The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Abdel Hakam, 2020-11-12 08:37:52

Maulid Nabi

Bacaan Maulid

Aku berlindung dengan Allah
dari syaitan yang terkutuk.
Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ke hadapan paduka Nabi Muhammad Al-
Mustafa Rasulullah SAW, dan kepada ahli
keluarganya dan Sahabat-Sahabatnya seka-
lian, dan kepada sekalian nabi-nabi dan rasul-
rasul dan kepada sekalian wali-wali dan orang-
orang soleh, dan kepada sekalian orang muk-
min lelaki dan perempuan dan orang muslim
lelaki dan perempuan yang masih hidup dan
yang telah mati, dan kepada ibu bapaku dan
kepada Abuya Syeikh Imam Ashaari bin
Muhammad At-Tamimi, dan kepada Lebai
Ibrahim, dan khasnya kepada Sayidi Syeikh
Muhammad As-Suhaimi Imamul Mahdi, moga-
moga Allah Taala curahkan rahmat kepada
mereka sekalian, Al-Fatehah.

51

52

Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Al-Fatehah [sekali]. Dengan nama Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Dialah Allah
yang Maha Esa [hingga akhir surah 11 kali]. Tiada Tuhan
melainkan Allah, Allah Maha Besar. Dengan nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah
(wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada Allah
Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk [hingga akhir
surah sekali] Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha
Besar. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku
berlindung kepada Allah pemelihara sekalian manusia
[hingga akhir surah sekali]. Tiada Tuhan melainkan Allah,
Allah Maha Besar. Dengan nama Allah yang Maha Pe-
murah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah
Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang [hingga akhir surah sekali].

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang. Alif Laam Miim. Kitab (Al-Quran) ini tidak
ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang
bertaqwa. Iaitu mereka yang beriman kepada yang
ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebaha-
gian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka,
dan mereka yang beriman kepada kitab (Al-Quran) yang
telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah
diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya
(kehidupan) Akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat
petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang
yang beruntung.

53

54

Dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa,
tiada Tuhan melainkan Dia; yang Maha Pemurah lagi
Maha Mengasihani. Allah, tiada Tuhan melainkan Dia;
yang hidup dan mencukupi dengan sendirinya. Dia tidak
mengantuk atau tidur. Dia menguasai segala yang ada
di langit dan bumi. Tidak boleh menolong (memberi sya-
faat) di sisi-Nya (di Padang Mahsyar) melainkan dengan
izin-Nya. Dia tahu apa yang di hadapan dan di belakang
mereka, dan mereka tidak boleh tahu apa-apa dari ilmu-
Nya melainkan dengan kehendak-Nya. Takhta kerajaan-
Nya seluas langit dan bumi. Dia tidak penat memelihara
keduanya itu kerana Dia Maha Kuasa lagi Maha Besar.

Kepunyaan Allah jua segala apa yang ada di langit
dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan
apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembu-
nyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan-
Nya dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah
mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyek-
sa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa
atas segala sesuatu. Rasul telah beriman kepada Al-
Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya de-
mikian pula orang yang beriman. Semuanya beriman
kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan
rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami dengar
dan kami taat.” (Mereka berdoa): “Ampunilah kami
wahai Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kem-
bali.” Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya.

55

56

Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusaha-
kannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Wahai Tuhan kami,
janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami
tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan
kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau
bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada
kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maaf-
kanlah kami, ampunkanlah kami dan rahmatilah kami
(3x). Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami
terhadap kaum yang kafir. Dengan rahmat-Mu wahai
Tuhan yang Maha Mengasihani, kasihanilah kami.” (3x)

Rahmat Allah dan keberkatan-Nya ke atas kamu
wahai keluarga Rasulullah, sesungguhnya Allah Maha
Terpuji lagi Maha Mulia. Sesungguhnya Allah mahu
menghapuskan kecemaran dari kamu wahai keluarga
Rasulullah dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat
ke atas Nabi. Maka wahai orang-orang yang beriman,
ucapkanlah selawat dan salam ke atasnya sebagai
salam yang sempurna.

Ya Allah kurniakanlah sebaik-baik selawat dan salam
ke atas makhluk-Mu yang paling bahagia; penghulu kami
Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabat-
sahabatnya. Menurut sebanyak bilangan pengetahuan-
pengetahuan dan perkataan-perkataan-Mu, pada setiap
kali ada sesiapa mengingati-Mu dan setiap kali ada
sesiapa melupakan-Mu (3x). Ya Allah kurniakanlah se-
baik-baik selawat, salam dan keberkatan ke atas

57

58

makhluk-Mu yang paling berbahagia; penghulu kami
Muhammad dan ke atas keluarganya dan Sahabat-
Sahabatnya, dan semoga Allah redhakan ke atas para
junjungan kami; semua Sahabat Rasulullah, dan cukup-
lah Allah sebagai penolong kami, dan tidak ada kekuasa-
an dan kekuatan melainkan pada Allah yang Maha Tinggi
lagi Maha Agung. Aku memohon keampunan Allah yang
Maha Agung (3x). Ketahuilah bahawa sebaik-baik zikir
itu: Tiada Tuhan melainkan Allah - yang Maha Hidup dan
wujud. Tiada Tuhan melainkan Allah - yang Maha Hidup
dan Kekal. Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad pe-
suruh Allah. Inilah kalimah yang hak. Kami berpegang
dengannya hidup dan mati, dan semoga Allah akan
menghidupkan kami di Akhirat nanti dalam golongan
mereka yang selamat dan sentosa.

59

60

Tiada Tuhan melainkan Allah, dengarlah
Muhammad pesuruh Allah, dengarlah

Kami memohon pada Allah (2x), dengarlah,
Moga Dia jadikan kami orang-orang
soleh, dengarlah.

Kami memohon pada Allah (2x), dengarlah,
Moga-moga Dia kabulkan hajat-hajat kami,
dengarlah.

Allah redhakan Muhammad, kami redhakan Allah,
dengarlah,

Kami redhakan Muhammad, Muhammad
redhakan Allah, dengarlah.

Wahai Nabi Allah, wahai kekasih Allah dengarlah,
Wahai kekasih Allah, wahai pesuruh Allah,
dengarlah.

Wahai wali-wali Allah, wahai wali-wali Allah, dengarlah,
Tolonglah kami kerana Allah, dengarlah.

Tolonglah kami pada jalan Allah, dengarlah,
Moga-moga kami bertuah dengan kemurahan
Allah, dengarlah.

Dan kami sudahi dengan mendoakan kesejahteraan,
dengarlah,

Kepada Muhammad pesuruh-Nya yang ter-
pilih, dengarlah.

61

62

Tiada Tuhan melainkan Allah (3x)
Muhammad pesuruh Allah

Kami memohon padamu (hai wali), harap dapat
berdampingan,

Apa-apa hajat kami padamu tolonglah kerana
Allah.

Wahai wali-wali Allah yang berbagai darjat,
Persilakan datang dan tolong, kerana Allah.

Dengan nama Allah kami buka pintu, tibalah kekasih-
kekasih Allah,

Diedarkan gelas-gelas minuman, kami
meminumnya dengan nama Allah.

Wahai Tuhan dengan berkat wali-wali-Mu, tunaikan
cita-cita kami,

Moga-moga kami ria dan lapang untuk
berusaha kerana-Mu.

Moga-moga Allah sejahterakan Nabi yang mendapat
petunjuk,

Dan yang memberi syafaat (pertolongan) di
hari Kiamat.

63

64

Tiada Tuhan melainkan Allah (3x)
Muhammad pesuruh Allah yang dimuliakan

Pada-Mu Allah kami mohon supaya diampunkan dosa-
dosa kami,

Dan ringankan keberatan dosa-dosa kami
yang banyak dosa.

Cenderungkan hati kami pada kebenaran dan
peliharalah hati kami,

Dari kesesatan dan nafsu yang jahat, wahai
sebaik-baik Penjaga.

Kami memohon supaya di hari didedahkan segala
rahsia,

Ditutup kesalahan-kesalahan kami dan
dihapuskan dosa-dosa kami.

Dan wahai Tuhan, sejahterakanlah setiap hari
dan malam,

Pada Ahmad, nabi yang terpilih dari keluarga
Hasyim.

65

66

Tiada Tuhan melainkan Allah( 3x)
Muhammad pesuruh Allah yang disuci

Engkau (Muhammad) bagai purnama malah lebih
berseri,

Wajahmu umpama titisan air yang manis dan
lazat.

Wahai perhiasan dan sasaran segala harapan,
Siapakah pernah melihat lebih elok dari
wajahmu?

Maka tiada anak cucu Hawa dari sulbi Adam,
Dan hatta di dalam Syurga tiada siapa
menyamaimu.

Kerana bahagianmu yang pertama umpama matahari,
keduamu bintang,

Ketigamu umpama purnama penuh yang
bersinar.

Dan keempatmu umpama kafur wangi, kelimamu
umpama ambar,

Dan keenammu permata yakut dan bakimu
permata-permata yang lain.

Maka lima jarimu memberi lima erti,
Demikian itu sebagai isyarat maka
perhatikanlah.

Jari tengahmu Abu Bakar dan jari manismu Umar,
Jari kelingkingmu Utsman dan ibu jarimu Ali.

67

68

Manakala jari telunjukmu itulah penyudah segala rasul,
Dia tidak lain melainkan dirimu Muhammad
nabi yang disuci.

Muhammad pesuruh Allah dan Kaabah kiblatku,
Dan agamaku lebih tinggi dan mulia dari lain-
lain agama.

Rasulullah pensyafaatku dan Allah Maha Pengampun,
Maka tiada Tuhan melainkan Allah dan Dia
Maha Besar.

Moga-moga kesejahteraan Tuhanku setiap siang dan
malam,

Ke atas Ahmad nabi pilihan yang disuci.

Ketahuilah bahawa: “Tiada Tuhan melainkan Allah” (33x),
Muhammad pesuruh Allah. Ya Allah sejahterakanlah ke
atas Muhammad. Ya Allah, kurniakanlah selawat dan
salam ke atasnya (3x). Ya Allah sejahterakanlah ke atas
Muhammad, wahai Tuhan kurniakanlah selawat dan
salam ke atasnya. Maha Suci Allah dari segala keku-
rangan dan Maha Terpuji (7x). Maha Suci Allah yang
Maha Agung dari segala kekurangan dan Maha Terpuji,
Maha Suci Allah yang Maha Agung dari segala keku-
rangan dan Maha Terpuji. Ya Allah kurniakanlah selawat
dan salam ke atas kekasih-Mu; penghulu kami Muham-
mad dan ke atas sekalian keluarga dan Sahabatnya (3x),
Ya Allah kurniakanlah selawat, salam dan keberkatan
ke atas kekasih-Mu; penghulu kami Muhammad dan ke
atas sekalian keluarga dan Sahabatnya, Al-Fatehah.

69

70

DOA TAHLIL

Ya Allah kurniakanlah selawat dan salam ke atas
penghulu kami Muhammad; penghulu segala nabi
dan rasul, dan ke atas sekalian keluarga dan Sahabat
baginda semuanya. Segala puji bagi Allah Tuhan se-
mesta alam, kerana Dia banyak mengurniakan nik-
mat-nikmat-Nya dan membalas baik lebih dari kadar
amal yang dibuat.

Ya Tuhan kami, Engkau berhak dipuji kerana
kemuliaan Zat-Mu dan kebesaran kerajaan-Mu. Ya
Allah sampaikanlah pahala dari apa yang telah kami
baca ini ke hadrat penghulu kami dan junjungan kami
Muhammad SAW, moga-moga bertambah kemulia-
annya, dan ke hadrat nenek moyang Baginda dan
para saudara Baginda dari kalangan nabi-nabi dan
rasul-rasul alaihimussolatu wassalamu, moga-moga
bertambah kemuliaan mereka, dan ke hadrat kaum
keluarga dan Sahabat Baginda sekaliannya. Juga
kepada arwah sekalian imam-imam mujtahid, ulama-
ulama yang beramal dengan ilmunya, para ahli feqah
dan ahli hadis, para pembaca Al-Quran dan ahli tafsir,

71

72

para penghulu ahli sufi serta sekalian pengikut me-
reka yang jujur hinggalah hari Kiamat.

Ya Allah, kasihani kami dan ibu bapa kami serta
umat Muhammad (3x), selamatkan kami dan ibu
bapa kami serta umat Muhammad di dunia dan
Akhirat. Ya Allah, bukakan hati kami dan sekalian
keturunan kami sebagai hati wali-wali Allah (3x), yang
tidak berasa takut atau sedih terhadap hal-hal dunia.
Ya Allah, kami memohon keampunan dan kesihatan
dalam perkara agama, dunia dan Akhirat.

Wahai Tuhan kami, kurniakan pada kami kebaikan
di dunia dan Akhirat serta peliharakan kami dari azab
Neraka. Moga-moga Allah mengurniakan selawat ke
atas junjungan kami dan penghulu kami Muhammad,
keluarga baginda serta para Sahabatnya. Maha Suci
Tuhanmu; Tuhan yang Maha Mulia itu daripada sifat-
sifat kekurangan yang disifatkan oleh orang-orang
kafir terhadap-Nya. Dan selamatlah ke atas para
rasul, dan pujian sebenar bagi Allah, Tuhan semesta
alam.

73



Bacaan

Maulid Nabi
& Marhaban

• Mari kita bercerita tentang Nabi kita • Iaitu
Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia Akhirat
• Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan
banyak kali tentangnya • Mungkin kita ceritakan di
sudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi • Kalau-
pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa •
Supaya yang lupa diingat kembali • Bertambah ingat
lagi • Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang
tidak ada taranya • Sebelum dan sesudahnya di
kalangan manusia • Sekalipun di kalangan para rasul
dan para nabi yang telah diberita • Dia adalah rohnya
malaikat dan tubuhnya manusia •

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian
yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahtera-

kanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya. }

• Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya • Di
kalangan manusia sebelum dan sesudahnya • Maka
dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’ • Bahkan

76

yang paling ‘fathonah’ di kalangan rasul-Nya •
Ilmunya bukan didapati dari akalnya • Walaupun dia
orang yang paling tajam akalnya • Dia mendapat
ilmu dijatuhkan Tuhan di dalam hatinya • Wahyu
namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya •
Kerana inilah dia tidak perlu menulis • Dan membaca
seperti manusia biasa • Kerana itulah ilmunya tidak
dilupa sepanjang masa • Kalau dari akal mungkin
dilupakannya • Ilmunya menceritakan dunia dan
Akhirata•

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian
yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahtera-

kanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya. }

• Tawakalnya luar biasa • Sebab itulah di malamnya
makanan tidak disimpan untuk esok harinya • Dan
diberikan kepada manusia yang memerlukannya •
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup • Tuhan
merezekikannya • Dia tidak membunuh orang •
Walaupun di setengah-setengah waktu dia harus
membunuhnya • Tapi dia tidak membunuhnya •
Dia mengambil jalan yang utama, • Iaitu memaaf-
kannya • Kerana itu orang itu Islam di tangannya •
Beraninya luar biasa tiada tandingannya • Dia
sanggup lalu di hadapan musuhnya seorang diri •
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan ter-
pinga-pinga. •

77

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian
yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahtera-

kanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya. }

• Kasih sayangnya sangat ketara • Terutama ke-
pada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda
• Orang yang bersalah dimaafkannya • Sekalipun
orang itu tidak memintanya • Pernah hamba sahaya
hendak dihukum oleh tuannya • Dia membuka baju-
nya untuk disebat • Pengganti hamba sahaya, tuan
hamba sahaya itu malu dibuatnya • Lalu dimer-
dekakannya • Pernah Rasulullah SAW membeli
hamba sahaya kemudian dimerdekakannya • Pe-
murahnya tidak ada taranya • Macam angin ken-
cang lajunya • Tiada siapa yang boleh menan-
dinginya • Dan tidak pernah menghampakan orang
yang meminta • Sekalipun dia terpaksa berhutang
buat sementara •

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian
yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahtera-

kanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya. }

78

• Kalau ada orang mengata dan menghinanya •
Dia diam sahaja, tidak menjawabnya • Gembiranya
tidak ketawa, hanya senyum sahaja • Cuma ke-
taranya pada mukanya • Bahkan tidak pernah
menghina orang atau mengata aibnya • Sekalipun
musuhnya • Rasulullah makannya sedikit sekadar
mengalas perutnya • Dia tidak pernah makan se-
orang, sekalipun lapar • Paling tidak, dia makan
berdua • Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis
makanan itu • Dia tidak pula mencercanya • Kalau
dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya
• Sehingga orang tidak tahu marahnya • Dia tidak
pernah melahirkan jijik kepada manusia • Sebab itu
dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis
badannya •

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian
yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahtera-

kanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya. }

• Sabarnya luar biasa • Tentang ujian yang Tuhan
timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya •
Dia redha • Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul
Azmi’ • Yang tiada bandingannya • Bahkan dia
ketua ‘Ulul Azmi’ di kalangan rasul-rasul • Di
tangannya lahirlah murid-murid yang luar biasa •
Diberi gelaran Sahabat namanya • Ratusan ribu

79

banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya • Ini tidak
pernah berlaku di kalangan rasul-rasul sebelumnya
• Semua Sahabat-Sahabatnya masuk Syurga •
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhan-
nya • Kerana menjadi Sahabat-Sahabatnya •
Sahabat-Sahabatnya laksana bintang-bintang di-
langit • Rasul adalah bulan purnama •

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian
yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahtera-

kanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya. }

• Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur •
Menunjukkan hatinya sentiasa jaga • Sebab itulah
kalau dia tidur tidak membatalkan wudhuknya • Dia
menghormati manusia sesuai dengan darjatnya •
Sekalipun orang itu kafir • Kadang-kadang diben-
tangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya
• Kerana menghormati tetamunya • Dia tidak
mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan • Sekalipun
binatang yang melata • Begitu juga tidak pernah
melakukan kesalahan • Sekalipun menyalahi utama,
• Kalau dia melihat perempuan, matanya ditun-
dukkannya • Dia orang paling pemalu • Malunya
kalah anak dara yang paling pemalu • Sebab itu
seumur hidup dia tidak pernah melihat kemaluannya
dan kemaluan isterinya • Kalau dia lalu, tidak di-
benarkan perempuan di hadapannya •

80

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian
yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahtera-

kanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya. }

• Ibadahnya banyak, terutama di waktu malam •
Hingga bengkak-bengkak kakinya • Dia suka ber-
khidmat dengan isteri-isteri dan keluarga • Bukan
diarah-arahkan oleh isteri-isterinya • Tapi dia buat
dengan sukarela • Kerana mencari redha Tuhan-
nya, • Dia sebaik-baik suami • Tidak mampu orang
lain membuatnya •

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian
yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahtera-

kanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya. }

• Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya • Satu
cerita yang menyayat hati kita • Seorang buta yang
benci kepadanya • Rasul berkhidmat tanpa di-
ketahuinya • Hingga sampai waktu wafatnya •
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat
kepadanya • Tapi dirasakan olehnya ada kelainan
dari sebelumnya • Kamu ini siapa? • Saidina Abu
Bakar berkata: “Saya Abu Bakar • Pengganti Rasul

81

berkhidmat kepada kamu, yang Rasul itu sudah
wafat.” • Si buta itu terkejut! • Rupanya yang ber-
khidmat padanya orang yang paling dibenci •
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati • Tapi
sempat dia mengucap dua kalimah syahadat •
Islamlah dia •

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian
yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahtera-

kanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya. }

• Kalau dia bersahabat atau berkawan • Meng-
utamakan kawannya • Bahkan berkhidmat kepada
sahabatnya • Setiap orang yang bergaul, berpuas
hati dengannya • Setiap orang merasa dia dihor-
matinya • Walaupun berbagai-bagai peringkat
kedudukannya • Mari kita teruskan cerita tentang
nabi kita • Supaya lebih terperinci lagi • Cerita dan
beritanya • Dia manusia luar biasa kekasih Tuhan-
nya • Agar lebih nampak dia manusia istimewa •
Dia tidak akan makan sebelum lapar • Dia akan
berhenti sebelum kenyang • Tidak macam manusia
biasa • Dia tidak suka makanan banyak jenis lauk-
nya • Kalau dia suka kerana Tuhannya • Kalau dia
marah pun kerana Tuhannya • Bukan kerana peri-
badinya •

82

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian
yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahtera-

kanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya. }

• Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan
harta • Dia tidak meninggalkan sembahyang je-
maah • Kecuali sekali saja di dalam hidupnya •
Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya •
Makan minumnya bukan diusahakannya • Tetapi
setiap kali hendak makan, ada rezekinya • Tapi
pengikutnya disuruh berusaha • Terutama yang ada
keluarga • Dia tidak menerima upah • Lebih-lebih
lagi meminta upah • Kerana usaha perjuangannya
• Tetapi ulama di hari ini, memakan upah • Dari
usaha dakwahnya • Seperti yang dibuat oleh ke-
banyakan ulama-ulama yang cinta dunia • Bahkan
ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan
pengajiannya •

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian
yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahtera-

kanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya. }

83

• Takut dengan Tuhan ketara di mukanya • Dia
beristerikan janda kaya, Khadijah namanya • Har-
tanya diserahkan habis kepadanya • Tetapi Nabi
korbankan harta itu semuanya • Dan Nabi, kalau
dia berkawan, sebaik-baik kawan • Kalau dia di
rumah, sebaik-baik bapa • Kalau dia bersama isteri,
sebaik-baik suami • Kalau dia memimpin, sebaik-
baik pemimpin •

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian
yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahtera-

kanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya. }

• Kalau dia bercakap lantang suaranya • Tegang
urat merihnya • Kalau dia bercakap bak mutiara •
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengar-
nya • Kalau dia berucap atau berpidato • Tidak
ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya •
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya •
Tidak seperti ulama-ulama hari ini • Kalau mereka
bercakap gelak ketawa orang yang mendengar-
nya • Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya •
Bukan dari hatinya • Nabi kalau bercakap singkat-
singkat sahaja, tidak meleret • Tidak seperti
kebanyakan manusia • Dia bercakap pendek sa-
haja • Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu di dalam-
nya •

84

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian
yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahtera-

kanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya. }

• Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’ • Kata-
katanya singkat tapi padat • Kata-katanya singkat
tapi maksudnya luas • Kata-katanya singkat tapi
puas dan menggetarkan jiwa • Tidak seperti orang
lain bercakap berjela-jela, isinya tiada • Masa
terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa • Kita
sambung lagi cerita nabi kita • Nabi tidak suka
berjalan-jalan membuang masa • Juga tidak akan
bercakap yang sia-sia • Sekalipun tidak berdosaq•

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian
yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahtera-

kanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya. }

• Kalau dia ketawa tidak berbunyi, • Insafnya dapat
dilihat di mukanya • Takutnya kepada Tuhan di
mukanya ketara • Dia melahirkan kegembiraan bila
kawan-kawannya gembira • Dia melahirkan ke-
sedihan di atas kesedihan kawan-kawannya •

85

Rasulullah mudah menangis • Kerana takutkan
Tuhannya • Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,
• Akhlaknya sungguh agung • Tuhan memujinya •
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa di
kalangan manusia • Sebelum dan sesudahnya •

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian
yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahtera-

kanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya. }

• Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan
kata terhadap dirinya • Tuhan berkata: “Akhlaknya,
sungguh agungnya.” • Tidak ada siapa boleh me-
nandinginya • Tetapi dia tidak merasa bangga, dia
tetap merasa hamba • Dia tetap dapat menge-
kalkan rasa takut dengan Tuhannya • Rasa ke-
hambaan sentiasa di dalam hatinya • Bahkan tidak
pernah putus daripada perasaannya • Soal Tuhan
memujinya itu hak Tuhannya • Tapi dia tetap me-
rasa hamba kepada Tuhannya • Tawadhuk dengan
Tuhannya, sentiasa ada • Sangat ketara, di dalam
hidupnya •

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian

86

yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahtera-
kanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya. }

• Dia berpakaian jubah dan serban • Warna yang
dia suka kebanyakannya putih dan hijau • Warna
lain ada juga dipakainya • Tapi sekali sekala • Ma-
kan yang dia suka, susu dan tamar • Daging seba-
gai lauknya • Itulah penguat badannya • Demi-
kianlah secara ringkas • Yang global tentang cerita
nabi kita • Yang tidak disebut berusahalah untuk
mempelajarinya. •

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian
yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahtera-

kanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya. }

• Di dalam sejarah Nabi kita ada dicerita • Mukjizat
banyak berlaku di tangannya • Yang lahir dan yang
batin • Yang besar ialah Al-Quran dan Al-Hadis •
Yang kekal sampai ke akhir zaman • Untuk penga-
jaran dan panduan kepada manusia • Demi kese-
lamatan manusia dunia dan Akhiratnya • Tetapi apa
yang disebutkan itu sudah memada • Bagi orang
yang tiada masa mengkajinya •

• Berdiri untuk Marhaban •

87

88

Ya Allah selawatkanlah ke atas Muhammad,
Ya Allah selawatkanlah dan selamatkan-
lah dia.

Marhaban, selamat datang untuk Rasul,
Marhaban, selamat atas dekat dan
kedatangannya.

Telah terbit bulan purnama kepada kami, marhaban,
Dari Tsaniyyatil Wada’, marhaban.

Dan kami melihat cahaya, marhaban,
memancar yang menerangi bumi, marhaban.

Kami wajib bersyukur, marhaban,
Baginda tidak menyeru melainkan kepada
Allah, marhaban.

Wahai Nabi yang diutus kepada kami, marhaban,
Engkau dengan syariat yang ditaati,
marhaban.

Kegembiraan dan ucapan tahniah, marhaban,
Kerana engkau telah datang wahai nabi yang
qanaah, marhaban.

Engkau penolong kami semua, marhaban,
Wahai nabi yang elok pekertinya, marhaban.

89

90

Ya Rasulullah kami datang untuk menziarahimu,
Kami memohon darimu syafaat di sisi Tuhan
semesta alam.

Lindungilah kami dan selamatkanlah kami,
Dari akibat buruknya perpecahan.

Wahai Nabi jadilah engkau pensyafaat kami
semua di hari Mahsyar dan perhimpunan.

Dan tolonglah kami dalam setiap ujian,
Wahai nabi yang menolong setiap yang menolong.

Selawat dari Allah sentiasa untuk Nabi,
Yang dia umpama matahari dunia.

Ya Allah selawatkanlah ke atas Muhammad,
Ya Allah selawatkan dan selamatkanlah dia.

Juga buat semua ahli keluarga dan Sahabat
baginda, selama mana ada orang yang
bersa’ie kerana Allah.

Ya Allah selawatkanlah ke atas Muhammad,
Ya Allah selawatkan dan selamatkanlah dia.

91

• Kalau peribadi seseorang itu dapat menggam-
barkan bayangan Nabi kita • Orang itu boleh menjadi
ikutan manusia • Kalau dia memimpin, Tuhan mem-
berkatinya • Betapalah kalau dia pemimpin yang
Tuhan janjikan buat manusia • Tetapi apa yang ber-
laku di akhir zaman ini • Orang yang menceritakan
Nabi • Dia melupakan diri • Dia menceritakan me-
mujikan Nabi • Tapi dirinya tidak terpuji • Kerana
itulah banyak cakap tidak memberi kesan • Sese-
orang itu banyak cakap tidak menggambarkan si-
kap Nabinya • Walaupun dia seorang pemimpin •
Orang tidak suka mengikutnya • Lidahnya tidak
masin • Dia berkata tidak mengkotanya • Bahkan
orang yang mengata dan mencerca di belakangnya
• Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya •
Sekianlah adanya. •

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian
yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahtera-

kanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya. }

92

DOA MAULID NABI

93

94

Terjemahannya:

Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Wahai Tuhan kami, Engkau keselamatan, dan dari-
pada-Mu jua keselamatan. Engkau Maha Suci Tuhan
kami lagi Maha Tinggi, hai Tuhan yang mempunyai
kebesaran dan kemuliaan. Kami dengar dan kami
taat hai Tuhan kami dan kepada-Mu jua kesudahan
kami. Wahai Tuhan, tolonglah tentera Islam, dan

95

askar-askar yang mengesakan Tuhan dan binasa-
kanlah orang-orang kafir, orang-orang degil, pem-
bawa-pembawa bidaah dan orang-orang yang
mempersekutukan-Mu dan hancurkanlah musuh-
musuh-Mu, musuh-musuh agama Islam. Dan tolong-
lah kami terhadap mereka wahai Tuhan sekalian
alam. Wahai Tuhan, pecahkanlah kumpulan mereka
dan bubarkan himpunan mereka dan kurangkan bi-
langan mereka dan goncangkan kaki-kaki mereka
dan turunkan seksa yang pedih ke atas mereka
dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pemu-
rah lagi Penyayang. Tuhan kami, wahai Tuhan kami,
tolonglah kami mengatasi orang kafir. Hai Tuhan
kami, ampunkanlah kami dari dosa-dosa dan mati-
kanlah kami sebagai orang-orang Islam.

Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan keampunan
buat Abuya kami, pensyafaat kami, kekasih-Mu,
orang yang Engkau bantu dia, seorang imam lagi
mujaddid, iaitu Abuya Sheikh Imam Ashaari bin
Muhammad At-Tamimi. Ya Allah, panjangkanlah
umurnya, luaskanlah rezekinya dan kurniakanlah
kebaikan pada amalannya dalam kesihatan dan afiat.
Ya Allah, letakkanlah dia dalam lindungan rahmat dan
redha-Mu, begitu juga para isterinya, zuriat-zuriat-
nya, murid-muridnya, seluruh pemimpin kami, juga
buat kaum muslimin muslimat, mukminin mukminat
yang masih hidup mahupun yang telah mati.

96

Ya Allah jadikanlah dia kekasih kami, jadikanlah
kami penolongnya, kabulkan doa kami dengannya,
ampunkan dosa kami dengan berkatnya. Ya Allah
kuatkanlah jemaah kami di bawah bendera pim-
pinannya, hidupkanlah kami dengan berpegang te-
guh dengan Sunnah, ketaatan dan cinta padanya.
Ya Allah kami bertawasul kepada-Mu dengan khali-
fah-Mu yang terakhir Sayidi Syeikh Muhammad bin
Abdullah As-Suhaimi, Imamul Mahdi dalam setiap
pekerjaan kami.

Ya Allah, jadikanlah lisan kami sentiasa menye-
but-nyebut hari pertemuan dengannya, hati kami me-
rindui kezahirannya, anggota kami mengerjakan
kemurahan dan jasanya dan perbuatan kami selari
dengan minda kekasihnya (Pemuda Bani Tamim). Ya
Allah, tinggikanlah kedudukannya ke darjat dan ma-
kam yang tertinggi, serta peliharalah dia dan thoifah
ini dalam lindungan rabbaniah-Mu dari hati para
penghasad dengki, tangan-tangan yang khianat dan
fitnah orang-orang zalim. Dan moga-moga Allah
sejahterakan penghulu kami Muhammad dan ke-
luarganya dan sekalian Sahabat-Sahabatnya. Maha
Suci Engkau wahai Tuhan. Tuhan yang mulia dari-
pada segala sifat kekurangan. Dan salam ke atas
sekalian rasul dan pujian sebenar ialah bagi Allah
Tuhan semesta alam.

97



Bacaan

NAZAM

100


Click to View FlipBook Version