The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAHASA-ISYARAT-KOMUNIKASI-T6-PK-KUD-SEMAKAN-2017

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thayyibrazali, 2022-04-26 20:32:13

BAHASA-ISYARAT-KOMUNIKASI-T6-PK-KUD-SEMAKAN-2017

BAHASA-ISYARAT-KOMUNIKASI-T6-PK-KUD-SEMAKAN-2017

BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI (KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN) TAHUN 5

RM22.00
BTK715001

(KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN)

(SEMAKAN 2017)

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan

seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

Dengan ini, SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini
dengan baiknya dan bertanggungjawab atas kehilangannya,

serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada
tarikh yang ditetapkan.

Skim Pinjaman Buku Teks

Sekolah _______________________________________

Tahun Darjah Nama Penerima Tarikh
Terima

Nombor Perolehan: ______________________________
Tarikh Penerimaan: ______________________________

BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (SEMAKAN 2017)

Penulis

Nurul Farina binti Baharuddin
Siti Farisah binti Yahya
Nor Azizah binti Ahmad

Editor

Nurul Adilah binti Hamdan

Pereka Bentuk

Mohd Ashrul bin Zainal Alam
Mohd Kamal bin Ab Halim

Ilustrator

Megak Mazuki bin Mohd Rani

Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
2021

No. Siri Buku: 0048 PENGHARGAAN

KK 371-221-0102011-49-3287-20101 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama
ISBN 978-983-49-3287-9 daripada banyak pihak. Sekalung penghargaan
dan ucapan terima kasih ditujukan khusus
Cetakan Pertama 2021 kepada semua pihak yang terlibat:
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2021
• Jawatankuasa Penyemakan Pruf Muka Surat,
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan
lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia
atau cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, Kamera, Bahagian Sumber dan Teknologi
penggambaran semula mahupun dengan cara Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan
perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu Malaysia.
daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan • Pegawai-pegawai Bahagian Sumber dan
tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Teknologi Pendidikan (BSTP), dan Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian
Diterbitkan untuk Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia oleh:
Dewan Bahasa dan Pustaka, • Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
Jalan Dewan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka.
50460 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-21479000 (8 talian) • Panel Pembaca Luar,
Faksimile: 03-21479643 Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laman Web: http://www.dbp.gov.my
• Semua pihak yang terlibat dalam proses
Reka Letak dan Atur Huruf: penerbitan buku ini.
Percetakan Mesbah Sdn. Bhd.

Muka Taip Teks: KSSR
Saiz Muka Taip Teks: 16 poin

Dicetak oleh:
Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.,
No. 4200-A, Simpang Tiga Telipot,
Jalan Sultan Yahya Petra,
Peti Surat 67, 15700 Kota Bharu,
Kelantan.

KANDUNGAN iv
iv
Pendahuluan v
Keterangan Ikon vi
Petunjuk 1
Pengenalan Watak 25
UNIT 1 Bumi Kita 41
UNIT 2 Masalah Kesihatan 53
UNIT 3 Mudahnya Kerja Paip 67
UNIT 4 Mari Belajar Menjahit 81
UNIT 5 Seronoknya di Dapur 101
UNIT 6 Diri Bersih, Hidup Selesa 114
UNIT 7 Teknologi Grafik
Indeks

iii

PENDAHULUAN

Buku Teks Bahasa Isyarat Komunikasi (Ketidakupayaan Pendengaran) Tahun 6 ditulis berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Terdapat tiga kemahiran utama yang diberi penekanan dalam buku ini, iaitu kemahiran reseptif, ekspresif dan
interaksi. Selain itu, buku ini menekankan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Kandungan buku ini terdiri daripada tujuh unit yang memberikan fokus kepada kemahiran berfikir dan kemahiran
hidup serta kerjaya yang berteraskan amalan murni. Penerapan elemen PAK-21 bermatlamat untuk melahirkan murid
yang mempunyai ciri-ciri berdaya tahan, mahir berkomunikasi, pemikir, kerja sepasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, penyayang dan patriotik.

“Nota guru” mengandungi maklumat tambahan serta panduan yang dicadangkan sebagai bantuan kepada guru
semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pengayaan dan pengukuhan pula disediakan untuk
meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.

Buku rujukan utama kod tangan yang digunakan dalam penerbitan pakej buku teks Bahasa Isyarat Komunikasi
(Ketidakupayaan Pendengaran) Tahun 6 adalah seperti yang berikut:

1) Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT Edisi 1985) Jilid 1 8) Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) Isyarat-isyarat Terminologi
2) Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT Edisi 1997) Dikemas Kini Hotel dan Katering

3) Bahasa Melayu Kod Tangan (Jilid 2 Tambahan) 9) Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) Isyarat-isyarat Terminologi
4) Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) Jilid 1 Reka Bentuk Grafik

5) Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) Jilid 2 10) Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) Isyarat-isyarat
6) Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) Jilid 3 Terminologi Fesyen dan Pakaian

7) Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) Isyarat-isyarat 11) Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) Isyarat-isyarat
Terminologi Kesihatan
Terminologi Kejuruteraan Awam 12) Signing Exact English (SEE)

13) American Sign Language (ASL)

Buku ini diharapkan dapat membantu murid menguasai kemahiran berbahasa isyarat dan secara tidak langsung

meningkatkan kepelbagaian ilmu untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

Keterangan Ikon

Mari Baca dan Buat Kod Isyarat Rangsangan
Mengukur keupayaan Murid Berkeperluan Khas Merangsang MBK Pendengaran

Pendengaran (MBK Pendengaran) memahami bercerita berdasarkan gambar
perkataan dan ayat serta membuat kod isyarat rangsangan.
yang betul.
Pengayaan
Mari Berinteraksi/Berdialog Menguji kefahaman MBK Pendengaran
Mengukur kemahiran berkomunikasi dengan
menerusi aktiviti lanjutan.
berbahasa isyarat dalam proses menerima,
menyampaikan dan mengakses pemerolehan Pengukuhan
bahasa yang efektif. Mengukuhkan kefahaman MBK

Mari Bercerita/Berpuisi/Berlakon Pendengaran melalui pelbagai aktiviti
Mengukur kemahiran menyampaikan yang menguji minda.

maklumat, konsep atau idea berdasarkan Tahukah Kamu?
konteks yang telah dipelajari.
TAHUKAH KAMU? Maklumat tambahan tentang topik
Mari Cuba yang dipelajari.
Mengukur keupayaan menyelesaikan masalah,
KBAT
menjalankan penyiasatan dan membina model Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
atau bahan.
KOD QR
Latihan Kod QR boleh diimbas menggunakan
Menilai kemampuan menyelesaikan latihan atau
telefon pintar. Kod ini mengandungi
aktiviti berdasarkan arahan yang diberikan. bahan tambahan pembelajaran.

Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) EMK Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang
mengandungi 15 elemen yang boleh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
diterapkan dalam pengajaran dan
dan pembelajaran:

1) Meja Bulat 9) Peta Minda mengandungi 11 elemen seperti yang berikut:
2) Fikir-Pasang-Kongsi 10) Pembelajaran
3) Kerusi Panas 1) Bahasa 7) Keusahawanan
4) Deklamasi Sajak/Nyanyian Penyelesaian Masalah 2) Kelestarian Alam Sekitar 8) Teknologi Maklumat
5) Pembentangan Hasil Sendiri 11) Simulasi 3) Nilai Murni dan Komunikasi
6) Main Peranan 12) Kajian Lapangan 4) Sains dan Teknologi 9) Kelestarian Global
7) Jalan Galeri 13) Stesen 5) Patriotisme 10) Pendidikan Kewangan
8) Three Stray One Stay 14) Eksperimen 6) Kreativiti dan Inovasi 11) Kemahiran Transisi
15) Inkuiri Penemuan

iv

123 PETUNJUK

Ikut anak panah.

Pergerakan pertama ikut anak panah
yang bertitik, manakala pergerakan
kedua ikut anak panah yang bergaris.

Tangan yang bertitik menunjukkan
kedudukan tangan sebelum
bergerak.

Anak panah yang mempunyai dua
kepala menunjukkan pergerakan
pergi dan balik seperti bentuk anak
panah tersebut.

Dua anak panah yang rapat
menunjukkan pergerakan berulang
dua kali.

Jari sahaja yang bergerak-gerak.

123

Pergerakan mengikut kedudukan
1, 2 dan 3 secara berturut-turut.

Pergerakan berganti-ganti.

Kod isyarat dalam bulatan menunjukkan
kedudukan tangan yang terakhir di tempat
yang sama.

v

PENGENALAN WATAK

GURU

Cikgu Krish Cikgu Shikin

MURID

Haikal Fei Hong Embau

Saru Lina Bella

vi

1 BUMI KITA

RLaantihgasanngan
Ceritakan perihal gambar di atas.

2.1.3(i) NOTA 1. Bimbing murid bersoal jawab tentang gambar
3.1.1 GURU rangsangan.

1

Indahnya Muka Bumi
Ceritakan perihal gambar di bawah.

gunung

bukit 12

kabus

api

2

air

batu

sungai

Pengukuhan

Bincangkan aktiviti yang boleh dilaksanakan
berdasarkan lokasi di atas.

1.1.1 NOTA 1. Minta murid berkongsi pengetahuan atau pengalaman tentang
1.1.2 GURU aktiviti luar seperti perkhemahan atau mendaki bukit.
1.1.3
1.2.1
3.1.2 3

Bentuk Muka Bumi di Malaysia
Baca dan buat kod isyarat.
Bentuk muka bumi Malaysia terdiri daripada

tanah tinggi, tanah pamah, pinggir laut
dan saliran. Bentuk muka bumi boleh
mempengaruhi pekerjaan penduduk.
Apakah pekerjaan yang boleh dijalankan
berdasarkan bentuk muka bumi di tempat kamu?

Saya berasal dari
Cameron Highlands,
Pahang. Tempat asal
saya terkenal dengan
aktiviti pertanian.

4

Saya berasal dari
Alor Setar, Kedah.
Tempat asal saya sesuai
untuk penanaman padi.

Saya berasal dari Sibu,
Sarawak. Industri
perkayuan adalah antara
kegiatan ekonomi di sini.

Saya berasal dari
Bandar Hilir, Melaka.
Tempat asal saya
terkenal dengan
aktiviti pelancongan.

Pengayaan Kod Isyarat
Nama Tempat

Namakan bentuk muka bumi di tempat tinggal kamu.
Nyatakan pekerjaan yang sesuai dijalankan di situ.

1.2.1 NOTA 1. Minta murid membuat ejaan jari dan menulis perkataan yang
2.1.1(iii) GURU dipelajari.
3.1.1
5

Hutan Taman Negeri Rompin, Pahang
Baca dan lakonkan.

Saya dan keluarga merentas hutan di Taman Negeri Rompin.
Pemandangan di sini sangat indah.

Lina
Tentu banyak flora dan fauna yang unik di sana.
Haikal
Ya. Saya melihat pokok periuk kera dan pelbagai jenis burung.

Fei Hong
Apakah aktiviti lain yang kamu lakukan?

Haikal
Kami berenang dan berkayak di sungai

Saru
Saya teringin mengajak keluarga saya ke sana.

Haikal
Singgahlah ke Pusat Penemuan Hutan Hujan yang merupakan
pusat pembelajaran alam dan interaktif.

Pengayaan

Lakonkan perbualan di atas.

2.1.2 NOTA 1. Bimbing murid mencari maksud flora dan fauna.
GURU
2.1.1(ii)

6 2.1.3(ii)

Eksperimen Gunung Kertas
Lakukan eksperimen di bawah.

Bahan-bahan
1 air
2 kertas A4
3 kertas berwarna
4 pen berasaskan air

Peralatan
1 botol penyembur air
2 pita pelekat

Pengayaan EMK
Apakah yang berlaku apabila air
disembur ke atas model gunung kertas?
Eksperimen
Gunung Kertas

2.1.1(iii) NOTA 1. Bimbing murid melakukan eksperimen di atas dan mencatatkan hasil
3.1.1 GURU pemerhatian mereka. Kemudian, minta murid menulis langkah-langkah
3.1.2 menjalankan eksperimen dalam bentuk carta I-think.
7

Kolam Air Panas
Baca dan bincangkan.

Di Malaysia, terdapat banyak kolam air panas yang
dijadikan tempat rekreasi. Antaranya termasuklah Kolam

Air Panas Poring di Sabah dan Kolam Air Panas Ulu Slim di
Perak. Kolam air panas ini tidak terhasil daripada aktiviti
gunung berapi. Sebaliknya, sumber mata air panas ini
dihasilkan akibat keluarnya air di dalam tanah dari kerak
bumi setelah dipanaskan oleh proses geoterma.

Kolam air panas di Malaysia mengandungi kandungan
mineral seperti garam, sulfur dan sulfat yang tinggi.
Kandungan mineral ini baik untuk kesihatan kulit. Namun
begitu, air kolam ini tidak sesuai diminum.

Pengayaan EMK

Mengapakah kolam air panas sesuai dijadikan sebagai
tempat rekreasi? Bincangkan.

2.1.1(ii) NOTA 1. Bimbing murid mencari maksud perkataan geoterma, mineral,
2.1.3(ii) GURU sulfur dan sulfat.
3.1.1
2. Bimbing murid membuat carian tentang suasana dan aktiviti
8 di kolam air panas.

Eksperimen Hujan Buatan
Lakukan eksperimen di bawah.
Bahan-bahan
1 air panas
2 kiub ais

Peralatan
1 balang kaca
2 mangkuk kaca

Pengayaan EMK

Terangkan hasil pemerhatian dan Eksperimen
ceritakan proses penghasilan hujan buatan. Hujan Buatan

2.1.1(iii) NOTA 1. Bimbing murid menyediakan bahan dan peralatan yang bersesuaian.
3.1.1 GURU 2. Ingatkan murid supaya berhati-hati semasa mengendalikan

air panas dan peralatan kaca. 9

Pulau Biru
Lihat gambar dan ceritakan.

tasik

pulau
ombak

10

laut
hutan

Pengayaan pantai

Nyatakan ciri-ciri bentuk muka bumi yang dapat
kamu perhatikan di sebuah pulau.

1.1.1 NOTA 1. Bimbing murid bercerita tentang aktiviti rekreasi yang boleh
1.1.2 GURU dilakukan berdasarkan gambar di atas.
1.1.3
2.1.1(i) 11

Kitaran Udara
Bincangkan maklumat di bawah.

lapisan ozon
oksigen dalam udara

fotosintesis karbon dioksida 12
dalam udara
respirasi

Pengayaan EMK TAHUKAH KAMU?

Mengapakah bumi Udara terdiri daripada 78%
sesuai untuk kehidupan? nitrogen, 21% oksigen, 1%
karbon dioksida dan gas lain.

2.1.1(iii) NOTA 1. Bimbing murid membuat aktiviti sumbang saran secara
3.1.1 GURU berpasangan atau berkumpulan.
3.1.3
2. Minta murid membentangkan hasil perbincangan mereka.
12

Graviti Bumi
Mari berdialog.

Saru, apakah yang akan terjadi jika
saya melepaskan bola ini?

Bola itu akan jatuh ke bawah.
Mengapakah bola tidak terapung, cikgu?

Sesuatu objek tidak terapung kerana
daya tarikan graviti. Daya tarikan
graviti menarik objek ke pusat bumi.

TAHUKAH KAMU?

Daya tarikan graviti di planet Zuhrah hampir
sama dengan daya tarikan graviti bumi.

Pengayaan EMK

Apakah yang akan berlaku jika tiada daya tarikan graviti
di bumi?

2.1.1(ii) NOTA 1. Bimbing murid menjawab soalan.
2.1.3(i) GURU 2. Minta murid membuat simulasi daya tarikan graviti bumi.

13

Sistem Suria
Baca dan buat kod isyarat.

Sistem Suria terletak dalam Galaksi Bima Sakti. Sistem ini
terdiri daripada matahari, planet dan objek yang lebih
kecil seperti komet.

Bumi

Bumi

Utarid

Zuhrah

Matahari

14

komet

Uranus Neptun
Musytari
Zuhal
Marikh

orbit

EMK

Pengayaan
Hasilkan model sistem suria dan persembahkannya
di dalam kelas.

1.1.1 NOTA 1. Bimbing murid mencari maklumat tentang galaksi dan sistem suria.
1.1.2 GURU 2. Bimbing murid melakukan aktiviti sumbang saran tentang sistem
1.1.3
2.1.1(iii) suria secara berpasangan atau berkumpulan. 15
3.1.2

Kejadian Gerhana

Bincangkan maklumat di bawah.

gerhana bulan gerhana matahari

Pengukuhan

Bagaimanakah kejadian gerhana bulan dan gerhana
matahari terjadi? Bincangkan.

1.1.1 NOTA 1. Minta murid melihat video tentang gerhana matahari dan
1.1.2 GURU gerhana bulan.
1.1.3
2.1.1(iii)
16 3.1.1

Bermain Bola Salji
Mari berdialog. Apa khabar, Fei Hong?

Khabar baik.

Jepun sedang
mengalami
musim sejuk.

Wah, adakah itu salji?

Ya. Lihat, saya
sedang membuat
bola salji.

Marilah datang Saya juga
ke Jepun. Boleh kita
bermain salji teringin bermain
bersama-sama. salji.

Pengukuhan

CerCitaokraaknkpaennpgoaklaomk manenkagmikutbmeurbsuimal denganEMkKreatif.
melalui panggilan video.

2.1.1(i) NOTA 1. Bimbing murid berbual dengan ahli keluarga atau rakan
3.1.3 GURU melalui panggilan video.

17

Sajak
Deklamasikan sajak di bawah.

Indahnya Langit langit
awan
Kurenung langit terbentang luas,
Berwarna biru dilatari awan,
Sinar suria menerangi dunia,
Membias cahaya sesudah hujan,
Muncul pelangi menyeri alam,
Mengukir senyuman di bibir manusia.

Langit merah mengundang senja, pelangi
Malam menjelma bertukar cahaya,
Diganti bulan ditaburi bintang, 12
Menjadi panduan si pengembara,
Menerangi angkasa walaupun gelap, bintang
Indahnya alam ciptaan Tuhan.

Pengayaan Sajak hujan
Indahnya Langit

1. Perhatikan objek di langit pada waktu siang dan
malam. Kemudian, catatkan pemerhatian kamu.
2. Deklamasikan sajak.

2.1.1(i) NOTA 1. Minta murid mendapatkan bantuan ahli keluarga ketika
2.1.4 GURU memerhatikan objek di langit.
3.1.3

18

Ramalan Cuaca

Baca berita dan lakonkannya.

RAMALAN CUACA

KUALA LUMPUR SABAH JOHOR

BERITA 20 Januari 2022 9:10 Malam

Hujan lebat disertai ribut petir dijangka berlaku di Kuala Lumpur.

Sabah pula diberi amaran angin kencang dan taufan.

12

Di Johor, cuaca dijangka mendung sepanjang hari.

Pengukuhan
Main peranan sebagai pembaca berita.

2.1.2 NOTA 1. Bimbing murid melakukan aktiviti main peranan dengan
2.1.1(ii) GURU
menggunakan keratan akhbar.

19

Ribut dan Kemarau

Baca petikan dan bincangkannya.
Ribut petir ialah keadaan cuaca yang
buruk yang terjadi akibat tiupan angin
kencang. Ribut selalunya diiringi oleh

hujan, kilat dan petir. Ribut yang
diiringi hujan dapat merosakkan
bangunan dan mengakibatkan banjir.

Kemarau ialah suatu tempoh cuaca
kering yang berpanjangan. Kemarau
terjadi akibat kekurangan hujan. Cuaca
yang panas semasa musim kemarau
memberikan kesan buruk kepada alam
sekitar dan aktiviti manusia.

TAHUKAH KAMU?

Jika kamu mendengar guruh di langit, ini
menandakan kilat cukup dekat dengan kamu.
Segeralah berlindung di dalam bangunan.

Pengayaan EMK
Bincangkan kesan buruk kemarau.

2.1.1(ii) NOTA 1. Minta murid menonton video tentang kemarau dan ribut
3.1.2 GURU petir di Internet. Bincangkan kandungan video yang ditonton
dengan murid.

20

Bencana Alam Internet
Bincangkan dan hasilkan buku skrap.

guru

gempa bumi

Bencana tanah runtuh
Alam

letusan gunung berapi

12

banjir buku

Pengayaan

Bincangkan kesan buruk daripada kejadian
bencana alam.

2.1.1(iii) NOTA 1. Bahagikan murid dalam pasangan atau kumpulan.
3.1.1 GURU 2. Minta murid mencari maklumat dan menghasilkan buku skrap

tentang kemarau dan taufan.

21

Gempa Bumi
Lakonkan situasi dalam gambar di bawah.

Pengukuhan
Ceritakan cara-cara menyelamatkan diri semasa
gempa bumi.

2.1.2 NOTA 1. Tunjukkan video tentang gempa bumi.
3.1.1 GURU

22

12

Jerebu
Bincangkan maklumat di bawah.
Jerebu ialah suatu bencana alam. Jerebu mengandungi debu,
habuk dan asap yang terapung di atmosfera. Kejadian ini dapat
menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan memberikan
kesan buruk kepada kesihatan manusia.

Pengukuhan

Bincangkan punca-punca jerebu dengan rakan
di dalam kelas.

2.1.1(iii) NOTA 1. Bimbing murid mencari maklumat tambahan tentang cara-cara
3.1.2 GURU menjaga kesihatan sekiranya kawasan mereka terjejas

akibat jerebu. 23

Mari Berpantun

Deklamasikan pantun di bawah.

Pantun Alam Sekitar

Bawa anak menjemur jerami,
Singgah di kolam sejuk berendam;

Jika tidak pelihara bumi,
Sumber alam pasti terancam.

Air sungai arusnya perlahan,
Laut tenang dasarnya dalam;

Manusia lalai punca pencemaran,
Bencana datang merosak alam.

Tenangnya lautan di waktu malam,
Cahaya purnama nyaman udara;

Hargai hutan cintai alam,
Amalan bersama hidup sejahtera.

EMK

Pengayaan

Deklamasikan pantun, kemudian bincangkan maksudnya.

2.1.4 NOTA 1. Minta murid berbincang tentang cara-cara menjaga
3.1.2 GURU kelestarian alam.

24

2 MASALAH KESIHATAN

Rangsangan
Ceritakan perihal gambar di atas.

2.1.1(iii) NOTA 1. Bimbing murid bercerita tentang gambar rangsangan
3.1.1 GURU berdasarkan pengalaman sedia ada.

25

Penyakit
Baca dan buat kod isyarat.

12

AIDS batuk kering beguk

berjangkit

Penyakit

tidak berjangkit

12 1 2

barah Alzheimer gout

Pengukuhan

Buat ejaan jari dan tulis nama penyakit yang lain.

1.1.1 NOTA 1. Bimbing murid membuat isyarat perkataan dengan betulnya.
1.1.2 GURU 2. Minta murid mencari maklumat tentang tanda-tanda penyakit
1.2.1
26 1.1.3 di atas.

Barah
Bincangkan maklumat di bawah.

12

12 barah payudara 2

1

barah perut barah serviks

12 12

barah prostat barah paru-paru

Pengayaan EMK

Apakah tanggungjawab kita sebagai masyarakat bagi
menyantuni pesakit barah?

1.1.1 NOTA 1. Ceritakan perihal penyakit barah di atas kepada murid.
1.1.3
1.1.2 GURU
1.2.2
27

Hari Kanser Sedunia
Ceritakan perihal gambar di bawah.

12

barah paru-paru

28

12

barah payudara

TAHUKAH KAMU?

Barah juga dikenali sebagai kanser. Menurut Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), barah merupakan salah satu
penyebab kematian di dunia.

Pengukuhan EMK

Senaraikan faktor yang menyebabkan penyakit barah
payudara dan barah paru-paru.

2.1.3(i) NOTA 1. Bimbing murid membuat carian tentang Hari Kanser Sedunia
GURU dan bercerita tentangnya.

29

12 3 12

Leukemia dan Ketumbuhan Otak
Mari berdialog.

Bella: Lina, mengapakah kamu bersedih?

Lina: Saya baru mendapat berita bahawa sepupu saya
menghidap penyakit leukemia.

Saru: Bagaimanakah keluarganya dapat mengetahui dia
menghidap penyakit leukemia?

Lina: Dia mengalami demam yang berpanjangan dan berat
badannya semakin berkurang. Bapa saudara saya
membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Hasil daripada pemeriksaan, doktor telah mengesahkan
sepupu saya menghidap leukemia.

Saru: Leukemia ialah sejenis barah.

Lina: Betul, leukemia juga dikenali sebagai barah darah putih.

Bella: Ibu saudara saya juga menghidap penyakit berbahaya. Dia
selalu mengalami sakit kepala yang teruk. Pada satu hari, dia
telah diserang sawan dan dibawa ke hospital.

Lina: Apakah yang terjadi selepas itu?

30

Bella: Doktor mengesahkan ibu saudara saya menghidap
ketumbuhan otak.

Saru: Bagaimanakah keadaannya sekarang?

Bella: Ibu saudara saya bernasib baik kerana dia mendapat
rawatan awal. Dia masih menerima rawatan di hospital
hingga kini. Kami bersyukur kerana dia beransur sembuh.

Saru: Saya bersimpati dengan keadaan ibu saudara Bella dan
sepupu Lina. Semoga mereka mendapat rawatan yang
terbaik dan cepat sembuh.

Bella: Terima kasih, Saru.

Saru: Sama-sama.

Pengukuhan EMK
Apakah ciri-ciri penyakit leukemia?

2.1.1(i) NOTA 1. Bimbing murid mencari maklumat dan membina peta i-Think
2.1.1(ii) GURU tentang simptom penyakit leukemia dan ketumbuhan otak.
2.1.3(i)

31

12 12

Buasir dan Batu Karang
Bincangkan maklumat di bawah.

TAHUKAH KAMU? mmiinum aiirr
sseecukuppnnyyaa
Kita perlu minum
sekurang-kurangnya
lapan gelas air sehari
untuk kekal sihat.

buasir Cara batu karang
Mencegah

makan makanan elakkan
yang berserat pengambilan

makanan
berprotein tinggi

secara
berlebihan

Pengukuhan EMK
Apakah ciri-ciri penyakit di atas?

2.1.3(ii) NOTA 1. Minta murid mendapatkan maklumat tambahan tentang
GURU penyakit di atas melalui Internet.

32

12

Katarak
Mari berdialog.

Cikgu, apakah itu katarak?

Katarak ialah keadaan kanta mata yang menjadi
keruh. Kesannya, penglihatan menjadi kabur.

Apakah rawatan untuk pesakit katarak?

Katarak dapat dirawat dengan pembedahan.
Kanta mata yang rosak akan digantikan dengan
kanta tiruan.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/dewasakatarak/

Pengukuhan EMK
BAinpcaknaghkacniri-ccairiap-ceanryaapkeitndjai agtaaasn? mata.

2.1.1(iii) NOTA 1. Bimbing murid mencari maklumat tentang simptom-simptom katarak.
3.1.1 GURU

33

Roda Warna
Mari beraktiviti.

EMK

Roda Warna

1. Sediakan roda warna digital atau bercetak dan sampul berwarna berisi

set soalan tentang penyakit yang telah dipelajari.

2. Minta seorang murid memutar roda warna. Ambil satu sampul mengikut

1.1.2 warna yang terpilih, kemudian jawab soalan di dalam sampul tersebut.
1.2.1 NOTA
2.1.1(iii) GURU 3. Ulang langkah dua sehingga semua murid berpeluang menjawab soalan.
3.1.1
34 4. Kumpulan yang berjaya menjawab paling banyak soalan dengan
betulnya dikira sebagai pemenang.

Punca dan Akibat Obesiti akibat
Bincangkan maklumat di bawah.
punca

makan berlebihan sakit jantung

keturunan tekanan
darah
tinggi

kurang bersenam obesiti kencing manis

Pengukuhan EMK

Terangkan amalan gaya hidup sihat yang boleh
diamalkan untuk mengelakkan obesiti.

3.1.1 NOTA 1. Minta murid menghasilkan poster yang memaparkan
GURU maklumat tentang penyakit di atas secara berpasangan atau
berkumpulan.
35

Indeks Jisim Tubuh

Mari beraktiviti.

Indeks Jisim Tubuh = berat (kg)

tinggi (m) x tinggi (m)

Kategori BMI

Kurang berat badan <18.5

Berat badan normal 18.5 – 24.9

Berat badan 25.0 – 30.0
berlebihan

Obesiti > 30.0

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/indeks-jisim-tubuh-ijt/

TAHUKAH KAMU? EMK

Indeks Jisim Tubuh
juga dikenali
sebagai BMI
(Body Mass Index).

Pengayaan
Kira indeks jisim tubuh kamu dengan
menggunakan formula yang disediakan.

2.1.1(iii) NOTA 1. Bimbing murid mendapatkan data berat dan tinggi masing-
3.1.1 GURU masing, kemudian mengira indeks jisim tubuh mereka.

36 2. Minta murid membentangkan hasil dapatan mereka.

Jangkitan HIV
Baca dan bincangkan.

AIDS ialah penyakit yang disebabkan oleh
Human Immunodeficiency Virus atau HIV.
Virus ini memusnahkan sistem ketahanan
badan pesakit. Oleh sebab itu, pesakit
mudah mendapat jangkitan kuman atau
kanser. Tahukah kamu, bagaimanakah
seseorang itu boleh dijangkiti HIV?

Menggunakan semula jarum, alatan tajam atau
1 picagari yang telah digunakan oleh seseorang

yang telah dijangkiti HIV.

Ibu yang menghidap HIV atau AIDS berisiko untuk
2 menjangkiti bayinya semasa proses kehamilan

atau penyusuan.

3 Melakukan persetubuhan dengan orang yang
telah dijangkiti HIV tanpa perlindungan.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/hiv-aids-2/

Pengukuhan EMK
Bincangkan cara-cara HIV berjangkit.

3.1.2 NOTA 1. Minta murid mencari maklumat tambahan tentang HIV
3.1.3 GURU dan AIDS daripada klinik atau hospital yang berdekatan.

37

Uji Minda
Jawab soalan di bawah.

Adakah HIV boleh berjangkit dengan cara ini?

1. Wanita hamil yang menghidap HIV boleh Ya Tidak
menjangkitkan HIV kepada kandungannya.

2. Seseorang boleh dijangkiti HIV semasa Ya Tidak
menderma darah. Ya Tidak

3. HIV boleh berjangkit dengan cara berjabat
tangan dan berbual dalam jarak dekat.

4. HIV boleh berjangkit jika seseorang berkongsi Ya Tidak
jarum suntikan dengan penghidap HIV.

5. HIV boleh berjangkit jika seseorang berkongsi Ya Tidak
cadar dengan penghidap HIV.

6. Seseorang yang sihat tidak akan dijangkiti HIV. Ya Tidak

Pengayaan
Cari maklumat tentang HIV dan jawab soalan yang diberikan.

3.1.1 NOTA 1. Minta murid mencari maklumat tambahan tentang cara HIV
3.1.2 GURU berjangkit daripada pelbagai sumber.

38

Masalah Kesihatan dan Simptomnya

Baca dan bincangkan.

Masalah Simptom
Kesihatan

12 Sukar tidur.
Tidur yang tidak nyenyak.

Kerap terjaga lebih awal daripada biasa.

insomnia Letih atau mengantuk pada waktu siang.

12 Lemah, kebas atau lumpuh pada bahagian
muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba.
angin ahmar Sukar bertutur atau memahami pertuturan
secara tiba-tiba.
Hilang imbangan atau koordinasi tubuh badan
secara tiba-tiba.

12 Hilang daya ingatan.
Sukar berfikir, menggunakan bahasa dan
dementia membuat keputusan.
Sukar melaksanakan aktiviti harian yang
mudah seperti mandi dan memakai baju.

12 Hilang ingatan.
Ketidakupayaan mengenali wajah atau tempat
amnesia yang biasa dilihat.
Sukar mengingati atau mempelajari perkara baharu.

Pengukuhan EMK

Jelaskan punca terjadinya penyakit di atas. 39

1.1.1
1.1.2 NOTA 1. Minta murid mencari maklumat tentang penyakit di atas.
1.1.3 GURU 2. Minta murid menjalankan aktiviti Jalan Galeri dan membentangkan
2.1.4 hasil carian mereka.

Teka Silang Kata
Lengkapkan silang kata.

12 12 3 1
d
2
31 m

4t k

5b

6a

1 2 12 12

Pengayaan
Bina ayat mudah berdasarkan kod isyarat di atas.

1.1.3 NOTA 1. Minta murid mengisyaratkan kod dengan betulnya.
1.2.2 GURU 2. Minta murid melengkapkan silang kata dengan ejaan yang betul.
2.1.1(i)
40


Click to View FlipBook Version