pada tahun 2004.


55 Keratan akhbar yangpernahdisiarkan dalamSabahTimesiaitu akhbar tempatanSabah. Peluang dan ruang untuk benar-benar merealisasikan harapanmenjagakebajikan setiap ahli PPRPD dijalankan dengan bersungguh-sungguh. Ketikaitu anak-anak beliau masih kecil dan terpaksa meninggalkanmerekaselama38 hari. Beliau bersama rakan-rakannya menjelajah seluruhpelosokSabahtermasuk balai polis dan pondok polis di pedalaman, bertemuahli-ahlinyabagimendengar permasalahan dan merasai denyut nadi kesusahanyangmerekahadapi. Berbagai-bagai maklumat dan keluh-kesah mereka dikumpulkandankemudian dibawa berbincang dalam mesyuarat dengan satumatlamatiaitumemilih cara terbaik mengatasinya. Jawatan ini beliau sandangsehinggabeliaubersara sebagai anggota polis pada tahun 2011. 5.14 Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPD) SabahKoperasi Polis Diraja Malaysia (KPD) ditubuhkan pada 24 April 1928bertujuanmembantu mengurangkan bebanan kewangan anggota polis dankakitangandiJabatan Polis. Tanpa mengabaikan anggota, KPD telah membangundaripadasebuah koperasi yang menyediakan urusan peminjaman kepadasebuahkonglomerat yang sehingga kini memiliki aset pada nilai buku sebanyakRM689.5juta. Koperasi ini membantu ahlinya dalam bentuk pinjaman kewangantanpapenjamin dan dengan penjamin, pinjaman pendidikan, biasiswapendidikan,pembelian ansuran barangan elektrik, insentif pelajaran kepadaanak-anakahli,insurans peribadi dan banyak lagi.


56 Pekerjaan sebagai anggota polis bukanlah bergaji besar terutamabagi yangberpangkat rendah. Kehidupan mereka sekadar cukup-cukup untukmenjalani kehidupan yang biasa-biasa sahaja terutama bagi yang bertugas di kawasanbandar besar seperti Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu, Johor Bahrudan sebagainya. Tidaklah terlalu mewah tetapi tidak juga terlalu susah. Cumakadang-kadang apabila berlaku perkara di luar jangkaan seperti kematianataukemalangan atau memerlukan perbelanjaan tambahan, selalunyakoperasilahtempat mereka bergantung harap untuk membantu. Bermula sebagai ahli biasa beliau bergerak pantas merebut peluangdanruanguntuk membantu anggota-anggota yang lain yang belummendaftar sebagai ahli supaya berbuat demikian. Semuanya bertujuan bagi memastikanmerekamemahami kebajikan mereka dilindungi jika bernaung di bawahpayungpersatuan yang memang ditubuhkan untuk menjaga kebajikanahli. Padatahun 2001 beliau dipilih sebagai Pengerusi Koperasi Polis DirajaMalaysia(KPD) Kawasan Pantai Barat Sabah yang menaungi koperasi IbupejabatKontingen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Diraja (IPD) Tuaran, Kota Belud,Ranau,Penampang, Papar dan Kota Kinabalu sendiri. Perlantikan beliau melalui pemilihan secara pengundian juga bermaksudbeliaumewakili kawasannya untuk menjadi EXCO kebangsaan bagi koperasi ini yangmempunyai ibu pejabat di Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur. Banyakjugalahperancangan dan perencanaan yang dibuat mengikut keadaan bentukmukabumi Sabah yang lebih menyukarkan berbanding negeri-negeri di semenanjungtelah diutarakan supaya koperasi dapat mengasingkan dan membezakansedikitatau menambah kategori yang bersesuaian dengan faktor tersebut. Jawatanini beliau sandang sehingga beliau bersara sebagai anggota polis padatahun2011. 5.15 Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) MalaysiaBeliau mewakili Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia(PPRPD)Negeri Sabah sebagai EXCO Kebangsaan pada tahun 2004. Beliauberdiri sama tinggi, duduk sama rendah; sebaris dengan pegawai-pegawai kanananggota polis berpangkat besar seluruh negara. Beliau mempunyai karismatersendiri untuk menyakinkan semua bahawa beliau memang layakdudukdi tempat tersebut dan situasi itu adalah sesuatu yang sangat luar biasa. Semuamata tertumpu pada beliau. Masakan tidak, seorang yang hanyaberpangkatrendah dalam perkhidmatan polis tetapi boleh duduk sebaris denganKetuaPolisNegara, Timbalan Ketua Polis Negara, pegawai-pegawai kananpolis, orang-orang kenamaan berpangkat Tan Sri dan Datuk dalamsatu-satupersidanganatau mesyuarat kebangsaan.


57 Antara darjat dan karisma, antara mimpi dan realiti yangsukar diterimaterutama dalam kalangan pegawai, akhirnya mereka akur bahawadi dalamsistem demokrasi berpersatuan, seseorang yang dilantik adalahorangyangterpilih dalam pengundian mengikut suara dan undian ahli di kawasanmasing-masing. Keputusan itu perlu dihormati dan agenda perjuanganuntukmembantuahli persatuan dalam hal-hal kebajikan ahli kawasan masing-masingperluditeruskan. Semua keluh-kesah dan rungutan tiba-tiba hilangdi saat beliaumula menyampaikan ucapan perwakilan. Setiap kata tersusunindah, setiaplenggok bahasa dialun lembut dan padu yang akhirnya membuai semuahadirin.Semangat tiba-tiba muncul entah dari mana, terdiamdan terpakumengikutalunan bahasa sehingga akhirnya semua serentak memberikantepukangemuruh! Beliau membawa dan memperjuangkan isu-isu kebajikan anggotaterutamanyayang berkhidmat di kawasan pedalaman Sabah. Beliau memastikanpihakpusat mengambil kira keadaan bentuk muka bumi Sabah sertakesukaranperjalanan akibat keadaan jalan raya yang tidak sebaik di Semenanjung.Adabalai atau pondok polis yang masih belum mempunyai kemudahanasassepertielektrik dan air yang belum sempurna dan banyak lagi permasalahanyangtelahdan terus diperjuangkan. Jawatan ini beliau sandang sehinggabeliaubersarasebagai anggota polis pada tahun 2011. 5.16. Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Sekolah AgamaNegeri (SAN),Kg.Tambalang, Tuaran Apabila anak-anak mula masuk alam persekolahan, selainmemastikanmereka mendapat pendidikan akademik, beliau yang memangtelahdiasuhdengan pendidikan agama, telah menghantar mereka ke sekolahagamaiaituSekolah Agama Negeri (SAN), Kg. Tambalang, Tuaran. Ketiga-tigaanakbeliaubersekolah di situ. Bermulalah satu lagi episod kerja amal beliauapabilabeliaumula aktif sebagai ahli Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di sekolahtersebut.Beliau telah dilantik sebagai timbalan pengerusi pada tahun2000. Beliaubanyak membantu mencetuskan idea untuk membuat pelbagai perubahandemi kebaikan pelajar di situ. Dari satu mesyuarat ke satumesyuarat,darisatu perbincangan ke satu perbincangan yang semuanya menjuruskepadamatlamat yang jelas iaitu melahirkan insan yang cemerlang dalampendidikanagama. Banyaklah penambahbaikan dalam bentuk fizikal dansistematurcuba dirungkai dan dirangkai seterusnya diguna pakai bersama. Selepas22tahun, beliau masih memegang jawatan itu sehingga sekarangmeskipunanakbongsunya sudah pun mendapat segulung ijazah dari Universiti SainsMalaysia.


58 Timbalan Pengerusi Sekolah Agama Negeri, Kg. Tambalang, Tuaransehingga kini walaupun anak beliau sudah dewasa. 5.17 Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Sekolah MenengahKebangsaanAgama Kota Kinabalu (SMKAKK) Kecemerlangan anak sulungnya dalam bidang akademik terutamadalamaliranagama sejak sekolah rendah lagi membolehkannya meneruskan persekolahandi salah sebuah sekolah agama terbaik di Kota Kinabalu iaitu SekolahMenengahKebangsaan Agama Kota Kinabalu (SMAKK) yang terletak di Bukit Padang,Kota Kinabalu. Di situlah anak beliau bersekolah dari tingkatan satulagi. Satu-satunya anak tunggal perempuan beliau yang terpaksa berjauhandengankeluarga adalah harga yang perlu dibayar. Namun demi menuntut ilmuuntukmasa depan yang lebih cemerlang dan gemilang, pengorbanan perludilakukan.Sambil mengisi masa lapang sambil menjenguk anak yang tinggal berjauhandi asrama, beliau mula aktif dalam Persatuan Ibu bapa dan Guru(PIBG)di sekolah itu pula. Keaktifan beliau mengemukakan pelbagai ideamembukaminda kepada ibu bapa untuk memberi peluang beliau menerajui persatuanituapabila beliau dilantik sebagai yang dipertua PIBG di sekolah itupadatahun2003. Kepercayaan yang diberi telah digunakan sebaik mungkin untukmembaiki prasarana sekolah itu dan mengadakan program-programkecemerlanganpelajar. Walaupun beliau tinggal di Tuaran dan sekolah tersebut terletak di Bukit Padang,Kota Kinabalu, ia tidak sedikit pun menghalang beliau untuk menaburkan


59 khidmat bakti. ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’. Amanahyangdiberitidak dipersia-siakan. Pelbagai usaha bersepadu antara ibubapadanguru-guru telah dibuat untuk menjadikan sekolah tersebut terus cemerlangdankekal gemilang. Beliau meletakkan jawatan pada 2007 apabilaanakbeliaumenamatkan alam persekolahan di situ. Ketua Menteri Sabah, DSP Hajiji Haji Noor pernah merasmikan mesyurat PIBG SMA Kota Kinabalu. 5.18 Alumni, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) CheongHua, BaganNakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor. Seorang melayu menjadi pengerusi alumni di sebuah sekolahCinawalaupunbukan berbangsa Cina? Aneh bukan? Namun ketokohan beliaudankepetahanberbicara dengan lengok bahasa Melayu dan Cina yang merdupasti memukausesiapa sahaja yang mendengarnya. Maka, tidak hairanlah beliaujugaberjayamemukau bekas-bekas pelajar sekolah itu yang diri daripadagolonganahliperniagaan dan usahawan Cina untuk membantu menyumbangsesuatukepadasekolah mereka. Beliaulah pengerusi alumni di sekolah rendahnyaduluiaituSekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Cheong Hua, BaganNakhodaOmar,Sabak Bernam sejak tahun 2011 sehingga sekarang. Perjumpaan dan pertemuan setiap tahun diatur supaya dapat menyatukanmereka di bawah satu bumbung melalui ‘reunion’. Pertemuan ini mampu


60 menjalin semula tali persahabatan yang sekian lama terputus. Segalakenanganmasa lalu yang mengembirakan dan menyedihkan satu persatuterungkapdan menjadi topik perbualan mereka. Namun, matlamat utamabeliauialahmengumpulkan dana yang boleh digunakan bagi membaiki prasaranasekolahdan membantu pelajar-pelajar yang susah. Pernah sekali beliau menjemput bekas guru-gurunya datang bercuti keSabahdengan semua perbelanjaan ditanggung olehnya. Semuanya semata-matabagi menghargai jasa mereka yang terlalu banyak dan menjadikanbeliauorangyang berguna. Keseronokan dan kegembiraan jelas terpancar di wajahbekasguru-gurunya bila ada kalangan pelajar mereka yang menghargai jasadanpengorbanan mereka. Beliau juga pernah melancarkan tabung khas untuksalahseorang bekas gurunya yang menghidapi kanser semasa majlis perjumpaanalumni dan berjaya mengutip lebih RM40 ribu. Beliau kekal sebagai Pengerusi hingga kini 5.19 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Tuaran Pertubuhan Peladang (PP) yang ditubuhkan adalah di bawah AktaPertubuhanPeladang 1973 (Akta 109). Mengikut Seksyen 7(3) Akta PP1973, KetuaPengarah LPP selaku Pendaftar PP telah mewakilkan sebahagiankuasanyakepada Setiausaha Tetap, Kementerian Permodenan PertanianSarawakbagi Negeri Sarawak, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan PertanianMuda(MADA) dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu(KADA)kecuali kuasa untuk menubuh, mendaftar, menggantung dan membubarPP.Pencapaian prestasi PP di bawah penyeliaan LPP sahaja yangmelibatkansebuah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), 14 buahPertubuhanPeladang Negeri (PPN) dan 279 buah Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK).Beliau bermula dengan menubuhkan dan mempengerusikan Unit PertubuhanPeladang Kawasan Desa Seri Taman, Kampung Laya-Laya, Tuaranpadatahun2008 dengan keahliannya seramai 38 orang. Mereka mengusahakantanamansayur-sayuran, cili, kacang panjang, jagung, tembikai, penternakanikandalamsangkar, penternakan kambing dan tanaman kecil-kecilan di kawasansekelilingrumah. Beliau menerajui unit ini dan telah bertanding semasa PerayaanHari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Daerah Tuaran seterusnyamenjadi johan pada tahun 2008. Tidak terhenti di situ, beliau membakar semangat ahli Peladang KawasanDesaSeri Taman yang terbuka mata setelah melihat banyak peluangdanruangyang boleh digunakan asalkan ada kemahuan diri untuk merubahtaraf hidup.Semangatmerekamemangtelahberkobar-kobarbagimembuktikankemampuandan kebolehan masing-masing untuk masuk bertanding di peringkat Negeri Sabah. Mereka yang petani terus bertani dan meluaskan kawasannya, mereka


61 yang menternak kambing menambah kawasan padang ragut manakalaparanelayan meningkatkan hasil dengan bersatu dalamkumpulan kecil membentukjaringan yang padu. Akhirnya mereka menjadi johan di peringkat negeri Sabah.Menjadi Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, PertubuhanPeladang Kawasan (PPK) Tuaran. Semangat semakin memuncak dalam kalangan ahli-ahlinya; tambahanpulaekonomi ahlinya sudah mula banyak berubah. Semakin ramai penyertaanahlibaru dan semakin ramai penduduk kampung yang turut turun ladangmenanamwalaupun sekadar hanya ada seinci tanah. Mereka bersedia untukbertandingke peringkat Kebangsaan dan akhirnya menjadi Johan PertubuhanPeladangKawasan Terbaik Kebangsaan sempena Hari Peladang, PenternakdanNelayanKebangsaan pada tahun 2009. Kemampuannya memimpin Unit Peladang Kawasan Desa Seri Tamanmembukamata banyak pihak bahawa wujudnya seorang pemimpin yangmungkinbolehmengubah landskap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran. Beliauyangtelah menjadi Ahli Lembaga Jemaah Pengarah sekian lamaakhirnyadipilihmelalui pengundian untuk memegang jawatan sebagai Pengerusi Ahli LembagaJemaah Pengarah pada tahun 2008. Beliau bukanlah seorang yangsukadudukbersandar di dalam bilik pengarah sambil didinginkan oleh penyamanudara.Sebaliknya beliau bergerak ke seluruh pelosok kampung untukmeninjaudanmengenal pasti masalah peladang, petani, nelayan, pekebunnenas, pisang,kelapa, sawit, padi, mangga dan pelbagai lagi dan berusaha mengatasinya.Barisan gerai-gerai di hadapan Pejabat Lembaga PertubuhanPeladangKawasan di Berungis, Tuaran juga merupakan cetusan ideanya. Menurutbeliau, sesebuah pertubuhan juga boleh berusaha mencari danadanmenjanakewangan melalui kaedah perniagaan komersial bagi menampungperbelanjaansendiri sementara menunggu peruntukan dana daripada kerajaan. Di situlah


62 petani-petani diberi peluang untuk menjual hasil-hasil tanaman masing-masingsebagai usaha menambah sumber pendapatan di samping mengenali danberkongsi maklumat dengan rakan-rakan petani yang lain. Kini, sekitar pejabatnya wujud kolam ikan keli, ladang cili, ladang melon, gudangberas, gudang baja, kedai runcit pertanian sebagai sumber pendapatan.Panorama ini dapat menunjukkan contoh kepada peladang dan petani industri hiliran yang boleh dibangunkan serta diwujudkan di kawasan masing-masinguntuk menambah pendapatan pertubuhan. Pertubuhan PeladangKawasan(PPK) Tuaran juga bercadang mengekalkan dan meningkatkan kapasiti untukmenjadi pemborong beras utama kawasan Tuaran, Tamparuli dan KotaKinabalusebagai fokus utama aktiviti pertubuhan untuk mencari dana menampungkosoperasi dan dividen ahli. Beliau kekal sebagai pengerusi sehinggakini. 5.20 Pertubuhan Peladang Negeri Sabah Menjadi pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bererti beliaumempunyai peluang untuk menjadi pewakilan ke peringkat negeri melalui pencalonan dan pemilihan oleh 23 Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK)seluruh Sabah. Beliau akhirnya terpilih melalui pengundian sebagai pewakilanbagi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah sejak 2008 dan jawatannyakekal hingga kini. Matlamat utama Petubuhan Peladang Negeri Sabah ialah untuk mengadakanperkhidmatan pengembangan dan kemudahan latihan kepadapeladangseluruh Sabah. Ia bagi melengkapkan diri mereka dengan teknologi yangperlu bagi memajukan pertanian, perkebunan, penternakan binatang, ekonomi rumahtangga, perniagaan pertanian dan perusahaan komersial yanglain.Pertubuhan ini juga bertujuan meluaskan pengeluaran pertaniandalamkalangan peladang dan pekebun kecil untuk mencapai kepelbagaiandanpengkomersialan pertanian yang lebih luas. Seterusnya untuk meluaskandanmemajukan perniagaan pertanian di Sabah. Menyedari keadaan dan infrastruktur dalam bidang pertanianyangjauhketinggalan dari arus kemodenan berbanding sistem pertanian di semenanjung,beliau bertekad untuk membantu petani-petani seluruh negeri Sabahmenikmati peruntukan dana yang disediakan oleh kerajaan pusat. Bentuk mukabumi yangluas dan jauh antara kekangan utama penyatuan petani di bawah satubumbungpersatuan. Kebanyakan petani bergerak dan mengurus hasil tanamanmerekasecara kendiri. Keadaan ini menjadikan sistem yang kurang teratur dansukaruntuk merealisasikan pemodenan secara menyeluruh. Beliau kekal sebagai wakil PPK Tuaran ke PPK Negeri Sabah.


63 5.21 Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Mewakili PertubuhanPeladangkawasan(PPK) Tuaranke peringkat PertubuhanPeladangNegeri Sabah. Penubuhan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telahdilancarkanpada 31 Mac 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-2, AllahyarhamTunAbdulRazak bin Hussein. Pada awal penubuhannya, NAFAS yangdikenali sebagaiPersatuan Peladang Kebangsaan, telah didaftarkan di bawahAktaPersatuanPeladang 1967 dan bertindak sebagai badan induk kepadapersatuan-persatuan peladang di seluruh negara. Penubuhan PersatuanPeladangpadaketika itu telah diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razaksendiri hasildaripada lawatan beliau ke Taiwan. Seiring dengan peredaranmasadanbagimembolehkan pergerakan peladang bergerak maju, persatuan-persatuanpeladang dan syarikat-syarikat kerjasama asas tani di seluruhMalaysiatelahdicantumkan dan menjadi Pertubuhan Peladang Kawasan danberdaftardibawah Akta Pertubuhan Peladang 1973. Kemudian, seiring denganperubahandi peringkat kawasan dan negeri, Persatuan Peladang Kebangsaanjugatelahdidaftarkan semula sebagai ‘Pertubuhan Peladang Kebangsaan’ padatahun1984. Menjadi perwakilan dalam Pertubuhan Peladang Negeri Sabahbererti belauadalah salah seorang perwakilan yang berada dalambilik mesyuarat PertubuhanPeladang Kebangsaan (NAFAS). Beliau membawa isu danpermasalahanpetani, penternak dan nelayan negeri Sabah ke peringkat kebangsaandanmencari resolusi penyelesaiannya adalah agenda terpentingbeliaududukdidalam bilik mesyuarat itu. Pelbagai ruang dan peluang sentiasadicari untukmemajukan pertanian di Sabah. Beliau akur keadaan tanahseluasnegeriSabah yang berbukit memerlukan strategi dan pendekatan yangjauhberbezaberbanding di semenanjung yang bentuk muka buminya lebihratadanlandai.Beliau kekal hingga kini.


64 Pertemuan dengan DSP Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah sempenamesyuarat Persidangan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Negeri Sabah. 5.22 Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) Perumahan Laya-Laya, TuaranKelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bermaksud kelas pengajianAl-QurandanFardu Ain bermula tahun satu hingga tahun enam yang berdaftar denganAgensi Pelaksana (Pihak Berkuasa Agama Negeri) dengan mengguna pakai kurikulum,buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) danmengikutjadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkanolehJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan elaun guru KAFAdibayar olehKerajaan Persekutuan melalui JAKIM. Beliau dilantik sebagai penasihat dan pengerusi Masjid At-Taqwa, PerumahanLaya- Laya, Tuaran dan kemudian dilantik sebagai pengerusi KelasKAFAdi kawasan itu pada tahun 2011oleh Jabatan Hal EhwalAgama IslamNegeri Sabah(JHEINS). Beliau mengambil peluang mewujudkan Kelas KAFAdi ruangyangterhad di masjid dan ia berjalan seperti yang dirancang. Pertambahanpelajardari tahun ke tahun akibat pertambahan penduduk di kawasan perumahandansekitar membuatkan beliau memikirkan tempat yang sesuai untukdijadikantapak bangunan Kelas KAFA yang lebih besar dan selesa lengkapdengankeperluan dan kemudahan asas.


65 ‘Dengan kayu-kayu pungut, batu-batu kumpul, zink-zink tampal’, KelasAl-Quran & Fardu Ain (KAFA) Perumahan Laya-Laya, Tuaran dibangunkanhasil muafakat masyarakat sekeliling. Dengan ‘kayu-kayu pungut, batu-batu kumpul, zink-zink tampal’ dankebetulanada bahan binaan terbuang di Sekolah Menengah Sains, Papar; beliaumengerahkan rakan-rakannya untuk mengangkut bahan-bahanyangsesuaidan cukup untuk membina sebuah bangunan. Beliau berusahadenganpelbagai cara untuk mengumpulkan dana dan melibatkan pelbagai agensidan akhirnya berjaya mengumpul peruntukan yang mencecahRM300ribu.Akhirnya bangunan Kelas KAFA berjaya dibina dalamtempohyangsingkatsahaja pada tahun 2021. Usaha murni ini mendapat sokonganmasyarakatsetempat terutama penduduk Perumahan Laya-Laya, Tuaranyangtidakhenti-henti menghulurkan bantuan serta sokongan padu. Kini bangunan Kelas KAFA tersergam indah dan dapat menampung240pelajarpada satu-satu masa. Sistem pengurusan dan tenaga pengajar terdiri dariguru-guru KAFA bertauliah yang dibayar elaun oleh pihak JabatanKemajuanIslam Malaysia (JAKIM). Sekolah KAFA ini juga adalah antarasekolahKAFAyang menjadi sebutan dan rujukan kepada kawasan-kawasanlainyangmahu mempunyai model pengurusan yang baik sepertinya. Kaedahmemilikibangunan sendiri lebih efektif terutama dalam hal pengurusanmembuatkanbeliau lebih kepada fokus mencari tempat-tempat yang sesuai untukdibinabangunan seterusnya dijadikan kelas KAFA. Anak beliau yangsulungadalahsalah seorang yang mengurus dan mengajar di situ. Beliau kekal memegangjawatan penasihat sehingga kini.


66 5.23 Majlis Pemuafakatan Pendidikan Daerah Tuaran, Pejabat PendidikanDaerah (PPD) Tuaran Idea beliau telah tercetus untuk mengumpulkan ibu bapa, pihak swasta, pegawai kerajaan, ahli perniagaan, anggota keselamatan, orang politik, ahli agamadangolongan akademik sendiri di bawah satu bumbung. Semuanya bertujuanuntukmemikirkan dan mecadangkan sesuatu yang terbaik demi pendidikananak-anak di sesuatu daerah. Maka Majlis Pemuafakatan PendidikanDaerahtelahberjaya ditubuhkan untuk daerah Tuaran pada tahun 2011 rentetancetusanidea oleh beliau. Sekaligus, beliau telah dilantik menjadi pengerusinyayangpertama. Keratan akhbar yangdisiarkan berkaitanMajlis PemuafakatanIbu Bapa danGurudan beliaulahpencetusidea utamanya. Majlis Pemuafakatan Pendidikan Daerah adalah pengintegrasiansumbangandari segi idea, buah fikiran, pandangan serta tindakan bagi melestarikanperanandan sokongan ibu bapa serta komuniti dalam membantu pihak sekolahmelalui PIBG. Memantapkan kesediaan, kebersamaan dan kerjasama penglibatanibubapa, komuniti dan pihak swasta dalam semua aktiviti sekolah secarasukareladalam semua bidang tidak kira bidang akademik, sahsiah, kokurikulumdaninfrastruktur. Berbagai-bagai usaha dilakukan untuk menyatukan golongan yangberlainanpemikiran dan latar belakang untuk duduk semeja. Idea ini padamulanyaagak berat untuk diterima oleh golongan pendidik itu sendiri. Anggapanparapendidik ini, mereka yang tidak terlibat dalam dunia pendidikan mungkintidakmengambil berat soal pendidikan atau tidak tahu jerih perih permasalahan


67 pendidikan. Penjelasan demi penjelasan dibuat maka akhirnyaideaini diterimauntuk sama-sama menggembleng tenaga demi masa depananak-anakdikawasan masing-masing. Majlis ini kemudian didaftarkan di bawahJabatanPendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan mempunyai perlembagaanserta garis panduan yang sah di sisi undang-undang. Beliau kekal memegangjawatan pengerusi sehingga kini. 5.24 Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), TuaranMengambil inspirasi Stephen Hawking yang berjaya walaupunberadadalam keadaan kurang upaya dari segi fizikal. Pada asalnya pertubuhan ini dikenali sebagai Pusat DalamKomuniti (PDK)tetapi selepas didaftarkan di bawah akta pertubuhan pada tahun2016dikenalisebagai Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK). Sebelumnyadidaerah Tuaran belum pernah wujud sebuah sekolah khas untukmembantuOrang Kurang Upaya (OKU) terutama kanak-kanak untuk mengurusdiri. Jadi,PPDK ini diwujudkan khusus melatih anak-anak istimewa ini pengetahuanasassebagai persediaan mereka ke sekolah. Persediaan ini pentingbagi melatihdiri mereka agar mahir dari aspek pengurusan diri agar merekananti diterimadi sekolah pendidikan khas di bawah Kementerian PendidikanMalaysia.Umpama sekolah tadika yang memberi pendidikan awal sebagai persediaanmereka ke sekolah biasa. Ibu bapa yang mempunyai anak istimewasebeginibiasanya malu untuk ke hadapan lalu membiarkan anak-anak ini terbiartanpapendidikan. Sekiranya anak-anak ini dihantar ke PPDK, sekurang-kurangnyamereka mungkin boleh mengurus diri sendiri dengan baik.


68 Penarafan 4 Bintang Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2015 Berkali-kali beliau dirayu untuk mengemudi pertubuhan ini namunbeliautolaksecara berhemah apabila memikirkan banyak lagi tugas lain yangperludigalas.Beliau akhirnya akur selepas melihat ada amanah yang perlu beliaulaksanakandalam organisasi itu dan akhirnya dilantik sebagai pengerusi padatahun2014.Pada awal-awal penglibatan beliau sebagai pengerusi, beliauberusahamenyebarluaskan kewujudan pusat ini dan ia memberi kesanpeningkatanjumlah pelajarnya secara mendadak dari 45 orang kepada 103orangdantidak termasuk permohonan yang terpaksa ditolak kerana tempat yangterhad.Pelajar-pelajar istimewa yang terdiri daripada anak-anak istimewamasyarakattempatan. Anak-anak syurga ini diajar ilmu pengurusan diri yangasasdandilatih untuk berinteraksi sesama rakan taulan yang senasib. Beliau mendapat inspirasi daripada Profesor Stephen Hawking yanglumpuhnamun boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa dan menyumbangdalamdunia sains. Beliau sentiasa berfikiran positif dan menganggap bahawasetiapciptaan Allah tidak sia-sia dan ada hikmahnya yang tersembunyi. Pasti adasesuatu yang luar biasa dan tersirat yang perlu diteliti dengan pemikiranyanghalus dan bijaksana bagi mencetuskan cahaya kecemerlangan itu. Tinggal kitasebagai khalifah di muka bumi ini yang diberi akal dan fikiran untukmerangkadan merancang strategi terbaik untuk memberi ruang dan peluangkepadasetiap insan ini.


69 Pertubuhan ini bergerak bersama-sama kakitangan, ibu bapadanmasyarakatluar yang prihatin dengan nasib golongan ini melalui pelbagai rancangandanaktiviti. Usaha yang tidak pernah jemu dalam membangunkansahsiahanak-anak istimewa dan luar biasa ini melalui model yang sesuai mengikut jeniskekurangan setiap pelajar. Usaha ini membuatkan pertubuhanini pernahdianugerahkan Penarafan 4 Bintang, Pertubuhan PemulihanDalamKomuniti(PPDK) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2015. Kerjasamayangpadu daripada semua kakitangan dan ahli-ahli pemikir pertubuhanini telahmembuahkan kejayaan yang membanggakan. Setiap kekangan yang dihadapi berusaha diatasi. Ruang dankawasanyanglebih luas dan selesa diperlukan bagi menyediakan kemudahanyanglebihbaik.Walau bagaimanapun, pusat ini masih terpaksa menyewa di tanahkerajaan.Pertubuhan ini berusaha keluar daripada kepompong kesulitandenganmeneroka kawasan baharu. Maka, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikatswasta, pertubuhan-pertubuhan lain, penderma di kalanganahli perniagaandan orang perseorangan diseru agar sama- sama tampil menghulurkanbantuandan sumbangan bagi membina tempat dan kemudahan yang lebihbaik. Beliaukekal memegang jawatan pengerusi sehingga kini. 5.25 Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Parlimen TuaranBeliau yang pernah berkecimpung dalam perniagaan kecil-kecilan; mudahmenyelami jerih perih hidup serta kesusahan seorang penjajakecil. Lantaranmelihat peniaga-peniaga dan penjaja kecil terutama golonganbumiputerayang menghadapi pelbagai kesulitan dan kesusahan terutamauntukmemilikitempat dan ruang perniagaan, beliau tampil menubuhkan PersatuanPenjajadan Peniaga Kecil Daerah Tuaran pada tahun 2009 dengan keahlianseramai52 orang. Sepanjang menguruskan perniagaan berasnya dan pernah jugasama-samabergelumang dengan perniagaan pasar malam dan berniaga di jalanan, beliaumemang memahami keperitan dan kesempitan serta masalahyangdihadapioleh golongan penjaja dan peniaga kecil di daerah Tuaran. Beliauberusahamengumpulkan mereka agar nasib mereka dapat dibela. Persatuanini kemudiandidaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia(ROS)padatahun 2014. Masalah tapak niaga, masalah gangguan pihak lain, masalahhargabarangdisebabkan orang tengah, masalah kecurian alat dan bahan perniagaanadalahantara aduan yang biasa didengar dan persatuan akan membantusedaya-upaya. Bagaikan ‘Lidi nan sebatang, sangat mudah dipatah-patahkantetapibila bergabung menjadi penyapu, membujur lalu melintang patah’. Kesedaranuntuk bernaung di bawah suatu pertubuhan yang memperjuangkannasib


70 mereka sendiri adalah terlalu rendah. Maka pelbagai usaha telahdilakukanuntuk menyatukan mereka melalui taklimat dan perbincangan dari semasakesemasa. Keahlian persatuan ini kini menjangkau seramai 250 orang yangmeliputi kawasan dalam pekan Tuaran hinggalah ke kawasan kampung yangbernaungdi bawah Parlimen Tuaran. Dari peniaga kedai runcit hinggalah peniagapasarmalam, dari penjaja di dalam pasar hinggalah penjaja tepi jalan; yangpentingmereka mempunyai kesedaran untuk membela diri dan terbela sesamasendiri.Beliaulah yang menjadi pengasas persatuan ini dan kekal memegangjawatanpengerusi sehingga sekarang. 5.26 Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah (G3PNS) Personaliti beliau memang tidak pandai duduk diam. Ada sahajadalamkepalanya berputar-putar memikirkan sesuatu; bukan untuk dirinyadanbukanuntuk kekayaannya; tetapi untuk orang lain. Gabungan PersatuanPeniagadanPenjaja Kecil Negeri Sabah (G3PNS) adalah organisasi bukan kerajaanyangmenaungi semua persatuan-persatuan penjaja dari Tuaran hinggakeSipitang,dari Kudat hingga ke Semporna bagi memastikan seluruh peniagadanpeniagakecil yang berdaftar di bawah gabungan ini mendapat pembelaan dankebajikanmereka terpelihara. Gabungan ini bermatlamat membentuk suatu rangkaian perniagaanyangbernaung di bawah satu bumbung supaya segala permasalahandanpengaturan strategi perniagaan dan menjaga kebajikan ahli dapat diselaraskandan dilaksanakan dengan teratur. Jaringan yang bersepadu bolehmenjadikansesebuah organisasi bergerak dengan suatu kekuatan yang sukar diperkutak-katikkan oleh pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kelemahanpeniaga kecil. Bergerak bersama Yang Berbahagia Datuk Haji Noor Taip; dengangandinganyang mantap kerana mempunyai matlamat dan hala tuju yang sama. Merekabertanding dalam pemilihan pemimpin gabungan ini dalampersidanganbagi membuktikan kemampuan mereka memimpin penjaja dan peniagakecil ini.Seluruh persatuan penjaja dan peniaga negeri Sabah juga memperkenalkancalon pemimpin mereka yang akhirnya beliau menjadi timbalanpresidensehingga kini.


71 Keratan akhbar yang memuatkan berita rombongan Persatuan PenjajadanPeniaga Kecil Negeri Sabah mengunjungi DSP Hajiji Haji Noor.


72 Mesyuarat Jawatankuasa Agung Gabungan Persatuan Penjaja dan PeniagaKecil (G3PNS) Negeri Sabah pada tahun 2016 5.27 Majlis Pemuafakatan Usahawan Negeri Sabah (MPUNS) Perbincangan demi perbincangan dengan ramai pihak demi masadepanahli persatuan di dalam Gabungan Persatuan Peniaga dan PenjajaKecil Negeri Sabah (G3PNS), Yang Berbahagia Datuk Haji Noor Taip mencetuskanideauntuk mewujudkan Majlis Pemuafakatan Usahawan Negeri Sabah(MPUNS)yang mengumpulkan usahawan-usahawan seluruh Sabah terutamayangtelah berjaya di bawah satu payung dengan matlamat menjadi seperti sebuahyayasan bagi membantu usahawan-usahawan kecil atau baru. Beliaulahyangmencetuskan idea sehingga majlis ini berjaya ditubuhkan padapada2014sekaligus memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi. Banyaklah usaha dilakukan untuk menyatukan usahawan-usahawanterutamausahawan bumiputera, usahawan kecil dan usahawan yang baruberjinakjinak dengan alam perniagaan supaya mereka saling mengenali dandapatmembentuk suatu rangkaian perniagaan yang saling membantudanbukansaling mencantas. Usaha majlis ini lebih memfokuskan kepadagolonganusahawan besar dan sederhana yang mungkin boleh membantuterutamadari segi skil dan kemahiran serta kebajikan kepada usahawan-usahawankecil.


73 Pertubuhan ini lebih kepada majlis perbincangan dan pemuafakatanuntukmencari jalan supaya sentiasa bekerjasama. Setakat ini usaha-usahayang dilakukan termasuklah menyertai pelbagai pameran danpersidanganekonomi terutama di Sabah bagi memperkenalkan kewujudannyadi sampingmengumpulkan dana melalui peruntukan yang disediakanolehkerajaan.Hubungan rapat dan kerjasama sentiasa terjalin dengan agensi-agensi kerajaanyang menguruskan hal ehwal ekonomi dan usahawan. Beliaumemegangjawatan Timblan Presiden merangkap Bendahari pertubuhan tersebut sehinggakini. 5.28 Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Tuaran(SRIAHT) ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Percaya hanya melalui pendidikanlahmerupakan cara terbaik bagi melahirkan generasi yang kuat peganganakidahnyadan di tangan merekalah pewaris ilmu keagamaan. Idea ini dijelmakanmelaluisuatu perbincangan yang pada asalnya nampak tidak diyakini kejayaannya.Encik Fairuz Bandar, seorang usahawan tempatan Tuaran yangmempunyai jiwadan pemikiran yang sama serta Ustaz Mohd Saifuddin bin MohdTajudiniaituseorang guru sekolah yang kemudian menjadi penggeraknya. Bermulasekadarsembang di kedai kopi pada awalnya namun beliau rupanya menyimpanhasratyang sukar difahami jika dilihat dari sosok tubuh yang tidak menampakkanciri-ciri orang keagamaan. Lainlah jika yang berbual itu memakai jubahdanberserban. Penampilannya seperti orang biasa-biasa sahaja pastinyasembangkedai kopi tinggal sebagai ‘Sembang Kari’ iaitu perbincanganyanghangatnamun akhirnya tiada apa-apa tindakan susulan selepas itu. Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz; sekolah yang mengintegrasikankurikulumakademik dan keagamaan bermatlamat melahirkan generasi hafal Al-Qurantetapi membawa pendekatan bersama pelajaran akademik seperti sekolahbiasa.Sekolah ini mendapat pengiktirafan daripada Kementerian PelajaranMalaysia.Peluang pengajiannya sehingga boleh disambung ke Universiti terkenalseperti Universiti Al-Azhar, Mesir, Universiti Madinah, Universiti di Jordanataumana-mana pusat pengajian tinggi sekular atau akademik bergantungkepadakecenderungan kelulusan dan minat masing-masing. ANGAN-ANGAN ATAU IMPIAN? Angan-angan yang tidak mungkin tercapai atau impian yangmungkinbolehterlaksana? Bertitik-tolak daripada idea yang kecil, sebuah lot kedai disewadengan modal terkumpul hasil pungutan sumbangan individu yangmenyokongusaha tersebut. Namun ia tidaklah mencukupi sehingga terpaksaberhutangdengan kedai pembinaan. Hanya kerana pekedai pembinaanpercayakanbeliau yang pernah berurusan semasa menjadi kontraktor dulu, banyakbahanbinaan yang diberi hutang. Buat sementara, sekolah agama ini wujudseadanya


74 sahaja, sekadar cukup untuk keperluan asas terlebih dahulu termasukelektrik,kipas dan penyaman udara. Pada permulaannya, pelajar hanya seramai tujuh orang denganduaorangguru; Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Tuaran (SRIAHT) memulakanoperasi dengan serba kekurangan. Namun kesungguhan pelbagai pihak yangbanyakmembantu mula membuka mata orang ramai. Kedudukannya yangbetul-betul di tengah-tengah Pekan Tuaran memberi pelbagai spekulasi orangyanglalulalang. Ada yang menjangka akan mendapat sambutan, tidak kurangyangmerasakan akan kecundang. Suasana petang waktu pelajar- pelajar berpakaianseragam hijau putih balik dari sekolah adalah pemandangan yanganehpadapermulaannya tetapi kemudian menjadikan pekan Tuaran berwarna-warni. Impian yang menjadi kenyataan. Sekolah Rendah Islam Al Hafidz, Tuaran. Selepas tiga tahun, sekolah ini berpindah pula di tapak Masjid Lama, Tuaran. Kini pelajarnya menjangkau 200 orang dengan tenaga pengajar dan staf pentadbiran28 orang. Sekolah ini terpaksa menolak banyak permohonan kemasukankeranakekurangan tempat. Pelajar-pelajar yang dipilih terpaksa melalui beberapasaringan ketat bagi memastikan yang benar-benar berkelayakan sahajadiambil.Berdasarkan keputusan peperiksaan pelajar-pelajarnya, Sekolahini yakinmampu bergerak lebih jauh hingga beliau bercadang menubuhkanSekolahMenengah Islam Al-Hafidz Tuaran. Beliau adalah pengasas dan Ahli LembagaPengamanah sehingga kini.


