The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL_INTERVENSI_JENAYAH_SEKSUAL_TERHADAP_KANAK_KANAK_IHSAN_2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tbh7998, 2022-12-13 09:12:00

MODUL_INTERVENSI_JENAYAH_SEKSUAL_TERHADAP_KANAK_KANAK_IHSAN_2019

MODUL_INTERVENSI_JENAYAH_SEKSUAL_TERHADAP_KANAK_KANAK_IHSAN_2019

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

DENGAN KERJASAMA

INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL

TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOL

KEMENTERIANPENDIDIKANMALAYSIA

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
Prakata i

Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Matlamat 2
1.3 Objektif 2
1.4 Sasaran 2
1.5 Pelaksanaan 2
1.6 Fokus 3
1.7 Jenis-jenis Jenayah Seksual

Kes Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Di Sekolah 4
2.1 Contoh kes Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 9
2.2 Pengesanan Pemangsa Jenayah Seksual
Terhadap Kanak- kanak di Sekolah

Intervensi Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di 13
Sekolah 36

3.1 Modul Intervensi Jenayah Seksual Sekolah Rendah 94
3.2 Program Intervensi Jenayah Seksual Sekolah 98

Menengah 102
3.3 Modul Intervensi Jenayah Seksual Atas Talian
3.4 Program Intervensi Jenayah Seksual Melibatkan Ibu

Bapa dan Komuniti
3.5 Contoh Pelan Tindakan Pencegahan Jenayah

Seksual Terhadap Kanak-Kanak Di Sekolah

Perundangan Berkaitan Kesalahan Jenayah Seksual 104
Terhadap Kanak- Kanak 106

4.1 Pengenalan 107
4.2 Akta-Akta Berkaitan Kanak-Kanak /Kanun
108
Keseksaan
4.3 Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual

Terhadap Kanak-Kanak Tahun 2017 (Akta 792)
4.4 Isu-isu dan kes-kes Perundangan Berkaitan Jenayah

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Seksual Kanak-kanak 127
4.5 Soalan-soalan Lazim Perundangan 132
4.6 Info grafik 150
4.5 Tugas dan Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling
150
dalam Persediaan dan Pemberian Keterangan
di Mahkamah
4.6 Program Literasi Undang-Undang untuk murid dan
warga sekolah

Instrumen Penilaian Keberkesanan Intervensi Jenayah 151
Seksual Kanak-Kanak di Sekolah 152

5.1 Senarai semak keperluan murid 154
5.2 Ujian Pra dan Pos 158

LAMPIRAN
6.1 Borang
6.2 Direktori Hotline/Telefon Agensi Sokongan

SENARAI RUJUKAN 169
GLOSARI 170
PENGHARGAAN 172

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

PRAKATA

Isu keselamatan kanak-kanak merupakan isu universal yang berlaku di seluruh dunia
termasuklah negara kita, Malaysia. Jenayah seksual kanak-kanak yang berlaku merupakan
salah satu bentuk penderaan yang merujuk kepada sebarang perlakuan individu seperti
memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak dan mendorong berlakunya hubungan
seksual semata-mata untuk memuaskan nafsu. Pernahkah kita fikirkan bagaimana
penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa apabila kepercayaan yang diberikan
oleh mereka dibalas dengan penderaan seksual dan kesannya kekal sehingga akhir hayat?
Jika trauma yang dihadapi oleh mangsa tidak ditangani dengan cara yang betul maka
mereka akan mengalami pelbagai simptom seperti kegelisahan, kemurungan, ketakutan dan
lain-lain.

Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta pelbagai agensi berkaitan telah bertindak untuk
mewujudkan satu Modul Intervensi Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak (IHSAN) yang
boleh digunakan sebagai rujukan di peringkat sekolah.

Modul IHSAN ini bertujuan memberi pemahaman tentang jenayah seksual dan
langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam
meningkatkan kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah terhadap jenayah seksual
terhadap kanak-kanak. Modul ini mencakupi program intervensi dan modul intervensi yang
melibatkan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti. Selain itu, penerangan tentang aspek
perundangan dan isu-isu serta program literasi undang-undang untuk murid dan warga
sekolah dinyatakan sebagai panduan.

Diharapkan dengan adanya modul ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua
pihak bagi menangani masalah jenayah seksual kanak-kanak di sekolah.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA [ i]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

UNIT 1:
1.1 PENGENALAN

Jenayah seksual terhadap kanak-kanak adalah satu bentuk kekejaman yang memberi
kesan jangka pendek dan panjang. Penderaan seksual kanak-kanak melibatkan
individu dewasa atau remaja sebagai pendera yang menggunakan kanak-kanak untuk
kepuasan seksual (Bamford & Roberts, 1989; Riley, 1991).
Kanak-kanak didedahkan dengan aktiviti seksual yang tidak difahami, tidak sesuai
dengan umur dan perkembangan emosi. Kadang-kala kanak-kanak dipaksa untuk
melakukan aktiviti seksual atau menonton filem lucah. Antara definisi asas penderaan
seksual yang dikemukakan oleh Riley (1991) adalah seperti ekshibisionisme
(memperlihatkan organ kemaluan), voyeurism (mengintai aktiviti seksual dan kanak-
kanak yang berbogel), felatio (rangsangan mulut kepada zakar), liwat (penerobosan
zakar melalui dubur), pedofilia (pendera yang berminat dan mendapat kepuasan
seksual daripada kanak-kanak), pederastri (melibatkan pendera homoseksual
melakukan hubungan seksual dengan kanak-kanak) dan sumbang mahram (aktiviti
seksual dengan ahli keluarga atau penjaga).

Usaha berterusan harus dilaksanakan bagi membanteras jenayah ini agar kanak-kanak
tidak dijadikan mangsa eksploitasi oleh pemangsa seksual. Kanak-kanak perlu
dihormati sebagai individu yang mempunyai hak-hak yang sama seperti orang dewasa
untuk mendapatkan perlindungan daripada sebarang ancaman. Oleh yang demikian,
Modul Intervensi Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak (IHSAN) ini menjadi rujukan
kepada semua warga sekolah untuk mengetahui langkah-langkah pencegahan dan
pemulihan bagi menghadapi situasi yang sedang berlaku serta tatacara bertindak
secara berhemah.

1.2 MATLAMAT
Modul Intervensi ini bertujuan melahirkan generasi yang mempunyai pemahaman yang
jelas berkaitan jenayah seksual dan mampu bertindak dengan betul serta dapat
bekerjasama dengan semua pihak dalam membanteras jenayah seksual.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 1 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

1.3 OBJEKTIF
1.3.1 Meningkatkan kesedaran murid dan warga sekolah tentang ancaman jenayah
seksual terhadap kanak-kanak.
1.3.3 Mengendalikan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak secara adil,
berhemah, beretika dan mengutamakan identiti kerahsiaan murid demi menjaga
hak, kebajikan dan maruah murid.
1.3.4 Mengelakkan murid menjadi mangsa jenayah seksual terhadap kanak-kanak
melalui pelbagai program dan modul intervensi.
1.3.5 Memperkasa penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam membanteras jenayah
seksual kanak-kanak.

1.4 KUMPULAN SASARAN
1.4.1 Semua murid sekolah rendah dan menengah
1.4.2 Guru dan kakitangan sekolah
1.4.3 Ibu bapa, penjaga dan komuniti.

1.5 PELAKSANAAN
Modul dan program intervensi diaplikasikan oleh guru bimbingan dan kaunseling
semasa mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling serta guru kelas kepada murid
murid semasa waktu pengajaran dan pemudah cara (PdPc) serta program sedia ada
di sekolah secara berkala dan berterusan sepanjang tahun.

1.6 FOKUS
1.6.1 Pengesanan mangsa jenayah seksual terhadap kanak-kanak
1.6.2 Program intervensi jenayah seksual terhadap kanak-kanak
1.6.3 Modul intervensi jenayah seksual terhadap kanak-kanak
1.6.4 Modul intervensi jenayah seksual terhadap kanak-kanak atas talian
1.6.5 Pelibatan ibu bapa dan komuniti dalam membanteras jenayah
seksual terhadap kanak-kanak

1.7 JENIS-JENIS JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK Muka [ 2 ]
1.7.1 Interaksi Dengan Sentuhan
Interaksi seksual pada kanak-kanak adalah seperti :
a) memasukkan objek ke dalam mulut, faraj atau dubur
b) merogol
c) meliwat
d) oral seks
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

e) mencium
f) mengulum lidah / bercumbuan
g) memeluk
h) meraba
i) mengusap dan
j) merujuk kepada Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap

Kanak-Kanak 2017 (Akta 792)

1.7.2 Interaksi Tanpa Sentuhan
a) menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak
b) mengambil gambar kanak-kanak beraksi seksual
c) menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual
d) membuat panggilan telefon lucah
e) mengintai
f) mempamerkan aksi lucah termasuk isyarat tangan
g) memaksa atau mengugut kanak-kanak untuk melakukan sebarang aktiviti

seksual atau pelacuran
h) menggalakkan kanak-kanak untuk melihat kemaluan sendiri
i) menghantar kata-kata lucah melalui telefon / media
j) merakam video lucah
k) lain-lain interaksi tanpa sentuhan yang lucah.

1.7.3 Pornografi
Gambaran atau gabungan sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis
dengan apa-apa cara sekali pun berhubung dengan kanak-kanak.

1.7.4 Pengantunan Kanak-Kanak (Child Grooming)
Berkomunikasi dengan seseorang kanak-kanak dengan niat untuk melakukan atau
memudahkan perlakuan mana-mana kesalahan seksual.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 3 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

KES JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK

2.1 Contoh Kes

(a) A, seorang pelakon mendekati Z, seorang penerbit filem supaya A boleh berlakon dalam
salah satu filem Z. Z menawarkan A untuk berlakon dalam jenayah seksual kanak-kanak
dan A bersetuju untuk berbuat sedemikian. A berlakon dalam jenayah seksual kanak-kanak
itu. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan mengambil bahagian dalam
penghasilan jenayah seksual kanak-kanak.

(b) B seorang pengarah jenayah seksual kanak-kanak. B mengupah Y, seorang pengarah seni
untuk menyelia aspek artistik pengarahan jenayah seksual kanak-kanaknya. Y melakukan
sebagaimana yang dikehendaki oleh B. Y bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini
dengan mengambil bahagian dalam pengarahan pembuatan jenayah seksual kanak-kanak.
Sumber kes : Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

i. Semua warga sekolah bukan guru yang membuat apa-apa persediaan untuk membuat,
menghasilkan atau mengarahkan pembuatan atau penghasilan apa-apa jenayah seksual
kanak-kanak merupakan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum
dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga dihukum
dengan hukuman sebat.

Menggunakan kanak-kanak dalam pembuatan, penghasilan, pengarahan pembuatan atau
penghasilan, dan sebagainya jenayah seksual kanak-kanak

ii. Semua warga sekolah bukan guru menggunakan atau menyebabkan seorang kanak-kanak
digunakan dalam persediaan untuk membuat atau menghasilkan atau dalam persediaan
untuk mengarahkan pembuatan atau penghasilan apa-apa jenayah seksual kanak-kanak
merupakan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan
pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan hendaklah juga dihukum
dengan hukuman sebat tidak kurang daripada lima sebatan.

Huraian—Seksyen ini tidak terpakai jika persediaan untuk membuat atau menghasilkan atau
persediaan untuk mengarahkan pembuatan atau penghasilan jenayah seksual terhadap
kanak-kanak atau jika pembuatan atau penghasilan atau pengarahan pembuatan atau
penghasilan jenayah seksual terhadap kanak-kanak menggunakan seseorang yang kelihatan
seperti seorang kanak-kanak.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 4 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

MISALAN (a) C mengumpan X, seorang kanak-kanak melalui iklan pertandingan nyanyian
palsu dan menggunakan X dalam pembuatan jenayah seksual kanak-kanak. C bersalah atas
kesalahan di bawah seksyen ini dengan menggunakan kanak-kanak dalam pembuatan jenayah
seksual kanak-kanak. C juga bersalah atas kesalahan di bawah seksyen 5 bagi pembuatan
jenayah seksual kanak-kanak.

Sumber kes : Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

iii. Semua warga sekolah bukan guru (a) bertukar-tukar, menerbitkan, menjual, menyewakan,
mengedar, menunjukkan, mengiklankan, menghantar, menggalakkan, mengimport,
mengeksport, menyampaikan, menawarkan atau menjadikan tersedia, mengikut apa-apa
cara, apa-apa jenayah seksual kanak-kanak; (b) memperoleh, mengumpul atau meminta
apa-apa jenayah seksual kanak-kanak; atau (c) mengambil bahagian dalam atau menerima
keuntungan daripada apa-apa perniagaan yang diketahuinya atau yang dia mempunyai
sebab untuk mempercayai perniagaan itu berkaitan dengan apa-apa jenayah seksual
kanak-kanak, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum
dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun dan hendaklah juga
dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan.

MISALAN (a) D seorang pentadbir laman sesawang jenayah seksual kanak-kanak bersalah
atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menjadikan tersedia jenayah seksual kanak-kanak
secara dalam talian. (b) D menjalankan perniagaan perkhidmatan pengangkutan dan
menguruskan pengangkutan dan penyimpanan bahan penerbitan yang dimiliki oleh syarikat W.
Bahan penerbitan W termasuklah bahan jenayah seksual kanak-kanak. W mendedahkan
maklumat itu kepada D dan membuat rancangan perkongsian keuntungan dengan A berhubung
dengan penjualan bahan jenayah seksual kanak-kanak itu dengan syarat yang D terus
menjalankan perkhidmatan pengangkutan bagi W. D menerima tawaran Z. D bersalah atas
kesalahan di bawah seksyen ini dengan menerima keuntungan daripada perniagaan yang
diketahuinya atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai yang perniagaan itu
berkaitan dengan jenayah seksual kanak-kanak.

Sumber kes : Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

iv. Semua warga sekolah bukan guru menjual, menyewakan, mengedar, menunjukkan,
mengiklankan, menghantar, menggalakkan, menyampaikan, menawarkan atau menjadikan
tersedia, mengikut apa-apa cara, apa-apa jenayah seksual kanak-kanak kepada seseorang
kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum
dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebih lima belas tahun dan hendaklah juga
dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada lima sebatan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 5 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Semua warga sekolah bukan guru mengakses, atau mempunyai dalm milikan dan
kawalannya, apa-apa jenayah seksual terhadap kanak-kanak melakukan suatu kesalahan
dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Huraian; Seseorang dikatakan mengakses jenayah seksual kanak-kanak sekiranya orang
itu dengan diketahuinya menyebabkan jenayah seksual kanak-kanak dilihat oleh atau
dihantar kepada dirinya.

MISALAN (a) E menerima e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui dengan lampiran
yang tidak bertajuk. E mengakses lampiran itu tanpa mengetahui lampiran itu mengandungi
jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Apabila melihat kandungan lampiran itu, E dengan
serta-merta menghapuskan e-mel itu daripada akaun e-melnya. E tidak bersalah atas kesalahan
di bawah seksyen ini. (b) E menerima e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui dengan
lampiran yang tidak bertajuk. E mengakses lampiran itu tanpa mengetahui lampiran itu
mengandungi jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Apabila melihat kandungan lampiran itu
dan meskipun mengetahui lampiran itu mengandungi jenayah seksual terhadap kanak-kanak, E
terus menerus melihat jenayah seksual kanak-kanak itu. E bersalah atas kesalahan di bawah
seksyen ini. (c) E menggunakan komputer milik V dan mendapati bahawa terdapat suatu
dokumen yang mengandungi jenayah seksual terhadap kanak-kanak disimpan dalam cakera
keras komputer. E menghantar dokumen itu ke dalam pemacu penanya dan menyimpan
pemacu pena itu di dalam pejabatnya. E bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

Sumber kes : Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

v. Jika apa-apa kesalahan di bawah Bahagian ini dilakukan oleh suatu pertubuhan
perbadanan, semua warga sekolah bukan guru pada masa pelakuan kesalahan itu ialah
seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya dalam
pertubuhan perbadanan itu, atau yang berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat
sedemikian, atau mengikut apa-apa cara bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal
ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian,
hendaklah juga bersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa
kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau pembiarannya, dan
bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan
kesalahan itu sebagaimana yang dia patut jalankan, dengan mengambil kira jenis fungsinya
atas sifat itu dan bagi segala hal keadaan.

vi. Semua warga sekolah bukan guru yang berkomunikasi secara seksual dengan seseorang
kanak- kanak; atau menggalakkan seseorang kanak-kanak untuk berkomunikasi secara
seksual, dengan apa-apa cara, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 6 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun. Bagi maksud
seksyen ini, seseorang dikatakan berkomunikasi secara seksual jika (a) komunikasi itu atau
mana-mana bahagian komunikasi itu adalah berhubung dengan aktiviti yang bersifat seksual;
atau (b) semua warga sekolah bukan guru munasabah akan berpandangan bahawa mana-mana
bahagian komunikasi itu adalah seksual. Seseorang tidak boleh disabitkan atas kesalahan
di bawah seksyen ini jika komunikasi itu adalah bagi maksud pendidikan, sains atau perubatan.

