129 (a) Berdasarkan Bahan 2 dan Bahan 3, nyatakan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan haiwan liar di dalam hutan tidak terancam. [3 markah] (b) Berikan dua nilai yang terdapat dalam Bahan 1. [3 markah] (c) Pada pendapat anda, mengapakah haiwan liar di negara kita perlu dilindungi? KBAT Menganalisis [4 markah] Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan haiwan liar di dalam hutan tidak terancam adalah dengan mengadakan kempen hargai haiwan, menjadikan hutan sebagai hutan simpan dan memastikan kawasan hutan tetap terpelihara. Dua nilai yang terdapat dalam Bahan 1 ialah nilai ihsan, iaitu tidak memburu haiwan liar yang hampir pupus. Selain itu, nilai bertanggungjawab, iaitu bertanggungjawab memelihara khazanah negara seperti haiwan liar. Pada pendapat saya, haiwan liar di negara kita perlu dilindungi supaya habitatnya tidak pupus kerana haiwan ini merupakan khazanah negara, dapat menarik pelancong dari luar untuk datang ke negara kita, haiwan liar penting untuk memastikan siratan makanan dalam keadaan yang stabil dan generasi akan datang masih dapat melihat dan mengenali spesies haiwan liar. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk melindungi haiwan liar yang terdapat di dalam hutan di negara kita. UASA.indd 129 10/20/2023 12:23:37 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
130 6 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. Persoalan merupakan sebahagian daripada tema yang menerangkan perkara atau pokok cerita dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan dua contoh peristiwa lain yang boleh dikaitkan dengan persoalan yang dinyatakan. (i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar (ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim (iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya (iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah NOVEL PERSOALAN Persoalan perasaan kasih sayang terhadap ibu kandung JUSTERU IMPIAN DI JARING Persoalan akur akan arahan yang ditetapkan HEMPASAN OMBAK Persoalan kegigihan untuk memajukan syarikat yang bermasalah CHOT Persoalan kehidupan kanakkanak yang berdikari TAWANAN KOMANDER CAUCASUS CONTOH PERISTIWA Sebelum syahir ke Jakarta untuk menyertai kejohanan badminton dunia, dia mengunjungi emaknya yang menghidap strok di hospital. Farhani, Chea Mei dan Mira akur akan arahan Cikgu Salimah yang memberikan tugasan untuk mencari serangga bagi melengkapkan mini zoo. Apabila Haji Badrul meninggal dunia akibat barah dalam perut, Farid yang berusia 19 tahun terpaksa gigih menerajui dan memulihkan kewangan Syarikat Batik Nusantara. Alias yang sangat berdikari mencari rezeki dengan mengait buah kelapa yang dilakukan oleh beruk kesayangannya, Chot. UASA.indd 130 10/20/2023 12:23:38 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
131 Novel Justeru Impian di Jaring Persoalan perasaan kasih sayang terhadap ibu kandung • Syahir kerap pulang ke rumah keluarganya di Bandar Baru Bangi apabila tiada latihan badminton. Dia juga sanggup menemani emaknya ke Seremban untuk pergi ke rumah Mak Usu Sapiah. • Sebelum berangkat ke Jakarta, Syahir sempat melawat ibunya yang terlantar sakit di hospital untuk meminta restu. Apabila pulang ke Malaysia selepas menjuarai Kejohanan Badminton Dunia di Jakarta, Syahir segera mendapatkan ibunya di hospital. Medal emas yang diperolehnya diserahkan ke jejari ibunya yang masih lemah. Ibunya tersenyum bangga. Novel Hempasan Ombak Persoalan kegigihan untuk memajukan syarikat yang bermasalah • Pak Nik, pekerja syarikat itu menerangkan keadaan syarikat. Batik keluaran syarikat tidak laku dan wujudnya sebuah syarikat yang mahu bersaing dengan syarikat mereka. Hal ini menyebabkan Hajah Zaoyah dan anaknya, Farid lebih gigih mahu memajukan syarikat dengan cara menggadaikan emas dan tanah miliknya. • Ketika jam menunjukkan pukul 2:00 pagi, seisi rumah Hajah Zaoyah dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat. Mereka mendapati bahawa bengkel tempat pengeluaran batik moden dijilat api. Bengkel tersebut tinggal rangka. Lebih 75 peratus peralatan dan bahan mentah untuk membuat batik musnah. Farid menerima dugaan yang menimpanya sebagai takdir, namun tetap bersemangat memajukan perusahaan tersebut sekali lagi. Novel Tawanan Komander Caucasus Persoalan akur akan arahan yang ditetapkan • Tentera kumbang Caucasus dan pengikutnya akur terhadap Komander Caucasus. Komander Caucasus mengarahkan tenteranya merampas takhta kerajaan kumbang daripada Maharaja Tanduk dengan memburu, menangkap dan membunuh Puteri Coleoptera dan para pengikutnya. Puteri Coleoptera dan pengikut setianya terpaksa berpindah-pindah untuk mengelak daripada menjadi mangsa kekejaman Komander Caucasus. • Kumbang daripada kaum Bara dan spesies kumbang Sang Ubi akur terhadap Puteri Coleoptera. Pada suatu malam, Farhani, Kim Yong, Dara Merah, kunang-kunang, kelip-kelip dan pengikut mereka telah melancarkan serangan dan menewaskan Komander Caucasus serta para tenteranya, kemudian membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, Maharaja Tanduk dan tiga orang rakannya, Haikal, Wei dan Devnath. Komander Caucasus, Dara Bintik dan para tenteranya dipenjarakan. Puteri Coleoptera ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan kumbang yang baharu. UASA.indd 131 10/20/2023 12:23:38 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
132 Novel Chot Persoalan kehidupan kanak-kanak yang berdikari. • Alias yang berusia 11 tahun meneruskan kehidupan setelah kematian ayahnya tanpa mengharapkan sebarang bantuan. Walaupun sakit telinganya semakin menjadi-jadi, namun Alias tetap menjalankan tugasnya memetik kelapa. • Alias tidak menghebahkan keadaan kemiskinan yang dihadapinya kepada orang lain, termasuk keadaan ibunya yang lumpuh, sebaliknya dia berusaha mencari wang untuk membeli makanan dan ubat-ubatan. Namun, jirannya yang tahu kesusahan hidupnya memberikan makanan. Alias berterusan bekerja memetik buah kelapa yang dilakukan oleh Chot dan upah yang diterima digunakan untuk menyara keluarganya. [10 markah] UASA.indd 132 10/20/2023 12:23:38 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
133 BAHAGIAN C [15 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan kitar semula. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Sampah sarap merupakan satu perkara yang tanpa kita sedar semakin bertambah. Menurut sebuah petikan akhbar Berita Harian pada tahun 2022, rakyat Malaysia dianggarkan menghasilkan 37 000 tan sisa sampah setiap hari. Tidak mustahil satu hari nanti tiada lagi kawasan untuk pelupusan sampah sehingga menyebabkan kawasan rumah kita dikelilingi sisa sampah ini. Kitar semula membantu usaha memelihara dan memulihara sumber alam semula jadi. Misalnya, penghasilan kertas yang memerlukan pokok ditebang sehingga mengakibatkan hutan ditarah demi kepentingan manusia sahaja. Oleh itu, kita perlu kitar semula bahan-bahan seperti kertas agar dapat mengurangkan pengeluaran bahan mentah. Sebelum kehilangan alam semula jadi yang menjadi sumber kehidupan kita, inilah masanya untuk kita menyelamatkannya daripada musnah. Pada masa yang sama, amalan kitar semula dapat mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar. Kitar semula secara langsung dapat mengurangkan pembuangan sampah. Acap kali kita melihat di laporan berita aduan oleh masyarakat tentang pencemaran bau, udara dan air akibat daripada pembuangan sampah yang tidak terurus. Oleh sebab itu, masyarakat perlu membuka mata dan mengamalkan kitar semula. Di samping itu, penjimatan perbelanjaan kewangan dapat dipraktikkan pada setiap peringkat sekiranya kita mengamalkan kitar semula. Apabila kita mengitar semula, kita akan kurang membeli barang baharu dan secara asasnya menjimatkan perbelanjaan. Malah, kitar semula boleh menjanakan pendapatan apabila barang-barang kitar semula dihantar ke pusat kitar semula. Akhir sekali, kitar semula ialah amalan yang penting untuk memastikan kelangsungan hidup generasi akan datang. Mutakhir ini, bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh berlaku tanpa sebarang amaran dan meragut nyawa serta memusnahkan tempat tinggal. Tegasnya, amalan kitar semula sedikit sebanyak menyumbang kepada kelangsungan generasi akan datang untuk terus menikmati kehidupan yang tenang di muka bumi ini. (Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian Online, 24 Jun 2022) Antara kebaikan kitar semula ialah kitar semula membantu usaha memelihara dan memulihara sumber alam semula jadi. Selain itu, amalan kitar semula dapat mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar. Di samping itu, kitar semula secara tidak langsung dapat mengurangkan pembuangan sampah. Seterusnya, penjimatan perbelanjaan kewangan dapat dipraktikkan pada setiap peringkat sekiranya kita mengamalkan kitar semula. Selanjutnya, kitar semula boleh menjanakan pendapatan apabila barang-barangan kitar semula dihantar ke pusat kitar semula. Akhir sekali, kitar semula ialah amalan yang penting untuk memastikan kelangsungan hidup generasi akan datang. , [15 markah] UASA.indd 133 10/20/2023 12:23:38 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
134 Kertas 2 1 JAM Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. BAHAGIAN A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang penjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. KEPERLUAN ASAS Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan, ungkapan ini sering kita dengar kerana makanan merupakan salah satu keperluan asas kita untuk hidup. Keperluan asas yang lain ialah minuman, rumah dan pakaian. Kita memerlukan segala keperluan asas seperti makanan dan minuman sebagai tenaga untuk belajar dan bekerja sepanjang hari. Selain itu, setiap manusia memerlukan tempat tinggal dan pakaian yang selesa untuk menjalani kehidupan seharian. Konklusinya, keperluan asas penting untuk hidup yang sempurna. [10 markah] UASA.indd 134 10/20/2023 12:23:38 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
135 BAHAGIAN B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. SEMANGAT KEJIRANAN 1 Anda telah melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong yang diadakan di kawasan tempat tinggal anda. Ceritakan pengalaman anda mengikuti aktiviti gotong-royong tersebut. 2 Dewasa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin luntur. Hal ini juga dapat dilihat akan menjejaskan perpaduan negara. Jelaskan langkah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia. 3 Anda telah menyertai pertandingan syarahan anjuran Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda. Tajuk syarahan tersebut ialah “Kepentingan Semangat Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia”. Sediakan teks anda selengkapnya. Ziarah jiran sakit Membantu jiran pindah rumah Menghadiri rumah terbuka Menghadiri rumah terbuka UASA.indd 135 10/20/2023 12:23:39 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
136 Soalan 1 Pada hujung minggu lepas, saya telah menyertai aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong tersebut telah dirancang oleh ketua kampung bersama-sama penduduk. Tujuan utama gotong-royong itu diadakan adalah untuk memastikan kampung kami sentiasa bersih, cantik dan ceria. Tepat pukul 8:00 pagi, saya bersama-sama penduduk telah berkumpul di hadapan balai raya. Sebahagian penduduk membawa peralatan sendiri walaupun telah disediakan oleh pihak jawatankuasa. Selepas itu, ketua kampung telah memberikan taklimat ringkas mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Saya dan penduduk yang lain telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil agar lebih mudah untuk membersihkan kawasan kampung. Ketua kumpulan mengambil peralatan yang disediakan di dalam balai raya. Setiap penduduk mengambil peralatan yang bersesuaian dengan kerja-kerja yang hendak dijalankan. Pada pukul 8:30 pagi, kerja gotong-royong itu pun bermula. Antara kawasan yang dibersihkan ialah pekarangan balai raya, taman permainan, surau dan lain-lain. Suasana semasa aktiviti gotong-royong dijalankan sungguh meriah. Penduduk kampung berasa lebih mesra apabila bekerjasama. Suasana muhibah terjalin antara penduduk kampung yang terlibat. Kaum wanita pula sibuk menyediakan pelbagai juadah di halaman belakang balai raya. Antara juadah yang disediakan ialah mi goreng, nasi, kari ayam dan lain-lain. Setelah penat bergotong-royong, kami makan bersama-sama. Kawasan kampung kami kelihatan semakin bersih dan ceria. Tepat pukul 12:00 tengah hari, aktiviti gotong-royong itu pun tamat. Walaupun kepenatan, kami berasa amat gembira dan berpuas hati. Semoga semua penduduk kampung dapat hidup dengan lebih meriah dan sihat sejahtera. Soalan 2 Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan dan juga di belakang rumah kita. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa, jiran sepakat membawa berkat. Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara dan mengelakkan pergaduhan terjadi dalam kehidupan berjiran. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan bertegur sapa dan kunjung-mengunjung sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa perayaan, jiran sakit, menyambut kelahiran anak, kenduri-kendara dan sebagainya. Aktiviti ini akan mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling mengambil berat antara satu sama lain. Situasi ini bersesuaian dengan peribahasa, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. UASA.indd 136 10/20/2023 12:23:39 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
137 Selain itu, langkah yang harus diambil ialah masyarakat setempat perlulah mengadakan aktiviti gotong-royong. Hal ini jelas apabila jiran dapat berkumpul, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain sekali gus membolehkan seseorang itu mengenali hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotongroyong ialah aktiviti membersihkan kawasan taman. Justeru, kita dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lalu mengeratkan hubungan sesama jiran. Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap prihatin terhadap masalah jiran. Apabila jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya, kita mestilah bersedia menghulurkan bantuan. Bukan itu sahaja, sekiranya ada jiran yang ingin berpindah, kita juga boleh bersama-sama ringan tulang dengan menghulurkan bantuan kepada mereka. Dengan cara itu, lahirlah sikap hormat-menghormati dan kasih sayang sesama jiran. Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman dan harmoni. Soalan 3 Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Kepentingan Semangat Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia.” Definisi bagi jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan kita sama ada di hadapan, belakang, di kiri atau di kanan kita. Fakta menunjukkan bahawa peratus rakyat Malaysia yang tinggal di sesebuah kejiranan ialah kaum Melayu 60 peratus, kaum Cina 20 peratus dan kaum India 20 peratus. Hal ni jelas mempamerkan bahawa kesepaduan antara kaum dan jiran tetangga amat penting di Malaysia. Persoalannya, apakah kepentingan amalan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di Malaysia? Hadirin yang dihormati, Kepentingan semangat kejiranan termasuklah kita dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana nilai kerjasama dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kerjasama ini boleh dipupuk melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti aktiviti gotong-royong dan majlis sambutan hari perayaan. Jelaslah bahawa nilai kerjasama dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bak kata pepatah Melayu, jiran sepakat membawa berkat. UASA.indd 137 10/20/2023 12:23:39 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
138 Hadirin yang dirahmati, Selain itu, semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Semangat kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami dan bertolak asur antara satu sama lain. Sebagai contoh, perisitiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika rakyat tidak bersatu padu, negara akan musnah dan tidak aman. Tegasnya, semangat kejiranan merupakan tonggak utama dalam melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan memacu pembangunan negara ke arah kegemilangannya. Hadirin sekalian, Di samping itu, semangat kejiranan merupakan satu elemen penting kerana dapat melahirkan anggota masyarakat yang mempunyai jati diri dan semangat cinta akan tanah air. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui semangat kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh, sambutan Hari Kebangsaan negara dapat disambut di kawasan kejiranan. Tuntasnya,semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat mengekalkan semangat cinta akan tanah air dan sekali gus melonjakkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Kesimpulannya, semangat kejiranan merupakan sebahagian amalan dan menjadi budaya di Malaysia yang menjadikan negara kita unik dan tersohor di seluruh dunia. Semangat kejiranan amat penting dalam mengekalkan keharmonian negara malahan mampu memastikan Malaysia berdaya saing dengan negara lain pada zaman era ini. Justeru, semua pihak harus berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam mengekalkan amalan semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. [30 markah] KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT UASA.indd 138 10/20/2023 12:23:39 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA