BAB BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS)
8
8.1 PENGENALAN
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) telah diberi kuasa statutori di bawah Fasal (3) Perkara 39,
Perlembagaan Negeri Sarawak untuk mengendali dan menganugerahkan Biasiswa Pinjaman kepada sesiapa yang
memohon untuk mengikuti pelbagai kursus latihan dan akademik di Institusi Pengajian Tinggi.
Berdasarkan Laporan Tahunan SPANS 1994, BPKNS pada asalnya adalah di bawah kendalian Bahagian Latihan, Jabatan
Ketua Menteri yang pada ketika itu bertempat di Simpang Tiga, Kuching. Setelah Pusat Latihan diambil alih oleh Centre
For Modern Management (Sarawak) Sdn Bhd, pengurusan BPKNS kemudian diserahkan dan seterusnya dikendalikan
sepenuhnya oleh SPANS mulai tahun 1994. BPKNS ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti Pengajian secara
sepenuh masa peringkat Diploma dan Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam seluruh
Malaysia. Ianya terbuka kepada semua bidang Pengajian kecuali Pendidikan (Perguruan) dan Perubatan.
BPKNS melibatkan gabungan tujuh puluh lima peratus (75%) Biasiswa dan dua puluh lima peratus (25%) Pinjaman.
Sehubungan dengan itu, dua puluh lima peratus (25%) daripada keseluruhan jumlah yang diberikan kepada pelajar harus
dibayar balik dengan syarat pelajar lulus pengajian dan bergraduat. Bagi pelajar yang gagal atau menamatkan tajaan
BPKNS, bayaran seratus peratus (100%) daripada keseluruhan jumlah yang diberikan akan dikenakan.
8.2 PROSES PENAJAAN BPKNS
Permohonan BPKNS dibuka sekali setahun iaitu semasa kemasukkan sesi akademik baharu. Permohonan BPKNS lazimnya
akan dibuka selama empat belas hari (14) dan permohonan dibuat secara atas talian, iaitu, melalui laman web e-scholarship
(https://escholarship.sarawak.gov.my)
Setelah permohonan BPKNS tutup, calon-calon yang memohon akan dinilai berdasarkan 2 komponen berikut:
i) Bahagian A – Senarai Tapis berdasarkan sosio-ekonomi dan akademik); dan
ii) Bahagian B – Temu Duga
8.2.1 BAHAGIAN A (PERMARKAHAN SOSIO-EKONOMI DAN AKADEMIK)
Bahagian A merupakan proses senarai tapis permohonan BPKNS oleh pihak sekretariat atau urus setia.
Permarkahan sosio-ekonomi akan mengambil kira jumlah keseluruhan pendapatan kasar isi rumah pemohon
berbanding jumlah tanggungan anak yang masih belajar atau bersekolah. Keutamaan akan diberikan kepada
kumpulan isi rumah B40 sehingga pertengahan kumpulan isi rumah M40.
Bagi permarkahan akademik pula, pencapaian terkini atau tertinggi pemohon akan diambil kira. Sebagai
contoh, bagi pelajar yang mendapat tawaran mengikuti pengajian ke peringkat Diploma, keputusan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) akan diambil kira untuk proses senarai tapis. Bagi yang mendapat tawaran mengikuti
pengajian ke peringkat Ijazah pula, keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Asasi/ Matrikulasi/
Diploma akan diambil kira (mana yang berkaitan).
8.2.2 BAHAGIAN B (PERMARKAHAN TEMU DUGA)
Pemohon-pemohon yang memenuhi kriteria minimum yang ditetapkan semasa proses senarai tapis akan
dipanggil untuk di temu duga. Temu duga akan melibatkan Ahli-Ahli Suruhanjaya sebagai Panel Penemu
Duga. Semasa proses temu duga, calon-calon akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria yang telah
ditetapkan.
pg
97
8.3 PENGANUGERAHAN BPKNS KEPADA PELAJAR YANG BERJAYA
Penganugerahan BPKNS akan diberi kepada pelajar yang mempunyai jumlah markah tertinggi Bahagian A dan Bahagian B.
Kuota penajaan BPKNS setiap tahun adalah seramai 350 orang iaitu 105 untuk pelajar peringkat Diploma dan 245 untuk pelajar
peringkat Ijazah. Pelajar-pelajar akan dipilih dari setiap Panel Temu Duga mengikut kuota masing-masing.
Sebelum pelajar-pelajar ditawar, pengesahan keputusan temu duga akan dibuat oleh Suruhanjaya. Keputusan pelajar yang berjaya
ditawar akan dikemas kini di dalam sistem e-scholarship dalam masa dua puluh empat jam (24) selepas Mesyuarat Pengesahan
Keputusan diadakan. Berikut merupakan kadar bayaran BPKNS per semester mengikut peringkat dan lokasi pengajian:
KADAR BAYARAN BPKNS PER SEMESTER (RM)
LOKASI PENGAJIAN DIPLOMA (RM) IJAZAH (RM)
SARAWAK 2500 3500
SABAH 2750 3750
SEMENANJUNG 2850 3850
Pembayaran BPKNS kepada pelajar sesi akademik semasa akan dibuat setelah dokumen perjanjian BPKNS diterima lengkap
oleh pihak urus setia.
8.4 PRESTASI SEMASA DAN BAYARAN BPKNS BAGI PELAJAR TAJAAN
Pembayaran BPKNS untuk semester semasa pelajar dalam tajaan akan dibuat setelah pihak sekretariat menerima salinan slip
keputusan semester terkini pelajar. Salinan slip keputusan tersebut wajib disahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik Universiti.
Pencapaian minimum 2.00 G.P.A (Grade Point Average) haruslah dikekalkan sepanjang pengajian. Pembayaran BPKNS
hanya akan dibuat kepada pelajar-pelajar yang mendapat G.P.A 2.00 ke atas. Bagi pelajar yang mendapat G.P.A kurang
2.00 pada semester semasa, tindakan berikut akan dilaksanakan:
i) G.P.A kurang 2.00 buat kali pertama – Surat amaran untuk meningkatkan prestasi pada semester berikutnya
akan dikeluarkan kepada pelajar;
ii) G.P.A kurang 2.00 bagi dua (2) semester berturut-turut – Pembayaran BPKNS bagi semester semasa akan
ditolak dua puluh peratus (20%) berserta dengan surat amaran;
iii) G.P.A kurang 2.00 bagi tiga (3) semester berturut-turut – Penajaan BPKNS akan ditamatkan.
8.5 BAYARAN BALIK BPKNS
Jadual bayaran balik BPKNS akan berkuat kuasa 6 bulan selepas pelajar menamatkan pengajian kecuali bagi pelajar yang
memohon untuk menangguh bayaran balik di atas sebab menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Kemudahan bayaran balik dua puluh lima peratus (25%) daripada jumlah keseluruhan yang diterima hanya akan diberikan kepada
pelajar yang lulus pengajian. Pelajar dikehendaki menghantar salinan transkrip dan sijil yang telah disahkan oleh pihak Universiti.
Bagi pelajar yang gagal, menamatkan penajaan BPKNS kerana menerima tawaran lain atau diberhentikan penajaan BPKNS
disebabkan oleh prestasi yang tidak baik akan dikenakan bayaran balik seratus peratus (100%) daripada jumlah keseluruhan yang
telah diterima.
pg
98
Tempoh maksimum bayaran balik BPKNS adalah enam puluh (60) bulan atau lima (5) tahun. Bayaran balik BPKNS boleh dibuat
secara ansuran melalui atas talian iaitu sistem e-scholarship, secara tunai di kaunter SPANS, kiriman Wang Pos, Akaun dua (2)
Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) atau Potongan Gaji bagi yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.
8.6 PENCAPAIAN ATAU PEMBAHARUAN BPKNS
Diantara pencapaian atau pembaharuan yang telah dibuat ke atas pengendalian BPKNS adalah seperti berikut:
i) Semakan dan pindaan ke atas Perjanjian BPKNS mengikut keperluan semasa. Perjanjian BPKNS (Semakan
2017) telah mula digunakan bagi tajaan sesi akademik 2018/ 2019;
ii) Kuota Penajaan BPKNS seramai 350 orang pelajar iaitu 105 pelajar Diploma dan 245 pelajar Ijazah telah
diluluskan oleh Kabinet pada tahun 2018. Dengan kelulusan tersebut, penajaan BPKNS bagi sesi semasa
tidak lagi bergantung kepada baki peruntukan yang ada;
iii) Komponen Permarkahan untuk pemilihan pelajar telah ditambah baik dengan memberi skor permarkahan
yang tinggi bagi komponen sosio-ekonomi dan akademik. Penambahbaikan ini adalah untuk memastikan
penganugerahan BPKNS disasarkan kepada Kumpulan B40;
iv) Kriteria Permarkahan Temu Duga juga telah ditambah baik bagi memastikan calon-calon pelajar dinilai
dari segala aspek oleh Panel Penemu Duga;
v) Garis Panduan Pelanjutan Tajaan BPKNS diwujudkan bagi mempertimbangkan permohonan pelajar-pelajar
tajaan yang memerlukan peruntukan tambahan untuk menamatkan pengajian. Ianya merujuk kepada
pelajar-pelajar yang memerlukan semester tambahan untuk memenuhi jam kredit yang ditetapkan serta
untuk mengulang subjek-subjek yang gagal. Setiap permohonan hendaklah mendapat sokongan penuh
daripada pihak Universiti. Pelanjutan Tajaan BPKNS hanya akan diluluskan untuk tempoh maksimum dua
(2) semester sahaja. Peruntukan tambahan yang diberikan kepada pelajar hendaklah dibayar balik seratus
peratus (100%);
vi) Garis Panduan Pengurusan BPKNS disemak dan didokumenkan bagi memastikan pengendalian BPKNS
dilaksanakan mengikut polisi dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya;
vii) Penambahbaikan Sistem e-Scholarship juga telah dibuat bagi memastikan ianya bersifat mesra pengguna
dan lebih efisien serta sistematik untuk kegunaan sekretariat, orang awam dan pelajar.
8.7 ISU DAN CABARAN PENGURUSAN BPKNS
Walaupun hanya sekali setahun penajaan, pengurusan BPKNS juga tidak lepas daripada isu-isu dan cabaran yang memerlukan
perhatian serius Suruhanjaya. Diantaranya adalah:
i) Penyebaran iklan permohonan BPKNS atau maklumat berkaitan tidak sampai ke kawasan-kawasan
pedalaman yang tiada capaian internet.
ii) Permohonan BPKNS hanya dibuat secara atas talian melalui sistem e-scholarship (https://escholarship.
sarawak.gov.my) dan kebanyakan pelajar-pelajar di kawasan pedalaman mengalami kesukaran untuk
membuat permohonan.
iii) Permohonan yang tidak diisi dengan lengkap oleh pelajar menyukarkan proses senarai tapis dilaksanakan
kerana senarai tapis dibuat 100 peratus berdasarkan maklumat yang dijana dari sistem e-scholarship.
pg
99
iv) Masih banyak bekas-bekas pelajar tidak membuat bayaran balik dan menyebabkan tunggakan Amaun
Belum Terima (ABT) melebihi RM1.6 juta setahun.
v) Bekas-bekas pelajar yang tidak membuat bayaran balik serta penjamin-penjamin sukar dihubungi kerana
tidak mengemaskini alamat dan nombor telefon terkini.
Cabaran terkini dan paling hebat yang pernah dialami dalam sejarah pengurusan BPKNS pula adalah pada sesi akademik
2020/2021 di mana Negara telah dilanda pandemik Covid-19. Program-program temu duga bagi pelajar-pelajar yang telah
mendaftar di kampus masing-masing di Sabah dan Semenanjung Malaysia tidak dapat dilaksanakan disebabkan sekatan
perjalanan oleh Kerajaan.
8.8 IMPAK PENAJAAN BPKNS
Pemberian BPKNS kepada pelajar-pelajar yang berlatar belakangkan sosio ekonomi yang rendah atau di bawah kategori B40
membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi tanpa perlu risau akan masalah kewangan yang
dihadapi. Kejayaan yang diperoleh akan dijadikan bekalan untuk bersaing dalam dunia pekerjaan kelak. Bagi yang memperolehi
keputusan cemerlang juga mempunyai peluang yang cerah untuk berkhidmat dalam sektor awam khususnya Kerajaan Negeri
Sarawak atau di Kerajaan Persekutuan atau disektor-sektor swasta sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Anak-anak muda inilah yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara di masa hadapan kelak.
STATISTIK PENAJAAN BPKNS DALAM TEMPOH LIMA TAHUN (2016 – 2020)
! JUMLAH PERMOHONAN BPKNS BAGI TAHUN FAKTOR-FAKTOR
! 2016 - 2020
! Termasuk 16 orang pemohon PENURUNAN JUMLAH
FAPEKRTMOORH-FOANKATNOR(TPAEHNUUNR2U0N19AN
2500 2159 Master, PHD dan Sijil
DAJNUM20L2A0H) PERMOHONAN
2000 2055 (TAHUN 2019 DAN 2020)
i. Tempoh permohonan
JUMLAH OERMOHONAN 1500 1449 1354
• Temdpiobuhkapesarmmaohdoenngaanndibuka
1000 793 sambaantuadnepnegnadnidikanb/antuan
pendpiindjiakmanan pen/didikpanindjaamri an
500 pendinisdtiitkuasni ldaianr;i institusi lain;
0 2017 2018 2019 2020 • iiP. elajPaerlaljeabrilhebmihemmeilmihilihbantuan
pendbiadniktuaann pyeanndgidikabnerybaenngtuk
2016 TAHUN biasipbseewrnabuephn;etunkuhb;iasiswa
• iiiTk. ehmusTtpueeosrmnhhyapadporhkophpmuardsooumassionytsyaaiahnypuaganndgtae2rh0a2d0
di mtaanhuanN2e0g20ardai mdialannada oleh
PandNeemgaikraCdoilvaindd-1a9o;leh
Pandemik Covid-19;
• Saluran promosi yang terhad
ivd. an Ssaulukraarnupnrtoumkosdiiaykasnegs oleh
kawatesarhna-dkadwaanssaunkparedunatlaumk an.
diakses oleh kawasan-
• Progkraawmasan poeudtarelaamchan. dan
vdL. aiandPLaarBkonaegnBrraaemmrabmoeubhterhettaiidacakhkddaapdnaatpat
diadakan
pg
100
JUMLAH PERMOHONAN BPKNS MENGIKUT JANTINA BAGI TAHUN
2016 - 2020
1323 1332
1400
JUMLAH PERMOHONAN 1200
1000 913 827 905
800 732
600 536 449 491
302
400
200
0 2016 2017 2018 2019 2020
536 732 827 449 302
LELAKI 913 1323 1332 905 491
PEREMPUAN
LELAKI TAHUN
PEREMPUAN
JUMLAH PERMOHONAN BPKNS MENGIKUT PERINGKAT
PENGAJIAN BAGI TAHUN 2016 - 2020
1600 1401 1459 Tidak termasuk 16 orang
1400 pemohon Master, PHD dan Sijil
1200
JUMLAH PERMOHONAN 1000 1030 1050
800 654 684 556
600
400 419
100
304 237
0
2016 2017 2018 2019 2020
DIPLOMA 419 654 684 304 237
IJAZAH 1030 1401 1459 1050 556
TAHUN
DIPLOMA IJAZAH
pg
101
PECAHAN PERMOHONAN MENGIKUT KAUM BAGI TAHUN
2016 - 2020
2020 (39.09%) (23.08%) (8.95%) (10.598%4) (9.08%7)2 (2.1149%1)7 37
2019
2018 310 183 71
2017
2016 (47.2%) (2.4%) (4.66%)
0% 642 (18.76%) (12.1196%5) (7.53%) (6.79%9)2(1.42%6)19 54
(46.41%) 254 102
1002 (1.92%) (4%)
(50.75%) (18.11%) (10.33%) (9.91%) (7.87%1)70(1.533%93)3 87
1043 391 223 214
(47.48%) (15.04%) (1.81%) (4.03%)
688 309 (10.95%) (8.27%) (8.42%1)73(1.703%03)5 70
(18.91%) 225 170
274 (1.46%) (3.41%)
(12.84%) (8.01%) (5.11%) (1.86%)
186 116 74 2727 57
(1.86%)(3.93%)
10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100%
MELAYU IBAN MELANAU BIDAYUH CINA KAYAN KENYAH LAIN-LAIN
Lain-lain: Berawan, Bisaya, Bukitan, Dusun, India, Jawa, Kajang, kedayan, Kenyah, Kelabit, Lun Bawang, Murut, Penan, Tabun, Tagal
( PERMOHONAN BPKNS MENGIKUT BIDANG PENGAJIAN BAGI TAHUN 2016 - 2020
!
650
600
550
500
450
400
350
300
250
200
150
100
50
0
2016 EKO. & PERNIAGAAN 2017 KEJURUTERA2A0N18 2019PENGURUSAN 2020
SAINS & SAINS GUNAAN SAINS SOIAL & KEMANUSIAAN TEK. MAKLUMAT & SAINS KOM.
UNDANG-UNDANG PERAKAUNAN & KEWANGAN LAIN-LAIN
BIDANG 2016 2017 2018 2019 2020 Bidang Pengajian Lain-lain:
BIDEAkNonGomi & Perniagaan 2016 242017 321 2018 214 201912 72020
418744321 111321564 8169872 PUekrutraBnBiaiadhna/anA/nkBugaankguPultneuarnn, ,SgPaseatnejgriaaaj,iann Lain-Lain:
Ekonomi &KPeePnjeugrrnuuitraeugrsaaaaannn 242 219342594 594 214 499 31294111 81471098 LIsulakmisP,,RKeearkuatnasBenelninitagu,nkS,/ePneiAnBdikinduaik,aaSneknui ltur, Sastera,
0 169 169 241 151614 4786 (bukaUnkpeurrguruan)Bahan/ Bangunan,
100 49
KejurSSutaaeiinnrassa&SnoSsaiainl s&GKuenmaaannusiaan 484 23 580 580 499 360 87 14140 Pengajian Islam, Kaunseling,
0 309 165 100 Seni Bina, Seni Lukis, Reka
21212 Bentuk, Pendidikan (bukan
PengPueruraskaanunan & Kewangan 174 309 0 241 201 247 87 perguruan).
Teknologi Maklumat & Sains Komputer 63 226
0 91 47
Sains & SaUinnsdaGnugn-Uaanndang 232 19 360 18
Lain-lain 63 0 219 49
Sains Sosial & Kemanusiaan 194 165
19 14
Perakaunan & Kewangan 0 201 114
0 100
Teknologi Maklumat & Sains Komputer 100 226 87
Undang-Undang 23 18 22
Lain-lain 0 219 247
pg
102
JUMLAH TAJAAN BPKNS BAGI TAHUN 2016 - 2020
JUMLAH PELAJAR 400 350
350 347 350
2020
306 350
300
250
200 189
150
100
50
0 2016 2017 2018 2019
JUMLAH PENAJAAN 189 350
306 347
TAHUN
JUMLAH PENAJAAN
NOTA:
Polisi Penajaan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak dengan jumlah penajaan 350 orang pelajar setahun telah dilulukan oleh
Kabinet (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) pada tahun 2018. Sebelum tahun 2018, Penajaan Pelajar baru adalah tertakluk kepada
baki peuntukan setelah pemiayaan pelajar sedia ada dibuat.
JUMLAH PENAJAAN BPKNS MENGIKUT JANTINA BAGI TAHUN 236
2016 - 2020
JUMLAH PELAJAR
300
250 227 239
196
200
150 130 120 111 114
110
100 59
50
0 2016 2017 2018 2019 2020
59 110 120 111 114
LELAKI 130 196 227 239 236
PEREMPUAN
TAHUN
LELAKI PEREMPUAN
pg
103
PECAHAN TAJAAN MENGIKUT KAUM BAGI TAHUN 2016 - 2020
10 27 35 84
2020 33 35 75
2019 6 22 76 126
25 25 80 100
40 135
120 140
9 2527 61 157
2018 28 33 52 164
2017 3 18 31 60 160 180
3334
3 11 16
2016 19 28 36
0 20 40
LAIN-LAIN KAYAN CINA BIDAYUH MELANAU IBAN MELAYU
! Lain-lain: Berawan, Bisaya, Bukitan, Dusun, India, Jawa, Kajang, Kedayan, Kenyah, Kelabit, Lun Bawang, Murut, Penan, Tabun,
! Tagal
(
!
RUMUSAN TAJAAN MENGIKUT KAUM BAGI TEMPOH LIMA TAHUN (2016-2020)
KAYAN, 31LAIN-LAIN, 103 JUMLAH
KESELURUHAN
CINA, 134 2.01% 6.68%
8.69% 1542
BIDAYUH, 144 9.34% 42.67%
10.64% MELAYU, 658
19.97%
MELANAU, 164
IBAN, 308
Lain-lain: Berawan, Bisaya, Bukitan, Dusun, India, Jawa, Kajang, Kedayan, Kenyah, Kelabit, Lun Bawang, Murut, Penan, Tabuan,
Tagal
(
pg !
104
PENAJAAN BPKNS MENGIKUT BIDANG PENGAJIAN BAGI TAHUN 2016 - 2020
100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0 2016 2017 2018 2019 2020
EKO. & PERNIAGAAN KEJURUTERAAN PENGURUSAN
SAINS & SAINS GUNAAN SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN TEK. MAKLUMAT & SAINS KOM.
BIDANG 2016 2017 2018 2019 2020 Bidang Pengajian Lain-lain:
230020
BIDEAkNoGnomi & Perniagaan 2016 352017 57 2018 35 201943 72 Pertanian/ Akuakultur, Sastera,
Kejuruteraan 69 89 65 56 3320
Ekonomi &PPeenrgnuiarugsaaann 35 18 57 37 35 42 43 39 64
4722 UBkuirdBaahnang/ BPanegnungana, jPieanngajLiaan in-Lain:
Sains & Sains Gunaan 38 56 61 47 133722 Islam, Kaunseling, Seni Bina, Seni
KejuruStaeirnasanSocial & Kemanusiaan 69 23 89 43 65 29 56 43 364 LuPkeis,rRteakna iBaennt/uk,APeknudiadikkaunltur, Sastera,
58
PengTPueerukrasnakonalougniaMna&klKumewaat n&gSanains Ko1m8 puter 0 37 0 42 35 39 25 (bUukkaun rPerguruBana).han/ Bangunan,
4 18 35 18 42
Sains & SaUinnsdGanugn-aUanndang 38 2 56 6 61 2 47 2 32 Pengajian Islam, Kaunseling,
Lain-lain 0 0 43 61
17 Seni Bina, Seni Lukis, Reka
Sains Sosial & Kemanusiaan 23 43 29 43
3
Perakaunan & Kewangan 0 0 35 25 Bentuk, Pendidikan (bukan
58 perguruan).
Teknologi Maklumat & Sains Komputer 4 18 35 18
Undang-Undang 2 6 22
Lain-lain 0 0 43 61
SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) YANG LAYAK UNTUK
MEMOHON BPKNS SETAKAT JUN 2021.
Bil. Negeri Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
1 Sarawak 1. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
2. Universiti Teknologi Mara Kampus 1 & 2, Kota Samarahan (UiTM)
3. Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu (UPM)
4. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Mukah
5. Politeknik Kuching
6. Politeknik Metro, Betong
7. Politeknik Mukah
2 Sabah 1. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu
2. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sandakan
3. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Labuan
4. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Kota Kinabalu
5. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Tawau
6. Politeknik Kota Kinabalu
7. Politeknik Sandakan
8. Politeknik Tawau
pg
105
Bil. Negeri Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
3 Wilayah Persekutuan 1. Universiti Malaya (UM)
Kuala Lumpur 2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
3. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
4. Politeknik Metro, Kuala Lumpur
4 Selangor 1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2. Universiti Putra Malaysia, Kampus Serdang (UPM)
3. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Shah Alam
4. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Puncak Perdana
5. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Puncak Alam
6. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Shah Alam
7. Politeknik Sultan Idris Shah
8. Politeknik Banting Selangor
9. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
5 Melaka 1. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
2. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Alor Gajah
3. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Bandaraya
4. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Jasin
5. Politeknik Melaka
6. Politeknik Merlimau
6 Negeri Sembilan 1. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
2. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Seremban
3. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Kuala Pilah
4. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Rembau
5. Politeknik Nilai
6. Politeknik Port Dickson
7 Johor 1. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai
2. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHOM)
3. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Segamat
4. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Pasir Gudang
5. Politeknik Ibrahim Sultan
6. Politeknik Mersing
7. Politeknik Tun Syed Nasir
8. Politeknik Metro Johor Bahru
8 Pulau Pinang 1. Universiti Sains Malaysia (USM)
2. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Permatang Pauh
3. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Bertam
4. Politeknik Seberang Prai
5. Politeknik Balik Pulau
6. Politeknik Metro Tasek Gelugor
9 Perak 1. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
2. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Sri Iskandar
3. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Tapah
4. Politeknik Ungku Omar
5. Politeknik Sultan Azlan Shah
6. Politeknik Bagan Datuk
pg
106
Bil. Negeri Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
10 Perlis 1. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
2. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Arau
3. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
11 Kedah 1. Universiti Utara Malaysia (UUM)
2. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Sungai Petani
3. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
4. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
12 Kelantan 1. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
2. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Machang
3. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Kota Bahru
4. Politeknik Kota Bahru
5. Politeknik Jeli
13 Pahang 1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
2. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
3. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Jengka
4. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Raub
5. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
6. Politeknik Muadzam Shah
7. Politeknik Metro Kuantan
14 Terengganu 1. Universiti Sultan Zainal Abiddin (UNISZA)
2. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
3. Universiti Teknologi Mara (UITM), Kampus Kuala Terengganu
4. Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Bukit Besi
5. Politeknik Kuala Terengganu
6. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abiddin
7. Politeknik Hulu Terengganu
8. Politeknik Besut
pg
107
CARTA ALIR PENGURUSAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS)
MULA
Permohonan BPKNS secara atas Urus setia proses bayaran
talian dibuka selama 14 hari pertama BPKNS
TAPISAN Permohonan BPKNS ditapis Prestasi semasa G.P.A kurang 2.00 kali
berdasarkan kriteria yang telah pelajar tajaan pertama –
dipantau setiap
ditetapkan oleh Suruhanjaya Surat Amaran
semester G.P.A kurang 2.00
Tidak Berjaya Berjaya (Bayaran BPKNS kali kedua – Surat
Dimaklumkan Dipanggil untuk temu duga di lokasi bagi semester Amarandan dipotong
utama seluruh Malaysia seterusnya 20% BPKNS
dibayar setelah G.P.A kurang 2.00 kali
penerimaan slip ketiga – ditamatkan
keputusan penajaan BPKNS
Dimaklumkan Tidak Berjaya 6 bulan setelah tamat pengajian – Pelajar
Berjaya hendaklah menghantar Borang Data Maklumat
Menolak Ditawarkan BPKNS untuk penyediaan Jadual Bayaran:
Tawaran 25% - Sekiranya lulus pengajian
100% - Sekiranya gagal dan menamatkan pengajian
Diganti dengan calon Terima Tawaran Pelajar membuat bayaran balik secara ansuran
simpanan / rayuan
dengan tempoh maksimum 5 tahun
Mod Pembayaran:
Menghantar Perjanjian BPKNS 1. Tunai 4. Potongan Gaji
yang telah lengkap dan dokumen 2. Secara atas talian 5. Akaun 2 KWSP
berkaitan dalam tempoh 21 hari dari 3. Cek/ Kiriman
Wang/ Wang Pos
tarikh tawaran
TAMAT
pg
108
PENGALAMAN
SEBAGAI AHLI
SURUHANJAYA
Datu Abdillah bin Adam
BAB PENGALAMAN SEBAGAI AHLI SURUHANJAYA
9
Setelah bersara pada 17 Ogos 2014, adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu untuk mendapat tawaran untuk bekerja semula
sama ada dengan pihak kerajaan atau swasta. Tiga tahun rehat adalah terlalu lama. Walaupun telah dilantik sebagai
Ahli Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Guru Malaysia Berhad, Ahli Lembaga Pengarah SEDIDIK Sendirian Berhad, Ahli
Penasihat Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, Penasihat JKKK Taman Hussein/Rahmat dan Timbalan
Pengerusi Jawatan Kuasa Pengurusan Masjid Darul Husni Warahmah Taman Hussein/Rahmat, masih banyak masa yang
terluang dan kadang-kadang membosankan.
Surat Pelantikan sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Bil 37/JKM/USMN/S2/5/500-3/4/1
bertarikh 31 Julai 2017 yang ditandatangani oleh Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani, Setiausaha
Kerajaan Sarawak adalah sesuatu yang amat dinantikan. Setelah berkhidmat lebih dari tiga puluh enam tahun sebagai
seorang pendidik di bawah perkhidmatan Persekutuan, peluang yang diberi untuk berkhidmat dengan Kerajaan Negeri
Sarawak perlu diterima dengan penuh kesyukuran.
Saya telah melapor diri di pejabat SPANS pada 1 September 2017. Saya lewat melapor diri kerana beberapa komitmen
lain yang perlu saya selesaikan. Perjumpaan dengan YBhg. Datu Abdul Ghafur bin Shariff, Pengerusi SPANS dan Tuan Haji
Adana Bin Jed, Setiausaha SPANS pada 4 September 2017 adalah merupakan permulaan tugas di SPANS. Perjumpaan
tersebut amat bermakna bagi diri saya. Datu Pengerusi dan Setiausaha telah menerangkan tentang bidang tugas Ahli
SPANS dan fungsi SPANS secara umum. Saya telah dinasihatkan untuk membaca beberapa dokumen penting yang telah
diserahkan kepada saya dalam perjumpaan tersebut. Dokumen-dokumen tersebut adalah:
i. Federal Constitution (As at 1st October 2019)
ii. The Constitution Of The State of Sarawak (G.N.S. 163/63)
iii. Public Service Commission Rules, 1996 (SWK.L.N. 14/96)
iv. The State Public Service General Orders, 1996 (SWK.L.N 1/96)
Dokumen-dokumen perlu dibaca dan merupakan bahan-bahan rujukan penting bagi Ahli SPANS.
Saya telah berikrar sebagai Ahli SPANS di hadapan Yang Arif Dato Rhodzariah Bt Bujang, Hakim Mahkamah Tinggi,
Mahkamah Tinggi II, Kuching pada 19 November 2017 jam 9 pagi. Dengan ikrar tersebut, sahlah saya menjadi Ahli SPANS
sehingga 30 Jun 2019 sepertimana yang tercatat dalam watikah pelantikan tersebut.
Fungsi utama SPANS adalah seperti berikut:
i. Pengambilan (Gred 28 dan ke bawah untuk Perkhidmatan Awam
Negeri dan semua gred bagi Pihak Berkuasa Tempatan)
ii. Kenaikan Pangkat
iii. Pengesahan dalam perkhidmatan
iv. Pelantikan tempoh percubaan
v. Pemberian taraf berpencen
vi. Pemangkuan dan penanggungan kerja
vii. Tatatertib Kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
viii. Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak
pg
110
Bagi seorang ahli baru sudah tentu banyak perkara yang perlu dipelajari. Bagaimanapun saya yakin Ahli-Ahli SPANS yang
telah banyak pengalaman bersama SPANS seperti Datu Abdul Ghafur bin Shariff selaku pengerusi, Datu Romie Sigan
Daniel sebagai Timbalan Pengerusi, Dato Hajah Rabiah binti Haji Johari, Datu Robert Lian Balangalibun, Dato Chai Moi
Fong dan Dr Peter Songan sedia membantu dan boleh dirujuk bila-bila masa. Saya berpegang kepada “Never Stop
Learning because Life Never Stop Teaching”. Setelah setahun bersama SPANS saya dapati dan menyedari bahawa tugas
sebagai seorang Ahli SPANS adalah amat penting dalam menentukan kualiti pegawai dalam Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak. Skop tugas secara umum adalah seperti berikut:
i. Menghadiri Mesyuarat Bulanan SPANS;
ii. Menghadiri Mesyuarat GMAC (General Advisory Management Committee);
ii. Menghadiri Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Tatatertib SPANS;
iv. Temu duga Pengambilan Kakitangan Baru;
v. Temu duga Kenaikan Pangkat;
vi. Temu duga Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak.
Sepanjang tempoh setahun saya telah berkesempatan membuat kunjungan hormat bersama Pengerusi dan Ahli-Ahli
SPANS kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak.
Dalam usaha untuk menemuduga calon-calon bagi Kenaikan Pangkat, Pengambilan staf baru dan Biasiswa Pinjaman
Negeri Sarawak (Pelajar) saya telah berada di Pusat Temu duga Sri Aman, Mukah, Sarikei, Sibu, Kapit, Song, Miri, Limbang,
Kuala Lumpur, dan Kota Kinabalu selain dari pusat temu duga di Pejabat SPANS, Kuching.
Alhamdulillah banyak perkara yang telah saya pelajari dan alami bila berinteraksi dengan calon-calon yang ditemuduga.
Bryant McGill menyatakan “You will be a beautiful persons, as long as you see the beauty in others”. Saya sedar bagi
pelajar-pelajar yang ditemuduga untuk mendapat Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak adalah di kalangan mereka
yang memerlukan bantuan kewangan bagi membiayai pengajian mereka. Bagaimanapun tugas Ahli-Ahli panel adalah
untuk menentukan pelajar-pelajar yang betul-betul layak diberi bantuan. Bagi Pengambilan Kakitangan baru yang hadir
temu duga juga adalah terdiri daripada mereka yang memerlukan pekerjaan atau pekerjaan yang lebih baik untuk menyara
kehidupan mereka. Ini kerana bekerja dengan kerajaan lebih dapat menjamin kehidupan masa depan mereka. Calon-calon
datangnya dari segenap pelosok negeri iaitu dari kawasan persisiran sehingga jauh ke pedalaman negeri Sarawak. Mereka
terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, Iban, Melanau, Bidayuh, Jawa, Kelabit, Kayan, Kenyah, Bisaya, Penan,
Punan, Lun Bawang, Sakapan, Kejaman, Lahanan, Tagal, Selako, Berawan, Tabun, Ukit dan lain-lain. Mereka diberi peluang
yang sama mengikut merit dan kewajaran calon untuk mengisi kekosongan jawatan atau menerima tawaran Biasiswa
Pinjaman Kerajaan Negeri bagi pelajar-pelajar.
Walau bagaimanapun mereka perlu bersaing dan hanya yang terbaik dipilih untuk mengisi kekosongan yang terbatas.
Bagi mereka yang ditemuduga untuk kenaikan pangkat, mereka mempunyai harapan yang menggunung untuk dinaikkan
pangkat ke gred yang lebih tinggi bagi mendapat kedudukan dan gaji yang lebih baik. Dalam hal ini, Pengerusi dan Ahli-
Ahli SPANS perlu teliti dan berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk kenaikan pangkat adalah terbaik dan
tidak dipertikaikan. Kekananan calon tidak semestinya calon itu lebih baik dari yang lebih junior. Prestasi semasa temu
duga dan laporan Ketua Jabatan juga perlu diambil kira.
Dalam Buku “MENJUNJUNG AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB” terbitan sempena Ulang Tahun SPANS saya ingin
berkongsi pengalaman seorang Ahli SPANS dalam temu duga Pengambilan Kakitangan baru dan temu duga calon
Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri dan Lawatan ke Miri.
pg
111
LAWATAN KE BELAGA, KAPIT DAN SONG PADA 21-27 NOVEMBER 2017
Tugas yang paling mencabar dan sentiasa menjadi kenangan dalam tempoh setahun di SPANS adalah semasa mengadakan
temu duga pengambilan Pembantu Awam, Gred H11 di Belaga, Kapit dan Song. Setelah mengadakan temu duga
pengambilan Pembantu Awam di Hotel Nu, Bintulu, saya bersama Dato Chai Moi Fong (Pengerusi Panel) dan Cik Nyam Siew
Ling (Urus setia) telah bertolak ke Belaga jam tujuh pagi menggunakan Land Cruiser, Jabatan Tanah dan Survei, Bahagian
Bintulu. Perjalanan memakan masa hampir enam jam. Kami sampai di Belaga hampir jam satu petang. Perjalanan dari
Simpang Empangan Bakun ke Belaga adalah amat mencabar dan bahaya. Kami bergerak melalui bukit yang agak curam,
selekoh tajam dan jalan licin, berlubang, dan bertakung air.Kami amat bernasib baik kerana pemandu dari Jabatan Tanah dan
Survei yang membawa kami sangat cekap dan sudah biasa dengan permukaan jalan seperti itu.
Di Belaga kami tinggal di Rumah Rehat Kerajaan yang telah ditempah oleh Encik Henry Usat Bit, Pegawai Pendidikan Daerah
Belaga. Selepas makan tengahari, kami terus memulakan kerja bagi menemuduga calon pengambilan Pembantu Awam H11
yang telah dipanggil untuk hadir di samping calon-calon “walk-in” yang telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Sambutan bagi calon “walk-in” adalah di luar dugaan sehingga kami terpaksa bekerja sehingga jam sepuluh malam. Di atas
kebijaksanaan Dato Chai Moi Fong selaku Pengerusi Panel, kami menemuduga calon-calon yang datang menggunakan
perahu terlebih dahulu bagi mengelakkan mereka balik sebelah malam. Cik Nyam Siew Ling telah dapat melaksanakan tugas
dengan baik bagi menyusun semula jadual temu duga, walau pun terpaksa meminda jadual asal.
Pengalaman di Belaga amat berguna bagi diri saya kerana calon-calon yang hadir terdiri daripada etnik minoriti yang tinggal
di Ulu Sungai Rejang berhampiran dengan Pekan Belaga. Antara etnik tersebut adalah Kayan, Kejaman, Sekapan, Kenyah,
Penan, Iban, Melayu dan Bidayuh. Kami amat berpuas hati kerana telah dapat melaksanakan tugas lebih dari apa yang
sepatutnya kami lakukan. Pada 22 November 2017, kami telah bertolak jam lapan pagi menaiki bot Ekspres ke Kapit. Kami
telah dimaklumkan oleh penduduk tempatan yang sering menggunakan bot ekpress bahawa paras air di Sungai Rejang
adalah cukup baik dan di sepanjang Jeram Pelagus tidak begitu bahaya untuk dilalui. Kami juga difahamkan juragan bot
ekspres tersebut cukup berpengalaman dan pandai mengemudi bot dalam situasi yang amat bahaya. Kesilapan juragan
boleh mengundang bencana jika bot terlanggar batu akibat air mengalir terlalu deras ketika melalui Jeram Pelagus. Perjalanan
melalui jeram sekitar setengah jam saja, selepas itu air Sungai Rejang ke Kapit tidak begitu bahaya lagi kecuali terdapat
sampah sarap dan batang-batang kayu yang terapung di permukaan air.
Kami sampai di Kapit jam satu petang dan berasa agak keletihan. Mujur kami dapat berehat sebelah petang kerana temu
duga hanya dijalankan keesokan harinya. Di sebelah malam kami telah dijemput Cikgu Jarraw ak Tuan, seorang guru pesara
untuk makan malam di sebuah restoran. Kami berkesempatan merasa masakan masyarakat tempatan dan ikan air tawar yang
cukup terkenal di Kapit seperti semah, tengadak dan sayuran tempatan yang sungguh menyelerakan. Kami amat berterima
kasih dengan Cikgu Jarraw ak Tuan kerana membantu kami mencari tempat makan yang sesuai.
Pada 23 November 2017, temu duga bagi seramai 29 orang calon telah diadakan di Hotel Mahligai Kapit. Hanya enam
belas orang calon saja yang hadir. Di sebelah petang, Datu Abdul Ghafur bin Shariff, Pengerusi SPANS bersama Tuan Haji
Adana bin Hj Jed telah datang ke Kapit untuk lawatan kerja ke Pejabat Residen Kapit dengan menggunakan bot laju Jabatan
Hutan dari Sibu. Pada 24 November 2017, Ahli-Ahli Panel C dan urus setia telah memilih untuk menggunakan jalan darat
ke Song dan dari Song ke Sibu kami akan menggunakan bot laju yang dinaiki oleh Datu Pengerusi. Cikgu Jarraw sekali lagi
membantu kami dengan menggunakan kereta Hilux yang dianggap paling sesuai untuk jalan dari Kapit ke Song yang masih
dalam proses pembinaan. Kami telah dimaklumkan keadaan jalan yang berbahaya kerana ada di beberapa tempat jalan licin
dan berlumpur disebabkan hujan telah turun dengan lebat pada malam itu.
Kami mengambil risiko dan dengan pengalaman Cikgu Jarraw kami yakin, kami boleh sampai dengan selamat.Jalan ke
Song yang berombak, tanah becak, berlubang dan bertakung air, kadang-kadang kami terasa kenderaan kami terbabas dan
pg
112
tersangkut dalam tanah kuning yang berlumpur. Bagi Cikgu Jarraw, keadaan jalan seumpama itu memang sudah menjadi
asam garam kehidupan mereka di pedalaman. Kami sampai di Song jam sembilan dengan selamat dan merasa amat lega
kerana hasrat kami menggunakan jalan darat dari Kapit ke Song telah tercapai.Hanya terdapat sembilan orang calon di Song,
tiga daripada mereka tidak hadir. Pegawai Daearah Song telah memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi memudahkan
kami menjalankan temu duga.
Selepas makan tengahari, kami telah bergerak dari Song ke Sibu menumpang bot laju Jabatan Hutan yang digunakan oleh
Pengerusi dan Setiausaha SPANS. Perjalanan ke Sibu juga agak bahaya kerana permukaan air Sungai Rejang yang seperti air
teh susu banyak sampah sarap dan batang kayu yang hanyut mengikut arus air. Pemandu bot juga berpengalaman pengawal
keadaan semasa dalam perjalanan kami. Selepas lebih dari satu jam, kami sampai di Wharf Sibu pada jam 2.15 petang.
Dengan kebenaran Datu Pengerusi SPANS, saya telah membuat keputusan untuk menumpang Land Cruiser Jabatan Hutan
untuk balik ke Kuching. Walaupun ada tiket kapal terbang, saya berbuat demikian kerana ingin melihat sendiri pelaksanaan
pembinaan Jalan Pan Borneo yang sering diperkatakan. Perjalanan yang memakan masa lebih dari enam jam dari Sibu ke
Kuching juga agak memenatkan. Saya sampai di Kuching hampir jam lapan malam dengan rasa kepuasan kerana telah dapat
melalui jalan Pan Borneo yang akan memacu pembangunan Negeri Sarawak.
BIASISWA KERAJAAN NEGERI SARAWAK
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak telah diberi kuasa Statutori di bawah Fasal (3) Perkara 39, Perlembagaan
Negeri Sarawak untuk mengurus dan menganugerahkan BPKNS kepada pemohon bagi mengikuti pelbagai kursus akademik
di Institusi Pengajian Tinggi Awam dalam negara. BPKNS adalah merupakan skim bantuan kewangan kepada pelajar Sarawak
Peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Permohonan dibuat melalui sistem e-Scholarship. Pada tahun 2019, bidang
pengajian pelajar yang ditawarkan BPKNS adalah Ekonomi dan Perniagaan, Kejuruteraan, Pengurusan, Sains, Undang-
Undang, Sains Sosial dan Kemanusiaan, Senibina/Seni Lukis, Ukur Bahan/Bangunan, Kewangan dan Perakaunan, Sains
Komputer dan Teknologi Maklumat, Rekabentuk, Sastera dan lain-lain.
Syarat-syarat bagi tawaran BPKNS adalah seperti berikut:
i. Anak jati Sarawak (Kad Pengenalan mempunyai huruf K) atau permastautin tetap Sarawak.
ii. Telah mendapat surat tawaran mengikuti Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam dalam
negara.
iii. Mengikuti pengajian di peringkat diploma atau ijazah sepenuh masa sahaja.
iv. Ditawarkan kepada semua kursus pengajian kecuali bidang Pendidikan (Perguruan) dan Perubatan.
v. Pertindihan tawaran/tajaan adalah tidak dibenarkan. Pelajar yang menerima tawaran BPKNS hendaklah membatalkan
bantuan atau pinjaman yang lain.
vi. Keutamaan diberi kepada Kumpulan B40 (pendapatan kasar sebulan RM4000 ke bawah untuk satu isi rumah)
Berdasarkan Laporan Tahunan 2019 Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukkan RM 6,169,068.00 kepada SPANS bagi
tujuan pemberian BPKNS kepada pelajar-pelajar yang layak setelah melalui proses Temu Duga. Sepanjang tahun tersebut
sebanyak 1,354 permohonan telah diterima daripada pelajar. Bagaimanapun setelah tapisan dan temu duga hanya seramai
350 orang pelajar yang belajar di pelbagai IPTA di dalam Malaysia telah ditawarkan BPKNS. Pecahan pemberian BPKNS
adalah seperti berikut:
i. Diploma - 88 orang ii. Ijazah Sarjana Muda - 262 orang
pg
113
Sepanjang tahun 2019 saya telah terlibat dalam menemuduga pemohon-pemohon BPKNS di empat buah pusat temu
duga seperti berikut:-
i. 21 hingga 22 September 2019 - Hotel Kingwood, Mukah iii. 5 hingga 6 Oktober 2019 - Pejabat SPANS, Kuching
ii. 28 hingga 29 September 2019 - Hotel Melia, Kuala iv. 12 hingga 13 Oktober 2019 - Pejabat SPANS Kuching
Lumpur
Dalam Buku “MENJUNJUNG AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB” terbitan SPANS sempena Ulang Tahun Ke 60
penubuhannya, saya ingin berkongsi pengalaman menemuduga calon-calon di Hotel Melia, Kuala Lumpur pada 28 dan 29
September 2019. Saya telah diletakkan dalam Panel C yang dipengerusikan oleh Dato Chai Moi Fong bersama pegawai
bertugas sebagai urus setia Encik Ali bin Mohammad. Sebelum temu duga dijalankan, urus setia telah menyediakan jadual
permarkahan. Permarkahan ditetapkan seperti berikut:-
i. Jadual A - Sosio Ekonomi-Pendapatan Kasar Isi Rumah
50 markah - Diisi oleh urus setia mengikut panduan yang ditetapkan.
ii. Jadual B - Pencapaian Akademik
20 markah - Diisi oleh urus setia mengikut panduan yang ditetapkan.
iii. Jadual C - Markah Temu duga
30 markah – Perkara-perkara yang dinilai adalah seperti berikut:-
a) Kebolehan mengemukakan pendapat/hujah f) Penampilan/Perwatakan
b) Keyakinan diri g) Sukan
c) Kemahiran berkomunikasi h) Kelab/Persatuan
d) Pengetahuan umum i) Peringkat penglibatan
e) ePengetahuan Kursus/Bidang Pengajian
Kesemua 32 orang calon yang disenaraikan adalah untuk program Ijazah Sarjana Muda. Bagaimanapun 5 orang calon
tidak hadir. Calon-calon yang ditemuduga melibatkan Pusat Pengajian seperti berikut:-
i. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - 5 orang v. Universiti Sains Islam Malaysia - 3 orang
ii. Universiti Kebangsaan Malaysia - 6 orang vi. Universiti Teknikal Malaysia Melaka - 1 orang
iii. Universiti Malaya - 7 orang vii. Universiti Teknologi MARA, Shah Alam - 4 orang
iv. Universiti Putra Malaysia Serdang - 1 orang
Bidang-bidang kursus yang sedang diikuti oleh calon-calon adalah seperti berikut:-
• Ijazah Sarjana Muda Perancangan Pelancongan dan Pengurusan Hospitaliti - 1 orang
• Ijazah Sarajana Muda Sastera - 1 orang
• Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi) - 1 orang
pg
114
• Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan - 1 orang
• Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan - 1 orang
• Ijazah Sarjana Muda Perakaunan - 1 orang
• Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah) - 6 orang
• Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Sains Pembangunan) - 1 orang
• Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektronik) - 1 orang
• Ijazah Sarjana Muda Kaunseling - 1 orang
• Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu - 1 orang
• Ijazah Sarjana Muda Geografi - 2 orang
• Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan - 1 orang
• Ijazah Sarjana Muda Sains (Geologi Gunaan) - 1 orang
• Ijazah Sarjana Muda Syariah - 1 orang
• Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Inggeris - 1 orang
• Ijazah Sarjana Muda Seni Bina - 1 orang
• Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan - 1 orang
• Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal - 1 orang
• Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah - 1 orang
• Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat Pengurusan Perpustakaan - 1 orang
• Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang - 1 orang
Berdasarkan permarkahan awal yang disediakan urus setia dalam aspek sosio ekonomi, seramai 21 orang calon mempunyai
markah penuh iaitu 50 markah. Hanya 6 orang mempunyai 45 markah ke bawah. Dari segi pencapaian akademik pula
seramai 16 orang calon yang memperolehi 15 markah ke atas, manakala 11 orang calon memperolehi 14 markah ke bawah.
Dalam kategori sosio ekonomi data tersebut menunjukkan kesemua calon datangnya dari keluarga miskin atau B40. Dalam
bidang akademik 53 peratus calon telah mencapai keputusan yang baik.
Sepanjang temu duga selama 2 hari, 25 orang calon telah memperolehi 25 markah ke atas dari 30 markah yang telah
diperuntukkan kepada Panel Temu duga. Menemuduga calon-calon yang hadir adalah amat berguna bagi mengetahui lebih
lanjut tentang latar belakang keluarga calon dan keadaan hidup mereka di kampus. Rata-rata calon berpakaian kemas dan
amat mengharapkan mereka dipilih untuk menerima BPKNS. Semua mereka juga telah menyatakan bahawa mereka memilih
BPKNS dari bantuan sumber kewangan lain kerana hanya perlu membayar 25 peratus dari seluruh pinjaman. Bagi mereka
yang belum menerima sebarang bantuan mereka terpaksa mengurus perbelanjaan dengan baik. Kadang-kadang terpaksa
makan 2 kali sehari saja bagi menjimatkan perbelanjaan. Beberapa kelemahan berikut dikenalpasti di kalangan calon-calon.
i. Pengetahuan umum tentang geografi, sejarah dan sistem pentadbiran negara. Kadang-kadang ada pelajar yang tidak
dapat menyatakan nama penuh pemimpin negeri dan negara.
pg
115
ii. Calon-calon yang baharu masuk semester 1 masih belum jelas tentang butiran lengkap bidang pengajian yang diambil.
Bagaimanapun mereka sudah ada gambaran tentang kerjaya yang akan mereka ceburi bila tamat pengajian nanti.
Misalnya mereka yang mengambil Pengajian Kesusasteraan Melayu, Geografi dan Sejarah mereka berminat untuk
menjadi guru.
iii. Terdapat beberapa orang calon yang belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru menyebabkan
pencapaian akademik mereka kurang memuaskan. Mereka telah dinasihatkan supaya lebih fokus dalam bidang
pengajian mereka. Bagi mereka yang markah keseluruhan yang kurang memuaskan disebabkan keputusan akademik
yang kurang baik, mereka telah dinasihatkan untuk memperolehi CGPA yang lebih baik dalam peperiksaan semester
yang akan datang dan memohon semula BPKNS pada tahun berikutnya.
Sebelum sesi temu duga bersama calon selesai, biasanya calon-calon diperingatkan agar membayar balik amaun hutang
yang telah ditetapkan setelah mereka tamat pengajian dan mendapat pekerjaan. Mereka juga dinasihatkan agar berkhidmat
dengan negeri Sarawak bagi memacu pembangunan yang sedang rancak berjalan.
LAWATAN KE MIRI
Pada 8-11 Disember 2020
Saya telah dimaklumkan oleh Encik Amrul bin Haji Yusup, Penolong Pegawai Tadbir SPANS bahawa saya telah
dijadualkan bersama Datu Romie Sigan Daniel, Timbalan Pengerusi dalam Panel B bagi temu duga pengambilan
jawatan Pemandu Kenderaan H11 di Miri pada 9 sehingga 10 Disember 2020. Pusat temu duga adalah di Hotel
Pullman, Miri. Ekoran dari maklumat tersebut, saya telah berjumpa Datu Romie pada pagi 1 Disember 2020, bagi
membincangkan jadual perjalanan ke Miri. Saya telah dimaklumkan bahawa beliau bercadang untuk menggunakan
jalan raya, jika saya bersetuju saya boleh ikut bersama menggunakan Land Cruiser pejabat.
Seperti pucuk dicita ulam mendatang saya bersetuju untuk ikut sama kerana ingin melihat sendiri status pembinaan
Lebuhraya Pan Borneo. Saya pernah menggunakan jalan raya dari Sibu ke Kuching pada 24 November 2017 dan
pada tahun 2019 semasa mengadakan temu duga di Mukah. Ketika itu, kebanyakan sektor jalan masih dalam
peringkat menembok dan memotong bukit. Banyak kawasan licin dan lencongan jalan terpaksa dilakukan.
Kami bertolak pada 8 Disember 2020, Datu Romie bersama Encik Iskandar bin Muhammad, pemandu kenderaan
tiba di rumah saya jam 3.50 pagi, 10 minit lebih awal. Kami menggunakan pacuan empat roda iaitu Toyota Fortuner
QSG 4331.Keadaan cuaca pagi itu sangat baik tetapi agak dingin. Saya menggunakan jaket dan topi (cap) bagi
memastikan tidak kesejukan di dalam kenderaan, lebih-lebih lagi perjalanan yang akan memakan masa lebih 12 jam.
Saya telah meminta kebenaran daripada Datu Romie untuk duduk di hadapan, sebelah pemandu supaya saya dapat
berbual-bual di samping sebagai co-pilot. Saya juga difahamkan Encik Iskandar tidak pernah memandu jarak jauh,
paling jauh sehingga Sri Aman sahaja.
Menyusuri Lebuh Raya Pan Borneo di mana ada bahagian yang sudah sempurna dan ada bahagian yang masih
dalam pembinaan, sudah tentu banyak pengetahuan tentang aspek-aspek peraturan jalan raya dan papan tanda
(signage) yang perlu diketahui oleh pemandu. Saya memberitahu Encik Iskandar bahawa perjalanan kami akan
merentasi 10 bahagian di Sarawak dan sudah pasti satu pengalaman yang amat berguna bagi seorang pemandu.
Bagi diri saya dan Datu Romie sudah tentu amat relevan untuk melaksanakan tugas kami sebagai panel penemu
duga calon Pemandu Kenderaan, gred H11.
Di pagi yang hening, tidak banyak kenderaan yang kami temui di jalan raya dari Kuching ke Serian. Kami sampai di
Serian jam 4.45 pagi dan meneruskan perjalanan hingga simpang Sri Aman/Sibu. Sepanjang perjalanan kenderaan
pg
116
kami bergerak antara 80km sehingga 120km sejam. Peringkat permulaan perjalanan ini memberi keyakinan kepada
saya bahawa Encik Iskandar adalah pemandu yang cekap, mempunyai penglihatan yang baik dan sentiasa berhati-
hati di kawasan-kawasan bahaya terutama ketika hendak memotong. Perjalanan dari Serian ke Sri Aman agak
sedikit mencabar kerana embun pagi yang agak tebal di kawasan-kawasan bukit menyebabkan jarak penglihatan
agak terbatas. Di samping itu juga, terdapat beberapa lencongan jalan di tempat-tempat pembinaan. Mujur tidak
banyak kenderaan berat bergerak di awal pagi. Keadaan jalan dari Balai Ringin ke Sri Aman juga masih lengang.
Bagaimanapun kami perlu berhati-hati kerana takut ada kenderaan yang diparkir di bahu jalan.
Perjalanan ke simpang Sri Aman/Sibu memakan masa satu jam setengah. Kami sampai ke simpang Sri Aman jam
6.15 pagi dan behenti rehat sekejap. Jejambat yang dibina dipersimpangan jalan Sri Aman/Sibu belum siap. Bila
siap nanti sudah tentu kenderaan dapat bergerak secara teratur ke laluan Sri Aman atau perjalanan ke utara. Setelah
berhenti selama 15 minit, kami meneruskan ke Betong dan Sarikei. Kami menggunakan jalan ke Bandar Betong
kerana untuk melihat projek-projek pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan di Bahagian tersebut. Saya
nampak banyak perubahan berlaku kerana kali terakhir saya ke Betong ialah pada tahun 2018.
Sepanjang perjalanan dari simpang Sri Aman ke Betong dan seterusnya ke Saratok, boleh dikatakan Lebuhraya Pan
Borneo yang di dalam pembinaan jauh lebih baik jika dibandingkan pada tahun 2017 dan tahun 2019. Bagaimanapun
pergerakan kami dari Sebangkoi Country Park ke Bandar Sarikei agak perlahan kerana banyak kerja pemotongan bukit
dijalankan. Kenderaan kami terpaksa bergerak perlahan. Kami terpaksa menunggu giliran untuk lalu di beberapa
tempat lencongan kerana sebelah jalan sahaja boleh digunakan. Jalan juga agak licin kerana hujan renyai-renyai
sepanjang pagi. Alhamdulillah kami sampai ke Sarikei jam 9.30 pagi dan singgah di Nur Islamic Café. Menurut Datu
Romie restoran ini terkenal di Bandar Sarikei bagi mereka yang gemar makan ikan kari dan nasi briyani. Selepas
45 minit kami berehat, kami pun meneruskan perjalanan ke Bintulu jam 10.15 pagi. Encik Iskandar mengisi minyak
kereta di stesen minyak kereta di stesen minyak Shell di Bandar Sarikei. Kami menggunakan jalan ke Jambatan
Durin dan kemudian terus ke Selangau, Mukah dan menggunakan jalan Ulu Balingian terus ke Kuala Tatau ke dan
Bintulu. Saya mendapati jalan dari Sibu ke Selangau jauh lebih baik jika dibandingkan semasa perjalanan saya ke
Mukah pada tahun 2019. Jalan pesisir yang kami gunakan dari simpang Mukah dan Ulu Balingian menuju ke Kuala
Tatau dan Bintulu juga baik. Kenderaan kami bergerak agak lancar. Sepanjang jalan antara Kuala Tatau ke Bintulu
kami nampak gerai yang menjual buah terutama buah kelapa. Kami sampai di Bintulu jam 2.15 petang dan berhenti
minum di sebuah kedai makan dan kemudian meneruskan perjalanan ke Miri jam 3.00 petang.
Semasa perjalanan dari Ulu Balingian ke Kuala Tatau, kami telah dipotong oleh sebuah Hilux yang dipandu laju
di sebuah selekoh yang tajam. Saya memberitahu Encik Iskandar bahawa Hilux tersebut dipandu membahayakan
kenderaan lain. Kebetulan bila kami sampai ke jambatan Kuala Tatau, hilux tersebut terlibat dalam satu kemalangan,
mungkin bertembung dengan kenderaan lain. Pengajaran yang amat berguna bagi Encik Iskandar supaya tidak
memotong di selekoh jalan di mana kita tidak nampak kenderaan lain yang datang dari hadapan.
Kami menggunakan jalan pesisir dari Bintulu ke Miri dan bernasib baik kerana tidak banyak kenderaan yang kami
temui sepanjang jalan. Jalan agak bergelombang. Terdapat bonggol jalan disebabkan culvert bagi mengalir air
longkang kelapa sawit sepanjang jalan. Tidak banyak perkampungan yang kami temui kerana kampung-kampung
telah lama wujud di laluan Lebuhraya Pan Borneo Bintulu ke Miri. Kami sampai di Miri jam 6 petang dan mendaftar
masuk ke hotel Pullman Miri 6.15 petang. Encik Amrul bin Haji Yusup telah menunggu kami di lobi hotel bagi
menyerah kunci bilik. Memandangkan saya rasa letih, saya memberitahu Datu Romie dan Encik Amrul saya ingin
berehat dan tidak keluar untuk makan malam. Saya bercadang untuk pesan makanan untuk dihantar ke bilik sahaja.
Saya tidur awal pada malam itu, supaya lebih segar bila berhadapan dengan calon-calon Pemandu Kenderaan, gred
H11 keesokan hari.
pg
117
Keesokan hari, selepas sembahyang subuh saya membuat catatan tentang perkara-perkara penting yang perlu diberi
perhatian semasa menemuduga calon.
01 SIKAP
Berbudi bahasa, bersopan santun, berpakaian kemas, ketepatan masa, bertanggungjawab.
02 KESIHATAN
Lulus saringan air kencing, penglihatan baik, stamina tidak merokok.
03 PERSEDIAAN
Dokumen lengkap, faham tentang bidang tugas dan tanggungjawab seorang pemandu dan pengetahuan
tentang kekosongan jawatan, sanggup ditempatkan di mana-mana.
04 PENGALAMAN
Tempoh pengalaman memandu, sejauh mana pernah memandu, jenis-jenis kenderaan yang pernah dipandu,
membaiki kerosakan mudah, ganti tayar, pengetahuan tentang service kenderaan.
05 PENGETAHUAN TENTANG PAPAN TANDA (SIGNAGE) JALAN
Simpang empat, Awas beri tumpuan, halangan dihadapan, jalan bengkang bengkok, selekoh tajam, selekoh
bahaya, jalan berpisah arah, simpang jalan ke kiri ke kanan, beri laluan, ikut arah anak panah, tidak dibenarkan
berhenti, tidak dibenarkan meletakkan kenderaan, tidak dibenarkan pusing, dilarang memotong, cerun
mendaki, lencongan, zon had laju, jalan tidak rata, beri laluan dan lain-lain.
Semasa sesi temu duga pada 9 dan 10 Disember, selain menilai sikap, kesihatan, persediaan dan pengalaman seseorang
calon, pengetahuan tentang papan jalan (signage) adalah penting. Bagi calon yang banyak pengalaman memandu dan
pernah memandu di Leburaya Pan Borneo, mereka telah memberi jawapan yang memuaskan bila ditanya tentang papan
tanda jalan (signage) yang mereka perlu beri perhatian semasa memandu. Bagi calon-calon yang kurang berpagalaman
pula mereka tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Sepanjang tempoh 2 hari temu duga kami telah berjaya memilih
16 orang daripada 29 orang calon yang hadir Temu Duga mengisi kekesongan di Miri, Bintulu dan Subis. Encik Amrul dan
Cik Nyam Siew Ling selaku urus setia telah menjalankan tugas dengan baik bagi melicinkan proses temu duga.
Kami telah membuat keputusan untuk bertolak dari Miri pada petang 10 Disember dan bermalam di Bintulu. Kami
menggunakan jalan utama iaitu Lebuhraya yang dalam pembinaan dari Miri ke Bintulu. Kami bertolak jam 4.00 petang.
Hujan turun di beberapa tempat. Bagaimanapun saya merasa amat selesa kerana ada beberapa bahagian jalan telah
siap dengan sempurna. Ketika melalui tempat-tempat tersebut saya merasa seolah-olah sedang berada di Lebuhraya
di Semenanjung Malaysia. Di Bintulu kami menginap di Hotel New World Suites. Kami bertolak jam 7.00pagi selepas
sarapan pagi di hotel. Kami sampai di Kuching jam 6.00 petang. Perjalanan merentasi 10 bahagian iaitu Bahagian Kuching,
Bahagian Samarahan, Bahagian Serian, Bahagian Sri Aman, Bahagian Betong, Bahagian Sarikei, Bahagian Sibu, Bahagian
Mukah, Bahagian Bintulu, dan Bahagian Miri amat berbaloi bagi panel mengenalpasti calon Pemandu Kenderaan yang
sesuai bagi mengisi kekosongan di beberapa jabatan di Miri, BIntulu dan Subis. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Encik Iskandar kerana telah memandu dengan berhemah dan memastikan ahli panel selamat sampai ke
destinasi pergi dan balik.
pg
118
PANDUAN
ATAU TIPS
TEMU DUGA
Dr. Peter Songan
BAB PANDUAN ATAU TIPS TEMU DUGA
10
10.1 PENGENALAN
Temu duga merupakan salah satu daripada aktiviti utama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak bagi
melaksanakan fungsi dan peranan utamanya dalam pengambilan kakitangan awam negeri Sarawak, proses kenaikan
pangkat dan penajaan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS). Temu duga dijalankan bagi memilih calon
terbaik dan paling berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan pengambilan, kenaikan pangkat dan dianugerahkan
BPKNS.
Apabila anda berjaya dipanggil untuk menghadiri sesebuah temu duga, ianya, bermakna anda berjaya melepasi proses
senarai tapis. Membuat sedikit persediaan sebelum menghadiri temu duga adalah penting bagi memastikan anda berasa
selesa dan berkeyakinan semasa temu duga. Persediaan menghadiri temu duga boleh dibahagikan kepada tiga (3)
peringkat seperti berikut:
i) Sebelum temu duga;
ii) Semasa temu duga; dan
iii) Selepas temu duga.
10.2 PANDUAN @ TIPS SEBELUM TEMU DUGA
10.2.1 MEMBUAT KAJIAN KE ATAS JABATAN/ ORGANISASI DAN MEMAHAMI KRITERIA PENILAIAN.
Adalah penting bagi calon untuk mengkaji maklumat-maklumat penting tentang sesebuah organisasi atau jabatan yang
menemu duga bagi yang memohon jawatan dalam jabatan atau agensi Kerajaan, calon seharusnya mengkaji serba
sedikit maklumat berkenaan jawatan yang dipohon.
Maklumat-maklumat yang diperolehi tersebut boleh membantu dalam membina keyakinan diri calon semasa proses
temu duga. Calon-calon boleh membuat kajian tersebut melalui laman web organisasi/ jabatan, sosial media, dan juga
dari kenyataan akhbar berkaitan. Selain meningkatkan keyakinan calon, maklumat-maklumat tersebut dapat membantu
calon memahami visi dan misi sesebuah jabatan/organisasi bagi melihat kesesuaian diri dengan keperluan jabatan/
organisasi. Calon juga dapat mengetahui maklumat kekosongan jawatan.
SPANS menggunakan berbagai kriteria dalam proses temuduga untuk menilai dan memilih calon.
Dalam proses temu duga untuk pengambilan, calon akan dinilai untuk dipilih dengan menggunakan kriteria-kriteria
seperti berikut:
a. Prestasi dari segi kecekapan, keberkesanan dan ketekunan;
b. Komunikasi, iaitu, kemahiran menjawab soalan dengan teratur dan berkeyakinan;
c. Ciri-ciri peribadi, seperti penampilan, keperibadian dan nilai yang dihayati;
d. Ilmu pengetahuan dan kompeten; dan
e. Penglibatan dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan.
Bagi proses temu duga untuk kenaikan pangkat pula, calon adalah dinasihatkan untuk merujuk atau membaca
kaedah (7) dalam Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 1996 berikut bagi memahami kriteria-kriteria
yang digunakan untuk penilaian calon semasa temu duga.
pg
120
7(1) Kenaikan pangkat mana-mana pegawai dalam perkhidmatan awam hendaklah berdasarkan prestasi, merit dan
kebolehan, dan juga pengalaman, kelayakan, kesesuaian dan kekananan yang akan diputuskan seperti berikut:-
(a) Kecekapan dan ketekunan yang ditunjukkan dalam menjalankan tugas-tugasnya;
(b) Pengetahuan dan kemahiran diri;
(c) Kualiti peribadi termasuk keutuhan, daya usaha, inovasi, kelayakan dan pengalaman dan kemahiran
yang relevan dengan jawatan yang hendak diisi; dan
(d) Potensi, baik dari segi perhubungan manusia dan kebolehan kepimpinan, yang mendatangkan faedah
kepada perkhidmatan awam secara menyeluruh.
Semasa temu duga untuk BKNS, calon atau pelajar akan dinilai untuk ditawarkan biasiswa dengan menggunakan
kriteria-kriteria seperti berikut:-
(a) Latar belakang sosio-ekonomi ibu-bapa atau penjaga;
(b) Pencapaian akademik, contohnya, Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang diperolehi;
(c) Prestasi semasa temuduga dari segi kebolehan mengemukakan pendapat atau hujah, keyakinan diri,
dan kemahiran berkomunikasi;
(d) Pengetahuan, seperti kesedaran dan kefahaman tentang hal ehwal semasa dan bidang pengajian yang dipilih;
(e) Penampilan atau perwatakan; dan
(f) Penglibatan dalam bidang sukan, dan dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan.
10.2.2 MEMBUAT LATIHAN MENJAWAB SOALAN-SOALAN UMUM
Berlatih menjawab soalan-soalan umum dengan secara ringkas seperti “huraikan tentang diri anda dan mengapa
anda memilih organisasi/jabatan ini?” adalah penting kerana jawapan yang diberikan dapat memberi impak
kepada penilaian calon. Melalui jawapan tersebut juga, penemu duga dapat melihat karakter dan nilai calon
terhadap kemajuan sesebuah organisasi/ jabatan.
10.2.3 MENCARI DAN MEMBACA DESKRIPSI JAWATAN KOSONG YANG DIPOHON
Maklumat mengenai deskripsi jawatan kosong yang dipohon boleh diperolehi melalui pelbagai sumber seperti
menghubungi atau berjumpa dengan Penjawat Awam yang dikenali dan menjawat jawatan yang sama. Dengan
adanya maklumat tersebut, calon dapat memahami tugasan-tugasan jawatan tersebut dan melihat sama ada
pengalaman dari pekerjaan sekarang atau terdahulu memenuhi kriteria-kriteria jawatan kosong tersebut.
10.2.4 MENGGUNAKAN KAEDAH STAR (Situation, Task, Action dan Result) SEMASA MENJAWAB SOALAN TEMU DUGA
Calon hendaklah sentiasa bersedia dengan soalan-soalan berkaitan dengan pengalaman-pengalaman kerja atau
pengalaman peribadi yang terdahulu. Menggunakan kaedah STAR dalam menceritakan tentang pengalaman-
pengalaman tersebut dapat memberi gambaran yang jelas dan memudahkan penilaian oleh penemu duga.
10.2.5 BERLATIH MENJAWAB SOALAN DI HADAPAN KAWAN
Mohon bantuan atau kerjasama kawan untuk sama-sama berlatih menjawab soalan-soalan yang mungkin diajukan
oleh penemu duga. Berlatih menjawab soalan di hadapan kawan juga boleh menjadi persediaan yang efektif bagi
meningkatkan keyakinan diri calon.
pg
121
10.2.6 BERSEDIA DENGAN PROSES ATAU CONTOH TUGASAN SEMASA
Sentiasa bersedia dengan soalan-soalan berkaitan dengan proses kerja terdahulu atau semasa calon boleh
memberikan keyakinan kepada calon semasa temu duga. Sehubungan itu, maklumat mengenai deskripsi jawatan
kosong yang dipohon adalah penting dalam membantu calon untuk mengaitkan pengalamannya dengan jawatan
tersebut. Penemu duga juga dapat menilai sama ada pengalaman-pengalaman calon boleh memenuhi kriteria-
kriteria jawatan kosong yang ditemuduga.
10.3 PANDUAN @ TIPS SEMASA TEMU DUGA
10.3.1 PERSEDIAAN DARI SEGI IMEJ
Tidak mengira status, latar belakang atau taraf ekonomi, calon harus mempamerkan imej diri yang kemas dan
profesional semasa hadir ke sesi temu duga. Calon boleh mendapatkan pendapat daripada kawan-kawan yang
mempunyai pengalaman dalam menghadiri sesebuah temu duga mengenai etika berpakaian terutama bagi
agensi atau jabatan Kerajaan. Sediakan pakaian yang sederhana, tidak keterlaluan dan kelihatan profesional.
Calon yang sedang berkhidmat dalam bidang pengkuatkuasa yang datang untuk temu duga kenaikan pangkat
dinasihatkan untuk memakai pakaian seragam atau uniform yang penuh. Penilaian pertama para penemu duga
adalah penting!
10.3.2 BAWA SALINAN ASAL DAN SALINAN PENDUA SIJIL-SIJIL BERKAITAN (TELAH DISAHKAN) BERSERTA RESUME
Harus diketahui bahawa salinan asal sijil-sijil akademik atau yang berkaitan calon akan disemak oleh Urus Setia
yang bertugas bagi memastikan segala maklumat yang diisi semasa permohonan adalah tepat dan terkini.
Pastikan dokumen-dokumen berkaitan disusun di dalam fail dengan kemas dan mengikut turutan terkini. Ini bagi
memudahkan para penemu duga untuk menyemak dan merujuk kepada dokumen-dokumen tersebut semasa sesi
temu duga.
10.3.3 RANCANG PERJALANAN DAN DATANG SEAWAL 30 MINIT SEBELUM MASA TEMU DUGA
Rancang perjalanan atau jalan yang akan dilalui ke pusat temu duga bagi memastikan calon dapat hadir awal
sebelum masa temu duga dijadualkan. Calon juga boleh mencuba laluan tersebut beberapa hari sebelum temu
duga. Sekiranya calon menggunakan pengangkutan awam, pastikan calon mempunyai cara alternatif jika terdapat
penutupan jalan atau sebagainya. Hadir awal ke sesebuah temu duga dapat membantu calon untuk bertenang
dan membuat sedikit pemerhatian di sekitar pusat temu duga. Calon dinasihatkan untuk tidak sama sekali hadir
lewat ke sesebuah temu duga bagi mengelakkan diri daripada ditolak serta-merta.
10.3.4 BERIKAN IMPAK PERTAMA YANG BERKESAN (FIRST IMPRESSION)
Untuk memberikan impak pertama yang berkesan, sekali lagi calon haruslah memberi perhatian kepada perkara-
perkara kecil seperti kasut yang bersih, rambut yang kemas, kuku yang dipotong rapi serta pakaian yang bersih
dan kemas sebelum memasuki bilik temu duga. Pamerkan bahasa badan yang berkeyakinan dan sentiasa senyum
kerana ia boleh mencerminkan sikap anda. Sentiasa kekalkan eye contact yang bersesuaian.
10.3.5 MEMBERI LAYANAN YANG BAIK DAN HORMAT KEPADA SEMUA ORANG
Pastikan anda memberi layanan yang baik, hormat dan mesra kepada semua orang termasuk urus setia yang
bertugas semasa pendaftaran temu duga. Jangan sesekali beranggapan layanan yang baik, hormat dan mesra
hanya patut diberikan kepada penemu duga sahaja. Layanan anda mencerminkan karakter dan personaliti anda.
pg
122
10.3.6 MEMPAMERKAN TABIAT DAN BAHASA BADAN YANG BAIK
Pamerkan keyakinan diri dan bahasa badan yang positif sejurus selepas memasuki pusat temu duga. Jaga postur
badan anda semasa duduk. Sebelum memasuki bilik temu duga, calon boleh membuat teknik pernafasan yang
dapat memberi ketenangan dan menghilangkan rasa gemuruh. Sentiasa senyum dan berjabat tangan dengan
urus setia atau penemu duga secara bersederhana sekiranya dibenarkan.
10.3.7 MENJAWAB SOALAN DENGAN JUJUR, TEPAT, PADAT DAN POSITIF
Bersikap jujur semasa sesi temu duga dapat memberi gambaran yang bagus kepada penemu duga. Soalan-soalan yang
diajukan hendaklah dijawab dengan tepat, padat serta jujur dan positif bagi membolehkan penemu duga memberi
penilaian yang berkesan. Sentiasa fokus kepada kekuatan diri dan yakinkan penemu duga mengapa anda layak untuk
menjawat jawatan tersebut dengan pengalaman dan kelayakan yang dimiliki. Memandangkan masa temu duga adalah
singkat, pastikan jawapan yang diberikan adalah padat dan menjawab segala persoalan penemu duga.
10.3.8 KAITKAN JAWAPAN DENGAN SKIL, PENGALAMAN DAN PENCAPAIAN ANDA
Berikan contoh bersesuaian dalam menjawab soalan-soalan penemu duga terutamanya bagaimana skil, pengalaman
dan pencapaian anda dapat melayakkan anda untuk menjawat jawatan kosong tersebut. Gunakan setiap peluang
yang untuk menyakinkan penemu duga.
10.3.9 JANGAN MEMBURUKKAN MAJIKAN LAMA ANDA
Adalah penting bagi anda untuk tidak memburuk-burukkan majikan lama anda. Sesebuah organisasi/ jabatan
berminat untuk mencari calon yang mampu membuat keputusan semasa dalam konflik. Walaupun anda berasa
tidak gembira dengan pekerjaan semasa, jawab soalan penemu duga dengan memfokuskan kepada pengalaman
dan pencapaian semasa anda.
10.4 PANDUAN @ TIPS SELEPAS TEMU DUGA
10.4.1 SOALAN-SOALAN YANG BOLEH DITANYA
Selepas tamat sesi temu duga oleh penemu duga, calon-calon boleh mempertimbangkan untuk bertanya soalan-
soalan berikut:
i) Bila keputusan temu duga akan dikeluarkan?
ii) Bagaimana cara anda akan dimaklumkan berkenaan keputusan temu duga?
iii) Adakah terdapat keperluan lain seperti penilaian, senarai rujukan atau temu duga kedua.
10.4.2 KELUAR DARI BILIK TEMU DUGA DENGAN SENYUMAN DAN PERASAAN GEMBIRA
Pastikan anda meninggalkan bilik temu duga dengan senyuman, keyakinan, perasaan positif dan gembira.
Jangan mempamerkan rasa tidak puas hati atau marah walaupun anda telah menghadiri sesebuah temu duga
yang agak menegangkan. Dengan mempamerkan sikap yang sentiasa positif, ianya dapat memberi penilaian
yang baik daripada penemu duga.
pg
123
TRANSKIP
TEMU BUAL DAN
KERATAN AKHBAR
SAMBUTAN JUBLI
INTAN (60 TAHUN)
SPANS 2021
NEW SARAWAK TRIBUNE
BAB KERATAN AKHBAR SAMBUTAN JUBLI INTAN (60 TAHUN) SPANS 2021
11
TRANSKRIP TEMU BUAL DAN KERATAN AKHBAR
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS), Datu Abdul Ghafur Shariff telah ditemu
bual pada 28 September 2021 bertempat di Pejabat SPANS oleh Cik Tania Lam dan Cik Nazrinzulaiqa binti
Hasbi daripada New Sarawak Tribune sempena Ulang Tahun ke enam puluh (60) tahun penubuhan SPANS.
Turut hadir pada sesi temu bual tersebut adalah Timbalan Pengerusi SPANS, Datu Romie Sigan Daniel, Ahli-
Ahli SPANS yang terdiri daripada Datu Abdillah bin Adam, Datu Haji Chaiti bin Haji Bolhassan, Dato Chai Moi
Fong, Dr. Peter Songan dan Encik Liew Jiu Ming.
Setiausaha SPANS, Encik Fathi bin Haji Hambali dan Ketua Bahagian Pengambilan dan Kenaikan Pangkat,
Encik Mohamad Azlan bin Madihi juga turut bersama pada sesi temu bual tersebut.
Berikut merupakan transkrip temu bual dan keratan akhbar daripada surat khabar New Sarawak Tribune keluaran
2 November 2021 dan 6 November 2021 untuk tatapan bersama.
UPHOLDING TRUST AND RESPONSIBILITY
KUCHING: The Sarawak Public Service Commission (PSC) celebrates its diamond jubilee on Monday (Nov 1),
having been formed 60 years ago on Nov 1, 1961.
As an independent body, PSC is entrusted with the crucial responsibility of appointment, confirmation, and
promotion of Sarawak civil servants.
Its tasks also include the granting of permanent and pensionable status as well as overseeing and controlling
discipline in the civil service.
In conjunction with PSC’s significant milestone, New Sarawak Tribune recently interviewed its chairman Datuk
Abdul Ghafur Shariff for his insight on the organisation’s growth, vision, and direction.
He has dutifully served as PSC chairman for the past decade since he was first appointed to this role in August
2011.
Also present during the session were PSC deputy chairman Datuk Romie Sigan Daniel and several Commission
members, including Datuk Chai Moi Fong, Dr Peter Songan, Liew Jiu Ming, Datuk Jabidah Monseri, and
others. PSC principal assistant secretary Mohamad Azlan Madihi was also in attendance.
New Sarawak Tribune: How will PSC be celebrating its diamond jubilee?
Abdul Ghafur: As much as we would like to make this a grand celebration, we are still in the midst of the Covid-19
pandemic and there are standard operating procedures (SOPs) which must be observed. Therefore, we cannot really have
a full-scale sort of celebration.
So for our diamond jubilee, we will mark the occasion with the launching of two anniversary books. One is a coffee table
book while the other is a companion book which provides a narrative of what the coffee table book is all about.
We are in the process of trying to invite Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun
Datuk Abang Haji Openg to launch the books. Thus far, our plan is to organise it in the first week of December.
pg
125
What is the theme for this year’s celebration?
Abdul Ghafur: The theme goes along with the title of the coffee table book and the companion book. In Bahasa Malaysia,
the theme is ‘Menjunjung Amanah dan Tanggungjawab’ whereas in English it is ‘Upholding the Trust and Responsibility’.
What is the significance of this theme?
Abdul Ghafur: As you know, PSC was created under the State Constitution. This means we are a constitutional creature;
we are not a government department and the members of the Commission are not civil servants. As such, we are not
governed by the General Orders. The remuneration of PSC members is paid by the government and we cannot receive
any other income and we cannot be appointed as directors of companies.
Being created by the Constitution, it is an honorous trust and responsibility placed on the shoulders of the appointed
members of the PSC to execute the functions of the Commission to the highest degree expected of an independent body.
With that, we have chosen this theme as we have to execute our function with the full trust of the government on us.
The state government is aggressively promoting digitalisation in all
aspects of its administrative system. What about PSC?
Abdul Ghafur: Digitalisation is a continuous thing. PSC itself started quite early with regard to digitalisation efforts. First,
we started using this system called eRecruitment in 2004, through which people can apply for jobs online.
In addition, when we conduct interviews, the members carry their own laptops now. For example, when we go outstation
to conduct interviews, we do not carry that many documents anymore because everything is stored in our laptops.
Under my chairmanship, I have also emphasised on digitalising our data and records in tandem with our chief minister’s
clarion call to move in this direction. We are joining the Fourth Industrial Revolution bandwagon and we do not want to
be left on the sidelines.
On top of that, we also have a system called eScholarship for online application of scholarship which was started in 2011.
It is a scholarship loan provided by the Sarawak state government to Sarawak students studying at public institutions of
higher learning (IPTAs) in the country.
One of PSC’s roles is to protect the public service from political interference. Has this been successfully done?
Abdul Ghafur: In the 10 years under my chairmanship, as far as political interference is concerned, I can safely use the
word ‘zero’. I would say there is no political interference.
We are trusted as an independent body to make decisions. So I must salute our politicians as they have never intermeddled
with our decisions.
What is most important is that we interview candidates and appoint them based on their merits and the performance
during interviews.
pg
126
Among PSC’s duties is to try to ensure that every member of the public service has an equal chance of promotion
to the highest point which their education, intelligence, and industry can take them. Aside from qualifications,
what are the criteria for promotion?
Abdul Ghafur: Where promotion is concerned, the criteria are contained in ‘The Public Service Commission Rules 1996’ which is
very important but not many civil servants actually read it.
The matter of promotion is under Rule 7(1), which states that: The promotion of any officer in the public service shall be based
on performance, merit, and ability, as well as experience, qualifications, suitability, and seniority to be determined as follows: (a)
his/her efficiency and diligence shown in performing his/her duties; (b) his/her personal knowledge and skill; (c) personal qualities
including integrity, initiative, innovation, qualifications, and experiences and skills relevant to the post to be filled; and (d) his/her
potential, both in terms of human relationship and leadership ability, which would benefit the public service as a whole.
So we are guided by this Rule 7(1) and the criteria are all contained here. But when we conduct promotion interviews and we ask
the candidates, some of them seem to be oblivious to Rule 7(1).
It’s a matter of whether the candidates who attend these promotion interviews fulfil these criteria. That is up to us to decide and
we’ve got to refer to Rule 7(1). For instance, does he or she have the knowledge and skill relevant to the post?
Furthermore, promotion is a very relative issue. If we look at how the ‘Peter Principle’ views promotion, a promotion means that
you are going to another level where you become incompetent again. So a person who is promoted has to become competent
in their new role.
As such, promotion is a very contentious issue in itself. Promotion has to come with certain criteria, and in this case we really follow
the criteria provided under Rule 7(1).
Romie: With promotion comes responsibility. As a person steps into more senior posts such as department heads, they would do
less of operational matters and instead focus more on leadership. They must be a leader to direct the people.
Peter: In addition, many government officers or people have the misconception that promotion is based on seniority when it is
not. We don’t promote based only on seniority alone.
Even if a person has been in a certain position for 20 years and they are considered very senior compared to a person who has
been in that position for 10 years, it does not mean that the person with 20 years has more knowledge and skill than the person
with 10 years.
He or she may have just sat in that position for 20 years without upgrading himself or herself. So they would not have the
knowledge, skill, or experience. However, the person who has been in service for 10 years may have more knowledge, skill,
experience, and talent than this person who has been in service for 20 years. Therefore, we never base our promotions on
seniority alone.
Of late, there have been complaints about unfair chances of promotion among members of the civil service and
the issue has even gone viral on social media in some instances. What are your comments on this?
Abdul Ghafur: As I said, promotion is a very contentious subject so there would certainly be complaints from time to time as some
people would be unhappy or dissatisfied. However, with regard to chances of promotion, it depends on circumstances.
For example, for some officers, there are time-based promotions. When they reach a certain year and serve for the permissible
period, then they will be promoted. This happens in the Agriculture Research Department, for instance.
pg
127
However, it should be kept in mind that promotions are also tied with how many vacancies are available. The PSC does not
determine vacancies; that belongs to the department itself. For instance, if the department does not carry out a reorganisation
and they do not have ample posts for people to be promoted to, then that would be quite tough. That is where the problem
comes in because some departments do not carry out reorganisation and thus vacancies are very limited.
If there are more vacancies available for promotion, then there is no issue as people do not have to compete. However, if there
are only very few vacancies for people to be promoted to while there is also an array of officers competing, that’s where the
competition becomes the order of the day.
In such a situation where, let’s say, there are 10 people vying for one vacancy, we will have to select the best candidate; convince
us that you are the best candidate that we can promote. So promotion is also about competition. As the saying goes – ‘when the
going gets tough, the tough gets going’.
There are also complaints about certain communities being side-lined in terms of job opportunities and
promotions. Could you comment on this?
Abdul Ghafur: I have been PSC chairman for the past 10 years now and I believe that all these issues of side-lining and
marginalisation are a thing of the past. I say this because, firstly, we in PSC practise decentralisation.
This means that, for example, if there is a vacancy in Bario, we go to Bario to interview people there. Why would we ask
people in Miri to go there unless there is nobody in Bario who is suitable for the role? If that is the case, only then perhaps
we would get someone from nearby such as Marudi or Miri. What this means is that if there is a vacancy somewhere, let
people around that area vie for it. This is only fair and just.
In the early days back in the 1960’s, all the jobs were given to people in Kuching only because the interviews were
conducted in Kuching and they did not decentralise. That happened for so many years, but now it is different.
Next, there is the aspect of ethnic balance. Let’s say there is a vacancy in Saratok. The local population there comprises mostly Ibans and
Malays. That means the vacant post will more likely go to an Iban or Malay person. If it is a Melanau area, we give it to the Melanau.
And with regard to the composition of PSC members, we are all from different ethnic groups – Chinese, Iban, Bidayuh,
Malay, Melanau, and so on. So there is ethnic balance even in the composition of the members.
Another thing to bear in mind where Sarawak is concerned is mixed ethnicities and cultures. When we go around and
interview candidates, we see people of mixed ethnicity. For instance, their mother is Bidayuh and their father is Iban, or
their father is Chinese and their mother is Kelabit. So this is the new generation and new breed of Sarawakians thanks to
our so-called ‘confluence of culture’.
Looking at purely Iban, Melanau, Malay, and so on is a thing of the past because there are a lot of intermarriages now. We
as PSC members have seen this when we go around the nooks and corners of Sarawak.
So this ethnicity factor where certain groups try to promote their own ethnic group is a thing of the past, as far as Sarawak
is concerned. Here in Sarawak you can go to a Chinese kopitiam and see different races there all mixing around. If you go
to West Malaysia, such a thing does not happen.
On top of this, working as a civil servant is an individual choice. But some groups of people in Sarawak say that the civil service
must be well represented according to the composition of the ethnic groups. We try as best as possible to do that, but this can be
challenging in a way because as I said, to be a civil servant is an individual choice. For example, most Chinese do not want to join
the civil service as they prefer to join the business sector as reflected in the small numbers of their applications in eRecruitment.
pg
128
Is PSC duty-bound to carry out a policy where no non-Sarawakian should be appointed to a post in the
service should a local Sarawakian with the necessary qualifications be available?
Abdul Ghafur: There are two types of categories of officers. The first is referred to as permanent and pensionable, which
is where we are recruiting people. The other category is contract, meaning government officers on a contract basis.
If there are no Sarawakians fit enough to hold that important post, we can take in non-Sarawakians, but on a contract basis.
Permanent and pensionable is a different thing.
Actually, we have delegated that authority – to take in contract officers – to the State Secretary and heads of departments.
The Sarawak PSC does not employ contractual staff.
How many applications are processed or handled by PSC yearly?
Mohamad Azlan: Based on the past five years – from 2016 to 2020 – there have been about 177,974 applicants processed
every year. As for applications, we have handled about 400,000 yearly. With regard to the vacant posts for the past five
years, there have been about 3,768 vacant posts, meaning an average of 753 posts yearly.
PSC’s mission is ‘Empowering the State Civil Service with Talented, Committed, and Disciplined Human
Capital’. To what extent has this been achieved?
Abdul Ghafur: To me, results depend on two things – whether you have the resources to do something and whether you have
the correct relationships to achieve something. PSC does not exist alone; we have other people to help us and support us.
We have a good vision, but a vision without support and without capacity would not be much use. Thank God, we have a lot
of support from the government and politicians who support us in our quest to become what we are today. Many people have
helped us along the way.
If you ask me if we have been successful, I cannot say offhand that we are, because success is also something continuous. We
have been around from 1961 until 2021, but we are not stopping here. The job is not accomplished. We are celebrating our 60th
year, and we hope to also celebrate PSC’s 100th anniversary, because the job is not accomplished yet.
What we also want to know is whether the people that we choose are the right people. They may be right at the moment when
we select them, but it depends also on the training done after we have chosen them. That is the State Secretary’s role – to train
them to be talented people who can serve the people to the very end.
In addition, some other PSCs visit Sarawak to learn from us, and similarly we visit other PSCs. In this way, we can learn from each
other and we can benchmark ourselves.
So the PSC does not exist alone. In a sense, I believe we have been successful. I believe members here are proud of trying to
execute their job to the trust and responsibility placed upon our shoulders. And we as a team do enjoy our job along the way.
pg
129
KERATAN AKHBAR YANG DIPETIK DARIPADA SURAT KHABAR
NEW SARAWAK TRIBUNE KELUARAN 1 NOVEMBER 2021
pg
130
KERATAN AKHBAR YANG DIPETIK DARIPADA SURAT KHABAR
NEW SARAWAK TRIBUNE KELUARAN 2 NOVEMBER 2021
KERATAN
AKHBAR
YANG DIPETIK
DARIPADA
SURAT KHABAR
NEW SARAWAK
TRIBUNE
KELUARAN 6
NOVEMBER
2021
pg
131
BIOGRAFI
BAB BIOGRAFI
12
PENGERUSI, TIMBALAN PENGERUSI DAN AHLI-AHLI SPANS TAHUN SEMASA
Sebelum menjalankan tugasan atau melaksanakan tanggunggjawab sebagai ahli SPANS, setiap ahli yang telah dilantik hendaklah
mengangkat sumpah seperti yang telah dinyatakan dalam Jadual, Bahagian IV Perlembagaan Negeri Sarawak di hadapan
Hakim Besar atau Hakim di Mahkamah Tinggi. Lafaz sumpah tersebut mengkehendaki Ahli-Ahli SPANS untuk melaksanakan
tugas dengan sepenuh kemampuan, taat setia kepada Negeri Sarawak serta memelihara, melindungi dan mempertahankan
Perlembagaan Negeri Sarawak.
Selaras dengan Perkara 36(1), Perlembagaan Negeri Sarawak fungsi dan peranan Suruhanjaya adalah untuk melantik, mengesahkan,
memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan
tatatertib ke atas anggota-anggota perkhidmatan atau perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya.
Ahli-Ahli SPANS telah dipilih dan dilantik di kalangan bekas-bekas Ketua Jabatan atau Ahli-Ahli Akademik di peringkat
Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan. Berkhidmat di peringkat pengurusan kanan atau tertinggi dalam pelbagai Jabatan
atau Kemententerian membekalkan mereka dengan pengalaman serta pengetahuan yang luas bagi menjalankan fungsi utama
SPANS. Sebahagian daripada mereka juga sering terlibat dalam penggubalan polisi Kerajaan, program-progam serta aktiviti-
aktiviti di peringkat Negeri mahupun Kebangsaan.
Selain itu, ada juga di kalangan ahli SPANS yang memulakan kerjaya dari peringkat yang rendah dan berjaya sehingga ke
peringkat yang tertinggi. Pelbagai kenangan pahit dan manis telah diharungi sepanjang tempoh perkhidmatan. Sepanjang
perkhidmatan di SPANS, mereka memperlihatkan tahap kematangan dan pemikiran kritikal yang tinggi dalam setiap keputusan
yang dibuat. Ahli-Ahli SPANS yang terkini merupakan gabungan kumpulan profesional yang hebat dengan diterajui oleh seorang
Pengerusi yang cukup berpengalaman dan berwibawa. Secara keseluruhannya, gabungan ahli SPANS mempunyai lebih 360
tahun pengalaman dalam perkhidmatan awam sebelum menyertai SPANS iaitu dengan purata 32 tahun sehingga 47 tahun
tempoh perkhidmatan masing-masing.
PENGERUSI, TIMBALAN PENGERUSI DAN AHLI-AHLI SPANS TAHUN SEMASA
Bil. Nama Ahli-Ahli SPANS Tempoh Perkhidmatan 3 4 2 7 5 1 SU SPANS 9 8 10
1 Datu Abdul Ghafur Shariff (Pengerusi) 2011- sekarang
2 Dato Chai Moi Fong 2008- sekarang
3 Dato Hajjah Rabiah bt Johari 2012- sekarang
4 Dr Peter ak Songan 2016 – sekarang
5 Datu Romie Sigan Daniel 2017 – sekarang
6 Datu Robert Lian Balangalibun 2017 – sekarang
7 Datu Abdillah bin Adam 2017 – sekarang
8 Encik Liew Jiu Ming 2019 – sekarang
9 Datu Haji Chaiti bin Haji Bolhassan 2019 – sekarang
10 Datu Hajjah Jabidah binti Monseri 2019 – sekarang
pg
133
12.1 DATU ABDUL GHAFUR SHARIFF
Datu Abdul Ghafur Shariff dilahirkan pada 6 April 1952 di Kampung Bintangor, Kuching. Beliau telah menerima pendidikan
di Sekolah Methodist Kapit, Sekolah Rendah St. Joseph dan Sekolah Menengah St. Joseph Kuching. Beliau mula berkhidmat
di Pentadbiran Sarawak pada tahun 1971 iaitu pada umur seawal 18 tahun. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah
berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Sarawak atau lebih dikenali sebagai SAO (Sarawak Administrative Officer), Pegawai Daerah
dan Pegawai Pembangunan Bahagian di pelbagai stesen di Sarawak. Beliau juga telah dipinjamkan ke Pejabat Pembangunan
Negeri (Persekutuan) di bawah Jabatan Perdana Menteri dari tahun 1983 sehingga 1985.
Datu Abdul Ghafur Shariff juga pernah berkhidmat dengan dua buah kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Infrastruktur
dan Kementerian Perancangan Sumber. Beliau juga telah dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak (SPANS) pada tahun 1988. Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripada kerjaya beliau telah dijalani di Jabatan
Ketua Menteri Sarawak sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Pengarah di Unit Istiadat dan Protokol, Pengarah, Unit Pentadbiran,
Kerani di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Pengarah Sumber Manusia dan terakhir sekali sebagai Timbalan Setiausaha
Kerajaan Negeri sebelum beliau bersara wajib. Beliau kemudian dilantik sebagai Pengerusi SPANS berkuat kuasa dari 1 Ogos
2011 sehingga kini.
Sebagai seorang yang sentiasa menitik-beratkan pembelajaran yang berterusan, beliau memiliki dua diploma iaitu Diploma
Pentadbiran Awam daripada Institut Teknologi MARA dan Diploma Sains Pentadbiran daripada INTAN. Selain itu, beliau juga
memiliki Ijazah dalam bidang Sains Sosial (Sains Politik) daripada Universiti Sains Malaysia dan Sarjana Sains Polisi daripada
Curtin University. Dan terkini, beliau sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Jurisprudence di Universiti Malaya. Beliau
juga telah mengikuti Program Eksekutif Kanan di Harvard Kennedy School of Government, Stanford University, University of
Pittsburgh dan Cambridge University.
12.2 DATU ROMIE SIGAN DANIEL
Beliau telah dilahirkan di Kampung Satok Kuching pada 19 Ogos 1948 dan dibesarkan di Miri. Beliau bersekolah di St
Columba’s School, Miri. Tanggal 10 September 1968, beliau melapor diri sebagai Pegawai Tadbir atau lebih dikenali sebagai
SAO (Sarawak Administrative Officer) di Pejabat Daerah Limbang, Bahagian Limbang. Sepanjang beliau menjalankan
tugas sebagai seorang SAO, beliau berkhidmat di Nanga Mendamit, Ulu Limbang, Lawas dan Sundar. Selanjutnya pada
tahun 1975, beliau meneruskan perkhidmatannya di Engkilili, Bahagian Sri Aman. Lantas dari tahun 1976 sehingga 1980,
beliau telah bertugas di Song, Bahagian Kapit. Selepas itu, pada tahun 1981 beliau telah dilantik sebagai Pemangku
Pegawai Daerah Kapit, Bahagian Kapit sehingga awal tahun 1982.
Beliau kemudian ditukarkan ke Pejabat Daerah Miri, Bahagian Miri untuk menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai
Daerah. Pada tahun 1986 hingga 1988, beliau turut menaburkan bakti sebagai Pegawai Pembangunan Bahagian di
Bahagian Sarikei. Beliau seterusnya telah ditempatkan di Kementerian Pembangunan Sosial, Sarawak pada 1989 dengan
menjawat jawatan sebagai Ketua Penolong Setiausaha. Pada tahun 1994, beliau merupakan graduan Pasca Siswazah
Diploma Sains Pengurusan daripada Institut Tadbiran Awam (INTAN), Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Seterus itu, pada tahun
1995 hingga 1997, beliau kemudiannya kembali ke Sarawak dan menyumbangkan kepakaran dan kemahiran beliau
sebagai Ketua Penolong Pengarah di Unit Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Sarawak.
Pada tahun 1997-1998, beliau telah menjalani latihan dalam perkhidmatan di Birmingham, United Kingdom dan
dianugerahkan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Perkhidmatan Awam (Antarabangsa). Sesudah itu, beliau kembali
untuk terus berbakti di Jabatan Ketua Menteri, Sarawak. Pada awal tahun 2000, beliau telah dilantik sebagai Residen,
Bahagian Miri sehingga pada bulan Februari, 2002. Pada 26 Mac 2002, berkat dari kepakaran dan kecekapan beliau dalam
mengendalikan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan, beliau telah diberi kepercayaan untuk menerajui dan
memimpin pentadbiran pembangunan di Bahagian Betong sebagai Residen Betong yang Pertama dilantik sehinggalah
pada 31 Disember 2016.
Beliau telah menjalani kursus Behavioural Interviewing Techniques by CMM pada 30-31 Oktober 2013 dan Competency
Based Interview Workshop by Irshad HR Consulting Sdn. Bhd. pada 7 Mei 2015 di Kuching Sarawak.
pg
134
Pada tanggal 3 Januari 2017 sehingga kini, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Negeri Sarawak.
12.3 DATU ROBERT LIAN BALANGALIBUN
Beliau telah dilahirkan pada tahun 1955 dan berasal dari keluarga petani miskin di Bario Asal, Daerah Baram, Bahagian Miri.
Beliau mendapat pendidikan awal darjah 1 hingga 4 di Pa Main yang terletak di tengah-tengah pergunungan Bario dan jarak
perjalanan kebiasaannya dengan berjalan kaki memakan masa antara satu hari atau seminggu bergantung dengan keadaan
cuaca. Beliau kemudian berpindah ke Bario Asal untuk melanjutkan persekolahan darjah 5 hingga 6 di Sekolah Rendah Bario.
Pada tahun 1966, beliau menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kerajaan Marudi sehingga
tahun 1970. Beliau telah berpindah ke Kolej Tanjong Lobang untuk beberapa bulan dan kemudian berpindah ke Sekolah
Menengah St. Thomas, Kuching untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 rendah dan atas.
Di Kuching, beliau menetap bersama-sama dengan ibu bapanya di Siol Kandis. Bapa beliau bekerja sebagai Collector di Muzium
Sarawak. Beliau kemudian memohon dan berjaya mendapat Biasiswa Kerajaan Persekutuan untuk menyambung pelajaran di
Universiti Malaya pada tahun 1974 hingga 1977 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Hubungan Antarabangsa).
Pada September 1977, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik dan berkhidmat di Kementerian Perdagangan
dan Industri (Bahagian Antarabangsa) sehingga Jun 1980. Beliau kemudian ditempatkan di Pejabat Setiausaha Persekutuan
Kuching mulai Julai 1980. Pada tahun 1982, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Persekutuan di
Pejabat Kewangan Persekutuan, Kuching dan berkhidmat selama lapan (8) tahun sehingga tahun 1990.
Dalam pada itu, beliau telah melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Ashland University, Ohio, USA dan memperolehi
Master of Business Administration Degree (MBA) dalam bidang pengurusan pada tahun 1992. Sekembalinya beliau ke
Malaysia dalam tahun 1993 sehingga 1995, beliau telah ditempatkan di Kementerian Perdagangan dan Industri di bahagian
Industri Kecil dan Sederhana. Kemudian pada tahun 1996 hingga 1997, beliau telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi
(Kaunselor Perdagangan) di kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand.
Pada 1hb April 1997, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Imigresen Sarawak sehingga Julai 2015 dan merupakan antara
pegawai yang paling lama berkhidmat, iaitu, sembilan belas (19) tahun sebagai Pengarah Imigresen di Malaysia.
Beliau kemudian dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak pada 1 Mac 2017 sehingga sekarang.
Beliau merasa adalah menjadi satu penghormatan dan kebanggaan untuk berkhidmat sebagai ahli yang mewakili masyarakat
Orang Ulu.
12.4 DATU ABDILLAH BIN ADAM
Lahir di Kampung Pelandok, Daerah Simunjan pada 17 Ogos 1954. Berasal dari sebuah keluarga yang miskin dan serba kekurangan.
Ayah seorang petani yang bergantung hidup kepada tanaman kelapa, pisang, jagung dan padi. Ibu suri rumah tangga sepenuh
masa menjaga 12 orang anak. Ayah yang juga imam kampung telah meninggal dunia semasa dia berumur 10 tahun (darjah 4).
Keperitan hidup di kampung yang terlalu terpencil ketika itu telah mendorong ibu untuk berhijrah ke Kuching pada tahun 1965
dengan harapan untuk mencuba kehidupan baru mengikut jejak langkah abang-abangnya. Beliau terpaksa menunggu sehingga
tahun 1966 untuk menamatkan pendidikan sekolah rendah sebelum mengikut ibu ke Kuching. Penghijrahan keluarga ke Kuching
telah memberi impak besar dari segi pendidikan dan telah membuka landskap baru kehidupan seorang anak kampung.
Beliau, telah mendapat Pendidikan Rendah di SK Iboi Pelanduk, Simunjan (1961-1966).Kemudian telah melanjutkan pelajaran
ke SMK Green Road, Kuching (1967-1971) dan SMB St Joseph, Kuching (1972-1973). Dalam bidang pengajian tinggi beliau
telah melanjutkan pelajaran ke Univeristi Malaya (1974-1977) dengan memperolehi BA (Hons) dalam bidang Pengajian Melayu
pg
135
dan Diploma Pendidikan. Pada tahun 1986/1987, beliau telah memperolehi Sarjana Pendidikan dalam bidang Pengajian dan
Pentadbiran Pendidikan di Universiti Bristol, United Kingdom.
Sepanjang tempoh perkhidmatan selama 36 tahun 8 bulan, beliau telah berkhidmat di 16 stesen yang berlainan. Beliau telah
memulakan perkhidmatan pada 3 Januari 1978 dan bersara pada 17 Ogos 2014. Antara stesen-stesen yang beliau pernah
berkhidmat adalah di 4 buah Sekolah Menengah, Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan Sarawak (1.1.1979 – 15.3.1982) dan Ibu
Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sama ada sebagai Timbalan Ketua Penolong Pengarah, Ketua Penolong Pengarah
atau Ketua Sektor yang berlainan (1985-2006). Beliau juga pernah bertugas sebagai Pegawai Pendidikan Bahagian di 3 buah
Jabatan Pendidikan Bahagian, iaitu, Bahagian Limbang (1.12.1987-15.5.1992), Bahagian Kuching/Samarahan (1.4.1996-
30.6.2000) dan Bahagian Bintulu (16.1.2003-31.12.2003).
Beliau bertugas sebagai Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching (16.10.2006-28.2.2011) dan kemudian
dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Negeri (1.3.2011 – 17.8.2014). Dalam bidang Pendidikan beliau telah dianugerahkan
Tokoh Kepimpinan Pendidikan Negeri Sarawak 2018.
Beliau telah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak pada 1 Julai 2017. Pengalaman luas dalam
bidang Pengurusan dan Perkhidmatan Pendidikan dan Latihan Perguruan diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk
menjalankan tugas sebagai Ahli Suruhanjaya. Pegangan hidup beliau ialah;
“ ILMU MENGATUR PENGETAHUAN, “ YOU NEVER FAIL
KEARIFAN MENGATUR KEHIDUPAN UNTIL YOU STOP TRYING
““
12.5 DATU HAJI CHAITI BIN HAJI BOLHASSAN
Datu Haji Chaiti Bolhassan dilahirkan pada 31 Disember 1954 di Kampung Bako, Kuching. Setelah menamatkan pendidikan
rendah di kampungnya, beliau memperolehi Sijil Rendah Sarawak dari Sekolah Menengah Penrissen, Sijil Senior Cambridge dari
Sekolah Menengah Dragon dan selepas itu Sijil Tinggi Persekolahan dari Kolej Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Miri.
Dalam bidang pengajian tinggi, beliau telah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dari Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang pada tahun 1979 dan Sarjana Pentadbiran Awam dari University of Southern California, Los Angeles,
Amerika Syarikat pada tahun 1988. Selain itu, beliau juga pernah mengikuti Program Eksekutif Kanan (SEP) di Harvard University,
Amerika Syarikat pada tahun 2002.
Beliau telah dilantik sebagai Pegawai Tadbir Sarawak (SAO Kelas Satu) pada 16 Januari 1980 di R&DO Sri Aman. Pada tahun
1983, beliau dipindahkan ke Seksyen Latihan, Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Sekembalinya beliau dari cuti belajar di Amerika
Syarikat, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Perancangan Sumber dari tahun 1988
hingga 1997. Seterusnya, beliau telah menjawat jawatan sebagai Penolong Ketua Pengarah Pengurusan Sumber Manusia di
Jabatan Ketua Menteri Sarawak selama tiga tahun sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pengurusan Sumber Manusia
pada bulan Mei tahun 2000.
Beliau juga telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap, Kementerian Tanah dan Pembangunan Luar Bandar pada bulan November
2002 sehingga Oktober 2009. Beliau terus berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Luar Bandar
sehingga bersara wajib pada Disember 2014. Pada Januari 2015, beliau dilantik sebagai Pegawai Tadbir Khas secara kontrak di
bawah Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah yang pada ketika itu digabungkan. Di bawah
portfolio baru ini, beliau ditugaskan dan dipertanggungjawabkan dengan pembangunan luar bandar dan wilayah di Sarawak.
Pelantikan kontrak beliau telah tamat pada 31 Disember 2018.
Pada 8 Januari 2019, beliau telah dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak sehingga sekarang.
pg
136
12.6 DATU HAJAH JABIDAH BTE MONSERI
Beliau yang berbangsa Melanau telah dilahirkan di Kg. Balan, Dalat Mukah. Anak kepada seorang pekerja sagu dan nelayan
sungai sambilan ini telah mendapat pendidikan awal darjah 1 sehingga darjah 6 di SRK Balan. Seterusnya, beliau berpindah ke
SMK Three Rivers untuk menyambung pendidikan di Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 pada tahun 1970 sehingga 1974 dan
kemudiannya meneruskan pengajian di Tingkatan 6 di Kolej Tun Datu Patinggi Tuanku Hj. Bujang, Tanjung Lobang Miri pada
tahun 1975 sehingga 1976.
Setelah mendapat Biasiswa Persekutuan, beliau menyambung pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1977 sehingga 1980
dan telah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi. Beliau seterusnya menjalani kursus 1 tahun sebagai
kadet Pegawai Tadbir Diplomatik di Institut Tadbiran Awam (INTAN) Jalan Ilmu dan berjaya dianugerahkan Diploma Pentadbiran
Awam. Pada tahun 1986, beliau telah mendapat Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan seterusnya
pada tahun 1992 beliau telah mendapat Diploma Pengajian Al-Quran dari Institut Ilmu-Ilmu Islam di Kajang, Selangor.
Pada tahun 1981 sehingga 1989, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha, di Kementerian Kewangan, Jalan Duta, Kuala
Lumpur. Beliau kemudian dipindahkan ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Jalan Raja Chulan, KL. Pada tahun 1993
beliau telah dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Kuala Lumpur.
Pada tahun 1994 sehingga 1998, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan
Perdana Menteri Kuala Lumpur. Kemudian dalam tahun 1998 sehingga 2004, beliau telah menjawat jawatan sebagai Ketua
Penolong Pentadbir di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching.
Pada tahun 2004 sehingga 2007 pula, beliau kemudian dilantik sebagai Pegawai Kewangan Persekutuan di Kementerian
Kewangan, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching.
Menjelang tahun 2007 sehingga 2010, beliau telah ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri, Kuching dan dengan menjawat
jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Persekutuan. Seterusnya dalam tahun 2010 sehingga 2016, beliau sekali lagi dilantik
sebagai Pegawai Kewangan Persekutuan di Kementerian Kewangan, Bangunan Iskandar, Kuching.
Pada tahun 2016 sehingga 2017, beliau telah ditukarkan ke Kementerian Dalam Negeri dengan memegang jawatan sebagai
Timbalan Ketua Pengarah, Antidadah Kebangsaan, Bangi di mana beliau bertanggungjawab menangani hal-hal yang berkaitan
dengan aset kewangan, IT dan pembangunan. Pada masa yang sama (2013 – 2018), beliau telah dilantik sebagai Pengerusi
UNIMAS Holdings (Pelaburan & Perundingan).
Beliau kemudian dilantik sebagai salah seorang ahli Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak pada 1 November
2019 sehingga kini.
12.7 DATO HAJJAH RABIAH BINTI JOHARI
Dato Hajjah Rabiah telah dilahirkan di Limbang pada 1 Ogos 1951 dan membesar di Limbang, Lawas dan Kuching.
Pendidikan awal beliau bermula di SR St. Edmunds, Limbang dan Lawas Central School. Beliau kemudian melanjutkan
Pendidikan Menengah di Limbang Secondary School, Sekolah Menengah St. Teresa dan Sekolah Menengah St. Joseph,
Kuching seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat universiti di Universiti Malaya.
Kerjaya beliau sebagai guru bermula pada tahun 1975 di SMK Tun Abang Haji Openg. Pada tahun 1978 sehingga 1981,
beliau telah dihadiahkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Bahasa Inggeris di peringkat
Diploma Lanjutan dan Sarjana di Universiti Lancaster dan Universiti Manchester, England.
Semasa berkhidmat sebagai guru, pensyarah dan Pengarah Maktab Penguruan Malaysia, beliau pernah mengikuti pelbagai
kursus di dalam dan luar negeri. Antara kursus yang dihadiri ialah The Dynamics of Interviewing di SEAMEO INNOTECH
Manila. Selain itu, beliau juga pernah menghadiri kursus berkaitan kepimpinan pendidikan di Ontario Universiti Canada,
Universiti Auckland New Zealand dan Universiti Aberdeen Scotland. Beliau juga telah mengikuti lawatan berkaitan
pendidikan di Jepun.
pg
137
Sepanjang tempoh perkhidmatan dalam bidang pendidikan, beliau telah berkhidmat sebagai guru, pensyarah dan
Pengarah di Maktab Perguruan, Pengetua sekolah, Ketua Bahagian di Jabatan Pendidikan, Timbalan Pengarah dan
Pengarah Pendidikan sebelum bersara pada 31 Julai 2007.
Sebagai pengiktirafan di atas khidmat beliau dalam bidang pendidikan, beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru
Negeri Sarawak pada tahun 2012 dan Tokoh Guru Kebangsaan pada tahun 2013.
Selepas persaraan beliau pada 31 Julai 2007, Dato Hajjah Rabiah telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Majlis Islam sehingga
31 Mac 2012. Pada tahun 2008, beliau telah dilantik sebagai Ahli Panel Penasihat Islamic Information Center Sarawak (IIC)
sehingga kini.
Dato Hajjah Rabiah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak berkuatkuasa 1 April 2012
sehingga 31 Mac 2021. Beliau sangat berterima kasih dan menghargai kepercayaan dan pengiktirafan Kerajaan Negeri
dalam pelantikan tersebut.
12.8 DATO CHAI MOI FONG
Dato Chai Moi Fong telah dilahirkan di bandar Betong di mana ayah beliau adalah seorang pekedai runcit yang menjual
pelbagai barangan dan produk. Beliau telah mendapat pendidikan rendah dan menengah di Betong. Pada tahun 1971
sehingga 1972, beliau telah menyambung pelajaran di Kolej Tuanku Hj Bujang. Beliau kemudian dilantik sebagai Pegawai
Tadbir dan berkhidmat di Pejabat Daerah di Saratok dan Bintangor pada tahun 1973.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Sulit kepada Yang Berhormat Datuk Chia Chin Sin yang ketika itu merupakan
Menteri Muda di Kementerian Kebajikan Sarawak pada tahun 1981 sehingga 1983. Setelah itu, beliau meneruskan
perkhidmatan beliau di Pejabat Daerah Sri Aman pada 1984 sehingga 1991.
Dato Chai juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha di Lembaga Perlesenan Kenderaan Sarawak dari tahun 1992
sehingga 1995. Pada tahun 1995 sehingga 1996, beliau telah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha, Seksyen B dimana
beliau menggendalikan tugasan berkaitan perkhidmatan di Jabatan Ketua Menteri.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Daerah di Saratok, Bahagian Sri Aman dari tahun 1996 sehingga 2000.
Beliau turut berkhidmat di Kementerian Pelancongan Sarawak sebagai Penolong Setiausaha pada tahun 2000 sehingga
2005. Beliau kemudian telah dinaikkan pangkat sebagai Residen Bahagian Sibu pada tahun 2005 sehingga 2008.
Dato Chai Moi Fong dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak pada 03 Oktober 2008
sehinggalah sekarang. Beliau merupakan Ahli Suruhanjaya yang paling lama berkhidmat dan telah menempuhi pelbagai
pengalaman serta cabaran.
12.9 DR. PETER ANAK SONGAN
Dr. Peter anak Songan telah dilahirkan pada 12 Mac 1954 di Kampung Bobak, Singai, Bau. Ayah beliau merupakan
seorang petani dan penoreh getah dan tinggal di kawasan luar bandar dengan kemudahan yang terhad.
Beliau mendapatkan pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan St. John, Singai dan kemudian menyambung
pelajaran ke tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Kerajaan Lundu pada tahun 1966 sehingga 1969. Untuk sampai
ke Bandar Lundu, beliau perlu berjalan kaki beberapa jam di dalam hutan dan menaiki bot kecil menyusuri Sungai
Batang Kayan selama lima jam. Setelah sampai, beliau perlu menaiki bas ke Sekolah Menengah Kerajaan Lundu. Oleh
sebab itu, beliau hanya pulang ke kampung sekali setahun. Semasa di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, beliau belajar di
Sekolah Menengah Kebangsaan Dragon di Batu 24 Jalan Kuching - Serian.
pg
138
Beliau bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran. Beliau telah berjaya mendapatkan biasiswa Yayasan Sarawak
untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) Serdang pada tahun 1972 hingga tahun 1976 dan
berjaya memperolehi Diploma Pertanian.
Dr. Peter anak Songan juga telah mendapat Biasiswa Persekutuan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
untuk melanjutkan pelajaran ke Louisiana State University, Baton Rouge, Amerika Syarikat pada tahun 1977 hingga
tahun 1981, dan beliau berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sains Pertanian.
Pada tahun 1981 hingga tahun 1986, beliau telah berkhidmat sebagai Pensyarah di UPM Kampus Cawangan, Semongok
dan kemudian berpindah ke Universiti Pertanian Malaysia, Bintulu pada tahun 1987.
Pada Disember 1989, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Cornell University, Ithaca, New York dan dianugerahkan
Doctor of Philosophy (PhD) dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dan Perhubungan Industri pada tahun 1992.
Beliau kemudiannya kembali berkhidmat sebagai Pensyarah di UPM, Bintulu dari tahun 1992 hingga tahun 1993. Selepas
itu, beliau ditawarkan jawatan Pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bermula 15 Julai 1993.
Pada 1 Januari 1997, Dr. Peter anak Songan telah dilantik sebagai Profesor Madya, di Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Beliau dinaikan pangkat ke jawatan Profesor pada 1
Ogos, 2003.
Pada 16 Oktober 2008, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan bersara
wajib pada 12 Mac 2014. Beliau dilantik semula secara kontrak sebagai Profesor dari 15 Oktober 2014 hingga 14
Oktober 2016. Pada 17 Oktober 2016, beliau telah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak sehingga sekarang.
12.10 ENCIK LIEW JIU MING
Dilahirkan dari keluarga berketurunan Cina dari suku Khek yang kurang berkemampuan, beliau telah mendapat pendidikan
di Sekolah Menengah Lake, Bau dan kemudiannya berpindah ke Sekolah Menengah Kerajaan Bau. Pada tahun 1973 hingga
1974, beliau telah menyambung pelajaran ke Kolej Tuanku Haji Bujang. Setelah mendapat Higher School Certificate (HSC),
beliau telah melanjutkan pengajian ke Universiti Canterbury di Christchurch, New Zealand dari tahun 1976 hingga 1979.
Ayahnya bekerja sebagai pelombong emas dan juga peniaga sayur di Bau. Ibunya pula menjual kuih tradisional cina untuk
membantu menampung pendidikan beliau. Ketika di Christchurch, beliau pernah bekerja sambilan sebagai pembantu di
restoran dan pekerja kilang untuk memperoleh pendapatan sampingan untuk menyara kehidupan.
Beliau telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kejuruteraan Awam (Kepujian).
Sekembalinya ke Sarawak, beliau telah mendapat tawaran pekerjaan dan mula bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak
tahun 1980 hingga 2009. Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah berkhidmat sebagai Jurutera Bahagian di Bahagian
Miri, Bintulu dan Kuching. Kemudian, beliau dilantik sebagai Residen, Bahagian Kuching dari tahun 2009 hingga tahun
2011. Pada tahun 2012, beliau telah ditugaskan di Ibu Pejabat JKR dan dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Pengurusan
Aset) hingga tahun 2014.
Berkuatkuasa 2 Januari 2019 sehingga sekarang, beliau telah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Sarawak. Beliau berasa amat bebesar hati berkhidmat sebagai Ahli Suruhanjaya setelah berkhidmat di JKR selama
lebih 30 tahun sebagai Jurutera Profesional. Beliau gembira dan berpuas hati kerana dapat terlibat dalam pengambilan
calon dari kumpulan berpendapatan rendah ke perkhidmatan awam negeri, seterusnya memberikan peluang pekerjaan
yang terjamin dan stabil kepada masyarakat luar Bandar.
pg
139
MENJUNJUNG AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB
Lahirmu pada 1 November 1961 sebelum bumi bertuah ini
menghirup udara kemerdekaan
Fungsimu jelas termaktub dalam Perkara 36 (1) Perlembagaan Negeri Sarawak
Kini dirimu sudah menjangkau usia kematangan.
Perjalanan hidupmu amat panjang
Membangun kedewasaan
Diterajui pelbagai pucuk pimpinan
Berusaha membina arah tuju yang jitu
Bagi memastikan kelahiranmu memberi makna kepada
amanah dan tanggungjawab.
Kini kau diterajui seorang pemimpin yang cukup berwibawa
Pemimpin yang ingin pembaharuan
Setiap mukadimah mesyuarat yang penuh bermakna
dengan terminologi perundangan dan pengurusan yang jarang didengar
Bersamamu Ahli-Ahli dengan himpunan pengalaman peringkat
negeri dan persekutuan
Bersamamu staf yang dedikasi yang sedia untuk berkhidmat
Bagi membangun kelangsungan kewujudanmu.
Kesetiaan bersamamu menjadi agenda utama
Sesungguhnya perjalanan membina kedewasaan
Perlu perjuangan dan pemikiran berterusan
Biarlah kedewasaan mekar dengan semangat keyakinan dan kepastian
Bagi mengorak langkah ke arah pembaharuan
Bersama pemikiran yang penuh kematangan
Bersama pegangan meritokrasi dan kewajaran terpahat di hati.
Di bahumu terpikul amanat berat untuk digalas
Fungsimu cukup jelas – Pelantikan, Pengesahan Dalam Jawatan, Pemberian Taraf Berpencen, Kenaikan Pangkat, Kawalan Disiplin,
Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri
Semuanya memerlukan ketelitian dan komitmen bersungguh.
Tanggungjawabmu terjunjung dalam Visi dan Misi yang jelas
Sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang Diteladani
Memperkasakan Perkhidmatan Awam Negeri Melalui Modal Insan Yang Berbakat, Komited dan Berdisiplin
Biarlah dirimu terus menabur bakti
Berpegang prinsip keadilan dan kesaksamaan
Mendukung amanah mempertabatkan Perkhidmatan Awam di bumi bertuah ini
Biar peranan dan fungsimu dijulang megah
Biar tergamit rasa terima kasih
Pada setiap keringat yang telah dicurah.
Yakinlah.
Wargamu sentiasa mendukung namamu
MENJUNJUNG AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB
Perkhidmatan Awam di bumi bertuah.
(Datu Abdillah bin Adam)
pg
140
SIDANG REDAKSI
PENASIHAT
Datu Abdul Ghafur Shariff.
KETUA PENGARANG
PENOLONG KETUA PENGARANG Datu Romie Sigan Daniel PENOLONG KETUA PENGARANG
PENOLONG KETUA PENGARANG
Datu Abdillah bin Adam Dr. Peter anak Songan Puan Catherina anak Jackson Blanda
PENULIS
Datu Romie Sigan Daniel Datu Abdillah bin Adam Dr. Peter anak Songan Encik Fathi bin Haji Hambali Encik Mohamad Azlan bin Madihi
Cik Siti Rafeah binti Haji Abdul Rahman Encik Khairul Ridza bin Wahed Encik Rafi’uddin bin Rasman Puan Catherina anak Jackson Blanda Puan Dayang Maskamala binti Abang Saibi
URUS SETIA
Cik Julia Ho binti Mohd Jeffri
Encik Amrul bin Haji Yusup
Puan Simbah anak Libu
Cik Nyam Siew Ling
Encik Muhammad Akmal bin Ismani
Puan Rozita binti Daud
Puan Roslina binti Muran
Puan Gradys anak Jimek
Puan Hassanah binti Jainal
Cik Favarina Bujang
Puan Fiona ak Blin
Cik Pamela Mae anak Laweng
Cik Nur Asnida binti Awang Iwan
Cik Dayang Atiqah Syahirah binti Awang Adam
pg
141
Sekalung Budi
Suruhanjaya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Peguam Negeri Sarawak,
Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Pengarah, Unit Sumber Manusia Negeri,
Jabatan Ketua Menteri, Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan
Perumahan Sarawak, Setiausaha, Dewan Undangan Negeri Sarawak,
Pengarah, Jabatan Muzium Sarawak, Pengarah, Jabatan Penerangan Negeri Sarawak
dan Ketua-Ketua Jabatan, New Sarawak Tribune dan semua pihak terlibat atas
kerjasama erat yang telah diberikan kepada SPANS. Ucapan penghargaan juga kepada
semua Ahli-ahli Suruhanjaya, penulis-penulis dan Urus setia SPANS yang terlibat
dalam menyediakan buku sempena ulang tahun ke-enam puluh tahun atau
Jubli Intan Penubuhan SPANS ini.
Pantun Melayu
Pergi ke hutan memburu rusa, Putik kemboja baru mengembang,
Dapat seekor di bagi rata, Wangi mengharum di tengah laman,
Eratkan perpaduan bangsa berbilang,
Eratkan perpaduan tidak kira bangsa, Kemakmuran bersama satu tujuan,
Menjaga keamanan bumi tercinta,
Emas perak intan suasa, Lumba-lumba main gelombang,
Cantik bersinar cahaya berkilauan, Riaknya sampai ke Indragiri,
Bila berbeza agama dan bangsa, Cuba-cuba menanam mumbang,
Mimpi bersama kukuhkan perpaduan, Jika tumbuh sunting negeri.
pg
142
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK,
TINGKAT 9 & 10, WISMA SATOK, JALAN SATOK 93400,
KUCHING SARAWAK
Tel: 082-236 325/544 Fax: 082-237 258/010
ISBN 978-967-2646-91-4
9789672646914