The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Abdel Hakam, 2020-11-12 08:37:52

Maulid Nabi

Bacaan Maulid

Zikir
Agung

ASAL USUL ZIKIR AGUNG

ZIKIR AGUNG berasal dari seorang ulama besar
yang bernama Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah
As-Suhaimi. Beliau lebih dikenali dengan gelaran
Kiyai Agung kerana ramai murid-muridnya yang telah
menjadi kiyai (guru agama) dan banyak pula orang-
orang yang memang sudah sedia menjadi kiyai juga
belajar dengannya. Beliau dilahirkan di Kampung
Sudagaran dalam daerah Wonosobo di dalam negeri
Jawa pada tahun 1259 Hijrah. Ketika Syeikh As-
Suhaimi sedang berada di Tanah Arab, maka dia
telah menambah gelaran ‘As-Suhaimi’ pada nama-
nya yang asal.

Menurut nasabnya bahawa Syeikh Suhaimi
merupakan keturunan Rasulullah SAW. Setelah ber-
kahwin, beliau tinggal di kampung Kali Beber, daerah
Garung, Wonosobo. Tidak lama sesudah perkah-
winannya dengan Nyai Qaniah, maka Syeikh Suhaimi
berangkat seorang diri untuk meneruskan pelajaran
agama ke pondok Sulu Tiang di daerah Luwanuh.
Tetapi tidak berapa lama kemudian beliau berpindah
ke Pondok Termas di daerah Pacitan. Dua pondok
tersebut memang sudah masyhur ramai muridnya,
terutama Pondok Termas. Boleh dikatakan ke-
banyakan ulama besar di Tanah Jawa telah mengaji
dan belajar di situ.

2

Setelah belajar selama beberapa tahun di Pon-
dok Termas, maka Syeikh Suhaimi telah kembali ke
Wonosobo. Tidak berapa lama di Wonosobo, beliau
berangkat ke Makkah Al-Musyarafah untuk menunai-
kan fardhu haji dan menyambung pelajarannya di
sana. Di Makkah inilah Syeikh Suhaimi menukar cara
hidupnya, dari kehidupan seorang anak saudagar
menjadi kehidupan seorang darwisy. Syeikh Suhaimi
telah mulai mencari dan belajar ilmu hakikat dan ilmu
tasawuf, ilmu-ilmu untuk mensucikan hati dan ilmu-
ilmu yang menyatakan adab serta perilaku para wali
dan orang-orang soleh.

Ilmu-ilmu seperti itu tidak mudah dicapai dan
tidak cepat mencapai hasil apabila tidak disertai
dengan menjauhkan diri dari tarikan dunia, banyak
berpuasa dan mengurangi makan, banyak berjaga
dan beribadah setelah tengah malam dan juga ba-
nyak menziarahi makam para wali Allah, orang soleh,
lebih-lebih lagi makam nabi-nabi serta dengan men-
dapatkan bimbingan guru mursyid.

Kerana itulah, Syeikh Suhaimi kemudiannya ber-
guru dengan seorang guru yang kasyaf. Dan setelah
40 hari, maka beliau banyak menemukan peristiwa-
peristiwa ganjil dalam kehidupannya. Itulah satu
tanda bahawa Syeikh Suhaimi telah mendapat ilmu
batin.

Selain itu Syeikh Suhaimi mengamalkan bacaan
aurad atau bacaan tertentu yang mengandungi ayat-
ayat Al-Quran dan selawat-selawat yang dibaca

3

setelah sembahyang fardhu. Bacaan-bacaan itu di-
namakan ZIKIR AGUNG. Untuk hendak mengamal-
kannya (sebagaimana amalan lain yang sejenis
dengannya) maka hendaklah mendapat ‘ijazah’, iaitu
dengan mendapat izin dari Syeikh Suhaimi atau salah
seorang dari wakil-wakilnya yang masih ada sampai
sekarang.

Adapun asal bacaan Zikir Agung itu adalah se-
telah Syeikh Suhaimi menuntut dan menjalankan
amalan-amalan batin dari ayat Al-Quran. Setelah se-
kian lama maka amalan-amalan itu telah menjadi se-
makin banyak, bahkan seluruh Al-Quran juga pernah
beliau amalkan. Sejak itu Syeikh Suhaimi mulai me-
rasa keberatan serta tidak cukup waktu untuk meng-
amalkannya dengan sempurna apalagi jika amalan-
amalan itu diturunkan kepada murid-muridnya kelak.
Lalu dia pun berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan
cara untuk meringkaskan amalan-amalan tersebut.

Kemudian Syeikh Suhaimi mendapat ‘alamat’
menyuruh dia masuk ke dalam Kaabah selepas
tengah malam yang tertentu. Maka ketika dia masuk,
tiba-tiba dia berjumpa dengan Rasulullah SAW dalam
keadaan jaga (tidak mimpi) dan Rasulullah SAW telah
mengajar kepadanya bacaan Zikir Agung ini serta
cara-cara mengamalkannya. Dan Zikir Agung itu te-
lah diizinkan untuk ‘diturunkan’ kepada sesiapa saha-
ja yang berkehendak mengamalkannya.

Bertemunya Syeikh Suhaimi dengan Rasulullah
SAW di dalam Kaabah merupakan satu perkara luar

4

biasa yang terjadi ke atas dirinya. Bahkan dalam
riwayat hidup Syeikh Suhaimi, kita dapati bermacam-
macam perkara luar biasa yang diizinkan Allah terjadi
padanya. Atas dasar itu maka nyatalah bahawa
beliau adalah seorang wali Allah. Bagi sebahagian
orang kerana besarnya karamah dari Syeikh Suhaimi,
maka beliau dimasukkan dalam golongan wali-wali
besar (Kutubul Auliya).

CARA MENGAMALKAN

1. Sesudah menerima ijazah wirid, hendaklah
mengamalkan suluk, iaitu membaca wirid Zikir
Agung ini selama 7 hari berturut-turut, 5 kali
sehari, iaitu sekali dalam setiap waktu solat
setelah selesai mengerjakan solat fardhu. Ke-
tika suluk hendaklah membaca wirid dalam ke-
adaan berwudhuk, menghadap kiblat dan duduk
di atas tikar sembahyang. Bacaan-bacaan ter-
sebut hendaklah dibaca menurut tertib dan
susunan yang telah ditentukan. Tiap-tiap bacaan
itu telah disebutkan 10 atau 50 kali.

2. Jika suluk telah selesai, maka setiap kali selesai
solat fardhu, cukup dibaca 1 kali untuk yang 10
dan 5 kali untuk yang 50. Untuk wirid yang jum-
lahnya 10 dan 50 itu jika tidak sempat dibaca di
atas tikar sernbahyang, bolehlah dibaca ketika

5

berjalan, di dalam kenderaan atau diqadha pada
waktu lain. Jika kurang jumlah bacaannya maka
faedah dan berkatnya akan berkurang.

SYARAT-SYARAT BERAMAL

1. Jangan meninggalkan ibadah-ibadah yang wa-
jib, iaitu sembahyang, puasa, zakat (jika telah
cukup syaratnya) dan haji (jika sudah cukup
syaratnya) serta memperbanyakkan ibadah
yang sunat seperti sembahyang sunat, puasa
sunat, membaca Al-Quran dan tafsirnya, se-
dekah, mendamaikan orang yang berselisih
faham dan sebagainya.

2. Jauhkan dari segala perkara yang haram atau
maksiat yang besar seperti minum arak, berjudi,
berzina, merompak, berkelahi, memukul, mem-
bunuh, mencaci maki, mengumpat, membuat
kerusuhan dan kekacauan atau bermusuhan.
Jangan campurkan amalan ini dengan amalan
yang mengandungi unsur-unsur sihir. Kurangkan
dan seterusnya tinggalkan perbuatan maksiat
hingga kepada yang sekecil-kecilnya.

3. Untuk menjaga adabnya, maka jika ada wirid-
wirid lain yang diamalkan dari tarekat yang lain
sebelum ini, sebaiknya tidak diamalkan ketika
telah mengamalkan wirid Zikir Agung ini.

6

4. Membersihkan hati dari sifat-sifat yang jahat
atau sifat-sifat mazmumah. Sifat tersebut adalah
seperti hasad dengki, sombong, cepat marah,
berbohong, benci-membenci, hina-menghina
atau memperkecilkan orang lain, suka pada
tarikan dunia dan nikmatnya, gila pangkat, suka
dipuji, ujub, tidak dapat bertimbang rasa, bakhil
dan malas.

5. Menghias hati dengan segala sifat-sifat yang
baik dan terpuji atau sifat mahmudah. Sifat
tersebut adalah seperti berkasih sayang, suka
bertolong bantu, ikhlas, bertimbang rasa, suka
bersedekah, lemah lembut, amanah, suka me-
minta dan memberi maaf, tenang dalam meng-
hadapi apa jua perkara, dan lain-lain lagi.

HIKMAH ZIKIR AGUNG

Zikir Agung merupakan satu pakej yang terkandung
di dalamnya ayat-ayat Al-Quran, selawat, doa serta
syahadah. Ia merupakan satu pakej yang mana
susunan ayat-ayatnya berhubung kait antara satu
sama lain. Antara hikmah daripada ayat Zikir Agung
adalah:

1. Ia merupakan ibadah tambahan untuk umat
Islam di akhir zaman. Mengapa ia bukannya

7

berbentuk himpunan zikir sahaja sedangkan
kebanyakan tarekat banyak mengamalkan zikir.
Ini adalah kerana di akhir zaman banyak orang
yang lalai hatinya. Tetapi kalau membaca Al-
Quran dan selawat, kalau lalai pun tetap dapat
pahala manakala jika khusyuk lagi besarlah
pahalanya. Kalau zikir pula jika dihayati dapat
pahala manakala yang lalai tidak dapat pahala.
Itulah kelebihan ayat Quran dan selawat. Sebab
itulah ia sesuai untuk dijadikan amalan tambahan
bagi mereka yang sibuk dan aktif. Umat di za-
man dahulu tidaklah sesibuk sekarang, sebab
itulah mereka boleh berwirid dan berzikir sambil
duduk-duduk, manakala membaca ayat-ayat Al-
Quran jika sambil berjalan dan tidak khusyuk
sekalipun tetap dapat pahala. Itulah hikmahnya
Tuhan menghadiahkan ayat-ayat ini bagi umat
Islam akhir zaman.

2. Kalau digabungkan semua huraian atau makna
ayat-ayat tadi, kehendak-kehendaknya me-
ngandungi keseluruhan tuntutan Al-Quran dan
Hadis. Sengaja Tuhan pilih ayat yang besar ke-
kuatannya. Apabila digabungkan kehendak isi-
nya, itulah merupakan seluruh tuntutan Quran
dan Sunnah. Jadi kalau begitulah maksud ayat
itu, munasabahlah di akhir zaman ada janji dari
Tuhan, Islam akan kembali gemilang, menawan
dunia dan menjadi empayar kali kedua untuk
mengamalkan semula seluruh isi Al-Quran dan
Sunnah.

8

3. Sebahagian ayat yang terkandung di dalam Zikir
Agung ini ada hubungan dengan sejarah, ter-
utama sejarah Tholut. Mengapa diambil sejarah
Tholut sedangkan dia bukannya seorang rasul
atau nabi, mengapa tidak dibaca ayat tentang
Nabi Sulaiman atau Nabi Nuh yang mana per-
juangan mereka lebih hebat. Apakah maksud
dan isyarat dari Tuhan? Ia membawa erti baha-
wa Islam akan menjadi empayar kali kedua
bukan ditegakkan oleh pemimpin bertaraf rasul
dan nabi tapi pemimpin bertaraf wali seperti
Tholut. Tholut kedua akan lahir di akhir zaman
yang akan menjadikan Islam bangun semula
bertaraf dunia.

9

BACAAN ZIKIR AGUNG
DAN TERJEMAHAN

1

10

Terjemahannya:

Aku berlindung dengan Allah
dari syaitan yang terkutuk.
Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ke hadapan paduka Nabi Muhammad Al-Mus-
tafa Rasulullah SAW, dan kepada ahli keluarganya
dan Sahabat-Sahabatnya sekalian, dan kepada
sekalian nabi-nabi dan rasul-rasul dan kepada se-
kalian wali-wali dan orang-orang soleh, dan kepada
sekalian orang mukmin lelaki dan perempuan dan
orang muslim lelaki dan perempuan yang masih
hidup dan yang telah mati, dan kepada ibu bapaku
dan kepada Abuya Syeikh Imam Ashaari bin Mu-
hammad At-Tamimi, dan kepada Lebai Ibrahim, dan
khasnya kepada Sayidi Syeikh Muhammad As-
Suhaimi Imamul Mahdi, moga-moga Allah Taala
curahkan rahmat kepada mereka sekalian, Al-
Fatehah.

11

2

Dengan menyebut nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang mengua-
sai Hari Pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami
sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memo-
hon pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang lurus.
(Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau berikan
nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang
yang Engkau murkai dan bukan (pula jalan) orang-
orang yang sesat. (Surah Al-Fatehah).

• Dibaca 1 kali •

12

3

Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang
sebenar melainkan Allah dan aku menyaksikan
bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Abu Bakar
yang sangat kuat membenarkan Islam, Umar yang
dapat membezakan antara baik dan jahat, Utsman
yang amat taat kepada Tuhan yang Maha Penya-
yang, Ali yang menjadi penyokong agama, Muham-
mad Imamul Mahdi, kesemuanya khalifah-khalifah
Rasulullah SAW.

• Dibaca 10 kali •

13

4

Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang
rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya
penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan
dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi
penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika me-
reka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah:
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia,
hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah
Tuhan yang memiliki Arasy yang agung. (Surah At-
Taubah: 128-129)

• Dibaca 10 kali •

14

5

Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci
Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang
yang zalim. (Surah Al-Anbiya: 87)

• Dibaca 50 kali •

6

Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Katakanlah: Dialah Allah yang Maha Esa. Allah
adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala
sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diper-
anakkan. Dan tidak ada suatu pun yang setara
dengan-Nya. (Surah Al-Ikhlas)

• Dibaca 50 kali •
15

7

Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dan apabila kamu membaca Al-Quran nescaya
akan Kami adakan di antara kamu dengan orang-
orang yang tidak beriman kepada kehidupan Akhirat
suatu dinding yang tertutup. (Surah Al-Israk: 45)
Mereka tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab itu)
mereka tidak mengerti. (Surah Al-Baqarah: 171)
Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan
di belakang mereka dinding (pula), maka Kami kabur-
kan mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
(Surah Yaasin: 9)

• Dibaca 10 kali •
16

8

Ya Allah kurniakanlah kesejahteraan dan ke-
selamatan kepada penghulu kami Muhammad, Nabi
yang tidak perlu membaca dan menulis, dan demi-
kian juga kepada sekalian ahli keluarganya dan
Sahabat-Sahabatnya, seberapa banyak bilangan
yang Engkau ketahui dan seberapa berat timbangan
yang Engkau ketahui dan sepenuh apa jua yang
Engkau ketahui.

• Dibaca 50 kali •

17

9

Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada
Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): Hai gunung-
gunung dan burung-burung bertasbihlah berulang-
ulang bersama Daud, dan Kami telah melunakkan
besi untuknya. (Iaitu) buatlah baju besi yang besar-
besar dan tentukan ukuran dengan tepat, dan ker-
jakanlah amalan yang soleh, sesungguhnya Aku
melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (Surah Saba’:
10-11)

• Dibaca 10 kali •

18

Zikir
Ayat Lima

BACAAN ZIKIR AYAT LIMA
DAN TERJEMAHAN

1

Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad),
tentang, (kisah) ketua-ketua dari Bani Israil selepas
(wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata

20

kepada seorang nabi mereka: “Lantiklah seorang
raja untuk kami supaya boleh kami berperang
(bersama-sama dengannya) pada jalan Allah.” Nabi
mereka menjawab: “Tidakkah nanti, jika kamu kelak
diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?”
Mereka berkata: “Mengapa pula kami tidak akan
berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir
dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak
kami?” Maka apabila perang itu diwajibkan atas
mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu,
kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah)
Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang
zalim. (Al-Baqarah: 246)

• Dibaca 1 kali •
Allah Maha Berkuasa
atas apa yang dikehendaki-Nya.

• Dibaca 3 kali •

21

2

Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan
orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: “Bahawa-
sanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya.”
Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu
dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi dengan
tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami
akan katakan kepada mereka: “Rasakanlah kamu
azab seksa yang sentiasa membakar.” (Ali Imran:
181)

• Dibaca 1 kali •
Allah Maha Perkasa
tidak memerlukan pembantu.

• Dibaca 3 kali •

22

3

Tidakkah engkau (wahai Muhammad), hairan
melihat akan orang-orang yang (pernah) dikata-
kan kepada mereka: “Tahanlah tangan kamu (dari-
pada bertindak melancarkan perang yang belum
diizinkan), dan dirikanlah solat serta tunaikanlah
zakat.” (Mereka meminta juga hendak berperang),
kemudian apabila mereka diperintahkan berpe-
rang, tiba-tiba segolongan mereka merasa takut
kepada manusia sama seperti mereka merasa
takut kepada (azab) Allah atau lebih takut lagi. Lalu
mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata:

23

“Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan
kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau
tidak biarkan sahaja kami hingga akhir hayat
kami?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Mata
benda yang menjadi kesenangan di dunia ini ada-
lah sedikit sahaja, dan (balasan) hari Akhirat itu
lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa, dan
kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun.” (Surah
An-Nisa’: 77)

• Dibaca 1 kali •
Allah Maha Berkuasa terhadap
sesiapa yang melampau dan ingkar.

• Dibaca 3 kali •

24

4

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muham-
mad), kisah mengenai dua orang anak Adam (Habil
dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu
ketika mereka berdua mempersembahkan satu per-
sembahan korban (untuk mendampingkan diri ke-
pada Allah). Lalu diterima korban seorang di antara-
nya (Habil), dan ditolak dari yang kedua (Qabil).
(Qabil) berkata: “Sesungguhnya aku akan membu-
nuhmu!” (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah me-
nerima dari orang yang bertaqwa.” (Al-Maidah: 27)

• Dibaca 1 kali •
Allah Maha Suci memberi hidayah
kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

• Dibaca 3 kali •

25

5

Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah
Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan
bumi?” Jawablah: “Allah.” Bertanyalah lagi: “Kalau
demikian, patutkah engkau menjadikan selain Allah
sebagai pelindung dan penolong, yang tidak dapat
mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sen-
diri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?”
Katakanlah lagi: “Apakah sama orang yang buta
dengan orang yang celik? Atau apakah sama gelap
gelita dengan cahaya (terang)? Atau adakah makh-

26

luk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah
itu telah mencipta seperti ciptaan Allah, sehingga
ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran bagi me-
reka?” Katakanlah: “Allah jualah yang menciptakan
tiap-tiap sesuatu, dan Dialah yang Maha Esa lagi
Maha Perkasa.” (Ar Ra’d: 16)

• Dibaca 1 kali •
Allah Maha Kekal selama-lamanya
mengurniakan kekuatan kepada sesiapa

yang dikehendaki-Nya.
• Dibaca 3 kali •

27



Zikir
Ayat
Kursiy

1

30

Terjemahannya:

Aku berlindung dengan Allah
dari syaitan yang terkutuk.

Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ke hadapan paduka Nabi Muhammad Al-Mus-
tafa Rasulullah SAW, dan kepada ahli keluarganya
dan Sahabat-Sahabatnya sekalian, dan kepada
sekalian nabi-nabi dan rasul-rasul dan kepada se-
kalian wali-wali dan orang-orang soleh, dan kepada
sekalian orang mukmin lelaki dan perempuan dan
orang muslim lelaki dan perempuan yang masih
hidup dan yang telah mati, dan kepada ibu bapaku
dan kepada Abuya Syeikh Imam Ashaari bin Mu-
hammad At-Tamimi, dan kepada Syeikh Muham-
mad Abdullah bin Muhammad Khairillah As-Suhaimi,
dan kepada Syeikh Muhammad Khairillah As-
Suhaimi, dan khasnya kepada Sayidi Syeikh Mu-
hammad as-Suhaimi Imamul Mahdi, moga-moga
Allah Taala curahkan rahmat kepada mereka se-
kalian, Al-Fatehah.

31

2

Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang mengua-
sai Hari Pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami
sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memo-
hon pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang lurus.
(Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau berikan
nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang
yang Engkau murkai dan bukan (pula jalan) orang-
orang yang sesat. (Surah Al-Fatehah)

• Dibaca 1 kali •

32

3

Aku berlindung dengan Allah
dari syaitan yang terkutuk.
Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan
mencukupi dengan sendirinya. Dia tidak mengantuk
atau tidur. Dia menguasai segala yang ada di langit
dan bumi. Tidak boleh menolong (memberi syafaat)

33

di sisi-Nya (di Padang Mahsyar) melainkan dengan
izin-Nya. Dia tahu apa yang di hadapan dan di bela-
kang mereka, dan mereka tidak boleh tahu apa-apa
dari ilmu-Nya melainkan dengan kehendak-Nya.
Takhta kerajaan-Nya seluas langit dan bumi.

• Dibaca 1 kali •

Dia tidak penat memelihara keduanya itu kerana
Dia Maha Kuasa lagi Maha Besar.

(Surah Al-Baqarah: 255)

• Dibaca 3 kali dalam satu nafas •

4

Aku memohon keampunan
dari Allah yang Maha Agung.

• Dibaca 3 kali •

34

5

Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang mengua-
sai Hari Pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami
sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memo-
hon pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang lurus.
(Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau berikan
nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang
yang Engkau murkai dan bukan (pula jalan) orang-
orang yang sesat. (Surah Al-Fatehah)

• Dibaca 1 kali •

35

6

Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Katakanlah: Dialah Allah yang Maha Esa. Allah
adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala
sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diper-
anakkan. Dan tidak ada suatu pun yang setara
dengan-Nya. (Surah Al-Ikhlas)

• Dibaca 3 kali •

36

7

Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung
kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian
makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia
ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk.
Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang meng-
hembus-hembus pada simpulan-simpulan. Dan dari
kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan
dengkinya.” (Surah Al-Alaq)

• Dibaca 1 kali •

37

8

Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung
kepada Allah pemelihara sekalian manusia. Yang
menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak
disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan
pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang
melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati
manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari ka-
langan jin dan manusia.” (Surah An-Nas)

• Dibaca 1 kali •

38

9

Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenar
melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi
Muhammad itu pesuruh Allah.

• Dibaca 1 kali •

10

Ya Allah sejahterakanlah ke atas penghulu kami
Muhammad dan ke atas ahli keluarganya.

• Dibaca 3 kali •

39

11

Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul
Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata, dan
Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Al-
Kitab dan keterangan yang menjadi neraca (ke-
adilan), supaya manusia dapat melaksanakan ke-
adilan. Dan Kami telah menciptakan besi yang
padanya mengandungi kekuatan yang hebat serta
berbagai faedah bagi manusia, dan supaya Allah
mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya
serta menolong rasul-rasul-Nya, padahal Allah tidak
dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha
Perkasa. (Al-Hadid: 25)

• Dibaca 1 kali •

40

12

Wahai Saiyidi Syeikh Muhammad As-Suhaimi;
• Dibaca 3 kali dalam satu nafas •

Saya mintalah diajarkan kepada saya karamah
pencak sunda dan dipagarkan badan saya daripada
musuh dan senjata dengan izin Allah Taala.

41



Zikir Ayat

“Laqad
jaa akum”

1

Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang mengua-
sai Hari Pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami
sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memo-
hon pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang lurus.
(Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau berikan
nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang
yang Engkau murkai dan bukan (pula jalan) orang-
orang yang sesat. (Surah Al-Fatehah)

• Dibaca 1 kali •

44

2

Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang
rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya pen-
deritaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan
keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi
penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika me-
reka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah:
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia,
hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah
Tuhan yang memiliki Arasy yang agung. (Surah At-
Taubah: 128-129)

• Dibaca 40 kali •

45

3

Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dan apabila kamu membaca Al-Quran nescaya
akan Kami adakan di antara kamu dengan orang-
orang yang tidak beriman kepada kehidupan Akhirat
suatu dinding yang tertutup. (Surah Al-Israk: 45)
Mereka tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab itu)
mereka tidak mengerti. (Surah Al-Baqarah: 171)
Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan
di belakang mereka dinding (pula), maka Kami kabur-
kan mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
(Surah Yaasin: 9)

• Dibaca 40 kali •
46

4

Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia meng-
kehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya:
“Jadi!” Maka terjadilah ia. (Yaasin: 82)

• Dibaca 40 kali •

5

Ya Allah, sejahterakanlah ke atas junjungan kami
Muhammad, dan ke atas kaum keluarga junjungan
kami Muhammad.

• Dibaca 100 kali •

47

6

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu
dengan berkat dan hak ayat-ayat yang mulia ini agar
Engkau memelihara aku dari kecederaan, senjata
dan selainnya. Dan ditundukkan padaku khadam-
khadam ayat-ayat yang mulia ini, dan mereka me-
menuhi kehendakku, sesungguhnya Engkau Maha
Berkuasa atas tiap sesuatu.

• Dibaca 1 kali •

7

Semoga Allah mengurniakan selawat dan salam
buat junjungan kami Muhammad serta ahli keluarga
dan para Sahabatnya.

• Dibaca 7 kali •
48

TAHLIL

50


Click to View FlipBook Version