The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISBN: 978-629-7536-05-5
Price: WM: 22.90 / EM: 23.90

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2023-04-03 21:24:21

Revisi Cepat Sejarah Ting 123

ISBN: 978-629-7536-05-5
Price: WM: 22.90 / EM: 23.90

96 Tingkatan 1 Bab 7 Peta Pokok Ciri-ciri Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam Peperiksaan yang sangat kompetitif Terbuka kepada golongan lelaki sahaja tanpa mengira latar belakang dan status sosial Mengekalkan tradisi dan budaya China terutamanya ajaran Konfusianisme Melarang sebarang bentuk perubahan untuk mengekalkan keaslian tradisi China Rajah 7.3 Ciri-ciri sistem peperiksaan perkhidmatan awam Maharani Dowager Cixi • Merupakan pemerintah China dari tahun 1861 hingga tahun 1908. • Maharani Dowager sangat berpengaruh pada zaman pemerintahannya. Galeri Info Gambar 7.2 Maharani Dowager Cixi Jadual 7.3 Sistem peperiksaan awam dalam Tamadun China Matlamat • Lulus dalam peperiksaan untuk seorang anak lelaki. • Seseorang individu yang berjaya dalam peperiksaan akan mengharumkan nama, keluarga, kaum dan kampung yang diwakilinya. Peraturan • Dikawal dengan ketat. • Dilaksanakan di seluruh empayar China. • Hukuman akan dikenakan jika calon didapati meniru. • Calon akan dikuarantin sebelum peperiksaan dijalankan untuk mengelakkan penipuan. • Calon yang lulus dengan cemerlang akan diserapkan ke dalam sistem perkhidmatan kerajaan. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 96 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


97 Tingkatan 1 Bab 7 Senarai Sembilan Buku Suci • Peperiksaan bertumpu pada kandungan Sembilan Buku Suci, iaitu: – Empat Buku (The Four Books) – Lima Kitab (The Five Classics) • Empat Buku merangkumi: – The Analects of Confucius – The Mencius – The Great Learning – The Doctrine of the Mean • Lima Kitab mengandungi: – The Book of Songs – The Book of History – The Book of Rites – The Book of Changes – The Spring of Autumn Annals 5 Terdapat tiga tahap dalam peperiksaan perkhidmatan awam, iaitu: Jadual 7.4 Tahap peperiksaan perkhidmatan awam Tahap pertama (Xiucai) Tahap kedua (Juren) Tahap ketiga (Jinshi) • Dijalankan pada peringkat daerah. • Terbuka kepada semua individu. • Diadakan dua kali setiap tiga tahun. • Peperiksaan berlangsung selama satu hari. • Bilangan calon antara 500 hingga 2 000 orang. • Kadar kelulusan ialah 1: 35. • Diadakan di ibu kota daerah. • Terbuka kepada calon yang telah lulus tahap pertama sahaja. • Diadakan tiga tahun sekali. • Peperiksaan berlangsung selama tiga hari. • Bilangan calon antara 4 800 hingga 10 000 orang. • Kadar kelulusan ialah 1: 120. • Diadakan di ibu kota kerajaan. • Diadakan tiga tahun sekali. • Peperiksaan berlangsung selama 13 hari. 6 Secara umumnya, seseorang individu yang berjaya dalam peperiksaan akan diserapkan ke dalam perkhidmatan awam kerajaan dan memperoleh pelbagai keistimewaan berdasarkan kelulusan mereka. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 97 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


98 Tingkatan 1 Bab 7 Peta Dakap Calon Lulus Tahap Pertama Calon Lulus Tahap Kedua Keistimewaan Lulus dalam Peperiksaan Perkhidmatan Awam Calon Lulus Tahap Ketiga • Mendapat kedudukan dan pangkat yang tinggi dalam kerajaan. • Memperoleh pelbagai keistimewaan untuk diri, keluarga dan kampung. • Memperoleh butang keemasan yang akan dilekatkan pada topi. • Diterima sebagai kakitangan kerajaan peringkat rendah. • Memperoleh butang keemasan. • Mendapat jawatan dalam kerajaan. • Rumah mereka akan mempunyai tanda nama yang diletakkan di pintu masuk. • Mempunyai kakitangan pengiring. Rajah 7.4 Keistimewaan lulus dalam peperiksaan perkhidmatan awam Proses Membuat Kertas Bahan kulit pokok, serpihan rami kain dan jaring ikan dikumpulkan. Bahan-bahan tersebut direndam di dalam air. Persiapan untuk merebus. Proses merebus mula dilakukan. Hasil rebusan dikumpulkan di dalam satu bekas. Hasil rebusan dikacau hingga menjadi cecair yang pekat. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 98 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


99 Tingkatan 1 Bab 7 Bahan yang dikacau kemudian dihamparkan pada tikar. Hamparan dijemur pada panas matahari. Kertas yang telah siap disusun dengan rapi. Semak Cepat 7.2 1 Bilakah sistem pendidikan di China mula diperkenalkan? 2 Siapakah ahli falsafah yang telah memperkenalkan ajaran Konfusianisme? 3 Apakah matlamat utama dalam sistem pendidikan dalam Tamadun China? 4 Nyatakan keistimewaan yang diperoleh calon yang lulus peperiksaan tahap ketiga. Aktiviti KBAT Secara berkumpulan, dapatkan maklumat tentang perkembangan sistem pendidikan di negara kita selepas merdeka hingga kini. Hasilkan kajian berdasarkan maklumat yang diperoleh. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 99 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


100 Tingkatan 1 Bab 8 Nota Grafi k Bab 8 Tamadun Islam dan Sumbangannya 8.4 Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia Politik Ekonomi Amalan Ekonomi Islam • Sistem zakat dan wakaf. • Sistem mata wang dirham dan perak. • Kutipan sistem cukai. • Melarang amalan riba. • Menyeru menghulurkan bantuan dan bersedekah. • Melarang penindasan dan penipuan semasa berniaga. Institusi Baitulmal (Institusi Kewangan) • Perbendaharaan negara yang mengurus kewangan untuk pembangunan negara. • Sumber Baitulmal terdiri daripada zakat masyarakat, harta hak milik umat Islam yang tidak jelas penggunaannya, pelaburan dan saham yang dijual kepada umat Islam, harta negara, harta daripada peperangan dan harta warisan yang tidak dapat dihabiskan oleh waris atau tidak berwaris. • Nabi Muhammad SAW merupakan ketua negara. • Khalifah berperanan menegakkan agama dan mentadbir mengikut hukum syariah. • Kerjasama antarabangsa bagi tujuan dakwah dan silaturahim. • Penerokaan wilayah baharu telah menaikkan imej Islam. Kehidupan Bernegara • Masyarakat disatukan tanpa mengira agama dan keturunan. • Anggota masyarakat bertanggungjawab untuk bekerjasama memajukan negara. Konsep Ummah • Mesyuarat untuk mencapai keputusan mengikut suara ahli yang terbanyak. • Diamalkan bagi mencapai keputusan secara muafakat. Sistem Syura • Adil kepada semua penduduk tanpa mengira agama atau keturunan. • Keadilan dan toleransi membawa kedamaian kepada negara. Pemerintahan dan Cara Hidup Berteraskan Keadilan Revisi Cpt Sej Tg1.indd 100 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


101 Tingkatan 1 Bab 8 Sosial Islam Mengangkat Kedudukan dan Maruah Wanita • Kedatangan Islam telah mengangkat dan memuliakan kedudukan wanita. • Wanita berpeluang mendapat pendidikan dan menghadiri majlis ilmu. • Siti ‘Aisyah binti Abu Bakar al-Siddiq ialah wanita yang luas ilmunya. • Menjadi periwayat hadis kepada kaum wanita. • Shafiah binti Abdul Muthalib keluar berperang bersama-sama kaum wanita Madinah untuk merawat tentera yang tercedera dalam Perang Uhud. Teknik Penyelidikan Saintifik • Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi dalam Tamadun Islam telah membantu perkembangan industri pengeluaran barangan. • Contohnya, kertas diperkenalkan di Itali, Perancis dan negara Eropah yang lain. • Dari segi pertanian, penyelidikan, sistem pengairan, pemilihan benih dan baja yang bermutu telah membawa kemajuan dalam Tamadun Islam. • Penyelidikan saintifik juga berlaku dalam bidang astronomi, fizik, perubatan dan kimia. Kewujudan Pusat Kegiatan Intelektual • Kegiatan keilmuan telah berkembang dengan pesatnya semasa pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah. • Masjid dijadikan institusi pendidikan seperti di Damsyik, Kufah dan Basrah. • Istana khalifah turut dijadikan pusat kegiatan pendidikan seperti tempat belajar dan perpustakaan. • Pusat intelektual di Cordoba dan Toledo, Sepanyol. Memesatkan Gedung-gedung Perniagaan • Kedatangan Islam ke Sepanyol menyebabkan terbinanya gedunggedung perniagaan. • Beroperasi mengimport barang-barang dari seluruh pelosok dunia. Menyediakan Kemudahan Asas • Memperluas pembinaan sistem saliran untuk meningkatkan hasil pertanian. • Jambatan dan jalan raya yang lebih baik dibina. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 101 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


102 Tingkatan 1 Bab 8 Pengenalan 1 Corak hidup zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai Zaman Jahiliah. 2 Zaman Jahiliah beransur-ansur lenyap selepas turunnya wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW. 3 Peristiwa tersebut menandakan bermulanya Tamadun Islam dan terus berkembang di zaman Khulafa al-Rasyidin dan kerajaan-kerajaan Islam yang lain. 8.1 Latar Belakang Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam SP 4.3.1 Menyatakan latar belakang masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. 1 Masyarakat Arab Jahiliah mempunyai petempatan dan cara hidup yang berbeza sebelum kedatangan Islam. 2 Mereka mendiami di kawasan Semenanjung Tanah Arab: (a) Dikelilingi oleh padang pasir Syam di bahagian utara (b) Laut Arab di bahagian selatan (c) Teluk Parsi di sebelah timur (d) Laut Merah di bahagian barat 3 Kawasan tersebut meliputi wilayah: (a) Hijaz (c) Yaman (e) Oman (b) Najd (d) Hadramaut 4 Makkah, Madinah dan Taif merupakan ibu kota terpenting di wilayah Hijaz. 5 Kedudukan ibu kota yang strategik membolehkannya berkembang dari segi perdagangan dan pertanian. 6 Walau bagaimanapun, keruntuhan Empangan Maarib di Sabak pada tahun 300 M telah membawa kepada kemerosotan ekonomi dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliah. 7 Masyarakat Arab Jahiliah tidak mewarisi ilmu daripada masyarakat yang sebelumnya. 8 Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab tidak mempunyai Nabi atau Rasul dan kitab untuk dijadikan petunjuk dalam kehidupan. Tamadun Islam dan Sumbangannya Tema 1: Sejarah Kita dan Dunia Bab 8 Revisi Cpt Sej Tg1.indd 102 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


