KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) BUKU LOG IPGM KAMPUS IPOH NAMA: MUHAMMAD NAEL BEIREDHWAN BIN MOHD NAZRI UNIT : X11 ANGKA GILIRAN: 2021242340353 PENSYARAH: PN. SHAHALIZA BINTI HALIM
PROFIL DIRI NAMA : MUHAMMAD NAEL BEIREDHWAN BIN MOHD NAZRI NO K/P : 031105-10-0887 TARIKH LAHIR : 5 NOVEMBER 2003 ALAMAT RUMAH : NO 1 JALAN AMAN SURIA U17/44, AMAN PUTRI, 40160, SHAH ALAM, SELANGOR NO TEL : 019-292-5378 E-MAIL : [email protected] BIODATA DIRI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN 05-5331311
ISI KANDUNGAN Perlembagaan Pertubuhan -Prinsip-prinsip asas pertubuhan -Perlembagaan Pertubuhan -Lambang dan cogan kata -Bendera dan lagu pertubuhan -Persetiaan/Ikrar dan undang-undang pertubuhan Sejarah unit Beruniform -Sejarah pengasas -Sejarah penubuhan -Sejarah penubuhan di Malaysia -Tujuan Penubuhan -Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan Struktur dan Organisasi Pertubuhan -Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan -Struktur dan organisasi peringkat negeri -Struktur dan organisasi peringkat daerah -Struktur dan organisasi peringkat IPG -Struktur dan organisasi peringkat sekolah dan kumpulan Pengurusan dan Pentadbiran -Pendaftaran ahli dan kumpulan -Kuasa penganjur -Struktur unit -Tanggungjawab pemimpin -Pakaian seragam ahli dan pemimpin -Takwin dan rancangan aktiviti Kraf Perkhemahan -Pengurusan dan penjagaan khemah -Tujuan dan faedah membuat gajet -Jenis-jenis gajet dan kegunaannya
ISI KANDUNGAN Ikhtiar Hidup -Masakan solar/rimba/kelompok -Membuat perangkap Kebudayaan -Nyanyian / Lagu perkhemahan -Permainan -Malam Kebudayaan Jalan Lasak dan Pandu Arah -Tujuan -Peraturan dan persediaan -Prosedur Jalan Lasak dan Pandu Arah -Membaca kompas/Global/Positioning Satelite (GPS) -Membaca peta topo dan kegunaan -Mengesan tanda dan simbol -Laporan pengembaraan Khidmat Kesukarelawan -Minggu Kerja -Bantuan Bencana -Masyarakat Penyayang -Hari Peringatan -Alam Sekitar Simpulan -Tali Temali -Enam jenis simpulan asas (Simpul Manuk / Simpul Buku Sila / Simpul Tindih Kasih / Simpul Bunga Geti / Simpul Balak / Simpul Belit)
ISI KANDUNGAN Ikatan -Tiga jenis ikatan (Seraya / Serong / Lilit Kacang) Asas Kawad Kaki -Bahasa Hukuman -Kawad statik dan dinamik -Kawad formasi Asas Pertolongan Cemas -Tujuan dan prinsip -Anduh dan balutan -Merawat luka dan gigitan -Melecur , pitam dan patah -Keracunan dan terseliuh -Pemulihan pernafasan Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan Orientasi Kurikulum Sekolah Rendah
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN Prinsip-prinsip asas pertubuhan 1) Disiplin yang kental KRS ditubuhkan melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama. la juga membantu dalam menangani masalah salah laku di dalam kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. Melalui pendidikan ini, pelajar dapat membentuk disiplin yang tinggi dengan pemakaian baju unit beruniform seragam serta belajar untuk mematuhi masa. 2) Pegang teguh kepada agama KRS ditubuhkan berasaskan agama dan mengambil nilai-nilai sentiment beragama seperti menghormati orang lain, memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yang ditegah agama. Disiplin yang diterapkan dalam beragama menjadi asas yang berguna kepada pelajar untuk membentuk peribadi yang mulia. Ia juga melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak beragama serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan mesra tetangga. 3) Cinta akan negara Semangat cinta akan negara merupakan antara agenda utama dalam menubuhkan KRS. Dalam kurikulum KRS, ia mendidik tentang semangat patriotik dan mengenali sisir budaya masyarakat Malaysia dengan lebih dekat. Ia juga memupuk pelajar untuk menghargai para pejuang kemerdekaan negara pada zama dahulu dan bersedia menggalas tugas dalam mempertahankan negara. Rukunegara dan bendera Malaysia menjadi tunjang kepada pendidikan Unit Berunuform KRS. 4) Sanggup berkhidmat KRS melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Ia juga ditubuhkan untuk membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar dan berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN Perlembagaan pertubuhan I) Nama dan alamat berdaftar i. Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) bagi Sekolah Rendah ii. Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS: a. Peringkat Kebangsaan: Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 3 & 4 , Blok E2 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Kuala Lumpur b. Peringkat Negeri: Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan c. Peringkat Daerah: Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan d. Peringkat Sekolah: Sekolah berkenaan. e. Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa KRS/TKRS dari semasa ke semasa.
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN II) Pengertian logo i. Perisai menunjukkan benteng ketahanan diri daripada sesuatu yang tidak sihat. ii. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia iii. Dua tangkai padi bersilang resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. iv. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. v. Warna hijau - alam sekitar yang sihat Warna merah - sedia berjuang dan keperwiraan mepertahankan negara Warna kuning - warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara Warna putih - keikhlasan serta kesucian
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN III) Bendera i. Warna Hijau melambangkan a. Tunas muda/remaja yang boleh dibentuk. b. Laluan hidup yang jelas mengenai masa depan c. Alam sekitar merupakan antara perkara yang ada dalam kurikulum KRS/TKRS. ii. Cogan kata KRS/TKRS ‘ ILMU IMAN AMAL’ a. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS. b. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. c. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN IV) Lagu pertubuhan Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan Remaja, sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja, hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN V) Persetiaan/ ikrar BAHAWASANYA KAMI KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA BERJANJI DAN BERSETIA AKAN MENYEMAI SEMANGAT PATRIOTIK TETAP BERDISIPLIN, BERAKHLAK MULIA BERILMU, BERIMAN DAN BERAMAL KAMI JUGA AKAN MEMUPUK SEMANGAT KEUSAHAWANAN, MENCINTAI ALAM SEKITAR MEMPUNYAI KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL BERSEDIA BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA SERTA MENDUKUNG RUKUN AGAMA DAN RUKUN NEGARA SEPANJANG MASA KAMI MENJADI AHLI KADET
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN VI) Undang-undang pertubuhan Menepati masa Dilarang memakai jam tangan, gelang dan sebagainya Sentiasa membawa buku log Berpakaian kemas Menghormati setiap AJK dan ahli Sistem surat menyurat akan dibuat dan tanda tangan ibu bapa mesti ada di dalam surat sekiranya tidak hadir. Setiap ahli atau AJK dibenarkan keluar tanpa kebenaran AJK atasan dan guru penasihat Setiap ahli atau AJK yang melanggar undang-undang KRS sebanyak 3 kali akan dikenakan denda.
SEJARAH UNIT BERUNIFORM
SEJARAH UNIT BERUNIFORM Sejarah pengasas Pengasas Kadet Remaja Sekolah ialah Allahyarham Muhammad Thani bin Shaaban. Beliau dilahirkan di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Beliau telah mendapatkan pendidikan asal di SK Teluk Kumbar Pulau Pinang dan meneruskan pengajiannya di Sekolah Menegah Raja Tun Uda, Pulau Pinang. Allahyarham Muhammad Thani merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum. Beliau telah berjaya menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru dalam Kursus Perguruan Asas sebelum melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau telah memulakan kerjaya beliau sebagai seorang guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan kerjayanya sebagai guru siswazah di Sekolah Menengah Sains Selangor dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Ulu Yam. Beliau merupakan pengasas bagi Kadet Remaja Sekolah yang telah ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah pada 27 Jun 1987. Penubuhan Kadet Remaja Sekolah ini akhirnya bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia pada 10 Ogos 1993. Pada 20 Jun 1995, upacara pelancaran KRS ini telah dirasmikan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Sehingga kini, KRS telah bertapak di semua sekolah yang berada di Malaysia dengan keahlian sebanyak 280 ribu pelajar. Beliau akhirnya telah dijemput 'llahi pada tanggal 10 April 2003 meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak.
SEJARAH UNIT BERUNIFORM Sejarah penubuhan Kadet Remaja Sekolah Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS).
SEJARAH UNIT BERUNIFORM Sejarah penubuhan KRS di Malaysia Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang" yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan “ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN)”. Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani, Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men, Agama Ma'ahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993.
SEJARAH UNIT BERUNIFORM Tujuan KRS & TKRS ini ditubuhkan ialah: i. Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. ii. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. iii. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. iv. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. v. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia. vi. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. vii. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. Tujuan penubuhan
I) Istiadat Perkhemahan Susun atur kedudukan anggota semasa menaikkan bendera: Kedudukan anggota secara melintang Kedudukan anggota secara melajur Peserta SEJARAH UNIT BERUNIFORM Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan Pegawai Pegawai Komander Peserta Bendera Bendera Pegawai Komander Peserta Peserta Pegawai
II) Istiadat Perbarisan Perbarisan merupakan satu bentuk kawad yang dilakukan oleh satu kumpulan anggota yang diseragamkan pelaksanaannya menjadi satu kontinjen dalam satu formasi kawad la diadakan untuk memberi penghormatan atau penghargaan bagi sesuatu acara seperti kawalan kehormat, hari sukan, tamat latihan watikah/terima siji, persaraan, ambil alih jawatan, menyambut hari jadi pasukan, menyambut pembesar dan lain-lain peristiwa yang berbentuk istiadat/Rejimental adakalanya perbarisan ini diadakan dalam bentuk rasmi / tidak rasmi. Tujuan Tujuannya untuk memberi garis panduan mengenai cara untuk melaksanakan perbarisan supaya perkara-perkara asas dan prosedur yang sedia ada harus dipatuhi agar la lebih kemas, teratur dan seragam. Tarikh, tempat dan masa a) Tarikh yang dipilih hendaklah disesuaikan dengan jadual- jadual orang penting. b) Faktor kekuatan (bilangan) anggota harus juga diambil kira. c) Pemilihan tempat hendaklah ditentukan berdasarkan kesesuaian majlis yang hendak diadakan. d) Masa hendaklah ditetapkan pada masa yang sesuai. Pegawai Perbarisan yang dilaksanakan oleh pegawal-pegawai Kadet Remaja Sekolah berkursus atau apa-apa upacara majlis hendaklah mengikut keperluan, jika melebihi anggota 36 orang, hendaklah dikira sebagai Kontijen besar dan jika kurang 36 anggota adalah sebagai Kontijen kecil. SEJARAH UNIT BERUNIFORM
Pembacaan doa a) Seorang pembaca doa mestilah dilantik bagi membaca doa dalam sesuatu perbarisan. b) Pembaca doa mestilah dipilih dari mereka yang mempunyai kepakaran serta nada suara yang jelas terang dan baik. c) la hendaklah hadir bersama semasa raptai diadakan. d) Teks doa hendaklah sesuai dengan keperluan perbarisan, sederhana dan tidak terlalu panjang. e) Pembaca doa boleh dilantik dalam kalangan Kadet atau Pegawai Kadet Remaja Sekolah. Pengacara a) Juruacara hendaklah dilantik bagi mengacarakan perbarisan. Juruacara mestilah mempunyai suara yang baik disamping berpengalaman dalam mengacarakan perbarisan-perbarisan yang lepas. b) Bagi perbarisan yang besar atau berbentuk istiadat, juruacara hendaklah seorang pegawai mestilah hadir semasa raptai perbarisan yang diadakan. c) Skrip juruacara mestilah tepat, jelas dan ringkas. SEJARAH UNIT BERUNIFORM
III) Istiadat Perhimpunan Persiapan tempat a) Pentas: Pentas merupakan "wajah" kepada majlis yang diaturkan. b) Kerusi Vip: Kerusi VIP hendaklah disusun dengan betul mengikut kekananan. c) Backdrop Dan Hiasan Pentas: Backdrop hendaklah diletakkan pada papan backdrop di tengah-tengah bahagian belakang pentas dan dapat dilihat pada keseluruhan kawasan penglihatan para tetamu. Penggunaan logo, gambar atau warna hendaklah bersesuaian dan boleh dibaca oleh tetamu kabur warna. d) Meja hadiah: Kedudukan meja hadiah hendaklah berhampiran rostrum juruacara dan berada di sebelah kiri belakang kerusi VIP.Sediakan juga meja meletak hadiah (selepas penerimamenerima hadiah) pada kedudukan kiri (menghadap pentas)di bawah pentas. e) Bendera: Kedudukan bendera mestilah di bahagian belakang pentas atau pada tiang tetap yang disediakan di sebelah kanan pentas. Kedudukan bendera mestilah mengikut susunan kekananan yang betul. f) Kedudukan kerusi tetamu: Kedudukan kerusi telamu hendaklah di susun mengikut keluasan dewan dalam dua kolum. Setiap kolum mengandungi bilangan kerusi yang sama banyak. Terdapat ruang berjalan pada bahagian tengah antara dua kolum dan pada bahagian tepi setiap kolum. Kerusi tetamu khas diletakkan pada bahagian hadapan dewan (menghadap pentas) dengan jumlah yang mencukupi mengikut senaral tetamu khas yang akan hadir. g) Kedudukan kerusi peserta: kedudukan kerusi peserta kursus hendaklah pada kedudukan di belakang kedudukan kerusi teramu khas manakala tetamu biasa boleh diletakkan pada bahagian belakang selepas peserta-peserta kursus SEJARAH UNIT BERUNIFORM
IV) Istiadat Pertauliahan a) Majlis pentauliahan adalah satu majlis rasmi yang memerlukan perancangan dan perlaksanaan berdasarkan protokol dan istiadat rasmi. b) Majlis pentauliahan terbahagi kepada tiga keadaan iaitu: Majlis di luar dewan. Majlis di dalam dewan. Majlis di dalam pejabat. c) Majlis ini diadakan di dalam dewan khususnya bagi kumpulan penerima yang ramai. Majlis boleh juga diadakan di padang kawad atau kawasan lapang. d) Majlis pentauliahan dalam pejabat pula diadakan jika penerimanya tidak ramai atau sebagai majlis istimewa kepada penerima tauliah atau sijll berkenaan SEJARAH UNIT BERUNIFORM
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN
I) Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan a) Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia b) Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia c) Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah d) Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah e) Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (HEM) Bahagian Sekolah f) Penolong Setiausaha : Dilantik (Dua orang) g) Bendahari : Dilantik h) Ahli-ahli : Pengarah-pengarah JPN Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Bahagian Dakwah dan Kepimpinan Pengarah Bahagian Teknik dan Vokasional Pengarah Institut Aminuddin Baki Tiga ahli dilantik Dua Waki JUrulatih KRS Dua Wakil Jurulatih TKRS i) Juruaudit : Dilantik STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN
II) Struktur dan organisasi peringkat negeri a) Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia b) Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia c) Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri d) Timbalan Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan e) Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum f) Penolong Setiausaha 1 : Penyelia PPSrg. g) Penolong Setiausaha 2 : Pegawai Tadbir KRS h) Bendahari Kehormat : Dilantik i) Ahli-ahli : Dilantik Termasuk Pegawai Pelajaran Daerah Dua Waki JUrulatih KRS Dua Wakil Jurulatih TKRS Wakil PKPSM dan MGB j) Juruaudit : Dilantik STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN
III) Struktur dan organisasi peringkat daerah a) Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia b) Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri c) Pengerusi : Pegawai Pelajaran Negeri d) Timbalan Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (SPPK) e) Setiausaha : Penyelia f) Penolong Setiausaha : Dilantik g) Bendahari : Dilantik h) Ahli-ahli : Dilantik Termasuk Dua Wakil Jurulatih KRS Dua Wakil Jurulatih TKRS Wakil PKPSM dan MGB i) Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri j) Juruaudit : Dilantik ( Dua orang) STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN
III) Struktur dan organisasi peringkat IPG a) Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia b) Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Negeri c) Pengerusi : Rektor IPG Induk d) Timbalan Pengerusi : Timbalan Rektor Pengurusan e) Setiausaha Kehormat : Ketua Jabatan f) Penolong Setiausaha : Pengerusi Majlis Tadbir KRS Kehormat g) Bendahari Kehormat : Ahli Majlis Tadbir KRS h) Ahli-ahli : Pengarah- Pengarah IPG Empat Ahli Majlis Tadbir KRS i) Ex-Officio : Pegawai Latih BPG j) Juruaudit : Satu IPG Satu Ahli Majlis Tadbir STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN
IV) Struktur dan organisasi peringkat sekolah dan kumpulan a) Penaung : Pengarah Pelajaran Negeri b) Penasihat : PPD c) Pengerusi : Pengetua / Guru Besar d) Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum e) Setiausaha : Penyelia f) Penolong Setiausaha : Dilantik g) Bendahari : Dilantik h) Ahli-ahli : Tujuh orang Dilantik Ketua Platun KRS / TKRS i) Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri j) Juruaudit : Dilantik dalam kalangan guru Pelantikan jawatan-jawatan tersebut dilakukan oleh Penolong Pendaftar Sekolah. Pemegang-pemegang jawatan ini dan pegawai-pegawai ini hendaklah menjalankan tanggungjawab atau tugas pengurusan KRS perlulah seorang warganegara Malaysia. Guru KRS/TKRS sekolah merupakan pemimpin dan pemudahcara kepada Jawatankuasa Peringkat Sekolah. Tugas Jawatankuasa ialah mengelola, merancang dan mengatur segala program KRS/TKRS Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti KRS/TKRS. STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
I) Pendaftaran Ahli Kumpulan Keahlian KRS adalah terbuka kepada SEMUA pelajar di SEKOLAH KERAJAAN dan BANTUAN KERAJAAN. Ahli Bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institut pendidikan. KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oeh institusi di mana KRS itu ditubuhkan. Keahlian KRS lucut serta-merta apabila pelajar tersebut berhenti atau dihentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi. Yuran Keahlian dikenakan sebanyak RM 1.00 bagi setiap ahli. II) Format Borang Pendaftaran KRS/TKRS Contoh format borang pendaftaran KRS/TKRS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Pengurusan
a) Nombor Pendaftaran Pelajar: KRS/ NE6007/ 03 - 007/ L b) Nombor Pendaftaran Pegawai (KPM) dan Jurulatih Kebangsaan: KRS/ KPM/ 11 - 001 c) Nombor Pendaftaran Pegawai (JPN) dan Jurulatih Negeri dan Guru: KRS/ KOD NEGERI/ 97 - 001 III) Kad Keahlian KRS dan TKRS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
IV) Kuasa Penganjur a) Penganjur dibahagi kepada empat peringkat: Peringkat Kebangsaan - Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri - Pengarah Pelajaran Malaysia Peringkat Daerah - Pegawai Pelajaran Daerah Peringkat Sekolah - Guru Besar dan Guru-Guru Pembimbing b) tanggungjawab kuasa penganjur TKRS Mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. Guru penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan dan bertanggungjawab terhadap semua perkara. Menguruskan pemilihan anggota pasukannya daripada pelajar baru setiap tahun sebagai tambahan kepada pasukannya. Menguruskan yuran pendaftaran persatuan dijelaskan pada awal tahun. Mendapat surat kebenaran mengajar dan nombor pendaftaran daripada pesuruhjaya Daerah/Negeri/Pusat. Menguruskan latihan pasukannya. Menentukan apa jua peralatan keperluan yang dikehendaki. Menyimpan fail-fail dan maklumat yang berkaitan dengan pertubuhan. Menghantar salinan laporan aktiviti ke pejabat untuk fail sekolah. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi pertubuhan. mengenal pasti murid berpotensi. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
I) Tanggungjawab pemimpin memberi nasihat, panduan dan bimbingan. Memastikan keselamatan dan kebajikan. Menguruskan dan menyimpan rekod-rekod. II) Sistem pangkat Kadet Remaja Sekolah/ Tunas Kadet Remaja Sekolah Pengetua/Guru Besar : Komandan KRS/TKRS Penolong Kanan Kokurikulum : Timbalan Komandan KRS/TKRS Guru Pemimpin : Pegawai Platun Pengerusi : Pegawai Waran KRS/Sarjan TKRS Naib Pengerusi : Sarjan KRS/Koperasi TKRS Setiausaha : Koperasi KRS/TKRS Bendahari : Koperasi KRS/TKRS Ahli-Ahli : Semua anggota KRS/TKRS yang berdaftar di sekolah III) Panggilan dan tanda pangkat pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Malaysia PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Pentadbiran
IV) Pakaian seragam ahli dan pemimpin Pakaian KRS Pakaian pegawai PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Pakaian kadet/ murid IV) Takwim dan rancangan aktiviti a) Takwim aras satu PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Takwim aras dua PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
KRAF PERKHEMAHAN
