The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sailormoon, 2021-08-28 20:17:49

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
PENDIDIKAN KHAS

ASAS KEMAHIRAN VOKASIONAL
MODUL PEMBELAJARAN
TINGKATAN 1

ASAS MULTIMEDIA

2015

ii

MODUL PEMBELAJARAN

ASAS MULTIMEDIA

TINGKATAN 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
iii

Copyright © 2015 Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62600 Putrajaya
Cetakan Pertama 2015
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan
isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

iv

KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA vi

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii

3. PENDAHULUAN 1
2
a. Objektif Modul
b. Kandungan Modul 4
13
4. MODUL PEMBELAJARAN 40
71
UNIT 1 : MEMAHAMI ASAS MULTIMEDIA 108
UNIT 2 : MEMAHAMI ASAS VISUAL 118
UNIT 3 : MEMAHAMI ASAS ANIMASI 126
UNIT 4 : MEMAHAMI ASAS AUDIO
UNIT 5 : MEMAHAMI ASAS VIDEO
UNIT 6: MEMAHAMIASAS PENGARANGAN
UNIT 7 : MENGETAHUI PELUANG KERJAYA DALAM
BIDANG MULTIMEDIA

v

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu
cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran
negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu
cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-
bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vi

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.

vii

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

MODUL ASAS MULTIMEDIA

1

PENDAHULUAN
Modul Asas Multimedia adalah panduan untuk murid mempelajari asas-asas yang
terdapat dalam bidang Multimedia. Modul ini dibangunkan untuk memastikan
murid bersedia mengaplikasi dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran
asas dalam bidang Multimedia yang dipelajari bagi meneruskan pembelajaran di
peringkat yang lebih tinggi.

OBJEKTIF MODUL
Modul ini membolehkan murid:
1. Mengamalkan penggunaan multimedia secara bertanggungjawab dan

beretika.
2. Memilih dan mengaplikasikan sumber multimedia yang bersesuaian.
3. Menggabungkan elemen multimedia untuk menyampaikan maklumat dengan

lebih jelas dan efektif.
4. Menggunakan multimedia untuk melahirkan idea dan maklumat secara

kreatif dan inovatif.
5. Menggunakan multimedia untuk meningkatkan pembelajaran dan produktiviti.
6. Memerihal peluang kerjaya dalam industri Multimedia.

1

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

KANDUNGAN MODUL
Modul ini mengandungi 8 unit pembelajaran.

UNIT 1 : MENGAMALKAN PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI
DALAM MAKMAL KOMPUTER

Dalam Unit 1, murid mempelajari panduan keselamatan dan kesihatan di dalam
makmal komputer, cara mengendalikan peralatan komputer dengan betul dan
cara-cara untuk mengelakkan fatigue.

UNIT 2 : MENGENAL PERKAKASAN KOMPUTER

Dalam Unit 21, murid mempelajari tentang jenis-jenis perkakasan asas komputer
dan kegunaannya.

UNIT 3 : MENGENAL ASAS GRAFIK BERKOMPUTER

Dalam Unit 3, murid mempelajari pengenalan Asas Multimedia seperti maksud
grafik berkomputer, elemen multimedia, format fail bagi elemen mutilmedia,
kelebihan multimedia terhadap alam sekitar dan kepentingan amalan keselamatan
dalam multimedia.

UNIT 4 : PENGENALAN KEPADA ASAS VISUAL

Dalam Unit 4, murid mempelajari asas visual, menyunting teks dan imej yang
merangkumi maksud visual, aktiviti penyuntingan fon, teks dan imej bagi
menghasilkan produk yang berinovasi.

UNIT 5 : PENGENALAN KEPADA ASAS ANIMASI

Dalam Unit 5, murid mempelajari tentang asas animasi dengan membezakan imej
pegun dan animasi, ciri-ciri dan jenis animasi. Dalam unit ini juga murid berpeluang
melakar dan menyunting objek dua dimensi (2D) serta tiga dimensi (3D) yang
sesuai.

2

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

UNIT 6 : PENGENALAN KEPADA ASAS VIDEO

Dalam Unit 6, murid mempelajari tentang asas media video. Murid didedahkan
cara memasang peralatan penggambaran, merakam video, memindah fail klip
video dan memain semula klip video. Selain itu, murid boleh memuat turun klip
video dari internet atau sumber lain.

UNIT 7: PENGENALAN KEPADA ASAS PENGARANGAN

Dalam Unit 7, murid dapat membangunkan persembahan multimedia yang
bersesuaian dengan pasaran dengan mengintegrasikan elemen-elemen teks,
grafik, audio, video dan animasi yang telah dipelajarinya. Seterusnya dapat
mempersembahkan hasil kerja dengan jayanya.

UNIT 8 : KERJAYA

Dalam Unit 8, murid mempelajari tentang peluang kerjaya dalam bidang
multimedia. Murid akan mengetahui jenis pekerjaan yang boleh diceburi dalam
bidang multimedia melalui pencarian di internet atau sumber lain.

3

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

UNIT 1 : MEMAHAMI PRINSIP ASAS MULTIMEDIA

STANDARD PEMBELAJARAN:
1.1 Menjelaskan prinsip asas multimedia.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:
1.1.1 Menyatakan definisi multimedia dengan betul.
1.1.2 Menyenaraikan elemen multimedia dengan betul.
1.1.3 Menyatakan format fail bagi elemen multimedia.
1.1.4 Menyatakan kelebihan multimedia pada masa kini.
1.1.5 Menyatakan kepentingan amalan keselamatan dalam multimedia.

4

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Perkembangan teknologi multimedia berubah selaras dengan perubahan
teknologi komputer. Seiring dengan perkembangan multimedia yang semakin
kreatif dan inovatif telah membuatkan penyampaian informasi yang lebih
cepat, interaktif dan menarik. Oleh itu, murid harus prihatin dengan situasi ini
supaya dapat menghasilkan satu persembahan yang menarik.

Segala sumber maklumat yang boleh diperolehi melalui pelbagai sumber.
Antaranya adalah seperti berikut:

Media elektronik
 Internet
 Komputer

Media cetak
 Nota

 http://gmm.fsksm.utm.my/~sca3103/cgi-bin/bahan_kuliah/anita/Bab
%201%20-%20Pengenalan%20MM.pdf

 http://202.91.15.14/upload/files/8619_01-Pengantar_MULTIMEDIA.pdf
 http://sistem-multimedia.blogspot.com/2009/01/definisi-multimedia.ht ml
 http://hitechmedia.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/eleme

nmedia2004.pdf
 Majalah
 Surat Khabar
 Manual yang berkaitan

5

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

KANDUNGAN / FAKTA
Maksud Perkataan
Multimedia - Sebarang aplikasi atau persembahan berasaskan komputer
yang menyepadukan teks, grafik, audio, video dan animasi.
Elemen multimedia – Elemen yang terdiri daripada teks, grafik, audio,
video, dan animasi yang digabungjalinkan

6

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
Kertas A4 (putih dan berwarna), pensel warna, alat menulis. Alat TMK yang
berkaitan;

TUGASAN

1. Menyatakan maksud multimedia.
2. Menyenaraikan elemen multimedia dengan betul.
3. Menyatakan format fail bagi elemen multimedia.
4. Menyatakan kelebihan multimedia terhadap alam sekitar.
5. Menyatakan kepentingan amalan keselamatan dalam multimedia.

LANGKAH KERJA

1. Nyatakan definisi multimedia.

 Multi [latin] - banyak; bermacam-macam
 Medium [latin] - sesuatu yang digunakan untuk menyampaikan

sesuatu;
 Medium [Amarican Heritage Electronic Dictionary, 1991] – alat dan

cara untuk mengedarkan dan mempersembahkan maklumat
 Multimedia - gabungan elemen teks, grafik, audio, video dan

animasi dengan menggunakan pautan untuk menghasilkan
navigasi, interaksi dan komunikasi.

2. Menyenaraikan elemen multimedia dengan betul.

 Elemen multimedia adalah pelbagai sumber maklumat (media)
seperti teks, grafik, audio, animasi, video dan sebagainya yang
mana maklumat ini dapat disampaikan dan dikawal oleh sistem
komputer secara interaktif.

 Gabungan elemen ini boleh digambarkan seperti di dalam
gambarajah di bawah:

7

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

3. Menyatakan format fail bagi elemen multimedia.
Format Fail Text:

Format Ekstensi Keterangan

Doc .doc Dihasilkan dengan perisian MS Word.
Text .txt Dihasilkan dengan perisian Notepad

Sxw .sxw Dihasilkan dengan perisian Openoffice Writer
rich text
format .rtf Dihasilkan dengan perisian MS Word.

Format Fail Audio:

Format Ekstensi Keterangan

AIFF .aif Audio Interface File Format, merupakan standard
audio yang digunakan pada pengoperasian Macintosh
AU .au
MIDI .mid Format audio yang digunakan untuk stesen kerja Sun
MP3 .mp3 Microsystem.
WAVE .wav Musical Instrument Digital Interface, merupakan
format suara yang khusus untuk menyimpan audio
instrumen musik.

Format yang umum digunakan untuk lagu.

Waveform Audio File Format diguna dan disokong
sepenuhnya oleh sistem pengoperasian Windows

8

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

WMA .wma Windows Media Audio, merupakan standard audio
yang mempunyai kualiti seperti CD.

(RealAudio/ .RA Format audio yang digunakan untuk siaran radio dan
ReadMedia) .RAM televisyen dimainkan secara langsung melalui
internet.

Format Fail Grafik:

Format Ekstensi Keterangan

BMP .bmp BitMap Graphics adalah fail grafik yang bersaiz besar
JPG .jpg / .jpeg / dan digunakan pada komputer.
PNG
TGA .jpe Joint Photographic Expert Group, iaitu format fail yang
.png kerap digunakan untuk menjimat ruang storan.
TIFF
.tga Portable Network Graphics, untuk menggantikan
format fail GIF dan JPEG.
Merupakan format gambar yang mempunyai
resolution yang tinggi dan sesuai untuk menghasilkan
video.

.tif Format Tagged Image File ini biasa digunakan untuk
penerbitan atas meja (desktop publishing).

WMF .wmf Windows Meta File digunakan untuk menunjukkan
jenis vektor terutamanya ClipArt.

WPG .wpg Format gambar yang dihasilkan oleh DrawPerfect.

Format Fail Animasi:

Format Ekstensi Keterangan

Graphics Interchange Format merupakan fail bersaiz
Gif .gif kecil yang boleh menyimpan fail grafik berbentuk

animasi 2D dan 3D.

DCR .dcr Fail media interaktif yang disimpan dalam format
Shockwave untuk digunakan dalam laman web.

9

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

Format fail SWF (”swiff”) direka cipta khas untuk

SWF .swf animasi dalam Web. Ia dikompres dengan
menggunakan Adobe Flash atau jenis fai l Shockwave

Flash.

Format fail Video

Format Ekstensi Keterangan

Audio Video Interleaved, merupakan standard
AVI .avi video untuk sistem pengoperasian Windows.

MOV .mov merupakan format video yang dibangunkan oleh
MPEG untuk sistem pengoperasian MacOs
.mpg /
.mpeg Motion Picture Experts Group, merupakan format
video yang bersaiz kecil dan kerap
RMVB .rmv digunakan dalam penyimpanan fail VCD dan
RmeeanleMruesdiitaalViaanriainbtelernBeitt.Rate merupakan format
video yang telah dikompress menjadi fail bersaiz
kecil dengan kadar bit yang rendah.

4. Menyatakan kelebihan multimedia pada masa kini.

 Menjimatkan masa dalam menghasilkan suatu aplikasi yang
sofistikated.

 Membolehkan elemen teks, grafik, audio, video dan animasi
diintegrasikan ke dalam persembahan interaktif.

 Membolehkan aplikasi multimedia dibangunkan tanpa kemahiran dan
pengalaman dalam pengaturcaraan yang kompleks.

 Menyediakan persekitaran bersepadu bagi menghubungkan semua isi
kandungan dan fungsi sebuah aplikasi yang ingin dibangunkan.

 Mempunyai potensi capaian pengguna yang luas dalam satu masa
yang sama menerusi talian internet atau laman web.

 Meluaskan pasaran menerusi capaian bilangan pengguna yang ramai.
Contoh: e-marketing.

 Mengurangkan penggunaan kertas.
 Penggunaan Bahan dan peralatan dapat dikitarkan semula.
 Peralatan komputer yang mesra alam (komputer hijau) dapat

menjimatkan tenaga elektrik (program energy star).

10

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

5. Menyatakan kepentingan amalan keselamatan dalam multimedia.
Menyatakan isu-isu berkaitan
• Cetak rompak
• Hak cipta
• Pornografi
• Keselamatan data
• Virus
• Bencana alam: banjir, gempa bumi, kebakaran dan lain-lain.
• Jenayah komputer: pencerobohan data, kerosakan dan lain-lain.
• Keselamatan tempat kerja: kuasa elektrik, kecuaian manusia.
• Memerihalkan langkah kawalan fizikal untuk menjamin keselamatan dan
integriti data (untuk menentukan tahap keizinan), misalnya
• Kawalan keselamatan: manusia, tatacara
• Kunci: fizikal dan elektronik / maya
• Kad pintar
• Bilik tahan api: daripada kebakaran