2.1.1 Pengantunan Kanak-kanak (Child Grooming)

Semua warga sekolah bukan guru berkomunikasi dengan apa-apa cara dengan seseorang
kanak-kanak dengan niat untuk melakukan atau untuk memudahkan pelakuan mana-mana
kesalahan di bawah seksyen 5, 6, 7, 8, 15 atau 16 atau mana-mana kesalahan di bawah jadual
terhadap kanak-kanak itu, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan,
dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga
dihukum dengan hukuman sebat.

Dalam mana-mana prosiding di bawah seksyen ini, fakta bahawa mana-mana kesalahan di
bawah seksyen 5, 6, 7, 8, 15 atau 16 atau mana-mana kesalahan di bawah jadual telah
dilakukan tidak perlu dinyatakan atau dibuktikan.

MISALAN (a) A berkomunikasi dengan Z, seorang kanak-kanak melalui media sosial dengan
berpura-pura menjadi seorang remaja dan memupuk hubungan cinta dengan Z dengan niat
untuk menggunakan Z bagi jenayah seksual kanak-kanak. A tidak pernah berjumpa dengan Z.
A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini. (b) A berkomunikasi dengan Z, seorang kanak-
kanak melalui e-mel dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan Z dengan niat bahawa C
dan B, iaitu kawan A boleh merogol Z. A tidak pernah berjumpa dengan Z. A bersalah atas
kesalahan di bawah seksyen ini.

Sumber kes : Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

2.1.2 Perjumpaan Selepas Pengantunan Kanak-kanak

Semua warga sekolah bukan guru, setelah berkomunikasi dengan apa-apa cara dengan
seseorang kanak-kanak, berjumpa dengan kanak-kanak itu dengan niat untuk melakukan atau
untuk memudahkan pelakuan mana-mana kesalahan.

Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak di bawah seksyen 5, 6, 7, 8, 15 atau 16
atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual terhadap kanak-kanak itu, melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 7 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. Dalam mana-
mana prosiding di bawah seksyen ini, fakta bahawa mana-mana kesalahan di bawah seksyen 5,
6, 7, 8, 15 atau 16 atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual telah dilakukan tidak perlu
dinyatakan atau dibuktikan.

MISALAN (a) A berkomunikasi dengan Z, seorang kanak-kanak melalui media sosial dengan
berpura-pura menjadi seorang remaja dan memupuk hubungan cinta dengan Z. A mengambil
langkah selanjutnya dan berjumpa dengan Z dengan niat untuk menggunakan Z bagi jenayah
seksual kanak-kanak. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.
(b) A berkomunikasi dengan Z, seorang kanak-kanak melalui e-mel dan menjalinkan hubungan
persahabatan dengan Z. A mengambil langkah selanjutnya dan berjumpa Z dengan niat
bahawa C dan B, iaitu kawan A boleh merogol Z. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen
ini.

Sumber kes : Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

i. Tingkah laku yang berbaur seksual ini termasuklah seksual secara fizikal atau isyarat atau
visual atau lisan atau mana-mana laman media sosial dan mana-mana tingkah laku yang
menjurus pengantunan kanak-kanak(Child Grooming).

ii. Garis Panduan ini perlulah diedarkan kepada semua warga guru dan bukan guru.
iii. Jenayah Seksual lisan berbentuk lisan juga membawa maksud kepada pencegahan untuk

membincangkan perkara-perkara ke arah jenayah seksual.
iv. Jenayah Seksual yang berbentuk isyarat juga perlu diberi perhatian kepada apa-apa unsur

menayangkan badan tanpa pakaian termasuk menayangkan baju.
v. Jenayah Seksual juga perlu diberi perhatian berkaitan menghantar mesej-mesej atau

gambar yang berunsurkan seksual.
vi. Perlakuan meminta murid duduk di atas peha pemangsa.
vii. Sekalipun perlakuan tersebut telah mendapat persetujuan daripada murid atau anak-anak

namun perlakuan tersebut adalah dilarang.
viii. Tindakan tatatertib atau undang-undang diambil dengan segera dan tertakluk kepada Akta

Kanak-Kanak dan Akta Pendidikan serta Surat Pekeliling Ikhtisas.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 8 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

2.2 PENGESANAN MANGSA DAN PEMANGSA JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK
DI SEKOLAH
2.3.1 SARINGAN PENGESANAN MANGSA JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK

Satu saringan yang mudah boleh dilakukan untuk mengesan tanda-tanda berlakunya jenayah
seksual terhadap kanak-kanak dan remaja. Jika seorang kanak-kanak atau remaja
memberitahu anda yang seseorang membuat mereka tidak selesa, sekalipun mereka tidak
boleh memberitahu anda mana-mana yang khusus, maka dengarlah luahan serta bantulah
mereka. Berikut ialah saringan yang boleh dilakukan:

KANAK-KANAK BERUMUR 7-12 TAHUN
Kanak-kanak boleh dirujuk oleh guru-guru ke Unit Bimbingan dan Kaunseling. Sekiranya
mereka menunjukkan tanda-tanda berikut :

 Pencapaian prestasi pelajaran merosot.
 Tidak memberi tumpuan semasa belajar atau kerap termenung/ khayal.
 Ponteng sekolah atau lari dari rumah.
 Mengasingkan diri / tidak berkawan / rendah diri.
 Mempunyai masalah tingkah laku / menjadi mangsa buli.
 Kelakuan yang mencederakan diri seperti cubaan bunuh diri.
 Perubahan tiba-tiba pada kelakuan atau personaliti.
 Kelihatan ketakutan seolah-olah sesuatu yang buruk akan berlaku “frozen watchfulness”.
 Badan selalu kotor atau berbau busuk.
 Keterangan daripada kanak-kanak atau remaja tentang aktiviti seks.
 Pengetahuan tentang seks yang tidak seimbang dengan umur atau kelakuan seksual.
 Gangguan haid bagi murid perempuan.
 Takut untuk pulang ke rumah selepas waktu sekolah

REMAJA BERUMUR 13-18 TAHUN
Setiap remaja yang hadir untuk mendapatkan sesi pertolongan dari Unit Bimbingan dan
Kaunseling juga perlu dikesan sama ada mengalami penderaan fizikal. Antara tanda-tanda yang
ditunjukkan oleh mereka ialah:

 Gejala psikosomatik.
 Mengasingkan diri / tidak berkawan / rendah diri.
 Kelakuan yang mencederakan diri seperti cubaan bunuh diri.
 Perubahan tiba-tiba pada kelakuan atau personaliti.
 Kelihatan ketakutan seolah-olah sesuatu yang buruk akan berlaku “frozen watchfulness”.
 Badan selalu kotor atau berbau busuk.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 9 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

 Keterangan daripada kanak-kanak atau remaja tentang aktiviti seks.
 Pengetahuan tentang seks yang tidak seimbang dengan umur atau kelakuan seksual.
 Gangguan haid bagi murid perempuan. Kelakuan yang mencederakan diri seperti

cubaan bunuh diri.

