The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menceritakan perjalanan hidup<br>penulis dan usaha-usaha kebajikan penulis untuk membantu insan-insan yang memerlukan. Semoga kusah beliau ini akan memberi inspirasi dan motivasi kepada orang lain untuk membuat kerja-kerja amal

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by librarykent02, 2023-10-04 20:14:04

TOKOH MASYARAKAT : ROSLANI ABDULLAH. Inilah Kisahnya...

Menceritakan perjalanan hidup<br>penulis dan usaha-usaha kebajikan penulis untuk membantu insan-insan yang memerlukan. Semoga kusah beliau ini akan memberi inspirasi dan motivasi kepada orang lain untuk membuat kerja-kerja amal

Keywords: Biografi,Roslani Abdullah

86 Mengikut perancangan projek yang bermula pada tahun 2021 ini, kompleksMaahad Tahfiz At-Taqwa Perumahan Laya-Laya, Tuaran yang lengkapdenganbilik-bilik pembelajaran dalam bangunan tiga tingkat, masjid, kuartersguru,padang permainan yang sedang dalam proses pembinaan ini dijangkasiapdalam dua tahun lagi. Kos menjangkau RM2.8 juta dan lebih RM1jutadanatelah terkumpul hasil sumbangan daripada orang ramai. Pihak pengurusanbercadang memulakan kelas dengan pengambilan 25 pelajar lelaki sahajaterlebih dahulu. Beliau adalah pengasas dan penasihat mahaadtahfizini sehingga kini. 5.37 Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) Tuaran & Tamparuli Kejayaan beliau menubuhkan, menstrukturkan dan akhirnya mewujudkansebuah bangunannya sendiri untuk Kelas Al-Quran & Fardu Ain(KAFA)di Perumahan Laya-Laya, Tuaran telah membuka mata agensi yangmengawal selia program iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehinggamelantik beliau sebagai Pengerusi Kelas Al-Quran & Fardu Ain(KAFA)di Tuaran dan Tamparuli pada tahun 2021. Harapan dan impian pihakini ialahsemoga kredibiliti dan kewibawaan beliau dapat membantu dalammewujudkanlebih banyak kelas KAFA ini di negeri Sabah terutamanya di kawasanTuarandan Tamparuli. Permintaan dan penawaran perlu seiringan. Di mana ada permintaandi situsepatutnya ada penawaran. Beliau sentiasa berfikiran positif untuk memajukandiri dan masyarakat sekeliling. Biarpun sekadar bangunan buruk-buruktapi lengkap dengan kemudahan asas seperti meja dan kerusi hattadi bawahkhemah pun, jika dapat mengumpulkan jumlah pelajar yang mencukupi danmemenuhi syarat, kelas boleh dimulakan. Beliau yakin pasti akanadaorangdatang membantu itu dan ini sehingga sempurna; akhirnya pelajar dapat belajardi tempat yang agak selesa. Kerjasama masyarakat Perumahan Laya-Laya, Tuaran membolehkan Kelas Al-Quran& Fardu Ain (KAFA) antara yang paling sistematik di Daerah Tuaran.


87 Terlalu banyak usaha perlu dilakukan memandangkan kesedaranterhadappendidikan agama bagi masyarakat tempatan masih lagi rendah. Berbandingpenganut agama lain yang agak agresif menyampaikan danmenarikminatpenganut-penganutnya dengan pelbagai aktiviti keagamaan. Beliaupercayahanya melalui pendidikan agama sahaja kepada generasi baruyangmampumengubah suasana suram ini kepada yang lebih baik. Beliau bergerakkemerataceruk dan kampung untuk melihat kawasan-kawasan yang sesuai diwujudkankelas KAFA ini. Beliau masih kekal memegang jawatan ini sehinggakini.


88


89 BAB 6 ‘Nak Tahu Jahat Orang Tanya Seterunya; Nak Tahu Baik Orang Tanya Sahabatnya’ Roslani Abdullah Dari Kaca mata Saya…ika hanya penulis seorang yang menulis tentang kisahnya, mungkinadaberpendapat bahawa penulis terlalu bermain denganilusi danfantasisendiri atau mungkin dijanjikan sesuatu imbuhan untuk menjulangdanmengangkat martabat tuan yang empunya diri. Bacalahkatahati, bicararasa dari isteri, anak-anak, bekas ketua, bekas pekerja, bekas rakanperniagaan,kawan-karib, sahabat handai yang dari kaca mata mereka tentangsusuktubuhdari segi gaya, pemikiran, tingkah laku, sikap, kewibawaan, kepemimpinanmalahan kepada harapan dan impian beliau. Mereka mungkinmelihat dari sisiyang lain. Mencari jawapan atas kesanggupan beliau melakukankerja-kerjakebajikan dan amal bakti. Bukan satu tetapi satu demi satu, tidakterkira. 6.1. Suzana binti Mohamad Kanan, Isteri Saya bukan pujangga yang bijak menulis dan berkata-kata. Sayahanyalahgurumatematik biasa yang hanya pandai bermain angka. Ada apadengannama,tapi ada pepatah menyatakan, ‘Harimau mati meninggalkan belang; manusiamati meninggalkan nama’. Siapakah empunya nama Roslani Abdullah? Menurut pandangan saya, beliau merupakan seorang suami yangpenyayangtetapi tegas terhadap anak-anak. Seorang yang sangat bertanggungjawabdalam setiap perkara yang beliau ceburi. Suka melakukan kerja-kerjaamaldan sukarela walaupun kadangkala sanggup melebihkan kepentinganoranglain daripada keluarga sendiri demi melunaskan tugas-tugas kesukarelawananitu. Pernah suatu ketika, kami anak beranak ketika anak masihkecil terpaksaditinggalkan selama 38 hari demi menyelusuri permasalahananggotapolisdibalai-balai di seluruh negeri Sabah. Ketika itu beliau menyandangtugassebagaipengerusi Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) negeri Sabah.J


90 Beliau juga mempunyai karisma yang tersendiri. Beliau bukanlahseorangyang hebat dalam semua segi. Tapi sifat tanggungjawab terhadaptugasyangdiamanahkan membuat beliau mendapat kepercayaan dari pelbagai pihak.Contohnya ketika di alam persekolahan, beliau telah dilantik sebagai ketuapengawas walaupun beliau bukan pelajar cemerlang dalamakademikyangberada di kelas teratas. Sifat kepimpinan beliau dikagumi oleh guru-gurusekolahdan ketika itu sayalah timbalan ketua pengawasnya. Beliau jugamemegangbanyak jawatan dalam persatuan yang lain dan saya jugalah timbalannya. Dengan sifat kepimpinan yang ada pada beliau ini, membuat beliauseringdilantik untuk memimpin dan menjadi penasihat dalambanyak NGOyangdianggotainya. Beliau lebih mengutamakan kerja-kerja kebajikandaripadaperkara-perkara yang boleh mendatangkan keuntungan dalambentukkewangan. Selalu kalau berbual dengan kami anak beranak, topik-topiknyabanyak berkisar tentang kerja-kerja kesukarelawannya dan apayangbeliaulakukan hanyalah kerana Allah Taala. Beliau sering menggalakkankami supayarajin membantu orang lain. Semoga semangat juangnya ini akan menjadi ikutandan contoh kepada generasi yang akan datang. 6.2 Nurazni Elyana binti Roslani, Anak Sulung Abah seorang yang sangat tegas dalam mendidik anak-anak. Namundalamketegasannya ada kelembutan. Walaupun Abah tidak mempunyai pendidikanyang tinggi, beliau sentiasa memberikan semangat dan galakanuntukanak-anak terus belajar dan menuntut ilmu. Abah selalu mengingatkankami tentangzaman kanak-kanaknya yang penuh kegetiran. Peluang belajar memangada tetapi terpaksa dilepaskan kerana kesusahan hidup. Keluarganyatidakmampu untuk menyambung pelajaran dan beliau tidak mahu anak-anakbeliaumengalami nasib yang sama serta ketinggalan dalampelajaran. Antara peristiwa yang paling saya ingat, ketika saya berada di bangkusekolahrendah. Setiap kali menerima buku rekod keputusan peperiksaandi sekolah,cikgu akan minta murid-murid bawa pulang ke rumah dan tunjukkankepadaibu bapa untuk ditandatangani. Bab itulah yang paling saya risau keranasyaratabah mesti dapat nombor 1 atau 2 sahaja. Jika nombor 3, tiga kali akandirotandan jika nombor 4, empat kali akan dirotan dan begitulah seterusnya. Rotanakan bertambah lagi satu jika ada markah yang berwarna merah. Sayapernahjugalah merasa rotannya kerana saya anak yang paling nakal. Rotanpulabukanrotan sembarangan, rotan kuda yang digunakan oleh pelumba kudadi manarotan ini ada balutan tali tangsi di hujungnya. Begitu juga dalampendidikanagama, walaupun abah dan mama bukanlah seorang agamawanataubergelarustaz tetapi mereka sedaya upaya mendidik kami sejak dari kecil lagi untukmelaksanakan apa yang disuruh dan melarang apa yang ditegaholehagamatermasuk menutup aurat, solat dan mengaji.


91 Selain itu, daripada pengamatan saya, abah seorang yang sentiasaaktif berfikir.Kadangkala apa yang orang lain belum terfikir atau tidak terfikir ataumalasberfikir, abah sudah berfikir terlebih dahulu dan pemikirannya selaluselangkahke hadapan. Abah juga seorang insan yang sentiasa ada bersamakeluargaketika dalam waktu kesusahan. Abah suka membantu orangtidakkirasiapapun. Dia tidak kaya, tetapi dia akan membantu dengan segala upayanya. Kalautidak dapat membantu dengan wang ringgit; nasihat dan buahfikiranatauapasahaja yang semampunya. Semoga segala apa yang abah lakukanditerimaAllah sebagai pahala dan menjadi bekalannya di akhirat nanti. 6.3 Mohd Arifarhan bin Roslani, Anak Kedua. Ayahanda Roslani bin Abdullah dilahirkan di Kampung Parit Baru, SabakBernam pada tanggal 30 Mac 1966 sebelum berpindah ke KampungSimpang4, Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar. Beliau memulakanpendidikandiSJKC Cheong Hua, Kampung Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar, Sungai AirTawar, Sabak Bernam dan seterusnya menyambung pelajarankeperingkatmenengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Sungai AirTawar, Sabak Bernam. Beliau menyertai pasukan Polis DirajaMalaysiapadatahun 1985 dan memulakan tugas sebagai anggota tugas amdi IbuPejabatPolis Bukit Aman sehingga tahun 1990 dan seterusnya di CawanganKhasIbuPejabat Polis Daerah Tuaran bermula tahun 1990 hingga bersarapilihanpadatahun 2011 dengan pangkat Lans Koperal. Ayahanda mempunyai seramai sepuluh orang adik-beradik danmerupakananak kelapan. Beliau telah berkecimpung dalam dunia perniagaanmenjual satesemenjak berusia tujuh tahun lagi dengan membantu ayah beliauberniagadisekitar kawasan Sabak Bernam dan juga Bagan Datuk, Perak dengandikenalidengan nama ‘Dollah Sate’. Beliau telah kehilangan ayah tercinta, AbdullahbinHj Maarof pada 14 Feb 1990 ketika baru berusia 24 tahun danbondatercinta,Paenah binti Md Yono pada 26 Mac 2007. Tanggal 2 Jun 1990 merupakan tarikh yang bersejarah dalamhidupayahandakerana pada tarikh tersebut beliau telah mendirikan rumahtanggadengangadis pilihannya iaitu Suzana binti Mohamad Kanan dan dikurniakantigaorangcahaya mata iaitu Nurazni Elyana binti Roslani (1991), MohdArifarhanbinRoslani (1993) dan Muhammad Amirul Fikri bin Roslani (1999). Kini bondakamitersayang sedang bertugas sebagai pendidik di Sekolah MenengahSt John,Tuaran, Sabah. Walaupun berada di negeri orang, namun ayahanda tetap tidakberasaasingdengan persekitaran baru pada ketika itu. Kami sekeluarga telahtinggal di berekpolis, Ibu Pejabat Polis daerah Tuaran dari tahun 1990 hingga1998sebelumberpindah ke Desa Seri Taman, Laya-laya, Tuaran hingga kehari ini. Ketika


92 tinggal di berek polis, beliau selalu menasihati kami untuk sentiasaberkomuniti dan bermasyarakat bersama jiran-jiran selain menerapkan nilai murni. Selainitu, difahamkan beliau juga pernah memegang jawatan AJKMasjidDaerahTuaran ketika itu. Sikap kepimpinan ayahanda telah terserlah ketika berada di zamanbangkusekolah lagi apabila telah dilantik menjadi Ketua Pengawas danPengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) ketika berada di sekolahmenengah.Selain itu, beliau turut aktif bermasyarakat bersama orang kampungsejakberada di bangku sekolah hinggalah sebelum menyertai pasukanPDRMpadatahun 1985. Ayahanda merupakan seorang yang aktif dalam Pertubuhan BukanKerajaan(NGO) sama ada di peringkat daerah mahupun negeri. Ketika masihberkhidmatdi dalam PDRM, beliau pernah menjadi Pengerusi Persatuan Pegawai RendahPolis Diraja (PPRPD) Negeri Sabah dan juga exco PPRPDMalaysiadenganmenang bertanding. Selain itu, beliau juga pernah menjadi YangDipertua,Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Laya-laya, Tuarandan juga Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu (SMAK). Selepasbersara,beliau semakin aktif memegang jawatan di dalam NGOtanpa adakekangantugas mahupun masa. Walaupun tidak mempunyai gaji yang tetapdi dalamNGO yang dipimpinnya, namun beliau tetap mencurahkan khidmat bakti kepadamasyarakat walaupun bukan di kampung halaman atau tanahkelahirannyasendiri. Bak kata pepatah ‘Masuk kandang kambing mengembekmasukkandang kerbau menguak’. Walaupun telah bersara dalam dunia PDRM, namun disiplin yangtinggi masihdipraktikkan hingga kini. Ketepatan masa amat dititikberatkan olehnyasedari dulu lagi. Selain itu, beliau amat menekankan pelajaran kepada anak-anaknyawaima beliau sendiri tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. ‘Tiadahartayangdapat diberikan kecuali pelajaran’. Ini adalah satu ayat yang seringdiungkapkanoleh ayahanda kepada kami bertiga. Beliau turut sering mengingatkankami agar jangan sesekali meninggalkan perintah Allah dan sentiasa berusahauntukmenjadi yang terbaik di dalam hidup selain sentiasa hormat-menghormati sesama sendiri dan orang tua. Sesungguhnya beliau adalah ayahandayangterbaik di dunia. Moga sentiasa diberi kesihatan dan diberkati hidupolehAllah.6.4 Muhammad Amirul Fikri bin Roslani, Anak Bongsu. Abah seorang yang tegas dalam mendidik tiga orang anaknya. Walaupunsaya anak bongsu tetapi antara kami tiada yang dilebihkan dantiadayangdikurangkan. Selalu abah pesan: ‘Tiada harta dapat diberikan makapelajaranlahakan menjamin masa depan masing-masing’. Abah sedar beliautidakmempunyai kelulusan tinggi tidak bererti anak boleh mengikut jejaknya. Kami


