Unit 1 95 Perumpamaan Maksud seperti talam dua muka seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak seperti telur di hujung tanduk sangat genting; kedudukan yang tidak tetap seperti tikus jatuh ke beras memperoleh kekayaan yang tidak disangkasangka seperti ular kena palu jalan atau barisan yang bengkang-bengkok Pepatah 1 Pepatah ialah susunan kata-kata yang menjadi sebutan berkaitan dengan sesuatu peristiwa dalam kehidupan masyarakat seharihari. 2 Pepatah berfungsi sebagai pedoman kepada masyarakat. 3 Bentuk pepatah berkerat-kerat dan berpatah-patah. 4 Lihat pepatah dan maksudnya seperti di bawah. Pepatah Maksud ada air, adalah ikan ada negeri tentu akan rakyatnya ada gula, adalah semut ada rezeki di situlah banyak orang berkumpul ada udang di sebalik batu ada tujuan di sebalik perkara yang dilakukan air beriak tanda tak dalam orang yang banyak cakap, ilmunya kurang air dicencang tak akan putus perbalahan adik-beradik tidak akan berpanjangan air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan memperbesar perkara yang kecil air yang tenang jangan disangka tiada buaya orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut alah bisa, tegal biasa perkara susah yang biasa dilakukan akan menjadi mudah akhirnya alah membeli, menang memakai tidak apa-apa jika harga barangan mahal asalkan tahan lama alang-alang berminyak, biar licin melakukan sesuatu biar sampai selesai alang-alang mandi, biar basah Semak Cepat 24 Yang manakah antara berikut merujuk maksud pepatah di bawah? Ukur baju di badan sendiri A Sesuai dengan kemampuan B Pasangan yang secocok C Sepadan dengan ilmu D Umur yang sebaya RC PT3 BM(1).indd 95 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 96 Pepatah Maksud alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan kalau sudah terlanjur melakukan perbuatan jahat, biarlah beroleh hasilnya bagaimana acuan begitulah kuihnya perbuatan atau tabiat ibu bapa yang diwarisi oleh anak-anak bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya mengikut arahan atau perintah banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam kehendak atau perangai manusia yang berbeza-beza belakang parang kalau diasah lagikan tajam orang bodoh jika diajar akan menjadi bijak belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk kembali ke tempat asal berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenangsenang kemudian menghadapi kesusahan dahulu sebelum memperoleh kesenangan berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya kesusahan yang dirasai oleh seseorang lebih berat dirasai oleh orang yang mengalaminya berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja; bekerjasama besar periuk, besarlah keraknya semakin besar pendapatan, semakin besar perbelanjaan besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar lebih besar perbelanjaan daripada pendapatan bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat kejayaan sesuatu diperoleh daripada kerjasama dan hasil persefahaman bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora setiap orang pasti melakukan kesalahan, setiap pekerjaan pasti ada cabarannya carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga perselisihan faham antara adik-beradik tidak akan berpanjangan diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat diam orang yang berilmu itu berfikir tetapi diam orang yang bodoh itu sia-sia di mana ada kemahuan, di situ ada jalan jika ada usaha, pasti ada kejayaan ditelan mati emak, diluah mati bapa serba salah untuk membuat pilihan atau keputusan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dua orang atau pihak yang setaraf kedudukannya enggang sama enggang, pipit sama pipit kedudukan yang setaraf; jodoh yang sepadan RC PT3 BM(1).indd 96 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 97 Pepatah Maksud gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama orang yang berjasa akan dikenang sampai bila-bila walaupun dia telah mati geruh tak berbunyi, malang tidak berbau nasib malang tidak dapat diketahui harapkan pegar, pegar makan padi orang yang dipercayai untuk menjaga sesuatu mengkhianati kepercayaan hasrat hati hendak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai tidak berdaya mencapai keinginan atau cita-cita yang dihajati hidup dikandung adat, mati dikandung tanah semasa hidup kita hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan, sesudah mati terserahlah kepada hukuman Tuhan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri walau mewah dan megah negara orang, negara sendiri lebih baik indah khabar daripada rupa sesuatu yang dilebih-lebihkan daripada keadaan sebenar; keadaan yang tidak sama seperti yang digambarkan jauhari juga yang mengenal manikam orang yang bijaksana juga mengenal kelebihan ilmu jauh perjalanan, luas pemandangan orang yang merantau pasti banyak pengalaman jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang sesuatu perkara berlaku dengan sebabnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pendapatan yang hanya cukup untuk sehari; miskin kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau orang yang berasal daripada keturunan yang baik, pergi ke mana-mana tetap menjadi baik ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni bersama-sama menjalani kesusahan atau kesenangan; kerjasama ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi perangai ibu bapa yang diwarisi oleh anakanak ketam menyuruh anaknya berjalan lurus orang yang membetulkan kesalahan orang lain tetapi dirinya masih tersilap lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya keinginan atau sifat manusia tidak sama lembu punya susu, sapi dapat nama orang lain yang bekerja, orang lain yang mendapat pujian masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak mengikut keadaan atau adat resam di sesebuah tempat melentur buluh biarlah dari rebungnya mendidik anak-anak biarlah sejak kecil RC PT3 BM(1).indd 97 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 98 Pepatah Maksud mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan mengharapkan sesuatu yang belum pasti, barang yang ada dihabiskan atau dibuang nasi sudah menjadi bubur penyesalan yang tidak berguna orang mengantuk disorongkan bantal mendapat sesuatu yang amat dihajati atau diingini pucuk dicita, ulam mendatang rumah siap, pahat masih berbunyi mengeluarkan pendapat setelah keputusan dibuat sambil menyelam minum air melakukan dua pekerjaan pada satu masa sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga walau sepandai mana orang yang melakukan kejahatan, pasti tertangkap juga nanti sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya keputusan yang diambil perlulah difikirkan baik-baik agar tidak menyesal pada kemudian hari sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi apabila memperoleh sesuatu yang baharu, yang lama ditinggalkannya sudah jatuh ditimpa tangga mendapat kecelakaan yang berturut-turut tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga tak tahan merantau, akhirnya kembali ke tempat asal juga tiada rotan akar pun berguna tiada barang yang baik, barang yang kurang baik boleh digunakan juga ukur baju di badan sendiri melakukan sesuatu biarlah mengikut kemampuan diri ular menyusur akar tidak hilang bisanya orang berpangkat jika bergaul dengan orang biasa, tidak akan jatuh darjatnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran mengharapkan sesuatu yang tidak pasti, yang ada dibuang Bidalan 1 Bidalan bermaksud perkataan tertentu yang mengandungi maksud yang berkaitan dengan sikap dan tingkah laku manusia. 2 Bidalan biasanya mengandungi nasihat dan bersifat perbandingan. 3 Kata-kata bidalan juga digunakan untuk menyindir bagi memperingatkan masyarakat. 4 Lihat bidalan dan maksudnya seperti berikut. RC PT3 BM(1).indd 98 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 99 Bidalan Maksud ada rupa ada harga barang yang baik tentu mahal baik berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak sementara menunggu yang lebih baik, ada baiknya membuat pekerjaan yang berfaedah belum duduk sudah berlunjur membuat pekerja tidak mengikut urutan buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali lakukanlah kebaikan secara sederhana tetapi jangan sekali-kali melakukan kejahatan biar genting, jangan putus biar rugi sedikit asalkan jangan rugi banyak biar mati anak, jangan mati adat anak yang melanggar adat perlu dihukum biar berputih tulang, jangan berputih mata lebih baik mati daripada menanggung malu biar buruk kain dipakai, asalkan pandai menjaga hati biar miskin asalkan berbudi bahasa biar titik, jangan tumpah biar rugi sedikit asalkan jangan rugi banyak daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah lebih baik mati daripada menanggung malu daripada segenggam jadi segantang daripada sedikit lama-lama menjadi banyak ingat sebelum kena, jimat sebelum habis berjimat cermat sebelum kehabisan wang atau simpanan sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit pekerjaan yang dilakukan dengan sabar akhirnya akan berjaya juga; simpanan yang dilakukan secara berdikit-dikit tetapi berterusan tetap akan bertambah sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain jika tekun dan sabar berusaha pasti akan memperoleh kejayaan sediakan payung sebelum hujan bersiap sedia sebelum ditimpa musibah sudah terang lagi bersuluh bertanya sesuatu yang telah nyata untung sabut timbul, untung batu tenggelam jika bernasib baik, selamat tetapi jika bernasib malang, binasalah RC PT3 BM(1).indd 99 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 100 Kata-kata Hikmat 1 Kata-kata hikmat ialah ungkapan pujangga, ulama atau tokoh yang membawa pengajaran yang baik kepada masyarakat. 2 Kadang-kadang, kata-kata hikmat dikenali sebagai lidah pendeta. 3 Terdapat cogan kata atau slogan yang telah menjadi peribahasa. 4 Lihat kata-kata hikmat dan maksudnya seperti di bawah. Kata-kata hikmat Maksud bahasa jiwa bangsa bahasa ialah identiti atau lambang sesebuah negara bahasa menunjukkan bangsa pertuturan seseorang dapat menjelaskan bangsanya bersatu teguh, bercerai roboh kita akan menjadi kuat apabila bersatu padu, kita akan menjadi lemah apabila berceraiberai bersekutu bertambah mutu amalan kerjasama dapat meningkatkan kualiti kerja atau hasil bertangguh pencuri masa orang yang suka menangguhkan kerja tidak membawa kebaikan kepada diri budi bahasa budaya kita adat sopan santun menjadi amalan dalam masyarakat hilang bahasa, lenyaplah bangsa sesuatu bangsa dianggap lenyap apabila bahasanya tidak dituturkan lagi kata mesti dikota setiap janji mesti ditunaikan atau ditepati kata-kata lebih tajam daripada mata pedang kata-kata yang kesat menyakitkan hati orang lain ilmu pelita hati ilmu pengetahuan memandu kehidupan manusia masa itu emas masa sangat berharga membaca jambatan ilmu pengetahuan ditingkatkan melalui pembacaan muafakat membawa berkat sesuatu keputusan yang dilakukan secara bersama-sama akan mendatangkan kebaikan otak cerdas, badan cergas kita dapat berfikir dengan sempurna jika memiliki badan yang sihat pandu cermat jiwa selamat sekiranya kita memandu dengan berhati-hati kemungkinan kita akan selamat usaha tangga kejayaan usaha yang gigih diperlukan oleh seseorang untuk menempa kecemerlangan. yang tua dihormati, yang muda disayangi warga emas dipandang tinggi manakala golongan muda dikasihi RC PT3 BM(1).indd 100 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 101 Praktis Pengukuhan 8 Praktis 1 Soalan 1 – 8 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Peribahasa, besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar bermaksud A perbelanjaan melebihi pendapatan. B pekerjaan yang tidak sesuai dengan minat. C harapan tinggi berbanding dengan keupayaan diri. D impian yang terlalu besar berbanding dengan usaha yang dilakukan. Soalan 2 berdasarkan pernyataan di bawah. Mak Minah berasa amat sedih kerana anak tunggalnya tidak mahu mengendahkan nasihatnya untuk tidak bergaul dengan kumpulan remaja nakal itu. 2 Peribahasa yang sesuai dikaitkan dengan situasi di atas ialah A bagai tikus membaiki labu. B mencurah air ke daun keladi. C bagai menghitung bulu kambing. D bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya. 3 Peribahasa berikut bermaksud kerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan, kecuali A bagai aur dengan tebing. B berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. C ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. D hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. 4 Situasi yang dapat dikaitkan dengan peribahasa, sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi ialah A anak sulung tidak lagi disayangi setelah mendapat anak baharu. B menerima tawaran bekerja apabila tidak berminat untuk belajar. C motosikal lama tidak digunakan lagi setelah membeli kereta baharu. D meninggalkan jawatan operator pengeluaran apabila ditawarkan jawatan kerani. RC PT3 BM(1).indd 101 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 102 Soalan 5 berdasarkan pernyataan di bawah. Walaupun baginda anak raja, Sultan Ahmad tetap beramah mesra dengan rakan-rakannya di luar waktu persekolahan. 5 Peribahasa yang sesuai dikaitkan dengan situasi di atas ialah A bagai kaduk naik junjung. B jauhari juga yang mengenal manikam. C jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya. D umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. Soalan 6 berdasarkan pernyataan di bawah. Murid yang lemah dalam subjek Matematik itu akhirnya lulus dengan cemerlang kerana sering membuat latihan dan gigih mengulang kaji pelajaran. 6 Peribahasa yang sesuai dikaitkan dengan situasi di atas ialah A belakang parang diasah lagikan tajam. B genggam bara api biar sampai jadi arang. C sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan. D malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. Soalan 7 berdasarkan pernyataan di bawah. 7 Pergaduhan antara adikberadik itu tidak lama kerana mereka berbaik-baik semula beberapa bulan selepas itu. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah A telunjuk lurus, kelengkeng berkait. B tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. C carik-carik bulu ayam, lamalama bercantum juga. D ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya. 8 Peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga ialah A bagai tikus membaiki labu. B buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. C seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. D terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. RC PT3 BM(1).indd 102 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 103 Praktis 2 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) RC PT3 BM(1).indd 103 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 104 Perbendaharaan Kata Kata Hampir Sama Makna Kata hampir sama makna bermaksud perkataan yang mendukung maksud yang hampir tetapi konteks penggunaannya berbeza. Kategori Perkataan Penggunaan Contoh ayat memasak menjerang meletakkan periuk atau cerek di atas api untuk memasak Ibu menjerang air di dalam cerek untuk dibuat air kopi. menanak memasak nasi di dalam periuk, di dalam kawah dan sebagainya Kakak menanak nasi di dalam periuk selepas mencuci beras. mengukus m e m a s a k a t a u memanaskan sesuatu dengan wap air mendidih Mak Minah mengukus kuih pau di dalam periuk pengukus. menyalai m e m a n a s k a n a t a u memanggang sesuatu di atas api Penjual nasi lemak itu sedang menyalai daun pisang. membawa menyandang membawa sesuatu dengan tali yang diselendangkan di bahu Pemburu itu menyandang selarassenapang di bahunya. menjunjung membawa sesuatu di atas kepala Wanita itu menjunjung bakul di atas kepalanya. menjinjing membawa sesuatu dengan tangan yang menghulur ke bawah Abang menjinjing beg plastik yang berisi sayur-sayuran. menatang membawa sesuatu di atas tapak tangan Pelayan restoran itu menatang dulang yang berisi cawan. pergerakan deras cepat sekali, berkaitan dengan aliran air, gerakan Arus sungai itu amat deras hingga menghanyutkan sampah. kencang tiupan angin, larian Angin kencang itu menumbangkan beberapa batang pokok. lekas tidak lambat atau lengah Dia mengerjakan tugasannya dengan lekas. laju pantas, cepat berkaitan dengan pergerakan dan sebagainya Kapal layar itu semakin laju apabila ditiup angin. RC PT3 BM(1).indd 104 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 105 Kategori Perkataan Penggunaan Contoh ayat pergerakan yang berulangulang bolak-balik ulang-alik, pulang dan pergi lagi ke sesuatu tempat Puan Wong bolak-balik ke tempat kerja dengan berbasikal. lalu-lalang banyak kali lalu, keluar masuk Setiap pagi kami akan lalulalangdi kawasanperkuburan. mundarmandir berjalan pergi dan balik (kerana susah hati) Ibu mundar-mandir kerana abang masih tidak pulang lagi. pindahrandah selalu bertukar tempat (kerja atau rumah) Encik Kamal kerap pindahrandah kerana tuntutan kerja. Contoh Soalan Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1 Lelaki itu sedang menetapkan sasaran sebelum papan untuk memperoleh mata yang tinggi. A memanah B membidik C membedil D menembak Jawapan soalan di atas ialah A – memanah yang bermaksud menghalakan anak panah. Perkataan membidik, membedil dan menembak digunakan untuk senjata seperti meriam, bom dan senapang. RC PT3 BM(1).indd 105 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 106 Kata Banyak Makna 1 Kata banyak makna bermaksud satu perkataan itu mempunyai pelbagai maksud. Perkataan Maksud Contoh penggunaan gugur (i) jatuh; luruh (buah, bunga, daun) Daun pokok itu gugur kerana kemarau. (ii) jatuh sebelum masak Putik mangga gugur akibat ribut tadi. (iii) lahir sebelum cukup bulan Kandungannya gugur kerana tergelincir. (iv) mati dalam pertempuran Askar itu gugur di medan peperangan. (v) hilang; habis (hak) Haknya untuk mewarisi harta telah gugur. Perkataan Maksud Contoh penggunaan keputusan (i) kesudahan; akhir; penghabisan Di mana keputusan sungai ini? (ii) ketetapan; ketentuan Segala keputusan hakim adalah muktamad. (iii) kekurangan; kehabisan Kampung kami keputusan bekalan air. Perkataan Maksud Contoh penggunaan cetek (i) tidak dalam (sungai, parit) Sungai itu cetek apabila musim kemarau. (ii) tidak tinggi (ilmu pengetahuan) Ilmunya cetek kerana kurang membaca. 2 Terdapat juga perkataan yang boleh berubah sifatnya. Contohnya: Perkataan Golongan kata Contoh penggunaan mengenai kata kerja Bola yang ditendang itu mengenai tiang gol. kata sendi nama Mereka berbicara mengenai hal pembunuhan misteri itu. menarik kata kerja Pemuda itu menarik nafas lega setelah selesai ditemu duga. kata adjektif Tarian zapin itu amat menarik hingga dipuji pelancong. jelas kata adjektif Penerangan guru itu amat jelas bagi memahamkan murid. kata kerja “Yuran sekolah perlu dibayarsetiap murid,” jelas guru kelas. RC PT3 BM(1).indd 106 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Unit 1 107 Perkataan Golongan kata Contoh penggunaan sedang kata bantu Mereka sedang menduduki peperiksaan akhir tahun. kata adjektif Angin bertiup sedang sahaja sejak pagi tadi. 3 Kata banyak makna akan menjadi salah jika imbuhan yang sepatutnya ada ditukar atau digugurkan, contohnya: (a) Doktor akan menjalani pembedahan terhadap pesakit itu. ( 7 ) Mereka bakal menjalani peperiksaan pada minggu hadapan. ( 3 ) (b) Ibu memasak datuk bubur nasi. ( 7 ) Mak Limah memasakkan suaminya lauk kari. ( 3 ) Contoh Soalan Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 1 I Datuk mengasah mata pisau yang tumpul itu. II Menjaring ikan ialah mata pencarian lelaki tua itu. III Penjenayah itu ditangkap oleh mata yang diupah polis. IV Pasukan itu mendapat tiga mata daripada kemenangannya. A I, II dan III sahaja B I, II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Jawapan bagi soalan di atas ialah B – I, II dan IV sahaja. Perkataan mata dalam ayat I bermaksud bahagian yang tajam pada alat pemotong. Perkataan mata dalam ayat II bermaksud sumber atau punca. Perkataan mata dalam ayat IV bermaksud markah. Perkataan mata dalam ayat III sepatutnya mata-mata yang bermaksud orang upahan. RC PT3 BM(1).indd 107 09/03/2023 3:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
404 Jawapan Jawapan Sistem Bahasa 1 Unit Kesalahan Bahasa Penggolongan Kata Semak Cepat 1 A Semak Cepat 2 C Semak Cepat 3 C Semak Cepat 4 B Semak Cepat 5 C Semak Cepat 6 (a) ialah (b) adalah (c) adalah (d) adalah Praktis Pengukuhan 1 Praktis 1 1 C 2 D 3 D 4 C 5 B 6 B 7 A 8 A 9 B 10 C 11 C 12 A 13 D Praktis 2 (i) adalah – ialah (ii) paling terbaik – paling baik/terbaik (iii) semua penyakit-penyakit – semua penyakit/penyakit-penyakit (vi) mikroorganisme – mikroorganisma (v) belum masih – masih belum Penjodoh Bilangan Praktis Pengukuhan 2 Praktis 1 1 D 2 C Praktis 2 1 D 2 B 3 C Praktis 3 (i) ketul – buku (ii) biji – buah (iii) tompok – titis/titik (iv) keping – rawan (v) batang – bilah Bahasa Istana Praktis Pengukuhan 3 Praktis 1 1 D 2 D 3 B 4 A 5 B Praktis 2 (i) bersalin – berputerakan (ii) tuanku – baginda (iii) hari kelahiran – hari keputeraan (iv) bersetuju – berkenan (v) tidur – beradu Pembentukan Kata Semak Cepat 7 A Semak Cepat 8 C Jawapan RC PT3 BM Ti123(Jaw)9pt.indd 404 09/03/2023 3:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
405 Jawapan Jawapan Praktis Pengukuhan 4 Praktis 1 1 B 2 B 3 B 4 C Praktis 2 1 C 2 A Praktis 3 1 B 2 C 3 D 4 A Praktis 4 (i) terjangkit – berjangkit (ii) selamatkan – menyelamatkan (iii) tempat pembiakan – tempat pembiakan – tempat-tempat pembiakan (iv) perawatan – rawatan (v) bertakung – menakung Pembinaan Frasa Semak Cepat 9 B Semak Cepat 10 C Semak Cepat 11 D Semak Cepat 12 (a) cantik-cantik – cantik (b) paling termahal – paling mahal/ termahal (c) agak kebiru-biruan – kebiru-biruan (d) paling sihat sekali – paling sihat/sihat sekali Semak Cepat 13 D Semak Cepat 14 A Praktis Pengukuhan 5 Praktis 1 1 B 2 D 3 A 4 C 5 A Praktis 2 (i) Lelaki yang berbaju biru itu jiran saya. (ii) Sulur sirih melilit pada batang kayu. (iii) Seekor burung nuri hinggap di atas dahan. (iv) Buah mangga dari ladang tersebut manis-manis. (v) Kursus itu untuk kerani baharu sahaja. Kesalahan Ejaan Semak Cepat 15 A Praktis Pengukuhan 6 Praktis 1 (i) biadap – biadab (ii) kapitalisma – kapitalisme (iii) sub-budaya – subbudaya Praktis 2 (i) kolestrol – kolesterol (ii) di makan – dimakan (iii) berjogging – berjoging Pembinaan Ayat Semak Cepat 16 (a) Tembakan pemburu itu (b) Mendaki gunung (c) Ke rumah saya (d) Aina Semak Cepat 17 (a) ialah kerani pejabat pos (b) masih melipat baju di dalam bilik (c) sungguh tajam (d) dari Bandar Tenggara Semak Cepat 18 (a) FN + FK (b) FN + FA (c) FN + FN (d) FN + FS Semak Cepat 19 (a) Ayat perintah RC PT3 BM Ti123(Jaw)9pt.indd 405 09/03/2023 3:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
406 Jawapan Jawapan (b) Ayat seruan (c) Ayat penyata (d) Ayat tanya Semak Cepat 20 D Semak Cepat 21 (a) lalu ... apabila (b) yang ... kerana (c) bahawa ... agar Praktis Pengukuhan 7 Praktis 1 1 D 2 D 3 A 4 B 5 A Praktis 2 (i) Semakin popular pembelian secara dalam talian. (ii) Penghibur nombor satu tanah air Dato’ Seri Siti Nurhaliza. (iii) Dapat mengelakkan penyakit kronik pemakanan mengikut piramid makanan. (iv) • Masih belum saya lengkapkan kerana kekangan masa borang permohonan itu. • Masih belum saya lengkapkan borang permohonan itu kerana kekangan masa. • Kerana kekangan masa, masih belum saya lengkapkan borang permohonan itu. • Kerana kekangan masa, borang permohonan itu masih belum saya lengkapkan. (vi) • Dilaksanakan untuk mengurangkan masalah pemanasan global program penanaman pokok. • Dilaksanakan program penanaman pokok untuk mengurangkan masalah pemanasan global. • Untuk mengurangkan masalah pemanasan global, program penanaman pokok dilaksanakan. • Untuk mengurangkan masalah pemanasan global, dilaksanakan program penanaman pokok. Praktis 3 (i) Jun Min mengambil majalah Dewan Siswa lalu membacanya. (ii) Pelari itu tetap meneruskan lariannya walaupun/sung guhpun/biarpun/ kendatipun kakinya telah tercedera. (iii) Orang ramai berpendapat bahawa kenaikan gaji pekerja menyebabkan kuasa beli meningkat. (iv) Rahman dan Zaidi kepenatan bekerja hingga/sehingga tertidur di ruang tamu. (v) Pohon di tepi jalan yang besar itu tumbang kerana/oleh sebab/lantaran ditiup ribut taufan. Praktis 4 (vi) Makanan sedang diedarkan oleh sukarelawan kepada gelandangan. (i) Murid yang bermasalah perlulah sentiasa didorong oleh kaunselor. (ii) Kejuaraan telah diraih oleh pasukan bola sepak sekolah kami di peringkat daerah. (iii) Sejarah pembinaan bangunan bersejarah itu saya catat semasa lawatan sambil belajar ke Melaka. (iv) Kereta api laju dinaiki oleh mereka semasa melancong ke Jepun tahun lepas. Peribahasa Semak Cepat 22 A Semak Cepat 23 B Semak Cepat 24 A Praktis Pengukuhan 8 Praktis 1 1 A 2 B 3 D 4 C 5 C 6 A 7 C 8 C Praktis 2 (i) Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis RC PT3 BM Ti123(Jaw)9pt.indd 406 09/03/2023 3:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
407 Jawapan Jawapan (ii) Sudah terhantuk baru tengadah Perbendaharaan Kata Praktis Pengukuhan 9 Praktis 1 1 C 2 A 3 D 4 A Praktis 2 1 C 2 A 3 C 4 C Pemahaman Teks (Antologi) 2 Unit Tingkatan 1: Antologi Kuingin Berterima Kasih Praktis Pengukuhan 10 Praktis 1 1 C 2 D 3 C 4 C 5 C Praktis 2 1 D 2 D 3 D 4 D 5 C Praktis 3 1 A 2 C 3 A 4 D 5 D Praktis 4 1 C 2 B 3 D 4 C 5 B Praktis 5 1 B 2 C 3 C 4 A 5 D Tingkatan 2: Antologi Baik Budi, Indah Bahasa Praktis Pengukuhan 11 Praktis 1 1 D 2 A 3 B 4 A 5 D Praktis 2 1 D 2 A 3 C 4 C 5 C Praktis 3 1 B 2 D 3 D 4 C 5 D Praktis 4 1 C 2 C 3 D 4 D 5 C Praktis 5 1 B 2 A 3 C 4 C 5 A Tingkatan 3: Antologi Bintang Hati Praktis Pengukuhan 12 Praktis 1 1 B 2 D 3 D 4 A 5 D Praktis 2 1 B 2 A 3 B 4 D 5 D Praktis 3 1 A 2 B 3 C 4 A 5 A Praktis 4 1 D 2 D 3 D 4 D 5 D Praktis 5 1 A 2 A 3 A 4 D 5 C Pemahaman Petikan 3 Unit Praktis Pengukuhan 13 Praktis 1 (i) Kesan sekiranya masyarakat tidak menjaga kesihatan tubuh badan: • mengalami masalah kegemukan atau obesiti (Bahan 1) • mengalami masalah tekanan (Bahan 1) • mudah mendapat penyakit (Bahan 1) • kadar obesiti di negara kita akan meningkat (Bahan 2) • mudah mendapat pelbagai penyakit berbahaya seperti diabetis, serangan jantung dan darah tinggi (Bahan 2) (ii) Dua tujuan program Jom Kurus dijalankan: • membekalkan murid dengan ilmu penjagaan makanan • bimbingan aktiviti sukan yang boleh dilakukan oleh guru dan murid RC PT3 BM Ti123(Jaw)9pt.indd 407 09/03/2023 3:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
408 Jawapan Jawapan (iii) Pada pendapat saya, kepentingan amalan gaya hidup sihat: • mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah • mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat • menangani masalah tekanan perasaan • memastikan keadaan kesihatan yang baik dan mengelakkan penyakit kronik Praktis 2 (i) Tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang guru: • mendidik anak bangsa yang menjadi harapan negara (Bahan 1) • membekalkan ilmu kepada murid untuk membangunkan negara (Bahan 1) • melahirkan insan berilmu yang mempunyai jati diri beridentitikan Malaysia (Bahan 2) • memberikan ilmu yang tidak berbelah bahagi bagi mencapai hasrat negara (Bahan 2) (ii) Dua nilai yang terdapat dalam Bahan 2: • kasih sayang • berhemah tinggi • bertanggungjawab (iii) Pada pendapat saya, cara untuk menghargai jasa seorang guru: • menziarahi mereka ketika mereka mengalami kesusahan atau sakit • mendoakan kesejahteraan guru yang mengajar dan mendidik kita • memberikan tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku • menjaga tatasusila atau kelakuan di hadapan guru • memberikan hadiah kepada guru semasa Hari Guru atau hari lahir guru Praktis 3 (i) Tempat tumbuhan ini mudah ditemui: • kebiasaannya tumbuh di kawasan tanah yang terbiar • di tepi parit • di kawasan kebun getah (ii) Penyakit yang dapat diubati dengan pokok kelulut: • sakit gigi • sakit akibat luka-luka kecil • demam yang berpanjangan (iii) Kebaikan perubatan tradisional kepada negara: • menyumbang pendapatan negara • sebagai kaedah alternatif kepada rawatan penyakit • mengurangkan kos mengimport ubatan dari luar negara • melahirkan ramai saintis tempatan yang pakar dalam perubatan tradisional Praktis 4 (i) Persamaan yang terdapat pada Bahan 1 dan Bahan 2: • warga tua/ibu bapa yang diabaikan • anak-anak yang tidak bertanggungjawab tidak menjaga ibu bapa mereka sendiri (ii) Faktor-faktor yang menyebabkan warga tua diabaikan: • banyak menimbulkan bebanan kepada anak-anak • anak-anak tidak mempunyai kesempatan untuk menziarahi ibu bapa kerana kesibukan kerja • faktor kewangan anak-anak dan masalah sosial remaja (iii) Pada pendapat saya, sumbangan yang boleh dihulurkan oleh masyarakat kepada mangsa banjir: • memberikan keperluan asas kepada mereka seperti makanan, pakaian dan sokongan moral kepada mangsa • kita boleh menyertai pasukan sukarelawan untuk membantu mangsa banjir berpindah dan membersihkan rumah mereka selepas banjir surut • memberikan bantuan kepada mangsa banjir • memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit kepada mangsa banjir RC PT3 BM Ti123(Jaw)9pt.indd 408 09/03/2023 3:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
409 Jawapan Jawapan Novel 4 Unit Tingkatan 1 Praktis Pengukuhan 14 Novel Pelari Muda Novel yang saya kaji ialah Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia. Latar masyarakat dalam novel ini ialah masyarakat murid sekolah. Contohnya, masyarakat yang terdiri daripada murid-murid tingkatan lima, iaitu Kamarul, Saridah, Juriah dan Adibah. Selain itu, masyarakat yang sombong. Contohnya, Kamarul bersikap sombong apabila menjadi atlet terkenal setelah memenangi beberapa pertandingan. Dia bersikap angkuh terhadap jurulatihnya, Encik Kadir dan kawan-kawannya. Seterusnya, masyarakat yang insaf akan kesilapan. Contohnya, Kamarul yang sombong setelah menempa kejayaaan tidak lagi menghormati jurulatihnya, Encik Kadir dan kawankawannya. Namun, kemalangan yang berlaku kepadanya menyebabkan dia insaf dan akhirnya berjaya dalam pertandingan larian semasa Sukan SEA di Bangkok. Novel Destinasi Impian Novel yang saya kaji ialah Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini. Latar masyarakat dalam novel ini ialah masyarakat yang baik hati. Contohnya, Johari merupakan seorang yang baik hati. Dia sanggup menuntun basikal Firdaus apabila tayar basikal Firdaus pancit terkena paku. Selain itu, masyarakat yang suka akan cabaran. Contohnya, Azlina, Johari dan Firdaus menyahut cabaran datuknya untuk berbasikal ke Morib. Mereka bertekad untuk menamatkan ekspedisi tersebut. Seterusnya, masyarakat yang insaf akan kesilapan. Contohnya, Firdaus sedar akan kesalahannya setelah dia lemas semasa mandi laut. Novel Formula Termodinamik Novel yang saya kaji ialah Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman. Latar masyarakat dalam novel ini ialah masyarakat yang iri hati terhadap orang lain. Contohnya, Aswan yang iri hati terhadap Amir dan Usamah sanggup meniru idea projek Amir dan Usamah. Sikap iri hati ini juga menyebabkan dia sanggup mencuri Formula Termodinamik milik Amir dan Usamah. Selain itu, masyarakat yang insaf apabila ditimpa musibah. Contohnya, apabila Aswan, Fikri dan Majibon dibawa arus deras, Aswan mulai sedar mungkin itu ialah balasan Allah terhadap dosadosa yang telah dilakukannya. Mereka diselamatkan oleh Amir dan rakanrakannya. Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan Usamah serta mengaku bahawa dialah yang mencuri Formula Termodinamik dan penghantar e-mel. Seterusnya, masyarakat yang bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, Amir dan Usamah bekerjasama menghasilkan mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Termodinamik sehingga mereka berjaya memenangi Anugerah Saintis Muda. Novel Sejambak Bakti Novel yang saya kaji ialah Sejambak Bakti, karya Rejab F.I. Latar masyarakat dalam novel ini ialah masyarakat guru. Contoh masyarakat guru terdiri daripada Cikgu Syamsudin, Cikgu Zulkif li, Cikgu Maniam dan Cikgu Hasan. Selain itu, masyarakat murid sekolah. Contoh masyarakat murid sekolah ini terdiri daripada Razali, Ramlah, Saridevi, Munir, Swee Lan dan lain-lain. Seterusnya, masyarakat yang iri hati terhadap orang lain. Contohnya, Munir yang iri hati terhadap Razali telah menyimpan dendam terhadap Razali. Dia bersekongkol dengan Leong dan Silvam untuk memukul Razali. RC PT3 BM Ti123(Jaw)9pt.indd 409 09/03/2023 3:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
410 Jawapan Jawapan Tingkatan 2 Praktis Pengukuhan 15 Novel Jalan ke Puncak Novel yang saya kaji ialah Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi. Pengajaran yang diperoleh daripada bahagian peleraian ialah kita perlulah tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk mencapai citacita. Selain itu, kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan atas segala kejayaan yang kita capai. Seterusnya, janganlah kita mudah berputus asa dalam sesuatu perkara. Novel Meniti Impian Novel yang saya kaji ialah Meniti Impian, karya Osman Ayob. Pengajaran yang diperoleh daripada bahagian peleraian ialah kita hendaklah bersyukur apabila impian yang kita hajati tercapai. Selain itu, kita mestilah yakin akan kebolehan diri untuk mencapai sebarang cita-cita yang kita impikan. Seterusnya, kita hendaklah berusaha dengan gigih sehingga berjaya walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Novel Jejak MONPUS Novel yang saya kaji ialah Jejak MONPUS, karya Zulaiha Paikon. Pengajaran yang diperoleh daripada bahagian peleraian ialah kita perlulah bersabar dan tekun dalam melakukan sesuatu perkara sehingga berjaya. Selain itu, kita mestilah bijak mengaplikasikan ilmu yang kita ada supaya ilmu itu dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Seterusnya, kita hendaklah bersyukur atas kejayaan yang kita kecapi. Novel Darah Titik di Semantan Novel yang saya kaji ialah Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani. Pengajaran yang diperoleh daripada bahagian peleraian ialah kita hendaklah memegang janji kita walau apa-apa sekali pun. Selain itu, kita hendaklah berjuang demi membebaskan negara kita daripada penjajahan. Seterusnya, kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugas yang telah ditetapkan supaya kejayaan dapat dicapai dalam perjuangan. Tingkatan 3 Praktis Pengukuhan 16 Novel Justeru Impian di Jaring Novel yang saya kaji ialah Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar. Pengajaran daripada contoh peristiwa ialah kita hendaklah patuh pada ajaran agama walau di mana-mana sahaja kita berada. Peristiwa lain yang merujuk pengajaran di atas ialah Syahir memohon petunjuk daripada Allah dengan melakukan solat istikharah sebelum membuat keputusan sama ada dia akan menyertai Kejohanan Badminton di Jakarta atau menjaga ibunya yang diserang strok. Peristiwa seterusnya ialah Syahir menunaikan solat hajat memohon ibunya sembuh daripada penyakitnya. Novel Tawanan Komander Caucasus Novel yang saya kaji ialah Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya. Pengajaran daripada contoh peristiwa ialah kita hendaklah gigih dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup. Peristiwa lain yang merujuk pengajaran di atas ialah Farhani gigih membantu Kim Yong yang sudah lemah dan tidak bermaya untuk melepaskan diri daripada tentera Caucasus. Peristiwa seterusnya ialah Farhani gigih berusaha untuk melepaskan diri daripada tawanan Komander Caucasus dengan memecahkan balang kaca, namun tidak berjaya. Novel Chot Novel yang saya kaji ialah Chot, karya Azizi Haji Abdullah. Pengajaran daripada RC PT3 BM Ti123(Jaw)9pt.indd 410 09/03/2023 3:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
411 Jawapan Jawapan contoh peristiwa di atas ialah kita hendaklah tabah dalam menempuh segala dugaan dalam hidup kita. Peristiwa lain yang merujuk pengajaran ialah Alias tetap tabah menerima ejekan kawan-kawannya yang memanggilnya beruk dengan hanya berdiam diri. Peristiwa seterusnya ialah Alias tabah menerima cacian dan kemarahan daripada Cikgu Sunan setiap kali ke sekolah dan tetap menghormati gurunya itu. Novel Hempasan Ombak Novel yang saya kaji ialah Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim. Pengajaran daripada contoh peristiwa ialah kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara agar kejayaan dapat diperoleh. Peristiwa lain yang merujuk pengajaran di atas ialah Farid mendapat kerjasama daripada Tomsiah, ibunya, Lofti, Nik dan beberapa orang lain dalam menghasilkan Kertas Kerja Projek Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik syarikatnya. Peristiwa seterusnya ialah Farid mendapat kerjasama daripada Zuraida apabila dia menawarkan Farid meletakkan batik-batik keluaran Syarikat Batik Nusantara di kedainya. Pemindahan Maklumat 5 Unit Praktis Pengukuhan 17 Praktis 1 Antara kesan penggunaan kad kredit ialah seseorang individu itu akan berbelanja dengan boros kerana tidak perlu menggunakan wang tunai lagi. Selain itu, penggunaan kad kredit boleh menyebabkan pemegang kad kredit berhutang keliling pinggang hingga menyebabkan mereka tidak mampu membayar hutang kad kredit kepada pihak bank. Ada juga pemegang kad kredit yang terlibat dengan “Ah Long” atau syarikat pinjawan wang tidak berlesen. Di samping itu, penipuan kad kredit juga mudah berlaku apabila mereka membuat urusan pembayaran bil secara dalam talian selain menggunakan mesin juruwang automatik hingga boleh mendedahkan identiti mereka. Seperkara lagi, kad kredit juga boleh diklonkan dan digunakan oleh orang lain tetapi segala kesan buruk dan kos akan ditanggung oleh pemilik kad kredit. Praktis 2 Petikan membincangkan kepentingan menyambut Hari Kebangsaan. Antara kepentingan tersebut ialah kita dapat mengenang jasa tokoh yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan. Seterusnya, sambutan kemerdekaan dapat mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia dan mengekalkan perpaduan antara kaum di negara kita. Ekoran daripada itu, pelancong akan tertarik untuk melancong ke negara kita untuk menyaksikan persembahan pelbagai kaum sewaktu Hari Kebangsaan. Selain itu, imej negara kita juga akan turut meningkat dan menjadi contoh kepada negara-negara lain. Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah sentiasa mengingati tarikh kemerdekaan negara dan berusaha untuk mengharumkan nama negara ke seantero dunia. Karangan Respons Terhad 6 Unit Praktis Pengukuhan 18 Praktis 1 Aktiviti gotong-royong merupakan amalan yang sangat baik dan mempunyai banyak kebaikan. Melalui aktiviti bergotong-royong, kerja-kerja yang berat akan menjadi lebih ringan. Seterusnya, aktiviti gotong-royong juga boleh mengeratkan perpaduan antara kaum, terutama apabila aktiviti tersebut disertai oleh pelbagai kaum. Selain itu, tugasan juga dapat diselesaikan dengan RC PT3 BM Ti123(Jaw)9pt.indd 411 09/03/2023 3:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
412 Jawapan Jawapan lebih cepat dan efisien berbanding jika kita melakukan kerja-kerja seorang diri. Kesimpulannya, terdapat banyak kebaikan daripada aktiviti gotong-royong. Aktiviti ini hendaklah diamalkan oleh semua lapisan masyarakat demi kebaikan bersama. (74 patah perkataan) Praktis 2 Aktiviti membaca memberikan banyak faedah kepada kita. Antara faedah aktiviti membaca ialah dapat menambah ilmu pengetahuan kita melalui bahan bacaan yang dibaca. Selain itu, kita juga dapat mengetahui perkembangan semasa melalui pembacaan surat khabar dan Internet. Seterusnya, aktiviti membaca juga membolehkan seseorang mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah. Akhir sekali, membaca juga dapat memperkaya kosa kata dan membolehkan seseorang menulis karangan dengan baik. Konklusinya, aktiviti membaca sepatutnya menjadi amalan semua rakyat Malaysia. (69 patah perkataan) Praktis 3 Pada minggu lepas, saya telah mengikuti kelas seni mempertahankan diri, iaitu taekwando. Semasa kelas pertama, saya mendengar penerangan tentang aktiviti yang akan saya dan rakanrakan ikuti sewaktu kelas diadakan. Seterusnya, saya diajar tentang teknik mempertahankan diri daripada serangan musuh. Sebenarnya, banyak faedah yang saya peroleh daripada kelas ini. Antaranya ialah aktiviti ini dapat membentuk disiplin diri yang tinggi dan dapat melindungi diri, harta dan keluarga daripada menjadi mangsa jenayah. Konklusinya, marilah kita mempelajari seni mempertahankan diri untuk kebaikan bersama. (78 patah perkataan) Praktis 4 Sukan tahunan di sekolah saya sangat meriah. Sebelum acara sukan bermula, semua murid perlu berkumpul di padang untuk menyaksikan upacara perasmian. Acara dimulakan dengan persembahan kawad kaki oleh badan beruniform seperti PKBM Darat, Bomba, Kadet Polis dan lain-lain. Ahli rumah sukan juga turut berkawad dan mempamerkan pelbagai perhiasan yang menarik seperti maskot dan bunga manggar. Seterusnya, acara balapan pun berlangsung. Pertandingan yang terakhir ialah acara tarik tali antara rumah sukan. Majlis berakhir dengan upacara penyampaian hadiah dan seterusnya kami semua pun bersurai. (79 patah perkataan) Karangan Respons Terbuka 7 Unit Praktis Pengukuhan 19 1 Pendahuluan Amalan rumah terbuka sudah diamalkan oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sudah menjadi lumrah dalam sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Pesta Kaamatan dan sebagainya. Rakyat Malaysia akan mengadakan majlis rumah terbuka yang bertujuan untuk meraikan hari kebesaran tersebut. Isi-isi Penting • Dapat mengeratkan perpaduan antara kaum dan sekali gus dapat mengelakkan perasaan prasangka. • Dapat mengetahui budaya sesuatu kaum dan merasai makanan tradisional yang unik. • Merapatkan hubungan antara jiran tetangga dan mengenali kaum keluarga jiran tetangga sewaktu berkunjung ke majlis rumah terbuka. • Memberikan imej yang baik kepada para pelancong dari luar negara kerana rakyat Malaysia hidup aman damai dan saling menghormati antara satu sama lain. RC PT3 BM Ti123(Jaw)9pt.indd 412 09/03/2023 3:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
413 Jawapan Jawapan • Memeriahkan lagi sambutan perayaan di Malaysia kerana setiap kaum turut berasa gembira dan memakai pakaian tradisional masing-masing sewaktu berkunjung ke majlis rumah terbuka. Penutup Amalan ini harus dikekalkan demi melahirkan generasi yang bersatu padu dan saling menghormati. Intihanya, setiap lapisan masyarakat mestilah meneruskan tradisi ini agar tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. 2 Pendahuluan Pada hari minggu yang lalu, aku dan ahli keluargaku telah mengunjungi Pesta Makan Kuih-muih Tradisional yang diadakan di Bandar Batu Pahat, Johor. Kami mendapat maklumat tentang pesta tersebut melalui WhatsApp yang dihantar oleh kenalan ibuku. Isi-isi Penting • Orang ramai membanjiri Bandar Batu Pahat kerana itulah kali pertama Majlis Perbandaran Batu Pahat mengadakan pesta sedemikian. • Tujuan pesta itu diadakan adalah untuk mencatat rekod dunia kerana dianggarkan sebanyak 500 kuihmuih tradisional dihidangkan pada hari itu. • Terdapat lebih 100 buah gerai di lokasi pesta dan sekurangkurangnya, setiap gerai menghidangkan hampir sepuluh jenis kuih yang pelbagai rasa dan variasi. • Kuih-muih tempatan tersebut bukan sahaja berasal dari negeri Johor, malah terdapat juga kuihmuih dari negeri-negeri lain di semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. • Saya dan keluarga dapat menikmati kuih-muih dari negeri lain dengan bayaran yang sangat berpatutan. Kami turut membeli kuih-muih daripada bangsa lain untuk dijadikan buah tangan buat saudaramara dan jiran tetangga. Penutup Pesta Makan Kuih-muih ini wajar diadakan pada setiap tahun supaya generasi muda dapat mengetahui jenisjenis kuih yang menjadi makanan datuk dan nenek mereka pada zaman dahulu. Walau bagaimanapun, sikap membazir haruslah dielakkan. 3 Pendahuluan Mengucapkan terima kasih kerana sudi mengutus surat kepada anda. Isi-isi Penting • Permainan tradisional yang paling popular ialah gasing. Gasing dibuat daripada kayu dan dimainkan oleh orang dewasa pada masa dahulu. Kini, permainan gasing sudah dipertingkatkan, malah permainan ini turut menjadi mainan peringkat dunia apabila kartun Bay Blade mempopularkan permainan tersebut. • Wau juga salah satu permainan tradisional yang popular. Wau dibuat daripada buluh, kertas dan tali. Keunikan wau dapat dilihat melalui lukisan pada wau. Kini, wau dimainkan pada setiap tahun di Johor Bahru dalam permainan wau antarabangsa. • Congkak masih menjadi permainan pilihan pada masa kini sebagai aktiviti dalaman atau pertandingan. Permainan congkak menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli. • Permainan tradisional yang dimainkan secara beramai-ramai ialah permainan galah panjang dan konda-kondi. Permainan ini membuatkan kanak-kanak seronok dan dapat menyihatkan badan. RC PT3 BM Ti123(Jaw)9pt.indd 413 09/03/2023 3:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.