Modul Pembelajaran Asas Multimedia
PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
• Media elektronik dan media cetak yang berkaitan.
• Gambar perkakasan video
• Senarai perisian video
TUGASAN
1. Menyatakan maksud video
2. Menyenaraikan perkakasan dan perisian video
LANGKAH KERJA
A. Menyatakan maksud video dengan betul.
Video adalah rakaman yang dihasilkan dengan menggunakan
perakam video atau perkakasan lain untuk menangkap gerakan
penuh (Webopedia).
Penghasilan video melibatkan proses merekod, menghasilkan
semula dan menyiarkan imej-imej visual yang bergerak di dalam
perakam video atau daripada perakam video.
Video analog:
o Video analog boleh didapati daripada pelbagai sumber
pemain cakera video, pita video ataupun terus menerusi
siaran telivision.
o Format baru video analog: setiap bingkai atau frame
diwakili oleh signal atau gelombang elektrik berterusan
yang tidak mempunyai struktur serta spesifikasi yang tetap
94
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
o Kualiti video analog akan menurun seiring dengan edaran
masa seperti kecairan warna, gambar yang kurang jelas
dan juga kejatuhan kualiti apabila sering diguna atau
disimpan dalam jangkamasa yang panjang
o Video analog diisimpan dalam format khas seperti NTSC
(National Television System Committe), PAL (Phase
Alternating Line), SECAM
Video digital
o Video digital yang disimpan dalam kod binari membolehkan
ia difahami oleh komputer, mudah dipinda, dikongsi dan
disebarkan
o Kualiti sesebuah video digital kekal sepanjang masa dan
kualiti rakaman pendua biasanya setara atau menyamai
kualiti asal video
o Kelebihan video digital:
Klip video lebih mudah untuk diubahsuai atau
dipinda
Fail boleh disalin tanpa mengalami kejatuhan kualiti
Bersifat non-linear editing di mana berkeupayaan
disunting secara rawak daripada mana-mana
bahagian klip video tersebut
Membenarkan arahan salin, potong, tampal
dilaksanakan serta unsur-unsur kesan khas
dimasukkan ke dalamnya dengan mudah
o Kelemahan video digital:
Saiz fail agak besar
Mudah dicetak rompak kerana senang dibuat
salinan dan hampir menyamai kualiti video asal
95
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
B. Menyenaraikan perkakasan dan perisian video.
Perkakasan video merupakan perkakasan yang diperlukan bagi
merekod, merakam, memanipulasi dan memaparkan imej-imej
yang bergerak.
Contoh perkakasan video:
Kamera video analog
Fungsi: merekod video dalam bentuk analog
Kamera video digital
Fungsi: merekod video dalam bentuk digital
External Card Internal Card
Kad Pendigital Video (video capture device)
Fungsi: menukar video analog kepada video digital
96
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
Penukaran Video Analog Kepada Video Digital:
Sumber penghasilan video, seperti kamera video, VCR, TV
atau Cakera Video (videodisc) akan dihubungkan kepada kad
pendigital video pada sesebuah sistem komputer. Semasa
sumber video dimainkan ia akan diterjemahkan kepada signal
digital dan seterusnya disimpan ke dalam cakera keras.
Hasilnya ialah fail-fail yang dikenali sebagai digital video stream
atau video stream.
Kabel FireWire
Fungsi: Firewire merupakan nama dagangan bagi kabel
berkelajuan tinggi IEEE 1394 keluaran Apple. Fungsinya ialah
memindahkan fail video daripada kamera video digital ke
komputer pada kelajuan yang tinggi untuk diedit dan diisimpan.
Perisian video: merupakan perisian-perisian yang
digunakan untuk merekod, mengedit, memanipulasi dan
memaparkan imej-imej yang bergerak mengedit video dan
Contoh perisian untuk menghasil,
memainkan balik (playback) video
Adobe Premiere
Pinnacles Studio
Sony Vegas
Final Cut Pro
Windows Movie Maker
ULead MediaStudio Pro
Apple Quicktime
Real Player
Windows Media Player
Media Player Classic
FLV Player
97
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
LATIHAN
1. Tandakan ( / ) dalam kotak yang menunjukkan gambar perkakasan video
dan ( X ) bagi yang bukan.
a) b) c) d)
2. Tuliskan YA bagi perisian video dan TIDAK bagi yang bukan.
NO. NAMA PERISIAN YA / TIDAK
1. Adobe Photoshop
2. Pinnacles Studio
3. Sound Forge
4. Sony Vegas
5. Adobe After Effects
6. Cool Edit
7. Cinelera
8. Sound Editor
9. Adobe Premier
10. Jahsaka
3. Berikan maksud video.
Video ialah:______________________________________________
98
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
UNIT 5: MEMAHAMI ASAS VIDEO
STANDARD PEMBELAJARAN:
5.2 Merakam video
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
5.2.1 Memasang peralatan penggambaran mengikut prosedur.
5.2.2 Merakam video menggunakan peralatan dengan betul
5.2.3 Memindah fail klip video yang dirakam ke dalam satu folder
5.2.4 Memain semula klip video dengan menggunakan perisian yang betul.
99
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Merakam kamera video adalah satu trend pada masa kini. Oleh itu murid
harus mempelajari asas merakam kamera video. Untuk mendapat rakaman
video yang berkualiti, murid harus mempelajari beberapa kemahiran dalam
merakam video.
Bahan-bahan media video boleh didapati antaranya adalah seperti berikut:
Media elektronik
Kamera Video
Komputer
100
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
Kamera Video
TUGASAN
1. Memasangkan peralatan penggambaran mengikut prosedur.
2. Merakam video dengan menggunakan peralatan dengan betul.
3. Memindahkan fail klip video yang dirakam ke dalam satu folder.
4. Memainkan semula klip video dengan menggunakan perisian yang betul.
LANGKAH KERJA
A) Memasangkan peralatan penggambaran mengikut prosedur.
1. Untuk memasang peralatan ini adalah mengikut jenama kamera
video yang digunakan.
2. Boleh menggunakan apa-apa sahaja peranti untuk merakam
video ini dengan syarat ia dapat memenuhi standard
pembelajaran.
3. Untuk memasang peralatan penggambaran ini, perkara yang
perlu diberi perhatian adalah bateri dan storan.
4. Bateri perlu dipastikan masih mempunyai cas kuasa yang
mencukupi untuk merakam komputer.
Cas kuasa bateri yang Cas kuasa bateri yang tidak
mencukupi mencukupi
5. Sejajarkan kedudukan bateri mengikut tanda dalam ruang letak
bateri video kamera tersebut. Pastikan tanda ( + ) dan ( - ) dalam
menjajarkan kedudukan bateri.
101
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
6. Pastikan storan yang terdapat di dalam video kamera tersebut
mencukupi untuk membuat rakaman.
B) Merakam video menggunakan peralatan dengan betul.
1. Hidupkan kamera video
2. Buka skrin kamera video
3. Buka penutup lensa
102
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
4. Fokus kepada objek yang ingin dirakam
5. Tekan butang mula untuk memulakan rakaman
6. Tekan butang yang sama untuk menamatkan
rakaman
C) Memindahkan fail klip video yang dirakam ke dalam satu folder
1. Untuk memindahkan fail kamera video ada beberapa cara iaitu:
Sambungan menggunakan kabel
103
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
Menggunakan pembaca kad memori
7. Selepas penyambungan, Klik ikon My Computer
dan tetingkap seperti di bawah akan terpapar.Klik
dua kali pada Drive seperti yang ditunjukkan di
bawah.
8. Paparan seperti di bawah akan dipaparkan.
104
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
9. Klik folder yang dipilih dan klik kanan pada tetikus.
Selepas menu keluar, klik send to dan klik
document
10. Apabila proses menyalin selesai, lihat pada folder
di computer anda. Contoh seperti di bawah:
D) Memain semula klip video dengan menggunakan perisian yang
betul.
1. Buka Program Windows Media Player
Start > All Programs > Windows Media Player
105
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
2. Pada tetingkap Windows Media Player, klik kanan dan pilih File >
Open.
3. Klik folder Documents pada komputer anda , terdapat folder
video yang telah disalin. Klik folder tersebut dan terdapat satu
fail video yang telah anda rakam. Klik butang Open Video
tersebut akan dimainkan.
106
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
LATIHAN
Anda dikehendaki melakukan satu projek merakam satu klip video dengan
syarat-syarat berikut:
1. Memasangkan peralatan penggambaran mengikut prosedur.
2. Merakam video dengan menggunakan peralatan dengan betul
3. Memindahkan fail klip video yang dirakam ke dalam satu folder
4. Memainkan semula klip video dengan menggunakan perisian yang
betul.
107
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
UNIT 5 : MEMAHAMI ASAS VIDEO
STANDARD PEMBELAJARAN:
5.3 Memuat turun klip video.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
5.3.1 Mencari klip video dalam pelbagai format dengan menggunakan enjin
carian.
5.3.2 Memuat turun fail klip video ke dalam satu folder.
108
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Video merupakan salah satu daripada elemen multimedia yang memberikan
impak yang sangat besar kepada sesuatu persembahan multimedia. Dalam
aplikasi multimedia, populariti penggunaan video digital semakin meningkat
disebabkan oleh beberapa faktor seperti klip-klip video mudah untuk
disimpan atau dikongsi dan dipindahkan menerusi rangkaian internet.
Bahan-bahan media video boleh didapati daripada pelbagai sumber
antaranya adalah seperti berikut:
Media elektronik
Internet
Media cetak
Nota
http://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/elemenMM.pdf
http://www.jz-media.com/
http://pkpgbuthm.net/index.php?option=com_docman&task=cat_view
&gid=45&Itemid=59
http://www.netogram.com/int.html
Manual yang berkaitan
Buku
Jamaludin Harun, Multimedia Konsep dan Praktis, Venton
Publishing: Kuala Lumpur, 2005
109
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
KANDUNGAN / FAKTA
Maksud Perkataan
1. Enjin carian laman web yang digunakan untuk mendapatkan data, fail
atau dokumen dari pangkalan data atau rangkaian, Internet. Contohnya:
Google (www.google.com), Yahoo (www.yahoo.com) dan lain-lain.
2. Muat turun - tindakan memindahkan fail atau data dari komputer pusat ke
komputer pengguna melalui rangkaian.
3. Pelbagai format fail video:
Format Fail Video
*.avi Audio Video Merupakan standard video Microsoft pada
Interleave persekitaran windows di mana audio dan video
adalah interleaved yang membolehkan kedua-
dua audio dan video dimainkan secara
serentak bagi sesebuah fail video digital
*.mov Apple Quick Merupakan format video yang dibangunkan
Time oleh Syarikat Komputer Apple yang
membgolehkan komputer Macintosh memadat
dan memainkan video digital dan banyak
digunakan di laman web
*.mpeg Motion Picture Merupakan format untuk video yang biasa
Expert Group digunakan dalam VCD dan DVD
*.wmv Windows Merupakan format fail video untuk Internet
Media Video yang dibangunkan oleh Microsoft
110
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
• Perisian pelayar web seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox.
• Alat TMK yang berkaitan.
• Kertas A4 (putih dan berwarna), pensel warna, alat menulis.
TUGASAN
Fail video yang dimuat turun ke dalam satu folder.
LANGKAH KERJA
A Mencari fail klip video dalam pelbagai format dengan menggunakan
enjin carian.
1. Buka perisian Internet Explorer atau Mozilla Firefox.
2. Taipkan alamat enjin carian seperti Google (www.google.com.my)
atau Yahoo (www.yahoo.com).
111
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
3. Taipkan perkataan „download free wmv mpg agp video clip‟ dalam
ruang enjin carian.
4. Pilih link yang kedua iaitu FREE VIDEOCLIPS – DOWNLOAD
FREE VIDEO CLIPS (www.netogram.com/int.html)
5. Paparan laman webnya adalah seperti berikut:
112
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
Laman ini memberikan anda pilihan untuk memuat turun tiga format fail
video iaitu: **.mpg, **.wmv dan **.3gp.
Pilih satu fail bagi setiap format untuk dimuat turun kedalam satu folder
seperti langkah berikut:
B Memuat turun klip video ke dalam satu folder.
1. Pilih „International WaterDay 1‟ untuk memuat turun fail format .mpg
Dwi-klik pautan
MPG FORMAT
seperti langkah berikut:
2. Tetingkap water1.zip di bawah akan muncul. Saiz fail video
selalunya besar dan adalah menjadi kebiasaan fail itu dizipkan
(compressed) seperti dibawah.
2. Klik pilihan“Save File”
Klik “OK”
113
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
3. Tetingkap Downloads seperti di bawah akan muncul, tunggu sehingga
proses memuat turun fail tamat.
4. Klik kanan diatas “water1.zip”.
Tetingkap dengan pilihan seperti di bawah akan muncul
5. Klik “Open”
Tetingkap water1.zip – WINRAR seperti di bawah akan muncul. Tetingkap
ini muncul kerana fail video water1.zip yang dimampat (compressed) akan
dinyahmampat (decompressed) kepada saiznya yang asal. Anda boleh
mengekstrakkannya ke mana-mana destinasi yang dikehendaki.
114
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
6. Tetingkap “Extraction path and option” seperti di bawah akan muncul.
Klik “Desktop” seperti ditunjukkan di bawah.
Klik Desktop
7. Taipkan “\Video” selepas “Desktop seperti ditunjukkan di bawah.
Klik “OK”
(Membuat satu folder baru bernama “Video” untuk menyimpan fail
video yang telah dimuat turun)
1. Taipkan
“\Video”
selepas
“Desktop”
2. Klik “OK”
115
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
8. Satu folder baru bernama “Video” telah berjaya diwujudkan di Desktop.
Buka folder “Video” tersebut. Di dalamnya terdapat fail video
“WaterDay1” yang telah berjaya dimuat turun.
Tahniah! Anda telah berjaya menggunakan enjin carian untuk mencari fail
video bertajuk “WaterDay1” berformat “Mpg”, bersaiz 5,638 Kb dan memuat
turun fail tersebut ke dalam satu folder baru bernama “Video” yang terletak
di atas “Desktop”
9. Memuat turun fail video “WaterDay1” berformat .wmv kedalam folder baru
bernama “Video2” pada Desktop
Ulangi langkah B.1 hinggaB.3
Buka folder “video2” pada Desktop untuk memastikan fail video
bertajuk “WaterDay1” berformat .wmv bersaiz 1,029Kb telah
berjaya dimuat turun.
10. Memuat turun fail video “WaterDay1” berformat .3GP bersaiz 896Kb
kedalam folder baru bernama “video3” pada Desktop
10.1 Ulangi langkah Ulangi langkah B.1 hingga B.3
10.2 Buka folder “video3” pada Desktop untuk memastikan fail
video bertajuk “WaterDay1” berformat .wmv bersaiz 896Kb telah
berjaya dimuat turun.
116
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
LATIHAN
1. Murid memuat turun 2 format fail video lain seperti avi, mov dan mpeg
di laman web yang berlainan ke dalam satu folder.
2. Latihan pengayaan –
Murid memainkan fail video yang dimuat turun mengikut pemain video
format masing-masing.
3. Nyatakan perbezaan saiz format fail video di antara satu dengan lain.
_______________________________________________________
117
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
UNIT 6: MEMAHAMI ASAS PENGARANGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
6.1 Membangunkan persembahan multimedia yang bersesuaian dengan
pasaran.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid boleh :
6.1.1 Mengkategorikan format fail mengikut elemen multimedia dengan
betul.
6.1.2 Membangunkan persembahan multimedia dengan menggunakan
perisian yang sesuai.
6.1.3 Mengimport imej ke dalam persembahan multimedia.
6.1.4 Mengimport audio ke dalam persembahan multimedia.
6.1.5 Mengimport video ke dalam persembahan multimedia.
6.1.6 Mengimport objek 2D atau 3D ke dalam persembahan Multimedia.
6.1.7 Mempersembahkan hasil kerja dengan yakin.
118
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Persembahan multimedia merangkumi penggunaan elemen multimedia untuk
menyampaikan maklumat secara interaktif dengan lebih menarik serta
berkesan melalui penggunaan teknologi komputer. Penggunaan elemen
seperti teks, grafik, audio, video dan animasi dapat membantu menyokong
dan mengukuhkan lagi idea-idea yang ingin dipersembahkan. Kemahiran
membangunkan persembahan multimedia akan menjadikan seseorang
individu itu menjadi lebih pakar dalam bidang multimedia.
Bahan-bahan rujukan boleh didapati dari pelbagai sumber. Antaranya adalah
seperti berikut:
Media elektronik
Internet
CD Interaktif
Kiosk
Media cetak
Risalah
Majalah/ Akhbar
Manual yang berkaitan
119
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
Perisian MS PowerPoint
Folder bahan:
• Bahan imej
• Bahan Audio
• Bahan Video
• Bahan 2D
• Bahan 3D
(selain folder Bahan dari „FailSumberUnit6.1’)
TUGASAN
1. Mengkategorikan elemen multimedia sebagai bahan sumber
persembahan multimedia
2. Membangunkan persembahan multimedia yang bersesuaian dengan
keperluan semasa.
LANGKAH KERJA
A. Kategorikan format fail mengikut elemen multimedia dengan
betul
1. Buka folder ‘Bahan’
2. Kategorikan semua fail yang terdapat di dalam folder tersebut ke
dalam folder yang disediakan mengikut kategori bahan tersebut.
120
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
B. Bangunkan persembahan multimedia dengan menggunakan
MS PowerPoint
1. Buka perisian Ms PowerPoint. .
2. Klik menu Design dan pilih background Metro.
3. Taipkan Syarikat Nursery Alam Sdn Bhd bersaiz 48, jenis
Aharoni.
4. Klik menu Home, pilih New Slide. Tambah slaid sehingga menjadi
6 slaid.
C. Import imej ke dalam persembahan multimedia.
Pilih Slaid 3.
1. Klik menu Insert, klik Picture cari Bahan 6.1, klik Kategori Format
fail, pilih folder imej , pilih KipasJari.jpg.
2. Klik kanan mouse pada imej KipasJari.jpd.
3. Klik Size dan position, kotak dialog Size and Position. Tukarkan
Height kepada 4.00 dan Width kepada 3.00
Pilih Slaid 4.
1. Klik menu Insert, klik Picture cari Bahan 6.1, klik Kategori Format
fail, pilih folder imej , pilih CucukTelur.jpg.
2. Klik kanan mouse pada imej CucukTelur.jpg.
3. Klik Size dan position, kotak dialog Size and Position. Tukarkan
Height kepada 4.00 dan Width kepada 3.00.
121
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
Pilih Slaid 5.
1. Klik menu Insert, klik Picture cari Bahan 6.1, klik Kategori Format
fail, pilih folder imej , pilih Birah.jpg.
2. Klik kanan mouse pada imej Birah.jpg.
3. Klik Size dan position, kotak dialog Size and Position. Tukarkan
Height kepada 4.00 dan Width kepada 3.00
D. Import teks ke dalam persembahan multimedia.
Pilih Slide 3
1. Klik menu Insert, klik WordArt, pilih
2. Taip Kipas Jari Harga RM25.00, Size 54, Jenis Tulisan Arial
Pilih Slide 4
1. Klik menu Insert, Klik WordArt, pilih
2. Taip Cucuk Telur Harga RM15.00 , Size 54,Jenis Tulisan Arial
122
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
Pilih Slide 5
1. Klik menu Insert, Klik WordArt, pilih
2. Taip Birah Harga RM15.00, Size 54, Jenis Tulisan Arial
E. Import audio ke dalam persembahan multimedia.
1. Klik Slide 1
2. Klik menu Insert, klik Sound, cari Bahan 6.1, klik Kategori
Format fail, pilih folder Audio, pilih bunyi burung.wav, klik Ok
3. Klik Automatically
F. Import video ke dalam persembahan multimedia.
1. Klik Slide 1
2. Klik menu Insert, klik Movie, cari Bahan 6.1, klik Kategori
Format fail, pilih folder Video, pilih Intro.wmv.avi, klik Ok
3. Klik butang Automatically
G. Import objek 2D atau 3D ke dalam persembahan Multimedia.
1. Klik menu Insert, klik Picture cari Bahan 6.1, klik Kategori
Format fail, pilih folder Animasi 2D , pilih Tree.gif. Klik Insert
2. Klik dan heret Tree.gif ke sebelah kiri bawah.
123
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
3. Klik menu Insert, klik Picture cari Bahan 6.1, klik Kategori
Format fail, pilih folder Animasi 3D , pilih Drop.gif. Klik Insert
4. Klik dan heret Drop.gif ke sebelah kanan bawah.
H. Persembahkan hasil kerja dengan yakin.
1. Setiap murid diberi masa 5 minit untuk membentangkan hasil
mereka dengan yakin.
124
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
LATIHAN
1. Hasilkan satu persembahan multimedia yang bersesuaian.
2. Setiap persembahan mutimedia tersebut harus mengandungi elemen-
elemen seperti berikut:
a. Imej
b. Audio
c. Video
d. Animasi 2D
e. Animasi 3D
3. Simpan hasil persembahan multimedia perniagaan tersebut ke folder
murid.
125
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
UNIT 7: MENGETAHUI PELUANG KERJAYA DALAM
BIDANG MULTIMEDIA
STANDARD PEMBELAJARAN:
7.1 Menyenaraikan peluang kerjaya dalam bidang multimedia
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
7.1.1 Mencari maklumat di internet atau sumber lain mengenai pekerjaan
7.1.2 dalam bidang multimedia.
Menyenaraikan jenis pekerjaan yang boleh diceburi dalam bidang
multimedia.
126
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Proses pembelajaran yang diikuti oleh murid dapat menentukan arah tuju
kerjaya mereka pada masa hadapan. Murid harus berupaya melihat peluang-
peluang kerjaya mereka pada masa hadapan. Ini akan melahirkan motivasi
kepada mereka untuk belajar dengan lebih tekun lagi.
Bahan-bahan media audio boleh didapati antaranya adalah seperti berikut:
Media elektronik
Internet
Komputer
KANDUNGAN / FAKTA
Maksud Perkataan
Enjin carian
Atur cara komputer yang digunakan untuk mendapatkan data, fail atau
dokumen dari pangkalan data atau rangkaian, terutamanya Internet.
127
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
Perisian pelayar yang sedia ada.
TUGASAN
1. Mencari maklumat yang memperihalkan tentang pekerjaan di dalam
bidang Multimedia di laman web.
2. Menyenaraikan pekerjaan di dalam bidang Multimedia.
LANGKAH KERJA
A. Cari maklumat di internet atau sumber lain mengenai pekerjaan
dalam bidang multimedia.
1. Buka perisian pelayar web Internet Explorer atau Mozilla
Firefox.
2. Taipkan alamat enjin carian Google (www.google.com.my)
atau Yahoo (www.yahoo.com.my)
3. Taipkan perkataan „perkerjaan dalam multimedia‟ dalam ruang
enjin carian untuk mencari fail tentang perkerjaan dalam
multimedia.
128
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
4. Pilih link yang pertama iaitu Cakna Minda: Kerjaya dalam
bidang Teknologi Maklumat (IT) or http://izzuddin-
shah.blogspot.com/2007/05/kerjaya-dalam-bidang-teknologi-makl
umat.html
5. Paparan webnya seperti berikut :
Murid juga boleh memillih pautan yang tersenarai seperti
langkah 3.
129
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
B. Cari dan senaraikan jenis pekerjaan yang boleh diceburi dalam
bidang multimedia.
1. Baca laman web yang telah dibuka.
2. Kemudian senaraikan perkerjaan yang boleh diceburi dalam bidang
multimedia.
130
Modul Pembelajaran Asas Multimedia
LATIHAN
1. Tuliskan 3 alamat laman web yang telah dicari.
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
2. Senaraikan 3 kerjaya di dalam bidang Multimedia.
Bil Kerjaya di dalam Bidang Multimedia
1
2
3
3. Apakah pilihan kerjaya anda dalam Multimedia?
_______________________________________________________
4. Kenapa anda memilih kerjaya tersebut ?
Tandakan pada pilihan jawapan anda. Boleh pilih lebih dari satu
pilihan.
Jawapan
1. Bayaran gaji yang lumayan.
2. Bidang yang mencabar minda
3. Banyak cuti
4. Sesuai dengan minat
5. Keluarga suka
131