103 Tingkatan 1 Bab 8 9 Mereka juga tidak mengakui keesaan Allah SWT, malah kebanyakan mereka menyembah berhala. 10 Istilah jahiliah berasal daripada perkataan Arab, jahala yang bermaksud jahil. 11 Selepas kedatangan Islam, masyarakat Arab menolak undang-undang Allah SWT dan nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka. S.Ni l S.Euphrates Tigris PARSI MESIR IRAQ YAMAN Basra Baghdad Makkah Madinah Masqat N AJ D HADRAMAUT SEMENANJUNG TANAH ARA Taif B HIJAZ OMAN HABSYAH SYAM (SYRIA) TELUK PARSI LAUT MERAH LAUT MEDITERRANEAN LAUT KASPIA LAUT ARAB S. Petunjuk Padang pasir Peta 8.1 Lokasi Semenanjung Tanah Arab (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 160) Sistem Masyarakat Jahiliah Politik 1 Masyarakat Arab Jahiliah hidup dalam dua kelompok kabilah, iaitu kaum Hadhari dan kaum Badwi. 2 Ciri kaum Hadhari: (a) Mendiami kawasan kota. (b) Melakukan kegiatan perniagaan. (c) Memiliki binatang ternakan. 3 Ciri kaum Badwi: (a) Hidup secara nomad. (b) Menternak binatang. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 103 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


104 Tingkatan 1 Bab 8 4 Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah: (a) Diketuai oleh seorang syeikh. (b) Syeikh yang dipilih mestilah disukai oleh ahli kabilah, matang, berani, sanggup mempertahankan puaknya dan pandai berpidato. 5 Mereka juga mengamalkan semangat assabiyah. Penyatuan masyarakat adalah berdasarkan kepada keturunan. 6 Mereka bermegah dengan kabilah masing-masing, berperang untuk merebut kuasa, pengaruh dan harta. 7 Pentadbiran Makkah diuruskan oleh badan atau jabatan untuk mentadbir beberapa bidang tugas seperti Darun-Nadwah. Ekonomi 1 Kegiatan utama yang dilakukan oleh masyarakat Arab ialah kegiatan pertanian dan perdagangan. 2 Tanah di Semenanjung Tanah Arab adalah kurang subur untuk tujuan pertanian. 3 Jumlah hujan yang mencukupi amat diperlukan untuk tanaman gandum dan kopi di Yaman. 4 Beberapa kawasan Oman mengusahakan sekoi dan padi. 5 Kawasan di Hadramaut dan Mahra pula mengusahakan tanaman kemenyan. 6 Kegiatan ekonomi kaum Badwi: (a) Menternak unta, kambing dan biri-biri secara nomad. (b) Mereka sering berpindah-randah untuk mencari kawasan rumput dan air untuk ternakan. (c) Mengamalkan sistem tukar barang dengan menukarkan binatang ternakan dengan pakaian dan kurma. 7 Terdapat sebilangan kaum Hadhari yang menjalankan kegiatan perdagangan secara kafilah. 8 Pada peringkat awal, masyarakat Yaman memasarkan hasil dagangan dari Hadramaut dan India. Barangan tersebut juga dibawa ke Syam dan Mesir. 9 Mulai abad ke 6 M., masyarakat Hijaz: (a) Menjadikan Makkah sebagai pusat dagangan yang baharu. (b) Membeli barangan dari Yaman dan Habsyah dan menjualnya ke Syam dan Mesir. 10 Mereka melalui Laluan Sutera yang menghubungkan pedagang Arab dengan China, India dan Asia. 11 Perdagangan yang dilakukan oleh masyarakat Arab Jahiliah adalah berteraskan keuntungan, mengamalkan riba dan menipu timbangan. Sosial Kehidupan sosial masyarakat Arab Jahiliah dipengaruhi oleh aspek: (a) Agama dan kepercayaan (b) Adat dan kehidupan seharian Revisi Cpt Sej Tg1.indd 104 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


105 Tingkatan 1 Bab 8 Jadual 8.1 Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dari aspek agama dan kepercayaan dan adat dan kehidupan seharian Aspek Keterangan Agama dan kepercayaan Agama Wathani • Penganut agama ini menyembah berhala. • Contohnya, al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan Hubal. • Terdapat 360 buah berhala di sekeliling Kaabah. Agama Majusi • Penganut agama ini menyembah api. • Agama ini dipercayai berasal dari Parsi. • Kebanyakan penganut tinggal di Yaman, Oman dan Bahrain yang berada di bawah kekuasaan Parsi. Agama Yahudi • Penganut agama ini ialah Bani Israel yang tinggal di utara Semenanjung Tanah Arab. Agama Nasrani • Bani Israel juga menganut agama Nasrani. • Penyebaran agama ini berkembang ke utara Semenanjung Tanah Arab melalui penduduk Ghassan dan Hirah. Kepercayaan animisme • Mempercayai kuasa roh dan kuasa ghaib. Agama Hunafa’ • Penganut agama ini mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS. Adat dan kehidupan seharian • Masyarakat Arab Jahiliah meramal masa depan mereka dengan menilik nasib. Mereka melakukannya sebelum melakukan sesuatu pekerjaan atau memulakan perjalanan. • Amalan ini dipercayai dapat menentukan nasib yang akan menimpa sama ada baik atau buruk. • Masyarakat Arab Jahiliah juga mempercayai ahli sihir dan kuasa azimat. • Pada zaman ini, mereka memandang rendah kepada kaum wanita dan menghormati kaum lelaki. • Kehidupan mereka dipenuhi dengan kemaksiatan seperti berjudi, berzina, meminum arak dan bersifat angkuh. • Mereka memandang hina golongan hamba yang mempunyai status yang rendah dalam masyarakat. • Terdapat sebilangan masyarakat Arab Jahiliah yang tahu bersajak, bersyair dan berpidato. • Karya yang bermutu akan dibaca dalam temasya tahunan di Pasar Ukaz dan akan digantung di Kaabah. Semak Cepat 8.1 1 Jelaskan kegiatan ekonomi kaum Hadhari di Semenanjung Tanah Arab. 2 Apakah peranan Darun-Nadwah? 3 Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah memasang api di tempat yang tinggi? Revisi Cpt Sej Tg1.indd 105 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


106 Tingkatan 1 Bab 8 8.2 Kemunculan dan Perkembangan Tamadun Islam SP 4.3.2 Menerangkan kemunculan tamadun Islam dan perkembangannya secara ringkas. Latar Belakang Nabi Muhammad SAW 1 Nabi Muhammad SAW berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang mahsyur dalam masyarakat Arab Quraisy. 2 Keturunan bangsa Quraisy sangat dihormati dalam kalangan kabilah Arab yang lain. 3 Nama penuh Nabi Muhammad SAW ialah Muhammad bin Abdullah. Nama ayahanda baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib, manakala nama ibu baginda ialah Aminah binti Wahab. 4 Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 570 M di rumah datuk baginda, iaitu Abdul Muttalib. 5 Nabi Muhammad SAW dinamakan sebagai Muhammad yang bermaksud terpuji. 6 Ayahanda baginda meninggal dunia ketika baginda masih di dalam kandungan ibunya. 7 Semasa berusia enam tahun, ibu baginda pula meninggal dunia dan baginda telah dipelihara oleh datuknya. 8 Selepas dua tahun, datuknya pula meninggal dunia dan baginda dipelihara oleh bapa saudaranya, iaitu Abu Talib. 9 Nabi Muhammad SAW didedahkan dalam bidang perniagaan sejak berumur 12 tahun oleh bapa saudara baginda. 10 Baginda pernah berniaga di sekitar kota Makkah hingga ke Syam yang terletak di utara Semenanjung Tanah Arab. 11 Nabi Muhammad SAW juga menjalankan perniagaan yang diuruskan oleh Siti Khadijah. 12 Keperibadian Nabi Muhammad SAW yang amanah dan terpuji menimbulkan rasa hormat Siti Khadijah sehingga membawa kepada perkahwinan. Peta Pokok Berkata benar (siddiq) Dipercayai (amanah) Menyampaikan ajaran Islam (tabligh) Bijaksana (fatanah) Keperibadian Nabi Muhammad SAW (Sifat Terpuji) Rajah 8.1 Sifat terpuji Nabi Muhammad SAW Revisi Cpt Sej Tg1.indd 106 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


107 Tingkatan 1 Bab 8 Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin Agama Islam 1 Sejarah perkembangan Tamadun Islam bermula dengan peristiwa Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama. 2 Wahyu yang pertama diturunkan oleh Allah SWT menerusi Jibril kepada baginda berlaku di Gua Hira’ yang terletak di Bukit Nur. 3 Penurunan wahyu berlaku pada hari Isnin, 17 Ramadan bersamaan dengan 6 Ogos 610 M. 4 Wahyu yang pertama ialah Surah al-Alaq (ayat 1 hingga ayat 5) yang bermula dengan perkataan Iqra’ yang bermaksud bacalah. 5 Peristiwa ini menjadi asas kepada pembentukan Tamadun Islam kerana membaca dan menulis merupakan asas kepada ilmu pengetahuan. 6 Melalui pembacaan, seseorang individu akan mendapat ilmu dan menambah pengetahuannya. 7 Wahyu yang kedua yang diturunkan kepada baginda ialah Surah alMudassir (ayat 1 hingga ayat 7). 8 Wahyu tersebut merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah untuk menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia. 9 Penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW dilakukan secara berperingkatperingkat, iaitu: (a) Dakwah secara rahsia (b) Dakwah secara terang-terangan Peta Dakap Dakwah secara Rahsia Dakwah secara Terangterangan Penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW • Berlaku selama tiga tahun. • Individu awal yang menganut Islam ialah Siti Khadijah, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar al-Siddiq. • Penyampaian dakwah disebarkan melalui sahabat dan dakwah di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. • Berlaku selama 10 tahun. • Nabi Muhammad SAW menyampaikan dakwah kepada kaum keluarga baginda di Bukit Safa, Makkah. • Baginda menerima tentangan hebat daripada Abu Lahab, iaitu bapa saudara baginda. Rajah 8.2 Penyebaran dakwah Nabi Muhammad SAW 10 Nabi Muhammad SAW bersama-sama orang Islam telah berhijrah ke Madinah untuk meneruskan dakwah baginda. 11 Islam telah diterima baik oleh penduduk Madinah dan baginda telah dilantik sebagai pemimpin di Madinah. 12 Baginda juga bertanggungjawab untuk merangka Piagam Madinah. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 107 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


