PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
ii Unit 1 Sistem Bahasa 3 Kesalahan Bahasa 3 Penggolongan Kata 3 • Kata Nama 3 • Kata Kerja 6 • kata Adjektif 11 • Kata Tugas 14 Praktis Pengukuhan 1 31 Penjodoh Bilangan 34 Praktis Pengukuhan 2 37 Bahasa Istana 39 Praktis Pengukuhan 3 41 Pembentukan Kata 43 • Bentuk Kata Tunggal 43 • Bentuk Kata Terbitan 43 • Bentuk Kata Majmuk 47 • Bentuk Kata Ganda 49 Praktis Pengukuhan 4 52 Pembinaan Frasa 55 • Frasa Nama 55 • Frasa Kerja 56 • Frasa Adjektif 58 • Frasa Sendi Nama 59 Praktis Pengukuhan 5 61 Kesalahan Ejaan 63 Huruf Kecil dan Huruf Besar 63 Tanda Sempang 63 Ejaan yang Dirapatkan dan Dijarakkan 64 Perkataan Pinjaman 65 Pola Keselarasan Vokal 65 Praktis Pengukuhan 6 67 Pembinaan Ayat 68 Subjek dan Predikat 68 Pola Ayat 70 Jenis Ayat 71 Ayat Bersusunan Biasa dan Ayat Bersusunan Songsang 73 Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk 75 Ayat Aktif dan Ayat Pasif 80 Ayat Tanya 83 Cakap Ajuk dan Cakap Pindah 84 Praktis Pengukuhan 7 86 Peribahasa 91 Simpulan Bahasa 91 Perumpamaan 93 Pepatah 95 Bidalan 98 Kata-kata Hikmat 100 Praktis Pengukuhan 8 101 Perbendaharaan Kata 104 Kata Hampir Sama Makna 104 Kata Banyak Makna 106 Praktis Pengukuhan 9 108 Pemahaman Petikan (Bahagian A) 110 Unit 2 Glosari Aspek Kajian KOMSAS 110 Aspek Kajian Puisi Tradisional dan Puisi Moden 110 Aspek Kajian Prosa Tradisional dan Prosa Moden (Cerpen dan Drama) 112 Tingkatan 1: Antologi Kuingin Berterima Kasih 114 Puisi Tradisional 114 • Pantun Dua Kerat (Nasihat) 114 • Syair Pohon Buluh 116 Sajak 118 • Kita Umpama Sehelai Daun 118 • Kuingin Berterima Kasih 120 • Aku 121 • Kunci Bahasa 122 Prosa Tradisional 124 • Asal Padi 124 Kandungan RC PT3 BM(Kand).indd 2 09/03/2023 3:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
iii Cerpen 126 • Oren 126 • Hadiah (… atas kejayaan para guru menghasilkan Aku) 129 • Kuih Bakul Limau Mandarin 131 Drama 133 • Hadiah 133 Praktis Pengukuhan 10 136 Tingkatan 2: Antologi Baik Budi, Indah Bahasa 143 Puisi Tradisional 143 • Pantun Alam Remaja 143 • Pantun Kiasan 144 • Pantun Budi 146 • Pantun Nasihat 148 • Pantun Kasih Sayang 150 • Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah) 151 Sajak 154 • Dalam Persekitaran Kata-kata 154 • Roti 155 • Kucari Damai di Sini 157 • Pada Sekuntum Mawar 158 Prosa Tradisional 160 • Pelanduk Mengajar Memerang 160 Cerpen 164 • Banjir di Mata Emak 164 • Talia dan Raksasa Qadqad 167 • Menuai Emas 171 Drama 174 • Mahkamah 174 Praktis Pengukuhan 11 177 Tingkatan 3: Antologi Bintang Hati 185 Puisi Tradisional 185 • Syair Burung Nuri 185 • Santap Istiadat 187 Sajak 188 • Kijang yang Lelah 188 • Pesan Ibu Beribu-ribu 190 • Senja di Palang Besi 192 • Bintang 194 Prosa Tradisional 195 • Bahagia Sesudah Derita 195 Cerpen 199 • Legasi Tapai Ubi 199 • Sekeping Tanah 203 • Bawod 206 Drama 210 • Tenang-tenang Air di Tasik 210 Praktis Pengukuhan 12 215 Pemahaman Petikan (Bahagian B) 223 Unit 3 Pengenalan 223 Praktis Pengukuhan 13 226 Unit 4 Novel 232 Pengenalan 232 Tingkatan 1: 233 Zon 1 (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) • Novel Pelari Muda 233 Zon 2 (Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya) • Novel Destinasi Impian 237 Zon 3 (Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan) • Novel Formula Termodinamik 242 Zon 4 (Johor, Sabah, Sarawak dan WP Labuan) • Novel Sejambak Bakti 248 Praktis Pengukuhan 14 254 Tingkatan 2: 255 Zon 1 (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) • Novel Jalan ke Puncak 255 Zon 2 (Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya) • Novel Meniti Impian 259 RC PT3 BM(Kand).indd 3 09/03/2023 3:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
iv Zon 3 (Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan) • Novel Jejak MONPUS 264 Zon 4 (Johor, Sabah, Sarawak dan WP Labuan) • Novel Darah Titik di Semantan269 Praktis Pengukuhan 15 274 Tingkatan 3: 275 Zon 1 (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) • Novel Justeru Impian di Jaring 275 Zon 2 (Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya) • Novel Tawanan Komander 280 Caucasus Zon 3 (Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan) • Novel Chot 285 Zon 4 (Johor, Sabah, Sarawak dan WP Labuan) • Novel Hempasan Ombak 290 Praktis Pengukuhan 16 295 Pemindahan Maklumat 299 Unit 5 Ringkasan 299 Pengenalan 299 Rumusan 302 Pengenalan 302 Ulasan 305 Pengenalan 305 Praktis Pengukuhan 17 308 Karangan Respons Terhad 310 Unit 6 Pengenalan 310 Praktis Pengukuhan 18 313 Karangan Respons Terbuka 316 Unit 7 Pengenalan 316 Panduan Menjawab Soalan Karangan 316 Menulis Pendahuluan Karangan 317 Menulis Isi Karangan 318 Menulis Penutup Karangan 318 Jenis-jenis Karangan 319 Karangan Jenis Pendapat/ Perbincangan 319 Karangan Jenis Fakta 321 Karangan Jenis Cereka 324 Karangan Jenis Keperihalan 327 Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi 329 Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi 332 Karangan Jenis Wawancara/ Temu Ramah/Dialog 335 Karangan Jenis Laporan 338 Karangan Jenis Berita 341 Karangan Jenis Ucapan 343 Karangan Jenis Ceramah 346 Karangan Jenis Syarahan 348 Karangan Jenis Perbahasan 351 Praktis Pengukuhan 19 354 Unit 8 Ujian Lisan 355 Pengenalan 355 Ujian Bertutur 355 Contoh Ujian Bertutur 355 Cadangan Jawapan 356 Ujian Mendengar 358 Contoh Ujian Mendengar 358 Jawapan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 367 Tingkatan 1 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 380 Tingkatan 2 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 393 Tingkatan 3 IMBAS DAN MUAT TURUN • Skrip Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar • Audio Ujian Mendengar RC PT3 BM(Kand).indd 4 09/03/2023 3:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
v Format Pentaksiran Menengah Rendah Bahasa Melayu Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2 dan 3 Bil. Perkara Kertas 1 (02/1) Kertas 2 (02/2) 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis (Pemahaman) Ujian Bertulis (Penulisan) 2 Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (AOP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka 3 Bilangan Soalan Bahagian A • Morfologi/Frasa/Sintaksis/ Peribahasa (OAP) – 10 soalan • Pemahaman Petikan (OAP) – 5 soalan Bahagian B • Morfologi/Frasa/Sintaksis (OPB) – 4 soalan • Pemahaman Petikan (Subjektif Respons Terhad) – 3 soalan • Novel: KOMSAS (Subjektif Respons Terhad) – 1 soalan Bahagian C • Pemindahan Maklumat (Subjektif Respons Terhad) – 1 soalan – Ringkasan (Tingkatan 1) – Ringkasan/Rumusan (Tingkatan 2) – Ringkasan/Ulasan (Tingkatan 3) Bahagian A Karangan (Subjektif Respons Terhad) – 1 soalan Bahagian B Karangan (Subjektif Respons Terbuka) – 3 soalan (Jawab 1 soalan sahaja) RC PT3 BM(Format).indd 5 09/03/2023 3:31 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
vi Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2 dan 3 Bil. Perkara Kertas 1 (02/1) Kertas 2 (02/2) 4 Jumlah Markah Bahagian A: 15 markah Bahagian B: 30 markah Bahagian C: 15 markah Bahagian A: 10 markah Bahagian B: 30 markah Jumlah: 100 markah 5 Tempoh Ujian 1 jam 30 minit 1 jam 6 Konstruk • Kemahiran aplikasi maklumat (Membaca dan memahami) • Pengetahuan sistem bahasa • Kemahiran aplikasi bahasa (Menulis) • Kemahiran kreatif dan apresiasi bahasa (Membaca dan menulis) 7 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi – 5 : 3 : 2 8 Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik • Holistik RC PT3 BM(Format).indd 6 09/03/2023 3:31 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 1 Kata Hubung Nota Grafik Unit 1 Sistem Bahasa Kata Bantu Kata Nafi Kesalahan dalam Kata Tugas Kesalahan Ayat Pegawai kewangan di syarikat terkemuka itu dilucutkan jawatan sebab telah pecah amanah. Analisis Kesalahan Ayat Perkataan sebab bukanlah kata hubung tetapi kata nama. Oleh itu, perkataan sebab tidak boleh ditukar ganti dengan kata hubung keterangan kerana. Jadi, penggunaan yang tepat ialah kata hubung keterangan musabab kerana bagi menunjukkan sebab atau alasan. Kesalahan Ayat Hamirah dapat pergi ke perkhemahan itu jika dibenarkan oleh bapanya. Analisis Kesalahan Ayat Kata bantu dapat digunakan untuk merujuk kemampuan. Bagi ayat yang merujuk keizinan, kata bantu boleh perlu digunakan. Kesalahan Ayat Hadiah yang dibaluti kertas berwarna-warni ini tidak untuk saya. Analisis Kesalahan Ayat Kata nafi tidak tidak boleh hadir di hadapan frasa sendi untuk saya. Bagi frasa sendi, penggunaan kata nafi bukan perlulah digunakan. RC PT3 BM(1).indd 1 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 2 Kata Tanya Kesalahan Ayat Nama anak kucing yang dijumpai di Restoran Selera Timur itu siapa? Analisis Kesalahan Ayat Kata tanya siapa untuk mendapatkan jawapan bagi nama orang atau manusia. Jadi, penggunaan kata tanya yang tepat ialah apa untuk mendapatkan nama objek selain nama manusia. Kata Perintah Kesalahan Ayat Tolong jangan sepahkan barang permainan yang telah disusun oleh ibu. Analisis Kesalahan Ayat Kata perintah tolong dan jangan tidak boleh digunakan secara berturutan. Untuk ayat yang lebih gramatis, gunakan kata perintah jangan sahaja menjadi, Jangan sepahkan... . Kata Penguat Kesalahan Ayat Senarai murid yang memperoleh markah paling tinggi sekali dalam kuiz Matematik telah ditampal pada papan kenyataan kelas. Analisis Kesalahan Ayat Kata penguat paling dan sekali tidak boleh digunakan secara bersamasama kerana sudah bermaksud darjah penghabisan. Oleh itu, ayat tersebut perlu ditulis sebagai ...paling tinggi... atau ... tinggi sekali... . RC PT3 BM(1).indd 2 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 3 Kesalahan Bahasa Penggolongan Kata Kata Nama 1 Kata nama ialah kata yang merujuk nama manusia, haiwan, benda, tempat dan konsep. 2 Kata nama menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama. 3 Kata nama boleh ditandai dengan kehadiran kata bilangan atau penjodoh bilangan. Frasa Nama Penentu Kata nama Penerang seluruh kawasan rendah beberapa buah rumah kedai setengah-setengah murid bermasalah ketiga-tiga utas rantai emas semua kereta lama 4 Kata nama boleh digolongkan kepada tiga kategori, iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama. Kata Nama Am 1 Kata nama am ialah perkataan yang merujuk orang, haiwan, benda, perkara atau konsep secara umum. 2 Kata nama am boleh dibahagikan pula kepada beberapa jenis sama ada hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak dan berbilang atau tak berbilang. 1 Ciri-ciri kata nama am ialah: (a) rujukan nama secara umum (b) dieja menggunakan huruf kecil (c) boleh diterbitkan (d) contoh: kereta, guru 2 Ciri-ciri kata nama khas ialah: (a) rujukan nama secara khusus (b) dieja menggunakan huruf besar (c) tidak boleh diterbitkan (d) contoh: Waja, Encik Hazim Galeri Info 1 Sistem Bahasa Kertas 1: Bahagian A dan B (Soalan 1, 2, 3 dan 4) Unit RC PT3 BM(1).indd 3 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 4 Kata Nama Khas 1 Kata nama khas ialah perkataan yang merujuk orang, haiwan, benda, perkara atau konsep secara khusus. 2 Kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada huruf pertama. 3 Kata nama khas boleh dibahagikan pula kepada beberapa jenis sama ada hidup atau tak hidup dan manusia atau bukan manusia. Kata Nama Khas Hidup Tak hidup Manusia Bukan manusia • Menara Jati • Klinik Dr. Lee • Laut Merah • Perak • Yang Mulia • Samsung • Doktor Sarah • Puan Devi • Pak Man • Pak Belang • Jibril • Capsicum annum (lada) Kata Ganti Nama 1 Kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan kata nama am atau kata nama khas. 2 Rajah di bawah menunjukkan penggolongan kata ganti nama. Peta Dakap kata ganti nama tunjuk kata ganti nama diri kata ganti nama diri tanya kata ganti nama diri orang • pertama • kedua • ketiga • apa • mana • siapa • itu • ini 1 Kata ganti nama diri pertama“kami”bemaksud saya dengan dia. Orang yang diajak bercakap tidak turut serta. 2 Kata ganti nama diri pertama “kita” bermaksud “anda” dengan “saya” atau “anda” dengan “kami”. Orang yang diajak bercakap turut serta. Galeri Info Kata Ganti Nama Tunjuk 1 Kata ganti nama diri tunjuk ialah perkataan yang menggantikan kata nama dan mendukung maksud benda atau sesuatu perkara yang dirujuk. RC PT3 BM(1).indd 4 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 5 2 Terdapat dua kata ganti nama tunjuk, iaitu: (a) ini – menunjukkan benda/perkara yang dekat (b) itu – menunjukkan benda/perkara yang jauh 3 Lihat contoh penggunaannya dalam ayat di bawah. (a) Novel seram ini telah saya baca berulang-ulang kali. (b) Kawasan rendah itu telah ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh. Kata Ganti Nama Diri Tanya 1 Kata ganti nama tanya ialah perkataan yang menggantikan benda, tempat atau orang dalam bentuk pertanyaan. 2 Terdapat tiga kata ganti nama diri tanya, iaitu: (a) apa – merujuk benda atau perkara (b) mana – merujuk benda atau orang (c) siapa – merujuk orang 3 Lihat contoh penggunaannya dalam ayat di bawah. (a) Nama bangunan itu apa? (b) Buku latihan kamu mana? (c) Perempuan berkebaya merah itu siapa? 4 Kata ganti nama diri tanya boleh hadir di hadapan ayat dengan adanya partikel -kah. 5 Lihat contoh penggunaannya dalam ayat di bawah. (a) Apakah nama bangunan itu? (b) Manakah buku latihan kamu? (c) Siapakah perempuan berkebaya merah itu? 6 Kata ganti nama diri tanya boleh digandakan untuk membawa maksud tidak tentu atau penegasan. Contohnya: (a) apa-apa – Apa-apa pertanyaan bolehlah diajukan sekarang. (b) mana-mana – Anda boleh bercuti di mana-mana negara Asia. (c) siapa-siapa/sesiapa – Bengkel ini untuk siapa-siapa yang ingin berjaya. Analisis Kesalahan Bahasa Ayat yang salah Analisis Kita mestilah bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan. Kata ganti nama diri tanya apa, mana dan siapa digunakan untuk merujuk benda, perkara, konsep dan manusia. Ketiga-tiga kata ganti nama diri tanya ini hanya hadir dalam ayat tanya. Bagi merujuk sesuatu yang tidak pasti, kata ganti nama diri tanya apa-apa, mana-mana dan siapa-siapa perlu digunakan. RC PT3 BM(1).indd 5 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 6 Kata Ganti Nama Diri Orang 1 Kata ganti nama diri orang ialah perkataan yang merujuk diri orang tertentu. 2 Rajah di bawah menunjukkan kata ganti nama diri mengikut jenisnya. Kata ganti nama diri orang Pertama Kedua Ketiga Tunggal Jamak Tunggal Jamak Tunggal Jamak saya, aku, patik, hamba, beta kami, kita anda, kamu, awak, engkau, tuanku kalian, anda ia, dia, -nya, beliau, baginda mereka 3 Secara mudahnya, kata ganti nama diri orang pertama merujuk orang yang bercakap. Kata ganti nama diri orang kedua pula merujuk orang yang dilawan bercakap. Akhir sekali, kata ganti nama diri orang ketiga merujuk orang yang diperkatakan. Analisis Kesalahan Bahasa Ayat yang salah Analisis (a) Oleh sebab negarawan itu telah banyak melakukan pembangunan negara, jasa dia perlu dikenang. Kata ganti nama diri dia merujuk orang biasa manakala bagi orang yang dihormati seperti tokoh, pemimpin, ibu bapa dan guru, penggunaan kata ganti nama diri beliau perlu digunakan. Bagi merujuk tokoh, penggunaan kata ganti nama diri beliau lebih tepat. (b) “Tuanku telah berkenan untuk mencemar duli ke Majlis Pecah Tanah ini,” kata pegawai itu kepada pekerjanya. Kata ganti nama diri tuanku digunakan ketika kita bercakap dengan raja manakala kata ganti nama diri baginda merujuk raja yang sedang diperkatakan. Dalam konteks ayat di atas, kata ganti nama diri baginda patut digunakan. Kata Kerja 1 Kata kerja ialah kata yang merujuk perbuatan yang dilakukan oleh manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan atau benda tak hidup. 2 Kata kerja menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Frasa kerja boleh disertai oleh beberapa unsur lain seperti objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan. 3 Kata kerja boleh ditandai dengan kehadiran kata bantu. 4 Beberapa contoh ayat yang berikut mengandungi predikat frasa kerja. RC PT3 BM(1).indd 6 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 7 Subjek Predikat Kata bantu Kata kerja Objek Pelengkap Keterangan (a) Maria tersenyum (b) Encik Rahman sedang membaca surat khabar. (c) Penyakit datuk sudah beransur pulih. (d) Pokok mangga telah ditanam di kebun. 5 Kata kerja dapat digolongkan kepada empat jenis, iaitu kata kerja transitif aktif, kata kerja transitif pasif, kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap. Kata Kerja Transitif Aktif 1 Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mempunyai objek yang terdiri daripada frasa nama. Kata kerja transitif aktif wujud dengan imbuhan meN-, meN-...-kan dan meN-...-i. 2 Lihat contoh kata kerja transitif aktif dalam ayat di bawah. (a) Sukarelawan itu telah menyerahkan wang derma kepada mangsa banjir. (b) Sultan Melaka menitahkan hulubalang untuk berkawal di perairan. (c) Hakim telah menjatuhi penjenayah itu setelah meneliti hujah yang diperdengarkan. Analisis Kesalahan Bahasa Ayat yang salah Analisis (a) Budak kecil itu menggenggam erat-erat tangan ibunya. (b) Kamariah membaca berbulan-bulan novel yang tebal itu. Kata kerja transitif aktif dengan objek tidak boleh disisipi oleh keterangan. Sepatutnya, ayat itu perlu diubah kepada: (a) Budak kecil itu menggenggam tangan ibunya eraterat. (b) Kamariah membaca novel yang tebal itu berbulanbulan. 1 Terdapat empat kata kerja yang dikenali sebagai kata kerja haus, iaitu makan, minta, minum dan mohon. 2 Haus bermaksud keempat-empat kata kerja ini tidak memerlukan imbuhan meN-. Galeri Info RC PT3 BM(1).indd 7 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 8 3 Selain imbuhan meN-, meN-...- kan dan meN-...-i, kata kerja transitif aktif juga boleh wujud dengan imbuhan teR-, misalnya dalam contoh ayat di bawah. (a) Bayi ini terminum ubat batuk. (b) Pemburu itu terlihat seekor pelanduk di balik pokok. (c) Bayi itu tertelan guli yang terdapat di bawah almari. (d) Lori yang membawa muatan berat itu terlanggar sebuah kereta. Analisis Kesalahan Bahasa Ayat yang salah Analisis (a) Forum itu sedang membincangkan tentang peranan ibu bapa menangani jenayah siber. Kata kerja transitif aktif membincangkan bermaksud berbincang tentang (sesuatu). Jadi, penggunaan yang tepat ialah kata berbincang tentang atau membincangkan tanpa diikuti oleh kata sendi tentang. (b) Ibu saya memberi keizinan untuk menyertai perkhemahan itu. Kata kerja transitif aktif memberi bermaksud menyerahkan sesuatu kepada seseorang.Jadi, penggunaan yang tepat ialah kata memberikan yang bermaksud menyerahkan sesuatu. (c) Tukang sapu itu mendekati longgokan sampah yang disapunya dengan tong sampah. Kata kerja transitif aktif mendekati bemaksud pergi atau datang kepada seseorang atau sesuatu.Jadi, penggunaan yang tepat ialah kata mendekatkan yang bermaksud meletakkan sesuatu supaya dekat. Kata Kerja Transitif Pasif 1 Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang digunakan dalam ayat pasif. 2 Lihat contoh kata kerja transitif pasif dalam ayat di bawah. (a) Bilik itu telah kamu kemas? (b) Sampan ditolak oleh nelayan itu ke tepi pantai. (c) Fail kewangan syarikat masih saya kemas kini sejak semalam. (d) Program kutipan derma itu telah kami laksanakan dengan jayanya. Semak Cepat 1 Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata kerja transitif dengan betul. I Ayah mengirimi nenek wang. II Kerajaan memberikan subsidi kepada golongan petani. III Lima orang pekerja itu sedang memperlebarkan jalan raya. IV Hakim memperolehi markah paling tinggi dalam subjek itu. A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV RC PT3 BM(1).indd 8 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 9 Analisis Kesalahan Bahasa Ayat yang salah Analisis (a) (i) Ruang tamu itu saya telah bersihkan tadi. (ii) Buku yang bertaburan di atas lantai itu kami akan susun. (iii) Lak samana b eta masih titahkan untuk mengawasi perairan. Kata kerja pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh diselitkan apa-apa unsur di antaranya. Sepatutnya, ayat itu perlu diubah kepada: (i) Ruang tamu itu telah saya bersihkan tadi. (ii) Buku yang bertaburan di atas lantai itu akan kami susun. (iii) Laksamana masih beta titahkan untuk mengawasi perairan. (b) (i) Bonus untuk penjawat awam telah kerajaan umumkan semalam. (ii) Kasih sayang yang ibu bapa curahkan perlu dihargai oleh anakanak. (iii) Keuntungan jualan masih belum mereka hitung k e r a n a kepenatan. Kata kerja pasif dengan kata ganti nama diri ketiga tidak boleh digugurkan imbuhan awalannya. Sepatutnya, ayat itu perlu menggunakan kata kerja pasif di-... oleh seperti ayat di bawah: (i) Bonus untuk penjawat awam telah diumumkan oleh kerajaan semalam. (ii) Kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa perlu dihargai oleh anak-anak. (iii) Keuntungan jualan masih belum dihitung oleh mereka kerana kepenatan. 3 Kata kerja pasif di atas hanyalah contoh kata kerja pasif diri pertama, kedua dan ketiga. Selain kata kerja pasif di atas, terdapat tiga lagi jenis kata kerja pasif dalam bahasa Melayu, iaitu: (a) Kata kerja pasif dengan imbuhan teR- (i) Meja yang berat itu tidak terangkat oleh saya. (ii) Bukit yang curam ini tidak terdaki oleh kami. (iii) Perompak yang memecah masuk ke rumah ketua kampung terlihat oleh mereka. (b) Kata kerja pasif dengan apitan ke-....-an (i) Pengunjung pesta itu kehujanan. (ii) Wang tunainya kecurian ketika ditinggalkan di dalam kelas. Ayat-ayat di atas membawa maksud: (i) Pengunjung pesta itu ditimpa hujan. (ii) Wang tunainya dicuri ketika ditinggalkan di dalam kelas. (c) Kata kerja pasif dengan perkataan kena (i) Jualan murah di pasar raya itu kena serbu oleh pembeli. (ii) Perabot lama itu kena buang oleh orang kaya itu. Ayat-ayat di atas membawa maksud: (i) Jualan murah di pasar raya itu diserbu oleh pembeli. (ii) Perabot lama itu dibuang oleh orang kaya itu. RC PT3 BM(1).indd 9 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 10 Semak Cepat 2 Ayat pasif yang berikut betul, kecuali A Almari itu tidak terangkat oleh saya. B Kami kehujanan ketika pulang dari sekolah. C Kasih sayang yang ibu bapa curahkan perlulah dihargai. D Laksamana telah beta titahkan untuk mengetuai utusan ke China. Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap 1 Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang diikuti oleh unsur pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. 2 Pelengkap tidak sama dengan objek atau penyambut kerana kata kerja tak transitif berpelengkap tidak boleh dipasifkan. 3 Lihat contoh ayat yang mempunyai kata kerja tak transitif berpelengkap seperti di bawah. (a) Mereka tidak berniat jahat. (b) Cita-citanya menjadi seorang doktor. (c) Kami sekeluarga tinggal di Taman Danau. (d) Penyakit yang dialaminya beransur sembuh. (e) Tidur pengemis di kaki lima itu berbantalkan lengan. 4 Dalam ayat di atas, perkataan yang dicondongkan ialah kata kerja tak transitif berpelengkap, manakala unsur selepasnya ialah pelengkap. Sekiranya unsur pelengkap digugurkan, maka ayat yang terhasil tidak sempurna, misalnya: (a) Mereka tidak berniat.* (b) Cita-citanya menjadi.* (c) Kami sekeluarga tinggal.* (d) Penyakit yang dialaminya beransur.* (e) Tidur pengemis di kaki lima itu berbantalkan.* Analisis Kesalahan Bahasa Ayat yang salah Analisis (a) Rumahnya berlantaikan dengan buluh. (b) Huraian karangan kamu perlulah berpandukan kepada gambar tersebut. Kata kerja yang menggunakan imbuhan apitan ber-...-kan tidak boleh diikuti oleh kata sendi atau kata hubung. Sepatutnya, ayat itu perlu diubah kepada: (a) Rumahnya berlantaikan/berlantai dengan buluh. (b) Huraian karangan kamu perlulah berpandukan/ berpandu kepada gambar tersebut. RC PT3 BM(1).indd 10 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 11 5 Unsur-unsur pelengkap boleh terdiri daripada frasa nama, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Unsur pelengkap dalam ayat di bawah telah digariskan. Frasa nama sebagai pelengkap (a) Pak Mail ada seekar tanah. (b) Mak Minah tinggal seorang diri. Frasa adjektif sebagai pelengkap (a) Luka di kakinya beransur baik. (b) Pencemaran sungai menjadi teruk. Frasa sendi nama sebagai pelengkap (a) Kami menetap di Kampung Bayu. (b) Pemandu itu membelok ke kanan. Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap 1 Kata kerja tak transitif tak berpelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut. 2 Lihat contoh ayat yang mempunyai kata kerja tak transitif tak berpelengkap seperti di bawah. (a) Lalang mulai tumbuh. (b) Padi di bendang sudah menguning. Ayat-ayat di atas boleh diperluas dengan menambahkan keterangan seperti berikut: (a) Lalang mulai tumbuh apabila rumah itu tidak berpenghuni. (b) Padi di bendang sudah menguning sejak seminggu yang lalu. Kata Adjektif 1 Kata adjektif ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. 2 Kata adjektif boleh hadir dengan satu perkataan atau lebih. Contohnya: (a) Suara penyanyi itu amat nyaring. (b) Golongan bijak pandai itu sedang membincangkan krisis ekonomi dunia. 3 Kata adjektif boleh ditandai dengan kehadiran kata penguat dan kata bantu. Contohnya: (a) Bau sungai itu amat busuk. (b) Bajunya merah benar. (c) Suara biduanita itu masih merdu. 4 Kata adjektif dapat digolongkan kepada sembilan jenis, iaitu kata adjektif sifat, warna, ukuran, bentuk, waktu, jarak, cara, perasaan dan pancaindera. Terdapat banyak kata adjektif yang mempunyai sinonim, contohnya: (a) bijak, pandai, cerdik, pintar (b) aman, damai, tenteram, tenang (c) erat, akrab, kemas, ketat, kuat (d) bodoh, bebal, dungu, tolol (e) kelam, suram, gelap, kabur (f) fasih, petah, lancar, petes Galeri Info RC PT3 BM(1).indd 11 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 12 Jenis kata adjektif Contoh ayat Kata adjektif sifat memberikan pengertian sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan nama (a) Pesakit yang baru dibedah itu masih lemah. (b) Kanak-kanak berusia lima tahun itu sungguh cerdik. (c) Corak permainannya yang kasar menyebabkan kad kuning dilayangkan. Kata adjektif warna memberikan pengertian warna sebagai unsur keterangan (a) Wanita yang berambut perang itu ditahan polis. (b) Kaki langit petang berwarna jingga. (c) Tompokan merah pada baju itu ialah darah. Kata adjektif ukuran memberikan penerangan ukuran sebagai unsur keterangan (a) Sungai Pahang sungai paling panjang di Semenanjung Malaysia. (b) Novel trilogi itu tebal amat. (c) Pokok-pokok renek ditanam di sepanjang jalan. Kata adjektif bentuk memberikan pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan (a) Jalan lekuk itu sedang dibaiki. (b) Perut budak lelaki itu buncit. (c) Tayar kereta ayah kempis kerana kurang angin. Kata adjektif waktu memberikan pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan (a) Borang ini perlu dihantar segera ke pejabat. (b) Murid itu panik apabila masa menjawab kian suntuk. (c) Peristiwa silam masih membayangi Ziana. Kata adjektif jarak memberikan pengertian konsep ruang antara dua benda atau keadaan sebagai penerang kata nama (a) Budak itu nyaris dilanggar. (b) Wanita mengandung itu hampir terjatuh. (c) Runtuhan tanah itu sungguh dekat dengan rumahnya. Kata adjektif cara memberikan pengertian keadaan kelakuan atau ragam sebagai penerang kata nama (a) Nenek sering sakit-sakit sejak akhir-akhir ini. (b) Kereta yang dipandu laju itu terbabas ke dalam gaung. (c) Penyerang yang lincah itu dikawal ketat oleh pihak lawan. Kata adjektif perasaan memberikan pengertian konsep perasaan sebagai penerang kata nama dan harus diikuti kata sendi nama (a) Kami benci akan sikapnya yang sombong. (b) Guru disiplin masih ragu terhadap pengakuannya. (c) Sebagai rakyat yang patriotik, kita harus sayang akan negara. Kata adjektif pancaindera memberikan pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera sebagai penerang kata nama (a) Buah belimbing muda itu masam. (b) Pemuda itu tampan sekali. (c) Mereka bersorak sehingga serak suara mereka. (d) Ikan keli yang disiang ibu hanyir benar. (e) Tenunan halus menggamit hati pelancong. RC PT3 BM(1).indd 12 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 13 Analisis Kesalahan Bahasa Ayat yang salah Analisis (a) Rumah baru yang dibina di atas bukit itu mencecah harga jutaan ringgit. Penggunaan kata baru dalam ayat bukanlah kata adjektif waktu tetapi kata bantu. Oleh itu, penggunaan kata adjektif waktu baharu perlu digunakan dan menjadi Rumah baharu... . (b) Oleh sebab anaknya sukakan durian, Encik Rahmat membelinya lima kilo. Penggunaan kata adjektif perasaan perlu diikuti dengan kata sendi. Ayat tersebut menyalahi hukum tatabahasa. Kata adjektif perasaan suka perlu diikuti oleh kata sendi bukannya imbuhan akhiran -kan. Oleh itu, ayat itu perlu diubah menjadi ...suka akan... . Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan, iaitu darjah biasa, darjah bandingan dan darjah penghabisan. Darjah Biasa Kata adjektif jenis ini dapat digunakan bagi menunjukkan darjah biasa seperti dalam ayat di bawah. (a) Tasik itu amat dalam. (b) Mangga muda ini masam. (c) Kehidupan adik-beradik itu susah. (d) Bau pakaian yang tidak dicuci itu hapak. (e) Penerangan beliau tentang penipisan lapisan ozon jelas. Darjah Bandingan Kata adjektif ini dapat digunakan untuk melakukan perbandingan sama ada bandingan yang sama atau bandingan yang berbeza. Bandingan yang sama Bandingan yang berbeza Bandingan yang sama dilakukan dengan menggabungkan imbuhan awalan se- dengan kata adjektif. Lihat contoh ayat di bawah. (a) Air laut itu sejernih kaca. (b) Hati anak-anaknya sekeras batu. (c) Sungai Gombak tidak sekotor Sungai Juru. (d) Datuk Rahmat tidak sekaya Datuk Halim. Bandingan yang berbeza dilakukan dengan meletakkan kata penguat lebih atau kurang di hadapan kata adjektif seperti ayat di bawah. (a) Mak Piah lebih muda daripada Mak Minah. (b) Bajunya lebih besar daripada baju adikberadiknya. (c) Masakan cef itu kurang enak daripada masakan Cef Kamil. (d) Lampu jenama A kurang terang daripada lampu jenama B. RC PT3 BM(1).indd 13 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 14 Darjah Penghabisan Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan boleh dilakukan dengan cara-cara yang berikut: Penggunaan Contoh ayat se- + kata adjektif + gandaan + kata nama (a) Sepandai-pandai penipu, perbuatan mereka tetap terbongkar juga. (b) Mawar ialah sewangi-wangi bunga. ter- + kata adjektif (a) Melaka pernah termasyhur sebagai pusat perdagangan entrepot dunia. (b) Sungai Rejang ialah sungai terpanjang di Malaysia. paling + kata adjektif (a) Amin paling berani antara rakan-rakannya. (b) Cikgu Rosiah akan tiba di sekolah paling lewat pukul 7:00 pagi. kata adjektif + sekali (a) Kamaliah anggun sekali dengan baju kebaya moden. (b) Bau air longkang itu busuk sekali. ter- + amat/sangat + kata adjektif (a) Pemandangan sawah padi pada waktu petang teramat indah. (b) Perabot di dalam banglo itu tersangat mewah. amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali (a) Masakan ibu sungguh sedap sekali. (b) Sangat maju sekali perniagaan Pak Rahim. Semak Cepat 3 Ayat-ayat yang berikut betul, kecuali A Penyanyi yang paling terkenal telah tiba di stadium. B Aiman ialah murid aliran sains terbaik di sekolahnya. C Pokok kelapa yang paling condong sekali itu ditebang. D Suatu ketika dahulu, Melaka pernah menjadi pelabuhan entrepot yang ternama sekali. Kata Tugas Kata tugas dapat dibahagikan kepada kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan kata pascakata. Kata Penyambung Ayat 1 Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang berfungsi menyambungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi ayat majmuk. 