Unit 1 45 Awalan Contoh perkataan di- diatur, dijemur, dikemas diper- diperisteri, diperluas, diperoleh Awalan Kata Adjektif Awalan Contoh perkataan ter- terbaik, tertinggi, terpintar te- teruncing, terendah, teringan se- sebijak, seputih, senipis Sisipan Kata Nama Sisipan Contoh perkataan -el- telapak, kelangkang, kelembung, kelupas, telunjuk, kelemumur, gelanggang -er- keruping, seruling -em- kemuning, kemuncup Sisipan Kata Adjektif Sisipan Contoh perkataan -el- kelebak, selerak, gelembung -er- serabut, gerigi -em- gemilang, semerbak, gemerlap -in- sinambung Akhiran Kata Nama Akhiran Contoh perkataan -an • kata nama + -an: gambaran, peranan, lautan, bulanan, • kata kerja + -an: lukisan, hujahan, bantahan, makanan, fikiran, buaian • kata adjektif + -an: lapangan, dataran, bulatan, manisan • kata arah + -an: dalaman, luaran, tepian, pinggiran • kata bilangan + -an: belasan, puluhan, ratusan, ribuan, jutaan -wan sasterawan, karyawan, usahawan, angkasawan, ilmuwan -man budiman, seniman -wati seniwati, olahragawati, peragawati -isme nasionalisme, patriotisme, kapitalisme -in hadirin, muslimin -at hadirat, muslimat -ah ustazah, sultanah RC PT3 BM(1).indd 45 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 46 Akhiran Kata Kerja Akhiran Contoh perkataan -kan gunakan, tinggikan, rendahkan, angkatkan -i sertai, jalani, harungi, dekati, duduki Apitan Kata Nama Apitan Contoh perkataan pe-...-an pemuafakatan, penamaan, penyataan, pengayauan, perasaan, pelestarian, pewartaan, kekecualian: pemecahan, penagihan, pengalungan, penyimpanan (huruf awal p digantikan dengan m, t digantikan dengan n, k digantikan dengan ng dan s digantikan dengan ny) per-...-an persahabatan, perbukitan, perdagangan, perakuan, perindustrian, perasmian, perkhemahan, pergerakan, pertapaan, perpaduan pem-...-an pembayaran, pemberian, pembentukan, pemboikotan, pemvetoon, pemfatwaan, pemprosesan, pemblokan pen-...-an pendarahan, pencantuman, penjualan, pensyarikatan, penziarahan pentauliahan, pentafsiran, penstrukturan, penswastaan (kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s dikekalkan huruf depannya) kekecualian: penternakan peng-...-an penggantungan, pengkhutbahan, penghujahan, pengajaran, pengeksploitasian, pengintipan, pengolahan, pengubatan, pengkatalogan, pengklasifikasian kekecualian: pengajian penge-...-an pengecatan, pengeboman, pengetinan, pengesyoran, pengesahan, pengehadan pel-...-an pelajaran ke-...-an kecantikan, kebesaran, kedatangan, kemasukan, ketidaktelitian, kependudukan Apitan Kata Kerja Apitan Contoh perkataan me-...-kan memalukan, melakukan, menukilkan men-...-kan mendapatkan, mentafsirkan, menzahirkan mem-...-kan membatalkan, membulatkan, memvetokan meng-...-kan menggerakkan, menggayakan, menghilangkan menge-...-kan mengecamkan, mengepinkan me-...-i melepasi, menerangi, menyertai men-...-i menjalani, mendahului, menziarahi, mem-...-i membaharui, membohongi, mempercayai RC PT3 BM(1).indd 46 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 47 Apitan Contoh perkataan meng-...-i mengairi, mengharungi, menggauli, memper-...-kan memperjuangkan, memperisterikan, memperkenalkan memper-...-i memperbaiki, memperingati ber-...-kan berlandaskan, berpandukan, beratapkan ber-...-an berlebihan, berpakaian, berjauhan di-...-kan dibiarkan, digunakan, ditempatkan di-...-i didatangi, dibohongi, diadili diper-...-kan diperdagangkan, dipersembahkan, dipertontonkan diper-...-i diperingati ke-...-an kehujanan, kehausan, kepanasan Apitan Kata Adjektif Apitan Contoh perkataan ke-...-an kearaban, keinggerisan, kecinaan Bentuk Kata Majmuk 1 Kata majmuk ialah dua atau lebih kata yang berlainan maksud dirangkaikan dan mengandungi makna yang lain daripada makna perkataan asal. 2 Kata majmuk dieja secara terpisah dan bertindak sebagai satu unit. 3 Terdapat tiga jenis kata majmuk, iaitu: Rangkaian kata bebas Istilah khusus Maksud kiasan alat tulis garis pusat anak emas bandar raya lut sinar bulan madu nasi lemak reka bentuk makan angin kapal layar kertas kerja durian runtuh Perdana Menteri urus setia kaki botol Profesor Madya cari gali ringan tulang Ciri-ciri kata majmuk ialah: (a) perkataan yang dirangkaikan (b) dieja secara terpisah kecuali bentuk yang telah mantap (c) membawa satu makna tertentu (d) boleh diletakkan imbuhan awalan, akhiran atau apitan Galeri Info RC PT3 BM(1).indd 47 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 48 Kata Majmuk yang Mantap 1 Walaupun dikatakan kata nama majmuk dieja secara terpisah, terdapat 15 kata majmuk yang perlu dieja secara rapat kerana telah mantap, iaitu: antarabangsa kakitangan pesuruhjaya tandatangan beritahu kerjasama setiausaha tanggungjawab bumiputera matahari sukarela warganegara jawatankuasa olahraga suruhanjaya 2 Selain bentuk kata majmuk di atas, terdapat sejumlah perkataan yang tergolong dalam golongan kata yang tertentu yang secara lazimnya dieja secara bercantum, contohnya: kata nama peribahasa, dinihari, peribadi perikemanusiaan, haribulan kata adjektif sukacita, dukacita kata sendi nama kepada, daripada kata hubung apabila, apakala, barangkali, darihal, kadangkala, manakala, padahal, walhal kata tanya bagaimana Semak Cepat 7 Perkataan yang berikut merupakan kata majmuk mantap, kecuali A purata. B beritahu. C tandatangan. D warganegara. Semak Cepat 8 Kata majmuk yang manakah dieja dengan betul? A memberi tahu B ditanda tangani C bercampur aduk D menyatu padukan Pengimbuhan Kata Majmuk 1 Kata majmuk juga boleh menerima imbuhan sama ada awalan, akhiran atau apitan. 2 Kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran, ejaan tetap dieja secara terpisah, kecuali imbuhan yang diletakkan pada kata majmuk mantap perlu dieja secara bercantum. di- di- + temu ramah ➞ ditemu ramah pe- pe- + reka bentuk ➞ pereka bentuk ber- ber- + rumah tangga ➞ berumah tangga ber- ber- + tandatangan ➞ bertandatangan men- men- + temu bual ➞ menemu bual -an daya tujah + -an ➞ daya tujahan RC PT3 BM(1).indd 48 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 49 3 Bagi kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, ejaan perlulah dieja secara bercantum. meng-...-kan meng- + hubung kait + -kan ➞ menghubungkaitkan di-...-kan di- + kuat kuasa + -kan ➞ dikuatkuasakan diper-...-kan diper- + tanggungjawab + -kan ➞ dipertanggungjawabkan pe-...an pe- + surat khabar + -an ➞ persuratkhabaran ke-...-an ke- + ibu bapa + -an ➞ keibubapaan Penggandaan Kata Majmuk 1 Kata majmuk yang mahu digandakan melibatkan unsur pertama sahaja. Contohnya: Salah Betul balai raya-balai raya balai-balai raya gambar rajah-gambar rajah gambar-gambar rajah jam tangan-jam tangan jam-jam tangan Menteri Besar-Menteri Besar Menteri-Menteri Besar Penolong Pendaftar-Penolong Pendaftar Penolong-Penolong Pendaftar 2 Namun, kata majmuk yang telah mantap perlulah digandakan keseluruhannya. Contohnya: Salah Betul antara-antarabangsa antarabangsa-antarabangsa pesuruh-pesuruhjaya pesuruhjaya-pesuruhjaya kaki-kakitangan kakitangan-kakitangan tanda-tandatangan tandatangan-tandatangan warga-warganegara warganegara-warganegara Bentuk Kata Ganda Kata ganda ialah kata yang mengalami proses penggandaan sama ada penggandaan seluruh, penggandaan separa atau penggandaan berentak. Kata tunggal, kata terbitan dan kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Ciri-ciri kata ganda ialah: (a) terdapat tanda sempang ( - ) (b) kata ganda separa seperti lelaki dan jejari tidak menggunakan tanda sempang (c) kata ganda membawa maksud: (i) banyak – guru-guru (ii) berulang – menggaru-garu (iii) satu jenis – kura-kura Galeri Info RC PT3 BM(1).indd 49 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 50 Penggandaan Seluruh 1 Penggandaan seluruh melibatkan semua kata digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk. 2 Penggandaan ini melibatkan kata tunggal, kata berimbuhan akhiran -an, kata terbitan dan kata majmuk. Penggandaan seluruh Contoh Kata tunggal rumah-rumah, cerpen-cerpen, duduk-duduk, mandi-mandi, cantik-cantik, laju-laju Kata terbitan dengan akhiran -an bunga-bungaan, sayur-sayuran, kecil-kecilan, besar-besaran Kata terbitan penerbit-penerbit, pertubuhan-pertubuhan, kecina-cinaan Kata majmuk kapal-kapal terbang, kerjasama-kerjasama, tanggungjawab-tanggungjawab Penggandaan Separa 1 Penggandaan separa melibatkan pengekalan suku kata pertama dalam kata dasar manakala suku kata kedua dan seterusnya digugurkan. 2 Bunyi perkataan suku kata yang pertama akan berubah kerana menjadi vokal e pepet. Contohnya: laki la-laki ➞ lelaki siku si-siku ➞ sesiku kunang ku-kunang ➞ kekunang pohon po-pohon ➞ pepohon kuda ku-kuda ➞ kekuda 3 Terdapat kata ganda separa jika dijadikan kata ganda seluruh, unsur kedua tidak boleh digugurkan kerana maksudnya akan berbeza. Contohnya: jejentik jentik-jentik ➞ jentik (perbuatan memukul) lelangit langit-langit ➞ langit (bahagian atas bumi) sesiku siku-siku ➞ siku (anggota badan) pepijat pijat-pijat ➞ pijat (perbuatan memicit) 4 Terdapat juga penggandaan separa pada kata dasar yang berimbuhan hanya menggandakan kata dasar utama dan tidak melibatkan imbuhannya sekali. Contohnya: menyanyi-nyanyi berturut-turut sepandai-pandai mencari-cari bergulung-gulung terikut-ikut menangis-nangis berlari-lari tercenggang-cenggang RC PT3 BM(1).indd 50 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 51 5 Terdapat juga penggandaan separa yang mengulang kata dasar di bahagian hadapan. Contohnya: tolong-menolong kejar-mengejar bantu-membantu kasih-mengasihi cinta-mencintai ziarah-menziarahi Penggandaan Berentak Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu. Persamaan bunyi vokal Persamaan bunyi konsonan Bebas sayur-mayur kayu-kayan anak-pinak kuih-muih gunung-ganang sedu-sedan cerai-berai huyung-hayang ulang-alik gotong-royong mandi-manda kacau-bilau hingar-bingar kucar-kacir simpang-siur hiruk-pikuk kontang-kanting gilang-gemilang Analisis Kesalahan Bahasa Ayat yang salah Analisis (a) Ejaan kata majmuk yang condong adalah salah dalam ayat yang berikut. (i) Disebabkan tanah runtuh di kawasan lereng bukit itu, jalan raya-jalan raya yang menuju kawasan kejadian mengalami kesesakan yang teruk. (ii) Kerajaan akan mengenakan kompaun yang tinggi kepada pihak yang memusnahkan hutan simpan-hutan simpan di negara ini. Seperti yang telah dibincangkan, penggandaan kata majmuk perlu menggandakan unsur pertama sahaja. Oleh itu, perkataan jalan raya-jalan raya dan hutan simpan-hutan simpan perlu dieja sebagai: (i) jalan-jalan raya (ii) hutan-hutan simpan (b) Penggunaan kata ganda berentak yang condong adalah salah dalam ayat berikut. (i) Berpuluh-puluh gunung-ganang di negara kita menjadi lokasi pendakian bagi peminat sukan lasak. (ii) Berbagai-bagai jenis kayu-kayan telah ditebang oleh pembalak haram untuk dieksport.* (iii) Timbunan tanah-tanih di bahu jalan itu sedang diangkut oleh lori pasir.* Katabilangan berpuluh-puluh, berbagaibagai dan timbunan menunjukkan maksud jamak. Oleh itu, kata ganda berentak gunung-ganang, kayu-kayan dan tanah-tanih tidak perlu digandakan dan unsur kedua perlu digugurkan kerana tidak boleh berdiri sendiri. Maka, ayat itu akan menjadi seperti: (i) Berpuluh-puluh gunung (ii) Berbagai-bagai jenis kayu (iii) Timbunan tanah RC PT3 BM(1).indd 51 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 52 Praktis 1 Soalan 1 – 4 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, hakim tertuduh dengan dua tahun penjara. A dijatuhi B menjatuhi C dijatuhkan D menjatuhkan 2 Dato' Onn bin Jaafar dikenali sebagai kerana banyak menyumbangkan jasa untuk memerdekakan negara daripada penjajah. A sejarawan B negarawan C budayawan D cendekiawan 3 Pengetua berjanji akan kerosakan kipas dan lampu di dalam kelas demi menjaga kebajikan murid. A menaik taraf B membaik pulih C mengemas kini D menambah baik 4 Sampan di tengah laut itu apabila ditampar ombak yang bergulung-gulung. A terbuai-buai B terayun-ayun C teroleng-oleng D terlambai-lambai Praktis 2 Soalan 1 – 2 Pilih ayat-ayat yang betul. 1 I Dia telah mempergunakan kerana sifatnya yang lurus bendul. II Ayah bakal memperbesar ruang tamu rumah kami dua bulan lagi. III Tiupan seruling ketika mengiringi deklamasi sajak itu amat syahdu. IV Kempen anti-dadah dapat menyedarkan masyarakat tentang bahaya dadah. A I dan II sahaja B I dan IV sahaja C II dan III sahaja D III dan IV sahaja Praktis Pengukuhan 4 RC PT3 BM(1).indd 52 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 53 2 I Ikan itu mati kerana pelepasan sisa-sisa toksik ke dalam sungai. II Renjer hutan telah mengenal pasti spesies tumbuh-tumbuhan baharu. III Oleh sebab rajin mengulangkaji pelajaran, murid miskin itu cemerlang. IV Bonus akan diberikan kepada kaki-kakitangan kerajaan sebanyak sebulan gaji. A I dan II sahaja B I dan IV sahaja C II dan III sahaja D III dan IV sahaja Praktis 3 Soalan 1 – 4 Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 1 Para pekerja itu sedang giat melakukan kerja-kerja membersihkan A B tanah runtuh di lebuh raya itu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. C Tiada kesalahan D 2 Penganjuran rumah terbuka pada hari perayaan dan sikap saling A menghormati dapat memperkukuhkan hubungan perpaduan antara B C kaum di negara ini. Tiada kesalahan D 3 Suasana di pasar itu sangat hingar-bingar dengan suara penjual A memanggil-manggil dan tawar-menawar barangan. Tiada kesalahan B C D 4 Soal siasat itu menunjukkan bahawa murid tertekan kerana kerja rumah A B yang diberikan oleh guru sewaktu musim cuti sekolah. Tiada kesalahan C D RC PT3 BM(1).indd 53 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 54 Praktis 4 Dalam poster di bawah ini, terdapat lima kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin poster itu semula. TIADA AEDES TIADA DENGGI Apakah denggi? Denggi ialah penyakit terjangkit yang dibawa oleh nyamuk aedes. Bagaimanakah anda boleh selamatkan diri dan keluarga yang tersayang? • Cari dan musnahkan tempat pembiakan-tempat pembiakan nyamuk aedes, terutamanya di longkang, di salur bumbung dan di kolah. • Sekiranya anda mengalami demam yang berpanjangan, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan perawatan. • Tanam bekas-bekas yang boleh bertakung air seperti plastik, tempurung kelapa atau tayar lama. Anda perlulah saling mengingati ahli keluarga tentang peranan mereka agar hidup tanpa wabak denggi. Luangkan masa 10 minit seminggu. (i) (ii) (iii) (iv) (v) RC PT3 BM(1).indd 54 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 55 Pembinaan Frasa Frasa Nama 1 Frasa nama ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang tergolong dalam kata nama. Frasa nama boleh ditandai dengan kehadiran kata tunjuk (itu, ini), kata bilangan dan penjodoh bilangan. 2 Frasa nama boleh hadir dalam subjek dan predikat. Subjek Predikat (a) Melaka bandar bersejarah. (b) Lima orang murid sedang menaiki tangga. (c) Pokok cili yang subur-subur itu di tepi pagar. (d) Ibu menyiang ikan dengan sebilah pisau. (e) Pemuda pemudi haruslah membangunkan negara. (f) Bilik mandi ini amat luas. (g) Emas tulen mahal harganya. 3 Penyusunan unsur bagi kata nama amat berkait rapat dengan Hukum D-M. D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Unsur diterangkan mestilah mendahului unsur yang menerangkan. Frasa nama Diterangkan (inti) Menerangkan (penerang) konsert mini sos cili pisang goreng pendingin hawa Restoran Selera Kampung 4 Walaupun begitu, terdapat kekecualian daripada Hukum D-M yang biasanya terdapat dalam penggunaan nama jawatan. Frasa nama Diterangkan (inti) Menerangkan (penerang) Perdana Menteri timbalan presiden naib canselor pembantu penyelidik ibu pejabat RC PT3 BM(1).indd 55 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 56 5 Terdapat juga frasa nama yang berbentuk bebas, contohnya: Frasa nama Maksud Contoh ayat (a) (i) putih telur bahagian telur yang berwarna putih Ibu hanya menggunakan putih telur untuk membuat kek itu. (ii) telur putih telur yang berwarna putih Telur putih itu ialah telur itik. (b) (i) ayam daging ayam yang diternak untuk mendapatkan isi Pak Mat menternak ayam daging untuk menjualnya ke pasar. (ii) daging ayam isi yang terdapat pada ayam Kakak merebus daging ayam. (c) (i) lembu susu lembu yang dipelihara untuk mendapatkan susu Sekawan lembu susu dilepaskan ke padang untuk meragut rumput. (ii) susu lembu susu yang diperah daripada lembu Adik minum segelas susu lembu setiap pagi sebelum ke sekolah. Analisis Kesalahan Bahasa Ayat yang salah Analisis Ramalan cuaca menyatakan bahawa Perak dan Kedah akan hujan manakala lain-lain kawasan cerah. Unsur inti yang diterangkan ialah kawasan, manakala unsur yang diterangkan ialah lain. Jadi, sepatutnya frasa nama yang tepat ialah kawasan-kawasan lain. Semak Cepat 9 Perkataan yang berikut mematuhi Hukum Diterangkan-Menerangkan, kecuali A Salon Keriting Rambut Aini. B Autosmart Bengkel Kereta. C maklumat-maklumat lain . D bas mini. Frasa Kerja 1 Frasa kerja ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang tergolong dalam kata kerja. Frasa kerja boleh ditandai dengan kehadiran: (a) kata bantu (b) objek sebagai penyambut (kata kerja transitif) (c) pelengkap sebagai penyambut (kata kerja tak transitif) (d) penerang sebagai penyambung (kata kerja tak transitif) 2 Frasa kerja boleh hadir dalam subjek dan predikat. RC PT3 BM(1).indd 56 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 57 Subjek Predikat Kata bantu Kata kerja Objek Pelengkap Penerang (a) Burung itu terbang. (b) Kami semua tercenggang. (c) Merokok membahayakan kesihatan. (d) Bersenam dapat menyihatkan tubuh. (e) Ekonomi beransur pulih. (f) Tanamannya telah menjadi layu. (g) Petani itu bersawah padi. (h) Lelaki itu sedang berjaja kain. 3 Kata kerja boleh diikuti oleh objek sama ada satu objek atau dua objek. Objek hanya boleh hadir di belakang kata kerja transitif. (a) Kata kerja dengan satu objek (i) Aini mengarang sebuah sajak. (ii) Doktor itu akan menjalankan pembedahan. (iii) Kami benar-benar menghayati filem itu. (b) Kata kerja dengan dua objek (objek tepat + objek sipi) (i) Sarah memasak bubur nasi untuk datuknya. (ii) Ayah menghadiahkan sebentuk cincin permata untuk ibu. (iii) Hakim menjatuhkan hukuman kepada pesalah itu. (iv) Sultan menganugerahkan pingat kebesaran kepada tentera itu. Sebenarnya, ayat-ayat di atas boleh diubah menjadi ayat-ayat berikut. (i) Sarah memasakkan datuknya bubur nasi. (ii) Ayah menghadiahi ibu sebentuk cincin permata. (iii) Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman. (iv) Sultan menganugerahi tentera itu pingat kebesaran. Analisis Kesalahan Bahasa Ayat yang salah Analisis Encik Ali mengirimi wang belanja untuk ibu bapanya di kampung melalui adik lelakinya. Kata kerja transitif aktif mengirimi perlulah diikuti objek tepat, iaitu ibu bapanya.Disebabkanwang belanja menjadi objek tepat dalam ayat itu, maka kata kerja transitif aktif mengirimkan/mengirim perlulah digunakan. Semak Cepat 10 Frasa kerja yang berikut betul, kecuali A saling membantu. B menghidangi tetamu. C menjahitkan baju kurung. D membincangkan masalah. RC PT3 BM(1).indd 57 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 58 Frasa Adjektif 1 Frasa adjektif ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang tergolong dalam kata adjektif. 2 Frasa adjektif boleh ditandai dengan kehadiran kata bantu dan kata penguat. 3 Frasa adjektif boleh hadir dalam pelbagai binaan. Subjek Predikat Kata bantu Kata penguat Kata adjektif Keterangan Ayat komplemen (a) Pesakititu belum sihat. (b) Perigi ini sungguh dalam. (c) Dia mahu benar pandai. (d) Sudirman sangat cinta akan negara. (e) Kami amat percaya bahawa usahanya akan berhasil. 4 Kata adjektif bukan sahaja hadir secara tunggal seperti jadual di atas tetapi juga boleh terdiri daripada dua perkataan, gandaan atau secara berimbuhan. Lihat contoh ayat di bawah. (a) Rentap dikenali sebagai pahlawan yang gagah berani. (b) Ibu bapa kita telah mengharungi pahit manis kehidupan. (c) Semua peragawati itu tinggi lampai dan cantik-cantik. (d) Murid pemalu itu terpintar di dalam kelasnya. (e) Laili tidak setinggi adiknya. (f) Langit kemerah-merahan apabila waktu senja. Analisis Kesalahan Bahasa Ayat yang salah Analisis Kulit pelancong yang berjemur di bawah terik matahari itu agak kemerahmerahan. Frasa adjektif yang menerima imbuhan apitan ke-...-an tidak boleh disertai dengan kata penguat agak. Ayat tersebut boleh menjadi: • Kulit pelancong yang berjemur di bawah terik matahari itu agak merah. • Kulit pelancong yang berjemur di bawah terik matahari itu kemerah-merahan. Semak Cepat 11 Frasa adjektif yang berikut betul, kecuali A amat tersohor. B masih agak kecil. C belum masak benar. D paling panjang sekali. RC PT3 BM(1).indd 58 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 59 Semak Cepat 12 Garis kesalahan bahasa dalam ayat- ayat di bawah dan tulis jawapan yang betul pada ruang yang disediakan. (a) Baju-baju yang diperagakan oleh peragawati itu cantik-cantik kerana direka oleh pereka fesyen terkenal. (b) Tokyo tersenarai sebagai salah sebuah bandar raya yang mempunyai kos hidup paling termahal di dunia. (c) Kucing peliharaan Zarina mempunyai anak mata yang agak kebiru-biruan. (d) Hidangan yang diambil mengikut piramid makanan paling sihat sekali dan boleh mengelakkan penyakit kronik. Frasa Sendi Nama 1 Frasa sendi nama ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. 2 Frasa sendi nama terbentuk apabila terdapat kata sendi seperti di, ke, pada, kepada, dari, daripada, untuk, akan, bagi, tentang, hingga, oleh, dengan, sampai dan sebagainya yang diikuti oleh frasa nama. 3 Frasa sendi nama boleh hadir dalam pelbagai binaan. Subjek Predikat Kata sendi nama Kata nama arah Frasa nama Keterangan (a) Kain itu daripada kapas. (b) Nenek ke belakang rumah. (c) Pengayuh di dalam sampan. (d) Abang ke utara negara Korea pada bulan lalu. 4 Frasa sendi nama boleh hadir dalam pelbagai kedudukan. Frasa sendi nama sebagai predikat (a) Petani itu ke ladang setiap pagi. (b) Borang itu daripada Cikgu Lim. (c) Jambangan mawar ini untuk ibu. RC PT3 BM(1).indd 59 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 60 Frasa sendi nama sebagai keterangan frasa nama (a) Masyarakat di bandar banyak yang bekerja. (b) Buku pada saya ini milik Muhammad Adib. (c) Biasiswa untuk murid cemerlang boleh dipohon mulai hari ini. Frasa sendi nama sebagai keterangan frasa kerja (a) Feri itu berlepas pada pukul tujuh. (b) Kami berteduh di bawah bangsal. (c) Artis tersohor itu datang dengan suaminya. Frasa sendi nama sebagai keterangan frasa adjektif (a) Kulit kanak-kanak itu putih seperti salji. (b) Aina lulus cemerlang dalam semua subjek. (c) Abang sibuk dengan pelajarannya. Analisis Kesalahan Bahasa Ayat yang salah Analisis (a) Kamu bercadang untuk bercuti ke dalam negara atau luar negara? Frasa sendi yang menggunakan kata sendi ke dan di dalam ayat berbentuk setara perlulah diulang untuk frasa sendi nama yang kedua. Maka, sepatutnya ayat itu perlu menjadi: Kamu bercadang untuk bercuti ke dalam negara atau ke luar negara. (b) Projek pembinaan itu akan dipantau dari masa ke semasa. Binaan frasa sendi nama dari dan ke tidak membenarkan pengguguran bentuk se- secara berasingan. Sekiranya pengguguran se- pada satu bahagian, maka pengguguran pada satu bahagian juga hendaklah dilakukan seperti ayat berikut: • Projek pembinaan itu akan dipantau dari masa ke masa. • Projek pembinaan itu akan dipantau dari semasa ke semasa. (c) Hubungan antara Kamil dan Aini ialah sepupu. Kata sendi antara atau di antara perlulah hadir berpasangan dengan kata sendi dengan dalam binaan frasa sendi. Oleh itu, ayat tersebut perlu menjadi: Hubungan antara Kamil dengan Aini ialah sepupu. (d) Notis yang diberikan itu daripada pihak pengurusan ke penyewa. Kata sendi daripada perlulah hadir berpasangan dengan kata sendi kepada dalam binaan frasa sendi. Oleh itu, ayat tersebut perlu menjadi: Notis yang diberikan itu daripada pihak pengurusan kepada penyewa. Semak Cepat 13 Frasa sendi yang berikut betul, kecuali A daripada kemiskinan B terhad pada 50 orang C dalam kalangan remaja D ditampal di papan kenyataan Semak Cepat 14 Frasa sendi yang berikut salah, kecuali A pada bulan lalu B dari ulat sutera C sejak dari kecil lagi D antara Melaka dengan Johor RC PT3 BM(1).indd 60 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 61 Praktis Pengukuhan 5 Praktis 1 Soalan 1 –5 Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 1 Abang menaiki bas mini ke bandar untuk menghadiri temu janji dengan A B teman wanitanya yang bekerja di syarikat penyaman udara. C Tiada kesalahan D 2 Sikap saling menghormati antara kaum dapat mewujudkan suasana A B yang harmoni demi menjamin keamanan negara. Tiada kesalahan C D 3 Setiap kali melalui rumah yang terpaling besar di pinggir hutan itu, A kami berasa amat takut kerana sangat lama ditinggalkan. B C Tiada kesalahan D 4 Di samping menarik kehadiran pelancong, bangunan warisan berfungsi A untuk memaparkan corak budaya di zaman silam. Tiada kesalahan B C D 5 Penceramah itu menerangkan tentang cara menulis karangan dengan A mudah berdasarkan pengalaman beliau mengajar murid selama B C 20 tahun. Tiada kesalahan D RC PT3 BM(1).indd 61 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 62 Praktis 2 Susun semula perkataan atau frasa di bawah supaya menjadi ayat susunan biasa yang gramatis. Ayat yang dibina hendaklah menepati pola ayat dasar yang telah ditetapkan. Anda hendaklah menggunakan semua perkataan yang diberikan dan tidak boleh menambah perkataan lain. (i) berbaju jiran yang biru saya lelaki itu Pola: Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) (ii) kayu melilit pada sulur sirih batang Pola: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) (iii) dahan burung nuri atas hinggap seekor di Pola: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) (iv) tersebut manis-manis buah mangga ladang dari Pola: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) (v) itu kursus sahaja kerani untuk baharu Pola: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS) RC PT3 BM(1).indd 62 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 63 Kesalahan Ejaan 1 Kesalahan ejaan ialah perkataan yang dieja tidak mengikut Sistem Ejaan Rumi. 2 Terdapat lima jenis kesalahan ejaan, iaitu: Peta Buih Huruf kecil dan huruf besar Perkataan pinjaman Pola keselarasan vokal Tanda sempang Ejaan yang dirapatkan dan dijarakkan Kesalahan Ejaan Huruf Kecil dan Huruf Besar 1 Kata nama am perlu dieja dengan menggunakan huruf kecil, kecuali jika ditulis pada awal ayat. Kata nama khas perlu dieja dengan menggunakan huruf besar. 2 Penggunaan huruf kecil dan huruf besar dalam perkataan yang dicondongkan adalah salah dalam ayat di bawah. (a) Rondaan yang dilakukan oleh Rukun Tetangga dapat mengawal kejadian jenayah setempat. (b) Bagi mengeratkan hubungan kejiranan, Hari Keluarga perlulah dianjurkan di kawasan perumahan. (c) Majlis yang dirasmikan oleh menteri besar itu telah diadakan secara gilanggemilang. (d) Penyalahgunaan internet dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Tanda Sempang 1 Tanda sempang digunakan untuk kata ganda, merangkaikan kata sendi ke dengan nombor, merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar dan merangkaikan angka dengan akhiran -an. RC PT3 BM(1).indd 63 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 64 2 Ejaan dalam perkataan yang dicondongkan adalah salah dalam ayat di bawah kerana tidak menggunakan tanda sempang. (a) Kemalangan maut sering berlaku di jalan yang bersimpang siur itu. (b) Ulang tahun ke 100 sekolah itu telah dilancarkan oleh Pengarah Pejabat Pendidikan Negeri. (c) Negara yang anti Israel itu mengutuk serangan yang dilakukan oleh tentera Zionis kepada rakyat Palestin. (d) Penggunaan Internet secara meluas di Malaysia hanyalah pada tahun 1990an. Ejaan yang Dirapatkan dan Dijarakkan 1 Ejaan yang dirapatkan ialah kata majmuk mantap, kata tunggal yang dieja secara bercantum, kata yang dirangkaikan dengan pun, kata kerja yang diletakkan imbuhan awalan di-, kata majmuk tak mantap tetapi menerima imbuhan apitan dan kata nama am atau kata kerja yang menerima imbuhan pinjaman. 2 Ejaan dalam perkataan yang dicondongkan adalah salah dalam ayat di bawah. (a) Kerajaan bakal menubuhkan satu jawatan kuasa khas bagi mengkaji undangundang jalan raya. (b) Stres yang merundung diri kadang kala mendatangkan kebaikan jika dipandang dari sudut positif. (c) Projek mega itu tetap diteruskan walau pun mendapat bantahan daripada penduduk setempat. (d) Lapangan terbang di Pulau Langkawi di bina untuk menggalakkan kedatangan pelancong ke pulau legenda Mahsuri itu. (e) Akta Jenayah Komputer 1997 perlu dikuat kuasakan dengan tegasnya jika mahu mengekang masalah jenayah siber. (f) Kelulusan dalam temu duga menjadi pra-syarat untuk diterima sebagai mahasiswa di pusat pengajian itu. 3 Ejaan yang dijarakkan ialah kata majmuk tak mantap, kata majmuk yang menerima imbuhan awalan dan kata nama yang digandingkan kata sendi di. 4 Ejaan dalam perkataan yang dicondongkan adalah salah dalam ayat di bawah. (a) Kepadatan penduduk di bandaraya itu disebabkan peluang pekerjaan yang pelbagai ditawarkan. (b) Siasatan masih dijalankan oleh anggota penguat kuasa untuk mengenalpasti punca kemalangan maut itu. (c) Keputusan perlawanan bola sepak itu diluar jangkaan kerana juara liga tahun lepas dikalahkan dengan mudah oleh pihak lawan. RC PT3 BM(1).indd 64 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 65 Perkataan Pinjaman 1 Perkataan pinjaman perlulah dieja mengikut sistem yang telah ditetapkan oleh Sistem Ejaan Bahasa Melayu. Berikut ialah kaedah peminjaman yang dilakukan terhadap kata asing. (a) Huruf [g] yang dituturkan sebagai [ j] menurut ejaan bahasa Inggeris ditulis dan disebut [g] dalam bahasa Melayu, misalnya agent – agen, gymnasium – gimnasium, generation – generasi (b) Pengejaan kata pinjaman bahasa Inggeris yang telah mantap, misalnya pencil – pensel, action – aksi, dial – dail (c) Pengguguran satu huruf, misalnya stress – stres, effective – efektif, aggressive – agresif (d) Penyesuaian huruf konsonan, misalnya computer – komputer, express – ekspres, graph – graf, dialect – dialek 2 Perkataan pinjaman yang menerima imbuhan awalan perlu dieja secara rapat. Ejaan perkataan yang menerima imbuhan pinjaman berhuruf condong di bawah adalah salah. (a) Malaysia yang terdiri daripada masyarakat multi etnik perlu mengamalkan sikap bertoleransi demi menjamin keamanan. (b) Zaman pasca kemerdekaan menyaksikan ekonomi negara semakin berkembang pesat. (c) Tindakan pro-aktif harus diambil oleh kerajaan untuk mengelakkan kejadian jenayah ragut terus menjadi ancaman. (d) Program anti-dadah mestilah diperluas di peringkat sekolah rendah bagi mendidik kanak-kanak agar menjauhinya. Pola Keselarasan Vokal 1 Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. 2 Bagi kata yang mempunyai lebih daripada dua suku kata, hanya dua suku kata akhir yang terlibat. 3 Terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal dalam bahasa Melayu. Kesemuanya terdapat dalam jadual berikut. Semak Cepat 15 Pilih ayat yang menggunakan ejaan yang betul. I Bahan pengawet makanan amat bahaya untuk kesihatan. II Rumah mewah itu dipenuhi oleh perabot dari luar negara. III Pamiran lukisan itu mendapat sambutan yang sungguh hangat. IV Emas tulin itu amat tinggi nilainya. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV RC PT3 BM(1).indd 65 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 66 Suku kata praakhir Suku kata tertutup Contoh perkataan a -a asah, balik, halaman a -i alih, balik, sumbangsih a -u asuh, datuk, lembayung e pepet -a emas, kelam, tembelang e pepet -i lebih, betik, sembelih e pepet -u telur, tempuh, temenggung e taling -a elak, dewan, belerang e taling -e taling leceh, gelek, selekeh e taling -o esok, telor, selekoh i -a ingat, kilang, selinap i -i intip, sisih, belimbing i -u riuh, tidur, tembeliung o -a otak, borang, sekolah o -e taling oleh, boleh, celoteh o -o obor, borong, kelompok u -a ubat, tumpang, ketupat u -i usik, kuih, gerusih u -u untuk, tunduk, tengkujuh 4 Walaupun begitu, terdapat beberapa kekecualian dalam ejaan mengikut keselarasan vokal seperti dalam jadual di bawah. Suku kata praakhir Suku kata tertutup Contoh perkataan a -e taling aneh, pamer, kaget a -o calon, perabot, lancong, lakon, lapor e pepet -e pepet pepet, gembleng u -e taling tulen 5 Ejaan dalam perkataan yang dicondongkan adalah salah kerana tidak menepati keselarasan vokal. (a) Makanan segera seperti misegera dan makanan ringan sepertisnek mengandungi bahan pengawit yang menjejaskan kesihatan. (b) Walaupun harganya mahal, perabut yang diperbuat daripada kayu jati itu mendapat permintaan yang tinggi. (c) Halaman rumah Mak Piah yang luas itu ditanam dengan pokok bunga tanjong. (d) Beberapa orang pelakon turut menjayakan pamiran sempena Kempen Antidadah Peringkat Kebangsaan. RC PT3 BM(1).indd 66 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 67 Praktis Pengukuhan 6 Praktis 1 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti satu kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) Budak lelaki yang biadap itu telah mengeluarkan kata-kata yang kesat hingga menggores perasaan ibunya. (ii) Sistem ekonomi kapitalisma yang mementingkan keuntungan tidak menggalakkan penyediaan infrastruktur awam. (iii) Bahasa dan pakaian multietnik di negara kita ialah sub-budaya yang perlu dipertahankan agar tidak lapuk ditelan zaman. Praktis 2 Dalam petikan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti tiga kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Kebanyakan orang lebih bimbang akan kolestrol dan lemak tetapi tidak menyedari bahawa gula merupakan penyebab utama kegemukan. Hal ini dikatakan demikian kerana karbohidrat dalam nasi yang di makan akan bertukar menjadi gula, seterusnya memberikan tenaga kepada kita. Namun begitu, gula akan bertukar menjadi lemak jika kita tidak membakarnya melalui aktiviti yang aktif seperti berjogging dan bersukan. (i) (ii) (iii) RC PT3 BM(1).indd 67 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 68 Pembinaan Ayat Peta Pokok Subjek dan predikat Pola ayat Jenis ayat Ayat bersusunan biasa dan ayat bersusunan songsang Ayat tunggal dan ayat majmuk Ayat aktif dan ayat pasif Ayat tanya Cakap ajuk dan cakap pindah Pembinaan ayat Subjek dan Predikat Subjek 1 Subjek ialah pelaku yang terdiri daripada manusia, haiwan, tumbuhtumbuhan, objek, kata nama abstrak dan sebagainya. 2 Subjek mesti terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa sendi nama. Subjek daripada frasa nama Contoh ayat: (a) Encik Rahman ialah pengarah di syarikat itu. (b) Rumah yang besar itu milik hartawan tersohor negara. (c) Keramahan masyarakat menjadi daya tarikan pelancongan. Subjek daripada frasa kerja Contoh ayat: (a) Merokok membahayakan kesihatan masyarakat. (b) Bercucuk tanam di rumah boleh menjimatkan perbelanjaan keluarga. Sebenarnya ayat-ayat di atas mengalami proses pengguguran, iaitu: (a) Perbuatan merokok membahayakan kesihatan masyarakat. (b) Aktiviti bercucuk tanam di rumah boleh menjimatkan perbelanjaan keluarga. Subjek daripada frasa sendi nama Contoh ayat: (a) Dari rumah saya ke sekolah hanya sepuluh minit. (b) Untuk dia memikul tanggungjawab itu memang sukar. Sebenarnya ayat-ayat di atas mengalami proses pengguguran, iaitu: (a) Perjalanan dari rumah saya ke sekolah hanya sepuluh minit. (b) Tugas untuk dia memikul tanggungjawab itu memang sukar. RC PT3 BM(1).indd 68 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 69 3 Apabila ayat disongsangkan, predikat akan berada di hadapan. (a) Indah sungguh pemandangan dari atas Bukit Tabur. (b) Dialah yang berlari dengan laju tadi. 4 Bagi ayat yang didahului dengan keterangan, subjek berada di tengahtengah. (a) Dalam pertemuan itu masalah ekonomi akan dibincangkan. (b) Kerana hujan yang lebat, ekspedisi pendakian gunung ini tidak dapat diteruskan. Predikat Predikat ialah cerita tentang pelaku. Predikat boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Predikat daripada frasa kerja Contoh ayat: (a) Matahari terbit dari arah timur. (b) Beberapa orang wanita sedang mencuci kain di sungai. (c) Pembangunan yang tidak terancang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Predikat daripada frasa adjektif Contoh ayat: (a) Aliran sungai ini amat deras terutamanya ketika hujan lebat. (b) Tandas di pasar raya itu sangat bersih sehingga dipuji pelancong. (c) Pokok cili yang ditanam oleh Mak Minah di tebing sungai subur-subur sungguh. Predikat daripada frasa sendi nama Contoh ayat: (a) Pegawai Pendidikan Daerah ke pejabat. (b) Bungkusan di atas meja ini daripada Encik Halim. (c) Jambangan mawar merah itu untuk ibu sempena ulang tahun perkahwinannya. Semak Cepat 16 Garis subjek dalam ayat-ayat di bawah. (a) Tembakan pemburu itu kena pada seekor pelanduk. (b) Mendaki gunung menguatkan fizikal tubuh. (c) Ke rumah saya hanya 200 meter. (d) Walaupun demam, Aina hadir ke sekolah. Semak Cepat 17 Garis predikat dalam ayat-ayat di bawah. (a) Encik Ali ialah kerani pejabat pos. (b) Manisah masih melipat baju di dalam bilik. (c) Mata pisau yang baru diasah itu sungguh tajam. (d) Kami sekeluarga dari Bandar Tenggara. RC PT3 BM(1).indd 69 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 70 Pola Ayat 1 Dalam bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat, iaitu Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) dan Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS). 2 Subjek mestilah terdiri daripada frasa nama, misalnya: (a) Encik Amran (FN) pengarah eksekutif di syarikat itu. (FN) (b) Burung itu (FN) terbang apabila mendengar bunyi tembakan. (FK) (c) Pemandangan dari bukit itu (FN) indah nian. (FA) (d) Jambangan mawar merah ini (FN) untuk ibu. (FS) 3 Walaupun begitu terdapat subjek yang bukan daripada frasa nama akibat pengguguran, misalnya: (a) Mendaki bukit (FN) menguatkan otot. (FK) (b) Ke rumah Ani (FN) sungguh jauh. (FA) Dalam ayat di atas, perkataan aktiviti digugurkan daripada ayat (a) manakala perkataan perjalanan digugurkan daripada ayat (b). Walaupun subjek dimulakan dengan kata kerja mendaki dan kata sendi ke, namun subjek tetap dianggap sebagai frasa nama. Pola Ayat Contoh ayat Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) Frasa nama dalam predikat boleh ditandai dengan kehadiran kata nama, kata pemeri, kata bilangan atau penjodoh bilangan. (a) Dato’ Seri Siti Nurhaliza (FN) penyanyi tersohor di Asia. (FN) (b) Tunku Abdul Rahman (FN) ialah Bapa Kemerdekaan. (FN) (c) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FN) sebuah badan yang membantu petani memasarkan hasil. (FN) Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) Frasa kerja dalam predikat boleh ditandai dengan kehadiran kata kerja atau kata bantu. (a) Budak yang terjatuh ketika berlari itu (FN) menangis tersedu-sedan. (FK) (b) Penguatkuasaan undang-undang yang tegas terhadap pembalak haram (FN) perlu dilaksanakan. (FK) Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) Frasa adjektif dalam predikat boleh ditandai dengan kehadiran kata adjektif atau kata penguat. (a) Peragawati itu (FN) tinggi lampai. (FA) (b) Pemandangan dari atas bukit ini (FN) sungguh indah. (FA) Semak Cepat 18 Tentukan pola ayat bagi setiap ayat di bawah. (a) Ramuan dibubuh ke dalam masakan itu. ( ______________ ) (b) Tanah di ladang itu sungguh subur. ( ______________ ) (c) Kota A' Famosa ialah bangunan bersejarah. ( ______________ ) (d) Beberapa ekor lembu meragut rumput di tengah padang. ( ______________ ) RC PT3 BM(1).indd 70 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 71 Pola Ayat Contoh ayat Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS) Frasa sendi dalam predikat boleh ditandai dengan kehadiran kata sendi (a) Pelancong ini dari Kanada. (b) Surat itu daripada kakak. (c) Salmi dan ibunya ke pasar. Analisis Kesalahan Bahasa Ayat yang salah Analisis (a) Contohnya, seper ti berjoging, berjalan kaki dan senamrobik. Ayat ini tergantung kerana tidak mempunyai subjek. Sepatutnya, ayat tersebut perlu ditulis seperti: Contohnya, senaman yang boleh dilakukan oleh masyarakat seperti berjoging, berjalan kaki dan senamrobik. (b) Bagi murid-murid yang mempunyai masalah keluarga, mereka yang belum benar-benar matang. Ayat di atas tergantung kerana tidak mempunyai predikat. Sepatutnya, ayat tersebut perlu ditulis seperti: Bagi murid-murid yang mempunyai masalah keluarga, mereka yang belum benar-benar matang akan melakukan masalah disiplin. Jenis Ayat Ayat Penyata 1 Ayat penyata ialah ayat untuk memberitahu maklumat. 2 Contoh ayat penyata ialah: (a) Pelancong itu dari Iran. (b) Kucing itu comel sungguh. (c) Dia berlepas ke Hokaido petang tadi. (d) Penjenayah itu telah dapat ditangkap semalam dalam sekatan jalan raya. (e) Halia amat baik untuk kesihatan badan. (f) Sarah sedang menjalani latihan pusat untuk menghadapi kejohanan antarabangsa. Ayat Tanya 1 Ayat tanya ialah ayat untuk mendapatkan jawapan. Terdapat penggunaan kata tanya dan tanda soal (?). 2 Contoh ayat tanya ialah: (a) Apakah nama menara itu? (b) Siapakah lelaki ini? (c) Berapakah harga sebiji durian ini? (d) Manakah rumah kamu? (e) Dia tinggal di mana? (f) Mercu tanda itu dibina bagaimana? (g) Devi menangis tersedu-sedan mengapa? RC PT3 BM(1).indd 71 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 72 Ayat Seruan 1 Ayat seruan ialah ayat untuk menyatakan perasaan. Terdapat penggunaan tanda seru (!). 2 Contoh ayat seruan ialah: (a) Wah, besarnya rumah kamu! (kagum) (b) Cis, beraninya engkau bersikap biadab! (marah) (c) Aduh, sakitnya kakiku! (sakit) (d) Aduhai, malangnya nasib aku hari ini! (mengeluh) (e) Eh, kamu datang hari ini? (terkejut) Ayat Perintah Ayat perintah terbahagi kepada empat, iaitu ayat permintaan, ayat suruhan, ayat larangan dan ayat silaan. Jenis ayat perintah Penanda Contoh ayat Ayat permintaan Diujarkan untuk meminta sesuatu minta, tolong, harap, mohon (a) Minta duduk dalam keadaan tertib. (b) Tolong lap cermin tingkap kelas kamu kerana berhabuk. (c) Harap kamu cepat sembuh. Ayat suruhan Diujarkan untuk memberikan arahan kata kerja seperti angkat, basuh, susun, tulis, lap (a) Jemur kain selepas kamu menonton televisyen. (b) Renungkan setiap baris sajak itu. (c) Hadapilah ujian dengan sabar. Ayat larangan Diujarkan untuk menegah tindakan jangan, dilarang, usah, tak usah (a) Dilarang meludah di sini. (b) Jangan pandu laju di selekoh itu. Ayat silaan Diujarkan untuk mengajak pendengar melakukan sesuatu sila, jemput (a) Sila susun kerusi dan meja sebelum beredar dari kelas. (b) Jemput masuk dulu sementara hujan teduh. Semak Cepat 19 Tentukan jenis ayat bagi setiap ayat di bawah. (a) Gantungkan poster ini pada pintu pagar sekolah. ( __________________ ) (b) Syabas, atas kejayaan kamu mengharumkan nama negara! ( __________________ ) (c) Rancangan televisyen perlu dipantau oleh kerajaan. ( __________________ ) (d) Lelaki yang berbaju merah itu mahu menarik diri? ( __________________ ) RC PT3 BM(1).indd 72 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 73 Ayat Bersusunan Biasa dan Ayat Bersusunan Songsang Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis susunan ayat, iaitu ayat bersusunan biasa dan ayat bersusunan songsang. Ayat Bersusunan Biasa 1 Ayat bersusunan biasa ialah ayat yang mendahulukan subjek berbanding dengan predikat, misalnya dalam ayat di bawah. Subjek Predikat (a) Lima orang murid berjaya dalam temu duga itu. (b) Bangunan lama itu masih teguh. (c) Susun atur di rumah ini amat menarik sungguh. (d) Beberapa biji buah mangga telah masak ranum. (e) Pemberian rasuah dapat meruntuhkan tamadun sesebuah negara. 2 Dalam ayat di atas, tiada penegasan yang diberikan. Namun, penegasan boleh wujud dalam ayat dengan kehadiran kata penegas -lah, -tah dan -kah seperti dalam ayat di bawah. (a) Guru saya dia. Dialah guru saya. (b) Daya kami apa? Apatah daya kami? (c) Mereka sekeluarga pergi tadi. Pergikah mereka sekeluarga tadi? Ayat Bersusunan Songsang 1 Ayat bersusunan songsang ialah ayat yang mendepankan unsur predikat manakala unsur subjek diletakkan di bahagian belakang. 2 Dalam bahasa Melayu, pendepanan predikat boleh hadir dalam dua bentuk, iaitu pendepanan seluruh predikat dan pendepanan sebahagian daripada predikat. (a) Pendepanan seluruh predikat Dalam proses pendepanan seluruh predikat, seluruh bahagian predikat dipindahkan ke hadapan subjek. Ayat di bawah menunjukkan pendepanan seluruh predikat. Semak Cepat 20 Yang manakah antara berikut ayat bersusunan biasa? I Masih bertenggek burung di ranting itu. II Untuk berjaya kita perlu belajar bersungguh-sungguh. III Novel itu sungguh tebal. IV Melancong dapat meluaskan pengalaman. A I dan II C I dan IV B II dan III D III dan IV RC PT3 BM(1).indd 73 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 74 (i) Ibunya kerani. Kerani ibunya. (ii) Imran Faiz Tokoh murid. Tokoh murid Imran Faiz. (iii) Merokok membahayakan kesihatan. Membahayakan kesihatan merokok. (iv) Buah tembikai ini manis benar. Manis benar buah tembikai ini. (v) Petani itu ke bendang untuk mencari rezeki. • Ke bendang untuk mencari rezeki petani itu. • Untuk mencari rezeki ke bendang petani itu (vi) Beberapa orang murid masih belum tidur kerana tekun mengulang kaji. • Masih belum tidur kerana tekun mengulang kaji beberapa orang murid. • Kerana tekun mengulang kaji masih belum tidur beberapa orang murid. (b) Pendepanan sebahagian daripada predikat Dalam proses pendepanan sebahagian daripada predikat, bahagian tertentu boleh diletakkan di hadapan. Lihat contoh di bawah. (i) Dua orang lelaki bersenam tadi. • Bersenam dua orang lelaki tadi. • Tadi dua orang lelaki bersenam. (ii) Kakak pernah berkunjung ke Istanbul. • Pernah berkunjung kakak ke Istanbul. • Ke Istanbul kakak pernah berkunjung. (iii) L a u k - p a u k y ang dihidangkan itu tidak enak walaupun harganya mahal. • Tidak enak lauk-pauk yang dihidangkan itu walaupun harganya mahal. • Walaupun harganya mahal, lauk-pauk yang dihidangkan itu tidak enak. (iv) Kereta yang dipandu oleh abang terbabas kerana mengelak seekor lembu. • Terbabas kereta yang dipandu oleh abang kerana mengelak seekor lembu. • Kerana mengelak seekor lembu, kereta yang dipandu oleh abang terbabas. 3 Secara ringkasnya, ayat songsang boleh wujud dalam pelbagai bentuk, asalkan pecahan yang dilakukan betul, iaitu bahagian subjek, predikat dan unsur keterangan. Ibu menghiris daging lembu dengan menggunakan pisau yang tajam. (a) Menghiris daging lembu ibu dengan menggunakan pisau yang tajam. (b) Dengan menggunakan pisau yang tajam, ibu menghiris daging lembu. (c) Menghiris daging lembu dengan menggunakan pisau yang tajam ibu. (d) Dengan menggunakan pisau yang tajam, menghiris daging lembu ibu. RC PT3 BM(1).indd 74 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 75 Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk Ayat Tunggal 1 Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat sahaja. 2 Ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan, ayat perintah dan sebagainya. 3 Ayat tunggal boleh wujud dalam susunan subjek-predikat atau predikat-subjek. Contoh ayat tunggal yang mengikut susunan subjek-predikat Contoh ayat tunggal yang mengikut susunan predikat-subjek (a) Abang saya juruteknik. (a) Juruteknik abang saya. (b) Burung-burung berkicau. (b) Berkicau burung-burung. (c) Sayur-sayur ini amat segar. (c) Amat segar sayur-sayur ini. (d) Rombongan itu ke Sarawak. (d) Ke Sarawak rombongan itu. (e) Mengapakah kalian ke mari? (e) Kalian ke mari mengapa? Ayat Majmuk 1 Ayat majmuk ialah ayat yang menggabungkan dua atau lebih ayat tunggal. 2 Ayat majmuk akan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua subjek atau predikat. 3 Lihat contoh ayat majmuk di bawah. Contoh ayat Huraian (a) (i) Bersenam dapat menyihatkan tubuh. (ii) Makan makanan berkhasiat dapat menyihatkan tubuh. (iii) Bersenam dan makan makanan berkhasiat dapat menyihatkan tubuh. Ayat (i) dan ayat (ii) mempunyai subjek yang berbeza tetapi predikat yang sama. Jadi, apabila digabungkan menjadi ayat (iii), maka predikat yang sama akan digugurkan salah satunya. (b) (i) Budak itu menangis. (ii) Budak itu terjatuh. (iii) Budak itu menangis kerana terjatuh. Ayat (i) dan ayat (ii) mempunyai predikat yang sama tetapi subjek yang berbeza. Jadi, apabila digabungkan menjadi ayat (iii), maka subjek yang sama akan digugurkan salah satunya. (c) (i) Abang mendapat khabar. (ii) Permohonan biasiswanya telah diluluskan. (iii) Abang mendapat khabar bahawa permohonan biasiswanya telah diluluskan. Ayat (i) dan ayat (ii) mempunyai subjek dan predikat yang berbeza. Jadi, apabila digabungkan menjadi ayat (iii), maka kedua-dua unsur itu dikekalkan dengan meletakkan kata hubung bahawa sahaja. RC PT3 BM(1).indd 75 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 76 Contoh ayat Huraian (d) (i) Novel itu amat laku. (ii) Novel itu ditulis oleh Shahnon Ahmad. (iii) Novel itu mahal. (iv) Novel yang ditulis oleh Shahnon Ahmad itu amat laku walaupun mahal. Ayat (i), ayat (ii) dan ayat (iii) mempunyai subjek yang sama manakala predikat yang berbeza. Jadi, apabila digabungkan menjadi ayat (iv), maka subjek yang sama akan digugurkan. 4 Ayat majmuk dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu: (a) Ayat majmuk gabungan (b) Ayat majmuk pancangan (i) Ayat majmuk pancangan relatif (ii) Ayat majmuk pancangan komplemen (iii) Ayat majmuk pancangan keterangan (c) Ayat majmuk campuran Ayat Majmuk Gabungan 1 Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibentuk daripada gabungan dua atau beberapa ayat tunggal. 2 Ayat-ayat gabungan yang dibentuk daripada kata hubung dan, lalu, sambil, serta, selain, di samping, malahan, tambahan pula, kemudian, akhirnya dan sebagainya menunjukkan maksud yang setara atau sama. (a) Proton dan Perodua kereta keluaran nasional. (b) Adik menanggalkan kasut lalu masuk ke dalam rumah. (c) Kucing itu mengiau sambil memandang saya. (d) Aktiviti kokurikulum memupuk nilai murni selain mengisi masa lapang. (e) Rahman mengambil borang di kaunter, kemudian mengisinya, akhirnya menunggu giliran untuk ditemu duga. 3 Ayat-ayat gabungan yang dibentuk daripada kata hubung tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal dan sebagainya menunjukkan maksud yang bertentangan. (a) Encik Rahmat gemar membaca tetapi anaknya tidak. (b) Kenderaan tidak dibenarkan masuk melainkan ada pelekat khas. (c) Amira membeli baju yang mahal padahal ada yang lebih murah. (d) Kami menyangka kumpulan itu menjuarai perlawanan sebaliknya mereka kalah. Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancangan terdiri daripada ayat majmuk pancangan relatif, ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan keterangan. RC PT3 BM(1).indd 76 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 77 Ayat Majmuk Pancangan Relatif 1 Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat yang menggunakan kata hubung yang. 2 Contoh ayat majmuk pancangan relatif seperti berikut: (a) Lembu yang berkeliaran itu milik Haji Ghani. (b) Penjenayah yang melarikan duit itu telah ditangkap. (c) Kemalangan itu melibatkan kereta yang dipandu laju. (d) Datuk Harun akan membeli rumah yang terletak di atas bukit itu. Dalam ayat (a) hingga ayat (d), terdapat dua ayat yang telah dipancangkan, iaitu: (a) Lembu itu milik Haji Ghani. Lembu itu berkeliaran. (b) Penjenayah itu telah ditangkap. Penjenayah itu melarikan diri. (c) Kemalangan itu melibatkan kereta. Kereta dipandu laju. (d) Datuk Harun akan membeli rumah itu. Rumah itu terletak di atas bukit itu. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen 1 Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang dipancangkan kepada ayat lain untuk melengkapkan maksudnya dengan menggunakan kata hubung bahawa dan untuk. 2 Contoh ayat majmuk pancangan komplemen seperti berikut: (a) Pemberita melaporkan bahawa ketinggian ombak mencecah lima meter. (b) Bahawa wabak selesema burung tidak serius adalah tidak benar. (c) Beberapa keping gambar digunakan untuk menjelaskan hukum itu. (d) Untuk Fahmi menjuarainya amat tipis. Dalam ayat (a) hingga ayat (d), terdapat dua ayat yang telah dipancangkan, iaitu: (a) Pemberita melaporkan sesuatu. Ketinggian ombak mencecah lima meter. (b) Sesuatu itu tidak benar. Wabak selesema burung tidak serius. (c) Beberapa keping gambar digunakan. Beberapa keping gambar menjelaskan hukum itu. (d) Perkara itu amat tipis. Fahmi menjuarainya. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan 1 Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat yang memberikan huraian lanjut kepada kata kerja ayat induk. 2 Terdapat pelbagai jenis keterangan bergantung pada jenis kata hubung yang digunakan, iaitu: (a) keterangan musabab (b) keterangan akibat (c) keterangan syarat (d) keterangan waktu (e) keterangan pertentangan (f) keterangan harapan (g) keterangan cara (h) keterangan tujuan (i) keterangan perbandingan RC PT3 BM(1).indd 77 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 78 Jenis keterangan Contoh ayat Keterangan musabab Keterangan musabab ialah unsur yang memberikan sebab berlakunya kejadian atau perbuatan. Kata hubung keterangan musabab ialah kerana, oleh sebab dan lantaran. (a) Sukan tahunan ditangguhkan kerana ribut petir. (b) Oleh sebab kestabilan negara, pelabur berminat menanam modal. (c) Pasukan teater mengungguli pertandingan lantaran latihan yang kerap. Keterangan akibat Keterangan akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Kata hubung keterangan akibat ialah hingga dan sehingga. (a) Budak perempuan itu menangis hingga bengkak matanya. (b) Kereta curi itu dipandu sehingga habis minyak. Keterangan syarat Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat ialah jika, sekiranya, andai kata, kalau dan jikalau. (a) Dia boleh menyertai kem itu jika ibu mengizinkannya. (b) Kemiskinan boleh diatasi sekiranya taraf hidup ditingkatkan. (c) Andai kata saya sihat, saya akan datang ke majlis kamu. (d) Penjual itu akan berurus niaga kalau kami menyediakan wang tunai. (e) Artikel kamu akan disiarkan jikalau menepati syarat. Keterangan waktu Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. Katahubung keterangan waktu ialah sejak, semenjak, setelah, sementara, tatkala dan ketika. (a) Kami tinggal di rumah ini sejak tahun 2000. (b) Rumah tangganya porak-peranda semenjak kehadiran orang ketiga. (c) Rahman tidak pulang ke kampung setelah ibu bapanya meninggal dunia. (d) Kakak menyediakan air sementara menunggu rakannya tiba. (e) Serangan itu dilakukan tatkala tentera tidak bersedia. (f) Rumah itu dijilat api ketika tiada sesiapa di rumah. Keterangan pertentangan Keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung keterangan pertentangan ialah walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun dan sedangkan. (a) Latihan intensif tetap dihadirinya walaupun sakit. (b) Nelayan itu tetap turun ke laut meskipun laut bergelora. (c) Kendatipun hujan, pendakian ke Gunung Nuang diteruskan. (d) Penagih dadah itu tidak serik-serik biarpun telah ditangkap berkali-kali. (e) Sekalipun pahit, Encik Zaki perlu menerima berita kemuflisan syarikatnya. (f) Petani itu membanting padi sedangkan cuaca panas terik. RC PT3 BM(1).indd 78 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 79 Jenis keterangan Contoh ayat Keterangan harapan Keterangan harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati. Kata hubung keterangan harapan ialah supaya, agar, moga-moga, semoga dan kalau-kalau. (a) Pemakananseimbangperludibudayakan supaya menyihatkan tubuh. (b) Sikap hormat-menghormati perlu diamalkan agar menjamin perpaduan. (c) Guru itu berharap moga-moga muridnya berjaya. (d) Saya berdoa semoga ibu kamu cepat sembuh. (e) Nenek menjenguk di tingkap kalau-kalau abang tiba. Keterangan cara Keterangan cara ialah unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan. (a) Daging lembu itu dipotong dengan menggunakan pisau. (b) Longkang itu dibersihkan dengan bergotong-royong. (c) Kami ke Pulau Langkawi dengan menaiki kapal terbang. Keterangan tujuan Keterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan tujuan ialah untuk, demi dan bagi. (a) Kerajaan melancarkan kempen pelancongan untuk menarik pelancong. (b) Demi memerdekakan negara, perajurit sanggup menggadai nyawa. (c) Bagi mengelakkan perselisihan, tolak ansur amat penting. Keterangan perbandingan Keterangan perbandingan ialah unsur yang menerangkan kejadian yang menjadi persamaan. Kata hubung keterangan perbandingan ialah bagai, bak, seperti, macam, umpama, seakanakan dan ibarat. (a) Kulit bayi itu putih bagai kapas. (b) Budak lelaki itu tinggi macam galah. (c) Amira dengan adiknya sering bergaduh seperti anjing dengan kucing. (d) Langit mendung seakan-akan mahu hujan. Ayat Majmuk Campuran 1 Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai jenis ayat majmuk. Lazimnya, ayat majmuk campuran panjang. 2 Lihat contoh ayat majmuk campuran di bawah. Contoh ayat Huraian (a) Walaupun kehidupannya miskin, Pak Samad tidak pernah meminta-minta kerana dia masih ada maruah. Dalam ayat ini, terdapat tiga ayat yang digabungkan, iaitu: (i) Pak Samad tidak pernah meminta-minta. (ii) Pak Samad ada maruah. (iii) Kehidupan Pak Samad miskin. RC PT3 BM(1).indd 79 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 80 Contoh ayat Huraian (b) Banjir yang melanda bandar itu memusnahkan infrastruktur dan menyebabkan pencemaran. Dalam ayat ini, terdapat tiga ayat yang digabungkan, iaitu: (i) Banjir itu memusnahkan infrastruktur. (ii) Banjir itu menyebabkan pencemaran. (iii) Banjir itu melanda bandar. (c) Jurucakap polis mengatakan bahawa kes jenayah perlu diturunkan lantaran menggugat ekonomi negara. Dalam ayat ini, terdapat tiga ayat yang digabungkan, iaitu: (i) Jurucakap polis mengatakan sesuatu. (ii) Kes jenayah perlu diturunkan. (iii) Kesjenayahmenggugat ekonomi negara. Semak Cepat 21 Isi tempat kosong bagi setiap ayat majmuk di bawah dengan kata hubung yang paling sesuai. (a) Nenek bangun membuka pintu mendengar suara orang. (b) Padi mulai berbuah layu kekeringan musim kemarau tiba. (c) Pemuda itu memberitahu ibunya sakit dan memohon kami untuk mendoakan ibunya cepat sembuh. Ayat Aktif dan Ayat Pasif Ayat Aktif 1 Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek sebagai unsur yang diterangkan. Hanya ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu mempunyai objek boleh dipasifkan. 2 Jadual di bawah menunjukkan ayat aktif dengan kata kerja transitif. Subjek Kata bantu Kata kerja Objek Keterangan (a) Kami masih belum menyiapkan tugasan itu kerana kesuntukan masa. (b) Kamu perlu menyertai perkhemahan ini bagi meningkatkan keyakinan diri. Ciri-ciri ayat aktif ialah: (a) menekankan subjek (b) penggunaan kata kerja imbuhan meN- (c) unsur kata bantu dan keterangan tidak wajib dalam ayat Galeri Info RC PT3 BM(1).indd 80 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 81 Subjek Kata bantu Kata kerja Objek Keterangan (c) Patik akan menjunjung perintah baginda. (d) Mereka sedang membersihkan kawasan surau secara bergotongroyong. (e) Kewujudan tali air itu dapat mengairi seluruh sawah padi di Kedah. (f) Pihak kerajaan memperkemas undangundang jalan raya demi menyelamatkan lebih banyak nyawa. Tentukan subjek di atas sama ada kata ganti nama diri pertama, kedua atau ketiga. Kata ganti nama diri Contoh Pertama aku, saya, patik, hamba, beta, kami, kita Kedua kamu, anda, awak, engkau, kalian, tuan hamba, tuanku Ketiga dia, ia, -nya, beliau, baginda, mereka Dalam contoh ayat di atas, ayat (a) menggunakan kata ganti nama diri pertama, ayat (b) dan (c) menggunakan kata ganti nama diri kedua manakala ayat (d), (e) dan (f) menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Langkah Menukar Ayat Aktif kepada Ayat Pasif 1 Kenal pasti subjek, kata bantu, kata kerja, objek dan keterangan. 2 Tentukan subjek sama ada kata ganti nama diri pertama, kedua atau ketiga. 3 Jika kata ganti nama diri pertama atau kedua, gunakan rumus di bawah. Kata kerja perlu digugurkan imbuhan awalan. Jika ada imbuhan akhiran, kekalkan. Objek Kata bantu Subjek Kata kerja Keterangan (a) Tugasan itu masih belum kami siapkan kerana kesuntukan masa. (b) Perkhemahan ini perlu kamu sertai bagi meningkatkan keyakinan diri. (c) Perintah baginda akan patik junjung. RC PT3 BM(1).indd 81 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 82 4 Jika kata ganti nama diri ketiga, gunakan rumus di bawah. Kata kerja perlu ditukar imbuhan awalan menjadi di-. Jika ada imbuhan akhiran, kekalkan. Objek Kata bantu Kata kerja + oleh Subjek Keterangan Kawasan surau sedang dibersihkan oleh mereka secara bergotongroyong. Seluruh kawasan padi di Kedah dapat diairi oleh kewujudan tali air itu. Undang-undang jalan raya diperkemas oleh pihak kerajaan demi menyelamatkan lebih banyak nyawa. Ayat Pasif 1 Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek sebagai unsur yang diterangkan. Hanya ayat yang mengandungi kata kerja berimbuhan pasif di-, ter- dan kena, iaitu mempunyai objek boleh dipasifkan. 2 Berikut ialah ayat pasif dengan kata kerja transitif. (a) Ayat pasif dengan subjek ganti nama diri pertama dan kedua Objek Kata bantu Subjek Kata kerja Keterangan (i) Kempen Antidadah Peringkat Negeri Selangor telah kami sertai pada minggu lepas. (ii) Peserta pidato ke peringkat daerah akan kamu pilih melalui pertandingan di peringkat sekolah? (iii) Pengalaman manis saya rasai ketika berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. (b) Ayat pasif dengan subjek kata ganti nama diri ketiga Objek Kata bantu Kata kerja + oleh Subjek Keterangan (i) Sampah yang berlonggokan itu sedang dibakar oleh ayah di tepi tunggul. (ii) Tiang lampu itu telah terlanggar oleh lori yang membawa balak kerana hilang kawalan. (iii) Budak-budak nakal itu kena kejar oleh anjing garang ketika melalui jalan di rumah usang itu. RC PT3 BM(1).indd 82 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 83 Langkah Menukar Ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua kepada Ayat Aktif 1 Kenal pasti objek, kata bantu, kata kerja, subjek dan keterangan dalam ayat. Unsur kata bantu dan keterangan tidak wajib dalam ayat. 2 Lihat kata kerja. Tambahkan imbuhan awalan meN- pada kata kerja pasif. Jika ada imbuhan akhiran, kekalkan. 3 Gunakan rumus di bawah untuk menukarkan ayat pasif menjadi ayat aktif. Subjek Kata bantu Kata kerja Objek Keterangan (a) Kami telah menyertai Kempen Antidadah Peringkat Negeri Selangor pada minggu lepas. (b) Kamu akan memilih peserta pidato ke peringkat daerah melalui pertandingan di peringkat sekolah? (c) Saya merasai pengalaman manis ketika berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. (d) Ayah sedang membakar sampah yang berlonggokan itu di tepi tunggul. (e) Lori yang membawa balak telah melanggar tiang lampu itu kerana hilang kawalan. (f) Anjing garang mengejar budak-budak nakal itu ketika melalui jalan di rumah usang itu. Ayat Tanya 1 Ayat tanya ialah ayat yang dikemukakan untuk mendapatkan jawapan. 2 Ayat tanya boleh wujud dalam dua bentuk, iaitu dengan kata tanya atau tanpa kata tanya. Peta Pokok Dengan kata tanya Tanpa kata tanya Ayat tanya RC PT3 BM(1).indd 83 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 84 3 Lihat contoh ayat di bawah: (a) Apakah serangga yang hinggap di atas bunga teratai itu? (b) Negara kita mencapai kemerdekaan bagaimana? (c) Benarkah kamu akan berpindah ke sekolah lain? (d) Kalian bercadang mahu bercuti ke selatan tanah air? Kata tanya apa disertai partikel -kah jika hadir di hadapan ayat seperti dalam ayat (a). Jika kata tanya hadir di belakang ayat seperti ayat (b), partikel -kah perlulah digugurkan. Partikel -kah boleh digabungkan dengan kata lain seperti dalam ayat (c). Dalam ayat (d), kata tanya tidak wujud tetapi intonasi menyoal amat perlu jika diujarkan. 4 Lihat contoh penggunaan ayat tanya seperti di bawah. Kata tanya Fungsi Contoh ayat apa untuk mengetahui objek atau benda (a) Apakah bangunan yang tinggi itu? (b) Tujuan kempen itu dilancarkan apa? bagaimana untuk mengetahui cara atau proses (a) Bagaimanakah menara itu dibina? (b) Kamu datang ke sini bagaimana? berapa untuk mengetahui bilangan atau jumlah (a) Berapakah harga sebiji tembikai ini? (b) Jumlah peserta seminar itu berapa? bila untuk mengetahui masa atau waktu (a) Bilakah kamu berlepas ke Korea? (b) Negara kita merdeka bila? mana untuk mengetahui tempat atau lokasi (a) Di manakah pertandingan itu diadakan? (b) Kamu mahu pergi ke mana? mengapa untuk mengetahui sebab atau alasan (a) Mengapakah kamu tiba lewat? (b) Mesyuarat itu ditangguhkan mengapa? siapa untuk mengetahui orang atau pihak (a) Siapakah lelaki yang menghantar kamu? (b) Pemenang tempat pertama tadi siapa? 5 Secara ringkasnya, ayat tanya boleh dikesan dengan penggunaan tanda soal (?), penggunaan kata tanya dan penggunaan partikel -kah. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah Cakap Ajuk 1 Cakap ajuk ialah percakapan yang ditulis semula dalam bentuk perkataan tanpa mengubah apa-apa makna. RC PT3 BM(1).indd 84 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 85 2 Cakap ajuk boleh ditulis melalui dua bentuk, iaitu: (a) Dialog atau perbualan Cikgu Ani : Hai, Amira! Silakan duduk. (sambil tersenyum) Amira : Terima kasih, cikgu. Mengapakah cikgu memanggil saya ke sini? (kehairanan) Cikgu Ani : Saya mendapat tahu bahawa keputusan ujian kamu merosot. Kamu ada masalah? (ingin kepastian) (b) Tanda petik (“...”) “Hai, Amira! Silakan duduk,” ujar Cikgu Ani sambil tersenyum. “Terima kasih, cikgu. Mengapakah cikgu memanggil saya ke sini?” tanya Amira kehairanan. “Saya mendapat tahu bahawa keputusan ujian kamu merosot. Kamu ada masalah?”soal Cikgu Ani untuk meminta kepastian. Cakap Pindah 1 Cakap pindah ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan menggunakan struktur tatabahasa yang betul. 2 Cakap pindah juga dikenali sebagai karangan biasa. 3 Terdapat perkataan dalam cakap ajuk yang perlu ditukar seperti: Cakap ajuk Cakap pindah Cakap ajuk Cakap pindah apa perkara, benda di mana tempat adakah ingin kepastian mana pilihan mengapa sebab, alasan berapa jumlah, harga bagaimana cara, langkah bila masa, waktu saya/aku/patik/ hamba dia, ia, -nya, beliau beta baginda awak/engkau dia/-nya kamu/kalian/kami mereka sini situ, sana ini itu sekarang masa itu begini begitu esok keesokannya semalam hari yang lalu hai menyapa eh terkejut, hairan wah kagum aduh menjerit kesakitan cis marah aduhai mengeluh 4 Contoh ayat cakap pindah: Sambil tersenyum, Cikgu Ani menyapa Amira lalu menyuruhnya duduk. Amira mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ani. Dengan rasa hairan, Amira bertanyakan sebab Cikgu Ani memanggilnya ke situ. Cikgu Ani menjawab bahawa dia mendapat tahu bahawa keputusan ujian Amira merosot. Untuk meminta kepastian, dia juga bertanyakan sama ada Amira ada masalah atau tidak. RC PT3 BM(1).indd 85 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 86 Praktis Pengukuhan 7 Praktis 1 Soalan 1 – 5 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 1 “Mengapakah kamu boleh tersesat di dalam hutan sedangkan kamu telah dipandu oleh pemandu arah?” tanya wartawan itu kepada lima orang remaja. A Wartawan itu menginginkan kepastian lima orang remaja tentang punca mereka tersesat di dalam hutan bersama-sama pemandu arah. B Wartawan itu bertanya kepada lima orang remaja tentang alasan mereka tersesat di dalam hutan walaupun dipandu oleh pemandu arah. C Walaupun telah dipandu arah, wartawan masih bertanya sebab lima orang remaja tersesat di dalam hutan bersama-sama pemandu arah. D Lima orang remaja telah ditanya oleh wartawan itu tentang sebab mereka boleh tersesat di dalam hutan walaupun mereka telah dipandu oleh pemandu arah. 2 Aktiviti pembelajaran di sekolah saban hari terganggu kerana bunyi bising dari tapak projek perumahan itu. A Aktiviti pembelajaran di sekolah terganggu oleh bunyi bising dari tapak projek perumahan itu saban hari. B Oleh sebab bunyi bising saban hari dari tapak projek perumahan itu, aktiviti pembelajaran di sekolah terganggu. C Tapak projek perumahan saban hari telah mengeluarkan bunyi bising hingga mengganggu aktiviti pembelajaran di sekolah. D Disebabkan oleh bunyi bising dari tapak projek perumahan itu, setiap hari aktiviti pembelajaran di sekolah terganggu. RC PT3 BM(1).indd 86 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 87 3 Pemakanan yang seimbang dan kegiatan riadah dapat memperoleh tubuh badan yang sihat daripada penyakit kronik. A Selain pemakanan yang seimbang, kesihatan tubuh badan daripada penyakit kronik diperoleh daripada kegiatan riadah. B Di samping kegiatan riadah, penyakit kronik dapat dielakkan sekiranya masyarakat mengamalkan pemakanan yang seimbang. C Bukan sahaja kegiatan riadah dapat memperoleh tubuh badan yang sihat dan mengelakkan penyakit kronik tetapi juga pemakanan yang seimbang. D Bagi menyihatkan tubuh badan daripada penyakit kronik, masyarakat diseru untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan kegiatan riadah. 4 Oleh sebab terlalu sukar, kami tidak terjawab soalan Matematik itu walaupun telah mencubanya berkali-kali. A Lantaran mencuba menjawab soalan Matematik itu berkali-kali, kami berasa soalan itu terlalu sukar. B Sungguhpun telah mencubanya berkali-kali, kami tidak mampu menjawab soalan Matematik itu kerana terlalu susah. C Setelah mencuba berkali-kali untuk menjawab soalan Matematik yang sukar itu, kami masih tidak mampu menjawabnya. D Kerana terlalu susah, kami mencuba berkali-kali untuk menjawab soalan Matematik itu walaupun tidak berjaya menjawabnya. 5 Pengetua menyeru semua murid untuk mengikut peraturan sekolah bagi menjamin keharmonian dan mengelakkan tindakan disiplin. A “Bagi menjamin keharmonian dan mengelakkan tindakan disiplin, semua murid perlu mengikut peraturan sekolah,” seru pengetua kepada semua murid. B “Saya amat yakin bahawa keharmonian sekolah dijamin sekali gus tindakan disiplin tidak diambil jika semua murid mengikut peraturan sekolah,” kata pengetua. C “Saya mengingatkan kalian agar mematuhi peraturan sekolah bagi menjamin keharmonian dan mengelakkan tindakan disiplin,” seru pengetua kepada semua murid. D “Saya menyeru semua murid agar mematuhi peraturan sekolah bagi menjamin keharmonian dan mengelakkan tindakan disiplin,” ujar pengetua kepada semua murid. RC PT3 BM(1).indd 87 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 88 Praktis 2 Tukarkan ayat bersusunan biasa yang berikut menjadi ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Pembelian secara dalam talian semakin popular. (ii) Dato' Seri Siti Nurhaliza penghibur nombor satu tanah air. (iii) Pemakanan mengikut piramid makanan dapat mengelakkan penyakit kronik. (iv) Borang permohonan itu masih belum saya lengkapkan kerana kekangan masa. (v) Program penanaman pokok dilaksanakan untuk mengurangkan masalah pemanasan global. RC PT3 BM(1).indd 88 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 89 Praktis 3 Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Jun Min mengambil majalah Dewan Siswa. Jun Min membacanya. (ii) Pelari itu tetap meneruskan lariannya. Kakinya telah tercedera. (iii) Orang ramai berpendapat sesuatu. Kenaikan gaji pekerja menyebabkan kuasa beli meningkat. (iv) Rahman kepenatan bekerja. Zaidi kepenatan bekerja. Mereka tertidur di ruang tamu. (v) Pohon di tepi jalan itu tumbang. Pohon itu ditiup ribut taufan. Pohon di tepi jalan itu besar. RC PT3 BM(1).indd 89 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 90 Praktis 4 Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif. (i) Sukarelawan sedang mengedarkan makanan kepada gelandangan. (ii) Kaunselor perlulah sentiasa mendorong murid yang bermasalah. (iii) Pasukan bola sepak sekolah kami telah meraih kejuaraan di peringkat daerah. (iv) Saya mencatat sejarah pembinaan bangunan bersejarah itu semasa lawatan sambil belajar ke Melaka. (v) Mereka menaiki kereta api laju semasa melancong ke Jepun tahun lepas. RC PT3 BM(1).indd 90 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 91 Peribahasa 1 Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian tertentu. 2 Za’ba telah membahagikan peribahasa kepada lima jenis, iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan kata-kata hikmat. Peta Buih Simpulan bahasa Bidalan Kata-kata hikmat Perumpamaan Pepatah Peribahasa Simpulan Bahasa 1 Simpulan bahasa bermaksud ungkapan yang terdiri daripada dua kata atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti-erti perkataan yang membinanya. 2 Simpulan bahasa kebiasaannya terdiri daripada unsur alam seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan fenomena alam. 3 Lihat simpulan bahasa dan maksudnya seperti di bawah. Simpulan bahasa Maksud ada hati mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu ada jalan terdapat ikhtiar; usaha air muka maruah atau harga diri; riak wajah seseorang ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang ambil berat memberikan perhatian terhadap sesuatu Semak Cepat 22 Simpulan bahasa di bawah berkaitan dengan usaha, kecuali A ada hati. C cari jalan. B ada jalan. D titik peluh. RC PT3 BM(1).indd 91 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 92 Simpulan bahasa Maksud anak emas anak yang disayangi oleh ibu bapa, ketua ayam tambatan orang yang menjadi harapan bau-bau bacang saudara yang jauh berat hati enggan melakukan sesuatu; tidak sampai hati berat sebelah tidak berlaku adil bertikam lidah bertengkar; berselisih faham buah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai bulat hati sudah nekad untuk melakukan sesuatu cakar ayam tulisan yang buruk cari jalan berusaha atau berikhtiar untuk melakukan sesuatu celik huruf tahu membaca dan menulis durian runtuh keuntungan yang diperoleh tanpa disangka-sangka gadai nyawa meletakkan diri dalam keadaan yang boleh menyebabkan nyawa melayang gelap mata hilang pertimbangan akibat wang atau harga harga mati harga yang telah ditetapkan dan tidak boleh diubah hidung tinggi sombong ikat perut menahan lapar kerana berjimat iri hati menyimpan perasaan dengki atau cemburu jalan buntu tiada penyelesaian kaki ayam tidak berkasut atau berselipar kaki botol orang yang suka minum arak atau minuman keras kera sumbang orang yang tidak suka bergaul khabar angin berita yang belum dipastikan kebenarannya langkah kanan bernasib baik lintah darat mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman diberikan lipas kudung cepat membuat kerja makan angin bersiar-siar makan suap menerima rasuah malu-malu kucing berpura-pura malu di hadapan orang masuk campur mengambil bahagian; ikut serta mati katak mati dengan cara yang sia-sia mengadu domba melaga-lagakan dua pihak supaya bergaduh muka talam orang yang tidak malu mulut murai kuat bercakap atau berbuat bising RC PT3 BM(1).indd 92 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 93 Simpulan bahasa Maksud mulut tempayan tidak pandai menyimpan rahsia nyawa-nyawa ikan hampir mati otak cair pandai atau bijak paku belanda barangan yang tetap harganya pandai bawa diri tahu menjaga diri pencuci mulut makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan pilih kasih memberikan layanan yang tidak sama ringan tangan suka menolong orang serkap jarang membuat tuduhan tanpa usul periksa tangkai jering orang yang kedekut telinga lintah tajam pendengaran tidur-tidur ayam tidur yang tidak nyenyak titik peluh usaha yang bersungguh-sungguh Perumpamaan 1 Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. 2 Perumpamaan dimulai dengan perkataan bagai, bak, ibarat, laksana, seperti dan umpama. 3 Lihat perumpamaan dan maksudnya seperti di bawah. Perumpamaan Maksud bagai aur dengan tebing semangat bekerjasama dan tolong-menolong bagai bulan dipagari bintang kecantikan gadis yang tiada bandingan bagai duri dalam daging sesuatu yang tidak menyenangkan bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing mementingkan diri sendiri bagai itik pulang petang berjalan dengan lambat sekali bagai isi dengan kuku persahabatan yang erat bagai kacang melupakan kulit orang yang tidak tahu mengenang budi bagai kumbang putus tali amat cepat; terlepas daripada sengsara bagai melepaskan batuk di tangga melakukan kerja tidak bersungguh-sungguh bagai menatang minyak yang penuh mendidik anak dengan penuh kasih sayang bagai mencencang air melakukan kerja yang sia-sia Semak Cepat 23 Perumpamaan di bawah berkaitan dengan melakukan perkara yang sia-sia, kecuali A seperti hujan jatuh ke pasir. B bagai si kudung mendapat cincin. C seperti mencurahkan garam ke laut. D seperti mencurahkan air ke daun keladi. RC PT3 BM(1).indd 93 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 94 Perumpamaan Maksud bagai murai dicabut ekor seseorang yang becok mulutnya; banyak cakap bagai si kudung mendapat cincin orang yang tidak dapat merasai nikmat atau kemudahan yang diperoleh bagai pinang dibelah dua pasangan yang sama cantik dan sama padan bagai tikus membaiki labu merosakkan barang yang dibaikinya seperti abu di atas tunggul kedudukan yang tidak tetap atau terjamin seperti anak ayam kehilangan ibu berpecah dan hilang tempat bergantung seperti anjing dengan kucing adik-beradik yang suka bergaduh seperti anjing dengan bayang-bayang orang yang tamak; tidak cukup dengan sesuatu yang telah diperoleh seperti api di dalam sekam perbuatan jahat yang tersembunyi; dendam seperti ayam berak kapur muka pucat dan tidak bermaya seperti bertih digoreng bercakap tidak berhenti-henti; bunyi bising seperti cacing kepanasan tidak tenang; selalu gelisah seperti cendawan tumbuh selepas hujan sangat banyak pada suatu masa seperti cincin dengan permata pasangan yang sama cantik dan sama padan seperti embun di hujung rumput Kasih sayang yang tidak berkekalan seperti gergaji dua mata seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak seperti harimau menyembunyikan kukunya menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya seperti hujan jatuh ke pasir memberikan nasihat yang sia-sia seperti katak di bawah tempurung orang yang cetek pengetahuannya seperti kera mendapat bunga tidak tahu menghargai pemberian orang lain seperti kerbau dicucuk hidung menurut perintah orang lain tanpa usul periksa seperti langit dengan bumi perbezaan yang amat ketara seperti layang-layang terputus tali kehilangan tempat bergantung; kematian ibu bapa seperti mencurahkan air ke daun keladi memberikan nasihat yang sia-sia seperti mencurahkan garam ke laut melakukan perkara yang sia-sia seperti mengajar itik berenang mengajar seseorang yang lebih pandai seperti murai dicabut ekor sangat bising; banyak bercakap seperti pahat dengan penukul orang yang hanya bekerja apabila diperintah seperti pungguk rindu akan bulan mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh seperti rusa masuk ke kampung berasa hairan; tercengang-cengang di tempat yang baharu RC PT3 BM(1).indd 94 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.