III) Malam kebudayaan Pengurusan Malam Kebudayaan juga penting dalam menjayakan sesuatu MalamKebudayaan. Untuk itu, seseorang pengurus atau penyelaras perlulah dilantik.Pengurus atau penyelaras akan bertanggungjawab : Menyusun dan menyelaras acara yang hendak dipersembahkan. Pengurus berhak untuk menolak atau mengubahsuai acara-acara yanghendak dipersembahkan. Mengadakan sesi pemilihan atau pertunjukan ujian. Tujuannya untukmemastikan tiada persembahan yang serupa atau mempunyai isu sensitif. a) Persediaan alatan Peralatan yang dibawa atau dihasilkan juga hendaklah : Bersaiz kecil supaya mudah dibawa ke mana-mana. Tidak berbahaya. Tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu bising (peralatan yang hendakdijadikan alat muzik). Tidak menjadi sampah atau boleh mengotorkan kawasan persembahan. b) Pakaian Semasa Malam Kebudayaan, peserta hendaklah memakai pakaian yang sesuai mengikut acara persembahan mereka. Sebagai contoh, pakaian beragam, pakaian yang dibuat dari bahan terbuang dan sebagainya. Kreativiti seseorang peserta untukmereka cipta pakaian pada persembahan Malam Kebudayaan pastinya menjadi daya penarik kepada persembahan mereka. KEBUDAYAAN
JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
I) Tujuan Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut prosedurnyang ditetapkan. Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap. Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti. II) Peraturan dan Persediaan a) Kebenaran Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga adalah perludan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita. b) Persediaan alatan Titik Kawalan (Control Point) Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta. Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. Titik kawalan bukanlah “checkpoint” kerana ia tiada penjaga dititik. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
Penanda Kawalan Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul. Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tandayang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m). Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik. Kad Kawalan Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan. Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat masa penamat. Peta Utama Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan. Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan Keterangan Kawalan Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan. Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
Landasan Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalanyang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalinoleh peserta kemudiannya. Tanda yang berkenaan landasan adalah : -Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi. -Titik kawalan dengan tanda bulatan. -Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih. ‘ -Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan. III) Kompas Untuk menentukan arah. Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam hutan. Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
Kompas bearing sudut: Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya ialah 360 darjah Kompas mata angin 16: Berpandukan empat mata angin yang utama JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
a) Perkara-perkara penting semasa guna kompas Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang betul dantepat. Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah yanghendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau gatu besar yangberada di persekitaran b) Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta: letakkan peta di atas permukaan yang rata. tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B. lukiskan kedudukan arah mata angin utara selata. ini dapat dilakukan dengan melukisgarisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran. sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik tersebut. c) Aktiviti penggunaan kompas mengenal arah mata angin. mencari arah mata angin. mencari arah kiblat. praktikal mencari bearing (arah mata angin). latihan di kawasan sekolah. menggunakan peta. merintis hutan menggunakan kompas. pertandingan mencari bearing di hutan. mencari harta karun. aktiviti orienteering atau pandu arah. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
a) Perkara-perkara penting semasa guna kompas Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang betul dantepat. Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah yanghendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau gatu besar yangberada di persekitaran b) Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta: letakkan peta di atas permukaan yang rata. tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B. lukiskan kedudukan arah mata angin utara selata. ini dapat dilakukan dengan melukisgarisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran. sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik tersebut. c) Aktiviti penggunaan kompas mengenal arah mata angin. mencari arah mata angin. mencari arah kiblat. praktikal mencari bearing (arah mata angin). latihan di kawasan sekolah. menggunakan peta. merintis hutan menggunakan kompas. pertandingan mencari bearing di hutan. mencari harta karun. aktiviti orienteering atau pandu arah. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
IV) Peta Topografi JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
V) Mengesan tanda dan simbol Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti batu, ranting, anak panah, lakaranatas pokok dan sebagainya. Pelbagai jenis simbol juga dapat dicipta. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
VI) Laporan Pengembaraan Disediakan oleh setiausaha aktiviti. Melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer taman yang bertugas di tempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa aktiviti perkhemahan akan dilakukan di dalam kawasan mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan keselamatan ataupun melakukan kerja-kerja menyelamat sekiranya anda memerlukan bantuan. Bukan itu sahaja, mungkin mereka juga boleh memberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai keadaan kawasan tersebut. Kandungan adalah seperti maklumat umum iaitu masa, tempat, aktiviti. Lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan. Catatan perjalanan. Pembahagian tugasan ahli. Gambar-gambar sepanjang aktivti jalan lasak disertakan. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
KHIDMAT KESUKARELAWAN
II) Definisi Sikap sukarela / kehendak sendiri. II) Matlamat Melahirkan masyarakat yang sanggup berbakti, tolong-menolong dan berlumbalumba melakukan kerja. III) Objektif Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan mengeratkan hubungan kemasyarakatan antara lapisan masyarakat. Melahirkan insan yang prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan empati dalam kehidupan seharian. a) MInggu kerja Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah, surau, masjid, tanah perkuburan dan sebagainya. Lawatan dan ziarah ke rumah kebajikan, rumah anak-anak yatim, hospital dan sebagainya. b) Bantuan bencana Untuk membantu mangsa bencana alam, kemalangan dan mangsa peperangan. Jenis bantuan: Menyediakan makanan dan minuman, pakaian, kewangan, kesihatan, perubatan dan sebagainya. KHIDMAT KESUKARELAWAN
c) Masyarakat penyayang Bantu-membantu orang lain. Mengeratkan hubungan. Majlis kenduri, memindahkan rumah. d) Hari peringatan Sambutan Ulang Tahun Penubuhan KRS -Upacara pelancaran KRS- 20Jun 1995. - Memakai pakaian rasmi KRS. - Aktiviti seperti Perbarisan Kehormatan, acara memotong kek, sukaneka dan sebagainya. Sambutan Hari Kemerdekaan - Objektif : Untuk memupuk dan menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara. -Mengadakan perbarisan bersama-sama dengan unit beruniform yang lain. Pertandingan Kawad Kaki KRS -Rasional: Berpeluang untuk menonjolkan minat terhada aktiviti kokurikulum. -Matlamat: Memberi pendedahan. -Objektif: Melahirkan semangat bekerjasama mencungkil kemahiran. e) Alam Sekitar Menghayati alam sekitar. Memupuk sikap prihatin terhadap sumbangan dan kepentingan alam sekitar. Memelihara alam sekitar. KHIDMAT KESUKARELAWAN
SIMPULAN DAN IKATAN
1. Simpulan Teknik ikatan sangatlah penting semasa perkhemahan dan pengembaraan. Menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Digunakan untuk mengikat kasut, bungkusan mahupun memulakan jahitan. I) Enam jenis simpulan asas a) Simpul Manuk Sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu Mengikat tali pada tiang atau balak Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik atau diangkat ke tempat yang dikehendaki dengan selamat Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikat seraya, ikat silang gunting dan lilit kacang / ular. SIMPULAN DAN IKATAN
b) Simpul Buku Sila Kerap digunakan bagi menyambung dua utas tali yang sama besarnya. Tegap dan tidak boleh terlucut. Mengikat benda-benda kecil dengan menggunakan tali yang kecil danringan seperti bungkusan. Digunakan untuk mematikan simpulan dalam balutan (bandage). Digunakan untuk mengikat khemah yang sudah dilipat atau bagi mengikat layar. c) Simpul Tindih Kasih Sangat berguna dalam kerja-kerja semasa menyelamat. Simpul ini akan diikat pada pinggang si malang. Kemudian, si malang akan ditarik ke tempat yang selamat. Digunakan semasa menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai. Digunakan untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa. Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga. Untuk membuat ikatan yang pantas serta sesuai digunakan untuk menaikkan atau menurunkan mangsa. SIMPULAN DAN IKATAN
d) Simpul Bunga Geti Digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama besar saiznya Contoh kegunaan ialah untuk menyambung tali perahu dengan tali kapal. Ia juga digunakan untuk mengikat tali ke suatu tanjul. e) Simpul Balak Ikatan ini digunakan bagi mengikat hujung tali pada kayu, tiang atau batang yang besar dengan mudah supaya tidak licin atau mudah digerak-gerakkan. Menarik balak atau kayu. Memulakan ikat serong. Sebagai ikatan sementara dan guna untuk mengangkat dan turun barangdari tempat tinggi. SIMPULAN DAN IKATAN
f) Simpul Belit Simpul belit digunakan bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau ke pacang kerana cara begini mudah dibuka dan tidak mudah tanggal ikatannya. Digunakan untuk mengukuhkan ikatan utama pada khemah besar. Satu simpulan mudah tetapi kemas untuk mengikat hujung tali pada mata kail. 2. Ikatan I) Tiga jenis ikatan a) Seraya Digunakan semasa membina jambatan, Menara dan aktiviti pioneering. Digunakan apabila kayu atau buluh itu bersudut tepat. Digunakan untuk mengikat dua batang kayu/ dua batang buluh yang bersilang. SIMPULAN DAN IKATAN
b) Serong Digunakan untuk membuat jambatan, menara gajet dan aktiviti pionneering. Apabila kayu atau buluh yang digunakan itu dalam keadaan bersilang, ikat serong digunakan. Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manuk c) Lilit Kacang Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh semasa mengikat gajet. SIMPULAN DAN IKATAN
ASAS KAWAD KAKI
I) BAHASA HUKUMAN 1.Baris, baris sedia… 2.Baris, senang diri…. 3.Rehatkan diri….. 4.Scout…. 5.Luruskan barisan, 6.Scout, 7.Buka barisan, Gerak…, 8.Ke kanan lurus, 9.Pandang depan…., 10.Bergerak ke kanan, kanan sing.., 11.Menghadap ke hadapan, kiri Sing…, 12.Bergerak ke kiri, kiri Sing…, 13.Menghadap ke hadapan, kanan Sing…, 14.Menghadap kebelakang, belakang sing…, 15.Menghadap ke hadapan, belakang sing…, 16.Dua langkah ke kiri, Gerak…, 17.Tutup barisan, Gerak…, 18.Keluar……….Baris. ASAS KAWAD KAKI
Perbuatannya: Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hendak padat di sebelah kaki kiri supayaterdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan; pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar; langut kepala memandang terus ke hadapan. Kesalahan biasa: 1.Kedudukan yang terlalu kaku dan menyukarkan pernafasan. 2.Berdiri tidak tetap serta mata bergerak. 3. Kaki dan badan tidak lurus ke hadapan serta tumit rapat dan sebaris. 4.Tangan bengkok dan terjulur ke hadapan. Belakang tangan menghala ke hadapan atau kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang pergelangan tangan mengerekot. 5. 6.Badan senget ke kiri atau ke kanan. 7.Tidak memandang (200 meter) ke hadapan. 8.Tunduk atau mendongak. Semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan belakang sedikit daripada penjahitan seluar; langut terdapat dua bunyi. 9. ASAS KAWAD KAKI
b) SENANG DIRI Hukumannya: "Senang ..................Diri Perbuatannya: Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat bersusun lurus menuju ke bumi , siku lurus, dan kanan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak. Kesalahan biasa: 1.Siku bengkok. 2.Lutut tidak tegap dan tidak bertahan. 3. Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci. 4.Menggerakkan kaki kiri menyebabkan rosak lurus barisan. 5. Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki. 6. Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu. 7.Bahu jatuh dan badan mengenjut. ASAS KAWAD KAKI
c) REHATKAN DIRI Hukumannya: "Rehatkan ................Diri" Perbuatannya: Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari Dalam keadaan "Rehatkan .......Diri" , Skuad dibenarkan melakukan punggung ke pinggang dalam satu pergerakan dan pergerakan setakat pinggang ke atas sahaja. Apabila dapat perintah rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) Kedudukan "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri, kaki tidak berubah. Kesalahan biasa: 1.Kedua kaki bergerak menyebabkan hilang lurus barisan. 2. Menggeliat dan bercakap-cakap. d) MASUK BARIS Hukumannya: "Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak" Perbuatannya: Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas,ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antarasatu barisan dengan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia. Kesalahan biasa 1.Datang berbaris tidak berlari. 2.Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari. 3.Bercakap-cakap. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada berbaris dalam tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan jurulatih. 4. ASAS KAWAD KAKI
E) MEMBETULKAN BARISAN Hukumannya: " Ke kanan ............ Lurus" Perbuatannya: Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2- 1), diikuti dengan hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan lurus. Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggotaanggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan. f) MEMANDANG HADAPAN Hukumannya: ''Pandang.............depan” Perbuatannya: Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk serentak dengan pantas. ASAS KAWAD KAKI
G) MEMBETULKAN BARISAN Hukumannya: ”Ke Kiri…… Lurus” Perbuatannya: Hukuman ini diberi apabila skuad menghadap belakang dan penanda berada di sebelah kiri. hadapan dan badan condong kedepan semasa meluruskan barisan Perbuatannya adalah sama dengan ke kanan kecuali semua anggota akan palingkan muka ke kiri. Penanda di sebelah kiri meluruskan barisan hendaklah diam. Kita boleh memberi nombor ada dari kiri atau kanan. Kesalahan biasa: 1.Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa. 2.Pergerakan kaki dan bahu tidak sekata. 3.”Pinggang lemah” semasa kaki bergerak. 4. Jarak dan bersetentang tidak betul. 5.Turun tangan lambat dan siku bengkok. 6.Menepuk peha ketika menjatuhkan tangan. h) MELURUSKAN BARISAN Hukumannya: "Luruskan ............ Barisan" Perbuatannya: Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus , turunkan tangan dan palingkan muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan. ASAS KAWAD KAKI
I) NOMBOR Hukumannya: “Nombor.......... barisan ..................” Perbuatannya: Anggota juga tahu kedudukannya dalam Barisan hadapan sahaja yang membilang nombor dengan pantas dari kanan kekiri. Anggota yang di skuad. sebelah kanan sekali bilang "satu" , yang lain mengikut bilang “dua” dan seterusnya sehingga habis. Kesalahan biasa: 1.Tidak mengira nombor dengan cepat. 2.Suara perlahan. Lupa nombor masing-masing. Apabila anggota telah tersalah bilang, hendaklah diberi hukuman "Semula" , kemudian ulang balik daripada anggota pertama. 3. j) BUKA/ TUTUP BARISAN Hukumannya: "Buka Barisan .................Gerak" Perbuatan: Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah kaki kanan kehadapan 30 inci dan kaki kiri 15 inci, kemudian, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri. Barisan belakang ambil dua langkah ke hadapan kebelakang mulai kaki kanan diikuti kaki kiri, kemudian angkat dan ke belakang kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukansedia. Masa bergerak bilang; (1-2-1) Kesalahan biasa: 1.Kedua-dua tangan tidak rapat ke badan kedudukan sedia. 2. Tidak mengambil langkah cukup. 3.Tangan dan bahu bergerak. 4.Mata pandang ke bawah. ASAS KAWAD KAKI
Hukumannya: "Tutup Barisan.......Gerak" Perbuatannya: Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang danbarisan belakang ambil dua langkah ke hadapan. Pergerakannya adalah serupa seperti "Buka”. Apabila skuad berjalan dalam barisan ke hadapan atau ke belakang (melintang) ketika hukuman buka barisan diberi, barisan hadapan hendaklah jalan terus, barisan tengah hentak kaki dua kali , manakala barisan belakang hentak kaki empat kali dan maju. Kalau hukuman tutup barisan diberi, pergerakan adalah sebaliknya. k) BERPUSING KE KANAN/ KIRI/ BELAKANG Hukumannya: ”Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing" Perbuatannya: Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai kedua-dualutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia. Hukumannya: Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing" Perbuatannya: Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah menghadap ke hadapan, "Belakang ......Pusing" berpusing 180 darjah mengikut pusingan jam ( ikut bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai kehala yang baru tapak kaki kanan terletak atas menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua badan tegak seperti kedudukan sedia. Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak disebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia. ASAS KAWAD KAKI
l) BERPUSING SEPARUH KIRI/ KANAN Hukumannya: ”Bergerak ke kanan, separuh kanan ........ Pusing" Hukumannya: ”Bergerak ke kiri, separuh kiri .......Pusing" Perbuatannya: Pergerakan sebagaimana berpusing kanan/kiri hanya separuh kanan/kiri sahaja (45 darjah) . Kesalahan biasa: 1.Badan melonjak semasa berpusing. 2.Tangan bergoyang dan membongkok semasa berpusing. 3.Tumit bergerak dari tempatnya masa berpusing. 4. Kedua-dua siku tidak lurus masa merapatkan kaki. 5.Badan dan bahu tidak berpusing dengan betul dalam pergerakan pertama. 6.Lutut bengkok semasa berpusing. ASAS KAWAD KAKI
m) BERSURAI DAN KELUAR BARIS Hukumannya: "Ber..............surai" Perbuatannya: Skuad itu hendaklah dalam keadaan tutup barisan , pusing ke kanan, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hormat sekali terus melangkah mulai kaki kanan kehadapan tiga langkah dalam masa cepat ; terus bersurai. Ingatan: Perhatian: Jika bertongkat, hendaklah dibawa tongkat itu ke Jangan disangkakan bersurai itu perkara kecil, bersurai ialah memberi hormat kepada pegawai. Kedudukan kepit sebelum memberi hormat. Anggota yang tidak bertongkat ikut kiraan masa Dengan sebab itu jurulatih hendaklah memerhatikan pergerakan hormat dilakukan anggota yang bertongkat. dengan sempurna. Hukumannya; "Keluar ............... Baris" Perbuatannya: Berbeza dengan bersurai, keluar baris bermaksud aktiviti belum tamat, malah bersurai sementara sahaja dan hormat tidak dikehendaki. Anggota tidak boleh beredar dari padang kawat atau kawasan latihan. ASAS KAWAD KAKI
n) PARAS Paras boleh dilakukan seperti berikut : 1.Anggota tinggi di sebelah kanan , anggota rendah di sebelah kiri. 2.Anggota rendah di sebelah kanan, anggota tinggi di sebelah kanan. 3.Anggota rendah di tengah-tengah. 4.Anggota tinggi di tengah-tengah Hukuman : "Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan ..........paras". Perbuatan : Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia. "Dari kanan........... Nombor" Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri. "Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang...........gerak". Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan. "Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap ke kiri , barisan kanan dan kiri ..........pusing". Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang diperintahkan. "Jadikan tiga barisan, .........cepat jalan". ASAS KAWAD KAKI
Skuad itu dijadikan tiga baris. Anggota nombor dua menjadi nombor satu barisan tengah. Anggota nombor tiga menjadi nombor satu barisan belakang. Anggota nombor empat jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya. Apabila berhenti di tempat masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan bertiga-tiga setelah mendapat isyarat ”up” dari anggota barisan belakang. Isyarat ”up” diberikan sekali lagi untuk pergerakan senang diri. Ingatan : Jika dikehendaki kedudukan skuad itu tinggi di sebelah kanan dan rendah di sebelah kiri, hukumannnya : "Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerakke kanan, kanan ............pusing". " Jadikan tiga barisan..........cepat jalan" ( iaitu semasa mereka di dalam satu barisan ), maka skuad hendaklah membuat pergerakan seperti di atas. Hukuman : "Yang rendah ke kanan, tinggi ke kiri, dalam satu barisan ..........paras". Perbuatan : Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia. "Dari kanan........... Nombor" Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri. "Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang...........gerak". Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan. ASAS KAWAD KAKI
"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap ke kiri , barisan kanan dan kiri ..........pusing". Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang diperintahkan. "Jadikan tiga barisan.........cepat jalan". Skuad itu dijadikan tiga baris. Anggota nombor tiga menjadi nombor satu barisan tengah. Anggota nombor lima menjadi nombor satu barisan belakang. Anggota nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya. Apabila berhenti di tempat masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan bertiga-tiga setelah mendapat isyarat ”up” dari anggota barisan belakang. Isyarat ”up” diberikan sekali lagi untuk pergerakan senang diri. Ingatan : Jika dikehendaki kedudukan skuad itu rendah di sebelah kanan dan tinggi di sebelah kiri, hukumannnya : "Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan ............pusing". " Jadikan tiga barisan..........cepat jalan" ( iaitu semasa mereka di dalam satu barisan ), maka skuad hendaklah membuat pergerakan seperti di atas. ASAS KAWAD KAKI
II) Berhenti dan Berjalan Cepat Jalan a) CEPAT JALAN Hukuman : "Dari kanan/kiri,cepat jalan" Perbuatan : Langkah ke hadapan sejauh 30 inci dari tumit ke tumit mulai kaki kanan, dengan memacakkan tumit ke bumi, lutut lurus serta lenggangkan tangan separas bahu, tangan kanan ke belakang, jari genggam, ibu jari di bahagian atas menghala ke hadapan , kedua-dua lengan lurus. Masa berjalan badan tegak, buka dada, serta pandang ke hadapan 200 meter. Ingatan : (a) Lenggang tangan ke belakang semaksima yang boleh. Lenggang tangan ke hadapan separas dengan bahu. (b) Melangkah dengan memacakkan tumit tanpa membengkokkan lutut. Kesalahan Biasa ; 1. Jalan mengenjut; 2. Lutut kendur; 3.Lenggang tangan tidak lurus dan tidak separas bahu ke hadapan dan tidak semaksima ke belakang. 4. Hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit; 5. Pinggang lemah; pandang ke bawah dan membengkok, dan mengheret tumit semasa berjalan; 6. Semasa berjalan satu tangan tidak lenggang dan lenggang tangan tidak sama. 7. Mendongak secara keterlaluan. ASAS KAWAD KAKI
b) BERHENTI Hukuman : "Skuad.. ..........Henti" Perbuatan : Bahasa "skuad" untuk memberi bahasa amaran dan "henti", semasa beri tumit kaki kiri mencecah bumi di hadapan kaki kanan. ‘Check’ atas kaki kanan. Hentak kaki kiri diikuti kaki kanan dan pada masa yang sama kedua - dua tangan dibawa ke sisi dalam kedudukan sedia. Kesalahan Biasa ; 1. Bergoyang selepas berhenti. 2. Badan tidak cukup tegap dan tetap selepas berhenti. 3.Mengangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan ke tumit kiri. 4.Lurus, jarak, bersetentang tidak betul selepas berhenti. 5.Turun tangan terlalu lambat. 6.Antara tumit tidak rapat dan antara hujung kaki tidak 30 darjah . 7.Angkat peha melebihi 45 darjah. 8.Perbuatan ‘check’ menjadi hentak kaki. ASAS KAWAD KAKI
III) Berjalan dan Berhenti Perlahan Jalan a) Perlahan Jalan Hendaklah diajar dengan bernombor (ansur maju) untuk mengimbangkan kedudukan badan. Hukuman : "Dari kanan/kiri , perlahan...........Jalan" Perbuatan : Langkah pertama : Tolak kaki kanan ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak kaki selari dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk, ibu jari rapat pada penjahit seluar. Berat badan di atas kaki kiri. Kemudian, tolak kaki kanan ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 30 inci ( satu langkah ) dengan tapak kaki jejak ke tanah. Pada masa yang sama tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci seperti kedudukan kaki kanan tadi. Langkah ke dua : Tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak kaki selari dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk. Kemudian tolak kaki kiri ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 30 inci (satu langkah) dengan tapak kaki jejak ke tanah dan proses seperti itu dibuat berterusan. ASAS KAWAD KAKI
Kesalahan Biasa : 1. Tumit mencecah ke bumi dahulu / tapak kaki tidak selari dengan bumi. 2. Siku renggang dari rusuk. 3. Tangan mengikut pergerakan peha, dan bergerak pada setiap kali melangkah. 4. Memandang ke bawah. 5. Tidak menjaga jarak antara anggota Ingatan : 1. Semasa perlahan jalan tidak perlu lenggang. 2. Tangan rapat ke rusuk dan lurus dan tiada pergerakan tangan. Berhenti Semasa Perlahan Jalan Hukuman “ Henti “ diberi apabila kaki kanan mencecah ke bumi, hentak kaki kiri dan kaki kanan. ASAS KAWAD KAKI
IV) Bahasa Hukuman Kawad Statik ASAS KAWAD KAKI
IV) Bahasa Hukuman Kawad Dinamik ASAS KAWAD KAKI
