The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL_INTERVENSI_JENAYAH_SEKSUAL_TERHADAP_KANAK_KANAK_IHSAN_2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tbh7998, 2022-12-13 09:12:00

MODUL_INTERVENSI_JENAYAH_SEKSUAL_TERHADAP_KANAK_KANAK_IHSAN_2019

MODUL_INTERVENSI_JENAYAH_SEKSUAL_TERHADAP_KANAK_KANAK_IHSAN_2019

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

itu seorang lelaki, perbuatan sedemikian dipanggil ''homoseks'', manakala jika
pasangannya perempuan, ia dipanggil ''heteroseks''.
4. Di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan, kedua-dua perbuatan itu adalah salah, dan
jika sabit kesalahan, ia boleh dihukum di bawah Seksyen 377B dengan penjara tidak
melebihi 20 tahun, dan hendaklah juga disebat (shall also be liable to whipping).
5. Di bawah Seksyen 377C, jika penjenayah yang melakukan jenayah di luar tabii itu tadi
melakukannya secara paksa, iaitu tanpa izin atau kerelaan pihak lain (pasangannya),
misalnya dengan mengugut akan membunuh atau mencederakan orang itu atau orang
lain jika ia tidak menurut segala kehendaknya, penjenayah itu hendaklah dihukum
penjara tidak kurang dari 5 tahun dan tidak melebihi 20 tahun; selain itu, ia juga
hendaklah ditekankan hukum sebat.
6. Jika kita bandingkan kedua-dua peruntukan di atas tadi (Seksyen 377B dan Seksyen
377C), nyatalah bahawa hukuman bagi penjenayah yang melakukan jenayah seks luar
tabii itu berbeza dari aspek had minimum hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya.
7. Perbezaan ini bergantung kepada keadaan fakta kes - sama ada perbuatan jenayah itu
dilakukan dengan kerelaan pasangannya atau pun sebaliknya.

Melampau
1. Di bawah Seksyen 377D, adalah menjadi satu kesalahan jika seorang itu melakukan,
membantu atau menyebab dilakukan, atau mencuba melakukan, satu perbuatan
kelucahan melampau (gross indency) dengan orang lain. Perbuatan ini boleh dilakukan
sama ada di tempat awam atau di tempat yang tersembunyi (in public or in private). Jika
sabit kesalahan, perbuatan sedemikian boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun.
2. Jika kita bandingkan Seksyen 377D ini dengan peruntukan-peruntukan lain sebelumnya,
kita boleh lihat bahawa kesalahan di bawah Seksyen 377D ini adalah kesalahan yang
agak ringan sedikit. Sebab itulah maksimum hukuman penjara yang boleh dikenakan
hanyalah 2 tahun, berbanding 20 tahun bagi kesalahan di bawah Seksyen 377C dan
377D.
3. Seksyen 377E, iaitu peruntukan terakhir dalam kumpulan jenayah luar tabii ini,
mentakrifkan kesalahan seorang itu yang cuba mempengaruhi atau memujuk (incites)
seorang kanak-kanak di bawah umur 14 tahun untuk melakukan perbuatan kelucahan
melampau (gross indencency) dengannya. Jika sabit kesalahan, orang itu boleh dihukum
penjara tidak.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 47 ]


Fokus MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH
Tajuk
Objektif MODUL 1
Psikososial dan Kesejahteraan Mental
Masa Sayangi Diri
Sasaran
Bahan 1. Membina hubungan dua hala antara guru bimbingan dan
kaunseling, murid (klien) dan ahli kelompok.
Set Induksi
Langkah- 2. Mewujudkan nilai kerjasama antara ahli kelompok.
Langkah 3. Mengenal pasti emosi setiap ahli kumpulan.
4. Mewujudkan sistem kepercayaan antara guru bimbingan dan
Penilaian
Rumusan kaunseling dan ahli kelompok.
Falsafah 30 hingga 60 minit
Murid yang telah dikenal pasti terlibat dengan jenayah seksual

1. Klip Video (Pergaulan Bebas)
2. Borang Emoji Diri (Lampiran 1)
3. Gambar Cantuman Puzzle Kasih Sayang 1 (Lampiran 2)
4. Gambar Cantuman Puzzle Kasih Sayang 1 (Lampiran 3)
Tayangan video (Pergaulan Bebas)
GBK meminta murid (klien) memberikan respon terhadap tayangan
video tersebut.
1. Proses pengenalan diri klien bersama-sama ahli kelompok.
2. GBK mengedarkan borang emoji diri kepada setiap klien. (Ujian

Pra)
3. Setiap murid (klien) diminta untuk menyatakan perasaan diri

masing-masing berdasarkan emoji diri yang diberikan.
4. Aktiviti Cantuman Puzzle; kekeluargaan / kasih sayang
5. Murid (klien) diminta melengkapkan cantuman puzzle tersebut.
6. Murid (klien) diminta memberi pandangan untuk setiap gambar

yang dihasilkan.
7. Setiap murid (klien) mengaitkan nilai kehidupan yang terdapat

dalam cantuman puzzle dengan keinginan murid yang ideal
terhadap keluarga masing-masing.
8. Sebelum berakhir, GBK mengingatkan murid (klien) agar etika
kerahsiaan haruslah diamalkan.
Membina sistem kepercayaan dalam diri setiap ahli dalam kelompok.
Wujudkan kemesraan, kerjasama dan kepercayaan antara ahli kelompok.
“Jangan takut untuk berubah ke arah lebih baik tetapi takut kepada diri
yang tidak ingin berubah”.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 48 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

LAMPIRAN 1 – VIDEO AKIBAT PERGAULAN BEBAS
https://drive.google.com/open?id=0BwQwRbh0W3BxUDAxdjdDRjdEVzQ

LAMPIRAN 2- PUZZLE SAYANGI DIRI (1)

PUZZLE SAYANGI DIRI (2)

LAMPIRAN 3- PUZZLE SAYANGI DIRI (1)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 49 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 50 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

LAMPIRAN 4 - UJIAN PRA EMOJI DIRI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 51 ]


Fokus MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH
Tajuk
Objektif MODUL 2
Psikososial dan Kesejahteraan Mental
Masa Diriku Begitu Berharga
Sasaran
Bahan 1. Merangsang murid menceritakan pengalaman hidup
mereka.
Langkah-Langkah
2. Mentafsir perkara-perkara yang mendorong masalah
kepada ekologikal (keluarga / rakan-rakan)

30 hingga 60 minit
Murid yang telah dikenal pasti terlibat dengan jenayah seksual

1. Graf kehidupan
2. Lagu ‘Rapuh’ – Opick
1. GBK mengedarkan kertas graf kehidupan.
2. Murid (klien) diminta untuk memplot rentetan kehidupan

mengikut umur dan tahap ketinggian peristiwa manis dan
pahit.
3. Murid (klien) diberikan masa 10 hingga 15 minit.
4. Murid (klien) membentang dan mentafsirkan lakaran
yang dihasilkan serta kaitannya dengan peristiwa dalam
kehidupan mereka. Semasa pembentangan, murid-murid
lain digalakkan bertanya, berbincang dan berkongsi
pengalaman yang sama.
5. GBK menyimpan maklumat tambahan di dalam profil
individu untuk sesi yang seterusnya (mengikut
keperluan).
6. GBK menayangkan video klip lagu ‘Rapuh’. Murid (klien)
diajak menghayati lagu dan lirik yang terdapat di dalam
lagu tersebut.
7. Murid (klien) diminta memberi penjelasan tentang apa
yang difahami dalam lagu tersebut.

Penilaian Mentafsir graf garis kehidupan secara terperinci dan murid (klien)
Rumusan diklasifikasikan mengikut tahap (ringan, sederhana, berat)
Falsafah Pengalaman yang dilalui oleh klien memberikan implikasi
terhadap perasaan dan perlakuan.
“Malu dan iman itu bergandingan, hilang satu, hilang semua”

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 52 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

LAMPIRAN 1- GRAF KEHIDUPAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 53 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

LAMPIRAN 2- LAGU RAPUH
https://drive.google.com/open?id=0BwQwRbh0W3BxTk5nQUp2SlhMdEk

LAMPIRAN 3- LIRIK LAGU RAPUH

LIRIK LAGU ‘RAPUH’

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidup

Reff :
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta

Kembali ke Reff 2x

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 54 ]


Fokus MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH
Tajuk
Objektif MODUL 3
Psikososial dan Kesejahteraan Mental
Masa Aku Hebat
Sasaran
Bahan 1. Mengenal pasti potensi diri
Langkah-langkah 2. Menggilap potensi diri
3. Menghargai diri sendiri
Penilaian 30 hingga 60 minit
Rumusan Murid yang telah dikenal pasti terlibat dengan jenayah seksual
Falsafah Tayangan Video (Anda Luar Biasa)
Tayangan Video (Berfikir dan Bertindak)
1. GBK menayangkan video yang menunjukkan contoh-contoh
kejayaan pelbagai individu yang berjaya membangunkan
potensi diri yang hebat.
2. Ahli kumpulan diminta memilih pasangan dan bertukar-tukar
cerita tentang potensi atau kehebatan yang dimiliki.
3. GBK memilih murid (klien) secara rawak dan meminta
murid tersebut menerangkan kehebatan atau potensi diri
pasangan masing-masing.
4. Murid (klien) memberi dorongan positif kepada pasangan
masing-masing.
Hasil maklum balas daripada setiap pasangan
Potensi diri perlu digilap demi kejayaan dan kehidupan masa
depan.
“Jangan pernah menyerah, perbaiki kesalahan dan teruslah
melangkah”.

LAMPIRAN 1- VIDEO ANDA LUAR BIASA
https://drive.google.com/open?id=0BwQwRbh0W3Bxem1rbDduZnZ0UXc

LAMPIRAN 2- VIDEO BERFIKIRAN POSITIF
https://drive.google.com/open?id=0BwQwRbh0W3BxaHc3cHQ4Q0gxek0

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 55 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

MODUL 4

Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental
Tajuk Serlahkan Dirimu
Objektif
Masa 1. Menyerlahkan kehebatan yang ada dalam diri.
Sasaran 2. Mengamalkan ciri-ciri asertif dalam kehidupan.
Bahan 30 hingga 60 minit
Murid (klien) yang telah dikenal pasti terlibat dengan jenayah
Langkah-langkah seksual
1. Tayangan Video (Sentuhan Selamat)
2. Tayangan Video (Ciri-Ciri Asertif)
3. Borang Soal Selidik (Ujian Post)
4. Borang Emoji Diri
1. GBK menayangkan video sentuhan selamat dan
sentuhan yang dilarang.
2. Murid (klien) diminta untuk menyenaraikan tindakan yang
perlu dilakukan sekiranya berlaku sentuhan yang dilarang
3. Setiap murid (klien) diminta menyenaraikan tindakan
masing-masing bersama rakan-rakan lain.
4. GBK menayangkan video ‘Ciri- Ciri Asertif’’.
5. Murid (klien) diminta untuk berani mengatakan ‘TIDAK’
sekiranya berada dalam situasi tersebut.
6. Seterusnya, murid (klien) diminta untuk mengisi borang
soal selidik ‘Serlahkan Dirimu’.
7. Hasil soal selidik adalah untuk rujukan guru bimbingan dan
kaunseling sebagai tindakan susulan.
8. Sebelum menamatkan sesi, GBK mengedarkan borang
emoji kepada semua murid (klien).
9. Semua murid (klien) akan memilih emoji diri masing-masing
mengikut situasi semasa.
10. Murid (klien) menerangkan mengapa emoji itu dipilih.

Penilaian Kepentingan ciri-ciri asertif diri murid (klien) - diri setiap individu
Rumusan begitu bernilai

1. Murid (klien) seharusnya tahu menyatakan perasaan
masing-masing secara jujur.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 56 ]


Falsafah MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

2. Murid (klien) tahu mengaplikasikan ciri asertif diri dalam
kehidupan.

3. Murid (klien) bijak menghormati perasaan orang lain.
“Jangan menyalahkan masa lalu anda, kerana masa lalu tidak
akan pernah berubah".

LAMPIRAN 1 – VIDEO SENTUHAN SELAMAT
https://drive.google.com/open?id=0BwQwRbh0W3BxSGplcVdSVS01TVU

LAMPIRAN 2 – CONTOH GANGGUAN SEKSUAL

https://drive.google.com/open?id=0BwQwRbh0W3BxRFN6dUliY05WR2c

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 57 ]


Fokus MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH
Tajuk
Objektif MODUL 5
Psikososial dan Kesejahteraan Mental
Masa Batasan Pergaulan
Set induksi
Sasaran 1. Murid (klien) memahami batasan pergaulan
Bahan 2. Murid (klien) dapat memelihara betapa pentingnya
Langkah-langkah
maruah diri.
Penilaian 3. Murid (klien) menghasilkan peta minda kesan akibat
Rumusan
Falsafah pergaulan bebas.
60 hingga 90 minit
Tayangan video (Batas-Batas Pergaulan)
Murid (klien) berbilang bangsa
Laptop, LCD dan Power Point.

