LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 95 Program Pembangunan RISDA AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2021 Rajah 3.6-1: Retreat Pengurusan RHSB 2021 pada 18-20 Mac 2021 di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya Rajah 3.6-2: Mesyuarat Penyelarasan CEO SMR Bilangan 3/2021 pada 13 Oktober 2021 di Dewan RISDA Plantation, Ampang Rajah 3.6-3: Seminar Lembaga Pengarah Kumpulan RISDA Holdings pada 20 November 2021 di Bangi Resort, Bangi SUCCESS STORY TAHUN 2021 Pemindahan Saham daripada RISDA kepada RISDA Holdings telah dimuktamadkan pada 28 Disember 2021 melibatkan sembilan (9) SMR (Fasa 1).
96 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA RISDA ESTATES SDN. BHD. (RESB) RISDA Estates Sdn. Bhd. (RESB) ditubuhkan pada 11 Julai 1981 dengan modal berbayar RM20,000,000.00 bagi menguruskan semua ladang, kilang dan aset milik RISDA dengan misi menggunapakai kepakaran tenaga kerja dan sumber-sumber yang ada secara efisien, beretika dan professional. Visi RESB pula adalah sebagai peneraju pembangunan ladang dan pengurusan kilang di dalam negara. FUNGSI UTAMA Aktiviti utama SMR ini adalah seperti berikut: i. Pengurusan Ladang; RESB mempunyai kepakaran dalam menguruskan ladang sawit milik RISDA. Ladang- ladang RISDA yang di uruskan RESB terletak satu (1) di negeri Kedah, lima (5) di Perak, enam (6) di Negeri Sembilan, tujuh (7) di Terengganu, dua (2) di Johor dan tiga (3) di Pahang. Kini, RESB menguruskan 24 buah ladang dengan keluasan 47,520.00 hektar meliputi kawasan bertanam sawit seluas 39,646.40 hektar dan kawasan yang tidak bertanam seluas 7,873.60 hektar. Pada tahun 2021, seluas 34,489.35 hektar diisytiharkan sebagai kawasan berhasil dengan pengeluaran produktiviti sebanyak 16.67 mt/ hektar. Selaras dengan EPP 1 di bawah NKEA “SAWIT”, RESB telah menjalankan tanam semula pokok sawit tua dengan keluasan 1,010.00 hektar secara ‘zero burning’ iaitu tanam racikan batang. RESB mengamalkan Good Agriculture Practices (GAP) dan mematuhi prinsip- prinsip Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) dalam pengurusan ladangladang RISDA. ii. Pengurusan Kilang Sawit; RESB menguruskan 3 buah kilang sawit milik RISDA yang terletak di Ulu Keratong, Pahang, Durian Mas, Terengganu dan Sungai Ambat, Johor. Kilang-kilang tersebut, mempunyai kapasiti memproses buah tandan segar (BTS) sebanyak 628,782 metrik tan setahun dengan sumbernya adalah daripada ladang RISDA dan ladang luar. Penggunaan Bunch Press dan Destoner merupakan diantara penambahbaikan yang telah dibuat di kilang bagi meningkatkan kadar perahan minyak. Penambahbaikan ini dapat meningkatkan efisiensi dan prestasi kilang. RESB kini menguruskan tiga (3) buah kilang sawit dan pencapaian keseluruhan kilang sawit setakat 31 Disember 2021 adalah seperti berikut: - Jadual 3.6-2: Pencapaian keseluruhan kilang sawit setakat 31 Disember 2021 Bil Kilang Sawit RISDA Kapasiti (Tan/Jam) Bajet (MT/tahun) Pencapaian (MT/tahun) Peratus (%) Pencapaian 1. Durian Mas, Terengganu 52 220,000 188,980 86 2. Ulu Keratong, Pahang 52 220,000 179,799 82 3. Sg. Ambat, Johor 34 180,000 159,782 89 Jumlah 138 620,000 528,561 85 iii. Espek Research and Advisory Services (ERAS); Khidmat nasihat agronomi dan analisa makmal melalui ERAS yang terletak di Bangi. Perkhidmatan yang dijalankan adalah analisis sampel daun, baja dan tanah, kajian kebolehlaksanaan, syor pembajaan dan nasihat pengurusan ladang serta penentuan kesesuaian tanaman dan pengklasifikasian siri tanah.
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 97 Program Pembangunan RISDA Jadual 3.6-3: Perkhidmatan agronomi yang telah dilakukan pada tahun 2021 PERKHIDMATAN AGENSI HEKTAR Kajian Kesuburan Tanah RESB 6,248 Pengesyoran Pembajaan dan Agronomi Sawit dan Getah RESB 35,244 Kajian Kebolehlaksanaan Tanah RESB 286 Luar 1,490 Pemetaan digital menggunakan peralatan GNSS, (Global Navigation Satelite System) iaitu CHCNAV dan Trimble Juno 3B yang terkini dengan ketepatan sub-meter telah dijalankan di ladang-ladang RISDA. Kerja pemetaan meliputi perimeter ladang, field, sub-field, jalan- jalan utama, jalan- jalan pertanian, struktur bangunan, sungai, parit, kolam, tasik, paya dan kawasan tidak bertanam. Penyediaan peta kontur dan peta tanah bagi sesebuah ladang juga telah dilaksanakan dengan mengunakan perisian Mapinfo Professional. Kerja-kerja pemetaan yang telah dilakukan pada tahun 2021 adalah seluas 3,555.06 hektar dan 18,627 meter. iv. Akademi RISDA ESTATES / RISDA Eco Park; Akademi RISDA dan RISDA Eco Park adalah pusat eco-pelancongan yang dibina di kawasan Ladang RISDA Ulu Slim, Daerah Batang Padang, Mukim Slim, Perak. Dengan prasarana yang disediakan dan alam semula jadi yang tidak terjejas dengan arus pembangunan, lokasi ini sesuai sebagai tempat perkelahan, beriadah dan pusat latihan. Antara kemudahan yang disediakan di Akademi RISDA Estates adalah 19 buah tempat penginapan yang boleh menampung 100 orang peserta pada satu-satu masa. Penginapan yang selesa dilengkapi dengan dewan kuliah, dewan makan serta tempat beriadah (gelanggang futsal dan bola tampar) menjadi tumpuan kepada peserta- peserta latihan di kalangan RISDA, Syarikat Milikan RISDA dan daripada luar. Manakala RISDA Eco Park yang terletak berhampiran dengan Sungai Geleting mempunyai 20 unit kabin yang dilengkapi kemudahan asas untuk penempatan 120 orang peserta. Lokasi ini digemari oleh pelancong untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berkumpulan atau melakukan aktiviti perkelahan bersama keluarga. Aktiviti sukaneka (telematch water afting, mountain bike’s, fourwheel drive’, water tubing, paintball dan pelbagai lagi) ada disediakan di Eco Park RISDA. AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2021 Rajah 3.6-4: Retreat Pengurusan RISDA Estates 2021 pada 21 Disember 2021 di Pulau Pinang
98 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA RISDA PLANTATION SDN. BHD. (RPSB) RISDA Plantation Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1996 bertujuan untuk menguruskan dan membangunkan tanah-tanah milik pekebun kecil, ladang-ladang agensi kerajaan dan sektor swasta, mengurus pemasaran hasil getah dan sawit bagi kawasan yang diurus secara terus dengan kilang yang memberikan harga terbaik dan melaksanakan perniagaan am. FUNGSI UTAMA i. Menguruskan tanah pekebun kecil dan ladang dengan Amalan Pertanian Baik ke arah mencapai 18.5mt/ hek sawit dan 1,650kg/hek getah. Luas keseluruhan kawasan projek yang diurus setakat Disember 2021 mengikut jenis projek adalah sebanyak 27,366.67 hektar; Jadual 3.6-4: Keluasan Ladang diurus mengikut projek Bil. Aktiviti Jumlah Projek Jumlah Hektar Bilangan Peserta 1. TSK Pekebun Kecil 233 12,329.56 10,185 2. TSK JAKOA 94 12,058.62 5,629 3. TSK Agensi 2 183.00 2 4. Agropolitan 18 2,676.03 761 5. Ladang RISDA 1 119.46 1 JUMLAH 348 27,366.67 16,578 Rajah 3.6-5: Anugerah Kecemerlangan RISDA Estates 2021 (AKRE) pada 21 Disember 21 di Pulau Pinang Rajah 3.6-6: Johan kategori pengurusan KRH/SMR terbaik 2021 Peringkat Kebangsaan & Negeri
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 99 Program Pembangunan RISDA Jadual 3.6-5: Keluasan Ladang mengikut jenis tanaman Bil. Jenis Projek Sawit Getah Bil. Projek Keluasan (Hektar) Bil. Projek Keluasan (Hektar) 1. TSK Pekebun Kecil 206 10,317.43 27 2,012.13 2. TSK JAKOA 83 10,654.06 11 1,404.56 3. TSK Agensi 1 65.00 1 118.00 4. Agropolitan 2 344.71 16 2,331.32 5. Ladang RISDA 0 - 1 119.46 JUMLAH 292 21,381.20 56 5,985.47 ii. Mengawal kos pengeluaran supaya setanding dengan dengan norma industri pada paras tidak melebihi RM290/mt sawit dan RM2.80/kg getah; iii. Membangun dan mengurus kebun matang tanah pekebun kecil dan ladang khususnya pemilik yang lanjut usia dan absentee land owners secara komersial; iv. Menyatu dan mengurus kebun matang bagi mengeluar dan meningkatkan hasil secara pengestetan kebun matang; v. Membangun dan mengurus tanah dan ladang milik agensi kerajaan dan swasta; vi. Mengurus tanah pekebun kecil secara estet berkelompok; vii. Memasarkan hasil komoditi secara cekap dan efisien; viii.Menceburi aktiviti hiliran yang berkaitan; ix. Mengurus tadbir syarikat dengan pertumbuhan untung kasar pada kadar sekurang-kurangnya 5% setahun; dan x. Memberi pulangan dividen yang baik kepada peserta. AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2021 Rajah 3.6-7: Lawatan Kerja Mengukur Projek Agropolitan Ulu Awik, Betong daripada Perunding Tanah Watan, Kuching pada 23 Mac 2021
100 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA Rajah 3.6-8: Perbincangan mengenai isu Memorandum Persefahaman antara JAKOA dan RISDA telah diadakan pada 2 April 2021 bertempat di Pusat Latihan RISTEC, Port Dickson Rajah 3.6-9: Majlis Penyampaian Dividen TSK Daerah Jempol Disampai oleh Pengerusi RISDA telah diadakan pada 30 April 2021 bertempat di Masjid Jamek Bahau, Negeri Sembilan Rajah 3.6-10: Misi bantuan bencana banjir di Agropolitan Chemomoi, Pahang telah didakan pada 23 Disember 2021
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 101 Program Pembangunan RISDA RISDA SEMAIAN DAN LANDSKAP SDN. BHD. (RSSB) RISDA Semaian Dan Landskap Sdn. Bhd. atau ringkasnya RISDA Semaian ditubuhkan pada 31 Julai 1979 dan dimiliki sepenuhnya oleh RISDA, sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan sektor pekebun kecil dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). RISDA Semaian berstatus bumiputra mula ditubuhkan untuk menyedia dan membekal anak-anak benih getah dan sawit kepada pekebun kecil yang menyertai rancangan tanam semula RISDA. Bagi mengekalkan pertumbuhan jangka panjang dan kesinambungan peluang perniagaan, RISDA Semaian telah menceburi dalam bidang kerja pengurusan ladang, perlandskapan (merekabentuk, pembangunan dam penyelenggaraan), kerja-kerja sivil, pembersihan (cleaning services) dan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan. FUNGSI UTAMA i. Semaian Getah dan Kelapa Sawit; RSSB mempunyai beberapa Pusat Tanggungjawab yang bertindak sebagai pengeluar dan membekal benih getah dan sawit daripada semaian berikut:- • RISDA Semaian Negeri Pahang; • RISDA Semaian Negeri Perak; • RISDA Semaian Negeri Johor; • RISDA Semaian Negeri Kedah; • RISDA Semaian Negeri Melaka; • RISDA Semaian Negeri Kelantan; • RISDA Semaian Negeri Terengganu • RISDA Semaian Putrajaya; • RISDA Semaian Negeri Sabah; dan • RISDA Semaian Negeri Sarawak. Penyediaan benih getah yang dihasilkan daipada pelbagai klon yang diiktiraf oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM). Jenis benih getah yang dihasilkan adalah terdiri daripada: i. Benih Cantuman Muda Polibeg (BCMP); ii. Benih Tunggul Cantum Biasa (TCB); iii. Benih Tunggul Cantum Polibeg (TCP); dan iv. Advance Planting Material (APM). Bagi tahun 2021, sebanyak 6,767,425 pokok benih getah telah dibekalkan di mana 162,784 pokok adalah untuk jualan luar manakala untuk Advance Planting Material (APM) sebanyak 210,614 pokok menjadikan jumlah keseluruhan 6,978,039 pokok getah.
102 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA Rajah 3.6-11: Benih getah dan sawit di tapak semaian RSSB Penyediaan benih kelapa sawit DxP pula adalah daripada sumber yang disahkan ketulenannya dan bermutu tinggi. Tapak semaian RSSB diuruskan secara profesional dan mendapat pengiktirafan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melalui Skim Pensijilan Kewibawaan Tapak Semaian atau Code of Good Nursery Practice for Oil Palm Nursery (COPN). Bagi tahun 2021, sebanyak 286,015 benih kelapa sawit yang telah dibekalkan kepada pekebun kecil, ladang swasta dan agensi- agensi Kerajaan. ii. Ejen Pengurusan Ladang Getah dan Sawit; RSSB mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan serta pengurusan ladang, yang mana RSSB telah mula menguruskan ladang-ladang kelapa sawit dan getah sejak tahun 1959. Keluasan Ladang berhasil getah dan sawit bagi tahun 2021 adalah sebanyak 1,248.773 hektar. Ladang-ladang yang diuruskan oleh RSSB adalah seperti berikut: • Ladang Getah RISDA Kampung Awah; • Ladang Getah RISDA Kampung Changkat Sulaiman; • Ladang Getah RISDA Kampung Sekijang; • Tapak Semaian RISDA Bukit Perak; • Tapak Semaian RISDA Kesang Pajak; • Tapak Semaian RISDA Gading Galoh; • Tapak Semaian RISDA Bukit Sireh; • Tapak Semaian Batu 17; dan • Ladang Ulu Paka, Terengganu. Ladang kelapa sawit yang diuruskan oleh RSSB telah mendapat pengiktirafan daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melalui Skim Pensijilan Minyak Sawit Mapan Malaysia atau Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO). Bagi tahun 2021, perlaksanaan Good Agriculture Practices (GAP) yang baik telah membantu pencapaian produktiviti hasil getah sebanyak 1,232kg sehektar manakala produktiviti hasil kelapa sawit sebanyak 16.94 metrik tan sehektar setahun.
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 103 Program Pembangunan RISDA iii. Merekabentuk, Pembangunan dan Penyelenggaraan Landskap RSSB telah mula mengorak langkah dalam bidang landskap sejak tahun 1996 dan merupakan salah satu kontraktor landskap yang terawal terlibat dalam pembangunan Putrajaya. RSSB mempunyai kakitangan yang profesional dalam bidang pelandskapan seperti arkitek landskap, jurutera, pengurus tapak, horticulturist, dan pekerja mahir. Antara perkhidmatan landskap yang ditawarkan adalah seperti: • Pusat Jualan; • Khidmat rekabentuk; • Landskap dalaman; • Pembangunan dan penyelenggaraan; • Hiasan pentas; • Landskap; • Sewaan dewan; dan • Pindah alih kerja- kerja sivil. Rajah 3.6-12: Ladang Getah dan Sawit yang diurus RSSB Rajah 3.6-13: Mereka bentuk, Pembangunan dan Penyelenggaraan Landskap di Putrajaya
104 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2021 i. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah; ii. Mesyuarat Jawatakuasa Audit & Pemeriksaan; iii. Mesyuarat Jawatankuasa Benih; iv. Mesyuarat Pengurusan dan Operasi; dan v. Pelaksanaan Stoctake bagi benih sawit dan kelapa sawit. Rajah 3.6-15: Mesyuarat RISDA Semaian di Pejabat RSSB Ampang iv. Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan (PPHBAM) RISDA telah merancang dan menetapkan pelan tindakan baru Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA yang lebih berkesan bagi memperbaiki taraf sosio-ekonomi pekebun kecil melalui tiga (3) bidang utama iaitu Tanaman Jangka Pendek, Tanaman Jangka Panjang dan Ternakan. RSSB juga terlibat secara langsung dalam projek seperti fertigasi cili dan melon sebagai integrator dan mematuhi kaedah pelaksanaan yang telah ditetapkan oleh pihak RISDA. Rajah 3.6-14: Projek Fertigasi Cili dan Melon di bawah PPHBAM
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 105 Program Pembangunan RISDA RISDA SECURITY AND SERVICES SDN. BHD. (RSS) Smallholders Development Corporation Sdn. Bhd. (38930-H) adalah sebuah syarikat milikan RISDA sepenuhnya yang telah ditubuhkan pada 22 April 1978 dan telah bertukar nama kepada RISDA Security And Services Sdn. Bhd. (RSS) pada 7 November 2014. FUNGSI UTAMA i. Aktiviti utama syarikat adalah aktiviti khidmat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab menyediakan khidmat kawalan keselamatan ke atas bangunan-bangunan pejabat, stor dan ladang-ladang milik RISDA serta Syarikat Milikan RISDA (SMR); ii. Pengurus harta-harta milik RISDA termasuk menguruskan penyewaan bangunan-bangunan RISDA, tanah-tanah RISDA, pengawasan dan pengawalan; iii. Bertanggungjawab menyediakan khidmat pengurusan bangunan kepada aktiviti-aktiviti penyenggaraan bangunan / kilang milik RISDA dan SMR. Juga membekal peralatan kejuruteraan (awam, eletrik dan mekanikal); iv. Membuat pengiklanan, pengedaran dan pemasaran produk air minuman RSS (Riskool) ke seluruh Semenanjung Malaysia. Selain itu, menjalankan aktiviti dagangan am semua jenis bekalan yang dikehendaki oleh pelanggan (selain daripada bekalan berkaitan dengan kejuruteraan); v. Aktiviti perniagaan melibatkan perkhidmatan ‘catering’ dan pengurusan majlis; dan vi. Pembangunan hartanah di mana sebelum ini diuruskan oleh RISDA Bina Sdn. Bhd. bermula pada 1 Disember 2019. AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2021 Rajah 3.6-17: Lawatan YB Pengerusi RSS ke Pejabat RSS di Ampang memberi taklimat kepada semua staf RSS pada 17 November 2021 Rajah 3.6-16: Lawatan KPE RSS ke bengkel RFSB Pokok Sena, Kedah (Tanah RISDA) pada 09 November 2021 Rajah 3.6-19: Lawatan YB Pengerusi RSS ke Menara RISDA pada 22 November 2021 Rajah 3.6-18: Lawatan YB Pengerusi RSS ke RISTEC, Port Dickson pada 19 November 2021
106 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA KOLEJ RISDA SDN. BHD. (KRIS) Kolej RISDA Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 8 Januari 1999 bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian serta menawarkan program pengajian mengikut kehendak pasaran. Pada tahun 2014, Kolej RISDA telah dinaik taraf sebagai kolej universiti yang dikenali sebagai Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM). FUNGSI UTAMA i. Program Pengajian Akademik Menyediakan program pengajian akademik peringkat Bacelor, Diploma, Asasi dan Program Eksekutif. Pada tahun 2021, jumlah pelajar yang mengikuti program di UCAM setakat Disember 2021 adalah seramai 483 orang. Jadual 3.6-6: Pencapaian Program Akademik Berbanding Bajet 2021 Bil. Program Bajet 2021 (Orang) Pencapaian Dis 2021 (Orang) Peratus Pencapaian (%) 1. Bacelor 175 167 95 2 Diploma 341 307 90 3 Sijil/Asasi 21 9 43 Jumlah 537 483 90 ii. Latihan, Konsultansi dan TVET Aktiviti latihan, konsultansi dan TVET dijalankan di kesemua Pejabat Perhubungan dan Pejabat Zon Kolej RISDA dalam bidang seperti berikut: i. Bidang Agronomi / Pertanian / Landskap; ii. Pengurusan Manusia/Pejabat; iii. Pengurusan ICT dan Penyelenggaraan Komputer; iv. Perkhidmatan Korporat; v. Kepimpinan dan Motivasi; vi. Bakeri; vii. Jahitan; Rajah 3.6-20: Lawatan YB Pengerusi RSS ke PRN Perak pada 23 Disember 2021
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 107 Program Pembangunan RISDA viii. Komputer; ix. Perladangan; x. Pelancongan dan Hospitaliti; xi. Pengurusan Landskap; xii. Salon; dan xiii. Nurseri. Jadual 3.6-7: Pencapaian Aktiviti Latihan Setakat 31 Disember 2021 Bil Kursus Bajet 2021 (Kursus) Pencapaian Dis 2021 (Kursus) Peratus Pencapaian (%) 1. Staf 198 222 112 2. Pekebun Kecil 156 36 23 3 SMR 14 16 114 4. Usahawan 56 43 77 5. PLKK & Halal 8 24 300 6. RME & PSR KPLB 2 2 100 Jumlah 434 343 79 iii. Penyelidikan dan Inovasi Penyelidikan dan Inovasi yang telah dan dijalankan pada tahun 2021 ini adalah: i. Kajian Pendapatan Pekebun Kecil RISDA 2021; ii. Kajian lntegrasi Tanaman Sacha lnchi Bersama Tanaman Getah; iii. Kajian Penilaian Kebolehlaksanaan Projek Bersepadu Kemajuan Ekonomi Kampung Jasin, Melaka; dan iv. Kajian Penilaian Kebolehlaksanaan Projek Bersepadu Kemajuan Ekonomi Kampung Jempol, Negeri Sembilan. iv. Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan Pembangunan Enam (6) Projek Hasil Baharu Agromakanan yang telah berjaya dilaksanakan seperti berikut; i. Durian Musang King (200 pokok) seluas 6 ekar; ii. Cendawan Tiram (30,000 bongkah) seluas 0.2 ekar; iii. Serai (40,000 rumpun) seluas 7 ekar; iv. Rock Melon (1,200 pokok) seluas 1 ekar; v. Fertigasi Cili (2,000 pokok) & Halia (2000 pokok) seluas 3 ekar; dan vi. Akuaponik dan Ternakan: Salad (400 rumpun), Ikan Keli (30,000 ekor), Ikan Tilapia (13,600 ekor) dan Ayam Kampung Kacuk (420 ekor). AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2021 Rajah 3.6-21: Bengkel Rural Business Challenge (RBC) @ Hotel Tenera, Bangi
108 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA SUCCESS STORY TAHUN 2021 i. Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan 2021; Rajah 3.6-24: Tanaman Agromakanan yang dilaksanakan di UCAM ii. Pelaksana Program RBC @ KPLB; iii. MOU UCAM – TERAJU, Projek Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) di bawah Jabatan Perdana Menteri; iv. MOU UCAM - SMK Seri Pengkalan, Alor Gajah Melaka; dan v. Lantikan KOLEJ RISDA SDN. BHD. (KRIS) Sebagai Ejen Pelaksana Latihan Keusahawanan Program Start Right (PSR@KPLB) Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Rajah 3.6-22: Program i-Bakat (Penjana HRDF) di UCAM Rajah 3.6-23: Program Hibrid Pemasaran (Penjana HRDF) di UCAM
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 109 Program Pembangunan RISDA PERMODALAN RISDA BERHAD (PRB) PRB ditubuhkan pada 15 November 1994 sebagai syarikat yang bertanggungjawab menguruskan dana-dana RISDA, pembiayaan peribadi, pemfaktoran, pusat data dan ICT. PRB Grid Technology Solutions Sdn Bhd (PRB GTS) merupakan sebuah anak syarikat Permodalan RISDA Berhad. FUNGSI UTAMA Aktiviti utama PRB tahun 2021 telah menjana pendapatan syarikat sebanyak RM12,772,161. Aktiviti-aktiviti utama adalah dari aktiviti berikut: i) PEMFAKTORAN DAN PEMBIAYAAN KONTRAK Pembiayaan pemfaktoran merupakan aktiviti pendahuluan tunai dengan segera yang diberikan kepada kontraktor yang mendapat kontrak daripada kerajaan atau syarikat milik kerajaan (GLC). Ianya menerusi proses menjual invois syarikat tersebut kepada PRB bagi mendapatkan pendahuluan tunai 80% dari jumlah kontrak yang diterima. Pembiayaan pemfaktoran PRB juga menyediakan kemudahan tambahan seperti Bank Guarantee (BG), Letter of Credit (LC) dan Pembiayaan Kontrak (Contract Financing). Kesemua kemudahan ini mematuhi Syariah melalui konsep Bai Ad Dyn dan Bai Al Innah dan PRB kini merupakan One Stop Centre bagi pembiayaan pemfaktoran. Aktiviti pemfaktoran telah menyumbang 42.38% daripada keseluruhan pendapatan PRB iaitu sebanyak RM6,711,712. ii) AKTIVITI KHIDMAT PENGURUSAN ● Yuran Pengurusan Pelaburan Dana; dan ● Yuran Pentadbiran Tabung Pembiayaan Aktiviti Khidmat Pengurusan seperti tabung pembiayaan adalah merupakan aktiviti pindah urus daripada RISDA kepada PRB semenjak tahun 1996. Kemudahan tersebut adalah berbentuk pembiayaan perumahan, kenderaan dan komputer disediakan kepada semua staf RISDA. Setakat Disember 2021 aktiviti tersebut telah menyumbang 28.58% atau RM3,650,178 daripada keseluruhan pendapatan syarikat. iii) JUALAN SERVER, PENYEDIAAN PUSAT DATA DAN ICT PRB GTS sebagai anak syarikat PRB yang menjalankan perniagaan ICT dan Pusat Data serta Pemulihan Bencana (DRC) secara berpusat untuk agensi kerajaan dan juga swasta. Aktiviti ini juga melibatkan pembangunan proses virtualisasi seperti Virtual Desktop Infrastructure (VDI). Perniagaan ini telah menyumbang pendapatan sebanyak 11.88% iaitu RM1,517,885. iv) PEMBIAYAAN PERIBADI DAN STAF ● Keuntungan Pembiayaan Staf PRB; dan ● Keuntungan Pinjaman Peribadi Semenjak tahun 2007, kemudahan berbentuk Pembiayaan Peribadi disediakan kepada semua staf RISDA dan staf syarikat milik RISDA. Aktiviti perniagaan ini telah menjana pendapatan sebanyak 20.58% atau RM2,628,273 daripada jumlah pendapatan keseluruhan.
110 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA v) PELABURAN DANA ● Keuntungan Pasaran Wang; ● Keuntungan Pelaburan Saham; ● Dividen Saham; dan ● Caj Kendalian Saham Aktiviti pengurusan dana milik RISDA dan SMR masih diurus oleh PRB semenjak ianya ditubuhkan di mana dana-dana tersebut dilabur melalui aktiviti pelaburan pasaran wang. Setakat akhir Disember 2021, sebanyak 0.05% iaitu RM6,630 daripada jumlah keseluruhan pendapatan PRB telah disumbangkan menerusi Aktiviti Pelaburan Dana. AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2021 Rajah 3.6-25: ‘Learning Day’ bersama Unit Integriti dan PSM RISDA di pejabat PRB pada 20 Disember 2021 RISDA FLEET SDN. BHD. RFSB ditubuhkan dengan tujuan menjadikan salah sebuah syarikat pengendali pengangkutan yang utama, berdaya saing di peringkat negara dan juga antarabangsa. Objektif syarikat ingin menjadi syarikat pengendali industri pengangkutan yang ternama dan berdaya saing. Mementingkan tahap utilisasi dan mempelbagaikan keupayaan kenderaan pengangkutan komersil mengikut keperluan semasa termasuk keupayaan perkhidmatan perkapalan dan penghantaran seluruh negara. FUNGSI UTAMA i. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan baja, benih getah dan sawit, input pertanian, buah tandan segar (BTS) dan minyak sawit mentah (MSM) milik RISDA, agensi kerajaan dan swasta; ii. Menawarkan khidmat bengkel kenderaan untuk agensi kerajaan dan swasta; iii. Menjadi agensi penghantaran dan perkapalan (Shipping and Forwarding) yang berdaftar dengan kastam; iv. Menjadi pembekal minyak pelincir pelbagai kenderaan berkualiti yang bertaraf antarabangsa; dan v. Menceburi bidang perkhidmatan yang meliputi logistik dan pengangkutan terutamanya di dalam industri pengangkutan.
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 111 Program Pembangunan RISDA AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2021 i. Mempromosi minyak pelincir RFLube menggunakan media cetak, elektronik dan massa dengan kerjasamana Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Aktiviti terkini adalah promosi menggunakan iklan di tv dan temu ramah di Radio RTM; ii. Penggunaan IOT dalam menerajui pasaran minyak pelincir khususnya Facebook, Instagram dan lain-lain yang bersesuaian dengan keadaan semasa; dan iii. Menjadi pembekal perkhidmatan pengangkutan Buah Tandan Segar (BTS) bagi Sime Darby Plantation Berhad di Temerloh, Pahang. SUCCESS STORY TAHUN 2021 i. Berjaya membuat pembelian 16 buah lori RORO (Bidang Baru) dalam memberikan perkhidmatan pengangkutan Buah Tandan Segar (BTS) kepada Sime Darby Plantation Berhad; ii. Rebranding minyak pelincir RFLube menggunakan logo baru; iii. Dilantik oleh RISDA sebagai pembekal minyak pelincir bagi kenderaan-kenderaan RISDA; iv. Pelancaran minyak motorsikal RFLube dengan menumpukan kepada 2 jenis produk, iaitu Semi Sintetik 15W/50 dan Mineral 20W/40; v. Telah melantik beberapa syarikat bumiputera dalam menjadi agen jualan dan pemasaran bagi minyak pelincir RFLube; dan vi. Menjadi agen Penghantaran & Perkapalan (Shipping and Forwarding) tunggal kepada RISDA dan KRH bagi perpindahan staf . RISDA VENTURES SDN. BHD. (RVSB) RISDA Baja Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 20 Mei 2009 dengan modal berbayar RM7,000,000.00. Misi RISDA Baja Sdn. Bhd. adalah menjadi peneraju unggul sektor agro industrial negara khususnya dalam aktiviti pembuatan baja pertanian dan juga merupakan syarikat milik penuh RISDA. Visi RISDA Baja Sdn. Bhd. pula adalah untuk menentukan pengguna mendapat input dan produk agro industri berkualiti pada masa diperlukan dengan harga yang terbaik. Selaras dengan perkembangan dan diversifikasi aktiviti perniagaan, pada 21 Julai 2016, RISDA Baja Sdn. Bhd. telah ditukar nama kepada RISDA Ventures Sdn. Bhd. (RVSB) bagi mempelbagaikan urusniaga yang mampu menyumbang pendapatan kepada syarikat. FUNGSI UTAMA i. Membekalkan baja getah dan sawit kepada RISDA dan Syarikat Milikan RISDA; ii. Membekal beg baja untuk pembungkusan baja getah dan Sawit kepada RISDA dan Syarikat Milikan RISDA; iii. Membekalkan petrol dan diesel untuk kegunaan jentera ladang di RISDA dan Syarikat Milikan RISDA; dan iv. Lain-lain aktiviti perniagaan.
112 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA Tanaman Sacha Inchi Tanaman Sacha inchi adalah tanaman sampingan yang mampu menambah pendapatan Pekebun Kecil dengan tempoh yang agak singkat. Aktiviti ini akan dikembangkan melalui tanaman komersial oleh pihak RVSB dan juga tanaman sampingan untuk pekebun kecil bagi meningkatkan pendapatan. RVSB mendapat pulangan dari program ini adalah melalui bekalan anak benih, jualan hasil buah dan juga jualan produk berasaskan Sacha Inchi. Rajah 3.6-26: Bekalan baja Rajah 3.6-28: Bekalan Diesel Rajah 3.6-27: Jualan bag baja Rajah 3.6-29:Tanaman Sacha Inci
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 113 Program Pembangunan RISDA AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2021 SUCCESS STORY TAHUN 2021 Rajah 3.6-30: Lawatan Pengarah KPE RVSB, Haji Abdul Rahman Yunus dan Pengarah BBIP ke Kilang Sinergi Perdana Sdn. Bhd. di Klang Rajah 3.6-31: Anugerah Kualiti RISDA Pengurusan Syarikat Milikan Terbaik 2021
114 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA RISDA AGRO SDN. BHD. (RASB) RISDA Agro Sdn. Bhd (RASB) adalah sebuah Syarikat Milikan RISDA (SMR) melalui pegangan saham oleh RISDA Estates Sdn. Bhd. RASB adalah syarikat bumiputera sepenuhnya yang telah beroperasi lebih 10 tahun. Ditubuhkan pada 29 Januari 2008, asalnya beroperasi dengan menggunakan nama ESPEK Sarawak Sdn. Bhd. RASB memangkinkan industri pertanian dengan memfokuskan dalam bidang tuaian dan angkut, pembangunan ladang, pemasaran komoditi, penyelenggaraan ladang, kontrak am dan bekalan input pertanian. Kini, RASB menuju ke arah menjadi sebuah syarikat pemborong kerja-kerja perladangan yang berwibawa, komprehensif dan kompetetif di Malaysia. FUNGSI UTAMA Aktiviti utama SMR ini adalah seperti berikut: i. Pembangunan Ladang; Menjalankan aktiviti tanam semula dan tanaman baru untuk semua jenis tanaman ii. Penuaian dan Angkut BTS; Aktiviti penuai dan pengangkutan Buah Tandan Segar (BTS) “Infield Collection” iii. Pemasaran Komoditi; Terdiri daripada pemasan Buah Tandan Segar (BTS) dan pemasaran getah iv. Penyelenggaraan Ladang; Menjalankan aktiviti penyelenggaraan ladang seperti membaja, meracun rumpai, memangkas pelepah sawit dan lain-lain v. Kontrak Am; Kerja-kerja pembinaan prasarana dalam ladang seperti jalan pertanian, jambatan, rumah pekerja, sistem irigasi, jambatan timbang dan lain-lain vi. Bekalan Input Pertanian; dan Pemasaran baja kimia, organik, racun serangga dan kulat vii. Fertigasi Tanaman Projek fertigasi sayuran hijau, cili, peria, terung dan lain-lain AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2021 Rajah 3.6-32: Lawatan bersama Ketua Pegawai Eksekutif RESB yang merupakan Wakil Korporat RASB ke Padang Besar bagi melawat Projek Tanaman Jagung Bijian
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 115 Program Pembangunan RISDA RISDA LIVESTOCK SDN. BHD. (RLSB) RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB) adalah sebuah Syarikat Milikan RISDA (SMR) melalui pegangan saham oleh RISDA Estates Sdn. Bhd. RLSB bermatlamat untuk mengoptimumkan penggunaan sumber melalui penternakan lembu secara integrasi di ladang sawit, menguasai teknologi terkini dalam pemeliharaan lembu fidlot bagi penghasilan lembu berkualiti serta terlibat dalam aktiviti huluan dan hiliran di dalam rantaian bekalan industri daging bagi meningkatkan kelestarian syarikat. Visi RLSB pula adalah untuk menjadi peneraju utama dalam industri penternakan lembu pedaging di Malaysia. RLSB merupakan SMR yang masih aktif. FUNGSI UTAMA Aktiviti utama SMR ini adalah seperti berikut: i. Penternakan Integrasi - mengeluarkan lembu pedaging baka berkualiti melalui sistem penternakan secara integrasi ladang sawit; ii. Penternakan Fidlot - mengeluarkan lembu pedaging baka berkualiti secara fidlot untuk sembelihan; iii. Pengeluaran Baja Organik Premium BIORIS - menghasil dan mengeluar baja organik yang berkualiti berasaskan tinja ternakan ruminan menggunakan teknologi mesra alam; iv. Pengeluaran Produk Hiliran Penternakan - meningkatkan daya saing bagi menguasai segmen hiliran pasaran dalam industri melalui pengeluaran keratan daging tempatan berkualiti; v. Usahasama bersama syarikat dan individu di dalam industri - mewujudkan usahasama dengan lain-lain syarikat yang boleh menghasilkan sinergi ke arah mencapai keuntungan yang lebih tinggi; dan vi. Khidmat nasihat - memberi khidmat nasihat dan kepakaran tentang pemeliharaan lembu secara integrasi kepada agensi, syarikat serta pengusaha penternakan yang berminat Rajah 3.6-35: Permanian Beradas Rajah 3.6-33: Penternakan Integrasi Rajah 3.6-34: Penternakan Fidlot Rajah 3.6-36: Produk Keratan Daging
116 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA PROTAC INSURANCE BROKERS SDN. BHD. (PROTAC) PROTAC Insurance Brokers Sdn. Bhd. (PROTAC) telah ditubuhkan dan didaftarkan pada tahun 1972. Pada tahun 1991, Smallholders Development Corporation (SHDC) yang sekarang dikenali sebagai RISDA Security And Services Sdn. Bhd. (RSS) sebuah anak syarikat RISDA telah mengambil alih ekuti PROTAC melalui keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA kali ke-94 pada 30 Ogos 1990. Tujuan asal pengambilalihan ekuiti ini ialah agar PROTAC dapat menguruskan keperluan insurans bagi RISDA dan Syarikat Milikan RISDA (SMR). FUNGSI UTAMA Fungsi utama PROTAC ialah untuk merencana, merangka serta menguruskan perlindungan insurans RISDA dan SMR dengan mementingkan dasar perlindungan yang terbaik disamping syarat-syarat perlindungan yang lebih luas lagi. Tuntutan insurans bagi pihak RISDA dan SMR juga diuruskan bagi mendapatkan persetujuan dengan jumlah pampasan yang munasabah serta membantu mengatasi kerugian material melalui tuntutan insurans daripada pihak ketiga. AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2021 Menguruskan keperluan insurans RISDA dan SMR. PROTAC juga mempromosikan serta memperluaskan perkhidmatan insurans ke Kementerian, Badan Berkanun, Syarikat-Syarikat Korporat dan orang perseorangan. PROTAC juga giat membuat promosi perlindungan insurans dalam talian seperti Email, Website, Facebook dan Instagram bagi mendapatkan pelanggan-pelanggan baru. SUCCESS STORY TAHUN 2021 PROTAC telah dapat mencapai beberapa kejayaan dan anugerah iaitu: i. Clean Certificate daripada Bank Negara Malaysia; ii. Pembaharuan Lesen Broker Insurans Dan Takaful; iii. Anugerah Kualiti RISDA Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 – Kategori Pengurusan Syarikat Milikan RISDA Terbaik (No. 3); dan iv. Anugerah MRTA Corporate Agents Sales daripada Sunlife Insurance Berhad dengan pencapaian premium melebihi RM1,000,000.00. YAYASAN RISDA FUNGSI UTAMA Yayasan RISDA (YR) ditubuhkan pada 22 Disember 2015 bagi menjalankan misi menyedia dan menyelaras dana serta bantuan ke arah peningkatan kesejahteraan dan bertindak sebagai wahana penyaluran bantuan, kemudahan dan kesedaran kepada komuniti RISDA dan luar bandar. Visi YR pula adalah menjadi peneraju kepada kesejahteraan komuniti RISDA dan luar bandar. AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2021 Aktiviti utama YR adalah menjalankan 100% aktiviti yang berkaitan dengan CSR (Corporate Sosial Responsibilities) atau tanggungjawab sosial korporat seperti berikut:
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 117 Program Pembangunan RISDA Jadual 3.6-8: Program YR mengikut bidang BIL BIDANG SKIM/PROGRAM 1 Pendidikan 1. Skim Insentif Pelajar UCAM 2. Dermasiswa RISDA 3. Skim Subsidi Makanan Pelajar UCAM 2 Kesihatan 1. Skim Bantuan Pesakit Kronik SUCCESS STORY TAHUN 2021 YR telah berjaya membuat sumbangan kepada 56 penerima sepanjang tahun 2021 mengikut skim bantuan sedia ada. Jadual 3.6-9: Penerima sumbangan mengikut skim BIL SKIM JUMLAH PENERIMA 1 Skim Insentif Pelajar UCAM 9 2 Dermasiswa RISDA 11 3 Skim Subsidi Makanan Pelajar UCAM 3 4 Skim Bantuan Pesakit Kronik 33 Jumlah 56 YR juga telah menyampaikan zakat korporat RISDA kepada 5,753 orang pekebun kecil di bawah kategori asnaf dan mualaf serta 16 institusi fisabilillah. Selain itu, di bawah Sumbangan Sosial RISDA seramai 2,983 terdiri daripada pekebun kecil dan staf RISDA serta Kumpulan RISDA Holdings (KRH) yang mengalami musibah banjir dan aktiviti kebajikan lain telah diberikan sumbangan. Rajah 3.6-37: Majlis Penyerahan Zakat Korporat dan Bantuan Subsidi Makanan UCAM di UCAM, Melaka Rajah 3.6-38: Majlis Pekebun Kecil Makmur RISDA Negeri Pahang di Kuala Lipis, Pahang
118 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA
PROGRAM PEMBANGUNAN RISDA TERAS 4: LANDASAN INKLUSIVITI
120 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) AUDIT PEMANTAUAN ISMS (ISO/IEC 27001:2013) Pada tahun 2021, RISDA terus mengekalkan skop pensijilan ISMS iaitu sistem pengurusan keselamatan maklumat ke atas perkhidmatan permohonan bantuan tanam semula menggunakan sistem TS Online di Ibu Pejabat RISDA. Objektif keselamatan maklumat bagi skop ISMS adalah meliputi pemantauan kapasiti server aplikasi, melaksana rutin aktiviti backup, menguji data backup (restore), menyemak akses pentadbir dan pengguna sistem serta memantau prestasi perkhidmatan pihak pembekal ICT. Kepentingan terhadap objektif-objektif keselamatan maklumat ini bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memastikan setiap agensi sektor awam berupaya melindungi maklumat kritikal berkaitan pelanggan dan proses perkhidmatan utama selaras ekspektasi semua pemegang taruh yang ada. Semakan audit pemantauan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 20 dan 21 Mei 2021 telah mengesyorkan RISDA terus dipersijilkan dengan ISO/IEC 27001:2013 sehingga 6 Mac 2023. Pembudayaan ISMS diharap terus memantapkan perkhidmatan RISDA ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang bukan sahaja memenuhi tuntutan dan kepuasan pelanggan tetapi membolehkan sistem penyampaian beroperasi dalam keadaan yang lebih selamat, terkawal dan mematuhi piawai ‘best practices’ yang ada. Rajah 3.7-1 : Majlis penutup audit pemantauan ISO/IEC 27001:2013 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Hevea 3, Ibu Pejabat RISDA.
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 121 Program Pembangunan RISDA PEMBANGUNAN APLIKASI ICT Dalam memastikan sistem penyampaian RISDA terus ditambahbaik dan dimodenkan, beberapa bidang operasi perkhidmatan telah diperkemas dengan pewujudan proses kerja berasaskan sistem pengurusan maklumat bersistematik yang menyokong ke arah mempercepatkan pencapaian objektif, misi dan visi RISDA. Bagi mencapai matlamat ini, usaha dan inisiatif untuk pembangunan beberapa sistem ICT yang melibatkan keduadua portfolio pembangunan dan pengurusan telah dimulakan dalam tahun 2021. Berikut adalah beberapa projek pembangunan sistem-sistem aplikasi baharu RISDA:- PORTAL PEKEBUN KECIL Portal Pekebun Kecil merupakan satu medium yang memusatkan perkhidmatan dan aktiviti RISDA kepada pekebun kecil. Portal ini menyokong kemudahan pendaftaran dan pengemaskinian profil pekebun kecil secara kendiri selain membolehkan pekebun kecil memohon bantuan yang ditawarkan RISDA secara atas talian. Portal ini berintegrasi dengan sistem-sistem operasi utama RISDA seperti Sistem Statistik Pekebun Kecil (e-SPeK), Sistem Perisian Operasi Web RISDA (i-POWeR) dan RISDA Financial Information System (RaFIS). Pada fasa pertama penggunaan portal ini, perkhidmatan yang terlibat meliputi permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), permohonan bantuan program keusahawanan serta permohonan bantuan tanam semula. Mesyuarat kick-off projek telah diadakan pada 21 Julai 2021. Pewujudan Portal Pekebun Kecil ini secara langsung akan meningkatkan tahap kepuasan pekebun kecil terhadap semua jenis perkhidmatan yang diterima daripada RISDA. Pemakluman status untuk setiap peringkat proses perkhidmatan pada portal ini akan merealisasikan sistem penyampaian yang telus, mudah dan mesra pelanggan. Rajah 3.7-2 : Skrin profail pekebun kecil.
122 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA SISTEM WEB DAN APLIKASI MOBILE UNTUK PENYAMPAIAN DAN PEMANTAUAN KEUSAHAWANAN RISDA (REDS) Sistem REDS digunakan sebagai pusat pengumpulan dan pengurusan data berkaitan maklumat usahawan dan perniagaan melibatkan penggunaan teknologi terkini bagi memudahkan usahawan dan pihak RISDA mengurus maklumat usahawan secara sistematik dan realtime. Antara objektif pembangunan REDS adalah: i. Membantu usahawan dalam menguruskan perniagaan dengan lebih mudah dan bersistem terutamanya dalam merekod urus niaga dan dokumen berkaitan perniagaan; ii. Mewujudkan pusat pengumpulan dan pengurusan maklumat serta data usahawan pekebun kecil; iii. Membantu RISDA dan usahawan melaksanakan pengurusan sistem penyampaian dan pembangunan usahawan dengan lebih cekap, berkesan dan produktif; iv. Membantu RISDA mengawal selia prestasi pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan dan impaknya kepada usahawan (pendapatan/ untung/ rugi) dengan lebih terarah, sistematik dan real time; dan v. Membantu RISDA menganalisis, mensintesis dan membangunkan dasar-dasar serta strategi baharu dalam membangunkan usahawan yang berjaya mengikut kategori masing-masing (Pico, Nano, Mikro, Kecil dan Sederhana). Mesyuarat kick-off projek telah diadakan pada 12 Julai 2021. Rajah 3.7-3 : Skrin login dan dashboard aplikasi REDS.
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 123 Program Pembangunan RISDA SISTEM MAKLUMAT LATIHAN (e-Latihan) Pembangunan Sistem Maklumat Latihan (e-Latihan) bertujuan untuk menambahbaik dan meningkatkan lagi keupayaan aplikasi sedia ada agar lebih cekap, teratur dan menyeluruh. Aplikasi ini merupakan medium untuk pegawai RISDA dan pekebun kecil membuat permohonan kursus yang ingin diikuti, mengemas kini kehadiran, membuat penilaian kursus dan pelbagai lagi fungsi yang disediakan. Staf yang diberi peranan untuk menguruskan sistem latihan ini boleh melakukan fungsi seperti mencalonkan peserta, mengesahkan kehadiran peserta, membuat soalan penilaian, menjana pelbagai jenis laporan dan sebagainya. Aplikasi ini akan membenarkan staf dari Unit Latihan Staf dan Unit Latihan Pekebun Kecil untuk melaksanakan tugasan mereka dengan lebih cekap dan teratur. Seterusnya, dapat menjimatkan masa untuk menguruskan peserta dan kursus yang dianjurkan. Mesyuarat kick-off projek telah diadakan pada 22 Julai 2021. Rajah 3.7-4 : Skrin utama pengguna e-Latihan SISTEM PENGURUSAN ASET TAK ALIH Sistem Pengurusan Aset Tak Alih RISDA membolehkan RISDA mengemaskini semua maklumat aset hartanah agar sentiasa dikemaskini dan diurus dengan cekap dan teratur. Laporan yang komprehensif mengenai aset tak alih RISDA merupakan keperluan yang amat kritikal kepada pihak pengurusan dan pentadbir aset tak alih di RISDA. Pembangunan sistem ini turut bertujuan untuk mewujudkan dashboard pengurusan aset tak alih RISDA yang meliputi modul-modul seperti pengurusan pengguna, pendaftaran aset, penggunaan aset, penyenggaraan aset, pemulihan aset, penilaian aset, aduan, hapuskira, pelupusan dan penjanaan statistik.
124 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA SISTEM RISDA SMARTMAP Kesinambungan projek pembangunan sistem RISDA Smartmap yang telah dimulakan pada tahun 2020 telah diteruskan untuk aktiviti pembangunan modul-modul sistem dalam tahun 2021. Tumpuan diberi untuk memastikan semua keperluan fungsi dan ciri sistem adalah menepati proses kerja dan peraturan yang berkuat kuasa dalam meluluskan sesebuah permohonan bantuan tanam semula. Aplikasi mobile RISDA Smartmap dilaksanakan dengan menggunakan peranti mudah alih (tablet) yang dibekalkan kepada pegawai. Ianya memudahkan proses pengesahan lokasi serta merekod semua butiran kebun dalam menentusahkan syarat-syarat kelulusan bantuan tanam semula dipenuhi oleh pemohon. Penggunaan sistem ini telah membolehkan proses digitizing maklumat spatial (lakaran sempadan lot berstatus sementara dan lain-lain perkara dalam lot) dibuat secara digital melalui aplikasi mobile RISDA Smartmap. Maklumat rekod lawatan pemeriksanaan kebun ini seterusnya disemak dan dibuat taksiran oleh pegawai pelulus melalui sistem di pejabat. Melalui penggunaan sistem ini, kemajuan aktiviti pembangunan kebun tanam semula lebih mudah dipantau melalui paparan secara visual (peta) di semua peringkat pusat tanggungjawab. Pendekatan baharu ini telah meningkatkan kecekapan proses semakan kebun secara pendekatan maklumat digital seterusnya meningkatkan aspek integriti pegawai dan kesahihan maklumat yang direkod di peringkat lapangan. Dalam masa sama aspek keupayaan dan kompetensi pegawai dalam bidang geospatial turut dipertingkatkan semasa projek ini dijalankan. Rajah 3.7-5 : Skrin penilaian aset tak alih Aspek pembangunan dan keperluan fungsian sistem turut disesuaikan dengan proses dan peraturan yang telah digariskan Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) RISDA yang berkuatkuasa. Mesyuarat kick-off projek telah diadakan pada 29 Mac 2021. Aktiviti pembangunan sistem ini telah mengadaptasi metodologi pembangunan sistem dengan merujuk Buku Kejuruteraan Sistem Sektor Awam (KRISA) yang dibangunkan pihak MAMPU.
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 125 APLIKASI BIG DATA KUMPULAN RISDA HOLDINGS (KRH) Aplikasi ini dibangunkan bagi memberi kemudahan capaian maklumat oleh Pengurusan Atasan RISDA dan Kumpulan RISDA Holding mengakses maklumat mengenai setiap syarikat di bawah KRH secara mudah, pantas dan pada bila-bila masa. Aplikasi ini terdiri daripada tiga modul utama iaitu Modul Profail Syarikat, Modul Prestasi Syarikat dan Modul Rujukan Sumber. Maklumat yang boleh diperoleh di bawah Modul Profail adalah latar belakang syarikat, senarai anggota pengurusan, carta organisasi dan senarai perjawatan. Modul Prestasi Syarikat mengandungi kandungan seperti prestasi kewangan, bajet tahunan, penyata kedudukan kewangan, aliran tunai, analisis nisbah kewangan Kilang RISDA dan sebagainya. Manakala Modul Rujukan Sumber memberikan kemudahan terhadap pengguna merujuk maklumat Akta Syarikat, Perlembagaan Syarikat, Piagam Lembaga Pengarah, Garis Panduan ALP, SOP dalaman dan sebagainya. Dengan adanya aplikasi seumpama ini, ia menjadikan segala maklumat yang diperlukan oleh pengurusan atasan boleh diperoleh dengan hanya satu sentuhan jari. Mesyuarat kick-off projek telah diadakan pada 18 Ogos 2021. Aplikasi ini dibangunkan berasaskan pendekatan Progressive Web Application (PWA) yang lebih Rajah 3.7-6 : Latihan pengguna sistem RISDA Smartmap Rajah 3.7-7 : Latihan hands-on aplikasi RISDA Smartmap
126 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA PENGUKUHAN INFRASTRUKTUR ICT PENGGUNAAN TABLET BERSERTA MOBILE DEVICE MANAGEMENT (MDM) Seiring perkembangan pesat teknologi ICT dan Revolusi Industri 4.0, penggunaan aplikasi yang mengutamakan pemprosesan data secara digital, sahih dan realtime amat diperlukan khususnya melibatkan proses pengesahan data yang berkait maklumat kedudukan fizikal lot kebun serta rekod-rekod yang diinput ke dalam sistem. Dengan terlaksananya aplikasi seumpama sistem RISDA Smartmap serta lain-lain aplikasi di masa hadapan yang dioperasikan berasaskan platform mobile dan teknologi GIS, sejumlah 1,100 unit peranti tablet telah dibekalkan kepada pegawai di peringkat lapangan. Dalam memastikan peranti tablet yang dibekalkan ini dapat digunakan dengan kaedah yang teratur, selamat daripada sebarang bentuk ancaman keselamatan siber dan tidak disalah guna, setiap unit tablet tersebut mesra pengguna (pembangun aplikasi mahupun pengguna akhir), masa pembangunan yang lebih singkat serta memiliki keupayaan bagi perluasan fungsi sistem di masa-masa hadapan. Rajah 3.7-8 : Skrin Aplikasi Big Data KRH telah dipasang dengan perisian eScan Antivirus Corporate 360 Edition with MDM. Perisian ini membolehkan pentadbir sistem ICT menetapkan jenis aplikasi yang dibenarkan sahaja boleh dipasang dalam peranti tablet tersebut. Pentadbir sistem ICT berupaya mengawal aspek keselamatan dan memantau penggunaan tablet agar risiko keselamatan terhadap peranti yang digunakan memiliki prestasi fungsian pada tahap yang terbaik. Rajah 3.7-9 : Tools pemantauan penggunaan tablet
TERAS 4: LANDASAN INKLUSIVITI INISIATIF 2 : GREEN MANAGEMENT PRACTICES
Program Pembangunan RISDA PROGRAM BIMBINGAN DAN LATIHAN GAP Amalan Pertanian Baik (GAP) bagi kebun getah merupakan faktor terpenting bagi memastikan tanaman getah mencapai tempoh keremajaan empat setengah (4½) tahun dan memperoleh hasil produktiviti 1,600kg/ hek/tahun. Penumpuan adalah diberi kepada lima (5) amalan GAP iaitu penanaman dan penyelenggaraan, pembajaan, rangsangan, penorehan/penuaian dan strategi pemasaran hasil. Pelaksanaan dan pengamalan GAP yang betul diberi penekanan kepada semua pekebun kecil yang terlibat dalam Program Tanam Semula bermula daripada peringkat pembangunan sehingga pengeluaran hasil. Bagi tahun 2021, sejumlah RM 701,300.00 telah dibelanjakan untuk melatih dan membimbing seramai 67,941 orang pekebun kecil di seluruh negara. Pelaksanaan Bimbingan dan Latihan GAP mengikut negeri adalah seperti di Jadual 3.8-1. Jadual 3.8-1: Pelaksanaan Bimbingan Dan Latihan Amalan Pertanian Baik (GAP) Tahun 2021 Bil Negeri Aktiviti Bil pekebun kecil Luas (hektar) 1 Johor 17,471 4,783 3,799.64 2 Kedah 51,620 12,905 8,782.23 3 Kelantan 43,397 10,847 13,666.83 4 Melaka 6,453 2,151 1,589.47 5 Negeri Sembilan 11,319 5,413 6,206.64 6 Pahang 43,532 10,939 5,797.15 7 Perak 20,023 5,273 3,919.74 8 Perlis 2,358 398 632.53 9 Pulau Pinang 334 167 225.66 10 Selangor 4,920 1,230 1,432.84 11 Terengganu 7,919 2,346 1,925.93 12 Sabah 20,062 6,103 8,982.22 13 Sarawak 19,289 5,386 9,759.28 Jumlah 248,697 67,941 66,720.16 KHIDMAT PENGEMBANGAN DAN LATIHAN PEKEBUN KECIL
Program Pembangunan RISDA LURUHAN DAUN PESTALOTIOPSIS (LDP) Luruhan Daun Pestalotiopsis (LDP) adalah serangan penyakit luruhan daun disebabkan oleh kulat Pestalotiopsis sp. Kulat ini menjangkiti daun, tangkai, dahan dan buah pokok getah di mana jangkitan serangan tertumpu pada bahagian daun. Bermula tahun 2021, kerja-kerja pencegahan dan pengawalan telah dilaksanakan di seluruh Malaysia kecuali negeri Perlis, Pulau Pinang dan Sabah dengan tujuan mencegah dan mengawal penularan wabak penyakit ini dengan segera memandangkan kulat ini mudah merebak. Pelaksanaan adalah menggunakan kaedah semburan racun kimia pada keseluruhan pokok dan daun yang gugur sebanyak 6 kali pusingan. Selain itu, alat penyembur kabus bermotor juga dibekalkan ke setiap Pejabat RISDA Stesen bagi tujuan tunjuk ajar. Seluas 15,282 hektar kebun getah melibatkan 8,043 orang pekebun kecil telah menerima manfaat dari kerja-kerja pencegahan dan pengawalan yang dijalankan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM 15,740,099.32. Bilangan pekebun kecil dan luas kawasan yang terlibat mengikut negeri pada tahun 2021 adalah seperti Jadual 3.8-2. Jadual 3.8-2: Pelaksanaan Program Luruhan Daun Pestalotiopsis (LDP) Tahun 2021 Bil Negeri Bil pekebun kecil Hektar 1 Johor 947 1,800 2 Kedah 579 1,100 3 Kelantan 632 1,200 4 Melaka 226 430 5 Negeri Sembilan 1,068 2,030 6 Pahang 1,638 3,112 7 Perak 1,037 1,970 8 Selangor 300 570 9 Terengganu 358 680 10 Sarawak 1,258 2,390 Jumlah 8,043 15,282 Rajah 3.8-1 Program Bimbingan Dan Latihan Amalan Pertanian Baik (GAP) di Kampung Angalor, Keningau Rajah 3.8-2 Program Bimbingan Dan Latihan Amalan Pertanian Baik (GAP) di Kampung Penor, Kuantan
130 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA Rajah 3.8-3 Luruhan Daun Pestalotiopsis (LDP) di Jeli, Kelantan Rajah 3.8-4 Luruhan Daun Pestalotiopsis (LDP) di Bentong, Pahang
TERAS 4: LANDASAN INKLUSIVITI INISIATIF 3 : MODAL INSAN BERINTEGRITI
132 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA KELAB GENERASI MUDA RISDA (KGMR) Kelab Generasi Muda RISDA (KGMR) adalah sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh pekebun kecil, anak atau ahli isi rumah yang berumur di antara 18 hingga 35 tahun. Objektif pelaksanaan adalah melatih dan membimbing generasi muda pekebun kecil dalam membentuk keluarga pekebun kecil yang sejahtera melalui aktiviti pendidikan, khidmat masyarakat, keagamaan, ekonomi, sukan dan kebudayaan. Di samping itu, aktiviti KGMR ini dapat memupuk semangat kemasyarakatan dan meningkatkan kemahiran dalam usaha melahirkan generasi pelapis pekebun kecil yang berjaya. Pada tahun 2021, sebanyak RM200,000.00 telah dibelanjakan bagi pelaksanaan program ini. Bilangan aktiviti dan peserta yang terlibat mengikut negeri adalah seperti Jadual 3.9-1. Jadual 3.9-1: Pelaksanaan Program Kelab Generasi Muda RISDA (KGMR) Tahun 2021 Bil Negeri Pelaksanaan aktiviti Bil pekebun kecil 1 Johor 10 830 2 Kedah 10 700 3 Kelantan 3 300 4 Melaka 6 600 5 N.Sembilan 1 100 6 Pahang 4 400 7 Perak 6 600 8 Perlis 1 100 9 Pulau Pinang 5 400 Jumlah 46 4,030 PEMBANGUNAN INSTITUSI PEKEBUN KECIL Rajah 3.9-1 Program Kelab Generasi Muda RISDA (KGMR) di Kampung Paya Bungor, Kuantan Rajah 3.9-2 Program Kelab Generasi Muda RISDA (KGMR) di Padang Sekolah Bertam Baru, Gua Musang
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 133 Program Pembangunan RISDA KOPERASI PEKEBUN KECIL (KPK) Penubuhan Koperasi Pekebun Kecil (KPK) adalah satu mekanisma untuk merealisasikan hasrat RISDA dalam mempergiatkan penglibatan pekebun kecil melalui pengembelengan tenaga, modal, dan kemahiran pengurusan. RISDA berusaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi pekebun kecil melalui KPK dengan membantu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang berkaitan dengan pengurusan koperasi kepada Ahli Lembaga Koperasi dan anggota melalui latihan, seminar dan bengkel yang bersesuaian. Sebanyak 63 buah Koperasi Pekebun Kecil (KPK) negeri dan daerah yang aktif telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan keanggotaan seramai 150,407 orang dan jumlah saham anggota sebanyak RM40,362,482.27 sepertimana di Jadual 3.9-2. Jadual 3.9-2: Keanggotaan Dan Saham Koperasi Pekebun Kecil (KPK) Tahun 2021 Bil Negeri Bil KPK Jumlah anggota Jumlah saham anggota (RM) 1 Johor 9 20,155 8,526,150.86 2 Kedah 1 1,698 951,768.00 3 Kelantan 14 20,902 8,432,664.36 4 Melaka 10 21,803 6,967,489.73 5 Negeri Sembilan 10 13,199 1,677,924.50 6 Pahang 6 18,045 3,789,274.82 7 Perak 6 31,748 7,067,609.66 8 Perlis 1 9,011 1,002,692.96 9 Pulau Pinang 4 2,989 757,586.42 10 Selangor 1 9,011 1,002,692.96 11 Terengganu 1 1,846 186,628.00 Jumlah 63 150,407 40,362,482.27 Rajah 3.9-3 Mesyuarat Koperasi Pekebun Kecil (KPK) di Bilik Mesyuarat Pejabat RISDA Negeri Kedah Rajah 3.9-4 Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pekebun Kecil (KPK) di Dewan Sri Guchil, Kuala Krai
134 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA PERGERAKAN WANITA PEKEBUN KECIL (PWPK) Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) ditubuhkan bertujuan melatih dan membimbing wanita pekebun kecil dalam membentuk keluarga pekebun kecil yang sejahtera melalui aktiviti pendidikan, khidmat masyarakat, keagamaan, ekonomi, sukan dan kebudayaan. Kaedah latihan adalah berbentuk seminar, bengkel, kursus jangka pendek, konvensyen dan lain-lain. Setakat ini terdapat 706 buah PWPK dengan keahlian seramai 12,187 orang di seluruh negara. Pada tahun 2021, sebanyak 5,308 aktiviti telah dijalankan yang melibatkan penyertaan seramai 53,048 orang dengan perbelanjaan sebanyak RM1,520,760.00. Bilangan aktiviti dan peserta yang terlibat mengikut negeri pada tahun 2021 adalah seperti Jadual 3.9-3. Jadual 3.9-3: Pelaksanaan Program Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK)Tahun 2021 Bil Negeri Jumlah PWPK Jumlah ahli Aktiviti Peserta 1 Johor 123 1,991 942 9,420 2 Kedah 91 1,435 522 4,986 3 Kelantan 68 1,281 408 4,080 4 Melaka 26 508 268 2,680 5 Negeri Sembilan 55 1,013 382 3,820 6 Pahang 95 1,882 1,142 11,536 7 Perak 87 1,378 562 5,620 8 Perlis 8 98 64 704 9 Pulau Pinang 8 219 48 480 10 Selangor 38 858 228 2,280 11 Terengganu 74 888 525 5,100 12 Sabah 12 173 78 780 13 Sarawak 21 463 139 1,562 Jumlah 706 12,187 5,308 53,048 Rajah 3.9-5 Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) di Kampung Mengkebang, Kuala Krai Rajah 3.9-6 Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) di Kampung Kerukan, Beaufort
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 135 Program Pembangunan RISDA LATIHAN KAKITANGAN DAN PEKEBUN KECIL RISDA merupakan sebuah agensi yang mempunyai fungsi khusus membangunkan masyarakat pekebun kecil. Oleh itu, RISDA wajar mengenalpasti keperluan yang benar-benar diperlukan untuk tujuan tersebut. Programprogram latihan dirangka dan dilaksanakan kepada kakitangan dan pekebun kecil bagi melengkapkan mereka dengan ilmu dan kepakaran yang pelbagai. PROGRAM LATIHAN KAKITANGAN Program ini dilaksanakan bagi melengkapkan ilmu pengetahuan pegawai dalam bidang tugas masing-masing serta pengurusan pentadbiran supaya kakitangan lebih kompeten dan meningkatkan produktiviti organisasi. Program Latihan Staf merangkumi tiga (3) bidang iaitu: i. Teknikal; ii. Pengurusan; dan iii. Modal Insan Program latihan dirangka bagi mencapai tujuan seperti berikut: i. Membina profesionalisme pegawai dan kakitangan RISDA; ii. Melahirkan sumber manusia yang berkualiti kepada RISDA untuk masa kini dan masa hadapan; iii. Membangunkan sumber manusia yang multi-skilling yang mampu menghadapi cabaran perubahan semasa; iv. Mewujudkan nilai cipta (value creation) dan nilai tambah (value added) dalam RISDA; v. Menambahkan pengetahuan mengenai bidang tugas semasa; dan vi. Menyediakan landasan selaras dengan hala tuju kemajuan kerjaya pegawai dan kakitangan RISDA (succession planning). Pada tahun 2021 sebanyak 467 siri kursus telah berjaya dilaksanakan melibatkan seramai 18,941 penyertaan dengan perbelanjaan peruntukan sebanyak RM3,576,480.62. Berikut adalah prestasi kewangan dan fizikal bagi Latihan Staf sepertimana Jadual 3.10-1 dan Jadual 3.10-2. Jadual 3.10-1: Prestasi Kewangan Latihan Kakitangan RISDA Tahun 2021 Bil Sumber Peruntukan Peruntukan (RM) Perbelanjaan (RM) Peratus (%) 1. Mengurus 4,411,891.05 3,576,480.62 81.06% Jadual 3.10-2: Pencapaian Pelaksanaan Latihan Kakitangan RISDA Tahun 2021 Bil. Bidang Bilangan kursus Bilangan penyertaan 1. Teknikal 151 6,449 2. Pengurusan 216 5,621 3. Modal Insan 100 6,871 Jumlah 467 18,941
136 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA PROGRAM LATIHAN PEKEBUN KECIL Program Latihan Pekebun kecil terbahagi kepada dua bidang iaitu bidang latihan teknikal dan bukan teknikal. Latihan teknikal memberi penekanan kepada GAP bagi tanaman getah muda, getah matang dan projek agromakanan bagi tanaman lain dan ternakan. Manakala latihan bukan teknikal merupakan kursus Asas Keusahawanan dan kursus yang melibatkan Bina Insan. Latihan ini dilaksanakan secara formal kepada pekebun kecil dan ahli isi rumah. Lantaran Pandemik COVID-19 dan Arahan Perintah Kawalan Pergerakan, kaedah pelaksanaan latihan pekebun telah diberi pendekatan baru iaitu dilaksanakan secara hibrid (atas talian dan juga bersemuka. Sepanjang tahun 2021 sebanyak 60 kursus telah berjaya dilaksanakan dan telah dihadiri oleh 1,638 orang peserta dengan peruntukan sebanyak RM 749,179.30 Berikut adalah prestasi pelaksanaan latihan pembangunan pekebun kecil seperti Jadual 3.10-3. Jadual 3.10-3: Pencapaian Pelaksanaan Latihan Pembangunan Pekebun Kecil 2021 Bidang Bilangan Kursus Bilangan Kehadiran Perbelanjaan (RM) Teknikal Getah Muda 30 784 366,968.80 Getah Matang 24 691 293,405.50 Agromakanan 6 163 88,805.00 Jumlah 60 1,638 749,179.30 Rajah 3.10-2: Kursus Pengurusan Kebun Getah Muda (TSI) Siri 11 pada 5- 8 April 2021 secara bersemuka IKPK Bukit Sireh, Kelantan Rajah 3.10-3: Kursus Pengurusan Kebun Getah Muda (TSI) Siri 14 pada 7- 8 April 2021 secara atas talian PRD Sandakan
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 137 Program Pembangunan RISDA CADANGAN KERJA-KERJA BAGI TUJUAN MENDAPATKAN SIJIL PERAKUAN BOMBA DI BANGUNAN IBU PEJABAT RISDA Pelaksanaan kerja – kerja ini bermula pada 10 November 2020 dan telah siap sepenuhnya pada 21 Disember 2021 dengan melibatkan kos sebanyak RM1,404,000.00. Kerja yang telah dilaksanakan adalah seperti pengemaskinian pelan lantai bangunan, pemeriksaan dan pembaikan peralatan – peralatan dan sistem pencegah kebakaran. Kerja – kerja ini bertujuan untuk mendapatkan Sijil Perakuan BOMBA dan meningkatkan tahap keselamatan di bangunan milik RISDA jika berlaku kecemasan. PENGURUSAN BANGUNAN Rajah 3.11-1: Peralatan-peralatan pencegahan kebakaran
138 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA Rajah 3.11-2: Precision Aircond (PAC) indoor & outdoor bilik server CADANGAN KERJA MENGGANTI PRECISION AIRCOND (PAC) BILIK SERVER Kerja penggantian peralatan ini bermula pada 22 Julai 2021 dan selesai sepenuhnya pada 10 November 2021 dengan melibatkan kos sebanyak RM472,050.00. Kerja penggantian peralatan ini adalah bertujuan untuk memastikan peralatan ICT yang ada di dalam Bilik Server RISDA berada dalam keadaan baik dan seterusnya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh phak MAMPU. CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH GARAJ BAS DI BANGUNAN ANNEXE, IBU PEJABAT RISDA Pembinaan ini bermula pada 27 April 2021 dan siap sepenuhnya pada 29 Oktober 2021 dengan melibatkan kos sebanyak RM140,000.00. Pembinaan ini bertujuan untuk memastikan aset RISDA berada dalam keadaan baik dan selamat daripada kerosakan dan ancaman manusia. Rajah 3.11-3: Garaj berbumbung bas – bas di Ibu Pejabat RISDA
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 139 Program Pembangunan RISDA CADANGAN KERJA PEMBAIKAN BANGUNAN ASRAMA DI KOLEJ RISDA (CAWANGAN PAHANG), KAMPUNG AWAH, TEMERLOH, PAHANG Kerja pembaikan ini bermula pada 29 April 2021 dan siap sepenuhnya pada 14 November 2021 dengan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM395,400.00. Kerja pembaikan ini bertujuan memberikan kemudahan pekebun kecil dan kakitangan RISDA/SMR dalam semasa menjalani kursus. Rajah 3.11- 4: Kerja – kerja pembaikan bangunan asrama Kolej RISDA Rajah 3.11-5: Kerja – kerja pembaikan yang telah siap sepenuhnya
140 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA PEMBINAAN BANGUNAN BARU PEJABAT RISDA STESEN PASIR AKAR, TERENGGANU Pembinaan bangunan ini bermula pada 23 Julai 2019 dan siap sepenuhnya pada 31 Mei 2021 dengan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM934,000.00. Pembinaan ini bertujuan memberikan kemudahan pekebun kecil berurusan dengan RISDA dan memberikan keselesaan kepada kakitangan untuk bekerja. Rajah 3.11-6: Kerja – kerja pembinaan PRS Pasir Akar, Terengganu Rajah 3.11-7: Bangunan PRS Pasir Akar yang telah siap dibina sepenuhnya PEMBINAAN BANGUNAN BARU PEJABAT RISDA STESEN (PRS) JERANGAU, DUNGUN, TERENGGANU Pembinaan bangunan ini bermula pada 10 November 2020 dan siap sepenuhnya pada 17 November 2021 dengan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM915,000.00. Pembinaan ini bertujuan memberikan kemudahan pekebun kecil berurusan dengan RISDA dan memberikan keselesaan kepada kakitangan untuk bekerja. Rajah 3.11-8: Kerja – kerja pembinaan PRS Jerangau, Terengganu Rajah 3.11-9: Bangunan PRS Jerangau yang telah siap dibina sepenuhnya
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 141 Program Pembangunan RISDA PEMBINAAN BENGKEL MASAKAN DI INSTITUT KEMAJUAN PEKEBUN KECIL (IKPK) BUKIT SIREH, KUALA KRAI, KELANTAN Pembinaan bengkel ini bermula pada 3 November 2020 dan siap sepenuhnya pada 27 Mei 2021 dengan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM374,100.00. Pembinaan ini bertujuan memberikan kemudahan pekebun kecil dalam menjalankan kursus berkaitan. Rajah 3.11-10: Kerja – kerja pembinaan Bengkel Masakan IKPK Bukit Sireh Rajah 3.11-11: Bengkel masakan yang telah siap dibina sepenuhnya
142 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA PELAN ANTI RASUAH RISDA Selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri Siri 2 No. 1 Tahun 2019 – Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional yang mana setiap kementerian, jabatan, agensi dan kerajaan negeri hendaklah membangunkan OACP di peringkat organisasi, RISDA telah melancarkan Pelan Antirasuah RISDA (RACP 2019-2023) pada 13 November 2019 melalui Arahan Ketua Pengarah Bilangan 8 Tahun 2019. Pelan tersebut adalah bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah di RISDA dan juga Syarikat Milikan RISDA (SMR). Ianya telah menggariskan 3 Bidang Keutamaan meliputi 3 Strategi, 28 Risiko dan 153 Inisiatif yang perlu dibangunkan dan dilaksanakan oleh BahagianBahagian mengikut fungsi dan bidang tugas masing-masing. Antara lain, Visi RACP adalah ke arah melahirkan warga RISDA dan Syarikat Milikan RISDA (SMR) yang bebas rasuah dan salah laku. Terdapat dua misi yang disasarkan iaitu: i. Meningkatkan kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti berdasarkan tadbir urus baik; dan ii. Mewujudkan persekitaran perniagaan yang bersih. Rajah 3.12 – 1: Pelan Antirasuah RISDA (RACP) 2019-2023
LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 143 Program Pembangunan RISDA PENGURUSAN PERHUBUNGAN AWAM & LIPUTAN MAJLIS Sebanyak 47 majlis rasmi RISDA telah dilaksanakan dengan jayanya di seluruh Malaysia sepanjang tahun 2021. Jumlah ini merangkumi majlis-majlis yang telah dihadiri oleh YB Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (I dan II), YB Pengerusi RISDA, pengurusan tertinggi RISDA dan lain-lain. Antaranya ialah Majlis Pekebun Kecil Makmur, Taklimat Pengurusan RISDA Kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri KPLB, Program Ramah Mesra Pengerusi RISDA dan sebagainya. Jadual 3.13-1 : Jumlah Program / Majlis Rasmi RISDA Yang Telah Dijalankan Sepanjang Tahun 2021 BIL PROGRAM / MAJLIS JUMLAH (BIL PROGRAM) 1 YB Menteri 3 2 YB Timbalan Menteri (I dan II) 4 3 YB Pengerusi RISDA 22 4 Pengurusan Tertinggi 6 5 Lain-Lain 12 JUMLAH KESELURUHAN 47 PROGRAM PENINGKATAN IMEJ RISDA Rajah 3.13-1: Majlis Pekebun Kecil Makmur RISDA Peringkat Negeri Kedah pada 16 Oktober 2021 yang dihadiri oleh YB Menteri KPLB Rajah 3.13-2: Majlis Pekebun Kecil Makmur RISDA Peringkat Negeri Pahang pada 11 April 2021 yang dihadiri oleh YB Timbalan Menteri (I) KPLB
144 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA PENGURUSAN MEDIA CETAK, MEDIA ELEKTRONIK DAN MEDIA SOSIAL Sepanjang tahun 2021, sebanyak 642 liputan berita berkaitan program dan majlis rasmi RISDA telah dikeluarkan kepada umum melalui media cetak dan elektronik. Pecahan liputan keseluruhan mengikut jenis media ialah 525 dari atas talian (online), 43 dari akhbar, 66 dari televisyen dan 8 dari radio. Liputan-liputan ini berkaitan pengurusan program pembangunan RISDA, pekebun kecil RISDA dan majlis-majlis rasmi RISDA. Berikut merupakan jumlah program dan majlis rasmi RISDA pada tahun 2021: Jadual 3.13-2 : Jenis Media dan Bilangan Program / Majlis Rasmi RISDA Yang Telah Dijalankan Sepanjang Tahun 2021 Bil Jenis Media Bilangan Program Dan Majlis Rasmi RISDA 1. Secara Atas Talian (Online) 525 2. Akhbar 43 3. Televisyen 66 4. Radio 8 Jumlah 642 Rajah 3.13.-3: Taklimat Pengurusan RISDA pada 5 Oktober 2021 yang dihadiri oleh YB Timbalan Menteri (II) KPLB Rajah 3.13-4: Program Suntikan Vaksin Pekebun Kecil pada 9 Jun 2021 yang dihadiri oleh YB Pengerusi RISDA Bagi liputan artikel Bahasa Melayu, Sinar Harian menguasai sebanyak 61 artikel, diikuti oleh Harian Metro (58 artikel), Bernama (52 artikel), Berita Harian (46 artikel) dan Utusan Malaysia (39 artikel) serta lain-lain liputan artikel oleh pelbagai media. Rajah 3.13-5: Liputan Media Cetak Berkaitan RISDA