The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL_INTERVENSI_JENAYAH_SEKSUAL_TERHADAP_KANAK_KANAK_IHSAN_2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tbh7998, 2022-12-13 09:12:00

MODUL_INTERVENSI_JENAYAH_SEKSUAL_TERHADAP_KANAK_KANAK_IHSAN_2019

MODUL_INTERVENSI_JENAYAH_SEKSUAL_TERHADAP_KANAK_KANAK_IHSAN_2019

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Tajuk MODUL 2
Objektif : Tips Keselamatan Dan Pengawalseliaan Di Alam Siber
: Memberi panduan kepada murid tentang perkara yang perlu
Masa
Sasaran diketahui ketika melayari internet.
Bahan : 30 minit
Set Induksi : Murid sekolah rendah dan menengah
Langkah-langkah : 1. Slaid power point Panduan ‘SMART’
: Tayangan video mengenai penyalahgunaan telefon pintar.
Penutup :1. GBK menerangkan tentang panduan ‘SMART’ yang perlu diketahui

Penilaian oleh setiap murid.
Rumusan 2. Guru menerangkan tentang panduan pengawalseliaan alam siber

Falsafah oleh ibubapa/ penjaga kepada murid.
3. Guru memberi bimbingan dan nasihat kepada murid.
: GBK membuat pengukuhan tentang apa yang perlu
dilakukan ketika melayari Internet.
: Murid mengetahui tentang panduan ‘SMART’
: Murid perlu bijak dalam melayari Internet dan sentiasa berhati-hati
dalam berkomunikasi.
: ‘Fikir dahulu sebelum bertindak’

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 97 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 98 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 99 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 100
]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 101
]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 102
]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 103
]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 104
]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

MANUAL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK DI SEKOLAH

3.4 Program Intervensi Jenayah Seksual Melibatkan Ibu bapa dan Komuniti
3.4.1 OBJEKTIF :

1. Meningkatkan pengetahuan ibu bapa dan komuniti tentang jenayah seksual kanak-
kanak.

2. Meningkatkan kesedaran ibu bapa dan komuniti tentang perlindungan dan
keselamatan diri kanak-kanak

3. Mengaplikasi kemahiran keibubapaan yang positif bagi menghasilkan jiwa dan minda
yang seimbang untuk diri dan anak-anak.

4. Memperkasakan penglibatan dan tanggungjawab ahli keluarga dalam membendung
jenayah seksual kanak-kanak.

3.4.2 SASARAN:

Ibu bapa / penjaga, ahli keluarga dan komuniti

3.4.3 CADANGAN AKTIVITI:

1. Seminar / Ceramah / Bengkel /Forum keibubapaan melalui :
a. Hari Pendaftaran murid Tahun 1 dan Tingkatan 1
b. Hari Akademik / Bicara Akademik / Penetapan Target
c. Mesyuarat PIBG
d. Majlis Anugerah Kecemerlangan

2. Kempen Jenayah Seksual menggunakan media berikut :
a. Risalah:penyebaran semasa pendaftaran murid/hari pertama sekolah
b. Gegantung, poster dan kain rentang : diletakkan di kawasan tumpuan
murid/ibu bapa dan komuniti (cth : taman perumahan, balai raya, masjid)
c. Media sosial: WhatsApp, Telegram, WeChat, Instagram, Facebook, Sync.

3. Program/aktiviti anjuran bersama pihak luar seperti : Muka [ 105
a. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ]
b. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
c. Jabatan Agama Islam
d. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

e. Jabatan Peguam Negara (JPN)
f. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN)

3.4.4 Contoh Pelan Tindakan Program Intervensi Jenayah Seksual melibatkan Ibu
bapa dan Komuniti.

Bil Bulan Program/Aktiviti Tempoh Personalia Sasaran
Ibu bapa
Hari Pendaftaran Murid 2 jam Lembaga Penduduk
Komuniti
1 Disember Tahun 1 / Tingkatan 1 dan Pembangunan

Negara (LPPKN)

Ceramah/ Bengkel/ Forum Jabatan Agama Islam
Tajuk 1: Kesedaran Bahaya
Jenayah Seksual Kanak- Kementerian Kesihatan
Kanak Malaysia (KKM)
Tajuk 2 : ‘Say no to sex’
Tajuk 3 : Anda Bijak Jauhi Sarana Ibu bapa dan
Zina Komuniti

Edaran risalah/ bunting 2 jam Polis Diraja Malaysia Ibu bapa
Hari Akademik / Bicara (PDRM) Komuniti
2 Feb Akademik/ Penetapan
Target Jabatan Kebajikan
Seminar / Forum Masyarakat (JKM)
Keibubapaan

Tajuk : Perlindungan dan Sarana Ibu Bapa
Keselamatan Diri Kanak- dan Komuniti
Kanak

Edaran risalah/ bunting 2 jam Lembaga Penduduk Ibu bapa
3 Mac Mesyuarat PIBG dan Pembangunan Komuniti
Negara (LPPKN)
Ceramah /Bengkel
Kemahiran Keibubapaan Jabatan Peguam
Tajuk 1: Peranan ibu bapa Negara (JPN)
dan komuniti dalam

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 106
]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

menangani Jenayah Seksual

Kanak-Kanak Sarana Ibu Bapa

dan Komuniti

risalah /gegantung/ kain

rentang

4 Mei Majlis Anugerah 2 jam Polis Diraja Malaysia Ibu bapa

Kecemerlangan (PDRM)

Seminar Keibubapaan Komuniti

Tajuk : Memperkasakan Jabatan Kebajikan

Penglibatan Keluarga dan Masyarakat (JKM)

Komuniti dalam

Membendung Jenayah Sarana ibu bapa dan

Seksual kanak-kanak. Komuniti

Edaran risalah/ bunting

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 100 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

3.5 Contoh Pelan Tindakan Pencegahan Jenayah Seksual Kanak-Kanak Sekolah
CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL
KANAK-KANAK SEKOLAH MENENGAH

BULAN PENGISIAN CADANGAN SASARAN PERSONALIA
JANUARI MASA
FEBRUARI Pengisian 1 Semua GBK
MAC Tajuk: Pengenalan Sebulan 1 pelajar GURU KELAS
APRIL ringkas jenayah seksual kali Waktu GURU DISIPLIN
MEI perhimpunan Semua
JUN pelajar PK HEM
JULAI Pengisian 2 Sebulan 1 GBK
Tajuk : Penggunaan kali Waktu Semua
Teknologi Media Sosial perhimpunan pelajar GURU KELAS
GURU DISIPLIN
Pengisian 3 Sebulan 1 Semua
Tajuk : Pengantunan kali Waktu pelajar PK HEM
Kanak-Kanak (Child perhimpunan GBK
Grooming) Semua
Pengisian 4 Sebulan 1 pelajar GURU KELAS
Tajuk : Reaksi Terhadap kali Waktu GURU DISIPLIN
Bahasa atau Aksi-Aksi perhimpunan Semua
Lucah pelajar PK HEM
Pengisian 5 Sebulan 1 GBK
Tajuk : Batasan kali Waktu Semua
perhubungan antara perhimpunan pelajar GURU KELAS
Lelaki & Perempuan GURU DISIPLIN
Pengisian 6 Sebulan 1
Tajuk : Ciri-Ciri Murid kali Waktu PK HEM
Yang Berisiko Menjadi perhimpunan GBK
Mangsa Jenayah
Pengisian 7 Sebulan 1 GURU KELAS
Tajuk : Kesan Jenayah kali Waktu GURU DISIPLIN
Seksual kepada Mangsa perhimpunan
PK HEM
GBK

GURU KELAS
GURU DISIPLIN

PK HEM
GBK

GURU KELAS
GURU DISIPLIN

PK HEM

KEMENTER IA N P E N DI DIK A N M AL A Y SIA Muka [ 101 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