Kesimpulannya, mangsa menunjukkan ciri-ciri pemikiran seperti menyalahkan diri, tidak
berguna, tidak mempunyai harapan dan sukar mempercayai individu lain. Selain itu, ciri-ciri
emosi ditunjukkan melalui perasaan sedih, mudah meradang dan melenting. Serta
menunjukkan ciri-ciri tingkah laku sukar dalam perhubungan, sama ada agresif dengan kawan-
kawan atau sering bersendirian dan dibuli. Mangsa biasanya akan mempunyai masalah di
sekolah seperti sering ponteng, tidak dapat memberi tumpuan ketika belajar, tidak mempunyai
kawan, diejek oleh kawan-kawan lain serta melawan guru. Ciri penderaan seksual seperti
mengalami kesakitan atau pendarahan dari bahagian luar kemaluan (vagina, external genitalia
atau dubur), penyakit jangkitan seksual (Sexual Transmitted Infection – STI), kecederaan pada
payudara, punggung, abdomen atau peha, serta kehamilan remaja. (Sila rujuk lampiran Senarai
Semak Mangsa Jenayah Seksual Kanak-kanak atau Instrumen Kemurungan Beck)

2.3.2 SARINGAN PENGESANAN PEMANGSA JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK

Sekiranya kanak-kanak atau remaja menunjukkan tanda-tanda seperti senarai di bawah, dia
mungkin mempunyai kebarangkalian menjadi pemangsa jenayah seksual kanak-kanak:

 Sering ponteng atau tidak hadir sekolah
 Perubahan dalam personaliti dan kelakuan lebih agresif
 Suka bertanya tentang alat kelamin, buah dada dan persetubuhan
 Berminat menonton / mengintai orang lain di bilik air
 Sering menggunakan perkataan lucah
 Bercakap tentang seks dengan rakan-rakan
 Bercakap tentang mempunyai teman wanita/ teman lelaki
 Suka untuk mendengar dan menceritakan jenaka lucah
 Melihat gambar bogel
 Bermain permainan dengan rakan sebaya berkaitan dengan seks dan keseksualan
 Suka melukis alat kelamin
 Mahu membandingkan alat kelamin dengan rakan sebaya
 Mahu menyentuh alat kelamin, payudara, punggung rakan sebaya
 Suka meniru ciuman orang dewasa

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 10 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

 Sering berkongsi teks, gambar, majalah, audio, dan video berunsur lucah dengan orang
lain

 Sering memaksa/mengugut (coerce) rakan sebaya untuk mengambil bahagian dalam
aktiviti seksual seperti meraba, melancap, melakukan seks oral dan meliwat.

Tiada gejala eksklusif kepada pemangsa seksual. Bagaimanapun, jika seseorang kanak-kanak
atau remaja menunjukan mana-mana simptom di atas, maka kanak-kanak atau remaja tersebut
patut diberi perhatian.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 11 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Lampiran
SENARAI SEMAK MANGSA JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK
Nama Murid :
Kelas / Tingkatan :
Tarikh :
Sila tandakan (√ ) pada jawapan yang anda berikan.
(Soalan-soalan petunjuk utama yang mengesyaki mangsa terlibat dengan penderaan seksual)

Ya Tidak
(2) (1)

1. Saya boleh bercerita tentang hubungan seks dengan terperinci.
2. Saya tahu tentang perlakuan seksual.
3. Tubuh badan saya pernah disentuh secara tidak sopan oleh

seseorang.
4. Seseorang pernah melakukan sesuatu yang tidak elok kepada

saya secara fizikal contohnya meraba/ memeluk/ mencium dan sebagainya
5. Saya sering berfikir untuk bunuh diri.
6. Saya sering menerima mesej lucah berbentuk teks, gambar, audio

dan video dari seseorang.
7. Saya selalu bimbang dengan keadaan hidup saya sekarang.
8. Saya rasa hidup ini tidak beharga lagi.
9. Saya selalu berasa takut.
10. Saya tidak lagi percaya kepada orang lain.

Perasaan saya sekarang :

Disediakan oleh; Disaksikan :
(Klien) (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 12 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

UNIT 3 :

3.1 Modul Intervensi Jenayah Seksual Sekolah Rendah

Fokus : Psikososial dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Pengenalan Jenayah Seksual

Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Mengetahui makna jenayah seksual.

2. Menerangkan makna jenayah seksual

Masa : 30 minit hingga 60 minit
Sasaran : Tahap 1 dan Tahap 2
Bahan : Rujuk lampiran 1
Set induksi : Guru menayangkan beberapa keratan akhbar berkaitan jenayah seksual

Aktiviti :
1. GBK menulis perkataan “jenayah seksual” pada sekeping kad dan bersoal jawab
dengan murid.
2. GBK menerangkan maksud jenayah seksual dan memberikan contoh.
Apakah itu jenayah seksual kanak-kanak?
Seorang kanak-kanak adalah teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian,
sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur
seksual bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi
memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.
(Akta Kanak-Kanak 2001)
3. GBK menerangkan jenayah seksual secara sentuhan dan tanpa sentuhan

Jenayah seksual secara sentuhan:
1. Interaksi seksual pada bahagian kemaluan kanak-kanak
2. Memasukkan objek ke bahagian kemaluan, mulut atau dubur
3. Seks oral dan meliwat
4. Mencium menggunakan lidah
5. Menyentuh secara seksual dengan meraba bahagian kemaluan dan bahagian badan

Jenayah seksual secara tanpa sentuhan:
1. Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak
2. Mengalakkan kanak-kanak dengan kata-kata, menipu, memaksa atau mengugut
kanak-kanak untuk melakukan sebarang aktiviti seksual atau pelacuran, pameran
dan menggalakkan kanak-kanak untuk melihat bahagian sulit
3. Panggilan lucah dan menghantar kata-kata lucah
4. Merekod video serta gambar-gambar lucah
5. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 13 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

6. Guru mengedarkan lampiran 1 dan murid menyenaraikan jenayah seksual secara
sentuhan dan tanpa sentuhan

7. Guru dan murid berbincang hasil jawapan yang diperolehi

Penutup : GBK menegaskan bahawa murid perlu mengetahui makna jenayah seksual
Penilaian : Murid dapat menyenaraikan jenayah seksual secara sentuhan dan tanpa

Rumusan sentuhan
Falsafah : Murid perlu memahami maksud jenayah seksual
: Fahami makna jenayah seksual serta secara sentuhan dan tanpa sentuhan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 14 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Lampiran 1
JENAYAH SEKSUAL
PERBUATAN SENTUHAN DAN PERBUATAN TANPA SENTUHAN

Interaksi seksual pada bahagian kemaluan Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada
kanak-kanak kanak-kanak
Seks oral dan meliwat Mengalakkan kanak-kanak dengan kata-
kata, menipu, memaksa atau mengugut
kanak-kanak untuk melakukan sebarang
aktiviti seksual atau pelacuran

Merekod video serta gambar-gambar Memasukkan objek ke bahagian kemaluan,

mulut atau dubur

Pameran, menggalakkan kanak-kanak Menyentuh secara seksual dengan

untuk melihat bahagian kemaluan meraba bahagian kemaluan dan bahagian
Mencium menggunakan lidah badan
Panggilan lucah dan menghantar kata- kata

lucah

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 15 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Senaraikan jenayah seksual secara sentuhan dan tanpa sentuhan

JENAYAH SEKSUAL JENAYAH SEKSUAL
PERBUATAN SENTUHAN PERBUATAN TANPA SENTUHAN
1. 1.

2. 2.

3. 3.

4. 4.

5. 5.

6. 6.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 16 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Fokus : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : Sayangi Diri
Objektif : Pada akhir aktiviti ini, murid dapat:

Masa 1. Mengetahui anggota kemaluan/ zon peribadi yang perlu dilindungi.
Sasaran 2. Kesedaran mengenai kepentingan menjaga keselamatan dan kehormatan
Bahan
Set induksi diri.
: 30 minit hingga 60 minit
: Tahap 1 dan Tahap 2
: Lampiran 2 (Gambar Anggota Badan)
: GBK menunjukkan gambar anggota badan murid perempuan dan lelaki

(bahagian depan dan belakang).

Aktiviti :

1. GBK menerangkan bahagian badan secara umum. (Lampiran 2)

2. GBK menunjukkan serta menerangkan anggota kemaluan dengan berpandukan gambar/

model anak patung.

3. GBK memilih perkataan secara rawak (anggota badan) dan murid akan mengenal pasti

anggota tubuh badan yang tidak boleh disentuh dan boleh disentuh.

4. GBK mengedarkan lembaran kerja kepada murid (Lampiran 2) dan meminta murid

menyiapkan dalam masa 10 minit.

Penutup : GBK membuat peneguhan kepada murid kerana boleh menunjukkan tempat –
tempat zon peribadi anggota badan murid.
Penilaian : Murid dapat mengenalpasti anggota badan yang boleh disentuh dan tidak
boleh disentuh.
Rumusan
Falsafah : Murid perlu mengetahui bahagian tubuh badan dan zon peribadi diri murid.
: Menjaga kehormatan diri

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 17 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Lampiran 2

Letakkan tanda ( ) pada bahagian anggota badan yang tidak boleh disentuh

LELAKI

Depan Belakang

PEREMPUAN

Depan Belakang

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 18 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Fokus : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Sentuhan Selamat

Objektif : Pada akhir aktiviti ini, murid dapat

1. Menyedari kepentingan menjaga keselamatan dan kehormatan diri.

2. Mengenal pasti langkah-langkah mengelakkan diri daripada jenayah seksual.

3. Mempraktikkan langkah keselamatan

Masa : 30 hingga 60 minit

Sasaran : Tahap 1 dan Tahap 2

Bahan : Lampiran 3

Set induksi : GBK meminta murid bersalaman sesama jantina.

Aktiviti :
1. GBK bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti bersalaman.
2. GBK menerangkan tentang definisi sentuhan selamat dan tidak selamat kepada

murid.
Sentuhan selamat ialah sentuhan yang membuatkan kanak-kanak berasa
gembira dan selesa termasuklah pelukan, memimpin tangan, menepuk belakang
dan meletakkan tangan di atas bahu (bergantung kepada perasaan seseorang
kanak-kanak)
Sentuhan Tidak Selamat ialah sentuhan yang menyakitkan tubuh kanak-kanak,
perasaan atau semangatnya seperti memukul, menolak, mencubit, menyepak dan
juga sentuhan seksual.
3. GBK mengedarkan lampiran untuk murid menjalankan aktiviti sentuhan selamat.

Penutup : GBK membuat peneguhan mengenai sentuhan selamat dan tidak selamat.
Penilaian : Murid dapat mengenal pasti respons yang perlu dilakukan supaya

Rumusan keselamatan terjaga
: Murid perlu mengenal pasti situasi bahaya. Murid perlu mengetahui
Falsafah
sentuhan selamat dan tidak selamat
: Menjaga keselamatan diri

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 19 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Lampiran 3
Arahan: Murid membuat penyataan sama ada situasi yang diberi merupakan Sentuhan
Selamat atau Tidak Selamat.

Bil Situasi Pernyataan
1. Guru lelaki menepuk bahu murid perempuan

sambil mengucapkan tahniah.
2. Datuk memeluk cucu sambil mencium mulut.

3. Rakan berlainan jantina berjabat tangan sambil
mengucapkan tahniah atas kejayaan.

4. Abang menepuk punggung adik
perempuannya.

5. Kakak menyisir rambut adik lelakinya.

6. Guru perempuan membantu murid perempuan
membersihkan kemaluan.

7. Doktor sedang memeriksa kesihatan pesakit.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 20 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Fokus : Psikososial dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Batasan Dalam Perhubungan/ Pergaulan

Objektif : Pada akhir aktiviti ini, murid dapat:

1. Menyatakan batasan-batasan dalam setiap jenis perhubungan dalam kehidupan seharian

2. Menyenaraikan bahagian-bahagian anggota badan yang boleh disentuh dan tidak

boleh disentuh.

Masa : 30 minit hingga 60 minit

Sasaran : Murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

Bahan : Lembaran Kerja (Lampiran 4)

Set induksi :

1. GBK bersoal jawab dengan murid-murid di dalam kelas tentang keluarga masing-masing.

2. GBK bersoal jawab dengan murid-murid di dalam kelas tentang sentuhan-sentuhan yang

selalu berlaku dalam keluarga.

Aktiviti :

1. GBK menerangkan dengan lebih teliti tentang batasan perhubungan antara lelaki dan

perempuan.

2. GBK menerangkan secara jelas individu yang boleh memeluk atau mencium murid

3. GBK mengingatkan murid bahagian-bahagian yang boleh disentuh oleh ahli keluarga.

4. Murid menjalankan aktiviti berdasarkan lampiran yang diberikan.

Penutup : GBK menegaskan batas-batas yang perlu dipatuhi dalam setiap perhubungan.
Penilaian : Murid dapat menyenaraikan batas-batas yang harus dipatuhi dalam setiap

Rumusan hubungan.
Falsafah : Murid mengetahui apakah batas yang perlu dipatuhi dalam setiap hubungan
: Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 21 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Lampiran 4

Sila nyatakan bahagian-bahagian yang boleh disentuh dan tidak boleh disentuh oleh individu-

individu berikut

Individu Boleh disentuh Tidak boleh disentuh

1. 1.

Datuk 2. 2.
1. 1.

Ayah 2. 2.
Ibu
1. 1.
2. 2.
1. 1.

Abang 2. 2.
1. 1.

2. 2.

Kakak

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 22 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Fokus : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : Kehormatan Diri (Kategori Jenayah Seksual)
Objektif : Di akhir aktiviti ini, murid dapat:

Masa 1. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid tentang jenis-jenis
Sasaran jenayah seksual.
Bahan
Set Induksi 2. Murid dapat menyesuaikan penyataan dengan istilah jenayah seksual.
: 30 minit hingga 60 minit
: Tahap 2
: Lampiran 5
: GBK menyanyikan lagu bersama-sama murid (Nyanyian lagu Kanak-kanak:
Satu-Satu, Saya Sayang Ibu)

Aktiviti :
1. Murid-murid diberikan penerangan maksud setiap istilah.
2. GBK menyediakan keratan istilah jenayah seksual. (Lampiran 5)
3. GBK memilih murid secara rawak dan dan meminta murid memilih keratan istilah
yang telah disediakan.
4. Murid memberikan maksud jenayah seksual berdasarkan keratan istilah yang murid
dapat.
5. Murid menjalankan aktiviti berdasarkan lampiran yang diberi. (Lampiran 5)
6. GBK membetulkan dan menerangkan secara terperinci istilah bagi setiap jenayah
seksual.
7.
GBK menerangkan kesan-kesan negatif (tingkah laku, emosi dan kesihatan) bagi
setiap perlakuan jenayah seksual berkenaan.

Penutup : GBK membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan dan
menekankan bahaya jenayah seksual.
Penilaian
Rumusan : Murid dapat menyesuaikan keratan istilah dengan penyataan jenayah seksual.
: Murid mengetahui perlakuan- perlakuan yang dikategorikan sebagai jenayah
Falsafah
seksual.
: Jangan Bercermin Di Air Keruh

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 23 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Lampiran 5
ARAHAN: SILA PADANKAN ISTILAH JENAYAH SEKSUAL DENGAN PENYATAAN.

ONANI Apabila seseorang dipaksa melakukan hubungan seks
FLASHER tanpa kerelaannya (zakar dimasukkan ke dalam faraj)
ROGOL
Hubungan seks yang berlaku antara:
MENGINTAI  ibu/ bapa dengan anak-anak, atau
 antara adik beradik kandung atau
 antara datuk/ nenek dengan cucu atau
 antara bapa/ ibu saudara dengan anak saudara.

Memasukkan zakar ke dalam dubur pasangan dengan
atau paksaan.

LIWAT Perbuatan yang melibatkan sentuhan/ gosokan pada
bahagian kemaluan seseorang samada lelaki/
SUMBANG perempuan sehingga terangsang dan mendatangkan
MAHRAM kepuasan syahwat.
Individu mendapatkan kepuasan seks dengan cara
PEDOFILIA menunjukkan kemaluannya kepada individu yang tidak
dikenali.
MERABA Tingkah laku meraba tubuh atau kemaluan individu lain
untuk mendapat rangsangan seksual.
Mendapatkan kepuasan seks melalui interaksi seksual
dengan kanak-kanak lelaki/ perempuan.
Mendapatkan kepuasan seksual dengan mengintai
individu lain yang sedang melakukan seks/ menanggal
pakaian/ mandi.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 24 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Fokus : Psikososial dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Kerana Diriku Begitu Berharga (Jenayah Seksual)

Objektif : Pada akhir aktiviti ini murid dapat

1. Mengenalpasti tingkah laku yang menjurus kepada mempertahankan hak dan

laksanakan tanggungjawab

2. Mengenal pasti jenis-jenis jenayah seksual.

Masa : 30 minit hingga 60 minit

Sasaran : Murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

Bahan : Rujuk lampiran 6

Set induksi : GBK meminta murid menyebut anggota badan yang ditunjukkan seperti

mulut, mata dan tangan

Aktiviti :

1. GBK meminta murid menyenaraikan perbuatan yang boleh disenaraikan sebagai

jenayah seksual

Contoh :

Mulut: Menyebut perkataan lucah

Mata: Menonton bahan pornografi

Tangan: Meraba, menepuk, memegang bahagian kemaluan, menunjukkan isyarat lucah

2. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.

3. Guru mengedarkan Lampiran 6 dan murid menyenaraikan perbuatan yang

boleh dikategorikan sebagai jenayah seksual pada anggota badan.

4. Wakil setiap kumpulan membentang hasil perbincangan.

5. GBK membuat rumusan daripada perbincangan dan menekankan aspek pencegahan.

.

Penilaian : Murid dapat menyenaraikan jenis-jenis gangguan seksual.

Rumusan : Murid mengetahui adab-adab dalam pergaulan daripada aspek penglihatan,

sentuhan dan pertuturan.

Falsafah : Hormatilah orang di sekeliling anda.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 25 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Lampiran 6

Senaraikan perbuatan yang dikategorikan sebagai jenayah seksual.

MATA

MULUT
TANGAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 26 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Fokus : Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid

Tajuk : Cyber Grooming

Objektif : Pada akhir aktiviti ini, murid dapat:

1. Menyenaraikan jenis-jenis media sosial yang terdapat di Malaysia.

2. Menyatakan kebaikan dan keburukan penggunaan media sosial.

Masa : 30 hingga 60 minit

Sasaran : Tahap 1 dan Tahap 2

Bahan : Lampiran 7 (Simbol Media Sosial)

Set Induksi :

1. GBK menunjukkan telefon bimbit.

2. GBK meminta murid menyatakan kegunaan telefon bimbit.

Aktiviti :

1. GBK bertanya kepada murid sama ada mereka mempunyai telefon bimbit atau tidak.

2. Murid menyatakan aplikasi yang ada dalam telefon bimbit mereka.

3. GBK menerangkan penyalahgunaan teknologi media sosial yang menyumbang kepada

jenayah seksual.

4. Murid menjalankan aktiviti berdasarkan (Lampiran 7)

Penutup : GBK menegaskan batas-batas penggunaan teknologi media sosial untuk
mengelakkan berlakunya jenayah seksual.
Penilaian
Rumusan : Murid menyenaraikan cara-cara penggunaan teknologi media sosial yang betul
: Murid mengetahui apakah batas-batas keperluan dalam penggunaan teknologi
Falsafah
media sosial dalam kehidupan seharian.
: Beringat Sebelum Kena

Malang Tidak Berbau

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 27 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Lampiran 7 (a) - Guru

Cyber Grooming

Facebook Twitter Instagram

YouTube Message Messenger

LINE Viber TALK

WZeenCThaaltk imo SHAREit

ZenTalk WhatsApp Telegram

Jangan kongsi maklumat peribadi anda

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 28 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Lampiran 7 (b) - Murid

Cyber Grooming
Arahan: Namakan aplikasi media sosial di bawah

JANGAN KONGSI MAKLUMAT PERIBADI ANDA!! Muka [ 29 ]
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Fokus : Psikososial dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : Intervensi Langkah Keselamatan
Objektif : Pada akhir aktiviti ini, murid dapat:
1. Menyatakan langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya
Masa
Sasaran jenayah seksual.
Bahan 2. Menyenaraikan alat-alat untuk mempertahankan diri.
Set induksi : 30 hingga 60 minit
: Murid Tahap 1 dan Tahap 2
: Wisel
: GBK meniup wisel dengan nada yang berbeza.

Aktiviti :

1. GBK bersoal jawab dengan murid mengenai aktiviti di atas.

2. GBK menerangkan dengan teliti mengenai tindakan-tindakan yang boleh diambil

untuk mengelakkan berlakunya jenayah seksual.

3. Permainan Simulasi :

i) Murid meniup wisel

ii) Murid menjerit meminta tolong

iii) Murid berlari ke tempat selamat

Penutup : GBK membuat peneguhan mengenai tindakan bijak yang perlu diambil
sekiranya menghadapi situasi berisiko.
Penilaian
: Murid dapat menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya
Rumusan terlibat dengan jenayah seksual ini.
Falsafah
: Murid perlu bertindak ke arah situasi yang selamat.
: Beringat Sebelum Kena

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 30 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Fokus : Psikososial dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Tolong Saya

Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Mengenal pasti individu yang boleh dipercayai untuk membuat aduan

2. Menyebut tempat rujukan jika berlaku jenayah seksual terhadap diri sendiri

dan orang lain

Masa : 30 minit hingga 60 minit

Sasaran : Murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

Bahan : Kad gambar (Lampiran 8)

Set induksi : GBK membuat lakonan situasi berdasarkan dialog positif dan negatif

Aktiviti:

1. GBK bersoal jawab dengan murid berdasarkan lakonan di atas.

2. Murid menyatakan perlakuan salah yang hendak disampaikan di dalam

dialog.

Dialog: Positif

Ayah : Adik..... Ayah sayang adik.. Adik sayang ayah? (sambil peluk)

Anak perempuan: Adik pun sayang ayah... (balas pelukan ayah)

Dialog: Negatif

Ayah : Adik.... Ayah geram tengok punggung adik.... Boleh ayah pegang?

Anak perempuan: Eiiii.... Ayah tak malu ke? Tak nak lah....

3. Murid menyatakan individu yang boleh dipercayai jika berlaku jenayah
seksual.

4. Murid menjalankan aktiviti berdasarkan. (lampiran 8)

Penutup : GBK membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan
Penilaian : Bantuan apabila berlaku jenayah seksual Murid dapat menyenaraikan individu-

Rumusan individu yang boleh dipercayai untuk mendapatkan
: Murid mengetahui individu-individu yang perlu dipercayai serta tempat yang
Falsafah
betul untuk merujuk perkara-perkara tertentu apabila berlaku jenayah
: Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 31 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Lampiran 8
KAD GAMBAR TINGKAH LAKU POSITIF DAN NEGATIF
Arahan: Sila tuliskan dialog tindakan positif atau negatif berdasarkan gambar dan situasi berikut
1.

2.

3.

4.
5.

6.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 32 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Fokus : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Jom Bertindak!

Objektif : Pada akhir aktiviti ini, murid dapat:

1. Tahu tindakan awal jika berlaku jenayah seksual terhadap diri atau orang lain.

2. Menyenaraikan individu, tempat atau agensi yang boleh dirujuk berhubung jenayah

seksual.

Masa : 30 minit hingga 60 minit

Sasaran : Tahap 1 dan Tahap 2

Bahan : Lampiran 9

Set induksi : GBK menulis beberapa nombor telefon rujukan keselamatan.

Contoh: 999 (Polis), 994 (Bomba), 15999 (Talian Nur ).

Aktiviti :

1. GBK bersoal jawab dengan murid berdasarkan aktiviti di atas.

2. GBK membuat refleksi berkaitan dengan beberapa kes jenayah seksual yang berlaku.

3. Murid dikehendaki menyatakan tindakan yang perlu diambil jika berlaku jenayah seksual.

4. Murid menjalankan aktiviti berdasarkan Lampiran 9.

5. GBK membuat ulasan berkaitan aktiviti yang telah dijalankan.

Penutup : GBK membuat ulasan mengenai langkah-langkah dan kemahiran asertif dalam
Penilaian menangani situasi jenayah seksual.
Rumusan
Falsafah : Murid dapat menyenaraikan beberapa talian aduan keselamatan dan
mengetahui cara melaporkan kes jenayah seksual.

: Murid mempunyai maklumat tentang Talian Aduan Keselamatan yang sahih dan
cara mengambil tindakan awal yang betul.

: Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 33 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Lampiran 9

Murid boleh membuat aduan dan laporan di:
1. Mana-mana balai polis
2. Mana-mana pondok polis
3. Tempat kerja
4. Hospital/ OSCC (One Stop Crisis Centre)
5. Mobile Police Vehicle ( MPV )
6. Telefon/ SMS/ VSP ( Volunteer Smartphone Patrol)

Individu yang boleh membuat laporan polis:
1. Mangsa sendiri
2. Keluarga/ penjaga
3. Rakan-rakan
4. Pihak sekolah/ pentadbir
5. Mana-mana orang yang mengetahui kejadian

ATAU

SILA HUBUNGI:

1. 999 - POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
2. 994 - BOMBA
3. 15999 - TALIAN NUR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 34 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

3.2 PROGRAM INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL SEKOLAH MENENGAH

Ringkasan:
Secara umum, undang-undang mengharamkan perlakuan yang dianggap penganiayaan
seksual, atau perlakuan yang tidak sesuai atau bertentangan dengan norma masyarakat. Selain
itu, kategori aktiviti tertentu mungkin dianggap jenayah sekalipun ia dilakukan atas persetujuan
bersama.
Tujuan:
Program ini bertujuan untuk:
a) meningkatkan kefahaman dan kesedaran kepada murid dan pihak sekolah

terhadap perlakuan jenayah seksual;
b) menjadi panduan untuk menentukan kategori jenayah seksual terhadap murid;
c) memberi panduan tentang tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah terhadap

murid yang mengalami isu jenayah seksual;
d) memberi panduan untuk mengendalikan aduan jenayah seksual; mengikut prosedur operasi

standard yang ditetapkan (SOP)
e) memberi panduan kepada pihak sekolah cara terbaik untuk menangani jenayah

seksual melalui program pencegahan gangguan seksual.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 35 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Pengisian 1

Tajuk: Pengenalan ringkas jenayah seksual

Jenayah seksual boleh terjadi apabila berlakunya unsur atau keadaan seperti memaksa,

mengancam atau menipu terhadap kanak-kanak dengan tujuan untuk melakukan aktiviti seks.

Jenayah seksual tersebut boleh berlaku secara fizikal atau pun bukan fizikal.

Pernyataan jenayah seksual adalah seperti di bawah:

a) mengeluarkan perkataan dan aksi lucah terhadap kanak-kanak secara langsung atau

melalui media cetak dan elektronik;

b) menghantar pesanan ringka (sms), pesanan bergambar ‘mms’ dan video lucah secara

sengaja;

c) mengintai kanak-kanak untuk tujuan keberahian seks; dan

d) menggalakkan atau memaksa kanak-kanak menonton video lucah.

PERNYATAAN JENAYAH SEKSUAL KETERANGAN

Rogol Dalam undang-undang jenayah rogol adalah istilah

yang merujuk kepada serangan seksual yang

mana penyerang memaksa mangsa yang enggan

bersetuju untuk melakukan hubungan seksual

seperti memasukkan zakar ke dalam faraj secara

paksaan.

Sesetengah perundangan menggunakan istilah
seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk
seksual", juga merujuk kepada hubungan seksual
dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-
undang belum cukup umur; ini dikenali sebagai
"rogol statutori".

Sumbang Mahram Dalam bahasa pasar, istilah "rogol dating" atau
"rogol kenalan" (acquaintance rape) merujuk
kepada perogolan yang berlaku antara individu
yang ‘dating’ atau berkenalan. Rogol yang
disebabkan penggunaan pukau untuk membuat
mangsa mereka tidak sedar akan diri sebelum
diserang
bermaksud hubungan seks antara ahli keluarga
seperti ibu bapa, datuk atau nenek, saudara
kandung (abang, kakak, adik), saudara tiri (bukan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 36 ]

Cabul MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Liwat saudara angkat), saudara dari ibu bapa, anak
Seks Luar Tabii saudara, serta cucu.
bermaksud sebagai satu bentuk gangguan seksual
yang melibatkan sentuhan pada tubuh badan
mangsa tanpa kerelaan.
bermaksud sebagai memasukkan zakar ke dalam
dubur individu yang lain.
bermaksud sebagai memasukkan objek lain ke
dalam dubur atau faraj individu yang lain.

Hujah daripada al-Qur’an dan Hadis tentang pengharaman perlakuan liwat dan hubungan
seksual sesama jantina:

1) Maksudnya: Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak
mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan
kejahatan. Nabi Lut berkata: "Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku
mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah
kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-
tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat
memberi nasihat)?"
(Surah Hud: 78)

2) Maksudnya: "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana
memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum
yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)".
(Surah al-Naml: 55)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 37 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Pengisian 2
Tajuk: Penggunaan teknologi media sosial
Penggunaan teknologi media sosial menjadi keghairahan kanak-kanak dan remaja pada masa
kini. Senario ini amat membimbangkan berikutan statistik yang menyumbang terhadap jenayah
seksual semakin meningkat. Berdasarkan statistik 2016, sebanyak 184 kes jenayah seksual
dilaporkan. Daripada jumlah tersebut 138 kes adalah melibatkan mangsa yang berkenalan
melalui aplikasi Wechat, Facebook (35 kes) dan 11 kes selebihnya melalui aplikasi WhatsApp
serta Beetalk.
Antara modus operandi jenayah seksual melalui penggunaan teknologi media sosial, mangsa
akan dipujuk dengan ayat-ayat pujukan dan dibawa keluar berjalan sebelum dijadikan mangsa
jenayah seksual.
Jenis-jenis media sosial adalah seperti berikut:

Panduan penggunaan teknologi media sosial

Keselamatan

a) Jangan menambah kenalan (add friends) orang yang tidak dikenali.

b) Menggunakan laman sosial bagi tujuan pendidikan, menambah ilmu pengetahuan dan

sebagainya.

c) Tidak menerima pelawaan untuk berjumpa dengan kenalan atas talian (online) tanpa

pengetahuan keluarga.

d) Melayari internet di tempat terbuka untuk mudah dilihat dan dikawal.

e) Elakkan daripada berkongsi maklumat peribadi dengan sesiapa sahaja.

f) Pastikan daftar keluar (log out) setiap kali selepas menggunakan aplikasi media sosial.

g) Elakkan kata laluan (password) yang serupa dengan nama pengguna (username).

h) Membuat sekatan terhadap aplikasi yang dapat mengakses data peribadi anda.

i) Jangan sesekali berkongsi lokasi terkini anda di laman sosial.

j) Jangan muat naik/turun (post/upload) gambar yang menghairahkan, walaupun telah

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 38 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

dipadamkan, gambar tersebut masih boleh diakses.
k) Penggunaan komputer dan internet tanpa wayar (wifi) adalah tidak selamat.
l) Jangan sesekali klik pautan daripada sumber yang anda tidak diketahui.

Etika
a) Tidak tular (viral) sebarang bentuk informasi yang diragui.
b) Menggunakan tatabahasa yang baik dan benar.
c) Tidak menyebarkan informasi yang palsu. Pastikan informasi tersebut adalah benar
sebelum disebarkan.
d) Bertanggungjawab terhadap kata-kata anda di media sosial.
e) Tidak terlibat dengan buli siber.

Batasan-batasan
a) Kenal pasti kenalan (follower) anda.
b) Semak latar belakang, profil peribadi sebelum mengesahkan kenalan baru (add/confirm
friends).

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 39 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Pengisian 3
Tajuk: Pengantunan kanak-kanak (Child Grooming)

Definisi:
Dalam Bahasa Inggeris, perkataan "grooming" digunakan sebagai merujuk kepada taktik yang
digunakan pemangsa untuk mendapatkan kepercayaan kanak-kanak (dan kadang- kadang ibu
bapa) untuk menjadi mangsa seksual mereka.

Strategi dan taktik yang digunakan oleh pemangsa:
a) Fasa persediaan membina hubungan dan kepercayaan dengan mangsa
 Pemangsa kebiasaannya akan menggunakan pelbagai teknik atau taktik untuk
mendapatkan keyakinan kanak-kanak seperti menyimpan rahsia (rahsia penting
bagi kebanyakan kanak-kanak kerana mereka menganggap diri mereka seperti
seorang dewasa dan rasa yang berkuasa).
b) Menggunakan kod rahsia sebagai gelaran faraj dan zakar
 Selepas mendapat keyakinan, pemangsa mungkin akan mendedahkan kanak-
kanak dengan permainan berbentuk seksual dan bahan berunsur lucah.
c) Memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap masalah yang dikemukakan
 Mereka juga sedaya upaya mewujudkan rasa kasih sayang pada diri kanak-
kanak disusuli dengan peras ugut mahupun rasuah. Perlu diingatkan bahawa
taktik ini pada dasarnya digunakan untuk mengelirukan kanak-kanak.
 Sentuhan fizikal akan bermula seperti peluk dan cium.
d) Berusaha membantu setiap masalah
 Pemangsa akan berusaha untuk menjadi rakan kepada keluarga mangsa,
adakala menawarkan diri untuk menjaga kanak-kanak, mungkin membelikan
sesuatu atau menghabiskan masa lapang bersama. Kebanyakan pemangsa
tidak akan melakukan sebarang serangan sehingga mereka mendapat
kepercayaan kanak-kanak terbabit.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 40 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Pengisian 4
Tajuk: Reaksi terhadap bahasa atau aksi-aksi lucah
Anda pernah berhadapan dengan individu yang sering menggunakan bahasa dan aksi-aksi
lucah? Bagaimanakah reaksi anda? Berikut adalah beberapa tindak balas yang boleh dilakukan:

a) Tidak melayan atau memutuskan hubungan dengan rakan yang ada unsur seksual
sama ada dalam bentuk bahasa percakapan/perbualan atau gambar/aksi lucah yang
ditunjukkan.

b) Terus hapuskan gambar-gambar lucah yang dikongsi oleh kenalan dalam talian.
c) Perlahan-lahan menarik diri dari kumpulan yang mula menunjukkan perbualan atau aksi-

aksi lucah (keluar dengan sopan, menggunakan kemahiran asertif atau secara senyap).
d) Memberikan amaran yang tegas, dengan mimik muka, intonasi suara seperti kata-kata:

 Ini bukan gurauan;
 jangan buat gurauan sebegini dengan saya; dan
 sila hormat diri anda dan saya.
e) Laporkan kepada individu yang dipercayai seperti guru atau ibu bapa/penjaga sekiranya
ia berlarutan atau mengancam keselamatan anda.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 41 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Pengisian 5
Tajuk: Batasan perhubungan antara lelaki dan perempuan
Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas, berkawan tidak salah yang salahnya
sekiranya melampaui batas. Batas-batas dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan
meliputi:

a) Pandangan
b) Pertemuan
c) Percakapan
d) Berjabat tangan
e) Bersentuhan badan

Nota: Pandangan yang dimaksudkan di sini adalah pandangan yang biasa bukan bertujuan
untuk menimbulkan hawa nafsu sama ada dari pihak lelaki atau perempuan.
Islam memerintahkan supaya menundukkan pandangan daripada memandang perkara yang
haram. Dalil daripada Al-Quran:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman:
“Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya” (Surah An-Nur :
30-31).

Antara panduan perhubungan antara lelaki dan perempuan ialah:
a) Elakkan berdua-duaan/ berada di tempat sunyi/gelap/terpencil
b) Elakkan perbuatan/ kata-kata provokatif/ lucah/ menggoda
c) Elakkan bahan yang boleh mencetuskan rangsangan seksual
d) Elakkan berpakaian tidak sopan/mencolok mata
e) Elakkan sentuhan badan/rapat
f) Elakkan hubungan seks sebelum bernikah

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 42 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Pengisian 6
Tajuk: Ciri-ciri murid yang berisiko menjadi mangsa jenayah seksual

a) Tiada jagaan rapi daripada keluarga/ibubapa
 kebebasan keluar dari rumah
 kebebasan melayari Internet

b) Konsep/Imej kendiri yang negatif/ Rendah diri
c) Kaki lepak/terlibat dengan gejala sosial
d) Memiliki telefon bimbit sendiri - aplikasi
e) Konflik keluarga
f) Kekurangan kasih sayang
g) Rasa sunyi
h) Sentiasa berseorangan
i) Tidak tegas terhadap gurauan/ tindakan lucah
j) Tidak ada kesedaran jenayah seksual

Pengisian 7
Tajuk: Kesan jenayah seksual kepada mangsa

a) Fobia
b) Harga diri yang rendah
c) Rasa dirinya kotor/ tiada maruah diri
d) Post-Traumatic Stress Disorder
e) Rasa bersalah (guilty feeling)
f) Keinginan membalas dendam
g) Antisosial
h) Hamil anak tidak sah taraf
i) Penyakit jangkitan seksual
j) Ketagihan seks
k) Pekerja seksual

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 43 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Pengisian 8
Tajuk: Panduan menghindari daripada jenayah seksual untuk murid
a) Memahami, mengenal pasti sentuhan selamat dan tidak selamat.
 Tiada siapa boleh menyentuh bahagian tubuh badan kecuali untuk tujuan

kesihatan, kebersihan dan keselamatan.
b) Elakkan berjalan bersendirian di tempat sunyi, gelap atau dikenali sebagai kawasan

berisiko tinggi (hot spot).
c) Bawa wisel atau alat yang mengeluarkan bunyi bising sebagai tambahan kepada usaha

untuk menarik perhatian orang ramai.
d) Jika diserang, cari peluang untuk melepaskan diri dengan bercakap-cakap, berunding

atau berlakon sambil mencari peluang untuk melepaskan diri.
e) Menjerit sekuat hati, meraung dan sebagainya untuk mendapatkan bantuan
f) Berjalan secara berkumpulan.
g) Jangan melayani orang yang tidak dikenali.
h) Gunakan teknik seni mempertahankan diri, jika tahu.
i) Pergi ke tempat yang lebih selamat jika mampu.
j) Melaporkan kepada individu yang dipercayai jika terdapat ancaman jenayah seksual.

Pengisian 9
Tajuk: Reaksi terhadap ancaman jenayah seksual

a) Spontan
 menjerit, meraung untuk mendapatkan bantuan
 menolak/menepis
 gunakan teknik seni mempertahankan diri, jika tahu

b) Jika menerima ancaman menerusi aplikasi gadget
 sekatan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC)
 ketetapan privacy (privacy setting) untuk aplikasi berkenaan

c) Individu yang dikenali
sekiranya pemangsa dan mangsa saling cabar-mencabar untuk melakukan jenayah
seksual, individu perlu:
 menjauhkan diri daripada perkara yang mencurigakan
 melaporkan kepada orang yang dipercayai (contoh: guru, keluarga terdekat)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 44 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Pengisian 10
Tajuk: Tubuh Anda, Hak Anda
TIADA SIAPA boleh menyentuh tubuh badan anda sama ada lelaki atau perempuan dan
sentuhan hanya terhad kepada tujuan berikut (Sentuhan 3K):

a) keselamatan
(Contoh: pemeriksaan imigresen di lapangan terbang)

b) kesihatan
(Contoh: pemeriksaan doktor)

c) kebersihan
(Contoh: mencuci luka dibahagian tertentu ketika sakit)

Organ yang merangsang perlakuan seks adalah OTAK
 sebenarnya organ tubuh yang paling penting ketika berhubungan seks adalah
otak. Otaklah yang mengatur tinggi atau rendahnya libido (nafsu berahi yang
bersifat naluri), sehingga memiliki fungsi seksual yang sangat penting.

Pengisian 11
Tajuk: Tindakan yang boleh diambil oleh murid jika berlaku jenayah seksual

a) Laporkan kepada orang yang dipercayai seperti ibu bapa/ penjaga, guru dan guru
bimbingan dan kaunseling supaya mendapat nasihat dan tunjuk ajar bagi mengatasi
masalah tersebut

Nota: sekiranya gangguan seksual datang daripada ahli keluarga, mangsa boleh meminta
bantuan daripada guru, jiran, kawan yang dipercayai, ahli keluarga yang dipercayai

b) Membuat panggilan ke talian Kasih 15999 (JKM) untuk mendapatkan perlindungan
c) Merujuk kepada pegawai perubatan untuk mendapatkan rawatan dan pengesahan

di hospital atau ‘One Stop Crisis Center’ (OSCC).

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 45 ]

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Pengisian 12
Tajuk: Hukuman kes jenayah seksual
Akta Berkaitan

1. Mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (Akta 574), melakukan persetubuhan
dengan gadis di bawah usia adalah perbuatan jenayah dan salah di sisi undang-
undang serta boleh didakwa.

2. Mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan
merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30
tahun dan sebatan.

3. Di bawah Kanun Keseksaan, jenayah seks disebutkan dalam beberapa seksyen
yang berasingan.

4. Jenayah rogol (rape) dimuatkan dalam Seksyen 375, manakala hukumannya
penjara tidak kurang dari 5 tahun dan tidak melebihi 20 tahun, disebutkan dalam
Seksyen 376.

5. Dari takrifnya yang dibuat secara khusus, rogol hanya boleh dilakukan oleh
seorang lelaki ke atas seorang perempuan. Intipati jenayah rogol ialah satu
hubungan seks yang dilakukan tanpa kerelaan sebenar oleh pihak perempuan.
Andainya perempuan yang menjalin hubungan seks itu masih di bawah umur 16
tahun, Kanun Keseksaan masih menganggapnya satu jenayah rogol, walaupun
perempuan itu penuh rela dan mengambil peranan aktif dalam hubungan seks
itu.

6. Di bawah Kanun Keseksaan yang berkuat kuasa di negara kita pada masa ini,
rogol tidak boleh dilakukan oleh seorang wanita terhadap seorang lelaki.

Luar Tabii
1. Seksyen 377 hingga 377E pula mengandungi 6 peruntukan berasingan mengenai
jenayah luar tabii (unnatural offences), menjalin hubungan seks (carnal intercouse)
dengan binatang adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 377, dan jika sabit
kesalahan, boleh dihukum dengan penjara tidak melebihi 20 tahun, denda dan
dikenakan hukuman sebat.
2. Hubungan seks antara sesama lelaki (homoseks) adalah juga satu kesalahan jika fakta
kesnya menepati takrif jenayah yang disebutkan dalam Seksyen 377A.
3. Seksyen ini menyatakan bahawa adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang itu
membuat hubungan seks (sexual connection) dengan memasukkan zakarnya ke dalam
dubur atau mulut seseorang lain (tak kira atau perempuan). Jika pasangan penjenayah

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 46 ]


Click to View FlipBook Version