The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISBN: 978-629-7536-05-5
Price: WM: 22.90 / EM: 23.90

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2023-04-03 21:24:21

Revisi Cepat Sejarah Ting 123

ISBN: 978-629-7536-05-5
Price: WM: 22.90 / EM: 23.90

46 Tingkatan 1 Bab 4 Piramid Sakkara Piramid binaan batu yang pertama di dunia dan telah dibina oleh Imhotep untuk Firaun Djoser. Gambar 4.1 Piramid Sakkara Galeri Info Semak Cepat 4.1 1 Jelaskan maksud perkataan tamadun berikut: (a) civitas (b) civilisation (c) madain (d) hadari 2 Nyatakan dua seni bina di Mesir yang merupakan tanda kemunculan tamadun awal dunia. 4.2 Konsep Tamadun SP 4.1.2 Menerangkan konsep tamadun mengikut Barat dan Islam. Konsep tamadun sama ada dari sudut pandangan Islam atau Barat merangkumi semua pencapaian kehidupan masyarakat dalam bidang sosial dan budaya serta pemikiran. Sudut Pandangan Islam 1 Konsep tamadun diasaskan berpandukan kerangka Islam sebagai al-Din, iaitu cara hidup. 2 Tamadun merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah serta berasaskan nilai dalam pendidikan. 3 Pembangunan lahiriah dan rohaniah ini disarankan oleh al-Quran dan hadis serta ajaran Nabi Muhammad SAW. 4 Tokoh terawal yang membicarakan tentang konsep tamadun Islam ialah Ibn Khaldun. 5 Beliau memperkenalkan konsep tamadun, iaitu: (a) “Umran” dan “hadharah” di dalam bukunya Muqqadimah. (b) “Hadharah” mengandungi prinsip-prinsip nilai yang merangkumi aspek akidah, syarak, akhlak, falsafah, kebudayaan dan peradaban. 6 Ibn Khaldun turut memperkenalkan konsep “madaniyyah” yang: (a) Menjurus kepada aspek kebendaan dalam kehidupan. (b) Bersifat umum kepada manusia. 7 Istilah “hadharah” dan “madaniyyah” bermaksud perbandaran dan tamadun serta berpusatkan wahyu. 8 Menurut pendapat Syed Muhammad Naquib Al-Attas: (a) Tamadun merujuk kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 46 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


47 Tingkatan 1 Bab 4 (b) Hasil karya beliau tentang bidang pemikiran dan peradaban ialah Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu dan Historical Fact and Fiction. Ibn Khaldun • Nama sebenar beliau ialah Abd. Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun. • Beliau pernah menjadi hakim dan ahli akademik di Universiti Al-Azhar, Mesir. • Beliau menulis dalam karya ulungnya, iaitu Muqqadimah dan karya ini menjadi rujukan sarjana Barat dalam bidang sosiologi, antropologi dan sejarah. Syed Muhammad Naquib Al-Attas • Syed Muhammad Naquib Al-Attas banyak menulis buku yang berkaitan dengan bidang pemikiran dan peradaban. • Beliau merupakan sarjana ulung dan pemikir Muslim yang telah memberikan sumbangan besar dalam pemikiran Islam kontemporari dan pendidikan Islam. Galeri Info Gambar 4.2 Ibn Khaldun Gambar 4.3 Syed Muhammad Naquib Al-Attas Sudut Pandangan Barat 1 Istilah civilisation digunakan untuk menggambarkan tahap sesuatu masyarakat atau budaya yang kompleks. 2 Masyarakat bertamadun dinilai menerusi: (a) Pencapaian ilmu dan teknologi (b) Ekonomi (c) Struktur politik (d) Kemasyarakatan (e) Petempatan di kawasan perbandaran 3 Arnold J. Toynbee menyatakan tamadun sebagai suatu sistem masyarakat yang memperkasakan sistem politik, ekonomi, sosial serta kesenian dan kebudayaan. Semak Cepat 4.2 1 Jelaskan maksud tamadun mengikut pandangan Islam. 2 Apakah aspek dalam prinsip-prinsip nilai yang terkandung dalam konsep “hadharah”? 3 Huraikan konsep “madaniyyah” berdasarkan sudut pandangan Islam. 4 Nyatakan penulis bagi buku atau karya penulisan berikut: (a) A Study of History: Abridgement of Volumes I-VI (b) Historical Fact and Fiction (c) Muqqadimah Revisi Cpt Sej Tg1.indd 47 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


48 Tingkatan 1 Bab 4 4.3 Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia SP 4.1.3 Menjelaskan ciri-ciri tamadun awal dunia. 1 Tamadun awal dunia muncul di lembah-lembah sungai seperti: (a) Lembah Sungai Tigris dan Euphrates – Tamadun Mesopotamia (b) Lembah Sungai Nil – Tamadun Mesir Purba (c) Lembah Sungai Indus – Tamadun Indus (d) Lembah Sungai Huang He – Tamadun Huang He 2 Setiap tamadun tersebut mempunyai ciri-ciri tertentu yang memaparkan kehebatan pencapaian tertinggi dalam semua bidang kehidupan. Peta Pokok Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia Agama dan kepercayaan Kesenian dan kesusasteraan Pembentukan bandar Pertanian dan perdagangan Teknologi Sistem pemerintahan Pengkhususan pekerjaan Organisasi sosial Tulisan dan penyimpanan rekod Rajah 4.2 Ciri-ciri tamadun awal dunia Pertanian dan Perdagangan 1 Kehidupan masyarakat tamadun awal bermula dengan aktiviti pertanian. 2 Penciptaan pelbagai peralatan, pembinaan saliran, penciptaan kincir angin dan pembinaan teres di tanah tinggi telah menyebabkan perkembangan kegiatan pertanian. 3 Perkembangan kegiatan pertanian telah membawa kepada wujudnya kegiatan perdagangan. 4 Kegiatan perdagangan dibahagikan kepada dua, iaitu: (a) Kegiatan perdagangan tempatan: Masyarakat yang tinggal di kota mendapatkan makanan dan barangan pertanian dengan menukarkan barangan kraf tangan dan perkhidmatan. (b) Kegiatan perdagangan jarak jauh: Masyarakat dari kawasan tamadun yang berlainan bertukar-tukar barangan dengan penduduk yang mempunyai bahan mentah seperti logam, emas dan besi. (c) Contohnya, aktiviti perdagangan antara masyarakat Sumer dengan Mesir dan Mohenjo-Daro. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 48 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


49 Tingkatan 1 Bab 4 Gambar 4.4 Kegiatan perdagangan antara masyarakat Sumer dengan Mesir Sistem Pemerintahan 1 Pembentukan sebuah kerajaan bertujuan menguruskan pemerintahan kota yang berkembang pesat kesan daripada pembentukan bandar. 2 Golongan pendeta mengetuai pemerintahan negara kota. Kemudian, raja mengambil alih pentadbiran tersebut dengan dibantu oleh pegawai daripada golongan bangsawan dan pendeta. 3 Undang-undang seterusnya dibentuk untuk melicinkan pentadbiran kerajaan. Pembentukan Bandar 1 Perkembangan dalam kegiatan pertanian telah mendorong manusia untuk membina petempatan kekal. 2 Pembentukan petempatan kekal bermula dengan kewujudan kawasan kampung. Pertambahan bilangan penduduk menyebabkan kampungkampung disatukan dan membentuk kawasan bandar. 3 Jumlah penduduk di bandar lebih ramai dan mempunyai latar belakang yang berbeza-beza. Terlindung daripada serangan orang luar dan kawasan sempadan Pembinaan sistem perparitan dan pembetungan Kemudahan prasarana yang teratur dan sistematik • Pasar • Rumah ibadat • Kawasan kediaman Pelan susun atur bangunan dan petempatan yang tersusun • Perigi • Tandas • Bilik mandi Ciri-ciri Bandar Peta Pokok Rajah 4.3 Ciri-ciri bandar Revisi Cpt Sej Tg1.indd 49 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


50 Tingkatan 1 Bab 4 4 Pada peringkat awal, bandar berperanan sebagai pusat kegiatan politik, ekonomi dan kebudayaan. 5 Kemudian, bandar mula berkembang sebagai institusi sosial dan ekonomi yang tersusun sekali gus menjadi asas kepada kelahiran tamadun awal dunia. 6 Kota utama pada tamadun awal ialah: (a) Ur dan Uruk yang dibina berhampiran Sungai Tigris dan Sungai Euphrates (b) Memphis di Sungai Nil (c) Mohenjo-Daro di Sungai Indus (d) Anyang di Sungai Huang He Pengkhususan Pekerjaan 1 Pengkhususan dalam bidang pekerjaan wujud disebabkan oleh peningkatan jumlah penduduk di kawasan bandar. 2 Wujud pelbagai peluang pekerjaan yang baharu seperti pengutip cukai, jurutera mengawal sistem pengairan sungai, tentera, petani di sawah dan pekerja dalam bidang pentadbiran. 3 Pengkhususan dalam bidang pekerjaan turut mewujudkan kumpulan artisan yang bekerja sebagai pengukir, menempa besi dan tembikar. 4 Golongan saudagar dan pedagang juga muncul dan mereka bertukartukar barang dagangan dengan golongan artisan. Teknologi 1 Masyarakat tamadun awal telah mencipta barangan dan monumen serta hasil pertukangan. 2 Ciptaan tersebut telah memberikan keselesaan kepada masyarakat. 3 Antara hasil ciptaan yang terkenal ialah: (a) Taman Tergantung Babylon semasa Tamadun Mesopotamia (b) Pembinaan piramid dan sfinks semasa Tamadun Mesir Purba (c) Pembinaan negara kota Mohenjo-Daro semasa Tamadun Indus 4 Penggunaan teknologi dalam pembuatan logam tembaga, gangsa dan besi telah berjaya menghasilkan peralatan bajak untuk pertanian. 5 Penciptaan roda telah membantu penggunaan kereta kuda dan kereta lembu untuk mengangkut hasil pertanian dan perhubungan penduduk. Organisasi Sosial 1 Kemunculan institusi dan golongan pekerja dalam Tamadun Mesir telah mewujudkan kelas sosial. 2 Kelas sosial berasaskan kepada: (a) Jenis pekerjaan (b) Kekayaan (c) Pengaruh Revisi Cpt Sej Tg1.indd 50 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


51 Tingkatan 1 Bab 4 3 Pada peringkat tamadun awal dalam Tamadun Mesir: (a) Kedudukan tertinggi dalam sistem masyarakat ialah pemerintah, firaun, golongan agama dan bangsawan. (b) Kelas kedua merupakan golongan saudagar dan artisan. (c) Susunan struktur sosial kemudian diikuti oleh golongan petani dan pekerja yang tidak berkemahiran. (d) Kedudukan yang paling bawah ialah hamba yang dibahagikan kepada dua, iaitu hamba perang dan hamba yang dijual. Firaun • Wazir • Pengawai kanan • Golongan agama • Bangsawan • Artisan berkemahiran • Karyawan • Pembantu rumah • Hamba • Golongan penyalin • Penulis • Petani • Buruh Gambar 4.5 Susunan struktur sosial dalam Tamadun Mesir Purba (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 83) Agama dan Kepercayaan 1 Masyarakat tamadun awal mempercayai banyak Tuhan. 2 Mereka menyembah tuhan bulan, tuhan matahari, tuhan ibu dan tuhan sungai. 3 Terdapat institusi agama yang bertanggungjawab untuk menguruskan upacara keagamaan. 4 Sebagai tanda menghormati Tuhan, tempat ibadat yang besar telah dibina. 5 Selain itu, masyarakat Mesir Purba mempercayai kehidupan selepas kematian. 6 Mayat akan disimpan, dijaga dengan teliti dan makam mayat akan dipenuhi dengan peralatan dan keperluan selepas kematian. Tulisan dan Penyimpanan Rekod 1 Sistem tulisan wujud kira-kira 5 000 tahun dahulu. 2 Sistem tulisan penting bagi membezakan kehidupan Zaman Prasejarah dan sejarah. 3 Manusia pada Zaman Prasejarah menggunakan abstrak simbol bagi mewakili pelbagai bentuk idea. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 51 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


52 Tingkatan 1 Bab 4 4 Penciptaan tulisan membolehkan manusia menyimpan rekod dan mencatatkan perkara penting tentang diri mereka dan masyarakat. 5 Tulisan pertama berbentuk piktograf (simbol gambar) ialah tulisan kuneiform yang telah digunakan oleh masyarakat Mesopotamia. Kesenian dan Kesusasteraan 1 Masyarakat tamadun awal banyak menghasilkan hasil sastera dan seni bina yang hebat. 2 Hasil sastera dan seni bina tersebut menggambarkan setiap budaya dalam tamadun masing-masing. 3 Ciptaan yang dihasilkan oleh artis adalah berupa patung, lukisan tuhan dan dewa, pahlawan dan pemerintah. 4 Penggunaan tembaga yang semakin meluas membawa kepada penghasilan patung-patung daripada tembaga. • Masyarakat Sumer mendiami wilayah selatan Iraq. Mereka berjaya membentuk kerajaan yang terawal di Mesopotamia, iaitu Kerajaan Sumeria (3 500 SM hingga 2 340 SM). • Tuhan ibu merupakan patung perempuan yang disembah oleh masyarakat di Lembah Indus bagi melambangkan kesuburan. • Tulisan kuneiform dibentuk menggunakan pen daripada rumput buluh yang ditekan pada tanah liat yang basah. Kepingan tanah liat itu kemudiannya dijemur hingga keras. Galeri Info Semak Cepat 4.3 1 Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi perkembangan kegiatan pertanian dalam kalangan masyarakat Zaman Prasejarah. 2 Apakah tamadun awal yang telah memperkenalkan tulisan kuneiform? 3 Nyatakan dua fungsi kota kepada masyarakat tamadun awal. 4 Senaraikan golongan yang berada dalam kelas kedua susunan struktur sosial masyarakat Tamadun Mesir Purba. Aktiviti KBAT Secara berkumpulan, hasilkan kajian berkaitan dengan keistimewaan bandar Mohenjo-Daro. Berdasarkan sumber Internet, kumpulkan maklumat dan nyatakan ciri kawasan perbandaran yang anda fikirkan sesuai dilaksanakan pada masa kini. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 52 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


53 Tingkatan 1 Bab 5 Nota Grafi k Bab 5 Tamadun Awal Dunia 5.1 Empat Lokasi Tamadun Awal Dunia Perkembangan Empat Tamadun Awal Dunia • Terletak di barat daya Asia dan merupakan tamadun terawal dunia. • Bermaksud tanah di antara dua sungai, iaitu Sungai Euphrates dan Sungai Tigris. • Berkembang daripada Zaman Neolitik antara 5 000 SM hingga 700 SM. • Contoh kerajaan ialah Sumeria, Babylon, Akkad, Chaldea dan Asyria. • Kerajaan terawal Sumeria (3 500 SM) dan terakhir Chaldea (539 SM). • Tamadun Mesopotamia bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer. • Orang Sumeria berhijrah dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian. • Membina sistem pengairan dan berjaya membina sistem pembandaran. • Di lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates terdapat kawasan subur yang luas dalam oasis di tengah-tengah gurun dan gunung dikenali Bulan Sabit Subur. • Kawasan ini berkembang menjadi sebuah bandar besar. • Bandar ini dibina daripada tanah liat yang dijadikan bata yang dikenali dengan nama zigurat. • Berkembang menjadi beberapa buah negara-kota yang berperanan sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan. • Pada hari ini, Mesopotamia meliputi Iraq, Syria, Turki dan Iran serta sempadan Turki-Syria dan sempadan Iran-Iraq. Tamadun Mesopotamia • Terletak di kawasan lembah Sungai Nil. • Sungai Nil merupakan sungai terpanjang di dunia (6 650 kilometer.) • Mempunyai tiga tahap pemerintahan dalam kerajaan, iaitu: – Kerajaan purba – Kerajaan pertengahan – Kerajaan baharu • Herodotus mengatakan Mesir merupakan Hadiah Sungai Nil (The Gift of The Nile) kerana membanjiri kawasan sekitarnya dan membawa lumpur berwarna hitam yang subur. • Antara kawasan lembah yang terbesar di dunia. • Sungai Nil penting untuk bekalan sumber makanan serta perhubungan dan pengangkutan. Tamadun Mesir Purba Revisi Cpt Sej Tg1.indd 53 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


54 Tingkatan 1 Bab 5 • Terletak di lembah Sungai Indus, meliputi barat laut dan utara India. • Bermula pada tahun 2 500 SM. • Kehidupan secara nomad diamalkan di barat laut India. • Membentuk petempatan kekal di sepanjang lembah Sungai Indus. • Mempunyai dua musim yang ekstrem, iaitu musim hujan membawa banjir dan musim kering yang membawa kemarau. • Penduduk bergiat aktif dalam pertanian, terutamanya tanaman gandum, barli dan kapas. • Wujud kegiatan lain, iaitu pembuatan barangan daripada kapas dan besi. • Perdagangan antara penduduk lembah Sungai Indus dengan penduduk bahagian selatan Mesopotamia. • Kemudian, berkembang menjadi bandar. • Tedapat dua buah bandar, iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa. • Mengalami kemerosotan pada tahun 1 750 SM. • Punca kemerosotan ialah pergerakan plat bumi yang menyebabkan gempa bumi dan banjir. • Keruntuhan kerajaan Tamadun Indus juga dipercepat dengan serangan oleh orang Aryan. Tamadun Indus • Terbina di kedudukan dua sungai utama. • Sungai Huang He atau Sungai Kuning terletak di utara negara China dan Sungai Yangtze di bahagian tengah China. • Huang He bermaksud menyimpan lumpur kekuningan yang subur. • Masyarakat membina petempatan, menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang. • Mengumpul hasil hutan dan berburu. • Kedudukan geografi yang terpencil dan selalu banjir menyebabkan tamadun ini hanya menghasilkan makanan sendiri dan tidak berdagang. • Terdapat tiga kerajaan awal, iaitu Xia (2 205–1 766 SM), Shang (1 766–1 050 SM) dan Zhou (1 050–256 SM). • Telah menghasilkan beberapa buah bandar, antaranya Anyang (pusat kerajaan Dinasti Shang). • Aktiviti utama selain pertanian ialah membuat tembikar, membina kapal, menghasilkan varnis, sutera, sulaman dan ukiran. • Kemajuan dalam pertanian menyebabkan penghasilan ciptaan kayu dan logam sebagai peralatan pertanian. Tamadun Huang He Revisi Cpt Sej Tg1.indd 54 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


55 Tingkatan 1 Bab 5 Pengenalan 1 Pembentukan tamadun awal dunia yang bermula di kawasan lembah sungai telah mempengaruhi perkembangan empat tamadun, iaitu Tamadun Mesopotamia, Mesir Purba, Indus dan Huang He. 2 Interaksi antara manusia dengan alam sekitar telah membawa kepada peningkatan cara hidup. 5.1 Empat Lokasi Tamadun Awal Dunia SP 4.2.1 Mengenal pasti empat lokasi peningkatan tamadun. 1 Empat tamadun awal dunia terdiri daripada: (a) Tamadun Mesopotamia (b) Tamadun Mesir Purba (c) Tamadun Indus (d) Tamadun Huang He Jadual 5.1 Lokasi empat tamadun awal dunia Tamadun Lokasi Tarikh Mesopotamia Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates 5 000 SM hingga 700 SM Mesir Purba Lembah Sungai Nil 3 100 SM hingga 322 SM Indus Lembah Sungai Indus 2 500 SM hingga 1 800 SM Huang He Lembah Sungai Huang He 4 000 SM hingga 256 SM 2 Kawasan lembah sungai berperanan penting terhadap perkembangan tamadun-tamadun tersebut. 3 Kewujudan sungai amat penting kerana sungai berperanan membekalkan air bagi tanaman, membuat kawasan petempatan dan menjadi alat perhubungan. 5 Tamadun Awal Dunia Tema 1: Sejarah Kita dan Dunia Bab Revisi Cpt Sej Tg1.indd 55 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


56 Tingkatan 1 Bab 5 Tamadun awal yang terbentuk di lembah sungai Petunjuk Teluk Benggala ASIA EROPAH AFRIKA S.Nil S.Huang He S.Brahmaputra .Ganges S.Indus Laut Arab LAUTAN HINDI Laut China Selatan LAUTAN PASIFIK 0 2000 4000 km U S.Tigris S.Tigr S.E is uphrates Laut Kaspia Laut Kaspia Tamadun Huang He Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesir Purba Tamadun Indus Peta 5.1 Lokasi tamadun awal dunia (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 92) Perkembangan Empat Tamadun Awal Dunia Tamadun Mesopotamia 1 Tamadun Mesopotamia ialah tamadun paling awal wujud di dunia. Tamadun ini terletak di barat daya Asia. 2 Tamadun Mesopotamia berkembang dari petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 5 000 SM hingga 700 SM. 3 Sekitar tahun 3 500 SM, wilayah Mesopotamia berkembang sebagai pusat tamadun awal dan bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer. 4 Masyarakat Sumer telah membina petempatan dan menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah dan membina sistem pengairan untuk membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai. Mesopotamia • Mesopotamia bermaksud tanah di antara dua sungai, iaitu Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. • Kedua-dua sungai ini mengalir dari kawasan pergunungan Turki sehingga tanah pamah di Iraq. Galeri Info Revisi Cpt Sej Tg1.indd 56 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


57 Tingkatan 1 Bab 5 Jadual 5.2 Kerajaan yang wujud dalam Tamadun Mesopotamia Kerajaan Tempoh masa Sumeria 3 500 SM hingga 2 340 SM Akkad 2 371 SM hingga 2 006 SM Ur 2 113 SM hingga 2 006 SM Babylon 2 000 SM hingga 1 530 SM Kassites 1 530 SM hingga 1 100 SM Assyria 1 100 SM hingga 626 SM Chaldea 626 SM hingga 539 SM 5 Selain itu, masyarakat Sumer juga berjaya membina sistem perbandaran. 6 Terdapat lima ciri utama dalam kerajaan Sumer, iaitu: (a) Bandar maju (b) Pengkhususan pekerjaan (c) Institusi yang kompleks (d) Pengurusan simpan kira (e) Peningkatan teknologi 7 Bulan Sabit Subur merupakan kawasan subur di Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Bulan Sabit Subur terletak di antara Laut Mediterranean dan Teluk Parsi. 8 Kawasan subur ini berkembang sebagai sebuah bandar yang besar dan dibina daripada tanah liat yang dijadikan bata. MERAH LAUT TELUK PARSI MESIR LAUT MEDITERRANEAN Babylon Sumer Akkad S. Tigris S. Nil MESOPOTAMIA Petunjuk Lembah Bulan Sabit U S. Euphrates Peta 5.2 Lokasi kawasan lembah Bulan Sabit Subur (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 95) Revisi Cpt Sej Tg1.indd 57 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