OGOS Pengisian 8 Sebulan 1 Semua GBK
Tajuk : Panduan kali Waktu pelajar GURU KELAS
menghindari daripada perhimpunan GURU DISIPLIN
Jenayah Seksual untuk
murid PK HEM

SEPTEMBER Pengisian 9 Sebulan 1 Semua GBK
Tajuk : Reaksi Terhadap kali Waktu pelajar GURU KELAS
Ancaman Jenayah perhimpunan GURU DISIPLIN
Seksual
PK HEM

OKTOBER Pengisian 10 Sebulan 1 Semua GBK
Tajuk : Tubuh Anda, Hak kali Waktu pelajar GURU KELAS
Anda perhimpunan GURU DISIPLIN
Semua
NOVEMBER Pengisian 11 Sebulan 1 pelajar PK HEM
Tajuk : Tindakan Yang kali Waktu GBK
Boleh Diambil Oleh perhimpunan
Murid Jika Dirinya GURU KELAS
Diganggu GURU DISIPLIN

PK HEM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 102 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

UNIT 4:
PERUNDANGAN BERKAITAN KESALAHAN JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK

4.1 Pengenalan
Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) digubal
bertujuan memelihara dan menjaga kebajikan kanak-kanak di bawah umur lapan belas tahun.
Justeru, fungsi Akta 792 ini adalah memperluas dan memperkasa peranan dan kepentingan
Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), Kanun Keseksaan (Akta 574) dan mana-mana
perundangan yang berkaitan.

Secara asasnya, perundangan-perundangan terdahulu dan sedia ada memperuntukkan
perkara-perkara atau peruntukan-peruntukan khas berkaitan kanak-kanak. Misalnya, Seksyen
17, Akta Kanak-kanak (Akta 611) memperuntukkan bahawa kanak-kanak memerlukan
pemeliharaan dan perlindungan daripada ibu bapa atau penjaga atau pusat-pusat
pemeliharaan dan pemuliharaan.

Penggubalan Akta 792 memberi penekanan kepada isu jenayah seksual yang melibatkan
kanak-kanak semakin meruncing dan memerlukan langkah-langkah pencegahan. Merujuk
kepada statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2014 hingga Februari 2017,
sebanyak 402 kes jenayah seksual dan gangsterisme telah dilaporkan bagi seluruh negara
Malaysia. Dapatan ini diperkukuhkan dengan pandangan daripada Pakar Jenayah Seksual
Kanak- kanak iaitu Dr Mohammad Rahim Kamaluddin, Pensyarah Fakulti Sains dan Sosial
Universiti Kebangsaan Malaysia yang menyatakan bahawa terdapat 70 peratus daripada 200
responden di bawah kajian beliau, menerima mesej ringkas berbentuk seksual (gambar
bogel).

Justeru, isu jenayah seksual perlu diberikan perhatian di mana kegagalan menyekat jenayah
ini akan memberi ancaman terhadap institusi kekeluargaan, sosial dan masa depan negara
secara keseluruhannya. Hal ini juga mampu memberi impak negatif untuk jangka masa
pendek dan panjang kepada seseorang kanak-kanak.

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)
bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi memperkukuh isi kandungan
dalam Modul Intervensi Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak dan menyebar luas
maklumat berkaitan jenayah seksual kepada kanak-kanak atau murid-murid di sekolah
sebagai langkah pencegahan dari aspek perundangan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 103 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

4.2 Peruntukan Perundangan Sedia Ada Mengenai Kesalahan-kesalahan Seksual
Terhadap Kanak-kanak

4.2.1 Kanun Keseksaan (Akta 574)
Kanun Keseksaan telah memperuntukkan beberapa perkara berkaitan jenayah seksual
kanak-kanak seperti di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan (Akta 574) memperuntukkan
bahawa;

“Menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan atau secara
awam atau dengan apa-apa cara mengedarkan atau bagi maksud
menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam
atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau dan dalam miliknya
apa-apa buku, risalah, kertas rajah, lukisan, gambaran atau patung yang
lucah atau apa-apa jua benda lain yang lucah”.

Seseorang individu itu boleh disabitkan di bawah Seksyen 354 Akta 574 atas kesalahan
serangan atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang kanak-kanak dengan niat
untuk mencabul kehormatan sebagai mana yang diperuntukkan di bawah;

“Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah ke atas
seseorang dengan niat untuk mencabul kehormatan.”

Seksyen 372 pula memperuntukkan bahawa; “Mengeksploitasikan seseorang untuk tujuan
pelacuran.”

Seksyen 375 memperuntukkan berkenaan kesalahan rogol terhadap kanak-kanak sebagai
mana yang dinyatakan di bawah;
“Seseorang lelaki adalah dikatakan melakukan “rogol” jika ia, kecuali dalam hal yang
dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam
keadaan
seperti berikut :

a) bertentangan dengan kemahuan perempuan itu
b) dengan tiada kerelaan perempuan itu
c) dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati

dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau
cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada
sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah
tanggapan tersebut;

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 104 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

d) dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan
suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah lelaki
yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah di sisi undang-undang
atau yang kepadanya ia akan memberi kerelaan;

e) dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami
jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan;

f) dengan kerelaan perempuan itu, apabila kerelaanya didapati dengan menggunakan
kedudukannya yang berkuasa ke atas perempuan itu atau atas sebab hubungan
profesional atau lain-lain hubungan amanah berkaitan dengannya;

g) Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak, apabila perempuan itu DI
BAWAH UMUR ENAM BELAS TAHUN.”

Seksyen 375B memperuntukkan perlakuan rogol secara berkumpulan terhadap kanak-kanak.
Seterusnya, Seksyen 376A memperuntukkan bahawa seseorang itu boleh disabitkan
kesalahan sumbang mahram sekalipun melibatkan kanak-kanak. peruntukan dinyatakan di
bawah;

“Sumbang mahram- persetubuhan dengan seseorang
yang tidak boleh dikahwini, sama ada kerana larangan
undang-undang, agama, adat atau kebiasaan
(seorang perempuan di bawah 16 tahun atau lelaki
di bawah 13 tahun adalah dianggap tidak dapat memberi
kerelaan untuk perbuatan sumbang mahram).”

Akta 574 di bawah Seksyen 377A memperuntukkan bahawa;
“Persetubuhan karnal di luar tabii dengan memasuki zakar
lelaki ke dalam dubur atau mulut orang lain.”

Dan Seksyen 377C memperuntukan bahawa seseorang individu boleh disabitkan bawah
kesalahan melakukan persetubuhan luar tabii jika sabit kesalahan dan tambahan itu, tafsiran
ini telah diperluaskan kepada penggunaan jari, lidah atau menggunakan mana-mana anggota
badan selain zakar untuk tujuan melakukan persetubuhan luar tabii.

Akta ini juga memperuntukkan perkara berkaitan dengan kesalahan kelucahan melampau di
bawah Seksyen 377D. Seksyen 377E pula berkenaan perlakuan menghasut seseorang
kanak-kanak untuk melakukan kelucahan melampau.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 105 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Peruntukan di bawah Seksyen 377E menyatakan bahawa;
“Merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan
sesuatu perbuatan kelucahan melampau.

Seksyen 509 Akta 574, memperuntukkan bahawa; perkataan atau gerakan badan yang
menjurus kepada kepada menghina kehormatan seseorang yang lain.

4.2.2 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611)

Pengertian kanak-kanak di bawah Akta 611 diperuntukkan pada Seksyen 2 (a) dan (b) yang
beerti seperti berikut:

“kanak-kanak membawa erti seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun dan
(b) berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang yang sudah mencapai
umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam Seksyen 82
Kanun Keseksaan.”

Akta 611 memperuntukkan beberapa perkara berhubung kesalahan-kesalahan jenayah
seksual kanak-kanak. Antaranya, Seksyen 31 memperuntukan bahawa

“mana-mana orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak yang telah
menganiaya, membenarkan kanak-kanak dianiaya, termasuklah dari segi seks
(sexually abuse) boleh jatuh hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau
pemenjaraan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.”

Perlindungan terhadap kanak-kanak daripada terlibat jenayah seksual berbentuk
pengeksploitasian kanak-kanak bagi tujuan pelacuran atau maksud lucah. Perkara ini
diperuntukkan di bawah Seksyen 43 Akta 611. Seseorang apabila disabitkan kesalahan ini
maka boleh dijatuhkan hukuman seperti berikut:

a) Denda tidak melebihi RM50,000 atau pemenjaraan tidak melebihi 15 tahun
atau kedua-duanya;

b) Denda tidak melebihi RM 50,000 atau pemenjaraan tidak kurang daripada 3
tahun dan tidak lebih 15 tahun dan sebatan tidak lebih daripada 6 sebatan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 106 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017

Seksyen 292 Menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan atau secara
awam atau dengan apa-apa cara mengedarkan atau bagi maksud
Seksyen 354 menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam
Seksyen 372 atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau dan dalam miliknya
apa-apa buku, risalah, kertas rajah, lukisan, gambaran atau patung yang
lucah atau apa-apa jua benda lain yang lucah,
Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah ke atas seseorang
dengan niat untuk mencabul kehormatan.
Mengeksploitasikan seseorang untuk tujuan pelacuran.

Seksyen 375 Seseorang lelaki adalah dikatakan melakukan “rogol” jika ia, kecuali dalam
hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan
seseorang perempuan dalam keadaan
seperti berikut :
a) bertentangan dengan kemahuan perempuan itu;
b) dengan tiada kerelaan perempuan itu;
c) dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati
dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan
mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan
lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu
telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut;
d) dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia
bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya
lelaki itu ialah lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya
yang sah di sisi undang-undang atau yang kepadanya ia akan member
kerelaan;
e) dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak
boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi
kerelaan;
f) dengan kerelaan perempuan itu, apabila kerelaanya didapati dengan
menggunakan kedudukannya yang berkuasa ke atas perempuan itu atau

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 107 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Seksyen 375 B atas sebab hubungan profesional atau lain-lain hubungan amanah
Seksyen 376A berkaitan dengannya;
g) Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak, apabila
Seksyen 377A perempuan itu DI BAWAH UMUR ENAM BELAS TAHUN.
Seksyen 377C Rogol secara berkumpulan
Sumbang mahram – persetubuhan dengan seseorang yang tidak boleh
Seksyen 377CA dikahwini, sama ada kerana larangan undang-undang, agama, adat atau
Seksyen 377D kebiasaan (seorang perempuan dibawah 16 tahun atau lelaki di bawah 13
Seksyen 377E tahun adalah dianggap tidak dapat memberi kerelaan untuk perbuatan
Seksyen 509 sumbang mahram).
Persetubuhan karnal di luar tabii dengan memasuki zakar lelaki ke dalam
dubur atau mulut orang lain.
Persetubuhan di luar tabii tanpa persetujuan atau tanpa kerelaan atau
secara menyebabkan ketakutan tentang maut atau kecederaan kepada
mangsa ataupun orang lain.
perhubungan seks dengan objek sama ada melalui dubur atau kemaluan
Melanggar kesopanan dengan melakukan kelucahan melampau.
Merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan
sesuatu perbuatan kelucahan melampau.
Perkataan atau isyarat yang dimaksudkan untuk mengaibkan kehormatan
seseorang

4.2.3 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007
(Akta 670)

Seseorang itu boleh disabitkan atas kesalahan pemerdagangan orang atau kanak-kanak di
bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
Seksyen 14 (Kesalahan Pemerdagangan Kanak-Kanak) memperuntukan bahawa
pemerdagangan kanak-kanak bagi maksud “eksploitasi” adalah termasuk “eksploitasi seks”.
Untuk itu, seseorang boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak kurang
daripada tiga tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun, dan boleh juga didenda.
Seksyen 15 (Kesalahan mendapatkan keuntungan daripada eksploitasi orang yang
diperdagangkan) bahawa merujuk kepada seseorang yang mendapat keuntungan daripada
pengeksploitasian orang yang diperdagangkan (termasuklah kanak-kanak). Hukuman jika
sabit kesalahan adalah pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun, dan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 108 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

boleh juga didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi lima
ratus ribu ringgit.

4.2.4 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]

Kesalahan jenayah seksual juga termaktub di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
[Akta 588] memperuntukkan beberapa perkara yang berkaitan dengan kesalahan jenayah
seksual terhadap kanak-kanak. Antaranya, Seksyen 211 yang menjelaskan bahawa
“seseorang itu dilarang melakukan apa-apa pemberian kandungan jelik (offensive content)
melalui perkhidmatan aplikasi. Kandungan jelik termasuklah kandungan yang sumbang, lucah,
palsu, mengancam atau jelik sifatnya.”

Hukuman jika sabit kesalahan adalah didenda tidak melebihi RM50, 000 atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda
selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu
diteruskan selepas pensabitan.

Seksyen 233 Akta 588 memperuntukkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau
perkhidmatan rangkaian dan lain-lain. Kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan atau
perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi melibatkan komunikasi lucah, sumbang,
palsu, mengancam atau jelik.

Hukuman bagi kesalahan ini adalah denda tidak melebihi RM50, 000 atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh
didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas
pensabitan.

4.2.5 Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620]

Pencegahan dan perlindungan dari kesalahan di bawah Akta Penapisan Filem 2002 [Akta
620] seperti Filem lucah memperuntukkan bahawa;

Tiada seorang pun boleh;
a) ada atau menyebabkan dirinya ada dalam milikan, jagaan, kawalan
atau pemunyaannya; atau
b) menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat,
mengeluarkan, menjual atau menyewakan, apa-apa filem atau bahan
publisiti filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan
kesopanan awam.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 109 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Hukuman terhadap kesalahan di atas adalah denda tidak kurang daripada RM10, 000 dan
tidak lebih daripada RM50, 000 atau dipenjarakan.

Peruntukan-peruntukan yang termaktub di bawah perundangan-perundangan sedia ada dan
terpakai seperti di atas perlu dikemaskini dan dipinda melalui proses tertentu. Namun ini tidak
bermakna peruntukan-peruntukan terdahulu tidak relevan mahupun tercicir. Proses
pengemaskinian dijalankan bagi memperkasakan dan menyesuaikan dengan situasi dan kes-
kes terkini yang berlaku di luar kawalan penggubal dan pengamal perundangan. Selain itu,
tujuan utama penambahbaikan ini adalah untuk membantu serta menjamin kemaslahatan
kanak- kanak dari belenggu jenayah seksual sama ada sebagai pemangsa atau mangsa.

4.3 Akta Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Tahun 2017
4.3.1
Bahagian I (Permulaan)

Fasal 2 – Pemakaian
1) Akta ini hendaklah terpakai bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 18
tahun dan jika Akta ini berhubung dengan mana-mana undang-undang
bertulis yang lain, bagi kanak-kanak yang berumur sebagaimana yang
dinyatakan dalam undang-undang bertulis itu.
2) Apa-apa sebutan tentang kanak-kanak berkenaan dengan mana-mana
kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual
hendaklah termasuk orang yang tertuduh percaya berumur atau di
bawah umur yang dinyatakan dalam peruntukan mengenai kesalahan
itu masing-masing. (whom the accused believes is a person of or under
the age as specified in the respective provisions of such offences)

Fasal 3 – Pemakaian luar wilayah
(Extra-territorial application)
3) Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini, atau di bawah Jadual jika mangsa
ialah kanak-kanak dilakukan oleh warganegara Malaysia terhadap kanak-
kanak di mana-mana tempat di luar Malaysia, dia boleh diuruskan
berkenaan dengan kesalahan itu seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan
di mana-mana tempat di dalam Malaysia.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 110 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

4.3.2.1 Pornografi
Bahagian II (Kesalahan-Kesalahan berhubung
dengan Pornografi Kanak-Kanak)

Fasal 4 - Pornografi kanak-kanak
4. Dalam Akta 792 ini
a) “pornografi kanak-kanak” ertinya apa-apa gambaran yang
keseluruhannya atau sebahagiannya, sama ada dalam bentuk visual,
audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis,
melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik,
mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau dihasilkan secara manual,
atau gabungan apa-apa cara, adalah:
i. mengenai seorang kanak-kanak yang sedang melakukan suatu
kelakuan seksual secara terang-terangan (sexual explicit
conduct);
ii. mengenai seseorang yang kelihatan seperti kanak-kanak yang
sedang melakukan suatu kelakuan seksual secara terang-terangan;
iii. mengenai imej realistik atau grafik seorang kanak-kanak sedang
melakukan suatu kelakuan seksual secara terang-terangan; atau
iv. mengenai imej realistik atau grafik seseorang yang kelihatan seperti
kanak- kanak sedang melakukan suatu kelakuan seksual secara
terang-terangan.
b) “kelakuan seksual secara terang-terangan” (sexual explicit conduct)
termasuklah yang benar atau simulasi yang berikut:
i. persetubuhan, atau perbuatan yang memberahikan termasuk
kontak fizikal yang melibatkan alat kelamin dengan alat kelamin,
mulut dengan alat kelamin, dubur dengan alat kelamin, atau mulut
dengan dubur, antara orang yang mempunyai jantina yang sama
atau berlainan;
ii. perbuatan kebinatangan;
iii. onani;
iv. penganiayaan sadis atau masokis dalam konteks seksual;
v. menunjukkan bagi maksud seksual alat kelamin, punggung,
payudara, bahagian pubis atau dubur; dan
vi. penggunaan apa-apa objek atau peralatan bagi perbuatan yang
memberahikan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 111 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Fasal 5 - Membuat, menghasilkan, mengarahkan pembuatan atau
penghasilan, dsb., pornografi kanak-kanak
5. Mana-mana orang yang membuat, menghasilkan, mengarahkan pembuatan

atau penghasilan, atau mengambil bahagian, menyertai atau melibatkan diri,
mengikut apa-apa cara sekalipun, dalam pembuatan, penghasilan atau
pengarahan pembuatan atau penghasilan, apa-apa pornografi kanak-kanak
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum
dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga puluh tahun dan
hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada
enam sebatan.

Fasal 6 - Persediaan untuk membuat, menghasilkan atau mengarahkan
pembuatan atau penghasilan pornografi kanak-kanak
6. Mana-mana orang yang membuat apa-apa persediaan untuk membuat,

menghasilkan atau mengarahkan pembuatan atau penghasilan apa-apa
pornografi kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila
disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi
sepuluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Fasal 7 - Menggunakan kanak-kanak dalam pembuatan, penghasilan,
pengarahan pembuatan atau penghasilan, dsb, pornografi kanak-kanak
7. Mana-mana orang yang menggunakan atau menyebabkan seorang kanak-

kanak digunakan dalam persediaan untuk membuat atau menghasilkan, atau
dalam persediaan untuk mengarahkan pembuatan atau penghasilan, atau
dalam pembuatan atau penghasilan, atau dalam pengarahan pembuatan atau
penghasilan, apa-apa pornografi kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan
hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama
tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan hendaklah juga dihukum
dengan hukuman sebat tidak kurang daripada lima sebatan.

Huraian Seksyen ini tidak terpakai jika persediaan untuk membuat atau
menghasilkan atau persediaan untuk mengarahkan pembuatan atau penghasilan
pornografi kanak-kanak atau jika pembuatan atau penghasilan atau pengarahan
pembuatan atau penghasilan pornografi kanak-kanak menggunakan
seseorang yang kelihatan seperti seorang kanak-kanak.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 112 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Fasal 8 - Bertukar-tukar, menerbitkan, dsb, pornografi kanak-kanak
8. Mana-mana orang yang:

a) bertukar-tukar, menerbitkan, mencetak, menghasilkan semula, menjual,
menyewakan, mengedar, menunjukkan, mengiklankan, menghantar,
menggalakkan, mengimport, mengeksport, menyampaikan, menawarkan
atau menjadikan tersedia, mengikut apa-apa cara, apa-apa pornografi
kanak-kanak;

b) memperoleh, mengumpul atau meminta apa-apa pornografi kanak- kanak;
atau

c) mengambil bahagian dalam atau menerima keuntungan daripada apa-apa
perniagaan yang diketahuinya atau yang dia mempunyai sebab untuk
mempercayai perniagaan itu berkaitan dengan apa-apa pornografi kanak-
kanak,

melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum
dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun dan
hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada
tiga sebatan.

Fasal 9 - Menjual, dsb. pornografi kanak-kanak kepada kanak-kanak
9. Mana-mana orang yang menjual, menyewakan, mengedar, menunjukkan,

mengiklankan, menghantar, menggalakkan, menyampaikan, menawarkan atau
menjadikan tersedia, mengikut apa-apa cara, apa-apa pornografi kanak-kanak
kepada seseorang kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah,
apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak
melebihi lima belas tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman
sebat tidak kurang daripada lima sebatan.

Fasal 10 - Mengakses, dsb. pornografi kanak-kanak
10. Mana-mana orang yang mengakses, atau mempunyai dalam milikan atau

kawalannya, apa-apa pornografi kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan
boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima
tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-
duanya.

Huraian—Seseorang dikatakan mengakses pornografi kanak-kanak sekiranya
orang itu dengan diketahuinya menyebabkan pornografi kanak-kanak dilihat
oleh, atau dihantar kepada, dirinya.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 113 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

4.3.2.2 Pengantunan Kanak-Kanak (Child Grooming)

Bahagian III (Kesalahan-Kesalahan berhubung dengan Pengantunan Kanak-
Kanak (Child Grooming)

Fasal 11- Berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak
11. (1) Tertakluk kepada subseksyen (3), mana-mana orang yang (a)

berkomunikasi secara seksual dengan seseorang kanak-kanak; atau
(b) menggalakkan seseorang kanak-kanak untuk berkomunikasi
secara seksual, dengan apa-apa cara, melakukan suatu kesalahan
dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.
(2) Bagi maksud seksyen ini, seseorang dikatakan berkomunikasi secara
seksual jika:
a) komunikasi itu atau mana-mana bahagian komunikasi itu adalah

berhubung dengan aktiviti yang bersifat seksual;
atau

b) mana-mana orang yang munasabah akan berpandangan bahawa
mana-mana bahagian komunikasi itu adalah seksual.

(3) Seseorang tidak boleh disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen ini
jika komunikasi itu adalah bagi maksud pendidikan, sains atau
perubatan.

Fasal 12- Pengantunan kanak-kanak
12. (1) Mana-mana orang yang berkomunikasi dengan apa-apa cara dengan

seseorang kanak-kanak dengan niat untuk melakukan atau untuk
memudahkan pelakuan mana-mana kesalahan di bawah seksyen 5, 6,
7, 8, 14 atau 15 atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual terhadap
kanak-kanak itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila
disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak
melebihi lima tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman
sebat.
(2) Dalam mana-mana prosiding di bawah seksyen ini, fakta bahawa mana-
mana kesalahan di bawah seksyen 5, 6, 7, 8, 14 atau 15 atau mana-
mana kesalahan di bawah Jadual telah dilakukan tidak perlu dinyatakan
atau dibuktikan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 114 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Fasal 13 - Perjumpaan selepas pengantunan kanak-kanak
13. (1) Mana-mana orang yang, setelah berkomunikasi dengan apa-apa cara

dengan seseorang kanak-kanak, membuat perjalanan untuk
berjumpa dengan kanak-kanak itu atau berjumpa dengan kanak-
kanak itu dengan niat untuk melakukan atau untuk memudahkan
pelakuan mana-mana kesalahan di bawah seksyen 5, 6, 7, 8, 14 atau
15 atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual terhadap kanak-kanak
itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan,
dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh
tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat
(2) Dalam mana-mana prosiding di bawah seksyen ini, fakta bahawa mana-
mana kesalahan di bawah seksyen 5, 6, 7, 8, 14 atau 15 atau mana-
mana kesalahan di bawah Jadual telah dilakukan tidak perlu dinyatakan
atau dibuktikan.

