130 4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua kata hikmat yang sesuai. Pada zaman dahulu, di kawasan luar bandar, semangat kejiranan sangat tinggi. Sekiranya ada berita baik maka riuhlah di kampung, kalau ada kenduri satu kampung juga akan bergotong-royong, memasak, melakukan persiapan, mengemas dan sebagainya. Jalinan silaturahim mereka sangatlah erat. Walau bagaimanapun, semangat kejiranan dalam kalangan rakyat mutakhir ini kian runtuh terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Hal ini disebabkan masyarakat bandar sibuk dengan pekerjaan, keluar awal pagi dan balik lewat malam, malah ada antara kita tidak kenal jiran sebelah rumah. Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di bandar perlu memperbanyakkan interaksi sesama jiran tetangga. (i) Muafakat membawa berkat (ii) Bersatu teguh, bercerai roboh [2 markah] 5 Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Populasi Harimau Malaya semakin berkurang kerana kehilangan habitatnya akibat pembukaan hutan bagi tujuan pembangunan, pembukaan hutan yang tidak terancang, diburu dan diperdagangkan secara haram. Keadaan ini menjadikan statusnya kini semakin terancam. Pencerobohan hutan secara haram melibatkan warga asing yang menjarah hasil hutan dan melakukan pemburuan haram semakin meningkat dan perlu diambil tindakan secara progresif. Kehadiran Harimau Malaya menandakan hutan belantara yang sebenar dan dunia kita sentiasa berkembang dari alam dan bumi yang semakin dimamah dan berkurangan akibat arus pembangunan. Pahlawan alam telah bertempur di barisan depan. Mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk melindungi keunggulan Harimau Malaya dan belantara tempat kehidupannya. (Dipetik dan diubah suai daripada “Harimau Malaya, Kemandiriannya di Tangan Kita,”, oleh Hazril Rafhan Abdul Halim,Dewan Kosmik, Bil.07/2021) BAHAN 2 “Tuan Binjah mahu melombong di Bukit Ungu,” kata Sidek. “Melombong apa?” tanya Misa mencelah bingung. “Kami ada padi saja.” “Tentulah tanah ungu. Serangan Qadqad sekarang berleluasa di hutan seluruh negeri. Kata Tuan Binjah, sesiapa yang dapat mengawal tanah ungu, pasti kaya raya!” “Kalau begitu, melombong di pinggir hutan saja… tanahnya ungu juga,” saran Dodo. “Bagi Tuan Binjah, mana cukup kalau setakat di pinggir hutan,” Sidek menggeleng. Dodo dan Misa mengurut dada. Tkt2 Stra A+ BM 10 UASA(126-139).indd 130 10/17/2023 5:15:03 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
131 “Kelmarin, Tuan Binjah mengarahkan seisi kampung berpindah. Katanya, tanah itu bukan hak milik suku yang pindah-randah macam kamu. Tapi tentulah Tuk Sibat tak mahu terima arahan itu, “ ujar Sidek, menambung cerita. “Khabarnya, pagi ini pula, Tuan Binjah bawa samseng luar ke sana.”” (Dipetik daripada cerpen “Talia dan Raksasa Qadqad”, Antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia) (a) Dengan berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan aktiviti kerakusan manusia terhadap hutan. Aktiviti kerakusan manusia terhadap hutan berdasarkan Bahan 1 ialah melakukan pembangunan/pembukaan hutan tidak terancang/pemburuanharam/perdagangan haram. Manakala dalam Bahan 2, aktiviti kerakusan manusia terhadap hutan ialah melakukan perlombongan. [3 markah] (b) Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam kedua-dua bahan di atas. Kita tidak seharusnya bersikap tamak dengan menghancurkan habitat semula jadi hutan/ kita perlulah melestarikan hutan yang menyimpan banyak khazanah alam/ Kita seharusnya cinta akan alam semula jadi yang menjadi warisan zaman berzaman. (mana-mana dua jawapan yang munasabah) [3 markah] (c) Hutan yang menjadi habitat hidupan liar kini semakin hari semakin ditarah oleh tangan-tangan rakus yang nafsi atas alasan pembangunan sehingga ada flora dan fauna diancam kepupusan. Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan progresif yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan dan pihak berwajib untuk menangani masalah ini? Memberikan latihan taktikal hutan dan serang hendap kepada renjer hutan agar mudah membuat tangkapan/memberikan bantuan alatan dan kelengkapan yang canggih seperti dron bagi memudahkan pemantauan dilakukan/menutup semua laluan tikus dan meletakkan askar untuk menjaga laluan tersebut/menguatkuasakan undang-undang penjara seumur hidup atau hukuman gantung kepada pesalah yang berkaitan. (mana-mana dua jawapan yang munasabah) [4 markah] Tkt2 Stra A+ BM 10 UASA(126-139).indd 131 10/17/2023 5:15:03 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
132 6 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Jalan Ke Puncak, karya Juri Durabi (ii) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani (iii) Meniti Impian, karya Osman Ayob (iv) Jejak MONPUS, karya Zulaikha Paikon Nilai-nilai murni yang diserapkan dalam penceritaan dapat memberi inspirasi dan pengajaran kepada pembaca. Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda kaji, nyatakan tiga nilai dan contoh peristiwa yang sesuai. NOVEL NILAI WATAK Jalan ke Puncak Kesyukuran Laiman bersyukur kerana projek ikan air tawar yang diusahakannya telah membuahkan hasil dan kerajaan menghargai usaha yang dijalankan dengan menjadikan sebagai projek contoh di daerah mereka. Darah Titik di Semantan Keberanian Zahid sangat taat akan agama dan dia sering berdoa sesudah solat agar perjuangannya dan rakan-rakan menentang penjajah diberkati oleh Allah. Meniti Impian Ketaatan Zahar tetap tabah dalam mengejar cita-citanya walaupun dia dihimpit kemiskinan. Jejak MONPUS Ketabahan Zahar memberanikan diri ke Pulau Pisang semula untuk mencari penawar bagi penyakit gatal yang dialami oleh penduduk kampung walaupun ditegah oleh ibu dan rakannya. Novel Jalan ke Puncak • Nilai keberanian : Laiman berani menjadi petani moden kerana berkeyakinan usahanya akan membuahkan kejayaan walaupun pada peringkat awal ditentang oleh ayahnya kerana menolak tawaran bekerja di Jabatan Pertanian. • Nilai kegigihan : Laiman gigih mengusahakan ladang tembikai, menternak ikan air tawar dan udang harimau di kampungnya walaupun dia mempunyai ijazah kejuruteraan • Nilai kasih sayang : Pak Kassim amat menyayangi anaknya kerana walaupun dia pada mulanya menentang impian Laiman tetapi dia akur akan kebolehan anaknya apabila melihat tanaman tembikai telah mengeluarkan hasil lalu memujuk Pak Sahok untuk memastikan tanah rizab yang bercantum dengan tanah lelaki itu boleh diusahakan oleh anaknya untuk penternakan ikan air tawar. Novel Darah di Titik Semantan • Nilai kegigihan : Datuk Bahaman gigih menaikkan semangat juang dalam kalangan penduduk Semantan untuk menentang pihak Inggeris. • Nilai patriotisme : Zahid, Datuk Bahaman dan penduduk Semantan semuanya mempunyai semangat cinta akan negara Tkt2 Stra A+ BM 10 UASA(126-139).indd 132 10/17/2023 5:15:03 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
133 dan sanggup bergadai nyawa memerangi musuh semata-mata mempertahankan tanah air yang dicintai. • Nilai keberanian : Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk Terua seorang diri setelah mendapat tahu pihak Inggeris membakar kampung-kampung di Semantan. Dia telah berjaya membunuh banyak mata-mata pihak Inggeris walaupun seorang diri. Novel Meniti Impian • Nilai kasih sayang : Zahar sanggup melupakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja di bengkel Pak Yusuf bagi membantu meringankan beban emaknya yang sakit dan menyara dua adiknya yang masih bersekolah. • Nilai kegigihan : Zahar sangat gigih berusaha menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan dalam loji yang akhirnya berjaya mempunyai bengkel perabotnya sendiri. • Nilai kesabaran : Zahar tetap sabar ketika menghadapi konflik dengan Suhaili, iaitu bekas teman sekolahnya apabila Suhaili memperlekehkan hasratnya untuk menyambung pelajaran di IKM dalam bidang Pertukangan Perabot. Novel Jejak MONPUS • Nilai kegigihan : Zahar gigih mengkaji dan mencipta penawar bagi menyelesaikan masalah ulat bulu yang melanda Kampung Maju Jaya. • Nilai kasih sayang : Qistina amat menyayangi anaknya dan berasa bimbang akan keselamatan Zahar apabila penduduk kampung menyalahkan anaknya gara-gara membiaknya ulat bulu berintik hitam, lalu dia mencadangkan kepada anaknya itu memusnahkan makmalnya. • Nilai kebijaksanaan : Tok Ketua Kampung membuat keputusan yang tepat dengan menasihati penduduk kampung agar tidak membuat keputusan secara terburu-buru da berbincang untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul. [10 markah] Tkt2 Stra A+ BM 10 UASA(126-139).indd 133 10/17/2023 5:15:03 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
134 BAHAGIAN C (15 markah) Baca petikan di bawah dengan telitinya. Dengan berdasarkan petikan tersebut, tulis rumusan tentang yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahasa ialah alat penting dalam komunikasi manusia. Tanpa bahasa, manusia hanya mampu berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat atau bahasa tubuh. Walau bagaimanapun, perubahan era globalisasi mula mengubah corak komunikasi dan bahasa bukan sahaja dari sudut positif, tetapi juga negatif. Fenomena ini dapat dilihat daripada penggunaan bahasa tidak sopan atau kasar yang semakin menjadi-jadi. Kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor yang mewujudkan bahasa kurang sopan atau biadab antaranya ialah sikap penutur yang suka menunjuk-nunjuk akan kehebatan diri dan ego. Mereka ini mempunyai rasa angkuh dan cenderung menggunakan kata-kata kasar dan kesat apabila berinteraksi dengan orang lain. Sikap sopan juga turut terhakis dari dalam diri individu tersebut. Seseorang yang mempunyai emosi tidak stabil, jiwa yang resah, kusut dan tidak terkawal juga akan cenderung mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang lain. Hal ini mungkin disebabkan oleh perasaan rendah diri atau marah akibat dihina atau dimarahi. Selain itu, institusi keluarga yang bermasalah juga turut mejadi punca. Ibu bapa yang sering bergaduh sering mengeluarkan kata-kata yang tidak sesuai dan kurang sopan di hadapan anak-anak. Anak-anak akan menganggap cara percakapan begitu adalah normal dan betul sehingga terikut-ikut gaya bahasa tersebut apabila berinteraksi dengan orang lain. Rakan sebaya merupakan orang yang paling hampir dengan seseorang itu selain ibu bapa dan keluarga. Pergaulan bebas dengan rakan sebaya yang bermasalah juga akan menyebabkan mereka turut terpengaruh dengan gejala negatif seperti penggunaan bahasa-bahasa kesat dan lucah. Tingkah laku ini jika tidak dibendung akan memberi kesan negatif kepada generasi muda. Penggunaan bahasa dialek secara tidak langsung turut menyumbang kepada fenomena bahasa yang tidak sopan apabila penutur dialek dari daerah yang berlainan saling berkomunikasi menggunakan dialek daerah. Akibatnya, wujud ketidakfahaman terhadap makna yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, ungkapan “celaka” merupakan ungkapan biasa dan mesra bagi masyarakat di negeri Melaka. Namun, ungkapan ini dianggap sangat kesat bagi penutur dialek dari negeri lain. Di samping bahasa dialek, penggunaan bahasa pasar seperti “lu”, “gua”, “blah” dan sebagainya semakin menjadi ikutan golongan remaja. Kebiasaan penggunaan bahasa pasar dalam pertuturan mereka mencerminkan penggunaan bahasa yang kurang sopan. Kesimpulannya, proses perkembangan bahasa berlaku dengan pantas sejajar dengan perkembangan kemodenan dan teknologi. Hal ini secara tidak langsung telah menghakis nilai kesantunan berbahasa sekiranya tidak dibendung. Oleh itu, pihak-pihak berwajib harus mengambil langkah proaktif bagi memastikan gejala ini tidak terus membarah dalam diri setiap ahli masyarakat dan memastikan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” dapat direalisasikan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Baik Budi Bahasa”, oleh Abdullah Awang, Dewan Bahasa, Bil. 04/2020) Rumusan membincangkan faktor kewujudan bahasa kurang sopan dalam berbahasa, iaitu sikap penutur yang berasa hebat dan ego. Selain itu, emosi yang tidak stabil dan kusut juga menyumbang kepada bahasa yang kurang sopan ini. Institusi keluarga yang bermasalah juga menjadi faktor berlakunya gaya bahasa yang kurang sopan. Di samping itu, pergaulan bebas dengan rakan sebaya yang bermasalah juga menyebabkan masalah ini berlaku. Faktor lain berlakunya bahasa kurang sopan ialah penggunaan bahasa dialek dalam kalangan penutur negeri yang berlainan. Akhir sekali, bahasa pasar yang kesat dan biadap juga menyebabkan kewujudan bahasa kurang sopan. [10 markah] Tkt2 Stra A+ BM 10 UASA(126-139).indd 134 10/17/2023 5:15:03 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
135 Dengan berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. menambahkan pelbagai informasi terkini cemerlang dalam akademik meningkatkan kemahiran berbahasa meluaskan penggunaan kosa kata mencerdaskan minda dan akal fikiran Kebaikan Amalan Membaca “Membaca Jambatan Ilmu” sering diwara-warakan untuk memupuk amalan membaca. Amalan ini mempunyai pelbagai kebaikan. Salah satu kebaikan amalan membaca adalah dapat menambahkan pelbagai informasi yang terkini menggunakan saluran arus perdana. Selain itu, membaca juga dapat meningkatkan kemahiran berbahasa yang lancar. Amalan membaca juga dapat meluaskan penggunaan kosa kata melalui pembacaan bahan fiksyen dan bukan fiksyen. Minda dan akal juga menjadi semakin cerdas melalui pembacaan. Akhir sekali, seseorang yang suka membaca akan cemerlang dalam akademik. Kesimpulannya, amalan ini perlu diterapkan sejak kecil ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. [10 markah] KERTAS 2 1 JAM Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. BAHAGIAN A (10 markah) Tkt2 Stra A+ BM 10 UASA(126-139).indd 135 10/17/2023 5:15:03 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
136 BAHAGIAN B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 1 Industri pelancongan kini semakin berkembang dan menjadi salah satu industri terpenting negara kerana kemasukan pelancong asing yang semakin meningkat dan kebanjiran warga tempatan yang berkunjung ke tempat-tempat percutian selepas dua tahun berkurung akibat penyakit COVID-19 yang hampir melumpuhkan industri pelancongan ini. Tulis karangan kebaikan-kebaikan pelancongan dalam negara kepada rakyat tempatan. 2 Rakan anda dari Brunei telah mengirimkan e-mel kepada anda dan menyatakan hasratnya untuk datang melancong ke Malaysia pada musim cuti sekolah yang akan datang. Balas e-mel rakan anda selengkapnya dan ceritakan kepadanya tentang keunikan-keunikan yang ada di Malaysia. 3 Anda dan keluarga telah mengikuti konvoi kereta menjelajah negeri-negeri di pantai Timur, iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Ceritakan pengalaman anda melawat tempat-tempat yang menarik yang terdapat di negeri tersebut. Tkt2 Stra A+ BM 10 UASA(126-139).indd 136 10/17/2023 5:15:06 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
137 Soalan 1: Kebaikan melancong di dalam negeri kepada rakyat tempatan Pendahuluan • Pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia pada tahun 2020 hingga 2021 telah merencatkan industri pelancongan seluruh dunia – pada tahun 2022 semua sempadan telah dibuka – ramai pelancong mula keluar untuk melancong setelah dua tahun terperap di rumah – tempat-tempat pelancongan dibanjiri oleh pelancong tempatan dan luar negara – industri pelancongan bernafas kembali – pelancongan dalam negara dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada rakyat tempatan Isi-isi penting 1 Meningkatkan ekonomi negara – berbelanja di dalam negara dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pelbagai industri lain yang berkaitan dengan industri pelancongan – industri hotel, makanan dan minuman sebagai contohnya, mendapat tempias keuntungan daripada kepesatan industri pelancongan – keuntungan daripada pelbagai sektor ekonomi tempatan dapat membantu negara menampung kembali segala kerugian ketika pandemik berlaku 2 Penjimatan dari pelbagai aspek seperti masa, wang dan tenaga – terdapat banyak tempat yang menarik di Malaysia yang setanding dengan tempat-tempat pelancongan di luar negara – tidak perlu mengambil cuti yang panjang untuk melancong – boleh menggunakan kenderaan sendiri dan harga tempat penginapan yang berpatutan – boleh juga dilakukan pada hujung minggu ke tempat-tempat pelancongan berdekatan dengan tempat tinggal – banyak penjimatan berlaku 3 Mengenal sejarah, budaya dan ada resam kaum majmuk di Malaysia – keunikan makanan, busana, bangunan dan sebagainya – mudah mendapatkan informasi kerana menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan – contohnya kaum Baba Nyonya di Melaka – “tak kenal maka tak cinta” – kepelbagaian tidak memisahkan rakyat Malaysia kerana amalan hormat-menghormati dan memahami sensitiviti agama dan budaya masing-masing Kesimpulan • “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri” amat signifikan dengan rakyat tempatan yang bangga dengan keunikan di Malaysia – selain dapat memastikan kelangsungan industri pelancongan di Malaysia, pertumbuhan ekonomi dapat dijana – keuntungan negara seterusnya dapat disalurkan kepada rakyat – situasi “menang-menang” ini perlu dikekalkan untuk kesejahteraan negara pada masa akan datang. Tkt2 Stra A+ BM 10 UASA(126-139).indd 137 10/17/2023 5:15:06 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
138 Soalan 2: E-mel keunikan di Malaysia Format Daripada : e-mel pengirim Kepada : e-mel penerima Subjek : Keunikan di Malaysia Nama penerima Pendahuluan • Mengucapkan terima kasih kerana mengirimkan e-mel – bertanya khabar rakan – mendoakan kesejahteraan rakan – menyatakan rasa gembira untuk menerima kedatangan rakan bercuti ke Malaysia – ingin menceritakan keunikan yang ada di Malaysia Isi-isi penting 1 Terdapat pelbagai keunikan di Malaysia antaranya ialah masyarakat majmuk – terdiri dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Iban, Kadazan dan banyak lagi – setiap kaum mempunyai adat resam yang tersendiri – dapat mengenali dan mempelajari kepelbagaian budaya yang unik – walaupun berbeza agama dan budaya namun tetap bersatu padu dan hidup dalam keadaan yang harmoni – setiap kaum menghormati sensitiviti agama dan budaya kaum lain 2 Perlu merasai keunikan makanan yang ada di Malaysia – mendapat jolokan “syurga makanan dunia” – bermacam-macam jenis dan rasa yang unik – mengikut kepelbagaian kaum dan negeri yang ada di Malaysia – contohnya, Melayu terkenal dengan nasi lemak, Cina popular dengan kuih bulan dan India dengan menu roti canai – contoh makanan mengikut negeri pula, Melaka terkenal dengan masakan asam pedas, Negeri Sembilan dengan masakan masak lemak cili padi dan sebagainya – akibat asimilasi persekitaran di Malaysia yang pelbagai, dapat dilihat setiap kaum akan menikmati masakan kaum lain – berkongsi rasa muhibah, citarasa unik dan selera yang berbeza 3 Keunikan panorama dan bangunan di Malaysia – kaya dengan anugerah alam seperti hutan hujan khatulistiwa, pantai, bukit, gunung, sungai, air terjun dan banyak lagi – panorama indah yang menjanjikan kedamaian setanding dengan luar negara – sebagai contohnya, tanah tinggi Cameron Highlands dan Genting Highlands – banyak bangunan bersejarah yang menyimpan seribu satu kisah di sebaliknya seperti Kota A Famosa di Melaka – bangunan pencakar langit seperti Menara 188 dan Bangunan Berkembar Petronas – merupakan salah satu negara Asia Tenggara yang mempunyai landskap yang indah dan menjadi pilihan pelancong dari luar negara Penutup • Berharap informasi yang diberikan dapat memberi gambaran tentang keunikan di Malaysia – perlu datang dan melihat sendiri Tkt2 Stra A+ BM 10 UASA(126-139).indd 138 10/28/2023 12:01:40 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
139 keunikan dan keindahan yang diceritakan – “tak kenal makan tak cinta” – menanti kehadiran rakan dengan rasa teruja – semoga dapat berjumpa nanti Daripada Nama pengirim Soalan 3: Konvoi kereta ke Pantai Timur Pendahuluan • Kelab Kereta Exora Kuala Lumpur yang disertai oleh ayah menganjurkan konvoi jelajah ke Pantai Timur pada musim cuti sekolah akhir tahun – aku dan keluarga berasa sangat teruja kerana turut berpeluang mengikuti konvoi ini – sebanyak 10 buah kereta Exora yang terlibat – objektif utama adalah untuk mengeratkan ukhuwah antara ahli kelab di samping melawat tempat-tempat menarik di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan Isi-isi penting 1 Semua yang terlibat diminta berkumpul di tol Gombak – perjalanan ke Pahang dijangka bermula pada pukul 8:00 pagi – perjalanan dimulakan dengan bacaan doa oeh marsyal yang telah dilantik – cuaca pada pagi itu