1. GBK menayangkan video
2. Ceramah telah disampaikan selama satu jam.
3. Semua murid (klien) dipecahkan kepada lapan

kumpulan untuk menjalani latihan dalam kumpulan.
3.1 Setiap kumpulan diberikan kertas mahjong dan pen

marker.
3.2 Semua kumpulan perlu berbincang menghasilkan

peta minda berdasarkan tajuk yang diberi. .
i. Definisi
ii. Punca
iii. Akibat kepada diri sendiri
iv. Akibat kepada keluarga
v. Akibat kepada masyarakat
vi. Akibat kepada Negara
vii. Akibat kepada Agama
viii. Akibat kepada kesihatan
3.3 Semua kumpulan perlu membuat pembentangan.
Membina jati diri agar tidak terjebak dalam pergaulan bebas.
Mewujudkan rasa keinsafan pada diri.
“Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna”

LAMPIRAN 1 – CARA-CARA MENGATASI PERGAULAN BEBAS

https://drive.google.com/open?id=0BwQwRbh0W3BxNEVtZHF3TEsyOWs

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 58 ]


LAMPIRAN 2 – PER

PUNCA

DEFINASI

AKIBAT PERGAULA
KELUARGA BEBAS

AKIBAT AKIBAT
MASYARAKAT
KEMENTERIAN


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

RGAULAN BEBAS

A
AKIBAT AGAMA

AN AKIBAT NEGARA

S

T DIRI AKIBAT
KESIHATAN

N PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 60 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

LAMPIRAN 3 – SOAL SELIDIK “SERLAHKAN DIRIMU”
SOAL SELIDIK ‘SERLAHKAN DIRIMU’

Kenyataan di bawah memperihalkan bagaimana anda melihat persekitaran anda. Disebabkan
perkara ini adalah sekadar sudut pandangan peribadi, maka tiada jawapan yang benar atau
salah. Sila jawab dengan jujur.
Sila berikan respon anda terhadap item-item di bawah mengikut darjah persetujuan berdasarkan
skala pilihan jawapan berikut. Bulatkan pilihan jawapan anda bagi setiap item yang

memperihalkan apa yang anda fikirkan ketika ini:

Sangat Tidak Setuju (STS) 1 Setuju (S) 4
Sangat Setuju (SS) 5
Tidak Setuju (TS) 2

Tidak Pasti (TP) 3

Pencegahan

1 Saya selesa membincangkan masalah seksual saya dengan 1 2 3 4 5

guru bimbingan dan kaunseling

2 Saya selesa membincangkan masalah seksual saya dengan 1 2 3 4 5
rakan yang dipercayai

3 Saya akan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah untuk 1 2 3 4 5
menghindarkan diri memikirkan aktiviti seksual

4 Pendidikan seksual membantu saya mengetahui implikasi 12345

penganaiyaan seksual

5 Saya menyedari betapa pentingnya menghargai kehidupan 1 2 3 4 5

Pembangunan Diri

1 Saya yakin untuk berubah 12345

2 Saya boleh mengurangkan penglibatan saya dalam 1 2 3 4 5

Tingkah laku seksual

3 Saya dapat mengukuhkan sifat-sifat positif dalam diri 12345

4 Saya bertanggungjawab ke atas perasaan dan tindakan 12345

sendiri

5 Saya percaya setiap yang saya lalui ada hikmahnya 12345

Rawatan

1 Saya belajar daripada kesilapan 12345

2 Saya dapat mengawal perasaan saya terhadap aktiviti 12345
seksual

3 Saya dapat memberi tumpuan kepada perancangan masa 12345
depan saya

4 Saya berasa kehidupan saya lebih bermakna 12345

5 Saya dapat mendekatkan diri dengan Tuhan 12345

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 61 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

LAMPIRAN 4 – UJIAN PASCA EMOJI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 62 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

SLAID PERSEMBAHAN POWER POINT

PENGENALAN RINGKAS
JENAYAH SEKSUAL

JENAYAH SEKSUAL

• JENAYAH SEKSUALterjadi apabila berlakunya unsur
atau keadaan seperti :

MENGANCAM atau MENIPU kanak-kanak dengan
tujuan untuk melakukan aktiviti seks.

• Jenayah seksual boleh berlaku SECARA FIZIKAL
ataupun BUKAN FIZIKAL.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 63 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

PENYATAAN JENAYAH SEKSUAL

Mengeluarkan Menghantar Mengintai Menggalakkan
perkataan dan pesanan ringkas kanak-kanak atau memaksa
(SMS), pesanan untuk tujuan kanak-kanak
aksi lucah keberahian menonton video
terhadap kanak- bergambar
(MMS), dan seks. lucah.
kanak secara video lucah
langsung atau secara sengaja.
melalui media

cetak dan
elektronik.