75 5.29 Ahli Majlis Daerah (AMD) Tuaran Nama beliau semakin harum dengan khidmat bakti dan sumbanganyangdicurahkan kepada ekonomi, kebajikan dan sosial masyarakat Tuaran. Ratarata masyarakat Tuaran dari kawasan perumahan dan pekan hinggalahnunjauhdi pedalaman, dari pegawai tinggi kerajaan dan ahli peniagaanhinggalahmakcik yang menjual sayur di pasar mengenali beliau. Sebut sahajanamabeliau,sehingga ada yang mengatakan bukan orang Tuaranlah kalautidakkenal akanbeliau. Wajah beliau mudah dilihat di mana-mana sahaja terutamanyadalammesyuarat di sekolah, dalam mesyuarat di Pejabat PendidikanDaerah(PPD),Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), di masjid dansurau. Watikah Pelantikan Sebagai Ahli Majlis Daerah Tuaranuntuk tahun 2015 - 2016.


76 Perkembangan khabar tentang khidmat dan bakti beliau telahsampai keYAB Datuk Sri Panglima Hajiji Haji Nor, Ketua Menteri Sabahyangketikaitu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman. Sebenarnyabeliau bukanlah orang asing kepada YAB. Mereka saling mengenali sejakbeliau masih berkhidmat sebagai anggota polis di Tuaran lagi. Namunbeliaubukanlah seorang yang suka mengambil kesempatan untuk meraihsimpati bagi ditawarkan pelbagai peluang perniagaan. Hubungan persahabatankekal mesradengan masing-masing membawa haluan sendiri. Namun, namabeliaudipetiksendiri oleh ahli mesyuarat yang lain untuk sama dibawa masuk dalamAhli Majlis Daerah. Tindakan ini akhirnya membawa beliau dilantik menjadi salahseorang Ahli Majlis Daerah Tuaran pada tahun 2015. Sebagai Ahli Majlis Daerah Tuaran; fungsi mereka seramai 20orangyangterdiri daripada golongan pemikir dan tokoh-tokoh pembesar yangdisegani dan dikenali oleh kebanyakan masyarakat Tuaran adalah untuk merancangdan melaksanakan pembangunan dan infrastruktur seluruh DaerahTuaran.Kebiasaannya, Ahli Majlis Daerah yang dilantik secara politik adalahterdiri daripada tokoh-tokoh tempatan, namun walaupun beliau bukanlahanaktempatan, ketokohan beliau membuka mata sebilangan yanglainbahawadalam keadaan luar biasa, sesuatu boleh dilakukan demi pembangunansesuatu kawasan. Selama dua tahun beliau menjadi Ahli Majlis Tuaran yang bertindaksebagai Exco Perlesenan dan Penguatkuasaan. Banyak perubahanyangtelahdilakukan untuk menambah baik perkhidmatan dan pembangunanekonomi terutama kawasan Pekan Tuaran. Beliau yang mahu Pekan Tuaranbukansahaja cantik dan indah malahan mempunyai mercu tanda pelanconganyangmesti dilawati. Bangunan kedai yang berwarna-warni juga mendapat tempatdalam perbincangan untuk mengubah iklim dan suasana pemandanganPekanTuaran. Malangnya perkhidmatan beliau hanya dapat bertahan duatahunlebihsahaja apabila kejatuhan kerajaan Barisan Nasional kepada Parti Warisanyangmemaksa beliau melepaskan jawatan lantikan politik tersebut padatahun2016.5.30 Taman Perkuburan Al-Raudhah At-Taqwa, PerumahanLaya-Laya, Tuaran. Beliau mengimpikan sebuah taman perkuburan yang tersusun secarasistematikdengan senarai dan rekod yang lengkap dalam sistempengkomputeran.Tujuannya supaya memudahkan waris-waris yang ingin mencari kubur arwah-arwah saudara mereka. Tambahan pula kawasan perkuburandi DaerahTuaran masih lagi tidak mencukupi untuk menampung keperluan; YABDatukSri Panglima Hajiji Haji Noor tampil menyumbangkan tanah seluas empat ekaruntuk merealisasikan tujuan itu.


77 Susunan dan bentuk kubur yang seragam mengikut model-model tanah-tanahperkuburan Cina. Kini model itu banyak diguna pakai juga di kalangankuburorang Islam. Ia merangkumi sistem pengurusan dari segi pengurusanjenazahhinggalah ke urusan pengebumian jenazah. Nombor dan namaarwahakandirekodkan di dalam sistem dan diletakkan di batu nisan yangseragambagimemudahkan waris. Sistem ini akan mengenakan yuran bagi melancarkanpengurusan dan penjagaan kebersihan serta perjalanan systemini. Tanah Perkuburan Al-Raudhah, At-Taqwa terbuka kepada sesiapasahajatanpamemilih tempat asal si mati. Memikirkan kesusahan segolonganmasyarakatapabila berlaku kematian, sukarnya mencari orang dan tempat menguruslahmaka beliau sebagai Penasihat Masjid At-Taqwa, PerumahanLaya-Laya,Tuaran mencadangkan Tapak Perkuburan ini. Semoga usaha ini dapat memberimanfaat kepada seluruh masyarakat Tuaran terutamanya danmasyarakatsekitar yang menghadapi masalah mencari tapak perkuburanuntuksanaksaudara mereka. Beliaulah tulang belakang bagi kemenjadianprojektanahperkuburan ini. Taman Perkuburan Al-Raudhah, At-Taqwa yang seragamdan sistematiklengkap dengan data komputer. 5.31 Persatuan Kebajikan Anak Rantau (PKAR), Tuaran Tamparuli Biar menjadi wadah kebersamaan, pertemuan pertama kali disambungkepertemuan- pertemuan yang seterusnya sambil mengumpulkananak-anakperantauan dari Semenanjung dan Sarawak di bawah satu bumbung. Jauhdari


78 keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai; anak-anak perantauanini biasanya mempunyai persekitaran permasalahannya yang lebihkurangsamasahaja. Kerinduan dek jauh dari keluarga, sukar meminta tolongapabilaadakesulitan dan sukar meminta bantuan apabila mengurus pertukaransekolahanak-anak. Soal kebajikan seperti sakit atau meninggal dunia tiadasiapayangdapat bantu mengurus; merupakan isu-isu yang selalu yang dihadapi olehanak-anak rantau ini. Jadi kewujudan persatuan ini sedikit sebanyakdapatmewujudkan satu hubungan yang baik sesama ahli yang akhirnyamerekadapat bertukar-tukar fikiran dan saling membantu. Kebersamaandansalingmengenal menjadi penghubung sesama mereka. Sesekali anak-anak rantau berkumpul sambil bercerita suka duka hidupjauh di perantauan. Lantaran isu-isu permasalahan anak-anak rantau ini, Persatuan KebajikanAnakRantau (PKAR) Tuaran Tamparuli direalisasikan. Pertubuhan ini kini dianggotai hampir 200 orang ahli selepas tiga tahun ditubuhkan. Banyak usahatelahdibuat untuk mengumpul lebih ramai lagi keanggotaan di bawah satubumbung.Pelbagai aktiviti telah dan sedang dirancang sepanjang tahun. Secaratidaklangsung pertemuan ini memberi dan membuka peluang kepadaanak-anakperantauan terutama yang berniaga makanan memperkenalkan jualanmereka.Maka, wujudlah beberapa restoran seperti restoran milik beliau sendiri; RestoranSeri Nakhoda yang mengambil sempena nama kampung beliauiaituBaganNakhoda Omar yang menawarkan sate, roti canai, murtabak dantehtarik.Wujud jugalah Restoran JDT yang pemiliknya orang Johor yang menawarkanMi Rebus Johor, Mi Bandung Muar, Lontong Kering Johor, LaksamdanMi Goreng