cerah dan perjalanan konvoi sangat lancar – di Pahang, kami sempat singgah mengisi perut di tempat makan popular di Bentong, iaitu Restoran Lemang To’ki – makan tengah hari pula, kami mencuba asam pedas tempoyak yang menjadi menu popular di Temerloh – kami singgah di Pekan pula untuk merasai menu istimewa di sini iaitu martabak Mengkasar dan puding raja – banyak tempat-tempat menarik yang kami lawati di Kuantan seperti Masjid Sultan Ahmad 1, Menara 188, pantai Teluk Cempedak dan pelbagai kedai makanan laut di tanjung Lumpur - di Cherating pula, kami mengambil peluang menikmati keindahan Pantai Cherating dan singgah makan di gerai celup tepung di tepi pantau dan Kafe Marion yang tular di media sosial milik warga Perancis – Pahang sememangnya menjanjikan percutian yang menarik kerana kaya dengan keindahan alam seperti pantai, air terjun, bukit, gunung dan pelbagai anugerah alam yang indah 2 Konvoi di Terengganu pula dimulakan pada hari ketiga – panorama pantai-pantai yang sangat indah dan tenang seperti Pantai Penarik, Pantai Batu Buruk, Pantai Kemasik dan banyak lagi – mengambil peluang bergambar di mercu tanda terbaharu di Terengganu, iaitu Jambatan Angkat Kuala Terengganu – kami singgah di Pasar Payang dan mengambil peluang bersiar-siar menaiki beca Pasar Payang – mencari keropok lekor yang menjadi menu popular di Kampung Losong – Teregganu sememangnya popular dengan seni bina masjid yang tercantik di Malaysia – sempat melawat Masjid Putih atau Masjid Abidin, iaitu masjid tertua di Terengganu, Masjid Kristal dan Masjid Terapung yang begitu unik dari segi seni binanya – banyak juga tempat makan yang menarik sempat kami lawati untuk mengisi perut seperti Warung Aziz Satar, Kedai Nasi Dagang Atas Tol, Restoran Singgang Budu dan beberapa kafe yang popular – kami juga melawat Batu Bersurat yang popular dan Bukit Tebuk antara tempat bersejarah yang Tkt2 Stra A+ BM 10 UASA(126-139).indd 139 10/17/2023 5:15:06 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
140 ada di Terengganu – banyak kisah di sebalik pembinaannya yang diceritakan oleh penduduk kampung – pengalaman melawat tempat-tempat menarik dan keramahan penduduk setempat di Terengganu tidak akan dilupakan 3 konvoi diteruskan ke Kelantan pada hari kelima – Kelantan digelar “Serambi Mekah” kerana penekanan agama oleh kerajaan Kelantan – orang Islam boleh dikenakan tindakan jika tidak menutup aurat – banyak tempat menarik di Kelantan – syurga makanan yang menyajikan pelbagai juadah unik yang sedap dan murah – kami membeli-belah di pasar popular di Kelantan iaitu Pasar Besar Siti Khadijah - banyak barangan orang tempatan seperti budu, asam keping, buah keranji, kain batik, tudung bawal dan kuih-muih tradisional Kelantan yang majoritinya dijual oleh penjual wanita – mengunjungi Pasar Terapung Sri Manjung, Pantai Suri yang konsepnya lebih kurang sama di Thailand – pengalaman pertama kali menaiki bot menuju ke Pulau Suri walaupun berasa takut tetapi teruja – Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor syurga buat ibu-ibu untuk mencari pinggan mangkuk, periuk belanga dan pelbagai perkakasan rumah – kami juga bergambar beramai-ramai di mercu tanda Kelantan iaitu Menara Rehal dan Istana Balai Besar – pantai-pantai yang cantik dan indah seperti Pantai Bisikan Bayu, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Sri Tujoh dan banyak lagi pantai yang menarik untuk dikunjungi dengan pelbagai aktiviti yang ditawarkan - keindahan alam yang masih terpelihara di Kelantan memang menggamit ketenangan dalam diri Kesimpulan • Pengalaman selama enam hari di negeri-negeri Pantai Timur benar-benar menyeronokkan – perasaan bangga dan cinta akan negara yang kaya dengan anugerah alam semula jadi yang indah dan terpelihara – bersyukur negara masih diberi nikmat ketenangan dan kedamaian – ukhuwah antara kami semakin erat dan mesra – berharap agar dapat mengikuti lagi konvoi seperti ini pada masa akan datang untuk mengenal bumi Malaysia yang tercinta [30 markah] Tkt2 Stra A+ BM 10 UASA(126-139).indd 140 10/17/2023 5:15:06 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA