79 6 Pesakit kencing manis perlulah membuat pemeriksaan darah daripada semasa ke semasa supaya dapat mengetahui tahap kesihatan. A dari masa ke semasa B dari semasa ke semasa C daripada masa ke semasa D daripada semasa ke semasa Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Perpaduan kaum perlu kita pertahankan demi keamanan negara. II Semak samun itu telah dibersihkan oleh mereka secara bergotong-royong. III Pemuda itu merantau dari bandar ke desa untuk mengutip pengalaman dan ilmu. IV Kebersihan perlulah menjadi amalan agar supaya dapat mengelakkan keracunan makanan. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Budak lelaki itu telah dipergunakan kerana sifatnya yang lurus bendul. II Nek Biah memasukkan secubit garam ke dalam lauk yang dimasaknya. III Yuran pengajian itu belum dibayar oleh saya kerana kekangan kewangan. IV Berpuluh rumah setinggan di pinggir bandar itu musnah dijilat api semalam. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9 Semangat gotong-royong perlu disemai dalam kalangan murid kini untuk melahirkan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria. A Sekolah yang bersih dan ceria akan menyemai semangat gotong-royong dalam kalangan murid kini. B Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria di sekolah membolehkan semangat gotongroyong disemai dalam kalangan murid. C Sekolah yang ceria akan melahirkan persekitaran yang bersih dan menyemai semangat gotong-royong dalam kalangan murid kini. D Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat diwujudkan dengan menyemai semangat gotong-royong dalam kalangan murid pada hari ini. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10 Peribahasa yang manakah yang paling tepat berdasarkan pernyataan di atas? A Belakang parang diasah lagikan tajam B Genggam bara api biar sampai jadi arang C Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan D Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan Murid yang lemah dalam subjek Bahasa Melayu itu akhirnya lulus dengan cemerlang kerana sering membuat latihan dan gigih mengulang kaji pelajaran. Ujian Bulanan 1.indd 79 10/24/2023 10:57:50 AM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
80 BAHAGIAN B 1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) Kerja sama – Kerjasama (ii) Senamerobik – Senamrobik [2 markah] 2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Penduduk kampung bergotong-royong untuk memperdalamkan parit bagi mengelakkan kejadian banjir. memperdalamkan – memperdalam (ii) Pelbagai tawaran dan promosi dilakukan oleh penjual di musim perayaan untuk menarik pelanggan agar membeli produk mereka. di musim – pada musim [2 markah] KARNIVAL KESIHATAN Tarikh : 9 &10 Jun 20_ (Sabtu dan Ahad) Masa : 8:30 pagi hingga 5:00 petang Tempat : Dataran Anak Muda Anjuran: Jabatan Kesihatan Malaysia dengan kerja sama Majlis Bandaraya Petaling Jaya Pelbagai aktiviti yang menarik diadakan: • Senamerobik • Pemeriksaan kesihatan percuma • Perlawanan bola sepak dan bola jaring Datanglah beramai-ramai. Ujian Bulanan 1.indd 80 10/24/2023 10:57:50 AM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
81 4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) Bagai aur dengan tebing/Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (ii) Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat/Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni [2 markah] 3 Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif. (i) Saya menggubah jambangan bunga itu untuk ibu. Jambangan bunga itu saya gubah untuk ibu (ii) Pasukan penyelamat sedang membantu mangsa banjir untuk berpindah ke tempat perlindungan sementara. Mangsa banjir sedang dibantu oleh pasukan penyelamat untuk berpindah ke tempat perlindungan sementara. [4 markah] Ujian Bulanan 1.indd 81 10/24/2023 10:57:51 AM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
82 Pemahaman Petikan [15 markah] BAHAGIAN A Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kijang yang Lelah Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba Dia tidak lagi mampu menobat takhta Mengorak telapak di tanah menghijau. Saat itu Sebak menyentap dahan kalbu Dedaun resah mula berguguran Pepohon batin akhirnya tumbang Akarnya menguncup di perdu harap. Hari ini Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki Menghambat waktu yang bersisa Walau dalam jera lelah Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga. Bimbang tersadung akar dan jerat Sang kijang lebih berhati-hati menapak Meski dalam peribadi yang keruh Diredah belantara yang mula teduh Nun jauh di batas nuraninya Dia tetap menjinjing tekad dan tabah terus mengorak penuh berhemah dengan akal dan hati dia tidak lagi gundah menyusun gerak dan langkah. WAN MARZUKI WAN RAMLI (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) Ujian Bulanan 1.indd 82 10/24/2023 10:57:51 AM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
83 1 Nilai yang paling sesuai untuk menggambarkan sikap kijang tua yang tidak takut untuk menghadapi cabaran hidup di dalam rimba walaupun sudah tua ialah A berdikari. C keberanian. B kebebasan. D kasih sayang. 2 Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat pada baris ayat di atas? A Simile C Anafora B Inversi D Metafora 3 Peribahasa yang sesuai dengan baris-baris sajak di atas ialah A usaha tangga kejayaan. B bersatu teguh bercerai roboh. C sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. D di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. 4 Berikut merupakan sikap yang boleh diteladani melalui perwatakan kijang tua, kecuali A berfikir secara rasional. B menyayangi diri sendiri. C berdikari dalam menjalani kehidupan. D berasa sedih kerana tidak lagi bermaharajalela. 5 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang sajak “Kijang yang Lelah”? A Kijang tua masih lagi gagah dan bermaharajalela hidup di hutan. B Kijang tua tidak lagi bersemangat untuk hidup meneruskan kehidupan kerana usianya sudah tua. C Kijang tua berasa takut dan resah untuk meneruskan hidup kerana tidak mampu lagi mencari rezeki. D Kijang tua memiliki ketabahan dan tekad untuk meneruskan hidup walaupun sudah tua. Akarnya menguncup di perdu harap Dia tetap menjinjing tekad dan tabah terus mengorak penuh berhemah BAHAGIAN B Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 “Kenapa kau pergi ke kelas? Orang ketawakan aku. Kau jahat!” “Mmmmmmbbbbbeeeek!” Bawod meronta-ronta. Bawod terlepas daripada pegangan Beluntung. Bawod berlari menuju Tuyog. Sambil mengejar, Beluntung berasa bahawa Bawod sukar dikawal dan menyusahkannya. Dia memutuskan Bawod harus ditambat pada pohon nangka di rumah. Biarlah dia menjerit-jerit. Tidak boleh ikut lagi. Beluntung menajamkan telinga. Dia terdengar Tuyog menguak lemah dan disusuli oleh suara Bawod. Beluntung mencepatkan langkah, melewati pejabat guru besar. Dia membelok ke kanan, melewati pohon-pohon bunga raya yang tidak pernah berbunga. Barangkali anjing cuba mengganggu mereka, fikir Beluntung. Mengingatkan anjing, dia terbayangkan gigi taring yang tajam membaham paha Tuyog. Beluntung berlari dan mendapati leher Tuyog terjerut hampir tidak dapat bernafas. Bawod menjerit-jerit di kepala Tuyog dan seperti memarahi Beluntung yang lambat sampai. (Dipetik daripada cerpen “Bawod”, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) Ujian Bulanan 1.indd 83 10/24/2023 10:57:51 AM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
84 (b) Berikan dua nilai murni yang terdapat dalam Bahan 1 dan Bahan 2. [3 markah] (c) Haiwan merupakan teman manusia yang paling rapat terutama haiwan peliharaan. Namun, sejak akhir-akhir ini terdapat banyak penderaan terhadap haiwan berlaku. Pada pandangan anda, apakah hukuman yang patut dikenakan terhadap orang yang menganiayai haiwan? KBAT Mengaplikasi [4 markah] Dua nilai murni yang terdapat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 ialah nilai kasih sayang antara manusia dengan haiwan dan nilai bertanggungjawab antara satu sama lain. Pada pendapat saya, antara hukuman yang patut dikenakan terhadap orang yang menganiayai haiwan ialah hukuman penjara dan dikenakan denda dalam bentuk wang tunai. Selain itu, hukuman sebatan juga boleh dikenakan terhadap penganiaya haiwan supaya boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain. BAHAN 2 BOTA – “Saya menjalani rutin kerja yang ceria setiap hari kerana ‘jiwa’ di kandang kambing, malah lebih menggembirakan apabila ditemani Ecah,” kata Nor Hotijah Shahbudin, 33. Ecah, anak biri-biri yang kini berusia setahun setengah merupakan ternakan yang paling disayangi, cukup manja serta menghiburkan hati. Malah, Nor Hotijah melayan haiwan itu seperti anak sendiri, membawanya meronda dengan motosikal, selain turut dipakaikan lampin pakai buang jika dibawa pulang ke rumah. Walaupun hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau membuktikan bahawa wanita juga mampu menjadi usahawan berjaya dalam bidang penternakan. (Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian, 1 Februari 2019) (a) Berdasarkan Bahan 1, apakah perkara yang menyebabkan kemarahan Beluntung terhadap Tuyog? Berdasarkan Bahan 1, perkara yang menyebabkan kemarahan Beluntung terhadap Tuyoq ialah Beluntung diketawakan kerana Tuyoq masuk ke dalam kelas. Ujian Bulanan 1.indd 84 10/24/2023 10:57:51 AM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
85 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. (i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar (ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim (iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya (iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah Setiap novel mempunyai pengajaran tertentu untuk disampaikan kepada pembaca. Berdasarkan sebuah daripada novel di atas, kemukakan tiga pengajaran yang boleh dicontohi daripada watak utama berserta contoh peristiwa dalam novel yang telah anda kaji. Novel Tawanan Komander Caucasus Watak Utama Farhani Tiga pengajaran yang boleh dicontohi daripada watak utama berserta contoh peristiwa Novel Chot Watak Utama Alias Novel Justeru Impian di Jaring Watak Utama Syahir Novel Hempasan Ombak Watak Utama Farid Novel Justeru Impian di Jaring Novel yang saya kaji ialah Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar. Watak utama dalam novel ini ialah Syahir. Terdapat tiga pengajaran yang boleh dicontohi daripada watak utama. Pertama, kita haruslah mempunyai pendirian yang teguh. Contohnya, Syahir tetap dengan pendiriannya untuk memelihara aurat semasa bermain badminton walaupun tidak disenangi oleh sesetengah pihak pada awalnya. Selain itu, kita wajarlah bersikap sabar dan sentiasa berfikiran positif. Contohnya, Syahir hanya tersenyum dan sabar serta berfikiran positif terhadap kritikan Engku Aiman yang mempertikaikan corak permainan Syahir dan menganggap dia tidak mampu untuk mengalahkan pemain dari China. Seterusnya, kita mestilah bekerjasama dalam satu pasukan. Contohnya, Syahir bekerjasama dan menunjukkan semangat dalam satu pasukan dengan rakan-rakannya, iaitu Boon Lee, Bernand, Kam Heng, Gopinath dan pemain-pemain lain. Novel Hempasan Ombak Novel yang saya kaji ialah Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim. Watak utama dalam novel ini ialah Farid. Terdapat tiga pengajaran yang boleh dicontohi daripada watak utama. Novel [10 markah] Ujian Bulanan 1.indd 85 10/24/2023 10:57:51 AM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
86 Pertama, kita hendaklah bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan seharian. Contohnya, Farid sentiasa mengamalkan kesederhanaan dalam menjalani kehidupan sehariannya. Walaupun dia memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Batik Nusantara, namun Farid lebih selesa menggunakan motosikal lama atau kereta Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya. Selain itu, kita mestilah berani mengambil risiko demi memajukan perniagaan. Contohnya, Farid berani mengambil risiko dengan melaburkan modal sebanyak RM75 ribu untuk mengembangkan syarikat batik milik keluarganya dengan pembinaan bengkel baharu. Seterusnya, kita perlulah rajin bertanya dan berdedikasi ketika melaksanakan tugas. Contohnya, Farid rajin bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman seperti Mokhsein dan Zuraida. Farid juga berdedikasi apabila dia rajin turun ke bengkel untuk melihat pekerjanya menyiapkan batik. Novel Tawanan Komander Caucasus Novel yang saya kaji ialah Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya. Watak utama dalam novel ini ialah Farhani. Terdapat tiga pengajaran yang boleh dicontohi daripada watak utama. Pertama, kita mestilah bertanggungjawab terhadap sesuatu tugasan yang diberikan. Contohnya, Farhani bertanggungjawab untuk mencari kumbang seperti yang ditugaskan oleh Cikgu Salimah. Selain itu, kita hendaklah gigih menempuh sebarang cabaran dan rintangan. Contohnya, Farhani gigih berdepan dengan pelbagai cabaran seperti peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri daripada menjadi orang tawanan tentera Caucasus. Seterusnya, kita perlulah mengamalkan sikap baik hati terhadap rakan. Contohnya, Farhani menghulurkan minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa dan dihulurkan kepada Kim Yong yang sedang kehausan akibat keletihan. Novel Chot Novel yang saya kaji ialah Chot, karya Azizi Haji Abdullah. Watak utama dalam novel ini ialah Alias. Terdapat tiga pengajaran yang boleh dicontohi daripada watak utama. Pertama, kita hendaklah rajin belajar dan mengulang kaji pelajaran. Contohnya, walaupun Alias tidak ke sekolah, Alias rajin mengulang kaji pelajaran. Dia akan membawa buku ke mana-mana sahaja dia pergi dan akan menelaah pelajaran jika ada masa terluang. Selain itu, kita mestilah bersikap jujur. Contohnya, Alias berterus terang dengan Cikgu Sunan bahawa dia lewat tiba di sekolah kerana mencari beruknya yang hilang. Seterusnya, kita perlulah mengenang jasa orang terhadap kita. Contohnya, Alias mengenang jasa Mak Su Kiah yang selalu menghantar makanan dan menjenguk ibunya. Ujian Bulanan 1.indd 86 10/24/2023 10:57:51 AM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
