The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Laporan Tahunan MADA 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA, 2023-10-04 02:57:23

Laporan Tahunan MADA 2020

Buku Laporan Tahunan MADA 2020

150 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Beberapa tindakan telah diambil untuk menyelesaikan masalah kecurian yang berlaku. Antara tindakan yang dibuat adalah seperti berikut: i. Menaiktaraf pagar sediada daripada ‘chain-link’ kepada ‘anti climb’ ii. Menambah ‘barb-wire’ di bahagian atas pagar. iii. Menambah ‘bracket’ pada kekunci, peti RTU dan solar. Walau bagaimanapun, beberapa cadangan untuk mengurangkan kejadian kecurian adalah seperti berikut:- i. Cadangan mencarum produk insurans yang melindungi aset kelengkapan aset telemetri. ii. Mengelektrifikasikan pagar stesen. iii. Pemasangan CCTV


151 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 15LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN PERANCANGAN MASA HADAPAN Kampung Alor Rela


152 ◊ PERANCANGAN MASA HADAPAN Bagi memastikan pencapaian yang baik dan konsisten dicapai pada setiap tahun, pihak MADA telah merencanakan agenda pembangunan yang akan menyokong kepada pembangunan pada masa hadapan. Di antara program– program pembangunan yang telah dirancang pelaksanaannya pada masa hadapan adalah seperti berikut:- A. PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI PADI i. Pengurusan Tanaman Padi b. Pelaksanaan Penanaman Padi Skala Besar (PPSB) Dalam usaha memastikan pengeluaran hasil berada di tahap yang optimum, pelbagai program pengurusan sawah telah dilaksanakan di Kawasan Muda, iaitu bermula dengan Projek Kelompok pada hujung tahun 1970-an. Pada tahun 1980-an Projek Separa Perladangan (PSP) diperkenalkan dengan pengurusan sawah secara berkumpulan serta aktiviti persawahan diselaraskan. Pada tahun 1990- an, Projek Sawah Secara Perladangan (PSSP) dilaksanakan secara separa estet melalui jawatankuasa yang dilantik di kalangan peladang. Projek estet padi mula diperkenalkan pada tahun 2000 dengan pengurusan dilaksana oleh PPK. Pada tahun 2011, Projek Estet Padi National Key Economic Area (NKEA) EPP 10 telah diperkenalkan di mana pengurusan sawah diuruskan oleh PPK secara berpusat, seterusnya pada tahun 2019 projek ini telah dijenamakan semula sebagai Projek Pemacu Pertanian (PPP) EPP 10 seperti di Rajah 1. Pelaksanaan projek ini juga adalah untuk menangani tiga (3) isu utama pembangunan sektor padi di Kawasan Muda iaitu kepadatan infrastruktur tersier yang rendah (18 meter sehektar), purata saiz ladang tidak ekonomik (2.12 hektar) dan purata umur peladang kurang produktif (60.2 tahun). Komponen utama projek ini ialah pembangunan infrastruktur tersier (172 blok pengairan berkepadatan 30 meter sehektar), pengurusan sawah secara estet (keluasan 38,358 hektar) dan penglibatan peladang (20,299 orang) dalam keseluruhan rantaian nilai sektor padi. Rajah 11: Program Pengurusan Sawah di Kawasan Muda 1965 INDIVIDU PROJEK SEPARA PERLADANGAN (PSP) PROJEK ESTET PADI PROJEK KELOMPOK PROJEK SAWAH SECARA PERLADANGAN (PSSP) PROJEK ESTET PADI NKEA EPP 10 1980 - an 2000 - 2010 1970 1990 - an 2011 - 2020 (Sebelum MADA) Purata hasil sebelum MADA ditubuhkan iaitu sekitar tahun 1965 ialah 3.3 tan/ hektar di mana pesawah pada ketika itu hanya menanam padi sekali setahun dan penanaman dijalankan secara individu. Peningkatan purata hasil dapat dilihat pada tahun 1990-an iaitu 5.2 tan/ hektar seterusnya tahun 2009 meningkat kepada 6.1 tan/ hektar dan pada tahun 2014 pencapaian purata hasil paling tinggi iaitu 6.4 tan/ hektar. Purata hasil di Kawasan Muda dari tahun 1965 iaitu sebelum MADA ditubuhkan sehingga tahun 2018 adalah seperti di Rajah 2.


153 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Rajah 12: Purata Hasil Kasar (tan/ hektar) di Kawasan Muda c. Model khas pengurusan sawah di kawasan muda Pada tahun 2020, Projek Penanaman Padi Skala Besar (PPSB) pula telah diperkenalkan sebagai kesinambungan Projek Estet Padi di Kawasan Muda. Ia merupakan satu pendekatan untuk memperkasakan pengusaha bagi mengusahakan sawah secara skala besar sebagai langkah menyambut hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan peladang. Sasaran keluasan yang ditetapkan bagi Projek PPSB adalah 35,000 hektar dan sasaran hasil 6.5 tan/ hektar menjelang tahun 2025. Model pelaksanaan PPSB adalah melalui Model Sewaan/ Pajakan, Bayaran Pengurusan, Entiti Pengurusan dan Perkongsian Keuntungan yang melibatkan tiga (3) pelaksana iaitu PPK, Usahawan Padi dan Government Linked Companies (GLC) iaitu Syarikat berkaitan Kerajaan. Melalui pelaksanaan projek ini aktiviti tanaman padi yang sebelum ini dilaksanakan secara individu telah disatukan dan diuruskan oleh PPK. ii. Projek /Program Sokongan Tanaman Padi a. Projek Peningkatan Kesuburan Tanah Dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran hasil padi, kesuburan tanah adalah merupakan antara faktor utama yang perlu diberi perhatian kerana aktiviti penanaman yang telah diusahakan sejak sekian lama turut mempengaruhi tahap kesuburan tanah di kawasan Muda. Melalui projek profil tanah (soil profiling) ini, kandungan nutrien dalam tanah di Kawasan Muda dapat diketahui dan seterusnya dibuat pengkelasan kepada Kawasan subur, sederhana subur dan kurang subur. Pengkelasan kawasan mengikut tahap kesuburan ini adalah sangat penting kerana perancangan program-program berkaitan pemulihan tanah dan peningkatan hasil dapat dibuat dengan lebih tepat dan berkesan dalam memastikan kelestarian pengeluaran hasil padi dan seterusnya menjamin pendapatan petani yang mengusahakan tanaman padi di Kawasan Muda. Selain itu juga, melalui data kandungan unsur dalam tanah yang diperolehi daripada program soil profiling ini dapat dijadikan rujukan utama dalam program peningkatan hasil yang dirancang kerana pengesyoran dapat dibuat dengan lebih tepat. Antaranya seperti pengesyoran pembajaan lokasi spesifik dan program pengapuran dapat dibuat berdasarkan keadaan sebenar tanah di lokasi terlibat. b. Perancangan Kempen Peningkatan Hasil Padi Dalam usaha mencapai objektif bagi dasar-dasar kerajaan, pihak MADA memerlukan langkah yang tepat dalam perubahan teknologi di kalangan peladang tradisi, pemodenan ke atas amalan-amalan pertanian, komersialisasi pertanian, kecekapan yang tinggi dalam pengurusan dan usaha yang lebih dalam peningkatan dan pelbagaian sektor pertanian. Dalam konteks jangkamasa panjang, tujuantujuan ini dapat dicapai melalui program pengembangan pertanian yang terancang dengan baik. Pada tahun 2021, pihak MADA mensasarkan pelaksanaan empat (5) kempen utama. Pelaksanaan kempen ini meliputi 4 Wilayah, 27 PPK dan 172 blok pengairan dengan anggaran bilangan peladang


154 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 akan mendapat manfaat adalah seramai 55,000 orang peladang. Tujuan utama kempen ini dijalankan ialah untuk meningkatkan hasil padi di Kawasan Muda dan seterusnya meningkatkan pendapatan peladang. Kempen ini juga bertujuan menggalakkan para peladang di Kawasan Muda agar menerapkan amalan pertanian baik, selain meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mereka dalam penanaman padi. Peladang juga diharap dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi kemungkinan serangan perosak dan penyakit dengan melakukan langkah pencegahan awal. Selain itu, terdapat satu (1) kempen tambahan yang akan dilaksanakan pada tahun 2021 iaitu Kempen Penanaman Padi Skala Besar. Pelaksanaan kempen ini adalah mengikut peringkat aktiviti penanaman padi dan berjadual iaitu peringkat penyediaan tanah, penanaman, penjagaan tanaman dan seterusnya penuaian. Penyertaan jabatan, agensi dan piahak swata seperti Jabatan Pertanian, MARDI, syarikat Agro Chemical dalam industri padi negara sebagai rakan kerjasama dalam menjalankan kempen yang berkaitan turut dilaksanakan. Penyediaan bahan media yang bersesuaian untuk penyampaian kepada kumpulan sasar juga akan ditekankan agar maklumat dapat disampaikan dengan baik kepada peladang dan seterusnya mencapai objektif kempen. Perancangan kempen bagi tahun 2021 akan dilaksanakan mengikut peringkat aktiviti penanaman di kawasan Muda seperti berikut Jadual 66: Perancangan Kempen Pengembangan Tahun 2021 BIL KEMPEN TEMPOH PELAKSANAAN MUSIM 1/2020 MUSIM 2/2020 1 Pematuhan Jadual Tanaman Mac - Mei 2021 Ogos - Okt 2021 2 Tabur Terus Dalam Air Bertakung Mac - Mei 2021 Ogos - Okt 2021 3 Pengurusan Rumpai April - Jun 2021 Sept - Nov 2021 4 Pematuhan Amalan Agronomi April – Ogos 2021 Sept – Dis 2021 5 Pengurusan Perosak & Penyakit Mei – Ogos 2021 Sept – Dis 2021 6 Penanaman Padi Skala Besar Jan - Disember Rajah 13: Perancangan Kempen Peningkatan Hasil Padi Tahun 2021 Kempen Pematuhan Jadual Tanaman Kempen Pengurusan Rumpai Kempen Pematuhan Amalan Agronomi Kempen Pengurusan Perosak & Penyakit Kempen Penanaman Padi Skala Besar Kempen Tabur Terus Dalam Air Bertakung


155 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 16LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN LAPORAN AKTIVITI MADA SEPANJANG TAHUN 2020 Ladang Tobiar


156 ◊ LAPORAN AKTIVITI MADA SEPANJANG TAHUN 2020 JANUARI Program Lawatan Kerja YB. Dato’ Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah diadakan bagi meninjau kesan kemarau yang melanda Kawasan Muda di sekitar negeri Kedah dan Perlis. Beliau meluangkan masa bertemu dan mendengar sendiri keluhan peladang-peladang berkenaan isu kemarau yang telah menjejaskan bekalan air kepada tanaman mereka. MADA ketika ini telah berusaha menggunakan air dari empangan dan mengamalkan kaedah pengairan penggiliran bagi menyelamatkan tanaman padi yang sedang membesar. Selain itu, pam-pam bergerak milik MADA dan peladang-peladang juga digunakan bagi membantu melancarkan proses penanaman padi. Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh wakil Jabatan Metereologi Malaysia (JMM) sebagai usaha membincangkan perkara berkaitan Operasi Pembenihan Awan bagi menggalakkan turunan hujan di kawasan MADA. FEBRUARI Yang Berbahagia Dato’ Fouzi Ali, Pengurus Besar MADA telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke Empangan Muda dan Pedu serta kawasan tasik dan tadahannya bagi melihat perkembangan situasi dan paras air semasa di kedua-dua empangan yang membekalkan sumber air utama kepada penanaman padi di Kawasan Muda dan sumber air mentah bagi kegunaan sebahagian besar Negeri Kedah dan Perlis. Turut sama hadir ke lawatan ini adalah Tuan Haji Syed Zainuddin Syed Zain, Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) serta kakitangan dari Bahagian Pengurusan Empangan dan Sumber Air. Pengurus Besar MADA juga berkesempatan menyampaikan kata-kata semangat serta motivasi kepada petugas-petugas empangan agar mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.


157 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 MAC Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyasarkan seramai 1,200 orang usahawan bakal menyertai Program Agropreneur Muda pada tahun 2020 bagi tujuan latihan dan bantuan. Bagi menyelami dan mendekati lebih ramai agropreneur muda, pada 14 dan 15 Mac 2020, MAFI telah mengadakan Program Jelajah Agropreneur Muda Zon Utara 2020 (JAM2020) melibatkan 10 lokasi persinggahan dari Penang, Kedah hingga ke Perlis. Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Dato’ Haslina Abdul Hamid yang mengetuai jelajah  ini berkata setiap usahawan yang menyertai program tersebut akan diberi bantuan berbentuk geran. Dalam pada itu juga, Dato’ Haslina Abdul Hamid turut hadir menyempurnakan Kursus Penyediaan Rancangan Perniagaan yang dianjurkan oleh MADA bersempena Jelajah Agropreneur Muda 2020 kepada usahawan-usahawan muda di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bertempat di Jerai Hotel, Alor Setar. APRIL “Perintah Kawalan Pergerakan” yang diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membendung penyebaran COVID-19 menyebabkan ramai orang yang terkesan terutamanya golongan yang kurang berkemampuan. Oleh yang demikian, MADA telah mengambil inisiatif dibawah Program CSR MADA bagi menyampaikan bantuan kepada keluarga peladang-peladang yang terkesan dengan keadaan ini melalui bantuan berbentuk barangan keperluan harian. Semoga dengan bantuan ini serba sedikit dapat membantu golongan petani dibawah Kawasan Muda.


158 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 MEI Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Yang Berbahagia Dato’ Haji Zainal Azman bin Abu Seman telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) serta mengadakan sesi libat urus bersama peladang-peladang bagi membincangkan isu berkaitan benih padi di Kawasan Muda. Beliau juga turut berkesempatan melawat Loji Benih Padi MADACorp bertempat di Megat Dewa, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA C-II Kerpan serta lawatan ke rumah usahawan bimbingan MADA di Jerlun. Turut hadir sama ke lawatan kerja ini adalah Dr. Anis bin Mahmud @ Abdul Samad iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan). JUN MADA telah menerima Lawatan Kerja oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan bersama-sama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Yang Berhormat Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah serta Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Yang Berhormat Dato’ Hj Che Abdullah bin Mat Mawi. Lawatan kerja ini dimulakan dengan penyampaian taklimat berkaitan operasi serta langkah kehadapan yang telah disusun MADA. Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan juga berkesempatan melancarkan logo Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun ke 50 Penubuhan MADA. Turut sama hadir YB. Tuan Azman Nasrudin, EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dan YBrs. Dr. Anis bin Mahmud@ Abdul Samad Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.


159 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 JULAI Majlis Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan MADA buat julung-julung kalinya disambut dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman, Pengerusi MADA pada tanggal 30 Jun 2020. Majlis yang diadakan di padang bersebelahan Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar ini turut dihadiri oleh wakil-wakil pimpinan peladang, wakil-wakil usahawan bimbingan serta kakitangan MADA. Sejak MADA ditubuhkan pada tahun 1970 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Dato’ Hussien, agensi ini telah mencurahkan jasa dan bakti demi memajukan kesejahteraan hidup penduduk desa yang sebahagian besar ketika itu hidup di bawah paras kemiskinan. Selama 50 tahun MADA berdepan pelbagai cabaran sehingga berjaya membangunkan agensi ini dengan sistem pertanian terbaik dalam negara. OGOS Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang 2020 Peringkat MADA ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Fouzi Ali, Pengurus Besar MADA bertempat di Ibu Pejabat MADA. Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bertemakan “Malaysia Prihatin” ini amat bertepatan dengan aspirasi yang didukung oleh kerajaan dalam memupuk rasa semangat patriotisme, bahawa seluruh rakyat Malaysia sama-sama berganding bahu memutuskan rantaian penularan Covid-19. Majlis ini turut dihadiri seramai 50 orang kakitangan MADA yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pengurus-Pengurus Wilayah.


160 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 SEPTEMBER Program Turun Padang Yang Berhormat Ahmad Tarmizi Sulaiman, Pengerusi MADA kali ini adalah bertujuan untuk mengenali dengan lebih mendalam berkaitan Kawasan Muda. Sepanjang lawatan di Wilayah 1 Perlis, beliau dibawa untuk melihat Projek Padi Berskala Besar manakala kunjungan ke Wilayah II Jitra pula adalah untuk melihat Projek PPP EPP10 di Pulau Pak Ubin dan Projek Infrastruktur Tandop Pasang Surut di Kuala Tunjang. Seterusnya beliau meneruskan lawatan ke Wilayah III Pendang untuk sesi suai kenal bersama usahawan Kopi Madu Kelulut yang merupakan salah seorang usahawan di bawah bimbingan MADA. Lawatan beliau berakhir di Projek Cili Fetergasi bertempat di Wilayah IV, Kota Sarang Semut. Projek ini adalah satu projek dibawah MADA yang mendapat bantuan Projek Rangsangan Ekonomi. OKTOBER Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-52 telah berlangsung di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA Usaha Jaya E-II, Kubang Sepat dan ianya telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Ahmad Tarmizi Sulaiman selaku Pengerusi MADA. Di dalam ucapan perasmian, beliau turut menyentuh perkara berkaitan kesejahteraan hidup peladangpeladang di Kawasan Muda, pengeluaran benih padi, penglibatan PPK di peringkat ladang dan menyahut seruan dan saranan kerajaan dalam pelaksanaan Projek Program Rangsangan Ekonomi (PRE) PRIHATIN 2.0. Beliau menyeru agar seluruh peladang-peladang menyambut baik serta menzahirkan rasa syukur diatas keprihatinan kerajaan terhadap rakyat, di dalam pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN yang merupakan manifestasi kebajikan oleh pihak kerajaan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia amnya.


161 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 NOVEMBER Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar. Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan status perkembangan terkini MADA yang disampaikan oleh Pihak Pengurusan Kanan MADA bertempat di Business Development Centre (BDC). Beliau kemudian dibawa menghadiri ke Majlis Sesi Libat Urus Bersama Peladang MADA 2020 dan turut menyempurnakan Pelancaran Buku Hamparan Kejayaan Usahawan Padi MADA 2020 serta menyampaikannya kepada 6 orang Usahawan Padi MADA. Acara ini dilangsungkan bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan MADA. Beliau berkata di dalam ucapannya bahawa peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri Kedah amnya dan MADA khususnya adalah sangat besar dalam memastikan industri pertanian dan makanan dapat terus dipacu dengan baik. DISEMBER Seluruh kakitangan MADA merafak sembah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail kerana telah berangkat bercemar duli ke Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar bersempena Program Kayuhan Arau - Alor Setar Team Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis. Setibanya diperkarangan pejabat, Baginda berkenan untuk melawat sekitar kawasan dan berkenan untuk melepaskan anak ikan talapia dan jelawat di kolam MADA serta menanam sepohon pokok “Wipping Willow” sebagai  tanda kenang-kenangan lawatan. Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berangkat bercemar duli ke Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar sempena Program Kayuhan Arau-Alor Setar Team DYTM Raja Muda Perlis.


162 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


163 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 17 PENYATA KEWANGAN LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN Sedaka, Yan


164 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


165 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


166 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


167 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


168 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


169 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


170 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


171 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


172 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


173 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


174 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


175 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


176 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


177 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


178 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


179 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


180 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


181 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


182 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


183 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


184 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


185 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


186 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


187 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


188 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


189 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


190 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


191 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


192 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


193 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


194 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


195 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


196 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


197 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


198 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


199 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020


Click to View FlipBook Version