29 Ulasan: ...................................................................................................................................................Tandatangan Guru: ................................................ Tarikh: .................................... TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, buat ringkasan tentang faktor e-dompet lebih popular dalam kalangan pengguna. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. SP 3.5.1 Antara faktor e-dompet lebih popular dalam kalangan pengguna ialah dompet elektronik berfungsi dengan menggunakan aplikasi di telefon mudah alih. Selain itu, operator dompet elektronik juga bijak mempelbagaikan fungsi aplikasi mereka agar dapat menarik perhatian lebih ramai pengguna. Lebih menarik lagi apabila melalui e-dompet juga pengguna akan mendapat pelbagai pulangan melalui tawaran cashback. Malahan, gerai-gerai kecil di tepi jalan turut menggunakan kaedah moden ini. Akhir sekali, Projek Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) Expressway Berhad juga telah memperkenalkan sistem pembayaran tol menggunakan sistem dompet elektronik. Sejak sedekad yang lalu, Malaysia telah menyaksikan pembangunan dan penggunaan sistem pembayaran elektronik (e-pembayaran) yang lebih meluas dalam kalangan pengguna dan peniaga. Terdahulu secara amnya, masyarakat hanya mempunyai dua pilihan sama ada transaksi secara tunai atau kad kredit. Keadaan ini menjadikan kad kredit sebagai medium utama untuk sebarang transaksi tanpa tunai sebelum ini. Antara nama besar dalam e-pembayaran di Malaysia termasuklah Boost, Touch ‘n Go, e-Wallet, BigPay, GrabPay, ShopeePay, dan MAE. Berbanding dengan mod transaksi tanpa tunai lain, e-dompet kini meraih populariti yang lebih dalam kalangan pengguna atas beberapa faktor. Pertama, dompet elektronik berfungsi dengan menggunakan aplikasi di telefon mudah alih yang merupakan alat utama yang sangat penting kepada semua orang pada zaman ini. Selain itu, operator dompet elektronik juga bijak mempelbagaikan fungsi aplikasi mereka agar dapat menarik perhatian lebih ramai pengguna terutamanya dalam kalangan pengguna daripada generasi milenium. Melalui e-dompet juga, pengguna akan mendapat pelbagai pulangan melalui tawaran cashback. Tidak dinafikan bahawa tempoh pandemik COVID-19 juga telah memainkan peranan untuk mempopularkan e-dompet. Mungkin tidak pernah terlintas di fikiran kita sebelum ini untuk melihat gerai-gerai kecil di tepi jalan turut menggunakan kaedah moden ini. Terkini, jaringan lebuh raya oleh syarikat konsesi Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Expressway Berhad juga telah memperkenalkan sistem pembayaran tol yang menggabungkan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dengan sistem dompet elektronik oleh Touch ‘n Go bagi memastikan operasi yang lebih mudah dan lancar. Transformasi digital dilihat mampu memacu ekonomi negara bagi mencapai aspirasi Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Seiring dengan revolusi ekonomi digital, negara juga perlu pantas mengikuti perkembangan teknologi sistem e-pembayaran agar mampu memperkenalkan Malaysia kepada negara luar dalam pelbagai bidang termasuklah pelancongan. (Dipetik dan diubah suai daripada “E-Dompet Tonggak Ekonomi Digital” oleh Nurul Afidah Mohamad Yusof, Dewan Ekonomi, 14 Februari 2022) [2] [1] [3] [4] [5] Tema 13 Perindustrian Buku Teks: Halaman 158 – 169 Bab 13.indd 29 10/24/2023 11:00:19 AM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
30 Ulasan: ...................................................................................................................................................Tandatangan Guru: ................................................ Tarikh: .................................... TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Buku Teks: Halaman 158 – 169 Perindustrian Tema 13 Aspek Tatabahasa A Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif. SP 5.5.1 B Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif. SP 5.5.1 1 Saya menghadiri temu duga di syarikat itu setelah dinasihati oleh Jamal. Temu duga di syarikat itu saya hadiri setelah dinasihati oleh Jamal. 2 Ayah telah mewarisi perniagaan batik yang telah dimajukan oleh datuk. Perniagaan batik yang telah dimajukan oleh datuk telah diwarisi oleh ayah. 3 Esok, dia akan membawa nama negara ke kejohanan sukan yang akan berlangsung di Jakarta. Esok, nama negara akan dia bawa ke kejohanan sukan yang akan berlangsung di Jakarta. 4 Kerajaan cuba membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dari segi kepakaran dan modal. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) cuba dibantu oleh kerajaan dari segi kepakaran dan modal. 5 Semua pelancong mengambil peluang bergambar dengan penari-penari kebudayaan yang memakai baju tradisional. Bergambar dengan penari-penari kebudayaan yang memakai baju tradisional diambil peluang oleh semua pelancong. 1 Para pengunjung telah dihiburkan oleh para penghibur di Kampung Budaya Sarawak. Para penghibur di Kampung Budaya Sarawak telah menghiburkan para pengunjung. 2 Inap desa telah aku usahakan untuk menunjukkan keistimewaan Kampung Gajah ini. Aku telah mengusahakan inap desa untuk menunjukkan keistimewaan Kampung Gajah ini. 3 Resipi pekasam yang mendapat sambutan hangat daripada para pembeli ibu saya miliki. Ibu saya memiliki resipi pekasam yang mendapat sambutan hangat daripada para pembeli. 4 Pelapis-pelapis atlet sukan sedang giat dicari oleh badan-badan sukan yang telah dilantik oleh kerajaan. Badan-badan sukan yang telah dilantik oleh kerajaan sedang giat mencari pelapis-pelapis atlet sukan. 5 Beberapa sukan baharu telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memeriahkan lagi industri sukan negara. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memperkenalkan beberapa sukan baharu untuk memeriahkan lagi industri sukan negara. Bab 13.indd 30 10/24/2023 11:00:19 AM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
31 Ulasan: ...................................................................................................................................................Tandatangan Guru: ................................................ Tarikh: .................................... TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis Berdasarkan poster di bawah, tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan pengalaman anda berkunjung di Selangor Agromarket. Panjangnya surat anda mestilah tidak kurang daripada 180 patah perkataan. SP 3.6.2 Tema 14 Ekonomi Mapan, Negara Makmur Buku Teks: Halaman 173 – 183 Ehsan Bin Ramli, Kampung Dataran, 43100, Hulu Langat, Selangor. Sahabatku, Apa khabar sahabatku Ilya yang saya kasihi? Semoga awak dan keluarga dalam keadaan sihat dan sejahtera. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk berkongsi pengalaman saya semasa berkunjung di Selangor Agromarket baru-baru ini. Saya tahu, Ilya pasti teruja untuk mendengar pengalaman saya kerana awak memang sangat berminat dengan produk pertanian tempatan. Bab 14 - 16.indd 31 10/20/2023 12:22:02 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
32 Ulasan: ...................................................................................................................................................Tandatangan Guru: ................................................ Tarikh: .................................... TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Selangor Agromarket telah dilangsungkan di Agro Bazaar Kilang Kopi Kanchong Darat pada 11 Mei 20 . Bermula pukul 7:00 pagi sehingga 1:00 petang, pengunjung berpusu-pusu datang untuk mendapatkan bekalan makanan yang segar dari ladang. Selain makanan segar, makanan proses juga turut dijual di sini bagi memenuhi cita rasa pengunjung yang pelbagai. Antara produk menarik yang dapat dibeli di sini ialah lemang, kuih raya dan produk-produk Agromas. Semuanya dijual dengan harga yang sangat murah setelah ditawarkan potongan harga. Untuk pengetahuan Ilya, tujuan utama saya datang ke sini adalah untuk mendapatkan bekalan sayur-sayuran yang segar. Sememangnya, perjalanan saya dari Hulu Langat ke sini sangat berbaloi kerana sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual di sini semuanya segar dan murah. Saya mengambil peluang ini untuk memborongnya sehingga ditegur oleh ibu agar tidak membazir. Rambang mata saya dibuatnya pada ketika itu. Pengunjung juga berpeluang untuk merasai jus buah segar yang dijual di sini. Ibu dan ayah saya pula lebih tertarik untuk mendapatkan barangan basah seperti ayam dan udang harimau yang dijual dengan potongan harga sehingga 30 peratus. Lebih menarik lagi, dalam kesibukan pengunjung membeli-belah, mereka juga disajikan dengan lagu-lagu daripada pengacara. Beberapa pengunjung bertuah telah mendapat hadiah cabutan bertuah. Saya rasa kunjungan saya ini sangat menarik dan berbaloi untuk saya datang lagi pada tahun depan. Sekian sahaja perkongsian saya, semoga tahun depan awak dapat hadir ke Selangor Agromarket ini. Jika berkesempatan, saya sendiri akan membawa awak ke sana. Itu sahaja daripada saya. Semoga jumpa lagi. Terima kasih. Sahabatmu, Ehsan Bab 14 - 16.indd 32 10/20/2023 12:22:02 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
33 Ulasan: ...................................................................................................................................................Tandatangan Guru: ................................................ Tarikh: .................................... TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Aspek Seni Bahasa Buku Teks: Halaman 173 – 183 Ekonomi Mapan, Negara Makmur Tema 14 Hasilkan sebuah sajak yang bertemakan “Generasi Muda dalam Dunia Pertanian” berdasarkan bahan-bahan di bawah. SP 4.3.2 Pemimpin tertinggi sendiri pernah berkata, “Rakyat mesti membuka mata dan melihat potensi yang ada dalam bidang pertanian. Saya menyeru kepada rakyat sekalian agar merebut peluang ini terutama ribuan siswazah Melayu yang masih menganggur. Kerajaan menyediakan banyak peluang terutama kepada keistimewaan dalam Dasar Ekonomi Baru. Ada pelbagai bantuan dan skim pembiayaan untuk projek pertanian yang dikendalikan oleh sebuah bank khusus. Nah, semuanya ada di hadapan anda. Yang diperlukan sekarang ialah kesanggupan anda untuk bekerja kuat. Ingat slogan ini, ‘Pertanian adalah Perniagaan’.” Hakim telah mendengar dengan penuh minat. Segala kata itu membakar semangatnya untuk memajukan tanah yang ditebusnya. Dia juga berharap kejayaannya nanti akan menjadi contoh teladan kepada orang yang seketurunan dengannya yang mendapat kelebihan daripada Dasar Ekonomi Baru dan pelbagai projek pembangunan sebuah kerajaan yang prihatin. (Dipetik daripada cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja”oleh Zurinah Hassan, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka) Anak Muda Nadi Pertanian Tanah subur ini semakin sunyi tanpa peneman hanya rintihan si tua bercucuk tanam tanpa kudrat masa depan yang cerah di sini sayangnya malap di hati anak muda. Pertanian kini bukan seperti dahulu teknologi terkini membuka ruang inovasi menarik yang muda gandakan pulangan cuma yang perlu ditambah ialah mentaliti seorang peniaga seorang pejuang tani yang membakar keringat demi kemajuan pertiwi. Bakar semangat anak muda tanah ini ibu rezeki kentalkan semangat bangunkan diri kiri dan kanan banyak bantuan masanya kita majukan sektor ini sektor yang pernah masyhurkan negeri. Bab 14 - 16.indd 33 10/20/2023 12:22:03 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
34 Ulasan: ...................................................................................................................................................Tandatangan Guru: ................................................ Tarikh: .................................... TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Lihat perbandingan di bawah dengan teliti. Kemudian, anda dihehendaki memilih satu kawasan pelancongan yang terbaik untuk membawa ahli keluarga anda bercuti dengan menyatakan kelebihan-kelebihannya. SP 1.7.1 Tema 15 Destinasi Misteri Buku Teks: Halaman 186 – 197 Pantai Indah, Melaka Perbandingan Taman Tema Air, Negeri Sembilan Percuma Harga Tiket RM80.00 • Bot luncur (RM35.00/orang) • Menunggang kuda (RM100.00/30 minit) • Renang skuba (RM70.00/orang) Aktiviti • Pelbagai jenis permainan luncur air • Kolam dewasa dan kanak-kanak • Pancuran air * Semua permainan termasuk dalam pakej. • Muzium seni • Rumah Tiga Dimensi Kawasan Pelancongan yang Berdekatan Rumah Terbalik Berdasarkan penelitian, saya memilih Pantai Indah, Melaka sebagai destinasi pelancongan saya dan keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana keluarga saya boleh menjalankan banyak aktiviti air biarpun perlu membayar secara berasingan. Berbanding dengan Taman Tema Air di Negeri Sembilan, aktiviti yang disediakan kurang menarik perhatian saya biarpun tanpa bayaran kerana telah dimasukkan ke dalam harga tiket. Dari segi aktiviti pula, bot luncur, menunggang kuda dan renang skuba dilihat lebih mencabar berbanding dengan permainan luncur air yang lebih sesuai untuk kanak-kanak. Pada pandangan saya juga, memandangkan kami sekeluarga tidak membawa kanak-kanak, maka lebih sesuai untuk kami mencuba percutian pantai. Seterusnya, beberapa kawasan pelancongan berdekatan juga telah menarik perhatian saya untuk ke Pantai Indah, Melaka. Muzium Seni dan Rumah Tiga Dimensi merupakan tarikan terkini yang lebih seronok untuk dilawati berbanding dengan Rumah Terbalik di Negeri Sembilan. Oleh itu, jelas bahawa saya akan memilih Pantai Indah sebagai destinasi pelancongan saya. Bab 14 - 16.indd 34 10/20/2023 12:22:03 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
35 Ulasan: ...................................................................................................................................................Tandatangan Guru: ................................................ Tarikh: .................................... TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Aspek Tatabahasa Buku Teks: Halaman 186 – 197 Destinasi Misteri Tema 15 A Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang paling sesuai. SP 5.6.1 B Garis jawapan yang paling sesuai. SP 5.6.1 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. SP 5.6.1 C 1 Seni penghasilan labu sayong berasal dari Kuala Kangsar, Perak. 2 Kuih keria gula Melaka yang popular itu diperbuat daripada ubi keledek. 3 Jarak di antara rumah saya dengan kawasan air terjun itu lebih kurang 10 kilometer sahaja. 4 “Saya dan keluarga amat berterima kasih atas layanan yang diberikan oleh Pak Joko sepanjang kami berada di sini,” kata ayah. 1 Kita perlu sentiasa (menitik beratkan / menitikberatkan) aspek keselamatan ketika menjalankan aktiviti. 2 Daun pokok kelapa yang melambai-lambai ketika (ditiup / ditiupi) angin amat menenangkan jiwa saya. 3 Pak Amran (memperbesar / memperbesarkan) kawasan parkir di inap desanya bagi memudahkan para pengunjung. 4 Satish (menghadiahi / menghadiahkan) tiket penerbangan ke Seoul kepada adiknya setelah berjaya memenangi pertandingan itu. 5 Semasa menunggu giliran kami, saya melihat (kapal-kapal terbang / kapal terbang-kapal terbang) sedang melakukan pendaratan di atas landasan. 1 Tikar mengkuang yang ibu beli itu ingin dihadiahkan kepada Mak Cik Rania. yang dibeli oleh ibu 2 Aminah merasa sangat teruja kerana mereka sekeluarga akan melancong ke luar negara. berasa 3 Pengawal pantai membunyikan seren kecemasan setelah melihat keadaan ombak yang semakin besar. siren 4 Kamaruddin menabung hampir tiga setengah tahun demi mencapai cita-citanya melancong ke Paris. tiga tahun setengah 5 Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk memajukan eko-pelancongan di negara ini bagi menarik minat pelancong. ekopelancongan Bab 14 - 16.indd 35 10/20/2023 12:22:03 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
36 Ulasan: ...................................................................................................................................................Tandatangan Guru: ................................................ Tarikh: .................................... TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis Lihat maklumat di bawah dengan teliti, kemudian tulis sebuah karangan yang bertajuk. “Kerjaya Seorang Guru”. Panjangnya karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan. SP 3.4.5 Tema 16 Mencapai Impian, Menuai Kejayaan Buku Teks: Halaman 200 – 211 Setiap manusia mempunyai cita-cita dan setiap daripadanya pasti mempunyai ciri-ciri yang perlu dipenuhi. Sebagai seorang murid yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru, saya perlulah menguasai setiap elemen penting bagi memudahkan laluan kerjaya saya sebagai seorang guru kelak. Saya mestilah menitikberatkan aspek kemahiran lisan memandangkan saya perlu bergaul bersama-sama murid dan rakan sekerja. Kemahiran lisan juga akan membantu saya untuk memberikan arahan. Bukan itu sahaja, saya juga perlu memantapkan kemahiran komunikasi agar wujud suasana yang harmoni dalam kalangan rakan sekerja. Memandangkan kerjaya sebagai seorang guru ini melibatkan murid, sekolah dan ibu bapa, maka kedua-dua kemahiran ini wajar saya kuasai terlebih dahulu. Seterusnya, terdapat dua elemen penting yang mesti saya miliki dari aspek personaliti. Saya mestilah mempunyai daya kepimpinan yang baik. Pemimpin yang baik akan dapat memimpin pasukan sama ada murid-murid di dalam kelas mahupun rakan-rakan sekerja. Sebagai guru, saya telah pun dianggap pemimpin yang akan membimbing murid-murid saya. Oleh itu, jika saya gagal membentuk personaliti ini dalam diri saya, maka laluan kerjaya saya akan menemui kesukaran. Selain itu, sikap sabar memang tidak asing lagi dalam dunia keguruan. Melayan kerenah anak murid bukan sesuatu yang mudah memandangkan jumlah mereka yang agak ramai. Apabila guru dilantik sebagai guru kelas pula, perhatian kepada anakanak murid tersebut akan lebih bertambah dan memberikan banyak tekanan. Oleh itu, sikap sabar yang tinggi amatlah dituntut dalam kerjaya ini. Sebagai murid, saya kini sedang berusaha untuk memupuk sikap ini dengan sentiasa berfikiran positif. Kesimpulannya, kerjaya guru sememangnya mulia dan wajar dihormati. Semoga dengan penguasaan dua aspek utama, iaitu kemahiran dan personaliti ini saya akan mampu mencapai cita-cita mulia saya ini pada masa depan. Kemahiran Kemahiran lisan Kemahiran komunikasi Personaliti Kepimpinan Sabar Bab 14 - 16.indd 36 10/20/2023 12:22:04 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
37 Ulasan: ...................................................................................................................................................Tandatangan Guru: ................................................ Tarikh: .................................... TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Kemahiran Menulis Buku Teks: Halaman 200 – 201 Mencapai Impian, Menuai Kejayaan Tema 16 A Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama dengan ayat yang dicetak tebal. SP 3.7.1 1 Sesetengah orang memang telah mempunyai bakat semula jadi sejak kecil. A Bakat semula jadi perlu dipupuk sejak kecil oleh sesetengah orang. B Sejak kecil setiap orang memang telah mempunyai bakat semula jadi. C Bakat yang dipunyai oleh semua orang tidak dimiliki secara semula jadi sejak kecil. D Bakat semula jadi kadangkala memang telah dimiliki oleh sesetengah orang sejak kecil. 2 Syarikat kami mempunyai jumlah pekerja yang cukup untuk menguruskan pelbagai majlis dengan jumlah tetamu yang ramai. A Para pekerja syarikat kami akan memastikan majlis yang diuruskan akan mempunyai jumlah tetamu yang ramai. B Majlis yang syarikat kami uruskan akan mempunyai jumlah tetamu yang ramai kerana jumlah pekerja yang cukup. C Syarikat kami akan mempunyai ramai pekerja selagi dapat menguruskan pelbagai majlis dan jumlah tetamu juga ramai. D Jumlah tetamu yang ramai bukanlah satu halangan kerana syaraikat kami mempunyai jumlah pekerja yang cukup untuk menguruskan majlis. 3 Hasil pendapatan Amri menjual buah telah digunakan untuk membeli barangan dapur bagi mengurangkan beban keluarganya. A Beban membeli barangan dapur oleh Amri telah keluarganya kurangkan setelah menjual buah. B Keluarga Amri masih memerlukan barangan dapur untuk mengurangkan beban mereka setelah Amri menjual buah. C Amri menjual buah untuk mendapatkan hasil pendapatan yang cukup untuk membeli barangan dapur bagi membantu keluarganya. D Barangan dapur telah dibeli oleh keluarga Amri setelah hasil pendapatan menjual buah telah digunakan oleh Amri untuk membeli keperluan lain. 1 Insentif telah diberikan kepada pekerja-pekerja yang menunjukkan prestasi yang cemerlang pada tahun ini. Ganjaran 2 Terdapat pelbagai kelebihan yang diperoleh apabila kita berjaya mengharumkan nama negara dalam bidang sukan. keistimewaan/manfaat 3 Untuk berjaya dalam temu duga ini, calon haruslah menepati beberapa ciri penting yang akan dinilai oleh majikan. kriteria 4 Bekerja dalam bidang ini membolehkan saya menajamkan kemahiran dekorasi yang telah dipelajari di universiti. hiasan B Tukar perkataan bergaris dengan perkataan seerti tanpa mengubah maksud asal ayat. SP 3.7.1 Bab 14 - 16.indd 37 10/20/2023 12:22:04 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
38 Garis kata nama am atau kata nama khas yang betul. Isi tempat kosong dengan kata ganti nama yang sesuai. 1 Rumah banglo di atas bukit itu kepunyaan seorang jutawan. 2 Aiman mengajak rakan-rakan 2.6 juta bermain bola sepak di padang. 3 “Kamu bermain bola jaring dengan siapa ?” tanya Alifah kepada Sarina. 4 “ Tuanku hendak ke mana?” tanya Bendahara Tun Mutahir kepada Sultan Mansur Syah. 5 “Janganlah kita mengalah sebelum pertandingan bermula,” kata Murthi kepada Azrul. 6 Sejak kecil Siti Aminah memang rajin belajar. Oleh sebab itu, dia dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading. 7 “Sekiranya kamu gagal lagi dalam peperiksaan, ibu tidak akan membenarkan kamu keluar bermain lagi.” Puan Saleha memberikan amaran kepada anaknya. 8 Wakil rakyat itu amat disegani dan dikasihi oleh penduduk Kampung Pinang kerana beliau selalu mengambil berat tentang kebajikan penduduk di kawasan itu. Tulis ejaan yang betul bagi kata pinjaman di bawah. Kata Nama dan Kata Pinjaman SP 5.1.1 Praktis Pengukuhan No. Ejaan Salah Ejaan Betul 1 baucer baucar 2 dailog dialog 3 February Februari 4 komersil komersial 5 lebel label 6 sessi sesi 7 protin protein 8 silaturrahim silaturahim A B C 1 Munirah sedang mencuci (buku/kasut) sekolahnya di bilik air. 2 Devamani suka menonton (radio / televisyen) bagi mengisi masa lapangnya. 3 (Nelayan/Petani) itu menggunakan pukat harimau untuk menangkap ikan di laut. 4 Gadis cantik yang sedang duduk termenung itu bernama (Nur Adlina/Muhammad Asri). 5 Ketika cuti sekolah, ayah membawa kami sekeluarga berkelah di (Pantai Desaru / Zoo Negara). 6 Tugas seorang (guru/tentera) sangat berisiko, iaitu menjaga keamanan negara daripada ancaman musuh. 7 Para pelancong yang mengunjungi negeri (Melaka/Langkawi) tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan bangunan-bangunan bersejarah di negeri itu. 8 (Syarikat Penerbitan Maju/Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling) merupakan sebuah sekolah yang cemerlang dalam bidang akademik. No. Ejaan Salah Ejaan Betul 9 masaalah masalah 10 Ramadhan Ramadan 11 sunnah sunah 12 trampil terampil 13 pamir pamer 14 perihatin prihatin 15 lakun lakon 16 agent agen Sistem Bahasa Sistem Bahasa.indd 38 10/20/2023 12:17:55 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
39 Kata Adjektif SP 5.1.2 Praktis Pengukuhan 1 Ayah suka makan keropok lekor yang rangup. 2 Adik sering dimarahi oleh ibu kerana sangat nakal. 3 Pemain bola sepak yang lincah itu mudah menjaringkan gol. 4 Murid-murid perlu berpakaian kemas ketika pergi ke sekolah. 5 Kertas pasir yang kasar itu digunakan untuk menghaluskan permukaan kayu. 6 Jarak di antara rumah saya dengan sekolah agak dekat. 7 Saya dan adik selalu datang awal ke sekolah. 8 Budak perempuan itu paling rendah di dalam kelasnya. 9 Shila berasa sedih kerana kucing kesayangannya mati dilanggar kereta. Betulkan kata adjektif yang dicetak tebal dalam ayat-ayat di bawah. 1 Abang suka makan keropok lekor yang lemau. ( rangup ) 2 Kereta yang dipandunya nyaris-nyaris terbabas kerana jalan kesat. ( licin ) 3 Jangan terpedaya dengan janji-janji tawar seorang lelaki. ( manis ) 4 Kura-kura dikalahkan oleh arnab kerana kura-kura bergerak terlalu laju. ( perlahan ) 5 Kertas pasir yang licin itu digunakan untuk menghaluskan permukaan kayu. ( kasar ) 6 Permukaan lantai itu sangat kesat sehingga saya nyaris-nyaris tergelincir. ( licin ) 7 Bilik saya berbau hapak kerana disembur dengan pewangi pada awal pagi tadi. ( wangi ) 8 Kamil sedih apabila tewas dalam pertandingan itu. ( gembira ) A Garis kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. B Garis kata penyambung ayat yang betul. 1 Sekolah itu ditutup (kerana / sementara) dilanda banjir. 2 Adik membasuh kasut sekolah (tetapi / sambil) menyanyi. 3 (Jika / Lantaran) hari tidak hujan, kami akan pergi ke padang. 4 Adila tidak berputus asa (lantaran / walaupun) dia gagal dalam ujian memandu itu. 5 Oleh sebab demam, adik tidak makan (dan / atau) tidak minum sejak malam tadi. Isi tempat kosong dengan kata penyambung ayat yang sesuai. 1 Ayah berbaring di sofa lalu tertidur. 2 Suzana dan adiknya menonton televisyen saaaaaaaaaaambi mengunyah makanan ringan. 3 Kelima-lima orang murid yang suka membuli itu sudah dikenakan hukuman oleh pengetua. 4 Kejadian pecah rumah di taman perumahan itu berlaku ketika penghuninya pulang ke kampung. 5 Sungguhpun dia tidak pandai dalam pelajaran, saaaaaaaaaaambi dia aktif dalam aktiviti kokurikulum. sambil namun A B Kata Tugas SP 5.1.3 Kata Penyambung Ayat Kata Hubung Praktis Pengukuhan Sistem Bahasa.indd 39 10/20/2023 12:17:55 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
40 Garis kata praklausa yang betul. 1 “(Eh / Nah), ambil duit ini dan pergi dari sini!” kata wanita itu kepada seorang pengemis. 2 “(Mengapa / Bagaimana)kah kamu termenung seorang diri di sini, Alia?” tanya Kok Seng. 3 “(Apa / Siapa)kah nama budak perempuan itu?” tanya Rahimi kepada Mazuin. 4 “(Tolong / Usah) serahkan bungkusan ini kepada kakak kamu,” kata Ana kepada Melati. 5 “(Tolong / Jangan) pijak rumput di kawasan ini,” kata pengawal itu kepada Adli. Isi tempat kosong dengan kata praklausa yang sesuai. 1 “ Wah , mahalnya harga kereta ini, ayah!” kata Daim. 2 “ Sila tulis maklumat kamu di dalam borang ini,” kata wanita itu kepada Mastura. 3 “Majlis pelancaran buku itu dilancarkan bila ?” tanya Borhan kepada Alif. 4 “ Jangan sepahkan permainan yang sudah dikemas oleh kakak kamu,” kata ibu kepada adik. 5 “ Benar , sayalah yang memecahkan pasu bunga itu, mak cik,” kata Hairul. 6 “Keputusan ujian memandu kamu tadi bagaimana ?” tanya ayah kepada Suzy. Garis kata prafrasa yang betul. 1 (Cis / Nah), berani engkau datang! 2 (Aduh / Aduhai), sakitnya kaki aku! 3 Didi memelihara (lima / kelima-lima) ekor arnab di rumahnya. 4 (Sebahagian / Semua) murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat. 5 Rumah banglo di atas bukit itu (ialah / adalah) kepunyaan Datuk Jamal. 6 Jangka suhu ini (ialah / adalah) untuk menyukat suhu badan seseorang. 7 Kami sekeluarga (belum / pernah) ke Langkawi pada tahun lepas. 8 Suhaila, Sheh Wah dan Kamala (belum / akan) ke perpustakaan pada petang ini. 9 Walaupun lelaki itu bergelar jutawan tetapi beliau (amat / terpaling) kedekut sekali. 10 Subramaniam mendapat markah Matematik yang (teramat tinggi / paling tertinggi) di dalam kelasnya. 11 Sejak anaknya masuk ke sekolah berasrama penuh, Puan Haliza amat rindu (tentang / akan) anaknya itu. 12 Encik Muhaimin memberikan taklimat tentang perkhemahan pengakap (pada / kepada) murid yang terlibat. 13 “Kasut itu (bukan / tidak) kepunyaan saya tetapi kepunyaan kakak saya,” kata Alisya kepada Cindy. 14 Ibu (bukan / tidak) membenarkan adik keluar bermain bola sepak di padang selagi dia belum menyiapkan kerja sekolahnya. 15 Humairah tinggal bersama-sama neneknya (sejak / terhadap) ibu bapanya meninggal dunia. Kata Praklausa Kata Seru, Kata Tanya, Kata Perintah, Kata Pembenar dan Kata Pangkal Ayat Praktis Pengukuhan Kata Prafrasa Kata Bantu, Kata Penguat, Kata Penegas, Kata Nafi, Kata Pemeri, Kata Sendi Nama, Kata Arah, Kata Bilangan dan Kata Adverba Praktis Pengukuhan A B Sistem Bahasa.indd 40 10/20/2023 12:17:56 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
41 Kata Kerja SP 5.1.4 Praktis Pengukuhan Garis dan betulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. 1 Rumah banglo milik lelaki itu telah pihak bank lelong. ( dilelong oleh pihak bank ) 2 Motosikal itu dibeli oleh saya pada bulan Januari yang lalu. ( saya beli ) 3 Saya sedang giat menjalankan latihan sebagai persediaan untuk sukan itu nanti. ( menjalani ) 4 Perempuan tua itu basah apabila hujan turun dengan lebat sewaktu dia sedang menyeberang jalan. ( kebasahan ) 5 Encik Malik mengirimkan anaknya sejumlah wang sebagai perbelanjaan harian di asrama pada setiap bulan. ( mengirimi ) Garis kata ganda yang betul. 1 Badan kanak-kanak yang dipercayai mangsa dera itu (calar-balar / herot-berot) kerana dirotan dengan kuat secara bertubi-tubi. 2 Kami sering melihat lelaki kurang siuman itu di kawasan pekan dengan pakaiannya yang (kusut-masai / compang-camping). 3 Akibat memandu kereta dalam keadaan mengantuk, Prakash (nyaris-nyaris / dekat-dekat) melanggar pembahagi jalan di lebuh raya. 4 Para penggemar tudung berjenama itu sanggup (berpusu-pusu / bersesak-sesak) untuk mendapatkan koleksi terbaharu dengan potongan harga yang menarik. 5 Perniagaan kuih bakar yang enak itu mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan kerana keaslian resipi keluarga yang diwarisi secara (turun-temurun / lama-kelamaan). Garis jawapan yang paling sesuai. Ibu selalu (disuruh / menyuruh) saya (ditabung / menabung) wang sejak kecil. Kata ibu, amalan menabung wang dapat (menjamin / jaminan) masa depan. Ibu (latihan / melatih) saya dan adik agar menyimpan baki wang saku sekolah pada setiap hari. Jadi, kami akan (kemasukan / memasukkan) wang sebanyak lima puluh sen ke dalam tabung pada setiap hari. Lama-kelamaan, (perbuatan / pembuatan) tersebut sudah menjadi (membiasakan / kebiasaan). Kini, saya dan adik berasa bangga apabila (melihat / terlihat) jumlah wang simpanan kami dalam buku akaun bank. Kata Ganda SP 5.2.1 Praktis Pengukuhan Kata Terbitan SP 5.3.1 Praktis Pengukuhan Sistem Bahasa.indd 41 10/20/2023 12:17:56 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
42 Frasa SP 5.4.1 Praktis Pengukuhan Nyatakan jenis frasa bagi frasa yang dicetak tebal dalam ayat-ayat di bawah. No. Ayat Jenis Frasa 1 Perigi ini sungguh dalam. Frasa adjektif 2 Imran ke sekolah dengan Amin. Frasa sendi nama 3 Lima orang murid sedang menaiki tangga. Frasa kerja 4 Wanita yang berbaju merah itu ibu saudara saya. Frasa nama 5 Daun-daun kering berguguran apabila ditiup angin. Frasa kerja Bina satu ayat berdasarkan pola ayat yang diberikan. 1 Pola: Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) Profesor Samad ialah Dekan Fakulti Matematik Universiti Sains Malaysia. 2 Pola: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) Meja Puan Anis sangat kemas di dalam bilik guru. 3 Pola: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) Semua murid tingkatan tiga sedang mendengar ceramah motivasi di dewan sekolah. 4 Pola: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS) Kami sekeluarga akan ke Pulau Redang pada hujung bulan ini. Pola Ayat SP 5.5.1 Praktis Pengukuhan Sistem Bahasa.indd 42 10/20/2023 12:17:56 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
43 Ayat Bersusunan Biasa dan Ayat Bersusunan Songsang SP 5.5.1 Praktis Pengukuhan Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat bersusunan biasa atau ayat bersusunan songsang. No. Ayat Bersusunan Biasa Ayat Bersusunan Songsang 1 Semua orang berpusu-pusu ke kedai kain itu semasa jualan murah diadakan. Semasa jualan murah diadakan semua orang berpusupusu ke kedai kain itu. 2 Corak songket tenunan asli Terengganu itu sangat cantik. Sangat cantik corak songket tenunan asli Terengganu itu. 3 Sepupu saya pemilik firma arkitek yang baru dibuka di Bangi. Pemilik firma arkitek yang baru dibuka di Bangi sepupu saya. 4 Adunan donut perlulah diperap dahulu sehingga kembang sebelum dibentuk. Sebelum dibentuk adunan donut perlulah diperap dahulu sehingga kembang. 5 Pengguna jalan raya perlulah berwaspada ketika melalui jalan berliku di kawasan berbukit. Ketika melalui jalan berliku di kawasan berbukit pengguna jalan raya perlulah berwaspada. 6 Cara menebar roti canai yang betul bagaimana? Bagaimanakah cara menebar roti canai yang betul? Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk SP 5.5.1 Praktis Pengukuhan Tulis ayat tunggal atau ayat majmuk bagi ayat-ayat di bawah. No. Ayat Tunggal Ayat Majmuk 1 (a) Syani mengayuh basikal dengan laju. (b) Syani jatuh tersembam. Syani mengayuh basikal dengan laju lalu jatuh tersembam. 2 (a) Sabrina mengulang kaji pelajaran. (b) Sabrina mencatat nota ringkas. Sabrina mengulang kaji pelajaran sambil mencatat nota ringkas. 3 (a) Rais akan melawat Halim di hospital petang nanti. (b) Rais tidak sibuk. Rais akan melawat Halim di hospital petang nanti jika tidak sibuk. 4 (a) Thaqib memberitahu keluarga hasrat hatinya. (b) Thaqib akan berkahwin tidak lama lagi. Thaqib memberitahu keluarga hasrat hatinya bahawa dia akan berkahwin tidak lama lagi. Sistem Bahasa.indd 43 10/20/2023 12:17:56 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
44 Ayat Aktif dan Ayat Pasif SP 5.5.1 Praktis Pengukuhan Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif atau ayat pasif. No. Ayat Aktif Ayat Pasif 1 Saya sudah menggilap barangan tembaga itu. Barangan tembaga itu sudah saya gilap. 2 Para penerbit buku menawarkan pelbagai judul buku yang menarik sempena pesta buku. Pelbagai judul buku yang menarik ditawarkan oleh para penerbit sempena pesta buku. 3 Beberapa orang pekerja sedang mencanting kain batik yang bermotifkan corak abstrak. Kain batik yang bermotifkan corak abstrak sedang dicanting oleh beberapa orang pekerja. 4 Puan Bibi menjahit baju Melayu untuk anak bujangnya. Baju Melayu dijahit oleh Puan Bibi untuk anak bujangnya. 5 Tukang kebun itu menyapu daun-daun kering di persekitaran taman. Daun-daun kering di persekitaran taman disapu oleh tukang kebun itu. 6 Ali perlu menghantar semua buku latihan ke bilik guru sebelum waktu rehat. Semua buku latihan perlu dihantar oleh Ali ke bilik guru sebelum waktu rehat. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah SP 5.5.1 Praktis Pengukuhan Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada cakap ajuk atau cakap pindah. No. Cakap Ajuk Cakap Pindah 1 “Tolong lap tingkap yang berhabuk itu,” kata ibu kepada Camelia. Ibu meminta pertolongan Camelia untuk mengelap tingkap yang berhabuk itu. 2 “Mengapakah kamu mencuri dompet kawan kamu?” tanya guru disiplin kepada murid itu. Guru disiplin ingin tahu punca murid itu mencuri dompet kawannya. 3 “Jemput datang ke rumah saya pada hari raya nanti,” kata Wahida kepada tunangnya. Wahida menjemput tunangnya datang ke rumah pada hari raya nanti. 4 “Jangan main di padang itu ketika hujan lebat kerana berisiko dipanah petir,” kata Jaya kepada rakan-rakannya. Jaya melarang rakan-rakannya bermain di padang ketika hujan lebat kerana berisiko dipanah petir. 5 “Wah, cantiknya hiasan dewan makan malam ini!” kata Elina. Elina memuji keindahan hiasan dewan makan malam itu. Sistem Bahasa.indd 44 10/20/2023 12:17:56 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
45 Peribahasa SP 4.2.1 Praktis Pengukuhan A Tandakan () bagi peribahasa yang sesuai. 1 Pada cuti persekolahan yang lalu, ayah membawa kami sekeluarga di Sabah. langkah kanan makan angin atas angin langkah kiri 2 Orang kaya itu memang kerana langsung tidak mahu menghulurkan derma kepada anak-anak yatim. murah hati tangkai jering gila pangkat lidah bercabang 3 Anak-anak perlulah disemai dengan akhlak yang baik sejak kecil agar tidak memalukan ibu bapa apabila dewasa kelak bak kata pepatah, . mencegah lebih baik daripada mengubati biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas biar putih tulang, jangan putih mata melentur buluh biarlah dari rebungnya B Nyatakan BETUL atau SALAH bagi maksud peribahasa di bawah. No. Peribahasa Maksud Peribahasa BETUL / SALAH 1 Ayam tambatan Orang yang menjadi harapan BETUL 2 Hidung tinggi Pandai atau bijak SALAH 3 Seperti tikus jatuh ke beras Memperoleh kekayaan yang tidak disangkasangka BETUL 4 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Melakukan sesuatu biar sampai selesai SALAH 5 Ketam menyuruh anaknya berjalan betul Perangai ibu bapa yang diwarisi oleh anakanak SALAH 6 Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya Orang berpangkat jika bergaul dengan orang biasa tidak akan jatuh darjatnya BETUL 7 Masa itu emas Masa sangat berharga BETUL Sistem Bahasa.indd 45 10/20/2023 12:17:56 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
46 Reviu Topik 1 Cikgu Zaleha meminta murid-murid merujuk ejaan yang tepat dalam apabila membuat latihan kesalahan ejaan. A kamus dewan C kamus Dewan B Kamus dewan D Kamus Dewan 2 Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba ialah seorang . A sejarawan C sasterawan B budayawan D cendekiawan 3 “Segala titah perintah telah patik laksanakan,” kata Hang Tuah kepada Sultan Mahmud. A hamba C baginda B tuanku D tuan hamba Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah. 4 Ibu secubit garam sebagai pelengkap rasa ke dalam lauk yang sedang dimasak itu. A mencubit C menggaulkan B memasukkan D mencampakkan 5 Sudah hampir seminggu baju itu tidak dibasuh hingga menyebabkan bau di dalam biliknya. A lapuk C hapak B busuk D tengik 6 Walaupun Jamaluddin berbadan gempal, dia tetap melakukan aktiviti lasak. A tetapi C bahkan B namun D malahan 7 , cantik sungguh pasangan pengantin yang sedang bersanding itu! A Hai C Amboi B Wah D Aduhai Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah. 8 Lelaki itu memikul pisang emas semasa pulang dari kebun. A sesisir C setandan B sesikat B setangkai 9 Terdapat sebuah negeri di semenanjung yang terkenal dengan jolokan negeri Jelapang Padi. A utara C barat B timur D selatan 10 orang murid itu telah dipanggil oleh guru disiplin untuk disoal siasat berhubung dengan kes buli. A Kedua C Kedua-dua B Dua-kedua D Kedua-kedua -Soalan Bahagian A Penggolongan Kata Praktis 1 Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Untuk tujuan pembelajaran Imbas Kod QR untuk muat turun latihan tambahan Sistem Bahasa. E-Soalan E-Soalan Sistem Bahasa.indd 46 10/20/2023 12:17:57 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
47 Kesalahan Bahasa Praktis 2 Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 3 Sultan Perak telah berkenan A untuk menghadiahkan B pingat kebesaran C kepada para penerima sempena hari keputeraan baginda. Tiada kesalahan D 4 Lain-lain isu A yang berkaitan dengan B sumbangan PIBG turut dibincangkan dalam C mesyuarat petang semalam. Tiada kesalahan D 5 Program motivasi yang dianjurkan A oleh pihak sekolah telah memberikan B kesan positif kepada C murid-murid tingkatan tiga. Tiada kesalahan D Kata Banyak Makna Praktis 3 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 2 I Luqman memakai baju dingin kerana kesejukan. II Suasana yang dingin terasa sungguh nyaman. III Cuaca di Tanah Tinggi Cameron amat dingin. IV Berlaku perang dingin antara Suhada dengan Mira. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 1 I Imran ialah kawan baharu saya. II Ayah membeli sebuah kereta baharu. III Datuk Firdaus baharu pulang dari Mekah. IV Balqis baharu saja membuat pesanan makanan. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 1 Ribuan penonton A sedang menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara pasukan Kedah dengan B Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil C . Tiada kesalahan D 2 Pasukan maritim perlu memperketatkan A kawalan keselamatan di pengairan B sempadan daripada dicerobohi C oleh lanun. Tiada kesalahan D Sistem Bahasa.indd 47 10/20/2023 12:17:57 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
48 Kesalahan Kata dan Frasa dalam Ayat Praktis 4 Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 1 Petugas kaunter bank itu mempercepatkan layanan terhadap pelanggan agar semua pihak tidak menunggu terlalu lama untuk berurusan. A cepatkan layanan terhadap B mencepat layanan terhadap C mempercepat layanan terhadap D mempercepatkan layanan terhadap 2 Encik Zaim menghadiahi isterinya seutas rantai sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima. A menghadiahkan isterinya selembar rantai B menghadiahkan isterinya seutas rantai C menghadiahi isterinya selembar rantai D menghadiahi isterinya seutas rantai 3 Pelbagai jenis lauk-pauk yang disediakan menjadi pilihan pelanggan di Restoran Rebung. A Pelbagai jenis lauk B Pelbagai lauk berjenis C Pelbagai-bagai jenis lauk D Pelbagai jenis lauk-pauk 4 Wau bulan merupakan sejenis permainan tradisional yang sangat popular di kalangan rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang. A sangat popular di dalam kalangan rakyat B sangat popular antara kalangan rakyat C sangat popular dalam kalangan rakyat D sangat popular di kalangan rakyat 5 Tujuan penubuhan tabung bantuan itu adalah untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan khusus untuk rakyat Palestin dan Syria. A ialah menyalurkan B adalah menyalurkan C ialah untuk menyalurkan D adalah untuk menyalurkan 6 Oleh kerana hidup di dalam kemiskinan, Mak Leha sekeluarga sering dipandang serong oleh segelintir penduduk kampung. A Oleh sebab hidup dalam kemiskinan B Oleh kerana hidup dalam kemiskinan C Oleh sebab hidup di dalam kemiskinan D Oleh kerana hidup di dalam kemiskinan A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 5 I Siti kekenyangan selepas makan sepinggan nasi goreng kampung. II Akramin berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari makan. III Wajah pelakon itu makan gambar setelah disunting. IV Makan kegemaran Tok Abah ialah nasi kerabu. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 3 I Fadhlur dan Rahman mandi di sungai yang cetek itu. II Lelaki itu mempunyai ilmu pengetahuan yang cetek. III Kain yang cetek dipakai oleh beberapa orang model wanita. IV Setiausaha itu cetek isi kandungan mesyuarat untuk dijadikan minit. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I Durian yang tidak habis dimakan dibuat empuk. II Kain ela yang dibeli oleh Malia sangat empuk. III Kakak merebus ubi kentang sehingga empuk. IV Tilam yang empuk akan melenakan tidur. Sistem Bahasa.indd 48 10/20/2023 12:17:57 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
49 Ayat Hampir Sama Maksud Praktis 5 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 1 Dalam perhimpunan rasmi, pengetua SMK Orkid Desa mengingatkan murid-murid agar sentiasa berhati-hati ketika berulang alik ke sekolah. A Pengetua SMK Orkid Desa harus sentiasa berhati-hati dalam perhimpunan rasmi terhadap murid-murid yang berulang alik ke sekolah. B Murid-murid harus sentiasa berhati-hati dengan pengetua ketika berulang alik ke perhimpunan rasmi semasa di SMK Orkid Desa. C Murid-murid diingatkan oleh pengetua SMK Orkid Desa dalam perhimpunan rasmi agar sentiasa berhati-hati ketika berulang alik ke sekolah. D Murid-murid mengingatkan pengetua SMK Orkid Desa agar sentiasa berhati-hati ketika berulang alik ke sekolah dalam perhimpunan rasmi. 2 Sukan SEA merupakan sukan dwitahunan yang menghimpunkan atlet Asia Tenggara bertanding untuk negara masing-masing. A Sukan SEA dipertandingkan secara dwitahunan dengan menghimpunkan atlet Asia Tenggara yang bertanding. B Sukan SEA ialah sukan dwitahunan yang mengumpulkan atlet Asia Tenggara dan bertanding untuk negara masing-masing. C Sukan dwitahunan Sukan SEA ialah tempat berkumpul atlet Asia Tenggara untuk bertanding. D Atlet Asia Tenggara bertanding untuk negara masing-masing dalam Sukan SEA secara dwitahunan. 3 Pemakanan yang seimbang dan kegiatan riadah dapat memperoleh tubuh badan yang sihat daripada penyakit kronik. A Selain pemakanan yang seimbang, kesihatan tubuh badan daripada penyakit kronik diperoleh daripada kegiatan riadah. B Di samping kegiatan riadah, penyakit kronik dapat dielakkan sekiranya masyarakat mengamalkan pemakanan yang seimbang. C Bukan sahaja kegiatan riadah dapat memperoleh tubuh badan yang sihat dan mengelakkan penyakit kronik tetapi juga pemakanan yang seimbang. D Bagi menyihatkan tubuh badan daripada penyakit kronik, masyarakat diseru untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan kegiatan riadah. 4 Sikap bertolak ansur antara suami isteri merupakan salah satu faktor penting dalam pembentukan keluarga bahagia. A Faktor penting dalam pembentukan keluarga bahagia ialah sikap bertolak ansur sesama suami isteri. B Dalam pembentukan keluarga bahagia, suami isteri hendaklah sentiasa bertolak ansur. C Keluarga bahagia merupakan antara faktor penting dalam pembentukan sikap bertolak ansur sesama ahli keluarga. D Suami isteri yang saling bertolak ansur merupakan antara faktor utama pembentukan keluarga bahagia. 5 Karnival Jom Beli Barang Buatan Malaysia yang diadakan oleh Perbadanan Putrajaya telah menarik orang ramai datang terutama pada hujung minggu. A Orang ramai suka ke Karnival Jom Beli Barang Buatan Malaysia pada hujung minggu kerana diadakan oleh Perbadanan Putrajaya. B Pada hujung minggu, Karnival Jom Beli Barang Buatan Malaysia dibuka kepada orang ramai oleh Perbadanan Putrajaya. C Pada hujung minggu, Perbadanan Putrajaya mengadakan Karnival Jom Beli Barang Buatan Malaysia untuk menarik orang ramai. D Orang ramai tertarik mengunjungi Karnival Jom Beli Barang Buatan Malaysia anjuran Perbadanan Putrajaya terutama pada hujung minggu. Sistem Bahasa.indd 49 10/20/2023 12:17:57 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
50 Ayat yang Betul Praktis 6 Pilih ayat-ayat yang betul. 1 I Dia menghempaskan badannya ke katil sambil tidur. II Encik Hakim bukan sahaja penulis namun penggubah lagu. III Kucing itu mengiau-ngiau kerana dipukul oleh seorang lelaki. IV Sebelum pulang ke kampung, abah memasang mangga pada pintu dan pagar rumah. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 2 I Di dalam reban itu ada lima ekor ayam jantan. II Cik Sina menyelitkan sekuntum bunga ros pada sanggulnya. III Tolong jangan buat bising di perpustakaan. IV Siapakah nama arnab kamu? A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 3 I Fikiran Aditya selalu sahaja kacau. II Bubur nasi yang ditanak oleh Hasni sudah masak. III Klinik gigi itu dibuka pada setiap hari, kecuali hari Ahad. IV Beliau berkhidmat sebagai pensyarah dan peguam? A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I Pokok-pokok orkid di kedai itu cantik atau berpatutan harganya. II Bangunan di atas Bukit Nanas itu adalah Menara Kuala Lumpur. III Walaupun dia cacat pelihatan tetapi hasil kerjanya kemas. IV Aisyah memberikan tiga potong kek buah kepada jirannya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Peribahasa Praktis 7 Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai. 1 Emak menjadi melihat pelbagai jenis beg tangan dijual dengan harga murah di pasar raya itu. A putih mata B besar mata C mata duitan D rambang mata 2 Encik Aziz amat berpuas hati dengan hasil kerja tukang kebunnya yang membersihkan kawasan landskap taman orkid di rumahnya. A ada jalan B ringan tulang C ambil langkah D mandi keringat Dialog di atas bersesuaian dengan peribahasa A bapa borek, anak rintik. B melentur buluh biarlah dari rebungnya. C ketam mengajar anaknya berjalan betul. D ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Cikgu Ayu : Apakah cita-cita kamu? Maryam : Saya ingin berjaya seperti ibu saya. Beliau seorang usahawan yang mempunyai perusahaan membuat dan menjual pelbagai jenis kek dan biskut. 3 Sistem Bahasa.indd 50 10/20/2023 12:17:57 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
51 Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah. 4 Para tetamu begitu asyik melihat pasangan pengantin yang bersanding di atas pelamin. Yang berikut merupakan peribahasa yang menggambarkan situasi di atas, kecuali A bulan jatuh ke riba. B bagai pinang dibelah dua. C seperti garam dengan asam. D seperti cincin dengan permata. Bahagian B Situasi di atas bersesuaian dengan peribahasa A takkan lari gunung dikejar. B anjing menyalak, bukit takkan runtuh. C yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. D terlepas daripada mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Hasif telah meletakkan jawatan yang disandang olehnya sebagai pengarah syarikat di Melaka. Beliau telah mendapat tawaran yang lebih lumayan di Kuala Lumpur. Malangnya, setelah tiba di Kuala Lumpur, syarikat tersebut telah disita akibat kes penipuan dan pecah amanah. Praktis 1 Dalam iklan di bawah, terdapat dua kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin iklan itu semula. Iklan Jawatan Kosong Sharikat Megah Raya ingin mempelawa individu-individu yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang berikut: Jawatan: Juru elektrik Taraf jawatan: Kontrak Kekosongan: Lima Calon hendaklah mempunyai kelayakan yang berikut: Berumur tidak kurang daripada 18 tahun Tamat tingkatan lima Memiliki perakuan kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal (PW2) Hantarkan borang permohonan anda yang lengkap ke alamat e-mel berikut: [email protected] Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 20__ (i) Syarikat (ii) Juruelektrik Kesalahan Ejaan 5 Sistem Bahasa.indd 51 10/20/2023 12:17:57 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
52 Praktis 2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Asma sanggup mengenepikan nasihat ibu bapa dan ahli keluarga dalam urusan perkahwinannya. mengetepikan (ii) Mangsa kemalangan itu berada dalam keadaan yang keritikal dan kini sedang dirawat di unit rawatan rapi. kritikal Kesalahan Bahasa Praktis 1 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Garis kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Pendaki itu mengibarkan Jalur Gemilang bila tiba di puncak gunung. apabila (ii) Bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa kebakaran itu ialah untuk mengurangkan bebanan mereka. adalah Praktis 2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Garis kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Kami berjalan lebih dari dua kilometer sebelum tiba di kawasan air terjun itu. lebih daripada dua kilometer (ii) Encik Suhaimi menghadiahkan anak bongsunya seutas jam tangan kerana memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan. menghadiahi Sistem Bahasa.indd 52 10/20/2023 12:17:58 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
53 Sintaksis Praktis 1 Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi ayat majmuk. (i) Daneng seorang remaja. Daneng cinta akan alam sekitar. Daneng seorang remaja yang cinta akan alam sekitar. (ii) Beberapa orang murid dimasukkan ke hospital. Beberapa orang murid keracunan makanan. Beberapa orang murid dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan. Praktis 2 Bacva ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian, tukarkan ayat bersusunan biasa kepada ayat bersusunan songsang. (i) Ibu bapa murid sedang mendengar ucapan daripada pengetua sekolah dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Sedang mendengar ucapan daripada pengetua sekolah ibu bapa murid dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru. (ii) Pembakaran terbuka dilarang oleh pihak kerajaan sama sekali untuk mengelakkan pencemaran udara. Untuk mengelakkan pencemaran udara, pembakaran terbuka dilarang oleh pihak kerajaan sama sekali. Praktis 3 Tukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Hamzah sekeluarga akan menziarahi datuk dan nenek di kampung pada cuti penggal kali ini. Datuk dan nenek di kampung akan diziarahi oleh Hamzah sekeluarga pada cuti penggal kali ini. (ii) Sebagai pengguna yang bijak, kita perlu meneliti maklumat barangan sebelum membelinya. Sebagai pengguna yang bijak, maklumat barangan perlu kita teliti sebelum membelinya. Sistem Bahasa.indd 53 10/20/2023 12:17:58 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
54 (i) Belakang parang kalau diasah lagikan tajam (ii) Ilmu pelita hidup/Tuntutlah ilmu hingga negeri China/Tuntutlah ilmu hingga liang lahad Praktis 2 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) Ukur baju di badan sendiri (ii) Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis Peribahasa Praktis 1 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. Menuntut Ilmu Sistem Bahasa.indd 54 10/20/2023 12:17:59 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
55 Pemahaman Petikan Antologi Bintang Hati Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan “Syair Burung Nuri”. 1 Berikan maksud bagi perkataan di bawah. Perkataan Maksud (a) hemat tidak boros (b) daif miskin (c) masyghul dukacita (d) sahifah muka surat 2 Padankan gaya bahasa yang sesuai dengan contohnya. Gaya Bahasa Contoh (a) Simile Sajak dan nazam banyak tak kena (b) Sinkope Laksana cermin jatuh ke batu (c) Bahasa Arab Hanyutlah badan ke sana dan ke mari (d) Repetisi Dituliskan sahifah supaya nyata Puisi Tradisional Syair Burung Nuri Praktis Pengukuhan Santap Istiadat Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan seloka “Santap Istiadat”. 1 Dua nilai yang terdapat dalam seloka tersebut ialah nilai bersopan santun dan nilai menghormati tetamu . 2 Berikan contoh bagi gaya bahasa di bawah. Gaya Bahasa Contoh (a) Anafora Santap beradat, santap istiadat Santap raja di majlis kebesaran Santap merai hormatmenghormat (b) Responsi Santap nasi suap pertama Berturut dengan suap kedua Dua suap ketiga sudah Praktis Pengukuhan Puisi Moden Kijang yang Lelah Praktis Pengukuhan Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan sajak “Kijang yang Lelah”. 1 Nada bagi sajak tersebut ialah melankolik . 2 Nyatakan () atau () bagi pernyataan di bawah. (a) Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap. ( ) (b) Rangkap pertama sajak mempunyai empat baris. ( ) Pemahaman Petikan.indd 55 10/20/2023 12:15:32 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
56 (c) Jumlah perkataan antara dua hingga tujuh patah perkataan sebaris. ( ) (d) Sajak berbentuk bebas. ( ) 3 Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. Kita hendaklah berhati-hati sewaktu bertindak. Pesan Ibu Beribu-ribu Praktis Pengukuhan Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan sajak “Pesan Ibu Beribu-ribu”. 1 Tema sajak ini ialah seorang ibu yang tidak jemu-jemu berpesan dan memberikan nasihat dan pesanan kepada anak kesayangannya agar tidak tersalah memilih jalan hidup . 2 Lengkapkan persoalan di bawah. (a) Persoalan seorang ibu sering berpesan kepada anak agar pandai memilih kawan . (b) Persoalan salah pilih kawan boleh menyebabkan seseorang menyesal . (c) Persoalan seorang anak yang patuh akan nasihat dan pesanan ibu . Senja di Palang Besi Praktis Pengukuhan Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan sajak “Senja di Palang Besi”. 1 Berikan maksud bagi perkataan di bawah. Perkataan Maksud (a) remang agak gelap (kelam) (b) sendu sedih/pilu (c) pedar hati kekesalan 2 Nyatakan unsur bunyi bagi baris di bawah. (a) Remang membongkar sendu ( aliterasi ) (b) hukuman terhebat hikayat kemanusiaan ( asonansi ) (c) Tanpa pasir pantai atau silir angin ( asonansi ) (d) kini merayap sayu membelai jemari ( aliterasi ) (e) mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya ( asonansi ) 3 Satu pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut ialah para banduan hendaklah insaf setelah menerima hukuman penjara agar mereka tidak mengulangi kesilapan tersebut . Bintang Praktis Pengukuhan Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan sajak “Bintang”. 1 Tema sajak “Bintang” ialah anak-anak merupakan bintang hati ayah dan ibu melebihi bintang-bintang di langit . 2 Dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut ialah nilai kasih sayang dan nilai tanggungjawab . 3 Lengkapkan pengajaran di bawah. (a) Setiap anak mestilah menghargai jasa ibu bapa . (b) Ibu bapa dan anak-anak mestilah menanam sikap berkasih sayang antara anggota keluarga . (c) Jasa ibu bapa yang membesarkan kita mestilah dikenang dan dibalas selayaknya . Pemahaman Petikan.indd 56 10/20/2023 12:15:32 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
57 Prosa Tradisional Bahagia Sesudah Derita Praktis Pengukuhan Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan prosa tradisional “Bahagia Sesudah Derita”. 1 Tulis perkataan atau frasa yang sesuai berdasarkan puisi tradisional tersebut. (a) Nama tempat Si Miskin dan isterinya berjalan mencari rezeki. ( Negeri Anta Beranta ) (b) Nama pemerintah Negeri Anta Beranta. ( Maharaja Indera Dewa ) (c) Makanan yang ditemui di timbunan sampah. ( Ketupat basi dan tebu ) (d) Nama anak lelaki Si Miskin. ( Marakarma ) 2 Nyatakan latar tempat bagi pernyataan di bawah. Pernyataan Latar Tempat (a) Si Miskin menjumpai ketupat basi dan tebu. Tempat pembuangan sampah (b) Si Miskin dan isterinya dilempar batu dan kayu. Pasar Cerpen Legasi Tapai Ubi Praktis Pengukuhan Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan cerpen “Legasi Tapai Ubi”. 1 Lengkapkan petikan di bawah. Sekeping Tanah Praktis Pengukuhan Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan cerpen “Sekeping Tanah”. 1 Tulis () atau () bagi pernyatan di bawah. (a) Hisyam, Harun dan Halimah ialah adikberadik. ( ) (b) Hisyam ialah adik kepada Harun dan Halimah. ( ) (c) Harun seorang yang mementingkan wang ringgit. ( ) (d) Halimah bercadang untuk membangunkan tanah pusaka ayah mereka dengan mendirikan sebuah kondo dalam bentuk syarikat. ( ) (e) Harun mempunyai dua orang anak perempuan yang terlibat dengan gejala sosial.( ) (f) Hisyam dan Halimah mendapat berita melalui surat khabar bahawa Musa akan menghadapi hukuman mati akibat membunuh. ( ) (g) Hisyam merupakan pengurus Binajaya Sdn. Bhd. ( ) 2 Nyatakan nilai bagi pernyataan di bawah. Pernyataan Nilai (a) Keluarga Wak Salikon gigih mengusahakan tapai ubi sehingga berjaya mendirikan sebuah kilang perusahaan tapai ubi. Kegigihan (b) Parjo sekeluarga bersama-sama membuat tapai ubi sehingga perusahaan tapai ubi berkembang maju. Bekerjasama Parjo ialah anak pengusaha tapai yang bernama Wak Salikon . Sejak kecil, Parjo membantu bapanya menghantar tapai ubi ke pasar sehingga dia digelar Parjo Tapai oleh rakan-rakannya. Emak Parjo memberitahu bahawa terdapat banyak pantang larang dalam membuat tapai ubi seperti tapai tidak boleh terkena kotoran atau minyakuniversiti unive dan leh bisingbising universi ti . Berkat jualan tapai ubi, Parjo berjaya memasuki universiti . tapai ubi Parjo tapai pantang larang tapai tidak boleh terkena kotoran atau minyak tidak boleh bising-bising universiti Pemahaman Petikan.indd 57 10/20/2023 12:15:32 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
58 2 Tulis dua perwatakan bagi setiap watak di bawah. Watak Perwatakan (a) Hisyam (i) Seorang yang bercita-cita tinggi (ii) Seorang yang tidak mementingkan pangkat dan kedudukan (b) Harun (i) Seorang yang mementingkan wang ringgit (ii) Seorang yang suka membuat tuduhan melulu Bawod Praktis Pengukuhan Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan cerpen “Bawod”. 1 Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut. (a) Persoalan kesukaran penduduk di kawasan pedalaman mengharungi perjalanan yang penuh getir untuk sampai ke sekolah. (b) Persoalan kasih sayang antara manusia dengan haiwan dan antara haiwan dengan haiwan 2 Tulis perkataan atau frasa yang sesuai berdasarkan cerpen tersebut. (a) Nama kambing peliharaan Beluntung ( Bawod ) (b) Nama kerbau peliharaan Beluntung. ( Tuyoq ) (c) Tempat Tuyoq ditambat apabila Beluntung tiba di sekolah. ( Pohon kelapa ) (d) Nama guru yang mengajar Beluntung mata pelajaran Ilmu Alam. ( Cikgu Rambuyat ) (e) Rakan sekelas Beluntung yang membuang bukunya di atas lantai. ( Si Gemuk ) (f) Jumlah wang hadiah yang diterima oleh Beluntung dalam perlumbaan kerbau. ( RM10.00 ) Drama Tenang-tenang Air di Tasik Praktis Pengukuhan Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan drama “Tenang-tenang Air di Tasik”. 1 Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam drama tersebut. (a) Masyarakat yang terdiri daripada golongan atasan yang mementingkan pangkat. (b) Masyarakat yang cacat pelihatan. 2 Nyatakan gaya bahasa bagi contoh di bawah. Contoh Gaya Bahasa (a) Kau ni memang sengaja mencari penyakit. Tak ada beban batu digalas. Peribahasa (b) Mak bukan calang-calang wanita di bandar ini. Kata ganda (c) Abang tengok kawankawan Zam dah lama belayar ke lautan mimpi. Metafora (d) Dia berpendirian macam wanita kolot pula. Simile (e) Tak pula. Abang pun tak teringat nak bertanya. Sinkope Pemahaman Petikan.indd 58 10/20/2023 12:15:32 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
59 Reviu Topik -Soalan Bahagian A Puisi Tradisional Praktis 1 Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Santap Istiadat Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan. Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Selesai santap nasi – Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap, ketiga sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buah-buahan. Ketujuh berkumur-kumur, Ke delapan makan sirih; Kelat jatuh ke rengkungan, Seri naik ke peroman. Itulah santap beradat kebesaran Di dalam riwayat zaman yang silam. ZA’BA (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Berdasarkan seloka “Santap Istiadat”, maksud baris lauk dibinjat sopan siuman ialah A makan mengikut peraturan. B mengambil lauk dengan kadar yang sedikit. C mengunyah makanan dengan perlahan-lahan. D mengangkat lauk lalu dikunyah dengan sopan. 2 Apakah pengajaran yang terdapat dalam rangkap pertama seloka? A Kita hendaklah makan dengan kenyang B Kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan C Kita hendaklah mengutamakan kesihatan diri D Kita hendaklah menjaga adab sopan ketika berada dalam sesuatu majlis 3 Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat pada baris tersebut? A Hiperbola C Anafora B Aliterasi D Inversi 4 Apakah peribahasa yang sesuai dengan baris seloka tersebut? A Biar mati anak, jangan mati adat B Buang yang keruh ambil yang jernih C Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga D Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak 5 Terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengamalkan cara makan yang bersopan kerana A mereka terpengaruh dengan rakan-rakan. B mereka tidak mendapat makanan yang mencukupi. C mereka berasa tidak sabar hendak menikmati makanan di hadapan mata. D mereka tidak dididik dengan amalan cara makan yang sopan sejak kecil. Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Itulah santap beradat kebesaran Di dalam riwayat zaman yang silam. Pemahaman Petikan.indd 59 10/20/2023 12:15:32 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
60 Bintang Suatu malam aku duduk di halaman rumah kulihat cantiknya bintang-bintang menghias langit yang terbentang aku ingin terbang ke sana membawa pulang bintang-bintang tentu ibu gembira tentu ayah bahagia melihat rumah ini penuh dengan cahaya. Tetapi kata ibu itu tidak perlu ayah sudah ada bintang begitu juga ibu rumah sudah bercahaya begitu juga jiwa mereka bintang itu adalah aku bintang hati ayah dan ibu. SITI ZALEHA M. HASHIM (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Apakah maksud frasa rumah sudah bercahaya? A Di dalam rumah terdapat lampu bintang B Di dalam rumah dipenuhi cahaya lampu C Di dalam rumah mempunyai banyak bintang D Di dalam rumah telah ada anak sebagai bintang 2 Apakah perkara yang ingin dilakukan oleh penyajak berdasarkan rangkap pertama sajak di atas? A Melihat rumahnya diterangi lampu B Melihat keindahan bintang-bintang di langit C Duduk di halaman rumah sambil melihat bintang D Terbang ke langit untuk membawa pulang bintang-bintang 3 Apakah peribahasa yang boleh dikaitkan dengan sajak “Bintang”? A Seperti aur dengan tebing B Patah dahan tempat berpaut C Seperti ayam disambar helang D Bagai menatang minyak yang penuh 4 Mengapakah ibu dan ayah menganggap anak-anak sebagai bintang di hati mereka? A Anak-anak pandai menghargai ciptaan Tuhan B Anak-anak ialah anugerah terindah daripada Tuhan C Anak-anak bijak menjaga perlakuan mereka di khalayak ramai D Anak-anak sering membeli hadiah untuk ibu dan ayah 5 Berikut ialah persoalan yang terdapat dalam sajak “Bintang”, kecuali A kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya. B kesungguhan seorang anak membahagiakan ibu dan bapanya. C keberanian seorang anak ingin menggapai bintang di langit. D kebahagiaan ibu bapa terhadap anak yang taat dan bertanggungjawab. Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Praktis 2 Sajak Pemahaman Petikan.indd 60 10/20/2023 12:15:33 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
61 Maka bininya pun menangis tiada mahu makan jikalau tiada buah mempelam yang dalam taman raja itu. Maka bininya pun berkata, “Biarlah aku mati sekali.” Maka terlalulah sebal hati suaminya melihatkan laku bininya seperti orang hendak mati rupanya tiada berdaya lagi. Maka suaminya pun pergilah menghadap Maharaja Indera Dewa itu. Maka baginda pun sedang dihadap oleh segala anak raja-raja. Maka Miskin pun sampailah ia lalu masuk ke dalam sekali. Maka titah baginda, “Hai, Miskin, apa kehendakmu?” Maka Miskin pun sujud kepalanya lalu ke tanah sembahnya, “Ya Tuanku beribu-ribu ampun, jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertua akan patik yang hina ini, patik hendak memohon akan mempelam Duli Syah Alam yang gugur barang sebiji.” Maka titah baginda kepada hambanya, “Pergilah engkau ambilkan buah mempelam itu barang setangkai kepada Miskin.” Maka diambilkan oranglah; diberikannya kepada Miskin itu. Maka diambilnya seraya menyembah kepada baginda itu lalu ia keluar berjalan kembali. Maka baginda pun berangkat masuk ke dalam istananya. Maka segala raja dan menteri hulu balang itu pun masing-masing pulang ke rumahnya. Maka Miskin pun sampailah ke tempatnya. Setelah dilihat oleh bininya akan suaminya datang membawa buah mempelam setangkai, maka ia pun tertawa seraya disambutnyalah lalu dimakannya. (Dipetik daripada prosa tradisional “Bahagia Sesudah Derita”, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) 4 Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan prosa tradisional tersebut? A Seorang isteri mestilah sentiasa menduga kesabaran suami B Suami yang baik hendaklah menuruti segala perintah isteri C Kita mestilah berani untuk meminta sedekah daripada orang lain D Seorang isteri janganlah meminta sesuatu yang di luar kemampuan suami 5 Antara yang berikut, yang manakah bukan latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas? A Masyarakat yang setia terhadap pasangan. B Masyarakat yang memiliki sifat belas kasihan. C Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang. D Masyarakat yang memandang hina terhadap orang miskin. 1 Maksud frasa sebal hati ialah A cinta dalam hati. B benci dalam hati. C sayang dalam hati. D kecewa dalam hati. 2 Makanan yang diidamkan oleh isteri Si Miskin yang hamil itu ialah A tebu. B nangka. C ketupat. D mempelam. 3 Sikap isteri Si Miskin yang meminta mempelam, kemudian meminta nangka pula di taman raja bolehlah dikaitkan dengan peribahasa A hangat-hangat tahi ayam. B diberi betis, hendak paha. C lempar batu sembunyi tangan. D masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Praktis 3 Prosa Tradisional Pemahaman Petikan.indd 61 10/20/2023 12:15:33 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
62 Cerpen Praktis 4 Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Emak kemudian meneruskan tugasannya selepas sembahyang isyak. Aku tidak berapa kisah lagi tugas emak ketika itu. Namun menurut emak, membuat tapai banyak pantang larangnya. Kononnya jika pantang larang dilanggar, tapai tidak manis. Kalau tapai tidak manis orang tidak mahu beli. Namun selama ini, orang tidak pernah merungut tentang tapai ubi Wak Salikon. Juallah di mana-mana tetap habis. Tetap laris. Kadang-kadang aku kesian juga dengan emak. Tekun benar dia. Malah tapai ubi sudah menjadi mata pencariannya. Sejak aku kecil, emak dan bapa sudah berniaga tapai ubi. Aku membesar berkat hasil jualan tapai ubi. Aku belajar berkat hasil jualan tapai ubi. Bukan aku sahaja, seluruh adik-beradikku hidup atas berkat usaha emak dan bapa membuat tapai ubi untuk dijual. “Buat tapai ubi tak boleh bagi orang tahu!” kata emak ketika menabur ragi di atas ubi rebus di dalam sebuah dulang besar. Aku akur dengan petua emak. Aku hanya diam. “Jangan kena kotoran atau minyak,” sampuk bapa pula yang sedang memotong daun pisang untuk dijadikan pembungkus tapai. Kadang-kadang bapa menggunakan daun rambai. Bapa tidak mahu menggunakan plastik kerana keaslian tapai akan hilang. Rasanya kurang enak. Baunya tidak wangi lagi. “Tak boleh bising-bising,” bisik emak pula. Aku hanya membatu mendengar petua yang sama sejak aku kecil. (Dipetik daripada cerpen “Legasi Tapai Ubi”, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Berdasarkan petikan, rangkai kata mata pencarian membawa maksud A sumber asli B sumber tenaga C sumber makanan D sumber pendapatan 2 Latar masa yang terdapat dalam petikan cerpen di atas ialah A selepas isyak. B sebelum isyak. C selepas maghrib. D sebelum maghrib. 3 Apakah bahan asas yang diperlukan untuk membuat tapai ubi? A Ragi B Ubi rebus C Daun pisang D Daun rambai 4 Bapa tidak mahu menggunakan plastik sebagai pembungkus tapai kerana A warna tapai terjejas. B tapai kurang menjadi. C rasa tapai kurang enak. D tapai akan cepat rosak. 5 Berikut merupakan pantang larang ketika penyediaan tapai, kecuali A tidak boleh bisik-bisik. B tidak boleh membuat bising. C tidak boleh maklumkan kepada orang. D tidak boleh kena kotoran atau minyak. Pemahaman Petikan.indd 62 10/20/2023 12:15:33 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
63 Drama Praktis 5 Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. AZIZI : Sampai macam itu sekali sikap emak engkau Zafar? MUZAFAR : Ya bang. Saya pun tak tahu kenapa dia bersikap macam tu. Walhal, sebelum ini, dia amat memahami tugas saya. Malah, dia selalu bagi dorongan kepada saya. AZIZI : Agaknya, dia menentang habis-habisan kali ini sebab kumpulan yang datang ini terdiri daripada orang-orang cacat penglihatan. Dia tentu sedia maklum tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita kali ini lebih berat, lebih mencabar dan mungkin akan mengancam nyawa putera tunggal kesayangannya ini. MUZAFAR : Mungkin juga, bang. AZIZI : Tapi, sekali fikir, abang rasa anehlah, Zafar. MUZAFAR : Apa yang anehnya, bang? AZIZI : Mak Zafar bukan calang-calang wanita di bandar kita ini. Dia amat disegani walaupun sudah bersara daripada tugasnya sebagai pegawai. Dia pemimpin wanita yang unggul. Dia disanjungi kerana berfikiran terbuka dan berpandangan jauh. Tapi, dalam hal macam ni, dia berpendirian macam wanita kolot pula…pelikkan? MUZAFAR : (Sambil mengeluh) Entahlah, bang. Serba salah saya jadinya. Saya memang bersedia untuk mencurahkan ilmu dan kemahiran berkayak yang ada pada saya kepada semua orang tak kira sama ada orang itu normal atau cacat. (Dipetik dan diubah suai daripada drama “Tenang-Tenang Air di Tasik” antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Berdasarkan petikan, rangkai kata dia berpendirian macam wanita kolot membawa maksud A berpendapat seperti wanita moden. B bersikap seperti wanita berpelajaran. C berkelakuan seperti wanita zaman dahulu. D mempunyai pegangan seperti wanita dahulukala. 2 Apakah anggapan Azizi Apabila ibu Muzafar menentang hasrat Muzafar? A Ibu Muzafar lebih suka Muzafar menemaninya di rumah B Bimbang tugas tersebut akan membahayakan nyawa Muzafar C Ibu Muzafar takut Muzafar tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik D Ibu Muzafar bimbang anaknya itu tidak bersedia melatih mereka yang cacat pelihatan 3 Berikut merupakan perwatakan ibu Muzafar, kecuali A seorang yang prihatin. B seorang yang cemburu buta. C seorang yang berfikiran terbuka. D seorang yang berpandangan jauh. 4 Peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi di atas ialah A rambut sama hitam, hati lain-lain. B ditelan mati emak, diluah mati bapa. C hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. D alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. 5 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang petikan drama di atas? A Sikap ibu yang terlalu memanjakan anak tunggalnya. B Semangat untuk mencurahkan ilmu pengetahuan tanpa pilih kasih. C Muzafar tidak berminat hendak melatih mereka yang cacat pelihatan. D Kerisauan seorang ibu terhadap keselamatan golongan yang cacat pelihatan. Entahlah, bang. Serba salah saya jadinya. Pemahaman Petikan.indd 63 10/20/2023 12:15:33 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
64 Bahagian B Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Praktis 1 BAHAN 2 KUALA LUMPUR – Kerajaan memperkenalkan kaedah bantuan baucar makanan digital bagi membantu penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menghadapi inflasi di negara ini. Baucar tersebut boleh diberikan kepada golongan sasar secara bulanan dan penebusannya dibuat melalui kad pengenalan penerima. Menurutnya, penerima golongan B40 dan miskin bandar boleh menebus baucar berkenaan bagi membeli makanan asas seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran, ayam dan ikan bagi meringankan beban hidup mereka. Ini ialah penjimatan RM7.26 bilion untuk tempoh setahun. Namun, kerajaan hanya menghulurkan bantuan tunai sebanyak RM630 juta dalam bentuk RM50.00 kepada orang bujang dan RM100.00 untuk isi rumah melalui BKM. (Dipetik dan diubah suai daripada Sinar Harian, 25 Jun 2022) [S1] (a) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan bantuan-bantuan yang diberikan oleh pemimpin kepada rakyat. [Apa] Berdasarkan Bahan 1, jenis bantuan yang diberikan oleh pemimpin kepada rakyat, iaitu Si Miskin ialah [Bantuan 1] buah mempelam. Dalam Bahan 2, [Bantuan 2] kerajaan memberikan baucar makanan digital bagi membantu penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menghadapi inflasi di negara ini. Maka titah baginda, “Hai, Miskin apa kehendakmu?” Maka Miskin pun sujud kepalanya lalu ke tanah sembahnya, “Ya Tuanku beribu-ribu ampun, jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertua akan patik yang hina ini, patik hendak memohon akan mempelam Duli Syah Alam yang gugur barang sebiji.” Maka titah baginda kepada hambanya, “Pergilah engkau ambilkan buah mempelam itu barang setangkai kepada Miskin.” Maka diambilkan oranglah; diberikannya kepada Miskin itu. Maka diambilnya seraya menyembah kepada baginda itu lalu ia keluar berjalan kembali. Maka baginda pun berangkat masuk ke dalam istananya. Maka segala raja dan Menteri hulubalang itu pun masing-masing pulang ke rumahnya. Maka Miskin pun sampailah kepada tempatnya. Setelah dilihat oleh bininya akan suaminya datang membawa buah mempelam setangkai, maka ia pun tertawa seraya disambutnya lalu dimakannya. (Dipetik daripada prosa tradisional “Bahagia Sesudah Derita” antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) [S1] Untuk tujuan pembelajaran Imbas kod QR untuk mendapatkan nota berkaitan dengan Pemahaman Petikan. Nota Pemahaman Petikan.indd 64 10/20/2023 12:15:33 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
65 (b) Berikan dua pengajaran yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut. [Apa] Dua pengajaran yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut ialah [Pengajaran 1] setiap pemimpin mestilah bertanggungjawab memenuhi keperluan rakyat dan [Pengajaran 2] kita hendaklah mengamalkan sikap murah hati dan saling membantu demi meringankan beban mereka yang berada dalam kesusahan. (c) Terdapat pelbagai usaha untuk mengatasi masalah kemiskinan. Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang paling wajar dilaksanakan untuk mengatasi masalah kemiskinan di negara kita? KBAT Mengaplikasi [Apa] Pada pandangan saya, langkah-langkah yang paling wajar dilaksanakan untuk mengatasi masalah kemiskinan di negara kita adalah dengan [Langkah 1] memberikan peluang pekerjaan kepada mereka yang menganggur. Selain itu, [Langkah 2] individu itu sendiri mestilah berusaha keluar daripada kepompong kemiskinan dengan cara mendapatkan pendidikan tinggi dan akhir sekali, jangan terlalu memilih pekerjaan. Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Praktis 2 “Wah, ikan-ikan yang ada di dalam sangkar awak betul-betul sihat dan segar!” puji Pak Cik Rasyid, salah seorang pengusaha restoran yang menerima bekalan ikan daripada ternakan ikan sangkar Syukri. Syukri hanya mampu tersenyum puas mendengar pujian sebegitu. “Kalau begini, berbaloilah pak cik bayar harga yang mahal,” katanya lagi. “Walaupun awak sudah pandai jaga ikan-ikan ini, jangan lupa akan pelajaran. Ilmu penting untuk masa depan,” nasihat Pak Cik Rasyid sambil membayar wang kepada Syukri. Syukri akur dengan nasihat Pak Cik Rasyid itu. Dia ingin menuntut ilmu. Ilmu itu nanti akan digunakan untuk membantunya meneruskan usaha penternakan ikan patin ini. Dia tahu bahawa cabaran yang mendatang pasti akan menjadi lebih sukar. Namun, dia akan berusaha untuk mendepani cabaran itu. Ternakan ikan sangkar ini bukan satu bebanan tetapi warisan buatnya. (Dipetik daripada petikan “Warisan”, buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka) [S2] [S1] Pemahaman Petikan.indd 65 10/20/2023 12:15:33 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
66 BAHAN 2 Muka Beluntung basah. Ketika menyapu mukanya dengan tangan, dia teringat betapa takutnya Bawod dengan air. Apabila hujan turun, Bawod akan segera berlari ke bawah kolong dan tidak berani keluar sehingga hujan berhenti. Pernah juga Beluntung mengikat Bawod pada pohon nangka dan menyiram kepalanya dengan air. Bawod terjerit-jerit sebelum tergigil-gigil kesejukan. Akan tetapi sekarang Bawod boleh menyeberang sungai. Air sungai sejuk. Sama sejuknya dengan air hujan. Bawod sudah sanggup masuk ke dalam sungai. Hujan semakin lebat disusuli dengan tiupan angin kencang. Beluntung berasa sangat terganggu dengan keadaan itu. Tiba-tiba, dia berasakan hujan itu menghalangnya ke sekolah. Angin seperti sengaja menanggalkan baju hujannya. Dia tidak mahu jatuh sakit kerana kehujanan. Dia mahu ke sekolah. Aku tidak mahu sakit, jerit hatinya. Hujan, janganlah kau turun. Angin berhentilah meniup. Biarkan aku ke sekolah supaya aku boleh menjadi murid yang pandai. (Dipetik daripada cerpen “Bawod”, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) [S2] [S1] (a) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, huraikan pengajaran yang dapat diperoleh daripada watak Syukri dan Beluntung. Pengajaran yang dapat diperoleh daripada watak Syukri dan Beluntung ialah [Pengajaran] kita hendaklah mementingkan pelajaran demi masa depan. Contohnya, walaupun telah berjaya menternak ikan, namun Syukri berhasrat untuk menuntut ilmu. Beluntung juga mementingkan pelajaran walaupun dia menghadapi pelbagai rintangan untuk ke sekolah. (b) Berikan dua teknik plot yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut. Teknik plot yang terdapat dalam Bahan 1 ialah [Teknik plot 1] dialog. Contohnya, “Wah, ikan-ikan yang ada di dalam sangkar awak betul-betul sihat dan segar!”. Teknik plot yang terdapat dalam Bahan 2 ialah [Teknik plot 2] monolog dalaman. Contohnya, Hujan, janganlah kau turun. Angin berhentilah meniup. (c) Cabaran dan halangan merupakan asam garam kehidupan. Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang sering dihadapi oleh murid-murid pada era globalisasi ini untuk cemerlang dalam pelajaran? KBAT Menganalisis [Apa] Pada pendapat saya, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh murid-murid pada era globalisasi ini ialah [Cabaran 1] mereka terdedah kepada pengaruh negatif daripada media sosial dan juga [Cabaran 2] leka dengan gajet yang boleh menyebabkan mereka lalai seterusnya gagal memberikan tumpuan dalam pelajaran. Pemahaman Petikan.indd 66 10/20/2023 12:15:33 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
67 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Praktis 3 Jiran Sepakat Membawa Berkat Ziarah-menziarahi jiran tetangga Saling membantu Sertai aktiviti-aktiviti komuniti Peka dan prihatin terhadap persekitaran BAHAN 2 ALOR SETAR – Usaha memupuk keharmonian dan perpaduan antara kaum di Malaysia perlu bermula dari kawasan kejiranan yang rata-ratanya terdiri daripada tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Changlun, Yeap Sow Min berkata, beliau percaya perpaduan itu boleh disuburkan melalui rasa kasih sayang yang tinggi dalam komuniti setempat. Sow Min berkata, aktiviti kemasyarakatan merupakan salah satu usaha untuk mengeratkan hubungan sesama kaum yang akhirnya melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. Sow Min berkata, nadi penggerak keharmonian dan perpaduan dalam komuniti ini terletak atas bahu pemimpin masyarakat. “Selaku ketua dalam masyarakat, mereka perlu bijak mengawal situasi serta merancang pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada perpaduan kaum dan secara tidak langsung menyemarakkan semangat kejiranan. Jelasnya, beliau berharap semangat kejiranan dan nilai perpaduan yang berjaya disemai hari ini akan berkekalan selama-lamanya dalam mewujudkan suasana negara yang aman harmoni dan disegani. (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.sinarharian.com.my/article/70275/ khas/kitalahmalaysia/mulakan-dari-kawasan-kejiranan) Pemahaman Petikan.indd 67 10/20/2023 12:15:34 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
68 (a) Berdasarkan Bahan 2, apakah peranan ketua masyarakat sebagai nadi penggerak keharmonian dan perpaduan dalam komuniti? [Apa] Peranan ketua masyarakat sebagai nadi penggerak keharmonian dan perpaduan dalam komuniti ialah [Peranan] mereka perlu bijak mengawal situasi serta merancang pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada perpaduan kaum dan secara tidak langsung menyemarakkan semangat kejiranan. (b) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut. Dua pengajaran yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut ialah [Pengajaran 1] kita mestilah menziarahi jiran tetangga/kita mestilah menyertai aktiviti komuniti/kita hendaklah saling membantu/kita hendaklah peka dan prihatin terhadap persekitaran. Selain itu, [Pengajaran 2] kita perlulah mengeratkan hubungan sesama kaum bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. (c) Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat mutakhir ini kian runtuh, terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar akibat kesibukan bekerja dari pagi hingga ke malam sehinggakan ada yang tidak mengenali jiran sebelah rumah. Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memupuk semangat kejiranan? KBAT Mengaplikasi [Apa] Pada pendapat saya, usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memupuk semangat kejiranan ialah [Usaha 1] pihak Rukun Tetangga di sesuatu kawasan boleh mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan supaya jiran tetangga boleh saling mengenali. Selain itu, [Usaha 2] usaha dan peranan pihak media massa dengan menayangkan iklan tentang kebaikan semangat kejiranan seperti drama pendek dan khidmat pesanan masyarakat. Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Antara kebaikan utama menyertai kerja amal ialah dapat memberikan kesedaran tentang kesusahan yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat kepada mereka yang lebih bernasib baik. Oleh itu, sukarelawan yang datang membantu dapat menyumbang kepada kebajikan penduduk terjejas agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan selesa. Manfaat lain aktiviti sukarelawan ialah aktiviti ini dapat membentuk keperibadian dan nilai-nilai murni yang baik. Apabila kita menyertai aktiviti sukarelawan, pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang akan diperoleh. Seseorang individu akan didedahkan cara untuk berkomunikasi dengan lebih empati, menguruskan logistik dan sebagainya. Akhir sekali, kebaikan melaksanakan kerja amal ialah dapat mewujudkan masyarakat yang penyayang dan bertanggungjawab. Bantuan yang diterima daripada orang yang tidak dikenali pasti akan melahirkan hubungan persaudaraan yang lebih baik. Semangat bermasyarakat dan bersatu padu tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan pangkat akan terjalin. (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html) Praktis 4 [S1] [S2] Pemahaman Petikan.indd 68 10/20/2023 12:15:34 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
69 BAHAN 2 (Dipetik dan diubah suai daripada https://twitter.com/IKBNtransform/status/1334715769213526018/photo/1) (a) Berdasarkan Bahan 1, apakah faedah menyertai aktiviti sukarelawan? [Apa] Faedah menyertai aktiviti sukarelawan ialah [Faedah 1] aktiviti ini dapat membentuk keperibadian dan nilai-nilai murni yang baik serta [Faedah 2] pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang akan diperoleh. (b) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan dua nilai yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut. Dua nilai yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut ialah [Nilai 1] nilai kasih sayang dan [Nilai 2] nilai bertanggungjawab. (c) Kejadian banjir yang melanda kawasan perkampungan banyak memusnahkan atau merosakkan kebajikan penduduk kampung. Pada pendapat anda, apakah bantuan lain yang boleh diusahakan dengan segera oleh para sukarelawanan dalam membantu mangsa banjir? KBAT Mengaplikasi [Apa] Pada pendapat saya, bantuan lain yang boleh diusahakan dengan segera oleh para sukarelawanan dalam membantu mangsa banjir adalah dengan [Bantuan 1] menyumbang barang keperluan harian seperti tikar, tilam dan peralatan kebersihan diri. Selain itu, [Bantuan 2] barangan makanan kering seperti roti dan biskut juga boleh disumbangkan kepada mangsa banjir. Pemahaman Petikan.indd 69 10/20/2023 12:15:34 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
70 Novel Justeru Impian di Jaring Praktis Pengukuhan Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel Justeru Impian di Jaring. 1 Nyatakan dua masalah utama Syahir dalam novel ini. (a) Kesihatan ibunya yang tidak begitu baik sehingga dia asyik memikirkan masalah tersebut (b) Gosip yang dilemparkan ke atas dirinya 2 Padankan gaya bahasa dengan contohnya. Gaya Bahasa Contoh (a) Peribahasa Terpinga-pinga saya. (b) Inversi Hidup ini padang mainan. (c) Metafora “Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali.” (d) Repetisi Barangkali dia tidak membuat homework sebelum ke udara. (e) Bahasa Inggeris Alangkah bisa katakatanya. Alangkah jahatnya mainan media. Praktis Pengukuhan Hempasan Ombak Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel Hempasan Ombak. 1 Lengkapkan ayat di bawah. Farid merupakan anak muda yang baru berusia 19 tahun . Namun, pada usia semuda itu dia telah memikul tanggungjawab untuk menguruskan perusahaan batik daripada ayahnya, iaitu Haji Badrul yang telah meninggal dunia tiga bulan yang lalu kerana menghidap barah dalam perut. Farid telah berusaha untuk memajukan Syarikat Batik Nusantara dengan mendapatkan khidmat nasihat Mokhsein dan Zuraida. Malah, dia begitu cekal apabila bangsal batik modennya dibakar oleh orangorang suruhan Mukhtar . 2 Berikan latar masyarakat yang sesuai bagi contoh di bawah. Contoh Latar Masyarakat (a) Mokhsein, Farid, Zuraida dan Mukhtar ialah para usahawan Melayu yang dipaparkan dalam novel ini. Masyarakat yang terdiri daripada para usahawan (b) Hartini Noor merupakan watak yang berpendidikan tinggi dan Zuraida pula mengikuti pengajian luar kampus UITM. Masyarakat yang berpendidikan tinggi Mokhsein Novel.indd 70 10/24/2023 10:44:39 AM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
71 Praktis Pengukuhan Tawanan Komander Caucasus Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel Tawanan Komander Caucasus. 1 Nyatakan persoalan yang sesuai dengan contoh peristiwa di bawah. (a) Farhani berani menyahut cabaran Haikal, Wei dan Devnath yang memandang rendah akan kebolehannya untuk menyempurnakan tugasan mencari kumbang. Persoalan keberanian menghadapi cabaran (b) Dara Bintik menuruti perintah Maharaja Tanduk untuk memberi Farhani minum air yang menyebabkan remaja itu pengsan. Persoalan kesetiaan pengikut terhadap ketua (c) Kim Yong menyesal atas perbuatannya yang sombong dan berjanji akan berubah sikap apabila kembali ke dunia sebenar. Persoalan keinsafan setelah melakukan kesilapan 2 Nyatakan teknik plot yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah. Ayat Teknik Plot (a) Mak, ayah, tolong Hani! hatinya merintih sayu. Monolog dalaman (b) Landskap rumah Puan Lee ditanami pelbagai jenis pokok dan terdapat juga air terjun buatan. Pemerian (c) “Haikal, kau tak takut ke?” suara Wei, bertanya tibatiba. Dialog Praktis Pengukuhan Chot Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel Chot. 1 Nyatakan watak yang sesuai berdasarkan perwatakan di bawah. Perwatakan Watak (a) Seorang murid yang pintar dalam mata pelajaran Matematik dan tabah menghadapi cabaran hidup. Alias (b) Seorang yang prihatin dan mempunyai perasaan simpati terhadap kesedihan sahabatnya. Som (c) Seorang guru yang rajin, tegas dan garang. Cikgu Sunan (d) Seekor beruk yang pandai memetik buah kelapa, sayang akan tuannya, suka makan pisang dan patuh akan arahan tuannya. Chot 2 Berikan contoh peristiwa yang sesuai berdasarkan latar tempat di bawah. Latar Tempat Contoh Peristiwa (a) Bilik darjah lima Cikgu Sunan menulis beberapa soalan Matematik di papan hijau. (b) Sungai Alias memandikan Chot sambil ditemani oleh Som. (c) Rumah Alias Som belajar mengaji dengan ibu Alias dan belajar Matematik dengan Alias. (d) Kawasan halaman rumah Alias Miah mendakwa kebun pisangnya dirosakkan oleh beruk Alias. (e) Kebun kelapa Pak Din Alias menyuruh Chot memetik buah-buahan kelapa dan ketika itulah Budin, Kamal dan Talib mengganggunya. Novel.indd 71 10/24/2023 10:44:39 AM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
72 Reviu Topik Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. (i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar (ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim (iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya (iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah Persoalan yang ditimbulkan dalam sesebuah karya adalah untuk menghidupkan dan memperkukuh tema. Watak utama pula ialah watak penting yang menggerakkan sesuatu cerita. Berdasarkan sebuah novel di atas, nyatakan tiga persoalan yang dapat dilihat menerusi perwatakan watak utama. Anda perlu memberikan contoh peristiwa yang sesuai untuk setiap persoalan yang dinyatakan. Praktis 1 Novel Justeru Impian di Jaring Watak utama: Syahir • Persoalan ketaatan kepada perintah Tuhan – Syahir sentiasa taat pada ajaran agamanya dengan tetap menjaga solat walaupun ketika menjalani latihan mahupun semasa pertandingan. Dia memakai seluar panjang di sebelah dalam ketika bermain badminton untuk menutup auratnya. • Persoalan ketabahan dalam menghadapi dugaan – Syahir tabah menghadapi pelbagai dugaan dalam usahanya mengejar gelaran sebagai juara dunia dalam permainan badminton seperti menghadapi sindiran daripada Engku Aiman dan Syed Amiri. • Persoalan kegigihan dan kesungguhan dalam mencapai suatu kejayaan – Syahir bersama dengan rakan-rakannya dalam skuad badminton negara menjalani latihan badminton dengan gigih dan bersungguh-sungguh untuk mengharungi kejohanan badminton. Novel Justeru Impian di Jaring Novel Hempasan Ombak Novel Tawanan Komander Caucasus Novel Chot Watak utama: Syahir Watak utama: Farid Watak utama: Farhani Watak utama: Alias Novel.indd 72 10/24/2023 10:44:39 AM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
73 Novel Hempasan Ombak Watak utama: Farid • Persoalan ketabahan menghadapi cabaran dalam dunia perniagaan – Farid tetap tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam mengembangkan Syarikat Batik Nusantara walaupun menghadapi masalah kewangan pada awalnya dan menghadapi persaingan daripada syarikat lain sehingga bangsal batik modennya dibakar oleh orang suruhan Mukhtar. • Persoalan kesederhanaan dalam menjalani kehidupan – Farid bersikap sederhana dengan hanya menaiki motosikal semasa berkunjung ke gerai Zuraida dan lebih selesa menggunakan kereta lama peninggalan arwah ayahnya walaupun dia memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara. • Persoalan kebijaksanaan dalam mengambil keputusan ketika menghadapi saat-saat kecemasan – Farid bijak dalam mengambil keputusan untuk menyerahkan tannggungjawab memadam api kepada pasukan bomba semasa bengkelnya terbakar kerana dia tahu banyak tong gas berada di dalam bengkel tersebut. Novel Tawanan Komander Caucasus Watak uama: Farhani • Persoalan bekerjasama untuk menentang kejahatan – Farhani bekerjasama dengan Bara dan Dara Bintik untuk menentang tentera Caucasus dengan menyembur semburan berbau sengit yang memualkan sehingga tentera Caucasus gugur ke bumi. • Persoalan keberanian dalam melakukan sesuatu perkara yang baik – Farhani bersama-sama Kim Yong berani meredah semak samun ketika ke mahligai Komander Caucasus untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang ditawan oleh Komander Caucasus. • Persoalan semangat setia kawan yang tinggi – Farhani berusaha menyelamatkan rakannya, Kim Yong yang terkurung di dalam balang kaca dengan bantuan Bara kerana mempunyai semangat setia kawan yang tinggi. Bara dan Dara Bintik turut membantu Farhani mengusung Kim Yong. Novel Chot Watak utama: Alias • Persoalan sikap berdikari dalam meneruskan kehidupan – Alias yang berdikari untuk meneruskan kehidupan setelah kematian ayahnya. Dia mencari rezeki dengan memetik buah kelapa yang dilakukan oleh beruk kesayangannya, Chot. • Persoalan sikap kasih sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan – Alias yang begitu menyayangi Chot walaupun Chot ialah haiwan. Dia begitu risau akan kehilangan Chot dan telah berusaha mencari Chot di serata kampung sehingga dia terlewat masuk ke kelas lalu dimarahi oleh Cikgu Sunan. • Persoalan ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup – Alias sangat tabah menjaga ibunya yang lumpuh walaupun usianya masih terlalu muda, iaitu 11 tahun. Dia sanggup mengambil alih semua tugas ibunya termasuk mencari wang untuk membeli makanan dan ubat-ubatan ibunya. Novel.indd 73 10/24/2023 10:44:39 AM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
74 Watak sampingan merupakan watak pembantu dan peranannya lebih kecil daripada watak utama dalam sesebuah karya sastera. Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, nyatakan satu perwatakan bagi setiap watak sampingan yang telah ditetapkan. Anda perlu memberikan contoh peristiwa yang bersesuaian untuk setiap perwatakan yang dinyatakan. Praktis 2 Novel Watak Sampingan Justeru Impian di Jaring Syed Amiri, Wan Najlah dan Syamilah Hempasan Ombak Mukhtar, Mokhsein dan Zuraida Tawanan Komander Caucasus Cikgu Salimah, Mira dan Puteri Coleoptera Chot Som, Pak Din dan Mak Su Kiah Novel Justeru Impian di Jaring • Syed Amir ialah seorang pemain badminton yang suka menyakiti hati Syahir – Sejak Syed Amir gagal terpilih menyertai skuad Piala Thomas, dia mula menyakiti hati Syahir, malah suka memburuk-burukkan Syahir di hadapan teman-teman. • Wan Najlah seorang gadis yang melaksanakan perintah agama supaya menutup aurat – Sebelum ini, Wan Najlah tidak bertudung tetapi setelah dibimbing oleh Syahir, akhirnya Wan Najlah bertudung walaupun ketika dalam pertandingan badminton. • Syamilah ialah kakak kepada Syahir – Dia seorang kakak yang suka melecehkan usaha adiknya Syahir dalam sukan badminton. Dia pernah mengatakan bahawa sukan ialah pelaburan yang sama sekali tidak mendatangkan faedah kepada negara. Novel Hempasan Ombak • Mukhtar ialah seorang yang dengki akan kejayaan orang lain – Mukhtar cuba menjatuhkan Syarikat Batik Nusantara kepunyaan Farid dengan pelbagai cara dan akhirnya, dia mengupah orang untuk membakar bengkel batik moden kepunyaan Farid. • Mokhsein seorang yang suka membantu – Mokhsein membantu Farid dengan memberikan khidmat nasihat berkenaan perniagaan dan turut membantu Farid meneruskan perniagaan selepas bengkel batik moden Farid terbakar dengan menyampaikan berita gembira, iaitu dua buah butik dari Singapura dan Ampang berminat untuk melanggan batik-batik moden Farid. • Zuraida seorang peniaga yang dahagakan ilmu pengetahuan – Zuraida menyambung pengajian di UiTM dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Novel.indd 74 10/24/2023 10:44:39 AM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
75 Novel Tawanan Komander Caucasus • Cikgu Salimah ialah seorang guru yang prihatin akan kebajikan anak-anak muridnya – setelah kehilangan Farhani, Cikgu Salimah bertemu dengan ayah dan ibu Farhani untuk meminta maaf atas kehilangan Farhani, namun mereka tidak pernah menyalahkan Cikgu Salimah atas kehilangan Farhani. • Mira ialah rakan sekelas Farhani – Dia seorang yang mempercayai kewujudan makhluk halus. Mira percaya bahawa Farhani telah diculik oleh makhluk halus dan kemungkinan ada perkampungan orang bunian di situ. • Puteri Coleoptera ialah seekor kambing yang tidak pernah menyesali takdir yang menentukan bahawa bukan dia yang menerajui kerajaan kambing – Dia hanya kesal kerana dianggap cuba menuntut haknya sehingga pihak lawan mahu membunuhnya. Disebabkan itu Puteri Coleoptera terpaksa melarikan diri. Novel Chot • Som ialah sahabat sekelas Alias yang mempunyai semangat setia kawan – Walaupun Som berasa geli melihat telinga Alias bernanah, namun dia berjanji kepada Alias bahawa dia tidak akan pergi ke sekolah esok kerana mahu menemani Alias mencari Chot. • Pak Din seorang yang mempunyai sifat belas kasihan – Pak Din selalu berpesan kepada Alias supaya memetik buah kelapa sebanyak mana yang ada dan dia akan membayar upah sebanyak mana buah yang dipetik oleh Alias. Pak Din tidak mengupah Said Capik memetik buah kelapa, sebaliknya dia mahu Alias sahaja yang memetik buah kelapa kerana dia kasihan akan Alias. • Mak Su Kiah seorang jiran yang prihatin terhadap jiran tetangga – Mak Su Kiah selalu menghantar lauk ke rumah Alias kerana kasihan akan Mak Leha yang lumpuh dan miskin. Novel.indd 75 10/24/2023 10:44:40 AM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
76 Latar masyarakat ialah penerangan tentang keadaan, cara hidup, amalan dan pemikiran masyarakat yang digambarkan dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah daripada novel di atas, kemukakan tiga latar masyarakat berserta contoh peristiwa dalam novel yang telah anda kaji. Praktis 3 Novel Justeru Impian di Jaring • Masyarakat yang cinta akan negara – Syahir mempunyai semangat patriotik yang tinggi apabila berazam untuk meraih gelaran juara dunia dalam sukan badminton kerana ingin mengharumkan nama negara dan ternyata dia telah dinobatkan sebagai juara dunia di Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta. • Masyarakat yang sentiasa ingat akan pesanan – Syahir sentiasa mengingati pesanan arwah ayahnya supaya memberikan sumbangan kepada bangsa, negara dan memelihara syariat Islam dalam bersukan dengan berpakaian mengikut nilai-nilai Islam. • Masyarakat yang gigih berusaha – pemain-pemain badminton skuad kebangsaan gigih menjalani latihan di bawah bimbingan Haji Marzuki, Engku Aiman dan Mas Suparman pada setiap hari sebelum Kejohanan Terbuka Johor dan Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta. Novel Hempasan Ombak • Masyarakat yang terlibat dalam dunia perniagaan – Farid diamanahkan oleh keluarganya untuk menguruskan Syarikat Batik Nusantara walaupun dia tidak berpengalaman. Mokhsein ialah pemilik Syarikat Nadi Zaman yang menjalankan perniagaan pemborong binaan. Manakala, Zuraida berniaga di bazar MARA di Jalan Banggol. • Masyarakat yang sanggup berkorban – Hajah Zaoyah sanggup menggadaikan tanah dan barang kemas miliknya agar wang tersebut dijadikan modal untuk membangunkan syarikat batik peninggalan arwah suaminya yang mengalami masalah kewangan. • Masyarakat yang mementingkan ilmu – Mokhsein menyarankan agar Farid mengikuti kursus dalam perniagaan supaya dapat menambah ilmu pengetahuan tentang selok-belok perniagaan dan menguruskan syarikat. Zuraida juga menimba ilmu dengan melanjutkan pelajaran secara kursus luar kampus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM Dungun walaupun dia sudah memiliki kedai. Novel Tawanan Komander Caucasus • Masyarakat yang mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan – Puan Asmah amat menyayangi anak bongsunya, Farhani dan berasa amat sedih hingga menangis teresak-esak apabila mendapat tahu bahawa Farhani telah hilang sewaktu mencari kumbang di dusun bapanya. • Masyarakat yang rajin menimba ilmu sains – Farhani rajin membuat carian maklumat tambahan di Internet tentang pelbagai spesies kumbang apabila diberikan tugasan oleh gurunya. Novel.indd 76 10/24/2023 10:44:40 AM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
77 • Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup – Farhani tetap tabah berdepan dengan pelbagai cabaran semasa dia ditawan oleh Komander Caucasus. Farhani dan Kim Yong terpaksa menyelamatkan diri apabila mereka nyaris dijadikan bahan uji kaji di makmal Komander Caucasus. Novel Chot • Masyarakat yang sayang akan haiwan peliharaan – Alias sangat menyayangi beruk peliharaannya, iaitu Chot. Alias menjaga Chot dengan baik, memberi Chot makan pisang dan membawa beruknya itu mandi di sungai. • Masyarakat yang berdikari – Alias merupakan anak yatim. Alias sangat berdikari apabila menjaga ibunya yang lumpuh dan menyara keluarganya dengan memetik kelapa. Beruknya, Chot memetik kelapa dan wang upah digunakan untuk membeli keperluan dapur, ubat batuk ibunya dan pisang untuk Chot. • Masyarakat yang mementingkan pelajaran – Alias sangat rajin mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya. Som juga rajin ke rumah Alias untuk menyiapkan kerja sekolah bersama-sama Alias. Novel.indd 77 10/24/2023 10:44:40 AM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
78 Ujian Bulanan 1 Morfologi/Frasa/Sintaksis/Peribahasa [20 markah] Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Kisah ___________ Aidil yang telah didera oleh ibu tirinya menjadi igauan ngeri yang tidak mampu dilupakannya. A silam B kelam C malap D lampau Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2 Proses pembuatan keris memakan masa yang lama kerana besi yang dibakar perlu ___________ berkali-kali sehingga nipis sebelum dibentuk menjadi keris. A dilekat B dikerat C disadur D ditempa Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3 I Rambut bayi yang baru lahir itu jarang. II Oleh sebab giginya jarang, Jamal berasa agak malu untuk tersenyum. BAHAGIAN A III Abang jarang pulang ke rumah setelah berpindah ke rumah baharunya. IV Hubungan antara Hamidah dengan rakan baiknya sudah semakin jarang. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I Pokok kelapa itu condong ke arah dapur Mak Senah. II Setelah mendengar cerita kedua-dua belah pihak, kaunselor condong kepada Adli. III Matahari sudah condong ke barat tetapi Ramzan masih tidak muncul-muncul juga. IV Ayah memandu kereta dengan berhati-hati apabila melalui bukit yang condong itu. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Hutan menjadi habitat semula jadi bagi berbagaibagai jenis tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar. A berbagai jenis tumbuhan B pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan C berbagai jenis tumbuh-tumbuhan D berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan Ujian Bulanan 1.indd 78 10/24/2023 10:57:50 AM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA