PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
i KANDUNGAN Imbas dan Muat turun • Skrip Ujian Lisan • Audio Ujian Mendengar Topik 1 Karangan Respons Terhad 1 – 9 Topik 2 Karangan Respons Terbuka 10 – 29 Topik 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa 30 – 46 Topik 4 Pemahaman 47 – 66 Topik 5 Rumusan 67 – 78 Peperiksaan Akhir Tahun 79 – 92 Jawapan J1 – J16 PT SPM BM F4 4P.indd 1 25/2/2023 10:54:29 AM Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) No. 18, Jalan PJS 5/26, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7783 3233, 7783 5233 Faks: 03-7783 7233 Emel: [email protected] Laman web: www.penerbitilmubakti.com © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 Pertama kali diterbitkan 2023 ISBN 978-629-7536-75-0 Cetakan: 9 8 7 6 5 4 3 2 1 Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M). Penyunting: Nur Hasliza Harun Pereka kulit buku: Sarifuddin Yusof Pereka letak: Wan Suhailizan binti Wan Deraman Teks diset dalam Utopia 10 poin Dicetak di Malaysia oleh Percetakan Sentosa (KL) Sdn. Bhd. • Skrip Ujian Lisan • Audio Ujian Mendengar Imbas dan Muat turun PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan pemakanan seimbang. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis sebuah rencana tentang kebaikan makanan seimbang. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KBAT Bahagian A (30 Markah) Kertas 1 Karangan Respons Terhad TOPIK 1 Praktis 1 Piramid makanan PT SPM BM F4 4P.indd 1 25/2/2023 10:54:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Praktis 2 Maklumat di bawah berkaitan dengan penggunaan bahasa rojak di Malaysia. Sebagai seorang pencinta bahasa, tulis sepucuk surat kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menyatakan pendapat anda tentang cadangan-cadangan mengatasi masalah tersebut. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KBAT Pertimbangan serius harus diberikan kepada kerancuan dalam bahasa Melayu semasa yang semakin kritikal. Ini adalah kerana fenomena kebahasaan yang rancu ini bukan sahaja boleh membawa kesan negatif dan buruk kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu serta memupuk citra bahasa Melayu sebagai bahasa negara tetapi kejadian linguistik ini boleh menyebabkan bahasa Melayu merosot, yakni menjadi mundur. Kemerosotan ini berlaku akibat: (a) kualitinya yang rendah kerana penggunaan melanggar hukum dan peraturan nahu baku, serta bercampur aduk dengan bahasa Inggeris, dan (b) imejnya yang tidak penting lagi dari segi kualitinya yang sudah berkurangan akibat digantikan penggunaannya oleh bahasa Inggeris dalam ranah (domain) rasmi. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.pendidik.com.my/2017/10/28/bahasa-rojakancam-kelestarian-bahasa-melayu/ Lahirmu umpama terukir Segala hiasan takdir hiasan seindah semesta disulam dalam kata dipateri dalam jiwa. Oh, siapa tidak gentar calitmu yang menggegar setiap ceruk nusantara mengutus khabar keluarga melerai perang saudara. Oh, siapa tidak lupa sejarahmu yang menyapa setiap wajah bangsa ditunjangi Pallava purba diperkasa Jawi Nabatea. Oh, siapa tidak gusar peralihanmu yang memutar setiap bentuk ungkapan didorong Rumi mapan dimangkin peredaran zaman. Oh, siapa tidak leka darjatmu yang membuka setiap pintu alasan menutup ruang perluasan mengaburi nilai kenegaraan. Hidupmu umpama tersemat segala ujian berazimat ujian kelangsungan bangsa dibenam tanpa silunya diejek tanpa malunya. Oh, bahasa jiwaku Hanya aku mampu Meletak kembali darjatmu Setinggi langit biru Seagung cinta tulusku. Bahasa Jiwaku Chuah Kee Man (11.11.2018) PT SPM BM F4 4P.indd 2 25/2/2023 10:54:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 PT SPM BM F4 4P.indd 3 25/2/2023 10:54:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 Praktis 3 Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KBAT Salam sejahtera, Aida. Apa khabar? Saya baru menyiapkan tugasan projek Pendidikan Moral yang diberikan oleh guru. Sejak belakangan ini, saya asyik menerima panggilan daripada nombor yang tidak saya kenali. Mereka menyatakan bahawa mereka daripada syarikat kewangan. Saya rasa mereka sebenarnya ialah sindiket penipuan. Bolehkah awak berkongsi maklumat tentang cara untuk mengelakkan saya daripada menjadi mangsa penipuan? Saya menantikan respons daripada awak. Sahabatmu, Yasmeen Salam sejahtera, Raj. Gembiranya saya menerima e-mel daripada anda. Saya ingin berkongsi tentang jiran saya, Amri. Amri seorang murid hebat. Dia selalu membantu saya dalam subjek Matematik. Setiap petang pada hujung minggu, kami akan berbasikal bersama-sama. Amri juga selalu memberi saya kuih. Saya paling suka kuih karipap yang dibuat oleh ibunya. Bagaimanakah dengan jiran anda? Bolehkah anda berkongsi sedikit tentang kebaikan hidup berjiran? Saya menantikan respons daripada anda. Sahabatmu, Wai Beng PT SPM BM F4 4P.indd 4 25/2/2023 10:54:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 PT SPM BM F4 4P.indd 5 25/2/2023 10:54:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong. Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume yang lengkap bagi permohonan satu pekerjaan yang anda minati. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KBAT Praktis 4 PT SPM BM F4 4P.indd 6 25/2/2023 10:54:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
7 PT SPM BM F4 4P.indd 7 25/2/2023 10:54:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
8 Praktis 5 Maklumat di bawah menunjukkan sebahagian daripada pembangunan negara dan peranan remaja dalam pembangunan. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang peranan remaja dalam pembangunan negara. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KBAT “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini.” – Kata Mutiara Sarjana PT SPM BM F4 4P.indd 8 25/2/2023 10:54:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
9 Praktis 6 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan amalan menabung. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang amalan menabung. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KBAT Sekarang adalah waktunya untuk kita menilai semula tahap kewangan dan bukannya kalut dengan pembelian panik. Kita harus memikirkan cara berjimat cermat dan menumpukan kepada pembelian barangan yang perlu saja. Pada saat resesi terjadi dan perusahaan yang menjadikan aktiviti pekerja menurun, maka dana darurat atau tabungan akan sangat berguna untuk menyelamatkan kita daripada kesulitan hasil daripada keadaan ekonomi yang tidak menentu. Dipetik dan diubah suai daripada, “Mula Budaya Menabung”, Metro Online, April 2020 PT SPM BM F4 4P.indd 9 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. “Kami menjadikan ibu pejabat kami sebagai bilik gerakan COVID-19 sejak 27 Mac untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. “Buat masa ini kami mempunyai lebih 100 anggota PBSM dan sukarelawan di sini untuk membantu kami,” kata pengerusinya Song Kee Chai. Berkongsi pengalaman PBSM dalam menangani krisis COVID-19, Song berkata sehingga kini mereka telah menyediakan bantuan makanan dapur kepada lebih 7,000 keluarga. “Kami menerima sumbangan daripada Persatuan Pengusaha Logam dan Barang-barang Kitar Semula India Malaysia (MIMTA), ahli-ahli dermawan dan juga dari rumah-rumah ibadat....” Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/522709 Maklumat di atas menunjukkan catatan pengalaman sukarelawan semasa negara menghadapi pandemik COVID-19. Pada masa yang sama, anda juga turut berpeluang menjadi salah seorang sukarelawan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tulis pengalaman anda semasa menjadi sukarelawan tersebut. Bahagian B (70 Markah) Kertas 1 Karangan Respons Terbuka TOPIK 2 Praktis 1 PT SPM BM F4 4P.indd 10 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
11 Domain Peribadi Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu adalah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Situasi ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah, sejak kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerjakerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta. Sumber: https://sites.google.com/a/ipgkbm.org/rumahmelayu/ permainan-tradisional-melayu Petikan di atas menyatakan masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Salah satunya ialah permainan tradisional. Huraikan pendapat anda tentang peranan yang dapat dimainkan oleh generasi muda untuk mempromosikan permainan tradisional di Malaysia. PT SPM BM F4 4P.indd 11 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
12 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. KUALA TERENGGANU: Seramai 161 orang belia termasuk 74 orang yang mengikuti Program Jati Diri Sukarelawan Nasional (PJKN) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, Marang, mengalami cirit-birit dan muntah dipercayai akibat keracunan makanan yang disajikan di kantin institut itu malam tadi. Sumber: https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=317444 Petikan berita di atas berkaitan dengan kes keracunan makanan yang berlaku di sebuah institusi pendidikan akibat tahap kebersihan yang kurang memuaskan. Bincangkan ciri-ciri sebuah kantin sekolah yang baik. PT SPM BM F4 4P.indd 12 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
13 Domain Kerjaya Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Pertama, graduan perlu mempunyai pemikiran yang betul. Tanya diri sendiri, apa yang mereka mahu dan apa kerjaya impian diinginkan setelah tamat pengajian nanti. Kedua, mahasiswa perlu membudayakan sikap ingin belajar, sedia mencuba sesuatu yang baharu dan pelbagai, yang dekat dengan minat, selain itu ia perlu dipupuk dan dibajai berterusan selama menuntut di universiti. Ketiga, mahasiswa perlu mula membaca bahan mengenai laporan dan kajian berkaitan pasaran pekerjaan serta industri. Sumber: BHOnline, 1 April 2021 Petikan di atas menunjukkan sebahagian daripada persediaan awal sebelum para graduan menceburi bidang pekerjaan tersebut. Jelaskan persediaan-persediaan yang anda lakukan sebelum anda menceburkan diri dalam bidang kerjaya yang anda pilih. PT SPM BM F4 4P.indd 13 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
14 Praktis 2 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Semangat sayang dan cinta akan negara atau patriotisme mampu menyumbang kepada perpaduan erat dalam kalangan generasi muda dan masyarakat ke arah kejayaan dan kemajuan negara. Lantaran itu, pemupukan semangat cinta akan negara bukan hanya pada bulan Ogos atau bulan kemerdekaan, malah perlu dilakukan pada setiap masa. Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Siswa, Bil. 08/2018 Petikan majalah di atas menunjukkan maklumat tentang semangat patriotisme. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk memastikan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia kukuh dalam jiwa masing-masing. Oleh itu, anda dikehendaki menulis sebuah rencana yang bertajuk “Cara-cara Rakyat Menunjukkan Semangat Cinta dan Sayang akan Negara”. Tulis rencana tersebut selengkapnya. PT SPM BM F4 4P.indd 14 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
15 Domain Peribadi Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menyertai Karnival Pelancongan Belia anjuran Persatuan Asrama Belia Malaysia yang berlangsung dari 23 hingga 26 Mei di Presint 2 Putrajaya (berhadapan Kementerian Kewangan) bagi mempromosikan pelancongan domestik dan memupuk budaya melancong dalam negeri dalam kalangan belia tempatan. Karnival Pelancongan Belia ini diadakan bersempena Festival Belia Putrajaya anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan merupakan sambutan perayaan kepada Hari Belia Negara. Mantan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz telah merasmikan Karnival Pelancongan Belia di sini, hari ini. Seramai 52 peserta di bawah kelolaan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Tourism Malaysia yang terdiri daripada para pengusaha agensi pelancongan, para pengusaha produk pelancongan dan pelbagai hotel dan resort telah menyertai karnival selama empat hari tersebut. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.tourism.gov.my/pdf/uploads/ media/pr%20karnival%20pelancongan%20belia%202013%20(versi%20ybm).pdf Kemajuan dalam industri pelancongan tidak dapat dicapai sekiranya tiada pelibatan daripada semua pihak. Huraikan langkah-langkah memajukan industri pelancongan di Malaysia. PT SPM BM F4 4P.indd 15 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Pembelajaran dalam talian terutamanya Google Classroom yang diamalkan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terbukti cukup membantu guru dan pensyarah selain aplikasi Zoom bagi membolehkan interaksi secara terus dengan pelajar dapat dilakukan. Sumber: SinarHarian, 2 April 2020 Petikan di atas menyatakan kebaikan-kebaikan pembelajaran secara dalam talian kepada murid. Ulaskan pernyataan tersebut. PT SPM BM F4 4P.indd 16 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
17 Domain Kerjaya Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Bagi Amirul Aiman Helmi, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan, beliau berasa teruja apabila puisi yang diciptanya terpilih untuk dikongsi bersama-sama Sasterawan Negara. Bengkel yang berlangsung selama tiga hari itu berjaya menghimpunkan lebih daripada 20 buah puisi. Dipetik dan diubah suai daripada “Bengkel Penulisan Puisi Bersama-sama Sasterawan Negara”, Dewan Siswa, Bil 11/2019 Berdasarkan petikan majalah di atas, golongan remaja amat diperlukan untuk memartabatkan bidang sastera di negara kita. Bincangkan cara-cara untuk menggalakkan remaja minat dalam bidang sastera. PT SPM BM F4 4P.indd 17 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
18 Praktis 3 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau orang perseorangan tetapi di kelilingi sistem keluarga yang kukuh. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.pmo.gov.my/ ms/wawasan-2020/malaysia-sebagai-negara-maju/ Petikan majalah di atas menunjukkan maklumat tentang masyarakat penyayang. Anda telah menyertai pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan yang telah anda pilih ialah “Caracara Membentuk Masyarakat Penyayang”. Tulis teks syarahan tersebut selengkapnya. PT SPM BM F4 4P.indd 18 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
19 Domain Peribadi Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga) Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Anggota tengah hendaklah diingat, Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi. Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. Dipetik dan diubah suai daripada Mohd Yusof Md Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara) Puisi Melayu Tradisi, 1996, Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Gurindam di atas menasihatkan kita supaya menjaga diri untuk menjadi seorang yang berguna. Sebagai seorang remaja, bincangkan peranan anda untuk memastikan diri anda tidak terlibat dalam jenayah siber. PT SPM BM F4 4P.indd 19 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
20 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Persepsi negatif terhadap mata pelajaran Sejarah yang wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilihat menjadi antara halangan proses pembinaan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Bagi menyingkirkan persepsi itu, Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang antara lain untuk memperkasakan mata pelajaran yang dilabelkan sebagai membosankan, kaku dan tiada nilai komersial itu. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.malaysiakini.com/news/253393 Maklumat di atas berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah. Bincangkan peranan guru untuk menarik minat para murid mempelajari mata pelajaran Sejarah. PT SPM BM F4 4P.indd 20 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
21 Domain Kerjaya Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Persepsi bidang bahasa sukar untuk mendapat peluang pekerjaan, tidak produktif, kurang praktikal dan ketinggalan zaman adalah tidak tepat dan tanggapan seperti ini perlu diperbetulkan segera. Ini adalah kerana bidang bahasa seperti lulusan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan sebagainya mempunyai potensi dan prospek yang luas di dalam pasaran kerja di Malaysia dan bukannya sekadar menjadi guru atau pensyarah bahasa sahaja seperti mana yang disangka selama ini. Bagi lulusan Bahasa dan Linguistik, peluang pekerjaan di pasaran semasa masih terbuka luas dan tidak pernah tertutup sama sekali kerana bidang ini begitu unik, konstruktif dan relevan dengan realiti pekerjaan dan perkhidmatan semasa. Dipetik dan diubah suai daripada https://mohamadsofee.blogspot.com/2007/12/potensi-prospekkerjaya-bahasa.html?m=0 Berdasarkan petikan di atas, negara kita masih memerlukan tenaga kerja yang mahir dalam bidang Bahasa dan Linguistik. Huraikan cara-cara untuk menggalakkan remaja melibatkan diri dalam kerjaya yang berkaitan dengan bidang bahasa. PT SPM BM F4 4P.indd 21 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
22 Praktis 4 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Kerajaan Serius Perbaik Prestasi Sukan yang Merosot KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menunjukkan keseriusannya untuk memperbaik pencapaian sukan negara yang semakin merosot terutamanya sukan-sukan teras kejohanan peringkat dunia. Presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM), Ahmad Khawari Mohd Isa berkata peruntukan RM103 juta yang diumumkan oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan bajet 2015 mampu melonjakkan mutu sukan negara. “Selain mampu melonjakkan program peringkat asas seperti mengenal pasti bakat dalam kalangan pelajar sekolah, peruntukan untuk enam sukan utama juga penting bagi memperbaik pencapaian di peringkat tertinggi. Dipetik dan diubah suai daripada Utusan Borneo Online, 12 Oktober 2014 Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa Malaysia mengalami kemerosotan dalam mutu sukan negara. Hal ini membuktikan mutu sukan Malaysia semakin merudum walaupun suatu masa dahulu Malaysia merupakan negara yang digeruni dalam beberapa jenis sukan. Huraikan usaha-usaha yang perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara agar negara kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang sukan. PT SPM BM F4 4P.indd 22 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
23 Domain Peribadi Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Fokus di dalam kelas dan memahami sebaik mungkin inti pati yang diajar guru antara rahsia kejayaan pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah Batu 8 yang dipilih menjadi murid cemerlang Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) negeri Perak. Wan Nur Hasywini Wan Yusoh, 19 tahun Maklumat di atas telah membuktikan murid yang cemerlang perlu menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar. Bincangkan pernyataan ini. PT SPM BM F4 4P.indd 23 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
24 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Bahasa Jiwa Bangsa Gunakanlah bahasa kebangsaan kita Marilah amalkan ramai-ramai Bahasalah menyatukan kita semua Yakinlah bahasa jiwa bangsa Marilah mari rakyat semua Buktikan taat setia dengan satu bahasa Maju bangsa dan maju negara Megahkan bahasa kita Bahasa jiwa bangsa Sebagai respons terhadap lirik lagu “Bahasa Jiwa Bangsa”, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa pengantar pendidikan. Jelaskan kepentingan-kepentingan mempelajari bahasa Melayu. PT SPM BM F4 4P.indd 24 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
25 Domain Kerjaya Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. ‘Budak Kejuruteraan’ Kini Usahawan Kosmetik Berjaya Memulakan perniagaan ketika usia masih muda tanpa ada pengalaman selalunya agak berisiko, apatah lagi jika perniagaan yang dijalankan itu sesuatu yang di luar kepakarannya. Namun berbekalkan semangat yang tinggi membuatkan Luqman Juhari, 27, tekad untuk memulakan perniagaan sendiri berkaitan kosmetik sebaik-baik saja dia menamatkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Dipetik dan diubah suai daripada Alzahrin, Alias [email protected] Petikan akhbar di atas menyatakan ciri-ciri seseorang usahawan yang berjaya. Sebagai seorang wartawan akhbar tempatan, anda telah menemu ramah seorang ahli korporat yang memenangi anugerah atas kecemerlangan perniagaannya. Tulis temu ramah anda selengkapnya. PT SPM BM F4 4P.indd 25 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
26 Praktis 5 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Semangat hidup berjiran yang kita warisi sejak turun temurun, kini jelas semakin terpinggir. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur, antaranya perubahan gaya hidup masyarakat yang terlalu sibuk dengan hal sendiri serta sibuk mencari rezeki masing-masing. Sumber: SinarHarian, 22 Februari 2021 Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa semangat kejiranan semakin terpinggir dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Sehubungan dengan itu, ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Bincangkan pernyataan di atas. PT SPM BM F4 4P.indd 26 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
27 Domain Peribadi Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Nilai akhlak dan kesopanan adalah sama dengan fungsinya terhadap akidah, pemahaman, syiar dan emosi dalam kehidupan. Tidak guna berilmu tinggi dan beramal ibadah tetapi akhlak dan budi bahasa tidak dijaga. Akhlak asas membentuk jati diri masyarakat. Justeru, nilai budi pekerti dan akhlak yang baik mestilah bermula dalam kehidupan berkeluarga. Sumber: SinarHarian, 24 Ogos 2020 Petikan di atas menggambarkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil untuk membentuk akhlak terpuji dalam diri seseorang. Jelaskan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk membentuk akhlak yang terpuji dalam diri seseorang. PT SPM BM F4 4P.indd 27 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
28 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Pelbagai ilmu pengetahuan dan maklumat baharu dapat ditemui melalui tabiat membaca. Allah SWT mengangkat amalan membaca serta memberi petunjuk kepada hamba-Nya tentang kepentingan perbuatan ini bagi memandu mereka ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Tanpa ilmu pengetahuan, manusia akan terus berada dalam kegelapan dan mungkin juga menjadi mangsa kepada tipu daya kehidupan dunia. Sumber: MyMetro, Isnin, 4 Mac 2019 Petikan di atas menyatakan kepentingan amalan membaca kepada masyarakat. Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Membaca Jambatan Ilmu”. PT SPM BM F4 4P.indd 28 25/2/2023 10:54:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
29 Domain Kerjaya Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. “Jurusan yang bertumpu kepada pertanian kurang mendapat sambutan dalam kalangan pelajar di sekolah mahupun di institut pengajian tinggi (IPT). Maka terbuktilah bahawa telah berlaku satu fenomena di Malaysia, di mana remaja hari ini kurang berminat melibatkan diri dalam aktiviti pertanian.” Dipetik daripada ucapan Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd. Yassin, dalam Majlis Sayangi Alam Sekitar di Putrajaya Sebagai respons terhadap kandungan ucapan di atas, bidang pertanian sering tidak mendapat sambutan daripada masyarakat khususnya golongan belia. Huraikan langkah-langkah untuk menggalakkan golongan belia melibatkan diri dalam bidang pertanian. PT SPM BM F4 4P.indd 29 25/2/2023 10:54:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
30 Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata nama terbitan dan dua kata hubung. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata nama terbitan dan kata hubung tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Langkawi yang merupakan Pulau 11 Gelaran rupa-rupanya menyimpan sejarah negara yang panjang. Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan ahli geologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menemukan kewujudan batuan purba termasuk batu jatuh glasier yang berusia satu bilion tahun. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa pembentukan muka bumi negara kita bermula dari Langkawi. Rentetan daripada itu, penggemblengan tenaga pelbagai pihak termasuk Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Jabatan Perhutanan Semen Semenanjung Malaysia telah membuahkan kejayaan yang amat membanggakan, iaitu konsep taman georimba. Sumber: Dipetik daripada Buku Teks Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4, Halaman 182, Kementerian Pendidikan Malaysia [8 markah] Kata Nama Terbitan Kata Hubung Bahagian A (35 Markah) Kertas 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa TOPIK 3 Praktis 1 PT SPM BM F4 4P.indd 30 25/2/2023 10:54:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
31 Sintaksis Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti jenis ayat bagi enam ayat di dalam petikan sama ada merupakan ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah. “Jangan salah faham. Saya dan Rina jumpa diari kamu di koridor semalam. Saya ada pergi ke rumah kamu. Saya ketuk pintu banyak kali tapi tiada yang membuka pintu. Mungkin tiada orang di rumah kamu ketika itu,”. “Oh, rupa-rupanya!” Muka Sophia tegang dan dia memikirkan sesuatu. “Sophia, kamu baik-baik sahaja, kan?” tanyaku. Dipetik dan diubah suai daripada “Masam Manis Jeruk Banbangan” oleh Eva Cloudia Richard, Dewan Siswa Bil.12/2020 [6 markah] Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan itu semula. Bahan 1 Selain itu, terdapat sekaki anak sungai di belakang pusat peanginan ini. Kawasannya agak lapang. Siapa yang ingin berkemah di sini boleh menghubungi pihak pengurus di talian 02-3411XXX. Selepas mendaftar masuk dan berehat, kami mandi-manda di dalam sungai. Air sungai di sini bukan sahaja cetek, malah begitu jernih. Batu-bata di dalam sungai agak licin. Menurut pekerja di sini, sungai ini mengalir dengan deras jika sekiranya selepas hujan. Pastikan anak-anak anda sentiasa berada di bawah pengawasan untuk memastikan keselamatan mereka! Cukup tenang! Itulah yang dapat dikatakan oleh saya ketika berada di sini. Dipetik dan diubah suai daripada “Tenangnya Bercuti di Gopeng”, Dewan Siswa Bil.12/2020 [8 markah] Salah Betul PT SPM BM F4 4P.indd 31 25/2/2023 10:54:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
32 Bahan 2 Jambatan Siti Nurbaya menghubung kawasan Kota Tua Padang di Berok Nipah dengan kaki Gunung Padang. Jambatan ini mengisahkan tentang cinta antara sepasang remaja, Samsulbahri dengan Siti Nurbaya yang ingin hidup bersama-sama tetapi cita-cita mereka tidak tercapai kerana Samsulbahri dipaksa pergi ke Batavia oleh keluarganya. Tidak lama kemudian, Nurbaya merelakan dirinya untuk berkahwin dengan Datuk Meringgih yang kaya untuk melansaikan hutang ayahnya. Dia kemudian dibunuh oleh Datuk Meringgih yang memberikannya lemang racun. Kisah ini berakhir dengan Samsulbahri yang merupakan anggota tentera koloni Belanda membunuh Datuk Meringgih. Dipetik dan diubah suai daripada “Kenangan Terindah di Bandar Aceh dan Padang”, oleh Abdul Halim Abdullah, Dewan Siswa Bil.1 / 2019 [6 markah] Salah Betul Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.” Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawa kepada raja. Maka baginda pun menjadi hairan. Maka titah baginda kepada Bendahara “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan ini. Siapakah juga yang sungguh ini? Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 32 25/2/2023 10:54:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
33 Peribahasa Baca ayat di bawah dengan teliti, Kemudian, senaraikan dua peribahasa sahaja yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Ayah : Zizol, jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Hazizol : Terima kasih, ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya. Ayah : Di luar negara nanti ayah berharap agar Zizol belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan negara. Hazizol : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu. Ayah : Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman sebanyak-banyaknya. 1 2 [4 markah] Praktis 2 Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata hubung. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja dan kata hubung tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Kata tabu merupakan faktor penting kepada perubahan makna dalam sesuatu bahasa. Larangan terhadap penggunaan kata tertentu menyebabkan masyarakat mencari dan mencipta istilah baharu. Secara tidak langsung, hal ini telah mewujudkan sinonim bagi kata tabu malahan memperkaya kosa kata bahasa Melayu. Penciptaan istilah baharu bagi menggantikan kata tabu menyerlahkan budi pekerti, kreativiti dan alam pemikiran masyarakat Melayu. Rozali Rajab, “Tabu dalam Bahasa Melayu”, Dewan Bahasa, Bil. 5/2019 [8 markah] Kata Kerja Kata Hubung PT SPM BM F4 4P.indd 33 25/2/2023 10:54:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
34 Sintaksis Baca petikan di bawah, kemudian tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Murid berbilang kaum telah membahagikan tugas mereka sebelum gotong-royong bermula. Kebanyakan murid aktif membersihkan kawasan surau tanpa mengira di dalam surau mahupun di sekitar kawasan surau. Keadaan ini telah menunjukkan masyarakat Malaysia mampu melakukan sesuatu bersama-sama walaupun kaum, agama dan budaya mereka berbeza. Mereka tidak menunjukkan sikap perkauman ketika melakukan aktiviti khidmat masyarakat tersebut. Mereka berasa gembira selepas semua kerja telah diselesaikan walaupun penat. [6 markah] Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Selain daripada menjadi sumber pendapatan negara, industri pelancongan berperanan kepentingan dalam membaiki dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Hal ini disebabkan sektor ini dapat wujud peluang pekerjaan dalam bidang perkhidmatan, perhotelan, perniagaan dan penghasilan kraftangan agar rakyat dapat mencari nafkah hidup dan mata carian dengan tulang empat kerat. Di atas kesedaran ini, segala sumber kekuatan Malaysia dalam industri pelancongan harus dicungkil, dikembangkan dan dimanfaatkan secara maksima. Dalam konteks ini, salah satu bidang dalam industri pelancongan ialah pelancongan kesihatan. Menurut Kamus Dewan, pelancongan kesihatan ialah untuk menarik pelancong berkunjung ke sesebuah negara atas sebab perawatan dan perubatan di samping makan angin. Oleh itu, langkahlangkah yang efektif harus diambil dalam usaha memajukan industri pelancongan negara kita. Antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah mempereratkan kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelancongan. Seperti kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, untuk membina kewibawaan dan kredibiliti Malaysia dalam industri pelancongan kesihatan. Bukan itu sahaja, kos perubatan dan perawatan tidak dapat diketepikan. Tidak dapat dinafikan kos perubatan dan perawatan yang kompitetif dengan tawaran mutu perkhidmatan setanding dengan negara maju dapat mengamit kebanjiran pelancong asing ke Malaysia. Sumber: http://www.beritakampus.usm.my/index.php/berita/rencana/ 90-kembangkan-industri-pelancongan-kesihatan [13 markah] Salah Betul PT SPM BM F4 4P.indd 34 25/2/2023 10:54:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
35 Salah Betul Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu. Maka Patih Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan anaknya yang bernama Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha atau belumkah. Maka orang Patih Gajah Mada pun pergilah kepada bininya Petala Bumi. Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [4 markah] Peribahasa Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah. 1 Berasa gembira kerana memperoleh sesuatu yang sangat disukai. ( ) 2 Memberi pertolongan dalam pelbagai bentuk kepada seseorang yang memerlukannya. ( ) [4 markah] Praktis 3 Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata kerja terbitan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif dan kata kerja terbitan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami sudah bersiap sedia dengan pakaian yang sesuai untuk aktiviti utama kami, iaitu merentasi hutan. Bak orang mengantuk disorongkan bantal, hasrat kami untuk memasuki Taman Negara, menjadi lebih mudah dengan adanya bas pelancong. Terdapat 11 laluan hutan di Taman Negara dan Tapak Warisan Dunia ini, antaranya ialah King Billy Walk, Knyvet Falls, Weindorfers Forest Walk, Ronny Creek to Dove Lake, dan Dove Lake Circuit. Sumber: Dipetik daripada Menyusuri “Pulau Inspirasi”, Buku Teks Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia [8 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 35 25/2/2023 10:54:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
36 Kata Adjektif Kata Kerja Terbitan Sintaksis Baca petikan di bawah, kemudian kenal pasti dan tulis pola bagi ayat-ayat yang bergaris sama ada FN + FN, FN + FK, FN + F4 atau FN + FS. Tuk Mat tidak pernah melukakan hatiku. Walaupun kadangkala aku ini kepala angin, Tuk Mat tidak pernah memarahiku apatah lagi memukulku. Sebaliknya, Tuk Mat banyak memberikan nasihat kepadaku. Hingga kini, kata-kata itu masih segar dalam ingatanku. Aku payah untuk melupakan kenangan bersama Tuk Mat. Memori ini telah sebati dengan jiwaku. Tanpa kusedari, air mataku berlinangan di pipi. Aku benar-benar rindu akan kasih sayang Tuk Mat. Doaku, semoga Tuk Mat damai di alamnya. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya atas roh Tuk Mat. [6 markah] Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Sebagai sebuah negara yang didiami oleh kaum yang bagai, peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan perlu dipandang dengan lebih serius. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat setengah pihak yang beranggapan bahawa kedudukan bahasa Malaysia kini sudah terjamin kerana terjadi bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan. Hakikatnya, bahasa Malaysia hanya sekadar menjadi bahasa rasmi, tetapi penggunanya sering kali dipinggirkan terutama apabila melibatkan orang kenamaan. Golongan koporat malah dalam kalangan pakar akademik juga lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Malaysia. Mereka sering menganggap bahasa Inggeris kedudukan lebih tinggi. Dalam kalangan ibu bapa hari ini, kebanyakan berpendapat bahawa untuk memahiri anakanak dengan bahasa Inggeris, bahasa ini perlu diajar sejak dari anak-anak masih kecil lagi. Hal ini memang ada kebenarannya. Namun, ibu bapa juga harus sedar bahawa jika bahasa asing ini diajar terlebih dahulu tanpa memberi penekanan kepada bahasa ibonda yang amat penting untuk proses melatih mereka berfikir, keadaan ini akan mengundangkan kepada masalah budaya bahasa. Perlu kita berusaha untuk mempertahankan bahasa Malaysia agar bahasa ini sentiasa dihayati oleh Rakyat Malaysia sendiri. Dipetik dan diubah suai daripada “Maruah Bahasa Malaysia”, Utusan Malaysia, 23 Ogos 2007 [13 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 36 25/2/2023 10:54:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
37 Salah Betul Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak-banyak itu, lembing dan tombak dan kayu. Maka diatur oleh Laksamana berkeliling istana itu. Maka dibubuhnya suatu hikmat, radak-meradak dan tetak-menetak sama sendirinya dan kayu itu palu-memalu, terlalu gemuruh bunyinya. [4 markah] Peribahasa Isi tempat kosong dengan peribahasa yang tepat. 1 Selepas pernah tertipu oleh penjual minyak wangi dalam laman sosial, Norizan lebih berhati-hati apabila membeli-belah dalam talian kerana . (“ ”) 2 “Pihak kerajaan menyeru agar pemuda yang terlibat dalam masalah merokok segera insaf akan kesilapan sendiri. Ingatlah, ,” kata Menteri Belia dan Sukan. [4 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 37 25/2/2023 10:54:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
38 Praktis 4 Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata hubung. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata nama dan kata hubung tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Kajian mendapati bahawa graduan yang beretika dan mempunyai nilai spiritual yang baik biasanya mudah ditawarkan pekerjaan. Hal ini kerana reputasi yang baik sebagai pelajar tanpa sebarang rekod salah laku akan memberikan imej positif kepada bakal majikan. Memiliki penampilan diri yang menarik juga merupakan suatu kelebihan yang dilihat dan dinilai oleh majikan sebelum seseorang itu diambil bekerja. Dengan memiliki kelebihan tersebut, seseorang graduan dapat menarik minat majikan dan memberikan kesan positif kepada kerjayanya. Seterusnya, para graduan perlu menonjolkan diri sebagai individu yang mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menghadapi tekanan kerana alam pekerjaan lazimnya memberikan pelbagai jenis tekanan. Dipetik dan diubah suai daripada “Kemahiran Sebelum Bergelar Graduan” oleh Noraziah Mohd Amin, Dewan Siswa, Jun 2015 [8 markah] Kata Nama Kata Hubung Sintaksis Baca petikan di bawah, kemudian kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut: Subjek: Predikat: Malaysia terus mengorak langkah dalam bidang penerokaan angkasa lepas apabila melaksanakan program penghantaran angkasawan pertama ke angkasa lepas melalui kerjasama dengan beberapa PT SPM BM F4 4P.indd 38 25/2/2023 10:54:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
39 buah negara lain. Pemilihan calon angkasawan pertama negara tidak menghadapi sebarang masalah kerana ramai peserta telah menawarkan diri untuk menyertainya. Calon-calonnya terdiri daripada pendidik, doktor, jurutera, saintis dan juruterbang. Kejayaan program ini memberikan impak yang besar kepada negara untuk terus maju dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Negara dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara yang sudah maju dalam bidang tersebut. Kerjasama dengan negara-negara terbabit membolehkan rakyat Malaysia mencontohi cara mereka bekerja dalam bidang tersebut. Dipetik dan diubah suai daripada “Meneroka Angkasa Lepas” oleh Haslin Ghafur, Utusan Malaysia, 26 Mei 2006 [6 markah] 1 Subjek: Predikat: 2 Subjek: Predikat: 3 Subjek: Predikat: Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Bahan 1 Sejak zaman-berzaman, generasi tua terasuh dengan budaya dan adat sopan yang menitikberatkan nilai-nilai budi di dalam setiap perbuatan dan perbualan. Mereka sentiasa meletakkan budi bahasa sebagai kelengkapan kehidupan berhemah. Budi bahasa lazimnya merujuk pada tutur kata, kelakuan dan sopan santun yang meliputi akhlak mulia. Untuk menyuburkan amalan yang mulia ini, kerajaan melancarkan kempen budi bahasa. Justeru, kesedaran sivik masyarakat umum mestilah ditingkatkan oleh semua pihak-pihak untuk melahirkan warga negara yang berhemah tinggi. [6 markah] Salah Betul PT SPM BM F4 4P.indd 39 25/2/2023 10:54:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
40 Bahan 2 [5 markah] Salah Betul Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana. Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Pada pendapat saya, antara persediaanpersediaan untuk menempuh alam pekerjaan ialah seseorang murid memerlukan kelayakan akademik yang tertinggi sekali. Tahap pelajaran yang diperlukan berbezabeza berdasarkan pekerjaan tertentu. Aiman, pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan bagi seseorang murid dengan menempuh alam pekerjaan? Betul. kelayakan akademik menjadi pra syarat bagi murid membuat persediaan awal. PT SPM BM F4 4P.indd 40 25/2/2023 10:54:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
41 Peribahasa Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan dua peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Kes salah laku murid di sekolah hendaklah disiasat oleh guru disiplin dengan teliti agar mereka tidak menjatuhkan hukuman kepada murid yang tidak bersalah. Walaupun murid yang melakukan kesalahan-kesalahan itu licik dan cuba mengelakkan diri daripada sebarang hukuman, namun guru pasti dapat membongkar kegiatan mereka pada suatu hari nanti. Murid yang menimbulkan masalah ini sepatutnya berfikir semasak-masaknya sebelum berbuat sesuatu yang tidak menyesal. [4 markah] Praktis 5 Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata ganda. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif dan kata ganda tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Pengangguran merupakan salah satu permasalahan sosioekonomi yang terus menghambat negara ini. Setiap tahun, beribu-ribu orang siswazah menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan harapan menggunung untuk mendapatkan kerjaya yang setimpal; namun, tidak semuanya bernasib baik. Pengangguran bukan sahaja terdiri daripada siswazah lepasan ijazah, tetapi siswazah ijazah kedua (sarjana, PhD), pelajar lepasan diploma daripada kolej-kolej, pelajar lepasan institusi-institusi kemahiran dan juga pelajar lepasan sekolah menengah. Sikap terlalu memilih kerjaya menyebabkan peningkatan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah. Hal ini menjadikan siswazah sanggup menunggu pekerjaan yang eksklusif dan bergaji tinggi. Keadaan ini bertambah buruk apabila siswazah mempunyai interpretasi terlalu tinggi terhadap prasarana kerja seperti kredibiliti syarikat, fleksibiliti waktu bekerja, jarak, infrastruktur dan sistem pengangkutan yang baik. Ada juga sesetengah siswazah yang tidak optimistik dalam memilih bidang kerjaya. [8 markah] Kata Adjektif Kata Ganda PT SPM BM F4 4P.indd 41 25/2/2023 10:54:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
42 Sintaksis Berdasarkan petikan di bawah, tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif. Guru membentuk murid untuk menjadi warganegara dan rakyat yang berguna kepada negara. Selain itu, guru telah banyak melahirkan warganegara yang cinta akan negara untuk membangunkan negara. Oleh itu, kita haruslah mendoakan guru pada setiap hari kerana jasa guru tidak ternilai dan harus dikenang sampai bila-bila. Dipetik dan diubah suai daripada “Hormati dan Sayangi Guru” oleh Md Ishak A.Rahman, Dewan Siswa, Mei 2018 [6 markah] Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Iklim bilik darjah yang konklusif amat penting dalam diwujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini, iklim bilik darjah amat bergantung kepada penstrukturan kelas malahan memberi perhatian pada pembangunan potensi murid secara holistik dan bersepadu dalam mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni seperti yang dituntut dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Setiap murid-murid mempunyai kelebihan yang tersendiri dan berbeza di antara satu dengan yang lain. Sehubungan dengan itu, percampuran murid cemerlang dan murid lemah dalam satu kelas yang sama tanpa diskriminasi jurang kepandaian mampu memperlihatkan pelbagai implikasi yang positif terhadap budaya pelajaran murid berdasarkan kelebihan yang mereka miliki. Percampuran murid dalam satu kelas tanpa mengambil kira keupayaan akademik mampu meningkatkan motivasi pembelajaran di kalangan murid. Melalui usaha ini juga sebarang peningkatan dalam pencapaian pendidikan secara langsung dapat meningkatkan imej dan harga diri murid yang buruk. Sistem kelas campur lebih adil dalam membentuk iklim bilik darjah yang positif. Murid lemah tidak lagi berhadapan dengan label negatif akibat pencapaian mereka yang rendah dalam peperiksaan. Pelaksanaan kelas campur juga menyediakan ruang pergaulan yang baik antara murid cemerlang dan murid lemah di dalam bilik darjah. Pada masa yang sama, murid yang lemah dapat membangunkan sikap yang positif terhadap ilmu dan memberi perhatian yang lebih serius kepada kerja sekolah. Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan semua inspirasi yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, peranan dan tanggungjawab guru ialah penting. Guru perlu menterjemahkan sessi pengajaran dan pembelajaran menjadi aktiviti yang berkualiti yang mampu menarik minat serta penglibatan yang tinggi dalam kalangan murid. Dipetik dan diubah suai daripada “Kelas Campur Rangsang Persekitaran Pembelajaran Positif” oleh Dr. Suresh Kumar N Vellymalay, Majalah Pendidik, Mei 2018 [13 markah] Salah Betul PT SPM BM F4 4P.indd 42 25/2/2023 10:54:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
43 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar. Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Peribahasa Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. Ibu: Suzi, jagalah diri baik-baik ketika kamu berada di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Suzi: Terima kasih, ibu. Saya akan sematkan nasihat ibu itu dalam hati saya. Ibu: Di luar negara nanti ibu berharap Suzi belajar rajin-rajin sehingga berjaya mendapat segulung ijazah, bak kata peribahasa alang-alang berdakwat, biarlah hitam. Suzi: Saya tidak lupa akan nasihat ibu itu. Ibu: Satu lagi, jangan lupa pulang ke kampung halaman bagai ikan pulang ke lubuk setelah tamat pengajian di luar sana. [4 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 43 25/2/2023 10:54:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
44 Praktis 6 Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata sendi nama dan dua kata kerja. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada kata sendi nama dan kata kerja tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Pada masa ini, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang berusaha untuk memperkasakan pendidikan di negara kita kerana pendidikanlah yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Menerusi pendidikan juga kita akan dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan kental jati diri. Walau bagaimanapun, hasrat murni kementerian ini menghadapi beberapa kekangan, antaranya termasuklah masalah disiplin murid di sekolah-sekolah. Kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin bagi mengatasi masalah ini. [8 markah] Kata Sendi Nama Kata Kerja Sintaksis Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan songsang yang bergaris kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya. Memerlukan makanan untuk hidup setiap manusia. Pemakanan seimbang bermaksud makanan yang mengandungi kumpulan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Penting untuk memastikan seseorang itu mencapai taraf kesihatan yang baik pengambilan makanan seimbang. Perlu banyak mengambil makanan yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran kerana mengandungi sumber vitamin, mineral dan serat orang ramai. Amalan pemakanan seimbang dalam kalangan masyarakat perlu menjadi agenda utama negara untuk melahirkan rakyat yang cergas. Dipetik dan diubah suai daripada “Pengambilan Makanan Seimbang” oleh Siti Balkis Budin, Dewan Masyarakat, Mei 2007 [6 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 44 25/2/2023 10:54:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
45 Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Bahan 1 Pelancaran Program Bulan Bahasa 2019 telah dilaksanakan di 10 April 2019 yang lalu di Dewan Perdana SMK Bintulu. Cikgu Norilla Yussof selaku GKMP Bahasa telah memberi ucapan pembukaan dan diikuti oleh Cikgu Siti Zaiton selaku Pengetua SMK Bintulu. Tema untuk Bulan Bahasa pada tahun ini adalah “Indahnya Bahasa”. Bulan bahasa ini bertujuan untuk menggalakan murid menggunakan bahasa dengan betul, sopan dan berhemah di kalangan warga SMK Bintulu. Oleh itu, diharapkan dengan murid dapat mengambil peluang ini bagi memperkukuhkan kosa kata dan meningkatkan ilmu yang telah dipelajari di samping menjunjung bahasa kebangsaan. [6 markah] Salah Betul Bahan 2 Saiful: Tahukah kamu aktiviti pembalakan haram semakin menjadi-jadi di negara kita? Zaidi: Ya. Sekiranya masalah serius ini tidak ditangani, maka masalah ini akan mendatangi pelbagai kesan negatif terhadap alam sekitar. Apakah kesan buruk aktiviti pembalakan terhadap alam sekitar? Saiful: Aktiviti pembalakan haram akan memusnahkan habitat flora dan fauna. Zaidi: Bukan itu sahaja, pembalakan haram turut mengakibatkan peningkatan suhu bumi. Saiful: Ya? Mengapakah pembalakan haram dikatakan boleh mengakibatkan peningkatan suhu bumi? Zaidi: Hal ini kerana aktiviti pembalakan haram akan meningkatkan kandungan gas karbon dioksida di dalam udara. Gas ini mampu memerangkap haba di atmosfera dari dipantulkan semula. Fenomena inilah yang menyebabkan peningkatan suhu persekitaran. Saiful: Oh! Begitu. Pihak berkuasa sewajarnya menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas agar pembalakan haram dapat diatasi dengan efektif. [5 markah] Salah Betul PT SPM BM F4 4P.indd 45 25/2/2023 10:54:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
46 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?” Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis, seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu, bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.” Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Peribahasa Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa dalam petikan, kemudian berikan Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. Sekolah merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan pendidikan kepada murid untuk melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru haruslah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid. Sebagai contoh, murid akan senang bekerjasama dengan guru bagai aur dengan tebing dalam mematuhi peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. Hasilnya, guru dapat mengurus dan mengawal murid dengan lebih efektif. Selain itu, mereka juga hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi masa depan kerana usaha tangga kejayaan. Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana muafakat membawa berkat. [4 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 46 25/2/2023 10:54:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
47 Petikan Umum Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Sememangnya sudah ada pelan komprehensif untuk melahirkan masyarakat yang faham tentang teknologi hijau demi kelangsungan dan kemandirian manusia. Kerajaan telah mewujudkan sistem pengangkutan baharu seperti sistem transit massa (MRT). Perancangan untuk mewujudkan MRT berasaskan elektrik dapat mengurangkan jejak karbon bagi setiap penduduk terutamanya di bandar besar. Selain itu, terdapat seruan kepada rakyat agar berbasikal atau berjalan kaki untuk jarak dekat manakala ada sesetengah pihak membuat syor agar mengurangkan atau menghapuskan terus penggunaan kenderaan bermotor. Semua usaha dan cadangan ini dilakukan untuk membawa masyarakat keluar daripada pergantungan yang keterlaluan terhadap sumber tenaga daripada petroleum dan mengurangkan kesan pencemaran karbon dioksida terutamanya daripada asap kenderaan. Hal ini dikatakan demikian kerana kajian mendapati bahawa ekzos kereta di seluruh dunia mengeluarkan kira-kira 300 juta tan gas beracun pada setiap tahun seperti karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, sulfur dioksida, dan partikel padu. Dipetik dan diubah suai daripada “Teknologi Hijau Melestarikan Alam” oleh Syahril Izwan Abdul Yamin, Dewan Kosmik, Januari 2016 Bahan 2 Kita baru sahaja meraikan sambutan Hari Alam Sekitar, iaitu pada tanggal 5 Jun yang lalu. Setiap tahun pada tarikh tersebut, seluruh dunia meraikan Hari Alam Sekitar yang bermatlamat untuk mempertingkatkan tahap kesedaran masyarakat dunia terhadap isu alam sekitar serta mempertingkatkan tindakan dan pelibatan mereka terhadap sebarang perubahan yang berlaku kepada alam sekitar. Walaupun disambut dengan tema yang berbeza pada setiap tahun, namun tujuannya hanyalah untuk melestarikan alam sekitar daripada terjejas atau musnah akibat perlakuan manusia yang tidak berharmoni dalam tindak-tanduk seharian mereka. Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini bertemakan kepelbagaian biologi, iaitu “Time for Nature”. Bersempena sambutan tersebut, di seluruh dunia lazimnya, pelbagai program dan aktiviti yang berkaitan dengan usaha menyayangi, melindungi, memelihara dan memulihara alam sekitar diadakan seperti acara penanaman pokok, kem kesedaran alam sekitar, larian bertemakan alam sekitar, pertandingan berpidato dan mewarna serta pelbagai pameran dan kempen yang kesemuanya memberi penekanan terhadap keperluan melestarikan alam sekitar. Sumber: Internet Bahagian B (35 Markah) Kertas 2 Pemahaman TOPIK 4 Praktis 1 PT SPM BM F4 4P.indd 47 25/2/2023 10:54:32 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
48 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud pelan komprehensif. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan langkah-langkah melestarikan alam sekitar. [3 markah] (iii) Umum mengetahui bahawa pencemaran alam sekitar akan mendatangkan pelbagai kesan buruk terhadap kehidupan manusia. Banyak masalah yang telah timbul akibat daripada pencemaran alam sekitar. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan negatif pencemaran alam sekitar? KBAT [3 markah] (iv) Pada suatu hari, anda ternampak anak anda membuang sampah di merata-rata tempat ketika menyertai aktiviti di sekolah. Bagaimanakah anda mengatasi masalah tersebut? KBAT [4 markah] Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 “Gunakan tatabahasa yang betul. Jangan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa ibunda dalam ayat. Guna bahasa Melayu standard. Pergi ke perpustakaan.” Peringatan dan teguran Cikgu Tania berhasil menyedarkan dirinya bahawa dia sememangnya melakukan kesilapan besar dalam penulisan bahasa Melayu. Tidak perlu dia menegakkan benang yang telah basah. Tidak kenal maka tak cinta. Sejak itu, Bonny menjadi pengunjung tetap lubuk ilmu di sekolahnya. Saban hari, dia pasti akan membaca dan meminjam buku rujukan bahasa Melayu, novel, kumpulan cerpen dan surat khabar untuk menggali harta karun yang tersembunyi di dalamnya kerana orang tua pernah berpesan, “bahasa Melayu mesti kita pertahankan kerana ia melambangkan jati diri kita. Ia juga merupakan khazanah warisan bangsa yang dimiliki bersama oleh seluruh warganegara.”. “Oh, tidak! Menulis sudah menjadi darah daging Bonny,” tepisnya dengan penuh keyakinan. Berkat daripada teguran gurunya, Bonny akhirnya berjaya menguasai Bahasa Melayu dengan baik, malahan memperoleh gred A dalam SPM. Tidak berhenti di situ, dia turut memberanikan diri dengan menulis karya kreatif yang kemudiannya tersiar di dada akhbar nasional. Dipetik dan diubah suai daripada cerpen “Kepulangan”, Clayton Robert, Pelita Bahasa, Bil. 9 2019 PT SPM BM F4 4P.indd 48 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.