79 Mamak. Gerai Tok Abah yang pemiliknya orang Pahang pulamenawarkanMiDulang dan Lemang manakala Warung Pokyeh yang pemiliknyaorangKelantanpula menawarkan Nasi Dagang dan Tomyam. Banyak lagi restoranyangtumbuh bak cendawan selepas hujan yang tidak dapat disebut satupersatukerana mempunyai senarai yang sangat panjang. Program teristimewa PKAR yang ditunggu-tunggu oleh semuaanakrantauadalah majlis silaturrahim dan majlis sambutan hari raya. Ketikaini anak-anakperantauan yang berkumpul dari serata negeri di semenanjungseperti Johor,Kedah, Melaka, Selangor, Perak, Terengganu dan Sarawak membawamakananhidangan istimewa daripada negeri masing-masing. BayangkandenganLaksaJohor, Laksa Penang, Laksa Terengganu, Laksam, Kuih Akok, Nasi Dagang,Sup Tulang, Nasi Beriani, Itik Salai Masak Lomak Cili Api antaramenuyangditunggu-tunggu. Bukan soal makan; ‘Sesuap nasi seteguk air sudah cukup menghilangkanlapardan dahaga.’ Namun pertemuan ini lebih kepada kebersamaandanmenyatakankesatuan hati dan jiwa yang sanggup ketawa bersama padawaktusenangdan menangis bersama pada waktu susah bagi menghilangkankesedihanberada nun jauh di perantauan. ‘Harga yang perlu dibayar olehseorangperantau’. Bukan sahaja jauh dari keluarga dan saudara-mara, malahanjauhdari makanan-makanan yang sememangnya sedap-sedap danmenjadi pilihansewaktu berada di tempat asal. Beliaulah pengasas dan pengerusi persatuantersebut sehingga kini. 5.32 Persatuan Bekas Pelajar, Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor. ‘Berapa tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap di belakangkerbaujuga’,‘Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain’. Sesekali pulangke kampung halaman, beliau bukanlah orang yang suka dudukdiamtanpamelakukan apa-apa. Beliau sentiasa bergerak mencari rakan-rakanlamanyaterutama yang berada di sekolah rendah dan menengah. Ada sahajaideayangdicetuskan apabila duduk bersama dan berbual. Selepas berjayamenubuhkanalumni sekolah rendah, kini beliau berusaha pula mengumpulkanbekas-bekaspelajar sekolah menengah. Sejak 12 tahun yang lalu, saban tahun beliau sentiasa mengadakan‘reunion’yang melibatkan semua bekas pelajar sekolah itu tanpa mengirapelajaryanglama atau yang baharu asalkan mereka bekas pelajar sekolahitu. PersatuanBekas Pelajar Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Sungai Air Tawar, SabakBernam Selangor akhirnya berjaya ditubuhkan pada tahun 2018hasil usahabeliau yang berterusan tanpa kenal erti putus asa. Persatuanini yangpadapermulaannya mempunyai ahli sekitar 30 orang dan kemudiannyadidaftarkan


80 di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yangmembawamaksud sebarang aktiviti persatuan adalah sah di sisi undang-undang.Keahliannya kini menjangkau 200 orang. ‘Bagai sirih pulang ke gagang’, Maka ramailah bekas pelajar terutamaahli politik, ahli perniagaan, usahawan, pegawai-pegawai kanan kerajaandanyangbekerja sendiri turun menghulurkan tangan membantu sama ada dalambentukkewangan atau tenaga pemikiran bagi membantu kecemerlangansekolah.Teristimewa ialah ketika perjumpaan hari raya pada tahun 2021, beliautelahberjaya menjemput Yang Berhormat Datuk Rizam Ismail, Ahli DewanUndanganNegeri (ADUN) SungaiAir Tawar yang juga Setiausaha Politik Menteri KewanganMalaysia sebagai tetamu kehormat. Yang Berhormat Datuk Rizamjugamerupakan bekas pelajar sekolah tersebut yang kemudiannya mengumumkansumbangan sebanyak RM30k untuk aktiviti persatuan tersebut. Pelbagai aktiviti persatuan telah dilaksanakan seperti hari keluarga,perjumpaan hari raya, bantuan pelajar miskin, bantuan kepadabekas-bekaspelajar yang dilanda kesulitan dan banyak lagi aktiviti lain yang cubadirancang.Matlamatnya hanyalah semata-mata untuk menyatukan bekas-bekaspelajarini terutama generasi muda bagi memastikan usaha berterusan persatuanagarkekal sebagai pertubuhan yang mempunyai dana yang teguh danaktiviti yangterancang. Beliau kekal sebagai penasihat sehingga kini. 5.33 Koperasi Penjaja Sabah (KOPENSA) Beliau memperjuangkan nasib penjaja dan peniaga kecil seluruh Sabahselepasberjaya menubuhkan Gabungan Persatuan-persatuan Penjaja danPeniagaKecil Negeri Sabah (G3PNS). Beliau memikirkan jauh ke hadapandanyakinbahawa nasib kumpulan ini hanya akan terbela melalui kesatuankumpulanmereka sendiri. Mengharapkan bantuan orang luar adalah perkarayangamatmenyakitkan. Bantuan kewangan dan khidmat nasihat perlu seiringansupayamereka dapat terus maju atau sekurang-kurangnya dapat bertahandalampersaingan perniagaan. Maka pada tahun 2018, beliau mencadangkan penubuhan Koperasi PenjajaSabah (KOPENSA). Hanya melalui sebuah koperasi ahli-ahlinyaakandapatbersatu dan disatukan serta saling membantu terutama dari segi pembiayaankewangan dalam perniagaan. Koperasi ini telah berjaya didaftarkandenganSuruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Beliau telah dilantik menjadi bendahari dan berjaya mendapatkan suntikan dana dari G3PNS sendiri sebanyakRM400k. Pergerakannya agak perlahan kerana tersekat denganPerintahKawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19. Kini koperasi ini mempunyai ahli seramai 47 orang akan memulakan semula perancanganuntuk


81 membantu ahli-ahlinya terutama yang mempunyai masalah dari segi kewangan.Beliau adalah pengasas dan timbalan presiden koperasi ini sehinggakini. 5.34 Surau Anjung Seri Wang, Kampung Roun, Tuaran. Beliau selalu berbual sambil menghirup kopi di tepi sungai di RestoranAnjungSeri Wangi, Kampung Roun. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)banyak kedai kopi dan kedai makan di daerah Tuaran masihditutupakibatpenularan wabak tersebut. Tuan punya restoran iaitu SaudaraAyibMardui seringmelontarkan idea untuk memiliki sebuah tempat sembahyangatausuraukecildi tempat lapang di sebelah restoran tepi sungainya dan sediamenginfaqkansebahagian tanahnya bagi tujuan itu. Sekiranya terlaksana, iaakanmemenuhiimpiannya yang sekian lama terpendam di jiwanya. Sekaligusmewujudkansuatu pemandangan yang indah dengan tempat makan di tepi sungai, sambilbersantai bersama keluarga ada pula sebuah surau kecil di situ. Mencetuskan idea untuk pembinaannya, beliau bersamabeberapaahliPersatuan Kebajikan Anak Rantau (PKAR) bergerak pantas memikirkanideayang paling sesuai dan praktikal untuk dilaksanakan dalamjangkamasayangpendek. Tindakan untuk memohon peruntukan dengan pihak berwajibadalahlangkah yang agak lambat. Suatu kempen besar-besarantelahdilakukandengan menggunakan pengaruh media sosial menunjukkanperingkat-peringkat perkembangan pembinaan surau tersebut. Strategi ini telahberjayamenampilkan penyumbang-penyumbang yang dermawan. Antarapenyumbangterbesar ialah dari Pondok Agama Tarbiyatun Nisa, Topokon, Tuaranmenjangkau jumlah sebanyak RM15 ribu. Kos keseluruhan pulamenjangkauRM48 ribu yang semuanya datang daripada penyumbang-penyumbangdariseluruh pelosok alam. Akhirnya Surau kecil nan indah berjayaberdiri megahseindah gambaran yang diimpikan. Surau Anjung Seri Wangi yang tersergam indah di tepi sungai Tuaran.


82 Surau Anjung Seri Wangi diberi nama, tersergam indah di tepi sungai seperti gambaran bagai dalam syurga sambil mencari ketenangan jiwa, di bawahnyaada anak sungai yang mengalir. Matlamat utama Surau ini dibinaadalahuntukmendekatkan masyarakat Kampung Roun yang kebanyakannya Muslim. Rekabentuk sudah dirancang lebih awal; mempunyai ruang solat jemaahlelaki danwanita yang terpisah memudahkan mereka melakukan ibadah. Malahdi Surauini juga wujud satu ruang semula jadi yang dapat menyimpan sebuahkerandayang diinfaqkan oleh Masjid Berungis. Di Surau ini juga terdapat gedung makanan yang antara objektifnya‘Mengambil Yang Perlu, Memberi Yang Mampu’. Ada ketikanya gedung penuhdenganbahan keperluan makanan seperti beras, gula, mihun, kopi, sos, kicapgaramdan sebagainya hasil sumbangan sama ada bahan keperluan itusendiri ataudalam bentuk wang. Sasarannya adalah golongan asnaf dan miskinterutamamasyarakat Kampung Roun yang sangat memerlukan bantuan daripadaorangbagi meneruskan kehidupan. Biasanya asnaf atau miskin akan datangsendiri dan ada kadangkala sukarelawan Surau akan menghantar ke rumah-rumahyang memerlukan. Usaha ini bagi merapatkan hubungan persahabatandansaling mengenal jiran tetangga yang berada dalam kesusahan. Pelbagai aktiviti dirancang di surau tersebut seperti kelas mengaji Iqra’,ceramah agama, membaca yasin dan tahlil serta kursus pengurusanjenazah.Majlis berbuka puasa dan moreh juga diadakan sepanjang ramadhan. Semuaaktiviti dirancang dengan bermatlamat menyatakan kesatuan dan kebersamaanseluruh masyarakat Kampung Roun menjadikannya wadah untukhidupbermasyarakat. Usaha-usaha yang digembleng tidak lain tidak bukansemata-mata untuk merapatkan ukhuwah sesama mereka yang semakinrengang.Beliau adalah Penaung Surau kecil ini sehingga ini. 5.35 Focal Person, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi DaerahTuaran.Cetusan idea daripada penubuhan Majlis Pemuafakatan PendidikanDaerahmembawa kepada lahirnya kesatuan yang lebih tinggi tarafnya. Usaha-usahamurni yang mengumpulkan ibu bapa, pihak swasta, pegawai kerajaan, ahli perniagaan, anggota keselamatan, orang politik, ahli agama dangolonganakademik sendiri di bawah satu bumbung di ketengahkan keperingkatkebangsaan. Idea ini kemudiannya diangkat oleh KementerianPendidikanMalaysia pada tahun 2021 untuk diwujudkan di setiap Pejabat PendidikanDaerah (PPD) ada ‘Focal Person’ yang mana beliau telah dilantik menjadi Focal Person Daerah Tuaran. Focal Person berfungsi sebagai pengintegrasian sumbangan dari segi idea,buah fikiran, pandangan serta tindakan bagi melestarikan peranandansokongan ibu bapa serta komuniti dalam membantu pihak sekolahmelalui


83 PIBG. Melaluinya kesediaan, kebersamaan dan kerjasamapenglibatanibubapa, komuniti dan pihak swasta dalam semua aktiviti sekolahsecarasukareladalam semua bidang tidak kira bidang akademik, sahsiah, kokurikulumdaninfrastruktur dapat dicapai. Banyak perancangan dan strategi baru perlu dibuat dengan kerjasamaJabatanPendidikan setiap negeri dan menghimpunkan semua Focal Personbagi setiapPejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mengembleng tenagadanpemikiran.Para pemikir dari semua pihak dapat bergabung idea untuk mencari solusiterbaik bagi mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Semogausahamurni ini nanti mampu melahirkan generasi yang bukan sahajacemerlangdari segi akademik malahan mempunyai sahsiah yang tinggi untukbergandingbahu melahirkan insan yang berakhlak mulia serta suka berbakti kepadamasyarakatnya. Dilantik Focal Person oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi DaerahTuaran.5.36 Maahad Tahfiz At-Taqwa Perumahan Laya-Laya, TuaranSebagai Penasihat Masjid At-Taqwa, Perumahan Laya-Laya, Tuaran; pemikiranbeliau bergerak laju memikirkan sesuatu dan ia sentiasa selangkahkehadapanberbanding orang lain. Beliau mendapat idea lagi untuk menubuhkansebuahpusat pendidikan Islam; bersama jawatankuasa masjid, beliaumerancang


84 pembinaan kompleks lengkap Maahad Tahfiz di kawasan PerumahanLaya-Laya, Tuaran. Perjuangan masih belum selesai dan masih banyak tugas, amanahsertatanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Beliau mengimpikan sebuahkompleksyang lengkap dengan bangunan sekolah rendah, sekolah menengah, rumahguru, padang permainan dan kemudahan-kemudahan lain supayaberlakukesinambungan pembelajaran pelajar-pelajar Sekolah Rendah IslamAl-HafidzTuaran (SRIAHT). Tidak mahulah nanti pembelajaran mereka setakat sampai sekolah rendah sahaja dan kemudian menyambung pula di sekolahmenengahmengikut sistem pendidikan biasa yang agak berbeza denganrutinpelajarsebelum ini. Terasa rugi yang semua dirancang dan terasa matlamat tidaktercapai untuk melihat pendidikan Islam berkembang terus menujukepuncakpersada kegemilangan andai impiannya gagal dijelmakan. Beliau menguar-uarkan dan memanggil golongan pemikir danperancangtermasuk pakar-pakar yang pernah terlibat dalam proses pembangunandankandungan sistem pembelajarannya mengikut model MahaadTahfizyangsudah terkenal lalu duduk berbincang semeja bagi merealisasikancadanganitu. Maka, turunlah ahli-ahli agama, bekas kakitangan kerajaan, ahli-ahli akademik, organisasi swasta untuk menyokong usaha murni ini. Perbincangandemi perbincangan, mesyuarat demi mesyuarat, rancangan demi rancangan;semua datang dari seluruh pelosok alam sedia membantu. Pelbagai usaha dibuat untuk mencari dan meneroka tapak baru. Beliaupernahberurusan di Kampung Mengkabong dan cuba-cuba mencari tapakdi sanatetapi terpaksa dibatalkan atas sebab tertentu. Namun, usahanyatidakterhenti di situ. Beliau mencari dan terus mencari tapak yang sesuai. Kawasanpekanatau kawasan kampung diterokai dan dibuat kajian dan semakandenganteliti.Sementara itu, tenaga dan usaha digembleng untuk mengumpulkandanadaripada pelbagai sumber. Organisasi-organisasi swasta, syarikat-syarikat, ahli perniagaan dan orang perseorangan mula nampak usaha murni ini. Akhirnyamereka diberikan ruang dan peluang untuk sama-sama berbakti.Allahmengaturdengan kesempurnaan-Nya.


85 Mahaad Tahfiz At-Taqwa Perumahan Laya-Laya, Tuaran dalamproses pembinaanYang Berbahagia Datuk Noni Said, Bekas Timbalan SetiausahaKerajaanNegeri Sabah tampil menjelmakan impian tersebut denganmewakafkansebidang tanah di Kampung Syahbandar, Tuaran. Keluasantanahtersebutmelebihi dari cukup untuk memenuhi impian tersebut. Kos pembinaanyangdirancang menjangkau RM4.8 juta. Banyak proses kelulusanyangperludilaksanakan terlebih dahulu dan memakan masa yang panjangsebelumkerja-kerja pemulaan dan pembinaan tapak boleh diteruskan. Kompleksini dijangkasiap dalam masa dua tahun lagi. Tembok papan tanda Maahad Tahfiz telah siap dibina untuk meyakinkan penyumbangterdapatnya kesungguhan ke arah pembangunan insan yang hafiz Al-Quran.


Click to View FlipBook Version