108 Tingkatan 1 Bab 8 13 Piagam Madinah ialah perlembagaan bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW berpandukan wahyu Allah SWT untuk membentuk sebuah pemerintahan yang adil dan maju di Madinah. 14 Kandungan piagam ini adalah lengkap, menyeluruh dan menitikberatkan kepentingan orang Islam (Orang Ansar dan Orang Muhajirin) dan orang bukan Islam (orang Yahudi dan suku Arab). 15 Penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW berkembang di seluruh Tanah Arab hingga ke luar Tanah Arab. 16 Islam juga turut tersebar melalui utusan ke: (a) Rom (c) Mesir (b) Parsi (d) Habsyah 17 Ketokohan dan kewibawaan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin umat Islam telah menyebabkan Islam dapat diterima oleh orang ramai pada ketika itu. 18 Baginda menyebarkan dakwah secara lemah lembut dan diplomasi. 19 Baginda tidak memaksa mereka memeluk Islam, sebaliknya berdakwah secara berhikmah. Semak Cepat 8.2 1 Apakah wahyu pertama yang disampaikan oleh malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW? 2 Di manakah lokasi penyebaran dakwah Islam secara terang-terangan dijalankan? Piagam Madinah • Piagam Madinah dirangka pada 622 M bersamaan dengan 1 Hijrah dan mengandungi 47 fasal. • Sebanyak 23 fasal membincangkan hubungan dalam kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka, manakala 24 fasal lagi berkaitan dengan tanggungjawab orang bukan Islam (Yahudi) di Madinah. • Kandungan Piagam Madinah meliputi aspek politik, sosial, ekonomi, pentadbiran, agama, perundangan, pertahanan dan kedudukan orang Yahudi. Galeri Info Penyebaran Islam pada Zaman Khulafa al-Rasyidin 1 Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW pada 632 M, sistem pemerintahan kerajaan Islam Madinah diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh Khulafa al-Rasyidin. 2 Zaman pentadbiran Khulafa al-Rasyidin merupakan zaman pemerintahan khalifah. 3 Islam semakin berkembang bukan sahaja di Makkah dan Madinah, malah ke utara Semenanjung Tanah Arab merangkumi Iraq, Syam dan Mesir. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 108 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


109 Tingkatan 1 Bab 8 Jadual 8.2 Penyebaran Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin Khalifah Tempoh pemerintahan Sumbangan Abu Bakar al-Siddiq 632 M hingga 634 M • Mengetuai peperangan al-Riddah. • Berjaya memerangi golongan murtad (keluar daripada agama Islam). • Mereka enggan membayar zakat. Umar bin al-Khattab 634 M hingga 644 M • Menghantar peneroka membuka wilayah baharu di Iraq, Syam dan Mesir. • Memudahkan pentadbiran dengan membahagikan wilayah Islam kepada beberapa bahagian. Uthman bin Affan 644 M hingga 656 M • Mengetuai pentadbiran Islam yang merangkumi kerajaan Parsi dan beberapa bahagian kerajaan Byzantium di Laut Mediterranean. • Melantik gabenor mengetuai pentadbiran wilayah Islam. Ali bin Abi Talib 656 M hingga 661 M Memantapkan agama Islam dengan meluaskan wilayah-wilayah Islam. Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan-kerajaan Islam Jadual 8.3 Penyebaran Islam pada zaman kerajaan-kerajaan Islam Kerajaan Bani Umaiyah Kerajaan Bani Abbasiyah Kerajaan Bani Uthmaniyah • Penyebaran Islam tahap pertama berpusat di Damsyik (bermula dari tahun 661 M hingga 750 M). • Penyebaran Islam tahap kedua pula berpusat di Cordoba, Sepanyol (bermula dari tahun 756 M hingga 1 031 M). • Pertapakan Islam berlaku di India dan Asia Tengah (Bukhara, Samarqand dan Khawarizimi). • Menghantar utusan persahabatan ke China. • Islam tersebar hingga ke Afrika Utara dan Eropah. • Andalusia (Sepanyol) menjadi pintu masuk ke benua Eropah. • Berpusat di Baghdad. • Kerajaan ini memerintah dari 750 M hingga 1 258 M. • Meneruskan kegemilangan Tamadun Islam dengan perkembangan ilmu pengetahuan hingga ke Eropah. • Islam berkembang di Transoxania (Samaniyah) hingga ke barat India. • Berpusat di Anatolia. • Berlangsung dari tahun 1 280 M hingga 1 603 M. • Islam semakin berkembang luas hingga ke rantau Balkan, Eropah Timur, sempadan Rusia dan sekitar Laut Hitam. • Islam juga tersebar ke Alam Melayu. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 109 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


110 Tingkatan 1 Bab 8 Peta 8.2 Penyebaran Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin dan kerajaan Islam (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, hlm. 168) Rajah 8.3 Faktor-faktor penyebaran Islam Kesyumulan Islam Pendekatan Berdakwah Prinsip Keterbukaan Hubungan Diplomatik Faktor-faktor Penyebaran Islam Prinsip Kesaksamaan Kegiatan Perdagangan Membolehkan Tamadun Islam diterima umum. Hubungan kerajaan Islam dengan negara Eropah menarik minat masyarakat untuk mendekati Islam. • Berdiri atas prinsip kesaksamaan dan keadilan. • Membentuk ummah yang bersaudara dengan kewujudan pelbagai bahasa dan bangsa. • Wujud hubungan baik antara pedagang Arab dengan pedagang luar di Asia dan Afrika. • Memudahkan penerimaan agama Islam. • Berlaku sejak zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. • Agama Islam semakin tersebar ke wilayah Iraq, Syam (Syria) dan Mesir. • Secara bijaksana dan toleransi. • Menarik masyarakat lain untuk memeluk Islam. • Membentuk keseimbangan rohani dan jasmani. • Tidak menolak kemajuan di dunia seperti pembandaran dan pembangunan. • Mendidik akhlak yang baik. Pembukaan Wilayah Baharu Peta Dakap Petunjuk Zaman Nabi Muhammad SAW Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq Zaman Khalifah Umar al-Khattab Zaman Khalifah Uthman bin Affan Zaman Kerajaan Umaiyah (Islam tersebar hingga ke Sepanyol) Zaman Kerajaan Abbasiyah (Islam tersebar hingga ke Transoxania) Zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah (Islam tersebar hingga ke Eropah) Petunjuk Zaman Nabi Muhammad SAW Zaman Kerajaan Umaiyah (Islam tersebar hingga ke Sepanyol) Zaman Kerajaan Abbasiyah (Islam tersebar hingga ke Transoxania) Zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah (Islam tersebar hingga ke Transoxania) Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq Zaman Khalifah Umar al-Khattab Zaman Khalifah Uthman bin Affan Bukhara LAUT KASPIA LAUT MERAH LAUT PARSI LAUT ARAB LAUT HITAM LAUT MEDITERRANEAN Madinah Makkah S. Nil EROPAH U Baghdad Cordoba Kabul Transoxania Samarqand SEPANYOL Revisi Cpt Sej Tg1.indd 110 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


111 Tingkatan 1 Bab 8 8.3 Ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin SP 4.3.3 Menjelaskan ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang unggul. 1 Ketokohan dan kewibawaan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang unggul merupakan faktor utama perkembangan Tamadun Islam. 2 Baginda berperanan sebagai pemimpin negara, pemimpin masyarakat, pembangun ekonomi dan pemimpin tentera. Jadual 8.4 Ketokohan dan kewibawaan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin Peranan Keterangan Pemimpin negara Peringkat tempatan • Kejayaan Nabi Muhammad SAW merangka Piagam Madinah telah menonjolkan ketokohan baginda sebagai pemimpin Islam yang agung. • Melalui piagam tersebut: – Islam dijadikan sebagai agama rasmi di Madinah. – Orang bukan Islam diberikan kebebasan untuk mengamalkan agama dan adat masing-masing. – Mempersaudarakan orang Muhajirin dan orang Ansar. – Menyatukan masyarakat Islam dengan bukan Islam. Peringkat antarabangsa • Baginda berjaya menghantar perwakilan ke: – Habsyah – Mesir – Parsi – Byzantium Pemimpin masyarakat • Sebelum berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW menekankan aspek akhlak, akidah dan syariah. • Selepas berhijrah, Piagam Madinah memberikan penekanan kepada konsep syura (perundingan), keadilan, persamaan dan kebebasan. • Baginda juga: – Menyatukan orang Muhajirin dan orang Ansar. – Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup. – Menerapkan nilai toleransi, hormat-menghormati dan mengutamakan keadilan dalam masyarakat. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 111 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


112 Tingkatan 1 Bab 8 Peranan Keterangan Pembangun ekonomi Perdagangan dan hubungan luar • Baginda menggalakkan hubungan perdagangan antara negara Islam Madinah dengan kawasan lain. • Kedudukan Madinah yang strategik di antara Yaman dengan Syam telah memajukan kegiatan perdagangan. Pertanian • Baginda menggalakkan masyarakat supaya bekerja keras dan aktif dalam perniagaan dan pertanian berasaskan kepada prinsipprinsip ekonomi Islam. • Contohnya, bekerja bersungguh-sungguh, mencari rezeki yang halal, melarang riba dan penindasan. Pengurusan tanah • Baginda menggalakkan pembangunan semula tanah terbiar. • Baginda juga menebus semula tanah yang tergadai kepada orang Yahudi. Pembangunan pasar Su’q al-Ansar • Baginda mencadangkan agar Abdul Rahman bin Auf membangunkan sebuah tempat berjual beli. • Bertujuan membangunkan ekonomi umat Islam. Pemimpin tentera • Nabi Muhammad SAW merupakan pemimpin tentera yang unggul. • Baginda mengamalkan konsep jihad untuk menegakkan agama Islam yang suci, mempertahankan bangsa dan tanah air. • Baginda juga berdedikasi dalam melaksanakan sesuatu tugas. • Peperangan dalam Islam hanya dibolehkan sekiranya: – Orang Islam diancam. – Mempertahankan agama, umat dan negara. • Baginda pernah mengetuai siri peperangan seperti: – Perang Uhud – Perang Badar – Perang Khandak • Sikap kepimpinan Nabi Muhammad SAW semasa berperang: – Sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia. – Mempunyai kepimpinan yang baik. – Melarang tentera Islam membunuh sesuka hati. – Melarang memusnahkan tumbuhan dan tanaman. – Mendengar pandangan orang lain apabila mengatur strategi. • Semasa peristiwa pembukaan semula Kota Makkah, Nabi Muhammad SAW telah mengatur strategi yang berkesan. • Baginda membahagikan pasukannya kepada beberapa pemimpin tentera yang terbilang, iaitu: – Khalid al-Walid – Qais bin Saad bin Ubaidah – Zubair bin Awwam – Abu Ubaidah bin Jarrah Revisi Cpt Sej Tg1.indd 112 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


113 Tingkatan 1 Bab 8 • Muhajirin ialah orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah. • Ansar ialah orang Islam Madinah yang memberikan pertolongan kepada orang Muhajirin. Galeri Info Semak Cepat 8.3 1 Nyatakan aspek atau konsep yang ditekankan oleh Nabi Muhammad SAW: (a) Sebelum berhijrah ke Madinah (b) Selepas berhijrah ke Madinah 2 Di manakah lokasi Madinah? 3 Apakah fungsi pasar Suq al-Ansar yang didirikan oleh Abdul Rahman bin Auf? 4 Nyatakan siri peperangan yang menggunakan strategi bertahan dengan menggali parit. 8.4 Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia SP 4.3.4 Menganalisis sumbangan tamadun Islam dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. 1 Tamadun Islam memberikan penekanan kepada kemajuan kebendaan dan kerohanian. 2 Kemajuan tersebut telah memberikan kesan pembangunan fizikal dan insaniah dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Politik Kehidupan Bernegara 1 Sebagai ketua negara Madinah, Nabi Muhammad SAW bertanggungjawab untuk menjaga Madinah dan menyelesaikan masalah rakyat melalui perlembagaan. 2 Selepas kewafatan baginda, jawatan khalifah diwujudkan bertujuan menegakkan agama Islam dan menjalankan pentadbiran mengikut hukum syariah. 3 Kerjasama antarabangsa dilaksanakan untuk menyebarkan dakwah Islam dan mengeratkan tali silaturahim. Pemerintahan dan Cara Hidup Berteraskan Keadilan 1 Sistem pemerintahan dan pentadbiran dalam Tamadun Islam adalah berteraskan keadilan tanpa membezakan agama dan keturunan. 2 Negara yang aman merupakan negara yang mengamalkan keadilan dan toleransi dalam pentadbiran. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 113 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


114 Tingkatan 1 Bab 8 Konsep Ummah 1 Konsep ummah atau masyarakat telah menyatukan masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan. 2 Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab untuk memajukan negara. Sistem Syura 1 Syura merupakan mesyuarat yang diadakan untuk mencapai keputusan mengikut suara ahli yang terbanyak dan keputusan dicapai secara muafakat. 2 Sistem syura bermula sejak zaman pemerintahan dan pentadbiran Nabi Muhammad SAW dan diteruskan sehingga zaman Khulafa al-Rasyidin. Ekonomi Amalan Ekonomi Islam Amalan ekonomi Islam dilaksanakan bertujuan mendidik jiwa manusia agar berdisiplin, amanah dan berjiwa bersih. Jadual 8.5 Sistem dan konsep ekonomi Islam serta tujuan perlaksanaannya Sistem dan konsep Tujuan Sistem zakat dan sistem wakaf Pembangunan umat Islam Sistem mata wang dirham dan perak Menjalankan aktiviti ekonomi Kutipan cukai berbentuk wang Membiayai keperluan negara Melarang amalan riba Menghalang kehancuran konsep keadilan dalam masyarakat Menegah penindasan dan penipuan dalam perniagaan Menghalang pengambilan keuntungan berlipat ganda dan tidak amanah Menggalakkan penghasilan produk yang bermutu dan melakukan penyelidikan Membangunkan ekonomi Institusi Baitulmal 1 Islam juga menggalakkan pembinaan institusi Baitulmal (institusi kewangan). 2 Baitulmal berperanan menguruskan kewangan untuk pembangunan negara. Memesatkan Gedung-gedung Perniagaan Kemunculan Islam juga telah memesatkan gedung-gedung perniagaan di Sepanyol dengan operasi mengimport barang-barang dari seluruh dunia. Menyediakan Kemudahan Asas Orang Islam telah menyediakan kemudahan asas seperti pembinaan sistem saliran Naurah di Syria untuk tujuan pertanian dan kemudahan jambatan dan jalan raya yang lebih baik di Sepanyol. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 114 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


115 Tingkatan 1 Bab 8 Peta Dakap Harta melalui Zakat Masyarakat Harta Hak Milik Umat Islam yang Tidak Jelas Penggunaannya Harta Negara Harta Peperangan Sumber Baitulmal Pelaburan dan Saham Harta Warisan • Sedekah • Wakaf • Wasiat • Cukai perdagangan • Sumber kekayaan alam • Cukai harta • Harta tanpa waris • Jizyah • Ghanimah • Kharaj Dijual kepada umat Islam melalui institusi yang ditubuhkan oleh Baitulmal. Harta yang tidak dapat dihabiskan oleh waris atau tidak berwaris. • Zakat fitrah • Zakat harta • Ternakan • Pertanian • Emas dan perak • Barang dagangan • Wang simpanan Rajah 8.4 Sumber baitulmal Sosial Kedudukan dan Maruah Wanita 1 Dalam Islam, maruah wanita dipandang mulia dan berada di kedudukan yang tinggi. 2 Golongan wanita mempunyai peluang untuk menimba ilmu pengetahuan dan menghadiri majlis ilmu. Contohnya: (a) Siti ‘Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq mempunyai ilmu yang luas sehingga menjadi periwayat hadis dan tempat bertanya kaum wanita dan para sahabat tentang permasalahan hukum agama. (b) Shafiah binti Abdul Muthalib yang keluar berperang untuk memberikan minuman dan merawat tentera yang cedera dalam Perang Uhud. Teknik Penyelidikan Saintifik 1 Teknik penyelidikan saintifik yang berkembang dalam Tamadun Islam telah membantu memajukan industri pengeluaran barangan seperti industri kertas. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 115 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


116 Tingkatan 1 Bab 8 2 Industri kertas telah diperkenalkan di Itali, Perancis dan negara Eropah yang lain. 3 Perkembangan kaedah penyelidikan pertanian seperti sistem pengairan, pemilihan benih dan baja yang bermutu telah membantu dalam peningkatan Tamadun Islam. 4 Tamadun Islam juga menjalankan penyelidikan saintifik dalam bidang astronomi, fizik, perubatan dan kimia. Kewujudan Pusat Kegiatan Intelektual 1 Pada zaman pemerintahan dan pentadbiran Bani Umaiyah, masjid dijadikan sebagai institusi pendidikan. 2 Antara lokasi masjid yang menjalankan kegiatan keilmuan ini terletak di Damsyik, Kufah dan Basrah. 3 Selain masjid, istana khalifah turut menjadi tempat belajar dan perpustakaan untuk tujuan pendidikan. 4 Kewujudan pusat intelektual di Cordoba dan Toledo, Sepanyol: (a) Dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari pelbagai pelosok Eropah untuk mempelajari ilmu sains dan falsafah. (b) Kegiatan penterjemahan sarjana Islam telah meningkatkan lagi pengetahuan tentang falsafah dan sains dari Tamadun Yunani. (c) Hubungan orang Islam, Yahudi dan Kristian di Sepanyol telah mewujudkan budaya ilmu yang memberangsangkan. Jadual 8.6 Tokoh ilmuan Islam dan sumbangannya dalam pelbagai bidang ilmu Tokoh Bidang ilmu Sumbangan Jabir bin Hayyan (Geber) Sains dan kimia • Beliau telah menghasilkan sebanyak 80 buah karya berkaitan dengan perubatan dan kimia. • Himpunan karyanya dikenali sebagai korpus Jabir. • Karya beliau diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Ibn Sina (Avicenna) Perubatan • Terkenal dengan hasil penulisannya, al-Qanun fi al-Tib. • Hasil penulisan beliau telah mempengaruhi penulisan ahli falsafah Barat, iaitu Albert the Great. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 116 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


117 Tingkatan 1 Bab 8 Tokoh Bidang ilmu Sumbangan Al-Kindi Falsafah • Beliau telah menghasilkan lebih daripada 270 buah karya. • Karya beliau merangkumi bidang logik, muzik dan perubatan. • Mempengaruhi ilmuan Eropah seperti Roger Bacon dan Descartes. Al-Battani (Albategnius) Astronomi dan falak • Beliau telah memperkenalkan ilmu trigonometri. • Beliau juga menulis buku astronomi dan mencipta alat ukuran masa. Al-Biruni Geografi • Membuat kajian dalam bidang geografi dan kartografi (peta). • Peta yang dicipta oleh beliau digunakan oleh orang Eropah untuk tujuan pelayaran. Al-Khawarizmi Matematik • Pengasas ilmu algebra. • Pengasas kitab Hisab al-Jabr wa al Muqabalah dan telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. • Kitab beliau yang diterjemahkan dalam bahasa Latin telah menjadi teks asas di universiti-universiti di Barat. Ibn Battuta Pelayaran • Beliau pernah belayar hingga ke India dan Alam Melayu. • Buku pelayarannya digunakan oleh pelayar-pelayar selepasnya. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 117 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


118 Tingkatan 1 Bab 8 Semak Cepat 8.4 1 Apakah kelebihan mengamalkan sistem syura? 2 Nyatakan maksud istilah Al-Usyr. 3 Jelaskan sumber harta negara dalam institusi Baitulmal. 4 Nyatakan kemudahan asas yang telah disediakan oleh pemerintah Islam di Sepanyol. 8.5 Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Seni Bina SP 4.3.5 Menganalisis sumbangan tamadun Islam dalam bidang seni bina. 1 Seni bina merupakan bidang seni yang dilakukan oleh manusia untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak. 2 Seni bina Islam bermula dengan pembinaan Masjid Quba’ pada zaman Nabi Muhammad SAW. 3 Masjid Quba’ berperanan sebagai: (a) Tempat untuk beribadat dan menyampaikan segala maklumat. (b) Model kepada pembinaan masjid-masjid masyarakat Islam yang lain selepasnya. Peta Pokok Ciri-ciri Seni Bina Islam Mempunyai ruang cahaya untuk keselesaan beribadat Mempunyai ruang memisahkan lelaki dan wanita Reka bentuk ruang yang sesuai dengan iklim setempat Binaan yang kukuh, selamat dan tahan lama Berunsurkan luahan perasaan, hening dan aman Rajah 8.5 Ciri-ciri seni bina Islam Jadual 8.7 Ciri seni bina masjid dalam Tamadun Islam Ciri seni bina Keterangan Menara, mihrab dan mimbar Menara • Dibina dalam bentuk tirus dan memuncak tinggi. • Bertujuan memastikan laungan azan didengari dari jarak yang jauh. Mihrab • Berperanan sebagai penanda arah kiblat. • Merupakan antara elemen utama dalam binaan masjid. Mimbar • Digunakan oleh imam untuk membaca khutbah atau syarahan. Revisi Cpt Sej Tg1.indd 118 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


119 Tingkatan 1 Bab 8 Ciri seni bina Keterangan Perhiasan yang indah • Digalakkan supaya membina bentuk bangunan yang indah, kubah yang menarik, arca yang mempesonakan, seni khat dan ukiran yang menakjubkan. • Bertujuan mewujudkan rasa tenang, sebagai pelengkap binaan dan memperlihatkan keunikan seni bina Islam. Reka bentuk yang unik • Bentuk pintu yang melengkung melambangkan perasaan hormat dan tunduk menjemput masuk ke dalam masjid. • Penggunaan air dan cahaya berperanan menimbulkan kesan dari segi penampilan ruang. Elemen estetika • Mengindahkan binaan dengan ukiran arabes, motif kaligrafi, geometri dan cakerawala. • Berperanan memberikan keselesaan dan ketenangan. Reka bentuk yang sesuai dengan iklim setempat • Binaan disesuaikan dengan bentuk muka bumi, cuaca, keadaan angin dan suhu. • Iklim di Nusantara yang panas dan lembap serta hujan yang kerap menyebabkan seni binanya mempunyai tingkap yang banyak dan tersusun. • Tingkap yang banyak adalah untuk penyejukan dan pengudaraan. Seni bina yang sesuai dengan budaya setempat • Masjid di China mengambil inspirasi rumah tradisional, kuil dan istana. • Contoh: – Masjid Huang Sheng Si di Guangzhou – Masjid Niu Jie di Beijing – Masjid Zhen-Jiao Si di Hangzhou Kubah sebagai struktur utama • Kubah berfungsi untuk keselamatan. • Pembinaan kubah diperkukuhkan menerusi sistem struktur daripada rentangnya yang lebar. • Contohnya, binaan Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Turki. Pintu gerbang yang besar Berperanan sebagai pintu masuk utama. Semak Cepat 8.5 1 Jelaskan tiga ciri seni bina Islam. 2 Nyatakan fungsi penggunaan air dan cahaya dalam binaan masjid. 3 Jelaskan elemen estetika yang terdapat pada binaan masjid. 4 Mengapakah binaan masjid di negara kita mempunyai banyak tingkap? Aktiviti KBAT Secara berkumpulan, kaji binaan rumah ibadat di kawasan tempat tinggal anda berdasarkan aspek berikut: • Latar belakang pembinaan • Tokoh yang terlibat • Keluasan kawasan • Struktur binaan • Keistimewaan binaan Revisi Cpt Sej Tg1.indd 119 14/02/2023 7:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 1 U1 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Tingkatan 1 1 Maklumat berikut berkaitan dengan pengertian sejarah mengikut pandangan sejarawan. Tokoh X Sejarah ialah ibu kepada semua bidang X ialah A E.H. Carr B Herodotus C Ibn Khaldun D Khoo Kay Kim 2 Maklumat berikut merujuk persidangan umum yang berlangsung antara Raja-raja Melayu dengan British. Durbar Perkara berikut telah dibincangkan dalam Mesyuarat Durbar, kecuali A hal ehwal agama Islam B adat istiadat orang Melayu C peranan pegawai-pegawai British D perkara-perkara lain tentang orang Melayu 3 Maklumat berikut berkaitan dengan kesan perubahan Zaman Air Batu. Berlaku perubahan paras air laut Berapakah kedalaman paras air laut pada ketika itu? A 50 meter B 100 meter C 150 meter D 200 meter 4 Apakah Zaman Air Batu yang mempunyai kaitan dengan kewujudan binatang berikut? A Zaman Miosen B Zaman Pliosen C Zaman Pleistosen D Zaman Holosen Jawab semua soalan. Bahagian A [20 markah] Revisi Cpt Sej UASA.indd 1 27/03/2023 4:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


U2 (UASA) Tingkatan 1 5 Maklumat berikut berkaitan dengan tempoh masa Zaman Praserajah. Zaman X Berlaku dari 10 000 hingga 2 000 SM Apakah Zaman X? A Zaman Logam B Zaman Neolitik C Zaman Mesolitik D Zaman Paleolitik 6 Zaman Mesolitik menunjukkan tahap perkembangan ekonomi Zaman Prasejarah yang berlaku mulai A 8 000 SM B 10 000 SM C 12 000 SM D 13 000 SM 7 Encik X ingin memohon lesen berburu binatang. Apakah agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen tersebut? A Perhilitan B Jabatan Hutan C Jabatan Pertanian D Jabatan Pertahanan 8 Maklumat berikut berkaitan dengan jenis pengebumian yang diamalkan oleh masyarakat Zaman Prasejarah di Malaysia. Pengebumian tempayan Jenis pengebumian tersebut dilakukan oleh masyarakat Zaman Prasejarah di A Sabah B Selangor C Kelantan D Negeri Sembilan 9 Yang manakah tokoh yang pertama membincangkan tentang peraturan pemerintahan yang berkaitan dengan kebangkitan dan kejatuhan sesebuah tamadun? A E.H. Carr B Ibn Khaldun C Arnold J. Toynbee D Syed Muhammad Naquib AlAttas 10 Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan dan pentadbiran tamadun awal dunia. Diketuai oleh golongan pendeta Sistem tersebut diamalkan oleh A Tamadun Indus B Tamadun Huang He C Tamadun Mesir Purba D Tamadun Mesopotamia Revisi Cpt Sej UASA.indd 2 27/03/2023 4:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 1 U3 11 Maklumat berikut berkaitan dengan jawatan yang wujud dalam Tamadun Yunani. Golongan ephors Apakah peranan golongan tersebut? A Menjadi juri pemutus kes B Mengawasi pentadbiran beraja C Memajukan kawasan pertanian D Mengendalikan jabatan kerajaan 12 Pertempuran di Salamis berlaku pada tahun 480 SM. Dalam peperangan tersebut, tentera Persia telah dikalahkan oleh A Sparta B Athens C Corinth D Olympia 13 Maklumat berikut berkaitan dengan usaha perluasan kuasa dalam Tamadun India. Dinasti Maurya dikatakan pernah memiliki seramai 30 000 kavalri Apakah yang dimaksudkan sebagai kavalri? A Tentera berkuda B Tentera bergajah C Tentera pemanah D Tentera berjalan kaki 14 Karya berikut telah dihasilkan oleh masyarakat Tamadun India. Buku Arthasastra Penulisan buku tersebut berkaitan dengan I ekonomi II kebudayaan III ketenteraan IV pentadbiran A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 15 Peperiksaan perkhidmatan awam merupakan komponen paling penting dalam sistem pendidikan dan kehidupan masyarakat China. Sistem tersebut mula diperkenalkan semasa pemerintahan A Dinasti Ming B Dinasti Tang C Dinasti Han D Dinasti Wu 16 Maklumat berikut merujuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab. • Menyembah api • Berasal dari Parsi Agama dan kepercayaan ini ialah Revisi Cpt Sej UASA.indd 3 27/03/2023 4:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


U4 (UASA) Tingkatan 1 A Majusi B Hunafa’ C Nasrani D Animisme 17 Yang manakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan dalam Tamadun Islam? I Melantik gabenor mengetuai pentadbiran II Menguasai kerajaan Parsi dan Byzantium III Memerangi golongan murtad yang tidak membayar zakat IV Membahagikan wilayah Islam kepada beberapa bahagian A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 18 Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa Perang Khandak. Menggunakan strategi bertahan dengan menggali pasir Apakah iktibar daripada peristiwa peperangan tersebut? A Bercita-cita tinggi B Bersemangat meneroka C Berbangga dengan negara D Bersikap kreatif dan inovatif 19 Golongan Musta’rab wujud selepas kewujudan tamadun Islam. Mereka mendiami negara A Parsi B India C Yunani D Sepanyol 20 Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap masyarakat tamadun dunia? Al-Khawarizmi A Menghasilkan rajah tentang gerhana bulan B Mengkaji bidang kartografi dan geografi C Mengasaskan kitab Hisab alJabr wa al Muqabalah D Menghasilkan karya berkaitan dengan logik dan muzik Revisi Cpt Sej UASA.indd 4 27/03/2023 4:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 1 U5 Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. 1 Ilustrasi berikut menunjukkan proses mendapatkan maklumat sejarah menggunakan kaedah lisan. (a) Jelaskan maksud kaedah lisan. [2 markah] (b) Nyatakan persediaan yang perlu dilakukan pada tahap-tahap berikut: (i) Tahap pertama (ii) Tahap ketiga [4 markah] (c) Kaedah lisan dikatakan mempunyai kelemahan. Jelaskan pernyataan tersebut. [4 markah] Revisi Cpt Sej UASA.indd 5 27/03/2023 4:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


U6 (UASA) Tingkatan 1 2 Dunia merupakan tempat tinggal kita dan tempat tinggal berjuta-juta hidupan yang lain. (a) Nyatakan pembentukan fizikal bumi pada 390 juta tahun yang lalu. [2 markah] (b) Senaraikan empat haiwan yang wujud 18 000 tahun yang lalu. (i) (ii) (iii) (iv) [4 markah] (c) Kita perlu bersyukur dengan keunikan bumi dan dunia kita. Bagaimanakah tindakan yang boleh dilakukan untuk menunjukkan sikap bersyukur tersebut? [4 markah] 3 Peningkatan jumlah penduduk telah mewujudkan pengkhususan pekerjaan. (a) Jelaskan peluang pekerjaan baharu yang ditawarkan oleh tamadun awal dunia. [3 markah] Revisi Cpt Sej UASA.indd 6 27/03/2023 4:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 1 U7 (b) Kumpulan artisan wujud dalam kalangan masyarakat tamadun awal. Nyatakan peranan golongan tersebut. (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Pada pendapat kamu, apakah ciri-ciri pekerja yang boleh menyumbang kepada kemajuan negara? [4 markah] 4 Selain berdagang, masyarakat Tamadun Indus turut menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi. (a) Jelaskan kegiatan-kegiatan ekonomi tersebut. [3 markah] (b) Senaraikan tiga barang dagangan utama yang diperdagangkan oleh Tamadun Indus. (i) (ii) (iii) [3 markah] Revisi Cpt Sej UASA.indd 7 27/03/2023 4:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


U8 (UASA) Tingkatan 1 (c) Cadangkan cara untuk memajukan lagi bidang perdagangan di negara kita pada masa akan datang. [4 markah] Bahagian C [20 markah] Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini. 1 Seni bina Rom merupakan gabungan antara teknik seni bina yang diwarisi sejak Tamadun Yunani. (a) Jelaskan ciri-ciri seni bina Tamadun Rom. [6 markah] (b) Binaan Pantheon dihasilkan oleh masyarakat Tamadun Rom. Terangkan keistimewaan binaan tersebut. [6 markah] (c) Cadangkan tindakan yang boleh dilakukan untuk memajukan lagi bidang seni bina di negara kita. [8 markah] 2 Peperiksaan perkhidmatan awam merupakan komponen paling penting dalam sistem pendidikan dan kehidupan masyarakat China. (a) Jelaskan ciri-ciri sistem peperiksaan perkhidmatan awam tersebut. [4 markah] (b) Terangkan tahap-tahap peperiksaan perkhidmatan awam yang dilaksanakan oleh Tamadun China. [8 markah] (c) Sejauh manakah sistem pendidikan memberikan kesan kepada pembentukan Tamadun China? Berikan pendapat kamu. [8 markah] Revisi Cpt Sej UASA.indd 8 27/03/2023 4:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Tingkatan 2 Bab 1 120 Kerajaan Funan Kemasyhuran • Berpusat di Vyadhapura. • Diasaskan oleh Brahmin bernama Kaundinya. • Berkahwin dengan Soma (pemerintah wanita di Sungai Mekong) dan membentuk kerajaan Funan. • Masyhur semasa pemerintahan Fan Shih-man. • Beliau meluaskan empayar hingga ke Teluk Camranh di sebelah Timur. • Menguasai selatan Myanmar dan Segenting Kra. • Funan menguasai jalan perdagangan utama antara timur dengan barat. • Abad ketiga, Funan menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu. • Serangan kerajaan Chenla telah menyebabkan kemerosotan kerajaan Funan. Kerajaan Champa Kemasyhuran • Diasaskan oleh Chu-Lien (192 M). • Pusat kerajaan di Indrapura. • Sering berhadapan serangan Dai Viet. • Chu-Lien berjaya membebaskan Champa daripada pengaruh China. • Masyhur semasa pemerintahan Che Bong Nga. • Beliau berjaya mengatasi ancaman Dai Viet hingga Lembah Sungai Merah. • Serangan Champa ke wilayah Dai Viet berjaya membunuh Raja Tran Due Tong. • Diberi pengiktirafan oleh Dinasti Ming pada tahun 1369. • Kemerosotan kerajaan bermula apabila pemerintahnya, Indravarman meninggal dunia pada tahun 1441. Kerajaan Srivijaya Kemasyhuran • Diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa (683 M) di Palembang. • Mengukuhkan kuasa dengan menakluk kawasan sekitarnya seperti Bangka dan Taruma. • Semasa pemerintahan Sangramadhananjaya, Srivijaya berjaya menguasai Sumatera, selatan Myanmar, Tanah Melayu dan Segenting Kra. • Berjaya menguasai jalan laut antarabangsa, iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda. • Menjadi kuasa perdagangan utama di Alam Melayu. • Terkenal sebagai pusat pengajian agama Buddha. • Serangan tentera Chola telah menyebabkan kerajaan Srivijaya menjadi lemah. Kerajaan Angkor Kemasyhuran • Berpusat di Hariharalaya. • Diasaskan oleh Jayavarman II dari Chenla. • Berjaya menyatukan wilayah di lembah Sungai Mekong. • Suryavarman II meluaskan empayar Angkor ke sekitar lembah Sungai Mekong hingga selatan Myanmar. • Berjaya menghalang ancaman dari Champa dan Dai Viet. • Wujudkan jalinan perdagangan tempatan dengan pedagang luar. • Jayavarman VII telah meluaskan empayar Angkor hingga sempadan Annam. • Beliau membina Angkor Thom dan mendirikan 102 buah hospital. Nota Grafi k Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 1.3 Kerajaan Alam Melayu yang Masyhur Revisi Cpt Sej Tg2.indd 120 07/03/2023 11:14 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


U1 (UASA) Tingkatan 3 1 Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan yang telah dilakukan oleh British. Tokoh X Dihantar ke negerinegeri Melayu untuk memaksa pemerintah tempatan menerima naungan British Tokoh yang dimaksudkan ialah A Harry Ord B Andrew Clarke C David Marshall D Clementi Smith 2 Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan yang dilakukan oleh pemerintah kerajaan negeri. Tahun Peristiwa 1786 Sultan Ibrahim menandatangani perjanjian dengan Belanda Apakah tujuan perjanjian tersebut ditandatangani? A Penjualan bijih timah B Perjanjian pertahanan C Penyerahan wilayah negeri D Pelantikan Gabenor Belanda 3 Tokoh berikut pernah mengetuai pemerintahan kerajaan dari tahun 1841 – 1857. Sultan Mahmud Muzaffar Shah IV Apakah kerajaan tersebut? A Patani C Kelantan B Kedah D Riau Lingga 4 Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan yang dilakukan oleh Acheh. Menjadikan Perak sebagai negeri naungan Acheh Tindakan tersebut bermula pada A abad ke-14 B abad ke-15 C abad ke-16 D abad ke-17 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Tingkatan 3 Jawab semua soalan. Bahagian A [20 markah] Revisi Cpt Sej UASA.indd 1 07/03/2023 11:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 3 U2 5 Apakah faktor yang membawa kepada kemunculan bandar berikut di negara kita? Pilih padanan jawapan yang betul. Negeri Faktor kemunculan A Selangor Aktiviti pertanian B Sabah Aktiviti pembalakan C Pulau Pinang Aktiviti perdagangan D Perak Aktiviti perlombongan 6 Maklumat berikut merujuk istilah yang mempunyai kaitan dengan negara kita. Suvarnabhumi Istilah tersebut digunakan oleh pedagang A Yunani C Arab B India D Parsi 7 Bendera berikut telah diperkenalkan semasa pentadbiran British. Bendera tersebut digunakan oleh A Negeri Sarawak B Negeri-negeri Selat C Negeri-negeri Melayu Bersekutu D Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 8 Slogan “Beban Orang Putih” telah digunakan oleh kuasa Barat ini untuk melakukan peluasan kuasa di Timur. Apakah kuasa Barat yang dimaksudkan? A Rusia C Belanda B British D Perancis 9 Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan yang telah dilakukan oleh British terhadap kerajaan Johor. Menawarkan pinjaman sebanyak 200 000 dolar Apakah kegunaan wang pinjaman tersebut? A Memodenkan pertahanan B Pembinaan kereta api C Pembinaan jalan raya D Mendirikan sekolah 10 Maklumat berikut berkaitan dengan langkah yang telah dilakukan oleh kerajaan Johor. Mengembalikan semula hari Jumaat sebagai hari cuti umum Bilakah ia mula dilaksanakan? A Tahun 2011 B Tahun 2013 Revisi Cpt Sej UASA.indd 2 07/03/2023 11:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


U3 (UASA) Tingkatan 3 C Tahun 2014 D Tahun 2015 11 Gambar berikut mempunyai kaitan dengan kekayaan hasil bumi di Raub, Pahang. Apakah hasil bumi tersebut? A Bijih timah B Arang batu C Perak D Emas 12 Tindakan berikut telah dilakukan oleh pentadbiran kuasa Barat di negara kita. Menubuhkan Sanitary Board pada tahun 1890-an Apakah matlamat penubuhannya? A Mengutip cukai B Mengawal kebersihan C Menempatkan pesakit kusta D Menempatkan pesalah yang dijatuhi hukuman 13 Perjuangan nasionalisme tokoh berikut masih dikenang sehingga kini. Dato’ Siamang Gagap Beliau terlibat untuk menentang penguasaan British di A Negeri Sembilan B Kelantan C Sarawak D Naning 14 Berapakah kadar cukai yang dikenakan oleh British ke atas setiap junjung sirih di kawasan Pasir Puteh, Kelantan? A 1 sen C 5 sen B 2 sen D 7 sen 15 Lokasi berikut pernah dipilih untuk pembinaan kubu pejuang nasionalisme di negara kita. Tebing Sungai Sunsuron Lokasi tersebut telah dipilih semasa penentangan A Rentap B Mat Sator C Dato’ Sagor D Ngah Ibrahim 16 Jadual berikut berkaitan dengan perjuangan Mat Salleh di Sabah. Tahun Peristiwa 1898 Mengadakan Rundingan Perdamaian Menggatal dengan SBUB Apakah persetujuan yang dicapai dalam perundingan tersebut? Revisi Cpt Sej UASA.indd 3 07/03/2023 11:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 3 U4 A Mat Salleh diberikan wilayah Menggatal B Mat Salleh berkuasa di Tambunan C Mat Salleh berundur ke Kudat D Mat Salleh dibayar ganti rugi 17 Undang-undang berikut telah dipekenalkan kepada penduduk Terengganu. Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu Undang-undang tersebut telah digubal semasa pemerintahan A Sultan Zainal Abidin I B Sultan Zainal Abidin II C Sultan Zainal Abidin III D Sultan Zainal Abidin IV 18 Yang manakah aspek pemodenan pentadbiran yang telah diperkenalkan oleh tokoh berikut terhadap kerajaan Johor? Temenggung Daeng Ibrahim I Pelajaran II Kesihatan III Kerja raya IV Pejabat pos A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 19 Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan golongan pembesar Johor. Tokoh X Bapa Pendidikan Melayu Johor Dato’ Bentara Dalam Bergelar Tokoh tersebut ialah A Dato’ Jaafar bin Muhammad B Dato’ Abdul Rahman bin Andak C Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi D Dato’ Muhammad Salleh bin Perang 20 Rejimen berikut telah ditubuhkan semasa pentadbiran British di negara kita. Rejimen Askar Melayu Diraja Tokoh yang berperanan penting dalam penubuhan rejimen tersebut ialah I Sultan Alang Iskandar II Undang Luak Johol III Raja Abdullah IV Raja Chulan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Revisi Cpt Sej UASA.indd 4 07/03/2023 11:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


U5 (UASA) Tingkatan 3 Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. 1 Pendidikan dalam masyarakat tempatan terbahagi kepada dua, iaitu pendidikan tidak formal dan pendidikan formal. (a) Nyatakan pelajaran yang dipelajari di madrasah. [3 markah] (b) Pendidikan penting kepada generasi masa kini. Jelaskan pernyataan tersebut. [3 markah] (c) Bagaimanakah langkah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan sistem pendidikan di negara kita? Berikan pendapat kamu. [4 markah] 2 Maklumat berikut berkaitan dengan struktur keahlian Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909. X Pesuruhjaya Tinggi British Raja Melayu Y Ahli Tidak Rasmi Revisi Cpt Sej UASA.indd 5 07/03/2023 11:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 3 U6 (a) Nyatakan: X: Y: [2 markah] (b) Jelaskan tiga faktor British menubuhkan Majlis Mesyuarat tersebut. (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Jelaskan iktibar daripada peristiwa tersebut. [4 markah] 3 Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan yang telah dilakukan oleh pentadbiran British. • Mewujudkan sistem kewangan pada tahun 1897 • Menubuhkan sistem perbankan pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 • Menubuhkan syarikat insurans pada abad ke-19 dan ke-20 (a) Namakan tiga syarikat perbankan yang wujud pada ketika itu. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Senaraikan tiga jenis perkhidmatan insurans yang diberikan pada era tersebut. (i) (ii) (iii) [3 markah] Revisi Cpt Sej UASA.indd 6 07/03/2023 11:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


U7 (UASA) Tingkatan 3 (c) Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada tindakan tersebut? [4 markah] 4 Campur tangan kuasa Barat di negara kita membawa kepada penentangan dalam kalangan masyarakat tempatan. (a) Jelaskan tiga matlamat perjuangan masyarakat tempatan. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Siapakah tokoh lain yang telah membantu perjuangan Dol Said di Naning? (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Mengapakah generasi masa kini perlu menyokong tindakan tokohtokoh tersebut? Berikan hujah kamu. [4 markah] Revisi Cpt Sej UASA.indd 7 07/03/2023 11:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 3 U8 Bahagian C [20 markah] Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini. 1 Kuasa-kuasa Barat seperti British dan Belanda berusaha untuk meluaskan pengaruh mereka di Asia. (a) Nyatakan strategi yang telah dilakukan oleh British untuk menguasai negara kita. [6 markah] (b) Terangkan serangan fizikal yang melibatkan Belanda dengan negerinegeri Melayu. [6 markah] (c) Apakah kesan peperangan terhadap sesebuah negara? Berikan pendapat kamu. [8 markah] 2 Perjanjian Pangkor merupakan perjanjian yang pertama ditandatangani oleh British dengan negeri Perak. (a) Jelaskan syarat-syarat perjanjian tersebut. [6 markah] (b) Perjanjian Pangkor menjadi titik peralihan perjanjian yang seterusnya antara British dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Terangkan perjanjian yang ditandatangani oleh British dengan: (i) Sungai Ujong (ii) Selangor (iii) Pahang [6 markah] (c) Andaikan kamu seorang pemimpin pada era tersebut. Bagaimanakah tindakan kamu untuk menghalang campur tangan kuasa asing? Berikan pendapat kamu. [8 markah] Revisi Cpt Sej UASA.indd 8 07/03/2023 11:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