93 faham bahawa dulu abah bukan tidak mahu belajar tetapi kesusahanhidupmenghalangnya mencapai cita-citanya. Kami selalu makan malambersama-sama. Abah akan marah jika kami tidak makan bersama dan ketikaitulahabahakan memberi pelbagai nasihat kepada kami. Abah mementingkan ajaran agama dan sejak dari kecil abahakansentiasamemastikan kami menunaikan solat pada waktunya. Abah jugamenghantarkami belajar sekolah agama dan memastikan kami pandai membacaAl-Quran.Nasib baik kami ada mama yang pandai mengajar kami. Selalunyasemasamakan malam, abah hanya akan menyemak peraturan yangtidaktertulisituuntuk memastikan telah dilaksanakan dengan baik. Oleh itukami sentiasaberhati-hati kerana ‘rotan kuda’ yang tergantung pada dindingadalahsenjatayang paling kami takuti tetapi tidak pernahlah juga kami rasai. Abah suka membawa kami balik ke kampung halamannya untukmengenalisanak- saudara kami. Abah berpesan bahawa jangan tinggalkanmerekakeranamerekalah nanti tempat kami mengadu ketika dalamkesusahan. Di situlahkamimengenali pak long dan mak long, pak lang dan mak lang, pak ngahdanmakngah. Di situlah kami mengenali nenek sebelah abah, datuk sebelahemak,saudara dekat dan saudara jauh. Kebetulan abah dan mama memangberasaldari kampung yang sama maka kami mempunyai rantaian saudara-marayangagak ramai. Tambahan pula kami berketurunan jawa dan mempunyai hubunganyang rapat antara satu sama lain meskipun tiada pertalian darah. Abah sangat suka mengadakan mesyuarat di rumah kami. Kami melihatpelbagai jenis orang yang datang. Ada ketikanya berpangkat TanSri,adaketikanya berpangkat Datuk, ada ketikanya pengawai-pegawai besar kerajaan,ada ketikanya jiran-jiran kami datang mengetuk pintu memintabantuan.Kami mengambil peluang mengenali mereka. Kadang-kadangmesyuaratituberlarutan hingga lewat malam. Esoknya subuh-subuh lagi abahsudahkemasjid. Kami jarang berjumpa abah tetapi yang pastinya makanmalamabahakan ada bersama kecuali abah terpaksa kerja di luar daerah. Abah pernah mengatakan bahawa apa yang beliau buat adalahamal bakti untukmembantu orang yang susah. Kita ada kudrat dan tenaga yangAllahberikanmengapa tidak kita luangkan sedikit masa untuk berbuat kebaikan. Hidupdidunia ini bukan lama. Bekalan ke akhirat sangat penting supayananti kitatidakdipersoalkan Allah. Abah selalu mengingatkan kami supaya rajinbersedekahjuga adalah cara membantu orang lain tanpa terlalu memikirkanberapabanyaksudah sumbangan yang kita lakukan. Berserah sahaja kepadaAllahsemuaurusan yang lain. Jika tidak mahu bersedekah ketika itu, usahlahmemarahiatau memaki mereka. Diam sahaja dan berlalu pergi.


94 6.5 Rozanah Abdullah, Kakak Kandung Keempat Roslani Abdullah adalah adik kandung saya yang ke 8 dari 10 adik-beradikkami.Kami membesar dalam keadaan yang serba kekurangan. Namunitusemuatelah menjadi suatu kenangan yang tidak mampu kami lupakan. Pahit getirdanperjuangan meneruskan kehidupan sewaktu kecil banyak mengajar kami erti ketabahan dan kesabaran menempuh dugaan hidup. Sesekali kami berkumpul,banyak kisah pahit dan manis akan terungkai menghidupkansuasanapertemuan dan menjadikan hubungan kami adik-beradik terus rapat walaupunbeliau tinggal jauh di seberang lautan di Sabah. Sedangkan kami tinggal danbermastautin di kampung halaman kami yang juga kampung halamanbeliauwaktu kecil dulu. Pucuk pauh delima batu, Anak semilang di tapak tangan, Walaupun jauh beribu batu, Hilang di mata di hati jangan. Beliau adalah individu yang sederhana. Dari kecil memang begitu. Tidakpernah meminta lebih. Semuanya sama rata dan kadangkala banyakmengalahdengan adik-adiknya. Cekal dan tabah megharungi hidupnya. Banyakceritayang tidak mampu disingkapkan tetapi daripada ketabahan beliau, Allahtelahmengurniakan sesuatu yang luar biasa di mata saya. Saya sendiri kagumdengankecekalan dan tawakal beliau merintis jalan menjaga hubungankami adik-beradik. Masih begitu sedari kecil sehinggalah sekarang. Biasalah, ‘Sedangkanlidah lagi tergigit, apa lagi hubungan adik-beradik’. Walaupun beliauberpangkatadik, namun perwatakannya membuatkan kami juga menghormati sebarangusaha yang dilakukannya. Ketika arwah ayah dan ibu masih ada, beliau sentiasa mengambil berat tentangmereka berdua. Kami tahu, beliau banyak berkorban hati dan perasaan. Lebihmementingkan adik-beradik daripada dirinya sendiri. Beliaulah yangbanyakmembantu ayah membakar dan menjual sate. Kadang-kadangbalikrumahhabis baju berbau sate. Beliau tiada perasan malu untuk membantuayah.Beliaulah yang banyak menjaga ayah waktu ayah sakit. Beliau tidaksambungbelajar kerana memberi peluang adik-beradik yang lain. Beliau seorang yang peramah dan sentiasa berbudi bahasa apabilabercakap.Jarang sangat nampak beliau marah, tetapi suka menangis. Mungkinitu kaedahnya meleraikan atau meredakan sesuatu kekusutan. Sambil membuahkan kata-kata yang menyentuh hati dan perasaan lalumenjadikankeadaan kembali tenang yang kemudiannya terungkai dan selesai denganmudah. Sangat luar biasa! Saya tidak berniat memuji adik sayatetapi kami adik-beradik dan sentiasa bersama dari kecil. Itulah perwatakannya.


95 Salah satu sikap yang kadang-kadang memeningkan kepala kami ialahbeliausangat susah menolak permintaan orang. Kami ini lainlah. Darahdagingnya,pastilah akan dibantu dengan senang hati. Semua orang punakanmelakukanperkara yang sama jika ahli keluarga meminta tolong tetapi beliauini, sesiapasahaja akan dibantunya. Pernah saya dengar beliau membuat kerjakahwindi rumahnya di Sabah tetapi bukan untuk anak atau ahli keluarganya. Beliaumembuat kenduri kahwin untuk rakannya dan semua perbelanjaanditanggungoleh beliau. Bukan sekali malahan dua tiga kali. Pelik bukan? Tetapi itulahbeliauyang tidak mengira orang untuk dibantunya. Terlebih cakap dikatakan memuji adik sendiri. Andai tulisansayamampudijadikan contoh dan pedoman hidup orang lain, saya berani katakanbahawabeliau seorang yang sangat luar biasa! usaha yang tidak pernahjemudanpenat untuk berbakti kepada orang lain. Dari jauh saya sentiasamengikutperkembangannya dan mendapati beliau sangat cekal sertabersungguh-sungguh melakukan amanah yang dipegang walaupun sekadar kerjaamalbakti yang tidak bergaji. Sewaktu membuat sesuatu majlis ataupertemuandikampung pun, beliau mengurus seolah-olah mengurus sesuatuperniagaanbernilai jutaan ringgit. Sangat teliti dan sentiasa memantau sehinggalahmajlisitu selesai. Jarang orang yang berdagang atau merantau akan peduli danambil beratapayang belaku di kampung. Kebanyakannya sekadar mengambil tahudanberakhirdengan sedikit komen yang tiada kesudahan. Berbeza denganbeliauakanbalikdan melakukan pelbagai perkara seperti alumni sekolah rendahnya, sekolahmenengahnya, rakan-rakan sekampung. Bukan sekadar menjadi tetamuyangdatang menjenguk muka tetapi menjadi pengurus yang menguruskansegalamacam perkara. Habis dicarinya anak-anak kampung yangtelahmenjadipegawai besar, ahli perniagaan, orang kenamaan di kampungatautelahmerantau untuk sama-sama pulang ke kampung membantu. Jikaterlalusibukdengan masa,menyumbanglah mereka dengan wang ringgit sebagai penggantidiri. Selalu beliau berbual dengan saya akan sentiasa menyebut bahawaapayang dilakukan adalah ikhlas mencari keredhaan Ilahi. Masihbanyakimpiandan harapannya belum terlaksana untuk melihat syiar Islamdi Sabahterusberkembang. Perjuangannya melihat banyak sekolah yangberkonsepkankesepaduan akademik dan agama diwujudkan di Sabah. SemogaAllahterusmemberi kesihatan dan kekuatan dalam kerja amal bakti beliaubagi memenuhiimpian dan harapannya.


96 6.6 Mohd Razali Bin Abdullah, Adik kesembilan. Roslani Abdullah adalah abang kandung saya. Anak yang kelapanmanakalasaya anak yang kesembilan dari sepuluh orang adik-beradik kami. Dari kecil beliau memang seorang yang sangat suka mengambil berat adik-beradiknyayang lain dan akan cuba membantu jika ada antara kami yangmengalami kesulitan. Sehingga kini, beliaulah menjadi tempat kami mengadudanmemintapertolongan sekiranya memerlukan kerana beliau seorang yang sangat menjagahubungan kekeluargaan kami. Bagi saya, beliau adalah tokoh adik-beradik kami. Kewibawaannyamengaturdalam banyak hal membuatkan kami mudah menyelesaikan sesuatumasalahyang timbul. Idea dan pemikirannya seperti selangkah di hadapan. Beliaubanyak berkorban dalam banyak perkara tentang kami. Sayatahubeliaubukanlah kaya sangat, tetapi tetap akan cuba membantu sekiranyaadaantarakami mengalami masalah kewangan. Beliau mempunyai karismatersendiri dalam mengatur sesuatu perkara. Beliau juga sering pulang kekampunghalaman untuk menjenguk adik-beradik dan saudara-mara yang lain. Walaupunkami tinggal berjauhan tetapi hubungan kami adik-beradik tetap mesra. Walaupun beliau tinggal di Sabah, banyak usaha mengumpulkanrakanrakan sekolah lamanya, rakan-rakan sekampung dibuat untuk mencari danabagi membantu pelajar-pelajar miskin di sekolah lamanya. Usahamurni ituberterusan hingga kini. Boleh dikatakan kebanyakan masyarakat kampungkami mengenali beliau walaupun beliau tidak tinggal di sini. Secaraperibadi,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala pengorbananbeliauterhadap arwah ibu bapa kami dan adik-beradik. Saya mendoakansemogaperjuangan beliau dalam usaha-usaha amal bakti terhadap masyarakat akansentiasa dipelihara Allah. 6.7 Jamal Bin Basir, Pesara, Sahabat Dari Zaman Kanak-kanak. Sejak kecil lagi iaitu pada tahun 1971, kami telah saling mengenali danbermainbersama. Kami sekampung, kami sekelas tadika, kamilah yang bersama-samaberjalan kaki ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) CheongHua, BaganNakhoda Omar, Sabak Bernam. Bukan itu sahaja, kami satu kelasdi SekolahMenengah Munshi Abdullah, Sabak Bernam. Kamilah remaja kampungyangbersama-sama menyertai Gerakan Belia 4B Malaysia dan jugaAngkatanBelia Islam Malaysia (ABIM). Kami sama-sama aktif dalampolitik(UMNO)dulu. Kami masih kekal aktif dalam alumni sekolah rendah, kami jugalahyangmengasaskan persatuan bekas pelajar sekolah menengah. Persahabatanyangbegitu lama masih kekal sehingga ke hari ini.


97 Saya sangat mengenali hati-budi beliau sekian lama. Bukanmahumemujikawan sendiri. Jarang kita masih mengenali atau kekal bersahabat denganseseorang sama ada rakan sekampung atau rakan sekolahrendahapalagitinggal berjahuan tetapi beliau sangat luar biasa! Jujur saya katakanbahawabeliau adalah anugerah Allah kepada saya dan keluarga sebagai seorangsahabat yang sentiasa ikhlas menjalin persahabatan dengansesiapasahajatanpa melihat latar belakang, darjat dan keturunan. Bukansayaseorang,malahan puluhan lagi rakan-rakan sekampung dan rakan sekolahrendahtermasuk kawan-kawan Cinanya masih lagi berhubungan dan bertanyakhabar.Beliau tidak pernah melupakan rakan-rakannya. Setiap kali sebelumbalikkekampung halamannya, beliau akan merancang sesuatu perjumpaan. Palingtidak beliau akan mengumpulkan beberapa rakan-rakannyadankami akanberbual. Biasanya beliaulah yang berbelanja. Beliaulah yangmencetuskanidea penubuhan Alumni Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) CheongHua,Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam dan kini kekal menjadi penasihatnya.Kami jugalah yang mengasaskan Persatuan Bekas Pelajar SekolahMenengahMunshi Abdullah, Sabak Bernam yang berdaftar dengan JabatanPendaftaranPertubuhan Malaysia (ROS) yang mana saya adalah pengerusi danbeliaumasih kekal sebagai penasihat sehingga sekarang. Beliau memang mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Sejak dari sekolahrendahlagi,beliau banyak memimpin dan kami banyak dipimpin. Sosok tubuhyangagakbesar, kepetahan bercakap, pandai mengambil hati, pandai merancangstrategi adalah kombinasi yang lengkap dan tersusun untukmenjalankansesuatu perancangan. Pemikiran beliau kadang-kadang tidak terjangkauolehkami. Kami tidak pernah melihat beliau marah tetapi sentiasakelihatantegasdan berkarisma membuatkan kami mudah memahami apa yangperludanpatutdilakukan. Sukar untuk mengatakan tidak kerana mengikut pendapat kami punseperti apa yang beliau maksudkan juga. Saya masih ingat ketika beliau menjadi ketua pengawas di sekolahmenengah.Cara beliau berucap, dengan penuh keyakinan diri dan berkarismamembuatkanpendengar memberikan tumpuan penuh dengan apa yang diucapkan. Bukansatu tetapi satu per satu intipati ucapan dikupas dan disampaikandenganpenuh teliti dan jelas yang membuatkan hadirin kekal mendengar hinggaakhirnya. Selalunya hadirin akan diam terpaku seperti dipukaudanterpukau!Bukan sahaja pelajar mengkagumi beliau tetapi guru-guru termasukgurubesarjuga sentiasa mahukan beliau di hadapan kerana percaya semuanyamudahdilaksanakan jika beliau yang memimpin. Beliau pandai berbual.Suka memuji. Tidak pernah saya dengar beliaumerendahrendahkan rakan-rakannya meskipun yang datang itu adalah rakansekampungyang bekerja biasa-biasa atau bekerja kampung sahaja. Beliautetapakan


