The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faiman1970, 2023-10-12 00:55:30

LAPORAN TAHUNAN RISDA

LAPORAN TAHUNAN RISDA 2021

LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 145 Program Pembangunan RISDA Bagi pengurusan media sosial, RISDA telah mewujudkan akaun rasmi Facebook rasmi RISDA (RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah), Youtube rasmi RISDA (RISDA TV Official) dan laman sesawang rasmi Pekebun Kecil Makmur (www.pekebunkecilmakmur.com.my). Melalui Facebook rasmi RISDA, pelbagai cadangan, pertanyaan dan aduan telah diterima dari pengunjung merangkumi program bantuan tanam semula, bantuan keusahawanan, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), tawaran jawatan kosong di RISDA dan lain-lain yang berkaitan. Sementara itu, bagi Youtube rasmi RISDA pelbagai video telah dimuat naik untuk tontonan umum merangkumi tujuh pecahan program antaranya seperti Usahawan Bimbingan RISDA, Inspirasi Pekebun Kecil, Inovasi RISDA, RISShop, Santapan Rohani, Kapsul Santai RISDA dan Halaqah Ilmu RISDA. RISDA juga telah menyediakan laman sesawang rasmi Pekebun Kecil Makmur bagi memantapkan lagi penyaluran informasi kepada masyarakat umum. Melalui laman sesawang ini, pelbagai informasi terkini berkaitan program dan bantuan yang ditawarkan oleh RISDA kepada orang awam terutamanya kepada masyarakat pekebun kecil pelbagai bantuan seperti maklumat Model Perancangan Strategik RISDA (MPSR) Tahun 2021-2025, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), Kempen RISDA Prihatin dan lain-lain. Rajah 3.13-6: Liputan Media Elektronik Berkaitan RISDA Rajah 3.13-7: Laman Rasmi Facebook Baharu RISDA Malaysia


146 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan RISDA PENGURUSAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN Kegiatan kesenian dan kebudayaan turut memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk mempromosikan imej korporat RISDA. Penglibatan kumpulan Briged Seni RISDA yang telah menjadi satu identiti dan daya tarikan dalam usaha untuk mewujudkan kelainan dalam semua program RISDA yang dilancarkan. Kumpulan Briged Seni RISDA terdiri daripada kumpulan koir, kombo, gamelan, seni tari dan juga nasyid yang melibatkan keahlian daripada kakitangan RISDA dan juga kakitangan Kumpulan RISDA Holdings (KRH) seluruh Malaysia. Rajah 3.13-8: Laman Rasmi Youtube RISDA TV Rajah 3.13-9: Laman Web Pekebun Kecil Makmur Rajah 3.13-10: Kumpulan Koir RISDA Selain mempromosikan imej RISDA pada masyarakat umum, RISDA juga menerapkan nilai-nilai kerjasama di kalangan warga kerja. Dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kakitangan dalaman, hubungan kerjasama akan lebih kukuh demi memastikan penyampaian perkhidmatan RISDA dapat dilaksanakan sebaik mungkin.


LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 147 Program Pembangunan RISDA PENGURUSAN ADUAN AWAM DAN KHIDMAT PELANGGAN RISDA sentiasa komited dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan selari dengan misi khidmat pelanggan RISDA iaitu perkhidmatan yang berkualiti, mesra, profesional serta responsif terhadap kehendak pelanggannya. RISDA telah berjaya memenuhi kriteria-kriteria” Delighting The Customers” selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2008 (PKPA 1/2008) yang meliputi elemen-elemen penting iaitu fizikal, emosi dan penyampaian. Pengurusan Khidmat Pelanggan di RISDA dibahagikan kepada tiga pecahan utama iaitu : i. Pengurusan Aduan Awam; ii. Khidmat Telefonis; dan iii. Kaunter Khidmat Pelanggan Pengurusan Aduan Awam RISDA melibatkan segala urusan aduan awam, pertanyaan, cadangan, makluman dan lain-lain yang berkaitan. Sumber penerimaan aduan adalah melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA), surat rasmi/ surat layang, emel/ faksimili, hadir sendiri, telefon, peti cadangan/ aduan, media massa (cetak/ elektronik/ atas talian), media sosial (Facebook/ Twitter/ Youtube/ Instagram/ lain-lain) dan Biro Pengaduan Awam (BPA). Bagi khidmat telefonis RISDA, RISDA telah melaksanakan penggunaan aplikasi Auto Call Centre RISDA Ibu Pejabat dengan hasrat memantapkan kualiti layanan telefon di agensi. Berikut adalah laporan panggilan telefon yang diterima sepanjang tahun 2021 bagi khidmat telefonis RISDA : Jadual 3.13-3 : Rekod Panggilan Luaran dan Dalaman Sepanjang Tahun 2021 Bulan Jumlah panggilan Januari 3,277 Februari 2,471 Mac 3,476 April 4,095 Mei 2,947 Jun 35 Julai 623 Ogos 1,909 September 3,342 Oktober 3,582 November 4,455 Disember 3,883 Jumlah keseluruhan panggilan 36,098


Program Pembangunan RISDA Manakala bagi kaunter khidmat pelanggan di premis RISDA, rekod kehadiran pelawat yang berurusan di Ibu Pejabat RISDA pada tahun 2021 adalah seramai 7,208 orang sepertimana jadual di bawah:- Jadual 3.13-4: Perbandingan Rekod Kehadiran Pelawat Berurusan di RISDA Bagi Tahun 2020 dan 2021 BULAN TAHUN 2020 2021 Januari 608 517 Februari 490 684 Mac 266 1,149 April - 942 Mei 131 599 Jun 243 135 Julai 242 153 Ogos 871 411 September 1,694 591 Oktober 1,200 572 November 1,350 695 Disember 1,452 760 JUMLAH 8,547 7,208 26 22 13 21 7 11 RUMUSAN KESELURUHAN PANGGILAN SEPANJANG TAHUN 2021 (%) KAKITANGAN PEKEBUN KECIL PEMBEKAL/ KONTRAKTOR PRN/ PRD/ PRJ/ PRB PESARA ORANG AWAM Rajah 3.13-11: Gambar Rajah Rumusan Panggilan Sepanjang Tahun 2021


PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR


150 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan Luar Bandar Kesinambungan peranan RISDA sebagai Agensi Pelaksana dan Agensi Pembayar bagi projek-projek yang menerima peruntukan Wang Pengurusan Projek KPLB berterusan sehingga tahun 2021 dengan programprogram seperti berikut: i. Program Hasil Baharu Agromakanan; ii. Program Lonjakan Mega Luar Bandar (PLMLB); iii. Program Desa Lestari; iv. Program Kecil / Berimpak Tinggi Di Bawah Projek Khas Tahun 2020; dan v. Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Jadual 4.1-1: Ringkasan Status Perbelanjaan Wang Pengurusan Projek KPLB setakat 31 Disember 2021 Perkara Peruntukan (RM) Belanja (RM) Perbelanjaan (%) Pelaksana 67,881,369.26 14,016,826.73 20.65 Pembayar 352,770,507.89 143,499,942.89 40.68 Jumlah 420,651,877.15 157,516,769.62 37.45 PROGRAM LONJAKAN MEGA LUAR BANDAR (PLMLB) Program ini merupakan satu program bersepadu dan komprehensif bertujuan untuk membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar melalui peningkatan pendapatan, peningkatan kualiti hidup serta mempercepatkan pembangunan di kawasan mundur, terpencil dan terbiar. Program ini juga berperanan sebagai salah satu program pembasmian kemiskinan dan melonjak pendapatan isi rumah dalam kumpulan B40. Projek Agropolitan merupakan projek dibawah PLMLB, KPLB yang telah diluluskan oleh Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (National Implementation Task Force) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 9 Oktober 2006. Terdapat tiga (3) komponen yang di bawah pelaksanaan projek agropolitan seperti berikut: i. Fizikal - pembinaan rumah, infrastruktur asas, kemudahan ameniti dan prasarana perniagaan; ii. Modal Insan - penganjuran Kursus Pra Penempatan untuk Ketua Isi Rumah (KIR) dan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengeluaran hasil; dan iii. Ekonomi a) Ladang Sejahtera - Tanah milik Kerajaan Negeri ditanam dengan tanaman komoditi berimpak tinggi (getah/ sawit) dan agihan dividen/saham (2.5 hektar/peserta di semenanjung, 4.0 hektar Sabah/Sarawak) kepada peserta dalam senarai e-kasih yang dipilih oleh Focus Group. b) Ladang Komersial - Ladang ditanam dengan tanaman kontan (jangka pendek) yang diurus koperasi atau agensi dan agihan dividen/saham kepada peserta. PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR


LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 151 Program Pembangunan Luar Bandar Jadual 4.1-2: Senarai Projek Agropolitan Mengikut Lokasi Bil. Agropolitan Daerah Negeri Tanaman Luas Ladang Sejahtera (hektar) Tahun Pembangunan 1 Gahai Kuala Lipis Pahang Getah 232.69 2007/2013 2 Chemomoi Bentong Pahang Getah 518.27 2010 3 Ganda Gerik Perak Getah 562.64 2010 4 Ulu Awik Betong Sarawak Getah 330.36 2011 5 Nanga Sekuau Sibu Sarawak Getah 544.14 2011 PROJEK AGROPOLITAN GAHAI Projek Agropolitan Gahai terbahagi kepada 2 fasa pembangunan iaitu Fasa 1 dan Fasa 2. Pada tahun 2013, Fasa 1 telah mula mengeluarkan hasil dan sehingga akhir Disember tahun 2021, jumlah penghasilan adalah sebanyak 1,489,940.80 kg (berat kering) dengan pendapatan berjumlah RM6,826,215.98. Manakala Agropolitan Gahai Fasa 2 merupakan pembangunan kawasan Ladang Komersial yang digantikan dengan tanaman getah. Bilangan pokok keseluruhan adalah sebanyak 12,447 pokok dan akan mula ditoreh pada akhir tahun 2021. Jumlah peserta bagi projek Agropolitan Gahai adalah seramai 80 orang dengan pecahan seperti berikut: i. 50 orang mendiami penempatan Agropolitan dan menerima dividen; dan ii. 30 orang tiada petempatan dan hanya menerima dividen. Projek ini telah menyumbangkan dividen sebanyak RM1,684,000.00 (RM21,050.00 /peserta) sepanjang tempoh pelaksanaan projek. Rajah 4.1-1: Ladang Sejahtera Fasa 1 (Getah Matang)


152 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan Luar Bandar PROJEK AGROPOLITAN CHEMOMOI Projek Agropolitan Chemomoi mempunyai tiga (3) komponen iaitu Ladang Sejahtera, Ladang Komersial dan Petempatan. Pada tahun 2021, kawasan ladang yang telah berhasil ialah seluas 184.15 hektar daripada jumlah keseluruhan 518.27 hektar. Penorehan bermula pada tahun 2017 dengan hasil terkumpul sebanyak 981,064.00 kg (berat kering) dengan pendapatan RM4,119,178.17. Projek Agropolitan Chemomoi telah mempunyai petempatan untuk didiami oleh 200 orang peserta yang menjalankan kerja-kerja menoreh di Ladang Sejahtera. Projek ini telah menyumbangkan dividen Ladang Sejahtera sebanyak RM1,060,000.00 dan agihan sebanyak RM5,300.00/peserta. Manakala Ladang Komersial telah mengeluarkan dividen sebanyak RM450,000.00 dengan agihan sebanyak RM2,250.00/peserta. Rajah 4.1-2: Ladang Sejahtera Fasa 1 (Getah Matang) Rajah 4.1-3: Ladang Agropolitan Chemomoi dan Kebun Getah Matang


LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 153 Program Pembangunan Luar Bandar PROJEK AGROPOLITAN GANDA Projek ini mempunyai Ladang Sejahtera seluas 652.64 hektar melibatkan tiga (3) blok. Ladang Sejahtera Ganda seluas 57.00 hektar dari Blok 1 telah mula mengeluarkan hasil. Setakat Disember 2021, pengeluaran hasil ladang adalah sebanyak 143,262.00 kg (berat kering) dengan pendapatan berjumlah RM 715,002.00. Manakala blok-blok lain sedang di dalam proses pembukaan tapak torehan yang dibuat secara berperingkat. Projek Agropolitan Ganda, Gerik, Perak memberikan manfaat kepada 246 peserta dengan luas pemilikan 2.57ha/peserta. Projek penempatan Agropolitan Ganda telah digantikan dengan projek PPRT yang diuruskan oleh Kementerian dan peserta diuruskan oleh Kerajaan Negeri Perak. Rajah 4.1-4: Ladang Sejahtera Fasa 1 (Getah Matang) Rajah 4.1-5: Kawasan di Ladang Sejahtera Agropolitan Ganda, Grik, Perak


