The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISBN: 978-629-473-211-7
WM: RM10.90 / EM: RM11.90

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2023-12-01 01:39:33

STRATEGI A+ BAHASA MELAYU Tingkatan 2

ISBN: 978-629-473-211-7
WM: RM10.90 / EM: RM11.90

80 Darah Titik di Semantan Pengajaran Peristiwa Kita perlulah berani menegakkan keadilan. Datuk Bahaman berani menentang penjajah Inggeris walaupun tahu dirinya dalam keadaan terancam. Tindakan yang dilakukan oleh Datuk Bahaman ialah menyusun strategi perang terhadap Inggeris. Apabila Desborough datang dengan membawa 50 orang mata-mata Inggeris, Datuk Bahaman menyerang dan menewaskan mereka. Kita mestilah berjiwa patriotisme. Datuk Bahaman dan orang-orangnya sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menyelamatkan tanah air tercinta. Buktinya, apabila dia membunuh 50 orang matamata Inggeris yang dibawa oleh Desborough kerana menganggap golongan penjajah tidak boleh diberi muka di bumi Semantan. (Terima jawapan-jawapan lain yang relevan) Praktis 6 Berdasarkan novel yang anda pelajari, nyatakan tema dan dua persoalan yang hendak disampaikan oleh penulis dalam novel itu. Meniti Impian Tema Tema novel Meniti Impian ialah keazaman dan kesungguhan dalam mencapai cita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya. Persoalan 1 Minat dan kebolehan diri – Pak Yusuf membuka bengkel perabot secara kecil-kecilan walaupun dia tidak mempunyai sijil kemahiran dalam bidang tersebut. – Zahar sangat meminati bidang pertukangan dan banyak belajar daripada Pak Yusuf sehingga dia berjaya menjadi pelajar cemerlang di IKM 2 Konflik percintaan dalam kalangan remaja – Zahar mempunyai perasaan terhadap Suhaili tetapi Suhaili tidak menyukai Zahar kerana taraf pendidikan mereka berbeza. – Norimi menaruh perasaan kepada Zahar tetapi amat cemburu. 3 Persahabatan yang ikhlas – Razali ikhlas membantu Zahar ketika Zahar menjalani latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di rumahnya. – Zahar dan rakan-rakan di IKM serta di kampung saling memberi sokongan antara satu sama lain. (Terima jawapan-jawapan lain yang relevan) Jalan ke Puncak Tema Novel ini membawa tema kegigihan seorang pemuda dalam membina kerjayanya dengan cara berdikari. Buktinya, Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan bekerja makan gaji, sebaliknya dia memilih untuk bekerja sendiri dengan mengusahakan Tkt2 Stra A+ BM 4 Novel(71-82).indd 80 10/17/2023 5:13:43 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


81 ladang tembikai di kampungnya. Laiman turut mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau, berniaga kedai makan dan menjadi peraih hasil pertanian di kampungnya. Berkat usaha gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya dan mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan. Persoalan 1 Ketabahan menghadapi dugaan hidup – Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada keluarganya yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri. 2 Keberanian menceburi bidang pertanian yang berisiko tinggi – Laiman berani menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan sebaliknya mengambil keputusan untuk mengusahakan ladang tembikai dan menternak ikan air tawar serta udang harimau. 3 Pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga – Abang dan nenek Laiman telah mengorbankan wang ringgit demi membiayai pengajian Laiman di universiti. 4 Semangat setia kawan – Milan yang merupakan kawan dan sepupu Laiman sentiasa menyokong usaha Laiman untuk menjayakan projek pertaniannya walaupun mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri. (Terima jawapan-jawapan lain yang relevan) Jejak MONPUS Tema Novel ini bertemakan kegigihan seorang remaja dalam membuat penyelidikan untuk menyelamatkan nyawa manusia yang diancam oleh serangan ulat bulu. Persoalan 1 Hubungan kasih sayang dalam sesebuah keluarga – Qistina amat menyayangi anaknya, Zahar. Dia bimbang akan keselamatan Zahar apabila penduduk kampung menyalahkan anaknya itu gara-gara membiaknya ulat bulu berintik hitam, lalu dia mencadangkan kepada anaknya itu agar memusnahkan makmalnya. Qistina juga mencadangkan agar mereka berpindah rumah sahaja. 2 Kepentingan ilmu sains dalam kehidupan – Zahar membuat penyelidikan secara saintifik untuk menghasilkan formula bagi menghapuskan ulat bulu yang menyerang kampungnya. 3 Perasaan dendam pasti merugikan diri sendiri – Ripin seorang samseng kampung yang suka bergaduh dengan orang yang tidak sebulu dengannya. Sebelum ini dia berkelahi dengan Zahar. Isu serangan ulat bulu berintik hitam menyebabkan dia melibas bahu Zahar dengan pisau sehinggakan dia ditangkap polis. Walaupun dibebaskan, dia tetap tidak insaf. Dia berterusan memburukkan nama Zahar. Akhirnya dia ditangkap kerana terlibat dalam kes penipuan benih cambah sawit yang dijalankan secara haram serta pemalsuan dokumen urus niaga. (Terima jawapan-jawapan lain yang relevan) Tkt2 Stra A+ BM 4 Novel(71-82).indd 81 10/17/2023 5:13:43 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


82 Darah Titik di Semantan Tema Novel ini bertemakan semangat patriotisme dalam kalangan anak watan untuk membebaskan tanah air daripada dijajah. Datuk Bahaman serta orang-orangnya telah menyusun strategi dan serangan melawan Inggeris yang mula bertapak di daerah Semantan. Mereka terpaksa melalui pelbagai cabaran untuk menentang penjajah. Persoalan 1 Bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan – Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad bersama-sama membina kubu di Teluk Sengarat. Apabila tempat itu siap, Datuk Bahaman, Mat Lela dan Tuk Selampit mengawal tempat tersebut. Datuk Bahaman juga menyampaikan amanat bahawa pertempuran ini akan lebih sulit dan besar kerana bakal menghadapi 50 orang mata-mata Sikh yang diketuai oleh Desborough. 2 Semangat cinta akan negara – Datuk Bahaman dan orang-orangnya sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menyelamatkan tanah air tercinta. Buktinya, apabila dia membunuh 50 orang mata-mata Inggeris yang dibawa oleh Desborough kerana menganggap golongan penjajah tidak boleh diberi muka di bumi Semantan. 3 Keberanian untuk menegakkan keadilan – Datuk Bahaman berani menentang penjajah Inggeris walaupun tahu dirinya dalam keadaan terancam. Tindakan yang dilakukan oleh Datuk Bahaman ialah menyusun strategi perang terhadap Inggeris. Apabila Desborough datang dengan membawa 50 orang mata-rnata Inggeris. (Terima jawapan-jawapan lain yang relevan) Tkt2 Stra A+ BM 4 Novel(71-82).indd 82 10/17/2023 5:13:43 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


83 Morfologi/Frasa/Sintaksis/Peribahasa [20 markah] Bahagian A Ujian Bulanan 1 Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Puan Sabrina mengisi masa lapang dengan menanam pelbagai jenis pokok herba di rumahnya. A pesisiran C petempatan B penginapan D pekarangan 2 Pada setiap pagi, Devan dan Isaac menggunakan untuk melintas jalan raya yang sibuk itu. A jejambat C jejari B jejantas D jeriji Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul. 3 I Pandangan di atas bukit itu sangat cantik terutama pada waktu pagi. II Murid-murid pandangan sambil tersenyum sebelum menjawab soalan guru. III Pandangan nenek itu tertumpu kepada cucunya yang sedang bermain basikal. IV Setiap orang mempunyai pandangan sendiri terhadap isu kenaikan harga barang. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I Binatang yang kejam banyak terdapat di hutan rimba. II Sungguh indah pemandangan di masjid itu, lampu neonnya kejam celik. III Masyarakat dunia mengutuk perbuatan kejam yang dilakukan negara Israel. IV Penjenayah yang kejam itu telah berjaya ditembak oleh polis ketika bersembunyi di sebuah rumah kosong. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Rakyat Malaysia mesti berganding bahu demi untuk keharmonian negara. A berganding bahu demi B bergandingan bahu demi C bergandingan bahu demi untuk D berganding bahu demi untuk 6 Aminah dipersuamikan dengan pemuda pilihan ibunya. A Aminah dipersuami oleh B Aminah dipersuamikan akan C Aminah dipersuamikan dengan D Aminah dipersuamikan dengan Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Martabak yang dijual di pasar malam itu enak sekali. II Baju kurung itu kubelikan untuk adik sebagai hadiah hari jadinya. III Alternatif terbaik untuk berjaya adalah dengan berusaha bersunguh-sungguh. IV Tiap hari Sabtu, Mala akan bekerja secara sambilan di pasar raya itu. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Selebriti terkenal dari Korea itu melancong di Malaysia. II Hakim telah menjatuhi penjenayah itu hukuman 10 tahun penjara akibat kesalahan mengedar dadah jenis heroin. III Para murid-murid beratur di kantin semasa membeli makanan. IV Segerombolan doktor sedang berusaha menyelamatkan pesakit di dalam wad kecemasan. Tkt2 Stra A+ BM 5 UB1(83-90).indd 83 10/17/2023 5:13:57 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


84 Bahagian B 1 Dalam iklan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. KARNIVAL MINI Kami menyajikan hidangan yang sedap dan enak untuk tetamu anda. Bermula daripada 50 pek hingga 500 pek. Untuk semua majlis: majlis perkahwinan, majlis sambutan hari lahir, majlis kesyukuran, majlis berbuka puasa dan sebagainya. Pakej disediakan mengikut badjet anda. Antara menu yang ditawarkan v nasi ayam berempah, nasi tomato, nasi beriani, mi kari, roti jala, satay, bubur kacang dan macam-macam lagi Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi kami melalui nombor telefon 017-2567xxx v Cik Wanie (i) badjet – bajet (ii) satay – sate [2 markah] A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9 Masalah kesesakan lalu lintas merupakan masalah utama bagi ribuan pengguna jalan raya khususnya yang tinggal di bandar-bandar besar. A Masalah utama bagi beribu-ribu pengguna jalan raya khususnya yang tinggal di bandar-bandar besar ialah masalah kesesakan lalu lintas. B Bandar-bandar besar menyebabkan ribuan pengguna jalan raya terpaksa terkandas dalam kesesakan lalu lintas. C Masalah kesesakan jalan raya sangat meruncing khususnya bagi pengguna lalu lintas di bandarbandar besar. D Pengguna-pengguna jalan raya di bandar sering menghadapi kesesakan lalu lintas bagi jalan raya utama. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10 Suhaila seorang murid yang cemerlang dalam pelajaran. Dia tidak suka membuang masa dengan perkara yang sia-sia. Dia akan berasa rugi jika masanya terbuang begitu sahaja. Nyatakan kata-kata hikmat yang sesuai dengan situasi di atas. A Masa itu emas B Kata mesti dikota C Ilmu itu pelita hati D Biar lambat asal selamat Tkt2 Stra A+ BM 5 UB1(83-90).indd 84 10/17/2023 5:13:57 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


85 2 Dalam petikan di bawah, terdapat dua kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Masalah yang dihadapi oleh penduduk di Pangsapuri Melor itu adalah kekurangan bekalan air ke unit masingmasing selepas pukul 6:00 petang pada setiap hari. Masalah ini telah berlarutan sejak sebulan yang lalu. Walau bagaimanapun, wakil perumahan telah membuat aduan, pihak berkenaan masih belum mengambil apa-apa tindakan. (i) adalah – ialah (ii) walau bagaimanapun – walaupun [2 markah] 3 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat di bawah berdasarkan ayat-ayat berikut: Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat Seru. (i) Hanya murid yang gigih berusaha akan beroleh kejayaan yang luar biasa. Ayat Penyata (ii) Janganlah kita angkuh setelah memperoleh kejayaan cemerlang kerana sikap sedemikian akan menyebabkan kita tersisih daripada sahabat handai. Ayat Perintah (iii) “Aduhai, malang sungguh nasib anak yatim piatu itu yang tidak mendapat sebarang bantuan daripada masyarakat!” kata Amin kepada Mei Lin. Ayat Seru (iv) Di manakah pak cik bersembunyi apabila tentera Jepun memasuki kampung pada pagi yang malang itu?” tanya wartawan itu kepada datuk. Ayat Tanya [4 markah] 4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua kata hikmat yang sesuai. Nasuha telah diumumkan sebagai Tokoh Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) peringkat Negeri Selangor bagi kategori Bahasa Melayu. Murid yang berusia 14 tahun ini telah dipilih menerima anugerah tersebut dalam majlis penyampaian hadiah Pertandingan Membaca Nilam di Selangor baru-baru ini. Tabiat Nasuha sejak kecil yang gemar membaca buku pada masa lapang telah menjadi titik tolak kejayaannya. (i) Ilmu itu pelita hati (ii) Masa itu emas [2 markah] Tkt2 Stra A+ BM 5 UB1(83-90).indd 85 10/17/2023 5:13:57 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


86 Pemahaman Petikan [15 markah] Bahagian A Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 1 – 5 berdasarkan petikan di bawah. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Memerang laki bini pun berdatangkan sembah dengan nyaring suaranya. “Daulat tuanku, ampun tuanku beriburibu ampun, sembah patik harap diampun; yang sedia terjunjung di atas otak batu kepala patik hamba yang hina, yang kedua permaklumkan sembah ke bawah tapak cerpu Duli yang Maha Mulia darihal diri patik yang kedua ini sangatlah dianiaya oleh Perdana Menteri tuanku, Syah Alam di Rimba. Sepeninggal patik mencari ayapan didik itu patik tinggalkan ketujuh ekornya menunggu pondok. Hatta patik pun pulang daripada mencari ayapan itu, patik lihat anak didik itu, tuanku, berkaparan di halaman pondok patik habis mati semuanya sekali, setengah pecah kepala, setengah patah kaki patah tangannya. Diperiksa dilihat baik nyatalah bekas tapak kaki Syah Alam di Rimba, tuanku. Berkeciak sahaja merata-rata halaman patik itu dan merata-rata kepala buaian-buaian anak didik itu. Pada fikiran patik sah dengan nyatanya Syah Alam di Rimba membunuh anak-anak didik itu.” Hatta setelah didengar oleh Nabi Allah Sulaiman akan sembahan memerang kedua laki bini itu, termenung seketika hairan akan kelakuan menterinya Syah Alam di Rimba perbuat aniaya ke atas rakyat tentera, tiada berpatutan sekali-kali itu. Baginda pun bertitah kepada unggas belatuk menyuruh memanggil Syah Alam di Rimba. Belatuk pun menyembah lalu segera terbang ke tempat Syah Alam di Rimba, katanya, “Hai Syah Alam di Rimba, Nabi Allah Sulaiman memanggil segera ke balai penghadapan.” (Dipetik daripada prosa tradisional “Pelanduk Mengajar Memerang”, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Berdasarkan petikan, rangkai kata berdatangkan sembah membawa maksud A pergi berjumpa. C membawa khabar. B membawa utusan. D masuk menghadap. 2 “Daulat tuanku, ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun; yang sedia terjunjung di atas otak batu kepala patik hamba yang hina.... Apakah kata hikmat yang sesuai bagi pernyataan di atas. A Berfikir sebelum bertindak B Muafakat membawa berkat C Bersatu teguh, bercerai roboh D Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah 3 Yang berikut merupakan perwatakan Nabi Allah Sulaiman, kecuali baginda seorang yang A bijak. B sabar. C prihatin. D bertanggungjawab. 4 Bagaimanakah keadaan anak didik memerang sekembali daripada mencari makanan? A Sedang bermain buaian B Bermain-main di dalam pondok C Mati berkaparan di halaman pondok D Bergaduh dengan Syah Alam di Rimba 5 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang petikan prosa di atas? A Syah Alam di Rimba memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukannya B Belatuk bertemu dengan memerang laki bini untuk mengetahui cerita sebenar C Memerang laki bini kehilangan lima anaknya akibat perbuatan Syah Alam di Rimba D Perdana Menteri Nabi Allah Sulaiman telah didatangi oleh memerang laki bini untuk mengadu perihal mereka Tkt2 Stra A+ BM 5 UB1(83-90).indd 86 10/17/2023 5:13:57 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


87 Bahagian B 1 Baca bahan dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Pada suatu hari, Mak Tanjong berjaya menangkap ikan tembakul di sungai. Dia sungguh gembira. Sudah lama dia teringin makan telur ikan itu. Mak Tanjong meminta anaknya, Melur memasak gulai ikan tembakul manakala telurnya digoreng. Mak Tanjong meneruskan kerjanya untuk mencari kayu di hutan. Mak Tanjong berpesan kepada Melur agar Melur dan adiknya, Pekan makan dahulu jika dia lambat pulang. Mak Tanjong turut meminta Melur menyimpan sedikit telur ikan tembakul untuknya. Mak Tanjong masih belum pulang. Si Pekan kelaparan. Melur pun menghidangkan nasih putih, telur dan gulai ikan tembakul untuk dimakan. Si Pekan merengek dan meraung kerana hendak makan telur ikan tembakul lagi. Melur melarang Pekan menghabiskan telur ikan tembakul namun gagal. Apabila pulang ke rumah, Mak Tanjong berasa sangat sedih apabila telur ikan tembakul habis dimakan oleh anaknya. Dia kempunan hendak makan telur ikan tembakul. Dia pun berlari meninggalkan anak-anaknya. Mak Tanjong merayu kepada Batu Belah Batu Bertangkup supaya menelannya. Akhirnya, Mak Tanjong ditelan oleh batu itu. (Dipetik dan diubah suai daripada “Legenda Batu Belah Batu Bertangkup”, buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 2, KSSM) BAHAN 2 Saya mengeluarkan bungkusan lauk dan nasi yang saya angkat dari meja hidangan selepas getar suara Mak Piah menyelinap ke urat hati tadi. “Nana ...” “Nana suruh cik ... hantar semua ni? Dia masak sendiri, kan?” Mak Piah memang amat peramah. Saya pun menikmati resipi pembohongan yang terpampang tiba-tiba! Ya Allah, ampunkanlah saya kalau ini dapat membahagiakan hati wanita yang jelas teramat sangat sedang merindukan anak cucunya. Saya tidak perlu banyak berbohong untuk menyambung keramahan bicaranya kerana Mak Piah lancar menyoal, dan segera menjawab pula! Daripada Nubhan, anak sulung yang sentiasa tunduk kepada isteri, sehinggalah kepada Nana, anak bongsu yang takutkan suami. Saya merakamkan cerita dalam lautan fikir yang masih tidak mampu menerima kenyataan bahawa masih ada manusia yang tergamak memisahkan anak daripada ibu tua mereka. “Nana sihat? Anak-anak dia macam mana? Suami dia ...” Sampai di situ, suara Mak Piah terhenti. Ya Allah, apa yang saya nak jawabkan ni? “Fasal apa Mak Piah tak pindah ke pusat pemindahan, sama jiran-jiran?” Allah melorongkan soal itu daripada mulut saya. Mak Piah mengesat mata. “ Banjir dulu, pindah juga ke pusat pemindahan ... tapi susah. Mak Piah ni kencing kerap, kadang-kadang tak sempat ke bilik air. Kali ni, biarlah duduk di rumah. Daripada sakit telinga dengar umpat caci orang, lebih baik menahan lapar di rumah sendiri.” (Dipetik daripada cerpen “Banjir di Mata Emak”, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia) Tkt2 Stra A+ BM 5 UB1(83-90).indd 87 10/17/2023 5:13:57 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


88 (a) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan tindakan Mak Piah dan Mak Tanjong dalam menangani masalah yang dihadapi oleh mereka. Berdasarkan Bahan 1, tindakan Mak Piah dalam menangani masalah yang dihadapinya ialah Mak Piah lebih rela menahan lapar di rumah sendiri daripada berpindah ke pusat pemindahan. Dalam Bahan 2, Mak Tanjong menyelesaikan masalahnya yang kempunan makan telur ikan tembakul dengan merayu agar Batu Belah Batu Bertangkup menelannya. [3 markah] (b) Nyatakan dua nilai yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut. Nilai pertama yang sama dalam kedua-dua bahan tersebut ialah nilai kasih sayang. Mak Piah menyayangi anaknya, Nana apabila dia bertanya kepada penulis tentang keadaan anaknya tersebut sama ada sihat ataupun tidak. Mak Tanjong juga menyayangi anaknya apabila meminta anak-anaknya makan dahulu jika dia lambat pulang. Nilai yang kedua ialah nilai keprihatinan. Penulis prihatin akan nasib Mak Piah yang amat merindui anak cucunya dan sanggup tinggal sendirian di rumah. Melur juga prihatin akan keinginan ibunya makan telur ikan tembakul apabila dia melarang Pekan menghabiskan telur ikan tembakul tersebut. [4 markah]] (c) Ibu bapa merupakan dua insan yang banyak berjasa kepada anak-anak. Mereka memberikan kasih sayang sejak kecil sehinggalah anak-anak dewasa dan berjaya dalam kehidupan. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk membalas jasa keduadua orang ibu bapa mereka? Pada pendapat saya, cara-cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk membalas jasa kedua-dua orang ibu bapa mereka ialah anak-anak perlu melawat atau menziarahi ibu bapa yang berada di kampung. Selain itu, anak-anak harus meraikan hari istimewa ibu bapa supaya mereka berasa dihargai. Seterusnya, anak-anak boleh membawa ibu bapa melancong untuk menggembirakan hati mereka. [3 markah] Tkt2 Stra A+ BM 5 UB1(83-90).indd 88 10/17/2023 5:13:57 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


89 2 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Jalan Ke Puncak, karya Juri Durabi (ii) Meniti Impian, karya Osman Ayob (iii) Jejak MONPUS, karya Zulaiha Paikon (iv) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani Nilai yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam sesebuah karya digambarkan menerusi peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh watak-watak dalam karya tersebut. Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda kaji, buktikan pernyataan dengan mengemukakan tiga contoh peristiwa yang bersesuaian dengan nilai yang diberikan. Peristiwa yang dikemukakan mestilah berkait dengan watak yang dinyatakan. NOVEL NILAI WATAK JALAN KE PUNCAK Ketabahan LAIMAN MENITI IMPIAN Kegigihan ZAHAR JEJAK MONPUS Keprihatinan ZAHAR DARAH TITIK DI SEMANTAN Keberanian DATUK BAHAMAN Novel Jalan ke Puncak Watak Peristiwa nilai ketabahan Laiman 1 Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada keluarganya yang tidak bersetuju dengan keputusannya untuk bekerja sendiri. Pak Kiassim sendiri menegur Laiman yang menolak tawaran Jabatan Pertanian. Laiman memberikan alasan mahu berehat untuk sementara waktu kerana dia tidak mempunyai kesempatan untuk berehat ketika belajar di universiti. 2 Laiman tabah berhadapan dengan kesusahan untuk memujuk Pak Sahok bagi mengusahakan tanah rizab. Sudah tiga kali Laiman bertemu Pak Sahok. Bagi Pak Sahok, rancangan Laiman akan membunuh kehidupannya. Pak Sahok bimbang tiada tempat lain untuk bersawah sekiranya dia membenarkan hasrat Laiman. 3 Laiman tabah menghadapi cabaran apabila dia terpaksa bertungkus lumus untuk mencari penaja bagi melanjutkan pelajaran. Hampir sebulan Laiman turun naik pejabat YayasanSabah dan kerajaan negeri. Akhirnya, Laiman memilih biasiswa daripada kerajaan negeri. Novel Meniti Impian Watak Peristiwa nilai kegigihan Zahar 1 Zahar gigih belajar apabila dia membentuk kumpulan dengan Suhaili. Sikap Zahar yang mementingkan pelajaran membuatkan Suhaili menyenanginya. Zahar dan Suhaili selalunya menjadi murid yang aktif apabila guru kelas mereka mengemukakan sesuatu tajuk dan meminta semua murid membincangkannya secara terbuka. Tkt2 Stra A+ BM 5 UB1(83-90).indd 89 10/17/2023 5:13:57 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


90 2 Zahar gigih menyiapkan menyiapkan sebuah almari pakaian dua pintu berukuran 6 kaki tinggi, 3 kaki lebar dan 18 inci dalam yang kemas dan bermutu tinggi setelah bertungkus lumus selama 15 jam. 3 Zahar gigih membantu ibunya menetak mengkuang di baruh dan diisi dalam guni dan dibawa pulang ke rumah dengan menggunakan basikal pelantar besar. Adik-adiknya membantu emaknya melayur mengkuang di atas api. Ibunya akan menjangat mengkuang manakala mereka adik-beradik membantu merendam, mengangkat dan dan membersihkan mengkuang di dalam sungai di belakang rumah. Novel Jejak MONPUS Watak Peristiwa nilai keprihatian Zahar 1 Zahar prihatin apabila memikirkan generasi muda yang tidak mewarisi keindahan alam semula jadi disebabkan berlakunya pencemaran alam hingga merosakkan keindahan Hutan Paya Bakau Tanjung Piai. 2 Zahar prihatin dengan kesukaran mamanya, Qistina untuk ke sekolah apabila kereta mamanya rosak dan keretanya perlu diservis di bengkel. Bateri kereta Qistina perlu ditukar. 3 Zahar prihatin dengan serangan ulat bulu pada waktu malam. Zahar telah melayari Internet untuk mendapatkan maklumat tentang spesies rama-rama berintik. Hasil pembacaannya, dia telah mendapat maklumat tentang rama-rama berintik berwarna gelap akan bertambah apabila rama-rama berintik berwarna terang berkurangan. Novel Darah Titik di Semantan Watak Peristiwa nilai keberanian Datuk Bahaman 1 Datuk Bahaman berani menentang penjajah Inggeris walaupun dirinya dalam keadaan terancam. Tindakan Datuk Bahaman ialah menyusun strategi perang terhadap Inggeris. Apabila Desborough datang membawa 50 orang mata-mata Inggeris, Datuk Bahaman menyerang dan menewaskan mereka. 2 Datuk Bahaman berani apabila dia tidak memberikan kerjasama untuk membina rumah pasung. Datuk Bahaman bertindak sedemikian kerana Datuk Bahaman tidak dijemput dalam mesyuarat antara Clifford dengan sultan dan orang-orang besar di Pulau Tawar. 3 Datuk Bahaman berani mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh memimpin 60 orang untuk menyerang Bentung dengan mengepung pusat kawalan lombong Inggeris. Datuk Bahaman dan Mat Lela pula memimpin pasukannya mengepung rumah pasung dan membunuh mata-mata Sikh yang berada di hilir sungai Semantan. Tkt2 Stra A+ BM 5 UB1(83-90).indd 90 10/17/2023 5:13:57 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


91 Ringkasan Panduan 1 Calon perlu memberikan sekurang-kurangnya 5 isi untuk mendapat markah penuh 10 markah. 2 Bahasa dinilai secara tanggapan atau impression. 3 Sekiranya calon menulis dalam bentuk poin markah maksimum 2 markah. 4 Jawapan calon diperiksa sehingga 100 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir. 5 Markah untuk isi ialah 10 markah dan markah untuk bahasa ialah 5 markah. Contoh Ringkasan Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor aktiviti kokurikulum kurang mendapat sambutan murid-murid. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Penyertaan murid-murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah masih belum menyeluruh. Hal ini bermakna tidak semua murid terutama menengah terdedah dengan nilai-nilai kepimpinan, disiplin, lasak, serta semangat setia kawan. Sudah tentu banyak sebab yang menjadi penyumbang kepada permasalahan ini. Sikap ibu bapa yang lebih mengutamakan pencapaian akademik menyebabkan kegiatan kokurikulum dipinggirkan oleh murid-murid. Ibu bapa menganggap bahawa pelibatan anak-anak dalam kegiatan kokurikulum akan menjejaskan pencapaian akademik anak-anak mereka. Keadaan ini bertambah kritikal apabila terdapat sesetengah guru yang menjalankan kegiatan kokurikulum seperti melepaskan batuk di tangga. Mereka menjalankan kegiatan ini hanya untuk memenuhi jadual yang telah diatur oleh pihak sekolah. Selain itu, pihak sekolah pula telah mengecualikan murid-murid kelas peperiksaan daripada sebarang kegiatan kokurikulum. Seterusnya, peruntukan untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah yang tidak mencukupi juga menjadi punca. Kesannya, murid-murid terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menyertai aktiviti tertentu. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar murid miskin tidak mampu untuk terlibat dalam kegiatan kokurikulum disebabkan oleh kos yang tinggi. Saiz kawasan sekolah juga menghalang aktiviti kokurikulum daripada dilaksanakan dengan selesa dan berkesan. Pada waktu yang sama, ketiadaan pakar dan kekurangan tenaga pegawai untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum juga menjadi punca aktiviti kokurikulum tidak dapat dilaksanakan secara berkesan. Semua punca ini akhirnya menyebabkan pelaksanaan kokurikulum menjadi kurang licin dan berkesan. Faktor nilai kokurikulum yang diguna pakai untuk markah kemasukan ke IPT, iaitu sebanyak 10% menyebabkan murid-murid lebih suka menumpukan perhatian kepada akademik. Oleh itu, diharapkan satu usaha yang lebih konsisten dilakukan oleh pelbagai pihak agar dapat melahirkan murid-murid yang bukan sahaja bijak dalam akademik tetapi seimbang sahsiah, emosi dan jasmaninya. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kokurikulum Wadah Bentuk Modal Insan”, Berita Minggu) e-RPH Pemindahan Maklumat Tkt2 Stra A+ BM 6 PMaklumat(91-100).indd 91 10/24/2023 3:26:47 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


92 Kerangka Ringkasan Isi Tersurat Faktor-faktor aktiviti kokurikulum kurang mendapat sambutan 1 Sikap ibu bapa yang lebih mengutamakan pencapaian akademik 2 Sesetengah guru menjalankan kegiatan kokurikulum seperti melepaskan batuk di tangga 3 Pihak sekolah mengecualikan murid-murid kelas peperiksaan daripada sebarang kegiatan kokurikulum 4 Peruntukan untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah tidak mencukupi 5 Saiz kawasan sekolah menghalang aktiviti kokurikulum dilaksanakan dengan selesa dan berkesan Isi Tersurat Faktor-faktor aktiviti kokurikulum kurang mendapat sambutan 6 Ketiadaan pakar dan kekurangan pegawai untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum 7 Nilai kokurikulum yang diguna pakai untuk kemasukan ke IPT hanya sebanyak 10% menyebabkan murid lebih suka menumpukan kepada akademik Jawapan Lengkap Petikan membincangkan faktor-faktor aktiviti kokurikulum kurang mendapat sambutan murid-murid. Faktor pertama ialah sikap ibu bapa yang lebih mengutamakan pencapaian akademik dan terdapat sesetengah guru yang menjalankan kegiatan kokurikulum seperti melepaskan batuk di tangga. Selain itu, pihak sekolah pula telah mengecualikan murid-murid kelas peperiksaan daripada sebarang kegiatan kokurikulum. Malahan, saiz kawasan sekolah juga menghalang aktiviti kokurikulum daripada dilaksanakan dengan selesa dan berkesan. Seterusnya, ketiadaan pakar dan kekurangan tenaga pegawai untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum menyebabkan aktiviti kokurikulum kurang mendapat sambutan murid-murid. Akhirnya, nilai kokurikulum yang diguna pakai untuk markah kemasukan ke IPT, iaitu sebanyak 10% menyebabkan murid-murid lebih suka menumpukan perhatian kepada akademik. (95 patah perkataan) Tkt2 Stra A+ BM 6 PMaklumat(91-100).indd 92 10/24/2023 3:26:47 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


93 Praktis 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara menggalakkan industri tumbuhan herba. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Pokok herba ialah tumbuhan yang dikategorikan sebagai pokok renek berbatang lembut ataupun keras dan mengandungi air yang banyak. Dahulu, pokok herba ini biasanya digunakan oleh masyarakat sebagai bahan ubat-ubatan untuk merawat penyakit dan makanan tambahan untuk menguatkan tenaga. Tumbuhan herba ini juga sering digunakan dalam masakan seperti lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih sebenarnya mempunyai khasiat yang menakjubkan. Kini, pengguna mula cenderung kepada produk semula jadi, lalu mereka memilih untuk menjadikan tumbuhan herba sebagai bahan utama kegunaan harian. Untuk itu, kementerian terbabit mengambil langkah proaktif menjalankan penyelidikan mengenai tumbuhan herba. Kementerian ini juga mengadakan kempen secara besar-besaran berkaitan penanaman tumbuhan herba untuk menyedarkan masyarakat tentang industri ini. Bagi menyokong usaha kerajaan ini, agensi berkaitan pertanian telah mewujudkan taman-taman herba. Kewujudan taman-taman ini akan menarik minat pekerja di agensi tersebut dan juga pengunjung untuk mendalami ilmu berkaitan tumbuhan herba. Selain itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menubuhkan Taman Konservatori Pertanian yang menempatkan lebih 500 spesies tumbuhan herba yang berfungsi sebagai ubat-ubatan. Dalam pada itu, UPM dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) telah bekerjasama menjalankan penyelidikan makmal secara klinikal untuk mencari penawar kepada penyakit kanser. Di samping itu, UPM turut menganjurkan Bengkel Pengenalan Tumbuhan Ubat-ubatan bagi mendedahkan masyarakat kepada kegunaan tumbuhan herba, kaedah penanaman dan penjagaannya. Dalam usaha merancakkan penanaman pokok herba ini, semua kerajaan tempatan disarankan membuat landskap tanaman herba di kawasan majlis perbandaran masing-masing di samping menanam pokok-pokok hiasan. Orang ramai juga digalakkan menanam tumbuhan herba di pekarangan rumah mereka sebagai penghias halaman rumah. Bagi menggalakkan orang ramai menanam tanaman herba ini, Jabatan Pertanian akan memberikan pendidikan penanaman herba secara praktikal seperti proses-proses penanaman, penjagaan dan fungsi tumbuhan herba dalam menyembuhkan penyakit. (Dipetik dan diubah suai daripada “Keajaiban Tumbuhan Herba” oleh Nazrul Azim Sharuddin, Utusan Malaysia, 10 Julai 2017) [Pendahuluan] Petikan membincangkan tentang usaha-usaha menggalakkan industri tumbuhan hijau. [Isi 1] Usaha pertama yang dilaksanakan adalah dengan mengambil langkah proaktif oleh kementerian terbabit, iaitu menjalankan penyelidikan tentang tumbuhan herba. [Isi 2] Selain itu, kementerian berkenaan juga mengadakan kempen secara besar-besaran berkaitan tanaman herba. [Isi 3] Sementara itu, agensi berkaitan pertanian telah mewujudkan taman-taman herba. [Isi 4] Begitu juga dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menubuhkan Taman Konservatori Pertanian. [Isi 5] Sebagai menyokong usaha ini, UPM dan Majlis Kanser Malaysia telah bekerjasama menjalankan penyelidikan makmal secara klinikal. [Isi 6] Seterusnya, kerajaan tempatan disarankan membina landskap tanaman herba di kawasan masing-masing. [Isi 7] Orang ramai turut digalakkan menanam tumbuhan herba dan [Isi 8] Jabatan Pertanian akan memberikan pendidikan penanaman herba secara praktikal. (100 patah perkataan) Reviu Topik Tkt2 Stra A+ BM 6 PMaklumat(91-100).indd 93 10/24/2023 3:26:47 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


94 Praktis 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah menabung kepada remaja. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kebanyakan ibu bapa pada zaman ini mempunyai masa yang amat terhad dengan keluarga terutamanya dengan anak-anak. Oleh sebab itu, tidak hairanlah rata-rata ibu bapa pada hari ini memanjakan anak-anak remaja mereka dengan wang ringgit. Walaupun ibu bapanya mempunyai harta yang banyak dan dapat digunakan pada bila-bila masa tanpa had, perkara itu bukan alasan bagi remaja untuk bersikap boros dan tidak mengendahkan amalan menabung yang dapat dijadikan sebagai simpanan masa depan. Amalan menabung ini juga dapat mendidik golongan remaja agar berjimat cermat tatkala tangan mereka memegang wang dengan banyak. Selain itu, amalan ini juga dapat mendidik golongan remaja untuk merancang perbelanjaan dengan bijak. Sikap beringat-ingat semasa senang mampu mengelakkan golongan remaja daripada menghadapi masalah kewangan. Hal ini dikatakan demikian kerana duit simpanan amat penting terutamanya untuk digunakan pada masa-masa kecemasan, misalnya untuk menggantikan barang-barang keperluan yang rosak atau hilang terutamanya bagi remaja yang menuntut di kolej atau tinggal di asrama yang jauh daripada keluarga. Remaja yang gemar menabung dapat meringankan beban ibu bapa kerana duit simpanan mereka dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran. Dengan cara ini, remaja dapat berdikari dan tidak terlalu bergantung pada ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana kos belajar di institusi pengajian tinggi agak mahal. Sekiranya seseorang itu mempunyai wang tabungan, mereka dapat mengurangkan beban hutang pendidikan yang terpaksa ditanggung selepas mereka menamatkan pengajian kelak. Amalan menabung dalam kalangan remaja dapat membentuk golongan remaja yang berdisiplin dan bermaruah. Mereka dapat menilai keperluan hidup dengan bijak supaya tidak melepasi batas keperluan sehingga berlaku pembaziran. Remaja yang terdidik dengan sikap berjimat cermat dan suka menabung pula akan memperoleh pulangan yang lumayan sekiranya mereka memilih untuk menabung dengan institusi perbankan konvensional yang mengamalkan kadar faedah tetap ataupun sistem perbankan Islam berdasarkan kaedah perkongsian untung dan beberapa syarat lain mengikut syariat Islam. (Dipetik dan diubah suai daripada “Budaya Menabung Masih Rendah” oleh Mohd. Khairul Mohd. Ali, Utusan Malaysia, 22 April 2015) [Pendahuluan] Petikan ini membincangkan faedah-faedah menabung kepada remaja. [Isi 1] Antara kelebihan menabung adalah dapat dijadikan sebagai simpanan masa depan. [Isi 2] Selain itu, dapat mendidik golongan remaja supaya berjimat cermat. [Isi 3] Menabung juga dapat mendidik golongan remaja merancang perbelanjaan dengan [Isi 4] bijak di samping mengelakkan golongan remaja daripada menghadapi masalah kewangan. [Isi 5] Seterusnya, menabung dapat membantu pada masa-masa kecemasan. Menabung juga dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran, [Isi 6] dapat mengurangkan beban hutang pendidikan serta dapat membentuk golongan remaja yang berdisiplin dan bermaruah. [Isi 7] Akhir sekali, faedah menabung dapat memberikan seseorang itu pulangan yang lumayan. (84 patah perkataan) Tkt2 Stra A+ BM 6 PMaklumat(91-100).indd 94 10/24/2023 3:26:47 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


95 Praktis 3 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha mempopularkan permainan tradisional. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Permainan tradisional merupakan pelengkap alam kanak-kanak pada masa silam untuk berkongsi keriangan dan kegembiraan. Mereka cuma perlu berkawan, namun bukan lagi resam kepada kanak-kanak masa ini yang begitu terdedah kepada peralatan telekomunikasi yang amat mengasyikkan dan menenggelamkan beberapa jenis permainan tradisional yang tersohor pada suatu ketika dahulu. Ekoran daripada itu, permainan tradisional semakin dilupakan, namun masih terdapat prakarsa untuk terus melestarikan sekali gus mengembalikan nostalgia warisan budaya ini. Permainan tradisional memang wajar diketengahkan pada peringkat negara dan serantau. Minat yang mendalam terhadap permainan tradisional seperti wau, layang-layang, sepak raga dan gasing tidak cukup sekiranya tiada kemudahan untuk permainan ini. Bagi menangani isu ini, kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak tempat atau gelanggang permainan tradisional. Berkaitan dengan pembinaan gelanggang, kerajaan boleh memajukan permainan ini dengan menyediakan jurulatih di setiap gelanggang yang telah disediakan. Pada masa yang sama, masyarakat tempatan juga boleh berganding bahu mewujudkan tapak permainan tradisional di kawasan perumahan atau kampung mereka. Di samping itu, hotel tempatan dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita juga patut menyediakan ruang dan tapak serta alat permainan tradisional kepada pelancong asing. Sempena Tahun Melawat Malaysia, setiap negeri perlu mengetengahkan permainan tradisional dalam acara yang disusun bagi menyerlahkan warisan seni budaya yang penuh nilai estetika bagi menggamit pelancong. Sebagai contoh, kerajaan Kedah merancang menganjurkan program sukan, Eagle Cup Sepak Takraw bersempena Tahun Melawat Kedah 2016. Usaha menghidupkan kembali permainan tradisional, pihak sekolah boleh menubuhkan Kelab Permainan Tradisional dalam aktiviti kokurikulum. Melalui permainan tradisional mereka mempelajari cara mematuhi peraturan, menyesuaikan diri dan menyelesaikan masalah. Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memperuntukkan seni, warisan dan budaya dalam aktiviti kokurikulum. Penyebaran maklumat tentang permainan tradisional kepada masyarakat melalui media massa juga tidak harus dipandang remeh. Hal ini kerana media merupakan saluran utama dalam pencarian maklumat terutama dalam kalangan remaja. Jabatan Warisan Negara atau kerajaan negeri perlulah lebih kerap menganjurkan festival, pertandingan dan kempen bagi mengetengahkan permainan tradisional kepada masyarakat agar dapat menanamkan rasa cinta terhadap warisan negara kepada generasi muda. (Dipetik dan diubah suai daripada “Melestarikan Permainan Tradisional Warisan Negara” oleh Samat Buang, Dewan Siswa, Jun 2015) [Pendahuluan] Petikan membincangkan tentang usaha-usaha mempopularkan permainan tradisional. [Isi 1] Kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak tempat untuk permainan tradisional. [Isi 2] Kerajaan juga perlu menyediakan jurulatih di setiap gelanggang yang telah disediakan. [Isi 3] Masyarakat juga boleh mewujudkan tapak permainan tradisional di kawasan perumahan mereka. [Isi 4] Hotel tempatan dan pusat peranginan di negara kita juga perlu menyediakan ruang serta alat permainan tradisional. [Isi 5] Setiap negeri perlu mengetengahkan permainan tradisional dalam acara yang disusun. [Isi 6] Pihak sekolah juga perlu menubuhkan Kelab Permainan Tradisional dalam aktiviti kokurikulum. [Isi 7] Penyebaran maklumat tentang permainan tradisional kepada masyarakat perlu dilaksanakan. [Isi 8] Jabatan Warisan Negara atau kerajaan negeri perlulah lebih kerap menganjurkan festival, pertandingan dan kempen bagi mengetengahkan permainan tradisional. (100 patah perkataan) Tkt2 Stra A+ BM 6 PMaklumat(91-100).indd 95 10/24/2023 3:26:47 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


96 Rumusan Panduan 1 Rumusan mengandungi idea utama, idea sokongan dan penutup. 2 Calon perlu menulis sekurang-kurangnya 6 idea sokongan yang membawa 6 markah. 3 Bahasa dinilai secara tanggapan atau impression. 4 Jawapan calon diperiksa sehingga 100 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir. Contoh Rumusan Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Masyarakat Melayu cukup sinonim dengan senjata tradisional seperti keris, tombak, lembing, badik, tumbuk lada, rencong dan lading yang banyak dikaitkan dengan unsur kuasa, kehebatan, kekuatan dan keistimewaan. Senjata tradisional ini merupakan warisan turun-temurun yang kaya dengan nilai sejarah, budaya, dan estetikanya serta mempunyai pelbagai kegunaan dalam kalangan masyarakat Melayu. Senjata tradisional seperti keris menjadi simbol kekuasaan ketuanan Melayu. Senjata ini juga menjadi lambang kekuasaan dan kedaulatan pemerintah. Dalam kalangan masyarakat Melayu, kebiasaannya senjata tradisional menjadi barang pertukaran dagangan. Malahan, senjata tradisional ini juga turut dijadikan sebagai hadiah tanda hubungan diplomatik antara dua buah negara. Tidak ketinggalan juga, senjata tradisional mempunyai fungsi mistik dalam dunia perubatan tradisional. Peredaran masa menyebabkan perubahan fungsi senjata tradisional. Penggunaannya masih dikekalkan dalam upacara-upacara rasmi seperti pertabalan raja. Terdapat juga jenis-jenis senjata tradisional yang dijadikan alat rasmi dalam majlis konvokesyen di universiti-universiti tempatan. Senjata tradisional turut menjadi pelengkap busana tradisional Melayu ataupun pakaian adat untuk majlis-majlis tertentu. Dalam usaha memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada orang ramai tentang kepelbagaian senjata tradisional, maka Jabatan Muzium Malaysia telah mengadakan pameran senjata tradisional yang bertemakan ‘Misteri dan Kesaktian’ di Muzium Malaysia. Pameran ini menjadi wadah untuk memartabatkan senjata tradisional sebagai khazanah warisan negara dan memupuk minat orang ramai terhadap artifak yang sangat tinggi nilai sejarahnya. (Dipetik dan diubah suai daripada “Pameran Senjata Tradisional Khazanah Warisan Negara” oleh Norjamilah Abd.Salam, Akhbar Sinar Harian, 21 Disember 2008) Tkt2 Stra A+ BM 6 PMaklumat(91-100).indd 96 10/24/2023 3:26:47 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


97 Kerangka Rumusan Idea Utama Petikan membincangkan pelbagai kegunaan senjata tradisional dalam kalangan masyarakat Melayu. Idea Sokongan S1 Senjata tradisional menjadi simbol kekuasaan ketuanan Melayu S2 Senjata ini juga menjadi lambang kekuasaan dan kedaulatan pemerintah S3 Dalam kalangan masyarakat Melayu, kebiasaannya senjata tradisional menjadi barang pertukaran dagangan S4 Senjata tradisional ini juga turut dijadikan sebagai hadiah tanda hubungan diplomatik antara dua buah negara S5 Senjata tradisional mempunyai fungsi mistik dalam dunia perubatan tradisional S6 Terdapat juga jenis-jenis senjata tradisional yang dijadikan alat rasmi dalam majlis konvokesyen di universiti-universiti tempatan S7 Senjata tradisional turut menjadi pelengkap busana tradisional Melayu ataupun pakaian adat untuk majlis-majlis tertentu Penutup Usaha-usaha yang dilakukan diharapkan dapat menjadi alat untuk memartabatkan senjata tradisional sebagai warisan negara di samping memupuk minat orang ramai Jawapan Lengkap Petikan membincangkan pelbagai kegunaan senjata tradisional dalam kalangan masyarakat Melayu. Kegunaan pertama ialah senjata tradisional menjadi simbol kekuasaan ketuanan Melayu dan lambang kekuasaan dan kedaulatan pemerintah. Selain itu, kebiasaannya senjata tradisional menjadi barang pertukaran dagangan dalam kalangan masyarakat Melayu. Seterusnya, senjata tradisional ini juga turut dijadikan sebagai hadiah tanda hubungan diplomatik antara dua buah negara dan mempunyai fungsi mistik dalam dunia perubatan tradisional. Malahan, senjata tradisional digunakan dalam upacara-upacara rasmi dan dijadikan alat rasmi dalam majlis konvokesyen di universiti-universiti tempatan. Akhirnya, senjata tradisional turut menjadi pelengkap busana tradisional Melayu ataupun pakaian adat untuk majlis-majlis tertentu. Usaha-usaha yang dilakukan diharapkan dapat memartabatkan senjata tradisional sebagai warisan negara di samping memupuk minat orang ramai. (100 patah perkataan) Tkt2 Stra A+ BM 6 PMaklumat(91-100).indd 97 10/24/2023 3:26:47 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


98 Reviu Topik Praktis 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Alam sekitar yang bersih di negara ini akan menghasilkan suasana yang selesa dan menyamankan untuk kehidupan. Amalan menjaga kebersihan alam sekitar merupakan tuntutan semua pihak. Persekitaran yang bersih sangat penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dari segi mutu kesihatan. Alam sekitar sangat penting kepada manusia dalam sistem pernafasan untuk menyedut udara yang segar. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Selain itu, alam sekitar membolehkan manusia menikmati keadaan cuaca dan suhu yang nyaman setiap hari. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman itu akan memberikan peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti riadah secara selamat. Alam sekitar sangat penting kerana dapat menjamin keseimbangan ekosistem dalam kehidupan sejagat. Sebagai contoh, hutan dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Alam sekitar terutama sumber hutan yang tebal akan dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik. Selain itu, hutan akan membantu manusia menakung air dalam empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih untuk menghasilkan kuasa hidroelektrik.Pemulihan terhadap alam sekitar amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna di dunia ini. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama lain. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi. Alam sekitar yang dijaga secara terancang akan dapat mengurangkan pemanasan global yang serius. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan sekiranya kawasan tumbuhan hijau dapat dikawal. Beberapa buah negara di dunia termasuk negara kita dijangka akan mengalami pemanasan global yang serius dalam tempoh 20 tahun akan datang jika penebangan hutan dilakukan secara tidak terancang. Keindahan alam sekitar juga dapat meningkatkan ekonomi dalam sektor pelancongan. Hal ini demikian kerana kawasan yang indah akan dapat memberi peluang kepada pelancong untuk mengunjungi tempat-tempat menarik terutama di kawasan hutan rekreasi, air terjun, jeram, tasik, pinggir pantai dan taman negara. Kita mestilah sedar akan kepentingan memelihara alam semula jadi yang masih ada pada hari ini. Usahausaha memupuk kesedaran masyarakat akan kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran dan penerbitan bahan bercetak. Pemuliharaan alam sekitar menjadi tanggungjawab bersama setiap generasi di negara ini agar pembangunan lestari dapat dikekalkan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Menjaga alam sekitar” oleh Dr. Hazwan bin Harun, Berita Harian, Mac, 2016) [Idea utama] Petikan membincangkan tentang manfaat alam sekitar dalam kehidupan manusia di Malaysia. [Isi 1] Manfaat pertama ialah mewujudkan kehidupan yang sihat dari segi mutu kehidupan dan [Isi 2] sangat penting kepada manusia dalam sistem pernafasan untuk menyedut udara segar. Kelebihan alam sekitar juga [Isi 3] membolehkan manusia menikmati keadaan cuaca dan suhu yang nyaman setiap hari. [Isi 4] Selain itu, alam sekitar menjamin keseimbangan ekosistem dalam kehidupan sejagat, [Isi 5] menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik serta [Isi 6] mengurangkan pemanasan global. Akhir sekali, alam sekitar [Isi 7] dapat meningkatkan ekonomi dalam sektor pelancongan. [Penutup] Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menjaga alam sekitar agar generasi masa depan dapat hidup dengan selamat. (97 patah perkataan) Tkt2 Stra A+ BM 6 PMaklumat(91-100).indd 98 10/24/2023 3:26:47 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


99 Praktis 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Matlamat Hari Sukan Negara adalah untuk mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat di negara ini. Dalam membangunkan bidang sukan, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan sukan di sekolah. Bagi mencapai matlamat tersebut, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka bergiat aktif dalam bidang sukan manakala guru-guru pula melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan. Kebaikan menyertai sukan ialah pihak sekolah dapat mencungkil dan menggilap bakat-bakat baharu dalam bidang sukan untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Selain itu, aktiviti sukan di sekolah dapat meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan murid. Murid yang ingin berjaya dalam bidang sukan mestilah mampu mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Aktiviti bersukan dapat melahirkan murid yang sihat. Berbanding dengan murid yang kurang aktif bersukan, murid yang gemar bersukan sentiasa terdidik untuk mengagihkan masa dengan sebaik-baiknya. Di samping itu, aktiviti sukan juga dapat membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Dalam hal ini, mereka sentisa dididik berfikir secara rasional, berkeyakinan tinggi dan tidak mudah putus asa serta bijak menyusun strategi dalam setiap acara sukan yang disertainya. Sukan sebagai cara yang berkesan untuk menyatukan murid-murid pelbagai kaum di sekolah. Tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama, mereka sentiasa bekerjasama untuk memberi sokongan padu kepada pasukannya untuk mencapai kejayaan dan mengharumkan nama negara. Selain itu, murid-murid juga boleh mengatasi masalah sosial seperti merokok, penyalahgunaan dadah, lumba haram dan pergaulan bebas yang kian meruncing melalui pelibatan aktif dalam aktiviti sukan. Oleh itu, aktiviti bersukan merupakan strategi untuk menyokong usaha kerajaan memerangi masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini. Kesungguhan menggilap bakat dan potensi telah membuktikan sukan mampu dijadikan saluran untuk membina kerjaya profesional. Misalnya kerjaya sebagai pelumba go-kart profesional, perenang profesional, pemain bola sepak profesional, ahli sukan angkat berat profesional. Sesungguhnya, semua masyarakat di Malaysia perlu mengambil berat terhadap pembangunan sukan dan perkembangannya agar negara dapat melahirkan atlet yang mampu berdaya saing di arena antarabangsa. Oleh itu, sahutlah cabaran dan seruan kerajaan bagi meningkatkan taraf sukan negara ke tahap yang paling cemerlang. (Dipetik dan diubah suai daripada “Remaja Aktif Bersukan” oleh Norsuhaila binti Ibrahim, Dewan Siswa, April 2017 [Idea utama] Petikan membincangkan faedah bersukan dalam kalangan murid di sekolah. [Isi 1] Faedah bersukan ialah dapat mencungkil dan menggilap bakat-bakat baharu dalam bidang sukan. Bersukan juga [Isi 2] akan meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan murid. [Isi 3] Melalui bersukan akan melahirkan murid yang sihat dan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sebaik-baiknya. [Isi 4] Sukan dapat membentuk menjadi seorang yang berfikiran positif serta [Isi 5] menyatukan mereka yang pelbagai kaum di sekolah. [Isi 6] Selain itu, bersukan dapat mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja malah dapat menjadi saluran untuk membina kerjaya dalam bidang sukan. [Penutup] Kesimpulannya, murid perlu aktif dalam sukan demi menjamin hidup yang sihat. (91 patah perkataan) Tkt2 Stra A+ BM 6 PMaklumat(91-100).indd 99 10/24/2023 3:26:47 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


100 Praktis 3 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Tarian merupakan gerak tubuh yang dilakukan secara berirama dan penuh penghayatan. Unsur utama dalam tarian ialah gerakan yang melibatkan semua anggota badan penari. Terdapat berbagai-bagai jenis tarian di Malaysia yang dapat dibanggakan termasuklah tarian tradisional, tarian rakyat dan tarian kontemporari. Tarian akan menjadi lebih menarik apabila penari menggayakan busana, tatarias dan aksesori yang memiliki keindahan tersendiri. Rentetan itu, pelbagai program telah dilaksanakan bagi memperlihatkan kepentingan pelibatan remaja dalam bidang ini seperti aktiviti kesenian dan kebudayaan yang dijalankan di sekolah. Aktiviti tarian memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan jati diri remaja. Pelibatan remaja dalam bidang seni tari dapat menonjolkan bakat dan potensi diri mereka yang lahir secara semula jadi. Seterusnya, aktiviti tarian dapat membina keyakinan dan keberanian seseorang individu untuk tampil di hadapan semasa membuat persembahan.` Proses penguasaan seni tari yang dipelajari meliputi kemampuan individu menghafal gerakan, memahami dan menghayati sesuatu tarian. Seterusnya, tarian berupaya melahirkan keupayaan remaja untuk menguasai sesuatu gerakan kreatif. Kebiasaannya, individu yang menceburi bidang tarian ini lebih cekap menghafal dan mengimbangi diri mereka dalam sesuatu perkara. Melalui pelibatan ini, remaja juga dapat mengetahui susur galur keturunan dan sejarah tarian tradisional di Malaysia. Tambahan pula, melalui pertandingan tarian yang disertai dapat menyatukan pelajar berbilang bangsa tanpa mengira kaum. Pembabitan remaja dalam bidang seni tari juga mampu melahirkan individu yang berdisiplin tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana persembahan tarian memerlukan penari yang berdisiplin, menepati masa dan memberikan sepenuh komitmen semasa latihan, persediaan sebelum persembahan, semasa persembahan ataupun selepas persembahan. Dengan adanya tarian, remaja akan lebih berdikari dan terdidik untuk mengimbangi diri dalam pelajaran serta aktiviti kokurikulum yang disertai. Bagi menyemarakkan pelibatan remaja dalam aktiviti ini, sokongan ibu bapa penting dengan memberikan peluang kepada anak-anak untuk mengambil bahagian dalam seni tari. Selain itu, motivasi yang diberikan secara berterusan mampu melahirkan anak-anak yang aktif dalam seni tari. Sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya mempertahankan warisan seni budaya bangsa agar terus bertahan dalam mendepani zaman moden ini. (Dipetik dan diubah suai daripada “Tarian Sebagai Medium Perkembangan Remaja” oleh Shasha Shakierah, Dewan Siswa, Mac 2016) [Idea utama] Petikan membincangkan kebaikan tarian sebagai medium perkembangan remaja di negara ini. [Isi 1] Tarian berperanan membentuk sahsiah dan jati diri remaja. [Isi 2] Selain itu, pelibatan dalam tarian dapat menonjolkan bakat dan potensi diri mereka yang lahir secara semula jadi. [Isi 3] Melalui tarian juga akan membina keyakinan seseorang individu untuk tampil di [Isi 4] hadapan semasa membuat persembahan. Tarian juga dapat melahirkan keupayaan remaja menguasai gerakan kreatif. [Isi 5] Pelibatan dalam tarian juga akan membantu seseorang itu mengetahui susur galur sesuatu tarian. [Isi 6] Tarian juga dapat menyatupadukan pelbagai bangsa. [Isi 7] Selain itu, tarian dapat melahirkan individu yang berdisiplin serta terdidik untuk mengimbangi diri dalam pelajaran dan kokurikulum. [Penutup] Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk memartabatkan tarian agar warisan kesenian dapat dilestarikan. (100 patah perkataan) Tkt2 Stra A+ BM 6 PMaklumat(91-100).indd 100 10/24/2023 3:26:47 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


101 Contoh Menulis Karangan Respons Terhad Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Kerangka Karangan Pendahuluan Setiap orang perlu menjaga kesihatan diri Isi 1 Bersenam – disarankan tiga kali seminggu – 20 minit Isi 2 Tidur yang berkualiti – merehatkan minda dan menyegarkan badan Isi 3 Makan secara sederhana tahap metabolism sentiasa tinggi Isi 4 Melakukan pemeriksaan kesihatan Penutup Penjagaan kesihatan diri dapat menghindarkan penyakit Ungkapan Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang Murid mestilah menggunakan ayat sendiri untuk mengembangkan isi yang telah dikemukakan di atas. Murid mestilah memasukkan pendahuluan, tiga isi yang diberikan, penutup dan ungkapan yang sesuai. Karangan Lengkap Setiap orang perlu menjaga kesihatan diri. Cara menjaga kesihatan diri yang pertama adalah dengan bersenam. Kita disarankan untuk bersenam tiga hari seminggu dalam tempoh 20 minit bagi setiap sesi. Selain itu, kita harus mendapatkan tidur yang berkualiti untuk merehatkan minda dan menyegarkan badan kerana badan cergas, otak cerdas. Seterusnya, kita seharusnya makan secara sederhana. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan dapat memastikan tahap metabolisme sentiasa tinggi. Kita seharusnya makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang untuk menjaga kesihatan diri. Di samping itu, kita perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Kesimpulannya, penjagaan kesihatan diri dapat menghindarkan diri kita daripada pelbagai penyakit. (85 patah perkataan) e-RPH Karangan Respons Terhad Bersenam Menjaga kesihatan Pemeriksaan kesihatan Tidur yang berkualiti Makan secara sederhana Cara Menjaga Kesihatan Tkt2 Stra A+ BM 7 KRTerhad(101-104).indd 101 10/17/2023 5:14:29 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


102 Reviu Topik Praktis 1 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Gotong-royong Perdana Murid-murid berkumpul untuk mendengar taklimat oleh Pengetua dan dibahagi kepada beberapa kumpulan – mengambil perkakasan untuk membersihkan kawasan sekolah – dapat membentuk kerjasama dan mengeratkan perpaduan – mengumpulkan bahan-bahan terbuang – bersurai. [Pendahuluan] Gotong-royong Perdana telah diadakan oleh pihak sekolah pada 12 Februari 20__. [Isi 1] Murid-murid berkumpul di Dataran Perdana tepat pukul 8:00 pagi. Semua warga sekolah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengetua sebelum dibahagikan kepada 20 kumpulan. [Isi 2] Setiap ketua kumpulan dikehendaki mengambil perkakasan yang disediakan oleh pihak sekolah. Seterusnya, kerja-kerja membersihkan kawasan sekolah dimulakan. [Isi 3] Gotong-royong Perdana yang diadakan dapat membentuk kerjasama dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum. [Isi 4] Seterusnya, murid-murid mengumpulkan bahan-bahan terbuang di tempat yang disediakan oleh pihak sekolah. [Penutup] Gotong-royong Perdana selesai tepat pukul 12:30 tengah hari dan murid-murid pun bersurai. (79 patah perkataan) Praktis 2 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Keselamatan di Makmal Sains Tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru Dilarang melakukan eksperimen sains tanpa pengetahuan dan kebenaran guru Tidak dibenarkan bermain dengan sebarang peralatan dan kelengkapan makmal Basuh segera dengan air jika bahan kimia terkena pada badan atau kulit Tkt2 Stra A+ BM 7 KRTerhad(101-104).indd 102 10/17/2023 5:14:29 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


103 [Pendahuluan] Makmal Sains bukanlah tempat bermain. Murid-murid perlu mematuhi arahan keselamatan di Makmal Sains. [Isi 1] Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini. [Isi 2] Seterusnya, murid-murid dilarang melakukan eksperimen sains tanpa pengetahuan dan kebenaran guru terutama yang menggunakan bahan kimia. [Isi 3] Di samping itu, murid-murid tidak dibenarkan bermain dengan sebarang peralatan dan kelengkapan makmal untuk mengelakkan kebakaran atau kecederaan. [Isi 4] Malahan, murid-murid perlu membasuh segera dengan air jika bahan kimia terkena pada badan atau kulit sebagai langkah keselamatan. [Penutup] Kesimpulannya, semua murid harus mematuhi arahan keselamatan di Makmal Sains untuk kebaikan mereka. (80 patah perkataan) Praktis 3 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Pulau Redang, Terengganu Keistimewaan dan Aktiviti Pengangkutan Bot Pulau – Bersiar-siar dan mandi-manda – Meredah hutan Laut – Bersnorkel – Mengelilingi pulau [Pendahuluan] Malaysia kaya dengan destinasi pelancongan yang menarik. [Isi 1] Salah satu destinasi pelancongan yang popular ialah Pulau Redang, Terengganu. Keistimewaan Pulau Redang ialah pelancong boleh bersiar-siar di pulau sambil melihat matahari terbenam atau mandi-manda di kawasan di sekitar Pulau Redang. [Isi 2] Selain itu, pelancong juga boleh meredah hutan, iaitu jalan denai kira-kira 2 kilometer sehala yang menghubungkan Pasir Panjang dan Teluk Dalam. [Isi 3] Malahan, pelancong boleh bersnorkel untuk melihat hidupan akuatik di laut atau mengelilingi pulau sebagai aktiviti yang disediakan di Pulau Redang. [Isi 4] Banyak bot disediakan sebagai pengangkutan untuk memudahkan pelancong. [Penutup] Kesimpulannya, aktiviti yang menarik di Pulau Redang adalah setanding dengan tempat pelancongan di luar negara. (80 patah perkataan) Tkt2 Stra A+ BM 7 KRTerhad(101-104).indd 103 10/17/2023 5:14:29 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


104 Praktis 4 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Kem Jati Diri Diadakan di Kem Nur Tekali – disertai 40 orang pengawas – meredah hutan – semangat berani – bengkel pengukuhan jati diri – ikhtiar hidup – memupuk semangat kerjasama – malam kebudayaan – mencungkil bakat – pengalaman. Pada minggu lepas, Lembaga Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana telah mengadakan Kem Jati Diri. Kem ini diadakan di Kem Nur Tekali yang disertai oleh 40 orang pengawas. Kem Jati Diri diadakan untuk menyerlahkan semangat kepimpinan pengawas. Aktiviti pertama adalah meredah hutan sejauh 3 kilometer sehala. Jalan yang licin serta curam memerlukan semangat berani pengawas untuk sampai ke puncak. Pada keesokannya, bengkel pengukuhan jati diri telah diadakan oleh fasilitator luar. Dalam aktiviti ikhtiar hidup pula, kami perlu menanak pulut menggunakan buluh. Aktiviti ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pengawas. Seterusnya, aktiviti malam kebudayaan telah berjaya mencungkil bakat terpendam pengawas dalam bidang seni. Sesungguhnya, pengalaman menyertai Kem Jati Diri ini tidak akan kami lupakan. (86 patah perkataan) Praktis 5 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. [Pendahuluan] Berbelanja memang mendatangkan kepuasan kepada kita. Namun begitu, kita perlulah tahu panduan berbelanja secara bijak. [Isi 1] Sebelum berbelanja, kita perlulah membuat senarai barangan yang akan dibeli terlebih dahulu. Kita disarankan membeli barangan keperluan sahaja untuk mengelakkan terbeli barangan yang kurang penting. [Isi 2] Semasa membeli barangan, kita haruslah membuat perbandingan harga supaya dapat menjimatkan wang. [Isi 3] Pada masa yang sama, kita mengelakkan penggunaan kad kredit untuk mengelakkan bayaran tertunggak. [Isi 4] Akhir sekali, kita perlu meneliti resit pembelian agar tiada barang yang tersalah imbas. [Penutup] Kesimpulannya, setiap orang perlu mengetahui panduan berbelanja secara bijak agar dapat berjimat cermat. (85 patah perkataan) Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan Panduan berbelanja secara bijak Membuat perbandingan harga Mengelakkan penggunaan kad kredit Meneliti resit pembelian Membuat senarai barangan agar membeli barang perlu sahaja Tkt2 Stra A+ BM 7 KRTerhad(101-104).indd 104 10/17/2023 5:14:29 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


105 Panduan Menjawab Karangan Respons Terbuka 1 Terdapat dua bentuk karangan, iaitu: (a) Karangan berformat khusus (b) Karangan berformat umum 2 Karangan berformat khusus seperti surat kiriman rasmi, laporan, ucapan/syarahan/ ceramah/perbahasan, wawancara, ulasan dan rencana. Jika calon tidak memenuhi kriteria, maksimum dua markah akan ditolak kerana tidak menepati format yang dikehendaki. 3 Panduan menjawab karangan adalah seperti di bawah. (a) Membaca dan memilih soalan (i) Murid perlu membaca soalan dengan teliti dan memahami kehendak soalan. (ii) Murid perlu memilih soalan atau tajuk yang benar-benar dikuasai dan difahami dari segi isu, format, isi karangan, laras bahasa, bukti dan contoh yang relevan yang bersesuaian dengan tajuk soalan. (iii) Murid juga disarankan mengetahui dimensi kehendak soalan sama ada dimensi diri, keluarga, sekolah, masyarakat atau negara. (b) Mengenal pasti tajuk dan kehendak soalan (i) Calon perlu memahami kata kunci soalan, contohnya: bincangkan, gambarkan, cadangkan, bahaskan, nyatakan, huraikan, ceritakan, gambarkan, berikan pendapat dan ulaskan. (ii) Setiap kata kunci yang dibaca hendaklah digaris agar kehendak soalan benar-benar difahami. (c) Merangka dan menulis karangan (i) Murid perlu membiasakan diri membina rangka karangan sebelum menulis idea yang diperoleh. Catatkan di dalam kertas dan susun idea-idea tersebut. (ii) Murid juga hendaklah menitikberatkan aspek bahasa termasuklah ejaan, aspek tatabahasa, penggunaan tanda baca, dan pemilihan kata yang tepat dan sesuai. (iii) Murid boleh memulakan rangka karangan dengan merangka pendahuluan, isi-isi penting dan penutup. (iv) Setiap perenggan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu peribahasa atau frasa menarik supaya dapat menunjukkan pengolahan karangan yang menarik. (d) Menyemak karangan (i) Murid diingatkan supaya menyemak semula karangan sebelum menghantar karangan. (ii) Murid dikehendaki memastikan tiada isi penting yang tertinggal dan karangan hendaklah diakhiri dengan penutup yang sempurna. (iii) Murid juga diingatkan supaya menyemak semula aspek bahasa termasuklah tatabahasa, ejaan, penggunaan tanda baca, format, ayat, peribahasa, dan penggunaan perkataan yang tepat. Karangan Respons Terbuka Tkt2 Stra A+ BM 8 KRTerbuka(105-120).indd 105 10/24/2023 3:28:00 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


106 Reviu Topik Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi Praktis 1 Anda kurang berpuas hati tentang tahap kebersihan kantin sekolah anda. Anda ingin membuat aduan tentang keadaan ini kepada pengetua sekolah anda. Tulis surat itu selengkapnya. Pendahuluan Alamat, diri, alamat penerima dan tarikh – panggilan hormat – tujuan menulis surat – membuat aduan tentang kebersihan kantin sekolah Isi-isi penting (i) membiarkan makanan tidak bertutup – menjadi sasaran lalat – pembiakan bakteria dan virus – boleh menyebabkan taun – serangga atau ulat jatuh dalam makanan – pernah berlaku ada ulat dalam mihun – nasib baik rakan saya belum makan lagi – meloyakan tekak (ii) mengabaikan kebersihan penyediaan makanan – pekerja kantin tidak memakai serkup kepala dan apron – menemui rambut dalam makanan – ada pekerja yang tidak menggunakan sudu arau sarung tangan plastik semasa meletakkan makanan dalam pinggan – kuku yang panjang dan keadaan diri pekerja yang tidak terurus – murid-murid geli untuk makan di kantin (iii) peralatan makanan yang tidak diurus dengan baik – sudu, pinggan, cawan dan gelas tidak dibersihkan dengan betul – terdapat sisa makanan pada sudu dan kesan tangan pada gelas – tidak dicuci dengan bersih – ada cawan yang masih berbau sabun pencuci – sudah ditegur namun seperti mencurah air ke daun keladi (iv) persekitaran kantin yang tidak bersih – keadaan bahagian dapur kantin terdapat kesan-kesan minyak lama yang tidak dibersihkan – berkulat – longkang dipenuhi bungkusan makanan dan sisa – meja tempat makan muridmurid tidak dilap – boleh menjadi tempat pembiakan tikus Penutup Berharap semoga mendapat pertimbangan dan perhatian sewajarnya daripada Pengetua – membuat tindakan – tidak berlaku kes keracunan makanan – ucapan terima kasih Praktis 2 Anda ialah salah seorang pengawas di sekolah anda. Anda mendapati bahawa kualiti pengawas di sekolah anda perlu diperbaik untuk membantu pihak sekolah membentuk murid yang berdisiplin. Anda ingin mengemukakan cadangan anda itu kepada guru pengawas sekolah anda. Tulis surat itu selengkapnya. Pendahuluan Alamat, diri, alamat penerima dan tarikh – panggilan hormat – tujuan menulis surat – ingin membuat cadangan tentang peranan pengawas untuk membantu pihak sekolah membentuk murid yang berdisiplin Isi-isi penting (i) [Apa] menjadi suri teladan kepada murid-murid lain – menunjukkan contoh yang baik – [Kesan] murid-murid lain akan mencontohi tingkah laku pengawas yang positif – [Contoh] pengawas tidak boleh melanggar peraturan sekolah – datang lebih awal ke sekolah – disiplin murid akan terkawal Tkt2 Stra A+ BM 8 KRTerbuka(105-120).indd 106 10/24/2023 3:28:00 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


107 (ii) [Apa] bertindak tegas tetapi adil – [Bagaimana] tidak berlembut dengan murid-murid yang melakukan kesalahan walaupun rakan baik sendiri – adil dalam melaksanakan tindakan – tidak berat sebelah – murid-murid akan lebih menghormati pengawas (iii) [Apa] mendampingi murid-murid – [Bagaimana] mengambil tahu akan masalah murid-murid – tidak berlagak atas jawatan pengawas – tidak menganggap murid-murid lain sebagai musuh – menjaga hubungan baik tersebut – sentiasa menasihati dan menegur murid-murid lain secara berhemah – murid-murid pasti akan menghormati pengawas (iv) [Apa] bertindak mengikut pertimbangan – [Bagaimana] mengambil tindakan berdasarkan kesalahan bukannya emosi – mampu mengelak tekanan kepada murid-murid lain – tidak menggunakan kekerasan apabila murid-murid lain melakukan kesalahan – bertindak mengikut peraturan sekolah – merujuk guru pengawas atau guru disiplin – [Ungkapan Indah] ibarat menarik rambut dalam tepung, tepung tidak berselerak, rambut jangan putus Penutup Berharap semoga mendapat cadangan anda mendapat perhatian daripada guru pengawas – dapat meningkatkan imej pengawas di mata murid-murid lain – ucapan terima kasih Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi Praktis 1 Rakan anda menghadapi masalah obesiti. Dia telah mengutus surat kepada anda dan meminta tip-tip untuk menguruskan badan. Tulis surat tersebut selengkapnya. Pendahuluan Alamat penuh penulis dan tarikh – bertanya khabar dan menyatakan kesihatan diri – berharap sahabat juga sihat – masalah obesiti jika tidak dipantau membawa pelbagai masalah – akan memberikan beberapa tip untuk menguruskan badan Isi-isi penting (i) mengamalkan pemakanan seimbang – piramid makanan sebagai panduan dalam pemilihan menu atau jenis makanan agar hidup lebih sihat – makan mengikut waktu secara teratur terutamanya tiga waktu makan yang utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menguar-uarkan slogan “makan secara sihat, sihat sepanjang hayat” – mengelakkan penyakit berbahaya (ii) melakukan senaman secara teratur – mendisiplinkan diri  dan melakukan senaman sekurang-kurangnya selama dua puluh minit dalam tiga kali seminggu – dijadikan rutin dalam kehidupan kita – tidak seharusnya  menjadikan kesibukan belajar sebagai alasan untuk tidak bersenam – boleh bersenam di taman kawasan perumahan – badan sihat otak cerdas (iii) jangan terpedaya dengan produk pelangsingan badan – mengaburi mata pengguna – membahayakan kesihatan – kebanyakan produk  tiada jaminan keselamatan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia – tidak selamat dan boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif yang boleh menjejaskan kesihatan (iv) mempunyai motivasi diri yang tinggi – jangan cepat mengalah jika perubahan lambat pada diri – di mana ada kemahuan di situ ada jalannya – hiraukan pandangan negatif orang lain – cari rakan-rakan yang boleh memberikan motivasi kepada diri anda Penutup Berjanji akan mengirimkan surat lagi jika ada masa – semoga persahabatan berkekalan – ucapan terima kasih – tandatangan Tkt2 Stra A+ BM 8 KRTerbuka(105-120).indd 107 10/24/2023 3:28:00 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


108 Praktis 2 Anda baru sahaja menerima sepucuk surat daripada rakan baik anda yang telah berpindah sekolah. Dalam suratnya, rakan anda ingin meminta pendapat anda tentang cara-cara mengatasi masalah buli di sekolah. Balas surat tersebut selengkapnya. Pendahuluan Alamat penuh penulis dan tarikh – bertanya khabar dan menyatakan kesihatan diri – berharap sahabat juga sihat – harap dapat menyesuaikan diri di sekolah baharu – berjanji akan menyatakan pendapat berkaitan cara-cara mengatasi masalah buli di sekolah Isi-isi penting (i) [Apa] murid-murid harus pandai memilih kawan – akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya – [Bagaimana] jika kawannya minat membaca buku, maka murid tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama – jika kawan murid itu terlibat dalam kes buli di sekolah maka tidak mustahil lama-kelamaan akan terpengaruh – murid-murid harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini – ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah – [Ungkapan Indah] berani kerana benar takut kerana salah (ii) [Apa] ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik – anak-anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa – tanggapan anak, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti – [Ungkapan Indah] bapa borek, anak rintik – ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka  semasa di sekolah – memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan – memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi – [Ungkapan Indah] melentur buluh biarlah waktu rebung (iii) [Apa] pihak sekolah memantau kawasan berisiko – [Bagaimana] tempat-tempat berisiko untuk murid-murid membuli dan dibuli seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi perlu diawasi diperketat – murid-murid tiada peluang – menggalakkan murid-murid menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif – memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli (iv) [Apa] pihak sekolah mengetatkan peraturan – [Bagaimana] mengenakan tindakan dan menjatuhkan hukuman yang tegas kepada pembuli mengikut prosedur – berjumpa dengan murid-murid yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi  oleh murid tersebut – mengambil tindakan agar murid-murid tidak mengulangi perbuatan itu lagi – dijadikan sebagai iktibar kepada murid yang lain Penutup Berjanji akan mengirimkan surat lagi jika ada masa – semoga persahabatan berkekalan – ucapan terima kasih – tandatangan Tkt2 Stra A+ BM 8 KRTerbuka(105-120).indd 108 10/24/2023 3:28:00 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


109 Karangan Jenis Laporan Praktis 1 Persatuan Sejarah sekolah anda telah mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Melaka. Sebagai setiausaha Persatuan Sejarah, anda ditugaskan untuk menulis laporan tentang lawatan tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya. Pendahuluan Persatuan Sejarah mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah di Melaka – tarikh dan hari – seramai 76 orang murid dan empat orang guru – tujuan mengenali dan melihat sendiri tempat-tempat bersejarah Isi-isi penting (i) murid-murid berkumpul di kantin sekolah pada pukul 7:00 pagi – 7:30 pagi dua buah bas bertolak dari sekolah – dalam bas pelbagai aktiviti dijalankan seperti berpantun, nyanyian dan membaca buku – memenuhi masa perjalanan selama dua jam – masa itu emas. (ii) untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan  Inggeris – 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan – ditubuhkan untuk mengambil dokumen tentang kemerdekaan negara – pameran di bangunan ini meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 – barangbarang yang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifak yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan. (iii) Bangunan Stadthuys – bermaksud dewan bandar raya dalam bahasa Belanda – sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka – dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor – struktur bangunan ini melambangkan seni reka bentuk Belanda yang halus (iv) A Famosa – kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511 – Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar “A Famosa”, atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca) – mengambil masa selama 5 bulan untuk dibina – pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque – menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik-baik sahaja mereka menguasai bandar Melaka Penutup Pada pukul 4:00 petang bas bergerak dari Melaka – semua keletihan – tiba di sekolah pada pukul 7:00 malam – lawatan yang menyeronokkan – bangga sebagai rakyat Malaysia – berhasrat mengunjungi tempat-tempat bersejarah di negeri lain pula Praktis 2 Baru-baru ini, sekolah anda telah mengadakan sambutan Hari Guru yang diuruskan oleh Lembaga Pengawas Sekolah. Sebagai setiausaha Lembaga Pengawas, anda dikehendaki menulis laporan tentang sambutan itu. Tulis laporan itu selengkapnya. Pendahuluan Sambutan Hari Guru diuruskan oleh Lembaga Pengawas – disambut pada 16 Mei di Dewan Terbuka sekolah – sambutan diadakan secara sederhana namun sangat meriah Isi-isi penting (i) persiapan sebelum majlis sambutan Hari Guru – Lembaga Pengawas membuat persiapan tempat – latihan kompang dan raptai Tkt2 Stra A+ BM 8 KRTerbuka(105-120).indd 109 10/24/2023 3:28:00 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


110 persembahan diadakan sehari sebelum – antara persembahan ialah nyanyian, deklamasi sajak, sketsa dan bicara berirama – memastikan majlis berjalan dengan lancar (ii) semasa majlis sambutan Hari Guru – guru diberikan hadiah oleh Lembaga Pengawas dan murid-murid sebagai menghargai jasa guru – menggalakkan budaya penyayang – murid menghargai pengorbanan guru dalam mendidik mereka (iii) persembahan murid-murid dan guru-guru – tarian, nyanyian, lakonan, deklamasi sajak – ada persembahan murid-murid dan guruguru – murid-murid berpeluang mengadakan latihan bersama guru – mengeratkan hubungan murid-murid dengan guru (iv) majlis makan – Lembaga Pengawas melayan guru-guru ketika majlis makan yang diadakan di kantin sekolah – guru-guru telah memberikan pelajaran kepada murid-murid – sebagai menghargai ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru Penutup Sambutan hari guru telah diisi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik selama 4 jam – sememangnya setiap guru perlu dihargai melalui sambutan Hari Guru – guru umpama lilin yang sanggup membakar diri untuk menyinari hidup murid-murid – tandatangan pelapor dan tarikh Karangan Jenis Ucapan/Syarahan Praktis 1 Sebagai Ketua murid di sekolah anda, anda telah ditugaskan oleh pihak sekolah untuk menyampaikan ucapan tentang ciriciri murid yang cemerlang. Tulis ucapan anda itu selengkapnya. Pendahuluan Kata alu-aluan – Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan – bangga kerana dipilih oleh pihak sekolah untuk menyampaikan ucapan tentang ciri-ciri murid cemerlang – umpama benih yang baik, kalau dicampak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau Isi-isi penting (i) mempunyai didikan agama dan moral yang baik – tanpa didikan agama dan moral, murid akan terjerumus ke kancah yang tidak baik – ibu bapa memainkan peranan penting untuk menerapkan didikan agama dan moral kerana melentur buluh biarlah waktu rebung – bersolat dan menunjukkan sahsiah yang baik kepada anak-anak – anak-anak akan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri melalui didikan tersebut (ii) murid perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum – persatuan, kelab permainan dan badan beruniform dapat membentuk sesorang murid itu lebih berdisiplin dan mengasah sifat kepimpinan – meningkatkan kesihatan seseorang sekali gus dapat mengelakkan diri daripada terkena penyakit – mencegah lebih baik dari mengubati (iii) murid mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik – mesti berusaha untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan – mampu membahagikan masa dengan baik untuk aktiviti akademik dan kokurikulum – tidak membazirkan masa senggang dengan melepak atau bermain gajet kerana – masa itu emas – menggunakan masa untuk membaca buku, membuat rujukan atau berbincang dalam kumpulan (iv) murid menampilkan sahsiah yang mulia dan murni – percakapan mereka dihiasi dengan sopan santun – rakan akan berasa selamat dan dilindungi kerana mereka akan hanya mendengar hal yang baik-baik, serta tidak mengalami provokasi yang tidak berfaedah – mampu mengawal kemarahan bagi mengelakkan pergaduhan – bagai isi dengan kuku Penutup Kesimpulannya, setiap murid perlu memiliki ciri-ciri murid cemerlang – cerah masa depan – peneraju negara kerana Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara – memohon maaf jika tersalah bicara – mengucapkan terima kasih Tkt2 Stra A+ BM 8 KRTerbuka(105-120).indd 110 10/24/2023 3:28:00 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


111 Praktis 2 Anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan syarahan anjuran pihak sekolah. Tajuk syarahan anda itu ialah “Usaha-usaha Memelihara Alam Sekitar Menjadi Tanggungjawab Bersama.” Sediakan teks syarahan itu selengkapnya. Pendahuluan Kata alu-aluan – pengerusi majlis, hakim, dan tetamu yang hadir – menyatakan tajuk sayarahan iaitu “Usaha-usaha Memelihara Alam Sekitar Menjadi Tanggungjawab Bersama” Isi-isi penting (i) [Siapa] pihak kerajaan menggalakkan tanaman hijau dalam kalangan masyarakat –    pokok-pokok bunga dan sayur-sayuran sangat berguna dalam kehidupan manusia – [Contoh] contohnya ibu bapa atau pihak sekolah  boleh menggalakkan aktiviti penanaman pokok seperti pokok-pokok bunga di kawasan persekitaran – alam sekitar yang hijau dapat memberikan udara yang nyaman dan segar kepada penghuninya – dapat menghijaukan alam sekitar (ii) [Apa] kempen alam sekitar – kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya – masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan  sisa pembuangan – mengurangkan pencemaran alam sekitar – kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan terbuang (iii) [Siapa] peranan organisasi-organisasi – [Contoh] sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu – pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia – menengah khususnya dalam pelajaran Sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran – setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada murid-murid melalui pendidikan moral di sekolah – pertandingan kelas terbersih di  antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri murid dapat disemai (iv) [Siapa] peranan media massa – perlulah lebih banyak memberikan maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar – dalam siaran-siaran di televisyen – [Contoh] televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelosok dunia –surat khabar dan majalah – mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan Internet. Penutup Kesimpulannya, semua pihak perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memelihara alam sekitar – mengatur langkah sederap dan konsisten – alam sekitar kurniaan Tuhan yang perlu sentiasa dipelihara untuk kebaikan bersama – Negara Bersih Rakyat Sihat – mengucapkan terima kasih Tkt2 Stra A+ BM 8 KRTerbuka(105-120).indd 111 10/24/2023 3:28:00 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


112 Karangan Jenis Dialog/Wawancara Praktis 1 Anda dan rakan anda berbincang tentang kepentingan memartabatkan semula bahasa Melayu di negara ini. Tulis semula perbualan anda selengkapnya. Pendahuluan Memberi salam – bertanya khabar – menyatakan perasaan gembira kerana dapat bertemu semula Isi-isi penting (i) bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan – bahasa penyatuan rakyat pelbagai kaum – Bahasa Jiwa Bangsa – setiap rakyat perlu menguasai bahasa Melayu dan bertutur dengan betul – jangan mencampur aduk dengan bahasa asing atau slanga – boleh merosakkan kesucian bahasa Melayu (ii) bahasa Melayu bahasa komunikasi – pernah menjadi bahasa Lingua Franca semasa keagungan Zaman Kesultanan Melayu Melaka – memudahkan rakyat berurusan melalui satu bahasa – contoh semasa perniagaan atau hubungan sosial – memperteguh ikatan silaturahim dalam kalangan penutur (iii) bahasa Melayu bahasa penyampaian maklumat oleh pihak kerajaan – kempen, misi dan visi kerajaan disampaikan dalam bahasa Melayu – contoh Kempen “Tak Nak” untuk membendung masalah merokok dalam kalangan rakyat – mesej mudah difahami dan disebar luas (iv) bahasa Melayu membentuk jati diri – identiti rakyat Malaysia yang pelbagai kaum – menjadi satu kebanggaan apabila dapat bertutur dengan bahasa Melayu – universiti di Jepun dan China memperkenalkan bahasa Melayu kepada mahasiswa mereka Penutup Kesimpulan, kita harus bangga dengan bahasa Melayu – bahasa Melayu perlu dimartabatkan semula – boleh menguasai bahasa lain seperti bahasa Inggeris namun jangan meminggirkan bahasa Melayu Praktis 2 Anda seorang wartawan bagi syarikat akhbar terkemuka. Anda telah ditugaskan oleh Ketua Pengarang untuk mewawancara seorang pegawai polis berhubung punca peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini. Sediakan teks wawancara itu selengkapnya. Pendahuluan Memberikan salam – memperkenalkan diri – menyatakan tujuan wawancara – punca peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini Isi-isi penting (i) kecuaian pemandu sendiri – memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk – menggunakan telefon bimbit ketika memandu – pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain  – kebanyakan pemandu mahupun penunggang motosikal yang bersifat delinkuen gemar memandu melebihi had laju – ikut hati mati, ikut rasa binasa. (ii) keadaan kenderaan – sering alpa untuk memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak menghantar kenderaan tersebut untuk diselenggara di pusat servis – , tayar yang ‘botak’ akan mengakibatkan kereta itu mudah hilang kawalan terutamanya ketika hujan – mengundang malapetaka kepada pemandunya – sudah terhantuk baru nak tengadah j alan raya yang tidak baik – menyebabkan jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun – jalan raya yang berlubang dan tidak rata menyebabkan tayar kenderaan tidak dapat mencengkam permukaan jalan raya – kenderaan mudah hilang kawalan dan Tkt2 Stra A+ BM 8 KRTerbuka(105-120).indd 112 10/24/2023 3:28:00 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


113 terbabas – bertambah menjelang hari perayaan – malang tidak berbau penguatkuasaan undang - undang yang lemah – denda dan kompaun sebanyak RM 300 bagi kesalahan berat seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat merah tidak berkesan – pemandu mampu membayar denda tersebut – Ops Sikap dan sekatan jalan raya hanya giat dijalankan ketika musim-musim perayaan – pemandu tidak gentar melakukan kesalahan di jalan raya kerana mereka mampu membayar denda yang dikenakan – beranggapan operasi hanya dilakukan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja Penutup Kesimpulannya, semua pihak perlu mencari jalan penyelesaian – hendak seribu daya tak hendak seribu dalih – kadar kemalangan dapat dikurangkan – banyak nyawa dapat diselamatkan Karangan Jenis Cerita Praktis 1 Anda telah berpeluang menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan di Dataran Merdeka. Ceritakan pengalaman anda semasa menghadiri sambutan kemerdekaan tersebut. Pendahuluan Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari yang amat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama – pada hari tersebutlah negara kita mencapai kemerdekaan – selalu menonton di televisyen sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka – teringin hendak melihat sendiri – ayah berjanji membawa kami sekeluarga Isi-isi penting (i) kami bertolak pada awal pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas – mencari tempat yang strategik – berjaya mendapat tempat di barisan paling hadapan – dapat melihat dengan lebih jelas acara sambutan – pada pukul 7:30 pagi,  dif-dif  kehormat telah mengambil tempat duduk di atas pentas utama – orang ramai turut membanjiri Dataran Merdeka – upacara bermula dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan lagu-lagu patriotik – bendera Jalur Gemilang dinaikkan dan berkibar megah di angkasa (ii) Perdana Menteri menyampaikan ucapan di atas pentas – mengakhiri ucapan dengan laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali – semua hadirin menyahut laungan dengan penuh semangat patriotisme – sambil mengibarkan Jalur Gemilang –suasana di Dataran Merdeka meriah sekali – merasai perasaan bangga pejuang dahulu kerana berjaya memerdekakan tanah air (iii) perbarisan lintas hormat diketuai oleh pasukan pancaragam – diikuti oleh pasukan beruniform seperti pasukan polis, tentera, bomba, kakitangan kerajaan dan kumpulan pejuang veteran negara – mereka kelihatan segak dan gagah dengan pakaian seragam masing-masing – orang ramai melambai-lambaikan tangan kepada peserta lintas hormat – langkah yang seragam dan pakaian yang berwarna-warni – kagum dengan semangat para peserta yang berlatih untuk memeriahkan sambutan hari kemerdekaan. (iv) perarakan kereta berhias – kereta dihias dengan pelbagai flora segar – sungguh kagum dengan kreativiti peserta kereta berhias – pertunjukan akrobatik jet pejuang – acara yang ditunggu-tunggu – saya sempat merakamkan detik-detik yang sungguh mengagumkan ini dengan perakam video – saya mahu berkongsi rakaman ini dengan kawan-kawan di sekolah nanti Penutup Kira-kira pukul 11:00 pagi, upacara sambutan Hari Kebangsaan telah berakhir – saya telah mendapat satu pengalaman yang amat berharga – perasaan cinta akan tanah begitu membara dalam jiwa saya – berbangga menjadi rakyat Malaysia Tkt2 Stra A+ BM 8 KRTerbuka(105-120).indd 113 10/24/2023 3:28:00 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


114 Praktis 2 Anda telah dipilih sebagai penerima anugerah dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan yang diadakan baru-baru ini. Ceritakan pengalaman anda semasa menghadiri majlis tersebut. Pendahuluan Pada hari Sabtu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan – diadakan dewan sekolah – bermula pada pukul 8:00 pagi – ramai penerima anugerah ditemani oleh ibu bapa masing-masing –ibu bapa saya turut hadir meraikan kejayaan saya sebagai penerima anugerah Isi-isi penting (i) majlis tersebut bermula dengan paluan kompang mengiringi Yang Berhormat Dr. Abdullah, iaitu Yang Dipertua PIBG sekolah kami selaku tetamu kehormat – Pengetua telah menyampaikan ucapan – seterusnya Yang Berhormat Dr. Abdullah bin Sani telah merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah saya – beliau mengucapkan tahniah kepada semua murid yang telah berjaya dengan cemerlang (ii) atur cara majlis telah diteruskan dengan penyampaian hadiah – antara kategori hadiah seperti hadiah mata pelajaran terbaik, pencapaian terbaik setiap tingkatan, dan pencapaian terbaik bagi Ujian Akhir Sesi Akademik – saya adalah antara penerima hadiah untuk keputusan terbaik Ujian Akhir Sesi Akademik (iii) acara persembahan – persembahan tarian tradisional dan deklamasi sajak – persembahan diteruskan oleh kumpulan nasyid sekolah kami yang telah memenangi pertandingan nasyid peringkat kebangsaan (iv) acara terakhir ialah pengumuman tokoh murid pada tahun 20 – semua penerima hadiah berdebar-debar pengumuman menunggu tersebut – nama saya diumumkan sebagai penerima tokoh murid atas kecemerlangan mendapat semua A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 yang lalu – ibu bapa saya memeluk saya – keluar air mata kegembiraan – tidak menyangka terpilih kerana ada dua orang lagi rakan saya yang mendapat keputusan yang sama Penutup Kira-kira pukul 1:30 tengah hari, majlis tersebut pun selesai – para hadirin dan tetamu kehormat telah dijemput menikmati jamuan di kantin sekolah – ramai rakan yang mengucapkan tahniah kepada saya Tkt2 Stra A+ BM 8 KRTerbuka(105-120).indd 114 10/24/2023 3:28:00 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


115 Karangan Jenis Pendapat Praktis 1 Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, begitulah peribahasa yang boleh dikaitkan dengan semangat kejiranan. Namun demikian, semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini. Beri pendapat anda tentang aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan kembali semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Pendahuluan Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita – jiran orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan –  Jiran sepakat membawa berkat – terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dirancang dan dilakukan untuk mengukuhkan kembali semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Isi-isi penting (i) aktiviti gotong-royong – jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan – dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain – dapat mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat – tak kenal maka tak cinta – membersihkan kawasan taman, membantu kenduri-kendara (ii) majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan – dapat membentuk ikatan –berkumpul sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah – perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali (iii) aktiviti Hari – semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti bermain futsal, bola jaring atau sukaneka – kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga – boleh diadakan di taman perumahan dapat membentuk kerjasama apabila diadakan apa-apa acara pada masa depan – ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. (iv) budaya kunjung-mengunjung – menziarahi jiran – dapat mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita – menziarahi jiran yang sakit di hospital – hubungan akan erat apabila kita bersikap prihatin atas masalah jiran lain – cubit paha kiri, paha kanan terasa juga Penutup Kesimpulannya, kita perlu mengukuhkan kembali semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat – elakkan bersikap mementingkan diri sendiri – bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing – dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh Tkt2 Stra A+ BM 8 KRTerbuka(105-120).indd 115 10/24/2023 3:28:00 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


116 Praktis 2 Usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang wajar agar mereka tidak berasa dipinggirkan. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini? Pendahuluan Orang Kelainan  Upaya (OKU) juga merupakan aset negara yang perlu dihargai dan diberikan perhatian oleh semua lapisan masyarakat – semua pihak perlu cakna akan tanggungjawab masing-masing untuk membantu OKU – terdapat pelbagai usaha yang wajar dilakukan untuk membantu OKU           Isi-isi penting          (i) [Siapa] peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak memandang hina OKU – OKU juga mempunyai perasaan mahu dihargai, disayangi dan dihormati oleh masyarakat – [Siapa] anak-anak diajar supaya tidak memandang sebelah mata terhadap OKU – [Bagaimana] dilarang mentertawakan OKU akibat kecacatan yang mereka alami ketika berhadapan dengan mereka – membantu OKU jika mereka mengalami kesukaran untuk melakukan sesuatu (ii) [Siapa] pihak kerajaan hendaklah menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan kemahiran kepada golongan OKU – [Mengapa] sangat penting demi masa depan mereka – mewujudkan Kelas Pendidikan Khas amat wajar diberikan pujian – golongan OKU akanmendapat kemahiran dan potensi diri mereka dapat diserlahkan hasil bimbingan guru yang pakar (iii) [Siapa] pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU – [Bagaimana] usaha murni pengusaha pusat belibelah yang menyediakan kemudahan untuk golongan OKU seperti lorong khas, tandas dan tempat letak kenderaan amat dihargai – perlu menunjukkan keperihatinan dan membantu pihak kerajaan – bukan bersikap lepas tangan (iv) [Siapa] pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat tentang peluang pendidikan dan kerjaya bagi  OKU – [Kesan] menyedarkan orang ramai dan OKU tentang ruang dan peluang – [Contoh] Kempen  Masyarakat Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan melalui saluran media massa – boleh disalurkan melalui iklan, kempen dan melalui drama Penutup Kesimpulannya,  bahawa   pelbagai pihak perlu memainkan peranan untuk membantu OKU – perlu berganding bahu –  berat sama dipikul, ringan sama dijinjing – membela nasib dan masa depan golongan OKU. Tkt2 Stra A+ BM 8 KRTerbuka(105-120).indd 116 10/24/2023 3:28:00 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


117 Karangan Jenis Perbincangan Praktis 1 Pembacaan karya sastera bukanlah satu perkara yang membosankan sebaliknya membaca karya sastera memberikan banyak faedah. Bincangkan pernyataan di atas. Pendahuluan Masyarakat kini acap kali mengatakan bahawa membaca adalah perkara yang membosankan terutama karya sastera – mereka lebih suka menghadap komputer atau gajet – sikap yang perlu diubah – seperti katak di bawah tempurung – banyak faedah yang boleh diperoleh apabila masyarakat membaca karya sastera Isi-isi penting (i) memperoleh pelbagai pengajaran yang berguna – boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian – contoh novel “Meniti Impian” karya Osman Ayob – kegigihan Zahar dalam mencapai impian hidupnya – walaupun tidak mendapat keputusan yang baik dalam SPM namun hasil usaha gigihnya dia dapat mencapai impiannya apabila dapat membina Bengkal Perabot Meniti Impian (ii) rasa kasih dan cinta akan bahasa Melayu dapat dipupuk apabila membaca karya sastera – sajak “Dirgahayu Bahasaku”, – melahirkan rasa bangga dalam diri pembaca yang bertutur dalam bahasa Melayu – tanpa mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris atau bahasa lain sebagaimana yang dilakukan oleh anak muda kini (iii) dapat melahirkan generasi yang bersemangat dan berani – novel “Darah Titik di Semantan” karya Arman Sani – kisah perjuangan Datuk Bahaman dan anak-anak buahnya menentang Inggeris di Tanah Melayu – dengan semangat penuh keberanian, beliau berjaya membunuh banyak orang Inggeris (iv) mengenali bakat-bakat penulis negara – mengenali Sasterawan Negara seperti Dato’ Shahnon Ahmad, Dato’Dr. Usman Awang dan Datuk Dr Zurinah Hassan mendorong pembaca untuk turut sama menulis – menjadikan Sasterawan Negara sebagai idola dalam memartabatkan karya sastera Penutup Kesimpulannya, pembacaan karya sastera bukanlah satu perkara yang membosankan sebaliknya membaca karya sastera adalah satu perkara yang mencabar dan memberi banyak faedah – membacalah kerana segalanya ada dalam senaskhah buku – membaca jambatan ilmu Tkt2 Stra A+ BM 8 KRTerbuka(105-120).indd 117 10/24/2023 3:28:00 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


118 Praktis 2 Kebudayaan warisan bangsa negara ini semakin dilupakan oleh remaja kita dek arus pembangunan yang rancak. Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pihak kerajaan untuk melestarikan warisan seni budaya. Pendahuluan Kebudayaan warisan bangsa merujuk budaya yang sudah diamalkan sejak berkurun lamanya oleh sesuatu bangsa itu – meliputi pakaian, makanan dan juga bahasa yang begitu diagungkan oleh setiap kaum itu – semakin terhakis terutama dalam jiwa remaja zaman modern ini – pelbagai langkah susulan boleh diambil untuk memastikan kebudayaan warisan ini terus berkekalan Isi-isi penting (i) [Apa] pihak kerajaan mengadakan kempen – [Bagaimana] kempen ini disiarkan melalui media massa dengan menggunakan tokoh budaya sebagai jurucakap kempen – berkongsi informasi yang lengkap tentang kebudayaan kita – memastikan remaja memahami dan mengetahui mengenai kebudayaan sendiri – timbul perasaan menghargainya (ii) [Siapa] pihak kerajaan memberikan pelbagai insentif – [Contoh] meliputi pemberian geran kewangan, biasiswa, kemudahan pinjaman dan sebagainya yang memudahkan pihak tertentu untuk mengikuti latihan atau menganjurkan program berunsur kebudayaan ini – menggalakkan remaja menghidupkan kembali kebudayaan warisan negara (iii) [Siapa] pihak kerajaan mengawal kemasukan budaya asing ke negara ini – [Apa] semua program televisyen yang berunsur budaya kuning hendaklah dipantau oleh pihak berkuasa – penghakisan kebudayaan warisan negara ini berlaku disebabkan oleh mudahnya budaya luar meresap ke dalam jiwa remaja – [Kesan] mengurangkan risiko buat remaja untuk mengikuti budaya yang tidak sesuai itu. (iv) [Siapa] pihak kerajaan boleh menubuhkan pelbagai agensi dan institusi latihan yang berkaitan dengan kebudayaan ini – peranan agensi ini adalah untuk melancarkan program berkaitan dengan kebudayaan sepanjang tahun – institusi ini melatih remaja tentang aspek kebudayaan itu dengan baik – melatih remaja agar mahir dalam [Contoh] tarian, seni tukang, lukisan corak batik dan nyanyian lagu-lagu tradisional Penutup Kesimpulannya, kerjasama semua pihak terutama remaja dalam membantu pihak kerajaan untuk melestarikan warisan seni budaya itu amat diperlukan agar kebudayaan kita ini terus berkekalan – [Ungkapan Indah] tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan – menjadi identiti negara yang mempunyai masyarakat majmuk Tkt2 Stra A+ BM 8 KRTerbuka(105-120).indd 118 10/24/2023 3:28:00 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


119 Karangan Jenis Rencana Praktis 1 Sekolah merupakan satu institusi untuk mendidik murid-murid secara formal dan keselamatan sekolah perlu diambil berat oleh semua pihak. Anda bercadang untuk menulis sebuah rencana berkaitan ciri-ciri sekolah selamat. Tulis rencana itu selengkapnya. Pendahuluan Format rencana – pada bulan Februari 2018, berita tentang bangunan kayu Sekolah Kebangsaan Sentosa, Tawau berlaku kebakaran dan banyak barangan berharga seperti komputer riba dan fail-fail pentadbiran – blok bangunan kayu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wallace Bay di Pulau Sebatik terbakar ketika murid sedang menduduki peperiksaan pada 13 Mei 2018 – memberi kesedaran kepada kita tentang isu keselamatan sekolah – ciri-ciri sekolah selamat. Isi-isi penting (i) sekolah perlu memiliki khidmat pengawai keselamatan yang bertanggungjawab – dapat memastikan sesiapa yang memasuki sekolah – memastikan setiap warga sekolah tidak dicedera oleh orang lain – melaporkan segera kepada pihak sekolah sekiranya berlaku perkara yang mencurigakan – pengawai keselamatan mesti amanah dan memiliki sistem keselamatan yang bersepadu – harap pagar pagar makan padi dapat dielakkan – memasang alat televisyen litar tutup untuk mengawasi keadaan sekolah – memastikan setiap orang yang memasuki sekolah perlu dikesan identitinya (ii) alat pemadam api berfungsi dengan baik – kebakaran merupakan salah satu kemalangan yang sering berlaku di sekolah – disebabkan bangunan yang usang dan lama tidak diperbaharui, kecuaian ketika melakukan eksperimen di makmal dan sebagainya – menyediakan alat pemadam api di setiap bangunan – sediakan payung sebelum hujan (iii) papan tanda amaran perlu didirikan di setiap kawasan yang berisiko – membantu warga sekolah berhati-hati semasa melalui tempat tersebut – kemalangan seperti pokok tumbang, kemunculan ular dan lebah, gol tiang tumbang – meningkatkan kesedaran dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat sehingga ke akar umbi rakyat – pekerja sekolah perlu senantiasa melaporkan kepada pihak pentadbir tentang isu keselamatan kawasan tersebut – pihak sekolah juga perlu turun padang untuk menyemak, membaiki dan menukar apa yang sudah usang atau berkarat (iv) menyediakan pelan kecemasan yang dapat digunakan pada saat-saat sekolah ditimpa kecemasan – mencegah lebih baik daripada mengubati – pelan tangga kecemasan dan pelan larian ke padang mestilah ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat – mengadakan latihan kebakaran – memastikan murid-murid bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku Penutup Kesimpulannya, keselamatan murid-murid menjadi tanggungjawab semua pihak – bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjamin keselamatan murid-murid semasa berada di kawasan sekolah – murid-murid perlu dididik mematuhi segala arahan dan peraturan di sekolah – jika semua ciri keselamatan telah diambil maka murid-murid dalam keadaan yang selamat semasa berada di kawasan sekolah Tkt2 Stra A+ BM 8 KRTerbuka(105-120).indd 119 10/24/2023 3:28:00 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


120 Praktis 2 Sukan lasak semakin digemari oleh remaja. Anda bercadang untuk menulis rencana tentang kebaikan memperkenalkan sukan lasak di sekolah. Tulis rencana itu selengkapnya. Pendahuluan Format rencana – remaja lebih gemar menceburi aktiviti yang lasak dan mencabar – sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba basikal banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak dan sambutannya amat menggalakkan – perlu diperluas di peringkat sekolah – banyak kebaikan memperkenalkan aktiviti sukan lasak di sekolah Isi-isi penting (i) membentuk individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran – mulai tahun 2004, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diperkenalkan dan pelajar lepasan SPM diwajibkan menyertai program ini secara berperingkat-peringkat – fasa pertama PLKN, mereka didedahkan dengan aktiviti luar yang memerlukan tenaga fizikal untuk membentuk mereka menjadi warganegara yang berketahanan tinggi dan sanggup mengharungi cabaran kelak (ii) menyediakan atlet dalam bidang sukan lasak lebih awal – boleh mewakili negara ini diperingkat antarabangsa kelak – [Ungkapan Indah] “melentur buluh, biarlah dari rebungnya” – murid yang berminat dalam bidang ini dapat mengasah bakat mereka melalui latihan yang terbimbing semasa di bangku sekolah – apabila mereka meninggalkan sekolah, mereka masih boleh meneruskan latihan intensif agar boleh mewakili negara dalam acara yang dipilih mereka – sebahagian dariapda rancangan jangka panjang untuk menggilap pelumba muda (iii) menjauhkan remaja daripada terbabit dalam kegiatan negatif – seperti buli, lepak, dan gangsterisme – murid kurang berminat dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, dan olahraga yang diadakan di sekolah – tidak mencabar minda dan fizikal mereka – terdapat ramai remaja yang menceburi permainan boling, memanah, lumba motosikal di luar waktu persekolahan – [Penegasan] murid pada hari ini lebih berminat kepada sukan ekstrem atau sukan lasak yang tiada di sekolah (iv) memupuk semangat berpasukan – ekspedisi mendaki gunung dan berbasikal memerlukan perancangan teliti serta persepakatan utuh untuk mencapai matlamatnya –  tanpa nilai-nilai tersebut, pastinya sesuatu rancangan itu akan menemui kegagalan – memupuk perpaduan apabila ahli kumpulan pelbagai kaum – sikap prihatin dan tanggungjawab sesama kaum dapat dipupuk – sikap bertolak ansur dan saling memahami – [Penegasan] negara akan aman kerana rakyat dapat hidup harmoni Penutup Tuntasnya, sukan ekstrem atau sukan lasak yang digemari oleh murid dan tidak membahayakan diri mereka wajar diperkenalkan di sekolah – sukan lasak perlu dipertandingkan di peringkat daerah dan kebangsaan supaya kita dapat mengenal pasti bakat generasi muda dan mengasah bakat itu – mempunyai barisan pelapis untuk mewakili negara dalam pelbagai sukan lasak pada peringkat antarabangsa Jawapan Tkt2 Stra A+ BM 8 KRTerbuka(105-120).indd 120 10/24/2023 3:28:00 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


121 Pemindahan Maklumat [20 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha memupuk perpaduan melalui pendidikan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Terdapat dua kategori pendidikan, iaitu pendidikan secara formal yang berlaku di sekolah dan institusi pendidikan manakala pendidikan tidak formal berlaku melalui pelibatan ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Perpaduan negara merupakan satu daripada lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia. Dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan murid, sukatan pelajaran boleh diperkenalkan dengan topiktopik bertemakan perpaduan yang menyentuh berkenaan hubungan etnik dan agama dalam konteks masyarakat majmuk. Perkara ini bertepatan dengan objektif khusus pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang memberi penekanan untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid. Selain pendekatan dalam bilik darjah, penerapan nilai-nilai perpaduan boleh diperkukuh melalui aktiviti kokurikulum dalam persatuan dan pakaian beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri, dan lain-lain, bersesuaian dengan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Penekanan pembelajaran secara amali dipercayai lebih berkesan berbanding pembelajaran dalam bilik darjah. Sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga boleh bekerjasama berdasarkan sumber, kemahiran dan kemampuan masing-masing. Sebagai contoh, kem muhibah yang melibatkan aktiviti perkongsian budaya dan interaksi antara murid dari sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan boleh dilaksanakan di peringkat daerah ataupun negeri. Dalam hal ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah harus memainkan peranan agar aktiviti tersebut dapat dilaksanakan. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) juga perlu dilibatkan agar inisiatif yang dilaksanakan adalah bersepadu dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak. Pendidikan tidak formal pula boleh berperanan memupuk perpaduan nasional melalui aktiviti antara komuniti seperti penganjuran pertandingan sukan berbilang kaum dan keterlibatan dalam kerja-kerja sukarela melalui badanbadan bukan kerjaan (NGO). Pendekatan pelbagai kaum dapat dilakukan melalui dialog dan sesi perbincangan termasuklah dalam isu-isu sensitif yang melibatkan hubungan antara kaum dan agama. Dengan cara yang demikian, penyelesaian sesuatu permasalahan dapat diselesaikan dengan baik dan dalam suasana yang harmoni. Kesimpulannya, usaha-usaha untuk mendidik dan memupuk perpaduan nasional melalui pendidikan akan dapat membina semangat kerjasama antara kaum. Pendedahan awal melalui pendidikan yang bersifat inklusif dan kolaboratif sangat penting dalam membina jati diri generasi masa depan yang dapat menggembleng kepelbagaian tersebut demi kepentingan agama, bangsa dan negara. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=198599) Antara usaha untuk memupuk perpaduan melalui pendidikan ialah memperkenalkan topik-topik berkaitan perpaduan dalam sukatan pelajaran. Selain itu, penekanan nilai-nilai perpaduan secara amali bolah dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum. Di samping itu, badan swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) boleh bekerjasama untuk memupuk perpaduan. JPN, PPD, pihak sekolah dan JPNIN juga perlu memainkan peranan dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti bersepadu berkaitan perpaduan di peringkat daerah dan negeri. Pemupukan perpaduan melalui pendidikan formal pula boleh dilakukan melalui aktiviti sosial melibatkan komuniti. Akhir sekali, dialog dan sesi perbincangan berkaitan sensitiviti agama dan kaum juga boleh dilaksanakan untuk memupuk perpaduan. Ujian Bulanan 2 Tkt2 Stra A+ BM 9 UB2(121-125).indd 121 10/24/2023 3:28:35 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


122 Karangan Respons Terhad [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Pelancaran Program NILAM • minat membaca • persembahan • pertandingan • hadiah • mengikut tingkatan • perasmian Program NILAM Sekolah kami telah mengadakan Pelancaran Program NILAM pada 24 Februari 2020. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Cikgu Ros. Dalam ucapannya, Cikgu Ros telah memberitahu murid-murid tentang beberapa pertandingan yang akan diadakan seperti pertandingan bacaan paling banyak bulanan dan pengucapan awam. Terdapat pelbagai hadiah menarik ditawarkan, iaitu wang, pingat dan sijil dan dibahagikan mengikut tingkatan. Seterusnya, perasmian pelancaran Program NILAM telah dilaksanakan oleh Pengetua dengan menandatangani baner. Akhir sekali ialah acara persembahan oleh pengawas Pusat Sumber Sekolah dengan nyanyian lagu NILAM serta persembahan sketsa. Sesungguhnya, Program NILAM dapat memupuk minat membaca dalam kalangan murid kerana membaca jambatan ilmu. (80 patah perkataan) [10 markah] Tkt2 Stra A+ BM 9 UB2(121-125).indd 122 10/24/2023 3:28:35 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


123 Karangan Respons Terbuka [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. * Perkongsian ilmu * Menambahkan kenalan * Melalaikan * Masalah kesihatan M 10 M 11 M 12 Bahan buangan boleh digunakan semula Sumber pendapatan sampingan KURANGKAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA M 10 M 11 M 12 Bahan buangan boleh digunakan semula Sumber pendapatan sampingan KURANGKAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA 1 Baru-baru ini anda telah menyaksikan pameran komputer yang diadakan di salah sebuah pasar raya di tempat anda. Ceritakan pengalaman anda tersebut. Soalan 1 Pendahuluan Berpeluang menyaksikan pameran komputer di Plaza Angsana, Johor Bahru – dianjurkan oleh PIKOM selama tiga hari – pergi bersama keluarga Isi-isi penting (i) orang ramai sudah mula berpusu-pusu memasuki ruang pameran – saya terperanjat kerana telah terpilih sebagai pengunjung yang ke-2000 – membawa pulang hadiah berupa sebuah komputer riba – gembira kerana mendapat durian runtuh (ii) di ruang pameran, terdapat berpuluh-puluh gerai mempamerkan produk berkaitan dengan komputer – menjual buku komputer, perisian komputer, pengimbas, mesin pencetak, dan aksesori komputer yang lain – para pengunjung dilayan dengan mesra dan senyuman yang tidak pernah lekang pada bibir jurujual – saya tertarik oleh berjenis-jenis komputer terkini yang dipamerkan di gerai-gerai yang terdapat di situ (iii) saya dan keluarga saya terus berjalan dari satu gerai ke satu gerai untuk melihat berjenis-jenis komputer dan aksesori komputer yang dipamerkan – keadaan di ruang pameran itu semakin sesak dengan para pengunjung – suasana bising dengan pelbagai macam bunyi muzik dari komputer – jurujual sibuk memberikan risalah-risalah percuma kepada para pengunjung (iv) pelbagai ragam manusia dapat dilihat di sepanjang pameran itu berlangsung – para remaja diberi peluang bermain permainan komputer dan menyertai kuiz – ada jurujual atau petugas yang memberikan penjelasan cara-cara memasang komponen komputer dan memasukkan perisian komputer – ada juga perkidmatan membaiki komputer disediakan Penutup Pengalaman berkunjung ke pameran komputer sungguh menyeronokkan – berada di ruang pameran itu selama tiga jam – dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah – mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan pengetahuan tentang komputer Tkt2 Stra A+ BM 9 UB2(121-125).indd 123 10/24/2023 3:28:35 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


124 2 Penggunaan media sosial dalam kalangan murid boleh mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan. Huraikan kebaikan dan keburukan media sosial dalam kalangan murid. Soalan 2 Pendahuluan Pada masa ini, penggunaan media sosial amat popular di Malaysia – laman media sosial popular seperti Facebook, Instagram, YouTube, Twitter dan sebagainya mendapat perhatian murid-murid – dianggap ketinggalan zaman jika tidak cakna dengan istilah atau isu yang dibincangkan dalam media sosial – penggunaan media sosial membawa kebaikan dan keburukan kepada murid-murid Isi-isi penting (i) perkongsian ilmu – bijak mencari kawan yang sesuai – mudah mendapat maklumat terkini dengan cepat – ada rakan-rakan dalam media sosial yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama – media sosial dapat menggantikan televisyen untuk mengetahui berita terkini – ilmu dalam pelbagai bidang seperti bidang perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat disebarkan (ii) menambah kenalan baharu – kenalan baharu dari seluruh dunia – hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula – aplikasi Facebook, WhatsApp dan Telegram adalah pilihan murid-murid (iii) melalaikan – terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab – kadangkadang terganggu tugas seharian – mampu mengganggu tumpuan dalam pelajaran kerana ketagih bermain permainan dalam media sosial bersama rakan-rakan (iv) masalah kesihatan – terlalu khusyuk menghadap komputer atau telefon bimbit – memberikan kesan kepada tubuh badan – sakit sendi, pening kepala, terjejas pelihatan, obesiti dan kanser kerana terdedah pada radiasi komputer Penutup Kesimpulannya, penggunaan media sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan kepada murid-murid – impak negatif yang wujud harus diberi perhatian yang serius oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang tidak bertanggungjawab – sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang buruk – “mencegah itu lebih baik daripada mengubati” Tkt2 Stra A+ BM 9 UB2(121-125).indd 124 10/24/2023 3:28:35 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


125 3 Anda baru sahaja menerima sepucuk surat daripada rakan baik anda yang telah berpindah sekolah. Dalam suratnya, rakan anda ingin meminta pendapat anda tentang peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak. Balas surat tersebut selengkapnya. Soalan 3 Pendahuluan Format surat kiriman tidak rasmi – alamat penulis dan tarikh – mengucapkan terima kasih atas kiriman surat – bertanyakan khabar diri rakan – memberitahu keadaan diri – akan menyatakan pendapat tentang peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak Isi-isi penting (i) ibu bapa memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak sejak mereka kecil – melentur buluh biarlah dari rebungnya – mengajar dan mendidik anak-anak untuk membezakan antara perkara yang hak dan batil – ibu bapa menjelaskan pengaruh negatif Youtube , Twitter dan Instagram (ii) ibu bapa berperanan mengehadkan tempoh anak-anak untuk melayari media sosial –menyekat akses Internet tersebut dan mengawal tempoh penggunaannya agar anak-anak akan lebih menghargai masa – ibu bapa menetapkan bahawa anak-anak hanya boleh menggunakan Internet sehingga pukul sepuluh malam kerana anak-anak perlu mendapatkan tidur yang berkualiti supaya tidak mengganggu proses pembelajarannya pada esok hari – berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakitsakit dahulu bersenang-senang kemudian (iii) ibu bapa boleh menasihati dan membimbing anak-anak menggunakan media sosial secara berhemah – ibu bapa lebih mengetahui buruk baik media sosial dan tutur – bahaya penyalahgunaan media – anak-anak akan lebih berdisiplin dan menggunakan media sosial secara efektif seperti melayari laman web yang berkaitan dengan pendidikan di sekolah – bagaimana acuan begitulah kuihnya (iv) ibu bapa perlu memasang aplikasi yang boleh menyekat laman sesawang yang tidak berfaedah – anak-anak tidak terdedah dengan perkara yang tidak elok – ibu bapa memuat turun aplikasi gempur organisasi yang boleh menyekat sebarang aplikasi negatif seperti didigames.com. – anak-anak akan terhindar daripada pengaruh negatif dalam media sosial dan terjebak dengan jenayah siber Penutup Konklusinya, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk menangani implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak-anak – ibu bapa merupakan guru pertama anak-anak di dunia ini – penggunaan media sosial perlu dikawal dan ditapis bahannya daripada perkara yang boleh menjerumuskan ke arah gejala negatif yang berkaitan dengan media sosial – lafaz terima kasih dan tanda tangan Tkt2 Stra A+ BM 9 UB2(121-125).indd 125 10/24/2023 3:28:35 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


126 Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Puan Yap sup ayam untuk diberikan kepada cucunya yang demam. A mereneh B menanak C menjerang D mengukus 2 Zarina menatap gambar itu kerana menyerupai wajah arwah adik kesayangannya. A kuat-kuat B lama-lama C sayup-sayup D terang-terang Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya. 3 I Terdapat keralatan dalam pengiraan markah objektif bagi subjek Matematik yang disediakan untuk Ujian Akhir Sesi Akademik tahun ini. II Objektif utama kursus kepimpinan tersebut dilaksanakan adalah untuk mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan murid. III Pihak polis masih menyiasat objektif sebenar tindakan tiga orang lelaki yang melakukan pembunuhan ngeri tersebut. IV Kecantikan seseorang bersifat objektif dan tidak seharusnya dinilai daripada kecantikan fizikal semata-mata. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja KERTAS 1 1 JAM 30 MINIT Arahan: Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. BAHAGIAN A (15 markah) 4 I Hubungan diplomatik antara Amerika Syarikat dengan China dilaporkan semakin tegang selepas Beijing mengarahkan konsulat Amerika Syarikat ditutup. II Senaman regangan yang dilakukan sebelum larian dapat mengurangkan otot kaki menjadi tegang. III Pita suara juga boleh menjadi tegang dan rosak akibat masalah kesihatan yang dialami oleh seseorang individu. IV Dalam sukan badminton, tali yang diikat dengan tegang akan mempengaruhi corak permainan pemain tersebut. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A , B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Lirik lagu itu diulang oleh saya beribu kali supaya dapat diingat dan disampaikan dengan baik pada hari penyampaian anugerah nanti. A saya ulang beribu kali B saya ulang beribu-ribu kali C diulang oleh saya beribu-ribu kali D diulang oleh saya beribu kali 6 Lukisan yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga dilekatkan ke papan kenyataan sekolah untuk dipamerkan kepada murid lain. A melekat ke B melekat pada C dilekatkan pada D dilekatkan ke Ujian Akhir Sesi Akademik 100 Tkt2 Stra A+ BM 10 UASA(126-139).indd 126 10/17/2023 5:15:03 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


127 Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Hariz tersedar dari tidur selepas mendengar bunyi guruh yang kuat. II Ibu sedang menyediakan senarai barang-barang untuk membuat kek sarang lebah esok. III Kamilia membelikan oleh-oleh yang cukup istimewa dari Paris untuk ibu kesayangannya. IV Padi yang ditanam oleh Pak Kassim sudah menguning dan hanya menunggu masa untuk dituai. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Lumrah sebagai seorang manusia untuk rasa dicintai dan menyintai. II Murid-murid diminta untuk bergotong-royong membersihkan dewan pada hari Sabtu ini. III Perubahan iklim akan mempengaruhi perubahan suhu dan cuaca dunia. IV Hana mengintaikan bakal tunangnya dari celahcelah dinding ketika rombongan merisik datang ke rumahnya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9 Sekiranya murid-murid ingin memohon biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan, mereka diminta untuk melayari laman sesawang atau menghubungi talian yang disediakan. A Laman sesawang dan talian telefon bersedia untuk dihubungi oleh murid-murid yang ingin memohon biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan. B Murid-murid boleh melayari laman sesawang atau menghubungi talian yang disediakan jika mereka ingin memohon biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan. C Biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan boleh dimohon melalui laman sesawang atau talian yang telah disediakan. D Murid-murid yang memohon biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan perlu melayari laman sesawang atau menghubungi talian yang disediakan. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10 Setelah diberitahu oleh guru besar bahawa Amran terlibat dalam pergaduhan di sekolah, bapa Amran terus memukul Amran di hadapan guru besar tersebut. Sikap panas baran Amran rupanya disebabkan oleh sifat panas baran ayahnya. Nyatakan kata-kata hikmat yang sesuai dengan situasi di atas. A Berfikir sebelum bertindak B Biar lambat asalkan selamat C Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati D Rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku Tkt2 Stra A+ BM 10 UASA(126-139).indd 127 10/17/2023 5:15:03 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


128 Soalan 11 – 15 Baca petikan pantun di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikut. (Dipetik daripada antologi Baik Budi Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia) Buah mengkudu kusangka kandis, Kandis terletak di dalam puan; Gula madu kusangka manis, Manis lagi senyuman tuan. Asap api di Tanjung Tuan, Kuala Linggi bakaunya rendah; Harap hati kepada tuan, Langit tinggi kupandang rendah. Anak udang meniti batang, Berasa dahan terlampai; Melihat bulan di pagar bintang, Bagaikan rasa hendak dicapai. Jalan-jalan sepanjang jalan, Singgah menyinggah di pagar orang; Pura-pura mencari ayam, Ekor mata di anak orang. Bila masa dipanggil maut, Cinta tidak berharga lagi; Asam di darat ikan di laut, Sampai masa berjumpa lagi. PANTUN KASIH SAYANG 11 Berdasarkan pantun, rangkai kata ekor mata membawa maksud A pandangan yang ngeri. B pandangan di penjuru mata. C pandangan di tengah-tengah mata. D pandangan yang penuh kehairanan. 12 Jalan-jalan sepanjang jalan, Singgah menyinggah di pagar orang; Pura-pura mencari ayam, Ekor mata di anak orang. Apakah kata-kata hikmat yang sesuai bagi pernyataan di atas? A Berfikir sebelum bertindak B Muafakat membawa berkat C Bersatu teguh, bercerai roboh D Kata mesti dikota, janji mesti ditepati 13 Tema bagi pantun di atas ialah A cinta antara dua darjat. B kasih sayang antara teruna dengan dara. C kasih sayang manusia dengan alam sekitar. D percintaan yang mendapat tentangan keluarga. 14 Berdasarkan rangkap ketiga dalam Pantun Kasih Sayang, apakah yang diingini oleh penulis? A Memikat wanita yang cantik B Mencapai bintang di langit C Menyaksikan bulan yang tinggi di awan D Mencapai sesuatu yang tidak terjangkau oleh fikiran 15 Yang berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan pantun, kecuali A kita perlulah ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. B kita perlulah menyayangi antara satu dengan yang lain. C kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan. D kita mestilah sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk berpura-pura untuk berjaya. Tkt2 Stra A+ BM 10 UASA(126-139).indd 128 10/17/2023 5:15:03 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


129 Bahagian B [30 markah] 1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Jika dilihat daripada sejarah kulinari, masakan tradisional Melayu sememangnya kaya dengan penggunaan bahan seperti herba dan rempah sejak zaman berzaman. Pelbagai herba dan rempah digunakan dalam masakan, mudah didapati sama ada sekeliling rumah atau pun di dalam hutan. Malah penggunaan alat seperti lesung batu, giling, dapur kayu dan kukur kelapa menjadikan makanan tradisional lebih unik dan sedap. Penggunaan bahan perasa semula jadi dalam masakan Melayu tradisional menjadi satu kemestian dalam dapur masyarakat Melayu. Tumbuh-tumbuhan dan ulam-ulaman juga sebahagian menu masyarakat Melayu. Kerabu, masak lemak cili padi, laksa, nasi lemak, asam pedas, rendang, lemang, dodol, nasi impit dan tapai antara menu sinonim dengan masyarakat Melayu yang dinikmati hingga hari ini. Semua ini dihidangkan sama ada sebagai menu harian ataupun untuk majlis keraian. (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/ 2021/06/823025/kulinari-tradisional-melayu-tarikan-pelancongan) (i) atau pun – ataupun (ii) nasi impit – nasi himpit [2 markah] 2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Ramai buruh asing yang ingin bekerja di Malaysia sebab kestabilan politik dan kepesatan ekonomi Malaysia. sebab – kerana (ii) Suraya merasa sedih setelah mendapat berita kematian sahabat baiknya sejak kecil. merasa – berasa [2 markah] 3 Kenal pasti subjek dan predikat bagi ayat di bawah dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) Murid yang paling pendiam di kelas itu menjadi murid terbaik Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini. Subjek : Murid yang paling pendiam di kelas itu Predikat : menjadi murid terbaik Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini. (ii) Bencana banjir yang semakin teruk berlaku di Malaysia disebabkan oleh faktor alam semula jadi dan manusia. Subjek : Bencana banjir yang semakin teruk berlaku di Malaysia Predikat : disebabkan oleh faktor alam semula jadi dan manusia. [4 markah] Tkt2 Stra A+ BM 10 UASA(126-139).indd 129 10/17/2023 5:15:03 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


Click to View FlipBook Version