Hak Cipta Terpelihara
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada buku ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau
dengan sebarang alat juga, sama ada cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Sarawak.
Penerbitan Oleh:
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
Tingkat 9 & 10,
Wisma Satok, Jalan Satok,
93400 Kuching
Edisi 2021
Dicetak Oleh:
Lee Ming Press Sdn Bhd
Lot 2050, Jalan Swasta,
Pending Industrial Estate,
93450 Kuching, Sarawak.
ISBN 978-967-2646-91-4
Isi Kandungan
Perkara Muka Surat
• PERUTUSAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK 3
• PERUTUSAN YANG AMAT BERHORMAT KETUA MENTERI SARAWAK 5
• PERUTUSAN YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SARAWAK 6
7
• PERUTUSAN YANG BERBAHAGIA PENGERUSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN
AWAM NEGERI SARAWAK
• SINOPSIS 8
SEJARAH RINGKAS SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI 11
Bab 1 SARAWAK 43
Bab 2 Datu Romie Sigan Daniel 56
Bab 3 PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI 65
Bab 4 En. Fathi bin Haji Hambali dan En. Mohamad Azlan bin Madihi
URUSAN PENGAMBILAN 70
En. Khairul Ridza bin Haji Wahed
PERKHIDMATAN 80
En Rafi’uddin bin Rasman 88
97
Bab 5 KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI DAN PIHAK 110
BERKUASA TEMPATAN NEGERI SARAWAK 120
Puan Dayang Maskamala binti Abang Saibi 125
133
Bab 6 KAWALAN TATATERTIB
Bab 7 Cik Siti Rafeah binti Haji Abdul Rahman
Bab 8 RENUNGAN MENGENAI PELAKSANAAN VISI DAN MISI SPANS
Bab 9 Kumpulan Ahli-Ahli SPANS
Bab 10 BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK
Puan Catherina anak Jackson Blanda
Bab 11 PENGALAMAN SEBAGAI AHLI SURUHANJAYA
Datu Abdillah bin Adam
PANDUAN ATAU TIPS TEMU DUGA
Dr. Peter Songan
TRANSKRIP TEMU BUAL DAN KERATAN AKHBAR SAMBUTAN JUBLI INTAN
(60 TAHUN) SPANS 2021
New Sarawak Tribune
Bab 12 BIOGRAFI
SAJAK 140
TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK
TUN PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD
pg
2
Perutusan
SEKAPUR SIRIH
TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA
NEGERI SARAWAK
Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
(SPANS) di atas sambutan Jubli Intan atau ulang tahun ke-60. Syabas dan Tahniah.
Dalam tempoh enam dekad ini, SPANS telah memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan
penjawat Awam yang berkualiti yang merupakan nadi kepada Perkhimatan Awam Negeri Sarawak.
Dalam hal ini, Penjawat Awam yang dipilih mestilah bersedia dan mampu memikul beban dan
tanggungjawab bagi melaksanakan setiap dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan secara holistik.
Ini juga selaras dengan peruntukan dalam Artikel 38A Perlembagaan Negeri Sarawak yang menghendaki
Penjawat Awam mempunyai ciri-ciri seperti berikut iaitu kompeten, efisyen dan responsif. Kecekapan
dan keberkesanan Sektor Awam atau Penjawat Awam ini telah terbukti dengan pembangunan pesat
yang dikecapi oleh rakyat Sarawak pada masa kini.
Dalam melaksanakan fungsi-fungsi seperti yang termaktub dalam Artikel 36 (1) Perlembagaan Negeri
Sarawak, saya amat berbangga kerana SPANS berupaya mewujudkan kepelbagaian latar belakang etnik
yang bersatu padu di bawah satu bumbung Perkhidmatan Awam dalam melaksanakan penyampaian
perkhidmatan kepada rakyat dengan cekap, pantas dan harmoni.
Semoga SPANS akan terus membantu dalam melaksanakan transformasi Perkhidmatan Awam Negeri
dengan memperkasakan Perkhidmatan Awam melalui modal insan yang berbakat, komited dan
berdisiplin seiring dengan perkembangan ekonomi semasa.
[ TUN PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD ]
TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK
pg
3
YANG AMAT BERHORMAT DATUK PATINGGI TAN SRI (DR)
ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG
KETUA MENTERI SARAWAK
pg
4
Perutusan
SEULAS PINANG
YANG AMAT BERHORMAT KETUA MENTERI SARAWAK
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) sempena
sambutan ulang tahun ke-60 penubuhannya pada tahun ini. Sambutan Jubli Intan ini tidak hanya meraikan
tentang pencapaian fungsi SPANS, malah turut mempamerkan peranan pentingnya dalam menghasilkan
Modal Insan yang berkualiti dalam mentadbir dan membangunkan negeri ini sejak penubuhannya sebelum
pembentukan Malaysia.
Barisan Penjawat Awam Negeri ini merupakan jentera utama dalam menggerakkan pentadbiran Kerajaan Negeri.
Selaku badan eksekutif yang bertanggungjawab dalam melantik Penjawat Awam, SPANS telah melaksanakan
tanggungjawabnya dengan berkesan dalam melahirkan Penjawat Awam yang berupaya mengangkat martabat
Negeri ini ke satu tahap yang tinggi dan boleh menjadi teladan kepada perkhidmatan awam yang lain.
Sejajar dengan itu, saya amat berharap agar Penjawat Awam negeri ini dapat menjadi pasukan yang berkesan
untuk merealisasikan visi mentranformasikan Sarawak menjadi sebuah ekonomi digital dan berupaya mencapai
status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030. Justeru, peranan Ahli-Ahli Suruhanjaya
yang dilantik, kebanyakkannya daripada bekas Ketua-Ketua Jabatan samada daripada Kerajaan Negeri
mahupun Kerajaan Persekutuan dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing amatlah penting dalam
merealisasikan visi tersebut.
Akhir kata, dengan penuh takzim saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua Pengerusi, Timbalan Pengerusi
dan Ahli-Ahli Suruhanjaya yang pernah berkhidmat bagi tempoh antara 1961 sehingga sekarang kerana telah
berjaya melantik Penjawat Awam yang berbakat dan berketerampilan dalam menerajui sumber manusia di
dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.
Sekian. Terima kasih dan salam hormat.
[DATUK PATINGGI TAN SRI (DR) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI
BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG]
YAB KETUA MENTERI SARAWAK
pg
5
PERUTUSAN
SECAWAN TEH
YANG BERHORMAT
SETIAUSAHA KERAJAAN SARAWAK
P ertama sekali tahniah kepada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Negeri Sarawak iaitu YBhg Datu Abdul Ghafur bin Shariff dan semua
Ahli-Ahli Suruhanjaya sempena sambutan ulang tahun ke – 60 penubuhan
SPANS. Saya difahamkan ini adalah sambutan yang julung kali diadakan
sejak enam dekad yang lalu.
Tidak dapat dinafikan bahawa SPANS telah memainkan peranan yang sangat
penting dalam pelantikan Penjawat Awam Negeri Sarawak. Ini kerana sejak
kewujudannya puluhan ribu orang telah dikenal pasti oleh SPANS untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak. Dalam tempoh 60 tahun yang lepas pelbagai bentuk cabaran telah dihadapi oleh SPANS dalam menjalankan
fungsinya dengan telus dan adil khususnya dalam mendepani masyarakat Sarawak yang mempunyai pelbagai latar
belakang agama, kaum dan adat resam.
Sudah pasti kepelbagaian ini merupakan sesuatu yang unik di Sarawak yang menyatukan pelbagai latar belakang masyarakat
bagi mendukung aspirasi pembangunan Negeri Sarawak.
Malahan dalam situasi pandemik yang kita hadapi masa kini, Penjawat Awam perlu memastikan kelancaran dan keberkesanan
penyampaian perkhidmatannya bagi memastikan rakyat selamat dan tidak menghadapi derita dan kesengsaraan. Dalam
hal ini Penjawat Awam perlu bersifat empati dan kebolehpercayaan agar semua tindakan dan keputusan yang dibuat
adalah atas dasar kepentingan rakyat dan negeri Sarawak secara amnya.
Tahniah sekali lagi kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di atas pengorbanan dan komitmen yang
tinggi dalam menjayakan Visi dan Misi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.
[ DATUK AMAR JAUL SAMION ]
SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SARAWAK
pg
6
PERUTUSAN
SEPATAH KATA
YANG BERBAHAGIA PENGERUSI SURUHANJAYA
PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
K ewujudan SPANS sehingga mencapai usia 60 tahun merupakan satu detik
penentuan dalam sejarah perkhidmatan awam negeri Sarawak. Sebagai institusi
bebas yang lahir daripada Perlembagaan Negeri, SPANS telah diberi bidang kuasa
yang luas tetapi mencabar seperti yang termaktub dalam Fasal 36(1) Perlembagaan
Negeri. Ahli-Ahli Suruhanjaya yang dilantik oleh Kerajaan pada masa yang silam dan
terkini senantiasa mendukung amanah dan kepercayaan yang diberi kepada mereka
dalam menjalankan tanggungjawab secara profesional. Lain padang, lain belalang;
lain zaman, lain cabaran.
Pokoknya, SPANS bergelut dengan fenomena tenaga pekerja yang hendak menjadi penjawat awam. Tenaga pekerja tertakluk
kepada faktor permintaan dan bekalan, pasaran sumber manusia, dan persaingan hebat bagi mendapat pekerjaan yang
diidamkan. Sayugia diingatkan bahawa pekerjaan merupakan pilihan seorang individu dan bukannya kehendak mana-mana
pihak. Pada tahun 60-an dan awal tahun 70-an pekerjaan ‘mencari’ orang dan bukan sebaliknya. Namun dewasa ini permohonan
bagi jawatan dalam sektor awam melambung kepada angka yang ‘exponential’.
Kerajaan Negeri Sarawak yang selama ini berpaksi kepada developmentalisme atau ideologi pembangunan memerlukan tenaga
pekerja yang mahir, berbakat dan berdisiplin tinggi. Dalam era ekonomi digital yang dipelawa oleh Y.A.B. Ketua Menteri, sudah
tentu beliau kepingin penjawat awam mempunyai kemahiran ala Revolusi Industri Keempat yang dapat melonjak Sarawak ke
persada antarabangsa. SPANS menjiwai perjuangan para pemimpin negeri yang ingin melihat bahawa perkhidmatan awam
dapat mencerminkan kepelbagaian kaum yang terdapat di Sarawak. Dalam merealisasikan hasrat murni ini SPANS mengamal
dasar ‘decentralized recruitment and selection’ dan melantik orang tempatan bagi mengisi kekosongan di pelbagai kementerian,
jabatan dan pihak berkuasa tempatan yang terdapat di Sarawak.
Kejayaan SPANS bukan terletak hanya pada bahu Ahli-Ahli Suruhanjaya mahupun Urus Setia Suruhanjaya. Justeru itu saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk menghargai kerjasama daripada pelbagai pihak terutamanya TYT Yang di-Pertua Negeri
Sarawak, YAB Ketua Menteri Sarawak, Ahli-Ahli Jemaah Menteri dan Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri yang telah memberi
sokongan, dokongan dan petunjuk kepada SPANS dalam menjalankan tugas dan fungsinya dengan efisien dan berkesan.
[ DATU ABDUL GHAFUR SHARIFF ]
PENGERUSI, SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
pg
7
SINOPSIS
Penulisan buku sempena ulang tahun keenam puluh (60) tahun atau Jubli Intan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Sarawak (SPANS) yang bertemakan “Menjunjung Amanah dan Tanggungjawab” ini mencoretkan sejarah ringkas
mengenai penubuhan SPANS pada 1 November 1961 seterusnya fungsi dan peranan khas yang telah dipertanggungjawabkan
di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak.
Bab 1: Suruhanjaya Reid telah mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan ekoran daripada
terjadinya beberapa peristiwa yang dicetuskan secara kebetulan oleh cadangan pembentukan Persekutuan Malaya pada
tahun 1957. Cadangan penubuhan Suruhanjaya tersebut telah dibangkitkan di dalam Council Negri, Sarawak pada tahun
1958 disebabkan oleh semangat serta keinginan yang tinggi Sarawak untuk mentadbir negara sendiri. Di atas desakan
atau tekanan yang berterusan sehingga tahun 1960, akhirnya The Queen Most Excellent Majesty in Council telah membuat
pengisytiharan penubuhan SPANS di Buckingham Palace, United Kingdom selaras dengan peruntukan Sarawak (Public
Service Commission) Order in Council 1961. Sejajar dengan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 juga, SPANS
yang pada mulanya hanya berfungsi sebagai badan penasihat telah menjadi badan eksekutif sepenuhnya.
Sebagai sebuah badan eksekutif yang menjalankan fungsi dan peranan di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak, SPANS
juga berperanan untuk mengatasi segala isu berkenaan:
i) Borneonisation di bawah Artikel 54, Perlembagaan Negeri Sarawak;
ii) Penganugerahan biasiswa dan latihan dalam perkhidmatan di bawah Artikel 39, Perlembagaan Negeri Sarawak; dan
iii) Peminjaman anggota Perkhidmatan Awam Negeri ke Perkhidmatan Persekutuan di bawah Artikel 134 Perlembagaan
Persekutuan dan Artikel 55 Perlembagaan Negeri Sarawak.
SPANS telah berjaya mengatasi dan menyelesaikan isu-isu yang berbangkit sepenuhnya menjelang tahun 1978. Bermula dari
itu, SPANS kemudiannya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada fungsi utamanya iaitu untuk melantik, mengesahkan,
memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan
kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota perkhidmatan.
Bab 2-6: Mengenai Pengurusan Struktur Organisasi, Urusan Pengambilan, Perkhidmatan, Kenaikan Pangkat Dalam
Perkhidmatan Awam Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dan Kawalan Tatatertib.
Daripada sebuah organisasi yang kecil, SPANS telah berkembang sebagai sebuah badan eksekutif yang menyahut cabaran
dan memenuhi permintaan Perkhidmatatan Awam Negeri dalam arus kemodenan kini. Menjelang era 20-an, SPANS
telah menetapkan Visi, Misi dan Cogan Katanya bagi memberi hala tuju dan menerapkan nilai-nilai positif dalam memberi
perkhidmatan yang jujur, amanah, berintegriti dan mesra pengguna.
Sepanjang tempoh 10 tahun yang lalu, perubahan-perubahan positif di dalam penyampaian perkhidmatan SPANS semakin
menyerlah disebabkan oleh penambahbaikan dalam polisi, proses dan prosedur yang melibatkan pelantikan, kenaikan
pangkat dan fungsi-fungsi utama lain sangat dititikberatkan. Penetapan polisi, proses dan prosedur bagi setiap fungsi utama
SPANS telah menyumbang kepada transformasi pembangunan organisasi serta peningkatan produktiviti dan kecekapan
penyampaian perkhidmatan. Misi SPANS yang terkini juga bukan sahaja mengambil kira pendapat daripada Ahli-Ahli SPANS
yang berpengalaman luas dalam semua fungsi utama SPANS, malah juga menitikberatkan penyertaan daripada semua
peringkat kakitangan.
pg
8
Bab 7: Renungan Mengenai Pelaksanaan Visi dan Misi SPANS oleh Kumpulan Ahli SPANS.
Bab 8: Dalam buku yang bertemakan Menjunjung Amanah dan Tanggungjawab ini menceritakan serba sedikit mengenai
salah satu fungsi SPANS yang digariskan di bawah Fasal 39 (3), Perlembagaan Negeri Sarawak iaitu pemberian Biasiswa
Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak atau lebih dikenali sebagai BPKNS di kalangan pelajar-pelajar. BPKNS bukan sahaja
ditawarkan khas kepada anak-anak Sarawak yang mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) dalam peringkat Diploma dan Ijazah, malah ianya merupakan bantuan pendidikan yang mensasarkan kumpulan isi
rumah B40.
Kebanyakan pelajar yang ditawar adalah daripada keluarga B40 contohnya anak yatim piatu, anak ibu tunggal, anak-anak
nelayan, petani, buruh dan sebagainya. Salah satu keistimewaan BPKNS adalah kadar Bayaran Baliknya! Mana-mana pelajar
yang menamatkan pengajian mereka dengan jayanya akan diberi kemudahan bayaran balik sebanyak 25 peratus sahaja
daripada jumlah keseluruhan yang diterima. Dan bayaran balik ini juga tidak dikenakan sebarang faedah. Melalui BPKNS,
SPANS memainkan peranan yang penting dalam membantu Kerajaan Negeri untuk menyalurkan bantuan pendidikan kepada
rakyat-rakyat yang memerlukan dan bersasar.
Bab 9: Selain fungsi-fungsi utama SPANS, buku ini juga menceritakan pengalaman-pengalaman Ahli-Ahli SPANS dalam
menjalankan tugasan-tugasan yang telah diamanahkan. Berlatarbelakangkan pelbagai bidang dan pengalaman yang
berlainan, mereka bukan sahaja harus memahami dan menguasai peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan
Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Sarawak, malah harus menjiwai seterusnya mempraktikkannya ke dalam proses
berkaitan pelantikan, kenaikan pangkat, disiplin dan juga pemberian biasiswa pinjaman. Dalam melaksanakan fungsi utama
SPANS, mereka menjelajah dari satu daerah ke daerah yang lain di seluruh pelosok Negeri Sarawak bagi memastikan rakyat
terutamanya di kawasan luar bandar diberikan peluang yang sama rata untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak. Pada masa yang sama juga, mereka memastikan biasiswa pinjaman (BPKNS) diberikan kepada pelajar-pelajar yang
tidak mampu atau daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) bagi menjamin masa depan yang cerah. Ahli-Ahli SPANS
banyak berhadapan dengan pengalaman-pengalaman semasa menemu duga pelajar-pelajar yang datang dari keluarga
yang tidak mampu membiayai pengajian mereka.
Bab 10: Satu bonus kepada pembaca kerana buku ini juga menyediakan panduan temu duga yang padat dengan tips-
tips seperti kod pakaian menghadiri temu duga, persediaan sebelum menghadiri temu duga, cara menjawab soalan dan
pelbagai tips penting yang lain.
Dan yang paling menarik, panduan ini ditulis sendiri oleh salah seorang daripada ahli SPANS yang merupakan mantan ahli
Akademik yang berpengalaman!
Bab 11: Transkrip Temu Bual dan Keratan Akhbar Sambutan Jubli Intan (60 Tahun) SPANS 2021
Bab 12: Turut disenaraikan di dalam buku ini, biografi Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli terkini SPANS secara
ringkas.
Sajak: Buku Menjunjung Amanah dan Tanggungjawab diakhiri dengan karangan sajak yang cukup puitis di mana ianya
menceritakan perjuangan, semangat dan jiwa SPANS sepanjang tempoh enam puluh (60) tahun penubuhannya. Berbekalkan
pengalaman ahli SPANS yang terdiri daripada mantan Ketua-ketua Jabatan dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan terutamanya
di bawah naungan Pengerusi SPANS terkini yang merupakan mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Visi SPANS
untuk menjadi sebuah Suruhanjaya yang diteladani sudah pastinya akan dapat direalisasikan.
pg
9
SEJARAH RINGKAS
SURUHANJAYA
PERKHIDMATAN
AWAM NEGERI
SARAWAK
Datu Romie Sigan Daniel
BAB SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN SURUHANJAYA
1 PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
1.1 SEBELUM PENUBUHAN
Sarawak telah diperintah oleh Keluarga Brooke bermula dari tahun 1841 sehingga tahun 1941 di bawah Sistem Pemerintahan
Paternalisme. Sebuah Sekretariat telah ditubuhkan pada tahun 1923 semasa pemerintahan Rajah Charles Vyner bagi
menangani tadbir urus pemerintahan yang semakin kompleks terutama dari segi komunikasi dan pengurusan aktiviti di
lima (5) Bahagian dan dua puluh (20) Daerah di Sarawak. Selain dilantik sebagai Residen Bahagian Pertama dan Ketua
Penasihat kepada Rajah, J.C. Moulton juga telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha kepada Pentadbiran Pemerintahan
Brooke. Sekretariat tersebut kini dikenali sebagai Jabatan Ketua Menteri Sarawak bertempat di Wisma Bapa Malaysia,
Petra Jaya Kuching.
Pada tahun 1941, sebuah Perlembagaan Negeri yang kemudiannya dikenali sebagai “The Nine Cardinal Principles” telah
diperkenalkan oleh Rajah Charles. Salah satu prinsip dalam Perlembagaan tersebut menyatakan bahawa usaha untuk
persediaan Sarawak ke arah berkerajaan sendiri haruslah sentiasa diingati. Pada bulan Julai 1946, iaitu, selepas Perang
Dunia Kedua, Sarawak telah menjadi tanah jajahan Koloni British. Ekoran daripada itu, Perlembagaan 1941 telah dipinda
bagi mengambil kira penubuhan Majlis Tertinggi dan Council Negri yang merangkumi Kuasa Perundangan.
Menjelang akhir tahun 40-an hingga 50-an, Kerajaan British berusaha untuk membimbing tanah jajahan mereka ke
arah berkerajaan sendiri, dan Sarawak sebagai salah satu koloni diharapkan dapat mengikuti dasar Pelepasan Koloni
(Disengagement Policy). Sehubungan dengan itu, Kerajaan Kolonial Sarawak mula membina asas yang kukuh bagi
persediaan ke arah penyetempatan (localization) Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Peralihan daripada sistem
pemerintahan Paternalisme kepada Pemerintahan Kolonial dan seterusnya Pemerintahan Sendiri harus dilaksanakan
secara berperingkat melalui perancangan dan strategi yang dirangka dengan baik.
Pentadbiran awam dan pegawai-pegawai kanan pentadbiran semasa Kerajaan Koloni Sarawak kebanyakannya terdiri
daripada pegawai ekspatriat dari Great Britain, Koloni Inggeris dan juga dari Semenanjung Tanah Melayu. Dalam usaha
ke arah Berkerajaan atau Pemerintahan Sendiri, peralihan pemerintahan dan pentadbiran negara daripada pegawai
ekspatriat kepada pegawai-pegawai tempatan yang berkelayakan perlulah dilaksanakan secara berperingkat. Ini kerana,
penyetempatan (localization) bukan bermaksud menggantikan tempat pegawai ekspatriat secara fizikal sahaja, tetapi
ianya memerlukan pegawai-pegawai tempatan yang berkelayakan dari segi akademik dengan memenuhi syarat-syarat
perkhidmatan serta berpengalaman sewajarnya dalam pentadbiran. Dalam masa yang sama, Perlembagaan Negeri juga
harus dipinda bagi persediaan ke arah kemerdekaan. Seterusnya, pegawai-pegawai tempatan juga harus diberikan latihan
dan pendedahan yang sewajarnya bagi membolehkan mereka mengambil alih pentadbiran negeri kelak.
Suruhanjaya Reid telah dilantik berdasarkan cadangan semasa Persidangan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
diadakan di London pada bulan Januari dan Februari tahun 1956. Suruhanjaya Reid pada masa itu membuat cadangan
yang berkaitan dengan penubuhan dan pengendalian Perkhidmatan Awam secara umumnya (Bab VIII – Perkhidmatan
Awam) seperti berikut:
i. Bagi memastikan kecekapan dalam pentadbiran Kerajaan, prinsip berkecuali dalam politik hendaklah diiktiraf
dan dilindungi;
ii. Polisi kenaikan pangkat juga harus dikawal selia mengikut prinsip profesional yang terbuka berdasarkan kelayakan,
pengalaman dan prestasi;
iii. Kakitangan awam haruslah diberikan jaminan tempoh perkhidmatan dan kebebasan mutlak daripada pemakaian
peruntukan tatatertib dengan sewenang-wenangnya; dan
iv. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebagai sebuah badan berkecuali merupakan kaedah yang paling
efektif bagi memastikan pematuhan prinsip-prinsip di atas.
pg
11
i) Sepertimana yang termaktub di dalam Fasal 144(1) Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Council Negri Debates
Perkhidmatan Awam Malaya telah ditubuhkan bersamaan dengan Hari Kemerdekaan Tanah 11-13 September 1958
Melayu pada tahun 1957.
ii) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak pula telah ditubuhkan pada 27 Oktober
1959 selaras dengan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri 1959 (Enakmen Bil.
Tahun 1959). Di bawah Enakmen ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor turut
ditubuhkan pada tahun 1959.
iii) Selaras dengan Bab 10 Fasal 97 (9), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi Negeri Selangor turut ditubuhkan pada tahun 1960.
iv) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Kedah Darul Aman telah diluluskan penubuhannya
oleh Majlis Undangan Negeri Kedah (Legislative Assembly) pada 24 Ogos 1959 di bawah
“State Public Service Commission Enactment 1959” atau Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Negeri Tahun 1959.
v) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPAN) pula pada mulanya telah ditubuhkan
di atas Perintah Dewan, the North Borneo (Public Service Commission) Order in Council 1963
yang diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S 43/63. Selepas Negeri Sabah
mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia pada 31 Ogos 1963, perwujudan SPAN pula
kemudian diperuntukkan di bawah Bahagian (i), Perkara 36(1), Perlembagaan Negeri Sabah.
Pada bulan Mei 1957, Council Negeri, Sarawak telah melantik Jawatankuasa Pemilihan (Select
Committee) yang terdiri daripada Timbalan Ketua Setiausaha, A.R. Snelus sebagai Pengerusi, Haji
Abang Mustapha, Khoo Peng Loong, Haji Abang Abdul Razak, Ong Kee Hui, Umpi Rantai dan Yeo
Cheng Hoe sebagai ahli jawatankuasa. Jawatankuasa ini ditugaskan untuk mempertimbangkan
pelbagai laporan yang dikemukakan oleh Ketua Jabatan kemudian
membuat cadangan berkenaan bila, sejauh mana, di bawah peraturan
apa dan kaedah bersesuaian bagi pertukaran pegawai yang dilantik di
luar Sarawak dengan pegawai tempatan. Semua laporan dan cadangan
tersebut harus dilaporkan kepada Council Negri. Jawatankuasa ini
telah bersidang dalam beberapa siri mesyuarat sekitar bulan Julai
1957 sehingga bulan November 1959 bagi membincangkan pelbagai
kaedah pelaksanaan penyetempatan (localization).
Council Negri Debates Laporan Disember 1959 menyatakan bahawa integriti dan kecekapan
6-9 December 1960 Perkhidmatan Awam Sarawak harus disanjung tinggi. Sehubungan itu,
laporan tersebut telah mencadangkan penubuhan Unit Latihan dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri. H.E Governor, Alexander
Waddell juga menyatakan bahawa penyetempatan (localization)
Perkhidmatan Awam sangat penting dan penubuhan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak memainkan peranan yang
penting bagi memastikan keadilan di dalam Perkhidmatan Awam
sentiasa terjamin. Unit Latihan juga kemudian ditubuhkan pada tahun
1960.
pg
12
1.2 PENUBUHAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) telah ditubuhkan pada 1 November 1961 selaras dengan
peruntukan The Sarawak (Public Service Commission) Order in Council 1961. Pengisytiharan penubuhan SPANS ini telah
dimeterai di Buckingham Palace, United Kingdom pada 2 Ogos 1961 atas titah The Queen Most Excellent Majesty in
Council seperti termaktub dalam Warta Kerajaan Sarawak-Bahagian 11 (Sarawak Government Gazette-Part 11 Notification
No. S155) yang telah diterbitkan pada Ogos 1961.
Bangunan Council Negri Lama, (Bangunan di tengah), tempat SPANS dilahirkan
Encik R.L.V. Wilkes, C.M.G. merupakan mantan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sierra Mr. RLV Wilkes dan Cik Selina Kedit
Leone, West Afrika yang tiba dari Great Britain pada 3 Julai 1961. Beliau telah menjelajah ke pelbagai Source: Mdm Selina Albright, UK
pelosok Negeri Sarawak untuk mempelajari serta membiasakan diri dengan cara pemerintahan
Kerajaan Negeri pada ketika itu. Beliau kemudian menggubal draf peraturan-peraturan di bawah
the Order of the Council dengan kerjasama beberapa Pegawai Undang-Undang yang mana
telah berkuat kuasa pada 1 November 1961. Encik R.L.V. Wilkes telah dilantik sebagai Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri North Borneo yang pertama (1963-1965). Sepanjang
tahun 1963 hingga 1964, beliau memainkan peranan sebagai Pengerusi Suruhanjaya secara
serentak di Sarawak dan juga di North Borneo atau Sabah. Keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Negeri Sarawak pada masa itu turut dianggotai oleh En Edward Jerah, B.E.M., O.S.S. Pada
7 Februari 1963, Encik Kho Soon Ewe telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi yang pertama
oleh H.E. Governor, Negeri Sarawak.
Mr Kho Soon Ewe, Mr RLV Wilkes,
Mr Edward Jerah dan Abang Hj
Mustapha Sumber: Sarawak Report
1962, Jabatan Muzium Sarawak
pg
13
1.3 PEJABAT DAN KAKITANGAN
Pada mulanya, pejabat Suruhanjaya telah ditempatkan bersama Pejabat Sekretariat (Old Court House complex). Walau
bagaimanapun disebabkan kekangan ruang pejabat, Suruhanjaya telah berpindah ke Aurora Chambers di Hotel Aurora,
Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching pada 1 Disember, 1961. Pegawai Perjawatan (Establishment Officer) telah dilantik
sebagai ex-officio untuk menjalankan tugas Setiausaha Suruhanjaya pada ketika itu dan dibantu oleh Ketua Penolong
Setiausaha (Latihan).
Kerja-kerja perkeranian pada ketika itu telah dilaksanakan oleh Cik Selina Kedit. Encik Kho Soon Ewe telah dilantik sebagai
Pemangku Pengerusi Suruhanjaya selama dua (2) bulan berkuat kuasa 15 Ogos sehingga 17 Oktober 1962 apabila
Pengerusi bercuti balik ke Great Britain. Tiada perubahan dari segi keanggotaan pada ketika itu.
Pada tahun 1962, Suruhanjaya hanya mempunyai dua (2) orang kakitangan iaitu seorang kerani dan seorang pelayan
pejabat. Menurut Laporan Tahunan Sarawak 1962, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak telah membelanjakan
sejumlah $23,228 pada tahun 1961 dan $92,122 (revised estimates) pada tahun 1962 untuk aktiviti operasinya.
Laporan Tahunan 1962 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga menyatakan bahawa objektif utama Suruhanjaya dalam
tahun pertama penubuhannya adalah untuk mewujudkan prinsip dan kaedah yang baik dan sah serta berkekalan bagi
melaksanakan kuasa eksekutif dan tanggungjawab yang diamanahkan di samping untuk memupuk persefahaman,
kerjasama dan keyakinan semua anggota perkhidmatan awam.
1.4 AHLI-AHLI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
Tertakluk kepada Fasal 35(1), Perlembagaan Negeri Sarawak (G.N.S. 163/63), maka hendaklah ada satu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri yang mana keanggotaannya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri di atas nasihat
Ketua Menteri. Keanggotaan Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan tidak
kurang daripada empat (4) orang anggota tetapi bilangan anggota lain tidak boleh melebihi sembilan (9) orang.
Semenjak penubuhannya pada 1 November 1961, Suruhanjaya telah menjalankan fungsi-fungsinya di bawah naungan
Gabenor atau Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Ketua Menteri seperti berikut:
1.5 HIS EXCELLENCY GOVERNOR ATAU TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK
1. Sir Alexander Waddel (1960 – 1963); 5. Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’akub (1981 –
2. Tun Datuk Abang Haji Openg bin Abang Sapiee (1963 1985);
– 1969); 6. Tun Datuk Patinggi Haji Ahmad Zaidi Adruce Muhamed
3. Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang Tuanku Othman Noor (1985 -2000);
(1969 – 1977); 7. Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin
4. Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahudin bin Abang Barieng (2001 – 2014); dan
bin Abang Barieng (1977 – 1981); 8. Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (2014 – kini).
Nota: Definisi “Governor” ditukar kepada “Yang di-Pertua Negeri” menurut Ordinan No. 9/76 mulai 26.8.1976
1.6 KETUA MENTERI SARAWAK 4. Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (1981 – 2014);
5. Pehin Sri Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem (2014
1. Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan (1963 –
1966); – 2017); dan
6. Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman
2. Dato Sri Penghulu Tawi Sli (1966 – 1970);
3. Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’akub (1970 – Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg (2017 – kini).
1981);
pg
14
1.7 SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SARAWAK
Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan Ketua Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Sarawak mempunyai jaringan kerjasama yang erat dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak semenjak
penubuhannya pada tahun 1961.
Gelaran jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah digunakan berkuat kuasa mulai Hari Malaysia, iaitu, pada 16 September
1963. Sebelum itu, gelaran jawatan tersebut dikenali sebagai Ketua Setiausaha kepada Pentadbiran Kerajaan Kolonial.
Berikut merupakan senarai Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak:
1. Datuk George Anthony Theodore Shaw (1963 – 1966); 6. Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Husain (2000 –
2. Tan Sri Datuk Gerunsin Lembat (1966 – 1978); 2006);
3. Datuk Amar Abang Yusuf bin Abang Puteh (1978 – 1985)
4. Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang bin Mohamad Nor (1985 7. Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot (2006 – 2009);
8. Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi bin Abdul Ghani
– 1992);
5. Tan Sri Datuk Amar Haji Hamid Bugo (1992 – 2000); (2009 – 2019); dan
9. Datuk Amar Jaul Samion (2019 - kini).
1.8 PENGERUSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
Berikut merupakan nama Pengerusi SPANS daripada Tahun 1961-2021:
1. Mr. Richard Leslie Vaughan Wilkes (1/11/1961-4/3/1964) 6. Datuk Haji Tuah Johari b. Haji Bojeng (2/4/1977-12/9/1983)
2. Mr. Frederick Richard Keith Kitto (5/3/1964-23/2/1967) 7. Datuk Sri Wan Hashim b. Datuk Tuanku Taha (1/11/1983-
3. Dato Sri John Nichol anak Kassim (15/3/1967-14/3/1971)
4. Datuk Amar Dominic Andrew Dago ak Randan (15/3/1971- 31/10/1989)
8. Tan Sri Datuk Amar Haji Hamdan Sirat (15/12/1989-
31/12/1973)
5. Tun Pehin Sri Abang Hj. Muhamad Salahuddin @ Encik 14/6/2005)
9. Datu Haji Hamzah bin Haji Drahman (1/7/2005-30/6/2011)
Francis Abang Louis Barieng (1/1/1974-1/4/1977) 10. Datu Abdul Ghafur Shariff (1/8/2011- kini)
Fasal 35(9), Perlembagaan Negeri Sarawak menyatakan bahawa sebelum menjalankan fungsi jawatannya, Ahli-Ahli
Suruhanjaya hendaklah berikrar dan menandatangani ikrar seperti yang dinyatakan di Jadual IV di hadapan seorang
Hakim Besar atau seorang Hakim Mahkamah Tinggi.
Upacara Angkat Sumpah oleh Pengerusi
SPANS Datu Abdul Ghafur bin Shariff di
hadapan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi
Datuk Yew Jen Kie, di Mahkamah Tinggi,
Kuching, (Tarikh.1 Ogos 2018)
pg
15
Adalah menjadi tanggungjawab yang penting bagi setiap Ahli Suruhanjaya untuk melaksanakan fungsi jawatannya
dengan penuh amanah dan taat setia kepada Negeri bagi menjunjung, memelihara dan seterusnya melindungi
keluhuran Perlembagaan Negeri Sarawak.
1.9 TIMBALAN PENGERUSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
Di antara tugas Timbalan Pengerusi SPANS adalah menjadi Pengerusi mesyuarat sekiranya berlaku ketiadaan Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.
Berikut merupakan nama Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak daripada tahun 1963-2021:
1. Mr. Kho Soon Ewe (1963-1971); 5. Datuk Polycarp Sim (1980-1991);
2. Temenggong Datuk Montegrai anak Tugang (1971- 6. Datuk Joseph Kong Ted Chong (1991-2009);
1974); 7. Tuan Haji Zakaria P. Nyumay (2009-2016);
8. Datu Romie Sigan Daniel (2017-kini)
3. Datuk Haji Tuah Johari bin Haji Bojeng (1974-1977);
4. Encik Anyau anak Bakit (1977-1979);
Senarai nama penuh bagi keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang merangkumi
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli mulai tahun 1961-2021 boleh dirujuk di dalam Buku “Coffee Table
Menjunjung Amanah dan Tanggungjawab” sempena ulang tahun keenam puluh (60) SPANS.
1.10 FUNGSI DAN PERANAN
Selaras dengan Perkara 36(1), Perlembagaan Negeri Sarawak; fungsi dan peranan Suruhanjaya adalah untuk
melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat,
menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota perkhidmatan negeri.
Bagi melaksanakan fungsi dan peranan tersebut, The Public Service Commission Regulations, 1961 (G.N.No.
S:187/1961) telah digubal. Selaras dengan penubuhan Malaysia, tanggal 16 September 1963, The Public Service
Commission Regulations 1961 telah digantikan dengan The Public Service Commission Rules, 1963 yang sekaligus
menjadikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak sebuah badan eksekutif. The Public Service Commission
Rules 1963 kemudiannya telah dipinda dan digantikan dengan The Public Service Commission Rules 1964.
Bagi memastikan peraturan tersebut selari dengan perubahan masa, The Public Service Commission Rules 1964
juga telah dikemaskini dan dipinda dengan peraturan baru, iaitu, The Public Service Commission Rules, 1996 yang
mana telah digunapakai sehingga kini.
Suruhanjaya juga terikat dengan dasar Kerajaan Negeri di mana antara lainnya, Suruhanjaya hendaklah memastikan
wujudnya keseimbangan dari segi agihan kaum di semua jabatan dan gred perkhidmatan. Dalam urusan kenaikan
pangkat pula, Suruhanjaya hendaklah mempertimbangkan faktor-faktor kekananan, merit dan kebolehan calon
seperti yang terkandung dalam peraturan 7(1), PSC rules.
1.11 HARI MALAYSIA DAN KUASA EKSEKUTIF
Pada 27 Mei 1961 bertempat di Singapura, Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaya telah mengusulkan cadangan
konsep pembentukan Malaysia yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan juga
pg
16
Sarawak. Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan dan lawatan ke Borneo Utara dan Sarawak telah
diadakan sekitar bulan Februari dan April 1962. Kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu secara
prinsipnya bersetuju dengan cadangan pembentukan Malaysia dan seterusnya memutuskan penubuhan Jawatankuasa
Antara Kerajaan (Inter Government Committee - IGC).
Jawatankuasa IGC terdiri daripada wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak.
Tanggungjawab Jawatankuasa IGC adalah untuk merangka peruntukan dalam perlembagaan terutamanya peruntukan yang
diperincikan untuk melindungi hak-hak rakyat di Borneo Utara dan Sarawak. Pada 26 September 1962, usul Jawatankuasa
IGC berkenaan peruntukan perlembagaan tersebut telah diterima pakai oleh Council Negeri, Sarawak.
Lima (5) Jawatankuasa kecil berikut telah ditubuhkan:
i) Jawatankuasa Kecil Perlembagaan;
ii) Jawatankuasa Kecil Fiskal;
iii) Jawatankuasa Kecil Perundangan dan Kehakiman;
iv) Jawatankuasa Kecil Perkhidmatan Awam; dan
v) Jawatankuasa Kecil Jabatan/ Organisasi.
Dua (2) orang Ahli Council Negri, Sarawak telah terlibat dalam penyediaan Laporan IGC pada
awal tahun 1963, iaitu, Pengarah Datuk Montegrai anak Tugang dan Datuk Amar Dominic Andrew
Dago anak Randan. Pengarah Datuk Montegrai ak Tugang telah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya
Perkhidmatan Negeri Sarawak berkuat kuasa pada 15 Mac 1965 sehingga 14 Mac 1974, dan
Datuk Amar Dominic Andrew Dago anak Randan telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak berkuat kuasa 15 Mac 1971 sehingga Disember 1973.
Laporan IGC telah dilengkapkan dan ditandatangani oleh empat pihak, iaitu, Kerajaan British,
Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak pada 27 Februari 1963. Wakil dari Sarawak
yang menandatangani laporan tersebut adalah F.D. Jakeway, P.E.H. Pike, B.A. St. J. Hepburn.,
Abang Hj. Mustapha, Temenggong Jugah Anak Barieng, Bernard Montegrai, Ling Beng Siew,
Chia Chin Sin, dan G.A.T. Shaw, sepertimana beliau ketika itu (Setiausaha Bersama).
Laporan IGC kemudian menjadi sebahagian daripada asas kepada pembentukan Perjanjian
Malaysia. Perjanjian Malaysia telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 oleh wakil dari United
Kingdom, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. Wakil dari
Sarawak yang menandatangani Perjanjian Malaysia pada ketika itu adalah P.E.H. Pike,
Temenggong Jugah, Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Abang Haji Openg,
sepertimana beliau ketika itu.
Akta Malaysia 1963 yang lahir dari Akta Parlimen United Kingdom telah diluluskan oleh
Parlimen Malaysia dan berkuat kuasa mulai 16 September 1963. Perlembagaan Malaysia
kemudiaan dipinda berdasarkan peruntukan-peruntukan yang dipersetujui dalam Perjanjian
Malaysia. Secara pari materia, Perlembagaan Negeri Sarawak juga turut dipinda.
Pindaan tersebut merangkumi peruntukan-peruntukan khas dalam Perlembagaan Sarawak yang Council Negri Debates
menjadi punca kuasa kepada fungsi-fungsi utama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri 1-3 Mei 1962
Sarawak termasuk Borneonisation/Localization, Pemberian Biasiswa Pinjaman dan Latihan dalam
Perkhidmatan dan Peminjaman anggota Perkhidmatan Negeri ke Perkhidmatan Persekutuan.
pg
17
Inter-Governmental Committee (IGC) yang terdiri daripada perwakilan dari Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo
Utara (Sabah) dan Kerajaan Sarawak telah ditubuhkan untuk persediaan pembentukan Persekutuan Malaysia yang
dicadangkan berlangsung pada 31 Ogos 1963. Satu Jawatankuasa Kecil Perkhidmatan Awam juga telah ditubuhkan
di bawah IGC. Laporan IGC telah disiapkan dan ditandatangani pada 27 Februari 1963.
Sehubungan dengan itu juga, mulai Hari Malaysia, iaitu, pada 16 September 1963 lantikan secara ex-officio bagi
melaksanakan tugas Setiausaha Suruhanjaya oleh Pegawai Perjawatan telah dihentikan dan lantikan secara sepenuh
masa bakal pegawai bagi menjalankan tugas Setiausaha dilaksanakan.
Encik Abang Muhammad bin Abang Sarkawi telah dilantik pada suku keempat tahun 1963 sebagai Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Beliau kemudian telah dihantar ke Manchester University,
United Kingdom untuk menjalani kursus jangka pendek mulai Februari sehingga Ogos 1964. Sepanjang tempoh
tersebut, Penolong Setiausaha Suruhanjaya iaitu Encik Yii Fung Mu telah dilantik untuk memangku jawatan sebagai
Setiausaha Suruhanjaya. Encik Abang Muhammad bin Abang Sarkawi kembali pada bulan Ogos 1964, dan seterusnya
menjalankan tugas sebagai Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Sarawak.
Pada tahun 1965, Encik Wan Ali bin Tuanku Ibrahim telah dilantik sebagai Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Negeri Sarawak. Pada akhir tahun 1965, SPANS yang beroperasi di Aurora Chambers, Aurora Hotel mempunyai
enam (6) orang kakitangan yang terdiri daripada Setiausaha, seorang Penolong Setiausaha, seorang Ketua Kerani,
dua (2) orang Kerani/Jurutaip dan seorang Pelayan Pejabat.
Encik Frederick Richard K. Kitto telah dilantik sebagai Pengerusi SPANS bagi menggantikan Encik R.L.V Wilkes
yang telah tamat lantikan sebagai Pengerusi SPANS pada 4 Mac 1964. Encik Frederick Richard K. Kitto pernah
berkhidmat sebagai Pengarah, Jabatan Tanah dan Survei, Sarawak pada tahun 1953 dan sebagai Commissioner
of Lands, British Solomon Islands Protectorate (1956-1958) telah menyandang jawatan sebagai Pengerusi SPANS
sehingga 23 Februari 1967.
1.12 BORNEONISATION
Semangat dan keinginan yang tinggi untuk mentadbir negara sendiri dan bebas daripada jajahan Koloni British telah
dirasai di kalangan rakyat sebelum pembentukan Malaysia lagi. Rakyat mengharapkan perubahan di mana warga tempatan
mempunyai peluang untuk mengisi pelbagai jawatan di jabatan-jabatan Kerajaan dapat direalisasikan secepat mungkin.
Ini kerana, rakyat merasakan tidak ingin lagi untuk diperintah atau ditadbir oleh Negara asing mahupun warga asing.
Selaras dengan Perjanjian Malaysia, Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan telah dilantik
sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 22 Julai 1963. Dan pada masa yang sama, sistem Kerajaan Berkementerian telah
diwujudkan dan Kabinet Negeri (Supreme Council) juga telah ditubuhkan. Hari bersejarah ini kini dikenali sebagai Hari
Sarawak.
Tanggal 15 September 1963, H.E. Governor, Sarawak daripada penjajahan British yang terakhir, iaitu, Sir Alexander Waddell
telah kembali ke London. Sejurus itu, Tun Datuk Abang Haji Openg bin Abang Sapiee telah dilantik sebagai Tuan Yang
Terutama Gabenor Sarawak pada 16 September 1963. Pada hari tersebut juga, perbarisan secara besar-besaran yang
dihadiri oleh ribuan orang telah diadakan di Padang Merdeka bagi menyambut Hari Malaysia.
Datuk George Anthony Theodore Shaw merupakan Ketua Setiausaha Kerajaan (Chief Secretary) Koloni yang terakhir
daripada penjajahan British pada 15.9.1963 dan Setiausaha Kerajaan (State Secretary) Negeri pada 16.9.1963 hingga
31.08.1966. Warga tempatan yang pertama sekali dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri ialah Tan Sri Gerunsin
Lembat, iaitu, mulai dari 1 September 1966 sehingga 14 Mac 1978.
pg
18
Pada 16 September 1963, selaras dengan peruntukan Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Sarawak, Suruhanjaya telah
melaksanakan kuasa Eksekutifnya, iaitu, melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan
berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota Perkhidmatan
Awam Negeri Sarawak.
Dengan pembentukan Persekutuan Malaysia tanggal 16 September 1963, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak perlu mengurus dua (2) isu besar, iaitu;
i) Borneonisation or Localization of State Civil Service di bawah Perkara 54 Perlembagaan Negeri Sarawak; dan
ii) Peminjaman anggota Perkhidmatan Awam Negeri ke Perkhidmatan Persekutuan di bawah Perkara 55 Perlembagaan
Negeri Sarawak untuk berkhidmat di jabatan-jabatan Persekutuan, di mana ianya terletak di bawah Kerajaan Negeri
sebelum pembentukan Malaysia.
Prosedur Borneonisation bagi Perkhidmatan Awam adalah diperuntukkan di bawah Perkara 56, Perlembagaan Negeri
Sarawak. Ianya merupakan proses bersara wajib bagi jawatan-jawatan dalam Perkhidmatan Awam yang disandang oleh
warga asing atau ekspatriat untuk memberi laluan kepada warga-warga tempatan.
1.13 SENARIO DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI
Encik R.L.V Wilkes selaku Pengerusi Suruhanjaya telah melaporkan pada tahun 1964 bahawa Suruhanjaya adalah
tertakluk kepada peruntukan Perkara 38 Perlembagaan Negeri Sarawak di dalam mempertimbangkan urusan
kenaikan pangkat.
Perhatian juga diberikan kepada Perkara 38 Perlembagaan Negeri Sarawak yang menyatakan bahawa semua orang,
tanpa mengira kaum dalam gred yang sama di dalam Perkhidmatan Awam Negeri yang tertakluk kepada terma dan
syarat lantikan hendaklah dijalankan dengan adil.
Selanjutnya, dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold, Inter-Governmental Committee, dan beberapa pandangan
daripada orang awam telah menekankan kepentingan untuk mengekalkan perkhidmatan pegawai-pegawai ekspatriat
yang berpengalaman dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang. Perkara ini dianggap munasabah sekiranya
mereka akan dilucutkan daripada prospek kenaikan pangkat walaupun dari segi syarat perkhidmatan, kekananan,
kemampuan dan pengalaman mereka adalah layak.
Bagi jawatan dalam gred rendah pula, jumlah calon yang mempunyai sijil persekolahan dari luar negara (Senior
Cambridge) untuk lantikan ke perkhidmatan dilihat jauh lebih rendah daripada jumlah kekosongan jawatan,
terutamanya, dalam perkhidmatan perkeranian am. Kebanyakan jawatan tersebut disandang secara sementara oleh
lelaki dan wanita tempatan yang berkelayakan rendah.
Laporan Tahunan 1964 juga menyatakan bahawa Pelantikan dan kenaikan pangkat di semua jabatan bagi jawatan
yang tidak terdapat di dalam waran perjawatan Bahagian III yang bergaji kurang daripada $415 sebulan, dan jawatan
yang terdapat atau tidak terdapat di dalam waran perjawatan Bahagian IV (Kecuali Perkhidmatan Pentadbiran
Sarawak, dan Perkhidmatan Perkeranian Am) telah diperturunkan kuasa kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan
Ketua Jabatan.
Bagi lantikan ke Perkhidmatan Awam Negeri, Suruhanjaya dengan tegasnya mematuhi peraturan di mana urusan
pengambilan seharusnya berdasarkan kepada kelayakan akademik dan kelayakan lain yang telah ditetapkan oleh
Suruhanjaya seperti yang terkandung di dalam Notis Jawatan Kosong. Namun begitu, Suruhanjaya kekadang
menggunakan budi bicaranya mengenai kelayakan akademik sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan
6(1), Peraturan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 1964 dalam urusan kenaikan pangkat, terutamanya yang berkaitan
pg
19
dengan Borneonisation. Peruntukan ini menyatakan bahawa unsur-unsur merit, kebolehan, kekananan, pengalaman
dan kelayakan haruslah dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat.
Menjelang tahun 1966, keanggotaan Suruhanjaya telah bertambah kepada 6 orang, termasuk Pengerusi dan
Timbalan Pengerusi. Dato Sri John Nicol ak Kassim telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya mulai tahun 1967
sehingga tahun 1971.
Pada tahun 1970, keanggotaan SPANS terdiri daripada Dato Sri John Nicol ak Kassim selaku Pengerusi, Encik Kho
Soon Ewe selaku Timbalan Pengerusi, dan Ahli-Ahli yang lain, iaitu, Tuan Haji Satem bin Haji Sulong, Pengarah
Datuk Montegrai ak Tugang, Encik Ee Lai Watt, dan Abang Zainorin bin Abang Haji Morshidi. Setiausaha SPANS
pada ketika itu ialah Encik Yii Fung Mu.
Seperti yang dilaporkan oleh Pengerusi SPANS, Dato Sri John Nicol ak Kassim pada tahun 1967, walaupun terikat
dengan kuasa yang diperuntukkan dalam Perkara 38 dan Perkara 56(2) Perlembagaan Negeri Sarawak, pencapaian
yang memuaskan dan kecekapan dalam perkhidmatan masih dikekalkan semasa proses Borneonisation. Kesemua
jawatan-jawatan kanan di dalam Perkhidmatan Pentadbiran termasuk lima (5) jawatan Residen dan dua puluh (20)
Pegawai Daerah disandang oleh Pegawai dari Sarawak. Bagi tiga puluh lapan (38) jawatan teknikal dan profesional
tertinggi pula, dua puluh enam (26) jawatan telah disandang oleh pegawai tempatan dan dua belas (12) jawatan
disandang oleh pegawai ekspatriat. Seratus Sembilan (109) orang pegawai ekspatriat telah bersara di bawah skim
Borneonisation bermula dari Hari Malaysia sehingga akhir tahun 1967.
Dalam proses Borneonisation, Kerajaan Negeri berpegang kepada pendirian walaupun menghadapi kesukaran
untuk mendapatkan calon pegawai yang sesuai dan berkelayakan, namun, pelaksanaannya hendaklah dibuat tanpa
menurunkan standard kecekapan perkhidmatan.
Pada 1 Januari 1974, Encik Francis Abang Louis Barieng telah dilantik sebagai Pengerusi
SPANS. Pada tahun 1977, SPANS telah merekodkan sejarah tersendiri di mana Tun
Pehin Sri Haji Muhammad Salahudin Abang Barieng @ Encik Francis Abang Louis
Barieng telah menamatkan lantikan sebagai Pengerusi SPANS kerana dilantik sebagai
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ketiga berkuat kuasa 2 April 1977.
Pada 2 April 1977, Datuk Haji Tuah Johari bin Haji Bojeng telah dilantik sebagai
Pengerusi SPANS.
Pada tahun 1978, Datuk Haji Tuah Johari bin Haji Bojeng, Pengerusi SPANS pada
ketika itu melaporkan bahawa pelaksanaan polisi Borneonisation telah dilaksanakan
sepenuhya. Polisi tersebut telah mengambil masa selama empat belas (14) tahun, iaitu,
dari tahun 1964 sehingga tahun 1978 untuk dilaksanakan.
Sehingga tahun 1983, keanggotaan SPANS masih terdiri daripada 6 orang ahli termasuk
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.
1.14 PENGASINGAN PERKHIDMATAN DAN PINJAMAN DI ANTARA KAKITANGAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN DAN NEGERI
Sebelum pembentukan Malaysia, terdapat sebahagian daripada pegawai-pegawai perkhidmatan awam negeri yang
berkhidmat di beberapa jabatan seperti Penerbangan Awam, Jabatan Koperasi, Pelajaran, Hasil Dalam Negeri, Perangkaan,
Pendaftaran, Survei Geologi, Penerangan, Penjara, Kastam Diraja dan Eksais, Polis, Pos dan Telekomunikasi, Perubatan,
Percetakan dan Penyiaran.
pg
20
Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, selaras dengan Perjanjian Malaysia, Perlembagaan Persekutuan
dan Perlembagaan Negeri Sarawak, jabatan-jabatan tersebut telah ditukar menjadi Jabatan Persekutuan yang diurus dan
dikawal selia oleh Kerajaan Persekutuan.
Tujuan pengasingan atau peralihan adalah untuk mengasimilasikan sistem pentadbiran negeri (jabatan-jabatan berkenaan)
kepada sistem pentadbiran negara mengikut Perjanjian Malaysia yang mana pentadbiran dibahagikan mengikut Perkara 74.
Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama, dan Perkara 77 Kuasa baki Perundangan dalam Perlembagaan
Persekutuan.
Bermula dari tahun 1964, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri bersama-sama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Persekutuan Cawangan Sarawak telah bekerjasama untuk memastikan proses peralihan jabatan-jabatan tersebut
dilaksanakan dengan lancar, terutamanya, yang melibatkan skim perkhidmatan dan syarat-syarat perkhidmatan bagi
Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri yang ingin kekal di Jabatan Persekutuan atau yang ingin kembali berkhidmat
di Jabatan Negeri.
Perkara 55 Perlembagaan Negeri Sarawak berkenaan peminjaman kakitangan awam ke Perkhidmatan Awam Persekutuan
antara lainnya, menyatakan perkara-perkara seperti berikut;
(i) Semua anggota pasukan Polis (tidak termasuk anggota yang sedang bercuti sebelum bersara) hendaklah pada
Hari Malaysia dipinjamkan kepada pasukan Polis Persekutuan;
(ii) Sebarang jawatan dalam cabang kehakiman dan perundangan diletakkan di bawah perkhidmatan persekutuan.
Setiap orang yang berkhidmat dalam jawatan tersebut semasa penguatkuasaan perlembagaan ini pada Hari
Malaysia hendaklah dipinjamkan terus di bawah perkhidmatan persekutuan; dan
(iii) Mana-mana jawatan di dalam perkhidmatan awam dijadikan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam Am
Persekutuan. Barang siapa yang sedang menjawat jawatan tersebut semasa penguatkuasaan perlembagaan ini
dan sebelum Hari Malaysia hendaklah dipinjamkan terus ke Perkhidmatan Awam Am Persekutuan.
Selaras dengan Perkara 57 Perlembagaan Negeri Sarawak, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri adalah ex-officio
Pengerusi kepada Lembaga Polis Sarawak yang mengawal selia disiplin anggota perkhidmatan awam yang dipinjam ke pasukan
polis.
Berdasarkan Perkara 146(A) Perlembagaan Persekutuan, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri merupakan Ahli
dalam cawangan Suruhanjaya Kehakiman dan Perundangan Negeri-Negeri Borneo.
Pengerusi SPANS, iaitu, Datuk Haji Tuah Johari bin Haji Bojeng turut melaporkan pada tahun 1976 bahawa Pengerusi SPANS
juga telah berhenti daripada menjadi ahli dalam cawangan Kehakiman dan Perundangan Negeri-Negeri Borneo berkuat kuasa
pada 26 Ogos 1976.
Berdasarkan Perkara 146(B) Perlembagaan Persekutuan, dinyatakan juga bahawa Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli
SPANS adalah terdiri daripada ex-officio Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Cawangan Sarawak. Mesyuarat
yang dihadiri oleh Pengerusi SPA Malaysia dan seorang Ahli turut diadakan di Kuching sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Seperti yang dilaporkan oleh Pengerusi SPANS, Datuk Haji Tuah Johari bin Haji Bojeng pada tahun 1976, disebabkan kelancaran
pelaksanaan peralihan pelantikan, maka Ahli-Ahli SPANS tidak lagi dilantik di kalangan ex-officio Ahli-Ahli SPA Malaysia cawangan
Sarawak berkuat kuasa pada 26 Ogos 1976. Turut dilaporkan, berkuat kuasa daripada tarikh tersebut, Pengerusi SPANS juga
tidak lagi menjadi ex-officio Pengerusi Lembaga Polis.
Datuk Haji Tuah Johari bin Haji Bojeng turut juga melaporkan bahawa bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak hanya terhad kepada pengurusan hal ehwal Perkhidmatan Awam Negeri sahaja.
pg
21
1.15 BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK
Sebelum tahun 1962, perkara berkaitan latihan dan pembangunan adalah diuruskan oleh Unit Latihan dan Unit Perjawatan,
Pejabat Ketua Setiausaha (Chief Secretary Office). Unit Latihan kemudiannya pada tahun 1962 telah menyerahkan segala
rekod berkaitan biasiswa dan latihan khas bagi tujuan kenaikan pangkat di dalam perkhidmatan awam kepada Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak telah memainkan peranan sebagai Jawatankuasa Pemilihan mulai
tahun 1963. Dalam Laporan Tahunan 1963 hingga 1985, seringkali dibangkitkan bahawa SPANS tidak mempunyai kuasa
statutori (statutory power) untuk menjalankan fungsi berikut disebabkan tiada peruntukan undang-undang khas di dalam
Perlembagaan Negeri Sarawak yang memperuntukkan kuasa statutori tersebut:
a) Pemberian biasiswa kepada pelajar diploma, ijazah sarjana muda dan pasca siswazah melalui sumbangan atau
peruntukan daripada Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan negara-negara penyumbang yang lain di bawah
Pelan Colombo; dan
b) Memilih penjawat awam yang sedang berkhidmat untuk pemberian biasiswa atau mengikuti latihan di dalam
perkhidmatan ke luar negara bagi tujuan kenaikan pangkat.
Dari tahun 1960 sehingga tahun 1967, laporan tahunan menunjukkan bahawa pemberian biasiswa bagi tujuan persediaan
dan kelayakan memasuki perkhidmatan awam lebih banyak diberikan kepada bukan bumiputera Sarawak berbanding
bumiputera Sarawak. Ini adalah disebabkan kebanyakan Bumiputera Sarawak tidak memenuhi syarat atau kelayakan
minimum untuk memohon terutamanya dalam bidang Sains.
Oleh yang sedemikian, Suruhanjaya telah diberikan peringatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak mengenai Perkara 39
di dalam Perlembagaan Negeri Sarawak yang memberi keistimewaan kepada Bumiputera Sarawak dalam pemberian
biasiswa tersebut dan dalam pengambilan pegawai untuk berkhidmat dalam ke Sarawak Administrative Service.
Berkuat kuasa dari 1 Januari 1970, segala urusan pengiklanan, temu duga dan pemilihan calon yang layak diberikan
biasiswa di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan telah dikembalikan kepada Kerajaan Persekutuan.
Sehubungan itu, Suruhanjaya hanya bertanggungjawab dalam urusan pemberian biasiswa Kerajaan Negeri bagi diploma
dalam jurusan Kejuruteraan dan Pertanian serta Ijazah dalam jurusan Sains Veterinar dan Perhutanan.
Pada penghujung tahun 1970, seramai tiga ratus tujuh puluh tujuh (377) orang pelajar Sarawak yang terdiri daripada
seratus lima (105) bumiputera dan dua ratus tujuh puluh dua (272) bukan bumiputera telah diberikan biasiswa untuk
mengikuti pengajian ke luar negara dalam pelbagai bidang di peringkat diploma dan ijazah.
Pengerusi SPANS, iaitu, Dato Sri Wan Hashim bin Datu Tuanku Taha telah melaporkan dalam Laporan Tahunan 1985
bahawa SPANS dengan kerjasama Unit Latihan di Pejabat Ketua Menteri Sarawak telah dipertanggungjawabkan di
bawah Perkara 39(3), Perlembagaan Negeri Sarawak untuk mengendalikan dan menganugerahkan biasiswa pinjaman dan
pinjaman pendidikan kepada sesiapa yang memohon untuk mengikuti pelbagai kursus latihan dan akademik.
Pada tahun 1994, Pengerusi SPANS pada ketika itu, iaitu, Tan Sri Datuk Amar Haji Hamdan Sirat melaporkan bahawa
tanggungjawab untuk mengendalikan dan menganugerahkan biasiswa pinjaman telah diserahkan sepenuhnya kepada
SPANS. Dengan kuasa penuh tersebut, pengurusan dan pemberian biasiswa pinjaman dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan. Sebanyak 667 permohonan telah diterima pada tahun itu dan seramai 210 orang telah berjaya ditawarkan
selepas ditemuduga. Hanya 173 orang telah menerima tawaran biasiswa.
Pada tahun 1996, pihak Suruhanjaya Perhidmatan Awam Negeri Sarawak dan pihak Yayasan Sarawak bersetuju untuk
menubuhkan Urus setia bersama di Tingkat 9, Wisma Satok, Kuching bagi mengendalikan proses-proses tawaran Biasiswa.
pg
22
Urusan temu duga telah dijalankan oleh kedua-dua pihak bertempat di pusat-pusat pengajian tinggi tempatan seluruh
Malaysia.
Pada tahun 1997, selain daripada menawarkan Biasiswa Pinjaman kepada pelajar-pelajar peringkat Ijazah dan Diploma di
Universiti-Universiti Tempatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak juga turut memberi bantuan berbentuk
Dermasiswa kepada pelajar-pelajar bumiputera yang mengikut pengajian peringkat Diploma di Institusi Teknologi Mara
seluruh Negara. Seramai 201 orang pelajar telah diberikan Dermasiswa.
Pada tahun 1998, seramai 759 permohanan diterima, 676 telah ditemuduga dan 409 telah ditawarkan biasiswa pinjaman.
Daripada itu, 105 telah menolak tawaran kerana mendapat tawaran daripada pihak lain. Pada tahun 1998, bilangan pelajar
yang ditawarkan ‘Dermasiswa’ adalah seramai 201 orang.
Seperti yang dilaporkan dalam Laporan Tahunan 2010, sistem permohonan secara atas talian biasiswa pinjaman, iaitu,
e-scholarship telah diwujudkan. Sehingga kini, SPANS hanya mengendalikan dan menganugerahkan biasiswa pinjaman
kepada pelajar-pelajar sepenuh masa yang mengikuti pengajian dalam peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di
Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Universiti Awam sahaja. Penawaran juga turut diberikan kepada semua bidang
pengajian, kecuali Pendidikan (Perguruan) dan Perubatan.
Sesi temu duga bagi pemilihan biasiswa pinjaman diadakan di seluruh Malaysia mengikut lokasi-lokasi pengajian
pemohon. Pada tahun 2018 juga, SPANS telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri bagi menetapkan jumlah
penawaran biasiswa pinjaman kepada 350 orang pelajar setahun. Perjanjian biasiswa juga turut dikemaskini mengikut
keperluan semasa. Selain daripada itu, polisi pengurusan biasiswa pinjaman juga telah dibukukan bagi memastikan proses
pengurusan biasiswa pinjaman dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan telus. Pada penghujung tahun 2020, sistem
e-scholarship juga telah melalui penambahbaikan yang mengikut keperluan semasa dengan teknologi terkini. Sistem
tersebut kini berwajah lebih menarik dan mesra pengguna kepada orang awam.
1.16 SKIM PERKHIDMATAN DAN BIDANG KUASA
Berdasarkan sumber rekod daripada Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Perkhidmatan Awam Negeri telah mengguna
pakai beberapa skim perkhidmatan seperti berikut bermula dari tahun 1936 sehingga kini:
• Breen Report (1936); • Suffian Salaries Commission Report (1969 – 1977);
• Benham Report (1951); • Cabinet Committee Report (1978 – 1991);
• Bain Report (1956 – 1962); • Sistem Saraan Baru (1992 – 2002); dan
• Watson Report (1963); • Sistem Saraan Malaysia (1 November 2002 hingga
• Secretariat Circular (1965 – 1968); kini).
Sistem Saraan Malaysia telah diterima pakai oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada awal tahun 2003. Syarat-syarat
perkhidmatan telah dinyatakan dengan jelas di bawah sistem ini. Semua iklan kekosongan jawatan hendaklah
mematuhi syarat-syarat perkhidmatan tersebut. Contohnya, dari segi kelayakan akademik minimum bagi memasuki
sesebuah skim perkhidmatan.
Pada awal penubuhan SPANS, terdapat segelintir pemohon yang kurang faham atau tidak merujuk kepada syarat-
syarat perkhidmatan berkenaan kemasukan ke Perkhidmatan Awam Negeri. Memetik kenyataan Pengerusi SPANS,
Dato Sri John Nicol dalam Laporan Tahunan 1967, beliau mengatakan bahawa terdapat segelintir masyarakat
pg
23
beranggapan kelayakan akademik atau syarat-syarat perkhidmatan bagi kemasukan ke Perkhidmatan Awam adalah
ditetapkan oleh Suruhanjaya. Beliau menjelaskan lagi bahawa Suruhanjaya adalah tertakluk kepada syarat-syarat
perkhidmatan yang telah ditetapkan oleh skim perkhidmatan yang diguna pakai pada masa itu oleh ketua-ketua
jabatan. Pengisian jawatan kosong pada ketika itu dibuat berdasarkan kelayakan minimum yang telah ditetapkan.
1.17 BIDANG KUASA (JURISDICTION)
Selaras dengan Perkara 36(1), Perlembagaan Negeri Sarawak, fungsi dan peranan Suruhanjaya adalah untuk melantik,
mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan
menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota perkhidmatan negeri.
Berdasarkan Laporan Tahunan 1962, berikut merupakan senarai jabatan-jabatan yang di bawah bidang kuasa SPANS bagi
urusan cadangan lantikan, pembaharuan kontrak dan kenaikan pangkat oleh H.E Governor dan Ketua Setiausaha:
• Pertanian; • Perhutanan; • Marin;
• Audit; • Pentadbiran; • Perubatan;
• Penyiaran • Geological Survey; • Muzium;
• Boys Home; (Tunas Bakti) • Lembaga Hasil; • Percetakan,
• Borneo Literature Bureau; • Imigresen; • Pejabat Pos;
• Polis; • Kehakiman; • Kerja Raya;
• Co-operative Development; • Jabatan Buruh; • Kastam; dan
• Pendidikan; • Tanah dan Survei; • Perbendaharaan.
Laporan Tahun 1964 juga menyatakan bahawa bidang kuasa SPANS dalam membuat keputusan bagi urusan melantik, kenaikan
pangkat, pemangkuan dan pembaharuan kontrak perkhidmatan adalah melibatkan kumpulan berikut:
i) Division I, Superscale Posts. Division I (Timescale) Established Posts;
ii) Division I (Timescale) Non-Established Posts;
iii) Division II Established Posts (State & Federal Departments) and;
iv) Divisivion II, Non-established Posts (State & Federal Departments).
Bagi jawatan-jawatan skel C4 ke atas di dalam perkhidmatan persekutuan adalah tertakluk kepada bidang kuasa
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Cawangan Sarawak.
Laporan Tahunan 1964 turut melaporkan bahawa tertakluk kepada peraturan 4(ii), 5(i) dan 6 Bahagian II Ordinan
Kuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan), kelulusan Suruhanjaya hendaklah diperoleh terlebih dahulu sebelum lantikan
bagi jawatan yang mempunyai kadar gaji lebih daripada $415 sebulan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Peraturan tersebut juga mengkehendaki semua iklan kekosongan berkaitan dengan jawatan tersebut dibuat melalui
Suruhanjaya.
Bagi Majlis Perbandaran Kuching pula, tertakluk kepada Kuching Municipal Ordinance (Cap.116), kelulusan
Suruhanjaya hendaklah diperoleh terlebih dahulu sebelum lantikan bagi jawatan yang mempunyai kadar gaji lebih
daripada $360 sebulan dilaksanakan.
pg
24
Hanya pada tahun 1970, bidang kuasa SPANS di bawah Perkara 36(1) Perlembagaan Negeri Sarawak yang merangkumi
perkara-perkara berikut dilaporkan dengan jelasnya:
i) Terpakai kepada semua pegawai di bawah Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak;
ii) Terpakai kepada semua pegawai guna sama di bawah Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak atau Persekutuan
yang merangkumi Perkhidmatan Pentadbiran Sarawak dan Perkhidmatan Perkeranian Am; dan
iii) Terpakai kepada semua pegawai Persekutuan di bawah skel gaji C4, N5 dan P8; kecuali Unit Beruniform Polis
Diraja Malaysia dan Perkhidmatan Kehakiman atau Pegawai Undang-Undang.
Selain daripada Unit Beruniform Polis Diraja Malaysia dan Perkhidmatan Kehakiman atau Pegawai Undang-Undang,
bidang kuasa Suruhanjaya dalam kawalan disiplin turut terpakai kepada semua Pegawai Sarawak yang berkhidmat
dengan Jabatan Persekutuan kecuali bagi pegawai yang dilantik atau dinaikkan pangkat kepada skel C4 dan N5
selepas Hari Malaysia.
Setelah Pengasingan Perkhidmatan dan Pinjaman di antara Kakitangan Kerajaan Persekutuan dan Negeri dilaksanakan
dengan sepenuhnya pada tahun 1978, bidang kuasa Suruhanjaya kemudian hanya terpakai kepada Kementerian
Negeri, Jabatan Negeri, dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri sahaja.
Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri, 1996 (Swk. L.N. 1/96) telah dibuat di bawah Seksyen 3 Ordinan Perkhidmatan
Awam Negeri (Syarat Perkhidmatan), 1994 yang telah berkuat kuasa pada 2 Januari 1996. Manakala, Kaedah-Kaedah
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 1996 (Swk.L.N. 14/1996) juga telah dibuat di bawah Perkara 37(3) Perlembagaan
Sarawak dan berkuat kuasa pada 1 Januari 1996. Kewujudan Perintah Am yang berdekad lamanya dilihat harus
dikemas kini selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa.
Sesi dialog dan libat urus yang melibatkan Ketua-Ketua Jabatan dari Kuching, Sibu dan Miri telah diadakan secara
berperingkat pada tahun 1998. Penglibatan SPANS pada ketika itu telah diketuai oleh Pengerusinya, Tan Sri Datuk
Amar Haji Hamdan Sirat dengan kesemua Ahli, Setiausaha dan Penolong Setiausaha. Sesi tersebut telah dilaporkan
oleh Setiausaha di dalam Laporan Tahunan 1998 seperti di bawah:
“Pada 1998, SPANS telah menganjurkan Majlis Dialog dengan Ketua-Ketua Jabatan dari seluruh Negeri, Sarawak.
Majlis Dialog tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan peranan
Ketua-Ketua Jabatan dalam melaksanakan peruntukan-peruntukan di bawah Perintah Am Perkhidmatan Awam
Sarawak 1996 dan Kaedah-Kaedah SPA 1996. Ahli-Ahli panel dialog tersebut terdiri daripada Pengarah, Bahagian
Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri, Timbalan Peguam Besar dan pihak SPANS sendiri.
Sambutan terhadap dialog tersebut sungguh memberangsangkan di mana Majlis Dialog di Kuching pada 21 Februari
1998 telah dihadiri oleh 35 orang Ketua-Ketua Jabatan dari Bahagian Kuching dan Samarahan.
Majlis Dialog di Sibu pula yang diadakan pada 21 Mac 1998 telah dihadiri oleh seramai 57 orang Ketua-Ketua
Jabatan dari Bahagian Sibu, Sarikei dan Kapit.
Sementara di Miri, ianya diadakan pada 28 Mac 1998 dan Majlis tersebut telah dihadiri oleh seramai 41 orang
Ketua-ketua Jabatan dari Bahagian Miri, Bintulu dan Limbang.
Dialog tersebut telah memberikan perkembangan yang positif khasnya dari segi perakuan untuk pengesahan dalam
jawatan dan pelanjutan tempoh percubaan. Sejak daripada dialog tersebut, diperhatikan banyak perakuan untuk perkara
berkenaan telah dikemukakan oleh Ketua Jabatan dalam tempoh masa yang sepatutnya iaitu menepati kehendak-
kehendak yang dinyatakan di bawah Perintah Am 27, Perintah-Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 1996.
pg
25
Ini merupakan satu perkembangan yang positif, bagaimanapun perkara ini masih perlu dipertingkatkan lagi
kerana masih ada sebilangan perakuan untuk pengesahan dalam jawatan dan pelanjutan tempoh percubaan yang
dikemukakan telah melepasi tempoh yang sepatutnya. Saya berharap perkara ini akan terus mencapai kemajuan
yang positif dari semasa ke semasa.”
Berkuat kuasa pada 1 Julai 2000, selaras dengan Local Authority Service Regulations 2000, SPANS adalah merupakan
badan yang berkuasa untuk melantik, mengesahkan, menaikkan pangkat dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas
semua pegawai Pihak Berkuasa Tempatan.
Setakat bulan Mac 2021, bidang kuasa SPANS telah merangkumi 11 Kementerian Negeri, 18 Jabatan Negeri,
12 Pejabat Residen, 40 Pejabat Daerah dan 14 Unit atau Agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Di
bawah Pihak Berkuasa Tempatan pula, bidang kuasa SPANS adalah terpakai kepada 19 Majlis Daerah, 2 Majlis
Bandaraya dan 3 Majlis Perbandaraan. Bidang kuasa tersebut kini terpakai kepada 16,683 kakitangan PANS, dan
3,723 kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan.
Bagi kuasa-kuasa SPANS yang telah diwakilkan kuasa kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan
melalui Perwakilan Kuasa 2004 pula, pemantauan berterusan dilakukan melalui pelaporan secara bulanan atau berkala
dalam Mesyuarat SPANS bagi memastikan fungsi dan peranan yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan
Negeri Sarawak dilaksanakan dengan berkesan.
Sebagai satu contoh, Mesyuarat Pemantauan bersama Jabatan Kerja Raya Negeri (JKR) Sarawak yang dipengerusikan
oleh Timbalan Pengerusi SPANS pada 12 Julai, 2019 di Pejabat SPANS, Wisma Satok turut membincangkan isu-isu
berkaitan Sumber Manusia di JKR, Sarawak.
1.18 PENGAMBILAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PERKHIDMATAN
Seawal penubuhannya pada 1 November 1961 sehingga 31 Disember 1961, SPANS sebagai badan penasihat hanya
mengadakan 7 mesyuarat dan mengemukakan perakuan 64 jawatan yang merangkumi 22 jawatan untuk lantikan pertama,
23 jawatan kenaikan pangkat, 10 jawatan untuk pemangkuan, 2 jawatan untuk disahkan jawatan, 6 kes disiplin dan 1 kes
untuk petisyen.
Pada tahun berikutnya (1962), SPANS telah berjaya untuk mengemukakan 234 perakuan kepada H.E Governor dan 127
perakuan kepada Ketua Setiausaha. Perakuan-perakuan tersebut merangkumi lantikan pertama, pembaharuan kontrak
lantikan, kenaikan pangkat, pemangkuan dan pengesahan jawatan.
SPANS juga turut terlibat dalam pemilihan 86 pegawai untuk dihantar mengikuti latihan bagi tujuan kenaikan pangkat, 3
pegawai untuk dilanjutkan tempoh perkhidmatan melebihi tempoh matang umur bersara, 11 kes disiplin dan 3 kes untuk
petisyen.
Bermula dari 1 Januari 1963 sehingga 15 September 1963, sebagai sebuah badan penasihat, SPANS telah mengemukakan
cadangan mengenai 514 jawatan kepada H.E Governor.
Perkembangan SPANS sepanjang tempoh penubuhannya akan dibentangkan melalui persembahan data mengikut tempoh
60 dekad yang merangkumi tahun 1970, 1980, 1990, 2000, 2010 dan 2020. Maklumat dan data yang dibentangkan adalah
sama seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Tahunan SPANS.
Cara pelaporan data dan maklumat di dalam Laporan Tahunan SPANS berbeza dari zaman ke zaman kerana tiada format
standard yang ditetapkan. Sejajar dengan arus kemajuan dan teknologi terkini, Laporan Tahunan SPANS kini telah disediakan
menggunakan format yang jelas, teratur dan menarik seperti di tahun 2014-2020. Pencapaian Perkhidmatan (muka surat 54)
pg
26
Jadual-jadual berikut merupakan data mengenai keputusan-keputusan yang telah diputuskan oleh SPANS dalam menjalankan
fungsi dan peranannya.
Jadual 1: Prestasi Pelaksanaan Fungsi-Fungsi SPANS Tahun 1970 Jadual 3: Prestasi Pelaksanaan Fungsi-Fungsi SPANS Tahun 1990
Bil. Keputusan Jumlah Bil. Keputusan Jumlah
459 81
1. Lantikan pertama 36 1. Lantikan pertama (Pengiklanan) 20
109
2. Pembaharuan kontrak lantikan 228 2. Lantikan pertama (terus) 41
4 3
3. Pemangkuan 50 3. Lantikan pertama (termasuk kekosongan yang 116
43 diiklankan pada 1989) 168
4. Kenaikan Pangkat 73 132
6 4. Lantikan secara kontrak 32
5. Diturun pangkat 1 10
3 5. Pemangkuan 8
6. Pemberian taraf tetap dan berpencen 3 14
19 6. Kenaikan Pangkat
7. Pengesahan dalam jawatan 2 11
11 7. Pelantikan menjalankan tugas
8. Pelanjutan tempoh percubaan 4
10 8. Pengesahan dalam jawatan 13
9. Extension of pensionable service 6
1 9. Lanjutan Bagi Tempoh Perkhidmatan Sementara 8
10. Extension of Non-establisment appointment 3
10. Pelantikan Secara Pinjaman 27
11. Re-engagement after appointment 450
11. Lanjutan Bagi Tempoh Pelantikan Pinjaman
12. Penamatan perkhidmatan 18
Pelantikan Semula Selepas Bersara 1
13. Disiplin 12. (Pelantikan Sementara)
1
14. Petisyen 13. Surcaj di bawah Akta Acara Kewangan 28
Tahun 1957
15. Surcaj
16. Latihan dalam perkhidmatan Prospect of 14. Ditahan kenaikan gaji
promotion
15. Diberhentikan kenaikan gaji
17. Confirmation of promotion on trial
16 Ditangguhkan kenaikan gaji
18. Penangguhan pergerakan gaji
17 Pelanjutan Bagi Tempoh Perkhidmatan
JUMLAH 1,061 Percubaan
18 Pemberian taraf berpencen
Jadual 2: Prestasi Pelaksanaan Fungsi-Fungsi SPANS Tahun 1980 19 Dipulangkan(restoration) Kenaikan Gaji (bagi
pegawai-pegawai yang disahkan dalam jawatan)
Bil. Keputusan Jumlah
1. Lantikan pertama (Pengiklanan) 536 20 Pelantikan Secara Pertukaran Sementara
148
2. Lantikan pertama (terus) 21 PelanjutanPelantikan Secara Pertukaran
228 Sementara
Lantikan pertama (termasuk kekosongan yang
3. diiklankan pada 1979) 1 22 Tindakan tatatertib
137
4. Pembaharuan kontrak lantikan 189 JUMLAH 1,192
57
5. Pemangkuan 81
27
6. Kenaikan Pangkat
8
7. Pemberian taraf tetap dan berpencen 23
9
8. Pengesahan dalam jawatan 32
13
9. Pelanjutan tempoh percubaan 15
10. Extension of pensionable service
11. Pelanjutan tempoh peminjaman
12. Surcaj
13. Disiplin
14. Lantikan semula selepas bersara
15. Gagal dalam peperiksaan wajib
JUMLAH 1,504
pg
27
Jadual 4: Prestasi Pelaksanaan Fungsi-Fungsi SPANS Tahun 2000 Jadual 5: Prestasi Pelaksanaan Fungsi-Fungsi SPANS Tahun 2010
Bil. Keputusan Jumlah Bil. Keputusan Jumlah
1. Lantikan pertama (Iklan dan lantikan terus) 264 1. Pelantikan Secara Pinjaman 1
2. Pemangkuan 50 6
3. Pelantikan menjalankan tugas 2. Pelantikan Semula Selepas Bersara
18 117
3. Pemangkuan 133
4. Pelantikan Secara Pinjaman 4. Menanggung kerja 755
5. Lanjutan Bagi Tempoh Pelantikan Pinjaman 5. Pengesahan Dalam Jawatan 35
513
6. Pelantikan Semula Selepas Bersara (Pelantikan 23 6. Pelanjutan Tempoh Percubaan 241
Sementara) 7. Pemberian taraf berpencen 35
119 8. Kenaikan Pangkat
7. Pelanjutan Bagi Tempoh Perkhidmatan Percu- 735
baan 14 9. Tatatertib
16
8. Pemberian taraf berpencen 323 JUMLAH 1,192
9. Pelanjutan Pelantikan Semula Selepas Bersara 1
18
10. Pelantikan Bertaraf Sementara Jadual 5: Prestasi Pelaksanaan Fungsi-Fungsi SPANS Tahun 2020
11. Kenaikan Pangkat Bil. Keputusan Jumlah
1. Pengambilan
12. Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) 455
2. Pengesahan Dalam Perkhidmatan
13. Pelantikan Menjalankan Tugas 1779
3. Pelanjutan Tempoh Percubaan
14. Tatatertib 4. Pemberian Taraf Berpencen 104
JUMLAH 1,600 5. Tatatertib 370
14
6. Kenaikan Pangkat
7. Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK) 312
8. Pemangkuan
310
9. Penanggungan Kerja
57
120
JUMLAH 3,521
1.19 KAWALAN TATATERTIB
Disiplin merupakan asas utama dalam memastikan kestabilan dan kejayaan sesebuah organisasi. Oleh itu, dalam
memastikan organisasi itu sentiasa terjamin kualiti dan reputasinya, perlunya satu kaedah mengawal selia perlakuan
atau aktiviti para penjawat awam. Kawalan tatatertib ini perlu dalam menjaga keutuhan dan imej baik Perkhidmatan
Awam, Pengawalan displin yang tinggi akan dapat melahirkan penjawat awam yang cekap, jujur dan amanah.
Penjawat awam yang dapat mengekalkan tahap disiplin yang tinggi akan mampu mencapai prestasi yang baik dan
melaksanakan kerja yang lebih berkualiti. Selain itu, menjadi lebih patuh dan taat kepada polisi, peraturan dan
undang-undang. Kegagalan dalam memastikan kawalan tatatertib dilaksanakan dalam organisasi akan menjejaskan
prestasi dan produktiviti perkhidmatan awam.
Di bawah Perintah-Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 1996 (PAPAN 1996) kawalan disiplin telah
diperuntukkan kuasa di dalam Bab IV yang terbahagi kepada 4 bahagian. Perintah No. 173, Bahagian II PAPAN 1996
menyatakan bahawa adalah menjadi tugas setiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas
pegawai bawahannya, seterusnya mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin bagi apa-apa
maksud pelanggaran ke atas mana-mana peruntukan di bawah peraturan-peraturan ini. Setiap pegawai juga hendaklah
memastikan perintah-perintah am tersebut sentiasa dipatuhi olehnya dan pegawai-pegawai bawahannya. Prosedur-
prosedur pengurusan kes tatatertib adalah diperuntukkan di dalam Bahagian III, Bab IV PAPAN, 1996.
pg
28
Peraturan 11 (1), Bahagian IV (Tatatertib dan Tatacara Tatatertib) Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak 1996, menyatakan bahawa perbuatan-perbuatan salah laku atau pelanggaran tatatertib seperti berikut hendaklah
dilaporkan dan diuruskan mengikut Bahagian ini dan Bab IV, PAPAN 1996.
a) Pelanggaran terhadap kelakuan atau tatatertib atau terhadap tatakelakuan yang ditetapkan bagi pegawai-pegawai
awam dalam Bab IV Perintah-Perintah Am;
b) Pelanggaran atau kemungkiran atau ketakpatuhan terhadap mana-mana peruntukan lain dalam Perintah-Perintah Am;
c) Pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan dalam Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak 1996;
d) Pelanggaran atau kesalahan terhadap mana-mana Perintah Tetap, Pekeliling Kerajaan dan Arahan Pejabat yang dikeluarkan
menurut seksyen 4, Ordinan Perkhidmatan Awam Negeri (Syarat-Syarat Perkhidmatan), 1994 [Bab 12]; dan
e) Apa-apa salah laku termasuk, tetapi tidak terhad kepada perlakuan, atau persubahatan dalam melakukan, kesalahan-
kesalahan yang berhubungan dengan kecurangan, rasuah, pecah amanah dan pengambilan, pemilikan, penjualan
atau perdagangan dadah berbahaya, oleh pegawai-pegawai awam.
Peraturan 13, Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 1996 menyatakan bahawa fungsi kawalan
tatatertib ke atas pegawai-pegawai awam yang terletak pada Suruhanjaya adalah diperuntukkan di bawah Perkara 36(1),
Perlembagaan Negeri Sarawak. Tatacara untuk mengambil tindakan tatatertib oleh Suruhanjaya pula diperuntukkan di
bawah Peraturan 34, Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 1996.
Di bawah Bahagian V, Peraturan 39 Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 1996 menyatakan
bahawa Suruhanjaya boleh, jika ia mendapati bahawa seorang pegawai awam melakukan salah laku atau pelanggaran
tatatertib mengenakan ke atas pegawai awam itu mana-mana satu daripada hukuman, atau gabungan dua hukuman atau
lebih, yang berikut akibat daripada prosiding di bawah Kaedah-Kaedah ini:
a) Amaran; e) Turun gaji;
b) Denda; f) Pengenaan surcaj atau perintah bayar balik;
c) Lucut hak emolumen; g) Turun pangkat; dan
d) Tangguh pergerakan gaji; h) Buang kerja.
Peraturan mengenai hukuman pula telah diperuntukkan di dalam Bahagian V, Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Negeri Sarawak 1996. Tujuh (7) peraturan yang telah diperuntukkan di dalam bahagian ini adalah seperti berikut:
Peraturan 39 Hukuman tatatertib
Peraturan 40 Denda atau perlucut hak emolumen
Peraturan 41 Penangguhan pergerakan gaji
Peraturan 42 Penurunan gaji
Peraturan 43 Surcaj
Peraturan 44 Penurunan Pangkat
Peraturan 45 Butir-butir kesalahan dan hukuman hendaklah direkodkan ke dalam Buku Perkhidmatan pegawai
pg
29
Sekiranya pegawai yang dituduh tersebut setelah dijatuhkan hukuman oleh Suruhanjaya tidak berpuas hati terhadap
hukuman atau apa-apa penalti yang dikenakan ke atasnya, maka beliau boleh memohon untuk semakan kehakiman.
Dari segi perlindungan bagi anggota Suruhanjaya pula, Peraturan 38 menyatakan bahawa “Tiada anggota Suruhanjaya
atau mana-mana anggota sesuatu Lembaga Tatatertib atau Jawatankuasa Tatatertib atau Setiausaha Kerajaan Negeri atau
Ketua Jabatan boleh menanggung apa-apa liabiliti persendirian pada menjalankan mana-mana daripada tugas atau fungsi
mereka atau apabila melaksanakan Tindakan-tindakan tatatertib sebagaimana yang dikehendaki di bawah Bahagian IV,
Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, 1996.”
1.20 PENURUNAN KUASA
Penurunan kuasa Suruhanjaya kepada Ketua Setiausaha dan Ketua Jabatan telah dilaksanakan seawal penubuhannya.
Tindakan ini dapat dilihat melalui Laporan Tahunan 1962 di mana ia menyatakan bahawa “Penurunan kuasa telah diwakilkan
kepada Ketua Setiausaha untuk melaksanakan lantikan bagi kerja pemangkuan untuk jawatan di peringkat Division III.”
Perwakilan kuasa juga telah diberikan kepada Ketua-Ketua Jabatan untuk membuat lantikan bagi jawatan-jawatan di
peringkat Division IV dan Division V yang mempunyai skel gaji kurang daripada $415 sebulan kecuali bagi jawatan di
dalam Perkhidmatan Pentadbiran Sarawak dan Perkeranian Am.
Berdasarkan Laporan Tahunan 1964, iaitu, selepas pengisytiharan Hari Malaysia, perwakilan kuasa kepada Setiausaha
Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan untuk membuat lantikan pertama dan kenaikan pangkat untuk sesetengah
jawatan yang mempunyai skel gaji kurang daripada $415 sebulan (Division III dan IV) kecuali bagi jawatan di dalam
Perkhidmatan Pentadbiran Sarawak dan Perkeranian Am telah diperuntukkan di bawah Perkara 36(6), Perlembagaan
Negeri Sarawak.
Terlihat dengan jelas bahawa penurunan kuasa melalui perwakilan kuasa telah dilaksanakan semenjak seawal penubuhan
SPANS sehingga ke yang terkini iaitu Penurunan Kuasa 2004. Perincian Penurunan Kuasa 2004 ini boleh dibaca dengan
jelas di dalam Bab 2, Pengurusan dan Struktur Organisasi seperti yang telah diwartakan di dalam Sarawak Gazette Part II,
Vol. LVIX dated 27.05.2004 (Muka Surat 48).
1.21 PEMBANGUNAN ORGANISASI
Pada tahun penubuhannya, iaitu, 1961, SPANS hanya terdiri daripada seorang Pengerusi dan seorang kerani atau jurutaip
wanita. Namun begitu, keanggotaan SPANS telah bertambah menjelang tahun 1962 dengan lantikan tiga (3) orang ahli
SPANS. Pada tahun 1964, SPANS beroperasi hanya dengan enam (6) orang urus setia yang terdiri daripada Setiausaha,
Penolong Setiausaha, seorang Kerani Kanan, dua (2) orang jurutaip dan seorang pembantu operasi atau pelayan pejabat
(Office boy).
Sejarah-sejarah ringkas penubuhan SPANS serta fungsi dan peranannya seawal tahun 1961 sehingga 1970 telah dinyatakan
dengan jelas di perkara 1.11 Hari Malaysia dan Kuasa Eksekutif, perkara 1.12 Borneonisation, perkara 1.13 Senario di
Perkhidmatan Awam Negeri dan perkara 1.14 Pengasingan Perkhidmatan dan Pinjaman di antara Kakitangan Kerajaan
Persekutuan dan Negeri.
Pentadbiran operasi SPANS diketuai oleh Setiausaha di mana struktur organisasi pada ketika itu adalah menggunakan
Model Kepimpinan Top-Down atau berbentuk piramid.
Menjelang tahun 1974, Bahasa Malaysia telah dinobatkan menjadi Bahasa Rasmi atau Bahasa Penghantar bagi semua
urusan rasmi Kerajaan Sarawak pada ketika itu juga tidak ketinggalan menggunakan Bahasa Malaysia bagi semua urusan
rasmi di peringkat Jabatan Kerajaan.
pg
30
Bagi pelaporan fungsi dan peranannya melalui Laporan Tahunan, SPANS telah menggunakan Bahasa Inggeris dari awal
penubuhannya sehingga tahun 1984. Bahasa Malaysia kemudian telah digunakan dalam Laporan Tahunan SPANS bermula
dari tahun 1985 sehingga kini.
Pada tahun 1989, urus setia SPANS telah bertambah kepada enam belas (16) orang termasuk Setiausaha (A20), Penolong
Setiausaha (A22), Seorang Pegawai Kerani Tingkatan Kanan (C3), seorang Jurutrengkas Tingkatan Kanan (C3), tiga (3) orang
Pegawai Kerani Tingkatan Biasa (C11), empat (4) orang Jurutaip Tingkatan Biasa (D12), seorang Pegawai Kerani Rendah
(D11), Seorang Pembantu Am Rendah (D28), seorang Pemandu Kereta (D43) dan seorang Pembersih Pejabat (D47).
Program temu duga telah dikendalikan oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya di pelbagai lokasi di Sarawak seperti Kuching, Kota
Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Kapit, Bintulu, Sibu, Miri, Limbang dan Lawas mengikut lokaliti kekosongan jawatan. Program
temu duga dijalankan mengikut lokasi utama tersebut bagi memudahkan calon-calon terutamanya dari kawasan pedalaman
menghadirkan diri ke temu duga. Ianya juga bertujuan bagi mendedahkan Ahli-Ahli SPANS kepada pembangunan dan
situasi di kawasan-kawasan tersebut.
Pada tahun 1993, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak telah mengeluarkan pekeliling bagi penubuhan The State
Information Technology Council (SITC) bagi menggantikan Jawatankuasa Pengkomputeraan Negeri Sarawak. Penubuhan
SITC adalah bertujuan untuk mengawasi dan menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan teknologi maklumat dalam
sektor awam negeri, perolehan sistem komputer persendirian dan kajian-kajian pengkomputeran. Malah pada tahun 1988,
Kerajaan Negeri telah menggubal satu dasar atau polisi sebagai satu kaedah ke arah teknologi e-Government.
Tahun 2004 telah membawa SPANS maju setapak dalam bidang teknologi maklumat di mana sistem e-Recruitment
telah diperkenalkan bagi urusan pengambilan. Sistem ini memudahkan urusan pengambilan di mana permohonan untuk
mengisi jawatan-jawatan kosong boleh dibuat secara atas talian. Melalui sistem ini juga, pemohon boleh menyemak status
permohonan dan jadual temu duga mereka. Sepanjang tahun 2004, seramai 46,797 orang pemohon telah berdaftar dengan
sistem e-Recruitment. Laman web SPANS (http://www.psc.sarawak.gov.my) juga telah diperkenalkan bagi memudahkan
orang awam untuk mengetahui dengan lebih lanjut maklumat mengenai fungsi dan peranan SPANS.
Pada tahun 2004, seperti yang telah dilaporkan di dalam Laporan Tahunan SPANS, kekuatan pentadbiran SPANS adalah
seperti dijadual di bawah.
Jawatan Gred Jumlah
Setiausaha N48 1
Penolong Setiausaha N41 2
Penolong Pegawai Tadbir N27
Pembantu Tadbir Kesetiausahaan N22 2
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Kanan N22 1
Pembantu Tadbir (Kewangan) Kanan W22 1
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 1
Pembantu Tadbir (Kewangan) W17 2
Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip) N11 1
Pembantu Am Rendah N1 2
Pemandu Kenderaan Bermotor R3 2
Pekerja Rendah Am R1 2
Jumlah 2
19
pg
31
Carta Organisasi SPANS yang merangkumi 3 bahagian utama, iaitu, Bahagian Tatatertib, Bahagian Pentadbiran dan
Kewangan, dan Bahagian Pengambilan, Perkhidmatan dan Biasiswa Pinjaman turut dilaporkan pada sekian kalinya di
dalam Laporan Tahunan 2004.
Pada tahun 2010, SPANS telah memperkenalkan “Mobile government features” menerusi telefon pintar dan sistem pesanan
ringkas (sms) bagi memudahkan orang awam yang telah berdaftar dengan sistem e-Recruitment untuk mendapatkan
maklumat berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan SPANS. Namun begitu, kemudahan ini hanya terpakai kepada sistem
e-Recruitment sahaja.
Pada tahun 2012 pula, struktur pentadbiran SPANS telah dibahagikan kepada empat (4) bahagian seperti berikut:
(i) Bahagian Pentadbiran dan Kewangan; (iii) Bahagian Pengambilan dan Perkhidmatan; dan
(ii) Bahagian Kenaikan Pangkat dan Tatatertib; (iv) Biasiswa Pinjaman.
Pada 5 Disember 2012, YAB Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud semasa majlis sambutan Hari
Perkhidmatan Awam 2012 bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) telah melancarkan Pelan Tindakan SCS 10-
20. Pelan Tindakan tersebut telah dirangka di bawah naungan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak pada ketika itu, iaitu, Tan
Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani. Dengan pelancaran Pelan Tindakan tersebut, SPANS tidak ketinggalan
untuk memainkan peranan yang penting bagi mencapai aspirasi ke arah perkhidmatan awam yang bertaraf dunia melalui proses
transformasi dan inisiatif inovasi dalam penyampaian perkhidmatan. Pendekatan yang digunakan adalah dengan menekankan
aspek integriti, meritokrasi, serta bakat dalam urusan pengambilan anggota perkhidmatan awam.
Perutusan Pengerusi di dalam Laporan Tahunan 2012 menyatakan “Tahun 2012 telah membawa SPANS dalam penggunaan
bidang teknologi maklumat dengan pesatnya melalui sistem e-Recruitment bagi urusan pengambilan. Permohonan untuk
mengisi jawatan-jawatan kosong boleh dibuat secara atas talian. Calon-calon boleh mengetahui kedudukan permohonanan
mereka sama ada telah didaftar, telah ditapis, tarikh dan tempat temu duga dengan melayari laman sesawang e-Recruitment.”
Pada tahun 2013, SPANS telah memperkenalkan penggunaan e-doket semasa sesi temu duga bagi memudahkan Panel Temu
Duga untuk menyemak serta merujuk maklumat peribadi calon. Modul Doket Keputusan Temu Duga untuk tujuan pengesahan
pengeluaran surat tawaran oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan
Tempatan dan Pembangunan Komuniti, Sarawak juga turut diperkenalkan bagi memudahkan lagi urusan.
Tahun 2013 turut memperlihatkan penambahbaikan kepada sistem e-Recruitment di mana modul pengesahan keputusan temu
duga telah dibuat. Dengan adanya modul ini, calon-calon boleh menyemak keputusan temu duga mereka secara atas talian
melalui akaun e-Recruitment masing-masing. Pemarkahan temu duga calon dan status penawaran juga akan dikemaskini terus ke
dalam sistem e-Recruitment. Sekiranya ditawarkan, surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh Unit Sumber Manusia Negeri atau
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti, Sarawak.
Memetik kepada kenyataan Pengerusi di dalam Laporan Tahunan 2015 SPANS, “Sepanjang tahun ini, SPANS telah meneruskan
agenda transformasi dan inisiatif inovasi bagi mencapai aspirasi ke arah perkhidmatan awam bertaraf dunia dalam penyampaian
perkhidmatan. Pendekatan membudayakan amalan Nilai-Nilai Besama PANS, mewujudkan Visi & Misi baru SPANS dan
pelaksanaan Kad Skor Berimbang (BSC) adalah selari dengan Pelan Tindakan SCS 10-20.”
Pada tahun 2016, Tuan Haji Adana bin Jed telah mengambil alih jawatan Setiausaha SPANS daripada En. Mohamad Junaidi bin
Mohidin yang telah berkhidmat sebagai Setiausaha SPANS dari tahun 2012 sehingga 2015.
Menjelang tahun 2017, SPANS meneruskan visinya untuk mencapai transformasi bertaraf dunia pada tahun 2030 dengan
berlandaskan misinya untuk terus komited menyediakan modal insan yang berkualiti, cekap dan berkesan bagi mencapai
perkhidmatan awam cemerlang.
pg
32
SPANS juga buat julung kalinya pada tahun 2017 telah melancarkan Logo tersendiri. Logo SPANS mempunyai tiga warna asas
yang mewakili warna bendera Negeri Sarawak. Reka bentuk bulat telah digunakan bagi melambangkan tenaga, kekuatan dan
kemampuan dalam membuat penyesuaian, pembaharuan dan kemajuan. Selain itu, dua belas jalur merah yang terdapat dalam
logo tersebut adalah mewakili dua belas bahagian utama di Sarawak. Warna hitam yang digunakan pula memberi maksud
keteguhan, dedikasi dan sentiasa bersedia. Keteguhan yang dimaksudkan adalah keteguhan di dalam menyediakan perkhidmatan
serta dedikasi di samping sentiasa berkhidmat sesuai dengan visi dan misi Suruhanjaya. Warna kuning pula menggambarkan
kepatuhan kepada Perundangan dan Peraturan serta menggambarkan prinsip keadilan dan kesaksamaan. Manakala, warna
merah mewakili ketegasan dan ketelusan dalam menjalankan fungsi-fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.
Perkataan SPANS itu sendiri membawa maksud berikut:
S : Speed (Kelajuan)
P : Productivity (Produktiviti)
A : Accountability (Akauntabiliti)
N : Neutral (Berkecuali)
S : Strategy Oriented (Berorientasikan strategi)
Bagi memperkasakan lagi pentadbiran operasi dan penyampaian perkhidmatan SPANS, Mesyuarat General Management
Advisory Committee (GMAC) telah diperkenalkan pada tahun 2014. Mesyuarat yang diadakan di luar pejabat ini dilaksanakan
secara suku tahun dengan objektif-objektif seperti berikut:
Untuk memantau dan menasihati Urus setia tentang hal ehwal berkaitan pentadbiran dan pengurusan pejabat;
• Untuk membincangkan sebarang isu berkaitan proses, prosedur dan polisi yang berkaitan fungsi-fungsi utama SPANS;
• Untuk membuka minda dan meningkatkan ilmu pengetahuan urus setia bagi tujuan penambahbaikan penyampaian
perkhidmatan melalui Lawatan Penandaarasan yang diadakan semasa pelaksanaan program mesyuarat tersebut.
Pada 18 April 2017 pula, SPANS telah dikunjungi oleh Puan Sarah J. Keith dan suami, iaitu, cucu kepada mantan Pengerusi
SPANS yang pertama, Encik Richard Leslie Vaughan Wilkes (1961-1964). Kedatangan beliau serta keluarga telah disambut oleh
Setiausaha SPANS pada waktu itu, iaitu, Tuan Haji Adana bin Haji Jed.
Pada tahun 2018, Pengerusi pernah menekankan bahawa bagi menjamin kedudukan SPANS sebagai sebuah badan yang bebas,
halatuju SPANS hendaklah berpaksi kepada dua faktor penyumbang yang utama. Pertama sekali, SPANS hendaklah bebas
daripada sebarang tindak-tanduk yang boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat. Keduanya, sebagai sebuah badan separa
kehakiman, SPANS juga harus peka dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada agar setiap keputusan yang dibuat
adalah menepati tuntutan keadilan asasi (law of natural justice).
Setelah persetujuan bersama, struktur organisasi SPANS telah berubah kepada hanya dua (2) bahagian seperti berikut pada
tahun 2018.
Bahagian 1 Bahagian Pentadbiran, Perkhidmatan dan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak
Seksyen:
i. Seksyen Pentadbiran, Perkhidmatan dan Sumber Manusia
pg
33
ii. Seksyen Tatatertib; dan
iii. Seksyen Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak dan Kewangan
Bahagian 2 Bahagian Pengambilan dan Kenaikan Pangkat
Seksyen:
i. Seksyen Pengambilan;
ii. Seksyen Kenaikan Pangkat; dan
iii. Seksyen Dasar, Kualiti dan Perhubungan.
Pada tahun 2018 pula, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak telah terlibat dengan Pameran Pembangunan
Sejiwa Senada di beberapa lokasi seperti berikut:
i. Miri (7 – 8 April);
ii. Saratok, Betong (21 – 22 April); dan
iii. Kuching (5 – 8 Mei).
Pengganti Tan Sri Datuk Amar Mohd. Morshidi Ghani yang telah menjawat jawatan sebagai
Setiausaha Kerajaan Negeri selama 10 tahun adalah Datuk Amar Jaul Samion. Pelantikan Datuk
Amar Jaul Samion sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri telah berkuat kuasa mulai 22 Ogos
2019. Berikut merupakan komen beliau mengenai peranan serta fungsi Perkhidmatan Awam
Negeri yang diambil daripada RAKAN SARAWAK (Edisi Julai – September 2020):
“For the Sarawak civil servants of today, our daunting task demands of us the foresight and the
ability to prepare the people that we serve to face the challenges brought about by the digital
revolution and the sweeping changes that it brings. I am sure that all of us, at one point or time
in our daily lives, must have been stumped and even bewildered by the rapid changes that are
forced to confront as the digital age descended upon us. Thankfully, human beings have the
innate capacity to adapt in order to survive.
But we need to go beyond being able to adapt and survive. We need to be able to envision
the future and acquire the means and knowledge to create that future.
And it falls on the shoulders of every civil servant at every level to execute the policies, plans
and programs that will bring about that development and progress. As civil servants in today’s era, the competency that we must
be abe to demonstrate is the ability to craft policies, design programs and projects that will meet the needs of the people that
we serve today, but also the needs of the future generations. Every idea and efforts we make, starting from the planning to full
implementation should focus on sustainability in all aspects.
We need civil servants who have the ability to explore the future with imagination, wisdom and responsibility who are not only
able to adapt to change but also create future opportunities.
It is fair to say that Sarawak’s 2030 state development agenda is a systematic plan for the future of Sarawak. The State Government
wants to make Sarawak a developed state by 2030.”
Memetik salah satu perutusan Pengerusi SPANS pada tahun 2019, SPANS selaku sebuah institusi yang menjunjung Perlembagaan
pg
34
Negeri Sarawak hendaklah menjalankan fungsi dan peranan yang telah diperuntukkan kepadanya secara munasabah, adil dan
saksama dalam menyeimbangkan tuntutan politik semasa. Ini bagi memastikan tiada ketidakseimbangan dari segi kaum dalam
semua keputusan yang diambil terutama yang melibatkan perkembangan kerjaya anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.
Kata beliau lagi, bagi memastikan pentadbiran Kerajaan dan sektor awam dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta
memenuhi kehendak rakyat, adalah penting bagi SPANS untuk mempertimbangkan pemilihan kemasukan ke Perkhidmatan
Awam Negeri dibuat berdasarkan meritokrasi, kelayakan, mempunyai penghayatan nilai positif yang baik dan berintegriti tinggi.
SPANS dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab sebagai pihak berkuasa melantik ke dalam Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tertakluk kepada punca-punca kuasa berikut:
i) Perlembagaan Persekutuan; v) Local Authoritities Service Regulations, 2000 (SWK.LG.
ii) Perlembagaan Negeri Sarawak; (GNS. 163/63) 16/2000);
iii) Kaedah-kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
vi) Pekeliling-Pekeliling /Arahan-Arahan yang berkuat
Negeri Sarawak,1996 (Swk.L. N. 14/1996); kuasa dari semasa ke semasa.
iv) Perintah-Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak 1996 (SWK.LG.1/1996);
Memetik dari perutusan Pengerusi melalui Laporan Tahunan 2020 SPANS, “Tahun 2020 adalah merupakan tahun yang
sangat mencabar dan luar biasa. Tidak hanya di Malaysia malahan seluruh dunia terpaksa berhadapan dengan fenomena
pandemik COVID-19. “Sudah jatuh ditimpa tangga” itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan situasi yang
dihadapi oleh semua negara yang diserang masalah penyakit yang terhasil daripada virus tersebut, malahan semua negara
terpaksa berdepan dengan melaksanakan pelbagai bentuk sekatan pergerakan sama ada dari dalam mahupun dari luar
negara. Gejala ini sekaligus mendatangkan impak terhadap pelbagai sektor ekonomi khususnya sektor pelancongan dan
penerbangan yang mengakibatkan kerugian kepada pendapatan negara.”
Pandemik Covid-19 telah mengubah secara drastik bukan sahaja dalam kehidupan seharian kita, malah terhadap
penyampaian perkhidmatan dari semua sektor terutamanya Agensi Kerajaan. Namun begitu, dengan adanya teknologi
terkini, penyampaian maklumat boleh dibuat menggunakan pelbagai platform termasuk ZOOM bagi mengurangkan risiko
bersemuka secara fizikal. Kini, pelitup muka, sanitasi dan penjarakan sosial sudah menjadi kewajipan dalam kehidupan
seharian kita demi melindungi keselamatan diri dan orang sekeliling.
Laporan Tahunan 2020 telah melaporkan sebanyak 326,556 permohonan jawatan kosong telah diterima melalui sistem
e-Recruitment. Seramai 2,543 orang telah dipanggil temu duga, dan hanya 455 calon telah dipilih untuk mengisi kekosongan
jawatan di pelbagai Skim Perkhidmatan. Sebanyak 61 kekosongan jawatan bagi gred 29 dan 84 kekosongan jawatan bagi
gred 41 telah berjaya diisi pada tahun 2020. Bagi urusan kenaikan pangkat pula, 348 orang pegawai PANS dan PBT
telah dipanggil untuk temu duga. Daripada jumlah tersebut, 312 orang telah berjaya dinaikkan pangkat. Sebanyak 2.9%
atau bersamaan dengan 9 orang adalah daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, 228 orang atau 73% adalah daripada
Kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala 75 orang atau 27% adalah daripada Kumpulan Pelaksana. Daripada
jumlah keseluruhan tersebut, 245 orang adalah daripada PANS dan 67 orang adalah daripada PBT.
1.22 PIAGAM PELANGGAN
Piagam Pelanggan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mula diperkenalkan pada tahun 1994. Piagam pelanggan
memainkan peranan yang penting sebagai petunjuk kepada keberkesanan sesebuah polisi, prosedur dan proses dalam
melaksanakan fungsi dan tanggungjawab yang diperuntukkan. Tahap penyampaian perkhidmatan yang diharapkan oleh semua
pemegang taruh SPANS dinyatakan dengan jelas bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam menjalankan fungsi, dan
peranannya dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
pg
35
Jadual di bawah menunjukkan Piagam Pelanggan SPANS yang telah diguna pakai menjadi panduan atau hala tujunya pada
tahun 1994.
Bil. PIAGAM PELANGGAN
Menyelesaikan kerja-kerja pengambilan dan pengisian jawatan-jawatan kosong yang merangkumi pengiklanan, kemasukan data-data pemohon
1. ke dalam komputer, senarai tapis, temu duga dan lantikan pertama dengan menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Suruhanjaya dalam
tempoh tiga (3) bulan dari tarikh jawatan-jawatan kosong diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan.
Menyiap dengan teratur, mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, kerja-kerja pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf
2. berpencen dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh perakuan diterima daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak tertakluk kepada
ketepatan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan.
3. Menyiapkan dengan teratur urusan-urusan kenaikan pangkat mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan dalam masa satu (1) bulan dari tarikh
perakuan diterima daripada Setiausaha Kerajaan Negeri tertakluk kepada ketepatan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan.
4. Menyelesaikan dengan adil dan teratur kes-kes disiplin dan surcaj yang tidak membabitkan perbicaraan Mahkamah dan pemecatan dalam tempoh
enam (6) bulan.
5. Menemu duga, memilih dan menawarkan calon-calon yang layak menerima Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak dalam tempoh tiga (3)
bulan dari tarikh tawaran diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan dan nasional.
6. Mengurus pembayaran biasiswa dan dermasiswa kepada pelajar-pelajar yang telah ditawarkan dalam tempoh satu (1) bulan selepas semester
pengajian Institusi-Institusi Tinggi berkenaan bermula dengan syarat segala pembayaran telah dipenuhi.
7. Melayani pelanggan-pelanggan dengan adil, saksama dan mesra.
Berikut pula merupakan Piagam Pelanggan yang telah dikemaskini dan diguna pakai oleh SPANS mulai 1 April 2019
sehingga kini:
pg
36
1.23 PENYATAAN VISI DAN MISI
Seperti yang kita sedia maklum, Visi dan Misi sesebuah organisasi akan menentukan hala tujunya dan menjadi panduan
di dalam membuat keputusan. SPANS sebagai sebuah badan yang menjalankan fungsi dan peranan yang diperuntukkan
di bawah Perkara 36(1), Perlembagaan Negeri Sarawak tidak terkecuali dalam menetapkan Visi dan Misinya seawal 2004
bagi memastikan ia sentiasa fokus untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Visi dan misi SPANS telah mengalami beberapa perubahan dan yang terkini dan yang masih diguna pakai sehingga kini
adalah visi dan misi yang dirangka pada tahun 2018. Satu bengkel yang diketuai oleh Pengerusi SPANS, Datu Abdul
Ghafur Shariff telah diadakan pada 26 – 27 November 2018 bertempat di Hotel Riverside Majestic bagi menyemak dan
menambah baik penyataan Visi dan Misi SPANS. Bengkel tersebut melibatkan kesemua Ahli-Ahli SPANS dan Kumpulan
Pengurusan SPANS yang diketuai oleh Setiausahanya Encik Fathi bin Haji Hambali. Berikut merupakan penyataan Visi dan
Misi SPANS yang telah dipersetujui bersama oleh Suruhanjaya pada bengkel tersebut.
VISI MISI
Sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Yang Memperkasakan Perkhidmatan Awam Negeri
Diteladani. Melalui Modal Insan Yang Berbakat, Komited
dan Berdisiplin.
1.24 INISIATIF TRANSFORMASI
Transformasi SPANS sebagai sebuah organisasi yang maju telah dilihat dari seawal penubuhannya sehingga kini. Namun
begitu, proses transformasi yang paling ketara dapat dilihat mulai tahun 2015 sehingga kini. Pelbagai transformasi,
terutamanya dari segi teknologi dan sesi libat urus bersama pelanggan telah dilaksanakan bagi memastikan Visi SPANS
untuk menjadi sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Yang Diteladani tercapai. Berikut merupakan beberapa inisiatif
transformasi yang telah dilaksanakan oleh SPANS sepanjang penubuhannya:
1.24.1 KERJASAMA STRATEGIK DAN SESI LIBAT URUS BERSAMA AGENSI KERAJAAN
Kerjasama strategik dan sesi libat urus telah dilaksanakan oleh SPANS bukan sahaja melibatkan agensi Kerajaan
Negeri, malah ia turut melibatkan agensi di peringkat Persekutuan. SPANS telah mengguna pakai sistem atau proses-
proses yang dilihat sesuai seperti berikut hasil daripada kerjasama strategik tersebut:
i) Pengunaan Sistem e-Tapis SPA, Malaysia-2018; iii) Saringan Air Kencing Bersama AADK-2019, dan
ii) Pelaksanaan Ujian Fizikal Bersama Jabatan Tanah iv) Pelaksanaan Ujian Praktikal untuk Jawatan Jurufotografi
& Survei dan DBKU-2018; dan bersama Jabatan Muzium dan Giat MARA.
1.24.2 PENAMBAHBAIKAN DASAR, SISTEM DAN PROSES PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
i. Pemasangan Sistem Queque Management iv. Smiley Electronic Assessment System (2019);
System (QMS) bagi tujuan temu duga urusan
pengambilan dan urusan kenaikan pangkat v. Penambahbaikan laman web rasmi SPANS (2019);
(2018); vi. Penambahbaikan sistem e-Recruitment (2019 –
ii. Pengwujudan Polisi BPKNS yang telah diluluskan 2020); dan
oleh Kerajaan Negeri (2018); vii. Penambahbaikan sistem e-Scholarship (2019 –
iii. Semakan kepada Perjanjian BPKNS (2018); 2020).
pg
37
1.24.3 INISIATIF KUALITI
i. Menyertai Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) pada tahun 2018 dan 2019 (The Recruits dan The Lego);
ii. Melancarkan Aplikasi Sistem Perkhidmatan (2019);
iii. Menyertai Key Focus Activity (KFA) sejak tahun 2016
2016 – Penambahbaikan Proses Pengesahan Dalam Jawatan
2017 – Menambah baik Proses Pemangkuan/ Penanggungan Kerja
2018 – Penambahbaikan Proses Pengisian Jawatan Kosong di Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
2019 – Penambahbaikan Sistem e-Scholarship (Fasa 1)
2020 – Penambahbaikan Sistem e-Scholarship (Fasa 2)
iv. Menambah baik Manual Prosedur Kerja (MPK) (2019); dan
v. Penerbitan Buletin SPANS yang merangkumi pelbagai berita, aktiviti dan program yang telah dilaksanakan
atau disertai secara suku tahun mulai tahun 2018 sehingga kini.
1.24.4 PEMANTAPAN PROGRAM PEMBUDAYAAN PEMBELAJARAN ORGANISASI, SUMBER MANUSIA DAN PEMENTORAN
i. Penekanan kepada latihan secara dalaman bagi iii. Inisiatif dan Intervensi SCS Culture Rating SPANS
tujuan pemantapan ilmu dan memenuhi jam kredit telah mendapat Anugerah Pelaksanaan Pelan
latihan yang telah ditetapkan khususnya untuk Initiatif & Intervensi SCS Culture Rating Survey
kumpulan pelaksana; Terbaik-HR Summit 2019; dan
ii. Pementoran SPANS telah mendapat Anugerah iv. Membuat lawatan Sumber Manusia kepada Ketua-
Pelaksanaan Program Mentoring Terbaik-HR Ketua Jabatan bersama Unit Sumber Manusia Negeri di
Summit 2019; Serian, Limbang, Kapit, Miri, Bintulu, dan Sibu.
1.24.5 PENGUKUHAN NILAI-NILAI BERSAMA DAN INTEGRITI
i. Mengadakan Program Hari Integriti SPANS 2019 iii. Mengadakan Retreat SPANS 2019; dan Pemantapan
yang julung kalinya; Nilai Bersama (Teambuilding), 2019 dan
ii. Mewujudkan Anugerah Pegawai Integriti SPANS iv. Memperoleh skor yang memberangsangkan bagi
2019 yang julung kalinya; Organizational Culture Rating.
1.24.6 PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN PELANGGAN iv. Mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Pelanggan
i. Penglibatan dalam Anugerah Pengurusan SPANS;
Pelanggan (APP) (2018 dan 2019);
v. Kajian semula Piagam Pelanggan SPANS (2018);
ii. Mengadakan Kursus Frontliner dan Pengurusan vi. Pelaporan dan Pemantauan Piagam Pelanggan
Pelanggan secara dalaman untuk Warga Kerja
SPANS (2018 dan 2019); setiap bulan melalui mesyuarat SPANS (2018
sehingga kini);
iii. Membuat dan menambah baik Borang Maklumbalas/ vii. Mencipta logo dan slogan SPANS.
Penilaian/Aduan Kepuasan Pelanggan SPANS;
pg
38
1.24.7 PENGURUSAN MESYUARAT
Pelbagai mesyuarat sama ada di peringkat Suruhanjaya, Pengurusan dan Kakitangan telah diadakan sepanjang tahun
bagi memastikan operasi pejabat dilaksanakan secara cekap dan berkesan. Di samping itu, mesyuarat-mesyuarat
berkala juga diadakan dengan mematuhi kriteria dan keperluan pekeliling semasa. Berikut merupakan senarai-senarai
mesyuarat yang diadakan SPANS sepanjang tahun:
i. Mesyuarat bulanan SPANS; vi. Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR);
ii. Mesyuarat bulanan Tatatertib; Advisory vii. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih
iii. Mesyuarat General Management Kerajaan (JKPAK);
Committee (GMAC); viii. Mesyuarat Pengurusan;
iv. Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ)– SPANS telah ix. Mesyuarat Jawatankuasa Delegation of Power
Mendapat Anugerah Agensi Paling Aktif dalam 2004 (DOP 2004);
pelaksanaan MBJ (2019);
x. Mesyuarat Senarai Tapis; dan
v. Mesyuarat Panel Pengurusan Sumber Manusia xi. Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Terus
(PPSM);
1.24.8 SCORECARD SPANS
Bengkel Scorecard SPANS telah dilaksanakan pada 12-13 Julai 2018 bertempat di Hotel Waterfront Kuching bagi
menyemak dan menambah baik pengurusannya. Bengkel ini telah melibatkan Ahli-Ahli SPANS dan juga urus setia
yang merupakan pemilik proses-proses utama. Encik Gnanasegaran dari The Leadership Institute telah dipilih sebagai
fasilitator bengkel tersebut.
SPANS telah menggunakan sistem Scorecard pertama kalinya pada tahun 2016 dalam pemantauan pencapaian sasaran yang
telah ditetapkan. Bermula dari tahun 2018 sehingga kini, skor keseluruhan yang diperolehi oleh SPANS telah menunjukkan
peningkatan yang sangat baik walaupun dengan adanya impak negatif kesan daripada pandemik Covid-19 pada 2020.
1.24.9 PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN PELANGGAN iv. Mendapat penarafan 5 bintang (Cemerlang) dalam
i. Penyelesaian isu pengambilan Jawatan Pembantu Laporan Pemeriksaan Perbendaharaan mulai tahun
Kemahiran, Gred H19 di JKR (2018). Perkara ini 2018 sehingga kini yang telah dilaksanakan oleh
berlaku oleh kerana penutupan Pusat Latihan JKR di Seksyen Inspektorat, Jabatan Perbendaharaan
Batu Lintang pada tahun 1994. Ini adalah salah satu Negeri Sarawak;
perkara yang berlaku diluar kawalan “unintended
consequences”, berikutan daripada penutupan v. Pencapaian 97 peratus dalam perbelanjaan
Pusat Latihan tersebut; mengurus bagi tahun 2018 berbanding hanya 92.2
peratus pada tahun 2017;
ii. Penyediaan Garis Panduan untuk Ahli-Ahli
Suruhanjaya yang merangkumi punca kuasa, vi. Mendapat Anugerah Khas Keselamatan
bidang tugas, masa bertugas, kemudahan dan Perlindungan pada tahun 2017 (Penarafan 4
bahan rujukan (2018); bintang) oleh Ketua Pengarah Keselamatan
Kerajaan Malaysia; dan
iii. Kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(MMKN) berkenaan dengan Revision of Public vii. Bedasarkan pencapaian sedia ada, SPANS akan
Service Commission (Remuneration) Ordinance, terus mengorak langkah dalam meningkatkan lagi
1993 serta Terma dan Syarat Lantikan Suruhanjaya prestasi dan sistem penyampaian bagi tahun-tahun
yang baharu (berkuat kuasa pada 22 Ogos, 2019; yang akan datang.
pg
39
1.25 LAWATAN PENANDAARASAN
Lawatan penandaarasan telah dilaksanakan oleh SPANS seawal penubuhannya di mana Ahli-Ahli SPANS telah membuat
lawatan muhibbah buat pertama kalinya ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan di Jalan Young,
Kuala Lumpur pada 29 Jun sehingga 3 Julai tahun 1974. Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Francis Abang Louis
Barieng, Pengerusi SPANS diadakan bertujuan untuk mengeratkan jaringan kerjasama di samping untuk melihat proses-
proses kerja yang boleh diguna pakai dan disesuaikan di Sarawak pada ketika itu.
Lanjutan daripada itu, SPANS telah mengadakan lawatan sambil belajar hampir ke semua pejabat Suruhanjaya di seluruh
Malaysia, Brunei dan Singapura bagi memantapkan lagi jaringan kerjasamanya dan untuk menambah baik proses yang
sedia ada di SPANS kini. Berikut merupakan siri-siri lawatan sambil belajar yang telah diadakan oleh SPANS mulai tahun
2018 sehingga kini:
i. Lawatan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri iv. Lawatan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Perak (2018); (2019); dan
ii. Lawatan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri v. Lawatan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Johor (2018); Pahang (2019).
iii. Lawatan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sabah (2018);
Selain mengadakan lawatan, SPANS juga turut menerima lawatan kerja sambil belajar dan kunjungan hormat
daripada beberapa Suruhanjaya di Malaysia dan Institusi Pengajian Tinggi sepanjang tahun 2018 sehingga tahun
2019 seperti berikut:
i. Lawatan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang diketuai oleh Tan Sri Zainal Abidin, Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia pada 28 Januari, 2019 bertempat di Dewan Undangan Negeri, Sarawak.
Semasa sesi tersebut mereka telah diberi taklimat berkenaan Pelan Tindakan SCS 10-20 Negeri Sarawak oleh
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datu Sabariah binti Putit (Transformasi Prestasi dan Penyampaian);
ii. Lawatan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor; 2018
iii. Lawatan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak (23 – 25 Oktober 2019);
iv. Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS);
v. Pusat Giat Mara, Kuching; dan
vi. Universiti Teknologi Mara (UiTM), (6 November 2019) diketuai oleh Cik Khaulah binti Abu Bakar, Pensyarah, Fakulti
Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi.
Disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda negara pada tahun 2020, Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 sebagai usaha untuk mengekang penularan wabak ini. Disebabkan
ini, tiada sebarang program lawatan sambil belajar diadakan oleh SPANS sehingga kini.
Pandemik ini telah sedikit sebanyak menjejaskan produktiviti dan kecekapan dalam memberikan perkhidmatan kepada
rakyat. Rakyat juga digesa untuk mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dari
semasa ke semasa dengan sentiasa memakai pelitup muka, kerap membersihkan tangan dan mengamalkan penjarakan
sosial terutamanya di tempat-tempat yang sesak dan tertutup.
Dari segi penyampaian perkhidmatan dan operasi pejabat pula, Kerajaan Negeri telah menggalakkan penggunaan
teknologi terkini bagi semua agensi-agensi Kerajaan. Mesyuarat, kursus dan sebagainya disarankan untuk diadakan
pg
40
dengan menggunakan aplikasi seperti Zoom, Google Meet dan sebagainya bagi meminimakan kontak secara fizikal.
Agensi Kerajaan khususnya harus memainkan peranan bagi memastikan usaha Kerajaan untuk mengekang penularan
wabak Covid-19 dapat diatasi dengan jayanya dan berkesan. Melihat kepada situasi semasa, sasaran Kerajaan Malaysia
untuk mencapai imuniti kelompok merupakan kaedah yang dilihat amat penting dalam usaha menangani pandemik ini.
Kerajaan Negeri Sarawak kini merupakan salah satu daripada Negeri yang sangat proaktif dalam usahanya untuk mencapai
imuniti kelompok tersebut.
Dalam pada itu juga, SPANS tetap berusaha untuk memastikan fungsi dan tanggungjawab yang telah diperuntukkan
kepadanya dapat dilaksanakan dan disampaikan secara optimum dan bagi mencapai visinya untuk menjadi sebuah
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Yang Diteladani.
RUJUKAN
• Buletin SPANS 2018-2020
• Council Negri Debates 1958 – 1960 Sarawak.
• Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 1996 (SWK, L, N, 14/96)
• Malaysia Agreement, 1963.
• Naimah S. Talib., Administrators And Their Service, The Sarawak Administrative Service under the Brooke Rajah and
British Colonial Rule, 1999, Oxford University Press, New York
• Perlembagaan Persekutuan, (15th Oktober 2020) cetakan semula, Terjemahan oleh Jabatan Peguam Negara bagi
Federal Constitution.
• Public Service Commission Sarawak, Annual Reports 1961 – 2020.
• Rakan Sarawak, Julai-September, 2020.
• Report of the Federation of Malaya Constitutional Commission 1957.
• Malaysia Report of the Inter-Governmental Committee, 1962.
• Sarawak Annual Report 1962.
• The Constitution of the State of Sarawak (G.N.S. 163/63)
• The Local Authorities Service Regulations, 2000 (Swk, L.N. 16/2000)
• The State Public Service General Orders, 1996 (Swk. L.N. 1/96)
pg
41
PENGURUSAN
DAN
STRUKTUR
ORGANISASI
En. Fathi bin Haji Hambali dan En. Mohamad Azlan bin Madihi
BAB PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI
2
2.1 PENGENALAN
Penjawat Awam di Sarawak terdiri daripada dua kategori, iaitu, Penjawat Awam Negeri yang terdiri daripada Pentadbiran
Awam Negeri Sarawak (PANS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Penjawat Awam
Persekutuan. Secara keseluruhan terdapat lebih kurang 120,000 penjawat awam di Sarawak yang mewakili 4 peratus
daripada jumlah keseluruhan populasi Sarawak. Daripada jumlah tersebut hanya 20 peratus iaitu lebih kurang 25,000
orang merupakan Penjawat Awam Negeri dan selebihnya Penjawat Awam Persekutuan.
Di Sarawak, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) merupakan badan yang dipertanggungjawab bagi
melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen (kecuali PBT), menaikkan
pangkat, menukar (kecuali PBT) dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota Perkhidmatan Awam
Negeri Sarawak (PANS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sarawak. Selain itu, SPANS turut mengendali dan
menganugerahkan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak kepada penuntut-penuntut Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) tempatan.
Selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di Sarawak,
SPANS bertanggungjawab terhadap 11 Kementerian, 18 Jabatan, 12 Pejabat Residen, 40 Pejabat Daerah, 14 unit/agensi
di bawah Jabatan Ketua Menteri, dan 24 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak termasuk Dewan Bandaraya Kuching
Utara (DBKU) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di mana kedua-duanya ditadbir dan diurus berlandaskan Ordinan
masing-masing.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Unit Sumber Manusia Negeri, Jabatan Ketua Menteri (sehingga Mac
2021) dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (2020) terdapat 16,683 orang penjawat awam sedang
berkhidmat di PANS dan 3723 orang di PBT, Negeri Sarawak.
Setakat Januari 2021, seramai BIL. NAMA TEMPOH PERKHIDMATAN
10 orang Ahli Suruhanjaya telah
dilantik termasuk Pengerusi dan 1 Pegawai Perjawatan (Establishment Officer/Ex-officio) 1961-1963
Timbalan Pengerusi yang mewakili 2 Encik Abang Muhammad bin Abang Sarkawi 1963-1965
pelbagai kaum/etnik utama di 3 Encik Wan Ali bin Tunku Ibrahim 1965-1966
Sarawak bagi melaksanakan fungsi- 4 Encik Yii Fung Mu 1966 - 1971
fungsi Suruhanjaya. Dalam aspek 5 Wan Yusuf bin Syed Haji Madhi 1971 - 1973
pentadbiran, Suruhanjaya ditadbir 6 Encik Abdul Karim bin Abol 1973 - 1981
oleh seorang Setiausaha selaku 7 Abang Haji Bohari bin Datu Abang Haji Yan 1981 - 1987
Ketua Jabatan dan beberapa 8 Tuan Haji Morshidi bin Haji Shaharin 1987 - 1988
orang pegawai dan staf yang 9 Encik Abdul Ghafur bin Shariff 1988 - 1989
dilantik di kalangan anggota- 10 Encik Abdullah bin Upang 1990 - 1994
anggota Perkhidmatan Awam 11 Encik Drahman bin Haji Amit 1994 - 1997
Negeri Sarawak. Terdapat 15 12 Wan Ahmad bin Wan Mahmood 1998 - 2001
orang pegawai dilantik menjadi 13 Tuan Haji Sulaiman bin Haji Narawi 2002 - 2012
Setiausaha SPANS sejak tahun 1963 14 Encik Mohamad Junaidi bin Mohidin 2012 – 2015
adalah seperti pada Jadual di yang 15 Tuan Haji Adana bin Haji Jed 2015 - 2018
tertera di sebelah. 16 Encik Fathi bin Haji Hambali 2018- kini
pg
43
Terdapat 38 orang Pegawai dan Kakitangan sedang berkhidmat di SPANS pada tahun 2021. Daripada jumlah tersebut, seramai
7 orang atau 18 peratus merupakan pegawai di bawah kategori perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan selebihnya
kategori Kumpulan Pelaksana.
Anggota-anggota PANS yang dilantik ini merupakan Urus setia kepada Suruhanjaya. Peranan utama Urus setia adalah
melaksanakan urusan yang berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran pejabat, memproses dan melaksanakan apa jua keputusan
yang telah dibuat oleh Suruhanjaya berkaitan dengan perkhidmatan dan fungsi-fungsi Suruhanjaya. Dalam melaksanakan fungsi-
fungsi Suruhanjaya, punca kuasa yang diguna pakai adalah seperti berikut:-
1. Perlembagaan Persekutuan; 4. Perintah-Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri
2. Perlembagaan Negeri Sarawak; Sarawak 1996 (SWK. LN. 1/1996);
3. Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri;
5. Local Authorities Sarawak Regulations 2000 (SWK. LG.
16/2000).
Dalam memastikan semua keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya diperaku dan disahkan secara kolektif oleh Ahli-Ahlinya,
Suruhanjaya telah mengadakan mesyuarat berkala yang lazimnya diadakan pada setiap penghujung bulan yang dinamakan
Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) yang bertujuan mengesahkan semua keputusan-
keputusan temu duga dan kertas edaran yang telah diluluskan. Selain itu, Suruhanjaya turut mengadakan Mesyuarat General
Management Advisory Committee (GMAC) yang bertujuan menasihati Urus setia dalam urusan pentadbirannya.
Dalam pada itu, Ahli-Ahli Suruhanjaya juga turut menghadiri beberapa siri kursus dan bengkel dalam usaha meningkatkan
ilmu dan kemahiran mereka seperti berikut:-
• Bengkel Sarawak Civil Service Competency Based • Bengkel Penulisan Minit Mesyuarat – (2019)
Interview - (2015) • Bengkel Tatacara Inkuiri dan Undang-Undang Berkaitan.
• Bengkel Balanced Scorecard – (2018)
2.2 STRUKTUR ORGANISASI
SPANS terbahagi kepada 2 bahagian utama yang dipecahkan kepada 6 seksyen seperti berikut:-
2.2.1 Bahagian Pengambilan dan Kenaikan Pangkat.
Bahagian Pengambilan dan Kenaikan Pangkat diketuai oleh seorang Ketua Bahagian (Ketua Penolong
Setiausaha, Gred N48) dan dibahagikan kepada 3 Seksyen yang diketuai oleh seorang Ketua Seksyen (Penolong
Setiausaha, Gred N41/44 atau Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29 dan N32) iaitu:
2.2.1.1 Seksyen Pengambilan
i) Seksyen Pengambilan bertindak sebagai Urus setia dalam mengendalikan pengambilan kakitangan
PANS dan PBT, pelantikan secara pinjaman, pelantikan semula selepas bersara dan pemangkuan/
penanggungan kerja bagi gred lantikan yang dikemukakan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak
dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.
ii) Seksyen ini juga memproses laporan kekosongan jawatan yang dikemukakan oleh pejabat Setiausaha
Kerajaan Sarawak dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.
2.2.1.2 Seksyen Kenaikan Pangkat
i) Seksyen ini bertanggungjawab dalam memproses perakuan kenaikan pangkat bagi semua kumpulan
jawatan yang dikemukakan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak dan Kementerian Kerajaan
Tempatan dan Perumahan Sarawak.
pg
44
ii) Seksyen Kenaikan Pangkat juga bertanggungjawab untuk memproses pelantikan memangku dan
menanggung kerja bagi gred jawatan kenaikan pangkat yang dikemukakan oleh pejabat Setiausaha
Kerajaan Sarawak dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.
2.2.1.3 Seksyen Dasar, Kualiti dan Perhubungan
i) Seksyen ini bertanggungjawab menyedia, mengkompil, mengemaskini dan memantau kertas dasar
yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya bagi tujuan pelaksanaan dan rekod.
ii) Seksyen ini juga bertanggungjawab menjadi urus setia scorecard jabatan, urus setia Mesyuarat
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS).
iii) Bertanggungjawab menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan kualiti, menerbitkan Buletin yang dikeluarkan secara suku
tahun dan Laporan Tahunan SPANS, Sumber Rujukan maklumat berkaitan Perkhidmatan SPANS, Pengurusan Aduan
Pelanggan, Perhubungan Awam dan menyelaras perancangan aktiviti /takwim bulanan dan tahunan SPANS.
2.2.2 Bahagian Pentadbiran, Perkhidmatan dan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak
Bahagian Pentadbiran, Perkhidmatan dan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak diketuai oleh seorang Ketua
Bahagian (Ketua Penolong Setiausaha, Gred N44) dan dibahagikan kepada tiga Seksyen yang diketuai oleh seorang
Ketua Seksyen (Penolong Setiausaha, Gred N41/44), iaitu:
2.2.2.1. Seksyen Pentadbiran dan Perkhidmatan
i. Seksyen Pentadbiran dan Perkhidmatan bertanggungjawab mentadbir hal ehwal pengurusan sumber
manusia dan pentadbiran am pejabat bagi menyokong semua program, aktiviti dan fungsi utama SPANS.
ii. Seksyen ini juga bertanggungjawab dalam pengesahan dalam jawatan, Pelanjutan tempoh percubaan,
pemberian taraf berpencen (untuk PANS sahaja).
2.2.2.2. Seksyen Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) dan Kewangan
i. Seksyen BPKNS dan Kewangan bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menganugerahkan
biasiswa pinjaman untuk pelajar-pelajar Sarawak (anak jati Sarawak) yang mengikuti pengajian dalam
peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sarawak, Sabah
dan Semenanjung Malaysia.
ii. BPKNS merupakan bantuan pendidikan yang menggabungkan 25 peratus pinjaman dan 75 peratus
biasiswa. Pelajar yang lulus dan tamat pengajian hanya perlu membuat bayaran balik sebanyak 25
peratus daripada jumlah keseluruhan yang diberikan manakala pelajar yang gagal atau tidak menamatkan
pengajian perlu membayar 100 peratus daripada jumlah keseluruhan yang diberikan.
iii. Seksyen BPKNS dan Kewangan juga memantau perbelanjaan dan kutipan bayaran balik pinjaman bagi
pihak Kerajaan Negeri Sarawak.
iv. Seksyen BPKNS dan Kewangan juga bertanggungjawab dalam tadbir urus kewangan pejabat.
2.2.2.3 Seksyen Tatatertib
i. Seksyen Tatatertib bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan dengan pengawalan disiplin
penjawat awam Negeri Sarawak (PANS) iaitu memproses perakuan disiplin kakitangan PANS dan Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) yang dikemukakan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.
Maklumat lanjut berkenaan struktur organisasi SPANS adalah seperti Jadual 1.
pg
45
CARTA ORGANISASI DATU ABDUL GHAFUR
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK BIN SHARIF
Pengerusi SPANS
DATU ROMIE
SIGAN DANIEL
Timbalan Pengerusi SPANS
ENCIK LIEW DR. PETER DATO HAJJAH RABIAH DATU HAJI CHAITI BIN DATU ROBERT LIAN DATU ABDILLAH DATU HAJJAH JABIDAH DATO CHAI
JIU MING ANAK SONGAN BINTI JOHARI HAJI BOLHASSAN BALANGALIBUN BIN ADAM BINTI MONSERI MOI FONG
Ahli SPANS Ahli SPANS Ahli SPANS Ahli SPANS Ahli SPANS Ahli SPANS Ahli SPANS
Ahli SPANS
FATHI BIN
HAJI HAMBALI
Pegawai Tadbir, VU7
Setiausaha
BAHAGIAN PENTADBIRAN, BAHAGIAN PENGAMBILAN,
PERKHIDMATAN DAN BPKNS KENAIKAN PANGKAT
- MOHAMAD AZLAN
BIN MADIHI
Pegawai Tadbir, N48
Ketua Penolong Setiausaha Pegawai Tadbir, N48
Ketua Penolong Setiausaha (KPSU)
SEKSYEN BPKNS & SEKSYEN PENTADBIRAN SEKSYEN SEKSYEN SEKSYEN KENAIKAN SEKSYEN DASAR, KUALITI
KEWANGAN & PERKHIDMATAN TATATERTIB PEMGAMBILAN PANGKAT & PERHUBUNGAN
CATHERINA ANAK KOSONG SITI RAFEAH BINTI HAJI KHAIRUL RIDZA DAYANG MASKAMALA AMRUL BIN
JACKSON BLANDA ABDUL RAHMAN BIN WAHED BINTI ABANG SAIBI HAJI YUSUP
Pegawai Tadbir, N41(JBC) Pegawai Tadbir, N44
Penolong Setiausaha (PSU) Penolong Setiausaha Pegawai Tadbir, N44 Pegawai Tadbir, N41 Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir,
(PSUK)/Ketua Seksyen Penolong Setiausaha Penolong Setiausaha (PSU) N36 N29
/Ketua Seksyen (PSUK)/Ketua Seksyen PPT PPT
/Ketua Seksyen
UNIT BIASISWA PINJAMAN UNIT UNIT UNIT PERKHIDMATAN
KERAJAAN NEGERI KEWANGAN PENTADBIRAN & SUMBER MANUSIA
SARAWAK (BPKNS)
JESFER BIAH SIMBAH JULIA HO BINTI RAFI’UDDIN
ANAK ULI ANAK LIBU MOHD JEFFRI BIN RASMAN
Penolong Akauntan, Pegawai Tadbir, Pegawai Tadbir,
Penolong Pegawai Tadbir,
N29 (JBC) W29 N41 (JBC) N41 (JBC)
Penolong Akauntan (PA) Penolong Setiausaha (PSU) Penolong Setiausaha (PSU)
Penolong Pegawai Tadbir (P.P.T)
ALI ZALLINA RATNAWATI MONICA HASSANAH FAVARINA NYAM ABDUL AZIZ BIN ROZITA
BIN MOHAMAD BINTI SERON BINTI TUAH ANAK SAPIN BINTI JANAL BINTI BUJANG SIEW LING ABDUL RAZAK BINTI DAUD
Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir (Perkeranian/
(Perkeranian/Operasi), N22 (Kewangan), W22 (Perkeranian/Operasi), N19 (Perkeranian/Operasi), N19 (Perkeranian/Operasi), N19 (Perkeranian/Operasi), N22 Operasi), N19 (JBC)
N32 N29
PT(P/O) PT(K) PPT PT (P/O) PT (P/O) Steno PT (P/O) PT (P/O) PT (P/O)
CORINA JULIPAH BINTI NUR SHAHIRAH SAJIDAH KOSONG GRADYS ANAK JIMEK ENDU MAUREEN ANAK
ANAK BERNARD SUTIMAN BINTI MAZALAN (KONTRAK) NICHOLAS JUNA
Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir Pembantu Setiausaha Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi), N19 Pembantu Tadbir Pejabat/Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Perkeranian/
(Kewangan), W22 (Perkeranian/Operasi), N19 Operasi), N19 (JBC) (Perkeranian/Operasi), N19
PT(P/O) PT (P/O) N19/N22/N29/N30 PT (P/O) PT (P/O)
PT(K) Steno
MALTINA MALTHAR ANAK ABANG NUAIMI BIN ROSEMARIA FIONA MUHAMMAD AKMAL
ROBERT TIRA ABANG MANI ANAK JERON ANAK BLIN BIN ISMANI
Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir
Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), N19 (Perkeranian/Operasi), N19 Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi), N19 (Perkeranian/Operasi), N19 (Perkeranian/Operasi), N19
PT (P/O) PT (P/O)
PT (P/O) PT (P/O) PT (P/O)
NUR ASHA STEPFANIE ROSLINA
BINTI OSMAN ANAK JAMES BINTI MURAN
Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi), N19 Operasi), N19 (JBC) (Perkeranian/Operasi), N19
PT (P/O) PT (P/O) PT (P/O)
WELFREAD SEMISTER ABDUL HALIM
ANAK HONG PING BIN JARNI
Pemandu kenderaan, H11 Pemandu kenderaan, H11
Pemandu Kenderaan Pemandu Kenderaan
AZLAN ADIDI KOSONG
BIN JAMAL
Pemandu kenderaan, H11 (JBC) Pemandu kenderaan, H11
Pemandu Kenderaan Pemandu Kenderaan
ISKANDAR DAYANG KONON BINTI
BIN MUHAMMAD AWANG JOHARI
Pemandu kenderaan, H11 (Kontrak)
Pemandu Kenderaan Pembantu Awam, H11
Pembersih Pejabat
ELIZABETH FUAD Dikemaskini:
KHUNG BIN ISMAIL 18 Mac 2021
Pemandu Operasi, N11
Pembantu Awam, H11 Penghantar Notis
Pembersih Pejabat
pg
46