4.3.2.3 Amang (Assault)
Bahagian IV (Kesalahan-Kesalahan berhubung dengan Amang Seksual–
Sexual Assault)

Fasal 14 - Amang seksual fizikal
14. Mana-mana orang yang, bagi maksud seksual

a) menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak;
b) membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana

bahagian badan orang itu atau bahagian badan mana-mana orang
lain;
c) membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana
bahagian badan kanak-kanak itu sendiri; atau
d) melakukan apa-apa perbuatan lain yang melibatkan kontak fizikal
dengan seseorang kanak-kanak tanpa persetubuhan,
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan,
dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua
puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Huraian 1
Perbuatan menyentuh boleh melibatkan perbuatan menyentuh dengan
menggunakan mana-mana bahagian badan atau dengan suatu objek dan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 115 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

boleh dilakukan melalui apa-apa termasuk apa-apa yang dipakai oleh
orang yang menyentuh atau kanak-kanak yang disentuh.

Huraian 2
Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, mahkamah
boleh menimbangkan, antara lain, bahagian badan yang disentuh, sifat
dan takat perbuatan menyentuh atau kontak fizikal dan semua hal
keadaan yang berkenaan dengan perlakuan itu.

Fasal 15 - Amang seksual bukan fizikal atas kanak-kanak
15. Mana-mana orang yang:

(a) bagi maksud seksual
i. mengatakan apa-apa perkataan atau membuat apa-apa bunyi,
atau membuat apa-apa gerak isyarat atau menunjukkan apa-
apa objek atau badannya atau mana-mana bahagian badannya
dengan niat bahawa perkataan atau bunyi itu hendaklah
didengari, atau gerak isyarat atau objek atau badan atau
bahagian badannya itu hendaklah dilihat oleh seseorang
kanak-kanak;
ii. membuatkan seseorang kanak-kanak menunjukkan badan
kanak-kanak itu atau mana-mana bahagian badan kanak-
kanak itu supaya dapat dilihat oleh orang itu atau mana-mana
orang lain; atau
iii. mengikuti atau memerhati atau menghubungi seseorang kanak-
kanak dengan apa-apa cara secara berulang kali atau kerap;

Fasal 15 - Amang seksual bukan fizikal atas kanak-kanak
(b) mengugut untuk menggunakan apa-apa gambaran yang
keseluruhannya atau sebahagiannya, sama ada dalam bentuk
visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio
atau bertulis, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad
kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik,
atau dihasilkan secara manual, atau gabungan apa-apa cara,
adalah mengenai apa-apa bahagian badan seseorang kanak-
kanak atau mengenai seseorang kanak-kanak sedang melakukan
aktiviti bersifat seksual;

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 116 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

(c) melakukan aktiviti yang bersifat seksual di hadapan
seseorang kanak-kanak;

(d) menyebabkan seseorang kanak-kanak memerhati seseorang
yang lain sedang melakukan aktiviti yang bersifat seksual;

(e) menyebabkan seseorang kanak-kanak memerhati atau
mendengar apa-apa gambaran yang keseluruhannya atau
sebahagiannya, sama ada dalam bentuk visual, audio atau
bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis, melalui
apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik,
mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau dihasilkan secara
manual, atau gabungan apa-apa cara, adalah mengenai
seseorang yang lain sedang melakukan aktiviti yang bersifat
seksual; atau

(f) membuatkan seseorang kanak-kanak melakukan aktiviti yang
bersifat seksual,

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak
melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Huraian: Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual,
mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, perkataan yang digunakan,
sifat dan takat gerak isyarat dan semua hal keadaan yang berkenaan
dengan perlakuan itu.

4.3.3 Hubungan amanah kanak-kanak
Bahagian V (Orang yang mempunyai perhubungan amanah)

Fasal 16 - Orang yang mempunyai perhubungan amanah
(1) Jika seseorang yang melakukan mana-mana kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual terhadap
seseorang kanak-kanak, mempunyai perhubungan amanah dengan
kanak-kanak itu, orang itu hendaklah, sebagai tambahan kepada
hukuman yang dia boleh dikenakan bagi kesalahan itu, dihukum
dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun
dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang
daripada dua sebatan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 117 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Subfasal 16(2) Orang yang mempunyai perhubungan amanah
Siapakah orang yang mempunyai hubungan amanah dengan kanak-
kanak?

Seseorang dikatakan mempunyai perhubungan amanah dengan seseorang

kanak-kanak jika kanak-kanak itu berada di bawah pemeliharaan,

pengawasan atau kuasanya, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

a) ibu atau bapa, penjaga atau seseorang yang mempunyai hubungan

persaudaraan melalui pertalian darah seibu sebapa atau

pertalian darah seibu atau sebapa, atau melalui perkahwinan

atau pengangkatan, termasuk pengangkatan de facto;

b) seseorang yang mengasuh seorang kanak-kanak atau lebih bagi

balasan berharga bagi apa-apa tempoh masa;

c) guru, pensyarah atau warden sesuatu tadika, sekolah, institusi

pengajian tinggi awam atau institusi pengajian tinggi swasta;

d) mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan jagaan

kesihatan di kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan atau

kemudahan jagaan kesihatan swasta sebagaimana yang ditakrifkan

dalam seksyen 2 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];

e) jurulatih; dan

f) Perkhidmatan awam dengan apa jua pangkat dalam menjalankan

kewajipannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis

berkenaan dengan kanak-kanak

4.3.4 Keupayaan dan Keterangan saksi kanak-kanak
Fasal 17- Anggapan keupayaan saksi kanak-kanak
Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-
undang bertulis yang lain, dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana
orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta
ini, atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual jika mangsa ialah kanak-
kanak, seseorang kanak-kanak dianggap kompeten untuk
memberikan keterangan melainkan jika mahkamah berpendapat
selainnya.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 118 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Fasal 18 - Keterangan saksi kanak-kanak
Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-
undang bertulis yang lain, dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana
orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta
ini, atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual jika mangsa ialah kanak-
kanak, mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan itu
berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak,
yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.

4.3.5 Tanggungjawab untuk memberikan maklumat mengenai perlakuan atau
niat mana-mana orang untuk melakukan kesalahan terhadap seseorang
kanak-kanak oleh sesiapa sahaja.

 Fasal 19 - Kegagalan memberikan maklumat
Walau apa pun seksyen 13 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], mana-
mana orang yang tidak memberikan maklumat mengenai pelakuan atau
niat mana-mana orang lain untuk melakukan mana-mana kesalahan di
bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual jika
mangsa ialah seorang kanak-kanak, kepada pegawai yang menjaga
balai polis yang berdekatan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, jika
disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

4.4 Perundangan Berkaitan Jenayah Seksual Kanak-Kanak
4.4.1 Contoh Kes Rogol Statutori (Statutory Rape)

(Kes 1) BATU PAHAT: Empat pelajar ditahan polis semalam, selepas didakwa
merogol seorang rakan sekolah mereka yang menuntut di tingkatan satu sejak April
lalu. Dua suspek berusia 13 tahun dan dua lagi 15 tahun ditahan di kediaman mereka
kira-kira jam 1 pagi di kawasan Sungai Suloh, Senggarang, selepas tidak hadir ke
sekolah selepas kejadian itu terbongkar. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten
Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata perkara itu terbongkar selepas seorang guru
memanggil ibu mangsa dan memberitahu pelajar itu mungkin dirogol. "Ibunya lebih
bimbang apabila anaknya tidak pulang ke rumah seharian selepas keluar Sabtu lalu
dan hanya pulang ke rumah pada malam Ahad kira-kira jam 7 malam.

