The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISBN: 978-629-7536-05-5
Price: WM: 22.90 / EM: 23.90

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2023-04-03 21:24:21

Revisi Cepat Sejarah Ting 123

ISBN: 978-629-7536-05-5
Price: WM: 22.90 / EM: 23.90

PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


iii TINGKATAN 1 Tema 1: Sejarah Kita dan Dunia Bab 1 Mengenali Sejarah 1 1.1 Pengertian Sejarah 3 1.2 Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan 4 1.3 Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah 5 1.4 Sumber Sejarah 6 1.5 Penyelidikan dalam Sejarah 7 1.6 Tafsiran dalam Sejarah 10 1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah 11 Bab 2 Zaman Air Batu 13 2.1 Dunia Kita 15 2.2 Zaman Air Batu 17 2.3 Garis Masa Zaman Air Batu 19 2.4 Ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir 20 2.5 Perubahan Zaman Air Batu Akhir 21 2.6 Kesan Perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara 23 Bab 3 Zaman Prasejarah 25 3.1 Maksud Zaman Prasejarah 27 3.2 Lokasi Zaman Prasejarah di Dunia 30 3.3 Ciri-ciri Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah 33 3.4 Kesinambungan Sumbangan Zaman Prasejarah kepada Kemajuan Kehidupan Manusia 37 3.5 Zaman Prasejarah di Malaysia 39 Bab 4 Mengenali Tamadun 42 4.1 Maksud Tamadun 44 4.2 Konsep Tamadun 46 4.3 Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia 48 Bab 5 Tamadun Awal Dunia 53 5.1 Empat Lokasi Tamadun Awal Dunia 55 5.2 Perbandingan Sumbangan Tamadun Awal 63 Peningkatan Tamadun Yunani dan Rom 67 Bab 6 6.1 Tamadun Yunani 69 6.2 Peningkatan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani 72 6.3 Tamadun Rom 76 6.4 Peningkatan Seni Bina dalam Tamadun Rom 78 Peningkatan Tamadun India dan China 85 Bab 7 7.1 Tamadun India 87 7.2 Tamadun China 92 Tamadun Islam dan Sumbangannya 100 Bab 8 8.1 Latar Belakang Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam 102 8.2 Kemunculan dan Perkembangan Tamadun Islam 106 8.3 Ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin 111 8.4 Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia 113 8.5 Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Seni Bina 118 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) U1-U8 TINGKATAN 2 Tema 2: Warisan Negara Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 120 1.1 Konsep Alam Melayu 122 Kandungan Revisi Cpt Sej Tg3 Kand.indd 3 07/03/2023 11:13 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


iv 1.2 Kewujudan Kerajaan di Alam Melayu 125 1.3 Kerajaan Alam Melayu yang Masyhur 127 1.4 Kerajaan Alam Melayu dan Kerajaan Luar yang Sezaman 130 Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 134 Bab 2 2.1 Sistem Pemerintahan 136 2.2 Kegiatan Ekonomi 139 Sosiobudaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 145 Bab 3 3.1 Bahasa dan Tulisan 147 3.2 Persuratan 149 3.3 Seni Bina 152 3.4 Struktur Sosial 155 Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 156 Bab 4 4.1 Agama dan Kepercayaan 158 4.2 Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 161 Kesultanan Melayu Melaka 167 Bab 5 5.1 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka 169 5.2 Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka 171 5.3 Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka yang Berpusat di Melaka 184 Bab 6 Kesultanan Johor Riau 186 6.1 Pengasasan Kesultanan Johor Riau 188 6.2 Kegemilangan Kesultanan Johor Riau 193 Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor 198 Bab 7 7.1 Pengasasan Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor 200 7.2 Warisan Kesultanan Melayu Melaka di Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor 205 Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis 212 Bab 8 8.1 Pengasasan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis 214 8.2 Hubungan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis dengan Negeri-negeri Melayu yang Lain 219 Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis 224 Bab 9 9.1 Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis 226 9.2 Keunikan Adat dan Pemerintahan Negeri Sembilan 232 Bab 10 Sarawak dan Sabah 236 10.1 Sarawak dan Sabah dalam Alam Melayu 238 10.2 Kemunculan Pemerintahan Tempatan 240 10.3 Kegiatan Ekonomi Masyarakat Sarawak dan Sabah 244 10.4 Keunikan Masyarakat Bumiputera Sarawak dan Sabah 246 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) U1-U8 TINGKATAN 3 Tema 3: Kedatangan Kuasa Asing Kedatangan Kuasa Barat 255 Bab 1 1.1 Kestabilan dan Kemakmuran Negara Kita 257 1.2 Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Negara Kita 263 1.3 Persaingan Kuasa Barat untuk Mendapatkan Tanah Jajahan 266 Revisi Cpt Sej Tg3 Kand.indd 4 07/03/2023 11:13 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


v 1.4 Perbezaan Strategi Kuasa Barat untuk Menguasai Negara Kita 267 Pentadbiran Negeri-negeri Selat 270 Bab 2 2.1 Peluasan Kuasa British di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka 272 2.2 Perjanjian London 1824 dan Kesannya terhadap Alam Melayu 279 2.3 Pembentukan Negeri-negeri Selat 282 2.4 Pentadbiran Negeri-negeri Selat 284 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu 287 Bab 3 3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang 289 3.2 Peluasan Kuasa British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang 293 3.3 Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 299 3.4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu 301 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 304 Bab 4 4.1 Pemerintahan Kesultanan Melayu di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor 306 4.2 Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu 311 4.3 Peluasan Kuasa British di Johor 314 4.4 Sistem Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 316 Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah 320 Bab 5 5.1 Latar Belakang Pemerintahan Tempatan di Sarawak dan Sabah 322 5.2 Peluasan Kuasa Dinasti Brooke di Sarawak 325 5.3 Peluasan Kuasa Syarikat Borneo Utara British di Sabah 331 5.4 Bentuk Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah 334 Kesan Pentadbiran Barat terhadap Ekonomi dan Sosial 340 Bab 6 6.1 Pengenalan Ekonomi Moden oleh Kuasa Barat di Negara Kita 342 6.2 Pentadbiran Barat Berkaitan dengan Ekonomi 348 6.3 Kesan Ekonomi Akibat Pentadbiran Barat di Negara Kita 351 6.4 Kesan Sosial Akibat Perkembangan Ekonomi di Negara Kita 356 Penentangan Masyarakat Tempatan 361 Bab 7 7.1 Matlamat dan Bentuk Penentangan Masyarakat Tempatan 363 7.2 Sistem Pentadbiran Barat Memberikan Kesan terhadap Kuasa Pemerintahan dan Kehidupan Masyarakat Tempatan 374 7.3 Penentangan Masyarakat Tempatan terhadap Kuasa Barat 379 7.4 Kesan Penentangan Masyarakat Tempatan 383 Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat 385 Bab 8 8.1 Reaksi Pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor terhadap Tindakan Barat 387 8.2 Tindakan Raja Melayu dalam Menangani Cabaran Barat 390 8.3 Usaha Pembesar Melayu dalam Pemodenan Negeri 395 8.4 Keberkesanan Peranan Pemerintah Tempatan dalam Menangani Cabaran Barat 399 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) U1-U8 Kajian Kes 403 Jawapan 405 Revisi Cpt Sej Tg3 Kand.indd 5 07/03/2023 11:13 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Sejarah Tingkatan 1, 2 dan 3 BIL. PERKARA FORMAT PENTAKSIRAN 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis 2 Jenis Soalan • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Subjektif Respons Terhad (SRT) • Subjektif Respons Terbuka (SRTb) 3 Bilangan Soalan • Bahagian A: OAP – 20 soalan • Bahagian B: Subjektif Respons Terhad – 4 soalan • Bahagian C: Subjektif Respons Terbuka – 2 soalan (Jawab satu soalan sahaja) 4 Markah • Bahagian A: 20 markah • Bahagian B: 40 markah • Bahagian C: 20 markah Jumlah: 80 markah 5 Tempoh Ujian 2 jam 6 Konstruk • Mengingat • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta 7 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi (5 : 3 : 2) 8 Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik Format Pentaksiran Menengah Rendah Sejarah vi Revisi Cpt Sej Tg3 Kand.indd 6 07/03/2023 11:13 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1 Tingkatan 1 Bab 1 Nota Grafi k Bab 1 Mengenali Sejarah Herodotus • Sejarawan pertama menggunakan perkataan “penyelidikan” atau “penyiasatan”. • Karyanya ialah Histories atau The Persian War. E.H. Carr • Sejarah merupakan tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah (fakta yang ditulis oleh sejarawan). • Karyanya ialah What is History? Ibn Khaldun • Karyanya ialah Muqaddimah. • Mengupas mengenai kehidupan manusia sejak zaman primitif hingga kehidupan di bandar. • Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat masyarakat itu. Khoo Kay Kim • Merujuk apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. • Mendorong kita lebih memahami apa-apa yang akan berlaku pada masa kini dan menjamin kesilapan yang sama tidak akan berulang. • Sejarah ialah ibu kepada semua bidang. Muhd Yusof Ibrahim • Sejarawan yang mengkaji ilmu dan disiplin sejarah. • Karyanya ialah Sejarawan dan Persejarahan Melayu: Tradisi dan Transformasi. Masa Silam • Rentetan peristiwa yang telah berlaku. • Dikaji berdasarkan urutan masa, iaitu kronologi. • Kronologi berlaku secara teratur mengikut urutan masa • Ruang masa dibahagikan kepada dekad (10 tahun), abad (100 tahun) dan alaf (1 000 tahun). • Diukur mengikut zaman, Sebelum Masihi (SM) dan Masihi (M). • Zaman Masihi bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS. Ruang dalam Sejarah • Dibahagikan mengikut tema tertentu seperti politik, ekonomi dan sosial. • Dalam konteks sejarah Malaysia, ruang masa dibahagikan kepada tempoh masa. Contoh: era Kesultanan Melayu Melaka, kemunculan kuasa luar dan kemerdekaan negara. 1.4 Sumber Sejarah 1.2 Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan Sumber Sejarah Contoh: Fosil, artifak, diari, bukan artifak, manuskrip, fail rasmi jabatan, dokumen rasmi, surat peribadi, batu bersurat dan keterangan lisan. Contoh: Jurnal, akhbar, majalah, buku, risalah dan ensiklopedia. Sumber Primer • Belum diolah atau diterbitkan. • Bersifat asli. • Belum ditafsir. Sumber Sekunder • Bahan yang telah diolah dan diterbitkan. • Bahan yang tersebar kepada umum. 1.3 Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah Revisi Cpt Sej Tg1.indd 1 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


2 Tingkatan 1 Bab 1 Kaedah Lisan • Proses mendapatkan maklumat melalui temu bual. • Tokoh yang ditemu bual dikenali sebagai orang sumber. • Maklumat diperoleh melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri. Kaedah Arkeologi • Kaedah yang digunakan secara saintifik untuk mencari maklumat sejarah. • Ekskavasi ialah proses mengumpul data dalam bidang arkeologi untuk memperoleh maklumat tentang masa lampau manusia. Arkeologi Bawah Air • Kajian saintifik tentang peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai atau tasik. • Jabatan Warisan Negara dan Universiti Malaysia Sabah berperanan terhadap pembangunan bidang arkeologi bawah air. • Kajian arkeologi bawah air biasanya dikendalikan oleh pakar menggunakan teknologi dari luar negara. 1.5 Penyelidikan dalam Sejarah Kaedah Bertulis Kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang dipahat atau ditulis. Proses Kaedah Bertulis Menggunakan peralatan yang sesuai (penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta peralatan arkeologi) Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi Menganalisis Tahap Kaedah Lisan Tahap Ketiga: Memproses rakaman • Membuat senarai, menyalin atau menyunting rakaman. • Menilai fakta-fakta dengan sumber bertulis. • Menyimpan rakaman dengan baik. Tahap Pertama: Persediaan Tahap Kedua: Rakaman temu bual • Menentukan tokoh. • Menentukan skop yang akan ditemu bual. • Memilih soalan yang bersifat pendekatan sejarah. • Persediaan yang lengkap. • Meyakinkan tokoh untuk bekerjasama dan menghargai tujuan pengkajian. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 2 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 Tingkatan 1 Bab 1 Pengenalan 1 Sejarah ialah disiplin ilmu tentang peristiwa masa lampau. 2 Penulisannya berdasarkan kajian dan penyelidikan terhadap sumber sejarah. 3 Pelbagai tafsiran dalam sejarah wujud disebabkan oleh kepelbagaian sumber dan kajian sejarah. 4 Pengetahuan tentang sejarah sangat penting untuk mewujudkan semangat cinta akan negara. 1.1 Pengertian Sejarah SP 1.1.1 Menyatakan pengertian sejarah secara umum. 1 Sejarah ialah peristiwa yang berlaku dalam kehidupan sesebuah masyarakat pada masa yang lalu. 2 Sejarawan mengkajinya melalui penyelidikan terhadap rekod-rekod lalu. 3 Dapatan kajian oleh sejarawan dimuatkan dalam bentuk buku, monograf atau makalah. 1 Mengenali Sejarah Tema 1: Sejarah Kita dan Dunia Bab Semak Cepat 1.1 1 Berikan maksud istilah syajaratun. 2 Nyatakan bahasa asal bagi istilah historia. Jadual 1.1 Pengertian sejarah daripada sumber yang berbeza-beza Sumber Pengertian sejarah Bahasa Melayu • Sejarah berasal daripada perkataan Arab, iaitu syajaratun yang bermaksud pokok. • Sejarah turut dikaitkan dengan salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul. Bahasa Inggeris Sejarah berasal daripada perkataan history yang bermaksud cerita tentang seseorang. Bahasa Yunani Sejarah berasal daripada perkataan historia yang membawa maksud penyelidikan. Kamus Dewan • Sejarah ditakrifkan sebagai asal usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa yang lampau, kisah, riwayat dan tambo. • Sejarah juga bererti kajian atau pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang telah lalu. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 3 27/03/2023 4:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


4 Tingkatan 1 Bab 1 Sejarah sebagai suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya dan suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau. E.H. Carr Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan Sejarah merupakan penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa. Herodotus Sejarah ialah masa lalu itu sendiri dan catatan ataupun rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu. Muhd Yusof Ibrahim Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifatsifat masyarakat itu. Ibn Khaldun Sejarah merujuk apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita untuk lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah ialah ibu kepada semua bidang. Khoo Kay Kim Rajah 1.1 Pengertian sejarah mengikut pandangan beberapa orang sejarawan terkenal 1.2 Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan SP 1.1.2 Menjelaskan pengertian sejarah mengikut pandangan sejarawan seperti Herodotus, E.H Carr, Ibn Khaldun dan Muhd Yusof Ibrahim. 1 Sejarawan telah memberikan beberapa pengertian tentang istilah sejarah. 2 Pengertian sejarah tersebut diperoleh berdasarkan beberapa kajian dan bukti. Peta Pokok Revisi Cpt Sej Tg1.indd 4 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


5 Tingkatan 1 Bab 1 1.3 Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah SP 1.1.3 Menghuraikan konsep masa silam dan ruang dalam sejarah. 1 Kita seharusnya membuat rujukan kepada masa silam dan ruang yang luas serta tiada batasnya dalam mempelajari sejarah. 2 Masa silam merupakan rentetan peristiwa yang telah berlaku dan dikaji berdasarkan kronologi. Zaman Sebelum Masihi (SM) Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa AS Masihi (M) Zaman selepas kelahiran Nabi Isa AS Dekad Jangka masa 10 tahun Abad Jangka masa 100 tahun Alaf Jangka masa 1 000 tahun Rajah 1.2 Konsep masa mengikut zaman 3 Penggunaan ruang dalam sejarah telah mendorong sejarawan membahagikan penulisan mereka kepada tema tertentu. 4 Pembahagian tema seperti politik, ekonomi dan sosial dapat memudahkan sejarawan melakukan penyelidikan sebelum membuat penulisan sejarah. 5 Kepelbagaian dalam pengkajian dan penulisan sejarah juga wujud berdasarkan masa silam dan ruang dalam sejarah yang luas. Peta Alir Herodotus • Beliau diberikan gelaran Bapa Sejarah Dunia. • Beliau merupakan sejarawan yang terawal menggunakan perkataan sejarah atau historia. • Antara karya beliau yang terkenal ialah Histories atau The Persian Wars (Sejarah Perang Parsi). Galeri Info Semak Cepat 1.3 1 Bagaimanakah kajian terhadap masa silam dikaji? 2 Jelaskan maksud bagi istilahistilah berikut: (a) Dekad (b) Abad (c) Alaf 3 Bilakah bermulanya Zaman Masihi? 4 Jelaskan kesan penetapan ruang dalam sejarah yang luas. Semak Cepat 1.2 1 Nyatakan nama penulis karya What is History?. 2 Apakah penceritaan yang terkandung dalam karya Muqqadimah? 3 Siapakah penulis karya Muqqadimah? 4 Apakah bidang kajian sejarawan Muhd Yusof Ibrahim? Revisi Cpt Sej Tg1.indd 5 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


6 Tingkatan 1 Bab 1 1.4 Sumber Sejarah SP 1.1.4 Membincangkan sumber sejarah. 1 Sumber sejarah terbahagi kepada sumber primer dan sumber sekunder. 2 Kajian terhadap sumber sejarah membolehkan kita mengetahui sesuatu peristiwa masa lalu berdasarkan bukti. 3 Sejarawan dan ahli arkeologi perlu bekerjasama dan berusaha mendapatkan sumber sejarah, mengkaji dan menganalisis sumber sejarah tersebut bagi mewujudkan penulisan sejarah. Jadual 1.2 Sumber sejarah Sumber Ciri-ciri Contoh Sumber primer • Sumber yang belum diolah dan belum diterbitkan. • Bersifat asli. • Belum ditafsir. • Perlu dikaji untuk mencari maklumat dan bukti yang sahih tentang sesuatu peristiwa. • Fosil • Diari • Artifak • Manuskrip • Bukan artifak • Batu bersurat • Surat peribadi • Dokumen rasmi • Keterangan lisan • Fail rasmi jabatan Sumber sekunder • Bahan yang telah diolah dan diterbitkan. • Bahan telah disebarkan kepada umum. • Membantu untuk mencari maklumat dan membuat perbandingan dapatan penyelidikan sejarah yang telah diterbitkan. • Buku • Jurnal • Akhbar • Majalah • Risalah • Ensiklopedia Gambar 1.1 Batu Bersurat Terengganu dan diari merupakan contoh sumber primer Gambar 1.2 Akhbar, majalah dan buku merupakan contoh sumber sekunder Revisi Cpt Sej Tg1.indd 6 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


7 Tingkatan 1 Bab 1 1.5 Penyelidikan dalam Sejarah SP 1.1.5 Menjelaskan kaedah penyelidikan sejarah. 1 Sejarawan melakukan penyelidikan untuk mendapatkan maklumat sejarah. 2 Penyelidikan dalam sejarah dilakukan melalui kaedah bertulis, kaedah lisan dan kaedah arkeologi. Kaedah Bertulis 1 Kaedah bertulis merupakan kajian terhadap sesuatu peristiwa berdasarkan maklumat daripada sumber yang ditulis atau dipahat. 2 Kaedah ini ditemui pada dinding gua, dipahat pada batu dan ditulis pada kulit kayu, gading dan daun lontar. 3 Selain itu, kaedah ini juga boleh dilihat pada: (a) Catatan harian (b) Fail kerajaan (c) Catatan pengembaraan Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa tokoh atau institusi Sumber bertulis tentang sejarah Malaysia boleh didapati di Portugal dan Belanda selain di negara kita sendiri. Sumber ini boleh didapati dalam pelbagai bahasa seperti Cina, Sanskrit dan Inggeris. • Artifak ialah peralatan ciptaan manusia yang diperbuat daripada batu, kaca dan logam untuk tujuan perburuan, pertanian dan perdagangan. • Bukan artifak ialah data arkeologi yang berkaitan dengan budaya manusia yang terdapat di bawah dan di permukaan tanah. Contohnya, Candi Lembah Bujang di Kedah. • Ensiklopedia ialah penulisan berdasarkan fakta dan sumber sejarah yang sahih. Contohnya, The Encyclopedia of Malaysia. Galeri Info Gambar 1.3 Candi Lembah Bujang Semak Cepat 1.4 1 Apakah maksud sumber sekunder? 2 Kategorikan sumber sejarah berikut sama ada sumber primer atau sumber sekunder. (a) Buku (c) Diari (e) Keterangan lisan (b) Manuskrip (d) Akhbar Revisi Cpt Sej Tg1.indd 7 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


8 Tingkatan 1 Bab 1 Menggunakan peralatan yang sesuai (penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta peralatan arkeologi) Penggunaan komputer untuk menganalisis data dan sumber, menyunting penulisan, menyusun bibliografi dan statistik. Menganalisis Menganalisis bagi mengupas dan menjelaskan pertentangan yang wujud pada kajian lepas terhadap peristiwa yang sama. Rajah 1.3 Proses kaedah bertulis Kaedah Lisan 1 Maklumat kaedah lisan diperoleh melalui temu bual dengan orang sumber. 2 Kebiasaannya, orang sumber memberikan maklumat berdasarkan daripada pemerhatian dan pengalaman sendiri. 3 Kaedah lisan terbahagi kepada tiga tahap, iaitu: (a) Tahap pertama: Persediaan (b) Tahap kedua: Rakaman temu bual (c) Tahap ketiga: Memproses rakaman Tahap Pertama: Persediaan Menentukan tokoh, menentukan skop atau perkara yang akan ditemu bual dan memilih soalan yang bersifat pendekatan sejarah. Tahap Kedua: Rakaman Temu Bual Membuat persediaan lengkap dengan mengetahui sebanyak mungkin perkara yang dikaji, meyakinkan tokoh untuk memberikan kerjasama dan menghargai tujuan pengkajian. Tahap Ketiga: Memproses Rakaman Membuat senarai, menyalin atau menyunting rakaman, menilai fakta-fakta dengan sumber bertulis dan menyimpan rakaman dengan baik. Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut Sumber bertulis boleh didapati di muzium, arkib atau perpustakaan. Ahli paleografi dan epigrafi akan membantu sejarawan untuk mentafsirkan maklumat. Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh Bahan atau sumber rujukan yang diperoleh perlu dikumpulkan di suatu tempat, dicatat dan disimpan untuk tujuan rujukan semula. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 8 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


9 Tingkatan 1 Bab 1 Kaedah Arkeologi 1 Kaedah arkeologi dilakukan oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat daripada bahan tinggalan sejarah secara saintifik. 2 Contoh bahan tinggalan sejarah yang dijumpai melalui kaedah gali cari atau ekskavasi ialah: (a) Fosil (c) Bahan logam (b) Tembikar (d) Binaan daripada batu 3 Aktiviti gali cari di tapak penemuan dan di makmal arkeologi dilakukan secara berperingkat-peringkat. 4 Arkeologi bawah air merupakan kajian saintifik tentang sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai atau tasik. Contohnya, kapal dagang yang karam sejak sekian lama di dasar laut. 5 Antara peralatan khusus yang digunakan untuk menjalankan kajian arkeologi bawah air ialah: (a) Peralatan menyelam dapat membantu ahli arkeologi bekerja di dalam air. (b) Fotografi di dalam air untuk merekodkan lokasi hasil penemuan. (c) Teknik gali cari yang diubah suai. (d) Paip udara untuk menyedut mendapan yang menutupi hasil penemuan. (e) Beg seperti belon berisi udara untuk meletakkan dan mengangkat artifak naik ke permukaan air. Gambar 1.4 Aktiviti gali cari dijalankan di Kota Tampan, Lenggong, Perak Rajah 1.4 Aktiviti gali cari di tapak penemuan Rajah 1.5 Aktiviti gali cari di makmal arkeologi Peta Alir Peta Alir Aktiviti Gali Cari di Tapak Penemuan Perancangan grid dengan memberikan nombor rujukan di setiap petak Menandakan kawasan berdasarkan pelan Ekskavasi dengan mencatatkan semua penemuan Pemunggahan dan penyisihan mengikut jenis artifak dan lapisan tanah Pembersihan Mengkatalogkan setiap artifak dengan nombor pengenalan Menganalisis bagi mendapatkan maklumat tentang artifak Aktiviti di Makmal Arkeologi Revisi Cpt Sej Tg1.indd 9 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


10 Tingkatan 1 Bab 1 1.6 Tafsiran dalam Sejarah SP 1.1.6 Menjelaskan pentafsiran sejarah. 1 Tafsiran dalam sejarah menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber sejarah yang berkaitan dengannya. 2 Wujud pelbagai tafsiran terhadap sesuatu peristiwa, pengkajian dan penyelidikan sejarah. 3 Kepelbagaian tafsiran tentang sesuatu peristiwa dalam kalangan sejarawan berlaku kerana: (a) Pemilihan sumber yang pelbagai (c) Perbezaan pandangan (b) Perbezaan ideologi (d) Perbezaan tujuan penulisan 4 Contohnya, peristiwa penentangan Haji Mat Hasan bin Munas (Tok Janggut). Wujud perbezaan tafsiran terhadap peristiwa penentangan beliau. (a) Sejarawan tempatan menyatakan kebangkitan beliau berlaku kerana menentang tindakan British memperkenalkan peraturan cukai tanah dan hasil hutan. (b) Sejarawan Barat menganggap beliau sebagai pemberontak. 5 Kita perlu melakukan tafsiran dalam sejarah bertujuan: (a) Menggalakkan kita menggunakan pelbagai sumber dalam penulisan untuk menghasilkan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh. (b) Mengajak kita menilai sesuatu peristiwa yang sama tetapi dilihat daripada sudut yang berbeza. (c) Mendorong kita berfikiran terbuka dan kritis. Tok Janggut • Penentangan Tok Janggut berlaku di Pasir Puteh, Kelantan. • Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1915 dan berjaya ditewaskan oleh British dengan bantuan tentera Negeri-Negeri Selat dan kapal perang H.M.S. Cadmus. Galeri Info Semak Cepat 1.6 1 Jelaskan faktor yang mempengaruhi peristiwa penentangan Tok Janggut. 2 Apakah tanggapan sejarawan Barat terhadap perjuangan Tok Janggut? 3 Mengapakah berlaku tanggapan tersebut? Semak Cepat 1.5 1 Di manakah tulisan epigrafi boleh ditemui? 2 Bagaimanakah proses tahap kedua dilakukan melalui kaedah lisan? 3 Jelaskan maksud ekskavasi. 4 Nyatakan satu contoh universiti awam yang terlibat dengan pembangunan arkoleogi bawah air. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 10 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


11 Tingkatan 1 Bab 1 1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah SP 1.1.7 Membincangkan kepentingan mempelajari sejarah. Setiap seorang daripada kita perlu: 1 Memahami dan menghayati sejarah pembentukan bangsa dan negara Malaysia. 2 Berbangga menjadi warganegara Malaysia. 3 Bertanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia. Gambar 1.6 Perisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957 Tok Janggut Haji Abdul Rahman Limbong Rentap Dato’ Maharaja Lela Dol Said Antanom Mat Salleh Yamtuan Antah Gambar 1.5 Tokoh-tokoh nasionalis tempatan Revisi Cpt Sej Tg1.indd 11 27/03/2023 4:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


12 Tingkatan 1 Bab 1 Jadual 1.3 Kepentingan mempelajari sejarah Kepentingan Keterangan Mengenal asal usul Mempelajari sejarah membolehkan kita mengenali asal usul keluarga, negara dan memahami adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa. Mengambil iktibar • Sejarah membawa iktibar daripada peristiwa lalu. • Memahami sejarah dapat mengelakkan kita daripada mengulangi kesilapan lampau. Memupuk patriotisme • Sejarah mengajar kita menghargai warisan negara. • Sejarah juga dapat menyemai rasa cinta akan negara dan menaikkan semangat patriotik. Mengukuhkan perpaduan Pengetahuan terhadap sejarah dapat meneruskan kesinambungan hubungan harmoni antara kaum di negara kita. Membangunkan negara dan bangsa • Pengetahuan terhadap sejarah dapat mengekalkan kegemilangan yang dicapai oleh negara. • Ini membolehkan kita memahami perbandingan budaya dahulu dan kini untuk membangunkan negara dan bangsa. Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) • Mempelajari sejarah dapat meningkatkan pemikiran kritis dan analitis. • Sejarah dapat mendorong kita memahami peristiwa sejarah secara empati. Semak Cepat 1.7 1 Jelaskan empat kepentingan mempelajari sejarah. 2 Bilakah peristiwa darurat berlaku di negara kita? 3 Huraikan kesan daripada peristiwa darurat yang melanda negara kita. Aktiviti KBAT 1 Kenal pasti lokasi bersejarah di tempat tinggal anda. 2 Hasilkan kajian berkaitan dengan: (a) Latar belakang lokasi bersejarah tersebut. (b) Kaedah yang digunakan oleh anda semasa melakukan penyelidikan. (c) Keistimewaan lokasi bersejarah tersebut. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 12 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


13 Tingkatan 1 Bab 2 Nota Grafi k Bab 2 Zaman Air Batu Pembentukan Fizikal Bumi • Daratan terdiri daripada gunung, banjaran dan bukit, tanah pamah, lembah dan sungai. • Lautan terdiri daripada laut, selat dan teluk. Selat ialah kawasan perairan sempit yang memisahkan dua kawasan daratan. Teluk merupakan bahagian perairan laut yang menghala ke daratan dan dibatasi oleh daratan. Lautan Kawasan air masin yang meliputi sebanyak 71 peratus daripada permukaan bumi. Lima lautan di dunia • Lautan Pasifi k • Lautan Artik • Lautan Atlantik • Lautan Hindi • Lautan Selatan 2.1 Dunia Kita 2.2 Zaman Air Batu • 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu. • Gunung-ganang telah terbentuk secara fi zikal. • Mamalia wujud di bumi. • Suhu dunia panas dan kering. Zaman Miosen • Antara 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun dahulu. • Penghijrahan tumbuhan dan haiwan ke habitat baharu. • Dataran tinggi yang terbentuk ialah Grand Canyon di Colorado, Amerika Syarikat. Zaman Pliosen • 10 000 tahun dahulu hingga kini. • Kemajuan dalam kehidupan manusia, kegiatan pertanian, penciptaan roda dan tulisan kuneiform. • Bidang keagamaan, pendidikan, pentadbiran dan undang-undang terus berkembang. Zaman Holosen • Antara 2.5 juta hingga 10 000 tahun dahulu. • Berlaku glasier sebanyak 11 kali. • Binatang yang wujud pada ketika itu masih kekeal hingga kini. Zaman Pleistosen Revisi Cpt Sej Tg1.indd 13 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


14 Tingkatan 1 Bab 2 • Memberikan kesan terhadap bentuk fi zikal dan hidupan di bumi. • Perubahan paras air laut dengan kedalaman 100 meter. • Kecairan air batu membentuk tasik-tasik air tawar seperti Great Lakes di Kanada dan Tasik Dayang Bunting di Malaysia. • Kepupusan binatang seperti mamot, sloth dan harimau bertaring. • Zaman Air Batu Akhir dikenali sebagai Zaman Holosen. • Manusia perlu menyesuaikan aktiviti harian dengan perubahan iklim. • Bumi berubah daripada terlalu sejuk kepada sederhana sejuk. 2.5 Perubahan Zaman Air Batu Akhir Kenaikan Paras Air Laut di Pentas Sunda • Pembentukan tasik dan sungai di Asia Tenggara. • Sungai terbesar terbentuk, iaitu Sungai Sunda Utara. • Selat Melaka, Teluk Siam dan Laut Jawa terbentuk. Pergerakan Manusia di Sekitarnya • Manusia yang tinggal di kawasan Pentas Sunda berkongsi tamadun yang sama seperti kepercayaan, asal usul keturunan, bahasa, budaya dan masyarakat. • Wujudnya mamalia bersaiz sederhana dan besar. • Binatang seperti stegodon (gajah) dan hyena atau dubuk bersaiz besar telah pupus. 2.6 Kesan Perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara 2.4 Ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir Aras Laut • Permukaan air laut membeku. • Paras air laut rendah. • Pulau-pulau bersambung dengan tanah besar. • Memudahkan manusia dan binatang bermigrasi. Kehidupan Manusia • Tinggal di tanah pamah yang sejuk. • Hidup secara nomad dan memburu binatang. Suhu • Suhu dunia terlalu sejuk. • Diliputi salji terutama di kutub dan benua Eropah. Ciri Fizikal Bumi • Permukaan air laut membeku dan sebahagian besar bumi diliputi salji. Tumbuhan • Rumput merupakan tumbuhan utama. • Tumbuhan renek yang menjalar. Binatang • Tinggal di kawasan tanah pamah yang sejuk. • Contohnya, mamot berbulu, badak, kuda dan singa. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 14 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


15 Tingkatan 1 Bab 2 Pengenalan 1 Kewujudan dunia pada hari ini merupakan kesan daripada perubahan fizikal bumi yang berlaku sejak berjuta-juta tahun yang lalu. 2 Zaman Air Batu berlaku antara 2.5 juta tahun hingga 10 000 tahun yang lalu. 3 Perubahan suhu bumi yang sejuk kepada panas telah membawa kepada kecairan air batu sehingga menyebabkan perubahan dan perkembangan hidupan masa kini. 2.1 Dunia Kita SP 2.1.1 Mengenali dunia kita. 1 Dunia merupakan bumi tempat tinggal manusia dan turut didiami oleh berjuta-juta hidupan yang lain. 2 Antara hidupan dan binatang yang hidup pada Zaman Air Batu ialah: (a) Sloth (c) Bison occidentalis (b) Mamot (Woolly Mammoth) (d) Harimau bertaring panjang 3 Ahli sains menjangkakan bumi berusia melebihi 4.6 bilion tahun. 4 Pelbagai perubahan bumi yang berlaku telah memberikan kesan kepada: (a) Rupa bentuk fizikal (d) Hidupan (b) Iklim (e) Kedalaman lautan (c) Cuaca 5 Kemajuan sains dan teknologi telah membantu kita mengetahui sejarah yang telah berlaku kepada bumi. 6 Perubahan yang berlaku kepada bumi dapat diketahui melalui pengetahuan dalam bidang paleontologi, kimia, arkeologi, geologi dan fizik. Semak Cepat 2.1 1 Di manakah binatang bison occidentalis hidup pada Zaman Air Batu? 2 Berikan satu contoh binatang yang hidup pada Zaman Pleistosen. 3 Apakah hidupan utama di bumi pada 195 juta tahun dahulu? 2 Zaman Air Batu Tema 1: Sejarah Kita dan Dunia Bab Revisi Cpt Sej Tg1.indd 15 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


16 Tingkatan 1 Bab 2 Pembentukan Fizikal Bumi 650 juta tahun dahulu Tiada hidupan di bumi. 390 juta tahun dahulu • Air laut masih tawar. • Kewujudan hidupan seperti ikan dan amfibia. 94 juta tahun dahulu • Kepupusan dinosaur. • Bentuk benua mula kelihatan. 18 000 tahun dahulu • Wujud binatang seperti kuda, badak sumbu, anjing dan kucing. • Peningkatan paras air laut. 195 juta tahun dahulu • Kemunculan Zaman Jurasik. • Hidupan utama ialah dinosaur. Peta Alir Rajah 2.1 Pembentukan fizikal bumi Dunia Masa Kini 1 Perubahan bentuk fizikal bumi menjadi lautan dan daratan telah dipengaruhi oleh iklim. 2 Daratan merangkumi gunung, banjaran, bukit, tanah pamah, lembah dan sungai. 3 Lautan merupakan kawasan air masin yang meliputi 71 peratus daripada bentuk muka bumi. Lautan terdiri daripada: (a) Lautan Pasifik Utara (b) Lautan Pasifik Selatan (c) Lautan Atlantik Utara (d) Lautan Atlantik Selatan (e) Lautan Hindi (f) Lautan Artik (g) Lautan Antartika 4 Selat ialah kawasan perairan sempit yang memisahkan dua kawasan daratan. 5 Teluk pula ialah bahagian perairan laut yang menghala ke daratan. 6 Kawasannya dikuasai oleh daratan yang terdiri daripada benua: (a) Amerika Utara (b) Amerika Selatan (c) Eropah (d) Oceania (e) Afrika (f) Asia (g) Antartika Revisi Cpt Sej Tg1.indd 16 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


17 Tingkatan 1 Bab 2 Amerika Utara Amerika Selatan LAUTAN ATLANTIK SELATAN LAUTAN ANTARTIKA LAUTAN PASIFIK SELATAN LAUTAN ATLANTIK UTARA LAUTAN PASIFIK UTARA LAUTAN HINDI LAUTAN ARTIK Oceania Eropah Asia Afrika Antartika Peta 2.1 Kawasan benua dan lautan pada hari ini (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 29) 2.2 Zaman Air Batu SP 2.1.2 Menyenaraikan Zaman Air Batu. 1 Zaman Air Batu merupakan garis masa geologi yang menunjukkan penurunan suhu bumi. 2 Suhu bumi menurun sehingga tahap membeku dalam tempoh yang lama dan menutupi kawasan yang luas di bahagian Kutub Utara dan Kutub Selatan serta kawasan pergunungan. 3 Pada akhir Zaman Air Batu, bumi mengalami proses pengglasieran atau kecairan air batu sebanyak tiga tahap: (a) Tahap pertama berlaku pada 900 juta tahun hingga 600 juta tahun dahulu. (b) Tahap kedua berlaku pada 250 juta tahun hingga 80 000 juta tahun dahulu. (c) Tahap ketiga berlaku pada 10 000 juta tahun dahulu. 4 Zaman Air Batu terbahagi kepada empat tahap. Zaman Miosen Zaman Pliosen Zaman Holosen Zaman Pleistosen 23 juta hingga 5 juta tahun Dunia pada hari ini 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun 2.5 juta hingga 10 000 tahun 10 000 tahun hingga kini Rajah 2.2 Garis masa Zaman Air Batu Revisi Cpt Sej Tg1.indd 17 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


18 Tingkatan 1 Bab 2 Zaman Miosen 1 Zaman Miosen berlaku antara 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu. 2 Pada zaman ini, berlaku pembentukan gunung-ganang secara fizikal dan kewujudan mamalia, hidupan di laut dan di air. 3 Suhu dunia pada zaman ini adalah panas dan kering. Zaman Pliosen 1 Zaman Pliosen berlaku antara 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun dahulu. 2 Penyejukan dan pengeringan global yang lebih panas telah menyumbang kepada penyebaran besar padang rumput dan savana. 3 Pembentukan jambatan darat Panama antara Amerika Utara dengan Amerika Selatan telah mendorong penghijrahan haiwan dan tumbuhan ke habitat yang baharu. 4 Pada zaman ini telah terbentuk dataran tinggi, iaitu Grand Canyon di Colorado, Amerika Syarikat. Zaman Pleistosen 1 Zaman Pleistosen berlaku antara 2.5 juta hingga 10 000 tahun dahulu. 2 Pergerakan glasier utama berlaku sebanyak 11 kali pada zaman ini. 3 Pada zaman ini, manusia mula mengetahui cara membuat api. 4 Mereka juga telah sampai ke Australia menggunakan jalan darat dari Asia Tenggara (Pentas Sunda) sekitar 50 000 tahun dahulu. Zaman Holosen 1 Zaman Holosen berlaku sejak 10 000 tahun dahulu hingga kini. 2 Pada zaman ini, manusia telah mencapai kemajuan: (a) Cara mendapatkan makanan melalui pertanian. (b) Cara mencipta roda dan tulisan kuneiform. (c) Perkembangan dalam bidang keagamaan, pendidikan, pentadbiran dan undang-undang. 3 Perubahan iklim dunia kepada suhu panas telah menyebabkan berakhirnya Zaman Air Batu. Teori Milankovitch • Teori ini telah diperkenalkan oleh sarjana sains berbangsa Serbia, iaitu Milutin Milankovitch (1879 – 1958). • Teori Milankovitch menerangkan pusingan bumi mengelilingi matahari telah menyebabkan berlaku pelbagai perkembangan pada Zaman Air Batu. • Suhu bumi dikatakan menjadi panas setiap kali bumi menghampiri matahari, sekali gus menyebabkan kejadian kecairan air batu. Galeri Info Revisi Cpt Sej Tg1.indd 18 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


19 Tingkatan 1 Bab 2 Semak Cepat 2.2 1 Jelaskan tahap-tahap berlakunya proses pengglasieran. 2 Nyatakan dua inovasi manusia pada 5 500 tahun dahulu. 2.3 Garis Masa Zaman Air Batu SP 2.1.3 Membina garis masa Zaman Air Batu. 1 Zaman Miosen, Zaman Pliosen, Zaman Pleistosen dan Zaman Holosen masing-masing berlaku dalam tempoh masa yang berbeza-beza. 2 Ahli paleontologi berpendapat bahawa hidupan di bumi bermula sejak 545 juta tahun dahulu. 3 Kepelbagaian spesies binatang dan hidupan berlaku secara evolusi mengikut perkembangan tempoh masa. Peta Alir 25 juta tahun 5.2 juta tahun 500 juta tahun Kewujudan Hidupan dan Binatang pada Zaman Air Batu Dipterus Coiled Cephalopod 2 juta tahun 12 000 tahun Diatryma Hyracotherium Deinotherium Rajah 2.3 Kewujudan hidupan mengikut garis masa Trilobite Eurypterids Crinoid Stone-lily Stegosaurus Revisi Cpt Sej Tg1.indd 19 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


20 Tingkatan 1 Bab 2 Semak Cepat 2.3 1 Nyatakan tempoh masa berlakunya: (a) Zaman Miosen (b) Zaman Pliosen (c) Zaman Pleistosen (d) Zaman Holosen 2 Mengapakah kita perlu mengetahui Zaman Air Batu? 2.4 Ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir SP 2.1.4 Menjelaskan ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir. 1 Bermula 8 500 tahun yang dahulu, bumi mengalami cuaca panas. 2 Peningkatan suhu telah menyebabkan berlakunya proses kecairan air batu yang dipanggil pengglasieran. 3 Proses pengglasieran memberikan kesan yang besar terhadap rupa bentuk fizikal bumi. Jadual 2.1 Kesan peristiwa pada Zaman Air Batu kepada rupa bentuk fizikal bumi Peristiwa Kesan Kecairan air batu • Peningkatan paras air laut dunia. • Pembentukan bukit-bukau dan kawasan tanah tinggi seperti tasik dan pulau. • Pemisahan haiwan dan tumbuhan di kawasan yang berbeza-beza. Perubahan cuaca yang tidak lagi sejuk • Manusia menjalankan aktiviti pertanian dan pengeluaran bahan makanan. • Peningkatan suhu dunia berlaku disebabkan oleh aktiviti perkembangan perindustrian, pembakaran terbuka, penebangan pokok dan pembakaran minyak daripada enjin kenderaan. 4 Peningkatan suhu dunia berlaku sekurang-kurangnya sembilan darjah Celcius pada setiap 50 tahun dan menyebabkan peningkatan paras air laut. 5 Meskipun suhu dunia terlalu sejuk, namun benua Asia mula mengalami suhu yang panas. Situasi tersebut membolehkan manusia berhijrah ke benua Asia. 6 Selain itu, perubahan juga berlaku kepada bentuk muka bumi seperti kecairan air batu. Keadaan ini menyebabkan: (a) Kawasan tanah rendah ditenggelami oleh air (b) Pembentukan tasik (c) Peningkatan paras air laut seperti pada hari ini Revisi Cpt Sej Tg1.indd 20 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


21 Tingkatan 1 Bab 2 Ciri-ciri Khusus Zaman Air Batu Akhir Ciri Fizikal Bumi 1 Permukaan air laut membeku. 2 Sebahagian besar bumi dipenuhi dengan salji. Kehidupan Manusia 1 Terdapat manusia yang mendiami kawasan tanah pamah yang sejuk. 2 Mereka hidup secara nomad dan menjalankan aktiviti memburu binatang. Suhu 1 Suhu dunia terlalu sejuk. 2 Kawasan kutub dan benua Eropah dilitupi oleh salji. Tumbuhan Tumbuhan utama ialah rumput dan tumbuhan renek yang menjalar. Aras Air Laut 1 Permukaan air laut membeku. 2 Paras air laut adalah rendah. 3 Jambatan darat telah memudahkan proses migrasi manusia dan binatang. Binatang 1 Terdapat binatang seperti mamot berbulu, badak, kuda dan singa. 2 Binatang-binatang ini mendiami kawasan tanah pamah yang sejuk. Penurunan paras air laut membolehkan pulau-pulau bersambung dengan tanah besar. Keadaan ini memudahkan manusia dan binatang bermigrasi. Galeri Info Semak Cepat 2.4 1 Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan suhu dunia. 2 Apakah kesan peningkatan suhu dunia kepada bumi? 2.5 Perubahan Zaman Air Batu Akhir SP 2.1.5 Membincangkan perubahan Zaman Air Batu. 1 Peningkatan perubahan suhu pada Zaman Air Batu memberikan kesan kepada bentuk fizikal dan hidupan di bumi. 2 Antara kesan tersebut ialah: Revisi Cpt Sej Tg1.indd 21 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


22 Tingkatan 1 Bab 2 (a) Pengglasieran telah menukarkan wajah dan bentuk fizikal bumi (i) Air batu yang cair dari kawasan tanah tinggi dan gunung akan menuruni tanah tinggi bersama dengan batu dan tanah. (ii) Lebihan air akan melimpahi laut dan tanah tinggi. (b) Pembentukan rupa bentuk fizikal bumi sepertimana hari ini Menyebabkan berlaku perubahan paras air laut dengan kedalaman 100 meter. (c) Pembentukan tasik-tasik air tawar (i) Pembentukan tasik air tawar seperti Great Lakes di Kanada dan Tasik Dayang Bunting di Malaysia. (ii) Perubahan bentuk saliran sungai sepertimana pada hari ini. (d) Kepupusan binatang pada Zaman Pleistosen Antara binatang yang pupus ialah mamot, sloth dan harimau bertaring. (e) Perubahan manusia pada Zaman Air Batu Akhir (Zaman Holosen) (i) Manusia perlu menyesuaikan aktiviti harian dengan perubahan iklim. (ii) Manusia secara beransur-ansur bergerak dari benua Afrika ke benua Eropah dan benua Asia. (iii) Suhu di benua Eropah dan Asia tidak lagi sejuk. (f) Perubahan iklim bumi daripada terlalu sejuk kepada sederhana sejuk Penyebab utama peningkatan suhu bumi ialah kegiatan radiasi bumi. Semak Cepat 2.5 1 Senaraikan binatang Zaman Pleistosen yang pupus pada Zaman Air Batu Akhir. 2 Namakan dua buah tasik air tawar yang wujud kesan daripada Zaman Air Batu. Tasik Dayang Bunting • Tasik Dayang Bunting terletak di Langkawi, Kedah. • Legenda termasyhur yang berkaitan dengan tasik ini ialah Legenda Putri Dayang Sari. Galeri Info Gambar 2.1 Tasik Dayang Bunting Revisi Cpt Sej Tg1.indd 22 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


23 Tingkatan 1 Bab 2 2.6 Kesan Perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara SP 2.1.6 Menilai kesan perubahan di Asia Tenggara. 1 Perkembangan Zaman Air Batu Akhir juga memberikan kesan kepada Asia Tenggara. 2 Antara kesan utama ialah kenaikan paras air laut di Pentas Sunda dan pergerakan manusia di sekitarnya. Kenaikan Paras Air Laut di Pentas Sunda 1 Peningkatan paras air laut yang aktif berlaku pada 17 000 hingga 20 000 tahun dahulu. 2 Dalam tempoh tersebut, berlaku kenaikan aras air laut antara 100 meter hingga 120 meter. 3 Pada ketika itu, Pentas Sunda merupakan kawasan daratan yang rendah. Kepulauan Sumatera, Jawa dan Borneo berada di atas Pentas Sunda. 4 Ia dihubungkan melalui daratan seluas lebih 3.2 juta kilometer persegi yang menyatukan: (a) Burma (Myanmar) (b) Thailand (c) Laos (d) Kemboja (e) Vietnam (f) Semenanjung Tanah Melayu (g) Borneo (h) Singapura 5 Pentas Sunda menjadi tunjang kebenuaan di Asia Tenggara. Masyarakatnya berkongsi tamadun yang sama seperti kepercayaan, asal usul keturunan, bahasa, budaya dan masyarakat. 6 Kecairan air batu pada peringkat akhir Zaman Holosen membawa kepada pembentukan tasik dan sungai di Asia Tenggara. 7 Aliran sungai yang mengalir telah menenggelamkan kawasan tanah rendah di sepanjang tepi pantai sekali gus telah mempengaruhi pembentukan Selat Melaka, Teluk Siam dan Laut Jawa. Pergerakan Manusia di Sekitarnya 1 Perubahan di Asia Tenggara berlaku pada peringkat akhir Zaman Holosen. 2 Perubahan tersebut memberikan kesan kepada bentuk fizikal dan hidupan di kawasan Asia Tenggara. 3 Asia Tenggara menjadi tumpuan kumpulan mamalia bersaiz sederhana dan besar. 4 Walaupun demikian, berlaku kepupusan binatang seperti stegodon (gajah) dan pachycrocuta (hyena atau dubuk) yang bersaiz besar. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 23 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


24 Tingkatan 1 Bab 2 Aktiviti KBAT Berdasarkan sumber Internet dan bahan rujukan yang lain, bincangkan kesan Zaman Air Batu kepada keadaan dunia pada hari ini. Pentas Sunda • Pentas Sunda merupakan kawasan tanah daratan yang luas meliputi 3.2 juta kilometer persegi. • Pada Zaman Pleistosen, Pesta Sunda boleh dilalui oleh manusia secara berjalan kaki. Galeri Info Semak Cepat 2.6 1 Bilakah perubahan paras air laut yang aktif berlaku? 2 Nyatakan tahap zaman pembentukan fizikal Pentas Sunda pada Zaman Air Batu. 3 Apakah kesan yang wujud disebabkan oleh pengaliran air sungai pada Zaman Holosen? Peta 2.2 Lokasi Asia Tenggara pada hari ini (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 39) LAUT JAWA TELUK SIAM SELAT MELAKA u Revisi Cpt Sej Tg1.indd 24 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


25 Tingkatan 1 Bab 3 Nota Grafi k Bab 3 Zaman Prasejarah 3.1 Maksud Zaman Prasejarah Zaman Prasejarah • Zaman manusia belum mengetahui dan mengenal tulisan. Zaman Batu • Penggunaan teknologi batu dalam kehidupan harian manusia. Zaman Logam • Penggunaan teknologi gangsa dan besi • Melakukan aktiviti pelayaran • Mengamalkan sistem barter • Menghasilkan peralatan seperti kapak dan tulang mawas Zaman Paleolitik • Penggunaan teknologi batu yang serba ringkas. • Peralatan daripada tulang binatang. Zaman Mesolitik • Cara hidup yang semakin berkembang. • Cuaca tidak terlalu sejuk. • Memburu binatang dan menangkap ikan. Zaman Neolitik • Tahap peningkatan teknologi. • Wujud petempatan. • Bercucuk tanam, membuat tembikar dan menternak binatang. 3.2 Lokasi Zaman Prasejarah di Dunia Gua Chauvet, Perancis Membuktikan manusia prasejarah melakukan aktiviti memburu binatang melalui lukisan di dalam gua. Catal Huyuk, Turki Diduduki oleh manusia zaman prasejarah yang melakukan aktiviti penanaman barli dan gandum. Stonehenge, Britain Binaan yang dikaitkan dengan upacara ritual dan tempat mengkaji bintang. Bhimbetka, India Bukti kehidupan manusia prasejarah di India. Altamira, Sepanyol Kewujudan manusia pada Zaman Mesolitik. Gobekli Tepe, Turki Binaan batu berkaitan dengan upacara ritual. Zhoukoudian, China Rangka manusia ditemui, iaitu Peking Man. Shahr-i-Sokhta, Iran Bukti kehidupan manusia yang tersusun dengan kawasan perumahan, perkuburan dan pembuatan barangan harian. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 25 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


26 Tingkatan 1 Bab 3 1 Aktiviti Pertanian • Bermula pada Zaman Neolitik. • Tanaman padi, gandum dan barli. • Pertanian sara diri secara kecil-kecilan. • Pada zaman moden, pertanian menjadi aktiviti komersial. • Kini, dijalankan secara besar-besaran berbentuk ladang. 3 Menternak Binatang • Sumber makanan pada masa dahulu. • Kini, penternakan binatang dijalankan secara komersial untuk daging dan tenusu. 4 Monumen dan Seni Bina • Kepakaran membina monumen dan binaan. • Kekal sebagai warisan sejarah. • Contoh: Angkor Wat, di Kemboja dan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC). 2 Memburu Binatang • Aktiviti tertua yang diamalkan. • Zaman prasejarah menggunakan batu, tulang, kayu, gangsa dan besi. • Tombak, panah dan sumpit digunakan untuk memburu. • Pada zaman moden, memburu dijadikan sebagai hobi menggunakan senjata moden. • Lesen memburu dikeluarkan oleh Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). 5 Peralatan • Zaman prasejarah menggunakan batu, kayu dan tulang binatang. • Peningkatan pengetahuan kepada campuran logam. • Peralatan besi dan gangsa. • Contoh: pedang, parang, tombak, cangkul, keris dan kapak. • Kini, menggunakan mesin dan jentera untuk aktiviti komersial. 7 Tembikar • Kemahiran membuat tembikar untuk dijadikan bekas makanan dan peralatan masakan. • Peralatan upacara ritual (Tembikar buatan China) merupakan komoditi perdagangan penting sehingga kini. • Contoh: labu sayong di Kuala Kangsar, Perak. 6 Ideofak • Percaya bahawa kematian bukan penamat kehidupan. • Menghormati mayat. • Mayat dikebumikan bersama-sama peralatan. • Penghormatan kepada mayat terus diamalkan sehingga kini. Lokasi Zaman Prasejarah Zaman Tapak Paleolitik • Tingkayu, Sabah • Gua Niah, Sarawak • Kota Tampan, Perak • Lembah Mansuli, Sabah Mesolitik (Hoabinhian) • Jenderam Hilir, Selangor • Gua Madai, Sabah • Gua Cha, Ulu Kelantan • Bukit Tegun Lembu, Perlis Neolitik • Gua Kecil, Pahang • Sungai Tembeling, Pahang • Lubang Angin, Sarawak • Gua Tapadong, Sabah • Jenderam Hilir, Selangor Logam • Sungai Tembeling, Pahang • Lembah Bernam, Selangor 3.5 Zaman Prasejarah di Malaysia Aktiviti yang Dilakukan dari Zaman Prasejarah hingga Kini 3.4 Kesinambungan Sumbangan Zaman Prasejarah kepada Kemajuan Kehidupan Manusia Revisi Cpt Sej Tg1.indd 26 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


27 Tingkatan 1 Bab 3 Pengenalan 1 Kewujudan masyarakat Zaman Prasejarah diketahui melalui kajian arkeologi menggunakan kaedah gali cari. 2 Zaman Prasejarah telah memperlihatkan tahap perubahan pencapaian dan kemajuan manusia. 3.1 Maksud Zaman Prasejarah SP 3.1.1 Menyatakan maksud zaman Prasejarah. 1 Zaman Prasejarah merupakan zaman sebelum manusia mengenal dan mengetahui sistem tulisan. 2 Umumnya, Zaman Prasejarah terbahagi kepada dua, iaitu Zaman Batu dan Zaman Logam. 3 Tempoh masa bagi setiap zaman berbeza-beza antara tempat bergantung kepada tahap kemajuan di sesuatu tempat tersebut. Zaman Batu 1 Zaman Batu merujuk penggunaan teknologi batu dalam kehidupan harian manusia pada zaman tersebut. 2 Zaman Batu dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu: (a) Zaman Paleolitik (Zaman Batu Lama) (b) Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan) (c) Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru) Gambar 3.1 Manusia memburu binatang dan menangkap ikan pada Zaman Prasejarah 3 Zaman Prasejarah Tema 1: Sejarah Kita dan Dunia Bab Revisi Cpt Sej Tg1.indd 27 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


28 Tingkatan 1 Bab 3 Zaman Paleolitik 1 Zaman Paleolitik bermula kira-kira 2.5 juta tahun hingga 8 000 Sebelum Masihi (SM). 2 Zaman ini merupakan zaman yang serba mencabar. 3 Manusia perlu meneruskan kelangsungan hidup menggunakan teknologi batu yang paling ringkas. 4 Selain itu, mereka juga menggunakan peralatan daripada tulang binatang. Alat penetak Kapak genggam Alat repihan Gambar 3.2 Peralatan batu Zaman Paleolitik Zaman Mesolitik 1 Zaman Mesolitik bermula kira-kira 12 000 tahun hingga 4 000 SM. 2 Pada zaman ini, cara hidup manusia dilihat semakin berkembang. 3 Cuaca pada Zaman Mesolitik juga tidak terlalu sejuk. 4 Sumber makanan manusia pada zaman ini bergantung kepada kegiatan berburu binatang dan menangkap ikan. Zaman Neolitik 1 Zaman Neolitik bermula kira-kira 10 000 tahun hingga 2 000 SM. 2 Zaman Neolitik memperlihatkan perkembangan teknologi dan corak kehidupan yang lebih baik. 3 Manusia pada zaman ini mula melakukan aktiviti bercucuk tanam, membuat tembikar dan menternak binatang. 4 Mereka juga tinggal di kawasan petempatan yang berhampiran dengan sungai dan di dalam gua. Beliung Pemukul kulit kayu Tembikar Gambar 3.3 Peralatan Zaman Neolitik Revisi Cpt Sej Tg1.indd 28 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


29 Tingkatan 1 Bab 3 Zaman Logam 1 Zaman Logam merujuk penggunaan teknologi gangsa dan besi manusia pada zaman tersebut. 2 Zaman Logam bermula kira-kira 3 500 SM hingga 500 SM. 3 Pada zaman ini, manusia telah menjalankan: (a) Aktiviti pelayaran (b) Aktiviti pertukaran barangan dan peralatan gangsa 4 Mereka juga menghasilkan peralatan besi seperti kapak, tulang mawas, beliung dan mata lembing yang digunakan untuk berburu, bertani dan menjalankan kegiatan harian. Jadual 3.1 Tempoh masa pada Zaman Prasejarah Zaman Prasejarah Tempoh masa Paleolitik 2.5 juta tahun hingga 8 000 SM Mesolitik 12 000 tahun hingga 4 000 SM Neolitik 10 000 tahun hingga 2 000 SM Logam 3 500 SM hingga 500 M Nirleka • Perkataan dalam bahasa Sanskrit yang merujuk Zaman Prasejarah. • Merupakan gabungan dua perkataan, iaitu nir yang membawa maksud tidak ada dan leka yang bermaksud tulisan. Galeri Info Gambar 3.4 Peralatan logam pada Zaman Logam Semak Cepat 3.1 1 Jelaskan maksud Zaman Prasejarah. 2 Nyatakan dua kegiatan ekonomi masyarakat pada Zaman Mesolitik. 3 Bagaimanakah iklim yang dialami oleh masyarakat pada Zaman Mesolitik? 4 Apakah tahap Zaman Prasejarah yang menghasilkan peralatan seperti tulang mawas? Revisi Cpt Sej Tg1.indd 29 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


30 Tingkatan 1 Bab 3 3.2 Lokasi Zaman Prasejarah di Dunia SP 3.1.2 Menerangkan lokasi zaman Prasejarah. 1 Zaman Prasejarah berlaku di seluruh dunia. Kewujudan lokasi pada Zaman Prasejarah dibuktikan melalui penemuan tinggalan manusia sama ada artifak atau ekofak. 2 Lokasi Zaman Prasejarah tersebut boleh ditentukan sama ada di darat atau di dalam air seperti: (a) Kawasan terdedah di lembah sungai. (b) Kawasan tertutup di dalam gua. 3 Tapak lokasi Zaman Prasejarah terbahagi kepada lima, iaitu: (a) Tapak petempatan (b) Perkuburan (c) Bandar (d) Kawasan perburuan (e) Kawasan pembuatan alatan batu 4 Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah mengiktiraf beberapa lokasi dan tapak Zaman Prasejarah dari seluruh dunia. Jadual 3.2 Lokasi dan tapak Zaman Prasejarah yang terkenal di dunia dan diiktiraf oleh UNESCO Lokasi dan tapak Zaman Prasejarah Keterangan Gua Chauvet, Perancis • Penemuan lukisan di dalam gua ini telah membuktikan gua ini telah diduduki oleh manusia antara tahun 30 000 SM hingga 27 000 SM. • Lukisan tersebut memperlihatkan manusia Zaman Prasejarah melakukan kegiatan memburu binatang. Altamira, Sepanyol • Penemuan lukisan di dalam gua menunjukkan kewujudan manusia Zaman Mesolitik. • Mereka menduduki tapak prasejarah ini antara tahun 35 000 SM hingga 11 000 SM. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 30 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


31 Tingkatan 1 Bab 3 Lokasi dan tapak Zaman Prasejarah Keterangan Catal Huyuk, Turki Penemuan aktiviti pertanian gandum dan penanaman barli telah membuktikan tapak ini diduduki oleh manusia Zaman Prasejarah antara tahun 7 100 SM hingga 600 SM. Gobekli Tepe, Turki Penemuan binaan batu untuk acara ritual membuktikan tapak ini telah diduduki oleh manusia pada tahun 12 000 SM. Shahr-i-Sokhta, Iran • Penemuan kawasan perumahan, perkuburan dan pembuatan barangan harian ditemui di tapak ini. • Penemuan tersebut membuktikan tapak ini telah diduduki oleh manusia antara tahun 3 200 SM hingga 1 800 SM. Zhoukoudian, China • Penemuan rangka manusia (Peking Man) telah ditemui di tapak ini. • Penemuan tersebut menunjukkan tapak ini berusia antara tahun 18 000 SM hingga 11 000 SM. Bhimbetka, India • Tapak Zaman Prasejarah ini telah membuktikan kehidupan manusia wujud di India. • Tapak ini telah didiami oleh manusia Zaman Prasejarah pada tahun 30 000 SM. Stonehenge, Britian • Tapak ini dibina antara tahun 3 700 SM hingga 1 600 SM. • Penemuan ini merupakan binaan acara ritual dan tempat mengkaji bintang. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 31 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


32 Tingkatan 1 Bab 3 Jadual 3.3 Lokasi dan tapak Zaman Prasejarah yang terkenal di Asia Tenggara Lokasi dan tapak Zaman Prasejarah Keterangan Ban Chiang, Thailand • Tapak Zaman Neolitik dan Zaman Logam. • Lokasi ini berusia antara 3 600 SM hingga 500 SM. • Masyarakat Zaman Prasejarah pada ketika ini melakukan aktiviti pertanian, pembuatan logam, tekstil, tembikar tanah dan menternak binatang. Lenggong, Malaysia • Tapak ini memperlihatkan kehidupan masyarakat Zaman Prasejarah yang merentasi Zaman Paleolitik, Hoabinhian dan Zaman Neolitik. • Penemuan rangka Perak Man yang berusia antara 11 000 SM hingga 10 000 SM di tapak ini. • Peralatan batu juga ditemui di Bukit Bunoh, Lenggong, Perak. Gua Liang Bua, Pulau Flores, Indonesia • Fosil dan sisa tulang, Flores Man atau Homo Floresiensis yang berusia antara 94 000 SM hingga 12 000 SM ditemui di tapak ini. • Penemuan tersebut juga telah membuktikan wujud kehidupan manusia sejak Zaman Paleolitik hingga Zaman Logam. Gua Padah-lin, Myanmar • Gua ini berusia antara 13 000 SM hingga 11 000 SM. • Penemuan ini juga merupakan tempat tinggal manusia Zaman Prasejarah. Sa Hyun, Vietnam • Berusia antara 1 000 SM hingga 200 M. • Tapak ini menunjukkan perkembangan Zaman Besi paling gah di Asia Tenggara melalui penemuan pembuatan tembikar. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 32 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


33 Tingkatan 1 Bab 3 Lokasi dan tapak Zaman Prasejarah Keterangan Gua Tabon, Filipina • Tapak ini sangat penting di Filipina dan berusia anggaran 47 000 SM. • Penemuan rangka manusia yang dipercayai berusia antara 22 000 hingga 24 000 tahun dahulu. Semak Cepat 3.2 1 Apakah penemuan Zaman Prasejarah yang terdapat di lokasi berikut? (a) Altamira, Sepanyol (b) Shahr-i-Sokhta, Iran 2 Apakah aktiviti utama yang dilakukan oleh manusia Zaman Prasejarah di Catal Huyuk, Turki? 3 Di manakah terletaknya Gua Tabon? 4 Berapakah usia rangka Perak Man? Stonehenge Stonehenge ialah binaan batu tegak dan ditemui di Salisbury, England. Galeri Info Gambar 3.5 Stonehenge 3.3 Ciri-ciri Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah SP 3.1.3 Membandingkan ciri-ciri kehidupan pada zaman Prasejarah. 1 Kehidupan masyarakat Zaman Prasejarah mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. 2 Ciri-ciri tersebut merangkumi: (a) Tempat kediaman (b) Peralatan (c) Aktiviti pengumpulan makanan (d) Kegiatan ekonomi (e) Organisasi sosial (f) Kepercayaan (g) Kesenian dan kebudayaan Revisi Cpt Sej Tg1.indd 33 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


34 Tingkatan 1 Bab 3 Jadual 3.4 Ciri-ciri kehidupan manusia Zaman Prasejarah Zaman Prasejarah Aspek Ciri-ciri Zaman Paleolitik Tempat kediaman • Di gua • Lubang bawah tanah • Di bawah pokok Peralatan • Membuat peralatan daripada batu, kayu dan tulang haiwan. • Peralatan dalam bentuk sedia ada, ringkas dan kasar. Pengumpulan makanan • Mengumpul makanan untuk mendapatkan makanan. • Memburu binatang, mengumpulkan buah-buahan, cendawan, bijiran dan pucuk tumbuhan liar. Kegiatan ekonomi • Bergantung sepenuhnya pada sumber alam semula jadi. • Bersifat sara diri. Organisasi sosial • Tinggal dalam kelompok kecil. • Hidup secara nomad. Kepercayaan • Mengamalkan animisme. • Kepercayaan alam semula jadi. • Mempercayai kuasa seperti petir, kilat, angin, hujan dan matahari. • Mempercayai objek seperti pokok, batu, bukit, sungai dan laut mempunyai kuasa. Kesenian dan kebudayaan Menghasilkan lukisan gua yang bersifat realisme. Zaman Mesolitik Tempat kediaman • Mendiami gua, lubang bawah tanah dan tempat berlindung diperbuat daripada ranting kayu. • Tinggal di pinggir sungai dan pinggir laut. Peralatan • Membuat peralatan daripada batu, kayu dan tulang haiwan yang lebih kemas dan halus. • Alatan yang lebih kecil dikenali sebagai mikrolit. • Menggunakan panah untuk memburu binatang. • Menggunakan perangkap untuk menangkap ikan. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 34 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


35 Tingkatan 1 Bab 3 Zaman Prasejarah Aspek Ciri-ciri Pengumpulan makanan • Masih melakukan aktiviti pengumpulan makanan. • Mengumpulkan kerang dan siput. Kegiatan ekonomi • Mengutip hasil hutan. • Memburu binatang. • Menangkap ikan. Organisasi sosial • Masih tinggal dalam kelompok kecil. • Hidup secara nomad. Kepercayaan Mengamalkan animisme. Kesenian dan kebudayaan Menghasilkan lukisan gua. Zaman Neolitik Tempat kediaman • Tinggal secara menetap di dalam rumah yang diperbuat daripada batu, tanah liat dan kayu. • Petempatan di kawasan lembah sungai dan di pesisiran pantai. Peralatan • Menggunakan peralatan yang lebih halus dan kemas. • Contoh peralatan ialah alat menggali dan roda. Pengumpulan makanan • Menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. • Aktiviti pengumpulan makanan berkurangan. Kegiatan ekonomi • Menghasilkan sumber makanan sendiri. • Menjalankan aktiviti perdagangan sistem barter. • Mempunyai pengkhususan kerja. Organisasi sosial • Hidup secara menetap. • Mempunyai pembahagian sistem sosial. • Aturan kehidupan menjadi lebih baik. Kepercayaan • Menjalankan upacara ritual. • Percaya kepada kehidupan selepas mati. • Mayat diuruskan dengan teliti dan dikebumikan dengan sempurna. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 35 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


36 Tingkatan 1 Bab 3 Zaman Prasejarah Aspek Ciri-ciri Kesenian dan kebudayaan • Lukisan gua. • Tembikar yang mempunyai bentuk pola geometri (simbolisme). Zaman Logam Tempat kediaman • Tinggal menetap dan membina tempat kediaman. • Binaannya diperbuat daripada batu, tanah liat dan kayu secara tersusun. • Masih ada yang tinggal di lembah sungai, pesisiran pantai dan di kawasan tanah tinggi. Peralatan • Peralatan diperbuat daripada logam. • Peralatan terdiri daripada gangsa, tembaga dan besi. • Mengetahui teknologi peleburan dan pembuatan acuan. Pengumpulan makanan • Aktiviti pengumpulan makanan tidak lagi dijalankan. • Tumpuan kepada aktiviti pertanian, penternakan dan perdagangan sistem barter. Kegiatan ekonomi • Aktiviti utama ialah pertanian, penternakan dan perdagangan sistem barter. • Berlaku perkembangan aktiviti pembuatan dan pertukangan. Organisasi sosial • Kehidupan lebih teratur. • Mempunyai pemimpin untuk mentadbir. Kepercayaan • Penyembahan manusia terhadap kuasa alam. • Mempunyai binaan khusus untuk menjalankan upacara ritual. Kesenian dan kebudayaan Pola hiasan yang menarik pada gendang gangsa. Semak Cepat 3.3 1 Jelaskan ciri-ciri tempat kediaman manusia pada Zaman Paleolitik. 2 Nyatakan dua peralatan yang telah dihasilkan oleh manusia pada Zaman Neolitik. 3 Jelaskan tiga kegiatan ekonomi manusia pada Zaman Mesolitik. 4 Apakah kepercayaan manusia pada Zaman Paleolitik? Revisi Cpt Sej Tg1.indd 36 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


37 Tingkatan 1 Bab 3 3.4 Kesinambungan Sumbangan Zaman Prasejarah kepada Kemajuan Kehidupan Manusia SP 3.1.4 Menyatakan kesinambungan sumbangan zaman Prasejarah kepada kemajuan kehidupan manusia. 1 Zaman Prasejarah banyak mewariskan penemuan dan aktiviti mereka kepada tamadun manusia. 2 Ciptaan dan kegiatan mereka masih dapat ditemui dalam kehidupan manusia masa kini. Aktiviti Pertanian 1 Aktiviti pertanian bermula secara aktif pada Zaman Neolitik. Jenis-jenis tanaman yang diusahakan seperti: (a) Padi (b) Gandum (c) Barli 2 Aktiviti pertanian menjadi sumber makanan kepada manusia sehingga membolehkan manusia tinggal secara menetap. 3 Aktiviti ini terus diamalkan oleh manusia dan menjadi pekerjaan yang penting sehingga kini. 4 Aktiviti pertanian secara tradisional atau sara diri dilakukan secara kecil-kecilan untuk menampung keperluan harian. 5 Pada zaman moden, aktiviti pertanian dilakukan secara komersial dan besar-besaran menggunakan peralatan moden untuk tujuan jualan. Gambar 3.6 Pertanian sara diri untuk menampung keperluan harian Gambar 3.7 Pertanian komersial di Cameron Highlands, Pahang Memburu Binatang 1 Masyarakat Zaman Prasejarah menggunakan senjata yang diperbuat daripada batu, tulang, kayu, gangsa dan besi untuk menjalankan aktiviti memburu binatang. 2 Peralatan seperti tombak, panah dan sumpit juga digunakan untuk memburu binatang bagi mendapatkan makanan pada Zaman Prasejarah. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 37 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


38 Tingkatan 1 Bab 3 3 Walau bagaimanapun, masyarakat zaman moden menjadikan aktiviti memburu binatang sebagai satu hobi menggunakan senjata canggih, berlesen dan berdaftar yang dikeluarkan oleh Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Menternak Binatang 1 Aktiviti menternak binatang telah bermula sejak Zaman Neolitik untuk dijadikan sumber makanan yang berterusan. 2 Pada zaman moden, aktiviti ini dilakukan secara komersial bagi memenuhi permintaan dan keperluan daging dan tenusu di sesebuah negara. Contohnya, penternakan lembu secara besar-besaran di Kundasang, Sabah. Gambar 3.8 Penternakan lembu yang dijalankan di Kundasang, Sabah Peralatan 1 Kebanyakan peralatan pada Zaman Prasejarah diperbuat daripada kayu, batu dan tulang haiwan. 2 Peningkatan pengetahuan dan inovasi tentang campuran logam, acuan dan suhu pembakaran telah membawa kepada penciptaan peralatan daripada gangsa dan besi. Contohnya, parang, pedang, tombak, cangkul, keris dan kapak. 3 Pada zaman moden, penggunaan mesin dan jentera digunakan secara meluas terutamanya dalam aktiviti komersial. Contohnya, mesin memotong dan menghiris daging. Tembikar 1 Pada Zaman Prasejarah, manusia menjadikan tembikar sebagai bekas makanan, peralatan masakan dan upacara ritual. 2 Masyakarat Zaman Prasejarah mempunyai pengetahuan dan kemahiran membuat tembikar dan masih diamalkan oleh masyarakat pada hari ini. 3 Pada abad ke-14 dan ke-15 Masihi, tembikar buatan China (Dinasti Ming) dan buatan Vietnam menjadi komoditi dagangan yang utama. 4 Antara tembikar yang terkenal ialah: (a) Tembikar berkaki tiga Zaman Hoabinhian yang ditemui di Bukit Keplu, Kedah. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 38 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


39 Tingkatan 1 Bab 3 (b) Tembikar dari Delta Sungai Merah, Vietnam yang ditemui di Pulau Jawa, Indonesia. 5 Pada zaman moden, pembuatan tembikar masih kekal dan menjadi industri yang penting terutamanya di Kuala Kangsar, Perak. Ideofak 1 Masyarakat Zaman Prasejarah amat menghormati mayat. Kebiasaannya, mayat pada Zaman Prasejarah akan dikebumikan bersama-sama pelbagai peralatan. 2 Mereka mempercayai bahawa kematian bukan penamat kepada kehidupan. 3 Di Gua Cha, Kelantan, kepala mayat diletakkan di atas bantal batu dan disertai dengan bahan makanan. 4 Di Sabah, sesetengah mayat dimasukkan ke dalam keranda kayu dan disimpan di dalam gua batu kapur. Monumen dan Seni Bina 1 Kebolehan dan kepakaran masyarakat Zaman Prasejarah membina monumen dan binaan bermula sejak Zaman Neolitik. 2 Monumen dan seni bina dihasilkan untuk pelbagai tujuan. 3 Pada zaman moden, kemampuan dan kepakaran manusia dalam bidang seni bina terus berkembang dan membanggakan. Contohnya, Angkor Wat di Kemboja dan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) di Malaysia. 3.5 Zaman Prasejarah di Malaysia SP 3.1.5 Membincangkan bukti tinggalan zaman Prasejarah di Malaysia. 1 Di Malaysia, Zaman Prasejarah bermula sejak 40 000 tahun dahulu, iaitu pada Zaman Paleolitik. 2 Lokasi dan tapak Zaman Prasejarah di Malaysia telah ditemukan di kawasan gua dan di kawasan terbuka. Jadual 3.5 Lokasi dan tapak Zaman Prasejarah di Malaysia Zaman Prasejarah Tarikh Lokasi Zaman Paleolitik 40 000 SM • Tingkayu, Sabah • Gua Niah, Sarawak • Kota Tampan, Perak • Lembah Mansuli, Sabah Revisi Cpt Sej Tg1.indd 39 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


40 Tingkatan 1 Bab 3 Zaman Prasejarah Tarikh Lokasi Zaman Mesolitik (Hoabinhian) 12 000 SM hingga 2 800 SM • Jenderam Hilir, Selangor • Gua Madai, Sabah • Gua Cha, Ulu Kelantan • Bukit Tegun Lembu, Perlis Zaman Neolitik 2 800 SM hingga 500 SM • Gua Kecil, Pahang • Sungai Tembeling, Pahang • Lubang Angin, Sarawak • Gua Tapadong, Sabah • Jenderam Hilir, Selangor Zaman Logam 500 SM hingga 500 M • Sungai Tembeling, Pahang • Lembah Bernam, Selangor 3 Kewujudan Zaman Prasejarah tersebut dibuktikan melalui penemuan seperti batu, logam, tembikar, manik, lukisan gua dan ukiran batu. Jadual 3.6 Bukti kewujudan Zaman Prasejarah di Malaysia Aspek Keterangan Teknologi • Menggunakan peralatan daripada batu dan logam dalam kehidupan seharian untuk memotong, menetak dan memecahkan tulang. • Penemuan di Kota Tampan, Perak dan Tingkayu, Sabah menunjukkan wujud bengkel untuk menghasilkan peralatan batu. • Peralatan batu manusia Zaman Neolitik di Hulu Perak menunjukkan kemampuan manusia menggilap peralatan tersebut. • Kewujudan Zaman Logam di negara kita dibuktikan melalui penemuan peralatan logam di Klang, Selangor. Tembikar dan manik • Manusia Zaman Prasejarah di Malaysia mahir dalam pembuatan tembikar dan manik. • Kewujudan tersebut dibuktikan dengan penemuan peralatan tembikar di Gua Niah, Sarawak. • Manik pula telah ditemui di Kuala Selinsing, Perak dan di Lembah Bernam, Selangor. Lukisan gua dan ukiran batu • Menjadi bukti yang paling jelas tentang kewujudan manusia Zaman Prasejarah. • Lukisan gua dan ukiran batu bertujuan: – Cara komunikasi untuk menyampaikan maklumat tentang kehidupan mereka. – Menggambarkan kehidupan harian seperti berburu dan amalan ritual. • Umumnya, lukisan gua menggunakan arang dan oker merah. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 40 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


41 Tingkatan 1 Bab 3 Aspek Keterangan Ukiran batu • Ditemukan di Sabah, Sarawak dan Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan. • Ukiran batu yang ditemukan dipercayai mempunyai kaitan dengan budaya megalit. Ekonomi Masyarakat Zaman Paleolitik dan Zaman Hoabinhian • Aktiviti terpenting mereka ialah berburu dan memungut hasil hutan. • Aktiviti ini berbentuk sara diri. Masyarakat Zaman Neolitik • Mereka melakukan aktiviti penanaman padi terutamanya di pinggir sungai dan lembah yang subur. • Antara lokasinya ialah Hulu Tembeling, Pahang; Jenderam Hilir, Selangor; dan Lembah Nenggiri, Ulu Kelantan. • “Pisau Tembeling” merupakan peralatan untuk menuai padi yang digunakan di Pahang. • Lebihan padi menjadi barang pertukaran dalam kalangan masyarakat Zaman Neolitik. Kepercayaan • Dibuktikan melalui penemuan ideofak di beberapa tapak perkuburan. • Mereka mengamalkan kepercayaan dan menghormati orang yang mati. • Pengebumian dilakukan dengan pelbagai cara, iaitu: – Pengebumian memanjang – Pengebumian melentur – Pengebumian keranda kayu – Kubur kepingan batu – Pengebumian perahu – Pengebumian tempayan • Aktiviti perdagangan secara tukar barang dijalankan di darat atau di laut. • Antara barang dagangan yang diperdagangkan ialah loceng dan gendang gangsa. Galeri Info Semak Cepat 3.5 1 Namakan tapak dan lokasi manusia Zaman Mesolitik di negara kita. 2 Apakah kepentingan lukisan kepada manusia Zaman Prasejarah? 3 Berikan dua bahan yang digunakan untuk melukis lukisan gua. Aktiviti KBAT Secara berkumpulan, hasilkan model peralatan manusia Zaman Prasejarah yang dipelajari dalam bab ini. Kumpulkan maklumat dan buat pembentangan tentang fungsi peralatan tersebut. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 41 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


42 Tingkatan 1 Bab 4 Nota Grafi k Bab 4 Mengenali Tamadun 4.1 Maksud Tamadun 4.2 Konsep Tamadun Konsep Tamadun Sudut Pandangan Islam Sudut Pandangan Barat • Civilisation digunakan untuk gambarkan tahap sesuatu masyarakat atau budaya yang kompleks. • Diukur melalui pencapaian ilmu dan teknologi, ekonomi, struktur, politik, kemasyarakatan dan petempatan di perbandaran. • Masyarakat Barat mengaitkan tamadun dengan pembangunan lahiriah; contohnya dalam penulisan, kesenian, undangundang dan perbandaran. • Arnold J. Toynbee menyatakan tamadun sebagai suatu sistem politik, ekonomi, sosial serta kesenian dan kebudayaan. • al-Din (cara hidup). • Pembangunan lahiriah dan rohaniah. • Nilai yang disarankan oleh al-Quran dan hadis serta ajaran Nabi Muhammad SAW. • Tokoh terawal yang membincangkan ialah Ibn Khaldun. • Bukunya ialah Muqqadimah. • "Hadharah" ialah prinsip murni seperti akidah, syarak, akhlak, falsafah, kebudayaan dan peradaban. • "Madaniyyah" menjurus kepada aspek kebendaan. • Menepati konsep tamadun dan berpusat kepada wahyu. • Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, tamadun ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. • Contoh penulisan beliau ialah Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu dan Historical Fact and Fiction. Bahasa Yunani • Civilisation diambil daripada perkataan Yunani, iaitu “civitas”. • Membawa maksud kota atau bandar. • Kemajuan dalam kehidupan melalui bidang kebudayaan, sains, industri dan sistem kerajaan. Bahasa Inggeris • Disebut civilisation. • Tahap pembangunan manusia dan organisasi yang paling maju. • Merangkumi pengetahuan, kepercayaan, undang-undang, seni, moral, adat dan kebolehan manusia atau organisasi. Bahasa Arab • Mudun, madain dan madana yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. • Istilah yang sama ialah hadharah dan hadari. • Hadharah ialah kawasan, bandar, daerah, kota, kampung dan kawasan untuk bercucuk tanam. • Hadari ialah tanah atau rumah yang didiami oleh masyarakat, tahap kemajuan dan memperoleh kekayaan. Bahasa Melayu • Peradaban yang merujuk pencapaian kemajuan masyarakat dari segi kebendaan serta perkembangan pemikiran. • Meliputi bidang sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi. • Contoh kemajuan kebendaan ialah seni bina seperti bangunan dan empangan. • Contoh kemajuan ekonomi seperti cukai dan kewangan. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 42 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


43 Tingkatan 1 Bab 4 Pertanian dan Perdagangan • Penciptaan pelbagai peralatan seperti kincir angin dan pembinaan teres di tanah tinggi serta pembinaan saliran. • Perdagangan tempatan untuk masyarakat di kota mendapatkan makanan dan barangan pertanian dengan menukar barangan kraf tangan. • Perdagangan jarak jauh membolehkan masyarakat dari kawasan tamadun lain bertukar-tukar barangan seperti logam, emas dan besi. Sistem Pemerintahan • Mula diketuai oleh pendeta. • Diambil alih oleh raja sebagai pemerintah. • Raja dibantu oleh pegawai daripada golongan bangsawan dan pendeta. • Bagi melicinkan pentadbiran, undang-undang telah dibentuk. Pembentukan Bandar • Manusia mula membina petempatan kekal. • Bermula dengan kampung. • Pertambahan penduduk telah membentuk bandar. • Ciri-ciri bandar: – Pelan susun atur bangunan dan petempatan yang tersusun mempunyai kemudahan asas seperti perigi, bilik mandi dan tandas. – Kemudahan prasarana yang teratur dan bersistem seperti pasar, rumah ibadat dan kawasan kediaman. – Sistem perparitan dan pembentungan. – Pembinaan kota untuk berlindung. – Kota-kota utama ialah Ur dan Uruk, Memphis, Mohenjo-Daro dan Anyang. Pengkhususan Pekerjaan • Pengkhususan pekerjaan berlaku akibat peningkatan jumlah penduduk. • Peluang pekerjaan yang baharu seperti jurutera, pengutip cukai, tentera, pesawah dan pekerjaan dalam bidang pentadbiran. • Artisan untuk kerja mengukir, menempa besi dan tembikar. • Saudagar dan pedagang akan bertukar-tukar barangan yang dihasilkan oleh artisan. Teknologi • Kemahiran dalam bidang teknologi telah menghasilkan penciptaan barangan, monumen dan hasil pertukangan. • Tamadun Mesopotamia terkenal dengan Taman Tergantung Babylon. • Piramid dan sfinks di Tamadun Mesir Purba. • Tamadun Indus terkenal dengan pembinaan negara-kota Mohenjo–Daro. • Ciptaan roda membantu penggunaan kereta kuda dan lembu. Organisasi Sosial • Di Mesir, kemunculan institusi dan golongan pekerja telah mewujudkan kelas sosial. • Kelas sosial berasaskan pekerjaan, kekayaan dan pengaruh. • Pemerintah, firaun, golongan agama dan golongan bangsawan berada pada kedudukan tertinggi. • Saudagar dan artisan pada kedudukan kedua. • Kedudukan ketiga ialah golongan petani dan pekerja yang tidak berkemahiran. • Hamba perang dan hamba yang dijual kedudukannya yang paling rendah. 4.3 Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia Revisi Cpt Sej Tg1.indd 43 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


44 Tingkatan 1 Bab 4 Pengenalan 1 Tamadun merupakan proses untuk meningkatkan kemajuan manusia kepada yang lebih baik. 2 Tamadun awal manusia bermula di lembah sungai dan terus berkembang sehingga kini. Tamadun awal yang terbentuk di lembah sungai Petunjuk Teluk Benggala ASIA EROPAH AFRIKA S.Nil S.Huang He S.Brahmaputra .Ganges S.Indus Laut Arab LAUTAN HINDI Laut China Selatan LAUTAN PASIFIK 0 2000 4000 km U S.Tigris S.Tigr S.E is uphrates Laut Kaspia Laut Kaspia Tamadun Huang He Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesir Purba Tamadun Indus Peta 4.1 Lokasi tamadun awal dunia (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 92) 4.1 Maksud Tamadun SP 4.1.1 Menyatakan maksud tamadun mengikut bahasa Yunani, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. 1 Tamadun merupakan pencapaian tertinggi oleh sesuatu masyarakat dalam pelbagai bidang. 4 Mengenali Tamadun Tema 1: Sejarah Kita dan Dunia Bab Revisi Cpt Sej Tg1.indd 44 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


45 Tingkatan 1 Bab 4 2 Pencapaian tertinggi yang dimaksudkan meliputi: (a) Kegiatan pertanian dan perdagangan (b) Sistem pemerintahan (c) Pembentukan bandar (d) Pengkhususan pekerjaan (e) Teknologi (f) Organisasi sosial (g) Agama dan kepercayaan (h) Tulisan dan penyimpanan rekod (i) Kesenian dan kesusasteraan 3 Bahasa Yunani, bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Melayu mempunyai definisi yang berbeza-beza tentang maksud tamadun. 4 Walau bagaimanapun, persamaan bagi keempat-empat bahasa menjelaskan maksud tamadun sebagai kemajuan yang dicapai oleh masyarakat untuk membina kehidupan yang lebih baik dan kompleks. Bahasa Yunani Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Melayu • Berasal daripada perkataan civilisation yang membawa maksud tahap pembangunan manusia dan organisasi yang paling maju. • Tahap kemajuan manusia meliputi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan kebolehan manusia atau organisasi. • Berasal daripada perkataan mudun, madain dan madana yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. • Berasal daripada istilah hadharah yang bermaksud kawasan, daerah, bandar, kota, kampung dan kawasan untuk bercucuk tanam. • Berasal daripada istilah hadari yang bermaksud tanah atau rumah yang didiami oleh masyarakat, tahap kemajuan dan memperoleh kekayaan. • Berasal daripada perkataan civitas yang bermaksud bandar atau kota. • Tahap kemajuan masyarakat yang dicapai dalam bidang kebudayaan, sains, industri dan sistem kerajaan. • Tamadun ialah suatu peradaban yang merujuk pencapaian kemajuan masyarakat dari aspek kebendaan dan perkembangan pemikiran. • Kemajuan kebendaan juga merujuk pencapaian dalam bidang seni bina. • Perkembangan pemikiran merangkumi bidang sosial, budaya, politik dan sebagainya. • Contohnya, bangunan dan empangan serta sistem ekonomi seperti percukaian dan kewangan, hasil cipta seperti kertas, lukisan dan ukiran. Maksud Tamadun Peta Dakap Rajah 4.1 Maksud tamadun dalam bahasa Yunani, bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Melayu Revisi Cpt Sej Tg1.indd 45 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version