154 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan Luar Bandar PROJEK AGROPOLITAN ULU AWIK Projek Agropolitan Ulu Awik di Betong, Sarawak mempunyai satu komponen sahaja iaitu Ladang Sejahtera seluas 330.04 hektar melibatkan 157 orang peserta. Projek ini telah mengeluarkan hasil sebanyak 39,721.80 kg (berat kering) dengan pendapatan ladang sebanyak RM158,359.21. Rajah 4.1-6: Keadaan pokok getah di Blok A dan B, Ladang Agropolitan Ulu Awik, Betong, Sarawak PROJEK AGROPOLITAN NANGA SEKUAU Projek Agropolitan Nanga Sekuau di Sibu, Sarawak berkeluasan 491.944 hektar mula ditoreh pada tahun 2019 dan hasil yang diperolehi adalah sebanyak 17,174.14 kg (berat kering) dengan pendapatan ladang sebanyak RM82,014.00. Seramai 517 orang peserta yang merupakan penoreh dan penerima dividen yang akan diagihkan melalui agensi Kerajaan Negeri Sarawak. Rajah 4.1-7 Keadaan pokok getah di Ladang Agropolitan Nanga Sekuau, Sibu, Sarawak Rajah 4.1-8: Keadaan pokok getah di Ladang Agropolitan Nanga Sekuau, Sibu, Sarawak


LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 155 Program Pembangunan Luar Bandar PROGRAM DESA LESTARI Pelaksanaan projek-projek di bawah Program Desa Lestari pada tahun 2021 adalah berfokus kepada penyelesaian baki projek yang telah diluluskan pada tahun 2017 merangkumi sektor pertanian, pelancongan, rekreasi dan perkhidmatan. Terdapat baki tiga (3) buah kampung yang terlibat dalam Program Desa Lestari dan sedang dalam pelaksanaan mengikut jenis projek seperti Jadual 4.2-1. Jadual 4.2-1: Senarai kampung dan jenis-jenis projek yang sedang dalam pelaksanaan Bil. Nama Kampung Jenis Projek 1 Kg. Merchong, Pekan, Pahang Pertanian 2 Kg. Kayu Kelat, Besut, Terengganu Pertanian 3 Kg. Uma Belor, Belaga, Sarawak Perkhidmatan Rajah 4.2-2: Projek Perkhidmatan Pertanian di Kg. Uma Belor, Belaga, Sarawak Rajah 4.2-3: Projek Perkhidmatan Pertanian di Kg. Kayu Kelat, Jerteh, Terengganu Rajah 4.2-1: Penyerahan mesin jentuai padi untuk projek pertanian di Kg. Merchong, Pekan, Pahang


156 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Program Pembangunan Luar Bandar PROGRAM KECIL / BERIMPAK TINGGI DI BAWAH PROJEK KHAS TAHUN 2020 Pada tahun 2021, RISDA masih meneruskan peranan sebagai agensi pelaksana bagi projek-projek kecil berimpak tinggi dan berbentuk people centric yang membantu meningkatkan ekonomi dan memberi kesejahteraan kepada masyarakat luar bandar di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (dulu dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Ekonomi). Sejumlah RM6,753,345.00 telah diluluskan kepada RISDA untuk pelaksanaan 53 buah projek di negeri Kelantan. Sehingga 31 Disember 2021, RISDA telah berjaya menyiapkan sebanyak 48 projek dengan jumlah perbelanjaan RM3,415,370.20 manakala lima (5) projek masih dalam pelaksanaan dan proses perolehan. Rajah 4.3-2: Menaiktaraf jalan Kampung Keling Limbat, Mukim Selor, Dun Pasir Tumboh, Kelantan Rajah 4.3-1: Kerja pemasangan karpet untuk Masjid Mukim Lating, Kelantan


LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 157 Program Pembangunan Luar Bandar PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT) Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bertujuan meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga. Pada hujung tahun 2021, RISDA telah dilantik sebagai Agensi Pelaksana oleh Bahagian Kesejahteraan Rakyat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi melaksanakan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di negeri Terengganu dan Pahang. Pelaksanaan PPRT ini melibatkan tiga (3) daerah iaitu Kuala Terengganu, Bentong dan Maran. Sejumlah RM2,294,000.00 telah diluluskan kepada RISDA bagi pelaksanaan enam (6) unit bina baru dan 157 unit baik pulih. Sehingga 31 Disember 2021, RISDA telah berjaya menyiapkan 22 unit baikpulih dengan perbelanjaan sebanyak RM286,000.00. Manakala sebanyak 141 unit PPRT (enam (6) unit bina baru dan 135 unit baikpulih ) masih dalam pelaksanaan dan proses perolehan. Rajah 4.4-2: Kerja membaik pulih rumah PPRT di Kg. Titian Baru, Kuala Terengganu, Terengganu Rajah 4.4-1: Kerja membaik pulih rumah PPRT di Kg. Surau Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu


KHIDMAT PENGURUSAN RISDA


160 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Khidmat Pengurusan RISDA RISDA telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan Bencana RISDA (JPPBR) bagi peringkat Ibu Pejabat, Negeri dan Daerah melalui Surat Pekeliling Bahagian Pentadbiran Bilangan 16 Tahun 2020. JPPBR ditubuhkan adalah bertujuan bagi membincang dan memuktamadkan maklumat, laporan, pelan dan tindakan yang perlu diambil dalam pengurusan sesuatu bencana yang berlaku melibatkan kakitangan dan pekebun kecil RISDA. BENCANA PANDEMIK COVID-19 Pada Mac 2020, negara dikejutkan dengan penularan wabak COVID-19 di seluruh Negara dan RISDA turut terkesan dengan wabak tersebut. RISDA telah mematuhi arahan penutupan pejabat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan juga seiring dengan arahan-arahan Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan juga Kementerian Pembangunan Luar Bandar. RISDA telah mengambil inisiatif bagi mengawal dan membendung penularan wabak COVID-19 di seluruh PT RISDA pada tahun 2021 dengan memberikan peruntukan khas sebanyak RM150,000.00 bagi membekalkan pelitup muka, hand sanitizer, alat penyukat suhu badan, test kit dan perkhidmatan sanitasi kepada semua PT. RISDA bersama-sama dengan RISDA Security And Services Sdn Bhd iaitu Syarikat Milikan RISDA yang telah dilantik sebagai pelaksana proses sanitasi pejabat bagi memastikan penyebaran wabak dapat dihindarkan. Selain itu, RISDA turut menyediakan peruntukan sebanyak RM300.00 bagi memberikan bantuan kewangan kepada pelaksanaan ujian calitan (swab test) kepada kakitangan yang diarahkan untuk menjalankan ujian tersebut. Pengurusan RISDA melalui JPPBR sentiasa memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa dipatuhi oleh semua pegawai dan kakitangan RISDA. PENGURUSAN BENCANA RISDA Rajah 5.1-1: Proses sanitasi yang dilakukan setiap kali kes positif


LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 161 Khidmat Pengurusan RISDA BENCANA BANJIR Pada bulan Disember 2021, Malaysia telah dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda di Negeri Kedah, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kelantan dan Terengganu. RISDA telah diberi tanggungjawab oleh KPLB untuk melaksanakan misi bantuan banjir di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. RISDA telah membelanjakan sebanyak RM188,550.00 pada tahun 2021 bagi pengurusan banjir yang meliputi kit banjir, peralatan bantuan banjir dan bantuan kewangan kepada pihak yang terlibat. Seramai 94 orang kakitangan RISDA seluruh Negara telah terjejas akibat banjir yang berlaku di kawasan tempat tinggal mereka. Sumbangan banjir ini telah diagihkan melalui PT dengan satu tujuan dan matlamat iaitu bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh kakitangan selaras dengan objektif RISDA iaitu RISDA Prihatin, Pekebun Kecil Makmur. Rajah 5.1-2: Proses-proses pembersihan


162 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Khidmat Pengurusan RISDA INSPEKTORAT DAN AUDIT DALAM MEMORANDUM RANCANGAN AUDIT (MRA) 2022 MRA 2022 telah dikeluarkan melalui bengkel yang diadakan pada 15 hingga 17 November 2021 di Pusat Latihan, RISDA (RISTEC) dan telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit RISDA Bil.3 Tahun 2021 pada 1 Disember 2021. Sebanyak 158 pusat tanggungjawab akan diaudit mengikut bidang-bidang yang telah ditetapkan. BIAD akan terus melaksanakan auditan dengan cekap dan saksama menerusi audit susulan, prestasi dan tajuk-tajuk semasa. Jadual 5.2-1: Memorandum Rancangan Audit 2022 Bil Unit Tajuk Bil. PT 1 Unit Inspektorat Audit Pematuhan Pengurusan Bayaran Program Tanam Semula Dan Kebun Tertahan Bantuan 11 2 Audit Pematuhan Pengurusan Stor PT 11 3 Unit Audit Kewangan Audit Pematuhan Perolehan Dan Bayaran 20 4 Accountability Index Monitoring System (AIMS) 66 5 Audit Akaun Divisyen 4 6 Unit Audit Ladang Auditan Pengurusan Program Getah Matang (SIPG & PPG) 11 7 Unit Audit Pengurusan Audit Susulan Pengurusan Kenderaan RISDA 4 8 Audit Pematuhan Pengurusan Aset 10 9 Audit Pematuhan Program AET 10 10. Audit Prestasi Program PPP (Premis Perniagaan & Pemasaran) 10 11. Audit Prestasi Keberkesanan Latihan Kakitangan 1 Jumlah Keseluruhan 158 Rajah 5.2-1: Bengkel Memorandum Rancangan Audit 2022 pada 15 hingga 17 November 2021 di Pusat Latihan, RISDA (RISTEC)


LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 163 Khidmat Pengurusan RISDA PENCAPAIAN PRESTASI AUDITAN Auditan di BIAD dilakukan mengikut Memorandum Rancangan Audit (MRA) yang telah dipersetujui dan diluluskan oleh Pengurusan RISDA dan Jawatankuasa Audit RISDA (JKAR). Tajuk Audit Tahun 2021 yang akan dilaksanakan oleh BIAD adalah seperti berikut: Jadual 5.2-2: Memorandum Rancangan Audit 2021 BIL. UNIT TAJUK 1 Unit Audit Pengurusan Auditan Pematuhan Keselamatan Perlindungan RISDA 2 Auditan Prestasi Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) & Auditan Prestasi Program Pembangunan Produk di Bawah Program Pembangunan Usahawan 3 Unit Audit Ladang Auditan Prestasi Rancangan Pemulihan Kebun (RPK) ke atas Tanam Semula Berkelompok (TSB) 4 Auditan Susulan Tanam Semula Berkelompok (TSB) 5 Unit Audit Kewangan Pengauditan Pematuhan – Pengurusan Perolehan & Bayaran (Piagam & Dokumen Bayaran) 6 Pengauditan Kendiri – Accountability Index Monitoring System (AIMS) 7 Pengauditan Perakaunan – Akaun Pembiayaan RISDA 8 Unit Inspektorat Auditan Pematuhan Pengurusan Bekalan Benih & Baja 9 Auditan Pematuhan Pengurusan Program Tanam Semula Individu Bagi tahun 2021, sebanyak 88 Pusat Tanggungjawab (PT) telah dirancang untuk diaudit. Setakat 31 Disember 2021 kesemua PT yang telah dirancang untuk dilaksanakan auditan telah berjaya diaudit. MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT RISDA (JKAR) JAWATANKUASA AUDIT RISDA (JKAR) Jawatankuasa Audit RISDA (JKAR) merupakan satu jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mengkaji keperluan Bahagian Audit Dalam terhadap piagam yang telah dirangka. JKAR juga dijadikan sebagai satu platform di mana kajian perancangan aktiviti oleh Audit Dalam yang meliputi skop kerja, jadual, keanggotaan serta penyelarasan di antara Juruaudit Dalam serta Juruaudit Luar. Ahli Jawatankuasa JKAR bertindak sebagai penasihat Ahli Pihak Berkuasa RISDA berhubung dengan penyata kewangan, prospektus, laporan-laporan kewangan, maklumat prestasi serta lain-lain perkara yang melibatkan tanggungjawab sebagaimana diputuskan oleh Pihak Berkuasa RISDA.


Khidmat Pengurusan RISDA KEAHLIAN :- Jadual 5.2-3 Pelaksanaan Mesyuarat JKAR 2021 Pengerusi Wakil Kementerian Pengawal Ahli Wakil Kementerian Kewangan Malaysia Wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Wakil Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Wakil Sektor Pekebun Kecil Wakil Sektor Pekebun Kecil Setiausaha Pengarah Bahagian Inspektorat dan Audit Dalam Bilangan Ahli 6 orang Korum Mesyuarat 3 Orang PELAKSANAAN MESYUARAT JKAR Mesyuarat JKAR perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali pada setiap tahun. Jadual 5.2-4 Pelaksanaan Mesyuarat JKAR 2021 Bil. Rujukan Tarikh/Tempat 1. Bil.1/2021 30 Jun 2021, diadakan secara atas talian melalui aplikasi Zoom 2. Bil.2/2021 7 September 2021, diadakan secara atas talian melalui aplikasi Zoom 3. Bil.3/2021 1 Disember 2021, diadakan di Ibu Pejabat RISDA 4. Bil.4/2021 Tidak dapat dilaksanakan berikutan kekangan masa akibat pandemik COVID-19 Rajah 5.2-2: Mesyuarat Jawatankuasa Audit RISDA Bil.3 Tahun 2021 1 Disember 2021 di Ibu Pejabat RISDA


Khidmat Pengurusan RISDA ACCOUNTABILITY INDEX MONITORING SYSTEM (AIMS) AIMS merupakan satu sistem berasaskan web yang digunakan untuk melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan PT secara atas talian (online). Sistem ini dibangunkan oleh BADSA, MINDEF dengan menggunakan konsep self assessment. Melalui kaedah ‘G2G’, sistem ini kemudian digunapakai oleh RISDA dalam memudahkan proses auditan BIAD dalam menilai prestasi pengurusan kewangan PT. AIMS telah dilancarkan pada 3 September 2018. Sistem percubaan telah dilaksanakan ke atas PT perintis iaitu Pejabat RISDA Daerah Bentong dengan jayanya. PELAKSANAAN AUDITAN AIMS Bahagian Inspektorat dan Audit Dalam telah melaksanakan pengauditan kendiri melalui sistem AIMS bermula tahun 2020. Dalam tahun kedua pelaksanaannya, beberapa perkara telah ditambah baik untuk memastikan pengurusan penilaian kendiri di Pusat Tanggungjawab lebih berkesan. Di samping itu, situasi semasa menuntut supaya dasar pelaksanaan dipinda untuk kesesuaian keadaan semasa. Sistem AIMS pada tahun 2021 telah dibuat sepenuhnya secara atas talian ke atas semua Pusat Tanggungjawab berbeza dengan tahun sebelum ini di mana kaedah pelaksanaan auditan secara fizikal. Semakan dilakukan terhadap dokumen-dokumen berkaitan yang telah diemel oleh Pusat Tanggungjawab kepada pihak audit. Sistem AIMS telah dibuka kepada semua Pusat Tanggungjawab pada 15 Mac 2021 sehingga 15 April 2021. Pusat Tanggungjawab juga turut diarahkan untuk menghantar dokumen untuk semakan oleh pihak audit pada 28 Julai 2021 hingga 15 September 2021.


PERISTIWA SEPANJANG TAHUN


168 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Peristiwa Sepanjangn Tahun MAJLIS & SAMBUTAN SEPANJANG TAHUN 2021 Misi Bantuan Banjir Pahang: 7 Januari 2021 Lawatan Kerja Menteri Kewangan Malaysia di Projek AET di Jempol, Negeri Sembilan: 14 Februari 2021


LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 169 Peristiwa Sepanjangn Tahun Lawatan YB Menteri ke UCAM : 16 Mac 2021 Amanat Pengurusan RISDA 2021: 15 & 16 Februari 2021 Pesona Jumaat Sambutan Ramadan : 9 April 2021


170 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Peristiwa Sepanjangn Tahun Mesyuarat Pemantauan PRD/J/B Bil. 1 2021: 27 Mei 2021 Program Kempen Vaksinasi Daerah Jempol : 6 Julai 2021 Pengagihan Zakat Korporat RISDA : 2 September 2021


LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 171 Peristiwa Sepanjangn Tahun Majlis Pekebun Kecil Makmur RISDA Negeri Kedah : 16 Oktober 2021 Mesyuarat PUSPANITA : 9 November 2021 Lawatan Timbalan Menteri II di Ibu Pejabat RISDA : 5 Oktober 2021


172 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Peristiwa Sepanjangn Tahun Hari Inovasi RISDA 2021 : 9 Disember 2021


ANUGERAH PENGIKTIRAFAN


174 | LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA Anugerah Pengiktirafan KATEGORI ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM : i. JOHAN : Inovasi RG Wildboar dari PRD Baling,Kedah Sejenis alat yang dicipta dan diletakkan/dipacakkan sebelah anak pokok getah muda bagi tujuan mengawal kerosakan yang berpunca dari haiwan liar. Inovasi ini telah digunapakai lebih 12,000 batang pokok di Baling, Kedah. Inovasi ini dilengkapi dengan batang utama dan dililit dengan dawai bermata tajam, haiwan liar sering kali mengais tanah di keliling anak pokok untuk mencari makanan sehingga menyebabkan anak pokok cedera atau patah. Inovasi ini berfungsi bagi mengelakkan perkara ini berlaku, kaedahnya dengan dipacak dan haiwan liar akan terluka atau sakit apabila mengais tanah keliling anak pokok. HARI INOVASI KPLB TAHUN 2021 Rajah 6.1-1: Penerimaan Anugerah Kualiti & Inovasi KPLB 2021 Rajah 6.1-2 : Kumpulan yang menjayakan projek RG Wildbour


LAPORAN TAHUNAN 2021 RISDA | 175 Anugerah Pengiktirafan ii. NAIB JOHAN: Inovasi BKB2U dari Bahagian Kewangan dan Belanjawan(BKB), Ibu Pejabat. Aplikasi Inovasi yang dicipta bagi mengatasi masalah carian pekeliling kewangan. Sebelum ini carian pekeliling melalui web RISDA, fail simpanan dan pendrive simpanan. Purata masa yang diambil hingga 15-30minit. Selepas wujudnya app ni hanya perlu menaip kata kunci dan pekeliling akan dijumpai kurang dari seminit. Rajah 6.1-3 : Halaman utama App yang digunakan KATEGORI ANUGERAH KUALITI ASET & STOR i. JOHAN : Bahagian Pentadbiran(BP), Ibu Pejabat Rajah 6.1-4: Muka depan sistem aset & stor DANA INOVASI RISDA telah menerima dana berjumlah RM285,000.00 daripada Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) melalui Projek Inovasi Produk Burger Cendawan. Projek ini telah dibangunkan secara kerjasama oleh usahawan RISDA, Pegawai RISDA Pontian dan Pegawai Inovasi RISDA. Hasil lambakan cendawan tiram kelabu yang tidak habis dijual biasanya dibuang bagitu sahaja dan kerugian akan dialami oleh pengusaha. Bagi mengatasi masalah ini satu (1) idea inovasi telah dibangunkan dengan membuat produk hiliran iaitu kepingan burger cendawan. Inovasi ini telah berjaya mengatasi masalah ini dengan jayanya dan tumpuan utama jualan ialah vegeterian dan seterusnya terbuka pada semua penggemar burger. Dana diperolehi hasil kerjasama pegawai inovasi RISDA bersama pihak MOSTI dan YIM untuk mengembangkan lagi pengenalan produk baru iaitu burger cendawan. Rajah 6.2-1 : Gerai cendawan frozen Rajah 6.2- 2 : Burger cendawan frozen


LAPORAN PENYATA KEWANGAN


183 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Syarikat-Syarikat Subsidiari


184 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Syarikat-Syarikat Subsidiari


185 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Syarikat-Syarikat Subsidiari Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini.


186 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Syarikat-Syarikat Subsidiari Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini.


187 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Syarikat-Syarikat Subsidiari Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini.


188 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Syarikat-Syarikat Subsidiari Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini.


189 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Syarikat-Syarikat Subsidiari Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini.


190 Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini.


191 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Syarikat-Syarikat Subsidiari Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini.


192 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Syarikat-Syarikat Subsidiari


193 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Syarikat-Syarikat Subsidiari


194 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Syarikat-Syarikat Subsidiari


Click to View FlipBook Version