78 Praktis 3 Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 BAHAN 2 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan sikap anak yatim dan Azizan terhadap orang yang dihadapinya. 2 Nyatakan dua pengajaran yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan ini. 3 Kegigihan sangat penting dalam kehidupan. Pada pendapat anda, apakah yang mesti dilakukan jika sesuatu yang diusahakan itu tetap tidak mencapai kejayaan? Pada suatu hari, ketika yang empunya padi sedang sibuk ke sana dan ke sini menghalau burung-burung yang memakan tanamannya, dengan cepat-cepat anak yatim piatu itu mengambil segenggam padi yang sedang dijemur. Dimasukkannya padi itu ke dalam mulutnya, lalu ia pun melompat dan lari dengan sekencangkencangnya menuju ke liang tempat ia mula-mula masuk ke kayangan bersama-sama dengan tujuh orang gadis kayangan yang diikutinya beberapa hari yang lalu. Setelah yang empunya padi kembali dari menghalau burung-burung itu maka didapatinya bekas tangan anak yatim piatu itu pada tompokan padi yang sedang dijemurnya. Ia pun segera mengerti bahawa padinya ada yang dicuri oleh anak yatim piatu itu. (Dipetik daripada ‘Asal Padi’, antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) “Ya, sudah tentu boleh”, kata Cikgu Nordin. “Awak boleh memperhatikan strategi perlawanan pihak lawan dan merangka perubahan strategi pasukan awak nanti,” kata Cikgu Nordin. “Awak boleh bertindak sebagai pengurus pasukan,” celah Cikgu Rosman. “Walaupun awak tak boleh bermain bola, awak boleh memainkan peranan yang lain,” kata beliau lagi. “Main tetap main, lawan tetap lawan,” sambungnya menyuntik semangat Azizan. “Ya, main tetap main, lawan tetap lawan,” bisik hati kecil Azizan, penuh semangat. Perkara yang penting ialah kejayaan dalam perjuangan. Dia tidak rela melihat pasukannya dikalahkan oleh pihak lawan. (Dipetik daripada ‘Hikmah dan Cabaran’, Buku Teks Bahasa Melayu, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) Dalam Bahan 1, [Bagaimana] anak yatim bersikap tabah kerana berusaha mendapatkan padi yang diidamidamkannya. Dalam Bahan 2, [Bagaimana] Azizan akur akan kehendak Cikgu Nordin yang mahukannya merangka strategi pasukan untuk menghadapi lawan dalam pertandingan bola sepak. Pengajaran yang terdapat dalam kedua-dua bahan ialah [Apa] kita mestilah berusaha untuk mencapai apa-apa yang dihajati. Selain itu, [Apa] kita mestilah menggunakan akal fikiran atau strategi untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Kita mestilah terus [Bagaimana] berusaha untuk mencapai kejayaan. Selain itu, kita mestilah [Bagaimana] mempelajari atau mengkaji punca-punca kegagalan kita dan [Bagaimana] merujuk kepada pihak-pihak tertentu untuk membaiki kesilapan yang kita lakukan. Reviu Topik 76-80.indd 78 10/20/2023 12:47:22 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
79 Praktis 4 Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 BAHAN 2 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan masalah yang dihadapi oleh Pak Mail dan Hadi. 2 Nyatakan persoalan yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan ini. 3 Sikap mementingkan diri patut dielakkan dalam kehidupan bermasyarakat. Pada pendapat anda, apakah dua kesan negatif jika sikap mementingkan diri diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat? Lima belas tahun yang lalu, kehidupan Hadi dan keluarganya serba kekurangan. Pada ketika itu, ayah Hadi tidak bekerja kerana sering jatuh sakit. Hadi selalu dimarahi oleh pemilik sebuah kedai ubat di pekan yang berdekatan dengan rumahnya kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar harga ubat yang ingin dibelinya. Sewaktu pulang dari pasar, Pak Seman, pekedai runcit di pekan itu telah terlihat Hadi yang sedang menangis teresak-esak di hadapan kedai ubat tersebut kerana dia sudah tidak mampu membelikan ayahnya ubat. Pak Seman yang berasa simpati terhadap Hadi telah membayar harga ubat itu. Kini, Hadi telah bertugas sebagai doktor pakar. Pada suatu hari, Pak Seman dimasukkan ke hospital tempat Hadi bertugas kerana menghidap penyakit kronik. (Dipetik daripada ‘Keihklasan Budi’, Buku Teks Bahasa Melayu, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) Dalam Bahan 1, [Apa] Pak Mail menghadapi masalah kewangan, iaitu [Mengapa] dia tidak mempunyai wang untuk membiayai persekolahan cucunya, Hayati. Dalam Bahan 2 pula, [Apa] Hadi selalu dimarahi oleh pekedai ubat kerana [Mengapa] tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli ubat ayahnya. Persoalan yang terdapat dalam kedua-dua bahan ini adalah [Apa] tentang keprihatinan, iaitu pihak angkatan tentera menyumbang sekeping cek kepada keluarga Puan Fauziah manakala Pak Seman pula membantu membayar harga ubat ayah Hadi. Jika sikap mementingkan diri diamalkan oleh masyarakat, [Apa] nasib orang yang susah tidak akan terbela. Selain itu, akan [Apa] wujud jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dengan golongan yang miskin. PAK MAIL: Terima kasihlah, Encik Musa. Kami memanglah sedang menghadapi masalah sekarang ini, terutamanya dalam hal persekolahan Hayati. Hari ini dia pulang dari asrama. ENCIK MUSA: Mengapa begitu, Pak Mail? PAK MAIL: Masalah belanja, Encik Musa. Nampaknya saya terpaksa mencari satu punca tetap untuk membantu persekolahannya. Saya sudah pun memberitahu Tuk Penghulu akan hal ini. DATUK PENGHULU: Betul, Encik Musa. Saya akan berikhtiar untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh Pak Mail sekarang. Pak Mail tentu tidak dapat mengharapkan pencen bulanannya yang sedikit itu untuk menyara keluarga. PAK MAIL: Betul, tuk. ENCIK MUSA: Begini, Pak Mail. Kedatangan saya ini juga untuk menyampaikan sekeping cek yang bernilai sepuluh ribu ringgit untuk Puan Fauziah. Di manakah Puan Fauziah sekarang, Pak Mail? (Dipetik daripada drama ‘Hadiah’, antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) Reviu Topik 76-80.indd 79 10/20/2023 12:47:22 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
80 Praktis 5 Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 BAHAN 2 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dari segi peranan bahasa dalam membentuk perpaduan. 2 Nyatakan dua persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua bahan. 3 Bahasa memainkan peranan penting sebagai alat komunikasi. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita? Kunci Bahasa Bahasa bermaruah tidak berbilur bahasa di lidah. Bahasa berbuah tidak kering bahasa diperah. Bahasa bersejarah tidak luput bahasa bertingkah. (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) Rafiq menyelak helaian demi helaian. Rafiq membaca coretan lalu. Tok Ayah banyak berkarya. Perjuangan beliau melalui luahan minda. Tok Ayah menulis puisi, cerpen, novel dan drama. Semuanya sarat dengan seruan pembangkit semangat. Biar tusuk mata pena Tok Ayah masuk ke dalam kalbu semua bangsa. Bahasanya indah kerana citra pemikirannya memberikan sejuta makna yang bererti. Maksud yang terangkum dalam sajaknya boleh dijadikan komunikasi dan penyatuan semua bangsa. Yang jelas, karya sebagai senjata untuk memerdekakan masyarakat persis perjuangan Tok Ayah dalam Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50). Pemikiran Tok Ayah yang tajam mengkritik dan menegur bukan untuk bermusuh-musuh. Niat Tok Ayah hanya mahu bahasa milik nusa bangsa ini menjadi bahasa ilmu dan perpaduan. (Dipetik daripada ‘Sebening Pelangi Bahasa’, Buku Teks Bahasa Melayu, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) Dalam Bahan 1, [Bagaimana] bahasa memainkan peranan sebagai penghubung antara masyarakat menerusi perbualan. Dalam Bahan 2 pula, [Bagaimana] Tok Ayah menjadikan tulisannya sebagai alat untuk menyatupadukan kaum di negara kita. Persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam bahan ialah [Apa] masyarakat yang cinta akan bahasa, iaitu kedua-dua petikan memperlihatkan sokongan yang padu terhadap penggunaan dan perkembangan bahasa. Selain itu, [Apa] terdapat juga latar masyarakat yang hidup bersatu padu. Kedua-dua petikan menjelaskan tentang masyarakat yang bersatu padu ekoran daripada penggunaan bahasa yang sama. Langkah-langkah yang boleh diambil untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ialah [Bagaimana] memperkemas pendidikan dan bahasa supaya setiap anggota masyarakat mampu menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik. Selain itu, kita perlulah [Bagaimana] berusaha untuk menangani pencemaran bahasa yang semakin berleluasa di negara kita. Bahasa berwasilah tidak putus jambatan ukhuwah. Bahasa berbudi sudah tidak lokek pada ummah. Bahasa begitu indah tidak habis berbahasa bermadah. Reviu Topik 76-80.indd 80 10/20/2023 12:47:22 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
81 Novel Pelari Muda Praktis Pengukuhan Praktis Pengukuhan Destinasi Impian Nyatakan latar tempat berdasarkan peristiwaperistiwa yang diberikan. Peristiwa Tempat 1 Tempat Kamarul dirawat selepas mengalami kemalangan jalan raya. Hospital 2 Tempat Kejohanan Sukan SEA ke-14 yang disertai oleh Kamarul dan rakan-rakannya. Bangkok 3 Kamarul berada dalam keadaan muram dan dia ditegur oleh Mah Jah selepas bersarapan. Rumah Kamarul 4 Tempat Suresh menunggu Kamarul. Dia berasa terkilan kerana Kamarul tidak menepati janjinya untuk menjalani latihan. Pusat Latihan Sukan Kampung Pandan 5 Kamarul berbual-bual dengan De Wega, iaitu seorang atlet dari Filipina yang diminatinya. Bilik penginapan (hotel) 6 Kamarul dan rakan-rakan disambut dengan meriah selepas kembali daripada menyertai Sukan SEA ke-14. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 7 Tempat Saridah menunggu Kamarul. Dia berasa sedih kerana Kamarul tidak datang seperti yang dijanjikan. Perpustakaan A Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 1 Azlina, Firdaus dan Johari menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal. 2 Mereka mengayuh basikal dari Klang ke Pantai Morib Baru . 3 Kayuhan basikal ketiga-tiga remaja tersebut ialah sejauh 50 kilometer. 4 Sepanjang perjalanan, Firdaus sering disindir kerana dikatakan bersifat keperempuanan. 5 Novel ini bertemakan ketabahan anak-anak muda menempuh cabaran . 6 Johari sedang bercuti dan belajar di Universiti Putra Malaysia . 7 Ketika hampir lemas, Firdaus diselamatkan oleh Mazlinda . 8 Azlina merupakan seorang jaguh sukan olahraga di Sekolah Menengah Kapar. 9 Salah seorang rakan Firdaus yang sudah berada di lokasi yang dituju oleh mereka ialah Sazali . 10 Di akhir cerita, Firdaus menyesali sikapnya yang angkuh dan suka berbohong . B Nyatakan nilai berdasarkan maklumat yang diberikan. 1 Azlina tidak tergamak membiarkan abangnya pulang sendirian ke Klang. Kasih sayang 2 Datuk menyelesaikan masalah cucunya yang tidak tahan lasak dan bersikap manja. Bijaksana Novel pg 81-87.indd 81 10/20/2023 12:44:35 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
82 3 Firdaus insaf akan kesalahan-kesalahan yang dilakukannya setelah mendapat teguran daripada Johari. Keinsafan 4 Azlina dan Johari bersyukur kerana ekspedisi mereka telah berjaya mengubah sikap negatif Firdaus. Kesyukuran 5 Johari, Azlina dan Firdaus gigih untuk menamatkan ekspedisi berbasikal mereka dari Klang ke Morib. Kegigihan Formula Termodinamik Praktis Pengukuhan Tandakan () bagi pernyataan yang betul dan () bagi pernyataan yang salah. 1 Hubungan antara Amir dengan Usamah ialah adik-beradik. ( ) 2 Amir berdarah kacukan Cina dan Brunei. ( ) 3 Usamah belajar di sebuah politeknik di Selangor. ( ) 4 Nenek Amir dan Usamah tinggal di Kampung Warisan Papar, Sabah. ( ) 5 Masyarakat desa di dalam novel ini mengamalkan sikap bekerjasama. ( ) 6 Tema novel ini ialah sikap ego yang membawa padah. ( ) 7 Aswan mendapat Anugerah Saintis Muda dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran di luar negara. ( ) 8 Fikri, Majibon dan Aswan hanyut dibawa arus deras tetapi mereka dapat diselamatkan. ( ) 9 Amir dan Usamah telah mencipta mesin yang berfungsi sebagai pemotong rumput dan pencangkul tanah. ( ) 10 Amir dan Usamah mencipta mesin 2 dalam 1 menggunakan formula mereka sendiri. ( ) Novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I. menampilkan kisah-kisah yang berlaku di sebuah sekolah menengah . Konflik bermula apabila Razali telah dilantik sebagai penolong setiausaha koperasi sekolah. Pelantikannya itu dicemburui dan tidak disenangi oleh Munir dan rakan-rakannya. Razali juga dicemburui kerana berkawan rapat dengan Ramlah . B Pilih jawapan yang sesuai. 1 Salah seorang rakan baik Munir dalam novel ini ialah Leong . (Leong/Lim) 2 Cikgu Zulkifli ialah guru kaunseling dan kerjaya di sekolah tempat Razali belajar. (guru disiplin/guru kaunseling) 3 Salah satu usaha yang dilakukan oleh koperasi sekolah untuk menambah pendapatan ialah menternak ayam telur . (ayam telur/ikan air tawar) 4 Pak Zakaria ialah ayah tiri Razali. (ayah tiri/ ayah kandung) 5 Ramlah ialah anak Pak Ramli dan tinggal bersama abangnya, seorang anggota polis . (polis/bomba) 6 Munir telah dikenakan hukuman rotan dan digantung persekolahan selama seminggu . (seminggu/dua minggu) Sejambak Bakti Praktis Pengukuhan A Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Munir menengah Razali Rejab F.I. Ramlah Novel pg 81-87.indd 82 10/20/2023 12:44:35 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
83 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. (i) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia (ii) Destinasi Impian, karya Mohd. Ismail Sarbini (iii) Formula Termodinamik, karya Obasiyah Haji Usman (iv) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I Reviu Topik Praktis 1 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang berkaitan dengan nilai murni dan watak sampingan yang dinyatakan. Novel Watak Sampingan Nilai Pelari Muda Saridah Tanggungjawab Kejujuran Destinasi Impian Mazlinda Baik hati Setia kawan Formula Termodinamik Usamah Kasih sayang Baik hati Sejambak Bakti Ramlah Keberanian Kerajinan Novel Pelari Muda • Watak sampingan dalam novel ini ialah Saridah. • Nilai tanggungjawab – peristiwa Saridah menegur sikap Kamarul yang sudah mula sombong dan bangga dengan kejayaan yang dimiliki. Dia berasa bertanggungjawab untuk menegur rakannya itu. • Nilai kejujuran – peristiwa Saridah memohon maaf daripada Kamarul atas teguran yang diberikannya kepada Kamarul. Saridah jujur dalam memberi pendapat dan berterus-terang terhadap Kamarul. Novel Destinasi Impian • Watak sampingan dalam novel ini ialah Mazlinda. • Nilai baik hati – peristiwa Mazlinda membelanja Firdaus minuman tin kerana baginya Firdaus telah mencipta sejarah dapat sampai ke Pantai Morib. • Nilai setia kawan – peristiwa Mazlinda menunggu ketibaan Firdaus dari Bukit Kapar ke Pantai Morib. Dia menunggu ketibaan Firdaus bersama rakan-rakannya. Novel Formula Termodinamik • Watak sampingan dalam novel ini ialah Usamah. • Nilai kasih sayang – Usamah menyediakan bubur untuk neneknya yang sakit. Dia sangat mengambil berat akan kesihatan neneknya. • Nilai baik hati – Usamah memberi teguran yang membina untuk rakannya, Amir. Dia tidak mahu Amir berpandangan negatif terhadap projek yang sedang dilaksanakan oleh mereka. Novel Sejambak Bakti • Watak sampingan ialah Ramlah. • Nilai keberanian – peristiwa Ramlah menengking Leong, Munir dan Silvam yang menyindirnya. Ketika itu dia sedang membantu Razali menyiapkan minit mesyuarat di kedai koperasi. • Nilai kerajinan – Ramlah menjalankan kerja-kerja dan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah. Dia sangat bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya dan rajin melakukan sebarang pekerjaan berkaitan tugasnya itu. Novel pg 81-87.indd 83 10/20/2023 12:44:35 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
84 Latar masyarakat sangat penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. Novel Pelari Muda Latar masyarakat: • Masyarakat yang aktif dalam sukan – menceritakan dengan panjang lebar tentang masyarakat yang menjalani kehidupan seharian dengan aktiviti sukan. Contohnya, terdapat atlet-atlet yang mengharumkan nama negara seperti Kamarul, Suresh dan beberapa lagi. • Masyarakat yang prihatin – mempamerkan keprihatinan seseorang anggota masyarakat terhadap insan lain. Contohnya, Juriah yang mengambil berat tentang masalah Saridah. Dia juga memberi semangat apabila Kamarul menjauhi Saridah. • Masyarakat yang ego – menampilkan sesetengah anggota masyarakat yang ego dengan kejayaan mereka. Contohnya, Kamarul yang bongkak setelah mengharumkan nama negara dan enggan menerima latihan daripada jurulatihnya. Novel Destinasi Impian Latar masyarakat: • Masyarakat yang tabah – ketabahan yang diperlihatkan oleh Azlina, Johari dan Firdaus berbasikal sehingga sampai ke destinasi mereka, iaitu Pantai Morib Baru. • Masyarakat yang taat akan perintah agama – ketika berada di Pantai Morib, Tamrin melaungkan azan sebaik-baik sahaja masuk waktu maghrib. • Masyarakat yang aktif dalam sukan dan aktiviti riadah – menjelaskan tentang Azlina yang gemar berjoging dan mengajak Firdaus berjoging bersamanya. Sementara itu, Johari pula selalu melakukan aktiviti berbasikal bersama kawan-kawannya. Novel Formula Termodinamik Latar masyarakat: • Masyarakat yang kreatif – memperlihatkan daya kreatif yang dipamerkan oleh Amir dan Usamah kerana berjaya mencipta mesin 2 dalam 1. • Masyarakat yang bekerjasama – kerjasama dalam kalangan penduduk kampung dalam menjayakan sesuatu kerja. Contohnya, penduduk Kampung Warisan menanam padi dengan cara gotong-royong. • Masyarakat yang saling menghormati – Amir menghormati Aswan yang mahu mencipta mesin walaupun kelihatan ingin bersaing dengannya. Amir mahu memberi pendapat kepada Adnin dan Zaid dalam menjayakan cita-cita Aswan itu. Novel Sejambak Bakti Latar masyarakat: • Masyarakat peniaga – menceritakan golongan peniaga, iaitu peniaga yang menjalankan kedai koperasi di sebuah sekolah menengah. • Masyarakat yang bertanggungjawab – bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan. Contohnya, Razali, Ramlah, dan rakan-rakan yang lain bertanggungjawab terhadap kedai koperasi sekolah mereka. • Masyarakat yang bekerjasama – kerjasama yang ditunjukkan oleh semua anggota lembaga pengarah kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan sehingga kedai koperasi mereka mencapai kejayaan. Praktis 2 Novel pg 81-87.indd 84 10/20/2023 12:44:35 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
85 Persoalan mengenai tanggungjawab dan ketabahan terdapat dalam novel yang telah anda pelajari. Huraikan dengan mengemukakan dua contoh peristiwa. Novel Pelari Muda Persoalan mengenai tanggungjawab • Encik Kadir bertanggungjawab melatih dan membentuk Kamarul supaya menjadi atlet yang boleh mencapai kejayaan dalam pertandingan. • Kamarul pula bertanggungjawab untuk menaikkan nama negara. Kejayaannya dalam kejohanan Sukan SEA di Bangkok telah menaikkan nama negara. Persoalan mengenai ketabahan • Encik Kadir tabah dan gigih melatih atlet negara dalam menghadapi Sukan SEA. Berkat ketabahan yang ditunjukkannya, Kamarul berjaya memperoleh pingat emas untuk negara. • Ketabahan Kamarul setelah dia mengalami kemalangan jalan raya. Dia tetap meneruskan latihan sebagai menghadapi kejohanan di Bangkok. Novel Destinasi Impian Persoalan mengenai tanggungjawab • Tanggungjawab terhadap rakan dan sesama manusia. Contohnya, Mazlina menyelamatkan Firdaus yang lemas ketika mandi di pantai. • Tanggungjawab terhadap amanah dan cabaran – Johari, Azlina dan Firdaus mengayuh basikal sebagai tanggungjawab menyahut cabaran datuk mereka. Persoalan mengenai ketabahan • Ketabahan Johari, Azlina dan Firdaus mengayuh basikal dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib. Jarak kayuhannya ialah sejauh 50 kilometer. • Ketabahan Azlina dan Johari berdepan dengan pelbagai kerenah Firdaus sebelum mereka sampai ke Pantai Morib Baru. Firdaus merasakan dirinya tidak boleh sampai ke destinasi. Novel Formula Termodinamik Persoalan mengenai tanggungjawab • Tanggungjawab Amir dan Usamah terhadap penduduk kampung – ciptaan mereka digunakan oleh orang kampung untuk membajak tanah. Bapa Zaid juga turut menggunakan mesin ini. • Tanggungjawab terhadap keselamatan penduduk – Amir, Usamah, Zaid dan Adnin berjaya menumpaskan pencuri baja subsidi milik penduduk kampung. Persoalan mengenai ketabahan • Amir dan Usamah tabah menempuh pelbagai halangan – mereka tabah ketika kehilangan formula termodinamik. • Ketabahan yang diperlihatkan oleh Amir, Usamah dan penduduk kampung menyelamatkan Aswan, Fikri dan Majibon daripada mati lemas setelah dihanyutkan arus deras. Novel Sejambak Bakti Persoalan mengenai tanggungjawab • Tanggungjawab terhadap tugas – Razali menjalankan tanggungjawabnya sebagai penolong setiausaha ahli lembaga pengarah koperasi di sekolahnya. • Cikgu Zulkifli bertanggungjawab menguruskan projek ternakan ayam telur dan bilik bacaan di bawah kelolaan koperasi sekolah. Kedua-dua projek yang dijalankan itu mencapai matlamatnya. Persoalan mengenai ketabahan • Ketabahan Razali dan rakan-rakannya termasuk Ramlah memajukan koperasi sekolah. Razali juga berjaya mengikuti kursus koperasi di Petaling Jaya. • Ketabahan Razali menempuh dugaan apabila kedai koperasi diceroboh. Oleh sebab dia tidak bersalah, dia tidak gentar disiasat oleh pihak berkuasa. Praktis 3 Novel pg 81-87.indd 85 10/20/2023 12:44:36 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
86 Novel Pelari Muda Peristiwa dalam teknik perumitan: • Peristiwa Kamarul tidak sependapat dengan jurulatihnya, iaitu Encik Kadir. Dia ingin berlatih sendiri dan tindakannya ini membuatkan Encik Kadir tidak senang hati. • Kamarul mengalami kemalangan jalan raya hingga menyebabkan dia dibawa ke hospital. Peristiwa dalam teknik peleraian: • Kamarul menelefon ibunya menceritakan bahawa dia akan pulang ke tanah air setelah selesai kejohanan Sukan SEA di Bangkok. • Kepulangan Kamarul dan atlet-atlet lain disambut dengan meriah di lapangan terbang. Mereka menerima ucapan tahniah daripada keluarga dan rakan-rakan. Novel Destinasi Impian Peristiwa dalam teknik perumitan: • Firdaus menaruh dendam terhadap adiknya, Azlina dan menganggap misi mereka mengayuh basikal ke Morib adalah sesuatu yang tidak berfaedah. • Peristiwa Azlina terjatuh dari basikal. Firdaus tidak mempedulikan Azlina sebaliknya memerli Azlina dan dia tidak berasa bersalah atas tindakannya itu. Peristiwa dalam teknik peleraian: • Firdaus dilawati oleh Johari dan Azlina di hospital. • Selepas dinasihati oleh Johari, Firdaus insaf akan kesalahannya selama ini dan dia ingin berubah. Novel Formula Termodinamik Peristiwa dalam teknik perumitan: • Peristiwa Aswan iri hati dan sangat tercabar apabila dia mendapat tahu Amir dan Usamah berjaya mencipta mesin 2 dalam 1. • Aswan meminta bantuan dan sokongan daripada Fikri dan Majibon untuk berbuat sesuatu kerana dia tidak mahu Amir dan Usamah mencipta nama di Kampung Warisan. Peristiwa dalam teknik peleraian: • Amir dan Usamah memenangi Anugerah Saintis Muda atas projek mereka mencipta mesin 2 dalam 1. • Mereka ditawarkan melanjutkan pengajian di luar negara dan mereka berazam untuk pulang membawa kejayaan. Novel Sejambak Bakti Peristiwa dalam teknik perumitan: • Peristiwa Munir yang tidak berpuas hati dengan Razali kerana jawatan yang dipegangnya – dia juga cemburu apabila Ramlah rapat dengan Razali. • Peristiwa Leong, Munir dan Silvam yang memukul Razali – mereka telah dikenakan tindakan oleh guru disiplin. Peristiwa dalam teknik peleraian: • Peristiwa pengumuman tentang kedai koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan sebagai johan koperasi anjuran ANGKASA. • Peristiwa pertemuan semula Razali dengan ayah kandungnya, iaitu Pak Ramli – Pak Ramli datang untuk meraikan kejayaan anaknya, Ramlah yang mendapat hadiah atas kejayaan koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Setiap novel mempunyai teknik perumitan dan peleraian dalam urutan plotnya. Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa bagi setiap teknik tersebut. Praktis 4 Novel pg 81-87.indd 86 10/20/2023 12:44:36 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
87 Pengarang menyelitkan persoalan tentang semangat juang, cita-cita dan pengalaman hidup untuk memantapkan jalan cerita setiap novel yang dihasilkan. Nyatakan dua contoh peristiwa yang berkaitan dengan persoalan-persoalan tersebut dalam novel yang anda pelajari. Novel Pelari Muda Persoalan mengenai semangat juang dan cita-cita: • Cita-cita dan semangat juang yang diperlihatkan oleh Kamarul dalam bidang sukan sehingga dia memperoleh kejayaan. • Semangat yang diperlihatkan oleh Encik Kadir untuk membentuk Kamarul menjadi atlet yang berwibawa walaupun Kamarul bersikap dingin terhadapnya. Persoalan pengalaman hidup: • Pengalaman menarik yang dialami oleh Kamarul kerana dapat bertemu dengan atlet Filipina, iaitu De Wega dan Kamarul dapat berbual-bual dan bertukar-tukar pengalaman. • Kejayaan Kamarul dalam Sukan SEA di Bangkok menjadi pengalaman baharu baginya. Novel Destinasi Impian Persoalan mengenai semangat juang dan cita-cita: • Semangat juang yang ditunjukkan oleh Johari, Azlina dan Firdaus sepanjang perjalanan ke Pantai Morib Baru. • Semangat juang yang ditunjukkan oleh Firdaus sepanjang perjalanan ke Pantai Morib. Persoalan pengalaman hidup: • Firdaus menempuh pengalaman baharu semasa mengayuh basikal dari Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru. Pelbagai peristiwa dapat dilihat sepanjang perjalanan mereka. • Kejayaan Johari, Azlina dan Firdaus dalam kayuhan basikal sejauh 50 kilometer dari Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup mereka. Novel Formula Termodinamik Persoalan mengenai semangat juang dan cita-cita: • Semangat juang yang diperlihatkan oleh Amir dan Usamah untuk mencipta mesin 2 dalam 1 untuk memudahkan penduduk kampung. • Semangat yang ditunjukkan oleh Aswan untuk menyaingi Amir dan Usamah. Dia juga enggan mengalah dan menganggap tidak ada siapa yang boleh menandinginya di Kampung Warisan. Persoalan pengalaman hidup: • Pengalaman menarik Amir dan Usamah kerana mendapat Anugerah Saintis Muda dan ditawarkan belajar di luar negara. • Pengalaman yang memeritkan bagi Aswan, Fikri dan Majibon yang lemas dibawa arus tetapi mereka berjaya diselamatkan. Novel Sejambak Bakti Persoalan mengenai semangat juang dan cita-cita: • Semangat yang ditunjukkan oleh Razali dan rakan-rakannya untuk memajukan koperasi sekolah yang dikendalikan oleh mereka. • Razali menerima tawaran mengikuti kursus di ANGKASA untuk mendalami bidang koperasi dan ilmu yang diperoleh akan digunakan untuk memajukan koperasi sekolahnya. Persoalan pengalaman hidup: • Razali menempuh pengalaman yang perit kerana dituduh menceroboh kedai koperasi di sekolahnya. • Razali menempuh pengalaman yang sangat bermakna kerana dapat bertemu semula dengan ayah kandungnya, Pak Ramli. Praktis 5 Novel pg 81-87.indd 87 10/20/2023 12:44:37 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
88 Ujian Bulanan 1 Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1 Pak Cik Ismail ____________ batang pokok itu dengan menggunakan sebilah gergaji. A menetak B menghiris C membelah D memotong 2 Songkok bapa yang dipakai oleh adik terlalu sehingga menutupi kedua-dua belah mata dan telinganya. A labuh B besar C berat D luas Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3 I Faizal tidak dapat mengingati alamat rumah baharunya kerana terlalu panjang. II Guruh berbunyi alamat hari hendak hujan. III Haikal membelek-belek beberapa alamat buku cerita itu sebelum membelinya. IV Alamat program itu adalah untuk memberikan pengalaman baharu kepada murid-murid. BAHAGIAN A A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I Masa depan murid-murid cerah jika belajar bersungguh-sungguh. II Wajah pemuda itu cerah kerana berjaya dalam temu duga. III Langit cerah walaupun Jabatan Kaji Cuaca meramalkan hujan. IV Buah mangga yang cerah itu gugur kerana telah masak. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Cikgu Badrul sedang mengajarkan cara-cara mengikat tali dengan betul. A mengajar cara B mengajarkan cara C mengajar cara-cara D mengajarkan cara-cara 6 Daging itu dilapah oleh saya dengan menggunakan sebilah pisau yang tajam. A saya lapah B dilapah saya C melapah saya D dilapah oleh saya Morfologi/Frasa/Sintaksis/Peribahasa [20 markah] Ujian Bulanan 1 BM T1.indd 88 10/24/2023 11:05:53 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
89 Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Beberapa orang anggota polis sedang mengadakan tahanan lalu lintas. II Abang dimarahi ayah kerana asyik menonton televisyen. III Jambatan yang menghubungkan dua buah kampung itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar. IV Rumah kami telah dinaiki air sejak petang semalam. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Air kopi di atas meja itu ayah minum selepas penat bekerja di kebun. II Pakaian yang telah kering itu ibu lipat dan susun di dalam almari. III Rumah pusaka ayah itu saya duduki apabila pulang bercuti ke kampung halaman. IV Bas ekspres yang dinaiki oleh mereka baru sahaja bertolak sebentar tadi. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9 Azhar terpaksa berjalan kaki ke sekolah sejak seminggu yang lalu kerana bas sekolah yang selalu dinaikinya telah menukar laluan perjalanan. A Bas sekolah telah menukar laluan perjalanannya selama seminggu menyebabkan Azhar terpaksa berjalan kaki ke sekolah. B Bas sekolah yang selalu dinaiki oleh Azhar telah menukar laluan perjalanan menyebabkan dia terpaksa berjalan kaki ke sekolah sejak seminggu yang lalu. C Sejak seminggu yang lalu, Azhar berjalan kaki ke sekolah menyebabkan bas yang selalu dinaikinya telah menukar laluan. D Azhar terpaksa berjalan kaki selama seminggu kerana bas yang selalu dinaikinya telah menukar laluan perjalanan. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10 Azizan tidak mempunyai banyak kawan kerana dia _____________. A manis macam gula. B tinggi macam galah. C bebas macam burung. D angkuh macam merak. Ujian Bulanan 1 BM T1.indd 89 10/24/2023 11:05:53 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
90 BAHAGIAN B 1 Dalam iklan di bawah, terdapat kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. PUSAT KECANTIKAN PUTERI Potongan Harga Sehingga 50% Bersempena dengan Pembukaan Cawangan Baharu! Menawarkan Perkidmatan: • Mandi Lulor • Rawatan Muka • Urutan Badan • Jakuzi Hubungi kami di: Pusat Kecantikan Puteri, No.10, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. 011-886xxxx (Cik Puteri) (i) (ii) perkidmatan – perkhidmatan Lulor – Lulur 2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Mereka-mereka yang tidak hadir ke sekolah semalam akan didenda. (ii) Beberapa orang murid-murid masih di kantin sedangkan loceng tamat waktu rehat sudah lama berbunyi. 3 Susun semula perkataan atau frasa di bawah ini supaya menjadi ayat susunan biasa yang gramatis. Ayat yang dibina hendaklah menepati pola ayat dasar yang telah ditetapkan. Anda hendaklah menggunakan semua perkataan yang diberikan dan tidak boleh menambah perkataan lain. (i) tujuh lama berkeluk keris ini Pola: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) Mereka-mereka – Mereka murid-murid – murid Keris lama ini berkeluk tujuh. Ujian Bulanan 1 BM T1.indd 90 10/24/2023 11:05:53 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
91 4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua bandingan semacam yang sesuai. (i) (ii) Panas macam api Ligat macam gasing (ii) Pak Mokhtar awam anak bekerja di sektor Pola: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS) (iii) biru kereta kakak kepunyaan saya (iv) menaiki kereta api mereka Gua Musang Anak Pak Mokhtar bekerja di sektor awam. Kereta biru itu kepunyaan kakak saya. Mereka menaiki kereta api ke Gua Musang. itu ke Ujian Bulanan 1 BM T1.indd 91 10/24/2023 11:05:54 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
92 BAHAGIAN A Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pemahaman Petikan [15 markah] FAUZIAH : Ada, Yati. Sudahkah kamu memberitahu guru asrama bahawa kamu hendak balik hari ini? HAYATI : Sudah, mak. Yati sudah memberitahunya dan Yati telah menceritakan segala-galanya. PAK MAIL : Eloklah begitu, Yati. Kamu mesti memberitahu guru asrama, kalau tidak, susah pula orang di sana. Tentang hal persekolahan, janganlah kamu bimbang. Datuk akan ikhtiarkan. HAYATI : Adakah peluang Yati untuk meneruskan pelajaran di sekolah itu, tuk? PAK MAIL : Tuk akan ikhtiarkan, Yati. Pada pagi tadi, tuk sudah berjumpa dengan Datuk Penghulu. Tuk terangkan masalah kita. HAYATI : Di sekolah pun Yati sudah memberitahu Guru Besar, tuk. Beliau telah berjanji untuk menolong Yati. PAK MAIL : Baguslah, Yati. Moga-moga Tuhan akan menolong kita. FAUZIAH : Pergilah masuk, Yati. Tukar pakaian itu. Kalau engkau lapar, nasi ada di dapur. HAYATI : Mak dan atuk sudah makan? FAUZIAH : Datuk kamu sudah makan tadi. Kalau kamu nak makan, makanlah dulu. Mak akan makan kemudian. (Dipetik daripada drama “Hadiah”, antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Berdasarkan petikan drama, rangkai kata menceritakan segala-galanya membawa maksud A menjelaskan keadaan. B meluahkan kebenaran. C memberitahu cerita sebenar. D menghebahkan semua perkara. 2 Berdasarkan perbualan di atas, apakah bandingan semacam yang menggambarkan guru besar? A Sabar macam nabi B Pantas macam kilat C Baik macam malaikat D Gagah macam gergasi 3 Berdasarkan petikan drama, apakah yang berlaku kepada Hayati? A Menghadapi masalah dalam pembelajaran B Menceritakan masalahnya kepada semua guru C Tidak berminat untuk meneruskan persekolahannya D Terpaksa keluar daripada asrama sekolahnya buat sementara waktu 4 Nilai yang terdapat dalam drama di atas ialah A menghormati sesama manusia. B kasih sayang antara guru dengan murid. C kerajinan dan usaha untuk menimba ilmu pengetahuan. D keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga. 5 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang petikan? A Guru besar tidak bercadang untuk menolong Hayati B Hayati terpaksa meninggalkan asrama untuk seketika C Hayati tidak memberitahu masalahnya kepada guru asrama D Datuk cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka sendirian HAYATI : Di sekolah pun Yati sudah memberitahu Guru Besar, tuk. Beliau telah berjanji untuk menolong Yati. Ujian Bulanan 1 BM T1.indd 92 10/24/2023 11:05:55 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
93 BAHAGIAN B Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perwatakan Lim Meng dan Sazali. 2 Berdasarkan kedua-dua bahan, nyatakan persamaan antara Lim Pooi dengan Pak Akob. 3 Setiap orang pasti melakukan kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu sentiasa memaafkan dan tidak menyimpan dendam? KBAT Menganalisis Lim Meng seorang anak yang penyayang dan tidak menyimpan dendam terhadap bapanya. Sazali pula seorang yang sedar akan kesalahan yang dilakukannya dan dia berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Seorang yang pemaaf. Lim Pooi memaafkan anaknya, Lim Meng. Pak Akob pula memaafkan perbuatan Sazali yang telah mencuri buah rambutan di kebunnya. Kita perlu sentiasa memaafkan dan tidak menyimpan dendam supaya semua masalah dapat diselesaikan dengan segera, hidup lebih aman dan harmoni dan mengekalkan perhubungan yang baik sesama kita. “Tunggu, Lim Meng.” Lim Meng berhenti melangkah. Dia memalingkan mukanya ke belakang. “Maafkan papa.” Lim Meng tidak tega lagi menyimpan dendam. Dendam itu suatu penyeksaan. Namun, apabila memikirkan tindakan yang pernah dibuat oleh papanya dia merasakan bahawa papanya ialah orang yang paling kejam di dunia ini. “Betul, Lim Meng. Maafkan papa kamu.” Sim Pau cuba masuk campur. Lim Meng menahan sebak di dadanya. Air matanya mula membanjiri pipinya. Lim Meng berlari-lari anak dan merangkul tubuh Lim Pooi. Mereka berdakapan. Setelah sekian lama, itulah kali pertama Sim Pau melihat air mata Lim Pooi jatuh kerana Lim Meng. Dipetik daripada Cerpen ‘Kuih Bakul Limau Mandarin’, antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia “Maafkan saya, Pak Akop. Saya sedar akan kesalahan saya. Saya tidak patut berbuat begitu. Saya berjanji tidak akan mencuri rambutan Pak Akop lagi,” kata Sazali. “Macam mana aku nak maafkan kamu? Ini bukan pertama kali kamu mencuri buah rambutan di kebunku,” balas Pak Akop sambil membeliakkan matanya kepada Sazali. “Cuba kamu yakinkan aku supaya aku dapat memaafkan kamu.” “Saya akan membersihkan kebun Pak Akop. Saya juga akan menjaga kebun Pak Akop daripada gangguan monyet-monyet. Saya berjanji,” kata Sazali. Pak Akop tersenyum. “Baiklah. Kalau begitu, aku maafkan kamu dengan syarat kamu mesti lulus dalam peperiksaan nanti. Tunjukkan keputusan kamu nanti. Jika tidak aku akan adukan perbuatan kamu ini kepada orang tua kamu,” kata Pak Akop lagi. “Saya berjanji, Pak Akop,” Sazali bersuara gembira. BAHAN 1 BAHAN 2 Ujian Bulanan 1 BM T1.indd 93 10/24/2023 11:05:55 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
94 Novel [10 markah] Novel Pelari Muda • Nilai patriotisme – Kamarul menganggap kemenangannya menjuarai acara 100 meter dan 400 meter di Sukan SEA bukan sahaja untuk dirinya malah untuk negara • Nilai keberanian – Kamarul berani menghadapi cabaran walaupun pada peringkat awal dia tidak yakin untuk menjuarai dalam acara 100 meter dan 400 meter • Nilai kasih sayang – Saridah menyayangi Kamarul sebagai kawan dan selalu menasihati Kamarul yang semakin angkuh dan sombong Novel Destinasi Impian • Nilai keberanian – Firdaus, Johari dan Azlina berani mengayuh basikal dari Klang ke Morib • Nilai ketabahan – Johari tabah menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan semasa ekspedisi berbasikal bersama Firdaus dan Azlina Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. Berdasarkan sebuah daripada novel di atas, huraikan tiga nilai yang terdapat dalam novel tersebut. Bagi setiap nilai, anda perlu mengemukakan contoh yang sesuai. Novel Pelari Muda Novel Destinasi Impian Novel Sejambak Bakti Novel Formula Termodinamik • Nilai 1 • Nilai 2 • Nilai 3 • Nilai 1 • Nilai 2 • Nilai 3 • Nilai 1 • Nilai 2 • Nilai 3 • Nilai 1 • Nilai 2 • Nilai 3 (i) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia (ii) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini (iii) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I (iv) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman Ujian Bulanan 1 BM T1.indd 94 10/24/2023 11:05:55 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
95 • Nilai cinta akan bahasa kebangsaan – Azlina sanggup berhenti di tepi jalan untuk mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa Novel Sejambak Bakti • Nilai amanah – ahli-ahli lembaga pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan menjalankan tugas masing-masing dengan penuh amanah serta sanggup berkorban masa dan tenaga untuk membangunkan koperasi itu • Nilai kasih sayang – Mak Sopiah sayang akan anak tunggalnya, Razali kerana dia sanggup keluar semasa suaminya hendak menghalau Razali keluar dari rumah • Nilai kebijaksanaan – Cikgu Zulkifli bijak memasang perangkap untuk menangkap penceroboh koperasi dengan cara menandakan wang RM10 supaya mudah untuk mengesan orang yang mencuri wang itu Novel Formula Termodinamik • Nilai kegigihan – Amir dan Usamah berusaha gigih untuk menyiapkan projek mereka, iaitu mesin 2 dalam 1 • Nilai kasih sayang – Amir dan Usamah sangat menyayangi nenek mereka dengan melawati nenek mereka di hospital • Nilai kejujuran – Aswan bersikap jujur dengan mengakui segala kesilapannya terhadap Amir Ujian Bulanan 1 BM T1.indd 95 10/24/2023 11:05:55 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
96 Pemindahan Maklumat Ringkasan 1 Calon perlu memberikan sekurang-kurangnya lima isi untuk mendapat markah penuh, iaitu 10 markah. 2 Bahasa dinilai secara tanggapan. 3 Sekiranya calon menulis dalam bentuk poin, markah maksimum ialah dua markah. 4 Jawapan calon diperiksa sehingga 100 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir. 5 Markah penuh bagi isi ialah 10 markah dan markah penuh bagi bahasa ialah lima markah. Panduan Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kesankesan negatif keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Contoh Ringkasan Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja menjadi isu yang hangat diperkatakan di media massa. Isu ini sudah lama diperkatakan dan pelbagai usaha dilakukan untuk membendungnya tetapi masih menemukan jalan buntu. Jati diri anak-anak muda pada masa ini sudah terjejas ekoran pelbagai sikap yang dipamerkan oleh mereka. Umum mengetahui bahawa golongan remaja pada masa ini inginkan kebebasan. Ini menyebabkan keruntuhan akhlak berlaku dalam kalangan remaja pada masa ini. Ada dalam kalangan golongan remaja yang enggan mendengar nasihat daripada golongan dewasa kerana mereka menganggap teguran itu merupakan satu kongkongan yang dikenakan ke atas mereka. Kesannya mereka terus menjalani kehidupan seharian mereka dengan pelbagai aktiviti yang menyimpang daripada nilai-nilai hidup yang dituntut oleh masyarakat. Keluarga yang kucar-kacir turut menjadi penyumbang keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Oleh itu, kehidupan anak-anak remaja menjadi kucar-kacir kesan daripada keadaan ibu bapa mereka. Anakanak remaja yang dahagakan kasih sayang daripada keluarga menyebabkan mereka bertindak mencari jalan keluar. Mereka akan keluar dari rumah dan hidup bebas di luar serta mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dan sebagainya. Manakala faktor persekitaran turut menyebabkan remaja yang bermasalah senang dibuai dengan arus kemajuan terutamanya kehidupan di bandar yang penuh dengan hiburan. Ekoran daripada keruntuhan akhlak, ramai remaja terjebak dengan najis dadah, arak, pergaulan bebas dan sebagainya kerana persekitaran yang tidak sihat. Bagi yang kurang didikan agama dan moral, mereka mudah melakukan perkara-perkara negatif yang menjurus kepada keruntuhan akhlak. Mereka tidak boleh membezakan mana yang baik dan mana yang buruk dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Oleh itu, mereka melakukan pelbagai aktiviti yang dianggap bersesuaian dengan perubahan zaman tetapi sebenarnya aktiviti tersebut merupakan cerminan kepada kebejatan sosial yang melanda golongan mereka. Dalam perkara ini, pelbagai pihak mesti turun padang menangani masalah yang membelenggu golongan remaja supaya kehidupan mereka tidak terabai. Ibu bapa juga mesti prihatin dan menyemai rasa sayang yang mendalam terhadap anak-anak supaya kehidupan anak-anak tidak bermasalah. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Keruntuhan Akhlak Remaja: Apakah Puncanya’, Mohd Adam Fazery Jeffri, Dewan Siswa 2017) Pemindahan Maklumat pg 96-101.indd 96 10/20/2023 12:45:55 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
97 Kerangka Ringkasan Ringkasan Lengkap Isi 1 Salah satu kesan negatif keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja ialah mereka menjalani kehidupan seharian mereka dengan pelbagai aktiviti negatif. Isi 2 Selain itu, kehidupan anak-anak remaja dalam sesebuah keluarga akan menjadi kucar-kacir. Isi 3 Seterusnya, golongan remaja akan keluar dari rumah dan hidup bebas di luar serta mudah terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya. Isi 4 Di samping itu, ramai remaja terjebak dengan najis dadah, arak, pergaulan bebas dan sebagainya. Isi 5 Akhirnya, mereka tidak boleh membezakan mana yang baik dan mana yang buruk dalam menjalani kehidupan. Salah satu kesan negatif keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja ialah mereka akan menjalani kehidupan seharian mereka dengan pelbagai aktiviti yang tidak baik. Selain itu, kehidupan anak-anak remaja dalam sesebuah keluarga akan menjadi kucar-kacir. Seterusnya, golongan remaja akan keluar dari rumah dan hidup bebas di luar serta mudah terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya mereka. Di samping itu, ramai remaja terjebak dengan najis dadah, arak, pergaulan bebas dan sebagainya di luar rumah. Akhirnya, golongan remaja yang runtuh akhlak tidak boleh membuat perbandingan antara yang baik dengan yang buruk dalam menjalani kehidupan seharian. (85 patah perkataan) Pemindahan Maklumat pg 96-101.indd 97 10/20/2023 12:45:55 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
98 Reviu Topik -Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kaedah-kaedah memperbaik subjek yang lemah. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Praktis 1 Setiap murid mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu semasa proses pembelajaran. Tidak semua subjek boleh dikuasai oleh setiap murid. Oleh itu, jarang kita dengar setiap murid boleh menguasai setiap subjek dengan baik dan mencapai kecemerlangan. Bagaimanapun, ada usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memperbaik keadaan tersebut. Salah satu cara untuk memperbaik kelemahan dalam subjek-subjek tertentu ialah mengenal pasti subjek yang lemah. Dengan cara ini, murid akan menumpukan perhatian yang lebih terhadap subjek yang lemah. Hal ini tidak bermakna subjek-subjek yang sudah boleh dikuasai diabaikan begitu sahaja. Peruntukan masa dalam mempelajari sesuatu subjek sangat penting kerana dengan cara ini pencapaian murid dalam setiap subjek akan seimbang. Selain itu, murid juga mestilah menyenaraikan subjek yang lemah untuk tindakan selanjutnya. Salah satu tindakan yang boleh dibuat ialah menambah masa mempelajari subjek tersebut. Dengan itu, dari semasa ke semasa murid akan mampu menguasai subjek yang lemah itu supaya seimbang dengan subjek-subjek lain. Selain itu, murid mestilah mengatur masa untuk memberi penekanan terhadap subjek-subjek yang lemah itu. Oleh itu, murid mesti membuat jadual waktu khas untuk mempelajari subjek-subjek yang lemah. Jadual waktu dan jumlah masa mestilah ditetapkan. Murid mestilah mematuhi masa yang telah ditetapkan itu. Disiplin masa sangat penting untuk memastikan berlaku perubahan dari segi pencapaian murid. Tidak ketinggalan juga murid mesti mendapatkan bantuan dan nasihat untuk memperbaik subjek-subjek yang lemah. Banyak pihak yang boleh diminta bantuan seperti guru-guru, kawan-kawan dan saudara-mara yang berkebolehan dalam sesuatu subjek yang lemah. Dalam hal ini, murid tidak perlu berasa malu untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Oleh itu, buanglah perasaan malu dan rendah diri demi pencapaian yang lebih baik dalam subjek-subjek yang lemah. Dalam pada itu, bertanya kepada orang yang berpengalaman juga sangat penting untuk memperbaik pencapaian dalam subjek-subjek yang lemah. Orang yang berpengalaman sudah melalui susah payah belajar suatu masa dahulu dan mereka tentu memahami kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Tegasnya, pelbagai usaha boleh dilakukan oleh seorang murid untuk mencapai kejayaan kerana usaha itu tangga kejayaan. (Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Siswa, 2017) [Isi 1] Salah satu cara untuk memperbaik kelemahan dalam subjek-subjek tertentu ialah mengenal pasti subjek yang lemah. [Isi 2] Di samping itu, murid mestilah menyenaraikan subjek-subjek yang lemah untuk tindakan selanjutnya. [Isi 3] Dalam pada itu, murid mestilah mengatur masa untuk memberi penekanan terhadap subjek-subjek yang lemah. [Isi 4] Seterusnya, murid mesti membuat jadual waktu khas untuk mempelajari subjek-subjek yang tidak baik pencapaiannya. [Isi 5] Tidak ketinggalan juga, setiap murid mesti mendapatkan bantuan dan nasihat untuk memperbaik subjek-subjek yang lemah. [Isi 6] Akhirnya, murid mestilah bertanya kepada orang yang berpengalaman untuk memperbaik pencapaian mereka dalam subjek-subjek yang tidak memuaskan. (83 patah perkataan) Pemindahan Maklumat pg 96-101.indd 98 10/20/2023 12:45:55 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
99 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang ciri-ciri rakan yang perlu dijauhi. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. [Isi 1] Salah satu ciri kawan yang perlu dijauhi ialah kawan yang mempunyai sifat iri hati terhadap kawannya. [Isi 2] Di samping itu, kawan yang selalu mencari kesalahan kawan dan memburuk-burukkan kawan juga patut dijauhi. [Isi 3] Selain itu, seseorang itu mestilah menjauhi kawan yang ego atau suka meninggi diri. [Isi 4] Dalam pada itu, kawan yang sanggup menjauhkan diri apabila kawannya mengalami kesusahan juga patut dijauhi. [Isi 5] Seterusnya, kawan yang suka menunjukkan kelebihan diri sendiri juga patut dielakkan. [Isi 6] Akhirnya, kawan yang perlu dijauhi ialah kawan yang suka mengkhianati kawannya untuk mengelakkan diri sendiri daripada teraniaya. (81 patah perkataan) Semua orang mempunyai kawan. Kawan pula terdiri daripada pelbagai kategori termasuklah kawan baik, kawan sejati dan tidak kurang pula kawan biasa. Kawan datang dengan sendirinya dalam kehidupan seseorang, bermula dengan bertegur sapa, jadilah kawan. Jika di dalam kelas, semua isi kelas ialah kawan. Di kampung, sesiapa yang sebaya dengan seseorang juga ialah kawan. Dalam soal memilih kawan, tentu tidak ramai yang menyedari bahawa memilih kawan yang sejati memanglah susah. Namun begitu, bagi yang pernah menempuh pelbagai ragam dalam berkawan, tentu mereka akan berhatihati dalam soal memilih kawan. Kawan yang mempunyai sifat iri hati eloklah dijauhi atau kita digalakkan agar tidak menjadikannya sebagai kawan rapat. Kawan yang memiliki sifat iri hati biasanya tidak senang hati apabila orang lain lebih daripadanya. Tentu ada-ada sahaja yang dicemburuinya dan kadang-kadang sanggup berbuat sesuatu untuk menjatuhkan kawannya. Malah, ada kawan yang selalu mencari kesalahan kawan dan memburuk-burukkan kawannya kepada orang lain. Kawan yang sedemikian patut dijauhi kerana sifat negatif ini boleh menjejaskan nama baik kawan. Jika mencari kesalahan supaya kawannya dapat memperbaiki diri, kawan yang begini boleh didekati. Selain itu, seorang yang ego juga patut dijauhi. Kawan yang ego biasanya tidak mahu mengalah walaupun melakukan kesilapan. Kawan yang begini sukar ditegur malah tidak mahu mendengar nasihat atau teguran yang diberikan kepadanya. Malah, ada juga kawan yang menghilangkan diri ketika kawannya susah. Kawan yang begini tentunya seorang yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu berkongsi atau mendengar kesusahan orang lain. Di samping itu, kawan yang perlu dijauhi ialah kawan yang suka menunjukkan kelebihan diri sendiri. Kawan yang suka menunjukkan kelebihan diri juga merupakan seorang yang ego dan akan berasa susah hati dengan kejayaan atau kelebihan kawannya. Dalam pada itu, kawan yang perlu dijauhi ialah kawan yang suka mengkhianati kawannya. Mereka akan memburukkan diri seseorang kepada orang lain dan sanggup menjatuhkan kawannya. Kawan yang sebegini tidak memikirkan keburukan yang bakal dialami oleh kawan mereka. Oleh hal demikian, kawan yang sebegini rupa mesti dijauhi untuk mengelakkan diri daripada teraniaya. Kesimpulannya, memilih kawan bukanlah mudah. Pada peringkat awal, seseorang itu sukar mengenal pasti mana kawan yang boleh dijadikan kawan yang sejati dan mana yang tidak boleh dijadikan kawan yang sejati. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ciri-ciri Kawan yang Anda Perlu Jauhi’, Sinar Harian, Mei 2019) Praktis 2 Pemindahan Maklumat pg 96-101.indd 99 10/20/2023 12:45:56 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
100 [Isi 1] Salah satu kaedah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ialah menggesa kerajaan menghormati kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. [Isi 2] Selain itu, pihak berwajib mesti bertegas mendaulatkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. [Isi 3] Di samping itu, para guru mestilah mendidik murid supaya cinta akan bahasa kebangsaan dalam pelbagai urusan. [Isi 4] Selain itu, penggunaan bahasa selain bahasa Melayu secara berlebih-lebihan dalam acara rasmi atau kenyataan rasmi di media massa mestilah dielakkan. [Isi 5] Dalam pada itu, kempen cintai bahasa kebangsaan mestilah diperluas dan diadakan dengan lebih kerap. [Isi 6] Akhirnya, sekolah mestilah menanam rasa cinta murid terhadap bahasa kebangsaan dengan mengadakan pelbagai program berkaitan bahasa kebangsaan. (94 patah perkataan) Isu mengenai bahasa kebangsaan di negara kita tidak pernah selesai. Pelbagai isu ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Ada pihak yang cuba memperlekeh kedudukan bahasa kebangsaan dan ramai yang berusaha sedaya upaya untuk mendaulatkannya. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan menghormati kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita. Hal ini berkait rapat dengan cubaan sesetengah pihak yang mahu menggunakan bahasa lain dalam urusan rasmi. Perkara 152(1)(a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa hanya bahasa Melayu boleh digunakan dalam urusan rasmi di negara kita. Dalam soal ini, ABIM berpandangan bahawa pihak berwajib mesti bertegas mendaulatkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Oleh itu, kita mestilah mendidik generasi muda supaya mempunyai rasa cinta akan bahasa kebangsaan dan menggunakannya dalam pelbagai urusan. Menggunakan bahasa selain bahasa Melayu secara berlebih-lebihan dalam acara rasmi atau kenyataan rasmi di media massa mestilah dielakkan. ABIM menegaskan pemerkasaan bahasa kebangsaan perlu dinilai sebagai acuan untuk mengukuhkan lagi perpaduan kaum dan bukan sebagai bahan menimbulkan ketegangan dan salah faham sesama masyarakat. Dalam soal bahasa, kita tentunya tidak boleh berlembut dengan cabaan-cubaan memperlekeh kedudukan dan kedaulatan bahasa kebangsaan. Kempen cintai bahasa kebangsaan mestilah diperluas dan diadakan dengan lebih kerap supaya masyarakat negara kita menghormati bahasa kebangsaan. Sekolah pula mestilah menanam rasa cinta murid terhadap bahasa kebangsaan dengan mengadakan pelbagai program berkaitan bahasa kebangsaan. Jika semua pihak bekerjasama mendaulatkan bahasa kebangsaan, masalah berkaitan bahasa di negara kita dapat dibendung. Antara masalah tersebut ialah pencemaran bahasa dan usaha meletakkan bahasa lain sebagai bahasa utama di negara kita. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Martabat Bahasa Melayu sebagai Medium Bahasa Rasmi Perpaduan’, Muhd Faisal Abd Aziz, Berita Harian, Jun 2018) Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara memantapkan kedudukan bahasa kebangsaan di negara kita. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Praktis 3 Pemindahan Maklumat pg 96-101.indd 100 10/20/2023 12:45:56 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
101 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkahlangkah mencegah penyakit Tangan, Kaki dan Mulut. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Sejak akhir-akhir ini, penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) menjadi isu yang hangat diperkatakan di media massa negara ini. Kes terbaharu kini banyak dikesan di Pulau Pinang menyebabkan beberapa pusat asuhan kanak-kanak diarah tutup oleh pihak berkuasa. Di negara ini, pusat asuhan kanak-kanak menjadi tempat menularnya HFMD dalam kalangan kanak-kanak. Sebagai langkah pencegahan, pusat asuhan perlu menitikberatkan kebersihan rumah jagaan mereka setiap hari terutamanya sebelah petang apabila semua kanak-kanak telah pulang ke rumah masing-masing. Semua peralatan permainan dan didikan kanak-kanak perlu dibasuh dengan air yang bersih menggunakan pencuci berklorin mengikut sukatan yang betul. Ini termasuk lantai tempat kanak-kanak sering berada seperti ruang tidur, ruang bermain dan ruang menunggu. Pastikan tandas dibersihkan setiap masa menggunakan pencuci tersebut. Semua tuala atau kain yang digunakan juga perlu dibersihkan dengan sempurna. Meja dan kerusi perlu dilap dengan bersih menggunakan semburan pencuci klorin berkenaan. Pengasuh atau guru asuhan perlu mengamalkan kebersihan tangan yang betul menggunakan antiseptik yang sesuai terutamanya selepas membersihkan kanak-kanak atau selepas menukar lampin mereka. Pengasuh juga perlu membasuh tangan mereka sebelum menyediakan dan memberi makanan dan minuman kepada kanak-kanak. Berkongsi pinggan mangkuk dan cawan minuman adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pengasuh yang mengalami demam, batuk dan bersin sewaktu wabak ini perlu mendapatkan rawatan dan cuti sakit. Kanak-kanak yang ada tanda-tanda demam perlu segera berjumpa doktor bagi rawatan lanjut dan tidak boleh dihantar ke rumah asuhan. Ibu atau bapa perlu menjaga anak tersebut sehingga sembuh atas nasihat doktor. Jangan bawa kanak-kanak ke luar rumah kerana wabak ini boleh berjangkit. Ada juga kemungkinan virus HFMD boleh menular melalui air kolam renang. Elakkan pesakit mandi bersama dengan adik-beradik yang lain terutama dalam kolam renang di rumah. Konklusinya, setiap daripada kita bertanggungjawab dalam memastikan pusat asuhan adalah selamat dan sesuai untuk menjadi tempat anak-anak membesar. Tanpa kerjasama daripada setiap golongan masyarakat, sudah tentulah wabak HFMD sukar untuk diatasi. (Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Langkah-langkah Mencegah Penyakit tangan, Kaki dan Mulut’, Utusan Melayu, 2018) [Isi 1] Salah satu cara untuk mencegah penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) daripada merebak ialah peralatan permainan, lantai, tandas, meja dan kerusi perlu dilap dengan bersih menggunakan pencuci klorin. [Isi 2] Selain itu, pengasuh atau guru asuhan perlu mengamalkan kebersihan tangan yang betul menggunakan antiseptik. [Isi 3] Di samping itu, pengasuh juga perlu membasuh tangan mereka sebelum menyediakan dan memberi makanan dan minuman. [Isi 4] Dalam pada itu, berkongsi pinggan mangkuk dan cawan minuman adalah tidak dibenarkan sama sekali. [Isi 5] Seterusnya, pengasuh yang mengalami demam, batuk dan bersin perlu mendapatkan rawatan dan cuti sakit. [Isi 6] Selanjutnya, kanak-kanak yang ada tanda-tanda demam perlu segera berjumpa doktor dan tidak boleh dihantar ke rumah asuhan. [Isi 7] Akhirnya, elakkan pesakit mandi bersama dengan adik-beradik yang lain terutama dalam kolam renang di rumah. (98 patah perkataan) Praktis 4 Pemindahan Maklumat pg 96-101.indd 101 10/20/2023 12:45:57 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
102 Karangan Respons Terhad Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Contoh Menulis Karangan Respons Terhad Pendahuluan Permainan tradisional sangat penting – perlu dikekalkan sampai bila-bila Isi 1 Menubuhkan kelab di sekolah – memperkenalkan dan melatih – pelbagai aktiviti Isi 2 Peranan generasi lama – mempromosi dan mendedahkan kepada generasi baharu Isi 3 Mengadakan pertandingan – peringkat negeri dan kebangsaan Penutup Pelbagai pihak mesti berganding bahu menghidupkan permainan tradisional supaya terus berkembang Ungkapan Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Murid mestilah menggunakan ayat sendiri untuk mengembangkan isi yang telah dikemukakan di atas. Murid mestilah memasukkan pendahuluan, tiga isi yang diberikan, penutup dan ungkapan yang sesuai. Permainan tradisional sangat penting dan perlu dikekalkan sampai bila-bila. Langkah pertama untuk mengekalkan permainan tradisional adalah dengan menubuhkan kelab di sekolah, iaitu dengan cara memperkenalkan dan melatih serta mengadakan pertandingan. Selain itu, generasi lama mesti memainkan peranan mempromosi dan mendedahkannya kepada generasi baharu. Di samping itu, pertandingan permainan tradisional mesti diadakan di peringkat negeri dan kebangsaan. Pelbagai pihak mesti berganding bahu menghidupkan permainan tradisional supaya terus berkembang bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. (60 patah perkataan) Rangka Karangan Karangan Lengkap Perlu dikekalkan sampai bila-bila Peranan generasi lama Semua pihak berganding bahu Menubuhkan kelab di sekolah Memperkenalkan dan melatih Menganjurkan pertandingan Cara-cara Mengekalkan Permainan Tradisional Karangan Respons Terhad pg 102-107.indd 102 10/20/2023 12:43:51 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
103 Reviu Topik -Soalan Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Praktis 1 Tinggal berhampiran dengan kita Mengukuhkan perpaduan Masyarakat yang harmoni Membantu ketika susah Bertukar-tukar pendapat Kepentingan Jiran [Pendahuluan] Jiran ialah individu atau kumpulan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan kita. Kepentingan hidup berjiran ialah [Isi 1] dapat membantu ketika dalam kesusahan seperti sakit, demam, kematian serta melakukan aktiviti gotong-royong. Selain itu, jiran juga boleh dijadikan [Isi 2] tempat untuk bertukar-tukar pendapat dan berbincang tentang sesuatu perkara. Seterusnya, jiran boleh [Isi 3] mengukuhkan perpaduan kaum kerana penduduk di bandar terdiri daripada pelbagai kaum. [Penutup] Oleh itu, hubungan kejiranan mesti diperkukuh supaya dapat melahirkan masyarakat yang harmoni kerana jiran sepakat membawa berkat. (71 patah perkataan) Karangan Respons Terhad pg 102-107.indd 103 10/20/2023 12:43:51 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
104 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Langkah Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan – termaktub dalam Perlembagaan Malaysia – memperkukuh pendidikan di sekolah – menaikkan imej bahasa Melayu – mengadakan kempen – penggunaan bahasa Melayu tetap utuh – peranan Dewan Bahasa dan Pustaka – membendung masalah pencemaran bahasa – berganding bahu – memartabatkan bahasa Melayu – Bahasa Jiwa Bangsa [Pendahuluan] Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di negara kita dan sudah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Usaha yang boleh dilakukan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan adalah dengan [Isi 1] memperkukuh pendidikan di sekolah kerana dapat menaikkan imej bahasa Melayu. Selain itu, [Isi 2] kempen mesti dipergiatkan supaya penggunaan bahasa kebangsaan tetap utuh di negara kita. Seterusnya, usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan boleh dilakukan menerusi [Isi 3] peranan Dewan Bahasa dan Pustaka membendung masalah pencemaran bahasa supaya bahasa Melayu terpelihara. [Penutup] Oleh itu, pelbagai pihak mesti berganding bahu memartabatkan bahasa Melayu kerana Bahasa Jiwa Bangsa. (77 patah perkataan) Praktis 2 Karangan Respons Terhad pg 102-107.indd 104 10/20/2023 12:43:52 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
105 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Praktis 3 Tempat masyarakat beriadah Cara Menarik Minat Orang Ramai untuk Mengunjungi Taman Rekreasi Mengadakan pertandingan Memudahkan pengunjung Melengkapkan prasarana Ciri-ciri keselamatan Untuk tujuan pembelajaran Imbas Kod QR untuk muat turun Video Tutorial, halaman 105. Video Tutorial [Pendahuluan] Taman rekreasi sangat penting sebagai tempat beriadah pelbagai lapisan masyarakat. Salah satu usaha untuk menarik minat orang ramai terhadap taman rekreasi adalah dengan [Isi 1] melengkapkan prasarana. Kawasan rekreasi yang mempunyai prasarana yang lengkap akan memudahkan pengunjung yang mengunjungi tempat tersebut. Selain itu, [Isi 2] pelbagai pertandingan boleh dianjurkan supaya orang ramai lebih gemar mengunjungi tempat rekreasi. Akhirnya, taman rekreasi mesti [Isi 3] mempunyai ciri-ciri keselamatan supaya orang ramai yakin apabila berada di tempat tersebut. [Penutup] Oleh itu, kepentingan taman rekreasi tidak boleh dipandang sebelah mata kerana manfaatnya sangat besar terhadap orang ramai. (79 patah perkataan) Video Tutorial Karangan Respons Terhad pg 102-107.indd 105 10/20/2023 12:43:52 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
106 Kepentingan Tempat Bersejarah Menarik pelancong Menjana ekonomi Sebagai bahan kajian Tujuan pendidikan Pengajaran kepada generasi baharu [Pendahuluan] Tempat bersejarah sangat penting bagi setiap negara. Salah satu kepentingan tempat bersejarah ialah [Isi 1] dapat menarik pelancong mengunjungi tempat tersebut sekali gus menjana ekonomi negara. Selain itu, tempat bersejarah juga boleh dijadikan [Isi 2] sebagai bahan kajian untuk tujuan pendidikan oleh para pelajar pelbagai peringkat. Selain daripada itu, tempat bersejarah juga [Isi 3] boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada generasi baharu agar sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian negara. [Penutup] Secara kesimpulannya, tempat bersejarah mesti dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana mempunyai banyak manfaat kepada semua. (69 patah perkataan) Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Praktis 4 Karangan Respons Terhad pg 102-107.indd 106 10/20/2023 12:43:52 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
107 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Praktis 5 Amalan menyimpan wang Mengelakkan amalan berhutang Melatih berjimat cermat Menambahkan pendapatan Mendapat bonus dan dividen Digunakan pada waktu kecemasan Digalakkan sejak kecil [Pendahuluan] Menabung bermaksud menyimpan. Amalan menabung mendatangkan pelbagai manfaat. Salah satu manfaatnya ialah [Isi 1] melatih seseorang itu berjimat kerana seseorang itu akan berusaha menyimpan wang. Selain itu, menabung dapat [Isi 2] menambahkan pendapatan kerana seseorang itu akan mendapat bonus dan dividen. Akhirnya, menabung [Isi 3] dapat mengelakkan seseorang itu berhutang kerana wang simpanan dapat digunakan untuk tujuan tertentu dan pada waktu kecemasan. [Penutup] Oleh itu, amalan menabung mestilah digalakkan sejak seseorang itu masih kecil bak kata pepatah melentur buluh biarlah waktu rebungnya. (69 patah perkataan) Manfaat Menabung Karangan Respons Terhad pg 102-107.indd 107 10/20/2023 12:43:52 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
108 Karangan Respons Terbuka Panduan Menjawab Karangan Respons Terbuka 1 Terdapat dua bentuk karangan, iaitu: (a) Karangan berformat khusus (b) Karangan berformat umum 2 Karangan berformat khusus seperti surat kiriman rasmi, laporan, ucapan/syarahan/ceramah/perbahasan, wawancara, ulasan dan rencana. Jika calon tidak memenuhi kriteria, maksimum dua markah akan ditolak kerana tidak menepati format yang dikehendaki. 3 Panduan menjawab karangan adalah seperti di bawah: (a) Membaca dan memilih soalan (i) Murid perlu membaca soalan dengan teliti dan memahami kehendak soalan. (ii) Murid perlu memilih soalan atau tajuk yang benar-benar dikuasai dan difahami dari segi isu, format, isi karangan, laras bahasa, bukti dan contoh yang relevan yang bersesuaian dengan tajuk soalan. (iii) Murid juga disarankan mengetahui dimensi kehendak soalan sama ada dimensi diri, keluarga, sekolah, masyarakat atau negara. (b) Mengenal pasti tajuk dan kehendak soalan (i) Murid perlu memahami kata kunci soalan, contohnya: bincangkan, gambarkan, cadangkan, bahaskan, nyatakan, huraikan, ceritakan, gambarkan, berikan pendapat dan ulaskan. (ii) Setiap kata kunci yang dibaca hendaklah digaris agar kehendak soalan benar-benar difahami. (c) Merangka dan menulis karangan (i) Murid perlu membiasakan diri membina rangka karangan sebelum menulis idea yang diperoleh. Catatkan di dalam kertas dan susun idea-idea tersebut. (ii) Murid juga hendaklah menitikberatkan aspek bahasa termasuklah ejaan, aspek tatabahasa, penggunaan tanda baca, dan pemilihan kata yang tepat dan sesuai. (iii) Murid boleh memulakan rangka karangan dengan merangka pendahuluan, isi-isi penting dan penutup. (iv) Setiap perenggan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu peribahasa atau frasa menarik supaya dapat menunjukkan pengolahan karangan yang menarik. (d) Menyemak karangan (i) Murid diingatkan supaya menyemak semula karangan sebelum menghantar karangan. (ii) Murid dikehendaki memastikan tiada isi penting yang tertinggal dan karangan hendaklah diakhiri dengan penutup yang sempurna. (iii) Murid juga diingatkan supaya menyemak semula aspek bahasa termasuklah tatabahasa, ejaan, penggunaan tanda baca, format, ayat, peribahasa, dan penggunaan perkataan yang tepat. 4 Penilaian pemeriksa berdasarkan tanggapan (impression) mengikut kriteria yang ditetapkan termasuklah bahasa, idea dan pengolahan. Karangan Respons Terbuka pg 108-120.indd 108 10/20/2023 12:43:15 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
109 Reviu Topik Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Praktis 1 Praktis 2 Baru-baru ini sekolah anda telah mengadakan Hari Keusahawanan. Sebagai setiausaha majalah sekolah, anda dikehendaki menulis laporan mengenai aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang sambutan hari tersebut. Persatuan Sejarah sekolah anda telah mengadakan lawatan ke tempat bersejarah di Perak baru-baru ini. Sebagai setiausaha persatuan tersebut, anda dikehendaki menulis laporan mengenai lawatan tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya. Pendahuluan Menyatakan tajuk laporan, iaitu Hari Keusahawanan di Sekolah – tarikh diadakan dan tujuan diadakan Hari Keusahawanan – menyatakan individu yang merasmikan Isi-isi penting • Pelbagai gerai diadakan – menjual pelbagai jenis barang seperti makanan berat, ringan, minuman dan hasil kraf tangan – mendapat sambutan yang menggalakkan – setiap jualan laris dan habis dijual • Kerjasama yang terjalin antara murid-murid dengan guru-guru – kerja yang dilakukan secara bergotongroyong bagai aur dengan tebing – membantu menguruskan gerai, menjual, mengemas dan sebagainya • Menepati matlamat, iaitu melatih murid menjalankan perniagaan secara kecil-kecil – melatih murid menyediakan makanan dan minuman – melatih murid mengetahui masalah-masalah dan kepentingan bidang perniagaan • Hari Keusahawanan berakhir pada pukul 4:00 petang – Hari Keusahawanan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah – semua pihak berpuas hati sepanjang hari tersebut berlangsung Penutup Pengakuan pelapor, tandatangan, tarikh, nama pelapor dan jawatan Laporan Lawatan Ke Tempat Bersejarah Pada 10 Mac 20___ yang lalu, Persatuan Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Lima, Sabak Bernam mengadakan lawatan ke tempat bersejarah di Perak. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengenali tempat-tempat bersejarah yang masih kekal di negeri Perak hingga hari ini. Lawatan ini disertai oleh 34 orang murid dari Persatuan Sejarah dan diiringi oleh tiga orang guru persatuan. Lawatan sehari suntuk itu diisi dengan pelbagai aktiviti. Rombongan kami bertolak pada pukul 7:00 pagi dan tiba di sana pada pukul 9:15 pagi. Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Pegawai Perhubungan Kompleks Sejarah Pasir Salak, iaitu Tuan Haji Ahmad bin Dahalan. Selepas bersalam-salaman dengan beliau, kami dibawa masuk ke bilik penerangan. Di situ, kami diberi penerangan ringkas tentang Kompleks Sejarah Pasir Salak yang diilhamkan oleh bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ngah Talib. Tuan Haji Ahmad Karangan Jenis Laporan Karangan Respons Terbuka pg 108-120.indd 109 10/20/2023 12:43:15 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
110 juga memuji rombongan kami yang meminati sejarah tanah air dan beliau mengucapkan terima kasih kepada persatuan sejarah sekolah kami yang mempunyai inisiatif mengadakan lawatan ke tempat tersebut. Selepas itu kami dibawa melawat persekitaran Kompleks Sejarah Pasir Salak. Di kompleks tersebut, terdapat pelbagai gambar pejuang tanah air pada zaman penjajahan seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor dan lain-lain. Gambar dan ilustrasi mengenai perjuangan orang Melayu menentang penjajah dipamerkan di kompleks tersebut. Semua murid berasa teruja apabila melihat kesan peninggalan sejarah zaman lampau yang masih kekal sampai ke hari ini. Tidak ketinggalan juga, murid-murid turut mencatat pelbagai perkara dalam buku catatan masing-masing semasa melihat-lihat kawasan tersebut. Di samping itu, petugas di tempat itu turut memberi penerangan mengenai tempat itu kepada murid-murid dan guru yang mengiring. Sebelum pulang, kami berpeluang mengunjungi gerai-gerai yang menjual hasil kraf tangan seperti rantai kunci, gambar pejuang-pejuang Perak zaman lampau dan bingkai gambar. Kebanyakan daripada kami membeli gambar Dato’ Maharaja Lela dan Seputum, iaitu orang yang dititahkan oleh Dato’ Maharaja Lela untuk membunuh J.W.W. Birch. Lawatan kami berakhir pada pukul 1:00 tengah hari. Semua ahli persatuan menaiki bas lalu pulang ke sekolah semula. Kami sungguh gembira dengan lawatan itu. Bagi kami, lawatan tersebut sangat bermakna kerana kami mendapat pelbagai ilmu dan pengalaman sepanjang berada di sana. Laporan disediakan oleh, 18 MAC 20__ Hamidin (HAMIDIN BIN ABDUL HAMID) Setiausaha Persatuan Sejarah, SMK Simpang Lima. Karangan Respons Terbuka pg 108-120.indd 110 10/20/2023 12:43:16 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
111 Karangan Jenis Perbincangan Keselamatan di sekolah menjadi tanggungjawab pelbagai pihak. Bincangkan. Praktis 1 Praktis 2 Pendahuluan Keselamatan di sekolah sangat penting bagi setiap murid dan seluruh warga sekolah – semua pihak tidak seharusnya memandang rendah terhadap keselamatan Isi-isi penting • Memastikan ada papan tanda arahan dan amaran – memberi petunjuk tentang tahap keselamatan di sesuatu tempat – memastikan setiap warga sekolah mematuhinya – contohnya, papan tanda di kantin, tandas dan tangga – murid dan seluruh warga sekolah akan berhati-hati – beringat sebelum kena • Kawalan keselamatan yang ketat – memastikan murid dapat berada di sekolah dalam keadaan selamat – mengawal supaya orang luar atau orang yang tidak berkenaan tidak memasuki kawasan sekolah – contohnya, tugas pengawal keselamatan di pintu masuk sekolah – kesannya, murid akan berasa selamat berada di sekolah • Peranan pengawas dan guru disiplin – sebuah badan yang dipertanggungjawabkan menjaga tingkah laku murid – mengawal murid supaya mematuhi peraturan – contohnya, tidak membiarkan berlaku kes-kes yang boleh menjejaskan keselamatan murid – kesannya, keselamatan murid terjamin • Sikap murid-murid – memahami tugas mereka untuk mencari ilmu – mendahulukan matlamat berada di sekolah – contohnya, belajar atau mencari ilmu dan segala kemahiran dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan – kesannya, murid akan terhindar daripada bahaya di sekolah Penutup Semua pihak mesti berganding bahu agar tahap keselamatan di sekolah terjamin – oleh itu, proses pembelajaran akan berjalan dengan lancar. [Pendahuluan] Kemalangan jalan raya menjadi satu isu yang hangat diperkatakan di media massa. Hal ini disebabkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya bagi negara kita sangat tinggi pada setiap tahun. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk menangani masalah kemalangan dan kematian di jalan raya. [Isi 1 – Langkah-langkah] Salah satu usaha untuk membendung masalah ini adalah dengan mengadakan kempen. [Ayat Huraian – Mengapa] Hal ini demikian, kempen akan memberi pengetahuan tentang kepentingan menjaga keselamatan. Oleh itu, kempen ini mesti dilakukan oleh media massa demi kepentingan semua pihak. [Ayat Contoh – Apa] Contohnya, Kempen Keselamatan Jalan Raya (KEJARA). [Ayat Kesan – Kebaikan] Kesannya, orang ramai akan terdidik tentang keselamatan di jalan raya. [Isi 2 – Langkah-langkah] Selain itu, penguatkuasaan undang-undang sangat penting untuk mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya. [Ayat Huraian – Bagaimana] Hal ini demikian, penguatkuasaan akan menyebabkan pengguna jalan raya lebih memahami kepentingan keselamatan di jalan raya. Oleh itu, pihak berkuasa mesti Huraikan langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya di negara kita. Karangan Respons Terbuka pg 108-120.indd 111 10/20/2023 12:43:16 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
112 menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di jalan raya. [Ayat Contoh – Apa] Contohnya, mengenakan denda terhadap pesalah lalu lintas. [Ayat Kesan – Kebaikan] Kesannya, undang-undang di jalan raya akan dipatuhi. [Isi 3 – Langkah-langkah] Seterusnya, pendidikan di sekolah dilakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya. [Ayat Huraian – Bagaimana] Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan mengambil inisiatif untuk membantu mengurangkan masalah kemalangan di jalan raya. Oleh itu, satu kurikulum dirangka untuk mendidik generasi muda tentang keselamatan di jalan raya. [Ayat Contoh – Apa] Contohnya, pada tahun 2004, pendidikan mengenai keselamatan jalan raya dijadikan satu perkara yang mesti dipelajari oleh murid. [Ayat Kesan – Kebaikan] Kesannya, generasi muda memahami kepentingan menjaga keselamatan di jalan raya. [Isi 4 – Langkah-langkah] Akhirnya, operasi mesti dilakukan di jalan raya untuk mengawal keadaan lalu lintas dan memantau sikap pengguna di jalan raya. [Ayat Huraian – Bagaimana] Hal ini demikian, akan mendidik pengguna jalan raya mematuhi peraturan. Oleh itu, pihak berkuasa mesti turun padang meninjau situasi di jalan raya. [Ayat Contoh – Apa] Contohnya, ‘Ops Selamat’ yang diadakan pada musim perayaan. [Ayat Kesan – Kebaikan] Kesannya, pengguna jalan raya akan mematuhi peraturan dan menggunakan jalan raya dengan cara berhemah. [Ayat Kesimpulan] Kesimpulannya, semua pihak mesti bersatu hati dalam usaha membendung kemalangan dan kematian di jalan raya. [Ayat Harapan] Komitmen pelbagai pihak tentunya akan membuahkan hasil seperti yang diharapharapkan. Karangan Respons Terbuka pg 108-120.indd 112 10/20/2023 12:43:16 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
113 Pendahuluan Berpeluang melawat ke sebuah negeri, iaitu negeri Kelantan – menyaksikan pelbagai tempat yang menarik – berasa gembira kerana kali pertama sampai ke negeri tersebut Isi-isi penting • Melawat ke Pasar Siti Khadijah – terletak di Kota Bharu – tempat yang sesuai untuk membeli-belah – pelbagai jenis barang menarik dijual – contohnya pakaian untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, hasil kraf tangan dan barang perhiasan – peniaganya dimonopoli oleh kaum wanita – menjadi tempat pelancong menikmati makanan tradisional Kelantan • Pantai Cahaya Bulan – pantai peranginan yang terletak berhampiran Kota Bharu – dikenali sebagai PCB – pantai yang sesuai untuk beriadah, bermain layang-layang dan menikmati makanan laut yang segar – kawasan yang mempunyai pelbagai tempat untuk menginap – chalet dan homestay • Melawat Muzium Negeri Kelantan – mempunyai pelbagai artifak, koleksi barang seni seperti wayang kulit, menora dan sebagainya – bangunan muzium yang mempunyai seni bina yang sangat unik – memperoleh pengetahuan • Masjid Kampung Laut – masjid yang binaannya tanpa menggunakan paku – terletak di Nilam Puri – masjid tertua – pernah mengalami kerosakan akibat banjir besar dan telah diubah suai tetapi masih mengekalkan keasliannya – terpesona dan teruja dengan bentuk masjid tersebut Penutup Berpuas hati dapat melawat negeri Kelantan – pelbagai pengalaman dan pengetahuan diperoleh – bercadang hendak ke sana lagi jika berpeluang [Pendahuluan] Baru-baru ini saya berpeluang pergi ke pasar malam bersama keluarga. Pasar malam itu terletak lebih kurang tiga kilometer sahaja darirumah kami. Menurut ayah saya, pasar malam itu mula beroperasi pada pukul 5:30 petang dan berakhir pada pukul 10:00 malam. Perjalanan kami dengan kereta ke sana memakan masa sepuluh minit sahaja. [Isi 1] Sebaik-baik sahaja kami tiba di sana, kami dapat menyaksikan ramai pengunjung berada di pasar malam tersebut. Pengunjungnya terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan pelbagai bangsa memandangkan tapak pasar malam itu dikelilingi kawasan perumahan di pinggir bandar. [Isi 2] Kami berasa teruja apabila mula melangkah masuk ke kawasan pasar malam itu. Di kiri dan di kanan lorong terdapat pelbagai gerai seperti sayur-sayuran, ikan, ayam dan buah-buahan. Selain itu, terdapat juga jualan makanan ringan, barang-barang perhiasan, pakaian dan keperluan harian. Gerai yang menjadi tumpuan ramai ialah gerai ikan dan keperluan dapur. Kanak-kanak pula tertumpu di bahagian makanan seperti mi goreng, mi sup, ayam goreng dan sebagainya. Anda berpeluang melawat ke beberapa tempat menarik di sebuah negeri baru-baru ini. Ceritakan pengalaman anda sepanjang berada di tempat-tempat tersebut. Praktis 1 Pasar malam di tempat anda sangat menarik dan dikunjungi ramai. Gambarkan suasana di pasar malam tersebut. Praktis 2 Karangan Jenis Keperihalan Karangan Respons Terbuka pg 108-120.indd 113 10/20/2023 12:43:16 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
114 [Isi 3] Pasar malam itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung. Boleh dikatakan setiap pengunjung membeli pelbagai barang keperluan mereka. Ada yang menjinjing beg plastik di kedua-dua belah tangan. Suara peniaga pula kedengaran dengan jelas dan riuh-rendah kerana memperkenalkan barang yang dijual oleh mereka. Malah, suara tawar-menawar antara pengunjung dan peniaga juga turut kedengaran di gerai sayur-sayuran dan ikan. Betullah kata peribahasa bising macam pasar seperti yang saya pelajari di sekolah. [Isi 4] Saya dan keluarga membeli pelbagai jenis barang seperti ikan, bawang, sayur-sayuran dan sedikit makanan ringan. Saya sangat gembira kerana ibu saya membelikan saya kuih apam balik istimewa untuk dimakan di rumah nanti. [Penutup] Kami pulang ke rumah pada pukul 9:30 malam. Ketika itu sudah ada peniaga-peniaga yang sudah mula mengemaskan barang dan peralatan perniagaan untuk pulang selepas selesai berniaga. Saya berasa gembira dan akan datang lagi ke pasar malam itu sekiranya diajak oleh keluarga saya. Karangan Respons Terbuka pg 108-120.indd 114 10/20/2023 12:43:17 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
115 Pendahuluan Memberi kata alu-aluan kepada hadirin – menyatakan tajuk syarahan, iaitu “Pentingnya Amalan Gaya Hidup Sihat” Isi-isi penting • Hidup akan sentiasa sihat – seseorang itu akan bebas daripada penyakit – oleh itu, hidupnya sentiasa senang dan gembira – contohnya, tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius – kesannya, gaya hidup sihat menjamin kebahagiaan hidup seseorang • Boleh menjalani kehidupan dengan sempurna – kehidupan seharian dapat dijalani tanpa sebarang masalah – dapat menjalankan rutin harian seperti orang lain yang sihat – contohnya, belajar, bekerja, bermain dan sebagainya – kesannya, kualiti hidup dapat ditingkatkan • Menjadi ikutan orang lain – menjadi idola atau rujukan kepada orang lain yang mahu hidup sihat – ingin mengetahui tentang rahsia kehidupan atau rutin seharian – contohnya, ingin mengetahui tentang kaedah penjagaan kesihatan, makan minum dan sebagainya – kesannya, lebih ramai anggota masyarakat yang hidup sihat • Menjimatkan kos rawatan perubatan – badan yang sihat tidak perlu mendapatkan rawatan di klinik atau hospital – kos itu boleh digunakan untuk tujuan lain seperti pendidikan dan tabungan – contohnya, kos untuk rawatan di hospital agak tinggi terutamanya bagi penyakit kronik – kesannya, seseorang itu akan sentiasa mempunyai wang dan tidak menghadapi tekanan pada waktu kecemasan Penutup Gaya hidup sihat mesti diamalkan – setiap anggota masyarakat mesti mengutamakan kesihatan kerana kesihatan asas kehidupan Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengetua, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakanrakan dan seterusnya hadirin sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat sejahtera dan selamat pagi. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah “Ibu Bapa Memainkan Peranan Membentuk Budaya Membaca dalam Kalangan Anak-anak”. Hadirin sekalian, Budaya membaca bermaksud membaca dijadikan satu amalan. Oleh itu, setiap orang yang menjadikan rutin hariannya dengan membaca dianggap sebagai ulat buku dan tidak senang duduk jika tidak membaca. Bagaimanapun, amat menyedihkan kerana di negara kita membaca belum lagi dianggap sebagai satu budaya sedangkan membaca itu jambatan ilmu. Andaikan anda pengerusi Kelab Kesihatan Sekolah. Anda dijemput untuk menyampaikan syarahan bersempena Minggu Kesihatan Sekolah. Tajuk syarahan anda ialah “Pentingnya Amalan Gaya Hidup Sihat”. Sediakan teks syarahan itu selengkapnya. Praktis 1 Anda menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk “Ibu Bapa Memainkan Peranan Membentuk Budaya Membaca dalam Kalangan Anak-anak”. Sediakan teks syarahan itu selengkapnya. Praktis 2 Karangan Jenis Syarahan Karangan Respons Terbuka pg 108-120.indd 115 10/20/2023 12:43:17 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
116 Oleh hal demikian, ibu bapa memainkan peranan untuk membentuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak mereka. Salah satu langkah yang boleh dilakukan adalah dengan membeli bahan-bahan bacaan untuk anak-anak. Dengan cara ini, anakanak akan mengikut contoh yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Hadirin sekalian, Selain itu, ibu bapa juga mesti membiasakan diri anak-anak mereka dengan perpustakaan. Ibu bapa mestilah membawa anak-anak kecil mereka ke perpustakaan supaya anak-anak dapat membaca, membuat rujukan dan sebagainya. Dengan cara ini, anak-anak akan menjadikan perpustakaan sebagai tempat mereka mencari ilmu. Seterusnya, ibu bapa juga mestilah memberi peruntukan kepada anak-anak mereka supaya membeli bahan-bahan bacaan yang disukai oleh anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak tidak akan mensia-siakan wang yang diberikan oleh ibu bapa mereka dengan membeli benda lain yang tidak berfaedah. Bagaimanapun, ibu bapa mestilah memantau untuk mengetahui benar atau tidak anak-anak mereka membeli bahan-bahan bacaan. Hadirin sekalian, Membentuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak bukanlah mudah. Pemantauan oleh ibu bapa terhadap minat anak-anak sangat penting sejak seseorang anak itu masih kecil kerana melentur buluh biarlah waktu rebung. Oleh hal demikian, ibu bapa mestilah memastikan anak-anak mereka melakukan aktiviti yang berfaedah di rumah. Contohnya, ibu bapa boleh menyediakan perpustakaan mini di rumah kerana dengan cara ini, anak-anak akan mudah mendapatkan bahan bacaan tanpa keluar dari rumah. Kesimpulannya, ingin saya tegaskan di sini bahawa membaca mestilah dijadikan satu amalan oleh setiap orang. Bagi ibu bapa, saya berharap mereka tidak lepas tangan dalam mendidik anak-anak mereka supaya dapat menjadikan anak-anak mereka gemar membaca kerana membaca meluaskan pengetahuan. Sekian sahaja syarahan saya kali ini dan saya sudahi dengan serangkap pantun. Petik duku di dalam taman, Cuaca redup tengah hari; Jadikan buku sebagai teman, Penyuluh hidup majukan diri. Sekian, terima kasih. Karangan Respons Terbuka pg 108-120.indd 116 10/20/2023 12:43:17 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
117 Pendahuluan • Menulis alamat pengadu dan pihak penerima aduan • Menulis tarikh surat aduan serta tajuk surat yang ditulis Isi-isi penting • Menjelaskan masalah perpaduan yang tidak begitu baik di kawasan kediaman – tidak wujud hubungan yang baik antara penduduk berbilang kaum – kurang bercampur gaul dan menziarahi antara satu dengan yang lain – hidup umpama enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing • Tidak wujud semangat gotong-royong dalam aktiviti yang dianjurkan – kurang bekerjasama – majlis yang dianjurkan kurang mendapat sambutan – hidup berpuak-puak – contohnya,rumah terbuka yang dianjurkan dihadiri oleh satu kaum sahaja – kaum-kaum lain tidak ramai yang datang walaupun jumlahnya ramai • Berharappihakberkenaanmengadakankempen–mengumpulkansemuapenduduk –menganjurkanaktiviti kemasyarakatan dan sebagainya – berusaha menarik minat semua kaum hadir dalam kempen tersebut • Diharap dapat mengadakan ceramah mengenai kepentingan perpaduan kaum – menjelaskan kepentingan hidup bersatu padu, hormat-menghormati dan bekerjasama dalam menjalani kehidupan seharian Penutup • Diharap mendapat kerjasama daripada pihak yang menerima aduan – melakukan tindakan secepat mungkin – sebelum nasi menjadi bubur • Mengesahkan aduan, tandatangan, menulis nama dan jawatan pengadu No 7, Jalan Kenangan, Kampung Lindungan Bulan, 09010, Padang Serai, Kedah Darul Aman. Yang Dipertua, Majlis Daerah Kubang Pasu, 06000, Jitra, Kedah. 12 JANUARI 20____ Anda mendapati perpaduan kaum di kawasan kediaman anda tidak begitu baik. Tulis sepucuk surat kepada pihak berkenaan untuk mengadu masalah tersebut dan berikan cadangan anda untuk menangani masalah tersebut. Tulis surat itu selengkapnya. Praktis 1 Operasi sebuah kilang di kampung anda telah mencemarkan sungai di kampung anda. Tulis sepucuk surat kepada pihak berkenaan untuk mengadu masalah tersebut dan cadangan anda untuk mengatasi masalah tersebut. Praktis 2 Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi Karangan Respons Terbuka pg 108-120.indd 117 10/20/2023 12:43:17 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
118 Tuan, Aduan mengenai Masalah Pencemaran Sungai Merujuk perkara di atas, saya mewakili penduduk Kampung Lindungan Bulan ingin mengadu masalah pencemaran sungai yang terletak berhampiran kampung kami. Masalah ini berlaku sejak dua bulan lepas, iaitu selepas sebuah kilang memulakan operasi mereka. 2. Untuk pengetahuan tuan, kesan daripada pembuangan sisa-sisa kilang, air sungai di kampung kami tercemar. Oleh itu, air sungai itu tidak boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti harian lagi. Contohnya, jika bekalan air paip terputus, air sungai itu tidak boleh dijadikan alternatif lagi. Hal ini disebabkan air sungai itu terlalu kotor, berminyak dan berwarna kehitam-hitaman. 3. Selain itu, pencemaran air sungai itu telah menjejaskan hasil tanaman dan ternakan penduduk kampung. Air sungai tersebut tidak dapat digunakan untuk menyiram tanam-tanaman dan juga sebagai air minuman haiwan ternakan penduduk kampung. Bagi penduduk yang mengusahakan kebun sayur-sayuran dan ternakan, mereka terpaksa menanggung kerugian kerana terpaksa menggunakan air paip. Jika mereka menggunakan air sungai tersebut, sayur-sayuran akan rosak, manakala binatang ternakan akan mengalami masalah penyakit. 4. Di samping itu, pencemaran sungai ini telah menjejaskan satu kawasan pelancongan di kampung kami. Oleh hal demikian, tidak ada lagi pengunjung di kawasan tersebut sedangkan sebelum ini kawasan itu menjadi tempat mandi-manda dalam kalangan penduduk tempatan dan dari kawasan sekitar. Sehubungan itu, pendapatan penduduk kampung yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan di kawasan itu turut terjejas. 5. Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak tuan dapat turun padang dan berjumpa dengan pihak kilang tersebut. Saya berharap pihak tuan dapat berunding dengan mereka agar bertanggungjawab terhadap operasi kilang atau memindahkan kilang mereka ke tempat lain. Selain itu, pihak tuan juga boleh mengenakan denda yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Saya sangat berharap aduan saya ini mendapat perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Yang benar, Amran Yatim (AMRAN BIN YATIM) Setiausaha Penduduk Kampung Lindungan Bulan, Jitra, Kedah. Karangan Respons Terbuka pg 108-120.indd 118 10/20/2023 12:43:18 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
119 Pendahuluan Nilai-nilai murni sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat – dengan adanya nilai murni, pelbagai pihak akan memperoleh manfaat daripadanya – slogan “Nilai Murni Amalan Kita” – harapan agar masyarakat dapat mengamalkan nilai-nilai murni Isi-isi penting • Melahirkan masyarakat yang harmoni – hidup setiap anggota masyarakat akan harmoni – aman dan damai – tidak ada rasa curiga antara satu dengan yang lain – contohnya, boleh berbincang, beramah-mesra dan bekerja bersama-sama – kualiti hidup bermasyarakat sangat tinggi – hidup bagai aur dengan tebing • Membentuk masyarakat yang saling menyayangi dan menghormati – melahirkan masyarakat yang hidup dalam keadaan baik – hubungan yang akrab – tidak ada perselisihan faham yang serius – contohnya, berusaha mengekalkan hubungan baik – menambah baik hubungan baik yang sedia terjalin – hidup lebih sempurna bagai isi dengan kuku • Memudahkan sesuatu urusan – hal ini disebabkan amalan nilai positif menjurus kepada aspek prihatin terhadap individu mahupun kelompok masyarakat lain – berusaha menyelesaikan masalah atau meringankan kerja yang dilakukan – contohnya, amalan bekerjasama dalam kalangan penduduk – berat sama dipikul ringan sama dijinjing • Membentuk keadilan sosial – nilai murni yang diamalkan akan melahirkan keadilan dan kesamarataan dalam hidup – contohnya, membantu yang susah – meringankan masalah yang ditanggung oleh orang lain – jurang kehidupan tidak begitu ketara – berdiri sama tinggi, duduk sama rendah Penutup Nilai-nilai murni mesti diamalkan – hidup akan sentiasa ceria, aman dan sejahtara – diharap nilai-nilai ini ditambah baik dari semasa ke semasa supaya kehidupan masyarakat lebih berkualiti [Pendahuluan] Sektor pertanian di negara kita masih rancak diusahakan. Malah, negara kita masih menjadikan hasil pertanian sebagai eksport utama, iaitu kelapa sawit. Oleh hal demikian, sektor ini masih relevan walaupun bidang perindustrian sudah lama diteroka di negara kita. Sektor pertanian mempunyai kepentingan-kepentingannya yang tersendiri apatah lagi bagi negara kita. [Isi 1 – Manfaat] Kepentingannya yang pertama ialah menyumbang kepada pendapatan negara. [Ayat Huraian – Mengapa] Hal ini demikian, terdapat hasil-hasil pertanian yang melebihi keperluan negara dan boleh dieksport ke luar negara. Oleh itu, kita memperoleh hasil yang agak tinggi dengan mengeksport bahan-bahan mentah berasaskan pertanian. [Ayat Contoh – Apa] Contohnya, eksport kelapa sawit, buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan. Manakala hasil-hasil yang boleh digunakan oleh penduduk negara kita pula boleh mengurangkan import dan menyelamatkan wang negara. [Ayat Kesan – Kebaikan] Kesannya, negara kita mempelbagaikan pendapatan dan salah satunya adalah menerusi bidang pertanian. Nilai-nilai murni sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Jelaskan kepentingan-kepentingan tersebut. Praktis 1 Sektor pertanian mendatangkan pelbagai manfaat kepada penduduk dan negara. Huraikan manfaat-manfaat tersebut. Praktis 2 Karangan Jenis Huraian/Pendapat Karangan Respons Terbuka pg 108-120.indd 119 10/20/2023 12:43:18 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
120 [Isi 2 – Manfaat] Di samping itu, bidang pertanian juga menyumbang tenaga pekerja yang sangat ramai. [Ayat Huraian – Mengapa] Hal ini berkait rapat dengan peluang pekerjaan daripada sektor pertanian sama ada bagi individu dan secara berkumpulan. [Ayat Contoh – Bagaimana] Contohnya, bidang pertanian membuka sejumlah besar peluang pekerjaan kepada pesawah padi, pengusaha kebun kelapa sawit, ladang teh dan sebagainya. [Ayat Kesan – Kebaikan] Oleh itu, bidang pertanian berjaya mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan anak-anak muda di negara kita. [Isi 3 – Manfaat] Dalam pada itu, bidang pertanian mengurangkan import negara kita ke atas bahan-bahan mentah. [Ayat Contoh – Mengapa] Hal ini demikian, bahan yang ada di negara kita boleh digunakan oleh penduduk setempat. [Ayat Contoh – Apa] Contohnya, hasil tanaman padi di negara kita menyumbang 70 peratus bekalan beras di dalam negara. [Ayat Kesan – Kebaikan] Kesannya, kita tidak perlu mengimport bekalan beras dari luar negara dengan kadar yang lebih tinggi. [Isi 4 – Manfaat] Seterusnya, bidang pertanian membantu menaikkan imej negara dalam bidang pelancongan. [Ayat Huraian – Mengapa] Hal ini demikian, bidang pertanian menyumbang unsur keindahan alam yang boleh dinikmati panoramanya oleh orang ramai. [Ayat Contoh – Apa] Contohnya, kawasan pertanian di Tanah Tinggi Cameron, sawah padi di Kedah dan Perlis sangat indah dan menjadi daya tarikan pelancong. [Ayat Kesan – Kebaikan] Kesannya, sektor pelancongan menerusi bidang pertanian dapat memikat hati pelancong dari dalam dan luar negara. [Ayat Kesimpulan] Kesimpulannya, bidang pertanian mendatangkan pelbagai manfaat dan kepentingannya kepada orang ramai. [Ayat Harapan] Bidang ini diharap dapat berkembang dari semasa ke semasa dengan pelbagai pendekatan. Karangan Respons Terbuka pg 108-120.indd 120 10/20/2023 12:43:18 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
121 Ujian Bulanan 2 Pemindahan Maklumat [20 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang keburukan penggunaan telefon pintar kepada murid. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Dalam dunia yang semakin berkembang maju, pelbagai peralatan yang canggih turut dicipta seiring dengan kemajuan teknologi. Salah satu ciptaan yang telah menjadi keperluan hidup pada masa ini ialah telefon mudah alih atau telefon pintar. Pelbagai lapisan masyarakat menggunakan telefon pintar ini termasuklah golongan murid sekolah. Setiap murid sama ada yang berada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah mempunyai telefon pintar. Sesetengahnya pula lebih mahir menggunakannya berbanding dengan orang dewasa. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon pintar memberikan banyak kebaikan kepada murid. Mereka menggunakan telefon pintar untuk mencari bahan-bahan pembelajaran serta melayari lamanlaman web untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Dalam hal sedemikian, telefon pintar dapat membantu memudahkan pembelajaran murid. Namun begitu, telefon pintar akan memudaratkan murid jika disalahgunakan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Telefon pintar menyebabkan murid-murid hilang fokus dalam pembelajaran. Mereka asyik melayan pelbagai aplikasi perhubungan yang terdapat dalam telefon pintar seperti WhatsApp, Facebook, Instagram dan sebagainya. Mereka leka membelek-belek telefon hingga berjam-jam lamanya. Dalam situasi ini, masa mereka terbuang dengan sia-sia sahaja. Kerja rumah yang diberikan oleh guru tidak dapat disiapkan. Begitu juga dengan kefahaman mereka dalam akademik. Jika keadaan ini berterusan, prestasi mereka dalam bidang akademik juga terjejas dan merosot. Selain itu, telefon pintar juga mengundang masalah gejala sosial dalam kalangan murid. Antara gejala sosial yang mungkin timbul ialah kecurian telefon pintar dan aktiviti menonton video yang tidak berfaedah. Muridmurid dapat menonton pelbagai jenis video termasuk video lucah melalui telefon pintar mereka. Secara tidak langsung, mereka akan terpengaruh dengan filem-filem dari negara barat dan cara kehidupan mereka yang tidak sesuai dengan budaya di negara kita. Penggunaan telefon pintar ada kebaikan dan keburukannya. Oleh itu, murid-murid seharusnya menggunakan telefon pintar dengan bijak dan mendatangkan manfaat. Antara keburukan telefon pintar ialah menyebabkan murid-murid hilang fokus dalam pembelajaran dan tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Masa mereka juga terbuang dengan sia-sia kerana terlalu leka dengan telefon pintar. Sebagai akibatnya, prestasi mereka dalam bidang akademik turut terjejas dan merosot. Telefon pintar juga mewujudkan masalah gejala sosial dalam kalangan murid seperti kecurian. Selain itu, mereka bebas menonton video lucah dan video-video yang tidak berfaedah yang akan turut mempengaruhi mereka dengan cara kehidupan orang barat yang tidak sesuai dengan budaya kita. Ujian Bulanan 2 BM T1 pg 121-125.indd 121 10/20/2023 12:51:31 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
122 Karangan Respons Terhad [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. • Dihasilkan di sebuah kilang ternama • Mempunyai pelbagai fungsi • Menjadi kegilaan semua orang • Akhirnya terbiar begitu sahaja Aku Sebuah Telefon Pintar • Menggunakan teknologi terkini • Adik-adikku lebih canggih Aku ialah sebuah telefon pintar dari jenama yang terkenal. Aku diperbuat dengan menggunakan teknologi terkini. Aku juga mempunyai pelbagai fungsi seperti menghantar pesanan ringkas, membuat panggilan suara, membuat panggilan video, merakam gambar, menyimpan pelbagai data serta mengakses pelbagai aplikasi dengan bantuan Internet. Aku menjadi kegilaan ramai manusia. Sebaik-baik sahaja aku dilahirkan, seorang remaja perempuan telah membeli aku. Aku digunakan setiap hari oleh tuan aku dalam pelbagai urusan. Lama-kelamaan, aku berasa seperti tidak dipedulikan lagi oleh tuan aku. Rupa-rupanya dia telah membeli telefon pintar yang lebih canggih daripada aku. Kini, aku dibiarkan sendirian di dalam almari. Aku sangat sedih kerana tidak dapat berkhidmat kepada tuan aku lagi. Ujian Bulanan 2 BM T1 pg 121-125.indd 122 10/20/2023 12:51:31 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
123 Karangan Respons Terbuka [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN Perarakan Hari Kebangsaan Tayangan Filem Patriotik Larian Merdeka Pertandingan Syarahan Lawatan ke Tempat Bersejarah Pertandingan Melukis PERTANDINGAN MELUKIS Ujian Bulanan 2 BM T1 pg 121-125.indd 123 10/20/2023 12:51:33 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
124 1 Semangat patriotik dalam kalangan remaja semakin kurang dan membimbangkan. Huraikan cara-cara untuk membentuk semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak. 2 Anda dan keluarga anda telah menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan di sebuah negeri. Ceritakan pengalaman anda itu. 3 Anda telah menyertai satu pertandingan syarahan sempena bulan kemerdekaan negara kita. Tajuk syarahan anda ialah ‘Kepentingan Semangat Patriotik’. Tulis teks syarahan anda selengkapnya. Soalan 1 Pendahuluan Anak-anak diibaratkan sehelai kain putih – penting untuk dicorakkan dengan sebaik-baiknya – masa depan yang lebih terjamin Isi-isi penting 1 Ibu bapa – menyemai semangat patriotik – membawa anak-anak mengunjungi tempat bersejarah dan yang mempunyai unsur patriotik 2 Pihak sekolah menganjurkan ceramah dan pelbagai aktiviti pada bulan kemerdekaan – mewajibkan murid-murid menyertainya 3 Masyarakat bekerjasama – memperkasa persatuan penduduk – mengadakan pelbagai program di kawasan kejiranan – menggalakkan pelibatan anak-anak 4 Pihak kerajaan – mengadakan pelbagai program yang bermanfaat – memupuk semangat patriotik dalam jiwa anak-anak sejak kecil Penutup Dapat direalisasikan jika ada kesungguhan daripada pelbagai pihak – bekerjasama – anak-anak bakal pewaris bangsa dan menerajui negara Soalan 2 Pendahuluan Bertolak ke dataran pada awal pagi – pengunjung sudah memenuhi dataran Isi-isi penting 1 Suasana riuh-rendah – pelbagai kaum termasuk pelancong dari luar negara – berminat hendak menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan 2 Dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik – ucapan daripada Perdana Menteri – persembahan pembukaan Ujian Bulanan 2 BM T1 pg 121-125.indd 124 10/20/2023 12:51:33 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
125 3 Perarakan bermula – pelbagai agensi – kerajaan dan swasta – berwarna-warni – pakaian cantik-cantik 4 Pertunjukan udara – helikopter dan jet tempur – pelbagai aksi – sungguh kagum Penutup Menaikkan semangat patriotik – ingin menyaksikan perarakan seperti itu lagi pada masa depan – semakin cinta dan sayang akan negara – berazam mengharumkan nama negara di persada dunia Soalan 3 Pendahuluan Format syarahan – kata alu-aluan – menyatakan tajuk syarahan Isi-isi penting 1 Menaikkan nama negara – tidak melakukan perkara-perkara negatif – berusaha mengharumkan nama negara – hidup harmoni – berbilang kaum dan agama 2 Menjamin perpaduan kaum – hidup sejahtera dan harmoni – program PLKN menyatukan remaja daripada pelbagai kaum 3 Bersedia untuk menghadapi cabaran pada hari-hari yang mendatang – mengelakkan sebarang anasir jahat – bersatu padu Penutup Semua pihak dan ahli masyarakat berganding bahu – bersatu padu – mencapai negara maju Ujian Bulanan 2 BM T1 pg 121-125.indd 125 10/20/2023 12:51:33 PM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
126 Ujian Akhir Sesi Akademik 100 Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Mereka terpaksa jalan yang bersimpangsiur untuk sampai ke rumah pemuda itu. A melalui B melintas C merentas D merintangi 2 Mak Cik Hana menyiapkan hidangan menunggu suami dan anak-anaknya pulang. A jika B lalu C hingga D sementara Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3 I Hanafi berasa kasar dengan sikap rakanrakannya yang mementingkan diri sendiri. II Bapa menabur garam kasar di sekeliling kawasan rumah bagi mengelakkan haiwan berbahaya menghampiri. III Pendapatan kasar Encik Fahmi cukup untuk menampung keperluan keluarganya. IV Pekerjaan abang sebagai buruh kasar tidak menjanjikan pendapatan yang tetap. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I Jiwanya yang tebal menjadikan dia seorang yang tabah. II Rambut Devi yang tebal dan ikal selalu mendapat pujian daripada rakan-rakannya. III Poketnya yang tebal menyebabkan dia sentiasa didekati oleh rakan-rakan yang ingin mengambil kesempatan terhadapnya. IV Helikopter itu telah terjunam ke dalam gaung yang dikelilingi hutan yang tebal. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Aliya membawa berbagai jenis kuih-muih untuk sambutan hari guru di sekolahnya. A berbagai jenis kuih B berbagai-bagai jenis kuih-muih C berbagai-bagai jenis kuih D berbagai jenis kuih-muih 6 Wakil rakyat-wakil rakyat diingatkan supaya menjaga kebajikan rakyat demi kesejahteraan bersama. A Wakil rakyat B Wakil-wakil rakyat C Wakil rakyat-rakyat D Wakil rakyat-wakil rakyat Kertas 1 1 JAM 30 MINIT Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. BAHAGIAN A [15 markah] UASA BM T1 pg 126-138.indd 126 10/24/2023 11:06:38 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD
127 Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Mereka-mereka yang tidak berkenaan dikehendaki beredar dengan segera. II Kedua murid itu akan mewakili sekolah dalam pertandingan pidato pada minggu hadapan. III Nah, saya pulangkan buku kamu semula! IV Mereka sedang berbincang tentang isu yang rumit itu. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Banyak kemajuan yang negara kita peroleh hasil daripada kebijaksanaan para pemimpin. II Sikapnya yang gemar menikus menyebabkan dia selalu dibuli oleh kawan-kawannya. III Hani telah menghadiahi sahabat baiknya sebuah novel remaja. IV Bendera negara yang mengambil bahagian dalam Sukan SEA berkibaran di sepanjang jalan. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9 Aktiviti sukan tidak dibenarkan dijalankan di sekolah sepanjang bulan ini kerana cuaca panas yang melampau. A Cuaca panas yang melampau sepanjang bulan ini tidak membolehkan aktiviti sukan dijalankan di sekolah. B Sepanjang bulan ini aktiviti sukan di sekolah tidak dibenarkan dijalankan kerana cuaca panas yang melampau. C Cuaca panas yang melampau sepanjang bulan ini menyebabkan aktiviti sukan tidak dibenarkan dijalankan di sekolah. D Cuaca yang panas melampau di sekolah sepanjang bulan ini menyebabkan aktiviti sukan tidak dibenarkan dijalankan. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10 Peribahasa yang manakah yang paling tepat berdasarkan pernyataan di atas? A Besar macam gajah B Garang macam singa C Berani macam harimau D Pintar macam Sang Kancil Ain Najwa berjaya menjadi seorang doktor kerana beliau sangat tekun belajar dan tidak suka membuang masa. UASA BM T1 pg 126-138.indd 127 10/24/2023 11:06:39 AM BIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHDNERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SDNENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SD