98 meraikan dengan penuh sopan dan sentiasa memberikan kata-katamotivasi.Jika adalah di sepanjang perbualan itu ada antara rakan-rakanterlepaskatabercerita sedang dalam kesulitan, beliau selalunya akan terus mencadangkansesuatu tindakan yang sesuai diambil dan beliau kemudiannnya akanmemantaudan memastikan tindakan telah diambil. Seolah seorang panglimaperangyangmengeluarkan arahan dan tindakan perlu dilakukan. Tetapi semuaitutanpadisedari kerana cara beliau penuh berhemah. Itu adalah kelebihannya. Tiada garis panduan diberi dalam penulisan ini maka apa yang sayakatakantidakdipandu oleh sesiapa. Ia lahir dari keikhlasan hati saya. Setiap perbualannyadari dulu lagi, beliau sentiasa meluahkan kepada saya bahawa apayangbeliaulakukan melalui kerja-kerja kebajikan hanya kerana amanah dan tanggungjawabterhadap agama dan bangsa. Beliau mahu bangsanya setandingdenganbangsa yang lain. Perkara utama yang beliau impikan ialah mahumelihat syiarIslam di Sabah lebih bersinar lagi. Semua yang beliau lakukan keranaAllah,mencari keikhlasan dan keredaan-Nya. Tiada apa yang kita hendakcari dalamhidup ini kerana semuanya akan ditinggalkan juga melainkan amal jariahkitauntuk membantu orang lain. 6.8. Sub Inspektor Rosmin Abd Manan, Bahagian Perjawatan, IbuPejabatPolis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Saya mula mengenali Roslani Abdullah pada tahun 1985, semasasama-sama mula bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Banyakkenangan pahit manis kami lalui semasa beliau bertugas bersamadi KualaLumpur dulu. Dengan gaji hanya RM300.00 ketika itu, kami sama-samabujangmenempuh hidup di bandar besar, pernah suatu ketika di bulanpuasa, kami terpaksa makan nasi yang dimasak sendiri, yang ikannya dipotongduauntukditinggalkan bekalan sahur. Hidup di kota besar amat memeritkannamunkami masih boleh terus hidup dan mampu menghantar wang ke kampunguntukperbelanjaan ayah dan ibu. Hanya itu yang mampu dilakukan. Suatu kenangan yang melucukan bagi kami ialah pernah juga suatuketikaketikakami membeli barang di sebuah kedai runcit Cina yang mana pekedai itutidakmahu mengurangkan harga sedangkan ada seorang Cina yanglainmembeli diberi harga yang kurang. Marah dengan keadaan itu, beliau terusbertuturdalam bahasa Cina sehingga pekedai itu terkejut dan terus mengurangkanharga. Kami selalu buat ‘reunion’ setahun sekali semata-matauntukdapatberkumpul. Biasanya, saya pengerusinya dan beliau sebagai penasihat. Dalamsoal kewangan, apa yang saya tahu beliau bukanlah seorangyangkayanamun sekiranya ada antara rakannya yang memerlukan bantuan, beliauakanberusaha membantu mengikut kemampuannya.


99 Beliau amat disenangi oleh rakan-rakan lamanya yang lain di sini. Sekiranyabeliau bermesyuarat atau bercuti ke Kuala Lumpur, pasti kami diajaknyaberkumpul dan biasanya beliaulah yang belanja. Kalau ada jemputankahwinanak-anak kami, beliau sanggup turun menghadirinya dan kadangkalahanyasemata-mata memenuhi undangan tersebut. Kalau ada kalangankami yangsakit, beliau akan turun menziarahinya. Kami sudah macam adik-beradik. Saya dan keluarga pun sudahduaatautigakali datang melawat beliau di Sabah. Beliau sangat suka andairakan-rakannyaatau saudara-maranya datang. Setiap kali itulah beliau sendiri akanmenunggudi lapangan terbang atau akan menyuruh anaknya menunggu. Sekiranyabeliautahu ada rakan-rakan atau saudara-mara yang datang tanpadimaklumkanterlebih dahulu pasti beliau akan marah. Dan yang pastinya segalaperbelanjaanmakan dan minum akan ditanggung termasuk rumah penginapanmilikbeliau.Saya kagum dengan beliau, walaupun hanya belajar setakat SPMsahajatetapianak-anak beliau berjaya belajar hingga ke peringkat ijazah. Dari pemerhatiansaya, sejak beliau muda lagi sudah nampak ada gayanya sebagai ketuadanseorang pemimpin. Beliau juga banyak memegang jawatandalambanyakpersatuan. Ada sebagai exco peringkat negeri dan ada sebagai pengerusi.Saya percaya karakter ketegasan beliau inilah antara faktor yangmembuahkankejayaan kepada anak-anaknya. Karakter itu saya kenali sewaktubertugasbersama-sama. Ketika bertugas beliau seorang yang sangat tegas, berani danmenjaga disiplin diri tidak kenal kawan ataupun lawan. Segalaarahanpihakatasan akan dilaksanakan secepat dan sebaik mungkin. Beliaumempunyaipelbagai strategi dalam menyelesaikan misinya. Tidak boleh caraini beliauakanberusaha dengan cara yang lain dan tidak akan cepat berputusasa. Semogabeliau sentiasa dalam lindungan Allah jua. 6.9. Sub Inspektor Bajok Bin Saganate (PPN, BK, PJPN, PKN, PBP, PPA,PPS), Ibu Pejabat Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am(PGA), Kinarut,Papar, Sabah Saya mengenali Roslani Abdullah dalam tahun 2004 ketika kami sama-samaterlibat dengan persatuan dalam perkhidmatan polis iaitu PersatuanPegawaiRendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD). Persatuan ini mempunyai keahlianyang paling ramai dalam PDRM di mana beliau adalah pengerusi di peringkatIbu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan saya pengerusi di peringkat BrigedSabah Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kami berdua adalahExcoPPRPDMalaysia di peringkat pusat. Beliau orangnya sederhana saja tetapi cukup mempunyai bakat sebagaiseorang pemimpin. Walaupun ketika dalam PDRMbeliau tidakberpangkattinggi tapi cukup disenangi sehingga diberi kepercayaan untuk memegang


100 jawatan yang tinggi dalam persatuan. Ini dibuktikan ketika pemilihanpengerusi adalah dengan cara mengundi bererti hanya orang yang popular dandisenangi oleh ahli-ahli akan dipilih menjadi pemimpin mereka. Banyak perkara yang mengagumkan tentang beliau antaranyabeliaubolehmembuat perubahan serta mengangkat beberapa isu ke pusat hinggaiadapatdiselesaikan dan diatasi. Beliau mempunyai pandangan yang luas danbernas,kurang bercakap tapi hanya bercakap dengan perkara yang logik membuatkanahli-ahli persatuan menyokong dengan baik. Kewibawaan beliauterutamaketika berucap dalam perhimpunan yang besar serta amat menyakinkanhadirinmembuatkan beliau disenangi ramai pegawai atasan. Tidak hairanlahbeliaumempunyai sahabat dan pengaruh dengan orang orang kenamaan. Beliau seorang yang sentiasa ringan tulang menolong orang tidakmengiraapa suku bangsa, orangnya tidak sombong mudah untuk bersahabat. Dengankelebihan boleh bertutur bahasa Cina dan bahasa Bajau Tuaranbanyakmempengaruhi usaha murni beliau dalam kerja-kerja kemasyarakatanyangbeliau lakukan. Cara beliau bercakap dan mendekati sesuatu tajukperbualanjuga membuatkan ramai orang yang berasa selesa bersama beliau. Semogabeliau terus sihat untuk melakukan kerja-kerja amal bakti. 6.10. Insp. Zulkarnainfitri bin Hj Hamdan, Cawangan Khas, IbuPejabatPolis Kontingen (IPK), Sarawak. Saya mengenali Roslani Abdullah pada tahun 1996, iaitu padahari pertamasaya melapor diri untuk bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Tuaran.Ketika itu saya bagaikan terasa asing kerana tidak mengenali sesiapa.Beliaulah yang banyak membantu saya menguruskan bukan sahajaberkaitantugas malahan tempat tinggal saya pun beliau yang banyak membantu. Dalamtempoh tiga bulan sahaja boleh dikatakan saya mengenali ramai rakan-rakansatu tempat kerja yang lain melalui keramahan beliau memperkenalkansayakepada mereka. Kami banyak bertugas bersama dalam Unit Cawangan Khas (SB). Kehuludan ke hilir bersama siang dan malam. Keluar pagi, balik malam, keluarmalam balik pagi. Terlalu banyak kenangan yang jika dirungkai satuper satuakan menyebabkan berbagai-bagai perasaan akan timbul. Ada ceritagembira,ada cerita sedih, ada cerita menyayat hati dan ada juga cerita yangmenjadi rahsia negara. Biarlah ia tersimpan di hati, di sudut yang paling dalam. Begitutanggungjawab dan amanah yang kami pikul bagi memastikan keamanandankeselamatan negara sentiasa terjamin. Tugas kami, biarlah menjadi rahsianegara.


101 Sepanjang bertugas bersama beliau memang banyak yang menyeronokkan.Beliau mempunyai banyak kelebihan yang kadang-kadangmembuat sayakagum. Cara bercakap dan cara berurusan dengan orang ramai membuatkanmereka selesa dan ingin terus berbual tanpa sedar masa telahberlalulamadankebanyakan beliau mengeluarkan wang poketnya untuk membayar makananatau minuman kami semua. Beliau mudah tersenyumdan selalumemujuksayasupaya sentiasa bersabar dalam urusan kerja. Beliau bukan sahaja rakan sekerja, tetapi seorang sahabat malahansayamenganggapnya sebagai seorang abang. Masakan tidak, beliaulahtempatsayarujuk jika saya ada masalah rumahtangga. ‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikanpula kehidupan berumahtangga’. Biasalah hidup di perantauandengangajiyang tidak seberapa, beliau banyak membantu. Terlalu banyakpengorbananbeliau terhadap keluarga kami. ‘Selagi hayat dikandung badan, sayatidakakanmelupakannya’. Terlalu sukar untuk diluahkan sehingga saya bolehmenitiskanair mata atas kebaikannya yang jarang orang lain mampu melakukannya. Saya tahu beliau banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan. Sayasangat mengenali beliau. Itulah peribadinya. Suka menolong orang. Sejakdululagi dan tidak pernah jemu dan pasti tidak akan jemu untuk menolongorangdengan apa cara sekalipun kadang-kadang melebihi keluargasendiri. Sayasendiri kadang-kadang merasa hairan dengan kesungguhan beliaumembantuorang lain. Saya tahu beliau bukanlah banyak duit sangat tetapi berpura-purasahaja berduit semata-mata untuk memberi kebahagiaan kepadaoranglain.Beliau seorang yang hebat! Jarang saya jumpa orang yang segigihdansekuatbeliau dalam kerja amal bakti. Selalu dalam perbualannya beliaumenyatakanbahawa apa yang beliau lakukan adalah hanya mencari keredhaanIlahi.Semoga beliau sihat dan terus melakukan amal bakti membantuoranglain.6.11. SM (B) Rosman bin M. Ajis, Bekas Pengerusi PPRPKudat. Saya mengenali Roslani Abdullah sejak 1990 lagi. Kami salingmengenalibeliau ketika sama-sama aktif dalam Persatuan Pegawai RendahPolisDirajaMalaysia (PPRPD) di mana beliau mengetuai Daerah Tuaran danNegeri Sabahmanakala saya mengetuai Daerah Kudat. Selepas bersara, masing-masingmembawa diri dan akhirnya kami tinggal dan kebetulan berkampungdi Tuaran.Kami sama-sama berniaga, meneruskan kehidupan masing-masingsebagaibekas polis dan kebetulan saya menyewa Gerai Peladang, Tuaranmilikbeliau.Saya berniaga makanan manakala beliau berniaga sate. Sejak pencen dan berniaga kecil-kecilan, kami mula rapat danseringberbualtentang kisah-kisah lama semasa berkhidmat dalampolis atauberceritaisuisu semasa. Banyaklah isu semasa yang keluar menjadi topik perbualankami.Ada kisah gembira, ada kisah sedih. Maklumlah, aktiviti orangbersarasambil


102 melayan pelanggan yang datang. Kadang-kadang perbualan terhenti seketikaapabila terpaksa melayan pelanggan masing-masing. Kadang-kadangseronokmelihat beliau membakar sate memenuhi permintaan pelanggan. Suatu malam, penceritaan kami agak jauh mendalam, hingga beliausendiri menitiskan air mata. Berkongsi sepanjang perjalanan hidupnya. Semasabeliauberada dalam koma selama dua minggu akibat dijangkiti Covid-19, beliaudiperlihatkan bagaimana masjid-masjid, surau-surau, madrasah, anak-anaktahfiz, anak-anak OKU yang pernah beliau dirikan dan bantu; datangbersilihganti mendoakan kesihatan dan keselamatan beliau. Peristiwa itumembuatkanbeliau bangkit dari komanya dan berazam melipatgandakan lagi segaladayausaha membantu golongan yang susah terutama dalambidangpendidikandengan kudrat yang Allah kurniakan. Andai keinginannya mahu makan ‘lobster’ sebesar mana pun, ataumemakanikan semahal mana pun bukanlah menjadi impiannya lagi. Itu semuasudahtiada dalam senarai kemahuan dan keinginannya. Apa yang adadalambenakfikirannya dan jauh di lubuk hatinya adalah untuk mengabadikanseluruhkehidupannya untuk menabur amal bakti kepada masyarakat terutamadalamusaha meninggikan syiar Islam di bumi Sabah. Suatu kejadian yang mengagumkan saya tentang beliau yang padapendapatsaya tidak mungkin orang lain dapat melakukannya, apabila suatuhari kami berjanji untuk menghadiri upacara pengebumian seorang rakankaribsayayang beliau tidak kenali. Saya berjanji untuk ambil beliau di rumahnamunbeliau pergi sendiri ke tanah perkuburan Al Raudhah, PerumahanLaya-Laya,Tuaran. Menunjukkan beliau bukan mahu disanjuug dan dihormati sehinggaperlu dijemput dari rumah. Beliau masih merendah diri, menghormati sayapadakedudukan beliau yang dihormati sebagai figura masyarakat dandianggaporang besar-besar. Sebenarnya beliau bukan seorang yang sukamerasatinggi diri melainkan seorang yang sangat prihatin dan tidak mengenal sesiapauntuk saling menghormati. Perkara yang paling menyentuh hati sayaketikaituialah apabila beliau mengatakan, “Aku di sinilah nanti, bang!” Allahuakhbar!Menandakan beliau sentiasa mengingati mati seperti yang disarankanagama.Menyorot kisah waktu dalam persatuan, saya memang kagumdenganbeliau.Bayangkan hanya berpangkat Lans Koperal, tetapi mengepalai sebagai Pengerusi Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRPD) Negeri Sabahyangketika itu biasanya disandang oleh pegawai yang berjawatan yangpalingkanandalam sesuatu daerah. ‘Bagai langit dengan bumi’ seorang hanyaberpangkatrendah namun berurusan dengan orang-orang berpangkat besar dankanandalam polis. Keadaan yang sukar diterima dalam budaya kehidupananggotaberuniform tetapi kewibawaan, gaya dan keberanian yang ditunjukkanbeliauberjaya menutupi kekurangan itu.


103 Di suatu majlis persatuan, di peringkat kebangsaan, beliaududuksebarisdengan orang kenamaan, Ketua Polis Negara, pegawai-pegawai kananpolisberpangkat besar. Ketika pada mulanya semuanya memandangrendahdenganpangkat, kemampuan dan kebolehan beliau tetapi terus berubahsemasabeliaumula menyampaikan ucapan. Semuanya terpaku dan terdiam. Ucapantidaklahberapi-api tetapi setiap lenggok bahasa dan gaya penyampaianmembuatkanhadirian seakan-akan dipukau dan terpukau. Beliau mempunyai sesuatu‘xfactor’ yang sukar digambarkan dalam penulisan. Membakar semangat hadirin,membuat hadirin sebak, terharu dan menitiskan air mata, membuai hati danperasaan hadirin hingga setiap tetamu yang hadir melupakanpangkatdankedudukan merasakan setiap mereka dihargai adalah suatukelebihanyangdianugerahkan Allah kepada beliau. Sikap ‘Cakap dan Buat’ amalan yang beliau sering lakukan bilamelontarkanidea. Tidak sekadar sembang di kedai kopi seperti kebiasaankita, beliauakanbertindak walaupun ‘batu-batu kumpul, kayu-kayu pungut, besi-besi sambung,zink-zink tampal’ namun akhirnya berjaya mendirikan sebuahbangunanyangkemudian boleh digunakan untuk memenuhi keperluan. Beliauseorangyangmempunyai karisma dan aura tersendiri. Saya berbicara bahawabeliauantaraorang yang berada di dimensi yang lain, berada satu aras yanglaindaripadaorang biasa-biasa. Beliau sudah ‘lepas’ dari ujian dan tanggunjawabnya. Beliaudisayangi Allah. Allah sentiasa meletakkan beliau di tempat yangtinggi. Seringbeliau katakan dalam topik-topik perbualan kami bahawa apayangbeliaulakukan semua ini hanyalah kerana Allah. Semoga beliau teruskankerja-kerjaamal bakti yang jarang orang lain mahu buat dan mampu lakukan. 6.12. ASP Mahmood bin Mohd Mustahed (ADK), Ibu Pejabat PolisDaerah(IPD) Tuaran Saya mengenali Roslani Abdullah sejak tahun 2004 ketika kami sama-samabertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran. Persahabatankami mudahterjalin kerana sama-sama berasal dari semenanjung. Beliautelahbersaraawal dari pasukan kerana menceburi bidang perniagaan. Walaubagaimanapunkami sentiasa berhubung. Selalu kami duduk minumkopi di PekanTuaranpadawaktu masing-masing mempunyai kelapangan. Cerita kami biasanyaberkisartentang kerinduan kampung halaman. Berani saya katakan bahawa sikap beliau waktu bertugas dengansikapwaktudi luar tugas kadang-kadang mengelirukan saya sendiri. Ketegasandandisiplinyang tinggi seperti ketepatan masa, kecekapan dan pergerakanpantasmengaturstrategi untuk menyelesaikan sesuatu kes sukar ditandingi. Contohnyadalammenyelesaikan tugasan yang diberi beliau bertindak dengan tepat danpantastetapi tidak terburu-buru dan ia amat dikagumi oleh anggota-anggotalain.


104 Dalam persahabatan, bagi saya beliau seorang sahabat yangbaiksertaprihatin. Setiap kali kita minta sebarang pertolongan tiada istilahperkataan‘tidak’ dari mulutnya. Beliau akan sedaya upaya berusaha memberi bantuanyang diperlukan walaupun dalam soal kewangan. Beliau bukanlahseorangyang kaya namun berusaha juga membantu walau tidak banyak sedikit puntetap dihulur. Perkara kebajikan sangat diutamakan. Jika adamendengarkawan-kawan yang sakit atau ada masalah, beliau antara orangyangpalingawal datang membantu. Beliau juga mempunyai keperibadianyangsangattinggi serta menjaga pertuturannya agar tidak menyinggung perasaansahabat.Beliau seorang yang sangat suka membuat kerja-kerja amal terutamayangberkaitan dengan keagamaan. Sejak berkhidmat sebagai anggotapolis, beliauberusaha mendirikan surau di balai polis Tuaran dan menganjurkanbanyakprogram agama di surau tersebut. Apa yang mengagumkan tentangbeliauialahjika dilihat tidaklah nampak seperti seorang agamawan tetapi sikapdankaedahdan banyak kali perbualannya tidak lekang dari menyebut hal-hal keagamaan.6.13. Sjn Ammalia @ Falicia Binti Ronsoi, Hal Ehwal AwamPesara, IPDTuaran. Saya mengenali Roslani Abdullah sejak 16 tahun yang lalu iaitu padatahun2006kerana kami sama-sama bertugas sebagai rakan sekerja di Ibu Pejabat PolisDaerah (IPD), Tuaran. Meskipun kini beliau telah bersara, hubungannyadenganIPD masih berterusan. Beliau sering datang ke pejabat dengan pelbagai sebabdan tanpa sebab. Maksudnya jika yang bersebab itu, jika ada urusan-urusanberkaitan dengan NGO yang beliau pegang memerlukan kerjasamapihakpolis,kadang-kadang beliau sendiri yang datang berurusan walaupun hanyaurusanyang kecil dan remeh. Manakala tanpa sebab apabila beliau datangmenjengukrakan-rakan lama beliau yang masih bertugas. Karakter beliauyangmudahmesra membuatkan beliau dikenali dan disenangi oleh ramai anggotapolistermasuk anggota yang baru bertugas di sini. Apa yang dapat saya simpulkan tentang beliau semasa bertugassebagai anggota Cawangan Khas (SB) ialah beliau seorang yang berani menghadapi apa jua cabaran di hadapannya, sangat komited dan suka mencubasesuatuyang baru. Beliau mempunyai gaya tersendiri dalammenjalankantugas.Banyak peristiwa yang berlaku, ketika anggota lain menemui jalanbuntuuntuk menyelesaikan sesuatu tugasan, beliau tampil membantudenganskil dan kemahiran yang tidak disangka-sangka hingga berjaya menyelesaikanperkara itu dengan mudah. Perkara yang kadang-kadang anggotalaintidakterfikir, beliau dengan senang dan mudah menyelesaikannya. Itu adalahantarakemahiran yang beliau miliki.


105 Sepanjang pengetahuan saya, selepas bersara beliau banyakmemberisumbangan dalam NGO. Sememangnya sejak zaman bekerja dahulupunbeliaubanyak juga menyumbangkan amal bakti di IPD Tuaran seperti menubuhkansurau di dalam balai polis, mengaturkan majlis perjumpaan hari rayadanmajlisqurban. Beliau juga suka mengadakan hari keluarga atau acara-acarayangmelibatkan keluarga anggota polis dengan tujuan supaya merekaberkenalmesra dan saling mengenali. Beliau memang senang didekati olehsesiapasahaja. Semoga murah rezekinya. 6.14. Sudirman Muhamad, Seri Taman Rice Enteprise, DesaSeri Taman,Tuaran, Sabah Saya mengenali Roslani Abdullah sekitar tahun 1998 ketika usiasayabaru16 tahun. Waktu itu saya tiada sebarang pekerjaan dan seringmembantumenjemput orang kampung ke rumah beliau untuk mengadakanperjumpaanberkaitan permasalahan yang dihadapi mereka. Kawasan sekitar ketikaitumasih tidak banyak rumah, hanya semak dan belukar. SehinggatertubuhnyaJawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di manacetusanidea beliau untuk melihat perubahan taraf kemudahan kawasansekitar. Usahaitu membuahkan hasil sehingga kawasan kami dikenali sebagai DesaSeriTaman, Tuaran. Oleh sebab saya tiada pekerjaan tetap, beliau mengambil sayabekerjauntukmenguruskan beberapa perniagaannya seperti penternakan ikankeli, jual belikerbau, penjualan kereta terpakai dan banyak lagi. Saya membantusedayaupaya sehingga menjadi antara orang kepercayaan beliaudalamurusanperniagaan sehingga beliau menjadi kontraktor membina bangunantambahansekolah, pagar, masjid, surau dan banyak lagi. Susah senangkami bersamaapatah lagi saya telah menganggap beliau sebagai abang kandungsayasendiri.Beliau seorang yang tegas dan berpendirian tetapi pada masayangsamapandai mengambil hati. Selain itu, beliau sangat menjaga kebajikanpekerja-pekerjanya. Beliau akan memastikan keselesaan dari pelbagai seperti tempattinggal kami dan persekolahan anak-anak kami. Saya pula, beliausediakankenderaan supaya mudah bergerak untuk menguruskan perniagaanbeliauyangsemakin maju. Pendek kata, beliau akan kelihatan gembira apabilamemastikansetiap pekerjanya selesa dan seronok bekerja bersama beliau. Pada tahun 2008, beliau mendapat peluang perniagaanmenguruskanpengedaran beras ke seluruh Sabah dan saya dilantik menjadi pengurus.Walaupun untung yang kecil bagi setiap kampit beras namunberdasarkankeperluan dan kuantiti penjualan yang tinggi membolehkan beliaumenubuhkansyarikat Seri Taman Rice Enterprise. Kecekapan pengurusandengandibantu juga oleh adik beliau iaitu saudara Razali Abdullah yangjugadilantik


106 sebagai pengurus, kami berganding bahu menjalankan perniagaanini hinggamembuatkan syarikat ini berkembang maju dan mempunyai gudangnyasendiri di sebelah rumah beliau dan juga di Telipok, Kota Kinabalu. Perniagaanketikaitu mencecah nilai jutaan ringgit. Kegemilangan syarikat kami hanya mampu bertahan selama 13 tahunsahaja.Kejayaan perniagaan membentuk rangkaian pemasaran yangtersusunini menjadi contoh kepada masyarakat setempat dan ahli perniagaanlaindanini menarik minat ramai untuk sama-sama mengadu nasib mencuba. Banyaklahsyarikat beras yang lain yang tumbuh. Pada mulanya persaingankelihatansihat namun biasalah dalam perniagaan; ada yang memintas danmemangkasrangkaian pemasaran membuatkan syarikat kami juga terkesan dalamkeadaanyang amat teruk. Sehingga pada tahun 2017, beliau mengambil keputusan untuk menghentikanseluruh operasi pengedaran beras tersebut bagi merangka semulastrategi dan kaedah pemasaran terbaik. Kami mengambil waktu bertenanguntukmemikirkan jalur dan laluan, halangan dan rintangan yang terbaik. Peluangserta ruang dicari dan ditunggu untuk mencari masa yang palingsesuai bagi melonjakkan semula perniagaan ini ke persada kejayaan seperti yangpernahdikecapi suatu ketika dulu. Saya banyak belajar daripada beliau. Beliau mempunyai sifat karismatik,kepimpinan yang sukar ditandingi dan dimiliki oleh orang lain. Kepetahanbeliaubercakap terutama di depan orang ramai memukau dan menarik minat sayauntuk mencontohinya. Kaedah pemikiran terutama dalammerancangstrategi perniagaan kadang-kadang di luar kemampuan akal kami. Beliaumudahmenyelesaikan sesuatu masalah sekiranya kami menghadapi keadaanyangsukar. Gerak kerja beliau juga tangkas dan pantas terutama dalamhal menepati waktu. Beliau seorang yang sangat berdisiplin dalam menjaga waktu. Jasa dan budi beliau terhadap saya dan keluarga tidak ternilaikan. Dari jauhsaya mengikuti perkembangan beliau yang banyak melakukan kerjaamal bakti.Seingat saya, sepanjang saya bersama beliau, lebih 20 pertubuhanNGOyangbeliau anggotai. Pada masa yang sama beliau menguruskanperniagaanberasnya. Kagum dengan masa dan waktu yang beliau mampuaturkandan susunkan sedangkan kerja-kerja kebajikan itu tidaklah mendatangkankeuntungan kepadanya dalam bentuk kekayaan tetapi beliaumelakukandengan bersungguh-sungguh. Semoga amal bakti beliau dirahmatiAllah. 6.15. Datuk Hj Noortaip Hj. Suhaili (PGDK), Presiden GabunganPersatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah (G3PNS


107 Beliau adalah seorang sahabat yang terbaik bukan buat saya seorangmalahanseluruh ahli keluarga sehingga tidak dapat saya abadikan dengantulisan.Jikasaya berjaya menulis mungkin masih tidak hebat tulisan sayameletakkanbeliau di tempat sepatutnya tetapi jika saya menulis yang hebat-hebat, mungkinsaya dianggap berlebihan memuji. Terlalu sukar digambarkandalamtulisanmengenai persahabatan kami tetapi saya berusaha untuk menulisjuga. Saya mengenali Roslani Abdullah sejak beliau masih berkhidmat sebagaianggota polis lagi dan ketika itu beliau bertugas di Ibu Pejabat PolisDaerah(IPD)Tuaran. Saya sebagai ahli perniagaan dan beliau adalah seoranganggotapolisbiasa. Persahabatan kami tiada apa-apa kepentingan selain ikhlasmengenaliantara satu sama lain tambahan pula saya terbuka untuk bersahabat dengansiapa saja. Sesiapa yang ingin bersahabat dengan saya, sayaterimadengantangan terbuka tanpa memandang pangkat dan darjat. Beliau ketikaituseorangyang sangat peramah. Selaku seorang anggota polis yang hanyaberpangkatbiasa, perkara itu tidak menghalang kami bersahabat dengan lebihrapat. Namun, persahabatan akrab kami lebih terserlah apabila beliaubersaradaripadaperkhidmatan polisnya dan menceburi bidang perniagaan. Sedikit sebanyakdalam persahabatan kami, beliau juga dapat memahami danmenimbailmuselok-belok perniagaan yang saya jalankan. Kami sentiasabertukar-tukarfikiran dan ilmu perniagaan untuk saling membantu. Niat sayasemogabeliaujuga berjaya dalam perniagaaan yang diceburinya. Banyaklahjugakhidmatnasihat dan tunjuk ajar yang kami kongsi bersama dan beliau tidaklokekuntukminta pandangan dari saya sehingga beliau pernah berjaya dalamperniagaanberasnya yang mencapai jualan jutaan ringgit. Saya juga beradadi sisinyasaatperniagaan itu dilanda masalah namun tidak mampu berbuat apa-apa. Dalam NGO, beliau adalah pemimpin banyak pertubuhan dankami bersama-sama dalam memperjuangkan kepentingan penjaja dan peniagakecil dinegeri Sabah. Kami sama-sama berada dalam Gabungan PersatuanPenjajadan Peniaga Negeri Sabah (G3PNS) yang mengumpulkan semuapersatuanpeniaga dan penjaja kecil seluruh Sabah. Dalam NGOini sayaselakuPresidenG3PNS dan beliau merupakan Timbalan Presiden. Di peringkat daerahTuaran,beliau merupakan Pengerusi Persatuan Penjaja dan peniagaKecil ParlimenTuaran dan kami telah bergerak bersama lebih dari sepuluhtahunsehinggakini. Kami juga bersama dalam Majlis Pemuafakatan UsahawanNegeri Sabah(MPUNS) di mana belia adalah salah seorang ahli jawatankuasatertinggi.Selain sibuk dengan urusan perniagaan masing-masing, kami seringbertemuuntuk membincangkan permasalahan dan punca banyak masalahperniagaankami dan ahli-ahli kami. Antaranya ialah kami dapati tiadanya sistemrangkaianperniagaan yang teratur di kalangan penjaja dan peniaga kecil dalamDaerahTuaran. Keutuhan persahabatan kami, melambangkan bahawainsanyang


108 bernama Roslani Abdullah adalah antara manusia yang luar biasa. Tidaksukamencari musuh tetapi semua dijadikan kawan hingga beliau mudahdidekati.Sikap kepimpinan, kewibawaan dan kesungguhan beliau dalammembantupeniaga dan penjaja kecil adalah suatu yang perlu dicontohi. Beliaujugayang saya tahu sebagai seorang yang sentiasa menjaga silaturahimdanmenumpahkan khidmat kebajikan kepada sesiapa saja yang memerlukan. Jasadan pengorbanan beliau membantu masyarakat setempat dari segi kebajikankhususnya dalam bidang perniagaan amat disanjung tinggi. 6.16. Monih Epin (ASDK), Naib Presiden G3PNS, S/U AgungPersatuanKebudayaan Tatana, Ketua Bahagian PBRS N33 Kuala Penyu. Saya mula mengenali Roslani Abdullah sejak tahun 2017 namunkami jarangberpeluang dapat duduk bersama kerana jarak tempat kediamankami yangagak jauh. Walau bagaimanapun, kami sering berhubung melalui telefonterutama ketika antara kami memerlukan pandangan dan pedomanuntukmenyelesaikan sesuatu isu dan perbualan itu kadangkala berlarutankepadakisah-kisah yang berputar tentang isu semasa. Sesekali pertemuan pun sebenarnya kita sudah dapat menilai seseorangdansaya mendapati beliau bersahabat dengan orang tanpa memandangagamadan kaum. Tidak fanatik dalam soal kepercayaan keagamaan. Beliausalingmenghormati dan mudah memahami sesuatu perkara atau isu samaadasesuai dibincangkan ataupun tidak. Ini mungkin kerana pergaulan yangluasbeliaudengan pelbagai lapisan masyarakat memudahkan beliau menyesuaikandiri dengan persekitaran. Kata-kata yang tidak kasar dan tidak tinggi diri, suka memberi pandangantetapi masih menerima pandangan orang lain. Sentiasa berbudi bahasa. Mempunyai jaringan sahabat dan kenalan yang luas dan banyak. Disenangi olehramai orang. Beliau seorang yang pemurah dari segi berbagi rezeki ataupendapatandalam perniagaan, suka belanja kawan-kawan makan dan minum. Beliaujuga seorang yang baik hati, jujur, boleh dipercayai dan mempercayai oranglain juga. Seorang yg bijak, pandai memimpin NGO dengan disukai oranglainkerana tidak pilih kasih. Diharapkan beliau terus berjuang dalambadan-badankebajikan yang beliau ceburi. 6.17. Mohd Hanafi Raplis, Pengurus Hal Ehwal Korporat PertubuhanPeladang Tuaran Sejak tahun 2010 saya mengenali Roslani Abdullah. Beliau adalahseorangpesara polis yang telah menceburkan diri dalam dunia pertanian. Hampir20tahun beliau berkhidmat sebagai Ahli Jemaah Pengarah. Padatahun2019beliau telah dipilih melalui pengundian sebagaiPengerusiAhli JemaahPengarah


109 (AJP), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran sehinggasekarangdankini telah masuk penggal kedua. Usaha beliau yang paling diingati oleh ahli-ahli Pertubuhan PeladangKawasan(PPK) Tuaran adalah dengan kejayaan beliau menaikkansemulakadarkeuntungan pertubuhan ini pada tahun 2019 selepas mengalami kerugianhampir empat tahun. Hasil usaha beliau, ahli-ahli persatuan menerimadividenyang agak tinggi pada tahun tersebut. Suatu kejayaan yang sangat luarbiasaatas segala dorongan dan perangsang yang diberikan kepada petani, penternakdan nelayan seluruh Daerah Tuaran. Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang lantang bersuaraapabilamembabitkan isu-isu yang berkaitan masalah yang dihadapi olehparapetani.Dengan sifat yang rendah diri, jemputan ke majlis kenduri keluargaahli jarangditolak. Beliau sering turun padang mendengar keluhan dan rintihandari mulutpara petani sendiri. Beliau banyak mementingkan masalah petani lebihdarikepentingan diri sendiri. Sanggup berkorban masa bersamakeluargapetanipada bila-bila masa yang diperlukan. Saya berharap agar beliau kekal sebagai pemimpin di LembagaPertubuhanPeladang Kawasan Tuaran kerana dengan sifat kepimpinandankecekalanbeliau, saya percaya suatu hari nanti kami menjadi satu pertubuhanyangdisegani dan maju seperti pertubuhan kawasan yang lain di Malaysia. 6.18. Elexster Duari, Rakan karib dan rakan seperjuanganPertubuhanPeladang Kawasan (PPK), Tuaran Saya mengenali Roslani Abdullah sejak tahun 2010 apabilabeliaumuladatang membantu kerja-kerja pengurusan di Pertubuhan PeladangKawasan(PPK) Tuaran. Kemudian beliau menjadi Pengerusi, Ahli LembagaPengarah,Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran. Waktu itusayasedangmengusahakan penternakan ikan keli secara besar-besaran di kawasanrumahsaya di Tengilan, Tuaran. Beliaulah yang sering datang memberi kata-katasemangat dan perangsang untuk saya terus kekal dalamprojek yangketikaitujarang dilakukan oleh orang lain. Sepanjang persahabatan kami, beliau yang saya kenali seorangyangsangatmerendah diri dan tidak memandang rendah terhadap orang lain. Beliausangatteliti setiap aspek perancangan dan membuat keputusan bagi memastikankerja-kerja yang dilakukan tidak sia-sia. Sikap beliau yang prihatian, mudahmesradengan seseorang biarpun kali pertama berjumpa membuatkanahli-ahli mudahmesra. Beliau suka menggunakan bahasa-bahasa yang lembut ketikadalammesyuarat dan berurusan dengan semua orang sama ada dalamkalanganahlilembaga pengarah sehingga petani dan peladang yang datangkepejabat untukberurusan.


110 Sepanjang pengetahuan saya, beliaulah yang membantu pertubuhanini menjana keuntungan melalui pelbagai projek seperti penternakankeli,penanaman buah melon, penjualan racun rumpai dan serangga, penjualanberas di gudang beras peladang dan mencetuskan idea mengadakanPasarTani pada setiap hari jumaat di hadapan Gerai Peladang. Beliautidakpernahberhenti berusaha memikirkan strategi supaya pertubuhan ini semakinmaju. 6.19. Pg Mohd Raffae bin Pg Ismail, Pejabat Pendidikan DaerahTuaranSaya mengenali Roslani Abdullah pada tahun 2017 semasa beliauselaludatang untuk berurusan di Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran tentangaktiviti-aktiviti Majlis Pemuafakatan Pendidikan Daerah Tuaran. Kali pertamasayabertemu beliau, dari gaya dan stail beliau bercakap saya menjangkakanbeliauadalah seorang pegawai kerajaan berpangkat besar dari KualaLumpur. Ini menunjukkan beliau mempunyai karisma yang tersendiri dari lenggokgayadanbahasa badannya. Tambahan pula apabila berbicara penuh tertib danberhemah.Personaliti yang sangat biasa dimiliki oleh seseorang yang berpangkat tinggi.Selepas beberapa pertemuan atas urusan yang pelbagai, persahabatankami menjadi rapat dan saya mendapati beliau memang seorang yangberkarismadan berketrampilan bukan sahaja dari segi personaliti fizikal sahajamalahgaya pertuturan, cara mendalami sesuatu perbincangan, cara mengendalikanmesyuarat, mendekati setiap ahli mesyuarat adalah kemahiranyangsukardipelajari. Namun beliau mempunyai gaya tersendiri yang pada akhir mesyuaratatau perbincangan akan membuatkan semua ahli mesyuarat memahami perkara yang perlu dilaksanakan. Beliau seorang yang tegas dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Seriusdanbersungguh-sungguh memastikan sesuatu permasalah pendidikandapat diatasi atau diselesaikan. Selain itu beliau juga sering memberi panduan nasihat kepadarakan-rakan beliau. Beliau juga seorang yang berketerampilan yangsederhana,tidak meninggi diri dan bersahabat dengan semua lapisan masyarat. Akhir kata,saya mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan dan suksesselalu.6.20. M.Erin Moon Sabin, Penyelia, Pertubuhan Pemulihan DalamKomuniti(PPDK) Tuaran Roslani Abdullah yang saya kenali pada tahun 2014 ialah seorangberperibadi dan berperwatakan tegas, komited dan penuh dengan keazamanterutamanyaapabila ingin melakukan sesuatu tugasan. Beliau seorang sukarelawanhebatyang aktif dalam kerja-kerja amal yang terbukti melalui penglibatanbeliaudalamlebih dari 30 pertubuhan NGO. Beliau juga seorang yang berhati mulia, baikhati, suka menolong terutamanya jika ada sesuatu majlis diadakan, beliauakanmenjadi orang pertama bertungkus-lumus sehingga berakhirnya majlistersebut


111 dan akan memantau serta melibatkan diri sepenuhnya bagi memastikansegalapersiapan berjalan dengan lancar sehingga majlis tersebut berlangsungdenganjayanya. Saya juga berpendapat beliau seorang yang penuh denganbelaskasihan,prihatin dan mudah tersentuh dalam menyantuni kesemua anak-anakistimewadi Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Tuaran khususnya. Jikaadamajlis sumbangan sempena perayaan hari raya contohnya, beliautidakakanmelupakan atau menyisihkan pelatih yang menganuti agama lain. Beliauakanmelayan semua pelatih OKU ini dengan sama rata dalamsegalaaspektanpamengira suku, kaum, bangsa dan agama. Peristiwa yang saya paling tidak dapat lupakan apabila menjadi rutinkamidiPPDK mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang bagi PelatihOrangKurangUpaya (OKU). Setiap tahun sejak beliau menjadi Pengerusi di PPDKTuaran,perbelanjaan majlis ini sebenarnya bergantung kepada sumbanganorangramai sahaja yang dikumpulkan sedikit demi sedikit. Namun padatahun2018kami kekurangan sumbangan bagi melaksanakannya. Tanpateragak-agakbeliau sendiri berbesar hati membiayai semua perbelanjaan sertameneruskanmajlis ini disebabkan rasa empati beliau yang sangat tinggi terhadapanak-anaksyurga ini. Majlis tersebut berjaya dilaksanakan. Saya masih ingat denganjelaskeriangan dan kegembiraan yang terpancar di setiap wajah anak-anakdanibubapa yang hadir. Bagi saya secara peribadi, terlalu banyak tunjuk ajar sertapelajaranyangsaya dapat daripada belia; khususnya dalam sikap dan etika semasabekerja.Beliau juga seorang yang sentiasa memberikan nasihat dan dorongandalammenjalankan segala tugasan dan pekerjaan. Kata-kata pembakar semangatmembuatkan kami bekerja di tahap prestasi paling maksimumyangakhirnyamembuahkan hasil yang membanggakan sehingga kami dianugerahkanPenarafan 4 Bintang, Pusat Dalam Komuniti (PDK) oleh JabatanKebajikanMasyarakat pada tahun 2015. Dari pandangan saya, apa yang saya dapat simpulkan saya sangat bersetujudengan pendapat bahawa beliau ibarat sebutir permata yang sentiasaberkilaudengan idea-idea bernas yang sangat berharga. Saya berharapagarbeliausentiasa dipermudahkan dalam segala urusan dan senantiasadiberikankesihatan yang baik, sukses dalam setiap perkara serta bahagiadi duniadanakhirat. 6.21. Fairuz Bandar, Usahawan & Ahli Perniagaan, TuaranSaya mengenali Roslani Abdullah sejak tahun 1998, ketikasayakembalimenetap diTuaransetelah hidup di perantauan sekian lama.Beliauadalahteman


112 baru dalam kalangan rakan saya di Tuaran. Sikap ramahnya membuatkankami mudah mesra tambahan pula hobi dan minat kami hampir samaiaitubermaingolf dan sesekali berkaraoke walaupun saya tahu beliau berkaraokeitusekadarmengambil hati rakan- rakannya. Pekan Tuaran tidaklah sebesar manadankedai minuman untuk berbual-bual kosong pun tidaklah sebanyak mana. Makakami sering bertembung di mana-mana sahaja hinggakan akhirnyamemahami antara kami mempunyai sedikit sebanyak persamaan visi dan wawasanhidup.Minat yang sama kami dalam perniagaan menjadikan kami semakinrapat. Di samping menjalankan perniagaan masing-masing kami juga sesekali bergabunguntuk melaksanakan beberapa projek bersama. Kepakaran sayadalamperancangan dan pemasaran manakala beliau lebih mahir dalampelaksanaanprojek seperti mengurus tenaga kerja, logistik dan kewangan, menjadikankami rakan kongsi yang serasi. Antara projek yang berjaya pernah kami lakukanbersama adalah pemasaran beras dan beberapa projek binaan. Persahabatan kami tidak terhad kepada urusan perniagaan sahaja. Kami jugaterlibat aktif dalam pergerakan NGO seperti Persatuan Ibu BapadanGuru(PIBG), Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu, PertubuhanPeladangKawasan (PPK) Tuaran dan beberapa lagi. Pada saya beliau adalahseorangsahabat yang ikhlas dalam persahabatan dan sentiasa membanturakanrakan yang berhadapan dengan masalah. Beliau juga seorang yangsanggupberkorban wang ringgit demi rakan-rakan rapat. Sikap inilah yangmenjadikanbeliau disenangi oleh ramai orang dan selalu diberi kepercayaanuntukmengetuai sesuatu organisasi atau persatuan. Pada saya, beliau adalah seorang yang boleh kita letakkan kepercayaan.Seseorang yang boleh kita bergantung harap. Bagilah apa juga tugasan, beliauakan laksanakan amanah tersebut hingga berjaya. Komitmen dankesungguhanbeliau menjalankan kerja kebajikan walaupun beliau tahu tidak mendatangkanpendapatan atau gaji sangat luar biasa. Sukar kita mencari orangyangsanggup melaksanakan tugas begini. Antaranya ialah ketika sayabersarasebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, Pertubuhan PeladangKawasan(PPK) Tuaran kerana mempunyai komitmen yang lain, beliau telahdipilihuntukmengambil alih jawatan saya sebagai Pengerusi. Saya difahamkan sekarang ini selain beliau diberi tanggungjawabitu, beliaujuga diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai Pengerusi PermuafakatanIbu Bapa dan Guru Peringkat Daerah Tuaran, Pengerusi KAFADaerahTuaran,Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Tuaran danbeberapalagi pertubuhan NGO. Saya tidak mampu memikirkan bagaimanabeliaubolehmemikul dan melaksanakan tanggungjawab tidak bergaji yang begitubanyakdalam satu masa sedangkan orang lain lebih suka mengejar keuntungandanwang ringgit.


113 Satu lagi projek bersama kami ialah Penubuhan Sekolah RendahIslamAl-Hafiz,Tuaran (SRIAHT). Beliau yang memang amat minat melakukankerja-kerjaamal terutama sekali yang berkaitan dengan keagamaan, sayabawabersamadalam perbincangan demi perbincangan. Wawasan sekolah iaitu‘MelahirkanCendikiawan Islam Hafaz Al-Quran’, adalah sekolah kedua selepasSekolahRendah Islam Al-Hafidz Bandar Sierra, Kota Kinabalu. Kejayaansekolahitutelah mendorong saya agar sekolah yang sama dibina di Tuaran. Sekali lagihasrat murni untuk merealisasikan impian itu telah diterima dandisokongkuatoleh beliau yang akhirnya menjadi tulang belakang kepada penubuhannya.Disinilah saya melihat kesungguhan dan kepimpinan beliau. Dalammasakurangdari satu bulan sahaja, beliau berjaya mengerah tenaga danmengumpulsejumlah wang untuk membolehkan sekolah ini dibuka padahari pertamapenggal sekolah bermula. Ketika ibu bapa lain berseronok menghabiskan cuti sekolah, beliausebagaiketua operasi bersama rakan-rakan yang lain bertungkus lumusmenyiapkansegala keperluan sekolah. Saya betul-betul kagumdengankomitmenyangbeliau berikan. Berani saya katakan bahawa tanpa kerja keras danpengorbananbeliau pada ketika itu, hasrat untuk melihat projek sekolah itubermulabelumtentu akan akan jadi kenyataan. Beliau cekap mengunakan sumber dan kepakaran rakan-rakandi sekelilingnya.Beliau bukan seorang tukang simen tetapi berjaya membinasekolah, masjiddan surau. Beliau bukan seorang petani tetapi berjaya menjual berasjutaanringgit, beliau bukan seorang sasterawan tetapi ucapannya mampumemukauhadirin yang mendengar. Dengan bantuan rakan-rakannya yangmempunyaikepakaran masing- masing, beliau mampu menyatukan merekadi bawahsatubumbung untuk melaksanakan sesuatu projek. Kami masih sering berhubung dan kadang-kadang masih minumkopi di kedai.Sesekali beliau mendedahkan apa yang terbuku di hati beliauketikaini adalahbeliau lebih seronok jika dapat membuat kerja-kerja kebajikan. Membantuoranglain tidak semestinya dengan wang ringgit. Idea dan pemikiran, kata-katayangmampu mengubah sikap orang lain untuk berjaya juga adalahsuatuamalanyang terpuji. Tiadalah apa yang beliau harapkan dengan kerja-kerjaamal beginiselain mengharapkan keredhaan Allah. 6.22. Ustaz Roslim Ismail, Timbalan Pengerusi PKAR, TamanKolej, TuaranSaya mengenali Roslani Abdullah lebih kurang 22 tahun, seusiakeberadaansaya di Sabah. Terlalu banyak kisah dan kebaikan tersimpanyangtidakbisaterluahkan dan sukar dirungkaikan dengan kata-kata. Bagi saya, beliauadalahseorang teman, abang dan saudara saya di sini. Seorang yangmenjadi tempatmengadu tika buntu, meluahkan rasa di saat kecewa dan tempat bergantung


114 kala susah. Beliaulah tempat kami jadikan sandaran jika ada apa-apayangberlaku. Saya sendiri secara peribadi sangat terhutang budi dengan beliau. Semasamelapor diri pertama kali di bumi Sabah pada tahun 2000, sayaditempatkanbertugas di SK Pulau Mantanani, Kota Belud. Tidak terbayang di fikiransayabagaimana saya akan menghadapi keadaan di tempat tersebut. Sudahlahdatang dari jauh, meninggalkan arwah ayah yang sedang uzur diseranganginahmar pada waktu itu dan ditempatkan pula di pulau. Saya pasrahdanredha.Namun aturan Allah sangat hebat, dipertemukan saya dengan beliaumelalui anak saudaranya yang sama-sama datang melapor diri bertugasdi Sabah.Beliau sedaya upaya membantu sehingga saya akhirnya ditempatkandi Sekolah Kebangsaan Linungkuan, Tamparuli, Sabah. Kebaikan beliau tidak terhenti di situ. Lebih mengharukan dalamkeadaanyang sukar bagi saya saat itu, dengan kekangan kewangan dankesusahanmencari tempat tinggal, beliau dengan rela hati menumpangkan sayatinggal di rumahnya di Desa Seri Taman. Saya tinggal di rumah beliau selamatigabulansebelum diusahakan tempat tinggal yang lebih selesa iaitu di TamanKolej,Tuaran. Pertolongan beliau tidak terbatas, sentiasa bertanya jika adakeperluanyang tidak cukup. Itulah pertolongan dan bantuan yang amat bermaknadanbegitu besar bagi saya daripada beliau. Tidak terbalas budi dan jasanya. Bukan itu sahaja, beliaulah yang mengatur majlis perkahwinan sayadi rumahbeliau sendiri seolah-olah saya adalah sebahagian ahli keluarganya. Bayangkan,saya yang baru beliau kenali di Sabah dan tiada kaitan persaudaraandenganbeliau atau ahli keluarganya yang lain. Terlalu mulia dan terlalubaikkadang-kadang melebihi sanak saudara sendiri. Sebab itulah bagi sayasukar untukkatakan tidak jika ada pertolongan dan bantuan yang diperlukanolehbeliau.Saya akan cuba sedaya upaya untuk memenuhinya. Selain itu, banyak pengalaman bersama dengan beliau yang tidaktermamputerluah di sini yang dapat saya ambil sebagai panduan dan pengajarandalammenjalani kehidupan ini. Beliau seorang yang ikhlas dalampersahabatandanberkawan, sangat meyenangkan dan pandai menghiburkan. Mudahmesradanpandai berjenaka, sentiasa mempermudahkan urusan orang danmembantudalam kewangan, sangat pemurah dan suka belanja orang, sangat bersungguh-sungguh dalam membuat kerja dan sentiasa memantau semula, tidakkedekutmemuji orang dan sentiasa membahagiakan hati orang lain. Beliau mempunyai pemikiran yang luar biasa. Penubuhan PersatuanKebajkanAnak Rantau (PKAR) Tuaran adalah idea beliau untuk menyatukandanmenjagakebajikan anak-anak di perantauan. Beliau adalah penasihat SekolahRendahIslam (SRI) Al-Hafidz, Tuaran. Beliau bergerak aktif dalambanyak pertubuhan


115 NGO. Kewibawaan dan ketokohan beliau membuatkan beliaumempunyaikenalan dalam kalangan orang kenamaan membuatkan aktiviti persatuanmudah dijalankan. Beliau seorang yang sangat serius berkaitan urusan agama, bangsadannegara. Kalau berbual dengan beliau tiga perkara ini akan sentiasadisentuh.Beliau berusaha untuk menjaga kehormanian negara, semuabangsadudukaman sentosa dalam melakukan sebarang aktiviti manakala beliaubersungguh-sungguh dalam membantu dalam hal-hal keagamaan. Selalubeliausebutkanbahawa kekayaan bukan yang beliau kejar tetapi amal bakti dankerja-kerjakemasyarakatan lebih menyeronokkan dan membahagiakanhati beliau.Apayang beliau buat adalah memenuhi tanggungjawabnya sebagai umat Islam.Semuanya kerana Allah Taala. 6.23. Ustaz Khairil Ashraf Hamzah, Bendahari PKAR, Tuaran, SabahSaya mengenali Roslani Abdullah sekitar tahun 2012 dan kemudiannyamenjadirapat selepas beberapa pertemuan dan mesyuarat berkaitanPersatuanKebajikan Anak Rantau (PKAR) Tuaran. Beliau adalah pengerusinyadansayaadalah bendahari persatuan yang mengumpulkan dan menjagakebajikananak-anak perantauan dari Semenanjung dan Sarawak yang berkhidmat, berniagaatau berkeluarga di Sabah. Beliau seorang yang menepati masa dan sangat jarang gagal dalamperaturanyang beliau bina sendiri mengenai perkara itu. Jika berjanji jam8malam,selalunya beliau akan datang awal dari masa yang dijanjikandankadang-kadang kami malu sendiri kerana lewat. Walaupun beliau seorangyangtegasdan berdisiplin yang mungkin lahir daripada kerjaya beliausebagai polissebelum ini, kebijaksanaan dan cara mendekati kami tentangketepatanmasamembuatkan kami menghormati perkara itu sebaik mungkin. Semasa menjalankan mesyuarat, pengetahuan yang luas, ideayangbernasdan pendapat yang sukar dipertikaikan adalah gandingan mantappemikiranbeliau yang membuatkan kami sentiasa berwaspada dalammengambil danmenghadam maklumat dan dengan mudah bersetuju terhadapsesuatuperkara untuk dilaksanakan. Kewibawaan beliau mengendalikanmesyuarat,permasalahan yang pada orang lain nampak rumit, beliaudenganmudahmerungkai dan menyelesaikannya. Memang beliau seorang yanghebat. Beliau bersungguh-sungguh dalam menjalankan amanah dantanggungjawabterhadap persatuan. Berbagai-bagai usaha dilakukan untuk terusmengekalkanpersatuan ini dengan harapan dapat menjadi tempat mengaduanak-anakperantauan. Pernah persatuan ini sunyi, lemah tidak bermayatetapi beliautidak berputus asa sehingga persatuan ini berjaya didaftarkandenganJabatan


116 Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan mempunyai keahlianseramai lebih 200 orang. Beliau cekap mencari dana untuk persatuan. Biasanya sesuatupersatuanbergerak atau sumbangan dari ahli-ahlinya namun beliau tidak berfikiranbegitu.Ahli persatuan membayar yuran sekadar membantu secawan kopi sepinggannasi untuk jawatankuasa duduk bermesyuarat bagi melaksanakanagendayang pernah dijanjikan persatuan. Selebihnya persatuan harus mencari danamelalui cara dan kaedah yang lain untuk mengisi tabung. Maka, persatuanpernah menganjurkan majlis makan malam. Majlis itu telah berjayamengumpul sejumlah RM8,000 hasil jualan meja di samping sumbangandari tetamujemputan DSP Hajiji Hj Noor yang menyumbang RM5,000 untuk aktiviti PKARdan sebuah kawasan dijadikan tapak perkuburan yang diurus secarasistematik.Beliaulah juga yang mencetuskan idea bahawa setiap ahli persatuandicarumdengan insurans berkelompok. Melalui kaedah itu, setiap ahli persatuanmembayar sekali caruman yang membolehkan keluarga ahli menerimasedikitpampasan jika berlaku kematian kepada ahli. Cara yang terbaik membuatkanpersatuan tidak perlu mengeluarkan wang tabung untuk mengeluarkansebahagian besar sumbangan sekiranya berlaku kematian kepadaahli persatuan. Beliau seorang mukmin sejati. Mengabadikan diri dan kehidupannyauntuk membantu orang lain. Selain menguruskan persatuan kami, beliaumempengerusikan banyak pertubuhan NGO yang lain yangsemuanyaberteraskan kerja amal bakti dan kebajikan. Kami selalu dudukberbual di dalam mesyuarat dan di luar mesyuarat. Selalu tajuk sesuatu isuyangtimbul pasti akan berakhir bahawa kita hidup ini tidak perlulah terlalu mengejar sangatbintang-bintang di langit. Bagi beliau semua itu tidak bererti. Hidupmembantuorang lain adalah amalan yang paling mulia. Apa yang beliau lakukanhanyakerana Allah. Saya sangat beruntung dapat mengenali beliau, terlalu banyakilmupengetahuan yang beliau kongsikan kepada kami sebagai pedomanhidupdania tidak berputar kepada perkara yang sama sahaja. Pengalamanbeliauyangbanyak menganggotai pertubuhan NGO membawa pelajaran danpengajaranyang berbeza-beza dalam menyelesaikan sesuatu isu. Insya-Allah, kami akanjadikan panduan dan pedoman andai suatu hari kami pula yang akanmengalastanggungjawab tersebut. 6.24. Zurupil Bin Burut, Bekas Pekerja dan Jiran. Saya mengenali Roslani Abdullah sejak tahun 1998 ketika itubeliaubaruberpindah keKampung Laya-Laya, Tuaran.Sayalah jirannya. Ketikaitukawasan


117 kampung kami hanya ada lima hingga enam buah rumah sahajadanselebihnyabelukar tempat kerbau berteduh, belum ada elektrik dan air, jalanpulamasihtanah merah laluan kerbau sahaja. Di situ kami membina kehidupandengansegala kekurangan keperluan asas. Sejak kedatangan beliaudi kampungitu,beliau banyak memberi pelbagai idea sehinggalah kampungkami dikenalisebagai Desa Seri Taman. Oleh sebab saya tiada pekerjaan tetap, sejak dulu saya seringmembantusekiranya beliau memerlukan bantuan terutama menguruskandanmelaksanakan projek-projek terutamanya pembinaan sehinggasekarang.Banyak jugalah projek yang kami buat bersama termasuk membinapagarMaktab Perguruan Kent, Tuaran, masjid, surau dan membaiki sekolahdanadajuga kerja-kerja membetulkan parit dan bukit. Masih saya ingat ketika beliau memanggil saya dan memaklumkanbahawabeliau mahu membuat Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Hafidz tetapi masalahnyatiada sumber kewangan. Saya faham cara beliau bekerja. Ini bermaknapastisaya akan disuruh berunding dengan dengan mana-mana kedai yangmahumemberi hutang. Kebanyakan pekedai memang mengenali beliaukeranabeliau pernah berurusan suatu ketika dulu membeli bahan binaanpadakuantitiyang banyak dan kelebihan beliau pandai berbahasa Cina. Ini memudahkankerja saya. Maka, sekolah itu akhirnya dapat disiapkan walaupuntidaklahsesempurna yang diharapkan. Satu lagi projek yang lebih kurang begitu ialah apabila beliaumahumembuatbangunan untuk Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) Perumahan Laya-Laya. ‘Kayu-kayu pungut, besi-besi kumpul, zink-zink tampal’ itulah perkataanyangbeliauguna dengan saya. Maka, kami terpaksa sampai Pekan Kinarut, Paparuntukmendapatkan kayu dan bahan buangan di Sekolah MenengahSainsBukitPadang, Kota Kinabalu yang ketika itu tidak selamat diduduki. Selepasberjayamendapatkan kebenaran dari pihak berwajib, kami mengangkut bahanbinaantersebut sehingga terdirinya bangunan sekolah itu. Sewaktu bertugas dulu, beliau sering membawa saya menemaninyasekiranyaperlu bergerak keluar daerah kerana beliau adalah Pengerusi PersatuanPegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) Negeri Sabah. Kami pernahmenjelajahsatu Sabah untuk berjumpa dengan anggota-angota polis termasukdi kawasanpedalaman. Beliau sangat prihatin apabila mendapat aduan dari ahli persatuandan akan cuba membantu menyelesaikannya. Sikap ingin menolongsentiasaada dalam diri beliau dan beliau sering menceritakan beliau tidakakansenangduduk jika tidak dapat membantu. Beliau bukan seorang suka meninggi diri. Kadang-kadangbeliaumemintapandangan dan nasihat dengan saya untuk menyelesaikan sesuatumasalah.


118 Persahabatan kami yang begitu lama membuatkan beliau mudahtersentuhapabila bercerita sesuatu perkara mengenai usaha-usahanya mahumelihatsyiar Islam semakin berkembang di Sabah. Beliau sering menyebut bahawaapa yang dilakukan ini semuanya hanya kerana Allah. Bukan untukmencari untung atau mengumpul kekayaan. Kalau beliau mahu kaya, sudahlamabeliauboleh kaya kerana beliau kenal ramai orang kenamaan yang bolehdigunakanuntuk mendapatkan projek tetapi itu semua baginya tiada erti. Beliaumahuhidup berbakti untuk agama. 6.25. Samsul Dama, Pekerja Pembakar Sate Tuaran. Saya bekerja dengan Roslani Abdullah sejak tahun 2017. Tidak terasaduniaberputar seperti saya baru bekerja dengan beliau. Walaupun hakikatnyasayatelah bekerja selama bertahun-tahun. Mungkin kerana cara beliaumelayansaya dan keluarga membuatkan kami tidak lagi memandang tempat lainuntukmencari kehidupan yang lebih baik. Apa yang beliau sediakanadalahjauhlebih baik dari jangkaan kami. Sedangkan rakan-rakan dan keluargayanglainsentiasa dengan pelbagai masalah dengan majikan masing-masing. Cara saya bekerja? Beliau mempunyai banyak cabang perniagaantermasukpenternakan keli, pemasaran beras, penjualan sate, rumah sewadanpelbagai lagi kerja-kerja yang berkaitan dengan kerja-kerja kebajikannya. Beliautidak mempunyai pejabat atau stor atau gudang untuk menguruskansemuaperniagaan tersebut. Maka saya membuat kerja yang rencamdanpelbagai mengikut keperluan semasa. Ada ketika saya perlu menghantar beras, adaketika saya perlu membakar sate, ada ketika saya perlu membeli makananikan,ada ketika saya perlu mengutip sewa rumah. Saya menjadi orangkepercayaanbeliau dalam menguruskan banyak perniagaannya. Saya akui beliau seorang yang tegas dalam menguruskan sesuatuperkara.Tindakan perlu pantas dan cekap kerana baginya ‘kerja bertangguhtidakakanmenjadi’. Beliau akan sentiasa menyemak dan memantau sehinggasesuatuperkara itu telah dilaksanakan mengikut keputusan yang telah diambil. Sayafaham benar cara kerja beliau. Walaupun sekadar kerja-kerjakebajikantetapi kesempurnaan paling diutamakan seolah-olah menguruskansesuatuperniagaan jutaan ringgit. Sesekali bila ada kelapangan, sayalah antara tempat beliau berceritadanmeluahkan apa yang ada dalam fikirannya. Selalu beliau sebutkandengansayabahawa apa-apa yang beliau buat terutama kerja-kerja kebajikan hanyakeranamencari keredhaan Allah. Menolong orang tidak semestinya denganwangringgit sahaja. Kerja yang ikhlas menolong orang dengan apa carasekalipunadalah sedekah amal jariah untuk bekalan di akhirat nanti. SemogaAllahpanjangkan umur beliau dan sentiasa sihat walafiat.


119 6.26. Ayib Mardui, Restoran Anjung Seri Wangi, Kg. Roun, Tuaran,SabahSaya mengenali Roslani Abdullah pada tahun 1997, semasasayaberniagadi kantin Sekolah Menengah St. John, Tuaran yang mana isterinyaadalahseorang guru di sekolah tersebut tetapi kami masa itu tidaklahrapat. Kemudianbeliau sering membawa rakan-rakannya minumdi restoransayadi PekanTuaran dan selalunya beliaulah yang membayar semuanya. Kadang-kadangada kesempatan kami berbual juga tetapi kerana masa terhad, jarangkamidapat berbual lama. Dalam kesibukan saya mengurus restoran itu, saya melihat kebanyakandalam perbualan, beliaulah yang banyak bercakap dan matarakan-rakannyaakan tertumpu kepada beliau. Selalunya rakan-rakan yanglainkelihatanmenghormati beliau seperti beliau bos besar sedangkan yangsayatahubeliautidaklah berpangkat besar dalam polis. Mungkin kerana karismadangayabercakap beliau membuatkan beliau dihormati. Kami mula rapat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketikaitukebetulan banyak kedai makan perlu ditutup. Saya berniagakecil-kecilandihadapan rumah di tepi sungai. Selepas PKP dilonggarkan perniagaansayadibesarkan hingga menjadi sebuah Restoran Anjung Seri Wangi. Hasil usahabeliau dan Persatuan Anak Rantau (PKAR) Tuaran, maka sebuahsuraukecil di sebelah restoran berjaya dibina yang kemudiannya dinamakanSurauAnjung Seri Wangi. Beliau seorang yang mudah didekati, pandai berkata-katadan berbudi bahasa. Semoga beliau meneruskan kerja-kerjakebajikanuntukmembantu orang lain. 6.27. Nurhazellin Lusu Abdullah, Aktivis Saya mengenali Roslani Abdullah lebih kurang 12 tahun yanglalukeranasayaberkawan dengan anak sulung beliau yang juga aktif dalamaktiviti membantudan membuat kerja amal bakti. Walaupun anak beliau sudah mempunyai kerjatetap, namun masa terluangnya sentiasa disi dengan membuat kerja-kerjaamalsehingga kami membentuk ‘Team Sehati Sejiwa’ yang banyak melibatkandiridalam pengagihan sumbangan-sumbangan daripada organisasi, pertubuhandan orang perseorangan kepada golongan sasar iaitu asnaf danmiskin. Perkaitan bersilang antara ayah dan anak dalammelaksanakanaktiviti kerjaamal masing-masing, saya juga berkesempatan berurusandenganbeliaudalam beberapa aktiviti antaranya yang melibatkan MasjidAt-TaqwadanKelas Asas Fardu Ain (KAFA), Perumahan Laya-Laya, Tuaran. Dari situsayamemerhatikan gerak kerja, watak, kesungguhan, idea pemikirandanimpianmasa depannya. Sikap terpujinya adalah beliau membuat sesuatuitudengancara yang bersungguh-sungguh.


120 Beliau merupakan seorang insan yang dedikasi, komitmen, tegas dansedayaupaya melaksanakan sesuatu amanah tanpa mengenal erti putus asawalaupuncabaran itu tetap ada. Perkara yang kadangkala menimbulkan kehairanansayaialah mengapa beliau membuat sesuatu kerja amal ini dengan bermati-matiansedangkan tiada ganjaran dan keuntungan dari segi duit yangakanbeliaudapat tetapi sehingga sikap tegas dan marah jika lewat atau gagal menyediakankeperluan sepatutnya, membuat saya sangat mengagumi pendirianbeliau.Kebanyakan kita akan membuat ‘Semampu dicapai tangan, Segagahdilangkahkaki’, tetapi beliau sangguh ‘tertiarap’ untuk memastikan sesuatuaktiviti yangdirancang dilaksanakan dengan jayanya. Beliau insan yang luarbiasa! Selain keramahan dan lawaknya, yang mengimbangkan beliaudalamkerja-kerja amal, sekaligus ia mudah disantuni, didekati dan menjadikanbeliaudikenali oleh masyarakat setempat. Beliau adalah sebutir permata, yangsentiasa berkilauan dengan idea-ideanya yang bernas. Pada sesuatumasa,Allah akan menghantar orang terpilih untuk melakukan sesuatu yangbesar demi kebaikan orang lain dan saya percaya beliaulah salah satunya. SemogaAllahmenerima amal pahala beliau, memudahkan urusan beliau duniaakhirat danmenjadi wadah inspirasi bagi kami yang baru berjinak dalamduniakebajikan.6.28. Anis Zulaikha Bt Mohamad Azhar, Bekas Pelajar STPM, SekolahMenengah Agama Kota Kinabalu (SMAKK). Saya mengenali beliau pada tahun 2021, semasa menghasilkantugasantingkatan enam saya iaitu: Tuan Roslani Abdullah: Peranan DanSumbanganDalam Bidang Kepolisan Dan Kebajikan Di Tuaran Dari Tahun1984-2015.Ketika itu Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) di sebabkan VirusCovid-19masih lagi pada paras yang membimbangkan. Semua urusan tugasansayaterpaksa dilakukan melalui medium Whatsapp sahaja. Sepanjangmenyiapkantugasan, saya tidak pernah berjumpa secara fizikal dengan beliau. Namun, beliau seorang yang mempunyai budi pekerti yang mulia. Padamulanyasaya menyangka bahawa berurusan dengan orang yang mempunyai namadan berjawatan ini sangat menyukarkan. Tambahan beliau tahusayahanyaseorang pelajar sekolah yang ingin menbuat tugasan sekolah sahaja. Lainlahjika saya seorang pelajar universiti atau penulis ternama yang mungkinpastinyananti nama beliau akan terpampang di mana-mana artikel ataubuku. Tetapi beliau tidak begitu! Beliau telah melayan soalan-soalan saya dengansehabisbaik. Semua soalan saya dijawab satu demi satu dengan jelas, tersusundanmudah difahami. Sepanjang pengumpulan dan penulisan bahan tugasan saya, beberapakali saya menitiskan air mata mendengar banyak kisah sejak beliaukecil yangmenghadapi segala kesusahan dan kesulitan hidup yang tidak samaseperti


121 kanak-kanak lain, zaman remaja yang menempuh kehidupanyangserbakekurangan, zaman bekerja yang memerlukan komitmen yang tinggi danzamanselepas bersara yang menumpukan beliau dengan kerja-kerjakebajikan. Semuanya dirungkai dengan baik membuatkan saya mulamemahami danmengagumi sifat keperibadian dan personaliti beliau. Bukanmudahmenjadiorang seperti beliau. Perlukan kegigihan dan semangat yang tinggi. Kesusahankeluarga semasa kecil tidak disandarkan semuanya kepadakeluarga. Tidakdapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepasSijil PelajaranMalaysia (SPM) sekalipun tidak mematahkan semangat beliauuntukmeneruskan kehidupan. Memilih kerjaya bidang kepolisan yangjugaadalahantara memang menjadi minat beliau, membuatkan beliau berjayakeluardarikepompong kesusahan hidup di kampung. Beliau mungkin salah seorang antara yang terbaik dalamperkhidmatannyasebagai anggota polis apabila dianugerahkan 3 bintang kebesaranbagimenghargai jasa dan pengorbanannya. Seperti yang kita tahu, bertugassebagaianggota polis pasti banyak perkara yang perlu dilakukan demi memastikankeamanan dan keselamatan negara terjamin. Rakyat dapat hidupdalamsuasana aman dan sentosa dan ekonomi berkembang denganbaik. Semuapihak perlu berganding bahu memastikan semua itu berjalan denganbaik.Dalam kerja kebajikan, beliau ‘Seakan-akan Insan Terpilih’ untukmelakukantugas itu. Dari penceritaannya, beliau sering menceritakan banyakperkaradansemuanya tetumpu ke suatu arah. ‘Kita buat kerja Allah. Allahakanmenolong.Yakinkan sahaja!’ Itulah kata-kata keramat yang beliau seringucapkansepanjang pengumpulan bahan saya. Beliau menyatakan bahawaapayangdilakukan semuanya hanyalah mencari keredhaan Allah. Itu sahaja. Di duniaini tiada apa yang hendak dikejar. Beliau tidak mengharapkanbalasanselainsemuanya dilakukan hanya mencari keikhlasan dan menjalankanamanahdantanggungjawabnya sebagai hamba Allah! Banyak maklumat dan bukti terkumpul mendapati apa yangbeliaukatakanadalah apa yang beliau lakukan. Memegang jawatan terutamapengasasdanpengerusi dalam banyak pertubuhan kebajikan menunjukkanbeliaubanyakberfikir untuk sesuatu yang orang lain sama ada tidak terfikir, tidakmahuberfikir, malas untuk berfikir kerana semuanya tidak menghasilkanpulangankeuntungan dalam bentuk kewangan kepada diri dan keluarga. Namunbeliaudengan gigih dan bersungguh-sungguh memastikan apa yangdiimpikandapatdilaksanakan dengan jayanya. Bukan sekadar ‘melepaskanbatukditangga’untuk menempa nama dan disanjung oleh masyarakat. Harapansayasemogabeliau terus dengan usaha-usahanya untuk melakukan amal kebajikanyanglebih banyak lagi.


122


123 BAB 7 PENUTUPDalam kalangan manusia ada insan yang seakan-akanterpilihuntuk memikul tanggungjawab membaiki ummah. Mudah-mudahan kamulah insan itu! Petikan Filem Mat Kilau, 23 Jun2022. angat Luar biasa! Itulah ungkapan yang mampu saya katakansepanjangmenjalankan kajian dan penyelidikan untuk penulisanini. Mengenalibeliau adalah pertemuan yang terindah dalamdiari kehidupansaya.Belajar sesuatu; bahawa pada sesuatu masa danzaman‘Dalamkalangan manusia akan ada insan yang seakan-akan terpilih untukmemimpindan membaiki ummah dan mudah-mudahan beliaulah antarainsanterpilihitu!’ Bayangkan, menjadi pengasas, menjadi pengerusi memimpin37buahPertubuhan Bukan Kerajaaan (NGO) dan hampir semuanyamasihlagikekal memimpin hingga kini; yang tidak mendatangkan keuntungandari segikewangan adalah berada di luar akal biasa untuk difikirkan. Menyelusuri zaman kanak-kanak yang penuh kesusahan dankesukaranuntukbersekolah dan bermain seperti kanak-kanak lain telah membentuksuatukekuatan dan jati diri yang kental agar tidak mudah tewas dengancabaranmendatang yang lebih mencabar lagi. Fizikal dan mental seakandilatihuntuktidak mudah putus asa. Makan sekadar yang ada dan tidak memintalebih,pakai apa yang ada dan jangan meminta-minta. Belajar bersungguh-sungguhkerana tanpa pendidikan tidak akan ke mana-mana. Semuanyaditempuhdengan penuh tabah dan sentiasa yakin bahawa dengan usaha, kehidupanboleh berubah. Meningkat zaman remaja, sifat kepimpinan mula terserlah. Seawal tingkatanduasudah mula aktif dalam persatuan-persatuan di sekolah. Tidak cukupsetakatitusahaja, beliau sudah mula menyertai badan-badan sukarela luar sekolahyangfokusnya lebih kepada membantu orang lain. Sesuatu yang adadi dalamdirinyaS


124 sentiasa memikirkan untuk membantu orang lain sedangkan keluargasendiri pun memerlukan tenaganya untuk mencari wang menampung kehidupan. Jiwakentalnya mampu melaksanakan banyak amanah dan tanggungjawabdalamsatu-satu masa melatih beliau untuk bersedia melakukan perkarayangsamadi masa akan datang. Memasuki dunia pekerjaan, bekerja sebagai anggota cawangankhasadalahtugas hakiki sebagai anggota polis. Memulakan karier di Ibu Pejabat PolisBukit Aman, Kuala Lumpur dan kemudian diarah bertukar serta-mertakeIbuPejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran kerana keperluan terdesak ketikaitu. Tugasdijalankan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Sentiasamenurutperintah. Kalau tidak masakan dianugerahkan dua pingat kebesaran. Mestilahseorang yang mempunyai jasa yang terbilang dalamperkhidmatan. Nilaikandari situ sahaja sudah mencukupi. Seperti orang lain juga, pada masa-masa lapang di luar waktubekerja, diisi dengan pelbagai aktiviti yang memberi faedah. Tidak pernah berdiamdiri.Fikiran sentiasa bergerak. Hendak mencari wang dan kemudian sebahagiannyadisumbangkan untuk membantu orang lain. Sambil bekerja, masalapangdiisi dengan berniaga kecil-kecilan dan secara sampingan. Pelbagai aktiviti perniagaan disertai dari berniaga jam tangan hingga berniaga pasar malamsemua telah dirasai asal tidak menganggu waktu dan jadual bertugas. Menyertai pelbagai persatuan dan kelab di tempat kerja adalahplatformyang terbaik untuk membantu orang lain. Maka satu demi satukelabdanpersatuan telah disertainya. Semuanya menuju ke arah matlamat yangsamaiaitu menyediakan tempat sandaran dan sokongan kepada ahli yangdalamkesusahan dan kesulitan. Tidak cukup sekadar menyertai kelab danpersatuanyang memberi perkhidmatan di sesuatu tempat sahaja, beliaumenyertai peringkat yang lebih tinggi lagi kerana memikirkan pasti ia mempunyai ruangdankawasan yang lebih ramai lagi. Sehingga ke peringkat negeri dankebangsaanbermaksud ia akan meliputi keseluruhan ahli persatuan di pelosok negara. Menolak tawaran berkhidmat di luar negara iaitu di Rusia dan Chinadanmemilihuntuk terus berkhidmat di Sabah, tersembunyi sesuatu yang sukar difahami olehsesiapa sahaja. Tawaran menarik yang jarang dilepaskan oleh sesiapasahajamemandangkan tiada apa-apa juga kelebihan yang dijanjikan untuk beliauteruskekal berkhidmat di negeri ini yang bukanlah tempat kelahiran beliau. Namunhati kecilnya terdetik dengan suatu perkara ‘Ingin meninggikan syiar Islamdi bumi Sabah’. Tiada siapa yang mampu mengoyahkan pendirian yangmenjadi harapan dan impiannya sejak pertama kali menjejakkan kaki berkhidmat di Sabah.


125 Mengambil keputusan untuk bersara seawal usia 46 tahun? Tiadasiapayangtahu kenapa dan mengapa beliau mengambil keputusan yangdrastikitu.Pelbagai persoalan tidak terjawab tetapi kemudian mengambil pemikiranpositifbeliau ingin menceburi bidang perniagaan yang mungkin memberi pulanganlumayan. Langkah yang selalu diambil oleh sebilangan kakitangankerajaanyang melihat banyak peluang perniagaan disediakan kepada yangberminat.Iaternyata benar apabila tersenarai satu per satu perniagaan yangbeliaulakukandari peniaga pasar malam hinggalah menjadi pemborong beras. Mula bergiat aktif dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), bukansatutetapisatu per satu. Semuanya tidak menjanjikan pendapatan yanglumayan. Kalauada pun sekadar elaun menghadiri mesyuarat. Itu pun bukan semua. Mesyuaratpula kadangkala berlarutan dari pagi hingga ke petang, dari petanghinggakemalam. Belum lagi termasuk menganjurkan sesuatu majlis yangmemerlukanpantauan dari masa ke masa yang kadangkala menganggumasatidurdanberehat bersama keluarga. Semuanya lebih berteraskan kebajikandankerja-kerja sukarela. Siapa yang sanggup? Karisma beliau sangat luar biasa. Kata-kata beliau mampu membuatkanorangyang mendengarkan akan mula berfikir. Jika dalamperbualan, beliaupetahberkata-kata sehingga kebanyakan yang lain akan terdiammendengarkannya.Jika dalam perbincangan, semua mata tertumpu merungkai danmerangkaicadangan yang cuba dikemukakan. Jika dalammesyuarat, pengendalianmesyuarat yang tersusun dan teratur membuatkan setiap perkaradanisuyangdibincangkan dapat diselesaikan dengan baik. Jika dalampersidangan, mataakan tertumpu untuk mendengar ucapan beliau yang boleh melenturkanjiwa.Bagaikan seorang panglima di medan perang. Beliau bijak merancangdanmengatur strategi. Bagai dalam Hikayat Melayu Lama. Bukan sekadar ahli biasa, beliaulah pengasas dan pengerusi kebanyakanpertubuhan yang bermaksud beliau perlu bergerak aktif dari satumesyuaratke satu mesyuarat; satu persidangan ke satu persidangan; dari satumajliske satu majlis. Jadual tugasan tertulis kemas di ruang bacaandi rumahuntukperingatan. Tiada setiausaha, tiada bendahari, tiada kerani dalammengatursegala-galanya. Semuanya dibuat sendiri namun semuanya eloktersusundanterlaksana mengikut perancangan. Tiada elaun baju, tiada elaunkenderaan,semua ditanggung sendiri dari sumber pendapatan perniagaantetapi iabukan halangan untuk berbakti. Semangat yang kuat dan lebihmementingkankesenangan hati orang lain; beliau benar-benar seperti lilin‘membakardiriuntuk menerangi orang lain’. Senang berbual dengan beliau. Sikap dan perwatakan sertabentukfizikalbadannya adalah aset yang bersepadu yang membentuk karismabeliausebagai seorang pemimpin. Tidak meninggi diri dan sentiasa berhemahdalam


126 berkata-kata. Cara bercakap penuh sopan santun dan berlemah-lembut.Apabila beliau mengupas sesuatu tajuk atau isu, gaya dan kepetahanberkata-kata akan membuat orang yang mendengar akan menumpukan perhatiandanjarang dapat membantah. Kemahiran yang mungkin diperoleh hasil pergaulanyang luas. Jika ada yang tidak beliau suka, beliau tidak membalasbaliktetapi lebih kepada memusing perbualan agar tidak ketara. Mendalami pemikiran beliau yang sebahagian besar kehidupan dihabiskanuntukmenyertai badan-badan kebajikan dan membuat kerja amal bakti yangtidakmendatangkan keuntungan yang lumayan. Beliau menyatakan bahawatiadaapa yang beliau ingin dalam hidup ini selain mencari keredhaanIlahi. Semuayang beliau lakukan hanyalah ingin melihat syiar Islamterus berkembangdi bumi Sabah yang masih berada di tahap yang amat suram. Pendapat beliauhanya melalui pendidikan sahajalah pemikiran generasi akan berubah. Makabeliau banyak berkecimpung dalam pertubuhan yang berteraskanpendidikansemata-mata untuk membuka minda pelajar-pelajar dan ibu bapasupayalebihpeka kepada pembangunan insan yang membawa kedua-dua bidangpelajaraniaitu akademik dan keagamaan. Semoga beliau terus cekal dan tabah menempuh pelbagai cubaandanrintangankerana untuk melakukan sesuatu yang memerlukan kerja-kerjasukarela,amatlah sedikit orang yang mahu melakukan dengan bersungguh-sungguh.Ketika kita baru sahaja mahu bermula, orang lain sudah mengalah. Ketikakitabaru sahaja bersemangat, orang lain sudah keletihan. Dari beratus-ratusorangtinggal berpuluh akhirnya hanya empat atau lima orang sahaja yangsanggupberjuang hingga ke puncak. Itu adalah lumrah suatu perjuangan. Lakukanyangtermampu dan terbaik dan selebihnya berserah kepada Allah keranaDialahyang mengatur dengan kesempurnaan-Nya. Kepada semua yang ingin mengambil contoh tauladan dan inspirasi dari pengkisahan ini, semoga kekal tabah dalam membuat kebaikan. Iatidakmudah.Sukar mencari orang yang mahu berubah namun kita mampu mengubahdiri kita. Usah jemu membuat kebaikan. Yakin sahaja, sebarang usahamembuatkerja-kerja kebajikan, pasti Allah akan menolong. Orang lain bukankeranamereka tidak mahu membuatnya tetapi ada pelbagai halangan danrintanganbagi mereka termasuk ketidakmampuan fikiran mereka untuk berfikir ketahapitu. Apabila kita mampu berfikir ke tahap itu bererti kitalah yangtelahdiberi kelebihan oleh Allah untuk melakukannya. TAMAT


127 BIBLIOGRAFI 1. Al Quran Al Qarim. 2. Pn Suzana binti Mohamad Kanan, Isteri. 3. Nurazni Elyana binti Roslani, Anak Sulung. 4. Mohd Arifarhan bin Roslani, Anak Kedua. 5. Muhammad Amirul Fikri bin Roslani, Anak Ketiga. 6. Rozanah Abdullah, Kakak Kandung No 4. 7. Mohd Razali Bin Abdullah, Adik ke 9. 8. Jamal Bin Basir, Pesara, Sahabat dari sekolah rendah. 9. Sub Inspektor Rosmin Abd Manan, Bahagian Perjawatan, IbuPejabatPolis Bukit Aman, Kuala Lumpur. 10. Sub Ins Bajok Bin Saganate (PPN, BK, PJPN, PKN, PBP, PPA, PPS),Ibu Pejabat Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am(PGA), Kinarut, Papar,Sabah. 11. Insp. Zulkarnainfitri bin Hj Hamdan, Cawangan Khas, IbuPejabat PolisKontingen (IPK), Sarawak. 12. SM (B) Rosman bin M. Ajis, Bekas Pengerusi PPRPKudat. 13. ASP Mahmood bin Mohd Mustahed (ADK), Ibu Pejabat PolisDaerah(IPD) Tuaran. 14. Sjn Ammalia @ Falicia Binti Ronsoi, Hal Ehwal AwamPesara, IPDTuaran. 15. Sudirman Muhamad, Pengurus, Seri Taman Rice Enteprise, DesaSeriTaman, Tuaran, Sabah. 16. Datuk Hj Noortaip Hj. Suhaili (PGDK), Presiden GabunganPersatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah (G3PNS). 17. Monih Epin (ASDK), Naib Presiden G3PNS, S/UAgungPersatuanKebudayaan Tatana, Ketua Bahagian PBRS N33 KualaPenyu. 18. Mohd Hanafi Raplis, Pengurus Hal Ehwal Korporat PertubuhanPeladangKawasan (PPK) Tuaran. 19. Elexster Duari, Ahli Lembaga Pengarah, Pertubuhan PeladangKawasan(PPK) Tuaran. 20. Pg Mohd Raffae bin Pg Ismail, Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) Tuaran.21. M.Erin Moon Sabin, Penyelia, Pertubuhan PemulihanDalamKomuniti(PPDK) Tuaran. 22. Fairuz Bandar, Usahawan & Ahli Perniagaan, Tuaran. 23. Ustaz Roslim Ismail, Timbalan Pengerusi PKAR, TamanKolej, Tuaran.24. Ustaz Khairil Ashraf Hamzah, Bendahari PKAR, Tuaran,Sabah. 25. Zurupail Bin Burut, Bekas Pekerja dan Jiran. 26. Samsul Dama, Pekerja Pembakar Satay Tuaran.


128 27. Ayib Mardui, Restoran Anjung Seri Wangi, Kg. Roun, Tuaran,Sabah. 28. Nurhazellin Lusu Abdullah, Aktivis . 29. Anis Zulaikha Bt Mohamad Azhar, Pelajar STPM, Sekolah MenengahAgama Kota Kinabalu (SMAKK). 30. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_bukan_kerajaan 31. https://pprpdpusat.com.my/ms 32. https://kpdrm.com.my/ 33. https://www.ros.gov.my/www/ 34. https://www.borneotoday.net/lantikan-focal-person-bantu-atasi-isu-keciciran-pelajar-di-sabah/ 35. https://www.facebook.com/groups/477522296130478/about/ 36. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Jenis_Kebangsaan_(C)_Cheong_Hua 37. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Munshi_Abdullah,_Selangor#Sejarah 38. https://www.lpp.gov.my/article/view/ahli-jemaah-pengarah-tahun-2016-2019-sabah 39. https://www.youtube.com/watch?v=tQawu3CQY9s 40. https://ms-my.facebook.com/groups/196768907134879/ 41. https://www.youtube.com/watch?v=jBHRGMltfyw 42. https://www.facebook.com/roslani.abdullah.7 43. https://ms-my.facebook.com/SRIAHT/ 44. http://pdk.jkm.gov.my/ms_MY/main/ 45. https://ms-my.facebook.com/pagefbppdtuaran 46. https://www.islam.gov.my/ms/pendidikan/kafa 47. https://www.abim.org.my/info-abim/


129


Click to View FlipBook Version