The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISBN: 978-629-473-198-1
WM: RM10.90 / EM: RM11.90

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2023-11-30 22:16:22

STRATEGI A+ BAHASA MELAYU Tingkatan 1

ISBN: 978-629-473-198-1
WM: RM10.90 / EM: RM11.90

128 11 Berdasarkan petikan, rangkai kata satu punca tetap membawa maksud A hasil pekerjaan. B hasil sumbangan. C pendapatan yang lumayan. D sumber pendapatan yang terjamin. 12 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan kematian Sarjan Akhbar? A Mulia seperti raja B Mahal seperti berlian C Pedih seperti sembilu D Pahit seperti hempedu 13 Berdasarkan petikan, apakah yang berlaku kepada keluarga Hayati? A Keluarga Hayati menghadapi masalah belanja setelah bapanya, Sarjan Akhbar terkorban ketika bertempur di sempadan. B Hayati terpaksa meninggalkan asrama dan tinggal dengan keluarganya di kampung kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk meneruskan pelajaran. Saya datang ini untuk menyampaikan penghargaan negara kepada keluarga Pak Mail kerana kematian Sarjan Akhbar semasa bertempur di sempadan dahulu. C Pak Mail terpaksa memohon bantuan daripada Encik Musa dan Datuk Penghulu kerana pencen bulanannya tidak mencukupi untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. D Datuk Hayati terpaksa mengambil alih tugas arwah bapanya kerana pencen bulanannya tidak mencukupi untuk menyara kehidupan mereka. 14 Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas ialah A masyarakat yang mementingkan wang ringgit. B masyarakat yang prihatin terhadap kesusahan orang lain. C masyarakat yang menyerahkan nasib malang kepada takdir. D masyarakat yang suka meminta-minta selepas kematian ketua keluarga. 15 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang petikan? A Encik Musa menyerahkan pencen bulanan kepada Pak Mail. B Datuk Penghulu akan menyara kehidupan mereka sekeluarga. C Encik Musa menyampaikan sekeping cek bernilai RM10,000 kepada keluarga Hayati. D Hayati memberitahu Encik Musa tentang masalah yang dihadapi sepanjang berada di asrama sekolahnya. DATUK PENGHULU: Begini, Pak Mail. Encik Musa datang ke sini kerana ada tugas. PAK MAIL: Oh begitu! Apa halnya, Encik Musa? ENCIK MUSA: Begini, Pak Mail. Saya datang ini untuk menyampaikan penghargaan negara kepada keluarga Pak Mail kerana kematian Sarjan Akhbar semasa bertempur di sempadan dahulu. Kami bersimpati benar dengan keluarga Pak Mail, terutamanya kepada Puan Fauziah dan dua orang anaknya. PAK MAIL: Terima kasihlah, Encik Musa. Kami memanglah sedang menghadapi masalah sekarang ini, terutamanya dalam hal persekolahan Hayati. Hari ini dia pulang dari asrama. ENCIK MUSA: Mengapakah begitu, Pak Mail? PAK MAIL: Masalah belanja, Encik Musa. Nampaknya saya terpaksa mencari satu punca tetap untuk membantu persekolahannya. Saya sudah pun memberitahu Tuk Penghulu akan hal ini. DATUK PENGHULU: Betul, Encik Musa. Saya akan berikhtiar untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh Pak Mail sekarang. Pak Mail tentu tidak dapat mengharapkan pencen bulanannya yang sedikit itu untuk menyara keluarga. PAK MAIL: Betul, Tuk. ENCIK MUSA: Begini, Pak Mail. Kedatangan saya ini juga untuk menyampaikan sekeping cek yang bernilai sepuluh ribu ringgit untuk Puan Fauziah. Di manakah Puan Fauziah sekarang Pak Mail? (Dipetik daripada drama “Hadiah” antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah. UASA BM T1 pg 126-138.indd 128 10/24/2023 11:06:39 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD


129 BAHAGIAN B [30 markah] 1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) pertunjukkan – pertunjukan (ii) kanival – karnival [2 markah] 2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Semua peserta-peserta pertandingan memasak berasa teruja apabila dapat bertemu dengan tukang masak popular itu. Semua peserta-peserta – Semua peserta/Peserta-peserta (ii) Sampah di halaman rumah itu disapu oleh kami sebelum ibu dan ayah pulang dari kebun. disapu oleh kami – kami sapu [2 markah] 3 Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat bersusunan songsang. (i) Peserta termuda pertandingan pidato tersebut sungguh petah berbicara. Sungguh petah berbicara peserta termuda pertandingan pidato tersebut. (ii) Empangan di seluruh Malaysia mengalami penyusutan disebabkan cuaca kering dan panas kebelakangan ini. Mengalami penyusutan disebabkan cuaca kering dan panas kebelakangan ini empangan di seluruh Malaysia. UASA BM T1 pg 126-138.indd 129 10/24/2023 11:06:40 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD


130 4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua bandingan semacam yang sesuai berdasarkan gambar. (i) Lambat macam siput (ii) Cepat macam kilat [2 markah] Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Menara tinggi banyak bertingkat, Di sana tiada bilik bersekat, Tiada bertangga naik melekat, Mata-mata menjaga segenap pangkat. Yang ada sedia panji-panji bendera, Hingga sampai ke kemuncak menara, Banyak ada ia bersaudara, Yang ada pula bersama gara. Selalu dipandang dilihat adanya, Tinggi rendah dijerat pangkatnya, Besar kecil ikat binanya, Terlalu kuat pula asasnya. Ikatnya licin di luar di dalam, Gelapnya di dalam seperti malam, Air tak tiris seperti kolam, Ikat tingkatnya tak nampak alam. MOHD. YUSUF MD NOOR dan ABDUL RAHMAN KAEH (Penyelenggara) (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) Syair Pohon Buluh (iii) Para penonton merempuh masuk ke dalam stadium. Ke dalam stadium para penonton merempuh masuk. (iv) Peserta perbahasan itu sungguh petah berbicara. Sungguh petah berbicara peserta perbahasan itu. [4 markah] UASA BM T1 pg 126-138.indd 130 10/24/2023 11:06:41 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD


131 BAHAN 2 Malaysia perlu dikenali bukan hanya makmur dari segi ekonomi dan pembangunan, malah menjadi negara beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya, sekali gus dapat bersama dalam suasana aman serta harmoni. Perpaduan nasional harus menjadi misi penting bagi negara. Keadilan, penerimaan dan toleransi perlu menjadi nilai asas kepada kerangka perpaduan nasional ini. Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan budaya yang berbeza, sifat kebersamaan serta cinta akan keharmonian dan keamanan perlu ada bagi merealisasikan matlamat perpaduan nasional. Kesepaduan antara rakyat sebenarnya lahir daripada semangat penerimaan dan rasa hormat antara kaum dan agama. Justeru, keutamaan harus diberi kepada usaha membina sikap penerimaan diiringi nilai keluhuran budi pekerti dalam masyarakat. Keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan masyarakat akan hanya dapat diwujudkan jika setiap individu mempunyai pemahaman terhadap peranan masing-masing untuk menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian. (Dipetik dan diubah suai daripada “Harmonikan Hubungan Masyarakat Pelbagai Kaum”, Berita Harian, 31 Januari 2020) 5 (a) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan yang terdapat dalam kedua-dua bahan. [3 markah] Persamaan yang terdapat dalam kedua-dua bahan ialah hidup yang aman dalam keadaan harmoni, keadaan saling menerima antara satu sama lain dan mempunyai asas perpaduan yang kukuh. (b) Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam Bahan 2. [3 markah] (c) Perpaduan membolehkan pelbagai kaum di Malaysia hidup dalam suasana harmoni. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk memupuk perpaduan di sekolah? [4 markah] Dua pengajaran yang terdapat dalam Bahan 2 ialah rakyat Malaysia perlulah mengekalkan identiti kepelbagaian agama, bangsa dan budaya. Selain itu, rakyat Malaysia perlu mengamalkan sifat kebersamaan serta cinta akan keharmonian dan keamanan. Cara-cara untuk memupuk perpaduan kaum di sekolah ialah guru perlu mengadakan aktiviti yang melibatkan semua kaum, contohnya aktiviti kokurikulum dan gotong-royong. Selain itu, tempat duduk secara berkumpulan di dalam bilik darjah juga harus bercampur antara semua kaum. Bilangan ahli persatuan atau kelab juga harus seimbang bagi setiap kaum. UASA BM T1 pg 126-138.indd 131 10/24/2023 11:06:41 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD


132 6 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. Persoalan dalam sesebuah novel penting untuk memperkukuh dan menghidupkan tema sesebuah karya. Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, nyatakan tiga contoh peristiwa yang bersesuaian dengan persoalan yang diberikan. (i) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia (ii) Destinasi Impian, karya Mohd. Ismail Sarbini (iii) Formula Termodinamik, karya Obasiyah Haji Usman (iv) Sejambak Bakti, karya Rejab FI Novel Pelari Muda Persoalan perubahan sikap manusia: • Kamarul mula berubah sikap menjadi seorang yang sombong Selepas memenangi pingat di kejohanan sukan MSSM dan juga Sukan SEA Brunei, nama dan imej Kamarul semakin meningkat. Kamarul mulai sombong dan angkuh. Dia memperlekehkan rakan-rakannya. Dia juga enggan menghadiri latihan yang dikendalikan oleh jurulatihnya, Encik Kadir. • Kamarul enggan menyertai latihan kecergasan Latihan kecergasan dikendalikan oleh jurulatihnya, Encik Kadir. Namun begitu, Kamarul ingin berlatih sendiri tanpa latihan daripada jurulatihnya. Dalam pemilihan ke Sukan SEA Bangkok, Sures berjaya mengalahkan Kamarul. Dia mula berasa tertekan dan runsing. Hubungannya dengan Encik Kadir, rakan-rakan dan Saridah pula semakin renggang. • Kamarul telah terlibat dalam kemalangan Ketika dalam perjalanan pulang dari pusat sukan, Kamarul telah dilanggar oleh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. Dia telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan ringan di lutut dan mukanya. Dia telah diziarahi oleh jurulatih dan rakan-rakannya. Hal ini telah membuatkan ego Kamarul menurun dan memohon kemaafan daripada mereka semua atas sikap angkuhnya. Novel Destinasi Impian Persoalan kerjasama dan keperihatinan terhadap orang lain: Novel Persoalan Pelari Muda Perubahan sikap manusia Destinasi Impian Kerjasama dan keprihatinan terhadap orang lain Formula Termodinamik Sikap yang negatif dalam kalangan masyarakat Sejambak Bakti Menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan UASA BM T1 pg 126-138.indd 132 10/24/2023 11:06:41 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD


133 • Johari telah membantu Firdaus yang ditimpa kemalangan Dia cepat-cepat datang untuk memberikan pertolongan kepada Firdaus dan Azlina ketika sepupunya itu terjatuh dari basikal. • Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal sampai ke destinasi Berkat kerjasama dan usaha gigih mereka sepanjang perjalanan sejauh 50 kilometer berbasikal, akhirnya mereka berjaya sampai ke destinasi yang diidam-idamkan, iaitu Pantai Morib Baru. • Mazlina bersikap prihatin apabila cuba menyelamatkan Firdaus daripada lemas Firdaus dengan sombong dan angkuhnya telah berbohong kepada rakan-rakannya dengan mengatakan bahawa dia pandai berenang. Mazlinda cuba menguji kebolehan Firdaus berenang dengan berpura-pura lemas. Moksin pula mencabar Firdaus agar menyelamatkan Mazlinda. Novel Formula Termodinamik Persoalan sikap yang negatif dalam kalangan masyarakat: • Aswan mempunyai sikap iri hati terhadap kebolehan orang lain Dia berasa tergugat apabila Amir dan Usamah mahu mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin mencangkul tanah. Dia telah mencuri formula Dua Hukum Popular Termodinamik kerana hendak mencipta mesin yang sama. • Pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan diri seseorang Aswan telah mempengaruhi Fikri dan Majibon agar bersekongkol melakukan perbuatan yang negatif bersamanya. • Lahop dan Oyong telah mencuri harta pertanian penduduk Kampung Warisan. Sikap mereka yang mengambil jalan singkat ini adalah untuk kesenangan diri sendiri sehinggakan menyusahkan orang lain. Novel Sejambak Bakti Persoalan menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan: • Tanggungjawab memajukan kedai koperasi sekolah Razali bertugas sebagai Penolong Setiausaha Koperasi. Dia dibantu oleh Swee Lan, Saridevi dan Harun selaku ahli lembaga pengarah koperasi sekolah. Mereka mempunyai sifat amanah yang tinggi dan bertanggungjawab. Mereka telah bekerjasama mengurus koperasi sekolah dengan dibantu oleh Norlela, pembantu kedai koperasi. • Ahli lembaga pengarah bekerjasama membuat persiapan pertandingan koperasi Mereka menguruskan koperasi, mengemas dan menghias bilik bacaan demi memastikan koperasi sekolah memenangi pertandingan itu. Akhirnya, koperasi sekolah mereka diumumkan sebagai johan pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah. • Menjalankan tugas menguruskan koperasi dengan baik sekali Ramlah, Razali, Saridevi dan Swee Lan melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Walaupun kadang kala didesak dan disindir, namun mereka sentiasa mengukir senyuman sepanjang masa. [10 markah] UASA BM T1 pg 126-138.indd 133 10/24/2023 11:06:41 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD


134 BAHAGIAN C [15 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kegunaan pokok buluh kepada manusia. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah ayat asal. Buluh merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan monokotiledon dari famili Gramineae dalam keluarga rumput-rampai. Buluh selalunya sesuai tumbuh dalam kawasan beriklim sederhana atau di kawasan separa tropika. Secara keseluruhannya batang buluh ini dijadikan sumber pendapatan sampingan dan utama bagi sesetengah penduduk terutama di kawasan desa. Antara kegunaan dan produk yang dihasilkan dari buluh ialah kayu penyepit, perabot, peralatan muzik, pencungkil gigi dan mempunyai rebung yang boleh dimakan. Selain itu, buluh juga dijadikan galah, bingkai gambar, pencucuk sate, bahan anyaman, bidai dan kraf tangan. Rumpun buluh juga dijadikan landskap di taman-taman rekreasi awam dan kawasan persendirian. Bagaimanapun, terkini rebung buluh merupakan salah satu hasil dari pokok buluh yang diminati ramai. Penanaman buluh madu kini semakin popular dikomersialkan untuk menghasilkan rebung. Biasanya dengan ketinggian antara enam hingga 10 meter, buluh ini sering dijadikan pokok hiasan di halaman rumah mahupun dalam kediaman. Dilihat pada bahagian batangnya yang pendek dan membengkak turut menyebabkan ia digelar ‘Perut Buddha’ yang mempunyai kelebihan sebagai penahan hakisan tanah, pemecah angin dan dijadikan pagar semula jadi untuk tanah persendirian. Oleh sebab bentuk buluh yang rendah dan berketak-ketak, lazimnya buluh ini sering digunakan untuk dijadikan pohon bonsai dengan mencantas pucuknya untuk menghalang pertumbuhan. Pokok buluh istimewa kepada masyarakat Melayu kerana batang buluh lemang mempunyai permintaan tinggi terutamanya untuk dijadikan juadah sempena Hari Raya. (Dipetik dan diubah suai daripada “Buluh – Tumbuhan Lasak dan Gunanya” https://animhosnan.blogspot.com/, 5 November 2021 Antara kegunaan pokok buluh kepada manusia ialah dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan. Selain itu, pokok buluh juga dapat dijadikan landskap di taman-taman rekreasi awam dan kawasan persendirian. Di samping itu, penanaman buluh madu kini semakin popular dikomersialkan untuk menghasilkan rebung. Selanjutnya, pokok buluh juga berfungsi sebagai penahan hakisan tanah, pemecah angin dan dijadikan pagar semula jadi untuk tanah persendirian. Akhir sekali, batang buluh lemang mempunyai permintaan tinggi terutamanya untuk dijadikan juadah sempena Hari Raya. [15 markah] UASA BM T1 pg 126-138.indd 134 10/24/2023 11:06:41 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD


135 Kertas 2 1 JAM Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A dan serta satu soalan daripada Bahagian B. BAHAGIAN A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Bencana alam yang tidak dapat dielakkan Ikut arahan pihak berkuasa Gunakan air yang bersih Menjaga kebersihan diri Langkah-langkah Keselamatan Semasa Banjir Elakkan bermain air banjir Pakai jaket keselamatan Banjir merupakan bencana alam yang tidak dapat dielakkan. Justeru, kita hendaklah menghadapi banjir dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya. Ibu bapa haruslah mengawasi anak-anak agar mereka tidak bermain air banjir. Anak-anak perlulah sentiasa berada di dalam rumah agar mereka tidak terdedah kepada bahaya banjir. Selain itu, kita hendaklah memakai jaket keselamatan ketika operasi pemindahan dilakukan. Kita perlu menunggu bantuan tiba dan tidak meredah banjir sendirian kerana tindakan ini membahayakan diri sendiri. Kita juga hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri. Kita hendaklah menggunakan air yang bersih untuk minum. Akhir sekali, kita mestilah mematuhi arahan pihak berkuasa demi memastikan kita sentiasa selamat daripada bahaya banjir. [10 markah] UASA BM T1 pg 126-138.indd 135 10/24/2023 11:06:41 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD


136 BAHAGIAN B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 1 Anda mempunyai seorang rakan yang gemar menghabiskan masa dengan melayari media sosial yang kurang bermanfaat. Anda ingin menasihati rakan anda itu. Huraikan cara-cara untuk menasihati rakan anda itu. 2 Media sosial kian menjadi alat perhubungan yang semakin berpengaruh bagi masyarakat hari ini. Huraikan cara-cara menggunakan media sosial dengan betul. 3 Anda telah menyertai satu pertandingan syarahan di sekolah. Tajuk syarahan anda ialah “Kebaikan Media Sosial kepada Murid-murid”. Tulis teks syarahan anda selengkapnya. Soalan 1 Pendahuluan Dewasa ini, penggunaan media sosial dan masyarakat tidak boleh dipisahkan – remaja menghabiskan banyak masa dengan media sosial – ada yang bermanfaat, ada yang tidak bermanfaat – rakan saya gemar menghabiskan masa dengan melayari media sosial yang kurang bermanfaat – saya perlu menasihatinya Isi-isi penting 1 Mengajak rakan tersebut melakukan aktiviti riadah bersama-sama – menghabiskan masa di padang dengan bermain bola sepak, badminton, berbasikal atau bersenam – dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan – melakukan hobi bersama-sama – berbual-bual sambil bertukar-tukar pandangan UASA BM T1 pg 126-138.indd 136 10/24/2023 11:06:42 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD


137 2 Membantu ibu bapa melakukan kerja rumah – menasihatinya supaya memperuntukkan masa untuk membantu ibu bapa – meringankan beban ibu bapa, mereka berasa gembira – sambil membantu ibu bapa, rakan saya boleh berbual-bual dengan ahli keluarga – mengeratkan hubungan kekeluargaan 3 Menyiapkan kerja sekolah terlebih dahulu – saya akan menasihatinya supaya menyiapkan kerja sekolah terlebih dahulu sebelum melakukan perkara-perkara yang lain – mengajak rakan mengulang kaji pelajaran bersama-sama pada waktu petang – mengajak rakan pergi ke perpustakaan – mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah 4 Mengadakan peraturan penggunaan media sosial – saya akan mencadangkan supaya rakan membuat peraturan untuk menggunakan media sosial – dapat mengelakkan rakan saya daripada lalai – menetapkan waktu penggunaan, tempoh penggunaan dan menyenaraikan media sosial yang boleh dilayari Penutup Media sosial perlu digunakan dengan bijak – berpada-pada dan tidak melampaui batasan – membawa kebaikan jika digunakan dengan betul – mendatangkan kemudaratan jika disalahgunakan Soalan 2 Pendahuluan Masyarakat dan media sosial kini tidak boleh dipisahkan – penggunaan secara betul dan bijak akan memudahkan kehidupan manusia – terdapat beberapa panduan untuk menggunakan media sosial dengan betul Isi-isi penting 1 Tidak berkongsi maklumat dan data peribadi – ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial dengan niat yang tidak baik – kelalaian masyarakat ketika menggunakan media sosial akan memudahkan lagi tugas mereka – maklumat peribadi tidak harus dikongsikan dalam media sosial – tidak mendedahkan butiran akaun bank – tidak mendedahkan aktiviti peribadi secara terperinci 2 Tidak menyebarkan berita palsu – media sosial merupakan alat yang paling ampuh bagi menyebarkan berita palsu – berita palsu boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram – berita palsu boleh menyebabkan fitnah dan tanggapan buruk terhadap seseorang – menyebabkan salah persepsi 3 Bersederhana dalam berkongsi cerita dan menulis komen – berlaku perbincangan yang panjang apabila sesuatu isu timbul – tidak semua cerita yang dikongsi adalah benar – berlaku tokok tambah – menimbulkan pergaduhan antara pengguna – penggunaan kata-kata yang kesat UASA BM T1 pg 126-138.indd 137 10/24/2023 11:06:42 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD


138 4 Berkongsi ilmu dan kebenaran – ilmu pengetahuan juga mudah disebarkan – cara penyampaian ilmu di media massa ini lebih pendek dan jelas – mudah diingati oleh pengguna – boleh menyebarkan kebaikan Penutup Pilihan terletak di tangan sendiri – gunakanlah media sosial dengan bijak Soalan 3 Pendahuluan Format syarahan – kata alu-aluan – menyatakan tajuk syarahan – media sosial tidak boleh dianggap negatif semata-mata – media sosial memberikan pelbagai manfaat jika digunakan dengan betul dan bijak Isi-isi penting 1 Menambah ilmu pengetahuan – pelbagai ilmu pengetahuan disebarkan melalui media sosial – sama ada ilmu daripada rakan atau daripada pengguna media sosial yang lain – tidak perlu membayar harga yang sangat mahal untuk mendapatkan ilmu pengetahuan 2 Meningkatkan kemahiran teknologi – terdapat pelbagai aplikasi baharu dalam media sosial dan sentiasa berkembang serta dikemas kini – penyertaan dalam media sosial akan lebih menarik jika pengguna boleh menggunakan kemajuan teknologi – teknik mengedit dan menyampaikan maklumat yang menarik 3 Meluaskan jaringan perhubungan – manusia dihubungkan melalui media sosial – boleh menjalinkan persahabatan – dalam dan luar negara – mempelajari sesuatu yang baharu daripada kenalan baru 4 Maklumat disampaikan dengan pantas – maklumat di dalam media sosial lebih pantas berbanding maklumat daripada berita televisyen, apatah lagi melalui akhbar – memudahkan masyarakat untuk bertindak dengan pantas – masyarakat akan dapat mengelakkan perkara yang buruk dengan maklumat yang segera Penutup Jangan mudah terpengaruh dengan perkara negatif dalam media sosial – masyarakat hendaklah bijak membuat pilihan – pastikan sentiasa membuat pilihan yang baik dan tepat – mencapai negara maju UASA BM T1 pg 126-138.indd 138 10/24/2023 11:06:42 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD


Click to View FlipBook Version