PERNYATAAN JENAYAH SEKSUAL DAN KETERANGAN

ROGOL Dalam undang-undang,
jenayah rogol adalah
istilah yang merujuk
kepada serangan seksual
yang mana penyerang
memaksa mangsa yang
tidak bersetuju untuk
melakukan hubungan

seksual dengan
memasukkan zakar ke

dalam faraj secara
paksaan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 64 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

PERNYATAAN JENAYAH SEKSUAL DAN
KETERANGAN

SUMBANG Hubungan seks antara
MAHRAM ahli keluarga seperti
ibu bapa, datuk atau
nenek, saudara kandung
(abang, kakak, adik),
saudara tiri (bukan

saudara angkat),
saudara dari ibu bapa,

anak saudara serta
cucu.

PERNYATAAN JENAYAH SEKSUAL DAN
KETERANGAN

CABUL

Satu bentuk
gangguan seksual
yang melibatkan

sentuhan pada
tubuh badan
mangsa tanpa
kerelaan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 65 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

PERNYATAAN JENAYAH SEKSUAL DAN
KETERANGAN

SEKS LUAR
TABII

Memasukkan
objek lain ke
dalam dubur
individu yang

lain.

HUJAH AL-QURAN DAN HADIS TENTANG
PENGHARAMAN LIWAT DAN SEKSUAL SESAMA
JANTINA

Maksudnya :

Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak
mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan
kejahatan. Nabi Lut berkata: “Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak
perempuanku, mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan
mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi
malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu
seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?”

(Surah Hud : 78)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 66 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

HUJAH AL-QURAN DAN HADIS TENTANG
PENGHARAMAN LIWAT DAN SEKSUAL SESAMA
JANTINA

Maksudnya :
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana
memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji)
bahkan kamu yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)”.
(Surah al-Naml : 55)

PENGGUNAAN TEKNOLOGI
MEDIA SOSIAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 67 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEDIA SOSIAL

Penggunaan teknologi Ianya amat membimbangkan
media sosial menjadi berikutan statistik yang
keghairahan kanak-kanak menyumbang terhadap
dan remaja pada masa kini jenayah seksual

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEDIA SOSIAL

Statistik 2016, Mangsa berkenalan Modus operandi
sebanyak 184 kes melalui - mangsa dipujuk
jenayah seksual dan dibawa keluar
Aplikasi Weechat – berjalan sebelum
dilaporkan 138 kes dijadikan mangsa
jenayah seksual
Facebook - 35 kes
Whatsapp – 11

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 68 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

JENIS-JENIS APLIKASI MEDIA SOSIAL

PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEDIA
SOSIAL

1. KESELAMATAN

• Jangan menambah kenalan (add friends) orang yang tidak
dikenali.

• Menggunakan laman sosial bagi tujuan pendidikan,
menambah ilmu pengetahuan dan sebagainya.

• Tidak menerima pelawaan untuk berjumpa dengan
kenalan atas talian (online) tanpa pengetahuan keluarga.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 69 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEDIA
SOSIAL


Melayari internet di tempat terbuka supaya mudah dilihat
dan dikawal.


Elakkan daripada berkongsi maklumat peribadi dengan
sesiapa sahaja.


Pastikan daftar keluar (log out) setiap kali selepas
menggunakan aplikasi media sosial.

PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEDIA
SOSIAL

• Elakkan membina kata laluan (password) yang serupa
dengan nama pengguna (username).

• Membuat sekatan terhadap aplikasi yang dapat
mengakses data peribadi anda.

• Jangan sesekali berkongsi lokasi terkini anda di laman
sosial.

• Jangan muat naik/turun (post/upload) gambar yang
mengghairahkan kerana walaupun telah dipadamkan,
gambar tersebut masih boleh diaskes.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 70 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEDIA
SOSIAL

• Penggunaan komputer dan internet tanpa wayar (wifi)
adalah tidak selamat.

• Jangan sesekali klik pautan daripada sumber yang anda
tidak ketahui.

PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEDIA
SOSIAL

Guna Tidak Bertanggungjawab
tatabahasa yang menyebarkan terhadap kata-kata
baik dan betul. anda di media sosial.
informasi
yang palsu.

Jangan tularkan 2.ETIKA Tidak terlibat
(viral) sebarang dengan buli

bentuk siber.
informasi yang

diragui.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 71 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEDIA
SOSIAL

3. BATASAN-BATASAN
• Kenal pasti kenalan (follower) anda.

• Semak latar belakang, profil peribadi sebelum
mengesahkan kenalan baru (add/confirm friends).