I) Pengurusan dan penjagaan khemah . Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang/tiang khemah berada dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan mengeluarkan tiang/ pancang Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip dari pada jem dan menyebabkan susah untuk di buka. Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut. Saranan yang penting - sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip atau setelah selesai menggunakannya dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang tertinggal. Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul- betul kering. Sekiranya khemah anda basah elakkan dari menekan, menarik, atau dengan apa cara sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak. Jangan menggunakan lilin, mancis, atau pembakaran terbuka berdekatan dengan khemah. Sentiasa menggunakan peralatan yang berkuasa bateri didalam khemah dalam usahamengelak kejadian tidak di ingini berlaku. II) Tujuan dan faedah membuat gajet. Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan. Perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah. Semangat pertandingan yang sihat. Dapat melahirkan idea-idea yang baru. “Feeling of sense of achievement”, serta Kejayaan dalam menghasilkan gajet. Meningkatkan mutu perkhemahan. Mengisi K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat gajet-gajet yang berfaedah KRAF PERKHEMAHAN
III) Jenis-jenis gajet dan kegunaanya a) Gajet kawasan pintu Gajet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu: -Bahagian pintu hadapan -Bahagian pagar -Bahagian pintu belakang Bahagian Pagar -Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan adanya kawalan keselamatan. -Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan batang kayu. b) Gajet kawasan dapur Buat dari bahan semulajadi Selain membuat gajet-gajet dapur buat juga gejet sampingan di dapur seperti: -Rak pinggan mangkuk -Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak. -Meja makan -Penyangkut cawan / gelas. -Rak menyimpan kayu api / tong gas. -Gajet gerobok (camp larder). -Gajet lubang basah dan kering. . KRAF PERKHEMAHAN
c) Gajet kawasan tempat membasuh Gajet tempat meletak besen air. Gajet tempat menyimpan alat pergigian. Gajet tempat menyimpan sabun. Gajet mengantung tuala mandi. Gajet kawasan tempat basuhan. d) Gajet kawasan tempat tinggal Semua gajet yang dibuat hendaklah diatur / sususun dengan baik, disamping menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan. Gajet-gajet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut,penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain. e) Gajet tempat menjemur kain Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh. KRAF PERKHEMAHAN
IKHTIAR HIDUP
I) Menu sarapan pagi Roti Sandwich Telur Air Kopi ‘O’ II) Bahan Masakan Roti Sandwich Telur -Roti gardenia -Telur -Garam -Mayonis -Lada sulah Air Kopi ‘O’ -Air masak -Kopi -Gula III) Prosedur dan persediaan memasak Roti Sandwich Telur - Rebus telu dahulu. - Hancurkan telur dan gaulkan bersama mayonis. - Letakkan garam dan lada sulah secukup rasa. Air kopi ‘O’ - Rebuskan air. - Masukkan uncang kopi dan air yang telah direbus ke dalam jag. - Masukkan gula secukup rasa. IKHTIAR HIDUP
I) Menu sarapan tengah hari Nasi putih Ikan kembung bakar Air sirap II) Bahan Masakan Nasi putih -Beras Ikan kembung bakar -Ikan kembung -Daun pisang -Kunyit - Garam Air sirap - Sirap - Air masak - Gula III) Prosedur dan persediaan memasak Nasi putih - Masukkan beras dan air ke dalam messtin mengikut sukatan. Ikan kembung bakar - Siang ikan kembung tersebut kemudia masukkan kunyit dan garam. Air sirap - Rebuskan air. - Masukkan sirap dan air yang telah direbus ke dalam jag. - Masukkan gula secukup rasa. IKHTIAR HIDUP
KEBUDAYAAN
I) Nyanyian / lagu nyanyian KADET REMAJA SEKOLAH Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang, keamanan Negara Menjayakan ilmu, iman dan amal. Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Kearah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan. Remaja Sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada PENCIPTA Remaja Hayati budaya Ilmu, iman dan amal Kekalkan di hati dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah. KEBUDAYAAN
K.R.S PASTI BOLEH Yakinkan diri pasti berjaya Hadapi lawan di atas padang Terus maju, berusaha Yakinkan diri pasti berjaya K.R.S pasti boleh K.R.S pasti boleh LECHEY KANG Lechey kang semangkuk dua kupang Lechey kang semangkuk dua kupang Lechey kang semangkuk dua kupang Makan sikit tak kenyang Semangkuk dua kupang II) Permainan Permainan tradisional ( tarik tali) KEBUDAYAAN
Permainan tradisional ( lari dalam guni) Permainan tradisional ( congkak) KEBUDAYAAN