58 Tingkatan 1 Bab 5 9 Binaan piramid yang dinamakan zigurat dibina sebagai tempat ibadat di setiap pusat bandar dalam Tamadun Mesopotamia. Mesopotamia • Mesopotamia bermaksud tanah di antara dua sungai, iaitu Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. • Kedua-dua sungai ini mengalir dari kawasan pergunungan Turki sehingga tanah pamah di Iraq. Galeri Info Zigurat Zigurat berfungsi sebagai pusat perdagangan dan pusat penyimpanan khazanah negara selain daripada tempat ibadat. Galeri Info Gambar 5.1 Zigurat 10 Selain itu, dinding besar yang mengelilingi setiap bandar juga dibina bagi tujuan pertahanan. 11 Petempatan awal dalam tamadun ini berbentuk perkampungan dan berkembang secara evolusi sebagai kawasan bandar dan seterusnya kepada beberapa buah negara kota. 12 Antara negara kota yang terkenal dalam Tamadun Mesopotamia ialah Ur yang berperanan sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan serta menjadi tempat pertemuan para pedagang India. 13 Dalam negara kota Ur, terdapat: (a) Rumah dan kedai. (b) Kuil besar sempena tuhan bulan Nanna dan isterinya, Ningal. (c) Terusan yang menghubungkan Ur dengan Sungai Euphrates. (d) Pelabuhan besar untuk berdagang dengan pedagang Ur. 14 Pada hari ini, kawasan Mesopotamia meliputi Iraq, Syria, Turki dan Iran termasuk sempadan Turki-Syria dan sempadan Iran-Iraq. Tamadun Mesir Purba 1 Tamadun Mesir Purba terletak di lembah Sungai Nil. Sungai Nil sangat subur dan sesuai sebagai sumber perhubungan, pengangkutan dan makanan kepada masyarakat kawasan ini. 2 Herodotus mengatakan Sungai Nil sebagai The Gift of The Nile atau Hadiah Sungai Nil disebabkan oleh Sungai Nil membawa tanah lumpur berwarna hitam yang subur untuk kegiatan pertanian. 3 Sungai Nil juga mempengaruhi kawasan petempatan untuk berkembang menjadi negara kota. Sungai Nil Sungai Nil ialah sungai terpanjang di dunia, iaitu sejauh 6 650 kilometer. Galeri Info Revisi Cpt Sej Tg1.indd 58 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


59 Tingkatan 1 Bab 5 4 Tamadun Mesir Purba terkenal dengan tinggalan seperti piramid dan firaun. 5 Terdapat tiga tahap pemerintahan kerajaan dalam Tamadun Mesir Purba, iaitu: (a) Kerajaan Purba (c) Kerajaan Baru (b) Kerajaan Pertengahan Jadual 5.3 Tahap pemerintahan kerajaan dalam Tamadun Mesir Purba Kerajaan Keterangan Kerajaan Purba • Bermula dengan perkampungan petani pada tahun 5 000 SM dan membentuk dua buah kerajaan, iaitu kerajaan utara dan kerajaan selatan. • Kerajaan utara terletak di hilir Sungai Nil dan melibatkan kawasan Lembah Sungai Nil serta bersuhu lebih sejuk. • Kerajaan selatan terletak di hulu Sungai Nil dan berhadapan dengan padang pasir. • Pada tahun 3 100 SM, Raja Mennes telah menyatukan kedua-dua kerajaan ini dan Memphis sebagai ibu kota kerajaan. • Kerajaan purba mencapai kemuncaknya pada tahun 2 650 SM. Kerajaan Pertengahan • Bermula sekitar tahun 2 100 SM hingga 1 650 SM. • Kawasan kerajaan ini meluas hingga ke selatan Sungai Nil. • Bidang kesusasteraan dan ukiran mula berkembang. • Ibu kota kerajaan ialah Thebes. • Pemerintah menggalakkan kegiatan perdagangan menggunakan jalan sungai. • Mengadakan hubungan perdagangan dengan Nubia di selatan Mesir. • Ancaman penjahat menyebabkan Raja Mesir menghantar tentera bagi melindungi pedagang yang melalui jalan perdagangan. • Kubu turut dibina di sepanjang Sungai Nil dan penduduk Mesir mengambil alih kuasa kota Nubia. Kerajaan Baru • Kerajaan ini wujud apabila pentadbiran Mesir dikuasai oleh golongan bangsawan dan menggunakan gelaran Firaun. • Pasukan tentera yang kuat telah dibentuk untuk menghadapi serangan orang luar. • Raja yang terkenal ialah Ramses dan telah membina banyak monumen yang berupa berhala. • Pemerintahan Ramses II (1 279 SM hingga 1 213 SM) membawa kepada kejatuhan kerajaan baharu Mesir. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 59 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


60 Tingkatan 1 Bab 5 Tamadun Indus 1 Tamadun Indus terletak di Lembah Sungai Indus, di bahagian barat laut dan utara India. 2 Tamadun ini muncul pada tahun 2 500 SM. 3 Bahagian timur tamadun ini dikelilingi oleh Banjaran Makran, Pergunungan Baluchistan, Punjab dan Rajashtan. 4 Bahagian tenggara pula dikelilingi oleh Kathiawar dan Gujerat. INDIA TIBET Rajasthan Punjab Lothal Harappa Sutkagen-dor Mohenjo-Daro Kathlawar Gujerat LAUT ARAB TELUK BENGGALA Banjaran Himalaya Pergunungan Baluchistan Petunjuk Lembah Sungai Indus S. Indus U Peta 5.3 Lokasi kawasan Lembah Sungai Indus (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 100) 5 Penduduk yang hidup secara nomad telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Lembah Indus. 6 Tamadun Indus mengalami musim hujan dan musim kering yang ekstrem menyebabkan kemusnahan tanaman. 7 Tamadun Indus juga menghadapi beberapa masalah yang menyebabkan penurunan hasil pertanian seperti: (a) Banjir (b) Hujan lebat (c) Cuaca kering dan kemarau (d) Musim kering dan hujan yang tidak menentu 8 Penduduk Lembah Indus menjalankan: (a) Kegiatan pertanian dan mengusahakan tanaman gandum, barli dan kapas. (b) Aktiviti pembuatan barangan daripada kapas dan besi. (c) Kegiatan perdagangan antara penduduk tempatan dengan penduduk di selatan Mesopotamia. 9 Tamadun Indus membina dua buah bandar terancang, iaitu MohenjoDaro dan Harappa. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 60 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


61 Tingkatan 1 Bab 5 Imbas Kod QR atau layari http://www.geocities. ws/cominglucky/ cirimdh.htm tentang bandar terancang, Mohenjo-Daro. PAK-21 Gambar 5.2 Bandar terancang Mohenjo-Daro 10 Selain itu, sistem paip dan pembentungan yang canggih turut dibina dalam tamadun ini. 11 Pada sekitar tahun 1 750 SM, tamadun ini mengalami kemerosotan disebabkan oleh: (a) Gempa bumi (b) Banjir (c) Serangan orang Aryan Tamadun Huang He 1 Tamadun Huang He terletak di antara dua kedudukan sungai utama, iaitu Sungai Huang He (Sungai Kuning) di utara China dan Sungai Yangtze di tengah China. 2 Tamadun Huang He wujud sekitar tahun 4 000 SM. 3 Kewujudan sungai membawa kepada pembentukan Tamadun Huang He. LAUT KUNING CHINA Gurun Gobi Tanah Tinggi Tibet Yangzhou Louyang Zhengzhou Anyang S. Yangtze Petunjuk Tamadun Huang He U S. Huang He Peta 5.4 Lokasi Tamadun Huang He (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 102) Revisi Cpt Sej Tg1.indd 61 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


62 Tingkatan 1 Bab 5 4 Masyarakat dalam tamadun ini membina petempatan, menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang. 5 Aktiviti berburu dan mengumpul hasil hutan turut dijalankan oleh mereka di sepanjang Sungai Huang He. 6 Tamadun Huang He juga mengalami banjir disebabkan oleh limpahan air Sungai Huang He sehingga menenggelamkan seluruh kampung. 7 Masyarakat tamadun ini menghasilkan makanan sendiri dan tidak berdagang dengan orang luar. 8 Terdapat tiga kerajaan awal yang muncul dalam Tamadun Huang He, iaitu: (a) Xia (2 205 SM hingga 1 766 SM) (b) Shang (1 766 SM hingga 1 050 SM) (c) Zhou (1 050 SM hingga 256 SM) 9 Anyang merupakan antara bandar yang wujud dan berperanan sebagai pusat kerajaan bagi Dinasti Shang. 10 Tamadun ini berkembang dengan meluas hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze semasa Dinasti Zhou. Peta Buih Menghasilkan sulaman Pertanian Membuat ukiran Membina kapal Membuat tembikar Penciptaan daripada kayu dan logam Menghasilkan varnis Menghasilkan sutera Aktiviti Utama Tamadun Huang He Rajah 5.1 Aktiviti utama Tamadun Huang He Sungai Huang He Huang He bermaksud Sungai Kuning yang menyimpan banyak lumpur kekuningan yang subur. Galeri Info Revisi Cpt Sej Tg1.indd 62 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


63 Tingkatan 1 Bab 5 Semak Cepat 5.1 1 Apakah tiga fungsi utama zigurat dalam Tamadun Mesopotamia? 2 Nyatakan sumbangan Firaun Ramses dalam kerajaan baru Mesir. 3 Berikan tiga faktor yang menyebabkan kemerosotan Tamadun Indus. 4 Apakah kerajaan terawal yang wujud dalam Tamadun Huang He? 5.2 Perbandingan Sumbangan Tamadun Awal 1 Setiap tamadun awal dunia telah memberikan sumbangan yang besar kepada pemodenan kehidupan masyarakat pada hari ini. 2 Kepelbagaian reka cipta telah meningkatkan nilai kehidupan manusia sejagat. 3 Keempat-empat tamadun awal dunia mempunyai kelebihan dan keunikan bidang tersendiri. Jadual 5.4 Perbandingan sumbangan empat tamadun awal dunia Tamadun Aspek Mesopotamia Mesir Purba Indus Huang He Pemerintahan dan pentadbiran • Raja memerintah negara kota dan bersatu membentuk empayar yang pertama. • Kerajaan kukuh di bawah pentadbiran Hammurabi. • Hammurabi telah: – Membina bangunan. – Memperbaiki sistem pungutan cukai. – Meningkatkan kegiatan perdagangan. – Mewujudkan Kod UndangUndang Hammurabi. – Merangkumi hal perdagangan, kecurian, denda dan hukuman. • Firaun mengetuai pentadbiran. • Firaun berperanan: – Berkuasa mutlak. – Membentuk kestabilan dan kemakmuran ekonomi. – Menggalakkan kegiatan perdagangan. – Melindungi golongan pedagang dengan menghantar tentera. • Raja mempunyai pandangan kehidupan selepas mati. • Menghormati mayat untuk dikebumikan. • Golongan pendeta mengetuai pentadbiran. • Pendeta berpengaruh dalam keagamaan dan pentadbiran. • Pentadbiran berasaskan sistem negara kota. • Mempunyai pembahagian kelas sosial. • Masyarakat dan keluarga adalah penting. • Mengamalkan sistem pentadbiran dinasti. • Raja berperanan sebagai pemerintah yang membawa mandat dari syurga. • Raja berkuasa dalam politik, ekonomi dan agama. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 63 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


64 Tingkatan 1 Bab 5 Tamadun Aspek Mesopotamia Mesir Purba Indus Huang He Aktiviti ekonomi • Ditadbir secara berpusat oleh golongan agama dan raja. • Wujud pengkhususan pekerjaan. • Bilangan petani dan jumlah tanaman ditentukan oleh kerajaan. • Terdapat petani yang bertukar pekerjaan kepada peniaga, pedagang dan artisan. • Wujud pekerjaan sebagai pegawai, jurukira dan hamba. • Terdapat pengusaha tekstil, barangan tembikar dan alat keperluan harian. • Aktiviti perdagangan meluas hingga ke Lembah Indus. • Peningkatan permintaan terhadap tukang rumah disebabkan oleh peningkatan penduduk bagi pembinaan rumah. • Kegiatan utama ialah pertanian. • Penduduk terdiri daripada petani. • Petani membayar sewa tanah kepada raja. • Wujud pengkhususan pekerjaan seperti penenunan, pembuatan barang tembikar dan peralatan harian. • Wujud kegiatan perlombongan emas. • Tekstil dan kertas merupakan eksport paling utama. • Menjalankan kegiatan perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan. • Wujud kegiatan menenun kain, kerja logam dan penghasilan tembikar. • Menternak lembu dan kambing. • Menanam gandum, barli dan kacang. • Hasil perdagangan yang penting ialah emas, gading gajah, manik dan hasil pertanian. • Ekonomi utama ialah pertanian. • Menanam sekoi, padi, gandum dan barli. • Menternak lembu, kambing, ayam dan babi. • Membina terusan untuk mengairi kawasan pertanian. • Kemajuan dalam teknologi pembajakan, penciptaan cangkul, sabit dan menggunakan batas untuk penanaman. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 64 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


65 Tingkatan 1 Bab 5 Tamadun Aspek Mesopotamia Mesir Purba Indus Huang He Teknologi • Membina sistem tali air. • Penciptaan roda, sauh dan bajak. • Penciptaan tulisan, bidang perubatan, bidang astronomi dan bidang matematik. • Penciptaan sistem nombor berasaskan 60 dan sistem kalendar 12 bulan. • Mencipta emas. • Pembuatan kertas daripada pokok papirus. • Membahagikan masa kepada 60 minit, membahagikan bulatan kepada 360 darjah serta mencipta formula bagi mengira pelbagai bentuk geometri, bulatan dan segi tiga. • Pencerapan pergerakan bulan, planet dan bintang dilakukan oleh ahli-ahli astronomi. • Kemajuan dalam bidang astronomi, matematik, perubatan, bahasa dan seni bina. • Masyarakatnya paling awal menulis dan menyimpan rekod peristiwa. • Penulisan hieroglif. • Menghasilkan kertas daripada pokok papirus dan penciptaan dakwat hitam. • Sistem kalendar 365 hari dalam setahun. • Sistem pengairan dan terusan. • Membina kota mengikut ukuran grid yang tepat. • Sistem perparitan dan pembetungan. • Penciptaan kertas. • Sistemkalendar 365 hari dalam setahun. • Kebolehan mengukur sukatan panjang dan masa yang tepat. • Penciptaan sistem menyukat berat. • Membina batu-bata mengikut saiz yang tepat. • Mencipta tembaga, gangsa dan timah. • Mencipta tulisan daripada lukisan. • Mencipta alatan pertanian daripada kayu dan besi. • Penciptaan benang sutera, wang syiling dan kompas magnetik. • Peningkatan sistem pengangkutan jalan dan terusan. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 65 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


66 Tingkatan 1 Bab 5 Tamadun Aspek Mesopotamia Mesir Purba Indus Huang He Kesenian dan kesusasteraan • Tulisan kuneiform. • Mengukir batu bagi merakamkan peristiwa yang berlaku. • Nukilan puisi daripada penduduk. • Mereka patung untuk mengingati pemimpin. • Tulisan hieroglif. • Lukisan pada dinding-dinding bangunan dan kuil. • Lakaran hasil kesenian di tembok batu dan kawasan perkuburan. • Tulisan piktograf. • Menghasilkan balang yang berukir geometri dan motif alam. • Menghasilkan kerja logam seperti tembaga, gangsa dan batu permata. • Menghasilkan patung daripada batu dan logam. • Tulisan piktograf. • Penciptaan puisi yang romantik. • Lirik daripada pelbagai bentuk tradisi masyarakat. • Kesenian menerusi ukiran pada tembikar. Binaan bangunan dan kemudahan • Zigurat sebagai rumah ibadat. • Taman Tergantung Babylon. • Piramid. • Sfinks. • Tempat ibadat. • Kolam mandi besar. • Jelapang. • Dewan Perhimpunan. • Sistem paip dan pembetungan. • Kotanya dibina dengan grid yang tepat. • Bandar pertama dibina semasa Dinasti Shang. • Istana dan tempat ibadat di tengahtengah bandar. Kod Undang-Undang Hammurabi • Dipahat pada tembok serta tiang besar untuk memudahkan rakyat membacanya. • Mengandungi kira-kira 282 perkara yang meliputi hal perdagangan, kecurian, denda dan hukuman. Galeri Info Semak Cepat 5.2 1 Apakah tujuan masyarakat Mesopotamia membina patung? 2 Siapakah yang mengetuai sistem pemerintahan di Lembah Sungai Indus? 3 Berikan dua kegunaan tulisan di atas kertas papirus kepada masyarakat zaman Mesir Purba. 4 Nyatakan tamadun awal dunia yang berjaya mencipta puisi yang romantik. Aktiviti KBAT Secara kumpulan, hasilkan kajian berkaitan dengan perkembangan sistem mata wang di negara kita. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 66 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


67 Tingkatan 1 Bab 6 • Berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di Laut Aegean dan Laut Mediterranean. • Giat melakukan aktiviti perdebatan dan sukan. • Orang Yunani dikenali sebagai pelayar yang handal. • Terkenal dengan negara-kota atau polis (gabungan tiga komponen – bandar utama, bandar kecil dan kawasan kampung). • Polis menjadi ibu kota dan tempat tumpuan masyarakat. • Di tengah-tengah polis terdapat acropolis. • Acropolis ialah pusat komuniti yang dilindungi oleh kubu. • Kawasan lapang, iaitu agora ialah tempat pertemuan dan pasar awam. • Penduduk di acropolis aktif dalam urusan negara. • Tiga polis terkenal ialah Athens, Sparta dan Corinth. • Athens paling ramai penduduk seramai 40 000 orang. • Sparta negara-kota yang paling luas, iaitu 8 400 kilometer persegi. • Bagi penduduk Yunani, setiap polis merupakan tanah suci kurniaan dewa. Lokasi dan Perkembangannya Nota Grafi k Bab 6 Peningkatan Tamadun Yunani dan Rom 6.1 Tamadun Yunani Demokrasi Pemerintahan yang dipilih oleh rakyat melalui pengundian. Tirani Pemerintahan dikuasai golongan zalim dan menindas rakyat. Aristokrasi Pemerintahan dikuasai oleh golongan bangsawan. Oligarki Pemerintahan dikuasai sebahagian kecil golongan yang berkuasa. Monarki Sistem beraja berasaskan keturunan. 6.2 Peningkatan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani Revisi Cpt Sej Tg1.indd 67 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


68 Tingkatan 1 Bab 6 • Teknik seni bina yang diwarisi sejak zaman Yunani. • Merupakan inovasi tamadun Rom. • Inovasi dilakukan dengan menggunakan bahan binaan baharu serta reka bentuk yang kreatif. Keratan rentas Pantheon (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm.129) • Rom terkenal dengan kepakaran dalam bidang seni bina. • Binaan yang besar dan mempunyai nilai estetika serta mempunyai kegunaan yang khusus. • Meliputi seni bina bangunan, jalan raya, saliran air dan tempat mandi awam. • Binaannya menjadi warisan sejarah yang tidak ternilai harganya. • Kemunculan arkitek seperti Marco Vitruvius yang terkenal dengan buku seni bina On Architecture pada tahun 46 SM. • Sistem pendidikan yang praktikal telah melahirkan golongan warganegara yang mahir dalam pelbagai bidang termasuk seni bina. • Disokong oleh pentadbir seperti Marcus Visanius Agrippa (63–12 SM). • Kerajaan juga memberikan bantuan kewangan. • Gabungan teknologi zaman Yunani dan Rom seperti penggunaan simen mempengaruhi seni bina Rom. • Golongan hamba memberikan sumbangan dalam perkembangan seni bina sebagai buruh. Bumbung mempunyai struktur melengkung Tiang gaya Yunani Batu dilepa dengan simen Hiasan dalaman 6.4 Peningkatan Seni Bina dalam Tamadun Rom Ciri-ciri Pembinaan Bangunan dalam Tamadun Rom Kubah berbentuk bulat Saiz yang besar Penggunaan siling Penggunaan marmar Revisi Cpt Sej Tg1.indd 68 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


69 Tingkatan 1 Bab 6 Pengenalan 1 Tamadun Yunani dan Tamadun Rom telah mengalami peningkatan yang pesat dalam pelbagai bidang. 2 Pencapaian yang ditunjukkan dalam kedua-dua tamadun ini adalah sangat baik dan cemerlang. 3 Peningkatan tersebut meliputi aspek pemerintahan dan pentadbiran dan bidang seni bina. 6.1 Tamadun Yunani SP 4.2.2 Membincangkan peningkatan tamadun Yunani dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran. 1 Tamadun Yunani muncul antara tahun 1 000 SM hingga 800 SM. 2 Tamadun ini menjadi pendorong kepada perkembangan tamadun Eropah dan inspirasi kepada kehidupan manusia yang lebih baik. 3 Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di Laut Aegean dan Laut Mediterranean. 4 Masyarakat Yunani boleh melakukan aktiviti di luar rumah seperti perdebatan dan acara sukan disebabkan oleh cuaca yang sederhana. 5 Masyarakat Yunani juga dikenali sebagai pelayar yang handal kerana lokasi tamadun ini yang berdekatan dengan laut. 6 Selain itu, Tamadun Yunani terkenal dengan pembinaan negara-kota yang dikenali sebagai polis. Polis merupakan gabungan antara: (a) Bandar utama (b) Bandar kecil (c) Kawasan kampung 7 Polis berperanan sebagai ibu kota dan tempat tumpuan masyarakat. 8 Acropolis terletak di tengah-tengah polis dan berfungsi sebagai pusat komuniti yang dilindungi oleh kubu. 9 Setiap acropolis: (a) Dibina pada lokasi yang strategik dari aspek keselamatan, pusat pentadbiran dan komunikasi. (b) Dilengkapi dengan rumah ibadat, bangunan kerajaan, istana dan rumah golongan bangsawan. 6 Peningkatan Tamadun Yunani dan Rom Tema 1: Sejarah Kita dan Dunia Bab Revisi Cpt Sej Tg1.indd 69 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


70 Tingkatan 1 Bab 6 (c) Terdapat juga binaan agora, iaitu kawasan lapang yang berperanan sebagai tempat pertemuan dan pasar awam. CRETE Olympia Sparta Athens Corinth GREECE MACEDONIA THRACE LAUT MEDITERRANEAN LAUT AEGEAN LAUT HITAM U Peta 6.1 Lokasi negara kota dalam Tamadun Yunani (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 118) 10 Penduduk yang tinggal berhampiran dengan acropolis lebih aktif dalam urusan negara berbanding dengan penduduk yang tinggal jauh dari acropolis. 11 Penduduk kampung yang tinggal di luar kawasan acropolis menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Peta Pokok Athens Sparta Corinth Polis dalam Tamadun Yunani Rajah 6.1 Polis yang terkenal dalam Tamadun Yunani Revisi Cpt Sej Tg1.indd 70 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


71 Tingkatan 1 Bab 6 12 Athens merupakan negara kota yang paling ramai didiami penduduk, manakala Sparta ialah negara kota yang paling luas. 13 Ciri utama polis ialah: (a) Jumlah penduduk yang ramai (b) Keluasan wilayah Jadual 6.1 Perbezaan jumlah penduduk dan keluasan wilayah polis dalam Tamadun Yunani Polis Jumlah penduduk Keluasan wilayah Athens 40 000 orang 2 650 kilometer persegi Sparta 16 000 orang 8 400 kilometer persegi Corinth 10 000 orang 880 kilometer persegi 14 Setiap polis dianggap sebagai tanah suci kurniaan Dewa dan menjadi hak dan tanggungjawab setiap warganegara Yunani untuk menjaga kepentingannya. Semak Cepat 6.1 1 Apakah maksud istilah polis? 2 Nyatakan peranan agora. 3 Apakah aktiviti yang dijalankan oleh penduduk kampung yang tinggal di luar kawasan acropolis? 4 Berikan keluasan wilayah bagi polis berikut: (a) Corinth (b) Sparta (c) Athens Acropolis Acropolis menempatkan rumah ibadat, bangunan kerajaan, istana dan rumah golongan bangsawan. Agora Tempat pertemuan atau mesyuarat rakyat yang menjadi pusat ekonomi polis. Galeri Info Gambar 6.1 Acropolis Gambar 6.2 Agora Revisi Cpt Sej Tg1.indd 71 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


72 Tingkatan 1 Bab 6 6.2 Peningkatan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani SP 4.2.2 Membincangkan peningkatan tamadun Yunani dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran. 1 Tamadun Yunani memberikan sumbangan yang penting dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran. 2 Aspek pemerintahan dan pentadbiran yang diamalkan dalam tamadun ini diteruskan dan kekal sehingga ke hari ini. 3 Terdapat lima bentuk sistem pemerintahan dan pentadbiran yang diamalkan dalam Tamadun Yunani, iaitu: (a) Monarki (d) Tirani (b) Oligarki (e) Demokrasi (c) Aristokrasi Peta Dakap Monarki Oligarki Aristokrasi Tirani Demokrasi • Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh sebahagian kecil golongan yang berkuasa. • Diamalkan di negara kota Athens. • Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh golongan bangsawan. • Golongan bangsawan mempunyai kuasa yang besar. • Pentadbiran sistem beraja yang berasaskan keturunan. • Raja dibantu oleh Konsul yang terdiri daripada golongan bijak pandai. • Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh golongan diktator yang zalim. • Mereka menindas rakyat. • Sistem pemerintahan yang dipilih oleh rakyat melalui pengundian. • Badan tertinggi ialah Dewan Perhimpunan. Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran dalam Tamadun Yunani Rajah 6.2 Sistem pemerintahan dan pentadbiran dalam Tamadun Yunani Perkembangan Sistem Demokrasi di Athens 1 Sistem demokrasi di Athens telah diasaskan oleh Solon pada tahun 594 SM dan bercorak demokrasi secara langsung. 2 Demokrasi secara langsung berlaku apabila setiap warganegara Athens terlibat dalam perbincangan dan perdebatan secara langsung. 3 Perbincangan ini bertujuan menentukan sesuatu dasar dan peraturan seperti ekonomi, politik dan sosial di Athens. 4 Pericles (495 SM hingga 429 SM) telah memberikan penekanan kepada kuasa rakyat bagi memantapkan sistem demokrasi. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 72 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


73 Tingkatan 1 Bab 6 5 Namun demikian, pada zaman pemerintahan Raja Philip pada tahun 338 SM, beliau telah menghapuskan sistem demokrasi di Yunani. Pada zaman ini, sistem demokrasi menjadi lemah. 6 Malaysia pula mengamalkan sistem demokrasi melalui pengundian rakyat dalam pilihan raya. 7 Rakyat bebas untuk memilih mana-mana wakil mereka untuk diangkat sebagai pemimpin negara. 8 Sistem pilihan raya di Malaysia wujud sejak tahun 1951 dan diteruskan sehingga kini. Yang di-Pertuan Agong Badan Perundangan Badan Pelaksana Badan Kehakiman Majlis Raja-Raja Melayu Rajah 6.3 Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Malaysia Sistem Demokrasi • Umumnya, terdapat dua bentuk sistem demokrasi, iaitu sistem raja berperlembagaan dan sistem republik. • Di Malaysia, pilihan raya dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM). Galeri Info Ciri-ciri Demokrasi di Athens 1 Dewan Perhimpunan merupakan badan tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Athens. 2 Dewan Perhimpunan dibantu oleh Majlis, Majistret dan Juri. Peta Pokok Badan yang melaksanakan hal-hal berkaitan dengan keadilan Jawatankuasa yang mengendalikan urusan dan perbincangan hal-hal penting tentang pemerintahan dan pentadbiran Juri Dewan Perhimpunan Majlis Badan yang melaksanakan semua dasar yang ditetapkan Majistret Rajah 6.4 Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Athens Revisi Cpt Sej Tg1.indd 73 27/03/2023 4:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


74 Tingkatan 1 Bab 6 Jadual 6.2 Keanggotaan dan fungsi badan pemerintahan dan pentadbiran di Athens Badan Keanggotaan Fungsi Dewan Perhimpunan • Terdiri daripada semua warganegara lelaki Athens. • Warganegara berpeluang memegang jawatan selama enam bulan hingga satu tahun. • Bersidang sekurangkurangnya tiga kali sebulan. • Semua warganegara dibenarkan menghadiri perhimpunan. • Bertanggungjawab untuk melantik Ahli Majlis sebagai sebahagian sistem pentadbiran. • Menggubal undang-undang. • Membuat deklarasi peperangan untuk mempertahankan kedaulatan Athens. • Mengadakan perjanjian dengan negara lain untuk melicinkan hubungan antarabangsa. • Membincangkan hal kewangan dan percukaian. • Menerima duta daripada negara lain. Majlis • Ahli Majlis dilantik oleh Dewan Perhimpunan. • Terdiri daripada 500 orang. • Keahlian selama dua tahun. • Ahli dipecahkan kepada 10 jawatankuasa (Prytany). • Setiap satu jawatankuasa adalah seramai 50 orang. • Pemilihan pengerusi dilakukan pada setiap kali persidangan diadakan. • Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan. • Mengendalikan jabatanjabatan kerajaan. • Bidang kuasa yang tidak mengatasi kuasa Dewan Perhimpunan. Majistret • Terdiri daripada warganegara Athens. • Dianggotai oleh 6 000 orang ahli. • Seramai 200 hingga 500 orang merupakan hakim. • Pelantikan 10 orang jeneral tentera. • Kakitangan kerajaan. • Melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Majlis. • Menguruskan hal ehwal pendidikan, percukaian dan sebagainya. Juri • Dianggotai oleh 101 hingga 1 001 orang berdasarkan keseriusan kes yang sedang dibicarakan. • Perbicaraan diketuai oleh Pengerusi. • Pemutus sesuatu kes. • Pesalah akan merayu terus kepada warganegara. • Kuasa pengadilan berada dalam tangan warganegara. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 74 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


75 Tingkatan 1 Bab 6 Dewan Perhimpunan • Di Athens, Dewan Perhimpunan juga berperanan sebagai mahkamah orang awam. • Kes-kes besar diselesaikan di Dewan Perhimpunan, manakala kes-kecil kecil dibicarakan di mahkamah tempatan. Galeri Info Pemerintahan dan Pentadbiran Sparta 1 Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Sparta bersifat monarki terhad. 2 Di Sparta, terdapat dua orang raja yang memerintah secara bersamasama bertujuan mengelakkan seorang daripada mereka bertindak kejam. 3 Pemilihan kedua-dua raja daripada keluarga Eurypontids dan Agiads. 4 Raja dibantu oleh Dewan Perhimpunan dan Majlis. Jadual 6.3 Keanggotaan badan pemerintahan dan pentadbiran di Sparta Badan Keanggotaan Dewan Perhimpunan • Terdiri daripada 10 000 orang ahli. • Seramai lima orang pegawai dilantik sebagai ephors. • Ephors berperanan menghalang pemerintahan raja secara mutlak. Majlis • Terdiri daripada 28 orang dewasa. • Orang dewasa berusia melebihi 60 tahun. • Keahlian mereka adalah seumur hidup. 5 Golongan wanita tidak terlibat dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran. 6 Di Sparta, kanak-kanak lelaki dan golongan wanita didedahkan tentang disiplin ketenteraan. 7 Kanak-kanak lelaki seawal umur tujuh tahun dilatih menjadi anggota tentera. 8 Golongan wanita juga perlu menjalani latihan fizikal seperti berlari, bertinju, menari dan menyanyi dalam khalayak ramai. 9 Selain itu, mereka juga ditugaskan untuk mempertahankan negara. 10 Sparta merupakan kerajaan yang menekankan disiplin ketenteraan dan taat setia kepada negara-kota. 11 Setiap warganegara Sparta sanggup berkorban mempertahankan kerajaan mereka. 12 Siri peperangan antara Sparta dengan Persia (490 SM hingga 499 SM) merupakan bukti taat setia warganegara kepada kerajaan Sparta. 13 Sparta berjaya menewaskan Persia dalam pertempuran di Salamis. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 75 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


76 Tingkatan 1 Bab 6 LAUT AEGEAN Olympia CRETE Athens U Sparta Peta 6.2 Lokasi kerajaan Sparta (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 125) Semak Cepat 6.2 1 Jelaskan maksud sistem oligarki dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Athens. 2 Apakah faktor yang membawa kepada penamatan sistem demokrasi di Athens? 3 Nyatakan tiga fungsi Majlis di Athens. 4 Apakah bentuk sistem pemerintahan dan pentadbiran yang diamalkan di Sparta? 5 Jelaskan bentuk latihan fizikal yang diberikan kepada kanak-kanak dan golongan wanita di Sparta. 6.3 Tamadun Rom 1 Tamadun Rom merupakan kesinambungan kepada Tamadun Yunani. 2 Tamadun Rom mempunyai persamaan dari segi kebebasan pemikiran dan sikap ingin tahu dengan Tamadun Yunani. 3 Tamadun Rom muncul sebagai kuasa terkuat di Mediterranean selepas berjaya menewaskan pesaing-pesaingnya seperti: (a) Etruscan (b) Macedonia (c) Seleucid (d) Mesir Revisi Cpt Sej Tg1.indd 76 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


77 Tingkatan 1 Bab 6 4 Kejayaan tersebut telah membawa tamadun ini menjadi sebuah empayar yang hebat dengan Rom di Itali sebagai pusat pemerintahannya. Lokasi dan Perkembangannya 1 Tamadun Rom wujud di Lembah Latium berhampiran dengan Sungai Tiber. 2 Lembah Latium mempunyai kawasan tanah yang subur yang membawa kepada perkembangan aktiviti pertanian. 3 Fungsi Sungai Tiber: (a) Membekalkan sumber air kepada penduduk. (b) Sebagai laluan utama untuk berlayar ke laut. Petunjuk Empayar Rom LAUT HITAM LAUT KASPIA LAUT MERAH SEPANYOL ARAB MESIR Athens Crete Sardina Corsica Sicily Cyprus Syracuse U BRITAIN Pompei Byzantium Babylon ETRURIA LAUT MEDITERRANEAN Peta 6.3 Lokasi kerajaan Rom (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 127) 4 Tamadun Rom terbahagi kepada tiga zaman, iaitu: (a) Zaman Beraja (753 SM hingga 509 SM) (b) Zaman Republik (509 SM hingga 27 SM) (c) Zaman Empayar (27 SM hingga 476 M) 5 Tamadun Rom telah mencapai tahap kegemilangan pada era Pax Romana (27 SM hingga 180 M). 6 Masyarakat Tamadun Rom terbahagi kepada tiga kelompok, iaitu: (a) Patrician (atasan) (b) Plebian (petani, artisan dan peniaga) (c) Hamba Revisi Cpt Sej Tg1.indd 77 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


78 Tingkatan 1 Bab 6 7 Masyarakat Tamadun Rom mencapai pelbagai kemajuan dalam bidang politik, ekonomi, sains dan teknologi, falsafah dan pendidikan. Pax Romana • Pax Romana atau zaman keamanan Rom berlangsung selama hampir 200 tahun. • Era Pax Romana wujud pada zaman pemerintahan Augustus yang membawa keamanan dan kesejahteraan kepada empayar Rom. Galeri Info Semak Cepat 6.3 1 Di manakah terletaknya Tamadun Rom? 2 Nyatakan kerajaan-kerajaan di Mediterranean yang menyaingi Tamadun Rom. 3 Apakah era di mana Tamadun Rom mencapai tahap kegemilangannya? 4 Siapakah yang tergolong dalam kelompok golongan Plebian? 6.4 Peningkatan Seni Bina dalam Tamadun Rom SP 4.2.3 Membincangkan peningkatan tamadun Rom dalam aspek seni bina. 1 Aspek seni bina amat sinonim dengan Tamadun Rom. 2 Bangunan yang dibina dalam Tamadun Rom: (a) Bersaiz besar. (b) Mempunyai nilai estetika. (c) Mempunyai kegunaan yang khusus. (d) Mempunyai ketahanan yang tinggi. 3 Kemajuan seni bina tersebut melibatkan bangunan, jalan raya, saliran air dan tempat mandi awam. 4 Kemajuan dan perkembangan seni bina dalam tamadun ini dipengaruhi oleh: (a) Kepakaran (e) Teknologi (b) Pendidikan (f) Sumber alam (c) Dasar pemerintahan (g) Buruh (d) Kewangan Marco Vitruvius • Beliau merupakan seorang arkitek yang hebat. • Buku tentang seni bina, iaitu On Architecture telah ditulis oleh beliau pada tahun 46 SM. • Buku yang terkenal ini telah mendorong perkembangan seni bina di Rom. Galeri Info Gambar 6.3 Marco Vitruvius Revisi Cpt Sej Tg1.indd 78 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


79 Tingkatan 1 Bab 6 5 Selain daripada Marco, sokongan yang diterima daripada pentadbir Rom seperti Marcus Visanius Agrippa juga membantu perkembangan seni bina yang pesat dalam tamadun ini. Ciri-ciri Pembinaan Bangunan dalam Tamadun Rom 1 Tamadun Rom sememangnya terkenal dengan seni bina dan reka bentuk bangunan yang unik dan kreatif. 2 Antara seni bina Rom yang terkenal dan masih wujud sehingga kini ialah: (a) Colosseum (b) Pantheon (c) Amfiteater (d) Akueduk (e) Jalan raya (f) Tembok pertahanan (g) Tempat mandi awam Peta Buih Hiasan dalam Saiz yang besar Penggunaan marmar Kubah berbentuk bulat Penggunaan siling Tiang gaya Yunani Bumbung dengan struktur yang melengkung Batu dilepa dengan simen Ciri-ciri Binaan Pantheon di Rom Rajah 6.5 Ciri-ciri binaan pantheon di Rom Imbas Kod QR atau layari http:// www.ancient-origins.net/historyfamous-people/marcus-vipsaniusagrippa-statesman-general-andfriend-augustus-005488 tentang Marcus Visanius Agrippa. PAK-21 Revisi Cpt Sej Tg1.indd 79 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


80 Tingkatan 1 Bab 6 Colosseum 1 Seni bina Colosseum melambangkan keagungan Tamadun Rom yang telah dibina oleh Raja Vespian pada tahun 72 M dan diselesaikan oleh anaknya, iaitu Titus pada tahun 80 M. 2 Colosseum mempunyai struktur binaan: (a) Ketinggian 50 meter panjang. (b) Lebar 156 meter. (c) Luas keseluruhan bangunan 2.5 hektar. (d) Kawasan arena seluas 85 meter 54 meter. Gambar 6.4 Colosseum 3 Colosseum dalam Tamadun Rom berfungsi sebagai tempat mengadakan persembahan dan pertandingan bersaiz besar seperti acara gladiator. 4 Binaan ini juga mempunyai keunikannya yang tersendiri dengan mempunyai 80 pintu masuk dan tempat duduk penonton yang dibina bertingkattingkat. 5 Antara keistimewaan Colosseum ialah mempunyai sistem pengurusan penonton yang setanding dengan stadium pada zaman moden. 6 Kapasiti Colosseum juga mampu untuk memuatkan seramai 50 000 orang pada satu-satu masa. Pantheon 1 Pantheon merupakan binaan berkubah yang paling besar di dunia. 2 Pantheon telah dibina oleh Marcus Visanius Agrippa pada tahun 27 M. 3 Walau bagaimanapun, pada tahun 80 M, binaan berkubah ini telah musnah dalam satu kebakaran. 4 Pada tahun 125 M, Maharaja Hadrian telah membina semula binaan Pantheon dengan mengambil ciri-ciri binaan pada zaman Yunani. 5 Pantheon berfungsi sebagai tempat penyembahan dewa dewi masyarakat dalam Tamadun Rom. 6 Pantheon mempunyai struktur binaan: (a) Tiang yang kukuh. (b) Atap merupakan kubah bersaiz besar dengan diameter 43 meter. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 80 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


81 Tingkatan 1 Bab 6 (c) Dinding diperbuat daripada batu bata yang dilepa dengan simen. (d) Puncak mempunyai ruang terbuka yang dikenali sebagai Oculus berukuran 13 meter lebar. Gambar 6.5 Pantheon 7 Antara keistimewaan Pantheon ialah Oculus yang membolehkan cahaya masuk menyinari ruangan binaan. Amfiteater 1 Binaan amfiteater berbentuk lingkaran yang seakan-akan Colosseum mini atau sebuah gelanggang terbuka. 2 Binaan ini berfungsi sebagai: (a) Tempat mengadakan persembahan seni. (b) Tempat membuat pertunjukan. (c) Tempat pertandingan acara gladiator. Gambar 6.6 Amfiteater 3 Di Rom, terdapat 230 amfiteater yang dibina dengan pelbagai saiz dan mempunyai kapasiti untuk memuatkan bilangan orang yang berbeza-beza. 4 Antara amfiteater yang terkenal di dunia terletak di: (a) El Djem, Tunisia yang berkapasiti 16 000 orang. (b) Arles, Perancis yang berkapasiti 20 000 orang. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 81 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


82 Tingkatan 1 Bab 6 Akueduk 1 Akueduk merupakan binaan yang penting kerana melambangkan teknologi dan kejuruteraan dalam Tamadun Rom. 2 Akueduk berfungsi sebagai sumber bekalan air ke rumah kediaman di sekitar bandar-bandar di Rom. 3 Jurutera Rom, iaitu Marcus Agrippa merupakan antara individu yang bertanggungjawab untuk membina akueduk. 4 Contohnya, akueduk Aqua Virgo yang dibina pada tahun 19 SM. 5 Aqua Appia ialah akueduk yang pertama dibina pada tahun 312 SM yang mempunyai 16 kilometer panjang. 6 Bekalan air dibawa dari gunung melalui saluran akueduk dan disalurkan ke tempat mandi awam dan binaan di Rom seperti Colosseum. Gambar 6.7 Akueduk Pont du Gard • Merupakan akueduk yang terkenal di dunia. Binaan ini terletak di Perancis. • Struktur binaan akueduk ini mempunyai tiga tingkat. Galeri Info Jalan Raya Rom 1 Di Rom, pembinaan jalan raya mula dibina pada tahun 500 SM bertujuan menghubungkan bandar-bandar utama. 2 Jalan raya juga telah memudahkan pergerakan tentera dan berfungsi sebagai salah satu sistem pengangkutan dalam tamadun ini. 3 Tujuan utama pembinaan jalan raya dalam empayar Rom adalah untuk kegunaan tentera. 4 Oleh itu, struktur binaan jalan raya di Rom: (a) Mempunyai pelbagai lapis yang mampu bertahan selama ratusan tahun. (b) Dibina menggunakan campuran batu besar, batu kecil dan batu kerikil. (c) Tahan lasak dan mampu menanggung beban serta kuat menahan pergerakan tentera. (d) Berkeluasan empat kaki (1.3 meter) tebal dan 20 kaki (6.7 meter) lebar. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 82 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


83 Tingkatan 1 Bab 6 5 Antara keistimewaan jalan raya tersebut ialah terdapat batu tanda yang menunjukkan jarak antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain. 6 Selain itu, longkang juga dibina untuk mengalirkan air supaya tidak bertakung di atas jalan raya. Tembok Pertahanan 1 Pembinaan tembok pertahanan di Rom adalah untuk melindungi empayar daripada serangan musuh. 2 Tembok yang terkenal ialah tembok Hadrian yang terletak di Britain dan dibina pada tahun 122 M. 3 Binaan ini telah dibina oleh Maharaja Hadrian. 4 Keistimewaan tembok pertahanan di Rom adalah sebagai pemisah antara kawasan yang terletak di bawah kekuasaan Rom dengan kawasan yang bukan wilayah Rom. 5 Struktur binaan tembok pertahanan ialah: (a) Dibina menggunakan batu yang disusun secara memanjang. (b) Mempunyai ketinggian sehingga lima meter. (c) Dibina kubu-kubu kecil (milecastel) yang berjarak 1.6 kilometer atau sebatu bagi setiap satu. (d) Tentera-tentera Rom ditempatkan di kubu kecil ini untuk mengawal tembok pertahanan. Gambar 6.8 Tembok Hadrian Tempat Mandi Awam 1 Di Rom, masyarakatnya mempercayai bahawa mandi penting untuk kebersihan, kesihatan dan menunjukkan kehidupan manusia yang bertamadun. 2 Oleh itu, mereka telah membina tempat mandi awam yang boleh digunakan oleh semua orang. 3 Walau bagaimanapun, setiap orang yang ingin menggunakan tempat mandi awam akan dikenakan bayaran yang tertentu. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 83 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


84 Tingkatan 1 Bab 6 4 Caracalla di Rom merupakan salah satu binaan tempat mandi awam yang terkenal dan telah dibina oleh Maharaja Caracalla pada abad ketiga Masihi. 5 Kapasiti Caracalla di Rom boleh memuatkan kira-kira 1 500 orang pada satu-satu masa. 6 Kebanyakan tempat mandi awam mempunyai struktur binaan seperti: (a) Tandas (d) Perpustakaan (b) Ruang mandi (e) Bilik berehat (c) Ruang mengurut (f) Bilik bersenam Gambar 6.9 Caracalla 7 Antara keunikan ruang mandi yang terdapat dalam binaan ini ialah mempunyai bahagian yang berasingan, iaitu: (a) Mandi air panas (c) Mandi air suam (b) Mandi air sejuk (d) Mandi berwap Pozzolana • Merupakan simen yang dihasilkan melalui campuran air, kapur dan abu gunung berapi. • Hasil campuran ini menjadi bahan asas binaan setiap seni bina di Rom. Galeri Info Semak Cepat 6.4 1 Namakan tokoh terawal yang telah membina Colosseum. 2 Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi kemajuan seni bina Rom. 3 Nyatakan fungsi binaan Rom berikut: (a) Pantheon (c) Akueduk (b) Amfiteater Aktiviti KBAT Layari Internet dan menggunakan pelbagai sumber lain, kumpulkan maklumat tentang bangunan bersejarah Kota A’ Famosa dengan lebih mendalam. Nyatakan ciri dan keunikan yang terdapat pada binaan tersebut. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 84 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


85 Tingkatan 1 Bab 7 Lokasi dan Perkembangannya • Tamadun yang setanding dengan Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir dan Tamadun China. • Peningkatan dalam bidang pemerintahan, perluasan kuasa, ekonomi, kebudayaan, teknologi dan keagamaan. • Berakhirnya Tamadun Indus, berlaku perubahan dalam Tamadun India. • Pusat pemerintahan beralih ke Lembah Ganges. • Peralihan ini menandakan bermulanya tahap baharu dalam Tamadun India. • Menjadi asas penting kepada perkembangan dalam tamadun tersebut. • Munculnya kerajaan-kerajaan kecil yang dikenali sebagai janapada. • Kerajaan yang besar dikenali sebagai mahajanapada. • Antara tahun 540 SM hingga 490 SM, Magadha yang terletak di timur laut India muncul sebagai kuasa penting yang berjaya menguasai kerajaan lain di India. • Kedudukan Magadha yang strategik di Lembah Ganges membolehkannya mengawal laluan perdagangan utama di Sungai Ganges. • Magadha memainkan peranan penting dalam tahap perubahan sistem politik di India. • Kejayaan Magadha dalam perluasan kuasa menjadi asas kepada kewujudan kerajaankerajaan lain. • Muncul kerajaan-kerajaan lain seperti Dinasti Nanda, Maurya dan Gupta. • Ketiga-tiga dinasti berjaya membentuk kawasan empayar yang besar. Nota Grafi k Bab 7 Peningkatan Tamadun India dan China 7.1 Tamadun India Kekuatan Ketenteraan Sesebuah kerajaan perlu mempunyai kekuatan ketenteraan untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Dasar Pemerintahan Dasar perluasan kuasa sesuatu kerajaan ditentukan oleh raja yang memerintah. Sumber Manusia Sesebuah kerajaan dapat ditadbir dengan baik sekiranya mempunyai sumber manusia yang mencukupi. Diplomasi Keagamaan Aspek keagamaan dan kemanusiaan juga berperanan dalam memperluas kuasa dan pengaruh kerajaan. Kewangan Setiap perluasan kuasa perlu mendapat pembiayaan secukupnya daripada perbendaharaan kerajaan. Faktor Perluasan Kuasa Perluasan Kuasa dalam Tamadun India • Kemunculan pelbagai kerajaan dalam Tamadun India menyebabkan wujudnya persaingan antara kerajaan untuk memperluas kuasa masing-masing. • Perluasan kuasa ialah usaha sesebuah kerajaan atau raja bagi menguasai dan memperluas pengaruh di sesebuah kawasan atau usaha untuk mengatasi pihak lain. • Bermula dengan perluasan kuasa secara fi zikal, tetapi berubah kepada perluasan secara keagamaan demi kesejahteraan dan perdamaian dalam Tamadun India. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 85 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


86 Tingkatan 1 Bab 7 Ajaran Konfusianisme kekal sehingga kini Karya beliau yang terkenal ialah Lun Yu atau Analects Bermula zaman Dinasti Shang Wujud ramai ahli falsafah seperti Konfusius Berkembang ketika zaman Dinasti Zhou Tahap Sistem Pendidikan Pendidikan Rendah Tumpuan kepada menghafal tulisan serta buku suci tanpa perlu memahami maksudnya. Pendidikan Tinggi Menterjemah dan mengintepretasikan buku suci serta pelajaran berkaitan dengan etika upacara, adat istiadat dan tanggungjawab rakyat kepada raja dan negara. Pendidikan Menengah Tumpuan kepada aspek menulis karangan dan sajak. 7.2 Tamadun China Lokasi dan Perkembangannya • Mengalami peningkatan dalam pemerintahan dan pentadbiran, sistem ekonomi, intelektual teknologi dan pendidikan. • Pendidikan mengalami peningkatan pada zaman Dinasti Qin dan Dinasti Han. • Tamadun China muncul di sekitar lembah Sungai Huang He. • Dinasti Qin sebagai kerajaan paling utama semasa pemerintahan Raja Zheng. • Dinasti ini berpusat di Xianyang dan wujud antara tahun 221 SM hingga 206 SM. • Wilayahnya meliputi bahagian utara hingga ke Gurun Gobi dan selatan China bersempadan dengan Vietnam. • Maharaja Shi Huangdi pemimpin Dinasti Qin telah menyatukan China. • Dinasti Qin digantikan dengan Dinasti Han (206 SM hingga 220 SM). • Diasaskan oleh Liu Bang yang menggunakan gelaran Maharaja Gaozu. • Meliputi utara China, sempadan Vietnam di selatan dan bahagian utara Korea di sebelah timur serta Turkestan di bahagian barat. • Pusat pemerintahan zaman Han Awal di Chang’an dan zaman Han Akhir di Loyang. • Dinasti Han mempunyai peningkatan dalam bidang perdagangan melalui pembukaan Laluan Sutera. • Laluan Sutera merupakan laluan perdagangan daratan terpanjang di dunia melibatkan China hingga empayar Rom. • Dinasti Han terkenal kerana pelaksanaan sistem pemilihan pegawai perkhidmatan awam. Perkembangan Pendidikan dalam Tamadun China Matlamat Sistem Pendidikan Tamadun China Lulus peperiksaan perkhidmatan awam Mengekalkan ajaran Konfusianisme Membezakan golongan elit dengan rakyat Memupuk nilai moral dan etika Memilih pegawai kerajaan Revisi Cpt Sej Tg1.indd 86 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


87 Tingkatan 1 Bab 7 Pengenalan 1 Pelbagai kejayaan yang gemilang dicapai oleh Tamadun India dan Tamadun China. 2 Kemunculan Dinasti Nanda, Dinasti Maurya dan Dinasti Gupta membuktikan kemajuan yang dicapai oleh Tamadun India dalam aspek perluasan kuasa dan agama. 3 Keagungan dan peningkatan Tamadun China pula dilihat daripada aspek pendidikan. 7.1 Tamadun India SP 4.2.4 Membincangkan peningkatan tamadun India dalam aspek perluasan kuasa. 1 Kejatuhan Tamadun Indus telah menyebabkan pusat Tamadun India beralih ke Lembah Ganges. 2 Perubahan tersebut merupakan tahap kedua dalam Tamadun India dan menjadi asas penting kepada perkembangan masyarakat dalam Tamadun India. 3 Fasa perkembangan tamadun bermula apabila muncul kerajaan-kerajaan kecil yang digelar janapada di Lembah Ganges. 4 Kerajaan-kerajaan kecil tersebut berjaya membentuk kerajaan yang lebih besar yang dikenali sebagai mahajanapada. 5 Antara tahun 540 SM hingga 490 SM, Magadha yang terletak di timur laut India muncul sebagai kuasa penting di India. 6 Kedudukan Magadha yang strategik di Lembah Ganges membolehkannya mengawal laluan perdagangan utama di lembah tersebut. 7 Kejayaan Magadha dalam perluasan kuasa menjadi asas kepada kewujudan kerajaan-kerajaan yang lain seperti Dinasti Nanda, Dinasti Maurya dan Dinasti Gupta. 7 Peningkatan Tamadun India dan China Tema 1: Sejarah Kita dan Dunia Bab Revisi Cpt Sej Tg1.indd 87 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


88 Tingkatan 1 Bab 7 Peta 7.2 Lokasi kerajaan yang lebih besar (mahajanapada) (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 140) U B a n j a r a n S H i m a l a y a . Indus S. Ganges TELUK CAMBAY TELUK BENGGALA Asmak Avanti Chedi Vatsa Magadha Anga Kashi Malla Kosal Vrijji Matsya Sursena Kuru Gandhar Kamboj Panchal Peta 7.1 Lokasi Magadha (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 140) S. Indus S. Ganges TELUK CAMBAY TELUK BENGGALA U Magadha Perluasan Kuasa dalam Tamadun India 1 Perluasan kuasa ialah usaha yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan atau raja untuk menguasai dan memperluas pengaruh di sesebuah kawasan. 2 Perluasan kuasa juga bermaksud usaha untuk menguasai pihak lain. 3 Di India, perluasan kuasa pada peringkat awal dilakukan secara fizikal, namun berubah kepada perluasan secara keagamaan. Faktor Perluasan Kuasa Peta Dakap Kekuatan ketenteraan Dasar pemerintahan Faktor Perluasan Kuasa Sumber manusia Diplomasi keagamaan Kewangan Sesebuah kerajaan perlu mempunyai kekuatan tentera untuk mempertahankan ancaman musuh. Dasar perluasan kuasa ditentukan oleh raja yang memerintah sesuatu kerajaan. Sesebuah kerajaan dapat ditadbir dengan baik dan berkesan sekiranya mempunyai sumber manusia yang mencukupi. Aspek keagamaan dan kemanusiaan penting dalam perluasan kuasa dan pengaruh kerajaan selain daripada aspek ketenteraan. Pembiayaan yang mencukupi daripada perbendaharaan kerajaan akan memudahkan perluasan kuasa. Rajah 7.1 Faktor perluasan kuasa dalam Tamadun India Revisi Cpt Sej Tg1.indd 88 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


89 Tingkatan 1 Bab 7 Bentuk Perluasan Kuasa 1 Perluasan kuasa dalam Tamadun India dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu: (a) Perluasan fizikal (b) Perluasan keagamaan Jadual 7.1 Bentuk perluasan kuasa dalam Tamadun India Bentuk perluasan kuasa Keterangan Perluasan fizikal • Perluasan kuasa yang dilakukan dengan menguasai wilayah-wilayah yang lain untuk membentuk empayar. • Perluasan fizikal juga berlaku apabila sesebuah kerajaan mengakui taklukan dan akan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan yang menang. • Perluasan fizikal turut bergantung kepada dasar yang diambil oleh seseorang raja terhadap kerajaannya. • Kekuatan tentera dan disiplin menjadi syarat paling penting untuk perluasan fizikal. • Perluasan fizikal di India berlaku pada zaman pemerintahan: – Dinasti Nanda (345 SM hingga 321 SM) – Dinasti Maurya (322 SM hingga 185 SM) – Dinasti Gupta (320 M hingga 550 M) • Ketiga-tiga dinasti ini telah mencapai tahap yang tinggi dalam perluasan kuasa dan berjaya membentuk empayar yang luas di India. • Dinasti Nanda telah melakukan perluasan kuasa dengan kekuatan: – 20 000 kavalri – 200 000 infantri – 3 000 tentera bergajah • Dinasti Nanda berjaya membentuk empayar dari wilayah Bengal di timur India hingga ke Punjab di Barat dan wilayah Deccan. • Pataliputra dijadikan sebagai pusat empayar Dinasti Nanda. • Dinasti Maurya pada zaman pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka telah melakukan perluasan kuasa dengan kekuatan: – 30 000 kavalri – 600 000 infantri – 9 000 tentera bergajah • Kedua-dua tokoh ini berjaya meluaskan empayar meliputi Bengal di timur hingga Hindu Kush di sebelah barat India. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 89 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


90 Tingkatan 1 Bab 7 Bentuk perluasan kuasa Keterangan • Pusat pemerintahan Dinasti Maurya terletak di Pataliputra. • Asoka telah menguasai Kalinga, namun banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah dalam usaha beliau untuk menguasai wilayah ini. • Pemerintah Dinasti Gupta, Chandragupta I menjadikan kekuatan tentera sebagai kaedah untuk perluasan kuasa sehingga berjaya menguasai kawasan menganjur dari Punjab ke Bengal. • Pusat pemerintahan Dinasti Gupta juga terletak di Pataliputra. U TELUK CAMBAY TELUK BENGGALA Petunjuk Dinasti Nanda Vidisha Mathura Pataliputra Vidisha Pundravardhana Peta 7.3 Lokasi Dinasti Nanda (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 142) Peta 7.4 Lokasi Dinasti Maurya (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 143) Petunjuk Dinasti Maurya TELUK CAMBAY TELUK BENGGALA Banjaran Himalaya S. Godaveri S. Mahanadi S. Narbada S. Indus S. Ganges RASHTRIKAS Nellore Mohenjo-Daro Harappa PAROPANISADAI Pataliputra ANDHRA PULINDAS PITINIKAS SURASHTRA ARACHO SIA KALINGA Tamralipti Champa U Revisi Cpt Sej Tg1.indd 90 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


91 Tingkatan 1 Bab 7 Bentuk perluasan kuasa Keterangan U B a n j a S r a n H i m a l a y a . Indus S. Ganges TELUK CAMBAY TELUK BENGGALA Vaisali Pataliputra Petunjuk Dinasti Gupta Peta 7.5 Lokasi Dinasti Gupta (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 144) Perluasan keagamaan • Perluasan secara keagamaan tidak bergantung kepada sempadan wilayah tetap kerana perluasan kaedah ini merentasi sempadan. • Dinasti Maurya di bawah pemerintahan Asoka sangat dikenali di seluruh dunia. • Asoka telah menghentikan perluasan kuasa menggunakan tindakan ketenteraan selepas Perang Kalinga. Sebaliknya, Asoka lebih menumpukan kepada penyebaran agama Buddha. • Tiang Asoka telah dibina dan segala peraturan dan undang-undang kerajaan diukir pada tiang batu dan diletakkan pada kawasan strategik. • Misi pengembangan agama Buddha giat dilakukan dengan menghantar pendakwah agama Buddha seperti: – Mahendra ke Sri Lanka – Sona dan Uttara ke Asia Tenggara • Zaman Dinasti Gupta pula memberikan penekanan kepada agama Hindu. • Pemerintah zaman ini memberikan keutamaan kepada hal-hal kebudayaan, kesusasteraan, seni bina, perdagangan dan pemerintahan yang berasaskan keagamaan. • Raja Samudragupta yang memerintah pada 335 M hingga 376 M dikenali sebagai Raja Penyair (Kaviraja). • Zaman Gupta dianggap sebagai zaman keemasan dalam agama Hindu. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 91 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


92 Tingkatan 1 Bab 7 Tiang Asoka • Kepala Tiang Asoka diletakkan di atas tiang batu yang besar dan berketinggian lebih kurang 15 meter. • Pada masa kini, kepala Tiang Asoka dijadikan cap mohor kerajaan India sejak negara tersebut mencapai kemerdekaan pada tahun 1947. • Antara undang-undang yang tercatat pada Tiang Asoka ialah: – Raja dianggap sebagai bapa oleh masyarakat. – Larangan terhadap penyembelihan haiwan meskipun dalam upacara korban. Galeri Info Gambar 7.1 Tiang Asoka Semak Cepat 7.1 1 Berikan maksud istilah berikut: (a) Janapada (b) Mahajanapada 2 Jelaskan faktor kejayaan kerajaan Magadha. 3 Apakah kepentingan sumber manusia kepada sesebuah kerajaan? 4 Nyatakan tiga syarat utama perluasan kuasa fizikal. 5 Apakah ibu kota kerajaan Dinasti Nanda? 7.2 Tamadun China 1 Tamadun China telah mencapai peningkatan dan kemajuan yang pesat dalam pelbagai bidang terutamanya aspek pendidikan. 2 Selain aspek pendidikan, Tamadun China juga mengalami peningkatan yang mengagumkan dalam bidang: (a) Pemerintahan dan pentadbiran (b) Ekonomi (c) Teknologi (d) Intelektual 3 Peningkatan dalam aspek pendidikan berlaku semasa zaman pemerintahan Dinasti Qin dan Dinasti Han. 4 Tamadun China muncul di sekitar Lembah Sungai Huang He. Lembah ini sangat subur dan berkedudukan strategik sebagai pusat kerajaan pada zaman Dinasti Qin dan Dinasti Han. 5 Terdapat dua dinasti yang utama dalam Tamadun China, iaitu: (a) Dinasti Qin (b) Dinasti Han Revisi Cpt Sej Tg1.indd 92 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


93 Tingkatan 1 Bab 7 Jadual 7.2 Dinasti utama dalam Tamadun China Aspek Dinasti Qin Dinasti Han Tempoh pemerintahan 221 SM hingga 206 SM 206 SM hingga 220 M Pemerintah Raja Zheng yang memakai gelaran Maharaja Shi Huangdi Liu Bang yang memakai gelaran Maharaja Gaozu Pusat pemerintahan Xianyang • Dinasti Han Awal: Chang’an • Dinasti Han Akhir: Loyang Keluasan empayar Bahagian utara sehingga ke Gurun Gobi dan selatan China bersempadan dengan Vietnam. Bahagian utara China, sempadan Vietnam di selatan dan bahagian utara Korea di sebelah timur serta Turkestan di bahagian barat. 6 Pada zaman Dinasti Qin, Maharaja Shi Huangdi berjaya menyatukan China. 7 Kestabilan politik membolehkan Maharaja Shi Huangdi melakukan peningkatan dalam bidang ekonomi dan sosial. 8 Pada zaman Dinasti Han pula, Maharaja Han Wu Di membuka Laluan Sutera yang telah meningkatkan kegiatan perdagangan, pentadbiran dan sosial dalam Tamadun China. Laluan Sutera • Laluan Sutera merupakan laluan perdagangan daratan yang terpanjang di dunia. • Laluan ini melibatkan negara China hingga ke Rom. Galeri Info Peta 7.6 Lokasi Dinasti Qin (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 146) Peta 7.7 Lokasi Dinasti Han (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 147) CHINA Xianyang (Chang’an-Xi’an) Dinasti Qin Tembok Besar Petunjuk U CHINA Loyang Chang’an U Dinasti Han Tembok Besar Petunjuk Revisi Cpt Sej Tg1.indd 93 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


94 Tingkatan 1 Bab 7 AFRIKA EMPAYAR ROM ARAB INDIA CHINA PARSI Laluan Sutera Petunjuk Chang’an Dunhuang Kashgar Merv Damsyik Kashgar Konstantinople Peta 7.8 Laluan Sutera (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 147) Perkembangan Pendidikan dalam Tamadun China SP 4.2.5 Membincangkan peningkatan tamadun China dalam aspek pendidikan. 1 Di China, sistem pendidikan mula wujud pada zaman Dinasti Shang dan mengalami perkembangan yang pesat pada zaman Dinasti Zhou. 2 Konfusius, ahli falsafah China telah menghasilkan karya hebat beliau, iaitu Lun Yu atau Analects. 3 Konfusius turut memperkenalkan ajaran Konfusianisme yang masih digunakan sehingga kini. 4 Pada zaman Dinasti Qin: (a) Pendidikan menekankan aspek pemahaman perundangan. (b) Pemahaman perundangan ini telah diasaskan oleh Han Fei Zi. (c) Beliau sangat mengutamakan ketegasan undang-undang untuk mengawal tingkah laku manusia. (d) Sistem pendidikan menjadi lebih tersusun apabila Maharaja Shi Huangdi menyeragamkan sistem tulisan. 5 Pada zaman Dinasti Han: (a) Penubuhan sistem sekolah tinggi di Chang’an telah mengukuhkan sistem pendidikan di China. (b) Selain daripada sekolah tinggi, konsep sekolah yang sama juga ditubuhkan di peringkat daerah dan wilayah. Sekolah-sekolah ini menekankan pembelajaran ajaran Konfusianisme. (c) Teknologi pembuatan kertas telah memberikan kesan yang baik kepada sistem pendidikan dalam Dinasti Han. (d) Teknologi pembuatan kertas diperkenalkan oleh Cai Lun dengan campuran kulit pokok, serpihan rami kain dan jaring. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 94 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


95 Tingkatan 1 Bab 7 Matlamat Sistem Pendidikan Matlamat sistem pendidikan di China adalah bertujuan: Peta Pokok Lulus peperiksaan perkhidmatan awam Membezakan golongan elit dengan golongan rakyat Memupuk nilai moral dan etika Mengekalkan ajaran Konfusianisme Memilih pengawal kerajaan Matlamat Sistem Pendidikan dalam Tamadun China Rajah 7.2 Matlamat sistem pendidikan dalam Tamadun China Tahap Sistem Pendidikan Tahap sistem pendidikan dalam Tamadun China terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu: (a) Pendidikan rendah – keperluan menghafal tulisan dan buku suci, tanpa perlu memahami maksudnya (b) Pendidikan menengah – keperluan menulis karangan dan sajak (c) Pendidikan tinggi – menterjemahkan dan mengintepretasikan buku suci serta pelajaran berkaitan dengan etika upacara, adat istiadat dan tanggungjawab rakyat kepada raja dan negara Peperiksaan 1 Dalam Tamadun China, peperiksaan perkhidmatan awam merupakan bahagian yang paling penting dalam sistem pendidikan dan kehidupan bermasyarakat. 2 Pencapaian dan penguasaan dalam pendidikan membolehkan seseorang individu: (a) Menerima penghormatan. (b) Meningkatkan taraf sosial ke arah kehidupan yang lebih baik. 3 Maharaja Wu dari Dinasti Han merupakan tokoh terawal yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan sistem pendidikan dalam Tamadun China. 4 Sistem pendidikan tersebut bermula pada tahun 29 SM hingga tahun 1905 apabila dimansuhkan oleh Maharani Dowager Cixi. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 95 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version