PENGANTUNAN KANAK-KANAK
(CHILD GROOMING)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 72 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

PENGANTUNAN KANAK-KANAK (CHILD GROOMING)

DEFINISI

Dalam bahasa Inggeris, perkataan grooming
digunakan sebagai merujuk kepada taktik yang

digunakan pemangsa untuk mendapatkan
kepercayaan kanak-kanak (dan kadang-kadang

ibu bapa) bagi menjadikan kanak-kanak
tersebut mangsa seksual mereka

PENGANTUNAN KANAK-KANAK (CHILD GROOMING)
• Strategi dan taktik pemangsa

Fasa • Pemangsa kebiasaannya
persediaan menggunakan pelbagai teknik
hubungan dan atau taktik untuk mendapatkan
kepercayaan keyakinan kanak-kanak.
dengan mangsa
• Contoh : pemangsa berjanji
untuk menyimpan rahsia kanak-
kanak tersebut bagi
mendapatkan kepercayaan
mangsa

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 73 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

PENGANTUNAN KANAK-KANAK (CHILD GROOMING)
• Strategi dan taktik pemangsa

Menggunakan • Selepas mendapatkan
kod rahsia keyakinan, pemangsa
sebagai gelaran mungkin akan
faraj dan zakar mendedahkan kanak-
kanak dengan permainan
berbentuk seksual dan
bahan berunsur lucah.

PENGANTUNAN KANAK-KANAK (CHILD GROOMING)
• Strategi dan taktik pemangsa

Perhatian • Mewujudkan rasa kasih sayang
penuh kepada pada diri kanak-kanak disusuli
setiap masalah dengan peras ugut mahupun
yang rasuah yang akan
dikemukakan mengelirukan kanak-kanak.

• Sentuhan fizikal akan bermula
seperti peluk dan cium.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 74 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

PENGANTUNAN KANAK-KANAK (CHILD GROOMING)
• Strategi dan taktik pemangsa

Berusaha • Pemangsa akan berusaha untuk
membantu menjadi rakan kepada keluarga
setiap masalah mangsa.

• Menawarkan diri untuk menjaga
kanak-kanak.

• Pemangsa tidak akan melakukan
sebarang serangan sehingga
mereka mendapat kepercayaan
kanak-kanak tebabit.

REAKSI TERHADAP BAHASA DAN
AKSI-AKSI LUCAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 75 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

TINDAK BALAS YANG BOLEH DILAKUKAN JIKA
BERHADAPAN DENGAN INDIVIDU YANG SERING
MENGGUNAKAN BAHASA DAN AKSI LUCAH

Tidak melayan dan mengelakkan diri dengan rakan yang
mempunyai unsur seksual.
Terus hapuskan gambar-gambar lucah yang dikongsi oleh
kenalan dalam talian.
Menarik diri dari kumpulan yang mula menunjukkan
perbualan atau aksi-aksi lucah.
Memberikan amaran yang tegas melalui mimik muka dan
intonasi suara (asertif diri).
Laporkan kepada orang yang dipercayai seperti guru
atau ibu bapa.

BATASAN PERHUBUNGAN LELAKI
DAN PEREMPUAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 76 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

PERTEMUAN

PANDANGAN PERCAKAPAN

ADAB DAN BATAS
PERGAULAN

BERSENTUHAN BERJABAT
BADAN TANGAN

PANDUAN PERHUBUNGAN
LELAKI vs PEREMPUAN

Elakkan berdua-duaan di tempat sunyi.
Elakkan perbuatan/ kata-kata provokatif/ lucah/
menggoda.
Elakkan bahan yang boleh mencetuskan rangsangan seksual.
Elakkan berpakaian tidak sopan/ menjolok mata.
Elakkan sentuhan badan/ rapat.
Elakkan hubungan seks sebelum bernikah.
Elakkan perhubungan homoseksual (lelaki dengan lelaki) dan
lesbian (perempuan dengan perempuan).

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 77 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

CIRI-CIRI MURID BERISIKO MENJADI
MANGSA JENAYAH SEKSUAL

CIRI-CIRI MURID BERISIKO MENJADI
MANGSA JENAYAH SEKSUAL

Tiada jagaan rapi daripada keluarga/ibubapa.
- Kebebasan keluar dari rumah dan melayari internet.

Konsep/ imej kendiri yang negatif/ rendah diri.
Kaki lepak/ terlibat dengan gejala sosial.
Memiliki telefon bimbit sendiri.
Konflik keluarga.
Kekurangan kasih sayang.
Rasa sunyi.
Tidak tegas terhadap gurauan/ tindakan lucah.
Kurang kesedaran tentang jenayah seksual.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 78 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

KESAN JENAYAH SEKSUAL
TERHADAP MANGSA

KESAN JENAYAH SEKSUAL
TERHADAP MANGSA

FOBIA HARGA DIRI RASA DIRI KOTOR
POST-TRAUMATIC RENDAH TIADA MARUAH DIRI
STRESS DISORDER
RASA BERSALAH KEINGINAN
ANTISOSIAL (GUILTY FEELING) MEMBALAS DENDAM

HAMIL ANAK PENYAKIT JANGKITAN
TAK SAH TARAF SEKSUAL

KETAGIHAN SEKS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 79 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

PANDUAN MENGHINDARI DARIPADA
JENAYAH SEKSUAL UNTUK MURID

1. FAHAM dan KENAL PASTI

Sentuhan selamat (Good Touch)
Sentuhan tidak selamat (Bad Touch)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 80 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

TIADA SIAPA boleh menyentuh bahagian
tubuh badan anda (lelaki atau perempuan)
KECUALI untuk tujuan

KESIHATAN

(Pemeriksaan Doktor)

KESELAMATAN KEBERSIHAN

(Pemeriksaan Imegresen) (Mencuci Luka)

SENTUHAN
3K

2. ELAKKAN berjalan bersendirian di tempat sunyi/
tempat gelap/ kawasan berisiko.

3. Berjalan secara BERKUMPULAN.

4. BAWA ALAT yang mengeluarkan bunyi (wisel)
untuk menarik perhatian orang ramai.

5. JANGAN LAYAN orang tidak dikenali.

6. Jika diserang, cari peluang untuk MELEPASKAN DIRI
contohnya bercakap-cakap, berunding atau berlakon.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 81 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

7. MENJERIT sekuat hati, meraung - (“Tolong”)
untuk dapatkan bantuan

8. Gunakan teknik SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.
9. Pergi ke TEMPAT SELAMAT.
10. LAPORKAN kepada individu yang dipercayai jika

terdapat ancaman jenayah

REAKSI TERHADAP ANCAMAN
JENAYAH SEKSUAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 82 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

SPONTAN
Menjerit/ meraung.
Menolak/ menepis.
Teknik seni mempertahankan
diri.

JIKA MENERIMA ANCAMAN
(APLIKASI GADJET)

Melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (MCMC)supaya dibuat sekatan

Ketetapan keselamatan peribadi (privacy setting)
untuk aplikasi tersebut.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 83 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

JIKA MENERIMA ANCAMAN
(APLIKASI GADJET)

Melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (MCMC)supaya dibuat sekatan

Ketetapan keselamatan peribadi (privacy setting)
untuk aplikasi tersebut.

INDIVIDU YANG DIKENALI

Sekiranya pemangsa menunjukkan tingkahlaku ke arah
melakukan jenayah seksual, mangsa perlu:

Menjauhkan diri daripada pemangsa dan elakkan
daripada bersendirian

Laporkan kepada orang yang dipercayai
(contoh: Guru, keluarga terdekat).

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 84 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

TUBUH ANDA HAK ANDA

TIADA SIAPA BOLEH MENYENTUH
TUBUH BADAN ANDA

KECUALI untuk - Keselamatan
- Kesihatan
- Kebersihan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 85 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL
OLEH MURID JIKA BERLAKU
JENAYAH SEKSUAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 86 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

1. LAPORKAN kepada orang yang dipercayai
(ibu bapa/ penjaga/ guru)

* sekiranya gangguan seksual datang daripada
ahli keluarga :

- MINTA BANTUAN daripada guru, jiran, kawan yang
dipercayai, ahli keluarga yang dipercayai.

2. BUAT PANGGILAN untuk perlindungan.

3. DAPATKAN RAWATAN dan PENGESAHAN di hospital
atau 'One Stop Crisis Center (OSCC)'

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 87 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

HUKUMAN KES JENAYAH SEKSUAL

ROGOL

SEKSYEN 376 KANUN KESEKSAAN
(AKTA 574)

melakukan persetubuhan dengan gadis di bawah
usia adalah perbuatan jenayah dan salah di sisi

undang-undang serta boleh didakwa.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 88 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

AKTA BERKAITAN
AKTA PENDIDIKAN 1966

murid yang dilaporkan mengandung luar nikah
tidak boleh dibuang sekolah tetapi akan

dinasihatkan bercuti sehingga mereka bersalin.

AKTA BERKAITAN

SEKSYEN 376 (2) (e) KANUN KESEKSAAN

hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak
berusia 12 tahun ke bawah ialah

penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 89 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

AKTA BERKAITAN
SEKSYEN 376 (2) (e) KANUN KESEKSAAN

hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak
berusia 12 tahun ke bawah ialah

penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Takrif 'ROGOL' di bawah Kanun Keseksaan

• Dilakukan oleh lelaki ke atas perempuan.

(rogol tidak boleh dilakukan oleh seorang perempuan
terhadap lelaki)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 90 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

'JENAYAH ROGOL'

• Satu hubungan seks yang dilakukan tanpa kerelaan
sebenar pihak perempuan.

• Sekiranya perempuan tersebut di bawah umur 16 tahun,
masih dianggap satu jenayah rogol walaupun perempuan
itu penuh rela dan mengambil peranan aktif dalam
hubungan seks tersebut.

LUAR TABII

SEKSYEN 377 hingga 377E

• mengandungi 6 peruntukan berasingan
mengenai jenayah luar tabii (unnatural
offences) dan menjalin hubungan seks dengan
binatang (carnal intercourse).

• jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan
penjara tidak melebihi 20 tahun, denda dan
dikenakan hukuman sebat.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 91 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

LUAR TABII

SEKSYEN 377A Kanun Keseksaan

• Adalah satu kesalahan bagi seseorang membuat
hubungan seks (sexsual connection) dengan
memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau
mulut 'seseorang lain' (lelaki atau perempuan)

• Homoseks - lelaki dengan lelaki
• Heteroseks - lelaki dengan perempuan
• Di bawah Seksyen 377B boleh dihukum penjara

tidak lebih 7 tahun dan sebatan.

LUAR TABII

SEKSYEN 377C

• Jika jenayah luar tabii itu dilakukan secara
paksa iaitu tanpa izin atau kerelaan
pasangannya (mengugut akan membunuh atau
mencederakan orang itu atau orang lain jika ia
tidak menurut segala kehendaknya) dihukum
penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih 20
tahun. Selain itu, ia juga hendaklah ditekankan
hukum sebat.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 92 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

MELAMPAU

SEKSYEN 377D

• Adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang
itu melakukan, membantu atau mencuba
melakukan satu perbuatan kelucahan
melampau (gross indency) dengan orang lain
samada di tempat awam atau di tempat yang
tersembunyi.

• Jika sabit kesalahan, hukuman penjara tidak
lebih 2 tahun.

MELAMPAU

SEKSYEN 377D

• adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang
itu melakukan, membantu atau mencuba
melakukan satu perbuatan kelucahan
melampau (gross indency) dengan orang lain
samada di tempat awam atau di tempat yang
tersembunyi.

• Jika sabit kesalahan, hukuman penjara tidak
lebih 2 tahun.

3.3 Modul Intervensi Jenayah Seksual Atas Talian (SUMBER MCMC) Muka [ 93 ]
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 94 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

LANGKAH-LANGKAH
MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL
KANAK-KANAK BAGI KANDUNGAN ATAS TALIAN

(SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 95 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Tajuk MODUL 1
Objektif : Risiko Internet Kepada Kanak-Kanak
: Memberi kesedaran tentang risiko Internet kepada murid terutama
Masa dalam perkara-perkara berikut :
Sasaran 1.Perkongsian Berlebihan (Overshare)
Bahan 2.Sexting
Set Induksi 3.Pengantunan Atas Talian (Cyber Grooming)
Langkah-langkah : 30 minit
: Murid sekolah rendah dan menengah
Penutup : 1.Gambar telefon bimbit / komputer riba
Penilaian 2. Slaid power point
Rumusan 3. Video Oversharing
Falsafah : GBK menunjukkan gambar-gambar gadjet kepada murid.
: 1. GBK menerangkan tentang kebaikan dan keburukan penggunaan

internet serta risiko Internet terhadap kanak-kanak.
2. Guru menayangkan slaid berkaitan dengan isu Perkongsian

Berkebihan (overshare) kepada murid.
3. Tayangan Video Oversharing (MCMC).
4. Seterusnya, GBK menerangkan tentang isu jenayah ‘Sexting’,

kesan dan tips pencegahannya kepada murid.

5. GBK menerangkan tentang isu jenayah Pengantunan Atas Talian
(Cyber Grooming) dan platform atas talian yang digunakan oleh
pemangsa.

6. Tayangan video Cyber Grooming (MCMC).
7. Sesi soal jawab dan perbincangan berkaitan tajuk di atas.
: GBK membuat pengukuhan tentang isu jenayah / kes
seksual di atas talian.
: Murid mengetahui isu jenayah seksual yang sering berlaku atas
talian.
: Murid perlu bijak dalam melayari Internet dan peka dengan jenayah
seksual atas talian.
: ‘Klik dengan bijak’

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 96 ]


Click to View FlipBook Version