"Keadaan itu mendorong ibu mangsa membawanya membuat laporan polis sebelum
diarah membuat pemeriksaan di hospital."Pemeriksaan mendapati ada kesan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 119 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

koyakan pada kemaluan mangsa sebelum pelajar itu mengaku melakukan hubungan
seks dengan lima lelaki yang juga rakan sekolahnya sejak April lalu. "Mangsa
menyatakan pernah tiga kali melakukan hubungan seks bulan lalu dengan rakan
sekelasnya di tempat rehat tasik di Taman Evergreen Heights dan di pondok kosong
Sungai Suloh, dekat sini," katanya di sini, hari ini. Abdul Wahib berkata, polis dapat
mengesan dan menahan empat suspek manakala seorang lagi suspek giat diburu.
Katanya, keempat-empat suspek direman seminggu mulai semalam manakala kes itu
disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana pelajar itu didapati merogol.
Sumber elektronik, 17/8/2016: http://www.bharian.com.my

(Kes 2) MELAKA: Dua pelajar senior didakwa merogol pelajar perempuan berusia 13
tahun di dalam kawasan sekolah di Jasin dekat sini. Pelajar perempuan tingkatan satu
itu mendakwa diheret masuk ke dalam bilik stor oleh dua pelajar senior kira-kira pukul
2.30 petang Selasa. Sebaik berada di bilik itu, kedua-dua pelajar senior itu didakwa
menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya. Seorang kakitangan
pentadbiran yang melalui kawasan kejadian, terdengar bunyi teriakan dan bergegas
masuk ke dalam bilik stor itu untuk melakukan pemeriksaan. Terkejut dengan
kehadirannya, dua pelajar lelaki itu melarikan diri dan pelajar perempuan itu dibawa ke
pejabat pengetua. Semasa di bilik pengetua, pelajar wanita itu menceritakan
bagaimana dia diheret masuk ke dalam bilik stor dan dibogelkan sebelum dirogol.

Difahamkan salah seorang pelajar lelaki mengaku melakukan perbuatan itu ketika
disoal siasat pada keesokan harinya. Namun dia mendakwa pelajar perempuan itu
membenarkan perbuatan seksual tersebut. Satu laporan polis dibuat di balai polis
Jasin pada Khamis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner
Kamaluddin Kassim berkata polis menahan dua pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun
untuk membantu siasatan kes tersebut. "Kami sudah menghantar gadis itu untuk
menjalani pemeriksaan kesihatan. Siasatan sedang dijalankan atas kesalahan rogol
statutori," katanya.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak
Chee Kin mengakui amat terkejut dan tidak percaya insiden seperti itu berlaku.
"Perbuatan itu berlaku di dalam kawasan sekolah pada waktu siang. Sudah tiba
masanya pihak sekolah memperketatkan kawalan keselamatan," katanya.
Sumber elektronik, 1/10/2016: http://www.mstar.com.my

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 120 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

4.4.1.2 Contoh Kes Sumbang Mahram (Incest)

(Kes 1) KOTA BHARU: Seorang ayah dihukum penjara setahun enam bulan dan
denda RM2,500, manakala anak perempuannya didenda RM2,000 oleh Mahkamah
Tinggi Syariah di sini, semalam selepas mengaku salah bersekedudukan sehingga
mempunyai tiga anak.

Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap,
dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak
bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha). “Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai
pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar
rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim
Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya turut mengeluarkan
perintah supaya anak beranak itu tidak tinggal bersama dalam sebuah rumah untuk
selamanya bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Lelaki berusia 45 tahun dari
Tumpat yang bekerja sendiri itu turut berdepan tambahan penjara enam bulan jika
gagal membayar denda. Anaknya berusia 25 tahun pula berdepan tindakan penjara
enam bulan jika gagal membayar denda RM2, 000 itu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu pada jam 1.30 pagi semalam bertempat di sebuah
rumah di Wakaf Bharu, Tumpat didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan
dengan anak perempuannya sehingga melahirkan tiga anak. Wanita itu pula pada
tarikh, lokasi dan masa sama didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan
dengan bapanya sehingga melahirkan tiga anak. Berikutan itu, kedua-dua tertuduh
melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah
Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan (tidur sebilik antara bapa dan anak perempuan),
jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda RM3, 000.

Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat awam, penguatkuasa agama Tumpat
membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Wakaf Bharu, sebaik sampai di kediaman
itu didapati pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam. Kemudian pintu rumah
dibuka seorang lelaki dan pemeriksaan di sebuah bilik mendapati seorang lelaki serta
seorang perempuan sedang tidur. Selain itu, terdapat dua kanak-kanak di samping
mereka, hasil soal siasat didapati mereka mempunyai hubungan sebagai bapa dan
anak (mahram).

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 121 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal
bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh
anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan
Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat. Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit
ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira
jam 3 petang, semalam. Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah,
kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak
serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes
berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan
sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri
Kelantan diputuskan mahkamah.

“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab
terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau
boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina
dan dosa besar. Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan
mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri
pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika
mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan
hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-
anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.
Zaini berkata tertuduh perlu dijatuhi hukuman setimpal memandangkan perbuatan
mereka yang keji.
Sumber elektronik, 31/12/2013: http://www.utusanonline.com.my

(Kes 2): Mahkamah Tinggi hari ini menambah tempoh hukuman penjara yang
dikenakan Mahkamah Sesyen ke atas bekas anggota polis berpangkat Sarjan yang
didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya dua tahun lalu.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menambah hukuman kepada 18 tahun daripada 12
tahun yang dikenakan Mahkamah Sesyen pada Mei lalu terhadap Idrus Ayob, 56,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 122 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

setelah beliau membenarkan rayuan pihak pendakwa.

Beliau memerintahkan Idrus menjalani hukuman daripada tarikh jatuh hukum yang
ditetapkan Mahkamah Sesyen pada 3 Mei lepas. Mahkamah Sesyen mengenakan
hukuman penjara 12 tahun ke atas Idrus selepas dia didapati bersalah melakukan
sumbang mahram terhadap anak tiri perempuannya di sebuah rumah di Jalan Air Itam
pada 18 Nov 2011.

Idrus diwakili peguam bela Amirul Fairuzzeen Jamaluddin sementara Melissa Mohd
Awal bertindak selaku peguam pemerhati kepada keluarga mangsa.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit.
Sumber elektronik, 18/12/2013: http://www.malaysiakini.com

4.4.1.3 Contoh Kes Pornografi

(Kes 1) KOTA BHARU: Keluarga wanita yang menjadi mangsa pukul dan dibogelkan,
meminta semua pihak berhenti menyebarkan video kejadian itu. Ibu mangsa yang
hanya mahu dikenali sebagai Ani, 49, berkata anaknya, Nora, 26, (bukan nama
sebenar) kini sangat trauma, hanya menangis dan berkurung dalam bilik kerana
teramat malu dengan penyebaran video mengaibkan itu.

Ani juga meminta masyarakat tidak terus melemparkan persepsi negatif terhadap
anaknya kerana yakin Nora dianiaya. "Sejak kejadian itu, ditambah dengan
penyebaran video memalukan berkenaan, Nora trauma dan tiada selera makan. Dia
hanya merintih kesakitan dan mengakui teramat malu. "Dia juga dalam ketakutan
kerana ahli keluarga kami ada menerima ugutan daripada pihak yang mencari Nora
dan masih belum berpuas hati," katanya yang hadir ke pejabat Ketua Polis Kelantan,
Datuk Dr Ab Rahman Ismail, di sini hari ini.