2 Terdapat tiga jenis kata hubung, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan (kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan) serta kata hubung berpasangan. RC PT3 BM(1).indd 14 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 15 Kata Hubung Gabungan 1 Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang menggabungkan dua atau lebih ayat yang bersifat setara. 2 Kata hubung dan, atau, lalu, sambil, serta, selain, di samping, malahan, tambahan pula, kemudian, akhirnya dan sebagainya menunjukkan maksud yang setara atau sama. (a) Kucing itu mengiau sambil memandang saya. (b) Aktiviti kokurikulum memupuk nilai murni selain mengisi masa lapang. (c) Rahman mengambil borang di kaunter, kemudian mengisinya, akhirnya menunggu giliran untuk ditemu duga. 3 Ayat-ayat gabungan yang dibentuk daripada kata hubung tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal dan sebagainya menunjukkan maksud yang bertentangan. (a) Encik Rahmat gemar membaca tetapi anaknya tidak. (b) Kenderaan tidak dibenarkan masuk melainkan ada pelekat khas. (c) Amira membeli baju yang mahal padahal ada yang lebih murah. Kata Hubung Pancangan Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga, iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata Hubung Pancangan Relatif Kata hubung pancangan relatif ialah kata hubung yang seperti dalam contoh di bawah. (a) Penjenayah yang melarikan duit itu telah ditangkap. (b) Kemalangan itu melibatkan kereta yang dipandu laju. (c) Datuk Harun akan membeli rumah yang terletak di atas bukit itu. Kata Hubung Pancangan Komplemen 1 Kata hubung pancangan komplemen ialah kata yang melengkapkan maksud klausa utama. 2 Terdapat dua kata hubung pancangan komplemen, iaitu bahawa dan untuk. (a) Bahawa wabak selesema burung tidak serius adalah tidak benar. (b) Beberapa keping gambar digunakan untuk menjelaskan hukum itu. (c) Untuk Fahmi menjuarainya amat tipis. RC PT3 BM(1).indd 15 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 16 Kata Hubung Pancangan Keterangan Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang memberikan huraian lanjut kepada kata kerja ayat induk. Jenis keterangan Contoh ayat Keterangan musabab Keterangan musabab ialah unsur yang memberikan sebab berlakunya kejadian atau perbuatan. Kata hubung keterangan musabab ialah kerana, oleh sebab dan lantaran. (a) Sukan tahunan ditangguhkan kerana ribut petir. (b) Oleh sebab kestabilan negara, pelabur berminat menanam modal. (c) Pasukan teater mengungguli pertandingan lantaran latihan yang kerap. Keterangan akibat Keterangan akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Kata hubung keterangan akibat ialah hingga dan sehingga. (a) Budak perempuan itu menangis hingga bengkak matanya. (b) Kereta curi itu dipandu sehingga habis minyak. Keterangan syarat Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat ialah jika, sekiranya, andai kata, kalau dan jikalau. (a) Dia boleh menyertai kem itu jika ibu mengizinkannya. (b) Kemiskinan boleh diatasi sekiranya taraf hidup ditingkatkan. (c) Andai kata saya sihat, saya akan datang ke majlis kamu. (d) Penjual itu akan berurus niaga kalau kami menyediakan wang tunai. (e) Artikel kamu akan disiarkan jikalau menepati syarat. Keterangan waktu Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan waktu ialah sejak, semenjak, setelah, sementara, tatkala dan ketika. (a) Kami tinggal di rumah ini sejak tahun 2000. (b) Rumah tangganya porak-peranda semenjak kehadiran orang ketiga. (c) Kakak menyediakan air sementara menunggu rakannya tiba. Keterangan pertentangan Keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung keterangan pertentangan ialah walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun dan sedangkan. (a) Latihan intensif tetap dihadirinya walaupun sakit. (b) Nelayan itu tetap turun ke laut meskipun laut bergelora. (c) Kendatipun hujan, pendakian ke Gunung Nuang diteruskan. (d) Penagih dadah itu tidak serik-serik biarpun telah ditangkap berkali-kali. RC PT3 BM(1).indd 16 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 17 Jenis keterangan Contoh ayat Keterangan harapan Keterangan harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati. Kata hubung keterangan harapan ialah supaya, agar, moga-moga, semoga dan kalaukalau. (a) Pemakanan seimbang perlu dibudayakan supaya menyihatkan tubuh. (b) Sikap hormat-menghormati perlu diamalkan agar menjamin perpaduan. Keterangan cara Keterangan cara ialah unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan. (a) Daging lembu itu dipotong dengan menggunakan pisau. (b) Longkang itu dibersihkan dengan bergotongroyong. (c) Kami ke Pulau Langkawi dengan menaiki kapal terbang. Keterangan tujuan Keterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan tujuan ialah untuk, demi dan bagi. (a) Kerajaan melancarkan kempen pelancongan untuk menarik pelancong. (b) Bagi mengelakkan perselisihan, tolak ansur amat penting. Keterangan perbandingan Keterangan perbandingan ialah unsur yang menerangkan kejadian yang menjadi persamaan. Kata hubung keterangan perbandingan ialah bagai, bak, seperti, macam, umpama, seakanakan dan ibarat. (a) Kulit bayi itu putih bagai kapas. (b) Budak lelaki itu tinggi macam galah. (c) Amira dengan adiknya sering bergaduh seperti anjing dengan kucing. (d) Langit mendung seakan-akan mahu hujan. Analisis Kesalahan Bahasa Ayat yang salah Analisis (a) Pegawai kewangan di syarikat terkemuka itu dilucutkan jawatan sebab telah pecah amanah. Perkataan sebab bukanlah kata hubung tetapi kata nama. Oleh itu, perkataan sebab tidak boleh ditukar ganti dengan kata hubung keterangan kerana. Jadi, penggunaan yang tepat ialah kata hubung keterangan musabab kerana bagi menunjukkan sebab atau alasan. (b) Pemeriksaan kesihatan secara berkala perlulah dijalani oleh setiap individu demi untuk memastikan tahap kesihatan dalam keadaan yang baik. Kata hubung keterangan tujuan demi dan untuk membawa maksud yang sama. Oleh itu, penggunaan kedua-duanya telah menjadi lewah. Jadi, penggunaan yang tepat sama ada demi atau untuk sahaja. RC PT3 BM(1).indd 17 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 18 Semak Cepat 4 Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang betul. A Aku yakin yang dia dianiayai oleh orang lain. B Rakyat perlu bersatu demi keharmonian tanah air. C Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak dari kecil. D Kami terkejut bila mendapat tahu ibunya kemalangan. Kata Hubung Berpasangan 1 Kata hubung berpasangan ialah kata yang digunakan kedua-duanya dalam satu ayat untuk menyatakan maksud yang sama atau berlawanan. 2 Lihat contoh penggunaan kata hubung berpasangan dalam ayat di bawah. (i) Sungguhpun jamu itu pahit tetapi ibu tetap minum. (ii) Jangankan adik, abang pun tidak terangkat meja itu. (iii) Baik ibu ataupun ayah menyokong keputusan kakak. Kata Praklausa 1 Kata praklausa ialah kata yang hanya hadir di hadapan klausa. 2 Terdapat lima jenis kata praklausa, iaitu: Peta Pokok Kata seru Kata perintah Kata pangkal ayat Kata tanya Kata pembenar Kata Praklausa Kata Seru 1 Kata seru ialah kata yang berfungsi untuk melahirkan perasaan. 2 Kata seru digunakan dalam ayat seruan. 3 Lihat contoh penggunaan kata seru seperti di bawah. Kata seru Maksud penggunaan Contoh ayat aduh menyatakan rasa sakit Aduh, sakitnya tanganku! aduhai mengeluh Aduhai, malangnya sungguh nasibku! ah menafikan sesuatu Ah, saya tidak bersalah dalam hal ini! RC PT3 BM(1).indd 18 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 19 Kata seru Maksud penggunaan Contoh ayat amboi memuji; kagum Amboi, jimatnya berbelanja di sini! celaka memarahi Celaka, habis padiku dimakan tikus! cis memarahi Cis, berdebah engkau! eh terkejut; hairan Eh, tadi dia ada di sini! oh hairan; kecewa; terkejut Oh, begitu rupa-rupanya kisah hidupnya! syabas/ tahniah gembira; bangga Syabas, kejayaan ini amat bermakna buat ibumu! wah terkejut; kagum Wah, mahalnya harga kereta ini! wahai menyeru; mengajak Wahai tentera, berjuanglah demi negara! Kata Tanya 1 Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanya atau menyoal sesuatu. 2 Kata tanya digunakan dalam ayat tanya. 3 Kata tanya boleh ditambah partikel -kah apabila hadir di hadapan kata tanya. 4 Lihat contoh penggunaan kata tanya seperti di bawah. Kata tanya Maksud penggunaan Contoh ayat apa perkara (a) Apakah tujuan kempen itu dilancarkan? (b) Nama bangunan yang tinggi itu apa? bagaimana cara; usaha; langkah (a) Bagaimanakah keputusan temu duga kamu? (b) Kemerdekaan negara dicapai bagaimana? berapa bilangan; jumlah; harga (a) Berapakah harga sekilogram mangga ini? (b) Ketebalan novel tersohor itu berapa? bila masa; waktu (a) Bilakah perundingan itu diadakan? (b) Majlis pelancaran buku itu berlangsung bila? di mana tempat (a) Di manakah perlawanan itu diadakan? (b) Pulau Manukan terletak di mana? mana pilihan (a) Manakah buku rujukan pilihan kamu? (b) Pegawai baharu syarikat ini yang mana? mengapa sebab; punca; alasan (a) Mengapakah keputusan hakim dipertikaikan? (b) Kesesakan yang teruk ini berlaku mengapa? siapa orang; pihak (a) Siapakah penulis novel Salina? (b) Perasmi Program Nilam itu siapa? RC PT3 BM(1).indd 19 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 20 Kata Perintah 1 Kata perintah ialah kata yang bertujuan untuk menimbulkan tindak balas terhadap sesuatu larangan, silaan, permintaan atau suruhan. 2 Lihat contoh penggunaan kata perintah seperti di bawah. Kata perintah Maksud penggunaan Contoh ayat Larangan menegah perbuatan (a) Jangan pijak rumput di kawasan ini. (b) Usah pandu laju di selekoh itu. (c) Tak usah biarkan dia bersendirian. Silaan mempersilakan sesuatu (a) Sila susun meja sebelum beredar dari sini. (b) Jemput duduk sementara menunggu giliran. Permintaan meminta tindak balas (a) Minta aturkan kedudukan murid semula. (b) Tolong bersihkan meja kantin segera. (c) Harap isikan borang dengan lengkap. Suruhan mengarahkan seseorang (a) Jemurlah pakaian di ampaian itu. (b) Lorekkan gambar rajah mengikut pecahan. Analisis Kesalahan Bahasa Ayat yang salah Analisis (a) Jangan membuang sampah di kawasan ini walaupun tiada papan tanda amaran yang dipamerkan. Kata perintah jangan tidak boleh diikuti kata kerja berimbuhan meN- . Sepatutnya, ayat itu perlu ditukar menjadi Jangan buang. (b) Tolong jangan sepahkan barang permainan yang telah disusun oleh ibu. Kata perintah tolong dan jangan tidak boleh digunakan secara berturutan. Untuk ayat yang lebih gramatis, gunakan kata perintah jangan sahaja menjadi Jangan sepahkan. Kata Pembenar 1 Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu pernyataan. 2 Terdapat tiga kata pembenar, iaitu ya, benar dan betul. 3 Lihat contoh penggunaan kata pembenar dalam ayat di bawah. (a) Ya, inilah pemuda yang kamu cari. (b) Benar, dialah yang memecahkan pasu bunga ini. (c) Betul, kitalah pewaris tampuk pemerintahan negara. Kata Pangkal Ayat 1 Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian awal ayat yang menjadi kesinambungan ayat. 2 Kata pangkal ayat digunakan dalam bahasa sastera tradisional seperti prosa klasik. RC PT3 BM(1).indd 20 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 21 3 Lihat contoh penggunaan kata pangkal ayat dalam ayat di bawah. (a) Adapun keris tajam itu tidak mampu menembusi dadanya. (b) Alkisah tersebarlah khabar kecantikan Puteri Santubong. (c) Sebermula kemangkatan baginda sultan mendukacitakan rakyat jelata. Kata Prafrasa 1 Kata prafrasa ialah kata yang hadir di hadapan frasa sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif. 2 Terdapat lapan kata prafrasa yang terdapat dalam bahasa Melayu, iaitu kata sendi, kata pemeri, kata bantu, kata penguat, kata arah, kata nafi, kata bilangan dan kata penegas. Kata Sendi 1 Kata sendi ialah kata yang hadir di hadapan kata nama seperti dalam ayat di bawah. (a) Budak-budak itu ke pantai. (b) Majlis penutup diadakan di dewan. (c) Mereka berlepas pada tengah hari tadi. 2 Terdapat juga kata sendi yang termasuk dalam golongan kata yang lain, antaranya: (a) akan (berfungsi sebagai kata bantu) (b) dalam (berfungsi sebagai kata adjektif dan kata arah) (c) sampai (berfungsi sebagai kata kerja) (d) antara (berfungsi sebagai kata arah) 3 Lihat penggunaan kata sendi seperti di bawah. Kata sendi dan keterangan Contoh ayat di • hadir di depan frasa nama yang menunjukkan tempat • tidak boleh hadir di depan frasa nama yang menerangkan waktu (a) Kemalangan ngeri itu berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan. (b) Saya tinggal di Kampung Aman. (c) Pemandangan dari atas bukititu amat indah di petang hari.* (salah) ke • hadir di depan frasa nama untuk menunjukkan tempat/arah yang dituju dan waktu/masa • tidak boleh hadir di depan frasa nama yang merujuk manusia/haiwan (a) Kami akan bertolak ke Melaka. (b) Pemeriksaan kesihatan perlu dijalani dari masa ke masa. (c) Berikan buku ini ke Aminah.* (salah) (d) Jerami itu diberinya ke kuda.* (salah) RC PT3 BM(1).indd 21 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 22 Kata sendi dan keterangan Contoh ayat dari • hadir di depan frasa nama untuk menunjukkan tempat/arah dan waktu/masa • mesti digunakan berpasangan dengan kata sendi ke • tidak boleh hadir di depan frasa nama yang menunjukkan punca bagi manusia atau haiwan, asal kejadian dan perbandingan (a) Angin dari utara bertiup amat kencang pada musim tengkujuh. (b) Melaka wujud dari kurun ke-15. (c) Ayah berulang-alik dari rumah ke pejabatnya setiap hari. (d) Jambangan bunga itu dari Encik Rahman untuk isterinya.* (salah) (e) Jamu itu diperbuat dari tumbuhtumbuhan herba.* (salah) daripada • hadir di depan frasa nama untuk menunjukkan punca, asal kejadian dan perbandingan • tidak boleh hadir di depan frasa nama yang menunjukkan arah/tempat dan waktu/masa (a) Cerita itu dipetik daripada buku Sejarah Melayu. (b) Meja yang mahal itu diperbuat daripada kayu jati. (c) Ayah baru tiba daripada Perlis. * (salah) (d) Kami di sini daripada pagi lagi. * (salah) kepada • hadir di depan frasa nama untuk menunjukkan sasaran, pecahan dan perubahan keadaan • mesti digunakan berpasangan dengan kata sendi daripada • tidak boleh hadir di depan frasa nama yang menunjukkan arah yang dituju dan waktu (a) Borang permohonan itu dihantar kepada kementerian. (b) Murid Kelas 5Arif dibahagikan kepada lima kumpulan. (c) Kertas litmus berubah daripada warna biru muda kepada warna hijau tua. (d) Perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan diteruskan oleh Dato' Onn kepada akhir hayatnya.* (salah) pada • hadir di depan frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu, tempat bagi perbuatan, pendapat dan selepas ada • tidak boleh hadir di depan frasa nama yang merujuk sasaran (a) Novel itu dilancarkan pada hari lahir pengarangnya. (b) Kelawar tidur dengan berpaut pada dahan pokok. (c) Pada pendapat saya, Mizi lebih layak memikul amanah ini. (d) Buku kamu ada pada Cikgu Ali. (e) Pinjamkan buku kamu padaku. * (salah) untuk/bagi • hadir di depan frasa nama untuk menunjukkan kegunaan untuk sesuatu (boleh ditukar ganti keduaduanya) • kata sendi untuk digunakan bagi menerangkan bahagian yang diperuntukkan (tidak boleh ditukar ganti dengan bagi) (a) Seminar untuk/bagi calon SPM sedang dirangka. (b) Persiapan untuk/bagi majlis itu sedang giat dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah. (c) Hadiah ini untuk ibu sempena hari lahirnya. (d) Tanah di hujung itu bagi kami adikberadik.* (salah) RC PT3 BM(1).indd 22 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 23 Kata sendi dan keterangan Contoh ayat demi • hadir di depan frasa nama yang bermakna tujuan, sebagai penegasan dan urutan. • tidak boleh hadir bersama-sama kata sendi untuk (a) Gaya hidup sihat perlu diamalkan demi kesihatan. (b) Demi Tuhan, saya tidak mengkhianati dia. (c) Kerusi di dewan itu disusun satu demi satu. (d) Rakyat mestilah bersatu padu dan hormat-menghormati demi untuk kemakmuran negara.* (salah) tentang • hadir di depan frasa nama yang membawa maksud rujukan yang tidak tentu • boleh ditukar ganti dengan kata sendi mengenai tidak boleh hadir selepas kata kerja berimbuhan meN-...-kan (a) Kisah tentang penderitaan anak itu mendapat liputan meluas media massa. (b) Kami berbincang tentang perancangan selepas SPM. (c) Mengenai isu kewangan, kami perlu membawanya dalam mesyuarat pengurusan. (d) Filem dari Iran itu mengisahkan tentang perjuangan wanita.* (salah) seperti/bagai/umpama/laksana • hadir di depan frasa nama untuk membandingkan sesuatu dan setiap satunya boleh ditukar ganti • tidak boleh digunakan kedua-duanya sekali (a) Suaranya kuat seperti petir. (b) Kulit bayi itu sungguh mulus bagai sutera. (c) Adik tinggi umpama galah. (d) Kecantikannya laksana seperti bulan dipagar bintang.* (salah) dengan • hadir di depan frasa nama yang membawa maksud bersama-sama, cara penggunaan, memakai dengan alat dan keadaan yang sama • tidak boleh hadir dengan perkataan bersama-sama sekali gus (a) Imran ke sekolah dengan Amin. (b) Kerja itu mudah diselesaikan dengan bantuan jiran. (c) Kakak menyiang ikan dengan pisau. (d) Adakah harga mutiara sama dengan permata? (e) Luangan masa ibu bapa bersamasama dengan anak-anak amat penting.* (salah) sejak/semenjak • hadir di depan frasa nama yang membawa maksud penanda waktu yang digunakan • tidak boleh hadir bersama-sama kata sendi dari (a) Hadi tinggal di Taman Keramat sejak kecil. (b) Semenjak kematian ibunya, Ani tidak banyak bercakap. (c) Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak dari kecil.* (salah) RC PT3 BM(1).indd 23 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 24 Kata sendi dan keterangan Contoh ayat terhadap • hadir di depan frasa nama yang membawa maksud rujukan bagi manusia, haiwan atau benda • tidak boleh hadir di depan frasa nama mujarad (abstrak) (a) Usah meninggikan suara terhadap orang tua. (b) Kajian terhadap dugong yang mati itu masih dilakukan. (c) Pencuci itu bertindak aktif terhadap kotoran. (d) Kerajaan memberikan perhatian terhadap masalah kemiskinan. * (salah) akan • hadir di depan frasa nama yang merujuk manusia dan mesti didahului kata adjektif perasaan. • tidak boleh ditukar ganti dengan imbuhan -kan (a) Wanita tua itu amat rindu akan cucunya. (b) Adik suka akan durian. (c) Kami benci akan peperangan dan pembunuhan. (d) Kita mesti cintakan negara dengan mematuhi undang-undang negara. * (salah) oleh • hadir di depan frasa nama untuk menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif atau merujuk sebab. • tidak boleh hadir dengan kata hubung kerana sebaliknya perlu hadir dengan kata nama sebab (a) Novel Salina dikarang oleh A. Samad Said. (b) Aiman kena kejar oleh anjing. (c) Meja itu terangkat oleh adik. (d) Perlawanan itu ditangguhkan oleh kerana ribut petir melanda.* (salah) hingga/sampai • hadir di depan frasa nama yang membawa maksud peringkat dan had masa • penggunaan hingga dan sampai boleh ditukar ganti (a) Rahimah mengulang kaji hingga/ sampai pagi. (b) Rahman melanjutkan pelajaran hingga/sampai peringkat sarjana. dalam hadir di depan frasa nama yang membawa maksud lingkungan yang tidak mempunyai ruang (a) Isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat esok. (b) Merokok semakin menular dalam kalangan remaja. antara • hadir di depan frasa nama yang membawa maksud lingkungan yang tidak mempunyai jarak. • mesti hadir bersama-sama kata sendi dengan (a) Hubungan antara Jamilah dengan Kamil ialah sepupu. (b) Perbincangan tentang kerjasama ekonomi antara negara serantau itu masih berlangsung. RC PT3 BM(1).indd 24 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 25 Semak Cepat 5 Ayat-ayat yang berikut menggunakan kata sendi yang betul, kecuali A Drama itu diilhamkan daripada kisah benar. B Seminar itu terhad kepada 200 orang sahaja. C Kami sekeluarga beriadah di hujung minggu. D Melepak amat popular dalam kalangan remaja kini. Kata Pemeri 1 Kata pemeri ialah kata yang berfungsi menerangkan persamaan atau huraian tentang sesuatu. 2 Terdapat dua jenis kata pemeri dalam bahasa Melayu, iaitu: (a) ialah – kata pemeri untuk menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama (b) adalah – kata pemeri untuk menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi 3 Lihat contoh penggunaan kata pemeri ialah dalam ayat di bawah. (a) Lelaki yang berbaju batik kebiru-biruan itu ialah penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 20__. (b) Kempen Belilah Barangan Buatan Tempatan ialah langkah kerajaan untuk menggalakkan masyarakat berjimat cermat semasa berbelanja. 4 Lihat pula contoh penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat di bawah. (a) Sumbangan sasterawan adalah dari segi pembangunan pemikiran masyarakat. (b) Perkembangan urus niaga di bursa saham pada bulan ini adalah perlahan berbanding dengan bulan lalu. 5 Kata pemeri boleh hadir di hadapan kata nafi tidak dalam binaan frasa adjektif. Lihat contoh di bawah. (a) Berita yang disebarkan itu adalah tidak benar. (b) Alasan yang diberikannya adalah tidak munasabah. Kata Bantu 1 Kata bantu ialah kata yang berfungsi membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Semak Cepat 6 Garis kata pemeri yang betul dalam ayat-ayat di bawah. (a) Anai-anai (ialah / adalah) sejenis serangga perosak. (b) Kempen antidadah itu (ialah / adalah) untuk menimbulkan kesedaran. (c) Khabar yang disampaikan itu (ialah / adalah) tidak benar. (d) Usaha kerajaan memajukan industri pelancongan (ialah / adalah) dengan menaik taraf infrastruktur. RC PT3 BM(1).indd 25 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 26 2 Kata bantu terdiri daripada dua jenis, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. (a) Kata bantu aspek Kata bantu aspek digunakan untuk merujuk perbezaan masa sama ada masa lampau, masa kini atau masa depan. Lihat contoh penggunaan kata bantu aspek seperti di bawah. Masa lampau (a) Syarikat itu telah diisytiharkan muflis. (b) Dia pernah menggondol anugerah itu. (c) Fikirannya sudah buntu kerana asyik memikirkan masalah itu. Masa kini (a) Murid itu sedang mendengar penerangan daripada jurupandu. (b) Walaupun masih muda, atlet itu tetap memberikan persaingan. (c) Adik baru pulang dari sekolah. Masa hadapan (a) Pelakon itu akan bersara daripada dunia lakonan selepas berkahwin. (b) Kamil belum mengambil borang penyertaan daripada Cikgu Amran. (b) Kata bantu ragam Kata bantu ragam digunakan untuk merujuk ragam perasaan yang berkait rapat dengan perbuatan yang dilakukan. Lihat contoh penggunaan kata bantu ragam seperti di bawah. Keinginan (a) Saya hendak berehat setelah memandu kereta lima jam. (b) Murid miskin itu mahu membela nasib keluarganya. (c) Halim enggan bersekolah kerana dibuli. Kewajaran (a) Gejala rasuah mesti dibanteras habis-habisan. (b) Majikan harus bertimbang rasa dengan pekerja. (c) Rumah itu perlu dibaiki sebelum disewakan. (d) Latihan intensif wajar dilakukan jika ingin meraih kejayaan. Kemampuan Jerebu dapat diatasisekiranya pembakaran terbuka dihentikan. Keizinan Aminah boleh pulang ke rumah jika pulih sepenuhnya. 3 Kata bantu juga boleh wujud secara bersama-sama sekali gus seperti dalam ayat di bawah. (a) Baju-bajunya masih belum dikemas. (b) Penjenayah itu telah dapat diberkas semalam. (c) Harga rumah itu masih boleh dirunding. (d) Wang yang dilaburkan belum boleh dikeluarkan lagi. (e) Amira sudah pernah bertugas di kawasan pedalaman. RC PT3 BM(1).indd 26 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 27 Kata Penguat 1 Kata penguat ialah perkataan yang mendahului kata adjektif. 2 Kata penguat berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif tersebut. 3 Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas. Jenis kata penguat Contoh ayat Kata penguat hadapan Kata penguat hadapan ialah kata yang terletak di hadapan kata adjektif. Contohnya, agak, paling dan terlalu. (a) Wanita berusia awal 30-an itu agak ramah walaupun kami tidak mengenalinya. (b) Encik Ghani ialah pembentang kertas kerja paling muda dalam seminar itu. (c) Dompet kulit yang dipamerkan itu terlalu mahal. Kata penguat belakang Kata penguat belakang ialah kata yang terletak di belakang kata adjektif. Contohnya, benar, nian dan sekali. (a) Kami merasakan cepat benar masa remaja berlalu. (b) Pemandangan di tasik itu indah nian. (c) Tandas awam di Jepun bersih sekali. Kata penguat bebas Kata penguat bebas ialah kata yang kedudukannya bebas, iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya, amat, sangat dan sungguh. (a) (i) Lombong di pinggir hutan itu amat dalam. (ii) Lombong di pinggir hutan itu dalam amat. (b) Suara biduanita itu sangat merdu. Suara biduanita itu merdu sangat. (c) Arus sungai itu sungguh deras. Arus sungai itu deras sungguh. Kata Arah 1 Kata arah ialah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan kebiasaannya hadir selepas kata sendi untuk menunjukkan halaan atau jurusan. 2 Lihat contoh penggunaan kata arah dalam ayat di bawah. (a) Lauk-pauk sudah terhidang di atas meja. (b) Perabot jati itu diimport dari luar negara. (c) Tali merah itu diikat di antara sempadan tanah kami dengan jiran. (d) Kereta yang dilanggar itu dialihkan ke tepi untuk mengelakkan kesesakan. (e) Di samping bersenam, pemakanan yang berkhasiat juga menjamin kesihatan. (f) Dari sudut ekonomi, penawaran barang yang tidak mencukupi menyebabkan harga meningkat. (g) Pemenang lukisan itu dinilai dari segi kekemasan dan keaslian karya. RC PT3 BM(1).indd 27 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 28 Kata Nafi 1 Kata nafi ialah kata yang menafikan frasa predikat sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif mahupun frasa sendi. 2 Terdapat dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak. 3 Lihat contoh penggunaan kata nafi seperti di bawah. Kata nafi Penggunaan Contoh penggunaan bukan menafikan unsur frasa nama (a) Kertas itu bukan milik saya. (b) Kertas projek ini bukan usaha kami. (c) Air minuman itu bukan air mineral tetapi air minuman berfungsi. menafikan unsur frasa sendi (a) Adik bukan ke sekolah. (b) Bunga mawar ini bukan untuk Puan Arni. (c) Pelancong itu bukan dari Jepun tetapi dari Korea. tidak menafikan unsur frasa kerja (a) Tetamu kami tidak datang. (b) Nenek tidak turun ke ladang hari ini. (c) Kamu tidak menemui pengetua? menafikan unsur frasa adjektif (a) Suara penyanyi itu tidak nyaring. (b) Angin dari laut itu tidak begitu kencang. (c) Ruang tamu rumah kami tidak besar sangat. 4 Sungguhpun begitu, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut merujuk pertentangan maklumat. Contohnya: (a) Encik Farid bukan sahaja kaya tetapi ramah juga. (b) Bangunan itu bukan tinggi sangat tetapi besar. Kata Bilangan 1 Kata bilangan ialah kata yang menjadi penerang tentang jumlah pada kata nama. 2 Terdapat beberapa jenis kata bilangan, iaitu: Jenis kata bilangan Contoh ayat Kata bilangan tentu (a) Mereka bercuti di Jepun selama tujuh hari. (b) Lima belas orang awam mati dalam letupan itu. (c) Masyarakat disarankan agar berjalan seribu langkah demi kesihatan jantung. Kata bilangan tak tentu (a) Seluruh badannya berlumuran darah. (b) Seminar itu melibatkan semua pegawai perubatan. (c) Berbagai-bagai program disusun untuk melahirkan masyarakat yang sihat. RC PT3 BM(1).indd 28 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 29 Jenis kata bilangan Contoh ayat (d) Bencana banjir mendatangkan pelbagai masalah kepada penduduk. (e) Komitmen para pekerja menjayakan matlamat syarikat. (f) Tumpahan minyak menyebabkan beberapa ekor ikan paus mati. (g) Pihak polis masih memburu sekalian anggota kumpulan penjenayah itu. (h) Banjir kilat telah menenggelamkan seluruh bandar itu. (i) Banyak orang berkunjung ke karnival buku itu. (j) Projek amal itu memerlukan sedikit wang sumbangan orang ramai. (k) Pembuangan sampah ke dalam sungai dilakukan oleh segelintir penduduk. (l) Karnival menderma darah itu disertai oleh sesetengah masyarakat. (m) Sesetengah pengusaha restoran mengabaikan aspek kebersihan. Kata bilangan himpunan (a) Sebagai anak, kita perlu menghormati kedua-dua orang ibu bapa yang telah membesarkan kita. (b) Kemelesetan ekonomi menyebabkan beribu-ribu orang pekerja dibuang. (c) Masalah paip pecah di kampung kami sudah berbulan-bulan lamanya diadu. (d) Berbakul-bakul buah durian dihantar ke bandar. Kata bilangan pisahan (a) Ibu menyuruh kami mengemas pakaian masing-masing. (b) Yuran RM50.00 dikenakan kepada setiap peserta. (c) Aminah melalui rumah usang itu tiap-tiap hari. Kata bilangan pecahan (a) Adik minum air itu setengah gelas. (b) Separuh Kelas Lima Intan gagal dalam ujian kali ini. (c) Haji Halim menerima seperempat harta pusaka milik ayahnya. (d) Dua perlima tanah itu akan dijual kepada pelabur. Kata bilangan tingkat (a) Adik memperoleh tempat pertama dalam acara lumba lari itu. (b) Anak kedua Encik Bakar mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. (c) Ulang tahun kesepuluh syarikat penerbitan itu diadakan secara besar-besaran. RC PT3 BM(1).indd 29 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 30 Kata Penegas 1 Kata penegas yang juga disebut sebagai partikel ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. 2 Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu: Jenis kata penegas Contoh ayat Kata penegas yang hanya menegaskan bahagian predikat atau bahagianbahagian lain (a) Mengapakah kapal terbang itu terhempas? (b) Dapatkah mereka menyelesaikan soalan itu? (c) Apatah daya kami untuk mengubah keputusan ini. (d) Lelaki itulah petani moden yang diiktiraf kejayaannya. (e) Inilah model bangunan yang saya bina. Kata penegas yang menegaskan keduadua bahagian sama ada bahagian subjek yang terdiri daripada kata nama atau bahagian predikat (a) Pasukan kami juga mara ke peringkat akhir. (b) Setelah gigih berusaha, kejayaan milik mereka jua. (c) Apabila musim panas berlalu, musim luruh pun bertandang. (d) Nelayan itu hanya turun ke laut apabila tengkujuh tamat. (e) Penyanyi veteran itu menyanyi lagi jika mendapat undangan. (f) Hanya Rahman yang tidak menduduki ujian percubaan tadi. (g) Kanak-kanak memang suka akan gula-gula. Kata Pascakata 1 Kata pascakata ialah kata yang hanya hadir di belakang perkataan. 2 Terdapat dua jenis kata pascakata, iaitu kata penekan dan kata pembenda. Kata Penekan 1 Kata penekan ialah satu bentuk kata yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. 2 Lihat contoh penggunaan kata penekan dalam ayat di bawah. (a) Pencemaran udara sesungguhnya memudaratkan kesihatan. (b) Murid itu nampaknya akan berjaya dalam pelajaran. (c) Bahawasanya pindaan undang-undang jalan raya wajar dilakukan pada masa ini. Kata Pembenda 1 Kata pembenda ialah kata yang menjadikan bukan kata nama kepada kata nama. 2 Lihat contoh penggunaan kata pembenda dalam ayat di bawah. (a) Tingginya 190 sentimeter. (b) Dia berlari dengan pantasnya. RC PT3 BM(1).indd 30 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 31 Praktis 1 Soalan 1 – 7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Dua orang sedang sibuk menyediakan penyata kewangan syarikat untuk suku tahun. A editor C akauntan B novelis D kontraktor Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2 Tiga orang wanita yang membasuh baju di tepi sungai sambil berbualbual. A bertelut B berteleku C bersimpuh D bercangkung 3 Hani berasa amat sepanjang berada di majlis yang dihadiri oleh kerabat diraja. A kaku C ganjil B pelik D canggung 4 Seminar kecemerlangan itu hanya terhad 200 orang peserta yang terawal sahaja. A pada C kepada B untuk D dengan 5 Pihak kerajaan menyeru masyarakat agar berbelanja secara berhemat, terutamanya pada hari raya mengelakkan kenaikan harga barang. A yang C kerana B demi D supaya 6 Kejadian ribut taufan itu telah menyebabkan kampung kami telah keputusan bekalan elektrik. A semua C sekalian B seluruh D sesetengah 7 Walaupun sudah sebulan kematian ayahnya, Aznah bercakap dengan kawan-kawannya. A belum mahu B belum boleh C masih belum D belum pernah Praktis Pengukuhan 1 RC PT3 BM(1).indd 31 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 32 Soalan 8 – 9 Bahagian yang bergaris dalam ayatayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 8 Dengan menjaga kebersihan kawasan kediaman, kerajaan amat berharap agar supaya kadar denggi dapat berkurang. A agar kadar denggi dapat berkurang B supaya kadar denggi boleh berkurang C agar supaya kadar denggi boleh berkurang D agar supaya kadar denggi dapat berkurang 9 Cef selebriti itu telah memperkenalkan berbagai jenis rempah-ratus ketika berkunjung ke Pasar Siti Khadijah. A berbagai jenis rempah B pelbagai jenis rempah C pelbagai jenis rempah-ratus D berbagai jenis rempah-ratus Soalan 10 – 11 Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 10 Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia saban tahun akan A mengeluarkan statistik kadar kemalangan maut yang B menunjukkan peningkatan terutamanya di hari perayaan. C Tiada kesalahan D 11 Kerajaan wajar memulihara A bangunan bersejarah kerana menjadi tarikan pelancong B seterusnya menjana pendapatan C negara. Tiada kesalahan D Soalan 12 – 13 Pilih ayat-ayat yang betul. 12 I Pada pendapat saya, pekerja asing menimbulkan masalah sosial. II Adik minum air setengah daripada botol itu oleh sebab terlalu haus. III Budaya hormatmenghormati kaum lain perlu dipupuk sejak dari kecil. IV Selain dari bersenam, rehat yang cukup juga dapat menjamin kesihatan. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja RC PT3 BM(1).indd 32 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 33 Praktis 2 Dalam petikan di bawah ini, terdapat lima kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. Lebah adalah sejenis serangga yang menghasilkan madu lalu menyimpannya dalam struktur lilin yang membentuk sarang lebah. Daripada kajian para saintis, madu lebah mempunyai khasiat yang paling terbaik kerana mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Madu lebah boleh merawat semua penyakit-penyakit akibat serangan kuman atau mikroorganisme seperti demam, selesema dan batuk. Walaupun madu lebah telah terbukti mujarab, namun masyarakat belum masih menggunakannya secara maksimum. (i) (ii) (iii) (iv) (v) 13 I Tolong jangan pijak rumput yang baru ditanam oleh pekerja ini. II Berbagai-bagai petua diperolehnya untuk merawat kulit. III Melaka pernah menjadi pelabuhan entrepot paling terkenal di Nusantara. IV Pe m e r i k s a a n a e d e s dilakukan oleh pegawai kesihatan di tiap-tiap rumah. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja RC PT3 BM(1).indd 33 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 34 Penjodoh Bilangan 1 Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama kata bilangan. 2 Walaupun begitu, terdapat penjodoh bilangan yang tidak boleh hadir dengan kata berikut: Kata bilangan tak tentu (a) sekalian pengguna (bukannya sekalian orang pengguna) (b) seluruh negara (bukannya seluruh buah negara) (c) semua haiwan peliharaannya (bukannya semua ekor haiwan peliharaannya) (d) segala pokok (bukannya segala batang pokok) Kata bilangan pisahan (a) setiap pekerja (bukannya setiap orang pekerja) (b) tiap-tiap rumah (bukannya tiap-tiap buah rumah) Kata nama abstrak (a) beberapa pendapat (bukannya beberapa buah pendapat) (b) segala impian (bukannya segala buah impian) (c) masyarakat majmuk (bukannya sebuah masyarakat majmuk) 3 Yang berikut ialah senarai penjodoh bilangan dan penggunaannya. Penjodoh bilangan Penggunaan batang • digunakan untuk benda yang panjang • contoh: sungai, pokok, pohon, pen, pensel bentuk • digunakan untuk benda yang berkeluk • contoh: cincin, mata kail bidang • digunakan untuk benda yang luas • contoh: tanah, sawah, tikar, permaidani, layar biji • digunakan untuk benda yang kecil dan bulat • contoh: telur, kuih, buah-buahan seperti oren, epal, tembikai bilah • digunakan untuk benda yang tajam • contoh: pisau, parang, pedang, keris botol • digunakan untuk cecair atau benda yang disi di dalam botol • contoh: air, ubat buah • digunakan untuk benda yang bentuknya tidak tentu dan berbagaibagai • contoh: bakul, kereta, rumah, perabot, bandar, negeri, negara buku • digunakan untuk benda yang berbongkah • contoh: sabun, roti butir • digunakan untuk benda yang bulat atau kecil • contoh: bom, peluru, telur, buah-buahan carik • digunakan untuk benda yang dikoyakkan • contoh: kain, kertas cebis • digunakan untuk benda yang dikoyakkan • contoh: kain, kertas RC PT3 BM(1).indd 34 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 35 Penjodoh bilangan Penggunaan cucuk • digunakan untuk benda yang dicucuk dengan lidi • contoh: sate, buah-buahan das • digunakan untuk bunyi tembakan atau letupan • contoh: pistol, senapang, meriam ekor • digunakan untuk haiwan • contoh: ayam, lembu, kambing, serangga gerombolan • digunakan untuk haiwan yang berkumpulan atau orang jahat • contoh: kerbau, lembu, penjenayah gugus • digunakan untuk benda yang berangkaian • contoh: pulau, anggur, kunci, kelapa sawit helai • digunakan untuk mengira benda yang tipis • contoh: daun, kertas, baju hiris • digunakan untuk benda yang dipotong nipis-nipis • contoh: bawang, daging ikat • digunakan untuk benda yang diikat • contoh: sayur-sayuran, kayu jambak • digunakan untuk bunga dan kunci • contoh: bunga mawar, kunci kaki • digunakan untuk benda yang berkaki • contoh: payung, cendawan kawan • digunakan untuk haiwan yang berkumpulan atau orang jahat • contoh: burung, gajah, perompak kelompok • digunakan untuk kumpulan manusia, haiwan, benda, pulau yang berkumpul atau dikumpulkan • contoh: bintang, singa kepal • digunakan untuk benda yang digenggam • contoh: nasi, tanah keping • digunakan untuk benda yang nipis dan pipih • contoh: gambar, roti yang dipotong, papan kerat • digunakan untuk benda yang telah dipotong • contoh: papan, kayu ketul • digunakan untuk benda yang berketul-ketul dan padu • contoh: batu, ais, daging yang dipotong kotak • digunakan untuk benda yang diisi di dalam kotak • contoh: rokok, mancis, sabun kuntum • digunakan untuk bunga • contoh: mawar, bunga raya laras • digunakan untuk senjata api • contoh: senapang, pistol, meriam RC PT3 BM(1).indd 35 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 36 Penjodoh bilangan Penggunaan lembar • digunakan untuk benda yang panjang • contoh: tali, benang naskhah • digunakan untuk buku • contoh: majalah, kamus orang • digunakan untuk manusia • contoh: murid, guru, petani, tokoh pangsa • digunakan untuk pecahan buah yang mempunyai beberapa bahagian • contoh: durian papan • digunakan untuk benda yang berkeping-keping • contoh: petai, mercun pasang • digunakan untuk benda yang berpasangan • contoh: anting-anting, subang, kasut, baju patah • digunakan untuk menghitung kata dalam penulisan • contoh: perkataan pintu • digunakan untuk benda yang mempunyai pintu • contoh: rumah, kedai potong • digunakan untuk benda yang dipotong kepada beberapa bahagian • contoh: daging, kuih, roti pucuk • digunakan untuk senjata, surat, rebung • contoh: pistol, senapang, surat, rebung puntung • digunakan untuk benda yang telah dibakar • contoh: kayu api, rokok rangkap • digunakan untuk puisi yang mempunyai beberapa bahagian • contoh: sajak, pantun, syair, sekola, gurindam rawan • digunakan untuk sesuatu yang selengkap • contoh: jala, jaring, kancing baju sikat/sisir • digunakan untuk bahagian buah daripada tandan • contoh: pisang tandan • digunakan untuk buah yang bertangkai dan bergugus-gugus • contoh: pinang, kelapa, pisang titik/titis • digunakan untuk cecair • contoh : air mata, hujan ulas • digunakan untuk isi buah • contoh: nangka, cempedak, durian, limau untai • digunakan untuk benda yang berangkaian • contoh: kalung, rantai, manik, mercun, madah, pantun urat • digunakan untuk benda yang panjang dan halus • contoh: benang, rotan utas • digunakan untuk benda yang berangkaian • contoh: tali, rantai RC PT3 BM(1).indd 36 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 37 Praktis 1 Soalan 1 – 2 Pilih ayat-ayat yang betul. 1 I Adik membakar dua mercun yang baru dibeli. II Ibu membeli dua puluh cucuk sate ayam. III Murid itu mengambil tiga naskhah kamus untuk dipinjam. IV Nani membeli empat ulas cempedak goreng di warung Mak Milah. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 2 I Pemuda itu menyalakan lima puntung kayu api. II Pak Mail mengangkat dua berkas rotan yang diikatnya. III Ayah berpeluang melawat tiga gugus pulau ketika bercuti di Terengganu. IV Hulubalang di tepi pintu masuk itu memegang dua tombak. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Praktis 2 Soalan 1 – 3 Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 1 Segerombolan penjenayah telah ditahan oleh sepasukan polis dalam A B serbuan yang dilakukan di sebuah rumah usang di pinggir ibu negara C semalam. Tiada kesalahan D Praktis Pengukuhan 2 RC PT3 BM(1).indd 37 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 38 2 Sebelum menyuntik pesakit akibat denggi itu, seorang jururawat A telah memasukkan sebilah jarum ke dalam sebotol ubat. B C Tiada kesalahan D 3 Murid itu mendeklamasikan seuntai sajak semasa sambutan hari guru A sambil memegang dua kuntum mawar merah yang diikat menggunakan B sehelai tali. Tiada kesalahan C D Praktis 3 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Akibat dilangggar oleh dua orang kanak-kanak yang berlari-lari di dalam kedai itu, beberapa ketul sabun jatuh bertabur di atas lantai. (ii) Kemalangan yang melibatkan dua biji kereta itu berpunca daripada brek yang tidak berfungsi semasa menuruni cerun bukit. (iii) Ibu meletakkan beberapa tompok esen vanila ke dalam adunan kek itu sebelum mengacaunya hingga menjadi sebati. (iv) Nelayan akan menghabiskan masa dengan menyirat beberapa keping jaring yang rosak pada musim tengkujuh. (v) Dalam pameran senjata dan peralatan zaman dahulu di Muzium Negara, terdapat banyak batang keris dipamerkan. RC PT3 BM(1).indd 38 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 39 Bahasa Istana 1 Bahasa istana ialah bahasa yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja apabila berhubung dengan kerabat diraja dan apabila menyebut hal ehwal berkenaan raja. 2 Lihat contoh penggunaan bahasa istana seperti di bawah. Bahasa istana Maksud Contoh ayat Almarhum Allahyarham Almarhum Tunku Jalil yang menghidapi kanser telah selamat disemadikan. ampun kurnia maaf Baginda memberikan ampun kurnia terhadap pesalah itu setelah didapati menceroboh kawasan istana. anugerah/kurnia hadiah Sultan menyampaikan kurnia kepada beberapa orang tentera yang bertugas di sempadan negara. balairung tempat raja berjumpa dengan rakyat Apabila baginda tiba di balairung, seluruh rakyat jelata merafak sembah. baginda dia (merujuk raja) Pemerintahan baginda terhadap negara aman makmur kerana keadilan yang diamalkan. berputera beranak atau bersalin Permaisuri telah selamat berputera seorang putera yang amat comel. beta aku (merujuk raja ketika bercakap) “Beta akan menghantar utusan ke China untuk menjalinkan hubungan diplomatik,” ujar Sultan Muzaffar Syah. bersiram mandi Dayang-dayang dititahkan oleh baginda untuk menemani puteri yang berkehendakkan bersiram di taman larangan. bertitah berkata; mengeluarkan perintah; Semasa merasmikan majlis itu, baginda bertitah agar rakyat menjaga perpaduan kaum demi keamanan negara. bersantap makan Setelah sudah bersantap, tetamu diraja dihidangkan dengan sirih. beradu tidur Puteri baginda yang gering sedang beradu di atas peraduan. berangkat berlepas, bertolak, pergi Raja Majapahit telah berangkat bersamasama kelengkapan untuk menyerang Melaka. bersemayam duduk di atas singgahsana; tinggal • Ketika utusan dari Parsi tiba, baginda sedang bersemayam di atassinggahsana. • Baginda mulai bersemayam di istana ini sejak ditabalkan pada bulan lepas. RC PT3 BM(1).indd 39 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 40 Bahasa istana Maksud Contoh ayat berkenan bersetuju; suka untuk; bersedia untuk Baginda telah berkenan untuk merasmikan pelancaran majlis itu. daulat bahagia tulah; “Daulat tuanku, moga-moga kerajaan di bawah pimpinan tuanku akan dianugerahkan kemakmuran,” ujar Bendahara. gering sakit Seluruh pawang di negeri ini dipersilakan ke istana untuk mengubati baginda yang gering. hari keputeraan hari lahir Seluruh kota dihiasi dengan bendera dan poster sempena hari keputeraan baginda. makam kubur Jenazah Almarhum akan ditempatkan di makam diraja di dalam kawasan istana. mangkat meninggal dunia Setelah sepurnama menghidapi penyakit misteri, baginda sultan pun mangkat. memohon limpah perkenan meminta izin “Patik memohon limpah perkenan tuanku untuk beredar dari istana jika tiada apa-apa titah,”sembah hulubalang. mencemar duli berjalan; pergi ke Baginda telah berkenan untuk mencemar duli ke majlis pecah tanah untuk membina sekolah bagi anak-anak kelainan upaya. menganugerahkan memberikan Baginda sultan telah berkenan untuk menganugerahkan pingat kebesaran kepada artis yang telah mengharumkan nama negara. menghadap berjumpa dengan; bertemu dengan Laksamana segera menghadap baginda apabila mendapat khabar bahawa angkatan Siam menuju ke Melaka. menjunjung titah menerima perintah “Patik menjunjung titah tuanku untuk mengawasi Selat Melaka demi keselamatan pedagang,”sembah Laksamana. merafak mengangkat Rakyat jelata merafak sembah apabila Sultan Muzaffar Syah berjalan di tengah-tengah balairung. murka marah Sebaik sahaja mendapat khabar bala tenteranya kalah dalam perang itu, baginda amat murka. patik saya (rakyat menghadap raja) “Patik mendapat khabar bahawa ada kecurian berlaku di beberapa buah kampung,” sembah Temenggung kepada sultan. putera anak lelaki Walaupun hari menjelang malam, putera baginda yang pergi berburu di dalam hutan masih belum pulang. RC PT3 BM(1).indd 40 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 41 Bahasa istana Maksud Contoh ayat puteri anak perempuan Kedengaran hilai tawa dayang-dayang yang menemani puteri dari dalam peraduan. permaisuri isteri Kelihatan permaisuri yang mengenakan mahkota bertakhtakan berlian itu sungguh berseri-seri. peraduan tempat tidur Puteri meminta perkenan baginda untuk masuk ke bilik peraduan kerana teramat letih. peterana pelamin untuk pasangan raja Pasangan diraja itu sedang duduk di atas peterana dengan penuh santun. persantapan makanan; hidangan Setelah menikmati persantapan yang enakenak, utusan dari China diiringi ke balairung. sembah memberi salam “Suratini yangpatikbaca ini utusandaripada Maharaja China,” sembah Bendahara. singgahsana kerusi; takhta kerajaan Maka sultan pun duduk bersemayam di atas singgahsana yang ditempa daripada emas. A peterana B mahligai C peraduan D singgahsana 3 Rakyat jelata yang berada di pasar itu kepada sultan sebaik-baik sahaja diumumkan ketibaan baginda. A mencemar duli B merafak sembah C memohon kurnia D menjunjung titah 1 Sultan bercadang untuk kepada beberapa orang perajurit yang terkorban ketika mempertahankan negara daripada serangan musuh. A mencemar duli B menjunjung titah C memberikan perkenan D menganugerahkan kurnia 2 Sultan sedang bersemayam di atas ketika dihadap oleh utusan asing yang membawa pelbagai kurnia. Praktis 1 Soalan 1 – 5 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Praktis Pengukuhan 3 RC PT3 BM(1).indd 41 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 42 4 “Ketika mendengar jeritan puteri, sedang melalui taman larangan untuk ke balairung,” ujar ketua dayang kepada raja. A patik B hamba C tuanku D baginda 5 Beberapa orang dayang sedang melayani puteri yang sedang sambil bergurau senda. A beradu B bersiram C bersantap D bersemayam Praktis 2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Seluruh negeri bergembira apabila permaisuri telah selamat bersalin seorang anak lelaki yang bakal mewarisi takhta kerajaan itu. (ii) Apabila menerima khabar Raja Siam telah mengutuskan bala tenteranya untuk menyerang Melaka, tuanku telah menitahkan Laksamana untuk bersiap sedia. (iii) Sempena sambutan hari kelahiran Sultan Kelantan, beberapa buah rumah anak yatim telah diundang untuk bersantap dengan baginda. (iv) Sultan Johor bersetuju untuk merasmikan majlis pecah tanah untuk membina rumah kos rendah itu demi menjaga kebajikan rakyat. (v) Oleh sebab terlalu letih berburu di dalam hutan, putera raja itu tidur tanpa bersantap terlebih dahulu. RC PT3 BM(1).indd 42 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 43 Pembentukan Kata Pembentukan kata boleh terhasil daripada empat proses, iaitu: Peta Pokok Bentuk kata tunggal Bentuk kata ganda Bentuk kata majmuk Bentuk kata terbitan Pembentukan Kata Bentuk Kata Tunggal 1 Kata tunggal ialah perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Jumlah suku kata Kata nama Kata kerja Kata adjektif Kata sendi nama satu yu lap di dua emas tidur sedap dari tiga cuaca keluar kelabu kepada empat keluarga bahagia daripada lima universiti enam maharajalela 2 Kata akronim yang terhasil daripada cantuman huruf, suku kata, atau bahagian dalam perkataan juga digolongkan dalam kata nama tunggal, misalnya SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), Petronas (Petroleum Nasional) dan pawagam (panggung wayang gambar). Bentuk Kata Terbitan Kata terbitan ialah kata yang menerima imbuhan sama ada imbuhan awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Ciri-ciri kata tunggal ialah: (a) boleh diperluas (b) tidak menerima imbuhan (c) tidak mengalami rangkaian kata (d) boleh terdiri daripada satu suku kata seperi yu, am dan gred Galeri Info Ciri-ciri kata terbitan ialah: (a) menerima imbuhan (b) imbuhan digandingkan dengan kata dasar (c) terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan Galeri Info RC PT3 BM(1).indd 43 09/03/2023 3:21 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 44 Awalan Kata Nama Awalan Contoh perkataan pe- peminum, peniaga, penyala, pengeri, perasa, pelekat, pewaris kekecualian: pedagang pem- pemburu, pemboikot, pemikir, pemfatwa, pemutus, pemproses, pemvideo pen- pendaki, pencagar, penjual, pensyair, penzalim kekecualian: penternak peng- penggerak, pengkhutbah, penghujah, pengajar, pengeksploitasi, pengidam, pengolak, pengubat kekecualian: pengkaji penge- pengecat, pengebom, pengetin, pengesyor, pengelap, pengepam, pengehad (digunakan untuk perkataan satu suku kata sahaja) pel- pelajar per- perasap, pertapa, perburu, perbara ke- ketua, kekasih, kehendak juru- jurugambar, juruwang, jurusolek, jururawat, juruterbang, jurutera, jurumudi maha- mahaguru, mahasiswa, maharaja, maharani tata- tatacara, tatabahasa, tatakerja, tatasusila pra- prasyarat, prakata, prasejarah, prasekolah sub- subtajuk, subkontrak, subsistem supra- supranasional, suprakelas, suprasegmental eka- ekabahasa, ekafungsi, ekawarna dwi- dwitahunan, dwibahasa, dwilambang anti- antidadah, antirokok, antisosial, anti-Amerika pro- prokerajaan, proreformasi, pro-Palestin Awalan Kata Kerja Awalan Contoh perkataan me- melawan, menyikat, merintih mem- membuat, memfitnah, membangkang men- mendaki, mendakwa, mentadbir meng- menggali, menggaru, mengikat, mengambil menge- mengelap, mengebom, mengecat memper- memperisteri, memperhamba, memperlebar be- berasa, berupa, berambut ber- berjalan, berlari, bersambut bel- belajar, belunjur ter- terlanggar, terhantar, tertembak, terbentuk RC PT3 BM(1).indd 44 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.