100 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020
101 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 08 PROGRAM PERKHIDMATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN Kampung Sematang Gunung
102 ◊ PROGRAM PERKHIDMATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN Sepanjang tahun 2020, MADA telah memberi perkhidmatan pengairan dan saliran kepada wilayah MADA sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Pelbagai program telah dilaksanakan pada tahun 2020 dan pencapaiannya seperti berikut: A. PENETAPAN JADUAL PENANAMAN PADI Setelah mengambilkira kedudukan takungan empangan, ramalan keadaan punca air tahunan serta aspekaspek penting yang lain, Mesyuarat Jawatankuasa Bekalan Air dan Penanaman Padi Peringkat MADA yang diadakan pada 26 Ogos 2019 dan 20 Februari 2020 telah memutuskan Jadual Penanaman padi masingmasing bagi Musim 2/2019 dan Musim 1/2020 ialah seperti di Jadual 48. Secara keseluruhannya, aktiviti penanaman padi bagi Musim 2/2019 dan Musim 1/2020 adalah mengikut jadual Penanaman Padi MADA yang telah ditetapkan. Jadual 48: Jadual Penanaman Padi (JPP) Bagi Musim 2/2019 Dan Musim 1/2020
103 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Tahun 2020 menyaksikan sejumlah 100,629 hektar kawasan sawah telah ditanam pada musim 2/2019 dan 100,677 hektar pada Musim 1/2020 dengan kepadatan tanaman tahunan sebanyak 199.9%. Pencapaian kepadatan tanaman sebanyak 199.9% ini telah mencapai sasaran objektif iaitu pada tahap 198%. B. PENGURUSAN PENGGUNAAN SUMBER AIR BAGI MUSIM 2/2019 DAN 1/2020 Pengurusan air yang cekap dan efisien merupakan antara faktor penting bagi menjamin kesinambungan penanaman padi dua (2) kali setahun di Kawasan Muda. Pengurusan air untuk penanaman padi di Kawasan Muda meliputi pengagihan, penyelarasan dan pemantauan terhadap sumber air. Penggunaan sumber air untuk penanaman padi Musim 2/2019 dan Musim 1/2020 masing-masing berjumlah 1,423.3Mcm dan 1,170.5Mcm merangkumi turunan hujan, bekalan empangan, aliran tak terkawal dan air saliran yang diguna semula. Pecahan penggunaan sumber air untuk penanaman padi Musim 2/2019 dan Musim 1/2020 adalah seperti di Carta 25. Carta 25: Penggunaan Sumber Air Untuk Penanaman Padi Musim 2/2019 Dan Musim 1/2020 47% 14% 15% 24% Bekalan Empangan Aliran Sungai Pam Gunasemula Hujan PENGGUNAAN SUMBER AIR MUSIM 2/2019 55% 11% 15% 19% Bekalan Empangan Aliran Sungai Pam Gunasemula Hujan PENGGUNAAN SUMBER AIR MUSIM 1/2020 i. Sesi Awareness Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pengairan dan Saliran (BPPS) telah mengadakan perjumpaan bersama dengan staf operasi peringkat Wilayah I pada 24 Julai 2020. Tujuan diadakan perjumpaan ini adalah untuk sesi libat urus bersama pegawai di lapangan berkaitan norma baru isu pendemik covid-19.
104 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Taklimat dari Pengarah BPPS MADA Antara peserta yang hadir dalam perjumpaan C. SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 Dalam memastikan pengurusan air ke kawasan-kawasan pengairan dapat diuruskan dengan sempurna, pihak MADA telah melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015. Sejak tahun 2000, sistem ini telah membantu pihak MADA dalam mengurus bekalan air pengairan dengan lebih cekap dan sempurna. Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Pengurusan Air MADA telah menjalankan sebanyak satu (1) kali Audit Dalaman yang telah merangkumi Ibu Pejabat, 4 Wilayah dan 27 Lokaliti secara serentak. i. Audit Dalaman a. Sejajar dengan keperluan pelaksanaan MS ISO 9001:2015, Audit Dalaman telah dijalankan pada 20 – 28 Oktober 2020. Ketua Juruadit Dalaman (KJA) bagi Audit Dalaman tersebut ialah En. Ahmad Sukri bin Saad. b. Dalam pengauditan tahun ini, pihak Juruaudit Dalaman telah mengeluarkan 36 Laporan Pemerhatian dan tiada Laporan Ketakakuran (NCR). Tindakan telah diambil terhadap semua Laporan Pemerhatian. Usaha – usaha sedang dijalankan untuk menambahbaik Sistem Kualiti MADA mengikut pemerhatian dalam Audit Dalaman. TARIKH AUDIT KETAKAKURAN KECIL PEMERHATIAN 20-28 Oktober 2020 - 36 Audit di Pejabat Wilayah IV, Kota Sarang Semut
105 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 ii. Kursus Pemahaman Audit Dalaman Ms Iso 9001:2015 Selaras dengan keperluan ISO 9001:2015, lantikan baru untuk Juruaudit Dalaman telah dibuat pada 12 – 14 Ogos 2020 bertempat di Sungai Petani, Kedah. Kursus ini dibuat untuk meningkatkan lagi pemahaman terhadap Juruaudit Dalaman, Bergambar bersama Pengarah BPPS, Penceramah Jemputan dan Peserta Sesi taklimat dari Penceramah SIRIM Peserta kursus diberikan tugasan Sesi menjawab soalan D. PEROLEHAN DATA HIDROLOGI MELALUI SISTEM TELEMETRI Sistem Telemetri merupakan salah satu kaedah untuk memperolehi data hidrologi secara jarak jauh tanpa kehadiran anggota di tapak untuk mencerap bacaan di stesen hidrologi. Sehingga akhir tahun 2020, MADA telah mempunyai 148 buah Stesen Telemetri. Penggunaan sistem ini membolehkan data hujan, paras air dan pembukaan pintu dikemaskini dan direkodkan secara automatik. Perolehan data hidrologi yang terkini real time melalui Stesen Telemetri telah membantu mempertingkatkan kecekapan pengurusan air dan penyaliran air banjir (flood routing) di Kawasan Muda. Maklumat data hidrologi yang diperolehi melalui sistem telemetri boleh dilayari menerusi dua (2) laman web MADA pada alamat berikut:
106 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Menara repeater di Ibu Pejabat MADA i. http://infobanjir.scadatron.com/.MADA
107 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 ii. mada.zapto.org BULAN PENCAPAIAN 2019 (%) PENCAPAIAN 2020(%) Januari 96 99 Februari 97 98 Mac 97 96 April 96 93 Mei 94 92 Jun 94 96 Julai 95 94 Ogos 95 94 September 94 93 Oktober 93 90 November 81 92 Disember 98 97 PENCAPAIAN 94% 95% Peratus pada tahun 2020 menunjukkan peningkatan sebanyak 1% berbanding tahun 2019. Ini adalah kerana peralatan dan komponen telemetri telah dibuat penggantian pada hujung 2019 dan 2020. E. PROGRAM PEMANTAUAN DAN ANALISIS KUALITI AIR MADA juga menjalankan kerja-kerja pemantauan kualiti air untuk penanaman padi. Pemantauan ini melibatkan sampel air di sungai, terusan dan parit bagi memastikan kualiti air sentiasa berada pada tahap yang baik dan sesuai untuk kegunaan pengairan. Indeks Kualiti Air (Water Quality Index – WQI) sesuatu saluran air diperolehi berasaskan kepada 6 parameter iaitu Kepekatan Ion Hidrogen (pH), Dissolved Oxygen (DO), Biochemical Oxygen Demand (BOD), Chemical Oxygen Demand (COD), Ammoniacal Nitrogen (NH3N) dan Total Suspended Solids (TSS).
108 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Antara lokasi pengambilan contoh air: Upstream Ampang Jajar Terdapat dua (2) jenis kategori dalam menjalankan kerja-kerja pemantauan dan menganalisis kualiti air di Kawasan Muda. Kategori A iaitu melalui ujian fizikal dan cerakinan kimia yang melibatkan Taliair yang terdapat di dalam Kawasan Muda. Terdapat lebih kurang lima belas (15) lokasi pengambilan contoh air bagi ujian ini di mana kekerapan untuk pengambilan contoh-contoh ini adalah dua belas kali (12) setahun. Manakala bagi Kategori B yang melibatkan juga ujian fizikal, cerakinan kimia dan mineral, adalah melibatkan kawasan-kawasan yang diairi melalui penggunaan pam gunasemula saliran. Terdapat lebih kurang dua puluh dua (22) lokasi pengambilan contoh air bagi kategori ini dengan kadar kekerapan empat (4) kali setahun melibatkan bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Secara umumnya hasil keputusan ujian percontohan air (dilaksanakan oleh Jabatan Kimia) berbanding dengan Standard Jabatan Alam Sekitar, didapati bahawa kualiti air pengairan yang diuji berada pada tahap Kelas II dan Kelas III. Keadaan ini menunjukkan bahawa air pengairan dalam Kawasan Muda adalah sesuai untuk tanaman padi yang memerlukan sekurang-kurangnya Kelas IV Index Kualiti Air. Keputusan ujian sample air bagi tahun 2020 adalah menepati piawai yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Indeks Kualiti Air di dalam kawasan Muda dan berada di kelas II bagi taliair dan kelas II bagi peparitan dan sesuai untuk pengairan serta penanaman padi. Jadual 50: Keputusan Pengambilan Contoh-Contoh Air Bagi Tahun 2020 BIL. BULAN DISSOLVED OXYGEN (D.O) BIOLOGICAL OXYGEN DEMAND (B.O.D) CHEMICAL OXYGEN DEMAND (C.O.D) SUSPENDED SOLIDS PH AMMONICAL NITROGEN (NH3) KELAS 1 Januari 53.0 6.7 11.1 24.8 6.3 0.2 II 2 Februari 65.7 2.2 6.3 37.4 7.1 0.1 II 3 Mac 75.0 2.2 8.9 24.1 6.8 0.3 II 4 April - - - - - - - 5 May 56.3 2.8 14.3 167.8 5.9 0.2 III 6 Jun 60.8 2.1 11.4 100.4 5.5 0.1 II 7 Julai 59.8 3.0 17.2 135.9 5.4 0.1 III 8 Ogos 64.0 2.0 9.1 50.6 5.9 0.2 II
109 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 BIL. BULAN DISSOLVED OXYGEN (D.O) BIOLOGICAL OXYGEN DEMAND (B.O.D) CHEMICAL OXYGEN DEMAND (C.O.D) SUSPENDED SOLIDS PH AMMONICAL NITROGEN (NH3) KELAS 9 September 62.1 2.2 10.3 141.7 5.3 0.2 II 10 Oktober 49.1 2.9 19.2 228.6 5.7 0.1 III 11 November 61.9 2.4 6.5 136.1 5.9 0.1 II 12 Disember 58.8 2.9 7.7 51.2 5.8 0.2 II *Nota: Pada bulan April 2020 sample air tidak diambil kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pandemik Covid- 19. F. LAWATAN DELEGASI TAIWAN BERSAMA NADMA Lembaga kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah menerima kunjungan dari delegasi Taiwan dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (The National Disaster Management) atau lebih dikenali dengan NADMA, untuk melawat serta sesi perkongsian maklumat dan pengalaman di antara kedua buah negara. Sesi bertukar–tukar pandangan dan pengalaman Lawatan tapak di Tandop Ampang Jajar, Sungai Kedah
111 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 09 PROGRAM INSTITUSI PELADANG LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN Kampung Kodiang
112 ◊ PROGRAM INSTITUSI PELADANG A. PRESTASI PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK) MADA Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) merupakan sebuah entiti yang memberi perkhidmatan kepada ahliahli pertubuhan yang berdaftar dan peladang-peladang setempat. Terdapat 10 perkhidmatan utama yang diberikan oleh PPK dan ianya seperti berikut: Pembangunan Modal Insan Perkhidmatan Mekanisasi Perkhidmatan Barang Bekalan Ladang Teknologi Pemprosesan Makanan Pengembangan & Khidmat Nasihat Pusat Maklumat Peladang Pemasaran Perkhidmatan Infrastruktur Ladang Teknologi Lepas Tuai Pembiayaan & Simpanan Sehingga tahun 2020 (belum beraudit), bilangan keanggotaan 27 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA adalah seramai 52,350 orang berbanding 52,077 (Tahun 2019). Peningkatan bilangan keanggotaan sebanyak 0.52% , menunjukkan keyakinan keluarga tani di Kawasan Muda terhadap pengurusan PPK dalam menjaga sosial dan kebajikan anggotanya. Perbandingan bilangan anggota PPK MADA bermula tahun 2017 hingga 2020 seperti di Carta 26. Carta 26: Bilangan Ahli PPK Di Kawasan Muda 51,000 51,500 52,500 52,000 Orang 51,437 51,922 2017 2018 2019 2020 52,299 51,812 Pada tahun 2020, nilai modal saham yang direkodkan bagi keseluruhan 27 PPK MADA adalah berjumlah RM20,622,014 (Belum Beraudit). Jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya, nilai saham ini telah meningkat 6.78% iaitu peningkatan sebanyak RM1,309,544. Perbandingan modal saham PPK MADA bermula tahun 2016 hingga 2019 seperti di Carta 27.
113 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Carta 27: Modal Saham PPK Di Kawasan Muda 15 17 21 19 RM Juta 17.781 19.312 2017 2018 2019 2020 20.622 18.601 Keuntungan bersih (Belum Beraudit) yang dicatatkan oleh keseluruhan 27 PPK MADA pada tahun 2020 adalah sebanyak RM13,937,788 (Belum beraudit). Keuntungan ini diperolehi hasil daripada perniagaan yang diusahakan oleh PPK seperti Projek Estet Padi NKEA, kerja-kerja kontrak, perusahaan stesen minyak, pembekalan benih dan semaian, pengangkutan, jualan barang bekalan ladang, kejenteraan ladang dan mekanisasi, sewaan dan lain-lain. Perbandingan keuntungan bersih dan purata keuntungan bersih PPK MADA berbanding keseluruhan di Malaysia masing-masing di Carta 28 dan Carta 29. Carta 28: Keuntungan Bersih PPK di Kawasan Muda Berbanding Keseluruhan PPK di Malaysia 0 4 8 12 16 20 13.397 18.413 PPK MADA SELURUH PPK MALAYSIA RM Juta Carta 29 : Purata Keuntungan Bersih PPK di Kawasan Muda 0 10,000 20,000 30,000 40,000 60,000 50,000 516,214 PPK MADA SELURUH PPK MALAYSIA 65,997 RM Juta
114 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 B. PROGRAM DAN AKTIVITI PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK) MADA Pada tahun 2020, terdapat beberapa program utama yang dilaksanakan oleh PPK MADA dan ianya adalah seperti berikut: i. Program Penyediaan Spesifikasi Dan Dokumentasi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE2) PRIHATIN Kerajaan Malaysia pada 27 Mac 2020 yang lalu telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN bagi melaksanakan projek berskala kecil dan berjangka pendek di seluruh negara. Pelaksanaan Projek ini adalah melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang melibatkan Ahli Peladang termasuk Usahawan yang akan terlibat melalui kaedah usahasama. Peruntukan yang berjumlah RM 5,400,000 telah disalurkan kepada MADA iaitu RM 200,000 bagi setiap PPK MADA. Antara projek-projek yang dipohon oleh PPK MADA termasuklah tanaman secara fertigasi, tanaman secara konvensional dan ternakan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan Program PRE2 PRIHATIN ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan mengikut peraturan dan standard prosedur yang telah ditetapkan satu bengkel penyediaan spesifikasi dan dokumentasi PRE2 telah diadakan pada 8 hingga 10 Julai 2020 bertempat di Bayview Hotel Pulau Pinang. Para peserta program ini terdiri daripada pelbagai lapisan pekerjaan bermula daripada pengurusan kanan hinggalah kepada kumpulan pelaksana. Terdapat juga beberapa agensi luar yang turut serta bagi memberi pencerahan mengenai projek-projek yang bakal PPK laksanakan. Antaranya Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah memberi penerangan serta ‘hands on’ tentang tanaman cendawan tiram kelabu dan taklimat tanaman fertigasi halia secara komersial yang sampaikan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Padang Siding, Perlis. Beberapa projek telah dimuktamadkan mengikut spesifikasi yang telah dipersetujui sepanjang program ini berlangsung: Jadual 51: Projek PRE2 PPK MADA PROJEK PPK MADA (PRE PRIHATIN) Tanaman Fertigasi 1. Halia 2. Cili 3. Terung 4. Rockmelon 5. Timun 6. Timun Jepun 7. Petola Tanaman Konvensional 8. Jagung Sweet Corn 9. Keledek 10. Tembikai 11. Roselle 12. Lengkuas Cendawan 13. Cendawan Tiram Kelabu Ternakan 14. Ikan Tilapia Merah 15. Lembu 16. Kambing 17. Ayam Kampung
115 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Pembentangan Draf Perjanjian Projek PRE2 Pembentangan Spesifikasi & Dokumen Projek Perbincangan Kumpulan Tanaman Fertigasi Perbincangan Kumpulan Ternakan ii. Roadshow Mesyuarat Pengurusan PPK MADA 2020 Pandemik Covid-19 telah membataskan pergerakan dalam menjalankan tugasan seharian. Namun ianya tidak menghalang bagi PPK mengadakan Mesyuarat Pengurusan PPK 2020. Tahun ini Mesyuarat Pengurusan PPK diadakan mengikut Wilayah masing-masing. Keahlian mesyuarat terdiri daripada Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) selaku Pengerusi diikuti dengan semua pengarah di Bahagian pertanian, Pengurus-pengurus Wilayah, Pegawai Kanan serta Pengurus-pengurus PPK. Taklimat Pengedaran Padi Benih Oleh NAFAS Mesyuarat Dipengerusikan Oleh Timbalan Pengurus Besar (Pertanian)
116 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Antara agenda utama perbincangan adalah merangkumi: a. Pelaburan PPK MADA (Kedah) dalam Projek Padi benih PPN Kedah. b. Pelaburan PPK MADA dalam Projek Padi benih Madacorp. c. Status pelaksanaan Program Prihatin (PRE2). d. Program Pengedaran Benih Padi Oleh NAFAS. Pengurus-pengurus PPK Wilayah IV Pegawai Kanan Ibu Pejabat & Wilayah iii. Audit Pengurusan Audit Pengurusan bermaksud pemeriksaan ke atas pencapaian visi, misi dan objektif organisasi, kecekapan dan keberkesanan pengurusan serta menilai keperluan PP di masa akan datang dalam meningkatkan perkhidmatan kepada kumpulan sasaran. Secara umum nya objektif utama audit pengurusan adalah untuk mengkaji dan menilai kecekapan dan keberkesanan pengurusan sesebuah Pertubuhan Peladang. Penarafan bintang merupakan satu sistem indek penilaian secara objektif bagi menilai dan mengukur prestasi PP didalam aspek tadbir urus dan pengurusan kewangan. Penarafan dibuat berdasarkan peratusan markah keseluruhan melibatkan penilaian terhadap 6 kriteria utama iaitu CAMEL-T (Capital, Asset, Management, Economy, Liquidity dan Technology). Pembentangan Audit Pengurusan telah dipengerusikan Oleh Yang Berbahagia Dato’ Hj Ismail Bin Hj Saleh, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pada 23 - 24 Disember 2020. Keputusan audit pengurusan adalah seperti berikut : Jadual 52: Keputusan Audit Pengurusan PPK MADA 2020 BIL. PPK PENARAFAN 1. PPK C – I Kangar 4 Bintang 2. PPK C – II Kerpan 5 Bintang 3. PPK D – III Titi Hj Idris 5 Bintang 4. PPK G – IV Guar Chempedak 5 Bintang
117 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Hasil penemuan Audit Pengurusan dibentangkan oleh Juruaudit Pembentangan Audit Pengurusan 2020 dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Hj Ismail Bin Hj Saleh, TKP (Operasi), LPP PPK C-I, Kangar meraikan Penarafan 4 Bintang Audit Pengurusan PPK Penarafan 5 Bintang diraikan dengan penuh ceria oleh PPK G-IV, Guar Chempedak C. PERANCANGAN MASA HADAPAN Bagi memastikan PPK MADA sentiasa releven sebagai penggerak utama dalam mentransformasikan pembangunan sosioekonomi peladang di Kawasan Muda, beberapa program pembangunan PPK dan peladang sedang giat dirancang pada tahun 2021. Antara program yang sedang dan akan dilaksanakan pada masa hadapan adalah seperti berikut: i. DECA Information System (DIS) Program ini merupakan lanjutan daripada Day End Closing Account (DECA 2.0) yang dilaksanakan pada tahun 2020 dimana manual pemantauan DECA akan di sistemkan bagi memudahkan DECA Task force menjalankan pemeriksaan kewangan di PPK serta menyahut seruan pengurusan MADA dan kerajaan mengenai Internet of Things (IoT). Melalui inisiatif ini keputusan pemantauan Program DECA akan dapat dihasilkan secara ‘real time’ termasuk analisa keputusan DECA setiap PPK akan dihasilkan secara automatik berbanding sebelum ini, 7 ke 10 hari masa yang di ambil bagi menghasilkan laporan DECA setiap PPK. Program DIS ini boleh dikembangkan lagi dengan penghasilan Aplikasi DECA yang membolehkan Task Force dapat mengakses manual DECA dihujung jari. Selain itu, maklumat kewangan PPK secara ringkas dan lain-lain berkaitan PPK dapat di akses oleh warga MADA dengan Aplikasi ini.
118 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 ii. PRE2 Information System (PREIS) Program PRE2 oleh PPK MADA sedang dalam proses pelaksanaan. Pelbagai projek pertanian komersial yang bakal membuahkan hasil menjelang 2021. Justeru, bagi memantau perjalanan projek PRE2 setiap PPK dan di pelbagai lokasi, pihak Bahagian Pengurusan Institusi Peladang (BPIP) telah berkolaborasi bersama Unit GIS MADA bagi menghasilkan sistem pemantauan projek PRE2 di mana melibatkan pemetaan setiap lokasi projek bersama maklumat secara terperinci mengenai setiap jenis tanaman dan ternakan yang diusahakan. Dengan keberadaan PREIS ini adalah bagi memastikan semua projek PRE2 setiap PPK MADA dapat dilaksanakan dengan baik bukan sahaja dari segi operasi dan hasil, malahan bagi memastikan projekprojek PPK ini dapat dikomersialkan secara terus menerus demi kelangsungan ekonomi PPK di tahap optima.
119 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 10 PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN MODAL INSAN LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN Kampung Kandis
120 ◊ PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN MODAL INSAN A. PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA i. Kedudukan Perjawatan Jumlah keseluruhan perjawatan yang diluluskan mengikut waran perjawatan Perbendaharaan Malaysia bagi tahun 2020 adalah sebanyak 1,594 jawatan merangkumi kumpulan Pengurusan Tertinggi, Pengurusan & Profesional dan kumpulan Pelaksana. Sehingga 31 Disember 2020 bilangan pegawai MADA keseluruhannya adalah 1,382 orang iaitu 87% daripada bilangan jawatan mengikut kumpulan perkhidmatan. Pecahan pengisian jawatan dan perbandingan pengisian jawatan mengikut kumpulan perkhidmatan seperti di jadual berikut:- Jadual 53: Kedudukan Perjawatan MADA 2020 KUMPULAN PERKHIDMATAN LULUS ISI KOSONG Pengurusan Tertinggi 3 3 0 Pengurusan & Profesional 111 92 19 Kumpulan Sokongan I 788 682 106 Kumpulan Sokongan II 692 605 87 JUMLAH 1,594 1,382 212 Jadual 54: Perbandingan Perjawatan 2019 & 2020 KUMPULAN LULUS ISI KOSONG 2019 2020 2019 2020 2019 2020 Pengurusan Tertinggi 3 3 3 3 0 0 Pengurusan & Profesional 111 111 94 92 17 19 Kumpulan Sokongan I 788 788 716 682 72 106 Kumpulan Sokongan II 692 692 578 605 114 87 JUMLAH 1,594 1,594 1,391 1,382 203 212 ii. Temuduga, Saringan, Pelantikan Dan Persaraan a. Temuduga, Saringan dan Pelantikan Pada 2 September 2020, MADA telah mengiklankan sebanyak 12 jawatan kosong yang terdiri dalam kalangan kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) secara atas talian melalui sistem e-Perjawatan MADA yang diperkenalkan buat kali pertama. Sebanyak 13,270 permohonan telah diterima untuk jawatan bagi kumpulan Pengurusan & Profesional iaitu jawatan Gred J41, E41, F41, dan G41. Butiran lanjut mengenai data permohonan jawatan adalah seperti di jadual berikut: Jadual 55: Borang Permohonan yang Diterima GRED JAWATAN JAWATAN KOSONG BORANG PERMOHONAN YANG DITERIMA J41 5 2,720 G41 2 3,700 E41 4 4,320 F41 1 2,530 JUMLAH 12 13,270
121 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Carta 30: Data Masa Nyata (Real-Time Data) Permohonan Jawatan Melalui Sistem e-Perjawatan MADA 0 1k 5k 4k 3k 2k Permohonan 4.32k 2.53k PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41 JURUTERA GRED J41 PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 PEGAWAI PERTANIAN GRED G41 3.7k 2.72k Paparan Antara Muka (Interface) Pengguna Sistem e-Perjawatan Sepanjang tahun 2020, MADA telah melantik seramai 61 orang pegawai kumpulan pelaksana bagi mengisi kekosongan jawatan di MADA. Butiran pengisian jawatan di dalam perkhidmatan MADA pada tahun 2020 adalah seperti jadual berikut:- Jadual 56: Pelantikan Pegawai Tahun 2020 BIL JAWATAN GRED BILANGAN PEGAWAI YANG DILANTIK 1. Pembantu Awam H11 60 2. Juruteknik Komputer FT19 1 JUMLAH 61 b. Persaraan Pada tahun 2020, seramai 65 orang pegawai Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah bersara. Daripada jumlah tersebut, seramai 35 orang pegawai bersara wajib, 26 orang pegawai bersara pilihan dan 4 orang pegawai telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.
122 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 iii. Kenaikan Pangkat Pada tahun 2020, 1 pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jusa C) telah diperakukan untuk kenaikan pangkat manakala seramai 8 orang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional telah diperakukan untuk pemangkuan kenaikan pangkat bagi gred jawatan G54, G52 dan G48. Seramai 2 orang pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional telah diperakukan kenaikan pangkat secara fleksi di gred 41/44 (E44-KUP) dan (J44-KUP). Seramai 13 orang Kumpulan Pelaksana dinaikkan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2020. iv. Keharmonian Persekitaran Kerja Untuk meningkatkan keharmonian di tempat kerja, Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah diadakan sebanyak dua kali pada tahun 2020 yang mana ahlinya terdiri daripada wakil pihak majikan dan wakil pihak pekerja. Mesyuarat MBJ MADA telah diadakan pada tarikh-tarikh seperti di jadual berikut:- Jadual 57: Mesyuarat MBJ MADA yang telah diadakan sepanjang Tahun 2020 BIL MESYUARAT MBJ TARIKH LOKASI 1 MBJ Bil. 01/2020 29.06.2020 Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar 2 MBJ Bil. 02/2020 21.12.2020 Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar v. Program untuk Meningkatkan Tahap Kepuasan Kakitangan Bagi meningkatkan tahap kepuasan kakitangan, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia MADA telah menganjurkan beberapa program sepanjang tahun 2020. Pada tahun 2020, program secara bersemuka adalah dihadkan bagi menjamin keselamatan anggota MADA. Butiran program pada tahun 2020 adalah seperti jadual di bawah: - Jadual 58: Program yang telah dianjurkan sepanjang Tahun 2020 BIL PROGRAM 1 Bengkel Pengemaskinian Cuti oleh Pentadbir HRMIS 2 Bengkel Pengenalan HRMIS kepada Anggota Lantikan Baru 3 Perkhidmatan Meja Bantuan HRMIS 4 Taklimat dan Klinik Pengisian Bancian e-Census 5 Taklimat Perubahan Kadar Caruman KWSP Bengkel Pengemaskinian Cuti oleh Pentadbir HRMIS
123 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Bengkel Pengenalan HRMIS kepada Anggota Lantikan Baru Perkhidmatan Meja Bantuan HRMIS Taklimat Pengisian e-Census 2020 Taklimat Perubahan Kadar Caruman KWSP vi. Pengiktirafan Kecemerlangan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah diadakan pada 30 Jun 2020 di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
124 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 (MADA). Majlis APC tahun 2020 telah diadakan dengan mempraktikkan budaya norma baharu dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelakkan berlakunya penularan wabak Covid-19. Justeru, majlis ini telah diadakan secara dua sesi iaitu Sesi 1 yang diadakan pada waktu pagi dan Sesi 2 pada waktu petang. Bagi Sesi 1, YB Ahmad Tarmizi bin Sulaiman telah menyampaikan anugerah kepada 56 orang penerima. Bagi Sesi 2, YBhg. Dato’ Fouzi bin Ali, Pengurus Besar MADA kepada 55 orang penerima. Seramai, 111 orang pegawai MADA telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang dinilai melalui Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Tahun 2019. Selain Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, pihak MADA turut mengadakan Malam Setulus Budi 2020 yang telah diadakan pada 24 Disember 2020 bagi meraikan pesara – pesara MADA. Seramai 65 orang pegawai MADA yang bersara telah diraikan iaitu 35 orang pegawai persaraan wajib, 26 orang pegawai persaraan pilihan dan 4 orang pegawai persaraan terbitan. Seramai 23 orang pegawai telah dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Setia MADA, yang mana mereka ini dipilih daripada kalangan pegawai yang berprestasi cemerlang dalam tugas serta memperolehi markah LNPT 85% ke atas selama 3 tahun berturut-turut dan telah berkhidmat 35 tahun. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 Malam Setulus Budi (MSB) 2020
125 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Malam Setulus Budi (MSB) 2020 B. PEMBANGUNAN MODAL INSAN i. Program Latihan Bagi Pegawai MADA Berakhir Disember 2020, semua pegawai MADA yang terdiri dari 1,365 orang telah menghadiri pelbagai kategori latihan dan kursus bagi meningkatkan kompetensi serta kemahiran dalam menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam yang cemerlang dan berintegriti. Kebanyakan latihan dan kursus yang dihadiri oleh pegawai merupakan anjuran Seksyen Latihan MADA dengan kerjasama daripada Bahagian, Cawangan dan Wilayah MADA. Sebahagian besar program latihan adalah anjuran jabatan/agensi luar serta pihak swasta seperti Kementerian, Jabatan, Agensi dan Syarikat Swasta yang menawarkan program latihan atau kursus yang tiada kepakaran dalaman di MADA. Program latihan yang dilaksanakan merangkumi pelbagai jenis kategori iaitu kursus, taklimat, ceramah, bengkel, seminar, simposium dan persidangan. Jadual berikut menunjukkan program-program latihan yang telah dianjurkan oleh MADA, kekerapan dan jumlah peserta yang menghadiri program tersebut. Jadual 59: Program Latihan Anjuran MADA BIL PROGRAM BIL. KURSUS BIL. PESERTA 1 Pengurusan Pekerja Berkualiti Program Mandatori 3 111 Program Teknikal 6 133 Program Mekanikal 1 41 2 Pembangunan Kompetensi Program Industri Padi 3 170 Program Pengurusan Institusi Peladang 3 333 Program Industri Asas Tani & Bukan Padi 8 217 3 Budaya Kerja Berprestasi Tinggi Program Pembangunan 32 2946 Program Sumber Manusia 4 175 Program Teknologi Maklumat 7 137 Program Kewangan 2 109 JUMLAH 69 4372 * Bilangan peserta merupakan bilangan yang berulang-ulang. Jumlah pegawai yang menghadiri kursus adalah seramai 4,372 orang.
126 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Walaupun Dasar Latihan Tujuh (7) Hari telah dimansuhkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, namun pihak MADA masih lagi memastikan setiap anggota MADA menjalani latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam tempoh setahun. Latihan yang dihadiri adalah terdiri daripada pelbagai kategori merangkumi kursus, taklimat, ceramah, bengkel, sesi-sesi pembelajaran kendiri dan juga kursus lifelong learning atau pembelajaran seumur hidup. Bagi tahun 2020, akibat pandemik Covid-19 yang telah melanda negara serta Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia, aktiviti kursus dan latihan agak terbatas yang mana kebanyakan kursus yang dirancang untuk dilaksanakan secara bersemuka dan hands on tidak dapat dijalankan. Namun aktiviti kursus dan latihan tetap diteruskan walaupun secara atas talian dan sambutan bagi kursus secara atas talian juga amat menggalakkan. Kursus Komunikasi Berkesan Kepada Pegawai Pengembangan MADA 2020 Program MADA New Employee Transformation 2020
127 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Program Penyediaan Spesifikasi Dan Dokumen Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE2) PRIHATIN Program Bicara Ilmu 2020 ii. Program Latihan Peladang Bagi tahun 2020, MADA telah menganjurkan 261 program yang meliputi aktiviti kursus, latihan amali, taklimat dan juga aktiviti pengembangan kepada golongan sasar di dalam Kawasan Muda. Daripada jumlah program itu, seramai 17,920 orang peladang, penternak dan usahawan bimbingan MADA telah hadir bagi mengikuti kursus dan latihan tersebut di bawah Program Pembangunan Modal Insan Golongan Sasar di Kawasan Muda. Jadual berikut menunjukkan butiran berkaitan kursus peladang yang telah dianjurkan adalah seperti berikut:
128 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Jadual 60: Kursus / Latihan Bagi Peladang MADA Tahun 2020 BIL PROGRAM BIL. KURSUS BIL. PESERTA 1 Peningkatan Hasil Padi 225 16,501 2 Keusahawan dan pemasaran 24 653 3 Pengairan 5 473 4 Lawatan 7 293 JUMLAH 261 17,920 Penanaman Pokok Bunga Tunera Di Kg. Pida 2 Jeram PPK D-II Tunjang Di Bawah Program Pembangunan Golongan Sasar Tahun 2020
129 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 11 PROGRAM KOMUNIKASI KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN Kampung Alor Rela
130 ◊ PROGRAM KOMUNIKASI KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM Cawangan Komunikasi Korporat (CKK) MADA berperanan sebagai satu medium untuk memproses komunikasi strategik dimana ianya membina hubungan yang saling “menang-menang” antara organisasi bersama orang awam disamping meningkatkan imej, reputasi dan membuat publisiti untuk agensi. Cawangan ini telah melaksanakan tanggungjawab yang besar terhadap pengurusan dan pelaksanaan tugasan berkaitan acaraacara, majlis-majlis, penerbitan sosial media, menyediakan kemudahan taklimat semasa lawatan, menguruskan aduan serta maklumbalas khidmat pelanggan. Diantara fungsi-fungsi lain di dalam cawangan ini adalah ianya sebagai satu teras utama di dalam menaikkan Identiti Dan Imej Korporat Agensi, Komunikasi Media (Hubungan Media), Komunikasi Krisis (Pengurusan Krisis), Tanggungjawab Sosial Korporat, Komunikasi Dalaman (Hubungan Pekerja), Pengiklanan Korporat Dan Advokasi, Penjenamaan Agensi, Perhubungan Awam serta Teknologi Komunikasi. Meskipun pandemik COVID-19 mula melanda Malaysia di awal tahun 2020, namun cawangan ini telah menyelaras dan menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti dengan mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Diantara program-program yang dilaksanakan oleh cawangan ini adalah seperti berikut :- A. PENGURUSAN ACARA Cawangan Komunikasi Korporat MADA telah menyelaras serta menguruskan setiap aktiviti program yang diamanahkan oleh Pengurusan tertinggi MADA dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Di dalam tugasan pengurusan acara ini, cawangan ini turut menyediakan peralatan dan kelengkapan majlis, kemudahan peralatan siaraya, aktiviti penggambaran serta susun atur majlis. Bagi tahun 2020, Cawangan Komunikasi Korporat hanya menyelaras serta menguruskan kurang daripada 45 acara, aktiviti dan program yang melibatkan majlis keraian, lawatan dari dalam dan luar negara, taklimat, kursus serta perasmian program yang melibatkan orang-orang kenamaan. Lawatan Kerja YB. Dato’ Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani meninjau kesan musim kemarau yang telah melanda Kawasan Muda sekitar negeri Kedah dan Perlis Program Bantuan Wang Ehsan Ribut Lekima Bulan Ogos di Kawasan Muda Lawatan Turun Padang Pengurus Besar MADA ke Empangan Muda dan Pedu
131 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 B. KUNJUNGAN / LAWATAN LUAR MADA sering menerima kunjungan pelawat-pelawat dari dalam dan luar negeri. Disamping menerima kunjungan, MADA juga turut mengurus dan menyelaras taklimat kepada pelawat-pelawat di sekitar Kawasan Muda (MADA) bagi berkongsi ilmu dan pengetahuan di dalam kaedah penanaman serta penjagaan berkaitan tanaman padi. Bagi tahun 2020, MADA tidak menerima sebarang kunjungan daripada pelawat luar negara disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melanda. Selain itu, dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, lawatan dari jabatan/agensi kerajaan dan dari kalangan pelajar, swasta dan orang awam hanya dianggarkan bilangan pelawat adalah melebihi 500 orang. Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis bercemar duli ke Laman Jerami Kingdom MADA bersempena Pesta Angin Timur Perlis 2020 Lawatan Kerja YB. Chan Ming Kai, Ahli Parlimen Alor Setar ke Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar Lawatan Kerja Ketua Setiausaha MOA ke Loji Benih Padi MADACorp, Megat Dewa C. PENGURUSAN MEDIA MADA sentiasa meneliti di dalam memberi penjelasan dan menyebarkan maklumat berita terkini mengenai organisasi kepada masyarakat umum. Beberapa saluran media telah digunakan untuk menyampaikan maklumat dan info terkini mengenai MADA. Antara media yang telah digunakan ialah dengan melalui media cetak (surat khabar tempatan dan nasional), media elektronik (Stesen Radio & Saluran TV), media siber (Laman Web MADA, E-mail, E-Aduan, Facebook, Twitter, dan MADA TV. Dengan menggunakan segala media yang tersedia di alaf baru ini, segala bentuk maklumat yang dikeluarkan oleh agensi sedikit sebanyak dapat membantu membuat promosi, disamping dapat memberitahu produk terbaru yang ingin disampaikan oleh agensi dan banyak lagi.
132 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 D. PENGURUSAN ADUAN MADA sentiasa memastikan pengurusan aduan awam dilaksanakan dengan berkesan, cekap dan meningkatkan mutu perkhidmatan serta keyakinan kepada pelanggan. Justeru itu, kami sentiasa memastikan setiap maklumat dapat disampaikan dengan tepat, cepat dan berkesan. Aduan pelanggan ialah aduan-aduan yang menjadi keutamaan pihak MADA kerana disitu akan terlahirnya ketidakpuasan mereka terhadap sebarang tindakan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan MADA yang dirasakan tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada termasuk salahlaku, penyelewengan, salahguna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya.
133 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Aduan pelanggan meliputi semua aspek pengurusan dan sistem penyampaian perkhidmatan MADA kecuali perkara-perkara berkaitan dengan dasar MADA dan kerajaan yang telah ditetapkan. Maklumbalas pelanggan mengambilkira tindakan pembetulan, langkah pencegahan ataupun pujian yang dikemukakan daripada pelanggan. Dalam hal ini, Cawangan Komunikasi Korporat dipertanggungjawab untuk menguruskan pemantauan isu-isu pertanian, menyelaras dan menjawab aduan yang diterima, mengemaskini laman sosial, mengadakan sidang akhbar, penyediaan press kit, penyediaan teks ucapan dan menyelaras program bersama rakan media. Pada tahun 2020, jumlah aduan yang telah diterima melebihi 300 aduan yang terdiri daripada peladang dan masyarakat umum. Aduan diterima dari berbagai saluran seperti surat, telefon, laman web, e-aduan, Persatuan Pengguna, Biro Pengaduan Awam, akhbar, siaran televisyen dan perjumpaan bersemuka. Setiap aduan disahkan terimaan dan dijawab dalam tempoh yang ditetapkan.
135 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 12 PROGRAM PERANCANGAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN Empangan Muda
136 ◊ PROGRAM PERANCANGAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Pada tahun 2020 MADA telah menerima peruntukkan yang telah diluluskan Rolling Plan (RP-4) Rancangan Malaysia Ke 11 (RMke - 11) sebanyak RM 133,000,000 iaitu melibatkan projek pembangunan sebanyak RM 13,000,000 dan Projek Pemacu Pertanian sebanyak RM 120, 000,000. Bagi memperkemaskan pembentukan polisi dan dasar pembangunan landskap sosioekonomi menerusi pembangunan sektor padi sebagai core business MADA, beberapa kajian utama telah dijalankan pada setiap musim bagi mendapatkan maklumat untuk dijadikan asas bagi pembentukan dasar dan program pembangunan di Kawasan Muda. Usaha ini penting agar setiap pembentukan dasar yang dilaksanakan menepati keperluan dan kehendak setempat. Sepanjang tahun 2020, MADA berjaya menjalankan dua (2) kajian utama iaitu: a. Kajian Penyiasatan Pengeluaran Padi MADA (CCS) b. Kajian Komponen Hasil Padi MADA (CCT) Semua kajian dijalankan serta diselia sepenuhnya oleh MADA bermula daripada peringkat pemilihan sampel, pengumpulan maklumat sampel, analisa data sehingga penyediaan laporan kajian. Kajian-kajian ini merupakan kajian yang dilaksanakan setiap musim untuk mewujudkan data komprihensif berkaitan aktiviti dan pengeluran padi bagi setiap musim. A. DAPATAN KAJIAN PENYIASATAN PENGELUARAN PADI MADA (CCS) Pelaksanaan kajian CCS ini telah lama berlangsung sejak tahun 1980 hingga kini. Kajian ini merupakan kajian yang dijalankan di peringkat kebangsaan. Dapatan hasil kajian tersebut akan digunakan di peringkat negara bagi penetapan hasil untuk musim yang terlibat. Oleh yang demikian, semua jelapang padi Malaysia menjalankan kajian ini untuk mengambarkan purata hasil padi bagi jelapang masing-masing. Dalam konteks MADA, kajian ini melibatkan sejumlah 675 responden di kalangan pengusaha sawah individu yang dipilih secara rawak oleh Urusetia CCS Peringkat Kebangsaan Jabatan Pertanian Malaysia. Objektif utama kajian ini adalah untuk mendapatkan purata hasil padi sehektar mengikut lokaliti. Di samping itu, kajian ini turut mengumpul semua maklumat demografi, penggunaan varieti, kaedah penanaman, amalan agronomi, kadar serangan perosak dan penyakit serta lain-lain isu berkaitan tanaman padi. Proses bancian sedang dijalankan dengan responden
137 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 B. DAPATAN KAJIAN KOMPONEN HASIL PADI MADA (CCT) Kajian Komponen Hasil Padi (CCT) merupakan salah satu kajian yang dijalankan setiap musim penanaman padi di Kawasan Muda. Kajian ini bertujuan untuk menganggarkan potensi hasil di peringkat ladang menerusi pengambilan sampel pokok padi di lot-lot responden yang terpilih di kalangan responden Kajian Penyiasatan Padi MADA (CCS). Pada masa yang sama, kajian ini sebagai semakan semula terhadap anggaran hasil bagi responden Kajian CCS tersebut. Analisa kajian ini dijalankan adalah mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia mengikut empat (4) komponen adalah seperti berikut : i. Bilangan tangkai bagi setiap meter persegi (tangkai) ii. Bilangan biji padi bagi setiap tangkai (biji) iii. Peratus biji padi bernas setangkai (%) iv. Berat 1,000 biji padi (gm) Kajian komponen hasil padi ini melibatkan sebanyak 405 sampel lot Kawasan padi di kalangan responden Kajian CCS dimana setiap lokaliti diperuntukan sebanyak 15 sampel. Peladang sedang dibanci oleh pembanci
138 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 C. KERJASAMA DUA HALA ANTARA MADA DENGAN PIHAK LUAR Jalinan kerjasama bersama pihak luar dapat membantu agensi meneroka potensi baru serta memperkembangkan perkongsian sumber yang dimiliki untuk dimanfaatkan secara bersama. Perkongsian sumber di dalam konteks kolaborasi ini meliputi perkongsian khidmat kepakaran, kemudahan fasiliti, koleksi data dan sebagainya yang dipersetujui bersama. Aliran hubungan kerjasama dua hala MADA ini dapat ditunjukkan seperti gambarajah di bawah :- Rajah 9: Struktur Pelaksanaan Hubungan Kerjasama MADA AGENSI KERAJAAN SWASTA NGO/LAIN-LAIN AGENSI KERAJAAN SWASTA NGO/LAIN-LAIN A B A Hubungan kerjasama agensi luar dengan pihak MADA B Hubungan kerjasama pihak MADA dengan pihak luar Secara umumnya hubungan kerjasama yang terjalin melibatkan sama ada hasrat jalinan pihak luar dengan agensi MADA (A) atau pun hasrat jalinan kerjasama MADA kepada pihak luar (B). Pelaksanaan projek-projek di bawah hubungan kerjasama tertakluk kepada kesediaan peruntukan kewangan, kesesuaian masa serta persetujuan pihak atasan masing-masing. i. Pelaksanaan Projek Kerjasama MADA Tahun 2020 Pelaksanaan projek-projek kerjasama MADA bersama pihak luar bagi tahun 2020 adalah seperti berikut:- Jadual 61: Pelaksanaan Projek-Projek Kerjasama MADA Bersama Pihak Luar BIL. PROJEK PENGLIBATAN 1 Kajian Assessing The Effects Of Applying POLY4 On Growth and Productivity Of Rice In Peninsular Malaysia UPM-MADA 2 Peningkatan Skala Varieti Padi Baharu MR315 dan MRQ104 Di Wilayah IV MADA pada Musim Luar 2020 MARDI - MADA 3 Survey Terhadap Petani di Kawasan Muda yang Menggunakan Foliar Ugrow Untuk Tujuan Penyelidikan Akademik MADA-UUM 4 Kajian Pembangunan Usahawan Melalui Penanaman Skala Besar (PPSB) 5 An evaluation of the governance structures of the Farmers’ Area Organizations in Muda Areas 6 Kesan COVID-19 Kepada Golongan Sasar 7 Kajian Keupayaan Keusahawanan dan Kemahiran Pengurusan Kewangan Agropreneur Muda MADA UKM-MADA 8 Projek Pembangunan Estet Padi Kg Asam Jawa, Kedah NCIA-MADA
139 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 D. GIS (GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM) Pengurusan data yang sistematik adalah penting supaya data dapat diakses secara berterusan dengan cepat, tepat, mudah dan boleh dipercayai. Penggunaan istilah “Big Data” sejak akhir-akhir ini adalah berkait rapat dengan pengurusan data yang efisien dan sistematik. Big Data adalah satu istilah yang merujuk kepada data gergasi sama ada berstruktur atau tidak berstruktur. Saiznya terlalu besar sehingga sukar untuk diproses menggunakan pangkalan data atau perisian tradisional. Sungguhpun demikian, Big Data sangat berguna kepada organisasi kerana ia dapat meningkatkan operasi dan kecekapan kerja di samping membantu pihak pengurusan dan pelaksana dalam membuat keputusan yang lebih bijaksana. Di MADA, pengumpulan data dan maklumat amatlah besar meliputi pelbagai bahagian dan juga bidang. Data mentah yang dikumpulkan hanya difahami oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap data tersebut sahaja. Proses penganalisaan dan terjemahan data adalah penting bagi memastikan data-data tersebut mudah difahami dan berguna kepada agensi. Penggunaan alat-alat (tools) yang dapat membantu seperti aplikasi GIS, carta, info grafik dan beberapa aplikasi bantuan lain yang dapat membantu dalam memudahkan pemahaman semua pihak dan seterusnya melancarkan proses membuat keputusan. GIS adalah singkatan dari Geographic Information System atau Sistem Maklumat Geografi. GIS adalah satu sistem maklumat yang boleh menyimpan, memapar, menganalisis, dan memanipulasi data yang berkaitan dengan data spatial. Keupayaan sistem ini tidak terhad kepada pemaparan peta digital sahaja sebaliknya ia boleh melakukan kerja-kerja analisis. GIS bukanlah satu sistem yang digunakan untuk kerja-kerja pemetaan sahaja malah GIS boleh menjadi alat pembuat keputusan yang sangat efektif. Dalam skop MADA, GIS amat berguna dalam menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi pengeluaran hasil padi seperti kesuburan tanah, kemasukan air, serangan perosak dan penyakit, aktiviti tanaman dan aktiviti. GIS juga berguna dalam memastikan peruntukan kerajaan dapat disalurkan dengan lebih efisien dan sampai kepada golongan sasar mengikutlokasi spesifik. Bagi pelan jangka masa pendek, perancangan dibuat ialah : i. Pendigitalan dan penandaan sempadan fizikal MADA, pinggir MADA dan kawasan bertanam padi. ii. Memastikan platform bagi Decision Making Tool menggunakan pendekatan GIS dapat dibangunkan bagi mengenal pasti permasalahan dan isu yang berkaitan dengan pengeluaran hasil padi di Kawasan Muda. iii. Penilaian berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhi hasil padi antaranya kesuburan tanah, bekalan air ke sawah, aktiviti tanaman, cuaca, pengedaran baja, penggunaan varieti, serangan perosak dan penyakit dan komponen hasil. iv. Pengesyoran akan dibuat berdasarkan isu dan masalah mengikut lokasi yang spesifik melalui user interface yang mudah difahami oleh pengguna. v. Perolehan data mentah adalah daripada sistem-sistem sedia ada yang telah dibangunkan dan digunakan di peringkat pelaksana. Perancangan pelan jangka masa panjang adalah seperti berikut : i. Unit ini akan menjadi pusat pengumpulan dan pemprosesan data mentah menjadi sesuatu yang lebih bermanfaat, telus dan dapat difahami serta digunakan di kesemua peringkat pengurusan dan pelaksana. ii. Proses yang dilaksanakan perlulah berterusan dan kekal dengan penambahbaikan dari masa ke semasa agar data yang diperoleh tidak disia-siakan. iii. Pengemaskinian secara berterusan adalah perlu bagi memastikan data spatial seperti kawasan bertanam padi, infrastruktur dan pembangunan dapat dikemas kini mengikut keadaan semasa (Real-Time). iv. Data dan maklumat sejarah yang disimpan dalam bentuk hardcopy perlu didigitalkan supaya data tersebut tidak hilang dan dapat digunakan untuk melihat trend sesuatu perkara. v. Membangunkan aplikasi yang dapat membantu organisasi selain dalam pengeluaran hasil padi seperti pemutihan daftar subsidi pesawah, pengurusan aset, direktori penempatan dan maklumat pegawai, profil peladang dan usahawan seluruh Kawasan Muda, pengurusan bencana dan sebagainya. Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam membuat keputusan telah dilaksanakan di MADA bermula tahun 2017. Beberapa modul telah dibangunkan bagi membantu pengumpulan maklumat yang cepat dan tepat. Antara modul yang telah diguna pakai adalah Modul Pengurusan Perosak Bersepadu di mana beberapa aplikasi digunakan seperti madasmp, madapnr dan monitor padi. Kesemua aplikasi di dalam modul ini berfungsi sebagai pengumpul data dan seterusnya membolehkan amaran awal kepada peladang dan
140 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 tindakan segera dapat dibuat. Sebagai contoh, serangan karah dan bena perang yang berlaku pada musim 2/2020 dapat dikawal dari merebak dan menjadi lebih serius. Selain daripada itu, beberapa modul lain juga telah dibangunkan antaranya modul Kesesuaian Tanah yang digunakan untuk menganalisa kesuburan tanah, Modul Pengurusan Air yang digunakan untuk memantau aktiviti penanaman padi di kawasan Muda juga analisa berkaitan empangan, telemetri, fasa tanaman, turunan hujan dan aras ketinggian. Kesemua modul yang dibangunkan ini adalah bertujuan bagi membantu MADA dalam membuat keputusan yang cepat dan tepat terutama dalam memastikan peningkatan hasil padi dan pendapatan peladang. Sehingga kini terdapat 16 aplikasi berkaitan telah dibangunkan secara dalaman.
141 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 13LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN CAWANGAN AUDIT DALAM Sungai Limau Dalam Yan
142 ◊ CAWANGAN AUDIT DALAM A. RINGKASAN EKSEKUTIF PENCAPAIAN CAWANGAN AUDIT DALAM Peranan dan tanggungjawab penubuhan Cawangan Audit Dalam adalah memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi organisasi. Pencapaian dan prestasi Cawangan Audit Dalam tahun 2020 adalah manifestasi kepada tahap kecemerlangan sistem penyampaian perkhidmatan awam di MADA. Pelbagai program, subsidi dan insentif yang komprehensif telah diberikan oleh Kerajaan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran padi Negara dan Kawasan Muda. Cawangan Audit Dalam telah memainkan peranan dalam memastikan semua inisiatif ini sampai dengan sempurna serta menyeluruh kepada golongan sasar melalui pelbagai program pengauditan yang dilaksanakan pada tahun 2020. B. TAHAP PENCAPAIAN CAWANGAN AUDIT DALAM Pada tahun 2020, sebanyak 37 program pengauditan dan 19 lain-lain aktiviti telah dilaksanakan dengan peratus pencapaian adalah 95%: i. Pengauditan pengurusan kewangan di 27 PTJ. ii. Pengauditan prestasi terhadap pengurusan Program Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP). iii. Pengauditan susulan terhadap Laporan Audit Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Laporan Ketua Audit Negara Siri II Tahun 2018 di bawah tajuk Pengurusan Skim Subsidi Dan Insentif Pesawah Bagi Meningkatkan Bekalan Beras Negara. iv. Pemeriksaan mengejut terhadap Buku Pemeriksaan Mengejut Tunai Panjar dan Peti Besi di 7 PTJ. v. Lain-lain aktiviti yang terlibat antaranya Mesyuarat Jawatankuasa Audit, Mesyuarat Cawangan, Laporan Tahunan dan Nasihat Perundangan. Carta 31: Program Dan Aktiviti Yang Dilaksanakan 27 1 7 19 2 Kewangan Lain-lain Aktiviti Susulan Prestasi Pemeriksaan Mengejut C. IMPAK DAN HASIL PENGAUDITAN Adalah menjadi tanggungjawab Cawangan Audit Dalam bagi memastikan segala aktiviti Jabatan dan pengurusan kewangan dilaksanakan secara berhemah, mendatangkan hasil yang baik, berakauntabiliti berdasarkan prinsip Economy, Efficiency, Effectiveness dan Ethics. Juga memastikan unsur-unsur pembaziran dan penyelewengan dalam perbelanjaan wang awam serta mengenal pasti sebarang kelemahan dan kekurangan yang memerlukan tindakan pembetulan dan penambahbaikan yang berterusan.