11

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

LATIHAN

1. Senaraikan 5 elemen multimedia dengan betul.

2. Senaraikan sekurang-kurangnya 2 format fail mengikut elemen multimedia
berikut:
Teks: ______________________________________________________
Grafik: ______________________________________________________
Audio: ______________________________________________________
Animasi: ______________________________________________________
Video: ______________________________________________________

3. Nyatakan dengan ringkas 2 kelebihan multimedia terhadap alam sekitar.

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

4. Nyatakan satu kepentingan amalan keselamatan dalam multimedia.

__________________________________________________________________________

12

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

UNIT 2 : MEMAHAMI ASAS VISUAL

STANDARD PEMBELAJARAN:
2.1 Mengetahui konsep asas visual
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:
2.1.1 Menyatakan maksud visual dengan betul.
2.1.2 Menyenaraikan perisian visual.

13

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Visual merupakan antara medium yang paling utama dan popular digunakan
bagi memperlihatkan rupa bentuk sesuatu objek. Menurut kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka, Visual membawa maksud „gambaran/paparan yang
boleh dinyatakan nama/rupa sesuatu objek tersebut.‟. Dalam hal ini,
penggunaan Visual dalam sesuatu persembahan maklumat berkomputer
bukan hanya berperanan untuk menonjolkan keindahan atau kejelasan
sesuatu hasil seni tersebut tetapi juga berperanan sebagai suatu sumber
penyampaian sesuatu maklumat yang amat berkesan.
Bahan-bahan visual boleh diperolehi dari pelbagai sumber dan antaranya
adalah:
Media elektronik
 Internet
 Imej berkomputer
Media cetak
 Nota
 Manual yang berkaitan
KANDUNGAN / FAKTA
Maksud Perkataan
Asas - Merupakan perkara paling utama yang perlu diberikan perhatian.
Visual - Gambaran atau paparan yang boleh dinyatakan nama atau rupa
sesuatu objek tersebut.

14

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
Petikan berkaitan yang disediakan.

TUGASAN

1. Menyatakan maksud visual dan menyenaraikan format fail visual yang
biasa digunakan.

2. Menyenaraikan perisian mengedit visual.

LANGKAH KERJA

A. Mencari maksud Asas Visual dan formatnya dengan membaca dari
petikan yang disediakan.

1. Baca petikan ‟MENGENALI FAIL VISUAL‟ yang disediakan.
2. Nyatakan maksud Visual dan senaraikan format fail yang terdapat

dalam petikan yang disediakan.
3. Senaraikan perisian-perisian untuk mengedit visual.

MENGENALI FAIL VISUAL
Visual merupakan sesuatu yang dapat dilihat, mengandungi maklumat -maklumat yang tertentu
yang boleh diterima tanpa dipersoalkan. Secara asasny a, Visual memperlihatkan rupa bentuk
sesuatu objek dalam format yang tertentu dan difahami. Piawaian ataupun format fail bagi
sesebuah visual menentukan kualiti imej, saiz fail serta tujuan penggunaan sesebuah imej.

BMP (Bitmap)

15

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

Ia sesuai untuk menyimpan fail visual TGA (Targa)
dalam kualiti yang tinggi kerana ia tidak TGA merupakan format visual yang
cuba untuk memadatkan (compress) pertama mampu menampung imej dengan
sesebuah saiz visual tersebut. resolusi yang tertinggi (24-bit atau 16 juta
warna). Ia sering digunakan dalam
GIF (Graphics Interchange Format) GIF penghasilan video digital dari visual statik.
atau Graphics Interchange Format
merupakan piawaian yang sering TIFF (Tagged Image File Format) TIFF
digunakan bagi pemindahan atau atau Tag Image File Format khas
pertukaran visual bitmap secara “on-line” digunakan bagi menyimpan fail visual
dan ia tidak bergantung kepada yang dihasilkan oleh peranti-peranti
perkakasan pembangunan ataupun seperti pengimbas imej (scanner), frame
persembahan. Format ini kerap digunakan grabber ataupun perisian-perisian grafik.
kerana ia mengkompress gambar dengan
sifat lossless serta dapat menyokong PICT
warna lutsinar dan animasi sederhana. PICT merupakan format fail visual yang
sering digunakan pada komputer jenis
JPEG (Joint Photographic Experts Macintosh. Sesuai untuk persembahan,
Group) paparan pada skrin mahupun untuk kerja-
kerja video digital. Format PICT boleh
JPEG merupakan piawaian (standard) digunakan bagi tujuan penyimpanan fail
bagi mekanisma pemadatan fail visual. bitmap mahupun vektor.
JPEG merupakan singkatan daripada
Joint Photographic Experts Group. JPEG PNG
juga sering digunakan bagi format fail PNG adalah singkatan daripada Portable
untuk halaman web terutamanya bagi imej Network Graphics yang merupakan format
visual yang mempunyai perbagai warna grafik dengan kaedah pemampatan yang
dan corak. Ini adalah kerana ia mampu dapat mengekalkan kualiti sesuatu imej.
memadatkan fail visual dengan baik. Format ini dijadikan alternatif dalam
pengolahan imej kerana format ini tidak
WMF (Windows Metafile Format) Format ini menghilangkan mana-mana bahagian imej
digunakan bersama-sama dengan sistem yang sedang diolah berulang kali.
pengoperasian Microsoft Windows dan sering
digunakan bagi menyimpan Visual jenis
vektor terutamanya dari jenis “clipart”.

Untuk mengedit Visual perisian-perisian tertentu amat diperlukan. Antara perisian yang
popular ialah seperti GIMP, JING, dan PAINT.NET. Perisian tersebut boleh dimuaturun
secara percuma di internet. Terdapat juga beberapa perisian lain yang boleh digunakan
dengan cara pembelian melalui pembekal-pembekal yang sah. Tujuan mengedit Visual
ialah untuk memberikan kelainan dan rupa bentuk yang lebih kreatif bagi tujuan komersial
atau koleksi peribadi.

16

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

LATIHAN

1. Visual bermaksud :
..........................................................................................................................
..........................................................................................................................
..........................................................................................................................

2. Lengkapkan ruangan di bawah ini dengan jawapan yang betul.

BIL FORMAT FAIL KETERANGAN

1 TGA Menyimpan fail visual dalam kualiti yang tinggi tanpa

kaedah pemampatan

2 Format fail yang sering digunakan dalam penghasilan

JPEG video digital dari visual statik

3 wmf Format ini mengkompress gambar dengan sifat

lossless serta dapat menyokong warna lutsinar dan

animasi sederhana.

4 BMP Sering digunakan bagi menyimpan Visual jenis vektor
terutamanya dari jenis “clipart”.

5 PICT Format ini mampu memadatkan fail visual dengan

baik untuk halaman web terutamanya bagi imej visual

yang mempunyai perbagai warna dan corak.

3. Senaraikan TIGA (3) perisian mengedit Visual dari petikan tersebut.
............................................................................................................
............................................................................................................
............................................................................................................

17

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

UNIT 2 : MEMAHAMI ASAS VISUAL

STANDARD PEMBELAJARAN:
2.2 Menyunting teks

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:

2.2.1 Memilih jenis fon yang sesuai.
2.2.2 Mengubah saiz teks mengikut kesesuaian.
2.2.3 Menukar warna teks mengikut kesesuaian.
2.2.4 Mengubah gaya teks mengikut kesesuaian.
2.2.5 Menggunakan kesan teks mengikut kesesuaian.
2.2.6 Mengubah penjajaran teks mengikut kesesuaian.

18

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Teks merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun bagi membentuk satu
makna yang boleh difahami serta membawa pengertian tertentu. Teks boleh
merujuk kepada simbol, huruf, abjad dan nombor dan menjadi elemen utama
bagi menyalurkan maklumat. Penggunaan teks yang bersesuaian akan lebih
menarik sekiranya menggabungkan elemen multimedia dalam penyampaian
maklumat yang lebih menarik.
Bahan-bahan teks boleh diperolehi dari pelbagai sumber dan antaranya
adalah:
Media elektronik
 Internet
 Imej berkomputer
Media cetak
 Nota
 Manual yang berkaitan

KANDUNGAN / FAKTA
Maksud Perkataan
Fon - Merupakan satu koleksi aksara yang mempunyai stail serupa yang
dimiliki oleh sekumpulan mukataip seperti Script, San Serif, Serif dan
Decorative.

19

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
Media elektronik dan media cetak yang berkaitan.

1. Perisian MS Word
2. Fail sumber slaid powerpoint „ELEMEN MULTIMEDIA DALAM

PENDIDIKAN.ppt‟ (salin dari folder FailSumber-Unit2.2)

TUGASAN
1. Mendapatkan beberapa petikan dari brosur atau keratan akhbar
2. Memperihalkan satu persembahan slaid yang mengandungi fon
pelbagai bentuk, saiz, warna, gaya, kesan, mod serta penjajaran teks.
3. Menghasilkan satu petikan menggunakan MS Word
4. Menyunting petikan yang telah dihasilkan.

LANGKAH KERJA

A. Mendapatkan beberapa petikan dari brosur atau keratan akhbar
Membuat pemerhatian terhadap slaid yang ditayangkan

1. Dapatkan beberapa petikan dari brosur atau keratan akhbar.
2. Perhatikan tayangan slaid powerpoint „ELEMEN MULTIMEDIA

DALAM PENDIDIKAN.ppt‟
3. Perihalkan tentang fon dalam persembahan brosur atau keratan

akhbar dan slaid yang ditayangkan dari sudut:

• Jenis fon
• Saiz fon
• Warna fon
• Format fon : Bold / Italic / Underline
• Penjajaran : Align Left / Align Right / Center / Justify
• Pernomboran : Bullet / Numbering

B. Menyediakan petikan dan membuat suntingan menggunakan
perisian pemprosesan perkataan.

1. Sediakan petikan „PENGGUNAAN MULTIMEDIA‟ berikut dengan
menggunakan perisian MS Word.

20

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

2. Buat suntingan petikan yang telah disediakan dengan menggunakan
fitur berikut:

PENGGUNAAN MULTIMEDIA

Malaysia akan mencapai status Negara maju menjelang tahun 2020 terutamanya
melalui penguasaan teknologi yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan
ekonomi Negara. Industri multimedia di Malaysia berkembang dengan pesat
terutamanya setelah penubuhan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super
Coridor atau MSC). Antara objektif utama penubuhan MSC adalah untuk
menjadikan Malaysia sebagai pusat terunggul di rantau Asia dalam industri
teknologi maklumat, telekomunikasi dan multimedia.

Terdapat pelbagai produk dan perkhidmatan multimedia dalam pelbagai bidang
seperti:

• Pendidikan
• Hiburan
• Perniagaan

Multimedia dalam Pendidikan
a) Simulasi

Simulasi ialah aplikasi multimedia daripada objek sebenar kepada
objek janaan computer secara maya. Tujuan aplikasi ini adalah untuk

latihan, ketenteraan dan komersial yang dapat menjimatkan kos
pengeluaran dan menjamin keselamatan.

b) Permainan Pendidikan
Permainan Pendidikan merujuk kepada permainan berasaskan
multimedia. Menerusi penggabungan unsur-unsur permainan, ia
berupaya menyampaikan ilmu selain menambahkan minat dan motivasi
murid.

c) Tutorial Interaktif
Tutorial interaktif ialah kaedah bimbingan tutor melalui penggunaan

multimedia interaktif sama ada dalam bentuk CD-ROM, DVD atau
laman web. Ia merupakan gaya terkini pembelajaaran dan pengajaran.

21

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

LATIHAN

1. Isikan tempat kosong dengan fungsi suntingan yang betul

Bil Fungsi Suntingan Simbol
1. Menukar jenis fon Suntingan

2. Menukar saiz fon

3. Menukar warna fon

4. Menebalkan huruf

5. Mencondongkan huruf

6. Menggariskan huruf

7. Menyusun teks ke sebelah kiri

8. Menyusun teks ke sebelah kanan

9. Menyusun teks ke tengah

10. Menyusun teks kiri dan kanan

11. Meletakkan bullet

12. Meletakkan pernomboran

22

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

UNIT 2 : MEMAHAMI ASAS VISUAL

STANDARD PEMBELAJARAN
2.3 Menyunting imej.

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:

2.3.1 Memasukkan imej menggunakan perisian penyunting imej.
2.3.2 Mengubah imej mengikut saiz yang sesuai.
2.3.3 Memotong imej menggunakan fitur crop.
2.3.3 Mengubah imej mengikut resolusi yang sesuai.
2.3.4 Mengubah imej mengikut mod yang sesuai.
2.3.6 Mengubah kedudukan imej yang sesuai.

23

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Menyunting imej merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh
murid untuk menghasilkan grafik yang lebih menarik. Kemahiran menukar
saiz, memotong, mengubah resolusi, mengubah mod dan mengubah
kedudukan imej dapat membantu murid menguasai kemahiran multimedia
dengan baik.
Media elektronik

 Komputer
 LCD
 Printer
Media Cetak
 Tiada
KANDUNGAN/FAKTA
Maksud Perkataan
a. Crop
b. Mod
c. Resolusi

24

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

1. Perisian Paint.NET
• muat turun di http://paint-net.en.softonic.com/ atau
• pasang dari folder Perisian ‘Paint.NET.3.5.8.Install’

2. Folder imej (salin dari folder „Sample Picture dalam FailSumber-
Unit2.3)

3. Perisian MS Word
4. Fail sumber BiomaGurun.doc (salin dari folder FailSumber-Unit2.3)

* Perisian Paint.NET adalah cadangan. Boleh menggunakan perisian
lain tetapi mesti dapat mencapai Standard Pembelajaran

TUGASAN
1. Sunting imej menggunakan perisian Paint.NET.
• Ubah saiz imej
• Potong imej
• Ubah resolusi imej
• Ubah mod imej dengan menukarkan mod yang sesuai
• Sisip imej ke dalam MS Word

2. Sisip imej yang disunting ke dalam perisian MS Word

LANGKAH KERJA

1. Membuka imej menggunakan perisian Paint.Net
1. Buka perisian Paint.NET
2. Klik ikon Open

Klik Open

25

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

Kotak dialog Open akan terpapar dan klik pada lokasi fail iaitu :
Lokasi fail: C:\Users\Public\Pictures\Sample Pictures atau
dari folder „Sample Picture dalam Fail Sumber-Unit 2.3 yang
telah disalin)

3. Pilih File Desert.jpg dan klik butang Open

4. Paparan seperti di bawah akan terpapar

26

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

2. Mengubah saiz imej
1. Klik menu Image dan pilih Resize. Kotak dialog akan terpapar
seperti dibawah

2. Isi kan 800 pada ruang With dan pada ruang Height akan
automatik bertukar kepada 600. Kemudian klik butang OK

3. Perhatikan pada sudut kiri bawah saiz imej telah bertukar
kepada 800x600

800x600

27

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

3. Potong imej dengan menggunakan fitur crop
1. Pada kotak tools pilih Rectangle Select

2. Klik dan seret untuk memilih gunung seperti di bawah

Klik dan seret seperti
contoh disebelah

3. Klik ikon Crop to Selection,

Klik ikon crop

4. Hasilnya adalah seperti di bawah

28

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

D. Ubah imej kepada resolusi kepada 300
1. Klik menu Image dan pilih Resize. Kotak dialog akan terpapar
seperti dibawah

2. Isikan 300 pada ruang Resolution
*Perhatikan pada ruang Print size - width dan Height
perubahan berlaku. Semakin tinggi resolusi semakin kecil saiz
gambar. Gambar akan menjadi lebih jelas.

*Saiz fail tidak berubah sekiranya hanya mengubah resolusi.

sebelum selepas

3. Kemudian klik butang Ok

E. Ubah imej melalui mod.
1. Klik menu Adjustments, dan pilih Brightness/Contrast. Kotak
dialog akan terpapar seperti di bawah

2. Ubah Brightness kepada -20 dan Contrast kepada 50.
Perubahan adalah seperti di bawah.

3. Klik butang OK

29

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

4. Simpan gambar yang telah disunting. Pilih menú File dan pilih
Save As. Namakan fail ini sebagai LatihanDesert.jpg. dan kilik
butang OK

F. Menyisip Imej ke dalam perisian MS Word.
1. Buka perisian MS Word
2. Buka fail BiomaGURUN.doc (dari folder FailSumber-Unit2.3
yang telah disalin)

3. Klik menu Insert, dan klik ikon Picture.

4. Kotak dialog Open akan terpapar dan klik pada lokasi fail dan
pilih LatihanDesert.jpg
30

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

5. Klik butang Insert

6. Paparan seperti di bawah

7. Klik imej LatihanDesert.jpg
8. Klik menú Format dan pilih Text Wrapping : Through

31

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

9. Klik pada imej dan seret pada awal perenggan teks.

10. Klik di penjuru kanan bawah imej tersebut dan seret untuk
mengubah saiz dan posisi imej sejajar dengan teks.

11. Pilih menú File > Save untuk menyimpan fail yang telah
disunting.

32

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

LATIHAN

Anda dikehendaki mengubah suai gambar yang diberikan mengikut arahan
seperti di bawah:

1. Dapatkan imej Hydrangeas.jpg yang tersedia di dalam folder
„Pictures‟ kemudian buka fail tersebut menggunakan perisian
suntingan imej.

2. Ubah saiz imej Hydrangeas.jpg kepada 700 x 500
3. Potong imej dengan menggunakan fitur crop seperti contoh di bawah:

4. Ubah imej dengan menukarkan resolusi kepada 100
5. Ubah Brightness kepada -30 dan Contrast kepada 4
6. Sisip imej ke dalam fail MS Word pada ruang yang telah ditetapkan
7. Simpan hasil kerja anda.

33

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

UNIT 2 : MEMAHAMI ASAS VISUAL

STANDARD PEMBELAJARAN
2.4 Menghasilkan produk visual

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:

2.4.1 Menggabungkan teks dan imej untuk menghasilkan satu karya yang
2.4.2 kreatif.
Menyimpan hasil produk ke dalam satu folder.

34

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Murid mempelajari cara menyunting teks dan imej. Murid boleh
menggunakan kemahiran tersebut menghasilkan pelbagai produk. Antaranya
individu tersebut boleh mengaplikasikan kemahiran tersebut untuk membina
satu karya yang kreatif seperti iklan, brosur, atau poster.
Media elektronik

 Komputer
 Printer
KANDUNGAN / FAKTA
Maksud Perkataan
Text Wrapping – Olahan kedudukan teks dan grafik dalam sesuatu paparan
atau persembahan.

35

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
 Perisian MS Word
 Folder imej (salin dari folder „Bahan Grafik dalam
FailSumber - Unit 2.4)

TUGASAN
1. Hasilkan satu iklan perniagaan seperti contoh di bawah:

36

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

LANGKAH KERJA
A. Menggabungkan teks dan grafik untuk menghasilkan satu karya yang

kreatif
1. Buka perisian MS Word
2. Klik menú Insert dan pilih WordArt :

3. Taipkan „Syarikat Komputer Sdn Bhd‟ dan klik butang OK.

4. Klik menu Insert, dan klik ikon Picture.
5. Pilih fail Tetikus Jpeg (dari folder „Bahan Grafik dalam FailSumber-

Unit2.4 yang telah disalin).
6. Kemudian klik butang Insert.

37

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

7. Klik pada gambar tetikus kemudian klik menu Format dan pilih Text
Wrapping : In Front of Text.

8. Ulang langkah 5 hingga 7 untuk memasukkan imej Pencetak.jpg,
Papan Kekunci.jpg , dan Pembesar Suara.jpg dan susun seperti
berikut:

9. Klik menú Insert dan pilih WordArt :
10. Taipkan ‟Tetikus – RM10.00’ kemudian klik butang OK. Kecilkan

mengikut saiz yang sesuai dengan gambar tetikus.

11. Ulang langkah 9 dan 10 memasukkan teks:
‘Papan Kekunci – RM30.00’
‘Pembesar Suara – RM25.00’, dan
‘Pencetak – RM550.00’.

12. Klik menú Insert dan pilih WordArt :
13. Taipkan „Hubungi 011-10101010 Halim’ dan klik butang OK.
14. Simpan dan cetak hasil tugasan

38

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

LATIHAN

Setiap murid diminta menghasilkan satu iklan perniagaan dengan
menggabungkan teks dan imej. Simpan dan cetak hasil iklan perniagaan
tersebut.

39

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

UNIT 3: MEMAHAMI ASAS ANIMASI

STANDARD PEMBELAJARAN:
3.1 Mengkategorikan objek 2D dan 3D.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:
3.1.1 Mengenalpasti objek 2D dan 3D dengan tepat.
3.1.2 Menyimpan objek 2D dan 3D dengan betul.
3.1.3 Memasukkan objek ke dalam folder yang betul.

40

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Objek 2D dan 3D merupakan satu imej multimedia yang boleh
memberi persembahan menarik dengan menggunakan komputer.
Seiring dengan berkembangnya multimedia yang semakin kreatif dan
inovatif telah membuatkan penyampaian informasi yang lebih cepat,
interaktif dan menarik. Oleh itu, murid harus prihatin dengan situasi
ini.

Segala maklumat rujukan boleh diperolehi dari pelbagai sumber.
Antaranya adalah:

Media elektronik :
 Internet
 Komputer
Media cetak :
 Majalah
 Surat Khabar
 Manual yang berkaitan
 Nota

41

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
Media elektronik dan media cetak yang berkaitan.

1. Folder imej (salin dari folder „Objek’ dalam FailSumber-Unit3.4)
TUGASAN

1. Mengkategorikan objek 2D dan 3D dengan tepat.
LANGKAH KERJA

A. Mengkategorikan objek 2D dan 3D dengan tepat.
1. Buka folder ‟Objek‟ yang telah disimpan dalam komputer.

2. Kenalpasti objek animasi 2D dan 3D dalam folder tersebut.
3. Klik butang New Folder untuk mencipta 2 folder yang

dinamakan dengan nama Objek 2D dan Objek 3D

42

Modul Pembelajaran Asas Multimedia

Klik butang
New folder

4. Klik fail objek 2D dan seretkan ke dalam folder Objek 2D. Ulang
langkah untuk objek 2D berikutnya.

Fail
objek
yang
diseret

5. Klik fail objek 3D dan seretkan ke dalam folder Objek 3D. Ulang
langkah untuk objek 3D berikutnya.

43


Click to View FlipBook Version