LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 45 Program Pembangunan RISDA PROGRAM TANAM SEMULA GETAH SAMBUNGAN (TSGS) Program Tanam Semula Getah Sambungan (TSGS) bertujuan untuk meneruskan bantuan tanam semula bagi kebun-kebun yang telah diluluskan bantuan tanam semula dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) dan sebelumnya. Program ini merupakan bantuan ansuran berturut iaitu ansuran yang ke-2 sehingga yang ke-5 bagi program Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) dan ansuran ke-2 sehingga yang ke-6 bagi program Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) di mana bayaran tersebut akan dibuat setahun selepas ansuran sebelumnya dilakukan. Bagi melayakkan bayaran bantuan ini dilakukan, lawatan pemeriksaan kebun akan dilakukan oleh pegawai lapangan untuk memastikan kebun tersebut berjaya. Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah: i. pekebun kecil hendaklah memastikan 85% daripada keseluruhan pokok yang ditanam hidup subur; dan ii. kebun hendaklah diselenggara dengan baik dengan mengikut Amalan Pertanian Baik (GAP). Bagi tahun 2021, seluas 34,683.08 hektar telah diteruskan bayaran bantuan dan memberi faedah kepada 22,246 orang pekebun kecil melibatkan perbelanjaan sebanyak RM34,236,400.71. Pelaksanaan keseluruhan Program TSGS mengikut negeri bagi tahun 2021 adalah sepertimana di Jadual 3.1-3. Rajah 3-1-4: Projek Tanam Semula Individu (TSI) di Kampung Serampang Indah, Jempol seluas 1.6188 hektar di bawah Program TSG RMKe-12 Semasa Rajah 3.1-3 : Projek Tanam Semula Individu (TSI) di Mukim Jabi, Besut Seluas 2.0130 hektar di bawah Program TSG RMKe-12 Semasa
46 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA Jadual 3.1-3: Pencapaian Keseluruhan Program TSGS Mengikut Negeri Tahun 2021 Bil Pusat Tanggungjawab Prestasi Tahun 2021 Bil PK Hektar RM 1 Johor 967 1,253.00 1,351,920.73 2 Kedah 3,556 4,745.99 4,642,875.48 3 Kelantan 3,684 4,525.88 4,010,069.46 4 Melaka 632 923.23 965,156.35 5 Negeri Sembilan 1,215 1,411.45 1,358,688.98 6 P. Pinang 54 61.63 37,175.14 7 Pahang 4,067 6,945.00 5,248,650.72 8 Perak 1,500 2,256.90 2,003,133.44 9 Perlis 278 284.19 261,914.74 10 Sabah 1,558 4,503.85 5,456,233.04 11 Sarawak 3,331 6,163.45 5,581,133.23 12 Selangor 161 153.02 161,455.97 13 Terengganu 1,243 1,455.49 1,560,612.91 Jumlah 22,246 34,683.08 32,639,020.19 Sebanyak RM32,639,020.19 telah dibelanjakan melibatkan seramai 22,246 orang dengan keluasan 34,683.08 hektar di bawah program TSGS Rajah 3.1-6 Projek Tanam Semula Individu (TSI) di Mukim 12, Tasek Gelugor Seberang Perai Utara, Pulau Pinang seluas 0.9024 di bawah Program TSGG RMKe-10 Berturut Rajah 3.1-5: Projek Tanam Semula Individu (TSI) Di Kg. Kepah, Hulu Terengganu, Terengganu seluas 0.2084 Hektar Di bawah Program TSGG RMK 11- Berturut
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 47 Program Pembangunan RISDA KAEDAH PENDEKATAN TANAM SEMULA Bagi mengoptimumkan sistem penyampaian Program Tanam Semula kepada pekebun kecil, RISDA telah menetapkan beberapa kaedah pendekatan tanam semula iaitu Tanam Semula Individu, Tanam Semula Berkumpulan dan Tanam Semula Agensi yang boleh dipilih oleh pekebun kecil mengikut kesesuaian. TANAM SEMULA INDIVIDU (TSI) Satu kaedah menanam semula tanah pekebun kecil yang dimiliki dan dilaksana secara individu (perseorangan) iaitu sebagai pemilik pengusaha atau warisnya jika pemilik telah meninggal dunia atau oleh pihak lain yang dilantik bagi mewakili pemilik tanah melalui Surat Wakil Kuasa (SWK). TANAM SEMULA BERKUMPULAN Pelaksanaan program tanam semula secara berkumpulan dapat meningkatkan daya maju dan daya saing sektor pekebun kecil kerana ianya dapat mewujudkan ekonomi bidangan melalui penyatuan kebun-kebun kecil sebagai satu unit pengeluaran, memudah dan mempercepatkan pemindahan teknologi serta meningkatkan kecekapan pemasaran. Projek berkumpulan akan menjadi nukleus pembangunan dalam sebuah kampung di mana segala aktiviti diurus secara bersepadu. TANAM SEMULA BERKELOMPOK (TSB) TSB adalah satu kaedah pengurusan tanam semula di mana kebun-kebun berdekatan digabung untuk ditanam semula secara bersama dan serentak yang diuruskan oleh satu jawatankuasa yang dilantik di kalangan pemilikpemilik kebun yang terlibat. Pekebun kecil yang bersetuju untuk menubuhkan TSB hendaklah memenuhi syarat-syarat penubuhan TSB seperti berikut: i. Sekurang-kurangnya 8 peserta yang sanggup memberi kuasa kepada Pengerusi Jawatankuasa TSB sebagai wakil kuasa; ii. Luas kawasan sekurang-kurangnya 10 hektar; iii. Kawasan lot tanah getah tua terletak dalam satu blok yang berhampiran; iv. Wujud sebuah jawatankuasa yang dilantik untuk mengurus kawasan tersebut dikalangan peserta; dan v. RISDA bersetuju untuk membangunkan kawasan itu sebagai TSB. Rajah 3.1-7: Projek Tanam Semula Individu (TSI) di TSB Gong Pasir, Dungun, Terengganu seluas 0.6177 hektar di bawah Program TSGG RMKe-11 Berturut Rajah 3.1-8: Projek Tanam Semula Individu (TSI) di Bkt. Saring, Marang, Terengganu seluas 0.4626 hektar di bawah Program TBKG RMKe-10 Berturut
48 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA Sesebuah TSB hendaklah mempunyai struktur organisasi Jawatankuasa sepertimana berikut: i. Pengerusi; ii. Setiausaha; iii. Bendahari; dan iv. Ahli Jawatankuasa Biasa (Sekurang kurangnya 2 orang) Pada tahun 2021, terdapat 58 buah projek TSB bagi tanaman getah telah ditubuhkan dengan keluasan 2,617.61 hektar melibatkan 1,035 orang peserta. TSB peringkat penubuhan tahun 2021 mengikut negeri adalah sepertimana di Jadual 3.1-4. Jadual 3.1-4: TSB Peringkat Penubuhan Tahun Semasa (Getah Mengikut Negeri Tahun 2021 Bil Negeri Bil. Projek TSB Luas (Hek) Bil. Peserta (Orang) 1 Kedah 1 14.86 8 2 Kelantan 1 52.18 20 3 Melaka 2 42.66 38 4 N.Sembilan 3 132.44 96 5 Pahang 17 871.61 489 6 Perak 2 72.05 70 7 Sarawak 27 1,335.40 117 8 Terengganu 5 96.41 197 Jumlah besar 58 2,617.61 1,035 Pada peringkat pembangunan (keremajaan getah), terdapat 548 buah projek TSB dengan keluasan 29,964.71 hektar melibatkan 10,734 orang peserta. TSB peringkat pembangunan (keremajaan getah) mengikut negeri adalah sepertimana di Jadual 3.1-5. Jadual 3.1-5: TSB Peringkat Pembangunan (Keremajaan) Getah Mengikut Negeri Setakat Tahun 2021 Bil Negeri Bil. Projek TSB Luas (Hek) Bil. Peserta (Orang) 1 Johor 2 49.75 36 2 Kedah 26 1,040.76 634 3 Kelantan 9 402.83 281 4 Melaka 22 830.11 576 5 N.Sembilan 35 1,602.47 1,308 7 Pahang 171 11,498.54 6,496 8 Perak 40 1,405.76 1,085 9 Perlis 1 89.18 76 10 Sarawak 230 13,045.31 230 11 Terengganu 12 239.52 12 Jumlah besar 548 29,964.71 10,734
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 49 Program Pembangunan RISDA TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) TSK adalah satu kaedah menanam semula melalui penyatuan kebun-kebun kecil yang diuruskan oleh Agen Mengurus (RISDA Plantation Sdn. Bhd.) dari peringkat pembangunan sehingga pengeluaran dan pemasaran hasil secara cekap dan menguntungkan. Untuk menubuhkan TSK, peserta perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut: i. Keluasan TSK tidak boleh kurang daripada 40 hektar; ii. Walau bagaimanapun, sesebuah TSK boleh mempunyai keluasan kurang daripada 40 hektar sekiranya diluluskan oleh Jawatankuasa Rayuan Kelulusan Penubuhan TSK Peringkat Ibu Pejabat RISDA; iii. Pekebun kecil hendaklah bersetuju menandatangani perjanjian dengan RPSB; iv. Tuan tanah hendaklah bersetuju melantik RPSB sebagai wakil kuasa untuk menerima bantuan Tanam Semula bagi membiayai kos pembangunan TSK; dan v. Kaedah Pengurusan (pengagihan pulangan/ bayaran dividen) mengikut persetujuan di dalam surat perjanjian. Pembiayaan bagi pembangunan projek TSK terbahagi kepada dua iaitu: i. Pembiayaan oleh tuan tanah a) Bantuan Tanam Semula b) Hasil jualan kayu getah c) Hasil-hasil lain daripada kebun ii. Pembiayaan oleh RPSB (Pembiayaan) a) Sumber RPSB sendiri b) Pinjaman RISDA c) Pinjaman luar Bagi pembiayaan projek TSK oleh RPSB, tempoh bayaran balik pinjaman adalah seperti di Jadual 3.1-6. Jadual 3.1-6: Tarikh Mula Bayaran dan Tempoh Maksimum Bayaran mengikut Jenis Tanaman Tanaman Tarikh Mula Bayaran Tempoh Maksimum Getah Bulan Ke 97 Dari Perjanjian 12 Tahun Sawit Bulan Ke 61 Dari Perjanjian 12 Tahun Rajah 3.1-9: Projek Tanam Semula Berkelompok (TSB) Bukit Jambul, Melaka Rajah 3.1-10: Projek Tanam Semula Berkelompok (TSB) Bukit Jambul, Melaka
50 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA Bagi kebun yang telah mengeluarkan hasil, terdapat 4 kaedah pembahagian pulangan atau dividen. Walau bagaimanapun, satu kaedah sahaja boleh digunakan dalam satu-satu masa. Kaedah yang biasa diguna pakai adalah lebihan pendapatan (keuntungan) selepas ditolak semua kos, dibahagikan antara peserta dan RPSB seperti di Jadual 3.1-7. Jadual 3.1-7: Pecahan Pembahagian Keuntungan atau Dividen Mengikut Jenis Tanaman Tanaman Tuan Tanah RPSB Getah 70% 30% Sawit 60% 40% Pada tahun 2021, terdapat 36 buah projek TSK getah peringkat pembangunan dengan keluasan 4,873 hektar, melibatkan 1,247 orang peserta dan 7 buah projek TSK sawit peringkat pembangunan dengan keluasan 877 hektar melibatkan 335 orang peserta. TSK peringkat pembangunan mengikut negeri adalah seperti di Jadual 3.1-8 dan Jadual 3.1-9. Jadual 3.1-8: TSK Peringkat Pembangunan (Getah) Mengikut Negeri Tahun 2021 Bil Negeri Bil. TSK Luas (hektar) Bil. peserta 1 Kedah 5 521 127 2 Melaka 2 153 66 3 N. Sembilan 1 58 27 4 Pahang 10 1,337 384 5 Perak 13 2,006 199 6 Sarawak 5 798 444 Jumlah 36 4,873 1,247 Jadual 3.1-9: TSK Peringkat Pembangunan (Sawit) Mengikut Negeri Tahun 2021 Bil Negeri Bil. TSK Luas (hektar) Bil. peserta 1 Melaka 1 156 132 2 N. Sembilan 2 87 59 3 Pahang 4 634 144 Jumlah 7 877 335 Manakala, bagi projek TSK peringkat penghasilan pada tahun 2021, terdapat 6 buah projek TSK getah dengan keluasan 784 hektar melibatkan 623 peserta dan 166 buah projek TSK sawit dengan keluasan 18,237 hektar melibatkan 11,781 peserta. TSK peringkat penghasilan mengikut negeri adalah seperti di Jadual 3.1-10 dan Jadual 3.1-11.
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 51 Program Pembangunan RISDA Jadual 3.1-10: TSK Peringkat Penghasilan (Getah) Mengikut Negeri Tahun 2021 Bil Negeri Bil. TSK Luas (hektar) Bil. peserta 1 Kedah 1 118 1 2 Melaka 3 308 476 3 Pahang 2 358 146 Jumlah 6 784 623 Jadual 3.1-11: TSK Peringkat Penghasilan (Sawit) Mengikut Negeri Tahun 2021 Bil Negeri Bil. TSK Luas (hektar) Bil. peserta 1 Johor 6 474 464 2 Kelantan 9 1,062 474 3 Melaka 11 925 1,466 4 N. Sembilan 10 797 1,119 5 Pahang 91 11,303 5,734 6 Perak 31 3,115 2,181 7 Terengganu 8 561 343 Jumlah 166 18,237 11,781 Rajah 3.1-11: Projek TSK Ulu Relai, Peradong, Negeri Sembilan
52 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA TANAM SEMULA AGENSI Selain daripada Tanam Semula Individu dan Tanam Semula Berkumpulan, Tanam Semula Agensi juga merupakan salah satu pendekatan pelaksanaan tanam semula. Agensi-agensi yang terlibat terdiri daripada FELDA, FELCRA dan JAKOA. Keluasan Tanam Semula Agensi pada tahun 2021 adalah 6,608 hektar. Pecahan mengikut Agensi adalah seperti Jadual 3.1-12. Jadual 3.1-12: Keluasan Tanam Semula Agensi Tahun 2021 BIL NEGERI Keluasan Tanam Semula (hektar) FELDA FELCRA JAKOA Semasa Berturut Semasa Berturut Semasa Berturut 1 Johor - - - 410 - - 2 Kedah - 568 37 136 - - 3 N.Sembilan 118 529 - 80 - 552 4 Pahang - - - 1,577 505 - 5 Perak - - - 653 - - 6 Selangor - - - - - 148 7 Melaka - 196 - - - - 8 Perlis - - 486 216 - - 9 Terengganu - - - 397 - - Jumlah 118 1,293 523 3,469 505 700 Rajah 3.1-12: Kerja pembangunan di projek TSK OA Pos Kemar, Gerik, Perak
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 53 Program Pembangunan RISDA BEKALAN BAJA RISDA memberi bantuan baja premium kepada semua pekebun kecil yang terlibat dengan program berikut: i. Program Tanam Semula Getah; ii. Skim Insentif Produktiviti SIPG; dan iii. Program Peningkatan Produktiviti Getah (PPG). Bagi tahun 2021 RISDA telah melaksanakan perolehan secara tender terbuka dengan nilai kontrak sebanyak RM62,176,00.00. Bagi menjamin kualiti baja yang dibekalkan berkualiti serta memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan, baja-baja ini perlu melalui proses pengujian, seperti pengujian kualiti spesifikasi fizikal (pensampelan), timbangan, pembungkusan dan nutrien. Berikut adalah senarai jenis baja premium yang dibekalkan kepada pekebun kecil bagi tahun 2021 seperti Jadual 3.1-13. Jadual 3.1-13: Senarai Jenis Baja Premium Yang Dibekalkan Kepada Pekebun Kecil JENIS BAJA TANAMAN FORMULASI KEGUNAAN RISDA 1 Getah 10.7:16.6:9.5:2.4 Getah Muda umur 1 – 4 Tahun RISDA 4 Getah 10.0:6.0:21 Getah umur 4 Tahun ke atas ROCK PHOSPHATE Getah 28% P205 Dalam Lubang Menanam STOR RISDA Stor merupakan tempat bagi melaksanakan penerimaan, merekod, penyimpanan, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Di RISDA, stor dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu : i) Stor Pusat RISDA (SPUR); dan ii) Stor Pusat Tanggungjawab (SPT) Terdapat empat (4) buah SPUR dan enam puluh (60) buah SPT diseluruh negara. Kewujudan stor baja RISDA adalah bertujuan untuk memastikan stok bekalan baja sentiasa mencukupi dan dapat disalurkan kepada pekebun kecil mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Rajah 3.1-13: Stor Pusat RISDA dan Stor Pusat Tanggungjawab Seluruh Malaysia
54 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA Setiap tahun, Pengurusan RISDA memperuntukkan sejumlah wang bagi tujuan penyelenggaraan premis SPUR dan SPT bagi memastikan urusan pentadbiran dan pengoperasian stor berjalan lancar dan keselamatan stok yang disimpan terjamin. Bagi tahun 2021, Pengurusan RISDA telah memperuntukkan sejumlah RM570,525.00 bagi tujuan tersebut. Pecahan bagi peruntukan tersebut adalah seperti di Jadual 3.1-14: Jadual 3.1-14: Prestasi Perbelanjaan Keseluruhan Peruntukan Stor Setakat 31 Disember 2021 BIL PT PERUNTUKAN BELANJA BAKI PRESTASI (%) (RM) 1 BBIP 25,944.48 - 25,944.48 - 2 STOR PUSAT 223,231.00 223,231.00 - 100% 3 STOR PT 321,349.52 321,349.52 - 100% Jumlah 570,525.00 544,580.52 25,944.48 95.5% STOR PUSAT RISDA (SPUR) SPUR adalah tempat penyimpanan stok baja yang diterima dari kilang untuk dijadikan stok penimbal kepada SPT. Pengurusan stor SPUR diuruskan oleh Pejabat RISDA Negeri (PRN). Terdapat 4 Buah SPUR di Seluruh Semenanjung Malaysia iaitu:- i) Stor Pusat RISDA Sg. Petani, Kedah; ii) Stor Pusat RISDA Bandar Sultan Sulaiman, Selangor; iii) Stor Pusat RISDA Sri Gading, Johor; dan iv) Stor Pusat RISDA Gading Galoh, Kelantan STOR PUSAT TANGGUNGJAWAB (SPT) SPT adalah tempat penyimpanan baja sebelum diagihkan kepada pekebun kecil. SPT diurus oleh Pusat Tanggungjawab atau stokis yang dilantik oleh Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian. Bagi Tahun 2021 terdapat 60 Stor Pusat Tanggungjawab bagi seluruh Malaysia, Stor tersebut terdiri dari 2 kategori iaitu Stor yang dibina di Tanah milik RISDA dan Stor yang disewa.
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 55 Program Pembangunan RISDA PEMBEKALAN BENIH GETAH Bagi memastikan bekalan benih getah kepada pekebun kecil sentiasa mencukupi, RISDA telah melantik Syarikat Milikan RISDA iaitu RISDA Semaian & Landskap Sdn. Bhd. (RSSB) untuk menyediakan benih di tujuh belas (17) tapak semaian seluruh negara seperti dalam Rajah 3.1-15. Pada tahun 2021, RISDA telah membekalkan benih getah berjumlah 6,767,425 pokok kepada pekebun kecil di seluruh negara. Prestasi bekalan benih getah mengikut negeri oleh RSSB setakat 31 Disember 2021 adalah seperti di Jadual 3.1-16. Rajah 3.1-14 : Senarai Tapak Semaian RISDA Jadual 3.1-15: Prestasi Bekalan Benih Getah Mengikut Negeri Oleh RSSB Bil. Negeri Matlamat 2021 Getah Capai (%) 1 Johor 284,123 284,123 100% 2 Kedah 1,070,329 1,070,329 100% 3 Kelantan 1,270,097 1,270,097 100% 4 Melaka 78,545 78,545 100% 5 N. Sembilan 378,487 378,487 100% 6 Pahang 1,258,286 1,258,286 100% 7 Perak 427,960 427,960 100% 8 Perlis 20,987 20,987 100% 9 P.Pinang 7,573 7,573 100% 10 Selangor 16,410 16,410 100% 11 Terengganu 398,102 398,102 100% 12 Sabah 830,680 830,680 100% 13 Sarawak 725,846 725,846 100% Jumlah 6,767,425 6,767,425 100%
56 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA Dalam usaha untuk memastikan benih yang dibekalkan kepada pekebun kecil adalah berkualiti, RISDA bersama LGM melalui Jawatankuasa Penyemakan Klon Getah sentiasa memberi penekanan terhadap klon benih yang mempunyai potensi hasil yang tinggi, tumbesaran yang cepat serta mempunyai daya tahan terhadap penyakit dan rintangan angin. Jadual 3.1-16 adalah senarai klon yang disyorkan oleh RISDA bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Jadual 3.1-16: Senarai Klon Dan Kod Warna Klon Getah Bagi Tempoh Tahun 2019-2021 PENGANGKUTAN BAHAN INPUT PERTANIAN Pengangkutan adalah salah satu nilai rantaian yang utama di dalam sistem penyampaian bekalan baja dan benih RISDA kepada pekebun kecil. Bagi Pengangkutan baja melibatkan 3 Fasa iaitu: i. Fasa 1 – Dari Kilang Ke Stor Pusat RISDA (SPUR); ii. Fasa 2 – Dari Stor Pusat RISDA Ke Stor Pusat Tanggungjawab (SPT); dan iii. Fasa 3 – Dari Stor Pusat Tanggungjawab ke Pekebun Kecil. Manakala pengangkutan benih adalah dari tapak semaian pusat RISDA kepada pekebun kecil. PEMBEKALAN BAJA DARI KILANG KE STOR PUSAT RISDA (SPUR) Pembekalan Baja dari kilang ke Stor Pusat RISDA (SPUR) atau lebih dikenali sebagai pembekalan Fasa 1 adalah mengikut pesanan yang dibuat oleh SPUR serta Stor Pusat Tanggungjawab (SPT) Sabah dan Stor Pusat Tanggungjawab (SPT) Sarawak. Bagi Tahun 2021 sebanyak 8,270 MT pesanan telah dikeluarkan oleh SPUR dan SPT bagi Negeri Sabah dan Sarawak dengan pencapaian adalah 100% pembekalan. Prestasi keseluruhan pembekalan baja RISDA bagi kontrak tahun 2021 seperti di Jadual 3.1-17. Jadual 3.1-17: Prestasi Keseluruhan Pembekalan Baja RISDA Bagi Fasa 1 Tahun 2021 Jenis baja Prestasi (mt) Nota hantaran (ca) Bekalan % RISDA 1 2,275 2,275 100% RISDA 4 5,725 5,725 100% ROCK PHOSPHATE 270 270 100% JUMLAH 8,270 8,270 100%
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 57 Program Pembangunan RISDA PEMBEKALAN BAJA DARI STOR PUSAT RISDA (SPUR) KE STOR PUSAT TANGGGUNGJAWAB (SPT) Pembekalan Baja dari SPUR ke SPT atau lebih dikenali sebagai pembekalan fasa 2 adalah mengikut pesanan yang dibuat oleh SPT kepada SPUR, Walaubagaimanapun pembekalan ini adalah terikat dengan had siling SPT tersebut. Bagi tahun 2021 sebanyak 1,688,520 beg pesanan telah dibuat dengan pencapaian adalah 100%. Prestasi keseluruhan pembekalan baja RISDA bagi fasa 2 seperti di Jadual 3.1-18. Jadual 3.1-18: Prestasi Keseluruhan Pembekalan Baja RISDA Bagi Pembekalan Baja Fasa 2 Bil PRN Agihan (sps 12k) Bekalan DO Peratus pembekalan (%) 1 Pahang 392,700 392,700 100 2 Melaka 73,500 73,500 100 3 Johor 121,220 121,220 100 4 Perak 166,900 166,900 100 5 Kelantan 341,000 341,000 100 6 N.sembilan 176,000 176,000 100 7 Terengganu 111,100 111,100 100 8 Selangor 20,300 20,300 100 9 Perlis 25,000 25,000 100 10 P.Pinang 4,500 4,500 100 11 Kedah 256,300 256,300 100 Jumlah 1,688,520 1,688,520 100 PEMBEKALAN BAJA DARI STOR PUSAT TANGGUNGJAWAB (SPT) KE PEKEBUN KECIL Pembekalan baja dari SPT ke Pekebun kecil atau lebih dikenali sebagai pembekalan baja fasa 3 adalah pesanan baja yang dibekalkan kepada pekebun kecil. Pesanan baja ini dibuat oleh pusat tanggungjawab bagi program Tanam Semula dan Program Produktiviti. Bagi Tahun 2021 pesanan SPS 40 yang dibuat adalah sebanyak 2,490,117 beg dengan pencapaian bekalan adalah 100% iaitu sebanyak 2,490,117 beg. Prestasi keseluruhan pembekalan baja RISDA bagi fasa 3 seperti di Jadual 3.1-19. Jadual 3.1-19: Prestasi Keseluruhan Pembekalan Baja RISDA Bagi Pembekalan Baja Fasa 3 Bil Negeri Bekalan kepada pekebun kecil LO Pengangkutan Bekalan Peratus (%) 1 Kedah 403,222 403,222 100 2 Sabah 217,620 217,620 100 3 Kelantan 425,059 425,059 100 4 Pahang 404,078 404,078 100 5 Terengganu 149,410 149,410 100 6 Perak 198,449 198,449 100 7 Johor 154,892 154,892 100 8 Selangor 20,142 20,142 100 9 Negeri sembilan 183,811 183,811 100 10 Melaka 88,266 88,266 100 11 P. Pinang 7,403 7,403 100 12 Perlis 29,922 29,922 100 13 Sarawak 207,843 207,843 100 Jumlah besar (MT) 2,490,117 2,490,117 100
58 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA PEMBEKALAN BENIH DARI TAPAK SEMAIAN KE PEKEBUN KECIL Pembekalan benih dari tapak semaian getah ke Pekebun kecil dibuat oleh pusat tanggungjawab berdasarkan permohonan bagi Program Tanam Semula. Bagi Tahun 2021, Pesanan Tempatan Pengangkutan yang dibuat adalah sebanyak 6,767,425 pokok dengan pencapaian bekalan adalah 100% iaitu sebanyak 2,490,117 beg. Prestasi keseluruhan pembekalan benih dari tapak semaian ke pekebun kecil adalah seperti di Jadual 3.1-20. Jadual 3.1-20: Prestasi Pembekalan benih dari tapak semaian ke Pekebun Kecil Bil Negeri Pembekalan Benih Kepada Pekebun Kecil LO Pengangkutan Bekalan Pencapaian 1 Sabah 809,479 809,479 100 2 Pahang 1,231,258 1,231,258 100 3 Kelantan 1,266,278 1,266,278 100 4 Sarawak 703,713 703,713 100 5 Perak 418,915 418,915 100 6 Terengganu 395,225 395,225 100 7 N. Sembilan 355,833 355,833 100 8 Melaka 78,545 78,545 100 9 Johor 285,828 285,828 100 10 Kedah 1,021,186 1,021,186 100 11 Selangor 16,410 16,410 100 12 Perlis 20,987 20,987 100 13 Pulau Pinang 7,573 7,573 100 Jumlah 6,611,230 6,611,230 100 Rajah 3.1-15: Aktiviti Pembekalan Baja fasa 2 dari SPUR ke SPT Rajah 3.1-17: Aktivti Pembekalan Benih dari Tapak Semaian ke Pekebun Kecil
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 59 Program Pembangunan RISDA PROGRAM ANGKUTAN PEDALAMAN Bagi memudahkan urusan pembekalan bahan input pertanian kepada pekebun kecil khususnya di kawasan pedalaman di seluruh Negara, satu Program Pengangkutan Kawasan Pedalaman telah diwujudkan dan ianya melibatkan kos sebanyak RM155,637.28 pada tahun 2021 yang menggunakan peruntukan Bantuan Langsung Kerajaan (BLK). Definasi kawasan pedalaman ialah destinasi / tempat/ lokasi yang boleh dihubungi melalui lebih dari satu kaedah (mode) pengangkutan. Kesukaran menghubungi kawasan tersebut menyebabkan penyampaian bekalan benih dan baja tidak dapat disampaikan kepada pekebun kecil secara terus tetapi terpaksa melalui jalan darat yang sukar (seperti jalan pembalakan) atau jalan sungai / laut. Matlamat utama program ini adalah untuk mengurangkan bebanan kos yang terpaksa ditanggung oleh pekebun kecil untuk mendapatkan bekalan input pertanian seperti baja dan benih. Jadual 3.1-21 adalah senarai prestasi perbelanjaan keseluruhan Program Angkut Pedalaman Bagi Tahun 2021. Jadual 3.1-21: Prestasi Perbelanjaan Keseluruhan Program Angkut Pedalaman Bil Negeri PT Peruntukan Belanja Baki Pretasi (%) (RM) i. Kedah Kota Setar/ Pendang / Langkawi 12,720.58 12,720.58 - 100% ii. Pahang Jerantut 82,227.00 82,227.00 - 100% iii. Kelantan Kuala Krai 39,040.00 39,040.00 - 100% Gua Musang 11,268.00 11,268.00 - 100% iv. Johor Kota Tinggi 307.00 307.00 - 100% Mersing 10,074.70 10,074.70 - 100% Jumlah 155,637.28 155,637.28 - 100% Rajah 3.1-18: Aktiviti Pembekalan Baja bagi Kawasan Pedalaman
60 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA RISDA AGRONOMY SERVICE CENTRE (RIAS) RISDA Agronomy Service Centre (RIAS) bertanggungjawab memberi khidmat nasihat agronomi kepada kebun-kebun yang bermasalah dan produktiviti rendah melalui kajian tanah dan daun. Selain daripada memberi khidmat nasihat Amalan Pertanian Baik (APB) atau Good Agricultural Practices (GAP), RIAS juga melaksanakan ujian pensampelan tanah dan daun bagi tujuan meneliti masalah dan keberkesanan pembajaan ke atas tumbesaran pokok seterusnya mengambil sampel daun untuk dianalisis nutrien bagi tujuan kadar pengesyoran baja pokok getah/sawit. Selain itu, RIAS juga bertanggungjawab melaksanakan kajian kebolehlaksanaan kawasan bagi membantu RISDA mengenalpasti kawasan berpotensi untuk dibangunkan sebagai ladang, tapak semaian mahupun bagi tujuan belian aset RISDA. Rajah 3.1-19: Aktiviti Pembekalan Benih bagi Kawasan Pedalaman Rajah 3.1-20: Proses persampelan baja yang dilakukan oleh RIAS di kilang baja yang mengeluarkan baja untuk RISDA
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 61 Program Pembangunan RISDA Antara lain, RIAS juga melaksanakan kerja-kerja pemantauan projek pembangunan kawasan kajian R&D RISDA seperti plot kajian getah dan sawit kultur tisu di ladang-ladang RISDA (SKIM 1956/1959). Selain daripada itu, bagi memastikan hasil produktiviti sawit dan getah mencapai tahap yang ditetapkan oleh RISDA, RIAS juga melaksanakan kerja-kerja potensi hasil setempat (SYP) dan bancian tandan hitam (BBC) di Ladang SKIM dan pemantauan prestasi pertumbuhan sawit dan getah di ladang RISDA. Bagi tahun 2021, RIAS telah melaksanakan Khidmat Nasihat Agronomi di 6 buah Ladang Skim 1956/1959 seperti di Jadual 3.1-22. Jadual 3.1-22: Keluasan Tanah / Korelasi Ladang RISDA SKIM 56/59 Sepanjang Tahun 2021 Bil Tanaman Jenis tanaman Bil. Ladang Luas Bil. Blok 1 SAWIT MATANG 7 1,112.26 43 MUDA 5 152.564 9 2 GETAH MATANG 1 22.13 3 MUDA 3 462.529 24 Jumlah 16 1,749.48 79 Rajah 3.1-21: Proses pengambilan sampel tanah dan daun di tanah milik RISDA serta menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat
62 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA PROGRAM KULTUR TISU SAWIT RISDA Menyedari potensi yang boleh diterokai daripada teknologi terkini dalam bidang pertanian, pihak RISDA telah mengambil langkah yang proaktif dengan mewujudkan Kompleks Bioteknologi RISDA bertempat di Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, Selangor. Kompleks ini terdiri daripada sebuah bangunan Makmal Kultur Tisu Sawit dan sebuah pra-semaian yang dilengkapi dengan peralatan berteknologi moden bagi tujuan penghasilan dan pengeluaran benih klon sawit yang berkualiti. Ia sekaligus menjadi pusat kajian dan penyelidikan warga RISDA dalam bidang kemahiran pertanian khususnya di dalam sektor Kultur Tisu Sawit. Rajah 3.1-22: Makmal Kultur Tisu RISDA Rajah 3.1-23: Ramet yang dihasilkan di Makmal Kultur Tisu RISDA Pada tahun 2021, pihak RISDA sekali lagi telah diberikan pengiktirafan oleh pihak SIRIM melalui MS 2099:2008 (Oil palm ortet selection for cloning – Specification). Pengiktirafan ini adalah sebagai salah satu penanda aras dalam membuktikan kualiti benih sawit kultur tisu yang dihasilkan adalah mematuhi piawaian yang ditetapkan selain jaminan terhadap ketulenan baka yang digunakan. Walaupun tahun 2021 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir, pihak RISDA tetap mampu menghasilkan 25,000 ramet melalui Makmal Kultur Tisu RISDA. Selain daripada menghasilkan benih sawit kultur tisu, pihak RISDA juga mempunyai plot pemantauan bagi penggunaan benih sawit kultur tisu di ladang yang bertempat di ladang Skim 1956/1959, Kg. Changkat Sulaiman, Sungkai, Perak. Plot pemantauan ini telah ditanam dengan benih sawit kultur tisu pada Julai 2011 dan berkeluasan 16 hektar.
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 63 Program Pembangunan RISDA Setakat 31 Disember 2021, Plot pemantauan ini telah berumur 125 bulan selepas ditanam. Prestasi semasa dalam penghasilan Buah Tandan Segar (BTS) di plot pemantauan ini adalah sebagaimana Jadual 3.1-23: - Jadual 3.1-23: Prestasi hasil BTS plot pemantauan TC 11, Ladang Skim 56/59 Changkat Sulaiman, Sungkai, Perak. TAHUN BERHASIL HASIL BTS (MT/HEK/THN) % PERBANDINGAN *NORMA INDUSTRI PLOT PEMANTAUAN TC 11 DXP KULTIR TISU DXP KULTUR TISU 2 (JULAI 2015 - JUN 2016) 23.83 16.32 19.58 146% 1215 4 (Julai 2017 - Jun 2018) 32.14 25.61 30.73 1255 104% 6 (JULAI 2019 - JUN 2020) 37.70 28.87 34.64 130% 108% 7 (JULAI 2020 - JUN 2021) 30.16 29.63 35.56 122% 102% Berdasarkan Jadual 1 di atas, hasil BTS bagi tahun ketujuh di plot pemantauan kultur tisu (TC11) adalah 36.16 mt/hek/tahun iaitu melebihi 22% berbanding norma industri bagi penghasilan BTS pokok sawit DxP iaitu 29.63 mt/hek/thn. Manakala perbandingan hasil BTS plot ini dengan norma industri pokok sawit kultur tisu adalah melebihi 2%. Dalam pada itu, jumlah keseluruhan keluasan Ladang RISDA iaitu Ladang RTBB dan juga Ladang Skim 56/59 yang bertanam dengan benih sawit kultur tisu adalah meningkat ke 644.15 hektar. Rajah 3.1-24 : Plot pemantauan TC 11, Ladang Skim 56/59 Kg. Changkat Sulaiman, Perak Rajah 3.1-25 : Plot Komersial TC 14, Ladang Skim 56/59 Kg. Changkat Sulaiman, Perak
64 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA PROGRAM PRASARANA ASAS PERTANIAN (PAP) MUDA Program PAP Muda merupakan program sokongan kepada program tanam semula yang dibangunkan di kawasan kebun yang masih dalam pembangunan. Pelaksanan program ini bertujuan untuk membantu peserta tanam semula supaya memudahkan kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan kebun dilakukan dan dapat membantu peserta bagi mengatasi kekangan kos pembangunan dan pengurusan kebun. Program PAP Muda boleh dibina di dalam dan/atau di antara kebun/projek yang diusahakan. Pembinaan prasarana ini meliputi pembinaan baharu dan selenggara yang meliputi komponen jalan pertanian (crusher-run, laterite, konkrit atau premix), pembetung (bulat atau kekotak) parit dan jambatan. Bagi tahun 2021, sejumlah RM26,001,013.00 telah dibelanjakan mengikut pecahan komponen seperti di Jadual 3.1-24. Jadual 3.1-24: Pencapaian Program PAP Muda Mengikut Komponen Tahun 2021 Bil. Peserta (Orang) Keluasan Kebun (Hektar) Jalan Pertanian Pembetung Parit Jambatan 8,580 12,235.57 524.39 km 728 Unit 73.82 km 9 Unit Rajah 3.1-26 : Plot Komersial TC 15, Ladang Skim 56/59 Kg. Changkat Sulaiman, Perak Rajah 3.1-28 : Pembinaan jalan konkrit dan crusher run di bawah komponen jalan pertanian di Projek Tanam Semula Berkelompok (TSB) Permata Punggor, Gemencheh, Jempol, Negeri Sembilan sejauh 2 km dengan peruntukan sebanyak RM 125,300.00 Rajah 3.1-27 : Plot pemantauan TC 16, Ladang Skim 56/59 Kg. Changkat Sulaiman, Perak Menyediakan kemudahan sepanjang 524.39 km jalan pertanian, 728 unit pembetung, 73.82 km parit dan 9 unit jambatan
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 65 Program Pembangunan RISDA PROGRAM BANTUAN TABUNG PELANCARAN (BTP) Program ini merupakan insentif untuk projek Tanam Semula Berkumpulan bagi memastikan pengurusan di bawah Jawatankuasa Tanam Semula Berkumpulan (Tanam Semula Berkelompok (TSB) dan Tanam Semula Komersial (TSK)) dapat diuruskan dengan baik dan teratur. Untuk memastikan Jawatankuasa kekal sehingga ke peringkat pengeluaran hasil supaya penjualan secara berkelompok dapat dilakukan seterusnya mendapat harga yang lebih tinggi. Pada tahun 2021, sejumlah RM72,000.00 dengan 36 Jawatankuasa Projek yang menerima bantuan ini dan memberi faedah kepada 1,085 orang pekebun kecil. Bilangan penerima faedah, bilangan Jawatankuasa dan prestasi perbelanjaan mengikut negeri bagi tahun 2021 adalah seperti di Jadual 3.1-25. Jadual 3.1-25: Pencapaian Keseluruhan Program BTP Mengikut Negeri Tahun 2021 Bil Pusat Tanggungjawab Bil PLK Bil AJK Projek Prestasi Bayaran Orang Bil Projek RM 1 Sarawak 402 14 28,000.00 2 Pahang 265 5 10,000.00 3 Terengganu 145 5 10,000.00 4 Johor 41 3 6,000.00 5 Kedah 67 3 6,000.00 6 Perak 96 3 6,000.00 7 Melaka 49 2 4,000.00 8 Kelantan 20 1 2,000.00 Jumlah 1,082 36 72,000.00 Rajah 3.1-29: Pembinaan parit dan perangkap haiwan di Projek Tanam Semula Berkelompok (TSB) Air Pesom, Jempol, Negeri Sembilan dengan peruntukan sebanyak RM 78,000.00 Sebanyak RM 72,000.00 telah dibelanjakan melibatkan seramai 1,085 orang dengan jumlah 36 bilangan AJK di bawah program BTP
66 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA PROGRAM PEMULANGAN WANG SES Program Pemulangan Wang Ses Estet bagi tanaman getah hanya layak bagi estet yang berdaftar dengan RISDA sahaja. Estet ini juga dikenali sebagai Estet Peserta. Bagi tahun berakhir 31 Disember 2021, sebanyak 156 buah Estet Peserta yang aktif dengan keluasan 172,137.95 hektar telah diakui berdaftar sebagai Estet Peserta. Estet Peserta ini terdiri sama ada Estet Swasta mahupun Estet Persendirian seperti Kuala Lumpur Kepong (KLK), Sime Darby, Tradewinds, IOI, Estet Milikan Agensi Kerajaan Pusat dan Negeri seperti FELCRA, FELDA, LGM dan juga RISDA. Pada tahun 2021, prestasi pencapaian Pemulangan Wang Ses kepada Estet Peserta adalah 73.87% yang melibatkan jumlah sebanyak RM3,546,790.76. Prestasi tersebut adalah seperti di Jadual 3.1-26. Jadual 3.1-26: Prestasi Pencapaian Pemulangan Wang Ses Estet Mengikut Bulan Setakat 31 Disember 2021 Bulan Matlamat Pencapaian RM RM Januari 4,800,000.00 0.00 Februari 343,430.10 Mac 211,982.04 April 809,612.53 Mei 49,840.58 Jun 618,730.48 Julai 0.00 Ogos 163,528.56 September 394,833.59 Oktober 86,718.58 November 343,239.24 Disember 524,875.06 Jumlah Perbelanjaan 4,800,000.00 3,546,790.76
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 67 Program Pembangunan RISDA PROGRAM PEKEBUN KECIL MAKMUR Objektif program ini adalah untuk meningkatkan sistem penyampaian RISDA supaya maklumat dapat disampaikan kepada pekebun kecil secara bersasar dan telus. Di samping itu, dapat memberi kesedaran dan pendedahan kepada pekebun kecil mengenai kepentingan menjana hasil kebun yang optimum dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil. Program ini dilaksanakan melalui kempen yang diatur bersama masyarakat pekebun kecil dan diadakan di premis awam. Pada tahun 2021, sejumlah RM1,838,721.00 telah dibelanjakan bagi melaksanakan program ini dengan melibatkan seramai 62,070 peserta dan 3,921 aktiviti telah dilaksanakan. Bilangan pelaksanaan aktiviti dan peserta mengikut negeri bagi tahun 2021 adalah seperti di Jadual 3.1-27. Jadual 3.1-27: Pelaksanaan Program Pekebun Kecil Makmur Tahun 2021 Bil Negeri Pelaksanaan aktiviti Bil pekebun kecil 1 Johor 493 6,733 2 Kedah 347 5,650 3 Kelantan 419 8,160 4 Melaka 79 1,570 5 Negeri Sembilan 163 2,740 6 Pahang 855 10,544 7 Perak 509 7,563 8 Perlis 12 1,200 9 Pulau Pinang 33 1,030 10 Selangor 103 1,920 11 Terengganu 344 5,300 12 Sabah 8 750 13 Sarawak 556 8,910 Jumlah 3,921 62,070 Rajah 3.1-30 Program Kasihi Pekebun di Kampung Iboi, Baling Rajah 3.1-31 Program Kasihi Pekebun di Kampung Charuk Kecapi, Baling
68 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA PENINGKATAN PRODUKTIVITI Halatuju Pelaksanaan Program Getah Matang Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) bermula pada tahun 2021 hingga tahun 2025. Sedemikian, RISDA telah menetapkan peningkatan produktiviti kebun getah matang pada 1,800 kg/hektar/tahun menjelang tahun 2025 dengan pemerkasaan amalan pertanian baik secara berkesan kepada pekebun kecil di samping mampu meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah. Prestasi produktiviti getah pada tahun 2021 ialah 1,573 kg/hektar/tahun (98%) berbanding KPI RISDA tahun 2021 iaitu 1,600 kg/hektar/tahun. Prestasi produktiviti pekebun kecil getah seliaan RISDA adalah seperti di Carta 3.2-1. Carta 3.2-1: Prestasi Produktiviti Getah Bagi Tahun 2011 – 2021 PROGRAM PENINGKATAN PRODUKTIVITI GETAH (PPG) Program PPG diperkenalkan pada tahun 2007 lanjutan daripada program Pengekalan Pengeluaran Getah dalam RMKe-8 pada tahun 2005. Program ini diteruskan sehingga Rancangan Malaysia Kedua belas (RMKe-12) bagi memantapkan pengamalan teknologi getah matang. Beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan sesuai dengan dasar kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat amnya dan pekebun kecil khususnya. Program ini bertujuan untuk memastikan penorehan boleh dilakukan apabila pokok mencapai peringkat matang dan seterusnya akan menjana pendapatan pekebun kecil di samping mencapai hasrat RISDA dalam penetapan pencapaian produktiviti kebun getah 1,800 kg/hektar/tahun menjelang tahun 2025. INISIATIF 2 : PRODUKTIVITI & PEMASARAN 1,450 1,500 1,550 1,600 1,650 1,700 1,750 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 PRODUKTIVITI GETAH (KG/HA/TAHUN)
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 69 Program Pembangunan RISDA Pakej Insentif terdiri daripada dua pakej iaitu: i. Pakej 1; dan Baja, set torehan, set membuka panel torehan, set alat mengawal kecuraman torehan dan racun rumpai/ kimia kawalan penyakit; dan ii. Pakej 2 Baja, set alat pelindung hujan dan racun rumpai/kimia kawalan penyakit. Melalui program ini, sebanyak RM7,829,822.97 diperuntukan pada tahun 2021 dengan kadar bantuan RM1,500/hektar bagi Semenanjung Malaysia dan RM1,750/hektar bagi Sabah dan Sarawak. Berdasarkan peruntukan yang diberikan, seramai 5,588 orang pekebun kecil penerima bantuan program ini dapat membuka panel torehan. Program ini dapat menyumbang kepada 7,010 hektar pertambahan keluasan getah matang negara. Agihan peruntukan dan keluasan kebun pekebun kecil yang membuka panel torehan mengikut negeri adalah seperti di Jadual 3.2-1. Jadual 3.2-1: Agihan PPG Mengikut Negeri Bil. Negeri Peruntukan (RM) Luas (Hektar) 1 Perlis 101,200.00 69 2 Kedah 1,418,800.00 1,016 3 Pulau Pinang 28,466.50 20 4 Perak 696,205.28 636 5 Selangor 119,242.40 118 6 Melaka 631,400.00 430 7 Negeri Sembilan 822,572.05 819 8 Johor 600,400.00 610 9 Pahang 1,347,991.90 1,233 10 Terengganu 414,350.65 380 11 Kelantan 1,288,000.00 1,324 12 Sabah 155,212.09 138 13 Sarawak 205,982.10 217 Jumlah 7,829,822.97 7,010 Rajah 3.2-1: Penyerahan Pakej PPG di TSB KOA Bukit Baja, Selangor
70 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA SKIM INSENTIF PRODUKTIVITI GETAH (SIPG) Program SIPG diperkenalkan bertujuan untuk membantu meningkatkan produktiviti kebun dan seterusnya akan meningkatkan pendapatan pekebun kecil. Pakej Insentif dengan kadar maksimum bantuan sebanyak RM600.00/hektar bagi Semenanjung dan RM700.00/hektar bagi Sabah dan Sarawak. Komponen bantuan terdiri daripada input pertanian iaitu baja, bahan rangsangan lateks dan racun rumpai/kimia kawalan penyakit. Melalui program ini, peruntukan sebanyak RM15,658,146.70 diberikan kepada pekebun kecil yang mempunyai kebun getah matang yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak RISDA. Berdasarkan peruntukan yang diberikan, seramai 27,364 orang pekebun kecil menerima bantuan dan seterusnya mengamalkan Amalan Pertanian Baik (GAP) di kebun masing-masing dengan keluasan 33,341 hektar. Peningkatan produktiviti getah tahunan pekebun kecil dipantau supaya pekebun kecil mencapai sasaran 1,800 kg/hektar/tahun menjelang tahun 2025. Agihan peruntukan dan keluasan kebun yang menerima bantuan SIPG mengikut negeri adalah seperti di Jadual 3.2-2. Jadual 3.2-2: Agihan SIPG Mengikut Negeri Bil. Negeri Peruntukan (RM) Luas (Hektar) 1 Perlis 282,300.00 487 2 Kedah 2,611,700.00 6,922 3 Pulau Pinang 97,395.00 163 4 Perak 1,766,926.10 3,862 5 Selangor 272,787.70 673 6 Melaka 697,100.00 4,474 7 Negeri Sembilan 1,971,979.30 1,175 8 Johor 1,374,200.00 3,316 9 Pahang 2,630,438.70 4,739 10 Terengganu 1,108,061.70 2,323 11 Kelantan 2,655,400.00 4,884 12 Sabah 95,932.75 160 13 Sarawak 93,925.45 163 Jumlah 15,658,146.70 33,341 Rajah 3.2-2: Penyerahan Pakej SIPG di Tampin, Negeri Sembilan
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 71 Program Pembangunan RISDA SKIM INSENTIF LATEKS (SIL) Program Skim Insentif Lateks (SIL) diperkenalkan bertujuan untuk menggalakkan pekebun kecil menghasilkan lateks dan meningkatkan pendapatan sebanyak 30% berbanding skrap seterusnya menampung keperluan industri getah negara berasaskan lateks. Pakej Insentif SIL terdiri daripada tiga pakej iaitu: i. Pakej 1 (RM500/hektar); Racun rumpai/kimia kawalan penyakit dan penyenggaraan kebun ii. Pakej 2 (RM500/hektar); dan Baja dan penyenggaraan kebun (2 pusingan/tahun); dan iii. Pakej 3 (RM1,800/orang) Insentif upah tenaga penoreh. Melalui program ini, sebanyak RM611,530.33 diperuntukan melibatkan 959 orang penerima faedah di kalangan pekebun kecil dengan keluasan 739 hektar. Agihan peruntukan dan keluasan kebun yang menerima bantuan SIL mengikut negeri adalah seperti di Jadual 3.2-3. Jadual 3.2-3: Agihan SIL Mengikut Negeri Bil. Negeri Peruntukan (RM) Luas (Hektar) 1 Perlis 11,100.00 22 2 Kedah 95,000.00 190 3 Perak 99,148.07 87 4 Selangor 10,969.90 11 5 Melaka 11,100.00 22 6 Negeri Sembilan 86,242.96 86 7 Johor 22,200.00 44 8 Pahang 129,069.40 129 9 Terengganu 11,100.00 11 10 Kelantan 135,600.00 136 Jumlah 611,530.33 739 Rajah 3.2-3: Skim Insentif Lateks Menggalakkan Pekebun Kecil Menghasilkan Lateks Rajah 3.2-4: Skim Insentif Lateks Mampu Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil Rajah 3.2-4: Skim Insentif Lateks Mampu Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil
72 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA PROGRAM KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR PEMASARAN (KIP) Program Infrastruktur Pemasaran (PIP) telah bermula pada RMKe-10. Program ini ditambahbaik kepada Program Kemudahan Infrastruktur Pemasaran (KIP) bermula RMKe-12. Program ini bertujuan menyediakan infrastruktur pemasaran bagi membolehkan pekebun kecil menjalankan aktiviti pemasaran secara berkelompok untuk memendekkan rantaian pemasaran dan mendapatkan harga yang terbaik di peringkat ladang. Program KIP ini terdiri daripada lima komponen iaitu: i. Pusat Timbang dan Stor (PTS); ii. Depo Pengumpulan Skrap (DPS); iii. Depo Pengumpulan Lateks (DPL); iv. Pusat Memproses Getah Berkelompok (PMGB); dan v. Prasarana Ladang (PL). Kadar bantuan yang diperuntukan pula merangkumi pembinaan KIP melibatkan PTS, DPS, DPL, PMGB dan PL manakala baik pulih dan tambah baik melibatkan PTS, DPS, DPL dan PMGB sedia ada. Melalui program ini, sebanyak RM5,083,434.00 diperuntukan pada tahun 2021 melibatkan pembinaan sebuah PTS, 27 buah DPS/DPL/PMGB dan 6 buah PTS, DPS/DPL/PMGB bagi tujuan baik pulih dan tambah baik serta kerja-kerja yang melibatkan PL. Agihan peruntukan bagi program KIP mengikut negeri adalah seperti di Jadual 3.2-4. Jadual 3.2-4: Agihan KIP Mengikut Negeri Bil. Negeri Peruntukan (RM) 1 Perlis 55,400.00 2 Kedah 708,153.00 3 Pulau Pinang 20,300.00 4 Perak 490,800.00 5 Selangor 47,000.00 6 Melaka 160,200.00 7 Negeri Sembilan 619,000.00 8 Johor 503,300.00 9 Pahang 892,281.00 10 Terengganu 466,000.00 11 Kelantan 721,000.00 12 Sarawak 200,000.00 Jumlah 4,883,434.00
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 73 Program Pembangunan RISDA Rajah 3.2-5: Perasmian Depo Pengumpulan Lateks (DPL) Kampung Pondoi, Tampin, Negeri Sembilan Rajah 3.2-6: Pembinaan Pusat Timbang dan Stor (PTS) Alor Wan Syed, Marang, Terengganu Rajah 3.2-7: Pembinaan Depo Pengumpulan Skrap (DPS) di Kampung Meripoh, Rompin, Pahang
74 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA Rajah 3.2-8: Projek Prasarana Ladang di Kuala Krai, Kelantan
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 75 Program Pembangunan RISDA PENANGGUHAN SEMENTARA KUTIPAN SES GETAH PERINGKAT PEKEBUN KECIL Tiada pengaktifan bagi Penangguhan Sementara Kutipan Ses Getah Peringkat Pekebun kecil (PSG) di Semenanjung Malaysia pada tahun 2021. Paras Harga Pengaktifan (PHP) bagi PSG di Semenanjung Malaysia adalah pada harga purata bulanan SMR20 F.O.B di bawah RM5.50 sekilogram. Tuntutan PSG hanya dibuat sekali sebulan bagi bulan PSG yang diaktifkan dan pengaktifan PSG pada bulan tersebut akan dimaklumkan oleh ibu pejabat kepada semua Pusat Tanggungjawab (PT) pada awal bulan berikutnya. Laporan pelaksanaan PSG pada tahun 2021 adalah seperti di Jadual 3.2-5. Jadual 3.2-5: Bayaran PSG Tahun 2021 BULAN SMR20 (f.o.b) (100% KGK) (sen/kg) PENGAKTIFAN PSG IPG 100% KGK 50% KGK Jan 628.58 Tidak aktif - - Februari 672.68 Tidak aktif - - Mac 707.89 Tidak aktif - - April 667.85 Tidak aktif - - Mei 686.09 Tidak aktif - - Jun 668.86 Tidak aktif - - Julai 678.69 Tidak aktif - - Ogos 717.65 Tidak aktif - - September 668.98 Tidak aktif - - Oktober 714.08 Tidak aktif - - November 721.88 Tidak aktif - - Disember 713.00 Tidak aktif - - Purata 687.19 Tidak Aktif 0 0
76 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA PROGRAM BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) RISDA telah diperuntukkan oleh kerajaan sebanyak RM191,185,200.00 bagi pemberian bantuan BMT tahun 2021. Bayaran berjumlah RM191,185,200.00 telah disalurkan kepada 220,834 orang pekebun kecil getah (213,134 orang pekebun kecil pemilik pengusaha dan 7,700 penoreh bukan pemilik) yang memiliki atau menoreh di kebun berkeluasan 2.5 hektar ke bawah. Bayaran BMT diperuntukkan RM600 seorang dan dibayar dua kali iaitu pada bulan November dan Disember 2021. Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pekebun kecil dan penoreh yang terjejas pendapatannya akibat tidak dapat menoreh ketika musim tengkujuh. Bayaran BMT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 3.3-1. Jadual 3.3-1: Bayaran BMT Mengikut Negeri Bagi Tahun 2021 Bil Negeri Bayaran Bil penerima RM 1 Johor 11,061 7,129,800 2 Kedah 35,136 22,990,200 3 Kelantan 42,475 25,036,200 4 Melaka 5,764 3,703,800 5 Negeri Sembilan 17,608 10,311,000 6 Pahang 20,766 14,542,200 7 Perak 17,620 12,418,800 8 Perlis 1,614 1,142,400 9 Pulau Pinang 553 258,600 10 Sabah 4,869 54,867,000 11 Sarawak 39,463 29,461,800 12 Selangor 11,802 1,930,200 13 Terengganu 12,103 7,393,200 Jumlah Keseluruhan 220,834 191,185,200 INISIATIF 3 : DANA KHAS
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 77 Program Pembangunan RISDA PROGRAM PEMBANGUNAN RISDA TERAS 2 : HASIL BAHARU PEKEBUN KECIL
78 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN Masalah ketidakstabilan harga komoditi getah di pasaran menyebabkan pelbagai implikasi terhadap pekebun kecil. Mereka tidak boleh bergantung hidup atas pendapatan daripada kebun getah sahaja. Oleh itu, salah satu alternatif dalam meningkatkan pendapatan pekebun kecil adalah melalui aktiviti keusahawanan. Selaras dengan usaha peningkatan pendapatan masyarakat pekebun kecil, RISDA terus komited dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti keusahawanan sepanjang tahun 2021. RISDA telah memperuntukkan sejumlah RM20,769,372.00 bagi membangunkan usahawan pekebun kecil meliputi RM17,883,240.00 bagi Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET). Manakala selebihnya adalah untuk Program Pembangunan Usahawan sebanyak RM 2,886,132.00. KPI dan sasaran matlamat tahunan Program Keusahawanan ditetapkan berasaskan RKRA 5 dan RKRA 6 di mana matlamat fizikal usahawan baharu pada tahun 2021 adalah seramai 1,640 orang dan purata pendapatan usahawan disasarkan RM2,300.00 sebulan sekeluarga. Setakat 31 Disember 2021 prestasi pencapaian adalah seperti di Jadual 3.4-1, Jadual 3.4-2 dan Jadual 3.4-3. Jadual 3.4-1: Prestasi Pencapaian Usahawan Baharu Matlamat Usahawan Baharu (orang) Pencapaian (orang) Pencapaian (%) Jumlah Usahawan Aktif (orang) 1,640 1,682 102.56 9,446 Jadual 3.4-2: Prestasi Pencapaian Purata Pendapatan Usahawan Matlamat Purata Pendapatan (RM) Pendapatan (RM) Pencapaian (%) *Pendapatan / Purata Pendapatan* 2,300/ bulan/ keluarga 993.07 43.17 Jadual 3.4-3: Prestasi Pencapaian RM2,300/ Bulan/ Keluarga Matlamat Purata Pendapatan (RM) Jumlah Usahawan Aktif (orang) (A) Bil Usahawan Pencapaian RM2,300 / Bulan/ Keluarga (orang) (B) Pencapaian (%) = (B /A x 100) 2,300/ bulan/ keluarga 9,446 893 9.45 Keberkesanan pelaksanaan program diukur melalui hasil pendapatan yang diperolehi penerima faedah setelah bantuan diterima. RISDA mengambil inisiatif dengan merekodkan jualan penerima bantuan secara bulanan sebagai satu mekanisma pemantauan bagi memastikan isi rumah pekebun kecil mendapat manfaat sepenuhnya melalui bantuan yang disalurkan. INISIATIF 1 : KEUSAHAWANAN
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 79 Program Pembangunan RISDA Bagi tahun 2021, RISDA mencatatkan rekod jualan sebanyak RM375,220,147.46 daripada 9,446 orang usahawan yang aktif dengan purata jualan RM3,310.22 sebulan. Dengan mengambil kira 30 peratus jualan sebagai pendapatan usahawan, RISDA telah mencatatkan purata pendapatan sebanyak RM993.07 sebulan. Secara keseluruhannya 893 orang usahawan daripada 9,446 orang usahawan aktif telah mencapai pendapatan RM2,300 sebulan. Ringkasan hasil pendapatan usahawan bagi tahun 2021 adalah seperti di Jadual 3.4-4. Jadual 3.4-4: Prestasi Pencapaian Purata Pendapatan Usahawan Mengikut Negeri Bil Negeri Bilangan Usahawan (A) Jumlah Jualan (RM) (B) Purata Jualan (RM) (C) = (B) / (A) x 12 Bulan Purata Pendapatan (RM) = (C) X 30% 1 Johor 778 58,616,688.63 6,278.57 1,883.57 2 Kedah 1336 38,442,772.28 2,397.88 719.36 3 Kelantan 1776 80,212,066.71 3,763.70 1,129.11 4 Melaka 236 15,437,083.43 5,450.95 1,635.28 5 N.Sembilan 645 25,483,859.61 3,292.49 987.75 6 Pahang 1340 46,846,268.31 2,913.33 874.00 7 Perak 891 28,607,342.25 2,675.58 802.67 8 Perlis 178 5,523,503.49 2,585.91 775.77 9 P. Pinang 137 8,614,803.38 5,240.15 1,572.04 10 Selangor 279 12,757,877.88 3,810.60 1,143.18 11 Terengganu 894 23,751,523.68 2,213.97 664.19 12 Sabah 453 21,546,681.96 3,963.70 1,189.11 13 Sarawak 503 9,379,675.85 1,553.96 466.19 Jumlah 9,446 375,220,147.46 3,310.22 993.07 * Purata Jualan dikira daripada : Jumlah Jualan (Bil Usahawan) (12 bulan) * Purata Pendapatan : Purata Jualan x 30% (purata pendapatan) PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN (AET) Program AET merupakan bantuan geran one off kepada pekebun kecil untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan penglibatan pekebun kecil dalam bidang keusahawanan, peningkatan pengeluaran produk, penambahbaikan mutu/kualiti dan nilai produk bagi memenuhi permintaan pasaran sama ada domestik ataupun global. Ia meibatkan lima jenis perniagaan utama iaitu pengeluaran produk makanan, pengeluaran produk bukan makanan, pengeluaran produk pertanian, perkhidmatan pemasaran dan perkhidmatan bukan pemasaran. Bantuan disalurkan dalam bentuk peralatan, mesin dan bahan mentah mengikut kesesuaian projek yang dijalankan. RISDA menerusi Bahagian Pembangunan Usahawan mensasarkan seramai 1,640 penerima bantuan pada tahun 2021 dengan peruntukan sebanyak RM17,883,240.00. Prestasi pencapaian Program AET seperti di Jadual 3.4-5.
80 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA Jadual 3.4-5: Prestasi Pencapaian Program AET Peruntukan (RM) Matlamat Penerima Bantuan (Orang) Pencapaian (Orang) Pencapaian (%) 17,883,240.00 1,640 1,682 102.56 Hasil daripada pelaksanaan program ini seramai 1,682 orang pekebun kecil menerima faedah dalam pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan. Pecahan penerima bantuan mengikut negeri dan jenis perniagaan adalah seperti di Jadual 3.4-6. Jadual 3.4-6: Pecahan Penerima Bantuan AET Mengikut Negeri dan Jenis Perniagaan Bil Negeri Jenis Perniagaan Produk Makanan Produk Bukan Makanan Perkhidmatan Pemasaran Perkhidmatan Bukan Pemasaran Produk Pertanian Jumlah Projek 1 Johor 25 2 1 44 22 94 2 Kedah 101 10 9 194 55 369 3 Kelantan 71 6 1 144 62 284 4 Melaka 22 2 - 29 13 66 5 N.Sembilan 26 3 8 47 15 99 6 Pahang 104 12 11 124 79 330 7 Perak 29 4 1 47 25 106 8 Perlis 7 - - 11 2 20 9 P. Pinang 3 - - 2 1 6 10 Selangor 7 - - 6 - 13 11 Terengganu 27 5 - 24 6 62 12 Sabah 28 3 1 38 19 89 13 Sarawak 47 6 2 37 52 144 Jumlah 497 53 34 747 351 1,682 Impak pelaksanaan Program AET ini dapat dilihat melalui purata pendapatan yang direkodkan sepanjang tahun 2021. Pecahan purata pendapatan bulanan mengikut jenis perniagaan tahun 2021 adalah seperti di Jadual 3.4-7. Jadual 3.4-7: Pecahan Purata Jualan dan Pendapatan Mengikut Jenis Perniagaan Bil. Jenis Perniagaan Purata Jualan Bulanan (RM) Purata Pendapatan Bulanan = Purata Jualan Bulanan x 30% (RM) 1 Pengeluaran Produk Makanan 3,461.13 1,038.34 2 Pengeluaran Produk Bukan Makanan 3,832.70 1,149.81 3 Perkhidmatan Pemasaran 4,332.63 1,299.79 4 Perkhidmatan Bukan Pemasaran 3,628.23 1,088.47 5 Pengeluaran Produk Pertanian 2,587.51 776.25 Purata Keseluruhan 3,385.67 1,015.70
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 81 Program Pembangunan RISDA PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN Program Pembangunan Usahawan dibangunkan bertujuan untuk membantu, mendidik, membimbing serta membentuk usahawan pekebun kecil agar lebih berkualiti dan berdaya maju untuk bersaing dalam pelbagai sektor keusahawanan di peringkat yang lebih tinggi. Antara komponen penting yang diberi penekanan di bawah program ini bagi tahun 2021 adalah Kursus dan Seminar Keusahawanan, Program Groom Big serta Program Pemasaran. KURSUS DAN SEMINAR KEUSAHAWANAN KURSUS KEUSAHAWANAN Kursus Keusahawanan merangkumi latihan asas, khusus, lanjutan dan latihan khas yang ditawarkan kepada semua usahawan RISDA yang telah menerima bantuan keusahawanan. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekebun kecil/ ahli isi rumah dalam membangunkan serta mengurus perniagaan secara sistematik. Kursus ini memfokuskan enam elemen asas pengurusan perniagaan (Pengurusan Pengeluaran, Pengurusan Pemasaran, Pengurusan Akaun, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Syarikat). Pada tahun 2021, RISDA telah melibatkan 1,603 usahawan pekebun kecil dalam latihan dan kursus asas keusahawanan. Pecahan latihan dan kursus asas keusahawanan adalah seperti di Jadual 3.4-8. Jadual 3.4-8: Pecahan Siri Kursus dan Latihan Bil. Kursus dan Latihan Bilangan (siri) Bilangan peserta (orang) 1 Pengiraan Kos Produk Dan Penetapan Harga Jualan 15 553 2 Latihan Pembangunan Produk 3 108 3 Latihan Kejuruteraan Menu 3 73 4 Latihan Pembangunan Produk 3 111 5 Latihan Kejuruteraan Menu 1 25 6 Program Bimbingan Pembangunan Produk 1 25 7 Program Bimbingan Kejuruteraan Menu 1 28 8 Kursus Asas Keusahawan 17 680 Jumlah Keseluruhan 44 1,603 Rajah 3.4-1: Projek AET PRN Pulau Pinang (Mohamad Rozaimi Bin Che Mat) Produk dan peralatan yang diterima peserta
82 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA SEMINAR KEUSAHAWANAN Pada tahun 2021 RISDA secara julung kalinya telah mengadakan satu seminar keusahawanan peringkat kebangsaan yang telah dijalankan pada 2 Disember 2021 secara tele persidangan melalui Aplikasi Zoom yang bertajuk ‘Usahawan RISDA Mendepani Pasca COVID-19’. Seminar tersebut dihadiri oleh 611 peserta yang terdiri daripada pekebun kecil dan kakitangan RISDA. Antara objektif pelaksanaan seminar tersebut adalah: i. Meningkatkan sistem penyampaian RISDA supaya maklumat dapat disampaikan kepada usahawan secara bersasar dan telus; ii. Pendedahan strategi perniagaan norma baharu bagi menghadapi pasca pandemik COVID-19; iii. Menerapkan etika perniagaan yang agresif serta sikap positif; iv. Menerokai peluang dan ruang model pemasaran generasi baru; dan v. Meningkatkan semangat dan mendapatkan inspirasi serta motivasi untuk meneruskan dan mengembangkan perniagaan. Rajah 3.4-2: Kursus Asas Keusahawanan Negeri Sembilan Rajah 3.4-3: Kursus Asas Keusahawanan Negeri Terengganu Rajah 3.4-4: Poster Webinar Keusahawanan RISDA Rajah 3.4-5: Antara Pengisian Semasa Webinar RISDA PROGRAM GROOM BIG Program ini merupakan bantuan khusus kepada usahawan terpilih terutamanya usahawan kategori mikro yang berpotensi untuk pengembangan perniagaan sehingga boleh menjana jualan sekurang-kurangnya RM 200,000.00 setahun. Seramai 33 orang usahawan telah terpilih pada tahun 2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM1,605,000.00. Kadar bantuan maksimum bagi program Groom Big adalah RM 50,000.00 bagi setiap usahawan merangkumi peralatan, penambahbaikan bengkel dan lain-lain yang diluluskan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Keusahawanan (JIPKRIS). Rajah di bawah menunjukkan antara peralatan yang diterima bagi program ini.
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 83 Program Pembangunan RISDA PROGRAM PEMASARAN KARNIVAL DAN PROMOSI PRODUK Program ini bertujuan membantu dan menggalakkan usahawan mempromosikan produk melalui aktiviti seperti karnival, ekspo, pameran, galeri dan showcase sama ada anjuran RISDA mahupun pihak luar. Penularan pandemik COVID-19 pada tahun 2021 telah menjejaskan penganjuran dan penglibatan karnival atau ekspo secara fizikal, walaubagaimanapun RISDA telah menyertai Kempen Promosi Perniagaan Kecil Negeri Melaka di Makhota Parade. PREMIS PERNIAGAAN Dalam usaha memantapkan pemasaran produk usahawan pekebun kecil, satu outlet pemasaran atau premis perniagaan yang dinamakan RISDA Smallholder’s Mart atau nama singkatannya RisSMart telah ditubuhkan. RisSMart ditubuhkan bertujuan bagi menyediakan kemudahan premis perniagaan di lokasi strategik, sesuai dengan trend dan keperluan semasa bagi mempromosikan produk usahawan bimbingan RISDA. Walaupun pada tahun 2021 tiada peruntukan yang diperuntukkan pada program ini namun BPU telah merancang untuk pelaksanaan Program Revamp RisSMart yang akan melibatkan tiga lokasi RisSMart iaitu RisMart Ipoh, Perak, RisSMart Simpang Renggam, Johor dan RisSMart Machang, Kelantan. Rajah 3.4-6: Peralatan diterima peserta Program Groom Big PRN Negeri Kedah Rajah 3.4-7: Peralatan yang diterima peserta Program Groom Big PRN Negeri Perlis Rajah 3.4-9: RisSMart Machang, Rajah 3.4-10: RisSMart Ipoh, Perak Kelantan Rajah 3.4-8: RisSMart Simpang Renggam, Johor
84 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA PEMASARAN BERGERAK RisSMart Mobile merupakan satu konsep perniagaan baru yang memberi peluang kepada generasi muda pekebun kecil untuk meningkatkan pendapatan keluarga melalui perniagaan secara bergerak terutamanya dalam jenis perniagaan pengeluaran produk makanan dan perkhidmatan. Pada tahun 2021, RISDA telah membantu 3 orang usahawan memiliki lori bagi menjalankan perniagaan mereka secara bergerak dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM 150,000.00. PEMASARAN SECARA DIGITAL Antara masalah dan kesukaran utama yang sering dihadapi oleh usahawan adalah dalam memasarkan produk/ perkhidmatan secara offline akibat pandemik COVID-19. Program Digitalisasi Perniagaan dan Pemasaran Atas Talian merupakan usaha RISDA dalam membantu usahawan meneruskan kelestarian perniagaan dan meningkatkan jualan mereka. Transformasi usahawan ke arus digital bukan lagi satu pilihan, tetapi merupakan satu keperluan dimana pembeli lebih selesa membeli atau membuat pembayaran atas talian berbanding transaksi tunai terutamanya selepas pandemik COVID-19 melanda. Antara program yang diberi penekanan pada tahun 2021 adalah penganjuran kursus sebagai latihan formal kepada usahawan supaya lebih mahir mengendalikan perniagaan dan menjalankan pemasaran Shopee. Pakej promosi dan pengiklanan sangat penting untuk meluaskan lagi jangkauan pelanggan baharu, meningkatkan bilangan pengikut, membina jenama produk/ iklan, meningkatkan pembelian semula dan menjana hasil jualan usahawan. Pecahan latihan dan kursus pemasaran adalah seperti di Jadual 3.4-9. Jadual 3.4-9 : Pecahan Siri Kursus dan Latihan Pemasaran Bil. Kursus dan Latihan Bilangan Siri Kehadiran Orang 1 Kursus Pemasaran Atas Talian (Shoppe) 10 600 Jumlah Keseluruhan 10 600 Rajah 3.4-11: Penerima RisSMart Mobile PRN Negeri Sembilan Rajah 3.4-12: Penerima RisSMart PRN Perak
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 85 Program Pembangunan RISDA SISTEM e-REKRUTMEN Sistem e-rekrutmen merupakan satu sistem permohonan program keusahawanan yang lebih bersistematik dalam mengenalpasti calon usahawan yang berkelayakan bagi permohonan bantuan keusahawanan RISDA. Antara objektif sistem e-rekrutmen adalah: i. Memastikan individu yang berkualiti, layak dan bersedia untuk menjadi usahawan yang dipilih untuk diberikan Skim Insentif yang bersesuaian; ii. Membantu memudahkan pegawai di lapangan (frontliner) mendapatkan penyertaan yang berkualiti bagi program keusahawanan RISDA; dan iii. Memudahkan Pengurusan RISDA mengurus permohonan dan perbelanjaan mengikut matlamat yang ditetapkan. APLIKASI MOBIL REDS (RISDA ENTREPRENEURSHIP DELIVERY SYSTEM) Dalam usaha membangunkan usahawan pekebun kecil, Pengurusan RISDA berhadapan dengan cabaran dan masalah di dalam mengurus dan menganalisis data serta maklumat usahawan secara lebih tepat, mudah, real time dan produktif. Bagi mengatasi masalah dan cabaran akan datang, satu Sistem Penyampaian bagi pengurusan data dan maklumat usahawan telah dibangunkan. Ianya dipanggil Sistem Penyampaian Keusahawanan RISDA atau RISDA Entrepreneurship Delivery System (REDS). Rajah 3.4-14: Dashboard Sistem e-rekrutmen Rajah 3.4-13: Kursus Pemasaran Shoppe Siri 7 pada 12-13 Ogos 2021
86 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA Pada tahun 2021 RISDA telah menaik taraf sistem aplikasi REDS yang sedia ada yang menyokong sistem operasi android dan IOS. Proses penaik tarafan system REDS ini dijangka akan selesai pada Februari 2022. Antara penambahan modul seperti jana dokumen perniagaan, katalog produk/ perkhidmatan dan modul lawatan. Rajah 3.4-15: Sebelum penaik tarafan sistem REDS Rajah 3.4-16: Selepas penaik tarafan sistem REDS
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 87 Program Pembangunan RISDA TABUNG PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI PEKEBUN KECIL (TPSEPK) Hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa TPSEPK Kali ke-103 bertarikh 10 Oktober 2021 telah memutuskan penangguhan permohonan baru bagi semua Skim Pinjaman. Walaubagaimanapun, RISDA masih meneruskan kutipan pembiayaan berjumlah RM25.229,899.00 daripada tiga Skim Pembiayaan iaitu Skim Pinjaman Am (SPA), Skim Pembiayaan Pengajian Boleh Ubah (SPPBU) dan Skim Pinjaman Koperasi (SPK). Setakat 31 Disember 2021, sebanyak RM7,443,156.74 juta bayaran telah diterima dan baki RM16.007,545.65 masih belum dikutip. Keseluruhan pembiayaan ini telah memanfaatkan 102 orang pekebun kecil, 513 pelajar daripada golongan anak pekebun kecil dan 5 buah koperasi di seluruh Malaysia. Status keseluruhan dan baki pinjaman sepertimana berikut di Jadual 3.4-10. Jadual 3.4-10: Status Keseluruhan dan Baki Pinjaman Bil Skim Pinjaman Bilangan Pinjaman (RM) Kutipan (RM) Hapuskira (RM) Baki (RM) 1 SPA 102 4,455,800.00 1,751,062.63 - 2,704,737.37 2 SPPBU 513 12,681,358.00 362,425.48 1,153,448.00 11,165,484.52 3 SPK 4 1,200,000.00 394,277.19 - 805,772.81 4 RPSB 1 6,892,741.00 4,935,391.44 625,798.61 1,331,550.95 Jumlah 620 25,229,899.00 7,443,156.74 1,779,246.61 16,007,545.65
88 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA AGROMAKANAN Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM11,575,300.00 untuk pelaksanaan Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA bagi tahun 2021 dan dijangkakan diperuntukan sebanyak RM250 juta sepanjang RMKe-12 (2021 – 2025). Sumber peruntukan untuk program ini adalah dari Bantuan Langsung Kerajaan (BLK). Objektif Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA ialah: i. Mengurangkan pekebun kecil bergantung sepenuhnya pendapatan dari hasil kebun getah; ii. Untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil; dan iii. Menyokong Dasar Agromakanan Negara dan Dasar Sekuriti Makanan Negara. Pelaksanaan program ini pada tahun 2021 merangkumi tiga skop utama: i. tanaman jangka pendek; ii. tanaman jangka panjang; dan iii. ternakan. RISDA menyediakan kemudahan bantuan peralatan, infrastruktur, input pertanian dan ternakan, serta lain-lain yang bersesuaian kepada pekebun kecil yang layak. Pelaksanaan program adalah melalui tiga pendekatan: i. Pekebun Kecil Berkelompok; ii. Koperasi Pekebun Kecil (KPK); dan iii. Syarikat Milikan RISDA (SMR). Keutamaan penerima faedah bagi program ini adalah: i. Pekebun Kecil yang masih dalam Program Tanam Semula Getah dan kehilangan pendapatan akibat penanaman semula getah; dan ii. Generasi kedua pekebun kecil. Program ini memberikan faedah secara terus kepada pekebun kecil sementara agihan dividen kepada peserta yang layak melalui program yang dilaksanakan oleh KPK dan SMR. INISIATIF 2 : AGROMAKANAN
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 89 Program Pembangunan RISDA Rajah 3.5-1: Projek Tanaman nanas oleh pekebun kecil di Rembau, Negeri Sembilan Rajah 3.5-2: Projek ternakan lembu fidlot oleh pekebun kecil di Kota Tinggi, Johor Rajah 3.5-3: Projek tanaman cili fertigasi oleh RISDA Semaian dan Landskap Sdn. Bhd di Bangi, Selangor
90 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA Rajah 3.5-4: Projek tanaman jagung bijian oleh RISDA Agro Sdn. Bhd di Titi Tinggi, Perlis Rajah 3.5-5: Projek tanaman labu manis oleh RISDA Plantation Sdn. Bhd. di Kg. Gesir Tengah, Selangor Rajah 3.5-6: Projek tanaman sayuran oleh RISDA Agro Sdn. Bhd di Ulu Yam, Selangor
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 91 Program Pembangunan RISDA Rajah 3.5-7: Projek hub pemprosesan daging halal oleh RISDA Livestock Sdn. Bhd di Semenyih, Selangor
92 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 93 Program Pembangunan RISDA PROGRAM PEMBANGUNAN RISDA TERAS 3 : SYARIKAT MILIKAN RISDA
94 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA SYARIKAT MILIKAN RISDA RISDA HOLDINGS SDN. BHD. (RHSB) RISDA Holdings Sdn. Bhd. (RHSB) ditubuhkan pada 5 April 2011, sebuah syarikat milikan penuh RISDA dengan modal dibenarkan sebanyak RM100 juta dan modal berbayar RM30 juta. Mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2012 dan selaras dengan kelulusan penstrukturan semula Syarikat Milikan RISDA oleh YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Menteri Kewangan pada 4 Mac 2011, Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke-216 pada 6 Oktober 2011 telah bersetuju untuk melantik RHSB sebagai ejen mengurus Syarikat Milikan RISDA (SMR). FUNGSI UTAMA RHSB melaksanakan tugas sebagai ejen mengurus SMR dengan mengurus fungsi-fungsi korporat secara berpusat. RHSB juga bertanggungjawab untuk fungsian berikut:- i. Menyelaras syarikat untuk berkembang maju serta berdaya saing; ii. Penjajaran operasi syarikat subsidiari; iii. Merancang pengurusan serta rasionalisasi perniagaan subsidiari; dan iv. Pemusatan fungsi, perancangan korporat, perundangan, pentadbiran, kesetiausahaan, pematuhan, pengurusan sumber manusia, kewangan, audit dalam dan teknologi maklumat. Terdapat 13 buah SMR berada di bawah kawal selia RHSB mengikut sektor adalah seperti Jadual 3.6-1. Jadual 3.6-1: SMR di bawah Kawal Selia RHSB Bil. Sektor SMR 1. Perladangan (1) RISDA Estates Sdn. Bhd. (2) RISDA Plantation Sdn. Bhd. 2. Input Pertanian (3) RISDA Semaian Dan Landskap Sdn. Bhd. (4) RISDA Ventures Sdn. Bhd. (5) RISDA Agro Sdn. Bhd. 3. Pengangkutan (6) RISDA Fleet Sdn. Bhd. 4. Pembiayaan (‘Factoring’ pinjaman perumahan, kereta dan komputer) (7) Permodalan RISDA Berhad. 5. Insurans (8) Protac Insurance Brokers Sdn. Bhd. 6. Ternakan (9) RISDA Livestock Sdn. Bhd. 7. Pembangunan Aset Dan Hartanah (10) RISDA Bina Sdn. Bhd. 8. Pengurusan Bangunan dan Keselamatan / Majlis (11) RISDA Security and Services Sdn. Bhd. 9. Pendidikan (12) Kolej RISDA Sdn. Bhd. 10. Ekonomi dan Bantuan kepada Pekebun Kecil (13) Yayasan RISDA