143 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Rajah 10: Impak dan Hasil Pengauditan 01 02 03 04 05 06 Sistem tadbir urus yang lebih cekap, telus dan berintegriti berlandaskan kepada prinsip amanah dan tanggungjawab Membantu meningkatkan kecekapan dalam aktiviti penyaluran bantuan dan subsidi Kerajaan terutamaan dalam sektor industri padi. Ke arah Pensijilan Bersih Penyata Kewangan Tindakan pembetulan segera atas teguran audit dan tahap kepedulian pegawai semakin meningkat Budaya kerja yang cemerlang, sifar unsur-unsur penyelewengan & penyalahgunaan kuasa Kepekaan pegawai terhadap pekeliling, arahan dan piawaian standard operasi yang digunapakai semakin baik. IMPAK DAN HASIL PENGAUDITAN Kerja-kerja Pengauditan Terhadap Pengurusan Skim Subsidi Dan Insentif Pesawah Bagi Meningkatkan Bekalan Beras Negara Di PPK G-IV, Guar Chempedak. Pemantauan Tahap Pematuhan SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Di Setiap Pejabat Wilayah Dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
145 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 14 MASALAH YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM DAN PROJEK PEMBANGUNAN DI KAWASAN MUDA LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN Kampung Padang Wat Langgar
146 ◊ MASALAH YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM DAN PROJEK PEMBANGUNAN DI KAWASAN MUDA Di dalam tahun 2020, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh MADA dalam melaksanakan program pembangunan di Kawasan Muda. Antara masalah yang dihadapi dalam tempoh pelaksanaan adalah seperti berikut: A. SERANGAN PEROSAK, PENYAKIT TANAMAN PADI Serangan perosak, dan penyakit padi adalah merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pengurangan hasil pengeluaran padi di Kawasan Muda. Pada Musim 2/2019, serangan perosak tanaman padi seluas 5,841.40 hektar dan penyakit tanaman padi seluas 1,364.86 hektar. Serangan perosak yang tertinggi adalah tikus seluas 1,855.83 hektar, manakala serangan penyakit tertinggi adalah karah daun dengan keluasan 710.14 hektar. Pada musim 1/2020, jumlah keseluruhan keluasan serangan perosak dan penyakit adalah seluas 8,204.23 hektar melibatkan serangan perosak iaitu seluas 7,137.60 hektar dan serangan penyakit seluas 1,066.63 hektar. Data keluasan serangan perosak menunjukkan serangan tikus adalah tertinggi iaitu seluas 3,119.31 hektar. Serangan penyakit Karah daun mencatat keluasan serangan yang tertinggi di Kawasan Muda dengan keluasan 655.95 hektar. Maklumat serangan perosak adalah seperti di Jadual 62 manakala maklumat serangan penyakit adalah seperti di Jadual 63. Jadual 62: Status Serangan Perosak Utama Tanaman Padi Dalam Kawasan Muda Tahun 2020 (Musim 2/2019 & Musim 1/2020) BIL PEROSAK KELUASAN SERANGAN TAHUN 2020 (HEKTAR) MUSIM 2/2019 MUSIM 1/2020 1 Siput Gondang Pomacea spp. 949.11 1,485.56 2 Tikus Rattus argentiventer 1,855.83 3,119.31 3 Ulat Gulung Daun Cnaphalocrosis medinalis 754.35 739.11 BIL PEROSAK KELUASAN SERANGAN TAHUN 2020 (HEKTAR) MUSIM 2/2019 MUSIM 1/2020 4 Bena Perang Nilaparvata lugens 348.10 239.05 5 Ulat Batang Scirpophaga incertulas 1,280.49 412.08 6 Lain – Lain Perosak 653.52 1,142.49 JUMLAH KELUASAN SERANGAN PEROSAK UTAMA 5,841.40 7,137.60
147 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Jadual 63: Status Serangan Penyakit Utama Tanaman Padi Dalam Kawasan Muda Tahun 2020 (Musim 2/2019 & Musim 1/2020) BIL PENYAKIT KELUASAN SERANGAN TAHUN 2020 (HEKTAR) MUSIM 2/2019 MUSIM 1/2020 1 Karah Pyricularia spp. 710.14 655.95 2 Hawar Daun Bakteria (BLB) Xanthomonas oryzae pv oryzae 255.30 125.30 3 Jalur Daun Bakteria (BLS) Xanthomonas campestris pv oryzicola 13.55 68.30 4 Hawar Seludang Rhizoctonia Solani 166.94 152.20 5 Lain – Lain Penyakit 218.93 64.88 JUMLAH KELUASAN SERANGAN PENYAKIT UTAMA 1,364.86 1,066.63 Dalam usaha membantu para peladang untuk mengurangkan populasi dan infestasi serangan perosak dan penyakit padi ini ke tahap yang paling minimum, pihak MADA telah merangka dan menjalankan pelbagai aktiviti pengembangan kepada peladang-peladang di Kawasan Muda. Pelaksanaan aktiviti pengembangan ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran para peladang mengenai kepentingan kawalan perosak, penyakit dan rumpai tanaman padi dalam usaha meningkatkan hasil pengeluaran padi.
148 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Pihak MADA juga bekerjasama dengan Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Negeri Kedah dan Perlis dalam menjalankan pemantauan secara berterusan ke 945 point pemantauan di seluruh kawasan MADA dimana kesemua dapatan pemantauan akan direkodkan secara real-time ke dalam Sistem MADAP&R sebelum dianalisa dan hebahan skala besar atau bersasar dapat dijalankan terus kepada para peladang. Usaha-usaha ini akan dijalankan secara berterusan bagi membendung masalah perosak dan penyakit tanaman padi ini daripada terus menular. Melalui usaha kawalan yang berterusan dan menyeluruh ini, pihak MADA yakin masalah serangan perosak dan penyakit padi dapat dikurangkan dan dikawal dengan lebih efektif seterusnya dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi di Kawasan Muda. B. KEJADIAN BENCANA DI KAWASAN MUDA YANG TERJEJAS DENGAN KEMARAU DAN BANJIR Penanaman padi bagi Tahun 2020 membabitkan kawasan seluas 100,641.19 hektar dengan kejadian bencana sebanyak 4 kali telah direkodkan iaitu pada Februari (kemarau), September, Oktober dan November (banjir) dengan jumlah kerugian dianggarkan melebihi RM14juta. Pecahan bencana mengikut bulan kejadian adalah seperti berikut: Jadual 64: Pecahan Bencana Mengikut Bulan Kejadian BENCANA BIL. PELADANG TERLIBAT (ORG.) LUAS MUSNAH (HA) JUMLAH BANTUAN (RM) Kemarau Februari 456 606.13 484,612.05 Banjir September 925 1,157.86 2,057,436.00 Banjir Oktober 84 120.32 139,728.05 Banjir November 1,917 2,463.63 2,001,298.39 Tahun 2020 3382 4,347.94 4,683,074.49 C. MASALAH KECURIAN DI STESEN HIDROLOGI SEPANJANG TAHUN 2020 Sepanjang tahun 2020 terdapat 1 kes kecurian yang telah dilaporkan meliputi kerosakan kepada struktur binaan seperti pagar dan kotak RTU Enclosure. Kes-kes kecurian banyak melibatkan bateri, solar dan radio VHF. Rekod kecurian adalah seperti jadual di bawah: Jadual 65: Rekod Kecurian di Wilayah BIL NO STESEN LOKASI WILAYAH/ BAHAGIAN TARIKH PERALATAN YANG DICURI ANGGARAN KOS 1 2 Jejawi Wilayah I 18.6.2020 1 Biji Bateri 1 Set Radio ST2000CARD Solar Panel RM 25,000.00 *harga termasuk set kunci
149 LAPORAN TAHUNAN MADA 2020 Kecurian Bateri Kerosakan Pagar Kecurian radio VHF dan Kad ST2000 Kerosakan pada ‘RTU Enclosure’