403 Anda dikehendaki membuat kajian berkaitan dengan sistem pendidikan di kawasan tempat tinggal anda. Hasilkan satu laporan tentang sistem pendidikan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan. Tugasan anda hendaklah merangkumi aspek berikut: (a) Tajuk kajian (b) Nama penulis (c) Isi kandungan: (i) Latar belakang sistem pendidikan di kawasan tempat tinggal anda (ii) Pembentukan dan perkembangan sistem pendidikan (iii) Kajian sosial sistem pendidikan masyarakat tempatan (iv) Menilai keistimewaan sistem pendidikan masyarakat tempatan (v) Dengan merujuk sistem pendidikan di kawasan tempat tinggal anda, ulaskan pernyataan berikut: Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada: (a) Pendidikan Prasekolah – Program pendidikan bagi murid yang berumur daripada empat hingga enam tahun. (b) Pendidikan Rendah – Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun. Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan. (c) Pendidikan Menengah – Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas. Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada sekolah akademik, sekolah teknik dan vokasional dan sekolah kebangsaan agama. (d) Pendidikan Lepas Menengah – Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi. Sumber: https://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/sistem-pendidikan (d) Rumusan (e) Sumber rujukan (f) Membentangkan hasil laporan kajian Kajian Kes Revisi Cpt Sej Tg3 Kajian kes.indd 403 07/03/2023 11:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


404 Kerangka Pelaksanaan Tugasan Bil. Senarai Semak Tugasan Aktiviti/Tindakan 1 Perancangan 1.1 Tajuk 1.2 Jadual kerja/senarai semak 1.3 Objektif kajian 1.4 Kaedah kajian Menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan kesungguhan. [10 markah] 2 Proses awal 2.1 Mengumpul maklumat berdasarkan sumber rujukan Mengumpul maklumat yang sangat lengkap, tepat dan sangat sesuai dengan tugasan daripada sumber rujukan. [10 markah] 2.2 Menyediakan kerangka kasar penulisan Menyediakan kerangka penulisan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta menunjukkan kesungguhan. [10 markah] 3 Pelaporan 3.1 Pengenalan Menjelaskan latar belakang tempat kajian. [5 markah] 3.2 Pembentukan dan perkembangan sistem pendidikan Menerangkan pembentukan dan perkembangan sistem pendidikan. [10 markah] 3.3 Kajian sosial sistem pendidikan masyarakat tempatan Menghuraikan kegiatan sosial sistem pendidikan masyarakat tempatan. [12 markah] 3.4 Menilai keistimewaan sistem pendidikan masyarakat tempatan Menilai dan menganalisis keistimewaan sistem pendidikan masyarakat tempatan. [10 markah] 3.5 Ulasan sistem pendidikan negara masa kini Memberikan ulasan pernyataan dalam petikan dan membuat perkaitan dengan sistem pendidikan di tempat tinggal anda. [12 markah] 3.6 Rumusan Membuat rumusan yang merangkumi keseluruhan aspek kajian yang sangat relevan dengan tugasan. [5 markah] 3.7 Rujukan Menyenaraikan sumber rujukan yang autentik dan relevan. [4 markah] 4 Pembentangan hasil kajian Membentangkan hasil kajian dengan jelas dan menunjukkan kematangan. [10 markah] 5 Penilaian umum Tugasan yang kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang gramatis. [2 markah] * Perancangan dan proses awal dilaksanakan di luar 9 atau 12 (360 minit) waktu pengajaran dan pembelajaran. Revisi Cpt Sej Tg3 Kajian kes.indd 404 07/03/2023 11:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


405 Jawapan TINGKATAN 1 Mengenali Sejarah 1 Bab Semak Cepat 1.1 1 Pokok 2 Bahasa Yunani Semak Cepat 1.2 1 E.H. Carr 2 Penceritaan tentang kehidupan manusia sejak zaman primitif hingga kehidupan di bandar. 3 Ibn Khaldun 4 Membuat kajian berkaitan ilmu dan disiplin sejarah. Semak Cepat 1.3 1 Berdasarkan kronologi. 2 (a) Jangka masa 10 tahun. (b) Jangka masa 100 tahun. (c) Jangka masa 1 000 tahun. 3 Selepas kelahiran Nabi Isa AS. 4 Mendorong sejarawan membahagikan penulisan mereka kepada tema tertentu. Semak Cepat 1.4 1 Sumber daripada bahan yang telah diolah, diterbitkan dan telah disebarkan kepada umum. 2 (a) Sumber sekunder (b) Sumber primer (c) Sumber primer (d) Sumber sekunder (e) Sumber primer Semak Cepat 1.5 1 (a) Tugu (b) Bangunan (c) Prasasti (Pilih mana-mana satu) 2 (a) Membuat persediaan lengkap dengan mengetahui sebanyak mungkin perkara yang dikaji dengan meneliti sumber bertulis dahulu. (b) Meyakinkan tokoh untuk memberikan kerjasama dan menghargai tujuan pengkajian. 3 Proses mengumpulkan data dalam bidang arkeologi untuk memperoleh maklumat tentang masa lampau manusia. 4 Universiti Malaysia Sabah Semak Cepat 1.6 1 British memperkenalkan peraturan cukai tanah dan hasil hutan. 2 Tok Janggut dianggap sebagai pemberontak. 3 (a) Pemilihan sumber yang pelbagai. (b) Perbezaan pandangan. (c) Perbezaan ideologi. (d) Perbezaan tujuan penulisan. Semak Cepat 1.7 1 (a) Mengenal asal usul. (b) Mengambil iktibar. (c) Memupuk patriotisme. (d) Mengukuhkan perpaduan. (e) Membangunkan negara dan bangsa. (f) Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah. (Pilih mana-mana empat) 2 Tahun 1948 hingga tahun 1960. 3 Menyebabkan keadaan negara kucar-kacir dan kemusnahan harta benda. Zaman Air Batu 2 Bab Semak Cepat 2.1 1 Amerika Utara 2 Woolly Mammoth 3 Dinosaur Semak Cepat 2.2 1 (a) Tahap pertama berlaku pada 900 juta tahun hingga 600 juta tahun dahulu. (b) Tahap kedua berlaku pada 250 juta tahun hingga 80 000 juta tahun dahulu. (c) Tahap ketiga berlaku pada 10 000 juta tahun dahulu. 2 (a) Penciptaan roda. (b) Penciptaan tulisan kuneiform. Semak Cepat 2.3 1 (a) 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu (b) 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun dahulu (c) 2.5 juta hingga 10 000 tahun dahulu (d) 10 000 tahun dahulu hingga kini 2 Membantu meningkatkan pemahaman kita tentang perkara yang berlaku kepada bumi dan hidupan pada masa lalu. Jawapan Revisi Cpt Sej Tg3 Jaw.indd 405 07/03/2023 11:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


406 Jawapan Semak Cepat 2.4 1 (a) Perkembangan perindustrian (b) Aktiviti permbakaran terbuka (c) Penebangan pokok (d) Pembakaran minyak enjin kenderaan 2 Peningkatan paras air laut. Semak Cepat 2.5 1 (a) Mamot (b) Sloth (c) Harimau bertaring 2 (a) Great Lakes, Kanada (b) Tasik Dayang Bunting, Malaysia Semak Cepat 2.6 1 17 000 hingga 20 000 tahun dahulu 2 Zaman Pleistosen 3 Pembentukan Selat Melaka, Teluk Siam dan Laut Jawa Zaman Prasejarah 3 Bab Semak Cepat 3.1 1 Zaman sebelum manusia mengenal dan mengetahui sistem tulisan. 2 (a) Kegiatan berburu binatang (b) Menangkap ikan 3 Iklim terlalu sejuk 4 Zaman Logam Semak Cepat 3.2 1 (a) Lukisan manusia Zaman Mesolitik. (b) Kawasan perumahan, kawasan perkuburan dan kawasan pembuatan barangan harian. 2 Pertanian 3 Filipina 4 Antara 11 000 SM hingga 10 000 SM Semak Cepat 3.3 1 Di gua, lubang bawah tanah dan berlindung di bawah pokok. 2 (a) Alat menggali (b) Roda 3 (a) Mengutip hasil hutan (b) Memburu binatang (c) Menangkap ikan 4 Kepercayaan animisme dan kepercayaan alam semula jadi. Semak Cepat 3.5 1 (a) Jenderam Hilir, Selangor (b) Gua Madai, Sabah (c) Gua Cha, Ulu Kelantan (d) Bukit Tegun Lembu, Perlis 2 (a) Cara komunikasi (b) Menggambarkan kehidupan harian manusia 3 (a) Arang (b) Oker merah Mengenali Tamadun 4 Bab Semak Cepat 4.1 1 (a) Bandar atau kota (b) Tahap pembangunan manusia dan organisasi yang dianggap paling maju. (c) Tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. (d) Tanah atau rumah yang didiami oleh masyarakat, tahap kemajuan dan memperoleh kekayaan. 2 (a) Piramid Sakkara (b) Sfinks Semak Cepat 4.2 1 Tamadun merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. 2 (a) Akidah (b) Syarak (c) Akhlak (d) Falsafah (e) Kebudayaan (f) Peradaban 3 Konsep “madaniyyah” menjurus kepada aspek kebendaan dalam kehidupan dan lebih bersifat umum. 4 (a) Arnold J. Toynbee (b) Syed Muhammad Naquib Al-Attas (c) Ibn Khaldun Semak Cepat 4.3 1 (a) Penciptaan peralatan (b) Pembinaan saliran (c) Penciptaan kincir angin (d) Pembinaan teres di tanah tinggi 2 Tamadun Mesopotamia 3 (a) Tempat perlindungan daripada serangan orang luar. (b) Kawasan sempadan. 4 (a) Golongan saudagar (b) Artisan Tamadun Awal Dunia 5 Bab Semak Cepat 5.1 1 (a) Tempat ibadat (b) Pusat perdagangan (c) Pusat penyimpanan khazanah negara 2 Monumen berupa berhala 3 (a) Gempa bumi (b) Banjir (c) Serangan orang Aryan 4 Kerajaan Xia Semak Cepat 5.2 1 Memperingati pemimpin 2 Golongan pendeta 3 (a) Menulis teks agama. (b) Mencatatkan dokumen penting. 4 Tamadun Huang He Revisi Cpt Sej Tg3 Jaw.indd 406 07/03/2023 11:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


407 Jawapan Peningkatan Tamadun 6 Yunani dan Rom Bab Semak Cepat 6.1 1 Negara-kota 2 Tempat pertemuan dan pasar awam 3 (a) Kegiatan pertanian (b) Kegiatan penternakan 4 (a) 880 kilometer persegi (b) 8 400 kilometer persegi (c) 2 650 kilometer persegi Semak Cepat 6.2 1 Pemerintahan yang dikuasai oleh sebahagian kecil golongan yang berkuasa. 2 Penguasaan Raja Philip ke atas Yunani. 3 (a) Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan. (b) Mengendalikan jabatan-jabatan kerajaan. (c) Tidak mengatasi kuasa Dewan Perhimpunan. 4 Monarki terhad 5 (a) Berlari (b) Bertinju (c) Menari (d) Menyanyi dalam khalayak ramai Semak Cepat 6.3 1 Lembah Latium, berhampiran dengan Sungai Tiber 2 (a) Etruscan (b) Macedonia (c) Seleucid (d) Mesir 3 Era Pax Romana 4 (a) Petani (b) Artisan (c) Peniaga Semak Cepat 6.4 1 Raja Vespian 2 (a) Kepakaran (b) Pendidikan (c) Dasar pemerintahan (d) Kewangan (e) Teknologi (f) Sumber alam (g) Buruh (Pilih mana-mana tiga) 3 (a) Tempat penyembahan dewa dewi Rom. (b) Gelanggang seni untuk membuat persembahan seni, pertunjukan dan pertandingan acara gladiator. (c) Membekalkan air ke rumah kediaman di sekitar bandar ke seluruh Rom. Peningkatan Tamadun India 7 dan China Bab Semak Cepat 7.1 1 (a) Kerajaan kecil (b) Kerajaan besar 2 Lokasi yang strategik di Lembah Ganges 3 Menjamin pentadbiran yang baik dan berkesan 4 (a) Kekuatan tentera (b) Disiplin pasukan tentera (c) Dasar yang diambil oleh seseorang raja 5 Pataliputra Semak Cepat 7.2 1 Dinasti Shang 2 Konfusius 3 Lulus dalam peperiksaan 4 (a) Mendapat kedudukan dan pangkat yang tinggi dalam kerajaan. (b) Memperoleh pelbagai keistimewaan untuk diri, keluarga dan kampung. Tamadun Islam dan 8 Sumbangannya Bab Semak Cepat 8.1 1 (a) Menjalankan perniagaan (b) Memiliki binatang ternakan 2 Menguruskan pentadbiran di Makkah 3 Membantu pengembara yang sesat Semak Cepat 8.2 1 Surah al-Alaq (ayat 1 hingga ayat 5) 2 Bukit Safa, Makkah Semak Cepat 8.3 1 (a) Aspek akhlak, akidah dan syariah. (b) Konsep syura, keadilan, persamaan dan kebebasan. 2 Laluan di antara Yaman dengan Syam 3 Tempat berjual beli 4 Perang Khandak Semak Cepat 8.4 1 Keputusan dibuat mengikut suara ahli yang terbanyak. 2 Cukai perdagangan 3 (a) Cukai perdagangan (b) Sumber kekayaan alam (c) Cukai harta (d) Harta tanpa waris 4 (a) Jambatan (b) Jalan raya Semak Cepat 8.5 1 (a) Mempunyai ruang cahaya untuk keselesaan beribadat. (b) Mempunyai ruang untuk memisahkan lelaki dan wanita. (c) Reka bentuk yang sesuai dengan iklim setempat. (d) Binaan yang kukuh, selamat dan tahan lama. Revisi Cpt Sej Tg3 Jaw.indd 407 07/03/2023 11:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


408 Jawapan (e) Berunsurkan luahan perasaan, hening dan aman. (Pilih mana-mana tiga) 2 Menimbulkan kesan dari segi penampilan ruang. 3 (a) Ukiran arabes (b) Motif kaligrafi (c) Geometri (d) Cakerawala 4 Penyejukan dan pengudaraan. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahagian A 1 D 2 C 3 B 4 C 5 B 6 C 7 A 8 A 9 B 10 A 11 B 12 A 13 A 14 D 15 C 16 A 17 A 18 D 19 D 20 C Bahagian B 1 (a) F1 Proses mendapatkan maklumat melalui temu bual [1 m] F2 Tokoh yang dipilih untuk temu bual ialah orang sumber [1 m] [Maksimum: 2 m] (b) (i) F1 Menentukan tokoh [1 m] F2 Menentukan skop atau perkara yang akan ditemu bual [1 m] F3 Memilih soalan yang bersifat pendekatan sejarah [1 m] (ii) F1 Membuat senarai dan menyalin atau menyunting rakaman [1 m] F2 Menilai fakta-fakta dengan sumber bertulis [1 m] F3 Menyimpan rakaman dengan baik [1 m] [Maksimum: 4 m] (c) F1 Berlaku tokok tambah [1 m] F2 Bercampur dengan unsur mitos [1 m] F3 Bercampur dengan unsur dongeng [1 m] F4 Bercampur dengan unsur lagenda [1 m] [Maksimum: 4 m] [Jawapan lain yang munasabah boleh diterima] 2 (a) F1 Air laut masih tawar [1 m] F2 Wujud hidupan ikan [1 m] F3 Wujud hidupan amfibia [1 m] [Maksimum: 2 m] (b) F1 Kuda [1 m] F2 Badak sumbu [1 m] F3 Anjing [1 m] F4 Kucing [1 m] [Maksimum: 4 m] (c) F1 Memelihara alam sekitar [1 m] F2 Memulihara habitat semula jadi flora dan fauna [1 m] F3 Mengadakan aktiviti gotongroyong membersihkan alam sekitar [1 m] F4 Memperkasakan peranan agensiagensi yang berkaitan [1 m] [Maksimum: 4 m] [Jawapan lain yang munasabah boleh diterima] 3 (a) F1 Pengutip cukai [1 m] F2 Jurutera yang mengawal pengairan sungai [1 m] F3 Tentera [1 m] F4 Petani di sawah [1 m] F5 Bidang pentadbiran [1 m] [Maksimum: 3 m] (b) (i) F1 Mengukir [1 m] (ii) F2 Menempa besi [1 m] (iii) F3 Membuat tembikar [1 m] [Maksimum: 3 m] (c) F1 Bijaksana dalam menyelesaikan masalah [1 m] F2 Kreatif dan inovatif [1 m] F3 Amanah melaksanakan tanggungjawab [1 m] F4 Berdaya saing [1 m] [Maksimum: 4 m] [Jawapan lain yang munasabah boleh diterima] 4 (a) F1 Perdagangan [1 m] F2 Pertanian [1 m] F3 Pertukangan [1 m] F4 Pembuatan [1 m] [Maksimum: 3 m] (b) (i) F1 Emas [1 m] (ii) F2 Gading gajah [1 m] (iii) F3 Manik [1 m] (iv) F4 Hasil pertanian [1 m] [Maksimum: 3 m] (c) F1 Menggunakan teknologi moden [1 m] F2 Meluaskan kawasan pasaran [1 m] F3 Mengurangkan karenah birokrasi [1 m] F4 Menghasilkan barangan yang berkualiti [1 m] [Maksimum: 4 m] [Jawapan lain yang munasabah boleh diterima] Bahagian C 1 (a) F1 Tiang gaya Yunani [1 m] F2 Penggunaan siling [1 m] F3 Kubah berbentuk bulat [1 m] F4 Bumbungnya mempunyai struktur melengkung [1 m] F5 Penggunaan marmar [1 m] F6 Hiasan dalaman [1 m] F7 Batu dilepa dengan simen [1 m] F8 Saiz yang besar [1 m] [Maksimum: 6 m] Revisi Cpt Sej Tg3 Jaw.indd 408 07/03/2023 11:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


409 Jawapan (b) F1 Binaan berkubah terbesar di dunia [1 m] H1 Tempat penyembahan dewa-dewi masyarakat Rom [1 m] F2 Awalnya dibina oleh Marcus Visanius Agrippa pada tahun 27 SM [1 m] H2a Musnah dalam kebakaran pada tahun 80 M [1 m] H2b Dibangunkan semula oleh Maharaja Hadrian pada tahun 125 M [1 m] H2c Mengambil gaya binaan Zaman Yunani [1 m] H2d Bahagian hadapan mempunyai tiang yang kukuh [1 m] F3 Atap Pantheon merupakan kubah bersaiz besar [1 m] H3a Diameter 43 meter [1 m] H3b Dindingnya dibina daripada batubata yang dilepa dengan simen [1 m] F4 Puncak Pantheon mempunyai ruang terbuka [1 m] H4a Dikenali sebagai Oculus [1 m] H4b Berukuran 13 meter lebar [1 m] H4c Membolehkan cahaya masuk menyinari ruangan dalam binaan [1 m] [Maksimum: 6 m] (c) F1 Memberikan pendedahan kepada semua pelajar [1 m] F2 Menubuhkan lebih banyak fakulti pengajian berkaitan dengan seni bina [1 m] F3 Menjalinkan kerjasama dengan negara-negara maju [1 m] F4 Mengutamakan penglibatan anak tempatan dalam pembangunan negara [1 m] F5 Meningkatkan kualiti bahan binaan [1 m] F6 Menyediakan pinjaman dan biasiswa kepada pelajar yang cemerlang [1 m] F7 Menguasai bidang sains dan teknologi [1 m] F8 Membanyakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) [1 m] [Jawapan lain yang munasabah boleh diterima] [Maksimum: 8 m] 2 (a) F1 Peperiksaan yang sangat kompetitif [1 m] F2 Hanya lelaki dibenarkan menduduki peperiksaan tanpa mengira latar belakang dan status sosial [1 m] F3 Mengekalkan tradisi dan budaya China terutamanya ajaran Konfusianisme [1 m] F4 Larangan terhadap sebarang bentuk perubahan bagi mengekalkan keaslian tradisi China [1 m] [Maksimum: 4 m] (b) F1 Tahap pertama (Xiucai) [1 m] H1a Dijalankan pada peringkat daerah [1 m] H1b Terbuka kepada semua orang [1 m] H1c Diadakan dua kali setiap tiga tahun [1 m] H1d Tempoh peperiksaan selama sehari [1 m] H1e Bilangan calon antara 500 hingga 2 000 orang [1 m] H1f Kadar kelulusan ialah 1:35 [1 m] F2 Tahap kedua (Juren) [1 m] H2a Dijalankan di ibu kota daerah [1 m] H2b Terbuka kepada calon yang telah lulus tahap pertama [1 m] H2c Diadakan tiga tahun sekali [1 m] H2d Tempoh peperiksaan salama tiga hari [1 m] H2e Bilangan calon antara 4 800 hingga 10 000 orang [1 m] H2f Kadar kelulusan ialah 1:120 [1 m] F3 Tahap tiga (Jinshi) [1 m] H3a Dijalankan di ibu kota kerajaan [1 m] H3b Diadakan tiga tahun sekali [1 m] H3c Tempoh peperiksaan selama 13 hari [1 m] [Maksimum: 8 m] (c) F1 Menjadi asas penting kepada kecemerlangan tamadun China [1 m] F2 Menguasai pelbagai bidang [1 m] F3 Melahirkan pelajar dan sarjana yang bertanggungjawab [1 m] F4 Melahirkan pentadbir yang berwibawa [1 m] F5 Membentuk kerajaan yang maju [1 m] F6 Mampu bertahan sehingga awal abad ke-20 [1 m] F7 Menjadi agen perubahan membangunkan negara [1 m] F8 Setanding dengan tamaduntamadun awal yang lain [1 m] [Jawapan lain yang munasabah boleh diterima] [Maksimum: 8 m] Revisi Cpt Sej Tg3 Jaw.indd 409 07/03/2023 11:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version