The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Laporan Tahunan MADA 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA, 2023-10-04 02:57:23

Laporan Tahunan MADA 2020

Buku Laporan Tahunan MADA 2020

50 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 ii. Penyelenggaraan Jalan Ladang Rajah 6: Peruntukan Yang Digunakan Untuk Penyelenggaraan Jalan Ladang WILAYAH I RM 927,729 WILAYAH II RM 1,340,188 WILAYAH III RM 922,286 WILAYAH IV RM 869,831 Kerja-kerja pembaikan dan pemulihan jalan ladang di lokaliti


51 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 iii. Pembaikan Dan Pemulihan Saluran Air Rajah 7: Peruntukan Yang Digunakan Untuk Pembaikan Dan Pemulihan Saluran Air WILAYAH I RM284,985 WILAYAH II RM308,703 WILAYAH III RM228,697 WILAYAH IV RM353,182 Kerja-kerja pemulihan saluran air dan pembaikan ban yang rosak


52 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


53 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 04 PROGRAM PEMBANGUNAN ASAS TANI INDUSTRI ASAS TANI LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN Seri Mahawangsa Boat House Empangan Pedu


54 ◊ PROGRAM PEMBANGUNAN ASAS TANI DAN INDUSTRI ASAS TANI A. PROJEK PEMBANGUNAN ASAS TANI Sepanjang tahun 2020, pelbagai program dan aktiviti peningkatan pengeluaran produk-produk Industri Asas Tani dan Projek Asas Tani telah dilaksanakan. Pelaksanaan ini adalah seiring dengan matlamat Dasar Agromakanan Negara bertujuan untuk menghasilkan makanan segar dan produk Industri Asas Tani. Dalam sektor asas tani, terdapat beberapa projek yang dilaksanakan dan terbahagi kepada dua sektor iaitu Produk Segar dan Produk Bukan Makanan. i. PRODUK SEGAR a. Projek Tanaman Kontan, Sayuran dan Rempah Ratus Bagi Kawasan Muda potensi tanaman kontan adalah luas kerana terdapat kawasan tanah boleh diusahakan secara optimum selain daripada tanah-tanah sawah. Kawasan projek tanaman kontan di Kawasan Muda pada ketika ini diusahakan di atas tanah bukan sawah iaitu di kawasan-kawasan pinggir sawah, tanah kampung dan tanah-tanah rezab. Sehingga kini tiada penetapan zon pengeluaran berdasarkan jenis-jenis tanaman yang dilaksanakan pada masa kini. Projek tanaman kontan telah dimulakan di Kawasan Muda semenjak Rancangan Malaysia ke 9. Dalam usaha untuk memastikan Kawasan Muda menjadi salah satu kawasan pengeluaran hasilhasil tanaman kontan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan pada tahun 2020 telah meluluskan peruntukan bagi perlaksanaan projek tersebut. b. Projek Tanaman Mempelam Projek tanaman mempelam merupakan projek yang berpotensi untuk meningkatkan pendapatan peladang di Kawasan Muda selepas tanaman padi memandangkan ianya sesuai ditanam dan kebanyakan peladang MADA menjalankan aktiviti ini. Peladang-peladang yang terlibat dalam projek kelompok mempelam ini berperanan sebagai “out growers” kepada Ladang Mempelam MADA Tobiar di mana hasil-hasil pengeluaran mereka turut dikumpulkan dan dijual kepada Ladang Mempelam Tobiar. Projek Tanaman Mempelam Tobiar MADA merupakan projek tanaman mempelam secara komersial di mana ianya terletak di Lot.1183, Kawasan Padang Ragut, Mukim Tobiar ,Pendang, Kedah Darul Aman. Keluasan projek ini adalah seluas 42 hektar dan pada awalnya ditanam secara monoklon iaitu Klon Cho Anan (MA224) dan bilangan pokok pada masa itu adalah 18,059 pokok. Kini, bilangan pokok sedia ada adalah 11,078 dan daripada bilangan tersebut, 10,970 pokok Cho Anan dan bakinya 108 dari jenis Harum Manis (MA 128). Sebagai sebuah ladang berskala komersial, ladang ini juga berperanan sebagai sebuah Pusat Pemindahan Teknologi Tanaman Mempelam, Pusat Latihan Amali Tanaman Mempelam serta Pusat Pengumpulan, Penggredan dan Pemprosesan buah mempelam di Kawasan Muda. Di samping itu, buah hasil mempelam bukan hanya dipasarkan secara segar, tetapi ianya diproses untuk penghasilan poduk hiliran atas jenama Tobiar Gold sempena mengambil nama kawasan ladang penanamannya. Ladang ini juga telah berjaya memperolehi persijilan dan akreditasi Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP). c. Projek Akuakultur Dalam usaha mempelbagaikan dan menjana pendapatan sampingan peladang, projek akuakultur khususnya ternakan ikan tilapia merupakan salah satu daripada aktiviti yang dilaksanakan dengan menggunakan sumber air yang ada di Kawasan Muda. Projek ternakan ikan tilapia ini telah dijalankan di dalam sangkar di terusan Kawasan Muda. Selain daripada ternakan ikan tilapia di dalam sangkar, pihak MADA turut menjalankan projek ternakan ikan tradisi dalam kolam tanah, di antara ikan tradisi yang diternak oleh usahawan adalah ikan keli, puyu dan sepat. d. Projek Ternakan Projek ternakan di Kawasan Muda turut diberikan penumpuan memandangkan industri ternakan di Kawasan Muda masih berskala kecil namun berpotensi untuk dikembangkan bagi menyumbang kepada pengeluaran bekalan makanan negara. Di Kawasan Muda, projek ternakan yang diusahakan oleh peladang-peladang merangkumi Projek Ternakan Lembu Pedaging, Kambing dan Itik Penelur.


55 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Projek ternakan dilaksanakan bertujuan untuk memupuk nilai-nilai usahawantani di kalangan masyarakat peladang dalam sektor ternakan dan aktiviti ternakan ini telah menjana pendapatan sampingan mereka selain tanaman padi. Projek ini juga dilihat mampu mengurangkan tahap kebergantungan import dan meningkatkan kadar sara diri (SSL). ii. PRODUK BUKAN MAKANAN a. Projek Jerami Umum sedia maklum bahawa proses penuaian padi akan menghasilkan bahan buangan dari pokok padi iaitu jerami. Sejak dulu lagi aktiviti pembakaran jerami dilakukan untuk menghapuskan bahan buangan tersebut selain mengelakkan jangkitan dan serangan penyakit, aktiviti ini juga dapat menguatkan lagi struktur tanah. Namun begitu ianya mengundang masalah kepada pencemaran alam sekitar di mana pembakaran jerami padi dilakukan secara terbuka boleh mengganggu kualiti udara serta penduduk sekitar. Menyedari akan keperluan mengatasi masalah pembakaran terbuka ini dan potensi penjanaan pendapatan melalui kutipan jerami, pihak MADA telah membangunkan pusat pengumpulan jerami dan sehingga tahun 2020, sebanyak 10 buah pusat pengumpulan jerami yang terdiri daipada Pertbuhan Peladang Kawasan (PPK) telah dibina dan beroperasi. Dengan pembangunan pusat pengumpulan jerami, pihak PPK yang terlibat dapat meningkatkan pendapatan dengan penjualan jerami yang mendapat permintaan yang tinggi. Lokasi pusat pengumpulan adalah seperti di Jadual 23 dan pencapaian projek adalah di Jadual 24. Gambar menunjukkan proses pengumpulan jerami dan pusat pengumpulan jerami. Jadual 23: Lokasi Pusat Pengumpulan Jerami BIL. LOKASI PPK YANG MENYELIA 1. Kayang, Perlis PPK B-I Kayang 2. Arau, Perlis PPK D-I Tambun Tulang 3. Ayer Hitam, Kedah PPK B-II Sanglang, Batu 4 4. Kodiang, Kedah PPK C-II Kerpan 5. Jitra, Kedah PPK D-II Tunjang 6. Kepala Batas, Kedah PPK H-II Kepala Batas 7. Jalan Hutan Kampong, Alor Setar, Kedah PPK A-III Hutan Kampong 8. Pendang, Kedah PPK E-III Kobah 9. Alor Setar, Kedah PPK B-IV Pengkalan Kundur 10. Yan, Kedah PPK F-IV Sg. Limau Dalam Proses Penggulungan Jerami Menggunakan Mesin Round Baler. Penyimpanan Jerami di dalam Gudang


56 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Jadual 24: Pencapaian Projek Pengumpulan Jerami Tahun 2016 Hingga 2020 PROJEK 2016 2017 2018 2019 2020 JUMLAH KESELURUHAN JERAMI (GULUNGAN) 6,469 3,875 7,097 13,920 14,875 46,236 JERAMI (TAN) 2,911 1,744 3,193.7 6,264 6,694 20,806.7 PENGELUARAN (RM) 472,285 268,520 485,095 953,910 994,405 3,174,215 Sepanjang tahun 2020, pelaksanaan Projek Pembangunan Asas Tani di Kawasan Muda telah menjana pendapatan keseluruhan sebanyak RM9,272,098. Pendapatan ini menurun sebanyak 13.62%. Penurunan ini adalah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan bermula 18 Mac 2020 untuk kawalan penyakit covid 19 yang melanda dunia. Penurunan ini lebih melibatkan industri ternakan dimana ternakan itik, lembu dan kambing telah mengalami penurunan sebanyak 21.75 % berbanding tahun sebelumnya. Perincian pencapaian bagi Projek Pembangunan Asas Tani adalah seperti di Carta 10 dan Jadual 25. Carta 10: Nilai Pengeluaran Tahunan bagi Sektor Asas Tani NILAI PENGELUARAN TAHUNAN SEKTOR ASAS TANI 7,880,226 9,272,098 10,734,695 13,259,419 11,071,681 0 2,000,000 4,000,000 6,000,000 8,000,000 10,000,000 12,000,000 14,000,000 2016 2017 2018 2019 2020 RM tahun Jadual 25: Perincian Jumlah Pengeluaran Hasil dan Nilai Pengeluaran bagi Projek Pembangunan Asas Tani SUB-SEKTOR PROJEK JUMLAH PENGELUARAN HASIL DAN NILAI PENGELUARAN TAHUNAN 2016 2017 2018 2019 2020 TANAMAN MEMPELAM 1.Bil.Pengeluaran (Tan) 92.5 53.7 72.7 73.7 80.58 2.Nilai Pengeluaran (RM) 478,821.65 600,449 730,875 671,272 791,500 KONTAN,SAYURAN DAN REMPAH RATUS 1.Bil. Pengeluaran (Tan) 716.4 463 471.9 607.6 496.78 2.Nilai Pengeluaran (RM) 1,416,936.50 1,349,825 1,561,034 1,994,080 1,738,725 LAIN-LAIN TANAMAN 1.Bil. Pengeluaran (Tan) 152.3 315 512 368 409 2.Nilai Pengeluaran (RM) 537,630 875,815 945,715 708,051 736,322


57 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 SUB-SEKTOR PROJEK JUMLAH PENGELUARAN HASIL DAN NILAI PENGELUARAN TAHUNAN 2016 2017 2018 2019 2020 TERNAKAN ITIK 1.Bil. Pengeluaran (Biji) 834,200 665,235 646,800 832,440 347,040 2.Nilai Pengeluaran (RM) 424,978.50 307,752 352,832 473,104 173,907 LEMBU 1.Bil. Pengeluaran (Ekor) 654 1,418 2,157 1327 1085 2.Nilai Pengeluaran (RM) 2,212,100.00 4,282,100 5,974,141 3,715,700 3,040,730 KAMBING 1.Bil. Pengeluaran (Ekor) 3,175 1,866 2,456 2307 1911 2.Nilai Pengeluaran (RM) 964,890.00 1,372,430 1,694,527 1,385,425 1,147,005 KELULUT 1.Bil. Pengeluaran (Kg) 383 139 500 1210 1710 2.Nilai Pengeluaran (RM) 56746.00 34,200 55,674 144,975 205,972 AKUAKULTUR IKAN 1.Bil. Pengeluaran (Tan) 289.9 353.8 389.7 380.5 204.4 2.Nilai Pengeluaran (RM) 1,788,124.00 2,249,110 1,944,621 1,642,088 1,437,937 JUMLAH NILAI PENGELUARAN (RM) 9,648,585.90 7,880,226.65 11,071,681 10,734,695 9,272,098 B. PROJEK INDUSTRI ASAS TANI Industri Asas Tani merupakan satu sektor yang sedang berkembang pesat di mana ianya melibatkan pemprosesan produk-produk hasil pertanian bagi mempelbagaikan industri hiliran berasaskan pertanian seperti tanaman, ternakan dan akuakultur di Kawasan Muda. Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar, dunia dan negara telah dilanda wabak Covid-19 dan telah menjejaskan pendapatan sebahagian besar usahawan-usahawan IKS tidak terkecuali usahawan bimbingan MADA. Walaubagaimanapun pihak MADA telah berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada usahawan, disamping perlaksanaan Program Pembangunan Usahawan Tani, MADA menerusi bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) yang diperkenal oleh kerajaan sebagai langkah proaktif dalam menyalurkan peruntukan sebagai dorongan kepada usahawan agar usahawan terus kekal komited dan berdaya saing bagi meneruskan perniagaannya. Walau dalam keadaan pandemik melanda, Bahagian Industri Makanan & Usahawan ini tetap meneruskan perlaksanaan Program Pembangunan Usahawan Tani menerusi Program Pembangunan Modal Insan, Program Agropreneur Muda serta Program Agrotourism di Kawasan Muda. i. Pembangunan Usahawan Tani MADA Fokus program adalah untuk meningkatkan tahap kemahiran usahawan dalam aspek operasi dan pengeluaran, pengurusan perniagaan dan pemasaran yang lebih efisen dan sistematik. Di antara kategori perniagaan yang diceburi oleh usahawan MADA adalah merangkumi perniagaan pemprosesan produk makanan ringan, minuman, produk sejuk beku, kuih tradisional, herba, kosmetik serta projek-projek perniagaan lain seperti jahitan dan kraftani. Bagi melahirkan usahawan yang cekap, kompeten dan berdaya maju dalam menguruskan perniagaan, pihak MADA telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti seperti pembangunan modal insan, peningkatan kapasiti pengeluaran dan pemodenan infrastruktur, pensijilan dan akreditasi, penyelidikan dan pembangunan produk serta promosi dan pemasaran.


58 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Antara program dan aktiviti yang telah dijalankan kepada Pegawai Pembimbing pada Tahun 2020 (Sesi Engagement , Latihan Pengendalian Makanan & Suntikan Thyfoid) Antara Program Modal Insan yang telah dijalankan kepada Usahawan Bimbingan MADA pada Tahun 2020 Sehingga kini, pihak MADA telah berjaya melahirkan seramai 2,260 orang usahawan di mana 1,206 orang merupakan usahawan industri asas tani dan 1,013 orang usahawan asas tani manakala 41 orang terdiri dari usahawan pemasar. Perincian bilangan Usahawan Tani MADA seperti di Jadual 26.


59 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Jadual 26: Bilangan Usahawan Yang Dibimbing MADA SEKTOR SUB-SEKTOR BILANGAN USAHAWAN 2015 2016 2017 2018 2019 2020 USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI (IAT) i. Berasaskan Tanaman 1054 1076 1110 1,032 1,026 976 ii. Berasaskan Perikanan 72 75 78 74 71 106 iii. Berasaskan Ternakan 125 127 130 119 108 66 iv. Kraftani 22 22 22 24 23 38 v. Agrotourism 36 36 36 36 38 20 JUMLAH 1273 1300 1340 1,285 1,266 1,206 USAHAWAN ASAS TANI (AT) i. Tanaman 589 590 623 582 535 512 ii. Akuakultur 277 223 224 176 148 216 iii. Ternakan 217 289 303 271 234 113 iv. Jahitan 205 206 206 195 178 160 v. Jerami 4 5 5 9 10 10 vi. Kompos 1 1 1 1 1 2 JUMLAH 1329 1350 1398 1233 1,106 1,013 PEMASARAN Pemasar - - 13 27 37 41 JUMLAH - - 13 27 37 41 JUMLAH BESAR 2602 2650 2751 2,545 2,409 2,260 Nilai jualan Usahawan Bimbingan MADA telah menunjukkan penurunan berikutan perlaksanaan/ pewartaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19. Urusniaga secara langsung/terus tidak dapat dijalankan dan menjejaskan aliran tunai perniagaan usahawan terutama bagi usahawan agak yang ketinggalan dari arus penggunaan teknologi semasa kerana jualan tidak dapat dijalankan secara atas talian. Nilai jualan telah menyusut sebanyak 6.4% iaitu daripada RM188,520,529 tahun 2019 kepada RM176,473,599 pada tahun 2020. Perincian Nilai Jualan Usahawan Tani MADA adalah seperti di Carta 11 dan Jadual 27. Carta 11: Nilai Jualan Tahunan Usahawan Tani MADA 122,638,273 139,093,846 149,684,936 176,338,713 188,520,529 176,473,599 RM0 RM40,000,000 RM80,000,000 RM120,000,000 RM160,000,000 RM200,000,000 2015 2016 2017 2018 2019 2020 NILAI JUALAN TAHUNAN USAHAWAN TANI MADA RM tahun


60 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Jadual 27: Perincian Nilai Jualan Tahunan Usahawan Tani Bimbingan MADA SEKTOR NILAI JUALAN (RM) 2015 2016 2017 2018 2019 2020 Industri Asas Tani (IAT) 109,446,344 129,559,851 121,401,206 124,814,190 126,242,951.14 97,038,912 Produk Segar 9,648,585 6,182,243 11,071,681t 13,259,419 11,162,536.50 9,270,118 Produk Bukan Makanan 3,543,344 3,351,752 2,670,197 2,273,665 4,127,318.35 2,990,349 Pemasaran - - 14,541,852 35,353,237 46,987,723.31 67,174,220 JUMLAH 122,638,273 139,093,846 149,684,936 176,338,713 188,520,529.30 176,473,599 Tahun 2020 juga merupakan tahun terakhir bagi Program ERRC (Eliminate, Reduce, Raise and Create) untuk proses pemutihan usahawan yang tidak aktif. Seramai 297 orang usahawan telah dikeluarkan untuk pemutihan pada tahun ini, iaitu 70 orang dari Wilayah I, 86 orang dari Wilayah II, 102 orang dari Wilayah III dan 39 orang dari Wilayah IV. Ini telah mengakibatkan penurunan bilangan usahawan MADA secara mendadak. Program ERRC ini dijalankan selama 3 tahun bermula tahun 2018 hingga 2020. Jadual 28 di bawah merupakan Ringkasan Program ERRC dari tahun 2018 sehingga tahun 2020. Jadual 28: Ringkasan Program ERRC Dari Tahun 2018 Sehingga 2020 WILAYAH 2018 2019 2020 JUMLAH SASAR CAPAI SASAR CAPAI SASAR CAPAI SASAR CAPAI Wilayah I 80 81 80 81 68 70 228 232 Wilayah II 90 91 90 93 86 86 266 270 Wilayah III 140 138 90 87 107 102 337 327 Wilayah IV 50 50 40 42 39 39 129 131 JUMLAH 360 360 300 303 300 297 960 960 ii. Program Agropreneur Muda Program Agropreneur Muda yang telah mula dilaksanakan sejak tahun 2014 telah berjaya melahirkan usahawan muda yang progresif, berdaya saing, kreatif, inovatif dan berpendapatan tinggi di dalam sektor pertanian dan industri asas tani. Program ini berperanan untuk menarik penyertaan belia berumur 18 hingga 40 tahun untuk menceburi dalam bidang keusahawanan tani. Pendekatan program ini adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan berasaskan aktiviti pertanian merangkumi semua aktiviti di dalam rangkaian nilai industri pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan. Selain itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif. Agropreneur muda yang layak juga akan mendapat bantuan Geran Agropreneur Muda (GAM) sumbangan berbentuk barangan in-kind contribution (IKC) dengan nilai had maksimum sebanyak RM 20,000 mengikut jenis projek yang diceburi.


61 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Jadual 29: Bilangan Agropreneur Muda MADA Mengikut Sektor BIL. SEKTOR BIL. USAHAWAN (ORG) 2015 2016 2017 2018 2019 2020 JUMLAH 1 INDUSTRI ASAS TANI (IAT) 96 42 67 50 31 36 322 2 TANAMAN 3 5 26 16 16 12 78 3 TERNAKAN 2 3 19 - - 11 35 4 PERIKANAN - 2 2 - - 2 6 5. INPUT PERTANIAN DAN PERKHIDMATAN SOKONGAN - - 1 - - - 1 JUMLAH 101 52 115 66 47 61 442 iii. Projek Agropelancongan Di Kawasan Muda Projek-projek agropelancongan di Kawasan Muda dilaksanakan bertujuan untuk mempromosikan industri pelancongan berasaskan pertanian kepada masyarakat umum. Dengan terlaksananya projek agrotourism, masyarakat dapat mengetahui tentang kewujudan destinasi pelancongan berasaskan pertanian di mana pengunjung yang bercuti di destinasi ini bukan sahaja dapat bercuti malah dapat mempelajari sesuatu berkaitan pertanian. Sepanjang tahun 2020, Projek Agro Pelancongan di Kawasan Muda telah menjana pendapatan sebanyak RM 981,920.00. Nilai pendapatan bagi tahun 2020 ini menunjukkan penurunan daripada tahun sebelumnya adalah disebabkan Penularan COVID-19 telah merencatkan pertumbuhan pendapatan dan kemasukan pelancong terhadap industri agropelancongan bagi pengusaha di kawasan Muda. Akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sektor ini yang paling terkesan menyebabkan faktor dalam menyumbangkan pendapatan kepada pengusaha dan ekonomi negara amat terjejas lebih 40 % dengan jumlah pendapatan dan bilangan pengunjung merudum jatuh terus tidak seperti sebelum berlaku krisis akibat wabak penyakit berkenaan. Walaubagaimanapun pengusaha Pusat Agro Pelancongan di bawah bimbingan MADA terus memberi komitmen yang tinggi dalam meningkatkan usaha bagi memperkenalkan pakej produk agro pelancongan mereka dengan menggunakan media pemasaran secara digital (Online) selain daripada menyertai program promosi seperti MATTA Fair, MiTA Travel Fair, MAHA dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNK) Peringkat Negeri dan Kebangsaan serta program aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan dan Agensi Kerajaan yang dilaksanakan sebelum penularan wabak COVID-19. Pembangunan Industri Agro Pelancongan telah dipacu melalui strategi dengan mempelbagai produk Agro Pelancongan dan menyediakan pakej pelancongan yang khusus mengikut produk dan skop bidang serta memperkukuh kualiti dan keselamatan industri Agro Pelancongan. Disamping itu, tumpuan kepada menaiktaraf kemudahan asas, penginapan dan pengangkutan di pusat Agro pelancongan telah menjadikan bidang keusahawanan semakin mendapat sambutan yang menjurus kepada peningkatan pendapatan pengusaha dalam industri ini. Perincian pendapatan bagi Projek Agropelancongan di Kawasan Muda seperti di Carta 12 dan Jadual 30.


62 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Carta 12: Nilai Pendapatan Tahunan Bagi Projek Agrotourism di Kawasan Muda NILAI PENDAPATAN TAHUNAN PROJEK AGROTOURISM MADA 565,457 1,366,403 1,847,000 1,424,364 981,920 0 500,000 1,000,000 1,500,000 2,000,000 2016 2017 2018 2019 2020 tahun RM Jadual 30: Nilai Pendapatan Projek-Projek Agro Pelancongan BIL PROJEK BILANGAN PENDAPATAN (RM) 2016 2017 2018 2019 2020 1 Muda Resort 29,393.00 185,000.00 145,815.00 85,000.00 47,100.00 2 Homestay Kg. Jeruju 3,780.00 4,500.00 7,826.00 15,945.00 16,7430.00 3 Homestay Kg. Pulau Pisang 97,683.00 825,000.00 565,743.00 150,314.00 25,975.00 4 Ladang Nipah Ismail Che Kaq 16,200.00 87,500.00 102,436.00 84,100.00 55,100.00 5 Ladang Nipah Kipli 157,500.00 566,613.00 181,086.00 406,510.00 143,140.00 6 Ladang Mempelam Tobiar 107,029.00 39,000.00 78,643.00 91,256.00 68,500.00 7 Pusat Kraf Pendang (HUB IKS MADA) 150,572.00 119,387.00 62,384.00 37,250.00 10,143.00 8 Homestay Mada Pantai Jamai 3,300.00 20,000.00 36,760.00 24,500.00 23,980.00 9 Pedu Lake Boathouse - - 85,300.00 128,000.00 89,500.00 10. Tam Teh Multicentre - - 100,410.00 381,864.00 276,138.00 11 Inapan Seri Laksamana - - - 19,625.00 28,123.00 12 Bungalow Mat hj Limah - - - - 22,010.00 13 Awara Chalet - - - - 33,390.00 14 Dangau D”Kontena - - - - 50,771.00 15 Nipah Klasik - - - - 32,100.00 16 Homestay D”Garden - - - - 28,760.00 17 Lizafarm, Lizafood Enterprise - - - - 29,920.00 JUMLAH 565,457.00 1,847,000.00 1,366,403.00 1,424,364.00 981,920.00 *Terdapat Penambahan 6 Projek Agrotourism di Kawasan Muda pada tahun 2020.


63 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Bilangan pengunjung bagi Projek Agro Pelancongan di Kawasan Muda telah menurun daripada seramai 73,866 orang tahun 2019 kepada 47,136 orang tahun 2020. Pengurangan bilangan pengunjung ini adalah disebabkan oleh kesan daripada Penularan wabak COVID-19 yang telah merencatkan pertumbuhan kemasukan pelancong ke destinasi Agropelancongan dari dalam dan Luar Negara bermula awal higga penghujung tahun 2020. Perincian pengunjung ke projek agrotourism MADA seperti di Jadual 31. Jadual 31: Bilangan Pengunjung Ke Projek Agro Pelancongan MADA BIL. PROJEK BILANGAN PENGUNJUNG (ORANG) 2016 2017 2018 2019 2020 1 Muda Resort 1,993 3,700 4,730 2,144 1,470 2 Homestay Kg. Jeruju 74 280 222 185 280 3 Homestay Kg. Pulau Pisang 15,757 11,500 11,914 4,736 1,188 4 Ladang Nipah Ismail Che Kaq 3,746 10,990 17,399 25,820 12,011 5 Ladang Nipah Kipli 13,857 14,500 16,934 27,780 15,950 6 Ladang Mempelam Tobiar 3,500 900 1,174 2,100 1,628 7 Pusat Kraf (HUB IKS MADA ) 3,903 5,960 4,388 1,555 614 8 Homestay Mada Pantai Jamai 161 250 425 230 271 9 Seri Mahawangsa Pedu Boat House - - 1,258 1,300 1,103 10 Tam Teh Multicentre - - 3,966 7,736 8,924 11 Inapan Seri Laksamana - - - 280 387 12 Bungalow Mat hj Limah - - - - 276 13 Awara Chalet - - - - 981 14 Dangau D”Kontena - - - - 592 15 Nipah Klasik - - - - 581 16 Homestay D”Garden - - - - 388 17 Lizafarm, Lizafood Enterprise - - - - 492 JUMLAH 42,991 47,830 62,410 73,866 47,136 C. PROGRAM REZEKI TANI Pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah banyak mendatangkan impak yang positif kepada rakyat. Tahun 2019 program bantuan kepada golongan berpendapatan rendah melalui komponen AZAM Tani telah dijenamakan semula dengan nama Rezeki Tani. Bahagian Industri Asas Tani MADA menetapkan sasaran KPI 1 berdasarkan peruntukan yang diterima daripada Kementerian sebanyak RM500,000 bagi memberi bantuan kepada 50 orang peserta di Kawasan MADA. Jadual 32 menunjukkan senarai dan pencapaian KPI tersebut. Berdasarkan jadual, bilangan peserta telah melebihi dari sasaran adalah disebabkan pencarian peserta dijalankan sehingga bulan Ogos 2020 tanpa melihat dari aspek tahap pencapaian pada sasaran.


64 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Jadual 32: Senarai KPI Dan Pencapaian Program Rezeki Tani bagi Tahun 2020 BIL PERKARA SASARAN MAFI SASARAN MADA PENCAPAIAN SEBENAR CATATAN 1 Bilangan Peserta Baharu Yang Dipantau Selama 3 Tahun Pelaksanaan 50 50 52 (104%) Kedah : 37 Perlis : 15 Peruntukan : RM500,000 2 Bilangan Peserta Mengikuti Kursus Latihan Asas 50 50 52 (104%) Kedah : 37 Perlis : 15 Indikator yang paling penting bagi mengukur impak program adalah dari segi bilangan peserta yang telah keluar daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Hal ini adalah bagi melihat sama ada program bantuan yang telah dijalankan mampu membawa peserta meningkatkan kehidupan kepada satu tahap yang lebih baik. Jadual 33 menunjukkan bilangan peserta yang telah keluar daripada PGK akan dipantau melalui sistem e-Kasih di mana pendapatan bulanan telah dikemaskini secara berkala di dalam sistem tersebut seterusnya kedudukan peserta tersebut akan di’auto generated’ oleh sistem. Secara puratanya, peserta yang berjaya keluar daripada kemiskinan daripada tahun 2016 hingga 2020 adalah 68%, iaitu seramai 145 daripada 213 orang. Jadual 33: Bilangan Peserta Yang Berjaya Keluar Daripada Kemiskinan BIL. PESERTA JUMLAH KESELURUHAN 2016 2017 2018 2019 2020 JUMLAH Bil. Penerima Bantuan 56 21 30 54 52 213 Bil. Keluar Dari Kemiskinan 43 (77%) 17 (81%) 21 (70%) 37 (69%) 27 (52%) 145 (68%) Nota : *Pemantauan impak pendapatan dari sistem e-kasih bermula pada Januari 2020 C. HIGH IMPACT PROJECT DAN PROJEK KHAS Pada masa ini, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di bawah seliaan MADA telah terlibat secara langsung dalam mengusahakan High Impact Project (HIP) dan Projek-Projek Khas. Projek ini telah membantu menjana pendapatan sampingan PPK selain daripada pendapatan daripada aktiviti dan rantaian tanaman padi. Pihak MADA amat menekankan kualiti produk yang dikeluarkan, oleh yang demikian, pelbagai usaha telah dilakukan oleh MADA dalam meningkatkan produktiviti pengeluaran produk PPK. High Impact Project (HIP) adalah projek yang mencapai purata nilai jualan melebihi RM100,000, manakala Projek Khas adalah projek yang mencapai nilai jualan di bawah RM100,000 dan masih berpotensi untuk dipertingkatkan lagi. Pencapaian nilai jualan bagi setiap kategori projek adalah seperti berikut: i. High Impact Project Pada tahun 2020, terdapat 3 projek dalam kategori High Impact Project, iaitu Projek Pemprosesan BuahBuahan (Tobiar Gold), Projek Mini Popia, dan Projek Pengeluaran Beras Berkualiti. Produk-produk yang diletakkan di bawah projek ini dilihat berpotensi untuk mendapat pasaran yang luas. Oleh yang demikian, projek-projek ini diberi fokus utama dalam aktiviti peningkatan kualiti produk, kuantiti pengeluaran dan nilai jualan. Pencapaian nilai jualan bagi 3 projek ini adalah seperti di Jadual 34 berikut. Bagi tahun 2020, pencapaian nilai jualan Projek Mini Popia adalah lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya yang disebabkan oleh kesan daripada wabak virus Covid-19, tempahan atau pembelian mini popia semasa musim perayaan telah berkurang.


65 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Jadual 34: Pencapaian Nilai Jualan Bagi Projek High Impact BIL PROJEK PPK TAHUN MULA PROJEK 2016 (RM) 2017 (RM) 2018 (RM) 2019 (RM) 2020 (RM) 1 PROJEK PEMPROSESAN BUAH-BUAHAN H-II 2008 317,285.00 209,997.74 53,646.41 161,241.80 135,684.28 2 PROJEK MINI POPIA E-I 2002 97,445.17 100,953.05 90,654.61 106,396.40 58,843.70 3 PENGELUARAN BERAS BERKUALITI E-I, A-III, C-III 2011 431,046.60 523,054.29 666,295.45 497,573.92 653,048.24 JUMLAH 845,776.77 834,005.08 810,596.45 765,212.12 847,576.22 ii. Projek Khas Sepanjang 2020, terdapat 5 jenis projek yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) berada di bawah Projek Khas. Projek-projek ini dibantu dari segi pembungkusan, promosi dan penjualan produk. Nilai jualan Projek Khas sehingga tahun 2020 adalah seperti di Jadual 35 berikut. Berdasarkan Jadual 35, jumlah pencapaian nilai jualan bagi tahun 2020 adalah yang terendah berbanding tahuntahun sebelumnya. Hal ini disebabkan oleh pembelian barangan bukan keperluan adalah berkurangan berpunca daripada penularan wabak virus Covid-19. Jadual 35: Pencapaian Nilai Jualan Bagi Projek Khas BIL PROJEK PPK TAHUN MULA PROJEK 2016 (RM) 2017 (RM) 2018 (RM) 2019 (RM) 2020 (RM) 1 PROJEK PEMPROSESAN PEKASAM A-I 2006 8,448.00 5,023.00 3,150.90 2,367.00 845.50 2 PROJEK JAHITAN (TELEKUNG) H-II 2007 10,775.77 12,405.52 3,663.60 14,252.65 18,932.20 3 AIR MINERAL & MINUMAN C-IV 2009 64,360.00 64,871.59 45,998.38 47,284.46 33,448.90 4 AIR MINERAL AL FALAH H-II 2019 *projek belum dimulakan 24,814.55 18,131.14 5 CUKA NIPAH F-IV 2009 14,805.00 7,314.50 5,541.50 3,499.00 2,669.00 JUMLAH 98,388.77 89,614.61 58,354.38 92,217.66 74,026.74


66 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Carta 13: Nilai Pendapatan Tahunan Bagi Projek High Impact Dan Projek Khas 944,165.54 923,619.69 868,950.83 857,429.78 921,602.96 820,000.00 840,000.00 860,000.00 880,000.00 900,000.00 920,000.00 940,000.00 960,000.00 2016 2017 2018 2019 2020 RM tahun NILAI PENDAPATAN TAHUNAN BAGI PROJEK HIGH IMPACT DAN PROJEK KHAS iii. e-Commerce Pada Tahun 2018, satu laman web pembelian atas talian telah diwujudkan bertujuan untuk meluaskan lagi skop pemasaran produk-produk usahawan bimbingan MADA. Laman Web ini diuruskan oleh salah satu outlet pemasaran MADA iaitu IATBIZ. IATBIZ berperanan untuk mengambil tempahan dari laman web MyRAGA dan terus kepada proses penghantaran kepada pelanggan. Pencapaian projek e-Commerce adalah seperti di Jadual 36. Jadual 36: Pencapaian SKU Produk dan Nilai Jualan e-Commerce E-COMMERCE 2018 2019 2020 Kumulatif Bilangan SKU Produk Diniagakan 28 32 76 Nilai Jualan (RM) - 1,578.00 3,015.75 Bengkel Pengenalan Jualan Atas Talian Laman Web MyRaga Yang Berwajah Baru


67 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 D. PEMBANGUNAN PRODUK MAKANAN DAN AKREDITASI USAHAWAN BIMBINGAN MADA v. Pembangunan Produk Makanan Selaras dengan perkembangan industri kulinari sebagai salah satu cabang keusahawanan, Bahagian Industri Makanan Dan Usahawan komited dalam memberi suntikan nilai tambah produk dengan mengadakan kursus-kursus hands-on teknologi pemprosesan produk makanan kepada usahawan bimbingan MADA. Berikut adalah kursus-kursus berkenaan yang telah dijalankan pada Tahun 2020: Kursus Teknologi Pemprosesan Produk Hasilan Pasta-Mee Kuning & Mee Sanggul 19 Ogos 202, Bilik Masakan MRTC Kursus Teknologi Pemprosesan Produk Hasilan Surimi 26 Ogos 2020, Bilik Masakan MRTC


68 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Kursus Teknologi Pemprosesan Produk Hasilan Soya 6&7 Julai 2020, Bilik Masakan MRTC Pelaksanaan kursus-kursus hands-on ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran usahawan, menambah Stock Keeping Unit (SKU) produk di samping memberikan nilai tambah kepada produk sedia ada. Satu kajian keberkesanan kursus-kursus hands-on pemprosesan produk akan dilaksanakan pada Tahun 2021 bagi menilai impak kursus (dari Tahun 2018 - 2020) dalam meningkatkan produktiviti, menambahbaik fizikal produk seterusnya menyumbang kepada nilai jualan usahawan. vi. Kualiti dan Keselamatan Produk Elemen kualiti dan keselamatan produk makanan mencakupi pengeluaran produk berkualiti, selamat dimakan dan pembungkusan yang komersil melalui pematuhan Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan-peraturan Makanan 1985. Bagi memastikan usahawan bimbingan MADA mengeluar dan menghasilkan produk makanan yang selamat kepada pengguna, Bahagian Industri Makanan Dan Usahawan menyediakan platform ujian makmal produk merangkumi analisis fakta nutrisi (Malaysian /International Standard), logam berat, mikrob dan pengawet. Pencapaian bagi program ini adalah seperti di Jadual 37: Jadual 37: Pencapaian Program Peningkatan Kualiti dan Keselamatan Produk Dari Tahun 2016 Hingga 2020 PROGRAM BILANGAN PRODUK (UNIT) 2016 2017 2018 2019 2020 JUMLAH Fakta Nutrisi dan Analisis Kimia /Fizikal 31 57 32 77 45 242 Makmal yang bertanggungjawab dalam menjalankan ujian fakta nutrisi, analisis kimia dan fizikal produk usahawan bimbingan MADA adalah Bio Synergy Laboratories Sdn. Bhd, Jitra. Antara kelengkapan makmal dan teknik yang digunakan bagi tujuan ini adalah seperti gambar di bawah:


69 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Calorimetry adalah alat untuk menentukan nilai kalori zat makanan iaitu karbohidrat, protein dan lemak Kromatografi merupakan satu teknik yang digunakan secara meluas dan sangat penting bagi tujuan analisis, pemisahan dan penulenan komponen daripada campuran kompleks Penggunaan kromatografi dalam penyelidikan sains dan teknologi makanan adalah sangat meluas termasuk pemisahan dan penulenan protein, karbohidrat, asid amino, vitamin, sebatian metabolik serta pemastian kualiti makanan. vii. Pensijilan dan Akreditasi Usahawan Program pensijilan dan akreditasi usahawan bimbingan MADA memberi tumpuan kepada Pensijilan Halal dan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) dalam usaha menjamin aspek pemprosesan dan pengeluaran produk mematuhi spesifikasi pensijilan berkenaan. Secara keseluruhannya, seramai 112 orang usahawan Industri Asas Tani (IAT) MADA telah memperolehi akreditasi dengan pecahan 69 orang mendapat Pensijilan Halal dan 43 orang memperoleh Sijil MeSTI. Perincian adalah seperti di Jadual 38 berikut: Jadual 38: Pencapaian Program Pensijilan dan Akreditasi Usahawan Bimbingan MADA (Kumulatif) Dari Tahun 2016 Hingga 2020 PROGRAM BILANGAN PRODUK (UNIT) 2016 2017 2018 2019 2020 Pensijilan Halal 52 61 64 68 69 Sijil MeSTI 38 40 41 42 43 JUMLAH (KUMULATIF) 90 101 105 110 112 Bagi memastikan premis usahawan mematuhi spesifikasi pensijilan, bantuan menaiktaraf premis ditawarkan melalui geran pemadanan Program Change Upgrade Product (CUP) dengan nisbah 70% kos projek dibiayai Kerajaan dan baki 30% dibiayai oleh usahawan (nilai maksimum pembiayaan Kerajaan adalah sehingga RM 60,000). Bagi Tahun 2020, dua (2) orang usahawan telah diluluskan untuk skop naiktaraf premis di bawah Program CUP dengan nilai sumbangan Kerajaan berjumlah RM 70,786.80. Selain itu, Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 1/2020 juga menawarkan bantuan geran penuh sehingga RM 10,000 bagi menaiktaraf premis usahawan. Seramai sepuluh (10) orang usahawan telah diluluskan di bawah PRE 1/2020 dengan nilai bantuan berjumlah RM 84,252.50. E. PROGRAM PROMOSI DAN PEMASARAN PRODUK ASAS TANI DAN INDUSTRI ASAS TANI MADA Promosi dan pemasaran memainkan peranan yang penting dalam memangkin kelangsungan serta daya saing sesuatu produk untuk berada dalam pasaran. Bagi tahun 2020, pihak MADA menumpukan program pemasaran yang merangkumi pembangunan pusat pengumpulan produk usahawan serta program promosi dan jualan produk. Perinciannya adalah seperti berikut:


70 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 i. Pembangunan Pusat Pengumpulan Produk Usahawan MADA Pusat Pengumpulan & Pemasaran Produk merupakan satu platform yang disediakan sebagai pusat jualan produk kepada usahawan MADA yang diuruskan oleh anak syarikat MADA dan PPK. Sehingga 2020, terdapat 4 buah Pusat Pengumpulan Produk di dalam Kawasan Muda. Sementara itu, outlet barangan runcit yang dikenali sebagai Agrobazaar Rakyat (ABR) juga telah dilaksanakan bermula tahun 2015 dalam kawasan Muda. Sehingga tahun 2020, sebanyak 36 unit ABR telah diwujudkan dan diuruskan oleh usahawan pemasar MADA. Secara keseluruhannya, nilai jualan terkumpul bagi keseluruhan Pusat Pengumpulan & Pemasaran Produk serta Agrobazaar Rakyat (ABR) pada tahun 2020 adalah seperti di Jadual 39 dan Jadual 40. Jadual 39: Nilai Jualan Pusat Pengumpulan & Pemasaran Produk BIL. PUSAT PENGUMPULAN & PEMASARAN PRODUK PENCAPAIAN NILAI JUALAN (RM) 2016 2017 2018 2019 2020 1 Peladang Mart, Jln Sultanah 1,999,201 2,257,336 1,783,113 1,711,282 1,255,465.03 2 Kiosk IATBIZ, LTSAH 111,035 119,387 74,746 87,729 33,826.50 3 IATBIZ Menara Peladang 72,732 87,064 192,719 115,241 36,013.94 4 IATBIZ HUB IKS MADA, Pendang 150,572 123,880 80,492 39,940 3,423.50 JUMLAH 2,333,540 2,587,667 2,131,070 1,954,192 1,328,729.97 IATBIZ Menara Peladang IATBIZ HUB IKS MADA Kiosk IATBIZ LTSAH Peladang Mart, Jln Sultanah


71 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Jadual 40: Prestasi Nilai Jualan Agrobazaar Rakyat bagi Tahun 202 BIL. WILAYAH BIL. ABR (KUMULATIF) NILAI JUALAN (RM) 1 WILAYAH I 8 6,843,007.20 2 WILAYAH II 13 27,654,862.97 3 WILAYAH III 10 16,087,593.79 4 WILAYAH IV 5 14,830,562.57 JUMLAH 36 65,416,026.53 ABR Zumi Utama Enterprise, Jalan PKNK ABR ADC Maju Enterprise, Anak Bukit ii. Program Promosi dan Jualan Produk Aktiviti program promosi dan jualan produk dilaksanakan secara berterusan bagi membantu usahawan memasarkan produk mereka. Program promosi ini menjadi medan bagi usahawan memperkenalkan produk sekaligus menjadi platform untuk bertemu dengan usahawan pemasar yang berminat memasarkan produk mereka secara berskala besar. Berakhir tahun 2020, pihak MADA hanya dapat menyertai 8 program promosi dan jualan produk bagi peringkat domestik. Perincian Pencapaian Program Promosi dari tahun 2016 adalah seperti di Carta 14. Carta 14: Ringkasan Pencapaian Program Promosi Tahun 2016 - 2020 NILAI PENDAPATAN TAHUNAN BAGI PROJEK HIGH IMPACT DAN PROJEK KHAS 89 46 67 60 8 824,187 1,112,738 1,478,773 1,308,292 416,726 0 200,000 400,000 600,000 800,000 1,000,000 1,200,000 1,400,000 1,600,000 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 Nilai Jualan (RM) Bil. Program 2016 2017 2018 2019 2020 RM


72 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Program Promosi Business Matching Jualan Kuih Raya di Kedai ABR iii. Program Penjenamaan Dan Pembungkusan Produk Penjenamaan produk mencerminkan identiti produk tersebut manakala pembungkusan yang menarik mampu menarik pelanggan untuk membeli. Jenama diwujudkan bagi memudahkan produk memasuki pasaran dan bagi membezakan persaingan antara produk. Pembungkusan pula membantu menonjolkan imej serta kekuatan produk bagi menarik perhatian pelanggan. Bagi tahun 2020, aktiviti pembangunan jenama dan naiktaraf pembungkusan produk telah diteruskan bagi membantu mendidik usahawan ke arah produk lebih komersil. Naiktaraf pembungkusan Ketupat Palas Pelangi Naiktaraf pembungkusan Nisyaku Batang Buruk


73 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 05 PROGRAM PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN Empangan Muda


74 ◊ PROGRAM PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR A. PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN INFRASTRUKTUR PENGAIRAN DAN SALIRAN Sepanjang tahun 2020, MADA telah melaksanakan beberapa program pembangunan dan pemulihan infrastruktur pengairan dan saliran. Keperluan membaikpulih atau membina semula struktur adalah untuk memastikan sistem pengairan dan saliran sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi bagi menjamin kelestarian penanaman padi dua kali setahun. Selain itu, kecekapan dan keberkesanan operasi struktur-struktur ini akan mengurangkan pembaziran sumber air untuk penanaman padi dan bekalan air domestik dan industri serta memastikan operasi struktur dapat bertindak balas dan responsif bagi mengurangkan risiko air berlebihan/banjir di kawasan penanaman padi. Disamping itu juga, kos operasi dan penyenggaraan struktur pengairan dan saliran dapat dikurangkan, secara tidak langsung menjimatkan peruntukan belanja mengurus kerajaan. Pada tahun 2020, pihak MADA telah memperolehi peruntukan pembangunan Rolling Plan Keempat (RP4) di bawah Rancangan Malaysia ke 11 (RMKe-11) berjumlah RM7.30 juta untuk menjalankan kerja-kerja pembangunan infrastruktur seperti Jadual 41 berikut: Jadual 41: Peruntukan Pembangunan Infrastruktur RP4 RMKe-11 Yang Diperolehi Pada Tahun 2020 BIL SKOP KERJA PEMBANGUNAN PERUNTUKAN (RM) 1 Membina Semula & Menaiktaraf Struktur Pengairan Dan Saliran 4,000,000.00 2 Menaiktaraf Saluran Air Untuk Tebatan Banjir Kawasan Pertanian 1,500,000.00 3 Kajian Pembangunan Sistem Tersier Di Kawasan Baru MADA Yang Telah Diwartakan Sebagai Kawasan Muda. 1,800,000.00 JUMLAH KESELURUHAN 7,300,000.00 Carta 15: Peruntukan RP4 RMKe-11 Bagi Tahun 2020 25% 54% 21% Membina Semula dan Menaiktaraf Struktur Pengairan dan Saliran Kajian Pembangunan Sistem Pengairan Tersier Si Kawasan Baru MADA Yang Telah Siwartakan Sebagai Kawasan Muda Menaiktaraf Saluran Air Untuk Tebatan Banjir Kawasan Pertanian i. Membina Semula & Menaiktaraf Struktur Pengairan Dan Saliran Di bawah skop kerja Membina Semula & Menaiktaraf Struktur Pengairan Dan Saliran, pihak MADA telah melaksanakan satu (1) tender kerja Membina Dan Menyiapkan Sebuah Struktur Kawalan Serta Kerjakerja Berkaitan Untuk Menggantikan Tandop Pasang Surut Kuala Kangkong, Wilayah IV, MADA. Sehingga 31 Disember 2020, kemajuan fizikal projek telah mencapai 40%. Projek ini dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada bulan Julai 2021. Tandop Pasang Surut Kuala Kangkong yang asal mempunyai satu (1) pintu kawalan air tidak dapat menampung jumlah air yang banyak terutama ketika musim hujan. Keadaan ini menyebabkan banyak kawasan padi terjejas akibat banjir.


75 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Tandop Pasang Surut Kuala Kangkong sebelum pembinaan Tandop Pasang Surut Kuala Kangkong semasa pembinaan ii. Menaiktaraf Saluran Air Untuk Tebatan Banjir Kawasan Pertanian Bagi skop kerja Menaiktaraf Saluran Air Untuk Tebatan Banjir Kawasan Pertanian pula, pihak MADA telah melaksanakan sepuluh (10) sebutharga sepanjang tahun 2020. Kerja-kerja sebutharga ini telah disiapkan sepenuhnya pada bulan Jun 2020. Diantara kerja sebutharga yang dijalankan adalah seperti berikut: a. Meninggikan Ban Kanan NCDr.1 serta kerja-kerja berkaitan dari IEC NCD 1,1a Hingga Lot 3253 Sepanjang 1550m, Blok Pengairan NCD 1, Lokaliti H-II Kepala Batas, Wilayah II, MADA.


76 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Meninggikan Ban Kanan NCDr.1 b. Menjalankan Kerja-Kerja Cucian Berat dan Membuang Menjalankan Kerja-Kerja Cucian Berat dan Membuang Enapan Parit Sungai Dua serta kerja-kerja berkaitan Dari DEC ACLBD 9c Hingga Lintasan Ladang Lot 16 Sepanjang 2500m, Blok Pengairan ACLBD 9c dan ACLBD 9e, Lokaliti F-II Jerlun, Wilayah II, MADA. Kerja-Kerja Cucian Berat dan Membuang Enapan Parit Sungai Dua c. Kerja-Kerja Cucian Berat dan Membuang Enapan Parit Sungai Dua Menjalankan Kerja-kerja Membuang enapan Serta Kerja-kerja Berkaitan di ARBDr. 6 dari Stesen Pam Gunasemula ARBDr. 6 hingga Titi Konkrit Kg. Binjai, Sepanjang 4000m Blok Pengairan ARBD 6, Lokaliti C-I Kangar, Wilayah I, MADA. Kerja-kerja Membuang enapan Serta Kerja-kerja Berkaitan di ARBDr. 6


77 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 iii. Kajian Pembangunan Sistem Tersier Di Kawasan Baru MADA Yang Telah Diwartakan Sebagai Kawasan Muda. Dibawah Skop Kajian Pembangunan Sistem Pengairan Tersier Di Kawasan Baru MADA, pihak MADA telah merancang untuk melaksanakan Kerja Ukur Kejuruteraan Untuk Projek Pembangunan Sistem Tersier Di Skim Pengairan Nawa / Gajah Mati dan Skim Pengairan Padang Kerbau Fasa I & II, Wilayah III, serta KerjaKerja Merekabentuk Sistem Tersier Bagi Skim Pengairan Nawa / Gajah Mati dan Padang Kerbau Fasa I & II, Wilayah III, MADA. Kerja-kerja ukur ini telah ditawarkan kepada jurukur pada 2 Jun 2020 dan dijangka disiapkan sepenuhnya pada Jun 2021. Bagi kerja merekabentuk pula, kerja merekabentuk telah ditawarkan kepada perunding pada September 2020 dan dijangka disiapkan sepenuhnya pada Julai 2021. Kemajuan kerja sehingga Disember 2020 adalah 24%. B. PEMULIHAN INFRASTRUKTUR LAMA Kebanyakan struktur pengairan kawasan Muda yang berusia 30 hingga 50 tahun telah mengalami keuzuran akibat daripada faktor-faktor penggunaan yang intensif. Sesetengah struktur utama yang uzur ini perlu dinaiktaraf atau digantikan dengan yang baru. Masalah kekurangan peruntukan penyenggaraan telah menghadkan jenis dan tahap penyenggaraan yang dapat dijalankan. Oleh yang demikian, hanya infrastruktur yang benar-benar memerlukan pembaikan dan penyenggaraan segera akan diutamakan bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk. Kerja-Kerja Menaiktaraf Tandop Kuala Tunjang Nama : Tandop Pasang Surut Kuala Tunjang Tahun Dibina : 1962 Kos Pembaikan : RM485,900.00 Kerja Pembaikan: Menaiktaraf Pintu Air Dan ‘Gate Guide Serta Kerja-Kerja Berkaitan (Mengecat Semula Struktur Dan Membaikpulih Tangga) Kerja Mengecat Semula Tandop Kuala Tunjang Kerja Membaikpulih Tangga Tandop Kuala Tunjang Kawalan Dan Pintu Air Yang Rosak Sebelum Diganti Semula Pintu Air Yang Rosak Sebelum Diganti Semula


78 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Keadaan Tandop Kuala Tunjang Setelah Dibaikpulih


79 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 06 PROGRAM MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN Kampung Kandis Kodiang


80 ◊ PROGRAM MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL A. PERLAKSANAAN AKTIVITI PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN KOMPONEN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL Penularan wabak pandemik Covid-19 yang melanda di Malaysia dan seluruh dunia tidak menghalang para petani untuk melaksanakan aktiviti penanaman padi memandangkan sektor pertanian diberi kebenaran untuk melaksanakan aktiviti pertanian seperti biasa. Keperluan untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian turut menjadikan perkhidmatan mekanisasi dan automasi sebagai pilihan utama para peladang bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan khususnya dari peringkat penyediaan tapak/tanah hinggalah pemasaran hasil-hasil pertanian. Kawalan pergerakan yang diperketatkan semasa musim Covid-19 sedikit sebanyak menganggu sumber bekalan tenaga buruh yang digunakan di ladang. Pengenalan jentera mekanisasi perladangan secara intensif dilihat turut membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran pertanian dengan berkurangnya pergantungan kepada penggunaan tenaga manusia dalam menjalankan aktiviti penanaman padi. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan tetap dilaksanakan mengikut kadar kemampuan serta bajet peruntukan. Wujudnya kekangan dari aspek kewangan serta kawalan pergerakkan yang diperkenalkan memberi sedikit cabaran dari aspek pematuhan tempoh penyiapan kerja-kerja di tapak. Ini turut menyumbang peningkatan harga bagi barangan serta servis kerja pembekal. Namun, faktor-faktor ini tidak menghalang MADA untuk berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada peladang dalam usaha meningkatkan pengeluaran hasil padi negara. Berikut adalah senarai aset mekanikal dan elektrikal yang diselenggarakan oleh pihak MADA pada tahun 2020. Jadual 42: Senarai Aset Mekanikal dan Elektrikal yang diselenggarakan oleh MADA BIL. NAMA ASET SELENGGARAAN BILANGAN (BUAH) 1 Pam bergerak 4 inci 599 2 Pam bergerak 6 inci 222 3 Pam diesel 23 4 Pam motor elektrik (axial) 57 5 Struktur kawalan air di MADA 82 6 Pintu air (regulator, offtake, tidal control, barrage, syphon) 202 7 Pam selam elektrik 412 8 Pam selam elektrik kawasan MADA baharu 72 9 Kenderaan 138 10 Jentera pertanian 724 11 Jentera berat 69 JUMLAH 2600 Pada tahun 2020, MADA telah memperuntukkan sejumlah RM3,493,200.00 di bawah kod Belanja Mengurus 2020 bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan bagi komponen mekanikal dan elektrikal yang terdapat di MADA. Jumlah penyelenggaraan dan pembaikan yang telah selesai dilaksanakan secara in house oleh pihak MADA adalah seperti di Jadual berikut.


81 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Jadual 43: Jumlah Penyelenggaraan dan Pembaikan Komponen Mekanikal dan Elektrikal Secara In House 2020 BIL. SEKSYEN KERJA PENYELENGGARAAN KERJA PEMBAIKAN KECIL KERJA PEMBAIKAN BESAR 1 Pam Diesel 2234 279 93 2 Alator Empangan 1269 54 26 3 Pam Elektrik 526 138 29 4 Kelengkapan Elektrik 1306 147 14 5 Kenderaan 359 412 14 6 Pertanian dan IAT 259 51 2 7 Jentera Berat 123 230 17 JUMLAH 6076 1311 195 Kerja-Kerja Pembaikan dan Penyelenggaraan Komponen M&E Stesen Pam Guna Semula Yang Telah Dilaksanakan Menjalankan Kerja-Kerja Elektrifikasi Di Stesen Pam dan Premis MADA


82 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Kerja-Kerja Pembaikan dan Penyelenggaraan Komponen M&E Di Struktur Kawalan Pintu Air Aktiviti Melibatkan Pemindahan Loji Yang Dilaksanakan secara in House di MADA Aktiviti Pengujian Land Laser Levelling


83 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 B. MENAIKTARAF KOMPONEN MEKANIKAL & ELEKTRIKAL SISTEM PENGAIRAN DAN SALIRAN MADA Pada tahun 2020, MADA telah memperolehi peruntukan Rolling Plan Keempat (RP4) Di Bawah Rancangan Malaysia ke 11 (RMKe-11) untuk melaksanakan projek-projek seperti berikut: i. Skop projek bagi tahun semasa: b. Pembekalan 8 unit Electrical Submersible Pump (ESP) c. Menaiktaraf column/ paip hantaran 6 buah stesen pam d. Menaiktaraf 2 buah pintu kawalan di: 1. Struktur Kawalan Air Pasang Surut Kuala Tunjang, Wilayah II, MADA b. Menaiktaraf sistem gate guide 2 buah pintu kawalan di: 3. Struktur Kawalan Air Pasang Surut Sungai Kayang Lama, Wilayah I, MADA 4. Struktur Kawalan Air Pasang Surut Kuala Tunjang, Wilayah II, MADA e. Pembinaan 15 buah stesen pam penggalak (booster pump) Jadual 44: Maklumat Sebut Harga/Tender BIL. NAMA SEBUT HARGA KEMAJUAN PROJEK 1. MADA(SH)/BME/P/1/2020 Menjalankan Kerja-Kerja Membina Dan Menyiapkan Stesen Pam Penggalak (Booster Pump) Di Wilayah-Wilayah MADA Nilai Sebut Harga Ditawarkan : RM339,916.00 Rancang : 100% Sebenar : 100% 2. MADA(SH)/BME/P/2/2020 Menjalankan Kerja Menaiktaraf ‘Gate Guide’ Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Struktur Kawalan Air Pasang Surut Sungai Kayang Lama, Wilayah I, MADA. Nilai Sebut Harga Ditawarkan : RM173,400.00 Rancang : 100% Sebenar : 100% 3. MADA(SH)/BME/P/3/2020 Menjalankan Kerja Menaiktaraf Pintu Air Dan ‘Gate Guide’ Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Struktur Kawalan Air Pasang Surut Kuala Tunjang, Wilayah II, MADA. Nilai Sebut Harga Ditawarkan : RM485,900.00 Rancang : 100% Sebenar : 100% 4. MADA(SH)/BME/P/4/2020 Membekal, Menguji Dan Menghantar Pam Pengairan Jenis Elektrik ‘Submersible’ Yang Baru Nilai Sebut Harga Ditawarkan : RM498,460.00 Rancang : 100% Sebenar : 100% 5. MADA(SH)/BME/P/5/2020 Menjalankan Kerja Menaiktaraf Sistem Paip Penghantaran Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Stesen-Stesen Pam Kawasan Baharu MADA Wilayah I Dan Wilayah II. Nilai Sebut Harga Ditawarkan : RM495,284.00 Rancang : 100% Sebenar : 100%


84 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Kerja menaiktaraf gate guide dan pintu TC Sg. Kayang telah selesai Kerja menaiktaraf paip hantaran 6 buah stesen pam telah selesai 15 buah pam bergerak 6 inci telah siap dinaiktaraf 2 buah pintu kawalan dan 1 set gate guide TC Kuala Tunjang telah siap dinaiktaraf 8 buah pam ESP telah siap dibekalkan M78 kg Telaga Juan W2 C. AKTIVITI-AKTIVITI BERKAITAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL DI MADA i. Pemasangan Panel Solar Di Ibu Pejabat dan Pejabat Wilayah MADA Kadar tarif elektrik yang meningkat saban tahun menyebabkan bil elektrik di pejabat-pejabat MADA meningkat. Hal ini mendorong MADA mencari alternatif sumber tenaga boleh baharu bagi mengurangkan kos bil bulanan sejurus dapat membantu penjimatan sumber kewangan pada pengurusan perbelanjaan. MADA telah membuat permohonan penggunaan tenaga solar kepada pihak TNB. Pihak TNB melalui anak syarikat GSPARX Sdn. Bhd. telah bersetuju serta mengemukakan kontrak pembangunan solar kepada pihak MADA. Sasaran MADA adalah untuk melaksanakan pemasangan solar di Ibu Pejabat MADA, Pejabat Wilayah 1, Pejabat Wilayah 3, Pejabat Wilayah 4. Pejabat Bahagian Mekanikal dan Elektrikal dan Aquaduct Wilayah 3. GSPARX Sdn. Bhd. telah pun membuat lawatan serta penilaian tapak di Ibu Pejabat MADA serta Pejabat Wilayah 3 MADA. MADA telahpun mengemukakan Letter of Award dan kini dalam proses pemeteraian kontrak bagi pembangunan sistem solar terbabit. Pemasangan sistem solar dijangka dapat dilaksanakan pada tahun 2023. Impak utama sumbangan hasil pemasangan sistem ini adalah penjimatan bil elektrik di 5 lokaliti pemasangan di MADA sehingga 30%. Pemasangan sistem ini dilihat dapat menyumbang sehingga 30 peratus penjimatan bil-bil elektrik di 5 lokaliti yang terlibat dalam pemasangan sistem tersebu


85 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Lawatan Tapak Oleh Pihak MADA dan GSPARX Sdn. Bhd. Ke Aquaduct Tanah Merah Lawatan Tapak Oleh Pihak MADA dan GSPARX Sdn. Bhd. ke Pejabat Wilayah 3 MADA Penyerahan Letter of Offer (LOO) kepada Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Perbentangan Hasil Dapatan Lawatan Tapak Dan Feasibility Study Terhadap Pemasangan Sistem Solar di 5 Lokasi Sekitar MADA (projek perintis)


87 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 07 PROGRAM PENGURUSAN EMPANGAN DAN SUMBER AIR LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN Alur Limpah Empangan Pedu


88 ◊ PPROGRAM PENGURUSAN EMPANGAN DAN SUMBER AIR A. PELEPASAN AIR EMPANGAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENGAIRAN PENANAMAN PADI DUA (2) KALI SETAHUN Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bertanggungjawab mengurus dan mengendali tiga (3) buah empangan iaitu Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Ahning. Tanggungjawab utama ialah memastikan pelepasan air dari empangan adalah konsisten mengikut keperluan masa dan kuantiti yang dikehendaki bagi menjamin tanaman padi dua kali setahun dapat dilaksanakan di Kawasan Muda dan seterusnya dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi untuk keperluan negara. Selain bekalan air untuk pengairan di Kawasan Muda, air yang dilepaskan dari empangan juga turut digunakan bagi keperluan domestik dan industri di kawasan Kedah Utara, Perlis Selatan dan Pulau Langkawi. Bagi menjamin kemampanan dan kelestarian sumber air empangan, adalah menjadi tanggungjawab MADA untuk mengurus tasik dan kawasan tadahan dengan lebih efisien dan sistematik. Sepanjang tahun 2020 kuantiti pelepasan air dari Empangan Pedu adalah sebanyak 668 Mm3 manakala aliran masuk ke Empangan Pedu adalah sebanyak 1167 Mm3 . Perbandingan tersebut adalah seperti di dalam Carta 16. Carta 16: Kumulatif Pelepasan Dan Aliran Masuk Kolam Takungan Pedu Tahun 2020 -233 -343 -393 -440 -464 -515 -550 -591 -592 -597 -605 -668 Jan Feb Mac Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec 149 103 0 400 800 1200 -800 -400 182 235 310 396 525 655 775 881 996 1117 Kumulatif Pelepasan dan Aliran Masuk (Mm3 ) Kumulatif Aliran Masuk Kumulatif Pelepasan Kuantiti pelepasan air dari Empangan Ahning pada tahun 2020 adalah sebanyak 70 Mm3 manakala aliran masuk ke dalam Empangan Ahning adalah sebanyak 96 Mm3 . Perbandingan ini adalah seperti di dalam Carta 17. Carta 17: Kumulatif Pelepasan Dan Aliran Masuk Kolam Takungan Ahning Tahun 2020 -30 46 -59 -66 -68 -68 -68 -70 -70 -70 -70 -70 Jan Feb Mac Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec 11 13 0 50 100 -100 -50 14 15 24 29 44 54 68 69 86 96 Kumulatif Pelepasan dan Aliran Masuk (Mm3 ) Kumulatif Aliran Masuk Kumulatif Pelepasan


89 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Kuantiti pelepasan air dari Empangan Muda sepanjang tahun 2020 sebanyak 5 Mm3 manakala aliran masuk ke dalam Empangan Muda adalah sebanyak 1217 Mm3 . Perbandingan ini dapat dilihat di Carta 18. Carta 18: Kumulatif Pelepasan Dan Aliran Masuk Kolam Takungan Muda Tahun 2020 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 5 5 Jan Feb Mac Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec 134 103 0 400 800 1200 169 216 305 377 534 625 758 873 1037 1217 Kumulatif Pelepasan dan Aliran Masuk (Mm3 ) Kumulatif Aliran Masuk Kumulatif Pelepasan Pada tahun 2020, kedudukan takungan bagi Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Ahning berada dalam keadaan paras yang minima dan memerlukan pengurusan dan perancangan yang teliti bagi membolehkan pelepasan air sebanyak 743 Mm3 dijalankan. Daripada kuantiti pelepasan tersebut, sebanyak, 568 Mm3 adalah untuk keperluan pengairan bagi Kawasan Muda, manakala 175 Mm3 adalah untuk kegunaan domestik dan industri. Perincian kuantiti pelepasan air pada tahun 2020 adalah seperti Jadual 45. Jadual 45: Kuantiti Pelepasan Air Untuk Pertanian, Domestik & Industri Dari Empangan Pedu, Empangan Muda Dan Empangan Ahning Tahun 2020. KEGUNAAN ISIPADU BEKALAN AIR (MM3) PEDU MUDA AHNING JUMLAH PENANAMAN PADI 568 - - 568 DOMESTIK & INDUSTRI - 5 170 175 JUMLAH 568 5 170 743 Pada tahun 2020, isipadu takungan maksimum dan minimum bagi kolam takungan Pedu adalah seperti Carta 19. Carta 19: Kedudukan takungan Empangan Pedu tahun 2020 358 307 292 292 295 342 363 447 518 614 697 783 Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec 460 355 306 298 339 368 443 515 612 Takungan Penuh 1080 Mm3 694 781 827 0 200 400 600 800 1000 1200 Takungan (Mm3 ) Takungan Minimum Takungan Maximum Takungan Penuh


90 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Operasi Pelepasan Bekalan Air dari Empangan Pedu Pemandangan Kawasan Tasik Dan Kawasan Tadahan Di Tasik Pedu Pada tahun 2020, isipadu takungan maksimum dan minimum bagi kolam takungan Muda adalah seperti Carta 20 :- Carta 20: Kedudukan Takungan Empangan Muda Tahun 2020 Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec Takungan Penuh 154 Mm3 0 200 400 600 800 Takungan (Mm3 ) Takungan Minimum Takungan Maximum Takungan Penuh 358 307 292 292 295 342 363 447 518 614 781 827 697 783 460 355 306 298 339 368 443 515 612 694 Pemandangan dari atas Empangan Muda Pemandangan kawasan Jeti KOPAM di Tasik Muda


91 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Pada tahun 2020, isipadu takungan maksimum dan minimum bagi kolam takungan Ahning adalah seperti berikut :- Carta 21: Kedudukan Takungan Empangan Ahning Tahun 2020 Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec Takungan Penuh 275 Mm3 0 50 100 150 250 200 Takungan (Mm3 ) Takungan Minimum Takungan Maximum Takungan Penuh 162 149 136 130 129 137 142 158 165 179 193 210 210 219 180 161 148 136 137 142 157 164 179 192 Pemandangan Dari Hulu Empangan Ahning. Kelihatan Menara Ambilan (Intake Tower) di Sebelah Kanan Pemandangan Tasik Ahning dari Menara Ambilan Pemandangan Tambak Batang Pemandangan Alur Limpah Batang (Batang Spillway)


92 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Pemandangan Tasik Muda B. PROGRAM SIMULASI UNJURAN TAKUNGAN EMPANGAN Air merupakan faktor terpenting kehidupan manusia dan dalam pertanian terutamanya untuk penanaman padi. Adalah menjadi tangungjawab Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Bahagian Pengurusan Empangan dan Sumber Air untuk mengurus dan memastikan keseimbangan kuantiti takungan dalam Empangan Muda, Pedu dan Ahning sentiasa berada dalam keadaan optimum bagi keperluan pengairan pertanian dan domestik. Simulasi unjuran takungan empangan dijalankan setiap awal bulan dengan menganalisa rekod sedia ada dari tahun 1970 sehingga terkini dan menggunakan data tersebut untuk membuat satu pengiraan untuk mendapatkan anggaran kedudukan takungan bagi tempoh enam bulan ke hadapan. Parameter-parameter yang terlibat dalam simulasi adalah data aliran masuk purata, aliran keluar purata. Simulasi unjuran takungan ini sangat penting dalam bekalan pengairan untuk tanaman padi. Disamping itu, keselamatan empangan dapat diuruskan dengan lebih baik bagi memastikan struktur empangan sentiasa dalam keaadaan selamat. Carta 22: Simulasi Unjuran Takungan Empangan Pedu pada Januari 2020 - Jun 2020 300,000 390,000 480,000 570,000 660,000 750,000 840,000 930,000 Wk1/Jan Wk2/Jan Wk3/Jan Wk4/Jan Wk1/Feb Wk2/Feb Wk3/Feb Wk4/Feb Wk1/Mac Wk2/Mac Wk3/Mac Wk4/Mac Wk1/Apr Wk2/Apr Wk3/Apr Wk4/Apr Wk1/May Wk2/May Wk3/May Wk4/May Wk1/June Wk2/June Wk3/June Wk4/June Storage (ac.ft) Week Spill Level 320 ft Wet Year Dry Year Average Year Dry Year Average Wet Year Spill Level PEDU DAM STORAGE SIMULATION JANUARY 2020 - JUNE 2020


93 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Carta 23: Simulasi Unjuran Takungan Empangan Muda pada Januari 2020 - Jun 2020 -250,000 -200,000 -150,000 -100,000 -50,000 0 50,000 100,000 150,000 Wk1/Jan Wk2/Jan Wk3/Jan Wk4/Jan Wk1/Feb Wk2/Feb Wk3/Feb Wk4/Feb Wk1/Mac Wk2/Mac Wk3/Mac Wk4/Mac Wk1/Apr Wk2/Apr Wk3/Apr Wk4/Apr Wk1/May Wk2/May Wk3/May Wk4/May Wk1/June Wk2/June Wk3/June Wk4/June Storage (ac.ft) Week Spill level 330 ft Average Year Dry Year Wet Year Dry Year Average Wet Year Spill Level MUDA DAM STORAGE SIMULATION JANUARY - JUNE 2020 Carta 24: Simulasi Unjuran Takungan Empangan Ahning pada Januari 2020 - Jun 2020 AHNING DAM STORAGE SIMULATION JANUARY 2020 -JUNE 2020 0 50 100 150 200 250 300 Wk1/Jan Wk2/Jan Wk3/Jan Wk4/Jan Wk1/Feb Wk2/Feb Wk3/Feb Wk4/Feb Wk1/Mac Wk2/Mac Wk3/Mac Wk4/Mac Wk1/Apr Wk2/Apr Wk3/Apr Wk4/Apr Wk1/May Wk2/May Wk3/May Wk4/May Wk1/June Wk2/June Wk3/June Wk4/June Average Year Dry Year Wet Year Storage (x106 m3 ) Spill level 112.9m Week Dry Year Average Wet Year Spill Level C. PROGRAM PEMANTAUAN KESELAMATAN EMPANGAN PEDU, MUDA DAN AHNING Program pemantauan keselamatan empangan-empangan Pedu, Muda dan Ahning adalah merupakan salah satu perkara yang dijalankan bagi memastikan empangan-empangan tersebut berada dalam keadaan stabil dan selamat untuk beroperasi. Pemantauan keselamatan yang dijalankan adalah berbeza bagi setiap empangan disebabkan oleh ketiga-tiga empangan tersebut mempunyai rekabentuk berbeza. Pemantauan keselamatan terhadap keseluruhan komponen Mekanikal dan Elektrikal di empangan juga dijalankan bagi memastikan empangan dapat beroperasi dengan baik. Ketiga-tiga Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Ahning diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi (High Hazard) berdasarkan kepada Dam Hazard Rating. Oleh itu, pemantauan dan penyelenggaraan berkala perlu dilaksanakan bagi memastikan empangan dalam keadaan baik. Kaedah pemantauan keselamatan empangan bagi Empangan Pedu serta struktur yang berkaitan dijalankan secara manual oleh anggota yang bertugas dan rekod cerapan tersebut akan dianalisis di peringkat ibu pejabat.


94 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Sebahagian Kerja-Kerja Pemantauan Keselamatan Empangan Pedu Pemantauan keselamatan bagi Empangan Ahning dan sebahagian di Empangan Muda pada masa kini dijalankan dengan menggunakan sistem Automatic Data Acquisition System (ADAS). Sebahagian Kerja-Kerja Pemantauan Keselamatan Empangan Ahning


95 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Sepanjang tahun 2020, pemantauan keselamatan empangan (jangka pendek) telah dijalankan setiap suku tahun (tiga bulan sekali) mengikut jadual. Manakala, pemeriksaan dan pemantauan khusus (harian, bulanan, dua bulan sekali dan tiga bulan sekali) untuk mengesan keadaan perilaku empangan, (settlement, deflection, seepage dan pore water pressure) bagi tahun 2020 telah dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Rajah 8: Kerja-Kerja Pemantauan Keselamatan Empangan yang dijalankan untuk ketiga-tiga Empangan Pedu, Muda dan Ahning. Settlement Measurements at Crest Wall and Gantry Platform Deflection Measurements at Crest Wall Settlement Measurements in Access Gallery Casagrande Piezometer at Abutments Settlement And Deflection Measurement Crest Wall And Downstream face Setiap 2 Bulan KEKERAPAN Setiap Bulan Setiap Hari Setiap Tahun 24 jam Setiap Pusingan dalam masa 3 tahun Safety PEDU MUDA AHNING Deflection Measurements at Crest Wall Settlement Measurements Right Bank Hillside Movements Plumb-Bob Measurement Joint Opening Readings Electro-acoustic Piezometer Relief wells Standpipe Piezometer Anchor Cable Load Test- (204 nos) Audit Keselamatan Empangan Secara In-House Standpipe Piezometer Seepage Measurements (V-notch) Seepage Measurements (V-notch) Security Kawalan Keselamatan oleh Pihak Tentera Penilaian Risiko dan Emergency Response Plan Setiap Tahun Penilaian Keselematan oleh JSPN Setiap Tahun Merujuk kepada output pemantauan parameter yang telah dijalankan adalah dirumuskan bahawa ketigatiga empangan termasuk struktur berkaitan diperakui telah diselanggara dengan baik dan memuaskan serta empangan diperakui berfungsi dengan baik dan selamat.


96 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Sebahagian Kerja-Kerja Pemantauan Keselamatan Empangan Muda D. PROGRAM PEMANTAUAN KUALITI AIR EMPANGAN PEDU, MUDA DAN AHNING Air Pengairan merupakan faktor terpenting dalam pertanian terutamanya untuk penanaman padi. Adalah menjadi tangungjawab Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) untuk memantau kualiti air pengairan dan memastikan ianya berada di dalam keadaan yang selamat dan bersesuaian untuk penanaman padi khasnya. Program pemantauan ini perlu dilaksanakan setiap masa bagi memastikan kualiti air yang dibekalkan bebas dari bahan pencemaran dan selamat untuk digunakan. Tujuan utama pemantauan air ini dijalankan ialah untuk memastikan kualiti air MADA berada di dalam keadaan yang selamat sebelum disalurkan untuk pertanian berdasarkan had julat yang dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE), FAO dan WHO. Ini kerana air merupakan elemen / sumber yang terpenting dalam penanaman padi. Selain itu, pemantauan kualiti air ini adalah bertujuan untuk mengetahui sumber / punca berlakunya pencemaran dan melaporkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi mengambil tindakan selanjutnya. Pencemaran air boleh didefinasikan sebagai sebarang kemasukan bahan asing ke dalam air yang menyebabkan berlaku perubahan secara fizikal atau kimia dan seterusnya mengancam kehidupan benda hidup yang lain. Terdapat dua punca pencemaran air iaitu punca tetap dan punca tak tetap. Pencemaran punca tetap berlaku apabila terdapat bahan pencemaran secara langsung, contohnya seperti pembuangan sisa domestik, perindustrian dan pertanian. Pencemaran punca tidak tetap pula berlaku secara tidak langsung melalui air larian, iaitu bahan pencemaran meresap ke dalam lapisan tanah sehingga bawah tanah. Ianya boleh mencemarkan akuifer bawah tanah dan mengancam kehidupan akuatik. Pencemaran punca tidak tetap sukar untuk dikawal dan contohnya penggunaan baja dan racun serangga yang berlebihan dalam pertanian.


97 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Selain itu, pemantauan kualiti air juga adalah untuk menentukan trend kualiti air untuk seluruh kawasan MADA terutamanya bagi sumber utama air MADA iaitu Empangan Pedu, Empangan Ahning dan Empangan Muda. Disamping itu juga, untuk pengumpulan dan penyimpanan data berkaitan kualiti air Tasik disimpan sebagai rujukan dalam bentuk Laporan Analisis Kualiti Air yang dikeluarkan oleh Seksyen Pengurusan Tasik setiap tahun. Laporan ini mengandungi keputusan analisis yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah dan keputusan Water Quality Index (WQI) yang dibuat oleh Seksyen Pengurusan Tasik. Program pemantauan kualiti air dijalankan dengan kekerapan dua kali sebulan bagi ketiga-tiga Empangan Pedu, Muda dan Ahning. Enam (6) parameter kualiti air diperlukan untuk pengiraan Indeks Kualiti Air (Water Quality Index) iaitu Dissolved Oxygen (DO), Boichemical Oxygen Demand (BOD), Chemical Oxygen Demand (COD), Ammoniacal-Nitrogen (NH3-N), Total Suspended Solid (TSS) dan pH. Parameter Dissolved Oxygen (DO) dan suhu diukur secara in situ. Sementara itu untuk lima lagi parameter, sampel yang telah diambil dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah untuk cerakinan kimia. Sementara itu ujian cerakinan bakteria (Total Coliform and Feacal Coliform) dilaksanakan setiap minggu. Kesimpulannya adalah diperakui bahawa tahap kualiti air Tasik Pedu dan Muda berada dalam Kelas I manakala tahap kualiti air Tasik Ahning berada dalam Kelas II Merujuk kepada keputusan ujian bakteria adalah dirumuskan bahawa kandungan Total Coliform and Feacal Coliform di Empangan Pedu, Muda dan Ahning masih terkawal. Jadual di bawah menunjukkan kelas dan kegunaan air mengikut Indeks Kualiti Air (WQI). Jadual 46: Kelas Dan Kegunaan Air Mengikut Indeks Kualiti Air (WQI) KELAS WQI KATEGORI POTENSI PENGGUNAAN I > 90 Sangat Bersih Air berkualiti tinggi bagi semua bentuk kegunaan, TERTAKLUK kepada piawaian kualiti air yang ditetapkan untuk setiap bentuk penggunaan II A II B 75 - 90 Bersih Berpotensi sebagai air minuman, TERTAKLUK kepada pematuhan semua parameter yang disenaraikan dalam piawaian Kualiti Air Minum di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia III 51 - 74 Sederhana Air Mentah / Penggunaan Industri IV 30 - 50 Tercemar Pengairan V 0 - 29 Sangat Tercemar Tinjauan diperlukan sebelum kegunaan Pemantauan kualiti air (WQI) menggunakan alat Probe DO Meter Pemantauan kualiti air (WQI) menggunakan alat PH Tester


98 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


99 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Bacaan purata keseluruhan untuk parameter Indeks Kualiti Air (WQI) sepanjang tahun 2020 adalah seperti berikut :- Jadual 47: Bacaan purata keseluruhan untuk parameter Indeks Kualiti Air (WQI) sepanjang tahun 2020 TASIK PARAMETER PH (PH UNIT) SUSPEND SOLIDS MG/L AMMONIACAL NITROGEN NH3 – N MG/L BIOCHEMICAL OXYGEN DEMAND (BOD) MG/L CHEMICAL OXYGEN DEMAND (COD) MG/L DISSOLVED OXYGEN (DO) MG/L Pedu  7.23 (KELAS I) 10.00 (Kelas I) 0.08 (Kelas I) 2.00 (Kelas II) 6.19 (Kelas I) 7.31 (Kelas I) Muda 7.38 (Kelas I) 24.24 (Kelas I) 0.05 (Kelas I) 2.08 (Kelas II) 7.18 (Kelas I) 7.13 (Kelas I) Ahning 7.43 (Kelas I) 17.87 (Kelas I) 0.30 (Kelas II) 2.09 (Kelas II) 6.84 (Kelas I) 7.48 (Kelas I) Keseluruhan 7.34 (Kelas I) 17.87 (Kelas I) 0.14 (Kelas II) 2.06 (Kelas II) 6.74 (Kelas I) 7.31 (Kelas I)


Click to View FlipBook Version