ASAS KAWAD KAKI
V) Kawad Formasi Juga dikenali sebagai kawad persembahan. Melibatkan asas-asas kawad statiK dan dinamik, tetapi diolah menjadi beberapa bentuk formasi supaya lebih menarik. Contoh Formasi Kawad: Aturcara Pergerakan Kawad a) Sebelum masuk padang 1.Dari kanan cepat jalan 2.Skuad henti 3.Skuad mengadap ke hadapan, ke kanan pusing 4.Buka barisan gerak 5.Ke kanan lurus/ pandang hadapan 6.Nombor ASAS KAWAD KAKI
b) Melapor 7. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan pusing 8. Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke belakang pusing 9. Skuad akan mengadap ke hadapan, ke kanan pusing 10. Empat langkah ke kiri, gerak 11. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan pusing 12. Dari kiri cepat jalan 13. Hormat, hormat ke hadapan hormat 14. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing 15. Hentak kaki. 16. Maju 17. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing 18. Skuad henti 19. Skuad akan menghadap ke hadapan, kekiri pusing 20. 3 jenis kawad formasi 21. Ke kanan lurus 22. Pandang hadapan 23. Melapor ASAS KAWAD KAKI
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsayang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yangterdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsamendapat rawatan perubatan yang sempurna. I) Tujuan dan Prinsip PC a) Asas bantu Mula Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum tibanya bantuan perubatan. b) Objektif Menyelamat nyawa. Mengelak mangsa cedera lebih serius. Mengurangkan kesakitand. Menguruskan pemindahan ke hospital c) Ciri-ciri seorang penyelamat Bertanggungjawab. Berjiwa cekal, waras dan tenang. Mengamati prinsip keselamatan diri. Berpengetahuan dan berkeyakinan. Terlatih d) Tujuan-tujuan pertolongan cemas Membantu menyelamatkan nyawa mangsa. Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk. Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa ASAS PERTOLONGAN CEMAS
II) Prinsip Pertolongan Cemas Prinsip-prinsip penting yang patut anda patuhi apabila memberi pertolongan cemas: 1. Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan. 2. Longgarkan pakaian jika perlu 3. Hentikan darah jika berdarah 4. Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit 5. Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu 6. Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau mencemaskan berhubung dengan doctor di klinik atau rumah sakit yang terdekat. III) Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan a) Membuat penilaian keadaan: Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat. Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan bantuan. Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa. b) Membuat diagnosa - mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaansekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan keataskecederaan mangsa. c) Membuat dan memberi laporan - mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang telah dilakukan ke atas mangsa. ASAS PERTOLONGAN CEMAS
d) Tindakan serta merta pertolongan cemas: Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. Memberikan rawatan renjatan dengan segera. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna . IV) Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas yang Baik Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan keskeskecemasan. Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau sekelilingnya. Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes. Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa. Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan rawatan mangsa. Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa. V) Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsaterhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan. Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitankuman. Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak. Elak mangsa dari mengalami renjatan. Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang. Atur bantuan agar mangsamen dapat rawatan perubatan ASAS PERTOLONGAN CEMAS
VI) Peti Pertolongan Cemas Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. Antara peralatan yang umumnya ialah peti pertolongan cemas. Peti Pertolongan Cemas Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi ahlisukarelawan menyelamat khususnya untuk mengetahui isi kandungan di dalam peti pertolongan cemas. ASAS PERTOLONGAN CEMAS