87 Pemindahan Maklumat Ringkasan 1 Murid perlu memberikan sekurang-kurangnya lima isi untuk mendapat markah penuh 10 markah. 2 Bahasa dinilai secara tanggapan atau impression. 3 Sekiranya murid menulis dalam bentuk poin, markah maksimum ialah dua markah. 4 Jawapan murid diperiksa sehingga 100 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir. 5 Markah isi sebanyak 10 markah dan markah bahasa sebanyak lima markah. Panduan Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah mempopularkan permainan tradisional. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Contoh Ringkasan Pada era globalisasi ini, permainan tradisional mula tersisih daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan peribahasa, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang patut diambil untuk mempopularkan permainan tradisional? Antara langkah untuk mempopularkan permainan tradisional ialah peranan ibu bapa. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak sejak mereka kecil bertepatan dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk minat bermain permainan tradisional. Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah. Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional. Setelah mengetahui secara mendalam sesuatu permainan itu, murid akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut. Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan permainan tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan, maka pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang untuk bermain pelbagai permainan tradisional di sini. [IP1] [IP3] [IP2] [IP4] Pemindahan Maklumat.indd 87 10/20/2023 12:16:08 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
88 Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan merupakan inisiatif yang agak praktikal untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan yang diadakan, semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhuwah antara mereka. Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut ialah khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. (Dipetik dan diubah suai daripada www.sharetisfy.com, 1 Mei 2019) [IP5] Kerangka Ringkasan Ringkasan Lengkap Isi-isi Penting 1 Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak sejak mereka kecil 2 Pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional sebagai salah satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah 3 Pelbagai kempen cintai permainan tradisional 4 Pertukaran budaya dengan negara luar 5 Penganjuran pelbagai bentuk pertandingan [Isi Penting 1] Antara langkah mempopularkan permainan tradisional ialah ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak sejak mereka kecil. [Isi Penting 2] Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional sebagai salah satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah. [Isi Penting 3] Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita. [Isi Penting 4] Pertukaran budaya dengan negara luar juga merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan permainan tradisional. [Isi Penting 5] Penganjuran pelbagai bentuk pertandingan juga merupakan inisiatif yang agak praktikal untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Pemindahan Maklumat.indd 88 10/20/2023 12:16:08 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
89 Reviu Topik -Soalan Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kelebihan buah-buahan tempatan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Praktis 1 Khazanah yang menjadi rebutan masa ini ialah buah-buahan tempatan seperti buah manggis, buah pisang, buah rambutan dan raja kepada segala buah, iaitu buah durian. Buah-buahan ini tumbuh dengan subur di negara kita kerana kita dikurniakan cuaca dan tanih yang sesuai untuk tumbesaran pokok-pokok tersebut. Kelebihan utama yang dimiliki oleh buah-buahan tempatan termasuklah mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi berbanding dengan buah-buahan import. Hal ini dikatakan demikian kerana buahbuahan tempatan boleh didapati terus dari ladang dan sampai ke rumah kita untuk dimakan secara terus. Berbeza dengan buah-buahan import yang perlu melalui proses pembungkusan, penstoran dan penghantaran sebelum sampai kepada pengguna. Buah-buahan tempatan turut mempunyai nilai komersial yang tinggi apabila penganjuran pasar tani oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah memberikan ruang kepada pengusaha pertanian untuk menjual hasil mereka secara terus kepada pengguna. Pada masa yang sama, kebaikan yang diperoleh daripada buah-buahan tempatan ialah didapati menawarkan harga yang lebih murah dan berpatutan. Untuk memastikan pemakanan yang seimbang diamalkan, pemilihan buah-buahan tempatan seperti pisang, betik dan mangga adalah ideal. Dari sudut yang berlainan, membeli buah-buahan tempatan adalah penting kerana membantu perkembangan ekonomi usahawan-usahawan tani tempatan. Ramai dalam kalangan golongan muda ini keluar daripada bidang yang dipelajari lalu menceburi bidang lain seperti pertanian sebagai pekerjaan mereka. Dengan kemudahan yang disediakan oleh agensi kerajaan serta pinjaman wang daripada bank, ramai usahawan tani berjaya dihasilkan sehingga hari ini. Manfaat seterusnya daripada pembelian buah-buahan tempatan ialah membentuk ekosistem alam sekitar yang lebih baik. Apabila kita menanam pokok lebih banyak daripada menebangnya dengan tujuan pembangunan atau perindustrian, pastinya ini merupakan langkah pemeliharaan alam semula jadi yang baik. Justeru, setiap pihak hendaklah menggalakkan penanaman pokok khususnya pokok buah-buahan tempatan kerana boleh dikomersialkan untuk perniagaan serta memelihara alam sekitar. (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.irujukan.my/buah-buahan-tempatan/) [Isi Penting 1] Terdapat beberapa kelebihan buah-buahan tempatan, iaitu mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi berbanding dengan buah-buahan import. [Isi Penting 2] Selain itu, buah-buahan tempatan turut mempunyai nilai komersial yang tinggi. [Isi Penting 3] Seterusnya, buah-buahan tempatan dapat menawarkan harga yang lebih murah dan berpatutan berbanding dengan buah-buahan import. [Isi Penting 4] Di samping itu, buah-buahan tempatan dapat membantu perkembangan ekonomi usahawan-usahawan tani tempatan. [Isi Penting 5] Akhir sekali, buah-buahan tempatan dapat membentuk ekosistem alam sekitar yang lebih baik apabila penanaman pokok lebih banyak. [IP1] [IP2] [IP3] [IP4] [IP5] Pemindahan Maklumat.indd 89 10/20/2023 12:16:08 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
90 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah sistem pengangkutan awam di Malaysia. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Praktis 2 Sistem pengangkutan awam di Malaysia dilihat semakin hari semakin baik, malah lebih moden dan canggih. Jaringan sistem pengangkutan ini meliputi pengangkutan bas dan kereta api berkelajuan tinggi yang jauh berbeza berbanding dengan dahulu. Sebanyak RM70 bilion diperuntukkan oleh kerajaan untuk mentransformasikan sistem pengangkutan darat sejak Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) melibatkan pengangkutan awam diperkenalkan pada tahun 2010. Melalui kejayaan pembinaan Mass Rapit Transit (MRT), sistem pengangkutan darat di Lembah Klang akan lebih cekap untuk dimanfaatkan oleh semua pihak. Dengan adanya MRT, sebahagian masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang dapat diatasi. Tidak hanya penduduk di Lembah Klang, pembinaan MRT juga memberikan manfaat terhadap sektor pelancongan negara. Malah, selepas siapnya projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) kelak, lebih ramai pelancong Singapura akan melawat Malaysia terutamanya Kuala Lumpur yang hanya memakan masa 90 minit dari Singapura. Sistem pengangkutan awam yang moden ini menggambarkan kemajuan negara yang bakal dinobatkan sebagai negara maju berpendapatan tinggi beberapa tahun lagi. Ahli perniagaan dan pelabur juga akan lebih tertarik melabur di Malaysia jika negara ini memiliki sistem pengangkutan awam yang cekap dan bersepadu. Jaringan sistem pengangkutan awam yang menghubungkan setiap destinasi di Malaysia akan memudahkan pergerakan sesiapa sahaja tidak kira rakyat Malaysia mahupun warga asing yang terdiri daripada pelancong, pelabur ataupun ahli perniagaan. Sasaran kerajaan untuk mencapai 40 peratus rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam pada tahun 2030 juga akan mudah tercapai jika sistem pengangkutan awam yang telah dan sedang dibina memiliki kualiti perkhidmatan bertaraf dunia. (Dipetik dan diubah suai daripada www.utusan.com.my, 14 Disember 2016) Terdapat pelbagai faedah sistem pengangkutan awam di Malaysia. [Isi penting 1] Salah satu faedahnya melalui pembinaan MRT, sistem pengangkutan darat di Lembah Klang akan lebih cekap untuk dimanfaatkan oleh semua pihak. [Isi penting 2] Selain itu, sebahagian masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang dapat diatasi. Pembinaan MRT juga memberikan manfaat kepada sektor pelancongan negara. [Isi penting 3] Di samping itu, jika projek HSR siap, lebih ramai pelancong Singapura akan melawat Malaysia terutamanya Kuala Lumpur yang hanya memakan masa 90 minit dari Singapura. [Isi penting 4] Seterusnya, sistem pengangkutan awam yang moden ini menggambarkan kemajuan negara yang bakal dinobatkan sebagai negara maju berpendapatan tinggi beberapa tahun lagi. [Isi penting 5] Akhir sekali, ahli perniagaan dan pelabur juga akan lebih tertarik melabur di Malaysia jika negara ini memiliki sistem pengangkutan awam yang cekap dan bersepadu. [IP1] [IP2] [IP3] [IP4] [IP5] [IP6] [IP7] Untuk tujuan pembelajaran Imbas Kod QR untuk muat turun Video Tutorial, halaman 90. Video Tutorial Pemindahan Maklumat.indd 90 10/20/2023 12:16:09 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
91 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang puncapunca amalan berhutang golongan muda. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Praktis 3 Setiap manusia di dunia ini pasti menginginkan kehidupan yang senang dan serba lengkap dalam segenap aspek termasuklah dari segi kewangan. Walau bagaimanapun, faktor tekanan sosial dan tuntutan kehidupan pada masa ini yang memerlukan kos yang tinggi menyebabkan sesetengah individu menggunakan jalan singkat, iaitu menggunakan kaedah berhutang. Pada masa ini, golongan muda terutama bagi yang sudah berkerjaya, gemar hidup secara bermewah-mewah dengan berhutang melebihi pendapatan bulanan mereka. Walaupun baru setahun jagung bekerja, golongan ini sudah berangan-angan untuk membeli kereta mewah, menggunakan kad kredit secara berlebih-lebihan dan membeli pakaian yang berjenama. Maka, tidak hairanlah golongan yang baru bekerja ini menghadapi masalah kewangan yang serius berbanding dengan golongan lain disebabkan perbelanjaan yang tidak terkawal. Secara umumnya, punca utama golongan muda diisytiharkan muflis ialah golongan ini lebih cenderung memenuhi keinginan peribadi melebihi sumber kewangan. Amalan berhutang ini seolah-olah telah menjadi budaya dalam kehidupan sesetengah golongan muda sehingga tidak berasa malu untuk meminjam wang daripada orang lain. Dalam aspek pengurusan kewangan, golongan muda dikatakan terjebak dengan amalan berhutang apabila mereka menggunakan 30 peratus daripada gaji bulanan untuk membayar hutang dan mereka sudah dikira mempunyai masalah kewangan yang serius. Statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa 47 peratus belia di Malaysia menanggung hutang kad kredit yang tinggi manakala 38 peratus pula membuat pinjaman peribadi. Daripada statistik ini, kira-kira 3400 individu yang berusia antara 20 hingga 30 tahun telah mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akibat tidak mampu menyelesaikan masalah hutang mereka. Situasi tersebut jelas menunjukkan bahawa golongan muda di Malaysia masih lemah dalam aspek pengurusan kewangan harian mereka terutamanya dalam bentuk pembiayaan secara berhutang. Walaupun agama Islam mengharuskan amalan berhutang, namun hal ini tidak bermaksud menggalakkan umatnya untuk berhutang dan membuat pinjaman kewangan secara melampau. Golongan muda perlu bijak mengawal nafsu untuk berbelanja bagi sesuatu tujuan yang melebihi keperluan asas supaya tidak terperangkap dalam beban hutang yang dicipta sendiri. Hal ini penting untuk mengelakkan mereka daripada terjerat dengan masalah hutang sehingga jatuh muflis. (Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Siswa, November 2018) [Isi penting 1] Punca-punca amalan berhutang golongan muda ialah mereka menginginkan kehidupan yang senang dan serba lengkap dalam segenap aspek. [Isi penting 2] Selain itu, mereka gemar hidup secara bermewah-mewah dengan berhutang melebihi pendapatan bulanan mereka. [Isi penting 3] Di samping itu, golongan ini sering berangan-angan untuk membeli kereta mewah, menggunakan kad kredit secara berlebih-lebihan dan membeli pakaian yang berjenama. [Isi penting 4] Seterusnya, golongan ini juga lebih cenderung memenuhi keinginan peribadi melebihi sumber kewangan. [Isi penting 5] Akhir sekali, golongan muda dikatakan terjebak dengan amalan berhutang apabila mereka menggunakan 30 peratus daripada gaji bulanan untuk membayar hutang. [IP1] [IP2] [IP3] [IP4] [IP5] [IP6] Pemindahan Maklumat.indd 91 10/20/2023 12:16:09 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
92 Ulasan Panduan Contoh Ulasan 1 Penekanan diberikan kepada idea yang ditulis oleh murid. 2 Bahasa dinilai secara tanggapan atau impression berdasarkan kriteria. 3 Jawapan murid diperiksa sehingga 100 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir. Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Pendahuluan Isu pengambilan pemakanan seimbang perlu diberikan perhatian untuk menjamin kesihatan kita. Isi Tersurat Isi Tersirat Mencegah penyakit Contohnya, kita dapat mengelakkan penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan lain-lain dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak, manis atau masin. Mengawal obesiti Dengan mengamalkan pemakanan seimbang, tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan hal ini memudahkan mereka untuk menjalankan aktiviti harian. Merangsang tumbesaran fizikal yang seimbang Hal ini dikatakan demikian kerana tubuh perlu menerima semua zat yang diperlukan untuk membina badan yang kuat serta sihat. Penutup Kesimpulannya, pengambilan makanan seimbang perlulah dimulakan sejak kanak-kanak lagi. [Pendahuluan] Isu pengambilan pemakanan seimbang perlu diberikan perhatian untuk menjamin kesihatan kita. [Isi Tersurat 1] Antara kepentingan pengambilan makanan seimbang ialah dapat mencegah penyakit. [Isi Tersirat 1] Contohnya, kita dapat mengelakkan penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan lainlain dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak, manis atau masin. [Isi Tersurat 2] Selain itu, kita dapat mengawal obesiti. [Isi Tersirat 2] Dengan mengamalkan pemakanan seimbang, tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan hal ini memudahkan mereka untuk menjalankan aktiviti harian. [Isi Tersurat 3] Di samping itu, pengambilan makanan seimbang dapat merangsang tumbesaran fizikal yang sihat. [Isi Tersirat 3] Hal ini dikatakan demikian kerana tubuh kita perlu menerima semua zat yang diperlukan untuk membina badan yang kuat serta sihat. [Penutup] Kesimpulannya, pengambilan makanan seimbang perlulah dimulakan sejak kanak-kanak lagi agar dapat mewujudkan masyarakat yang sihat. [100 patah perkataan] Kerangka Ulasan Ulasan Lengkap AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG Mencegah Penyakit Mengawal Obesiti Tumbesaran Fizikal yang Seimbang Pemindahan Maklumat.indd 92 10/20/2023 12:16:09 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
93 Reviu Topik Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar rajah tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Praktis 1 [Pendahuluan] Masalah sosial yang melanda kini amatlah membimbangkan. Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini. [Isi Tersurat 1] Antara peranan ibu bapa ialah ibu bapa perlulah meluangkan masa yang berkualiti. [Isi Tersurat 1] Contohnya, makan bersama-sama anak setiap hari dan beriadah pada hujung minggu. [Isi Tersurat 2] Selain itu, ibu bapa wajar memantau aktiviti anak-anak. [Isi Tersurat 2] Contohnya, ibu bapa mengetahui dengan siapa anak-anak berkawan dan mengehadkan penggunaan gajet supaya seimbang antara pelajaran dengan bermain gajet. [Isi Tersurat 3] Akhir sekali, ibu bapa mestilah menjadi pendengar yang baik. [Isi Tersirat 3] Hal ini agar anak-anak tidak kekok berkongsi masalah dengan ibu bapa. [Penutup] Kesimpulannya, ibu bapa perlulah memainkan peranan mereka terhadap anak-anak dengan berkesan agar masalah sosial yang melanda kini dapat dihindari. Memantau aktiviti anak-anak Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah Sosial Menjadi pendengar yang baik Meluangkan masa berkualiti Memantau aktiviti anak-anak Pemindahan Maklumat.indd 93 10/20/2023 12:16:09 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
94 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Praktis 2 [Pendahuluan] Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perpaduan kaum antara masyarakat di Malaysia. [Isi tersurat 1] Perpaduan kaum antara masyarakat dapat dipupuk dengan cara menghormati budaya dan agama kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia. [Isi tersirat 1] Setiap individu berhak mengamalkan agama dan adat resam kaum masing-masing dengan harmoni. [Isi tersurat 2] Selain itu, perpaduan kaum dapat dipupuk melalui amalan kunjungmengunjungi antara jiran pelbagai kaum ketika musim perayaan. [Isi tersirat 2] Dengan adanya rumah terbuka, kita dapat beramah mesra dan mengeratkan hubungan dengan jiran-jiran di sekeliling kawasan perumahan selain merasai juadah enak yang disediakan. [Isi tersurat 3] Di samping itu, perpaduan kaum dapat dipupuk melalui penggunaan bahasa kebangsaan. [Isi tersirat 3] Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan oleh semua kaum dilihat dapat mewujudkan hubungan baik dan persefahaman antara kaum tanpa menimbulkan konflik. [Penutup] Kesimpulannya, semua pihak perlu sedar akan kepentingan mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Menghormati budaya dan agama kaum-kaum lain CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN KAUM Amalan kunjungmengunjungi ketika perayaan Penggunaan bahasa kebangsaan Pemindahan Maklumat.indd 94 10/20/2023 12:16:09 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
95 Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Praktis 3 Langkah Menjaga Keselamatan di Tempat Kerja Memakai pakaian keselamatan Melengkapkan ciri keselamatan Sentiasa mematuhi arahan [Pendahuluan] Keselamatan mestilah diutamakan di tempat kerja demi kepentingan pekerja dan majikan. [Isi tersurat 1] Langkah pertama menjaga keselamatan di tempat kerja ialah pekerja mestilah mengikut arahan di tempat kerja seperti arahan yang terdapat pada papan tanda. [Isi tersirat 1] Oleh itu, pekerja dapat mengetahui bahaya di sesuatu kawasan di tempat kerja. [Isi tersurat 2] Selain itu, setiap pekerja mesti memakai pakaian keselamatan yang ditetapkan [Isi tersurat 2] supaya dapat mengelakkan sebarang kemalangan dan risiko. [Isi tersurat 3] Akhirnya, setiap majikan perlu melengkapkan ciri-ciri keselamatan di tempat kerja [Isi tersirat 3] kerana akan memudahkan majikan jika berlaku sebarang masalah berkaitan dengan keselamatan di tempat kerja. [Penutup] Kesimpulannya, pihak majikan dan pekerja haruslah mematuhi etika keselamatan di tempat kerja agar perkara yang tidak diingini mampu dielakkan. Untuk tujuan pembelajaran Imbas Kod QR untuk muat turun Video Tutorial, halaman 95. Video Tutorial Video Tutorial Pemindahan Maklumat.indd 95 10/20/2023 12:16:10 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
96 Karangan Respons Terhad Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Contoh Menulis Karangan Respons Terhad Karangan Lengkap Pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) membawa pelbagai kepentingan kepada murid-murid. Antaranya meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca dalam kalangan murid agar menjadi budaya di negara ini. Selain itu, pembelajaran KOMSAS akan dapat melahirkan individu yang berpengetahuan. Melalui pembelajaran KOMSAS, kemahiran berbahasa dapat ditingkatkan. Seterusnya, seseorang itu juga dapat mengetahui tentang ciri-ciri dan perbezaan puisi Melayu tradisional dengan lebih mendalam. Kesimpulannya, masyarakat terutamanya generasi muda haruslah mempertahankan kesusasteraan warisan bangsa yang tinggi nilainya untuk generasi akan datang. ( 70 patah perkataan) KEPENTINGAN PEMBELAJARAN KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca Kemahiran berbahasa dapat ditingkatkan Mempertahankan kesusasteraan warisan bangsa Melahirkan individu yang berpengetahuan Mengetahui tentang ciri-ciri dan perbezaan puisi Melayu tradisional Tinggi nilainya untuk generasi akan datang Karangan Respons Terhad.indd 96 10/20/2023 12:07:00 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
97 Reviu Topik -Soalan Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Praktis 1 SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN sambutan Bulan Kemerdekaan – disambut meriah – setiap tahun – bermula pada bulan Ogos – pelbagai aktiviti dijalankan – mengibarkan Jalur Gemilang – pertandingan deklamasi sajak – pertandingan menulis esei – pertandingan pakaian beragam – memupuk semangat cinta akan tanah air – generasi muda Sambutan Bulan Kemerdekaan sememangnya disambut meriah pada setiap tahun di sekolah bermula pada bulan Ogos sehingga bulan September. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh pihak sekolah. Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program ini ialah aktiviti mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan sekolah dan di dalam kelas Pertandingan deklamasi sajak yang bertemakan hari kebangsaan turut diadakan. Murid-murid juga berpeluang untuk menyertai pertandingan menulis esei dan pertandingan pakaian beragam. Konklusinya, sambutan Bulan Kemerdekaan dapat memupuk semangat cinta akan tanah air kepada generasi muda. Masyarakat perlu berhemat semasa berbelanja. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk berjimat cermat. Kita seharusnya menyenaraikan barangan yang perlu dibeli. Hal ini bukan sahaja memudahkan urusan perbelanjaan, malah dapat menjimatkan wang kerana membeli barangan yang diperlukan sahaja. Selain itu, kita perlu menyemak harga dan kualiti barangan supaya kita membeli barangan berkualiti dengan harga yang berpatutan. Kita juga perlu membuat perbandingan harga di beberapa buah premis atau kedai jualan sebelum membuat pembelian. Kesimpulannya, kita janganlah boros dalam berbelanja dan harus mengamalkan amalan berjimat cermat sebagai bekalan pada masa depan. Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Praktis 2 BERBELANJA DENGAN BERHEMAT berhemat semasa berbelanja – pelbagai cara – menyenaraikan barangan – perlu dibeli – memudahkan urusan perbelanjaan – menjimatkan wang – barangan yang diperlukan – menyemak harga dan kualiti barangan – harga berpatutan – membuat perbandingan harga – premis atau kedai – sebelum membuat pembelian – jangan boros berbelanja – bekalan pada masa depan Karangan Respons Terhad.indd 97 10/20/2023 12:07:00 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
98 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Praktis 3 Penggera kebakaran Menutup suis Laluan kecemasan Mengambil kehadiran Demonstrasi memadam kebakaran LATIHAN KEBAKARAN DI SEKOLAH Latihan kebakaran perlu dilaksanakan di sekolah sekurang-kurangnya dua kali setahun. Apabila penggera kebakaran dibunyikan, semua murid dan guru perlu memastikan suis elektrik dan pintu kelas hendaklah ditutup sebelum meninggalkan kelas. Semua warga sekolah perlu menggunakan laluan kecemasan untuk tiba di tempat berkumpul yang telah ditetapkan dengan secepat mungkin. Seterusnya, guru tingkatan akan mengambil kehadiran semua murid. Akhir sekali, demonstrasi caracara mengendalikan alat pemadam api dengan betul untuk memadamkan kebakaran ditunjukkan oleh pihak bomba. Sukan tahunan di sekolah saya sangat meriah. Sebelum acara sukan bermula, semua murid perlu berkumpul di padang untuk menyaksikan upacara perasmian. Acara dimulakan dengan persembahan kawad kaki badan beruniform seperti Persatuan Bersatu Kadet Malaysia (PBKM) Darat, Kadet Bomba, Kadet Polis dan lain-lain. Selain itu, perbarisan rumahrumah sukan dengan mempamerkan pelbagai perhiasan yang menarik seperti maskot dan bunga manggar. Selepas itu, acara balapan pun berlangsung. Acara sukan yang terakhir ialah acara tarik tali antara rumah sukan. Majlis berakhir dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang. Kemudian, kami pun bersurai dan pulang ke rumah masing-masing. Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Praktis 4 Semua murid berkumpul di padang untuk menyaksikan upacara perasmian Acara balapan dan tarik tali antara rumah sukan SUKAN TAHUNAN SEKOLAH Majlis penutup dan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang Persembahan kawad kaki oleh badan-badan beruniform dan perbarisan rumah-rumah sukan Karangan Respons Terhad.indd 98 10/20/2023 12:07:00 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
99 Karangan Respons Terbuka 1 Terdapat dua bentuk karangan, iaitu: (a) Karangan berformat khusus (b) Karangan berformat umum 2 Karangan berformat khusus seperti surat kiriman rasmi, laporan, ucapan/syarahan/ceramah/perbahasan, wawancara, ulasan dan rencana. Jika murid tidak memenuhi kriteria, maksimum dua markah akan ditolak kerana tidak menepati format yang dikehendaki. 3 Panduan menjawab karangan adalah seperti berikut: (a) Membaca dan memilih soalan (i) Murid perlu membaca soalan dengan teliti dan memahami kehendak soalan. (ii) Murid perlu memilih soalan atau tajuk yang benar-benar dikuasai dan difahami dari segi isu, format, isi karangan, laras bahasa, bukti dan contoh yang relevan dan bersesuaian dengan tajuk soalan. (iii) Murid juga disarankan agar mengetahui dimensi kehendak soalan sama ada dimensi diri, keluarga, sekolah, masyarakat atau negara. (b) Mengenal pasti tajuk dan kehendak soalan (i) Murid perlu memahami kata kunci soalan. Contohnya, bincangkan, gambarkan, cadangkan, bahaskan, nyatakan, huraikan, ceritakan, gambarkan, berikan pendapat dan ulaskan. (ii) Setiap kata kunci yang dibaca hendaklah digaris agar kehendak soalan benar-benar difahami. (c) Merangka dan menulis karangan (i) Murid perlu membiasakan diri membina kerangka karangan sebelum menulis idea yang diperoleh. Catatkan di dalam kertas dan susun idea-idea tersebut. (ii) Murid juga hendaklah menitikberatkan aspek bahasa termasuklah aspek tatabahasa, ejaan, penggunaan tanda baca dan pemilihan kata yang tepat dan sesuai. (iii) Murid boleh memulakan kerangka karangan dengan merangka pendahuluan, isi-isi penting dan penutup. (iv) Setiap perenggan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu peribahasa atau frasa menarik supaya dapat menunjukkan pengolahan karangan yang menarik. (d) Menyemak karangan (i) Murid diingatkan supaya menyemak karangan semula sebelum menghantar karangan. (ii) Murid dikehendaki memastikan tiada isi penting yang tertinggal dan karangan hendaklah diakhiri dengan penutup yang sempurna. (iii) Murid juga diingatkan supaya menyemak semula aspek bahasa termasuklah tatabahasa, ejaan, penggunaan tanda baca, format, ayat, peribahasa dan penggunaan perkataan yang tepat. 4 Penilaian pemeriksa berdasarkan tanggapan (impression) berdasarkan kriteria yang ditetapkan termasuklah bahasa, idea dan pengolahan. Panduan Menjawab Karangan Respons Terbuka Karangan Umum.indd 99 10/20/2023 12:07:30 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
100 -Soalan Apa yang perlu dilakukan? Rehat dengan secukupnya Siapa yang terlibat? Pemandu yang mengantuk Bila perlu lakukan? Pada waktu malam Di mana perlu lakukan? Di atas jalan raya Bagaimana cara untuk melakukannya? Di atas jalan raya Mengapa perlu melakukannya? Mengelakkan risiko kemalangan akibat tidur mikro (microsleep) Antara langkah mengelakkan kemalangan jalan raya ialah pemandu perlulah mendapatkan rehat yang secukupnya [A – Apa]. Pemandu yang berasa mengantuk [Si – Siapa] tidak boleh memaksa diri untuk meneruskan perjalanan. Hal ini sering terjadi ketika pemanduan pada waktu malam [Bi – Bila]. Suasana di atas jalan raya [Di – Di mana] yang gelap dan sunyi akan menyebabkan pemandu lebih mudah berasa penat dan mengantuk. Dalam keadaan ini, pemandu seharusnya berehat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) [Ba – Bagaimana] yang disediakan di sepanjang lebuh raya. Hal ini dapat mengelakkan risiko kemalangan akibat tidur mikro (microsleep) [M – Mengapa] yang menjadi antara punca kemalangan pada waktu malam. Nota: Namun begitu, tidaklah menjadi kemestian untuk mengikut urutan yang telah dinyatakan asalkan semua elemen tersebut dimasukkan dalam perenggan isi. Setiap elemen juga boleh digabungkan menggunakan kata hubung untuk memperlihatkan kemampuan murid membina ayat majmuk. Apakah Teknik A Si Bi Di Ba M? A Apa Si Bila Di Di mana Bi Bila Ba Bagaimana M Mengapa Soalan : Bincangkan langkah-langkah mengelakkan kemalangan jalan raya. Isi : Rehat dengan secukupnya Perenggan Lengkap 1 Sesebuah karangan yang baik haruslah menggabungkan beberapa elemen utama, iaitu ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas. Kesemua elemen ini boleh diwujudkan dalam sesebuah perenggan isi melalui teknik A Si Bi Di Ba M. 2 Teknik A Si Bi Di Ba M boleh dijadikan panduan kepada murid-murid untuk menjanakan idea dalam sesebuah perenggan isi. Teknik ini akan menggalakkan murid-murid untuk menyoal dan menjawab persoalan-persoalan berkaitan dengan sesuatu isu. Contoh yang lebih jelas adalah seperti di bawah: Karangan Umum.indd 100 10/20/2023 12:07:30 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
101 Reviu Topik Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Praktis 1 Gejala sosial dalam kalangan murid sekolah semakin meningkat dan keadaan ini membimbangkan banyak pihak. Tulis sebuah karangan tentang faktor-faktor peningkatan gejala sosial ini. Kerangka Karangan Pendahuluan gejala sosial dalam kalangan murid sekolah semakin membimbangkan – murid pada masa ini berani melanggar peraturan dan disiplin sekolah – remaja merupakan pewaris harapan bangsa – pelbagai faktor yang mendorong keadaan ini berlaku Isi-isi Penting • pengaruh rakan sebaya – remaja sangat mudah terpengaruh dengan tingkah laku rakan-rakan mereka – perlakuan negatif rakan seperti merokok, melepak dan melakukan vandalisme mudah diikuti – remaja tersebut diterima menjadi rakan – remaja tersebut semakin sukar dikawal oleh ibu bapa – mendapatkan khidmat rakan sebaya untuk meneruskan kehidupan mereka – remaja seperti ini akan terus hilang arah – melentur buluh biarlah dari rebungnya • ibu bapa semakin sibuk mengejar materialistik – anak-anak dibiarkan membesar tanpa didikan yang sempurna – jiwa anak-anak menjadi rapuh – mudah dipengaruhi oleh anasir luar termasuklah persekitaran yang menyebabkan mereka terjebak dalam gejala sosial – anak-anak ibarat kain putih – ibu bapa tidak hanya memberikan nafkah – memberikan didikan dan kasih sayang secukupnya – ibu bapa perlu meluangkan masa pada cuti hujung minggu – membantu mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak • pengaruh media massa – banyak memaparkan adegan-adegan negatif – menapis adegan-adegan yang ingin dipaparkan – meniru sedikit sebanyak perlakuan yang ditonton • masyarakat tidak mengambil endah akan perlakuan negatif remaja – wajar bersikap menjaga tepi kain orang – mengikis sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing – mestilah menegur atau menasihati – harus melaporkan masalah ini kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang selanjutnya dapat diambil Penutup gejala sosial menimbulkan pelbagai kesan negatif – sikap menuding jari tidak akan menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku – usaha segera dan berterusan daripada semua pihak perlu diambil – memainkan peranan masing-masing – membendung gejala negatif ini – menjamin kesejahteraan hidup masyarakat Praktis 2 Semua murid hendaklah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah kerana aktiviti ini dapat melahirkan murid yang cemerlang. [Pendahuluan] Dalam meniti arus pemodenan yang sarat dengan pelbagai cabaran ini, sistem pendidikan juga telah mengalami anjakan transformasi seiring dengan perkembangan alaf baharu yang dikenali sebagai pendidikan abad ke-21. Perkembangan dan pembaharuan sistem pendidikan ini juga turut menjadikan bidang kokurikulum sebagai wadah penilaian modal insan yang ampuh dalam sistem pendidikan negara, iaitu murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan Karangan Jenis Fakta Karangan Umum.indd 101 10/20/2023 12:07:31 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
102 intelektual. Terdapat pelbagai kesan positif jika seseorang murid itu aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Murid ini bukan sahaja mampu berfikiran kreatif dan kritis, malah berinovasi ke arah membentuk keperibadiaan yang lebih cemerlang. Aktiviti kokurikulum seperti sukan, unit beruniform, kelab dan persatuan adalah penting dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Oleh itu, terdapat pelbagai manfaat menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. Antara manfaat menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah ialah dapat melahirkan murid yang berdisiplin [A – Apa]. Semasa aktiviti kokurikulum [Bi – Bila] dijalankan di sekolah [Di – Di mana], murid-murid yang berdisiplin [Si – Siapa] perlu mematuhi beberapa peraturan yang ditetapkan termasuklah kekemasan pakaian seragam unit beruniform dan beberapa etika peraturan organisasi kelab, persatuan serta sukan dan permainan. Sebagai contoh, ahli unit beruniform yang memakai uniform lengkap akan diberikan dimerit atau denda sehingga mampu mengubah sikap mereka ke arah yang lebih positif dalam sesebuah organisasi [Ba – Bagaimana]. Kesannya, murid akan menjadi lebih berdisiplin dalam setiap perkara termasuklah dalam kehidupan seharian mereka terutamanya dalam aspek pengurusan diri, membimbing organisasi dan juga bijak dalam membuat sesuatu keputusan [M – Mengapa]. Malahan, peraturan-peraturan ini secara tidak langsung dapat mengawal tingkah laku setiap murid supaya tidak melakukan sesuatu yang melanggar peraturan dengan sesuka hati [M – Mengapa]. Selain itu, pelibatan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum ini juga dapat menjadikan seseorang murid itu mempunyai sifat keyakinan diri yang tinggi [A – Apa]. Hal ini dikatakan demikian kerana semasa murid melakukan sesuatu tugasan [Bi – Bila] yang diberikan oleh ketua ataupun guru penasihat [Si – Siapa], mereka dapat menampilkan personaliti yang lebih berkeyakinan untuk melaksanakan tugasan secara bersungguh-sungguh dalam pasukan [A – Apa]. Contohnya, pelibatan murid dalam pertandingan seperti syarahan, kuiz Sains dan Matematik [Ba – Bagaimana] akan dapat membantu mereka lebih berkeyakinan dalam berkomunikasi dan juga sifat interpersonal mereka, justeru sifat keyakinan diri yang tinggi ini akan dapat menerbitkan sikap berani mencuba [M – Mengapa]. Oleh itu, sifat keyakinan diri yang tinggi membolehkan murid tidak gentar terhadap cabaran dan kegagalan dalam setiap perkara akan menjadikan mereka cuba bangkit berusaha untuk memperbaik konflik tersebut seperti pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya [M – Mengapa]. Seterusnya, aktiviti kokurikulum ini juga dapat melahirkan murid yang komited berdaya saing [A – Apa]. Aktiviti kokurikulum kebiasaannya banyak melibatkan gerak kerja berkumpulan dan semangat kerjasama ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni [Ba – Bagaimana]. Aktiviti kokurikulum ini juga turut memberikan peluang kepada murid untuk bertukar-tukar buah fikiran secara positif dalam melontarkan pendapat [M – Mengapa] semasa perbincangan [Bi – Bila]. Pada masa yang sama, persaingan yang sihat akan diwujudkan antara individu atau kumpulan [Si – Siapa] dalam melaksanakan sesuatu tugasan dalam kumpulan [Di – Di mana]. Implikasinya, murid akan terbiasa dengan persaingan yang sihat ini dan tidak gentar untuk menghadapi masalah dalam mencari penyelesaian terbaik tanpa melibatkan sebarang perbalahan [M – Mengapa]. Izharnya, aktiviti kokurikulum ini mampu mengimbangi murid dengan pengetahuan dan Karangan Umum.indd 102 10/20/2023 12:07:31 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
103 kemahiran ke arah pembentukan keperibadian diri yang berdaya saing secara sihat dalam melahirkan modal insan yang lebih berjaya [M – Mengapa]. Tambahan lagi, manfaat lain menyertai aktiviti kokurikulum ini ialah dapat memupuk nilai-nilai murni atau akhlak yang mulia [A – Apa]. Setiap aktiviti kokurikulum yang dirancang oleh guru [Si – Siapa] bertujuan untuk menekankan nilai-nilai murni yang luhur seperti nilai menghormati, saling membantu dan prihatin [Ba – Bagaimana]. Pembabitan murid dalam aktiviti ini akan dapat mewujudkan murid yang berhati mulia dan berbudi pekerti mulia. Contohnya, semasa aktiviti kawad kaki [Bi – Bila], khidmat komuniti sosial dan perkhemahan [Di – Di mana] dapat menyemai norma-norma positif dalam diri murid. Silaturahim juga akan terjalin selaras dengan dasar pendidikan yang ingin menerapkan integrasi perpaduan kaum di negara ini [M – Mengapa]. Maka, benarlah kata pujangga, tak kenal maka tak cinta bahawa aktiviti kokurikulum ini mampu menjadi platform yang kuat dalam menyemai pelbagai nilai murni sepanjang hayat kepada murid yang bukan sahaja cemerlang dalam aspek akademik dan personaliti, malah rohani, akhlak dan sanubari jiwa mereka dengan sulaman nilai-nilai murni tersebut. Akhir sekali, aktiviti kokurikulum juga dapat melahirkan murid yang berkemahiran dalam berinteraksi [A – Apa]. Hal ini akan dapat mencungkil bakat murid dalam kemahiran berkomunikasi melalui aktiviti sosial dalam persatuan. Contohnya, murid-murid yang pendiam dan pasif [Si – Siapa] berpeluang untuk mengalami perubahan yang lebih positif apabila mereka menyertai aktiviti kokurikulum [Bi – Bila] bersama-sama komuniti masyarakat seperti program khidmat sosial dan program gotong-royong [Di – Di mana]. Aktiviti yang dilaksanakan seperti ini akan melibatkan murid untuk menyampaikan arahan, berkomunikasi dalam membahagikan tugasan dan secara tidak langsung melatih murid lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi antara ahli organisasi dalam melaksanakan setiap tugasan [Ba – Bagaimana]. Kesannya, komunikasi yang berkesan dalam aktiviti kokurikum akan menjadikan seseorang murid itu komited dalam menyuarakan pendapat dalam kehidupan seharian mereka terutama dalam pembelajaran mereka yang merangkumi silibus pembelajaran abad ke-21 yang memerlukan komunikasi secara berkesan terhadap muridnya [M – Mengapa]. [Penutup] Kesimpulannya, pihak sekolah yang merupakan tempat untuk melahirkan generasi yang cemerlang haruslah menggembleng kepakaran dan berusaha dengan sedaya upaya untuk menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum kerana dipercayai bahawa murid-murid yang menyertai aktiviti ini akan memiliki personaliti yang berkualiti dan minda yang bertaraf kelas pertama. Karangan Umum.indd 103 10/20/2023 12:07:31 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
104 Praktis 1 Selain media massa, terdapat faktor lain yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja. Bincangkan pernyataan ini. Kerangka Karangan Pendahuluan peranan yang dimainkan oleh media massa cukup besar – media massa turut mengundang pelbagai implikasi negatif – pihak kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital sewajarnya memainkan peranan serius dengan mengurangkan filem-filem yang berunsurkan keganasan – ibu bapa yang tidak memantau aktiviti seharian anak-anak – menjadikan anak semakin liar dan sukar untuk dikawal – terdapat juga pelbagai faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah ini Isi-isi Penting • faktor media massa – menyiarkan gambar-gambar serta filem-filem yang bercanggah dengan budaya dan adat ketimuran – remaja mudah terikut-ikut dan mencuba untuk meniru nilai yang ditonjolkan – remaja semakin berani melakukan perkara negatif – pihak kerajaan seharusnya mengambil tindakan – hukuman yang bakal diterima sekiranya mereka melakukan salah laku • pengaruh rakan sebaya – remaja lebih mempercayai rakan-rakan berbanding dengan keluarga – anak-anak perlu bijak memilih kawan – jika tersilap memilih kawan tentulah akan merosakkan masa depan anak-anak – ibu bapa tidak seharusnya lepas tangan – perlu bersama-sama memantau pergerakan anak-anak • kurang kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa dan keluarga – remaja bertindak lari dari rumah – mencari orang lain yang dapat memberikan mereka kasih sayang – mudah terjebak dalam gejala negatif – ibu bapa yang bertanggungjawab penuh dalam memikul amanah – sedar peranan mereka sebagai tampuk utama dalam institusi keluarga – bukan hanya sekadar membesarkan anakanak – menerapkan pendidikan agama dan nilai-nilai murni • kurang sikap jati diri dalam diri remaja itu sendiri – mempunyai jati diri seperti prinsip dan pegangan dalam hidup – berakhlak mulia dan bertanggungjawab – mereka dapat membezakan setiap perkara yang baik dan yang buruk – remaja tidak akan mudah terpengaruh dengan akhlak buruk remaja lain – bertindak mengikut arus yang betul dalam menjalani kehidupan seharian Penutup keruntuhan akhlak remaja bukan disebabkan oleh faktor media massa sahaja – kita haruslah sedar – menjaga setiap perilaku kita agar tidak menyesal – sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna – setiap remaja tidak seharusnya leka dan membuang masa – menggunakan masa mereka dengan sebaik-baiknya – pelbagai pihak perlulah memainkan peranan masing-masing – melahirkan generasi cemerlang, gemilang dan terbilang Praktis 2 Jenayah rompakan sering berlaku di negara kita. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan diri menjadi mangsa rompakan. [Pendahuluan] Pelbagai jenayah yang berlaku dalam dunia yang tiada sempadan ini. Antara jenayah yang popular di negara kita ialah jenayah rompakan, pecah rumah, mencuri, ragut dan yang seumpama dengannya. Jenayah rompakan merupakan tindakan mengambil harta seseorang secara paksa. Namun begitu, terdapat langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa rompakan. Karangan Jenis Perbincangan/Pendapat Karangan Umum.indd 104 10/20/2023 12:07:31 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
105 Langkah yang pertama adalah dengan mengelakkan diri daripada memakai barang kemas berlebihan ketika keluar rumah [A – Apa]. Perbuatan memakai barang kemas yang berlebihan mengundang para perompak [Si – Siapa] untuk merompak barangan kemas tersebut semasa mangsa leka [Bi – Bila] di kawasan berisiko [Di – Di mana]. Lebih malang lagi apabila ada perompak yang sanggup mengerat pergelangan tangan mangsa di tengah jalan [Ba – Bagaimana] hanya untuk merompak gelang emas. Oleh yang demikian, berhati-hatilah ketika memakai barang kemas kerana kemungkinan besar anda sedang diperhatikan oleh perompak [M – Mengapa]. Perkara yang perlu diambil berat adalah dengan memastikan kita mengunci pintu rumah, menutup semua tingkap dan memasang kamera litar tertutup [A – Apa] bagi tuan rumah yang mampu [Si – Siapa] sekiranya mahu keluar dari rumah [Di – Di mana] pada jangka masa yang lama [Bi – Bila]. Untuk lebih selamat, beritahu jiran tetangga agar mereka boleh membantu menjagakan rumah ketika anda tiada dan lebih baik lagi jika anda melaporkan maklumat anda bercuti kepada balai polis terdekat [Ba – Bagaimana]. Natijahnya, anda dapat bercuti dengan aman dan tenteram [M – Mengapa]. Selain itu, janganlah kita berkongsi maklumat percutian di media sosial [A – Apa] kerana perkongsian tersebut memudahkan perompak [Si – Siapa] untuk memecah masuk ke rumah [Di – Di mana] ketika kita sedang melancong [Bi – Bila]. Jika mahu berkongsi gambar melancong di media sosial, pastikan kita memuat naik gambar tersebut sebaik-baik sahaja pulang ke rumah [Ba – Bagaimana]. Jika kita memuat naik gambar ketika sedang melancong, kemungkinan besar maklumat tersebut akan disalahgunakan oleh perompak dan mereka boleh melakukan aktiviti merompak dengan mudah ketika ketiadaan orang di rumah [M – Mengapa]. Seterusnya, janganlah kita bersendirian ketika mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik (ATM) [A – Apa] di bank [Di – Di mana]. Sudah banyak kes dilaporkan berkaitan dengan rompakan yang berlaku sebaik-baik sahaja individu [Si – Siapa] mengeluarkan wang [Bi – Bila] dari mesin ATM. Mereka bukan sahaja kehilangan wang tetapi turut mengalami kecederaan akibat diserang oleh perompak tersebut [Ba – Bagaimana]. Oleh itu, bawalah teman semasa membuat pengeluaran wang dan sentiasa berwaspada dengan orang di sekeliling [Ba – Bagaimana]. Bak kata pepatah, beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis [M – Mengapa]. [Penutup] Konklusinya, berhati-hati dan berwaspadalah selalu. Jangan jadikan diri anda mangsa rompakan kerana perompak pada zaman milenium ini sering bertindak kejam. Mereka bukan sahaja merompak tetapi juga sanggup merogol dan membunuh mangsa. Oleh yang demikian, berhati-hatilah selalu. Bak kata bidalan, habis akal, baru tawakal. Karangan Umum.indd 105 10/20/2023 12:07:31 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
106 Praktis 1 Semasa sambutan Tahun Baharu Cina yang lalu anda dan keluarga anda telah menghadiri rumah terbuka yang diadakan oleh jiran anda. Ceritakan pengalaman anda semasa menghadiri rumah terbuka tersebut. Kerangka Karangan Pendahuluan aku dan keluarga menerima undangan rumah terbuka daripada jiran kami yang berbangsa Cina – sungguh teruja untuk menghadiri rumah terbuka – jiran tersebut baru sahaja berpindah di taman tempat tinggalku sebulan yang lalu Isi-isi Penting • disambut baik oleh Encik Tan dan ahli keluarganya – dipersilakan untuk menikmati juadah yang ditempah oleh Encik Tan – makanan itu dimasak oleh tukang masak yang beragama Islam – Encik Tan begitu menjaga sensitiviti kaum lain terutama tetamu yang beragama Islam tentang makanan • dipersembahkan dengan pertunjukan tarian singa dan naga yang begitu memeriahkan suasana • gembira apabila dapat berkenalan dengan anak-anak Encik Tan – tinggal di asrama – berbual-bual sambil menikmati hidangan yang disediakan • isteri Encik Tan memberi kami dan semua tetamu limau mandarin – keriangan pada wajah Encik Tan dan ahli keluarganya – melayan jiran tetangga yang berlainan kaum dan agama • memohon diri untuk pulang daripada Encik Tan dan isterinya – aku dan adik mendapat angpau yang bersampul merah – sungguh gembira – mengucapkan terima kasih kepada Encik Tan dan isterinya Penutup amalan rumah terbuka haruslah dijadikan sebagai amalan – dapat mengeratkan hubungan sesama kaum – bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing Praktis 2 Karnival Kraf Tangan Kebangsaan telah diadakan di tempat tinggal anda. Anda dan keluarga telah menyertai karnival tersebut. Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai karnival tersebut. [Pendahuluan] Pada bulan September yang lalu, aku dan keluarga berkesempatan untuk memeriahkan sambutan Hari Kraf Tangan Kebangsaan di Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka. Tujuan sambutan itu diadakan adalah untuk menyemai sikap cinta akan budaya dan memperkenalkan kraf tangan tempatan kepada generasi muda. Kami [Si – Siapa] sampai ke destinasi seawal pukul 8:00 pagi [Bi – Bila]. Ketika itu, kelihatan sudah ramai pengunjung [Di – Di mana] yang membanjiri Dataran Keris [A – Apa]. Tanpa membuang masa, kami terus melawat gerai-gerai jualan yang menjual pelbagai jenis kraf tangan tempatan [Ba – Bagaimana]. Aku menjadi rambang mata apabila melihat terlalu banyak pilihan kraf tangan yang unik dan menarik [M – Mengapa]. Harga barangan juga agak murah dan aku telah membeli sebuah gasing kayu yang diperbuat daripada kayu manggis sebagai kenang-kenangan [M – Mengapa]. Selepas itu, kami mendaftarkan diri [A – Apa] dalam pertandingan-pertandingan yang akan dijalankan pada pukul 10:00 pagi [Bi – Bila] di meja urus setia [Di – Di mana]. Aku dan adik [Si – Siapa] menyertai pertandingan Karangan Jenis Gambaran/Keperihalan Karangan Umum.indd 106 10/20/2023 12:07:31 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
107 mencanting batik. Ayah dan ibu pula mencuba bakat mereka dalam pertandingan membuat labu sayong [Ba – Bagaimana]. Kakakku pula menyertai pertandingan menganyam tikar mengkuang [Ba – Bagaimana]. Aku sungguh gembira kerana berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan mencanting batik dan hadiah yang aku terima ialah sehelai kain batik lukis bermutu tinggi yang telah lama aku idamkan [M – Mengapa]. Seterusnya, kami [Si – Siapa] berpeluang melihat proses menenun kain songket [A – Apa] di situ [Di – Di mana]. Terdapat pelbagai jenis songket semasa pameran dibuat [Bi – Bila] seperti kain songket corak siku keluang, songket corak tapak catur, songket corak pucuk rebung dan sebagainya [Ba – Bagaimana]. Aku tidak melepaskan peluang untuk belajar tentang teknik-teknik menenun songket [Ba – Bagaimana]. Ayah juga tidak melepaskan peluang untuk membeli sehelai samping songket kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan [M – Mengapa]. Selain pameran fabrik, terdapat juga pameran peralatan hiasan rumah seperti tudung saji yang diperbuat daripada rotan [A – Apa]. Pada ketika itu, [Bi – Bila] aku berasa kagum apabila melihat sekumpulan pemuda dan pemudi [Si – Siapa] yang cacat pelihatan begitu cekap menganyam bakul buluh di satu sudut yang disediakan [Di – Di mana]. Walaupun mereka orang kurang upaya tetapi mereka tidak mengharapkan bantuan orang lain untuk meneruskan kehidupan [Ba – Bagaimana]. Mereka telah biasa melakukan tugas itu sebagai mata pencarian mereka bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa [M – Mengapa]. [Penutup] Walhasil, Karnival Kraf Tangan Kebangsaan sangat menarik kerana bukan sahaja dapat menarik perhatian pengunjung dari dalam negeri, malah pelancong dari luar negara juga tidak melepaskan peluang mengunjungi karnival ini. Semoga karnival seumpama ini akan terus diadakan pada setiap tahun. Karangan Umum.indd 107 10/20/2023 12:07:31 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
108 Praktis 1 Kemudahan awam di tempat anda sering dirosakkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Tulis aduan anda kepada pihak yang berkenaan. Kerangka Karangan Pendahuluan menyatakan alamat pengirim – alamat penerima – menyatakan perkara – aduan tentang kemudahan awam yang telah dirosakkan Isi-isi Penting • memperkenalkan diri – memaklumkan bahawa anda penduduk tetap di kawasan taman perumahan ini – kemudahan awam di tempat tinggal kami sering dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjwab – mencuri gagang telefon dan pondok telefon pula diconteng – pelbagai tulisan yang tidak menyenangkan – menyukarkan penduduk di kejiranan menggunakannya apabila ada kecemasan • balai raya yang dibina – tidak diurus dengan sempurna – balai raya menjadi sarang penagih dadah – penagih-penagih ini tanpa rasa bersalah dan segan silu – menimbulkan kerisauan penduduk di kawasan ini – telah membuat aduan di balai polis • padang permainan turut menjadi mangsa keadaan – peralatan seperti papan gelongsor dan buaian untuk kanak-kanak telah dirosakkan – ada yang tidak dapat digunakan lagi – perbuatan vandalisme menyebabkan keadaan di taman rekreasi menjadi semakin suram – penduduk setempat tidak mahu ke taman rekreasi yang kotor – tidak mempunyai kemudahan untuk beriadah • perhentian bas – melakukan perbuatan vandalisme – atap di perhentian bas yang rosak – tempat duduk di perhentian bas basah kerana atap yang bocor – tidak dapat menghalang air hujan yang turun – contengan pada dinding perhentian bas – menyebabkan ketidakselesaan penduduk untuk menunggu bas di situ Penutup perhatian dan pertimbangan daripada beliau amat dihargai – mengucapkan terima kasih – tandatangan – nama – jawatan Praktis 2 Anda tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan kantin sekolah anda. Anda ingin membuat aduan kepada pengetua sekolah supaya mengambil tindakan yang sewajarnya. Tulis surat anda selengkapnya. Syazwan Hafiz bin Shafiee, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin, Jalan Sungai Mati, 84500 Muar, Johor Darul Takzim. Tuan Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin, Jalan Sungai Mati, 84500 Muar. 84500 Muar, Johor Darul Takzim. 30 Mac 20 ––. Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi Karangan Umum.indd 108 10/20/2023 12:07:31 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
109 Tuan, Membuat Aduan tentang Mutu Perkhidmatan Kantin Sekolah Merujuk perkara di atas, saya Syazwan Hafiz bin Shafiee, murid Tingkatan Tiga Alfa ingin membuat aduan tentang mutu perkhidmatan kantin sekolah. 2. Untuk pengetahuan tuan, kebanyakan makanan yang dijual tidak mempunyai tanda harga [A – Apa]. Oleh itu, murid [Si – Siapa] tidak dapat memastikan harga sebenar makanan tersebut semasa membeli di kantin [Di – Di mana]. Malahan, harga makanan tersebut sering berubah-ubah semasa membuat pembayaran [Bi – Bila]. Hal ini membebankan murid terutama yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah [Ba – Bagaimana]. Saya melihat sendiri ada rakanrakan saya yang sanggup berlapar dengan mengatakan bahawa mereka berpuasa sedangkan apabila saya bertanya dengan lebih lanjut, alasan tidak cukup wang yang diberikan oleh mereka [M – Mengapa]. 3. Selain itu, susunan kerusi meja tidak teratur dan tidak mencukupi [A – Apa]. Oleh itu, ada murid [Si – Siapa] yang terpaksa berdiri semasa makan [Bi – Bila]. Keadaan ini menyebabkan murid berasa tidak selesa dan akibatnya berlaku perlanggaran yang menyebabkan makanan terjatuh sebelum dapat dimakan di meja yang disediakan [Di – Di mana]. Malahan, meja dan kerusi juga tidak dijaga kebersihannya apabila sisa makanan yang ada di atas meja tidak dilap [Ba – Bagaimana] menyebabkan bau yang kurang enak semasa murid sedang makan [M – Mengapa]. 4. Seterusnya, pihak kantin [Si – Siapa] juga tidak menjaga aspek kebersihan makanan [A – Apa]. Mereka membiarkan makanan yang dijual terdedah tanpa ditutup dengan tudung saji di atas meja [Di – Di mana]. Selain itu, makanan seperti sayur-sayuran tidak dicuci dengan bersih sebelum dimasak [Bi – Bila]. Ada juga murid yang pernah mengadu sakit perut [M – Mengapa] kepada guru kelas selepas makan di kantin tetapi tindakan yang sewajarnya masih belum diambil oleh pihak pengusaha kantin yang memandang enteng akan hal ini [Ba – Bagaimana]. 5. Di samping itu, pihak kantin juga membiarkan lantai kantin [Di – Di mana] dipenuhi dengan sampah sarap [A – Apa]. Keadaan yang kotor ini kerap menghilangkan selera murid [Si – Siapa] untuk makan di kantin tersebut. Mereka tidak menyediakan tong sampah yang mencukupi hingga menyebabkan banyak sampah bertaburan di lantai ketika rehat [Si – Siapa]. Malahan, para penjual di kantin itu sering bersikap bengis kepada murid tanpa mengajar mereka peraturan yang sepatutnya sewaktu berada di kantin [Ba – Bagaimana]. Hal ini menyebabkan murid berasa takut dan tidak gemar makan di kantin [M – Mengapa]. 6. Saya berharap agar tuan dapat mengambil tindakan drastik untuk mengatasi masalah-masalah di atas. Kerjasama tuan amat diharapkan demi mewujudkan suatu perkhidmatan kantin yang menepati piawaian Kementerian Kesihatan demi melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah cemerlang dari segi sahsiahnya. Sekian, terima kasih. Yang benar, Syazwan Hafiz (SYAZWAN HAFIZ BIN SHAFIEE) Tingkatan Tiga Alfa, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin. Karangan Umum.indd 109 10/20/2023 12:07:32 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
110 Praktis 1 Pasukan unit berunifom sekolah anda telah turut serta dalam program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Sebagai setiausaha persatuan, anda telah diminta menulis laporan program tersebut. Tulis laporan tersebut selengkapnya. Kerangka Karangan Pendahuluan tajuk laporan – program gotong-royong pasukan unit beruniform – di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Muar – tujuan program gotong-royong – membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah – dijalankan pada 27 Januari 20__ – bermula pukul 8:30 pagi hingga 1:00 tengah hari – 80 orang peserta menyertai program ini – terdiri daripada ahli Pasukan Pengakap, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pandu Puteri Isi-isi Penting • penyelaras program menerangkan tujuan utama program gotong-royong diadakan – untuk membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah – persediaan menghadapi pertandingan kebersihan – keceriaan peringkat daerah – bertujuan untuk memupuk dan menanam perasaan cinta akan keindahan dan kebersihan dalam kalangan ahli persatuan unit beruniform aktiviti tahunan pasukan unit beruniform – usaha merapatkan hubungan – murid dengan guru • program gotong-royong mendapat kerjasama semua pihak – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru-guru dan kakitangan sekolah – Majlis Daerah Muar juga bermurah hati menyediakan lori – mengangkut sampah sarap ke tapak pelupusan – Tuan Pengetua, Tuan Haji Ahmad bin Ali telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2000.00 – membeli cat dan pokok-pokok bunga • dalam ucapan perasmian – pengetua memuji langkah yang diambil – anggota pasukan unit beruniform – meningkatkan keceriaan sekolah – usaha murni daripada ahli persatuan sangat dihargai – usaha meningkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah – ucapan perasmian selesai – aktiviti gotong-royong pun dimulakan – semua anggota unit beruniform dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut zon atau kawasan – setiap kumpulan akan dibimbing oleh guru penasihat persatuan masing-masing • semua anggota unit beruniform bekerja dalam suasana yang riang dan saling bekerjasama – membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah – pada pukul 12:30 tengah hari semua kawasan selesai dibersihkan – keadaan memang jauh berubah dari sebelumnya – semua peserta dijemput menikmati jamuan makan tengah hari – disediakan oleh pihak PIBG sekolah Penutup program gotong-royong berjaya mencapai matlamatnya – kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amat baik sekali – harapan agar program ini dapat dijayakan dari semasa ke semasa – mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria Praktis 2 Sekolah anda telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan. Sebagai setiausaha, anda telah diminta untuk menulis laporan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya. Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Cemerlang [Pendahuluan] Pada 1 Ogos 20_ hingga 31 Ogos 20_, Persatuan Sejarah SMK Desa Cemerlang telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan sempena menyambut Hari Kebangsaan negara. Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk menyuntik Karangan Jenis Laporan Karangan Umum.indd 110 10/20/2023 12:07:32 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
111 menyuntik semangat cinta akan negara dan meningkatkan nilai jati diri dalam diri setiap warga sekolah. Program ini juga diharap dapat menimbulkan kesedaran dalam diri murid tentang perjuangan pejuang-pejuang pahlawan negara terdahulu termasuklah Dol Said, Datuk Bahaman dan Tuk Janggut. Pada 1 Ogos 20_, [Bi – Bila] program dimulakan dengan hari pelancaran Bulan Kemerdekaan [A – Apa] dan majlis dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu “Negaraku”. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Ali bin Salleh [Si – Siapa]. Dalam ucapan tersebut, beliau turut mengingatkan murid-murid supaya mengambil peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang Sejarah [Ba – Bagaimana] ketika di sekolah [Di – Di mana]. Hal ini akan dapat meningkatkan semangat patriotik di samping memupuk nilai nasionalisme dalam diri setiap murid [M – Mengapa]. Selepas upacara perasmian oleh Tuan Pengetua, majlis diteruskan dengan persembahan drama oleh murid-murid yang bertemakan perjuangan merdeka sebagai penutup majlis pelancaran. Pada 3 Ogos 20_, [Bi – Bila] pelbagai pertandingan yang diadakan kepada murid-murid termasuklah pertandingan mendeklamasikan sajak yang bertemakan semangat cinta akan negara [A – Apa]. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tingkatan satu hingga tingkatan lima [Si – Siapa] yang diadakan di dewan sekolah [Di – Di mana]. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu kategori menengah rendah dan kategori menengah atas [Ba – Bagaimana]. Setiap kelas perlu menghantar seorang wakil dalam pertandingan ini. Para peserta dinilai melalui intonasi, nada dan gaya persembahan [Ba – Bagaimana]. Pemenang bagi kategori menengah atas ialah Aqil Amsyar binti Hadi daripada Tingkatan Lima Beta manakala pemenang bagi kategori menengah rendah ialah Nur Zawina binti Rashid daripada Tingkatan Tiga Delta. Kedua-dua orang pemenang ini dapat menjadi bukti semangat remaja dalam menghargai kemerdekaan [M – Mengapa]. Tuan Pengetua telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Pada 7 Ogos 20_, [Bi – Bila] pertandingan melukis poster bertemakan negaraku tercinta [A – Apa] telah dijalankan di kantin sekolah [Di – Di mana]. Para peserta [Si – Siapa] perlu membawa peralatan lukisan mereka sendiri dan seramai 36 orang murid telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Para peserta diberi masa selama dua jam untuk menyiapkan lukisan mereka [Ba – Bagaimana]. Pertandingan ini telah diadili oleh guru Pendidikan Seni Visual sebagai juri, iaitu Encik Suhaimi bin Ishak. Tempat pertama telah dimenangi oleh Tan Chee Yong daripada Tingkatan Empat Gamma, tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Darwisy bin Adib daripada Tingkatan Lima Alfa dan tempat ketiga dimenangi oleh Zuhail Azfar bin Rasydi dari Tingkatan Dua Beta. Lima orang peserta yang lain mendapat tempat sagu hati. Lukisan yang terpilih ini akan diletakkan di laluan Galeri Sejarah berhampiran dengan blok B bagi memberikan peluang kepada murid lain untuk melihatnya [M – Mengapa]. Pada 18 Ogos 20_, [Bi – Bila] pertandingan menghias kelas [A – Apa] yang perlu disertai oleh semua kelas di SMK Desa Cemerlang [Si – Siapa] diadakan. Semua murid kelihatan menghias kelas mereka dengan bersungguh-sungguh bersama dengan ibu bapa dan guru yang turut sama membantu. Hampir semua kelas menggantung Jalur Gemilang sehingga ada kelasKarangan Umum.indd 111 10/20/2023 12:07:32 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
112 kelas yang sanggup melukis Jalur Gemilang di atas kain putih dengan sangat kreatif [Ba – Bagaimana]. Ada juga muridmurid yang melukis mural pada dinding kelas dan pintu masuk kelas [Di – Di mana]. Pertandingan ini diberikan tempoh sehingga 23 Ogos 20_. Semua murid kelihatan sangat komited dalam menghias kelas kerana ingin merebut hadiah berupa wang tunai sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru [M – Mengapa]. Pada 31 Ogos 20_, [Bi – Bila] Tuan Pengetua membuat ucapan sebagai penutupan sambutan Bulan Kemerdekaan [A – Apa]. Dalam ucapannya, beliau sangat berbangga dengan komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan oleh murid dan guru-guru [Si – Siapa] dalam menjayakan program ini. Selepas menyampaikan ucapan, beliau melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali [Ba – Bagaimana] di hadapan murid-murid [Di – Di mana]. Murid-murid dan semua guru mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu patriotik dengan penuh semangat [Ba – Bagaimana]. Semua aktiviti telah dapat mencapai objektif yang diharapkan dan semoga dapat diteruskan pada masa-masa akan datang [M – Mengapa]. Laporan disediakan oleh, 2 September 20_. Vadivelan (VADIVELAN A/L KUMAR) Setiausaha, Persatuan Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cemerlang. Karangan Umum.indd 112 10/20/2023 12:07:32 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
113 Praktis 1 Bersempena dengan Hari Alam Sekitar, anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk, “Kepentingan Menjaga Kebersihan Sungai”. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya. Kerangka Karangan Pendahuluan kata alu-aluan – mengucapkan terima kasih kerana sudi mengundang – memperkatakan kepentingan dan kebersihan sungai kepada kita Isi-isi Penting • sungai merupakan alam semula jadi kurniaan Tuhan – sungai sangat penting kepada manusia – sebagai sumber air minuman, mencuci pakaian, aktiviti pertanian – masih banyak lagi yang menggunakan sungai sebagai sumber utama – negara juga menjanakan sumber air bersihnya melalui sungai • sungai juga dijadikan sumber pendapatan bagi penduduk – banyak hasil sungai yang dapat dijadikan sumber pendapatan – pengusaha pengangkutan air – memerlukan sungai sebagai tempat untuk meraih rezeki – sejarah juga telah menunjukkan bahawa sungai telah dijadikan alat perhubungan awam yang utama – di kawasan-kawasan pedalaman – dijadikan alat perhubungan – pergi dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain – Sungai Rajang, Sungai Pahang dan Sungai Perak – dijadikan alat perhubungan oleh penduduk sekitarnya • sungai juga dijadikan tempat rekreasi – tempat orang ramai mandi-manda – berkelah untuk melepaskan penat – menjadi tanggungjawab semua orang untuk menjaga kebersihan sungai – tidak membuang sampah sarap secara sewenang-wenangnya ke dalam sungai – sungai yang kotor akan menyebabkan berlakunya pencemaran air • sungai habitat bagi flora dan fauna – memastikan kehidupan flora dan fauna ini tidak pupus – kebersihan sungai mestilah dipelihara – sungai yang kotor – pembuangan sisa toksik dan bahan buangan – menyebabkan kehidupan flora dan fauna terancam dan pupus – kehidupan flora dan fauna ini sangat penting – sebagai sumber makanan dan pendapatan – merupakan ekologialam yang penting Penutup menyeru orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan sungai – sungai merupakan sumber utama – meneruskan kelangsungan kehidupan kita – semua pihak perlulah berganding bahu menjaga kebersihan sungai – mengucapkan terima kasih Praktis 2 Anda telah dipilih untuk mewakili kelas bagi pertandingan syarahan sempena Minggu Bahasa Melayu di sekolah anda. Tajuk syarahan anda ialah “Kebaikan-kebaikan Membeli Barang Buatan Malaysia”. Tulis syarahan anda selengkapnya. [Kata alu-aluan] Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang saya hormati Tuan Pengetua Sekolah Kebangsaan Taman Melati, guru-guru, para hakim yang arif lagi bijaksana dan hadirin sekalian. Berdirinya saya di atas pentas pada pagi yang mulia ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk, “Kebaikan-kebaikan Membeli Barang Buatan Malaysia”. Hadirin yang dihormati, [Pendahuluan] Barang buatan Malaysia bermaksud produk yang dikilangkan di Malaysia dan mengandungi sekurangkurangnya 51 peratus bahan atau kandungan tempatan. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dan menyokong produk Karangan Jenis Ucapan/Syarahan/Ceramah Karangan Umum.indd 113 10/20/2023 12:07:32 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
114 tempatan berbanding dengan produk luar negara lebih-lebih lagi ada antara barang tempatan ini yang setanding dengan produk luar negara. Antara kebaikan membeli barang buatan Malaysia ialah perbelanjaan keluarga dapat dijimatkan [A – Apa]. Hal ini dikatakan demikian kerana semasa membeli barangan tempatan [Bi – Bila], penjual [Si – Siapa] akan menawarkan harga yang lebih rendah kerana sumber utama yang mudah diperoleh kerana dibuat dan diproses di Malaysia [Di – Di mana]. Contohnya, produk makanan seperti beras Cap Rambutan dan minyak masak Saji dapat dibeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga barangan import [Ba – Bagaimana]. Hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan pengguna dan mengurangkan kos sara hidup ibarat peribahasa, sediakan payung sebelum hujan [M – Mengapa]. Oleh itu, masyarakat wajarlah bijak dalam membuat pembelian dengan memilih harga yang berpatutan dan kualiti yang setanding dengan barangan import [Ba – Bagaimana]. Selain itu, kebaikan membeli barang buatan Malaysia ialah barang ini mudah didapati [A – Apa] oleh masyarakat [Si – Siapa]. Hal ini memudahkan pengguna untuk membeli barang di mana-mana sahaja [Di – Di mana] sama ada di kedai runcit mahupun di pasar raya. Contohnya, pasar raya besar seperti Mydin dan Giant menawarkan aneka barang buatan Malaysia dengan harga yang berpatutan [Ba – Bagaimana]. Hal ini juga akan dapat menjimatkan masa dan tenaga serta mengurangkan kesesakan jalan raya [Ba – Bagaimana]. Secara tidak langsung, seseorang itu dapat menjimatkan kos dan membantunya memperoleh barangan ketika kecemasan [Bi – Bila]. Bersesuaian dengan peribahasa, masa itu emas, individu yang kesuntukan masa bolehlah membeli barang di mana-mana kedai yang berhampiran kerana mudah didapati [M – Mengapa]. Hadirin yang dihormati, Justeru itu, masyarakat yang menyokong pembelian barang buatan Malaysia [Si – Siapa] akan dapat membantu pengusaha tempatan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan [A – Apa]. Hal ini dapat membantu masyarakat kerana pekerjaan sangat mustahak untuk menampung keperluan hidup seharian mereka [Bi – Bila]. Contohnya, pengusaha tudung Ariani dan Naelofar serta telefon pintar jenama Neffos telah memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan [Ba – Bagaimana]. Jelaslah situasi ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di dalam negara [Di – Di mana]. Selaras dengan itu, setiap individu warganegara Malaysia haruslah mengambil peluang keemasan ini supaya dapat meningkatkan taraf hidup individu seterusnya meningkatkan ekonomi negara persis peribahasa, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan [M – Mengapa]. Seterusnya, kebaikan membeli barang buatan Malaysia ialah semangat patriotisme dapat dipupuk [A – Apa] dalam kalangan masyarakat [Si – Siapa]. Melalui penghasilan pelbagai barang buatan Malaysia yang bermutu dan berkualiti serta Karangan Umum.indd 114 10/20/2023 12:07:32 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
115 pasaran yang semakin melebar di dalam dan di luar negara [Di – Di mana], rakyat dapat membeli barang buatan tempatan ini seterusnya menjadi pengguna setia sepanjang masa [Bi – Bila]. Sebagai contoh, motosikal Modenas Kriss atau kereta Proton X70 telah membuktikan semangat nasionalisme dalam diri setiap individu [Ba – Bagaimana]. Hal ini dapat membangkitkan semangat cinta akan negara dan memajukan ekonomi. Sejajar dengan itu, semangat patriotisme dapat menjamin kesejahteraan selain meningkatkan imej negara di persada dunia [M – Mengapa]. [Penutup] Kesimpulannya, pembelian barang buatan Malaysia dapat memberikan pelbagai kebaikan. Semua pihak perlulah bekerjasama dalam usaha meningkatkan dan menyokong barang buatan tempatan untuk menjanakan ekonomi negara. Saya juga ingin menyeru kepada semua yang ada di sini pada hari ini, belilah barang buatan Malaysia kerana banyak faedahnya. Sekian, terima kasih. Karangan Umum.indd 115 10/20/2023 12:07:32 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
116 Ujian Bulanan 2 Pemindahan Maklumat [15 markah] Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Poster tersebut menunjukkan pembudayaan amalan kebersihan diri dalam kalangan murid. Antaranya ialah murid tidak seharusnya meludah di merata-rata tempat kerana perbuatan ini jelas menunjukkan sikap tidak cakna akan kebersihan diri. Selain itu, sampah-sampah juga perlulah dibuang ke dalam tong sampah agar kawasan sekolah kekal bersih dan indah. Seterusnya, murid disarankan untuk menutup mulut ketika bersin atau batuk agar penyakit berjangkit seperti influenza dapat dielakkan. Dalam pada itu, murid juga tidak seharusnya bersin di hadapan makanan kerana virus yang tersebar boleh menyebabkan makanan tercemar. Intihanya, pihak sekolah dan murid seharusnya menyahut kempen kebersihan ini sebulat hati agar budaya kebersihan dapat dinormalisasikan oleh generasi muda. Ujian Bulanan 2.indd 116 10/20/2023 12:25:31 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
117 Karangan Respons Terhad [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Murid kini kurang berminat membaca karya sastera. Terdapat banyak faedah membaca karya sastera seperti dapat menimbulkan kesedaran kepada murid kerana banyak unsur pengajaran yang diterapkan oleh pengarang dalam karya mereka. Selain itu, karya sastera dapat memperluas kosa kata dan memperbaik penggunaan bahasa khususnya dalam penulisan karangan mereka. Karya sastera juga memberikan pelbagai ilmu pengetahuan kepada murid kerana banyak maklumat baharu digambarkan dalam karya sastera. Kesimpulannya, membaca karya sastera dapat mengisi masa senggang murid dengan perkara yang berfaedah dan seterusnya terhindar daripada gejala negatif. Kebaikan Membaca Karya Sastera kepada Murid Memperbaik penggunaan bahasa Menimbulkan kesedaran Memperluas kosa kata Pelbagai ilmu pengetahuan Banyak unsur pengajaran Maklumat baharu Ujian Bulanan 2.indd 117 10/20/2023 12:25:31 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
118 Karangan Respons Terbuka [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 1 Anda telah menyaksikan satu kemalangan jalan raya yang tidak dapat dilupakan. Ceritakan pengalaman anda. 2 Kemalangan jalan raya di Malaysia terus meningkat saban tahun. Bincangkan punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara ini. 3 Anda telah terpilih untuk menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya di sekolah. Tajuk syarahan anda ialah “Langkah-langkah untuk Mengurangkan Kes Kemalangan Jalan Raya”. Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya. KEMALANGAN JALAN RAYA • Sikap pengguna jalan raya • Keadaan jalan raya yang tidak elok • Keadaan kenderaan tidak diperiksa dan diselenggara • Penguatkuasaan peraturan dan undang-undang • Pemeriksaan dan penyelenggaraan kenderaan • Pemantauan keadaan jalan raya Ujian Bulanan 2.indd 118 10/20/2023 12:25:32 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
119 Soalan 1 Petang itu, aku pulang lewat dari sekolah kerana mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan bersama-sama rakan sekelas. Kumpulan aku terdiri daripada Arlene, Leah dan Nizam yang ditugaskan oleh guru Bahasa Melayu, iaitu Cikgu Doreen untuk membentangkan isu pencemaran alam sekitar semasa kelas Bahasa Melayu esok. Kami mencari bahan rujukan untuk isu tersebut di Pusat Sumber sehingga petang. Setelah selesai tugasan, kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah masing-masing. Rakanrakanku dijemput oleh ibu bapa mereka, manakala aku pulang dengan menaiki bas awam. Pada ketika itu, hujan turun renyai-renyai. Aku berjalan dengan perlahan-lahan sambil memakai payung menuju ke perhentian bas yang terletak berdekatan dengan sekolah. Tiba-tiba aku terdengar bunyi brek kereta yang nyaring disertai bunyi dentuman yang amat kuat. Aku terkejut lalu tercari-cari arah bunyi tersebut. Dua orang pengawal keselamatan sekolah yang bertugas berdekatan dengan pintu pagar sekolah juga tercari-cari arah bunyi tersebut. Kemudian, seorang pengawal keselamatan berlari pantas menuju ke arah simpang jalan raya yang bersebelahan dengan kawasan sekolah. Tidak jauh dari perhentian bas itu, aku ternampak sebuah kereta Proton Waja merah yang remuk terlanggar sebatang tiang elektrik. Aku segera berlari ke tempat kejadian. Ketika tiba di situ, aku ternampak pemandu kereta itu masih terperangkap di tempat duduknya. Pemandu itu seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an. Kaki kanannya tersepit dan dia tidak boleh bergerak dari tempat duduknya. Kepala dan kakinya berlumuran darah. Bahagian hadapan keretanya remuk. Aku bersama-sama pengawal keselamatan sekolah dan beberapa orang pemuda cuba membantunya. Kami cuba membuka pintu kereta tersebut tetapi gagal. Pemandu wanita itu pula mengerang kesakitan. Dia menangis sambil menyebut nama seseorang. Aku cuba mencari orang lain di dalam keretanya tetapi tidak kelihatan sesiapa pun. Tidak jauh dari kereta itu, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira dua tahun terlantar di tepi jalan raya. Kepalanya berlumuran darah. Tangkai hatiku seperti hendak putus, kakiku lemah dan terasa peluh mengalir dingin di pipiku apabila melihat kejadian itu. Aku seperti hendak pengsan. Namun begitu, aku cuba bertahan. “Mangsa ini perlu dibantu,” bisik hatiku. Aku berniat hendak membantu kanak-kanak itu tetapi aku tidak berani untuk menyentuhnya. Aku juga tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Aku berlari ke arah pengawal keselamatan sekolah tadi untuk memberitahunya. Dia turut tergamam apabila melihat keadaan kanakkanak itu. Pengawal keselamatan itu segera mengambilnya. Dia memeriksa nadi kanak-kanak itu. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku berasa sangat sayu. Kanak-kanak itu terbujur kaku berlumuran darah. Kepalanya cedera parah. Perasaanku berbaur antara perasaan kasihan dan ngeri. Aku terduduk. Aku lihat pengawal keselamatan sekolah menghubungi pihak polis dan ambulans. Air mataku mengalir tanpa henti. Tidak lama kemudian, bunyi siren ambulans kedengaran diikuti dengan kereta polis. Aku hanya mampu melihat mereka menjalankan tugas dengan begitu pantas tetapi tenang. Aku berasa kagum dengan mereka. Kejadian itu benar-benar memberikan kesan dan pengajaran besar bagiku. Namun begitu, aku masih tertanya-tanya juga punca kejadian itu. Menurut pihak polis, pemandu wanita itu cuba mengelak daripada terlanggar seekor kucing yang melintasi Ujian Bulanan 2.indd 119 10/20/2023 12:25:32 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
120 jalan raya secara tiba-tiba. Malang memang tidak berbau. Sesiapa sahaja boleh terlibat dengan kemalangan jalan raya di manamana dan pada bila-bila masa sahaja jika tidak berhati-hati di jalan raya. Walau bagaimanapun, aku berasa sedikit kesal dengan nasib kanak-kanak itu. Mungkin nasibnya berbeza jika aspek keselamatannya dititikberatkan. Tidak ada tempat duduk khas untuk kanak-kanak di dalam kereta itu. Pepatah ada mengatakan, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Aku hanya mampu berdoa agar pemandu wanita itu selamat dan tabah menerima pemergian anaknya. Soalan 2 Hampir setiap hari, media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak tidak pernah sunyi dengan paparan tentang berita kemalangan jalan raya. Kes kemalangan jalan raya yang dilaporkan terus meningkat dari tahun ke tahun bagai cendawan tumbuh selepas hujankhususnya pada musim-musim perayaan. Isu ini telah menjadi buah mulut masyarakat dan turut mendapat perhatian banyak pihak kerana dilihat seolah-olah tiada penghujungnya. Kes kemalangan jalan raya yang boleh meragut nyawa dan merosakkan harta benda sebenarnya memberikan kerugian yang amat besar kepada diri sendiri dan juga negara. Hal ini perlu ditangani dengan kadar yang segera demi kebaikan bersama. Sesungguhnya, kemalangan merupakan satu masalah serius yang sukar diatasi kerana banyak punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Antara punca berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang ketika memandu di jalan raya. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak kes kemalangan berlaku disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan undang-undang ketika di jalan raya. Sebagai contohnya, pengguna jalan raya yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan di kawasan tertentu. Terdapat juga pengguna jalan raya yang menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan. Semua tindakan itu bukan sahaja menyusahkan pengguna jalan raya yang lain tetapi membahayakan nyawa pengguna itu sendiri. Kesannya, kes kemalangan jalan raya terus berlaku akibat sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang ketika berada di jalan raya. Selain itu, keadaan jalan raya yang kurang sempurna dan tidak elok juga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Hal ini dikatakan demikian kerana keadaan jalan raya yang berlubang, sempit dan bengkang-bengkok menyukarkan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kerana sememangnya malang tidak berbau. Selain itu, terdapat juga kawasan jalan raya yang tidak diletakkan dengan papan tanda amaran berbahaya yang jelas bagi mengingatkan para pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati melalui kawasan tersebut seperti di kawasan perbukitan atau pergunungan. Keadaan tersebut menyebabkan mereka mudah mendapat kemalangan kerana tidak diberikan tanda amaran berbahaya dengan lebih awal. Seharusnya, pihak berkuasa sentiasa memantau keadaan jalan raya dengan lebih kerap agar selamat digunakan oleh pengguna jalan raya. Dalam pada itu, kerosakan pada kenderaan juga boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya. Kerosakan kenderaan biasa berlaku apabila pemilik kenderaan tidak membuat pemeriksaan atau penyelenggaraan berkala kepada kenderaannya sebelum memulakan perjalanan. Akibatnya, terdapat kenderaan yang tiba-tiba rosak di tengah jalan. Sekiranya situasi ini berlaku, kenderaan yang laju di belakang tidak akan sempat membrek dan pasti akan melanggar kereta yang rosak di hadapan. Selain Ujian Bulanan 2.indd 120 10/20/2023 12:25:32 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
121 itu, terdapat juga kenderaan yang mengalami kerosakan brek atau brek tidak berfungsi secara tiba-tiba. Keadaan ini amat berbahaya kerana bukan sahaja kenderaan tersebut sukar dikawal dan boleh terbabas, malah boleh melanggar pengguna jalan raya yang lain. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kenderaan yang rosak ketika di jalan raya boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Kesimpulannya, terdapat seribu satu punca yang mengakibatkan kemalangan berlaku di jalan raya. Semua pihak perlu berganding bahu dalam menangani isu ini agar tidak berterusan kerana perkara ini hanya merugikan banyak pihak. Pengguna jalan raya seharusnya lebih berhemah ketika di jalan raya. Elakkan kecuaian ketika memandu kenderaan dan sentiasalah mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. Pihak kerajaan pula seharusnya lebih proaktif dalam melaksanakan tugas mereka seperti memantau keadaan jalan raya agar sentiasa elok untuk digunakan oleh pengguna jalan raya serta menguatkuasakan peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan. Jika semua pihak bersatu hati dalam menangani masalah ini, maka tidak mustahil kadar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan. Soalan 3 Yang dihormati saudara pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Langkah-langkah untuk Mengurangkan Kes Kemalangan Jalan Raya”. Hadirin yang dihormati, Saban hari, kita menatap berita pilu tentang kemalangan jalan raya di media massa sama ada di media cetak mahupun media elektronik. Kes kemalangan jalan raya yang dilaporkan semakin meningkat dari semasa ke semasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya, lebih 90 peratus kecelakaan jalan raya di negara kita sebenarnya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya itu sendiri. Sikap segelintir pemandu yang memandu kenderaan dengan laju dan secara berbahaya telah menjadi penyebab utama kepada peningkatan kes kemalangan jalan raya khususnya pada musim-musim perayaan. Oleh itu, langkah drastik oleh semua pihak perlu dilakukan segera bagi membendung musibah ini daripada terus meningkat. Antara langkah yang dianggap paling berkesan untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya di negara kita adalah dengan melalui penguatkuasaan peraturan dan undang-undang jalan raya. Melalui penguatkuasaan peraturan dan undangundang jalan raya, tindakan tegas dan hukuman yang setimpal dapat dikenakan kepada pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu yang menyebabkan kemalangan akibat kecuaian mereka seperti memandu kenderaan sambil menggunakan telefon bimbit ataupun tidak mematuhi peraturan jalan raya lain seperti melanggar lampu isyarat. Hukuman yang setimpal perlu dikenakan kepada pesalah termasuk menggantung lesen memandu dan mengenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. Melalui cara ini, pemandu akan lebih tertib dan berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan Ujian Bulanan 2.indd 121 10/20/2023 12:25:32 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
122 sekali gus dapat mengurangkan kes kemalangan di negara kita. Hadirin yang dikasihi, Langkah seterusnya untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya di negara ini ialah pihak kerajaan perlu memantau keadaan jalan raya di negara ini. Perkara ini penting kerana tidak dapat dinafikan bahawa salah satu penyebab kepada kes kemalangan ialah keadaan jalan raya yang tidak elok. Keadaan jalan raya yang berlubang, sempit dan bengkang-bengkok boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Sememangnya, malang tidak berbau tetapi jika keadaan jalan raya sedemikian rupa, maka pemandu akan lebih sukar mengawal kenderaan mereka jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Sepatutnya, pihak kerajaan menurap jalan raya yang berlubang dan melebarkan jalan raya yang sempit. Tanda amaran berbahaya dan berhati-hati di kawasan jalan raya khususnya di kawasan perbukitan atau pergunungan juga perlu lebih banyak dan jelas agar pemandu lebih berhati-hati kerana sudah diberikan amaran tanda berbahaya dengan lebih awal. Sudah terang lagi bersuluh, pemantauan pihak kerajaan terhadap keadaan jalan raya merupakan antara usaha untuk mengurangkan kes kemalangan di jalan raya. Sikap pengguna jalan raya juga perlu berubah agar kes kemalangan jalan raya di negara kita dapat dikurangkan. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan kes kemalangan jalan raya yang berlaku disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya yang tidak berhemah ketika di jalan raya. Seharusnya, kita sebagai pengguna sentiasa berpegang pada prinsip ingat sebelum kena, jimat sebelum habis agar kemalangan jalan raya dapat dielakkan. Sebagai contohnya, pejalan kaki yang tidak menggunakan kenderaan perlu menggunakan jejantas atau laluan pejalan kaki yang disediakan, manakala penunggang motosikal menggunakan lorong yang disediakan. Dalam hal ini, ibu bapa amat berperanan untuk mendidik anak-anak mereka tentang pendidikan keselamatan jalan raya sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak seharusnya didedahkan dengan sikap sentiasa berhati-hati ketika di jalan raya dan kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. Melalui cara ini, mereka tidak akan membahayakan diri sendiri dan juga orang lain ketika berada di jalan raya. Hadirin yang dihormati, Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin menegaskan bahawa pelbagai langkah proaktif boleh diambil untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya di negara kita. Walau bagaimanapun, langkah tersebut semestinya memerlukan kerjasama bagai aur dengan tebing daripada semua pihak khususnya para pengguna jalan raya agar lebih berkesan. Mentaliti pengguna jalan raya perlu berubah agar lebih berhemah ketika di jalan raya dan perkara ini tentu sekali akan memberikan perubahan yang besar kepada pengurangan statistik kes kemalangan jalan raya di negara kita. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan kes kemalangan jalan raya. Namun, perubahan sikap pengguna jalan raya agar lebih mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya pasti akan memberikan kesan positif yang besar. Jadikanlah slogan yang diuar-uarkan oleh kerajaan, iaitu Pandu Cermat Jiwa Selamat sebagai panduan kepada kita. Ujian Bulanan 2.indd 122 10/20/2023 12:25:32 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
123 Ujian Akhir Sesi Akademik 100 Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Encik Syukur suka membaca akhbar sambil menghirup kopi yang ___________ tanpa gula. A ketat B pahit C payau D manis Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2 Setiap kali hujan lebat turun, pasti akan diselangi bunyi katak ___________ bersahut-sahutan. A menguak B mendesis C meringkik D menderum Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3 I Lembing yang direjam itu mengenakan sasarannya. II Doktor itu mengenakan bayaran yang berpatutan kepada pesakit-pesakitnya yang berpendapatan rendah. III Mengenakan cukai yang tinggi pada barangbarang buatan tempatan dianggap tidak wajar. IV Mekanik itu mengenakan skru yang baharu pada motosikal ayah. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I Shahrul menunggang motosikal secara beransur ke sekolah. II Selepas dipukul ombak besar semalam, pantai itu beransur sedikit. III Ayah beransur pulih setelah menjalani pembedahan pada minggu yang lalu. IV Rombongan pengantin lelaki beransur dari rumah pengantin perempuan untuk balik ke kampung mereka. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Kertas 1 1 JAM 30 MINIT Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. BAHAGIAN A [15 markah] UASA.indd 123 10/20/2023 12:23:36 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
124 Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Sempena sambutan Hari Malaysia yang lalu, bandar Melaka menjadi sangat terang benderang diterangi cahaya lampu pada waktu malam. A terang-benderang B amat terang-benderang C terang-benderang sangat D sangat terang-benderang 6 Pemanduan secara merbahaya bukan sahaja mengancam nyawa sendiri tetapi juga nyawa orang lain. A Memandu secara berbahaya B Memandu secara merbahaya C Pemanduan secara berbahaya D Pemanduan secara merbahaya Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Program motivasi dapat menyuntik semangat baru dalam diri murid. II Ibu terpegun melihat keindahan panorama di puncak Gunung Jerai ketika matahari terbenam. III Semua murid haruslah mendengar nasihat ibu bapa untuk memperoleh kejayaan dalam peperiksaan. IV Suraya dan keluarganya bercadang untuk bercuti ke Korea pada cuti persekolahan. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Banglo cantik di atas bukit itu adalah banglo yang terbesar di kawasan ini. II Aiman memberitahu ayahnya bahawa dia mendapat keputusan yang cemerlang. III Kapal itu berlabuh setelah belayar beberapa bulan mengelilingi dunia. IV Sejak dahulu Ramli bercita-cita untuk menjadi penternak kambing yang berjaya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9 Pelibatan pelbagai kaum dalam aktiviti sukan dapat mewujudkan persefahaman antara kaum yang lebih jitu. A Persefahaman antara kaum dalam sukan dapat dilakukan apabila pelbagai kaum terlibat dalam berbagai-bagai jenis aktiviti sukan. B Persefahaman antara kaum yang lebih kukuh boleh diwujudkan melalui pelibatan pelbagai kaum dalam aktiviti sukan. C Pelibatan dalam pelbagai aktiviti sukan menjadi faktor kewujudan persefahaman antara kaum. D Pelibatan dan persefahaman dalam sukan ialah faktor yang menyumbang perkembangan aktiviti sukan. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10 Peribahasa yang manakah yang paling tepat berdasarkan pernyataan di atas? A Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih B Tidak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah C Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya D Kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan Pihak pemaju memberikan pelbagai alasan apabila projek perumahan yang dikendalikan oleh mereka tergendala. UASA.indd 124 10/20/2023 12:23:36 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
125 Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah. 11 Berdasarkan petikan, rangkai kata sampah yang bertimbun-timbun membawa maksud A sampah yang bersepah-sepah. B sampah yang berlimpah-limpah. C sampah yang bersumbat-sumbat. D sampah yang berlonggok-longgok. 12 Apakah yang dilakukan oleh Si Miskin laki bini di tempat pembuangan sampah? A Mencari ketupat basi dan buku tebu B Mencari pakaian di dalam timbunan sampah C Makan ketupat basi dan buku tebu yang dijumpai di dalam timbunan sampah D Makan nasi dan ketupat basi serta tebu yang dijumpai di dalam timbunan sampah 13 Latar masyarakat yang digambarkan dalam petikan prosa tradisional di atas ialah A masyarakat yang suka berhibur. B masyarakat yang memandang hina terhadap orang miskin. C masyarakat yang terlalu mengikut perasaan dan suka mendesak. D masyarakat yang memiliki sifat belas kasihan terhadap golongan bawahan. Hatta, maka hari pun malamlah. Maka baginda pun berangkatlah masuk ke dalam istana. Maka segala raja-raja pun masing-masing pulang ke rumahnya. Adapun akan Si Miskin itu, apabila hari malam maka ia pun diamlah kepada pohon kayu itu membasuhi segala tubuhnya itu. Setelah hari siang maka ia pun berjalan hendak masuk ke dalam negeri mencari rezekinya. Maka apabila sampailah dekat kepada kampung orang, apabila orang yang empunya kampung itu melihat akan dia maka diusirnyalah dengan kayu. Maka Si Miskin itu pun larilah ia ke pasar. Maka dilihat oleh orang pasar akan Si Miskin itu datang, maka masing-masing melempari dengan batu dan kayu dibuatnya pelontar. Maka ia pun larilah dan tubuhnya habislah bengkak-bengkak berlumuran darah. Ia pun menangis berseru-seru sepanjang jalan dengan sangat laparnya dan dahaga seperti akan matilah rasanya. Maka ia pun bertemu dengan tempat orang membuang sampah di tengah jalan raya itu. Maka ia pun berhentilah ia di situ. Maka dicarinyalah di dalam sampah yang bertimbun-timbun barang yang dapat dimakan. Maka dengan takdir Allah Taala maka bertemulah ketupat sebiji basi dengan buku tebu. Maka dimakannya ketupat itu laki bini. Setelah sudah dimakannya ketupat itu maka barulah dimakannya buku tebu itu. Maka adalah segar sedikit rasa tubuhnya kerana beberapa hari lamanya tiada merasai nasi. Hendak meminta ke rumah orang tidak berani. Usahkan diberi orang hampir pun tiada boleh. Demikian halnya Si Miskin itu. (Dipetik daripada prosa tradisional, “Bahagia Sesudah Derita”, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) 14 Peribahasa yang sesuai berdasarkan pernyataan di atas ialah A bagai tikus jatuh ke beras. B hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. C alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. D yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. 15 Berikut ialah perkara yang berlaku kepada Si Miskin apabila tiba di pasar, kecuali A orang pasar memberi Si Miskin makan nasi. B Si Miskin lari dan tubuhnya bengkak-bengkak. C badan Si Miskin berdarah dilempar batu dan kayu. D orang pasar melempari Si Miskin dengan batu dan kayu. Maka dicarinyalah di dalam sampah yang bertimbun-timbun barang yang dapat dimakan. Maka dengan takdir Allah Taala maka bertemulah ketupat sebiji basi dengan buku tebu. UASA.indd 125 10/20/2023 12:23:36 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
126 BAHAGIAN B [30 markah] 1 Dalam bahan di bawah terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. KARNIVAL KEUSAHAWANAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MULTIMEDIA 20_ Usahawan Kejaya Pilihan Tarikh: 1 hingga 9 Julai 20_ Masa: 8:30 pagi hingga 10:00 malam Tempat: Kolej Bersepadu Bestari Pelbagai Aktiviti Menarik Motivasi Keusahawanan Ceramah Tata Cara Pendaftaran Perniagaan Cabutan Bertuah Pameran Kempen Derma Darah Gerai Jualan dan banyak lagi (i) Kejaya – Kerjaya (ii) Tata Cara – Tatacara [2 markah] 2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Murid tingkatan lima itu bersalam-salaman dengan semua guru-guru mereka sebelum masuk ke dewan peperiksaan. semua guru-guru – semua guru (ii) Ahli Persatuan Pandu Puteri akan membuat lawatan ke rumah orang tua-orang tua yang terletak di Hulu Langat pada minggu depan. orang tua-orang tua – orang-orang tua [2 markah] UASA.indd 126 10/20/2023 12:23:37 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
127 3 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat tersebut. Kemudian, tulis subjek dan predikat pada ruang yang disediakan. (i) Laili dan Prema sedang menghias kelas dengan bantuan Cikgu Abidah. (ii) Danish yang menjadi johan pertandingan menulis cerpen memang berbakat besar. [4 markah] 4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. Subjek Laili dan Prema Predikat sedang menghias kelas dengan bantuan Cikgu Abidah. Subjek Danish Predikat yang menjadi johan pertandingan menulis cerpen memang berbakat besar. (i) Pandu cermat jiwa selamat/Biar lambat asal selamat (ii) Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis/Malang tidak berbau [2 markah] UASA.indd 127 10/20/2023 12:23:37 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
128 5 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 BAHAN 2 Pantun Nasibmu Badak Hutan merupakan anugerah alam semula jadi yang amat bernilai. Antara kepentingan hutan ialah hutan menjadi habitat flora dan fauna. Di dalam hutan terdapat pelbagai jenis unggas, serangga, haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan. Misalnya, Hutan Simpan Belum, Perak merupakan satu-satunya hutan simpan di kawasan Semenanjung Malaysia yang mempunyai bunga Pakma atau Refflesia. Semua pihak perlulah berganding bahu untuk memastikan kawasan hutan tetap terpelihara. Pengekalan kehijauan hutan membolehkan pengkaji dan pencinta alam menikmati keindahan hutan dan segala hidupan haiwan di situ. Oleh itu, mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti memusnahkan hutan perlu dibawa ke muka pengadilan. Kalau hendak tuju ke seberang, Kala kelam cari kemangi; Populasi badak kian berkurang, Masih terancam walau dilindungi. Kala kelam cari kemangi, Hujung tepian angin menderu; Masih terancam walau dilindungi, Tanpa ihsan kejam diburu. Hujung tepian angin menderu, Lebat berbuah ranum bidara; Tanpa ihsan kejam diburu, Pelihara khazanah berbangsa negara. SARIPAH BINTI KHALIT (Dipetik dan diubah suai daripada buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) BAHAN 3 UASA.indd 128 10/20/2023 12:23:37 PM BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA