ASAS PERTOLONGAN CEMAS
VII) Anduh dan Balutan Jenis Anduh Anduh Besar Anduh Kecil Anduh Pergelangan Tangan Anduh Menaik Terdapat 5 jenis balutan anduh: Anduh lengan Anduh kepala Anduh lutut atau siku Anduh pergelangan tangan Anduh tapak kaki ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku sila : a) Anduh Lengan Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera . Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat kebahagian dalam untuk lebih kemas. ASAS PERTOLONGAN CEMAS
b) Anduh Lutut Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di atas) di atas lutut yang tercedera . Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut (seperti gambar rajah di atas) . Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas . c) Anduh Kepala Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala . Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudiandibawa ke dahi dan diikat buku sila . Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas . ASAS PERTOLONGAN CEMAS
d) Anduh Pergelangan Tangan atau Tapak Kaki Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarikdan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di atas) Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di atas) Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yangditunjukkan di gambarajah di bawah. Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti di balut . ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Balutan Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan. Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan. Jenis Kain Pembalut Pembalut Tiga Segi Pembalut Lebar Pembalut Kecil Pembalut Gulung Lipatan Tiga Segi ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Jenis Balutan Luka Luka Tangan Luka Dada Luka Bahu ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Luka Peha Luka Siku Luka Lengan ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Luka Lutut Luka Jari ASAS PERTOLONGAN CEMAS
VIII) Merawat Luka dan Gigitan a) Luka Tusukan Luka tertusuk boleh disebabkan oleh benda-benda tajam seperti jarum, paku, duri, kacadan lain-lain. Ia biasanya tidak banyak berdarah melainkan pembuluh darah yang besar tertusuk. Seelok-eloknya bersihkan luka tersebut sebelum rawatan diberi. Kemudian balut dengan pembalut yang bersih dan bawa pesakit ke hospital untuk rawatan lanjut. b) Terkenan Selumbar Cara merawat: Cuci bahagian yang terkena selumbar dan beri tuaman sejuk: Ambil sehelai kain atau tuala. Lipat mengikut saiz yang dikehendaki Rendam dalam air sejuk, perah hingga tidak menitik dan tuamkan pada bahagianyang luka.Tuaman ini haruslah dikenakan pada bahagian cedera dan diulang-ulangkan membasahkannya supaya sejuk. c) Merawat Luka Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet. Bersihkan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai.. Balut lukadengan teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih. d) Melecur Cuci bahagian yang terbakar atau kene wap itu dengan sabun dan air hangat.Kemudian sapukan petroleum atau Vaselin dan balut dengan teliti. Jika terasa amatpedih berilah pesakit 2 pil aspirin dan ulangi setiap 2 jam bila anggap perlu untukmengurangkan sakit. ASAS PERTOLONGAN CEMAS
e) Gigitan Digigit Hama rumput Hama-Hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar. Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat. Rawatan: 1.Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun. 2.Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik. 3.Jangan digaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak terlalu keras atau minyak anti-histamine. 4. f) Digigit Lintah dan Pacat Jangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana sebahagian dari sengatnyaakan tertinggal pada kulit. Rawatan: Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam untuk melonggarkan gigitan dan menggugurkannya. 1. 2.Bersihkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalukeras ataupun dengan minyak anti-histamine. 3. 4.Tutup dan balut dengan pembalut kering. ASAS PERTOLONGAN CEMAS
g) Dipatuk Ular Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat yang digigit dan bisa Rawatan: Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat dengan kuat akanbahagian sebelah tempat yang digigit yang pengaliran darah kejantung. Jangankan sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Anda haruslah dapat merasa nadi pada pergelangan tangan atau kaki. 1. Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium permanganate untuk menawarkan racun yang ada pada luka. 2. Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan darah keluar dengan memotongke dalam akan daging yang digigit dengan pisau yang tajam dan telah dibakar terlebih dahulu. 3. 4.Longgarkan ikatan ‘tourniquet’ selama ½ minit tiap - tiap ½ jam. 5.Biarkan orang yang digigit ular itu bertenang dengan cukup. 6.Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan panas. Jika ia tidak bernafas bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam pernafasan. 7. 8.Hantar ke rumah sakit yang terdekat. Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan hanya boleh diberikan oleh mereka yang terlatih sahaja untuk membuat suntikkan. 9. Rawatan kecemasan untuk gigitan ular termasuk menyedut bisa ular. Ini dapatdiadakan dengan mulut sesudah menghiris satu bentuk X diatas gigitan itu. Buatlahbeberapa irisan atas bahagian yang digigit itu 0.6cm dalamnya supaya darah mengalir dengan leluasa. Tidak ada bahayanya jikalau tidak ada luka pada mulut anda. Bisa itutidak beracun meskipun tertelan. ASAS PERTOLONGAN CEMAS
IX) Keracunan dan Terseliuh Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap pada kulit dan mata. Tanda-tanda Kemungkinan terdapat tanda-tanda berikut bergantung keatas jenis racun: Muntah, kadang-kadang terdapat kesan darah. Daya sedar yang lemah. Rasa sakit dan perit yang membakar. Bekas-bekas kosong dikawasan persekitaran. Latar belakang pendedahan/tertelan Cirit-birit Pening kepala dan demam. Tanda-tanda renjatan. Perut sakit dan kejang. Rawatan Awal Keracunan Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya. Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu. Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau minum. Tunggu arahan dan bertindak segera. Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan. Jangan galakkan mangsa muntah melainkan diarahkan. Jika bibir mangsa terselar oleh bahan-bahan kakis, beri mangsa minum air atau susu sejuk dari masa kesemasa sementara menunggu bantuanperubatan ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Terseliuh a) Tanda-tanda dan Gejala Rasa kesakitan pada sendi itu. Bengkak. Lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera. b) Rawatan Letak beg ais pada sendi yang cedera. Tinggikan bahagian yang tercedera. Letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa. Ampu bahagian yang tercedera. Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan. X) Pemulihan Pernafasan a) Asfiksia ( Terhenti Pernafasan) Asfiksia adalah satu keadaan di mana system pernafasan terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tius-tisu badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi. b) Punca-punca Asifiksia Lemas Keracunan gas dan asap yang merbahaya. Tersekat saluran udara. tergantung dan tercekik oleh makanan ataubenda-benda asing lain. Tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak kedalam. Ketika tidak sedarkan diri. Disambar petir atau kilat. Terhimpit dada. ASAS PERTOLONGAN CEMAS
c) Tanda-tanda Pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susah bernafas, dan akhirnya terhenti. Bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan. Kebanyakkannya menyebabkan tidak sedarkan diri. d) Peraturan Am Memulihkan Asfiksia A- Airways (saluran pernafasan) Terbuka atau tersekat. Keluarkan bendasing seperti gigi palsu,rumput, tanah, bahan mentahdaripada mulut jika ada. B- Breathings (pernafasan) Boleh bernafas atau tidak. Jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan segera. C- Circulation (peredaran darah) Pastikan adakah denyutan nadi atau tidak. Jika tiada, lakukan pemulihan CPR ( Cardio-pulmonary Resuscitation ( pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar) e) Jenis-jenis Pemulihan Pernafasan Pemulihan pernafasan mulut ke mulut. Pemulihan pernafasan Holgen Nielson. Pemulihan pernafasan mulut ke hidung. Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada ( external cardiac compression) Pemulihan kardio-palmonari (Cardio- Pulmonary Risucitation) CPR. ASAS PERTOLONGAN CEMAS
PENGURUSAN DAN PERSIAPAN KHEMAH
I) Pengenalan Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran. Perkhemahan juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya bersama-sama. Aktiviti seperti mendaki gunung,berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah dilakukan dalam aktiviti perkhemahan. Antara kemahiran yang perlu dipelajari sebelum menjalankan aktiviti perkhemahan termasuklah kemahiran pengurusan dan merancang aktiviti perkhemahan. Ia melibatkan bermalam sama ada satu malam atau lebih,sama ada di hutan, kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang sesuai. Aktiviti perkhemahan ini boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan mengikut keperluan, dan tujuan aktiviti perkhemahan itu diadakan. Di dalam aktiviti perkhemahan itu pula boleh diselitkan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang sesuai dengan kehendakprogram dan keadaan sekitar. Di antara contoh aktiviti tersebut ialah ceramah, aktiviti lasak, abseiling, orienteering dan sebagainya. PENGURUSAN DAN PERSIAPAN KHEMAH
II) Objektif Perkhemahan Melatih setiap pelajar supaya dapat berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan serba kekurangan terutamanya apabila berkhemah di tempat yang jauh dari bandar. Melatih pelajar menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan berkhemah kepada para pelajar. Memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang ada pada mereka. Menggalakkan para pelajar bergaul bersama mereka untuk mengeratkan lagi perpaduan. Merapatkan hubungan persaudaraan di antara pelajar dan pihak maktab. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan diluar rumah yang lebih mencabar dan menarik. Menyedarkan para pelajar agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan tuhan. Mendidik untuk mengenali menyayangi alam sekitar. Memupuk sikap berani di kalangan peserta. Menanam sikap berkerjasama dan bertanggungjawab dikalangan peserta. Menyediakan bakal guru yang berani dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran PENGURUSAN DAN PERSIAPAN KHEMAH
III) Faedah-Faedah Perkhemahan Berdikari dan ikhtiar hidup. Mengamalkan kebersihan. Berdisiplin, berdedikasi bekerjasama dan mematuhi peraturan. Merancang segala aktiviti dan keperluan. Cergas dan yakin pada diri sendiri. Menghargai alam sekitar ciptaan tuhan. Menghilangkan tekanan. Berseronok sambil menjalani aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang berfaedah. Mengelakkan daripada gejala sosial yang tidak sihat. IV) Pemilihan Kawasan Perkhemahan / Tapak Perkhemahan Pemilihan kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang membuat penilaian boleh mendatangkan bencana dan kecelakaan kepada peserta. Pemilihan kawasan ini sebenarnya tidak boleh ditetapkan jika tdak mengambil kira beberapa faktor penting seperti di bawah: Tanah atau tapak yang rata Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. Sebaik-baiknya walaupun tempat yang rata, cuba elakkan daripada terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut.Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai laluan air ketika hujan turun. PENGURUSAN DAN PERSIAPAN KHEMAH
Corak tapak perkhemahan Pilihlah tapak yang sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon besar yang mudah rekah atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab, dan permukaan yang curam juga haruslah dielakkan. Selain itu juga sila elakkan daripada membina khemah di kawasan sebelah dalam selekoh sungai. Tempat yang sebegini akan berlaku banjir atau dihanyutkan air yang deras sekiranya berlaku hujan yang lebat dan sebagainya Berhampiran punca air Di antara perkara penting semasa memilih tapak perkhemahan ialah punca air yang bersih. Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air yang bersih. Air yang besih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya.Tapak khemah mestilah berhampiran dengan air sama ada sungai,anak air, telaga, kolam atau sebagainya. Walau bagaimanapun punca air tersebut mestilah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti cirit-birit atau sebarang penyakit lain yang boleh berjangkit malalui air yang tidak bersih. Punca air juga haruslah diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang bagaimana. Tapak yang lebih tinggi dari punca air Pemilihan tapak yang lebih tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air. Contohnya membina khemah di tepi pantai, di tepi sungai dan air pasang dan sebagainya PENGURUSAN DAN PERSIAPAN KHEMAH
Mudah untuk mendapat bantuan Tapak perkhemahan yang dipilih juga berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. Tapak perkhemahan itu haruslah berdekatankampung dan laluan orang ramai. Selain itu juga setiap kali sebelum melakukan aktiviti perkhemahan haruslah melaporkan terlebih dahulu kepada pihak berwajib seperti Polis, Jabatan Hutan, pihak yang bertanggungjawab yang lain. Mudah untuk mendapat bahan bakar Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar juga merupakan faktor yang penting. Bahan bakar penting bagi menggunakan untuk memasak, membuat unggun api bagi beraktiviti, menjauhi gangguan binatang, menghalau gigitan serangga seperti nyamuk dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut ialah seperti kayuatau ranting-ranting kering, daun-daun kering, rumput-rumput keringdan sebagainya. Keselamatan kawasan perkhemahan Keselamatan kawasan perkhemahan sangat perlu di ambil kira.Kawasan tersebut perlu dipastikan bahawa bukan kawasan laluan binatang liar seperti gajah, babi dan sebagainya. Jangka masa perkhemahan Tapak perkhemahan yang dipilih mestilah seasuai dengan jangka masa perkhemahan. Sekiranya berkhemah untuk satu jangka masa yang lama maka perlulah memastikan bekalan air yang mencukupi, bagi kegunaan memasak, minuman, mandi dan juga untuk kegunaan lain. PENGURUSAN DAN PERSIAPAN KHEMAH
Bilangan peserta perkhemahan Perancangan awal adalah diperlukan sebelum memulakan sebarangaktiviti. Sebagai contoh jumlah bilangan peserta yang akanmenyertai. Penetapan ini akan mengelakan daripada berlakunyalebihan bilangan peserta dan berlakunya ketidakcukupan bahanmakanan dan juga khemah sebagai tempat tidur.. bukan itu saja,malah ianya akan menimbulkan banyak lagi masalah lain. Alam Persekitaran Alam persekitaran penentu kejayaan sesuatu aktiviti perkhemahan. Jadi peninjauan perlu dilakukan sebelum keluar berkhemah. Peninjauan dilakukan samada keluar melihat tempat tapakperkhemahan atau memahami keadan tersebut melalui peta topo atau maklumat penduduk setempat yang tahu dan pernah ke kawasan tersebut. PENGURUSAN DAN PERSIAPAN KHEMAH
V) Persiapan Akhir Sebelum Berkhemah Lebih kurang tujuh hari sebelum diadakan sesuatu perkhemahan,ketua atau AJK tertinggi haruslah menyelesaikan persiapan terakhir. Mesyuarat Mesyuarat dilakukan bagi membincangkan beberapa perkara sepertipembahagian tugas, menyemak kembali alatan yang hendak dibawadan seterusnya menyelesaikan beberapa masalah yang mungkintimbul sepanjang persediaan yang dilakukan. Taklimat kepada peserta Satu taklimat khas tentang perkhemahan harus diadakan. Semuapeserta diwajibkan hadir dalam taklimat tersebut. Peserta jugaharuslah didedahkan dengan gambaran sebenar perkhemahansecara ringkas seperti tempat, tujuan perkhemahan, aktiviti yangakan dijalankan, penyertaan, dan program secara menyeluruh.Dalam taklimat keselamatan, langkah keselamatan yang perlu diberiperhatian oleh peserta harus diterangkan untuk persediaan mentaldan emosi semua peserta. Peraturan perkhemahan harusditerangkan secara terperinci walaupun peserta sudah kerapmenghadiri perkhemahan. Peralatan perkhemahan Peralatan untuk berkhemah seperti khemah, peralatan kerja danmemasak seharusnya disediakan lebih awal. Bilangan, kepadatandan berat peralatan yang dibawa bergantung kepada pemilihanperalatan yang mustahak dan serbaguna diutamakan. Peralatanserta barang yang hendak dibawa haruslah disenaraikan setelahkawasan perkhemahan itu ditetapkan. Setiap peserta seharusnyamembawa peralatan masing-masing. Bilangan bagi setiap jenisperalatan yang dibawa bergantung kepada jumlah hari berkhemahdan kemudahan tertentu. PENGURUSAN DAN PERSIAPAN KHEMAH
VI) Antara peralatan yang boleh dibawa oleh INDIVIDU ialah: Pakaian Peralatan mandi Kompas Wisel Lampu suluh Mancis dan pisau Pinggan dan mangkuk Pen dan buku catatan VII) Bagi perlatan KUMPULAN pula ialah seperti: Khemah Skop dan cangkul Parang Tali Kit pertolongan cemas Lampu gaslin Baldi Alatan untuk aktiviti Peralatan untuk memasak juga sangat penting untuk perkhemahan. Pemilihan peralatan yang mustahak dan serbaguna perlu diteliti. Bekas makanan yang paling sesuai untuk dibawa semasa perkhemahan ialah yang diperbuat daripada aluminium. Inikerana ia sangat ringan dan memudahkan seseorang untuk membawanya. Di antara peralatan memasak serbaguna yang boleh digunakan ialah seperti mess tin, periuk, kuali dan bekas air. PENGURUSAN DAN PERSIAPAN KHEMAH
Pack yang juga dikenali sebagai beg galas merupakan sejenis alat khusus yang digunakan bagi membungkus dan membawa pakaian, makanan dan peralatan semasa berkhemah dan mengembara. Pack diperbuat daripada kain tebal atau nilon. Ia mempunyai banyak jenis, model dan saiz. Pack sangat diperlukan untuk membawa bebanan yang banyak dan merupakan cara yang paling selamat untuk bahu. VIII) Aspek Keselamatan a) Pemilihan Tempat Untuk Mendirikan Khemah Adalah dinasihatkan bahawa tidak dibenarkan mendirikan khemahkecuali setelah mendapat arahan dari anggota penunjuk jalan atauketua pasukan. Di samping itu semasa memilih tapak untukmendirikan khemah, perkara-perkara tersebut perlu diberi perhatiandan penekaan: Tanah yang rata ( selesa untuk berbaring ) Terlindung dari angina Tidak terlalu hampir dari punca air seperti sungai Mempuyai pandangan persekitaran yang mernrik ( soronok,lapang,dan terhibur apabila melihatnya ). Boleh mendapatkan sinaran cahaya matahari bagimengeringkan keadaan sekitar yang lembap, menjemur pakaian, khemah dan alatan yang basah. Mempunyai hubungan dengan trek atau denai supaya memudahkankita bergerak semula bagi tujuan kecemasan PENGURUSAN DAN PERSIAPAN KHEMAH
IX) Disiplin Diri/ Peraturan Keselamatan Perkhemahan Bagi menjaga keselamatan di kawasan perkhemahan , pastikan peraturanperaturan berikut dipatuhi dan dipertimbangkan: Tentukan khemah sentiasa ditutup apabila meninggalkannya. Kedudukan tempat yang berbahaya seperti di lereng bukit yang curam, Tanah licin, tunggul kayu, dahan reput, pokok berduri,tempat-tempat tersebut perlu ditanda untuk memberitahu kepada semua orang. Mana-mana rintangan atau halangan yang perlu dihapuskan hendaklah dihapuskan segera. Tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk di dalam atau terlalu hampir dengan khemah. Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian. Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah (khemahmoden). Digalakkan makan dan minumdi luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang merayap daripadamemasuki khemah. Pastikan di luar atau di dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas. Pasikan khemah yang dipasang itu kukuh dan selamat untuk digunakan. Hendaklah mengadakan sistem kawalan waktu malam. Jangan membuat bising di kawasan perkhemahan seperti melaung,bertempik, ketawa yang keterlaluan dan gembira yang amat sangat. Hendaklah menaburkan bahan kimia seperti belerang kuningatau kapur di sekeliling khemah bagi mengelakkan gangguan binatang merayap, menjalar dan mana-manayang boleh mengganggu peserta. Patuhi semua arahan keselamatan, kawalan, penerangan perkhemahan dari masa ke semasa dan segala pantangl arang. PENGURUSAN DAN PERSIAPAN KHEMAH
Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan. Berhati-hai melakukan segala aktiviti dan senantiasa merhormati serta menghargai kawasan sekitar. Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan. Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang. Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan segala aktiviti. Memaklumkan kepada pensyarah/ ketuaperkhemahan/ penunjuk cara/ pengerusi jawatankuasa perkhemahan sekiranya terdapat sebarang kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan. Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa henti sehingga rakan datang membantu jika berlakusebarang kecemasan. Peserta dilarang berenang di masa yang ditentukan jika berkhemah di kawasan berhampiran sungai, laut atau tasik. Dilarang memiliki senjata, senjati api, dadah dan apa-apa alatan yang dilarang dan menyalahi undang-undang. Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan. Segala alatan janganlah dibiarkan bersepah. Ia mestilah diletakkan setempat supaya mudah untuk dimuatkan semula ke dalam beg. Pilihlah suatu tempat atau arah tertentu yang akan dituju sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan terpaksa meniggalkan khemah. PENGURUSAN DAN PERSIAPAN KHEMAH
X) Peraturan Umum Perkhemahan Mematuhi peraturan-peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan serta arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Mengikut dan menjalankan setiap aktiviti dengan penuh dedikasi dan bersemangat tinggi. Menepati masa dan penuh disiplin dalam menjalankans etiap aktiviti. Mengutamakan setiap prinsip-prinsip keselamatan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Mengamalkan sikap kerjasama dan semangat kekeluargaan dalam setiap aktiviti. Mematuhi semua nasihat, teguran dan trunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah atau penunjuk cara. Undangan. Menyediakan sebuah buku log bagi mencatat segala aktiviti yang dijalankan. Tidak meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari pensyarah penasihat. PENGURUSAN DAN PERSIAPAN KHEMAH
ORIENTASI KURIKULUM
1.1 Teras 1.1.1 Pendidikan Kerohanian/Moral Memahami dan mengenal Tuhan. Amalan mulia yang perlu–menghormati ibubapa, guru dan pemimpin. Tanggungjawab sebagai pelajar, warganegara dan anggota masyarakat. Mengenal dan mengamalkan nilai-nilai murni atau amalan-amalan mulia termasuk konsep kebersihan dan kesihatan dalam kehidupan seharian. Mengenal adat istiadat bangsa atau kaum di Malaysia. 1.1.2 Pendidikan Ketatanegaraan/Patriotisma Mengenal bendera negara Malaysia termasuk makna yang terdapat pada bendera tersebut. menyanyi lagu ‘Negaraku’ dengan penuh semangat, serta lagu-lagu patriotik yang lain. Memahami dan Menghayati Rukun Negara. Konsep kekeluargaan Kebudayaan Melayu serta kebudayaan kaum-kaum yang lain. Mengenal tokoh-tokoh pejuang Kemerdekaan Negara dan tokoh-tokoh negara. 1.1.3 Latihan Fizikal Senaman Latihan kecergasan Latihan merentas halangan Latihan asas kawad kaki ORIENTASI KURIKULUM Kurikulum TKRS
1.2 Umum/ Elektif 1.2.1 Aktiviti di darat Penggunaan kompas. ikhtiar hidup. aktiviti pandu arah. 1.2.2 Aktiviti Mental Latihan mencipta slogan dan logo. Latihan kumpulan dinamik. Latihan sumbangsaran. Latihan melakukan perancangan dan keputusan mengamalkan sikap berfiikiran positif dalam aktiviti dan berjaya membendung masalah. Latihan kebudayaan secara berkumpulan. 1.2.3 Aktviti Ketahanan Diri Latihan kawat kaki untuk pertandingan/persembahan/upacara-upacara rasmi. Latihan asas Bantu Mula. Latihan kecemasan semasa kebakaran. Latihan membuat ikatan dan simpulan yang mudah. Tatatertib Pasukan Pakaian Seragam. Membaca dan menafsir peta. 1.2.4 Aktiviti Pendidikan Luar Perkhemahan. Orienteering. Kembara Menggunakan Tali (ikat dan simpulan) Rekreasi Tali: i. abseiling ii. flying-fox. ORIENTASI KURIKULUM
1.2.5 Aktiviti Pendidikan Alam sekitar Mengenal tumbuh-tumbuhan. Menjaga kebersihan alam sekitar Mengenal binatang. Menyedari kepentingan flora dan fauna. Cara mengatasi masalah kepupusan flora dan fauna. 1.2.6 Aktiviti Kemahiran Hidup (keusahawanan) Mengitar semula. Latihan memasak. latihan asas jahitan. Membaikpulih perabot. Merekacipta daripada bahan kitar semula. Membuat gajet. 1.2.7 Aktiviti di Air Keyakinan di air (water confidence) Latihan asas berenang. Latihan keselamatan semasas berada di dalam air. 1.2.8 Aktiviti khidmat kepada sekolah Khidmat guna tenaga Persembahan kebudayaan. Gotong-royong. Kebersihan / keselamatan / keceriaan sekolah. Memakmurkan kemudahan sekolah. ORIENTASI KURIKULUM
ORIENTASI KURIKULUM Orientasi Kurikulum Sekolah Rendah
ORIENTASI KURIKULUM
ORIENTASI KURIKULUM
ORIENTASI KURIKULUM
ORIENTASI KURIKULUM
SEKIAN, TERIMA KASIH