Ani mendakwa, ugutan itu diterima menerusi panggilan telefon tiga hari lalu, selain ada
beberapa individu bertanya kepada penduduk kampung lokasi rumah Nora. "Kami
memohon pihak berkuasa membantu dari aspek keselamatan kerana khuatir berlaku
kejadian tidak diingini selepas ini. Kami juga bercadang memfailkan saman malu
terhadap individu yang mula menyebarkan video memalukan itu dalam tempoh
terdekat," katanya.
Sumber elektronik, 1/5/2015: http://www.mstar.com.my

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 123 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

(Kes 2) PETALING JAYA: Pelajar Malaysia berusia 23 tahun dijatuhi hukuman lima
tahun penjara oleh mahkamah British kerana memiliki lebih 30,000 imej dan video
pornografi kanak-kanak. Nor Nordin, yang tiba di United Kingdom pada 2014 selepas
memenangi biasiswa untuk belajar di Imperial College, dijatuhi hukuman penjara
selama lima tahun di Southwark Crown Court, Khamis, untuk sejumlah 13 kesalahan.

Kesalahan-kesalahannya, seperti yang dilaporkan dalam media British, termasuklah
memiliki imej tidak senonoh dan video bawah umur, dan 'berniat untuk mengedarkan
bahan tersebut'. Turut dilaporkan bahawa dia berdepan dengan kemungkinan dihantar
pulang serta-merta setelah dibebaskan dari penjara.

Akhbar British melaporkan bahawa Nor Nordin telah ditangkap dalam satu serbuan di
rumahnya di Queensborough Terrace, London pada 20 November tahun lalu yang
menyimpan 600 video dan foto 'Kategori A'. Kategori A' digunakan oleh penguatkuasa
undang-undang di United Kingdom untuk menentukan bentuk penderaan seksual
kanak-kanak yang paling melampau, melibatkan hubungan seks dengan kanak-kanak.

Dilaporkan bahawa pegawai penyiasat kes itu, Detektif Konstable Sara Keane dari
Unit Jenayah Serius Metropolitan berkata Nur Nordin juga terlibat dalam pengeluaran
dan pengedaran gambar dan video. "Nor Nordin terlibat dalam membuat dan
berkongsi beberapa gambar yang paling teruk yang pernah dilihat oleh pegawai-
pegawai yang bekerja dalam bidang ini," katanya.

Keane berkata hukuman penjara terhadap Nor Nordin tidak dapat dielakkan kerana
jumlah imej dan 'kandungan membimbangkan' yang menjadi miliknya.
Sumber elektronik, 27/9/2016: BH ONLINE

4.4.1.4 Contoh Kes Liwat

(Kes 1) Alor Gajah: Usianya baru 10 tahun, namun seorang murid lelaki sebuah
sekolah tahfiz di daerah ini, di sini, menanggung azab apabila mendakwa dipaksa
melayan nafsu songsang empat pelajar senior yang meliwatnya.

Perbuatan keji empat pelajar terbabit terbongkar apabila mangsa yang tidak tahan
dengan perlakuan itu menceritakan kejadian menimpanya kepada pengurusan sekolah
berkenaan yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada keluarganya.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 124 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

Dalam kejadian terbaru jam 8 pagi, 14 Ogos lalu, mangsa diliwat bergilir-gilir dan
dipaksa melakukan seks oral oleh empat pelajar senior terbabit. Menurut sumber,
dalam kejadian itu empat pelajar terbabit membawa mangsa ke kawasan pokok buluh
berhampiran padang sekolah sebelum meliwatnya bergilir-gilir hingga dia tidak
sedarkan diri.

“Seorang daripada empat murid itu didakwa menutup mulut dan hidung manakala tiga
rakannya memaksa mangsa melakukan onani sebelum mereka bergilir meliwat
mangsa. “Selepas mangsa diliwat, keempat-empat pelajar itu memapahnya sebelum
dia dicampak di kawasan semak berhampiran asrama sekolah,” katanya.
Sumber elektronik, 16/3/2014: http://www.sinarharian.com.my

(Kes 2) KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang eksekutif sebuah syarikat pada
Jumaat lepas, kerana disyaki meliwat seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun di
sebuah hotel di Jalan Kuchai Lama di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 40 tahun itu
ditahan di Lumut, Perak susulan laporan polis yang dibuat ibu bapa mangsa selepas
dimaklumkan mengenai insiden yang dikatakan berlaku pada 8 Feb itu, oleh guru
kaunseling sekolah anak mereka.

"Pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Brickfields itu mengenali suspek melalui
laman sosial Facebook dan dipercayai terpedaya dengan ajakan lelaki itu (untuk
bertemu)," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di
sini Rabu.

Mohmad berkata suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat
mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat. Katanya suspek juga
disyaki melakukan perbuatan sama terhadap tiga rakan mangsa dan polis meminta
individu berkenaan tampil membuat laporan polis.

Mengulas lanjut, beliau berkata modus operandi suspek adalah mendekati mangsa
dengan menghadiahkan barangan kesukaan mereka sebelum dibawa ke hotel.
Sumber elektronik, 27/2/2013: http://www.astroawani.com

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 125 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

4.4.1.5 Contoh Kes Buli Siber (Penyebaran bahan lucah, sumbang dan jelik,
kandungan mengancam)

(Kes 1) BATU PAHAT - Seorang lelaki membuat laporan polis setelah mendakwa
akaun Facebook miliknya digodam, dan digunakan pihak ketiga untuk menghantar
gambar lucah kepada kenalannya. Wahyu Hidayat Jaapar, 34, berkata, dia kesal
dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu, sekaligus memberi kesan
terhadapnya apabila dipandang serong oleh umum.

Dia yang juga Ketua Biro Kebajikan Pemuda Umno Bahagian Sri Gading akui hanya
menyedari akaun Facebooknya digodam melalui rakannya. “Pada hari ini (semalam)
saya masih belum buka akaun Facebook saya, namun kenalan saya bertalu-talu
beritahu hal berkenaan (gambar lucah) terdapat di Facebook saya. Ada juga beberapa
pihak hubungi saya dengan sindiran.

“Lebih teruk lagi gambar lucah itu turut dihantar dari akaun saya ke akaun Facebook
lain, di mana akan menyebabkan seolah-olah saya yang hantar gambar berkenaan,”
katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Batu Pahat, semalam.

Menurut Wahyu, dia berharap orang ramai tidak salah faham mengenainya.
“Saya berharap setelah laporan ini dibuat, polis dapat menyiasat sebaiknya dan ia
dijadikan pengajaran kepada individu lain,” katanya.
Sumber elektronik, 3/1/2017: http://www.sinarharian.com.my

4.4.2 Maklumat Perundangan
4.4.2.1 Pengumpulan Bahan Bukti

Guru–guru yang menerima kes aduan berkaitan seksual, meminta pelajar
untuk tidak mencuci pakaian atau membersihkan badannya bagi memastikan
bahan bukti tersebut kekal sehingga mendapat pengesahan daripada Pegawai
Perubatan.

4.4.2.2 Keterangan Saksi
Mangsa, penerima aduan (GBK/PGB) dan mereka yang dinyatakan dalam
laporan sesi boleh dipanggil bagi membantu memberi keterangan kepada
pihak mahkamah.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 126 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

4.4.2.3 Keterangan Dokumen
GBK perlu menyediakan laporan sesi kaunseling bagi mangsa yang terlibat
dalam kes jenayah seksual manakala laporan perubatan dan laporan polis
akan disediakan setelah mangsa membuat laporan polis.

4.4.2.4 Forensik Digital
Forensik digital merupakan kaedah untuk mendapatkan bahan bukti daripada
alat elektronik seperti komputer peribadi, telefon bimbit, komputer riba, server,
tablet dan alat teknologi lain. Hasil ekstrak dari alat elektronik tersebut akan
dijadikan bahan bukti kes sewaktu di mahkamah.

4.5 Tugas dan Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam Persediaan dan
Pemberian Keterangan di Mahkamah

Merujuk Surat Pekeliling /Ikhtisas (Perlindungan) RUJ KP (BS/MEN)
8510/05/017/JLD 12(80), guru-guru kaunseling adalah dilindungi di bawah Akta
Kanak-Kanak 2001 sekiranya mereka melaporkan kes-kes gangguan emosi
atau fizikal yang dihadapi oleh pelajar-pelajar seliaan mereka kepada pihak
berkuasa.

4.6 Program Literasi Undang-Undang untuk murid dan warga sekolah

Antara cadangan program yang boleh membantu memberi kesedaran kepada
murid dan warga sekolah ialah:
a) Tatacara Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak
b) Ceramah/Seminar tajuk berkaitan undang-undang jenayah seksual
c) Program MCMC: “Klik Dengan Bijak”
d) Program kerjasama dengan pihak NGO

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 127 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

4.7 Soalan-soalan Lazim Perundangan

1. SOALAN : Apakah maksud penderaan seksual kanak kanak?

JAWAPAN : Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) Bab 1 (Am)
memperuntukkan bahawa seseorang yang terlibat dalam kes
penderaan seksual kanak-kanak adalah apabila dia
mengambil bahagian sama ada sebagai peserta/pemerhati
dalam apa-apa aktiviti seksual bagi maksud apa-apa bahan
pornografi, rakaman, filem, pita, video atau persembahan
berbentuk pornografi, lucah atau eksploitasi seksual oleh
mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau
orang lain.

2. SOALAN : Siapakah yang berisiko didera secara seksual?

JAWAPAN : Semua kanak-kanak sama ada lelaki atau perempuan daripada
pelbagai latar belakang berisiko menjadi mangsa penderaan
seksual. Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM),
terdapat 7862 kes telah disiasat bagi semua kesalahan seksual
yang melibatkan mangsa di bawah umur 18 tahun bagi tahun
2014 sehingga 2016 sahaja.

3. SOALAN : Apakah perbuatan yang dianggap sebagai kesalahan seksual
kanak-kanak?

JAWAPAN : Kesalahan seksual merangkumi perbuatan-perbuatan berikut:
 Meraba-meraba kemaluan, memperkosa, merogol dan

menaikkan syahwat kanak-kanak dengan meminta secara tidak
berpatutan, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit atau
menunjukkan bahan-bahan lucah.
 Kelakuan yang tidak melibatkan sentuhan contohnya mengintai
dan kata-kata lucah yang diucapkan kepada kanak-kanak.
 Mengeksploitasikan kanak-kanak untuk tujuan pornografi,
termasuklah internet, dengan itu membolehkan seseorang
kanak-kanak itu digunakan oleh orang lain sebagai pelacur.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 128 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

4. SOALAN : Apakah kaedah yang sering digunakan oleh penjenayah dalam
melakukan kesalahan seksual kanak-kanak?

JAWAPAN : Antara kaedah yang sering digunakan oleh suspek yang dikenali
ialah:
 Membina kepercayaan mangsa terhadap suspek seperti
memberi hadiah, belanja makan dan sebagainya.
 Membina kepercayaan di kalangan ahli keluarga mangsa.
 Mulakan dengan sentuhan biasa supaya mangsa berasa selesa,
tunjuk gambar lucah bagi membiasakan mangsa dan kemudian
diikuti perlakuan seksual yang lain.
 Mengugut mangsa.
Manakala kaedah yang sering digunakan oleh suspek yang tidak
dikenali ialah:
 Mencari mangsa secara rawak seperti di tempat sunyi, taman
permainan dan lain-lain tempat awam.
 Mencari mangsa di laman media sosial.

5. SOALAN : Apakah kesan ke atas mangsa kesalahan seksual kanak-kanak
ini?

JAWAPAN : Kesan ke atas mangsa melibatkan fizikal, emosi dan tingkah
laku. Namun impaknya berbeza mengikut umur.
Bagi kanak-kanak di bawah umur 7 tahun:
 Tingkahlaku yang mengundur atau menjadi regresif seperti
menghisap jari dan kencing di tilam semasa tidur.
 Enggan mandi, menukar pakaian atau tidak mahu menyentuh
bahagian tertentu badan mereka.
 Meniru perlakuan yang mempunyai unsur seksual semasa
bermain dengan kanak-kanak lain atau anak patung.

Bagi remaja ialah:
 Sering mengigau.
 Mempunyai sindrom post traumatic stress disorder (PTSD)

seperti ingatan terhadap trauma secara berulang, keresahan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 129 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

yang tinggi (hyperarousal) dan pengelakan (avoidance).
Keresahan berpanjangan juga akan disertai dengan
kemurungan. Mereka juga mengelamun, menyendiri, tidak
menjaga kebersihan diri dan berubah selera.
 Mula mengambil dadah dan alkohol, melakukan aktiviti seks
bebas, lari dari rumah, mencederakan diri sendiri dan membuat
percubaan membunuh diri.
 Kehamilan.
Impak yang dinyatakan boleh berlarutan sehingga dewasa, contohnya
terdapat risiko 2-3 kali lebih tinggi dalam penggunaan dadah,
kemurungan dan percubaan membunuh diri. Kajian menunjukkan
mereka berisiko 2 kali lebih tinggi untuk menjadi pemangsa atau
disabitkan dengan jenayah keganasan kelak.

6. SOALAN: Apakah yang perlu dilakukan sekiranya mengetahui seorang
kanak-kanak itu menjadi mangsa kesalahan seksual kanak-
kanak?

JAWAPAN : Antara tindakan yang boleh dilakukan ialah membuat laporan
kepada:
 Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM) melalui Talian Kasih 15999
 Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan tempat
tinggal pelapor.
 Mana-mana balai polis/pondok polis yang berhampiran.
 Mana-mana ahli pasukan perlindungan kanak-kanak/pusat
aktiviti kanak-kanak yang terdapat di kawasan berlakunya
penganiayaan.
 Merujuk terus ke hospital yang berhampiran.
 SKMM sekiranya melibatkan kesalahan seksual kanak-kanak
melalui media 130ocial.

7. SOALAN : Apakah kerjasama NGO?

JAWAPAN : Memberi bantuan seperti melindungi kanak-kanak mangsa
kesalahan seksual dengan menyokong mereka dan keluarga

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 130 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

mereka, membimbing mereka sepanjang proses pelaporan
sehingga proses prosiding mahkamah dan mendapatkan
tempat tinggal yang selamat untuk mereka.

8. SOALAN : Siapa yang wajib bertanggungjawab melaporkan sekiranya
terjadi kesalahan seksual kanak-kanak?

JAWAPAN : Semua pihak yang mengetahui kejadian bertanggungjawab
untuk melaporkannya.

9. SOALAN : Siapakah pegawai pelindung dan apakah peranan, fungsi serta
tanggungjawab mereka

JAWAPAN : Pegawai pelindung ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat. Di
bawah Akta Kanak 2001 (Akta 611), pegawai pelindung
bertanggungjawab untuk memberi pemeliharaan, kawalan,
perlindungan dan pemulihan terhadap kanak-kanak demi untuk
kepentingan terbaik kanak-kanak tersebut

10. SOALAN : Apakah yang dimaksudkan dengan statutory rape?

JAWAPAN : Di bawah Seksyen 375(f) Kanun Keseksaan (Akta 574),
seseorang lelaki itu adalah dikatakan melakukan “rogol” jika ia
bersetubuh dengan seseorang perempuan sama ada dengan
kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan itu di bawah
umur enam belas (16) tahun

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 131 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

4.8 INFO GRAFIK (CARTA MAKLUMAT PERUNDANGAN)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 132 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 133 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 134 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 135 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 136 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

4.2.2 Kesalahan di bawah Akta 792

4.2
AKTA 792

4.2.1 Pemakaian Akta 792
Fasa 2 – Pemakaian
Fasa 3 – Pemakaian luar

wilayah

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 137 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

4.2.1 Pemakaian Akta 792
Peruntukan Akta 792 – Bahagian I (Permulaan)

4.2.2 Kesalahan di bawah Akta 792 (CONTENT RELATED)

4.2.2.1 Pornografi
Peruntukan Akta 792 – Bahagian II (Kesalahan-kesalahan berhubung dengan Pornografi Kanak-Kanak)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 138 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muka [ 139 ]


Click to View FlipBook Version