Moga-moga Allah, Tuhan kami,
sejahterahkan cahaya yang nyata;
Ahmad yang terpilih penghulu sekalian
pesuruh-pesuruh Allah;
Dan sejahterahkanlah juga keluarganya
dan Sahabat-Sahabatnya.
Allah Ada, Sedia, Kekal, Berlainan dari segala yang
lainnya, Cukup dengan sendirinya, Tunggal, Ber-
kuasa, Mengetahui, Hidup, Mendengar, Melihat, Ber-
kata-kata dan keadaan-Nya Berkuasa, Berkehen-
dak, Mengetahui, Hidup, Mendengar, (Allah) Melihat,
Berkata-kata.
Lawan sifat-sifat tadi dua puluh juga;
laitu sifat-sifat kekurangan yang mustahil bagi
Allah.
Tiada, ada permulaan dan lenyap atau hapus;
Menyamai makhluknya (Maha Suci Allah).
Tidak cukup dengan sendirinya, berbilangan;
Serta pula Dia lemah membuat makhluk-
makhluk.
Dan mustahil Dia kena paksa, bodoh, tuli;
Ataupun Dia mati, buta dan bisu.
101
102
Sifat-sifat lawan yang baki juga sudah nyata;
Dan tidak payah diterangkan lagi di sini.
Nabi-nabi pula wajib ada sifat-sifat amanah;
Bercakap benar, menyampaikan dan
fathonah.
Lawan sifat-sifat itu mustahil bagi Nabi iaitu;
Khianat, bohong, menyembunyikan dan
bebal.
Maka demikianlah sifat-sifat yang tersebut itu;
Terhadap Allah dan rasul-rasul-Nya yang
mulia.
Nama dua puluh lima orang Rasul-rasul;
Wajib dikenali oleh tiap-tiap orang Islam.
Mereka itu Adam, Idris, Nuh, Hud;
Dan juga termasuk Soleh dan Ibrahim.
Dan Luth dan Ismail dan Ishak;
Seterusnya Ya’akub, Yusuf dan Ayyub.
Syuaib, Harun, Musa dan llyasa’;
103
104
dan juga Zulkifli, Daud dan Sulaiman.
Dan llyas, Yunus, Zakaria, Yahya;
Dan Isa dan akhir sekali Taha (iaitu
Muhammad).
Moga-moga bagi mereka kesejahteraan dan
keselamatan;
Dan juga bagi keluarga-keluarga mereka
selagi ada siang dan malam.
Dan malaikat-malaikat pula yang tiada ibu bapa;
Serta tiada makan atau minum atau tidur.
Nama-nama sepuluh dari mereka: Jibril;
Mikail, Israil dan Izrail.
Dan Munkar serta Nakir dan Raqib;
‘Atid, Malik dan Ridhwan.
Dan empat dari kitab-kitab daripada Allah;
laitu Taurat diturunkan kepada Musa.
Zabur kepada Daud, Injil kepada Isa;
Dan Furqan (Quran) kepada sebaik-baik
makhluk (Muhammad).
105
106
Selain dari itu ada kitab-kitab (Suhuf) kepada lain-
lain nabi;
Di dalamnya ialah kalam Allah yang adil dan
mengetahui.
Dua puluh orang dari nenda-nenda Mustafa
(Muhammad);
Hendaklah kita ingatkannya.
Menurut susunan mereka daripada bawah:
Abdul Muttalib, atasnya Hasyim, Abdul Manaf.
Dan atas lagi: Qusai, seterusnya Kilab, Murrah;
Ka’ab, Lu‘ay dan atas Ghalib.
Seterusnya Fihir, Malik, Nadhar;
Dan dahulu daripada itu: Kinanah, Khuzaimah.
Mudrikah, llyas dan sebelum itu Mudhar;
Dan sebelumnya lagi: Nizar dan Ma‘ad.
Dan seterusnya yang kedua puluh: Adnan;
Maka Adnan ialah dari Ismail anak Ibrahim.
107
108
Demikianlah susunan nenda-nenda Nabi dari
bapanya;
Adapun nasab Nabi dari pihak ibunya pula.
Ibu Nabi yang dikurniakan kemegahan;
lalah Aminah anak Wahab yang bersih.
Wahab anak Abdul Manaf yang tinggi nilainya;
Abdul Manaf anak Zuhrah anak Kilab.
Nasab Ibu Taha bertemu dengan nasab bapanya;
Pada Kilab itu maka dengarlah betul-betul.
Adapun anak-anak Taha pula: Qasim, kemudian
Zainab;
Dan Ruqaiyah yang cantik rupanya.
Setelah itu Ummu Kalsum, kemudian Fatimah;
Dan selepasnya Abdullah dan Ibrahim yang
bongsu.
Dan ibu mereka itu sekalian ialah Khadijah;
Melainkan Ibrahim yang ibunya ialah Mariah.
109
110
Ya Tuhan, jadikanlah
segala hal-hal kami sempurna;
Dan berilah sentiasa pertolongan-Mu
kepada kami.
Dan sejahterakan penunjuk kami (Muhammad) dan
keluarganya;
Dan Sahabat-Sahabatnya yang telah
menyiarkan agama Islam.
Dan mereka telah berusaha dan berperang
bersamanya kerana Allah;
Dan mereka telah pindah ke Madinah dan
melindungkannya.
Dan mereka telah menerangkan hukum-hukum
fardhu dan sunnah;
Dan sentiasa berpandu pada Allah dan telah
menang.
Ya Allah sejahterakan mereka dengan semulia-mulia
kesejahteraan;
Yang mengharumkan alam semesta dengan
sangat harum.
Semerbak dengan keharuman kasturi yang suci;
Yang dengan sebabnya tersiarlah keredhaan
Allah.
111
112
Kurniakan kepada mereka kesejahteraan sebanyak
bilangan pasir-pasir;
Dan batu-batu dan bintang-bintang dan
tumbuh-tumbuhan semuanya.
Dan sebanyak beratnya segala gunung-gunung;
Dan sebanyak titisan semua air dan semua
hujan.
Dan sebanyak semua daun-daun yang keluar dari
semua pokok-pokok;
Dan sebanyak semua huruf-huruf yang
dibaca dan ditulis.
Dan sebanyak semua binatang-binatang darat dan
burung-burung dan ikan-ikan;
Dan sebanyak bilangan sekalian jin-jin dan
malaikat-malaikat dan manusia.
Dan sebanyak bilangan semua biji-bijian dan semua
semut-semut;
Dan semua rambut-rambut manusia dan
bulu-bulu binatang.
Dan sebanyak segala apa yang diketahui oleh-Mu;
Dan sebanyak segala apa yang ditakdirkan
oleh-Mu.
Dan sebanyak segala nikmat-nikmat yang telah
Engkau kurniakan;
Kepada semua makhluk-makhluk dari dahulu
hingga akan datang.
113
114
Dan sebanyak kemuliaan-kemuliaan yang Engkau
kurniakan;
Kepada sekalian nabi-nabi dan sekalian
malaikat-malaikat.
Dan sebanyak apa yang ada di dalam kesemuanya;
Dan sebanyak apa yang akan ada hingga
bila-bila.
Pada tiap-tiap kelipan mata yang dikelipkan;
Oleh sekalian penghuni segala langit-langit
dan bumi.
Sebanyak sepenuh segala langit-langit dan bumi;
Termasuk segala apa yang ada pada Arasy
dan Kursiy.
115
116
Ya Tuhan, sejahterakan Nabi yang terpilih
cucu Muhdar;
Dan kepada sekalian nabi-nabi
dan sekalian rasul-rasul.
Selagi dan selama Allah mengadakan yang tiada;
Dan mentiada yang ada, dengan kesejah-
teraan tiada terkira.
Yang meliputi segala bilangan pada sepanjang masa;
Dengan tiada sempadan atau penghujung
baginya
Dan dengan tiada penghabisan atau batasan;
Di dalam jarak masa yang tiada akhirnya.
Dan sebanyak berganda-ganda dari bilangan
yang lalu;
Serta digandakan lagi, hai Tuhan yang Maha
Kuasa.
Menurut sebagaimana yang Engkau suka dan
kehendaki;
Dan sebanyak mana yang Engkau perintah-
kan kami.
Serta kurniakah keselamatan kepada mereka;
Sebanyak mana yang telah tersebut dan
kemudian gandakan lagi.
Dan bilangan itu pula didharabkan lagi kepada;
117
118
Bilangan keluar masuk nafas sekalian makhluk-Mu.
Wahai Tuhan, ampunkan pembaca dan pendengarnya
Dan sekalian orang Islam di mana jua mereka
berada.
Wahai Tuhan, besarkanlah pahala dan beri ampunan
kepada kami;
Kerana kemurahan-Mu umpama lautan tiada
perhinggaan.
Dan demikian juga pada ibu bapa dan keluarga kami;
Dan jiran-jiran kami, kerana kami sekalian
harapkan pengampunan.
Dan lembutkan kepada kami wahai Tuhan kami segala
bala yang menimpa,
Walaupun apa jua jenis bala itu.
Dengan berkat kemuliaan Muhammad yang terpilih;
Yang untuk memujinya diturunkan beberapa
surah.
Wahai Tuhan, sejahterakan dan selamatkan buat
selama-lamanya;
Akan Nabi yang terpilih berganda-ganda lebih
dari yang lalu.
Dan kepada keluarga, para Sahabat dan para
pengikutnya sekalian;
Dan baikkan akhir hidup kami apabila ajal kami
sampai.
119
120
Hai Tuhanku, sejahterakan dan
selamatkan buat sentiasa;
Akan Kekasih-Mu (Muhammad)
sebaik-baik makhluk.
Kemudian redhakan Abu Bakar dan Umar;
Dan juga redhai Ali dan Utsman yang mulia.
Dan kepada keluarga, para Sahabatnya dan tabiin;
Mereka sekalian taat, suci hati, sabar dan
pemurah.
Ya Tuhan, dengan berkat Mustafa sampaikan cita-
cita kami;
Dan ampunkan segala dosa-dosa kami yang
telah lalu.
Dan ampuni semua orang Islam, wahai Tuhan kami;
Dengan berkat apa yang dibaca di Masjid
Aqsa dan Haram.
Dan dengan berkat kemuliaan Nabi yang rumahnya
di Tanah Haram;
Dan namanya ialah Qasim (iaitu satu daripada
nama Nabi).
Dan selesailah susunan Nazam Nabi yang terpilih;
Dan pujian bagi Allah di mula dan akhirnya.
Banyaknya bait nazam ini tiga puluh tujuh baris;
Dengan berkatnya ya Allah hilangkan segala
kesusahan kami.
121
Selawat &
Doa Pilihan
SELAWAT BADAWI
Ya Allah, kurniakanlah kebahagiaan dan kese-
lamatan kepada cahaya segala cahaya, rahsia se-
gala rahsia, ubat segala penyakit dan anak kunci
pintu kesenangan; dialah penghulu kami dan jun-
jungan kami Muhammad yang terpilih, dan ahli ke-
luarganya yang bersih, dan Sahabat-Sahabatnya
yang banyak membuat kebajikan, sebanyak bilangan
nikmat-Mu dan kelebihan-Mu.
• Dibaca ketika menunggu
masuk waktu solat fardhu •
124
DOA PADA SUJUD AKHIR
Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang
banyak lagi halal, dan iman yang benar, dan ilmu yang
bermanfaat, dan kesihatan yang elok, dan kecer-
dikan yang tinggi, dan hati yang bersih, dan kejayaan
yang besar.
• Dibaca dalam sujud terakhir •
125
DOA PELINDUNG DARI
FITNAH DAJJAL
126
Ya Allah ampunkanlah segala dosaku yang telah
terlanjur dan yang belum berlaku, segala kesalahan
yang aku sengajakan, yang aku lakukan terang-
terangan dan yang aku sembunyikan, sesungguhnya
Engkau wahai Tuhan yang lebih mengetahui semua
itu dariku, Engkau yang memulakan dan Engkau yang
mengakhirkan, tiada jenis Tuhan melainkan Engkau.
Ya Allah aku berlindung dengan Engkau dari
fitnah hidup dan mati, dan aku berlindung dengan
Engkau daripada deksa kubur, dan aku berlindung
dengan Engkau daripada seksa api Neraka, dan aku
berlindung dengan Engkau daripada fitnah Dajjal.
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
tetapkan hatiku di atas agama-Mu dan mentaati-Mu,
tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Maha
Suci Engkau, sesungguhnya aku di kalangan orang-
orang yang zalim.
• Dibaca selepas tahiyyat akhir
sebelum salam •
127
DOA KESELAMATAN
SELEPAS SOLAT
128
Wahai Tuhan kami, Engkaulah keselamatan, dan
daripada-Mu jua keselamatan. Engkau Maha Suci
Tuhan kami dan Maha Tinggi, hai Tuhan yang mem-
punyai kebesaran dan kemuliaan. Kami dengar dan
kami taat, ampunkanlah kami hai Tuhan kami dan
kepada-Mu jua kesudahan kami. Wahai Tuhan,
tolonglah tentera-tentera Islam, dan askar-askar
yang mengesakan Tuhan dan binasakanlah orang-
orang kafir, orang-orang degil, pembawa-pembawa
bidaah dan orang-orang yang mempersekutukan-
Mu dan hancurkanlah musuh-musuh-Mu, musuh-
musuh agama Islam. Dan tolonglah kami terhadap
mereka wahai Tuhan sekalian alam. Wahai Tuhan,
pecahkanlah kumpulan mereka dan bubarkan him-
punan mereka dan kurangkan bilangan mereka dan
goncangkan kaki-kaki mereka, dan turunkan seksa
yang pedih ke atas mereka dengan rahmat-Mu
wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Penyayang.
Tuhan kami, wahai Tuhan kami, tolonglah kami
129
mengatasi kaum kafir. Hai Tuhan kami ampunkanlah
kami dari dosa-dosa kami dan matikan kami sebagai
orang Islam. Dan moga-moga Allah sejahterakan
penghulu kami Muhammad dan keluarganya dan
Sahabat-Sahabatnya sekalian. Maha Suci Tuhan
kami, Tuhan yang mulia daripada segala sifat
kekurangan. Dan salam ke atas sekalian rasul dan
pujian sebenar ialah bagi Allah Tuhan sekalian alam.
• Dibaca selepas solat •
DOA PELINDUNG DARI
PENYAKIT BERJANGKIT
Ada bagiku lima dengannya aku memadamkan
kepanasan penyakit berjangkit. Mereka itu ialah Nabi
yang terpilih, Ali yang diredhai, Fatimah dan kedua
anak mereka (Hasan dan Husain).
• Dibaca selepas solat •
130
DOA TAUBAT
Tuhanku, aku tidak layak untuk Firdaus-Mu, tetapi
aku tidak pula sanggup menanggung seksa neraka
Jahim. Kalau begitu, ya Allah, tolong taubatkan aku,
ampunkanlah dosa-dosaku, sesungguhnya Engkau
ya Allah Maha Pengampun dosa-dosa besar.
• Dibaca selepas solat •
131
DOA PELINDUNG
DARI SIHIR
Aku berlindung dengan Allah
dari syaitan yang terkutuk.
Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Nabi Musa berkata: “Apa-apa yang kamu datangkan
132
ini adalah sihir, sesungguhnya Allah akan mem-
batalkannya, sesungguhnya Allah tidak menerima
amalan mereka yang membuat kerosakan.” (Surah
Yunus: 81)
Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Yang hak
telah datang dan sirnalah kebatilan, sesungguhnya
yang batil itu pasti sirna.” Dan Kami menurunkan di
dalam Al-Quran itu ada penyembuh dan rahmat bagi
orang-orang yang beriman, dan tidaklah Al-Quran
itu menambah kepada orang-orang yang zalim itu
melainkan kerugian. (Surah Al-Israk: 81-82)
133
SOLAT
HAJAT
KAEDAH SOLAT HAJAT
1. Lafaz niat solat hajat:
Ertinya: Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana
Allah Taala.
2. Selepas membaca Surah Al-Fatehah, baca
Surah Al-Ikhlas:
Ertinya: Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Katakanlah: Dialah Allah yang Maha Esa. Allah
adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala
sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diper-
anakkan. Dan tidak ada suatu pun yang setara
dengan-Nya. (Surah Al-Ikhlas)
3. Rakaat pertama: Di baca sebanyak 60 kali
Rakaat kedua: Di baca sebanyak 40 kali
136
4. Selepas selesai salam, sujud semula dan baca:
sebanyak 129 kali dan sebut/niatkan hajat.
• Boleh dikerjakan bila-bila perlu terutama
selepas tengah malam •
137
138