The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-04-06 01:32:15

Praktis Topikal Bahasa Melayu T4

Price
WM: 7.50 EM: 8.50

49 Bahan 2 Gurindam Bahasa Andai bahasa terus disanjung, Budaya bangsa kekal dijunjung. Andai bahasa martabatnya dijulang, Tamadun bangsa pasti gemilang. Andai bahasa tinggi di persada, Santun bangsa pekerti senada. Andai bahasa maruahnya dipelihara, Keutuhan bangsa kukuh bernegara. Andai bahasa maknanya berestetika, Sastera bangsa watannya merdeka. Andai bahasa menyatukan kata, Ukhuwah bangsa harmoni sekata. Andai bahasa ilmunya di mercu, Maju bangsa pertiwi dipacu. Andai bahasa uranya antarabangsa, Tersohor bangsa terbilang nusa. Bahasa Melayu berjiwa bangsa, Warisan ibunda lambang wangsa. Sumber: Ridzuan Kamis, Pelita Bahasa Bil.9/2019 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud tamadun bangsa. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kepentingan penguasaan bahasa Melayu. [4 markah] (iii) Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan semakin terpinggir pada masa ini. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah memartabatkan bahasa Melayu? KBAT [3 markah] (iv) Rakan anda menyatakan pandangan bahawa bahasa Inggeris harus diutamakan berbanding dengan bahasa Melayu kerana penggunaan bahasa asing lebih diperlukan dalam dunia pekerjaan swasta. Sebagai seorang guru mata pelajaran Bahasa Melayu, apakah nasihat yang akan diberikan kepada rakan anda supaya rakan anda menyedari kepentingan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita? KBAT [4 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 49 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


50 Novel (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Boleh ayah buatkan kami senapang kayu?” Adnan berterus terang. “Bukankah ayah dah buatkan kamu keris dan pedang kayu?” “Orang Putih berperang gunakan senapang. Orang Melayu juga mesti gunakan senapang,” jawab Adnan. “Keris lambang kekuatan dan keberanian pahlawan Melayu. Pahlawan Melayu Melaka menentang Inggeris bersenjatakan keris. Malah Mat Kilau, Datuk Bahaman, dan Datuk Siamang Gagap juga bersenjatakan keris semasa bertempur dengan askar Inggeris,” kata Pak Saidi. “Kami nak keris dan senapang!” kata Adnan pula. “sekiranya musuh jauh, kami tembak dengan senapang. Jika dekat kami tikam dengan keris.” Pak Saidi tertawa lalu berkata, “Baiklah, esok ayah buatkan senapang kayu untuk kamu bertiga. Tetapi dengan satu syarat. Petang ni kamu mesti menolong ayah bersihkan dusun durian kita.” “Buah durian dah gugur?” seronoknya dapat makan durian!” Ahmad pula menyampuk. “Tak lama lagi gugurlah buah durian kita tu. Sebab itu, kita mesti tebas semak dan anak-anak kayu supaya senang kita mengutip buah durian yang gugur,” kata Pak Saidi. “Saya sanggup tolong ayah membersihkan dusun durian kita,” kata Adnan. Dipetik daripada novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan perkara-perkara yang diceritakan oleh Pak Saidi kepada Adnan tentang zaman penentangan Inggeris oleh pahlawan Melayu. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. [6 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 50 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


51 Praktis 2 Petikan Umum Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2011 banyak mendatangkan faedah kepada murid. Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong falsafah Pendidikan kebangsaan yang juga selaras dengan Dasar Sukan Negara, iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Sukan yang ditawarkan di bawah 1Murid 1Sukan hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Dasar ini bertujuan untuk mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah di Malaysia, dan dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat. Dipetik dan diubah suai daripada“Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan” oleh Haji Samat Bin Buang, Fokus SPM, Februari 2011 Bahan 2 Kokurikulum boleh ditakrifkan sebagai satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang. Di Malaysia, kokurikulum merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan permainan, persatuan dan kelab serta penyertaan dalam pasukan pakaian seragam. Semua murid wajib menyertai aktiviti kokurikulum berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Aktiviti badan beruniform menekankan aspek pembentukan disiplin diri murid. Pelajar dilatih dengan soal ketepatan masa, mematuhi pemimpin, sentiasa bersedia dan cergas, serta sentiasa bersemangat juang yang tinggi. Selain itu, murid juga diuji dengan daya ketahanan fizikal dan mental melalui aktiviti seperti berkawad dan merentas halangan. Dipetik dan diubah suai daripada “Pembentukan Sahsiah Diri Melalui Aktiviti Kokurikulum” oleh Abd Ghani bin Abu, Dewan Siswa, Julai 2007 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud merentas halangan. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan antara Dasar 1Murid 1Sukan dengan aktiviti kokurikulum. [4 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 51 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


52 (iii) Dasar 1Murid 1Sukan dan aktiviti kokurikulum menjadi agenda yang sangat penting dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara. Namun begitu, aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan dingin dalam kalangan murid. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid tidak melibatkan diri dalam aktiviti ini? KBAT [3 markah] (iv) Dasar 1Murid 1Sukan dan aktiviti kokurikulum telah dianggap sebagai aktiviti yang penting tetapi pembabitan murid agak mengecewakan. Berikan cadangan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan murid menyertai akiviti-aktiviti tersebut. KBAT [4 markah] Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Tanah sawah seekar pusaka ibunya hanya cukup untuk berbelanja beberapa bulan dalam setahun. Bulan-bulan selebihnya terpaksalah ibunya sendiri berusaha mengambil upah menanam dan memotong padi. Kini ibunya sakit pula. Penanggungan penderitaan itu amat dirasainya sebagai seorang abang yang baru berusia sepuluh tahun, belajar dalam darjah lima, di sekolah kebangsaan di kampungnya. Dan kerana itu dia tidak akan meminta apa-apa daripada ibunya untuk memberikan hadiah kepada gurunya sempena Hari Guru pada tahun itu. Ketika dia berjalan ke rumah Pak Mustaffa petang itu, tergambar di fikirannya rakanrakannya menyerahkan bungkusan hadiah masing-masing kepada Cikgu Fatimah. Ketika itu dia hanya merenungi bungkusan-bungkusan yang cantik, dibungkus dengan kertas berbunga, tentu mahal pula harganya; dengan hati yang penuh terharu. “Oh! Apakah yang dapat aku hadiahkan pada Cikgu Fatimah? Dia sangat baik padaku. Dia banyak menolongku. Aku mesti hadiahkan sesuatu padanya.” Demikian azam Ramli sambil melangkah satu-satu menuju ke rumah Pak Mustaffa. Dia pulang ke rumahnya petang itu dengan perasaan tenteram. Pak Mustaffa senang sekali memberikan beras yang dipohon oleh ibunya. Betapa penduduk di situ amat bersimpati terhadap hidup mereka. Dipetik daripada cerpen “Hadiah Hari Guru”, karya Rejab F.1 dalam antologi Sehijau Warna Daun, Dewan Bahasa dan Pustaka PT SPM BM F4 4P.indd 52 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


53 Bahan 2 Cikgu Zaleha dikerumuni banyak peminat cilik. Azizah di belakang sekali. Secara tradisi, muridmurid yang membawa hadiah akan dipersilakan untuk menghulurkan hadiah masing-masing ke tangan guru mereka di hadapan tapak perhimpunan. Azizah menahan cungap. Resah menanti giliran menyuakan hadiah ciptaannya. “Cikgu ... ini saja yang mampu saya berikan. Jangan buka sekarang, cikgu. Buka di rumah.” Azizah merayu kepada Cikgu Zaleha. Jemari nakal Cikgu Zaleha mencubit bucu kertas surat khabar pembalut hadiah daripada Azizah. “Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?” Wajah Cikgu Zaleha yang begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah lama-lama. Ingin meneka apaapa yang tersirat di sebalik perkataan “besar” itu. “Saya tak mampu, cikgu. Saya belajar buat hadiah ini pun kerana saya tak mampu membeli dengan wang, cikgu. Gaji bapa kecil sahaja. Emak tak ada gaji tetap.” Lurus luahan rasa Azizah. Cikgu Zaleha memaut bahu kanan Azizah. Dipetik daripada cerpen “Hadiah”, antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud begitu tulus. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan masalah yang dihadapi oleh Ramli dan Azizah. [4 markah] (iii) Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda memperingati dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara kita menghargai jasa guru? KBAT [3 markah] (iv) Setiap sekolah pasti mempunyai murid yang berlatarbelakangkan keluarga miskin yang memerlukan pelbagai bantuan bagi memenuhi keperluan pendidikan dan persekolahan. Berdasarkan pernyataan di atas, cadangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membantu golongan tersebut. KBAT [4 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 53 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


54 Novel (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Apabila Isha beritahu abang tentang ibu kandung Isha datang semalam, itu maksudnya dia sudah berjaya menjejak Isha.” “Bukankah itu sepatutnya yang baik?” “Tidak Isha. Ada sesuatu tentang dia yang Isha perlu tahu.” “Apa dia?” “Sudah 26 tahun kami melindungi Isha daripadanya.” Azraai terdiam sebentar untuk menarik nafas panjang. “Dia pernah cuba membunuh Isha semasa bayi.” “Apa?” Farisha tidak dapat membendung rasa terkejut dan kesalnya. “Dia mahu Isha mati kerana Isha anak luar nikah?” “Tidak Isha, bukan sebab itu.” “Habis?” “Kerana dia taasub dengan sains. Dia mahu korbankan Isha demi sains.” Farisha tidak dapat menerima kata-kata yang terlontar dari mulut Azraai tetapi hati wanitanya tetap tersentuh. Mungkinkah seorang ibu mahu membunuh darah dagingnya sendiri demi sains? Tidak masuk akal. Dipetik daripada novel Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor, Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan perwatakan ibu kandung Farisha. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar tempat yang melibatkan watak utama dalam novel tersebut. [6 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 54 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


55 Praktis 3 Petikan Umum Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) kini menjadi fenomena baharu seiring dengan zaman teknologi yang semakin canggih walaupun fenomena ini sebenarnya sudah lama dalam dunia pendidikan kita. Yang pasti, golongan yang perlu bertindak ialah guru, iaitu pendidik abad ke21. Guru perlu membuat pengubahsuaian kaedah pengajaran mereka dengan mengambil kira demografi murid sama ada di bandar, di pinggir bandar, di luar bandar ataupun di pedalaman. Malahan, guru juga harus kreatif dan inovatif untuk mengajar murid dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan persekitaran. Seterusnya, guru juga patut sentiasa berfikir di luar kotak serta merentas pemikiran dan dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan tidak menggunakan buku teks dan lembaran kerja semata-mata seperti guru pada masa dahulu. Selain itu, guru perlu menguasai elemen merentas kurikulum, iaitu unsur yang diterapkan dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) untuk mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modul insan agar dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Antara kepentingan KBAT kepada murid ialah dapat mengembangkan potensi murid dan melahirkan murid yang berkemampuan menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Bukan itu sahaja, KBAT juga penting agar murid mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap persekitaran. Oleh itu, amat mustahak bagi guru berfikiran kreatif dan kritis semasa menangani pelbagai tahap cabaran dalam karier mereka seperti mempersiapkan diri dengan pelbagai idea agar mereka dapat menarik minat murid untuk mengikuti kelas pembelajaran. Dipetik dan diubah suai daripada “KBAT: Masyarakat Perlu Terbuka” oleh Safina Ramli, Utusan Malaysia, 23 Ogos 2017 Bahan 2 Transformasi pendidikan yang berkonsepkan KBAT berupaya untuk melahirkan murid-murid yang mampu membuat penaakulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh hal yang demikian, guru merupakan golongan yang perlu bertindak untuk merealisasikan KBAT dalam sistem pendidikan. Pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang menerapkan unsur KBAT amat penting di dalam bilik darjah. Guru-guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran, iaitu tidak terhad kepada buku teks dan lembaran kerja sahaja. Hal ini dapat dilakukan apabila guru menggunakan peta pemikiran atau i-Think semasa sesi pengajaran. Pengajaran guru menjadi lebih menyeronokkan dan mudah difahami. Melalui pengaplikasian KBAT ini, murid bebas untuk menjelaskan sebab dan akibat mengikut pandangan mereka sendiri. Pendekatan KBAT juga meliputi kaedah kerja lapangan di luar bilik darjah. Kaedah ini melibatkan murid-murid bekerjasama dalam kumpulan untuk mencari dan mengumpulkan data mentah secara saintifik, iaitu melalui teknik temu bual, soal selidik atau pemerhatian. Sesungguhnya, penerapan unsur KBAT dalam PdPc merupakan usaha untuk memperkasakan pendidikan negara ke arah menjanakan pemikiran global dan kemenjadian murid. Dipetik dan diubah suai daripada “KBAT Pendidikan Abad ke-21” oleh Nur Hidayah Ismail, Pelita Bahasa, Mac 2015 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud merentas pemikiran. [2 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 55 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


56 (ii) Nyatakan persamaan kepentingan KBAT kepada murid dalam kedua-dua bahan. (4 markah) (iii) i-THINK merupakan satu bentuk peta pemikiran yang boleh membantu menguruskan idea dan mengurangkan kekusutan di minda kita. Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan i-THINK kepada kita? KBAT [3 markah] (iv) Antara usaha guru mengajarkan KBAT dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ialah guru boleh memanfaatkan penggunaan komputer dan aplikasi yang berkaitan sebagai satu daripada kaedah yang sesuai dan menarik untuk meningkatkan KBAT dalam kalangan murid. Cadangkan cara-cara guru memanfaatkan aplikasi dalam komputer untuk meningkatkan KBAT dalam kalangan murid. KBAT [4 markah] Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 AKU MEMBACA LAGI Aku mendongak langit membaca garis dan titik menaakuli kebesaran-Mu di bawahnya gumpalan mega hembusan bayu dan banjaran gunung. Kuselusuri alam kicauan burung desiran ombak dan wajah pelangi mewarnai kehidupan umat-Mu. ku mendongak lagi membaca langit di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh dahan dan ranting terkulai daun-daun berguguran helai demi helai di lantai tanah airku yang makmur. Aku membaca langit Kutemui bulan dan bintang menangis meratapi luka nasib bangsa. Aku mendongak lagi menitis air mata langit membasahi bahasa Melayuku yang berdarah. Razali Mohd Yusof, Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia PT SPM BM F4 4P.indd 56 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


57 Bahan 2 Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini. Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud sikap dan gelagat. [2 markah] (ii) Nyatakan masalah-masalah buruk yang terdapat dalam kesemua bahan di atas. [4 markah] (iii) Dalam era teknologi yang kian rancak dengan pembangunan dan modenisasi ini, penggunaan bahasa Melayu yang betul hanya dipandang enteng oleh masyarakat. Bahasa Melayu yang dahulunya menjadi lingua franca kini kian hilang. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat? KBAT [3 markah] (iv) Andai kata anda seorang guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Anda mendapati ramai anak murid anda suka menggunakan bahasa rojak dalam pertuturan seharian. Sebagai seorang guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu untuk mengatasi masalah ini? KBAT [4 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 57 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


58 Novel (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Apa tu Shida?” tanya Farisha. Shida cuma berdiam diri untuk beberapa saat sehingga satu lagi garis cahaya kelihatan. Bunyi klik kedengaran. “Retinal scanner, abang kau datang pasang pagi tadi,” jawab Shida sambil membuka jerigi dan pintu kayu jati. Raket skuasy dikutip dari lantai dan mereka berdua masuk ke dalam apartmen beriringan. “Aku tak fahamlah abang aku ni. Kenapa nak pasang retinal scanner pula? Dahlah dia sambungkan intercom rumah ni dengan telefon rumah dia.” Farisha berasa rimas dengan tindakan abang sulungnya. “Kalau kau tak angkat telefon tadi, mesti dia yang angkat.” Farisha menunjukkan ke arah telefon bimbit Shida yang baru diletakkan di atas meja kopi. “Azraai tu abang kau. Dia sayang akan kau. Tentulah dia buat semua ni demi keselamatan kau.” Shida berada di pintu Azraai nampaknya. Dipetik daripada novel Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor, Kementerian Pendidikan Malaysia Berdasarkan petikan novel, apakah yang telah dilakukan oleh Azraai apabila Shida tiada di rumah? [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tema dalam novel tersebut. [6 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 58 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


59 Praktis 4 Petikan Umum Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, strategi pendidikan kewangan dan pembelajaran harus disesuaikan dengan keadaan pengguna, tahap pendidikan dan budaya serta menjadi responsif kepada keperluan mereka, sekali gus meningkatkan prospek dan kesejahteraan ekonomi masing-masing. Perubahan demografi seperti peningkatan trend pembandaran dijangka menjadi ketara pada masa akan datang dan strategi pendidikan kewangan memerlukan pendekatan sedia ada dikaji semula untuk mewujudkan pendidikan yang mampu memberi impak optimum. Pendidikan kewangan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemampuan kewangan isi rumah dengan peningkatan pendidikan dan tahap pendapatan tinggi akan meningkatkan peluang untuk mendapatkan akses produk dan perkhidmatan kewangan terbaik bagi menangani cabaran pengurusan kewangan. Sumber: Harian Metro, 4 November 2014 Bahan 2 Peningkatan kos sara hidup ini secara umumnya boleh memberi kesan dan cabaran isi rumah dalam tiga aspek yang utama, iaitu kesan psikologi, ekonomi dan sosial. Kesan psikologi merujuk tekanan emosi atau perasaan. Namun paling besar cabaran pendapatan yang diperoleh terpaksa dibelanjakan bagi memenuhi keperluan perbelanjaan semasa yang semakin meningkat dan menyebabkan keadaan ketidakcukupan pendapatan (income inadequacy). Ketidakmampuan menjelaskan hutang menyebabkan mereka berasa tertekan dan mengundang kepada simptom tekanan berkaitan hutang (symptoms debtrelated stress), seperti sukar untuk tidur, hilang selera makan, kurang berat badan, sakit kepala, serangan perasaan bimbang, mudah marah dan mula menjauhkan diri daripada keluarga dan rakan. Hal ini bersangkut paut dengan pendidikan kewangan dalam menguruskannya. Sumber: https://www.bnm.gov.my/ (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud akses produk? [2 markah] (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut. [3 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 59 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


60 (iii) Pendidikan kewangan perlu diajar sejak kecik agar sentiasa bersedia pada masa hadapan. Pada pendapat anda, apakah cara terbaik mendidik anak-anak kecil dalam menguruskan kewangan? KBAT [3 markah] (iv) Anda telah dilantik sebagai pegawai pemasaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk mempromosikan kepada warga sekolah. Jelaskan cara anda untuk menarik minat warga sekolah untuk melabur dalam SSPN. KBAT [4 markah] Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 TELEFON PINTAR Wujudmu mengelamunkan angan-angan sedia Menyembahkan igauan setiap insan tanpa mengira usia Membantutkan permainan tradisional lama Terleka terpaku dalam dambaan dunia maya Menerokai dunia tanpa sempadan di hujung para Walau apapun panggilan namamu telefon setia Benar-benar membuat manusia alpa Lantas keasyikan menelusuri alam maya Telefon pintar tidak lekang di tangan, Di tempat awam, di bilik, di hospital, di taman, di kedai makan Malahan di mana-mana jua radar dikesan Kini kecanggihan pintar menerokai duniawi Terbuai sudah manusia dek lambakan teknologi Terowong waktu bakal merencana segala segi Generasi abad ke dua puluh satu pasti merubah lagi. Sumber: https://www.pendidik.com.my/ PT SPM BM F4 4P.indd 60 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


61 Bahan 2 Telefon pintar wujud hasil perkembangan industri telekomunikasi yang bergerak pantas. Di Malaysia, bilangan murid yang menggunakan telefon pintar semakin meningkat, iaitu kirakira 20 peratus daripada keseluruhan pengguna. Ramai murid berhasrat untuk memiliki telefon pintar kerana mereka terpengaruh dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka juga turut dipengaruhi oleh rakan sebaya terutamanya yang telah memiliki telefon pintar. Keinginan untuk memiliki telefon pintar boleh menyebabkan berlakunya kes salah laku seperti kecurian dan pergaduhan. Dipetik dan diubah suai daripada “Larangan Telefon Pintar untuk Pelajar Sekolah” oleh Sa’adiah Shuib, Dewan Masyarakat, April 2015 Bahan 3 Pura Cendana nama negeri, Pokok di situ patah ranting; Telefon pintar selalu dicari, Memang satu isu penting. Ingat pesan dan amaran, Agar selesa hidup di kota; Hidup insan perlukan hiburan, Telefon pintar ceriakan kita. Menjemur bedak bercampur wangian, Orang hulu menumbuk emping; Remaja tidak suka sendirian, Kawan maya sentiasa di samping. Puncak Mahligai tempat beradu, Kemudian keluar ke pangsapuri; Skrin pintar tempat mengadu, Masalah lain pula yang dicari. Sumber: Internet (i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud rangkap kedua. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kebaikan dan keburukan telefon bimbit. [4 markah] (iii) Ketagihan telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak semakin membimbangkan. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut? KBAT [3 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 61 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


62 (iv) Adik anda telah terpilih memasuki asrama penuh. Dalam peraturan baharu asrama, murid boleh membawa telefon bimbit tetapi boleh digunakan pada hari minggu sahaja. Setujukah anda dengan peraturan baharu itu? Nyatakan alasan anda. KBAT [4 markah] Novel (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Mata Rosman berkelip-kelip tetapi lidahnya kelu untuk bersuara. “Jadi, bagaimana pula dengan skop kerja?” Tanya Farisha sekali lagi. Tiba-tiba perasaan bimbang bersarang di hatinya. Jumlah RM1.5 juta bukannya sedikit, pasti tugasannya mencabar dan berisiko tinggi. Entah mengapa keyakinannya terhadap diri sendiri menjadi sedikit goyah? “Khidmat yang kami perlukan adalah untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab yang merupakan infrastruktur kepada sistem pengkomputeran awam,” terang Dr. Maxi. Farisha menahan nafas. Hanya tiga kelompok sahaja untuk RM1.5 juta? “Berapa jumlah pelayan fizikal yang terlibat?” tanya Rosman yang sudah berjaya menstabilkan? Dipetik daripada novel Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor, Kementerian Pendidikan Malaysia Apakah skop kerja yang perlu Farisha lakukan? [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (b) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (c) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin (d) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang boleh membawa keinsafan kepada pembaca. [6 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 62 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


63 Praktis 5 Petikan Umum Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Malaysia sangat dikenali sebagai sebuah destinasi pelancongan yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Industri kraf tangan merupakan satu faktor penarik terhadap situasi ini. Kraf tangan buatan Malaysia yang eksotik dan menarik menyebabkan banyak pelancong asing tertarik. Menyedari hal ini, banyak pihak telah menjalankan pelbagai usaha bagi memastikan industri ini terus berkembang. Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan termasuklah mengadakan kempen dan promosi di dalam dan luar negara. Kempen ini dijalankan menerusi media massa dan media cetak. Kerajaan perlu menganjurkan kempen di dalam dan luar negara setiap tahun untuk menghebahkan tentang kraf tangan buatan Malaysia di mata dunia. Selain itu, kerajaan juga ada mewujudkan pusat pengumpulan barangan kraf bagi memudahkan urusan pemasaran. Pusat pengumpulan ini telah membuka ruang pekerjaan bagi penduduk tempatan. Antara pusat pengumpulan barangan kraf di Malaysia termasuklah Pusat Karyaneka, Pusat Kraf Tangan Malaysia dan Pasar Seni. Dipetik dan diubah suai daripada “Industri Kraf Tangan di Malaysia”, Dewan Siswa, Oktober 2017 Bahan 2 Mentaliti masyarakat Malaysia kini lebih mendewa-dewakan produk kraf tangan moden dan berjenama antarabangsa, dilihat ancaman terbesar bagi industri kraf tangan tempatan. Kerajaan seakan-akan terlepas pandang akan potensi industri ini. Seharusnya, pihak kerajaan tidak boleh bersikap lepas tangan kerana industri kraf tangan ini boleh memajukan ekonomi masyarakat dan negara amnya. Pihak kerajaan boleh memberi peluang kepada pengusaha industri kraf tangan untuk mengkomersialkan hasil keluaran mereka. Pihak kerajaan juga boleh memberi pinjaman kewangan kepada mereka yang mengusahakan industri kraf tangan. Industri kraf tangan membuka banyak peluang pekerjaan apabila permintaan hasil kraf tangan meningkat seperti batik memerlukan pengeluaran yang banyak. Dengan itu, pihak kerajaan dapat membantu meningkatkan industri kraf tangan untuk terus berkembang maju. Sumber: Internet (i) Berdasarkan Bahan 2, nyatakan maksud mentaliti masyarakat. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia. [3 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 63 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


64 (iii) Sektor industri kraf tangan bukan sahaja memberi sumbangan yang penting kepada ekonomi negara, malah memberi faedah yang penting kepada sebilangan masyarakat sehingga hari ini. Pada pendapat anda, apakah manfaat industri kraf tangan kepada masyarakat? [3 markah] (iv) Budaya penggunaan kraf tangan di Malaysia pada hari ini semakin berkurangan. Apakah sebab berlakunya perkara sedemikian? [4 markah] Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Pantun Nasihat Menghormati Orang Tua Walau hitam arang kelapa, Jika dibakar api membara. Hormati olehmu ibu dan bapa, Reda Allah pada redanya. Waktu kecil menonton kartun, Punya mainan suka rebutan. Kepada mereka mestilah santun, Berbicara sopan penuh kelembutan. Padi digiling menjadi beras, Kalau dicium wangi harumnya. Jangan suka berbicara keras, Nanti sakit hati ibunda. Sumber: Internet Bahan 2 “Bukan kasut saja yang kita perlu. Banyak lagi. Kita mahukan perhatian, pendidikan, keselamatan dan bahkan kasih sayang. Semua itu kita dapat daripada ibu dan bapa kita tanpa perlu kita bayar pun. Syukurnya ... mereka berikan dengan ikhlas kepada kita. Apa yang kita boleh buat untuk mereka? Sekurang-kurangnya kita selalu mendoakan ayah ibu kita setiap kali solat,” sambung Hanif lagi. Kali ini, Khairil benar-benar terpaku dan terdiam. Keinsafan menyelinap dan membekas dalam sanubarinya. Kata-kata Ustaz Hanif bagai halilintar menyentak hatinya yang ego itu. “Mulai saat ini, jadilah penyejuk hati ayah ibu. Sentiasalah mendengar nasihat mereka. Tunjukkan bahawa kita, tulang belakang yang menyokong mereka ketika senang dan susah. Marilah kita bermula saat ini menjadi penyejuk hati ayah semasa senang dan susah. Mari kita berazam, ya Khairil,” Hanif menggenggam jari-jari Khairil. Dipetik dan diubah suai daripada cerpen “Tahifah Kasih” oleh Bahtiar Omar, Dewan Siswa, Oktober 2017 PT SPM BM F4 4P.indd 64 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


65 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud berbicara keras. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan cara-cara untuk menghormati dan menghargai ibu bapa. [4 markah] (iii) Saban tahun, banyak kes dipaparkan di media massa tentang generasi muda hari ini yang semakin biadab dengan ibu bapa mereka sendiri. Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan anak muda pada zaman ini bertindak sedemikian? KBAT [3 markah] (iv) Anda merupakan seorang doktor di sebuah bandar. Jarak antara rumah anda dengan ibu bapa melebihi 100km. Anda telah mengajak ibu bapa anda tinggal bersama-sama, namun mereka lebih selesa dengan suasana di kampung. Sebagai anak, bagaimanakah cara anda membahagiakan mereka? KBAT [4 markah] Novel Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian, nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni tanam ala Bali yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan. Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin, Kementerian Pendidikan Malaysia PT SPM BM F4 4P.indd 65 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


66 (i) Nyatakan perkara yang dilakukan oleh nenek apabila mendengar bunyi hujan turun. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Talib (b) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (c) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan seharian. [6 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 66 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


67 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 – Petikan Tatkala negara tercinta sedang berperang dengan ancaman yang berbahaya, maka lahirlah satu frasa yang berbunyi, “Kita Jaga Kita”. Kita perlu cakna bahawa musuh yang kita sedang hadapi ini bukan calang-calang. Hal ini demikian kerana musuh yang bernama COVID-19 ini telah diklasifikasikan sebagai pandemik. Tambahan pula, COVID-19 tidak dapat dilihat secara zahir oleh mata kasar. Pada masa ini, kita perlu bersatu hati dan memberikan kerjasama kepada pihak yang berautoriti seperti petugas barisan hadapan negara, iaitu para doktor, jururawat, polis dan askar. Hal ini demikian kerana kerjasama yang diberikan tersebut dapat membantu usaha kerajaan memutuskan rangkaian jangkitan wabak COVID-19. Dengan hanya kekal berada di rumah, kita sebenarnya sudah menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara dan secara tidak langsung kita dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti oleh virus tersebut. Kempen untuk membantu golongan yang terjejas akibat wabak COVID-19 boleh dilaksanakan. Kita boleh menyumbangkan wang kepada pihak tertentu yang melaksanakan kempen membantu golongan terjejas. Inilah masa yang sesuai untuk kita membantu sesama insan seperti peribahasa “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”. Oleh itu, kita tidak boleh bersikap individualistik jika ingin memastikan penularan wabak dapat dihentikan. Seterusnya, masyarakat perlulah berfikiran kreatif dan inovatif ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kita boleh melakukan senaman statik di rumah bagi mengekalkan kecergasan badan. Aktiviti perniagaan secara dalam talian juga mampu menyumbang kepada sektor ekonomi sepanjang PKP dilaksanakan. Hal ini demikian kerana kita sedia maklum bahawa agak sukar untuk kita melakukan aktiviti jual beli secara langsung dalam tempoh ini. Melalui kaedah ini, kita dapat menjanakan pendapatan antara satu dengan yang lain. Dipetik dan diubah suai daripada “Kita Jaga Kita” oleh Umar Zurrayyan Mohd Fahmi, Dewan Siswa, Bil. 07/2020 Bahagian C (30 Markah) Kertas 2 Rumusan TOPIK 5 Praktis 1 PT SPM BM F4 4P.indd 67 25/2/2023 10:54:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


68 Bahan 2 – Grafik Bahan 3 – Keratan Akhbar Puitis Puisi Khas COVID-19 • Oleh MUHAMMAD FARID AHMAD TARMIJI • 1 Oktober 2020, 10:00 am “LANGIT kita masih kelabu pun bimbang tetap membumbung. Bila mentari cerah kembali dan hujan rahmat membasahi bumi. Marilah bersama impikan lazuardi, satukan harapan lebur keresahan. Pelangi pastikan terbit lagi, tunggu sehingga esok, Tuhan hanya menguji.” Itulah bait-bait puitis sajak bertajuk “Tunggulah Sehingga Esok” yang terkandung di dalam buku himpunan puisi berjudul Merentas Gempita: Pandemik 2020. Naskhah himpunan puisi tersebut hasil nukilan sasterawan, Profesor Dr. Lim Swee Tin yang dikarang oleh beliau ketika pandemik COVID-19 melanda dunia. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.kosmo.com.my/2020/ 10/01/puitis-puisi-khas-covid-19/ PT SPM BM F4 4P.indd 68 25/2/2023 10:54:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


69 Praktis 2 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 – Petikan Malaysia kini berhadapan dengan cabaran era globalisasi yang semakin rancak. Penggunaan dan kemahiran bahasa amat penting dalam meningkatkan daya saing dan kualiti pendidikan bertaraf dunia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Tahap penguasaan pelajar dalam bahasa juga penting kerana mereka bakal menjadi peneraju ekonomi negara. Bahasa merupakan elemen terpenting dalam kehidupan seharian manusia. Bahasa berperanan sebagai medium komunikasi yang penting untuk menerima dan menyampaikan maklumat. Melalui bahasa juga, seseorang individu mampu untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran dan pengetahuan. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, bahasa utama yang diangkat sebagai medium penyampaian ilmu ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dalam pelbagai perkara termasuk dalam pendidikan. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan membolehkan pelajar yang menuturkan dan menggunakan bahasa Melayu dengan baik untuk menguasai pelbagai bidang ilmu. Kebanyakan penutur berbangsa Melayu juga menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama mereka. Kepada pelajar yang bukan golongan penutur bahasa Melayu, bahasa Melayu ini akan menjadi bahasa kedua mereka. Proses penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dipengaruhi oleh elemen penting dalam diri pelajar. Antaranya melibatkan sikap dan motivasi pelajar itu sendiri terhadap bahasa Melayu. Oleh sebab itu, pelajar perlulah mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa yang dipelajari. Sikap yang positif ini perlu ditunjukkan melalui tingkah laku, persediaan, dan pengetahuan yang diteroka melalui pelbagai elemen seperti persekitaran, hubungan komunikasi dengan rakan, membuat rujukan, dan membaca pelbagai bahan. Sekiranya pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa Melayu, maka pelajar tersebut akan berusaha untuk mengukuh dan membaiki kelemahan dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan. Sebagai kesimpulannya, penerimaan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam kalangan bukan penutur bahasa Melayu adalah amat penting. Kebolehan untuk menguasai bahasa Melayu dapat membantu meningkatkan budaya ilmu di samping berkebolehan untuk bersaing pada peringkat yang lebih tinggi. Dipetik dan diubah suai daripada “Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama” oleh Jaymani Sevanathan, Dewan Siswa, Bil.8/2019 Bahan 2 – Lirik Lagu Bahan 3 – Logo Bahasa Jiwa Bangsa Gunakanlah bahasa kebangsaan kita Marilah amalkan ramai-ramai Bahasalah menyatukan kita semua Yakinlah bahasa jiwa bangsa Marilah mari rakyat semua Buktikanlah taat setia dengan satu bahasa Maju bangsa dan maju negara Megahkan bahasa kita Bahasa jiwa bangsa Lagu & Lirik: Dol Ramli PT SPM BM F4 4P.indd 69 25/2/2023 10:54:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


70 PT SPM BM F4 4P.indd 70 25/2/2023 10:54:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


71 Praktis 3 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 – Petikan Sukan merupakan suatu lapangan yang merangkumi aktiviti kecergasan dan kemahiran dalam sesuatu permainan. Kegiatan ini melibatkan kejohanan tempatan dan antarabangsa menerusi acara sukan serta kejohanan berprestij yang berlangsung pada pelbagai peringkat. Jika dilihat dari segi ekonomi, negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan melalui penganjuran sukan bertaraf dunia. Pengaliran wang dari seluruh negara ke Malaysia menyebabkan limpahan pertukaran wang asing, dan seterusnya memberikan kelebihan kepada negara kita. Lebih-lebih lagi, jualan tiket bagi setiap acara dalam sesuatu kejohanan mampu membawa pulangan yang berlipat ganda kepada ekonomi negara. Sukan turut menjadi satu platform untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum tanpa halangan budaya. Misalnya, rakyat Malaysia bersatu memberi sokongan kepada atlet-atlet yang mewakili negara dalam pertandingan pada peringkat antarabangsa. Selain itu, bidang sukan menjadi medan pengiktirafan kebolehan atlet Malaysia di mata dunia. Pencapaian atlet seperti penerjun negara Pandelela Rinong dan pasangannya, Azizulhasni Awang dalam acara berbasikal, dan pasukan badminton negara di Sukan Olimpik Rio 2016 telah mendapat pengiktirafan dan membanggakan negara. Hal yang lebih penting ialah pembangunan industri sukan dapat meningkatkan aktiviti amalan masyarakat terhadap gaya hidup sihat. Dari sudut yang lain, perkembangan positif dalam bidang sukan merintis jalan untuk melahirkan atlet-atlet yang dapat bersaing pada peringkat antarabangsa. Selain itu, sukan dikenal pasti sebagai wahana yang dapat memupuk integrasi nasional di Malaysia. Perkara ini disebabkan sukan menunjangi aktiviti yang melibatkan penyertaan atlet yang berbilang kaum. Dakwaan tersebut dapat dibuktikan kebenarannya apabila seluruh rakyat memberikan sokongan padu kepada para atlet dan bersama-sama meraikan kejayaan yang diraih oleh mereka. Dipetik dan diubah suai daripada “Hari Sukan Negara Erat Perpaduan, Kekalkan Permainan Tradisi” Oleh Wasitah Mohd Yusof, Berita Harian, 23 Februari 2016 Bahan 2 – Grafik PT SPM BM F4 4P.indd 71 25/2/2023 10:54:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


72 Bahan 3 – Grafik APAKAH NASIB SUKAN NEGARA KITA? 1. Sikap atlet yang tidak ada jati diri 2. Kegagalan menyediakan program pelatihan yang berkualiti 3. Masalah pengambilan dadah untuk meningkatkan prestasi dan stamina 4. Masalah rasuah yang melibatkan pengurusan dan atlet PT SPM BM F4 4P.indd 72 25/2/2023 10:54:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


73 Praktis 4 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 – Petikan Seni batik merupakan salah satu akar budaya yang menjadi identiti bangsa Malaysia dan bidang kraf tangan yang unggul di Malaysia. Sejak dulu lagi, fungsi batik tidak pernah berubah sebagai busana kaum Hawa. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri telah berusaha menghidupkan seni batik ini semula dengan mengarahkan kakitangan awam memakai baju batik pada setiap hari Khamis. Arahan pemakaian batik selaras dengan usaha kerajaan menyokong usaha untuk mengembangkan industri batik di negara ini, sekali gus mempopularkan semula pakaian yang semakin dilupakan itu. Selain itu, batik juga boleh dijadikan cenderamata kepada sesiapa sahaja sama ada di dalam mahupun di luar negara. Kita harus berterima kasih kepada Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood yang telah mengilhamkan serta melancarkan Batik Malaysia: Ciptaan untuk Dunia. Sejak dilancarkan, program tersebut telah mendapat sambutan hebat, walaupun pada mulanya hanya bertujuan untuk menimbulkan kesedaran orang ramai untuk mempertahankan seni batik. Bukan itu sahaja, pertandingan mereka batik Malaysia sempena Persidangan APEC 2020 yang diadakan juga merupakan satu pengiktirafan dan keterbukaan kerajaan kepada rakyat untuk bergiat aktif dalam menjenamakan produk kraf Batik Malaysia hasilan tempatan ke mata dunia. Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Yayasan Budi Penyayang Malaysia telah berusaha mengadakan Minggu Batik Malaysia 2005 bertujuan untuk berkongsi kegemilangan dan keistimewaan batik Malaysia bersama-sama masyarakat tempatan dan dunia. Buat julung-julung kalinya juga, Konvensyen Batik Antarabangsa Kuala Lumpur 2005 telah diadakan di negara ini. Perdana Menteri juga telah memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memberi komitmen dalam menggerakkan industri batik negara. Oleh itu, pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia perlulah bekerja keras untuk mempromosikan batik agar produk ini mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tempatan dan pelancong asing. Bagi memastikan industri batik terus berkembang, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah berusaha meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) merangkumi pelbagai aspek batik. Di samping itu juga, teknologi baharu seperti penggunaan mesin dan bantuan komputer untuk menghasilkan batik yang lebih menarik dan berkualiti diperkenalkan. Para pengusaha batik tempatan perlu lebih kreatif dalam menghasilkan batik yang lebih menarik dan lebih bermutu bagi memastikan batik tempatan mampu bersaing dengan batik dari negara-negara lain. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan, Industri batik Malaysia juga akan menghadapi kekangan yang tidak dapat dielakkan dalam usaha memartabatkan industri batik Malaysia. Antaranya ialah generasi muda tidak berminat untuk mengusahakan industri batik. Golongan muda lebih suka bekerja di kilang-kilang. Industri batik juga menghadapi masalah kekurangan modal. Institusi kewangan dan bank tidak yakin untuk memberi pinjaman kepada pengusaha industri batik. Kekurangan modal menyebabkan teknologi baharu dan canggih tidak dapat digunakan. Sudah tiba masanya seni batik Malaysia yang diusahakan secara turun-temurun, kembali berdaya maju seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini dan terus bertapak di hati generasi demi generasi sebagai khazanah bangsa yang dibanggakan. Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Memartabatkan Batik Malaysia” oleh Haji Samat Buang, Dewan Siswa, April 2006 PT SPM BM F4 4P.indd 73 25/2/2023 10:54:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


74 Bahan 2 – Grafik PT SPM BM F4 4P.indd 74 25/2/2023 10:54:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


75 Praktis 5 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 – Petikan Kebanyakan generasi muda kini semakin lupa dan tidak mengenali pelbagai jenis pokok herba serta kepentingan khasiatnya kepada manusia, meskipun terdapat di sekeliling rumah. Menyedari hakikat ini, program penanaman pokok herba wajar dilaksanakan pada peringkat sekolah lagi agar kesedaran terhadap kepentingannya terus subur dan terpelihara. Usaha-usaha yang giat dijalankan ini mampu menyerlahkan potensi industri tumbuhan herba agar masyarakat mendapat manfaat daripadanya. Orang ramai juga digalakkan menanam tumbuhan herba di pekarangan rumah mereka sebagai penghias halaman rumah. Bagi menggalakkan orang ramai menanam tanaman herba ini, Jabatan Pertanian akan memberikan pendidikan penanaman herba secara praktikal seperti proses-proses penanaman, penjagaan dan fungsi tumbuhan herba dalam menyembuhkan penyakit. Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu (SMKKB) dipilih sebagai tuan rumah bagi pelancaran program penanaman pokok herba jangka pendek di sekolah peringkat negeri, baru-baru ini. Program ini tajaan bersama wanita Inovatif Jaya Diri (Wijadi) Kelantan dan Jasben Plantation. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Salleh Mohd Hussein. Hadir sama Pengarah Pelajaran Kelantan, Che Aniha Datuk Ishak. Pengerusi Jawatankuasa program itu, yang juga Penolong Kanan kokurikulum SMKKB, Sarudin Ismail, berkata antara tujuan program tersebut dilaksanakan adalah untuk mewujudkan masyarakat yang sentiasa menjadikan herba sebagai amalan pemakanan harian. Selain itu, tanaman herba juga bagi mengalih pandangan masyarakat supaya tidak bergantung pada ubat-ubatan moden yang banyak mempunyai kesan sampingan. Sebaliknya, dengan mengambil ubat-ubatan berasaskan herba dapat melahirkan masyarakat yang mengutamakan pencegahan sesuatu penyakit daripada merawatnya. Sarudin berkata, program itu juga bertujuan untuk memupuk generasi baharu supaya menghargai anugerah Tuhan yang mengurniakan pelbagai jenis pokok herba yang dapat mengawal dan merawat pelbagai jenis penyakit, selain memanfaatkan tumbuhan alam semula jadi dalam kehidupan harian. Program ini juga mampu melahirkan generasi yang mengenali dan menggunakan pokok herba untuk menjaga kesihatan. Sempena pelancaran itu, murid sekolah terbabit bergotong-royong menanam pokok herba itu di pekarangan sekolah, selain membuat landskap berasaskan pokok herba di persekitaran kawasan sekolah. Ketika ini, lebih seratus pokok herba ditanam oleh murid di pekarangan sekolah itu yang benihnya disumbangkan oleh Jasben Plantation Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengusaha herba. Antara pokok herba sumbangannya ialah kenerak, lidah ular, barah hantu, misai kucing, kancing baju merah, kecubung, larak, mata ayam dan mas cotek. Semua herba tersebut dapat dijadikan ubat-ubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis termasuk kencing manis, darah tinggi, jantung dan paruparu berair. Diharapkan agar projek perintis tanaman herba yang dilaksanakan ini akan menjadi contoh kepada sekolah lain untuk mengadakan projek yang sama. Dipetik dan diubah suai daripada rencana “SMKKB Tanam Herba di Sekolah” oleh Nasir Hassan, Berita Harian, 7 Ogos 2006 PT SPM BM F4 4P.indd 75 25/2/2023 10:54:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


76 Bahan 2 – Grafik PT SPM BM F4 4P.indd 76 25/2/2023 10:54:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


77 Praktis 6 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 – Petikan Orang tua-tua pernah berkata, jiran tetangga yang baik umpama adik-beradik yang dapat bekerjasama dalam kalangan masyarakat serta membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh. Jiran yang baik juga dapat membentuk semangat kekitaan bagi melahirkan semangat bersatu padu serta membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu dengan yang lain sehingga tercetusnya slogan “Jiran Sepakat Membawa Berkat”. Keadaan ini bukanlah sesuatu yang asing kerana jiran ialah orang yang paling hampir dengan kita dan menjadi orang yang pertama datang untuk menghulurkan bantuan sebelum ketibaan adik-beradik dan saudara-mara kerana jarang-jarang kedapatan adik-beradik duduk berjiran terutamanya di bandar. Namun begitu, kini budaya kejiranan yang berlaku semakin lama semakin dipinggirkan dek beberapa faktor. Perubahan dalam kehidupan masyarakat akibat tuntutan hidup yang semakin mencabar dari semasa ke semasa. Kesibukan bekerja menjadi punca mereka tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama-sama jiran. Hujung minggu pula dipenuhi dengan aktiviti bersama-sama keluarga atau masa untuk berehat dan bersantai di rumah selepas seminggu memerah keringat dan minda untuk menyelesaikan pekerjaan. Jurang status sosioekonomi masyarakat juga menjadi penghalang untuk mengeratkan semangat kejiranan apabila ada dalam kalangan mereka yang terlalu bersifat merendah diri dan berasa tidak selesa untuk bergaul dengan jiran yang berpangkat besar. Sebaliknya, memang ada golongan berstatus yang tidak mahu bergaul dengan golongan yang berpangkat rendah kerana menganggapnya tidak layak bergaul dengan mereka disebabkan latar belakang sosioekonomi yang berbeza. Kemerosotan nilai kejiranan juga berlaku kerana sikap saling tidak mengenali antara jiran yang berlainan kaum dan agama selalu wujud malah sesama bangsa dan agama juga berlaku sikap tidak mempedulikan antara satu dengan yang lain kerana masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Keadaan akan menjadi semakin teruk apabila ditambah dengan sikap dengki atau benci-membenci dalam kalangan penduduk setempat. Selain faktor yang wujud dalam kalangan masyarakat, teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan masyarakat semakin kurang berkomunikasi secara langsung. Dengan pelbagai gajet dan aplikasi yang terkini, masyarakat lebih taasub untuk berkomunikasi secara dalam talian. Dipetik dan diubah suai daripada “Kemerosotan Nilai Kejiranan”, oleh Samat Buang, Dewan Siswa, Mac 2017 PT SPM BM F4 4P.indd 77 25/2/2023 10:54:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


78 Bahan 2 – Grafik PT SPM BM F4 4P.indd 78 25/2/2023 10:54:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


79 Kertas 1 Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [30 markah] Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan budaya membaca. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis sepucuk surat kepada rakan anda tentang peranan pelbagai pihak dalam membudayakan amalan membaca. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN Anak muda pulang ke desa, Ibu dan ayah lama menanti, Warga membaca tak buang masa, Perpustakaan teman sejati. Pohon pedada di dalam taman, Jadi idaman si anak rusa, Marilah anakanda marilah teman, Jayakan NILAM sepanjang masa. Meniti senja biasan mentari, Merkah setitis menjelang kabut, Bacalah buku setiap hari, Tak akan habis ilmu dituntut. 58% 23% 10% 9% GENRE BACAAN REMAJA 20__ BAUCAR BUKU SEMARAK MEMBACA 2022 Diskaun Pembelian Buku RM 10.00 #semarakmembaca #baucarbuku BAUCAR BUKU Diskaun Pembelian Buku RM 10.00 #semarakmembaca #baucarbuku Lampiran maklumat dalam QR code SEMARAK MEMBACA 20— PT SPM BM F4 4P.indd 79 25/2/2023 10:54:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


80 PT SPM BM F4 4P.indd 80 25/2/2023 10:54:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


81 Bahagian B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 patah hingga 500 perkataan. 1 KUALA LUMPUR: Produk kraf tangan tradisional tempatan mampu menembusi pasaran antarabangsa sekiranya peniaga mempunyai landasan pemasaran dengan kerjasama syarikatsyarikat besar. Penghasilan produk seni dan kraf tangan tempatan perlu lebih lebih diketengahkan dengan mengadakan pameran dan pertandingan di seluruh negara. Selain itu, media sosial berperanan memperkasakan platform e-dagang agar menjadi medium usahawan kraf tempatan untuk berkongsi pengalaman mengenai kraf dan budaya di antara satu dengan yang lain. Sumber: Internet Produk kraf tangan tradisional tempatan mampu menembusi pasaran antarabangsa. Ulaskan pernyataan tersebut. 2 Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewajibkan aktiviti kokurikulum kepada semua pelajar di seluruh negara. Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum seperti persatuan, kelab permainan dan unit uniform bukan sahaja dapat memupuk perpaduan malah dapat membina keyakinan diri serta melahirkan pemimpin pada masa hadapan. Sumber: Internet Berdasarkan petikan di atas, aktiviti kokurikulum memberikan banyak manfaat kepada murid di sekolah. Berikan komen anda. 3 Musibah banjir bukanlah suatu perkara yang boleh diambil ringan. Dalam tempoh terdekat ini sahaja terdapat banyak kes kecederaan dan kehilangan nyawa yang berlaku. Kita telah melihat dan mendengar laporan bayi yang lemas akibat terjatuh ke dalam air banjir. Terbaru, kita juga telah melihat kejadian yang menyayat hati tiga beradik yang maut akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah ketika banjir. Sumber: Internet Petikan di atas menyatakan bahawa terdapat pelbagai masalah apabila berlakunya banjir. Oleh itu, beberapa persediaan keselamatan ketika banjir perlu ditekankan. Bincangkan. PT SPM BM F4 4P.indd 81 25/2/2023 10:54:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


82 4 Seekor nyamuk denggi mempunyai keupayaan cukup besar untuk menyebarkan wabak yang boleh membawa maut. Selain denggi, nyamuk kerap dikaitkan dengan penyakit malaria atau virus Zika. Lebih daripada itu, nyamuk yang disangka tidak berbahaya ini juga mampu menyebarkan virus Ensefalitis Jepun (JE) dan meragut nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa. Sumber: Internet Berdasarkan petikan di atas, terdapat banyak penyakit yang timbul akibat virus yang dibawa oleh nyamuk. Sebagai seorang pegawai kesihatan, anda diminta menyampaikan ceramah kepada murid sekolah agar dapat menghindari masalah tersebut. Tulis ceramah tersebut. PT SPM BM F4 4P.indd 82 25/2/2023 10:54:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


83 Kertas 2 Soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Jawab semua soalan. Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata majmuk mantap. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata majmuk tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Setiap atlet yang cemerlang dalam olahraga perlu memiliki jati diri untuk menjadikan mereka lebih maju ke hadapan. Oleh itu, atlet perlu mempunyai tingkah laku yang baik untuk meletakkan diri mereka agar menjadi yang terbaik. Jurulatih perlu menjelaskan kepada atlet tunas tentang cara hidup seorang atlet yang berjaya. Atlet yang berjaya akan berlatih awal pagi sebelum matahari muncul. Keinginan dan keazaman untuk mencapai kejayaan hingga peringkat antarabangsa antara ciri atlet cemerlang. Atlet juga seharusnya sukarela dalam melakukan latihan agar disiplin boleh dibentuk dengan lebih mudah. Dipetik dan diubah suai daripada “Ciri-ciri atlet cemerlang”, Majalah Srikandi 2021 [6 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukar ayat susunan biasa yang bergaris di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Mahasiswa daripada keluarga berstatus pendapatan B40 merupakan golongan yang paling teruk menerima tempias daripada krisis inflasi makanan. Hal ini dikatakan demikian kerana keluarga mereka juga turut bergelut untuk mencari pendapatan harian sehingga tidak mampu untuk membantu anak mereka yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup di kampus. Segelintir mahasiswa menyuarakan pendapat agar proses pembelajaran mereka diteruskan secara dalam talian ketika fasa peralihan ke endemik ini. Mahasiswa kini juga perlu mencari pekerjaan sampingan di luar kampus supaya dapat menampung perbelanjaan mereka sepanjang tempoh pengajian akibat kenaikan harga barang keperluan, terutamanya makanan asas. Dipetik dan diubah suai daripada “Mahasiswa dan Kenaikan Kos Sara Hidup”, https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my PT SPM BM F4 4P.indd 83 25/2/2023 10:54:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


84 [6 markah] 3 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Bahan 1 Membaca dapat memperkayakan kita dengan ilmu pengetahuan. Namun begitu, sebagai pembaca, seseorang haruslah bijak memilih bahan bacaan yang dibacanya. Menyedari bahawa membaca bahan bacaan yang berkuantiti dapat menjadikan seseorang itu berjaya dan menjadi bangsa yang maju. Banyak pihak mengukur tahap pembacaan sebuah negara dengan mengaitkannya dengan kemajuan dan pembangunan sebuah tamadun bangsa. Maka, akbar Independent pada tahun 2016 merumuskan bahawa India mendahului negara di dunia sebagai negara yang paling banyak membaca sekali. Rakyat di negara tersebut dipercayai membaca dengan putara tempoh seminggu 10 jam. Jika dihitung, jumlah tersebut diyakini cukup untuk menghabiskan sebuah buku dan memulakan membaca buku yang baharu dalam minggu yang sama. Dipetik dan diubah suai daripada “Bangsa yang membaca”, oleh Fadhli Bin Ali, Dewan Masyarakat, 21 Januari 2023 [6 markah] Bahan 2 Kemunculan bahasa khidmat pesanan ringkas (SMS) telah mendorong generasi baru atau generasi muda mencipta komunikasi yang pantas. Banyak singkatan dan rekabentuk kata baharu telah dicipta. Ada antaranya yang tidak mudah difahami dan ada juga yang langsung tidak difahami oleh pengguna atau lain-lain pembaca. Fenomena ini berlaku kerana faktor masa dan had teks. Penggunaan Bahasa SMS ini akan memberikan natijah yang besar yang akan mempengaruhi pengguna. Hal ini kerana penggunaannya banyak menimbulkan kesan negatif berbanding dengan kesan positif walaupun kemajuan teknologi dapat memantapkan penggunaan bahasa melayu pada masa hadapan. Dipetik dan diubah suai daripada “Media Sosial Jejaskan Kualiti Bahasa Remaja Malaysia” oleh Wan Azni Wan Mohamad, https://dewanbahasa.jendeladbp.my/ PT SPM BM F4 4P.indd 84 25/2/2023 10:54:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


85 [5 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia sendiri pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya “Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu.” Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada” dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] 5 Senaraikan tiga peribahasa yang sesuai berdasarkan dialog di bawah. Nazirah : Saya sangat sedih apabila memperoleh keputusan peperiksaan yang lepas. Saya gagal banyak mata pelajaran. Sudah pasti perasaan ibu bapa saya sangat kecewa apabila mengetahui keputusan ini. Izzati : Janganlah terlalu sedih kerana awak masih ada peluang untuk memperbaik kesilapan yang lalu. Awak perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan. Nazirah : Terima kasih, Izzati atas nasihat ini. Saya akan berusaha dengan bersungguhsungguh walaupun saya masih gagal. Saya percaya apabila saya banyakkan latihan dan bertanya guru, saya yakin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang. Kegagalan yang lepas akan menjadi pengajaran kepada saya. [6 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 85 25/2/2023 10:54:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


86 Bahagian B : Pemahaman [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Beberapa tahun kebelakangan ini, tabiat penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau lebih dikenali vape semakin meruncing berikutan ramai menganggapnya mampu mengalihkan ketagihan pada rokok konvensional. Penggunaannya juga semakin meluas kepada mereka yang tidak merokok, kerana vape dilihat trend atau gaya hidup serta tidak memudaratkan. Lagi memburukkan keadaan peranti itu dicipta dalam pelbagai bentuk dan saiz. Selain itu, cecair yang digunakan dalam vape telah disalah guna, iaitu dimasukkan sebatian kimia sekali gus menjadikan ramai remaja di bangku sekolah ketagih serta berubah kepada dwi-pengguna, rokok dan vape serentak. Timbalan Dekan (Jaringan dan Penjanaan), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata penggunaan vape itu umpama keseronokan terlarang dalam kalangan remaja yang seharusnya ditangani segera. Dipetik dan diubah suai daripada “Bahana vape, jejaskan kesihatan mental”, oleh Mahani Ishak https://www.bharian.com.my/, Februari 2020. Bahan 2 Nikotin merupakan hasil tembakau yang menyebabkan ketagihan, iaitu sejenis gangguan otak kronik. Penggunaan berpanjangan menghasilkan kebergantungan fisiologi serta dorongan yang kuat untuk menggunakan tembakau. Melalui beberapa analisis sampel cecair rokok elektronik secara rawak oleh Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara, terdapat kandungan cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin sehingga 4mg dalam 1ml cecair. Hal Ini bermakna setiap botol yang mengandungi 25ml cecair rokok elektronik akan mengandungi sehingga 100mg nikotin. Nikotin serendah 2mg Sudan boleh menyebabkan gangguan pada perut dan usus. Dos yang lebih tinggi boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk, antaranya sawan dan kegagalan pernafasan seperti yang terjadi kepada seorang remaja baru-baru ini. Dipetik dan diubah suai daripada “Vape / Rokok Elektronik bukan sekadar wap air”, https://jknperlis.moh.gov.my/ (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud semakin meruncing. [2 markah] (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kesan-kesan negatif rokok elektronik kepada murid sekolah. [3 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 86 25/2/2023 10:54:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


87 (iii) Menurut kajian, ketagihan merokok berlaku sejak di bangku sekolah lagi. Pada pendapat anda, apakah punca-punca berlakunya masalah ini? KBAT [4 markah (iv) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyuarakan kebimbangan tentang peningkatan dan salah guna rokok elektronik dalam kalangan murid sekolah. Andaikan anda ahli jawatankuasa persatuan PIBG, nyatakan pendekatan-pendekatan yang dapat dilakukan oleh persatuan anda untuk memastikan perkara ini dapat diatasi. [4 markah 7 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Gerimis pagi menemani dinihari, masih lagi terasa sejuk angin subuh, mengusik tubuh yang semakin dimamah usia, pengayuh tua itu tenang menuju ke destinasi. Masih setia si tua bangkit saban hari, mencari sesuap rezeki, menemani anak berseluar biru, mengayuh keringat pagi hingga petang, demi ilmu untuk anak tercinta. Hari ini anakmu masih berseluar biru, namun biru ini menjaga perbatasan, bersenjata mengawal negara, ayah yang tua masih tetap sama, mengayuh basikal mengimarah suraunya. Duhai anakanda, itulah ayahmu, yang tidak bisa, mengayakanmu, tetapi kudratnya, membuatkanmu bersama kini, tanggungjawabmu, berbaktilah kepada negara kerana ayahmu memahami, tenagamu diperlukan pertiwi. Mungkin esok, orang tua mengayuh itu, mungkin tiada upaya mengayuh lagi, basikalnya masih ada, bila balik anaknya nanti, sambunglah mengayuh menuju ke destinasi mewarisi tradisi. nukilan: Umar Fayyadh, Madrasah Tiram Pengayuh Tua PT SPM BM F4 4P.indd 87 25/2/2023 10:54:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


88 Bahan 2 Meskipun bapa sudah tidak lagi menjadi kaki burung ketitir, bapa sudah agak tua dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Bapa hanya berada di rumah makan dan tidur saja. Sikit-sikit boleh juga jaga cucu dan picit-picit tubuh ibu, tetapi bapa sebenarnya sudah dimakan tua waktu itu. Bapa tidak dapat ampu ibu lagi. Pasti juga tidak boleh angkat ibu ke tandas lagi. Mujurlah yang lumpuh, cuma ibu seorang. Kalau bapa juga lumpuh, entahlah. Aku tidak dapat membayangkan masalahnya. Suatu hari, entah bagaimana, aku menjerit kuat sedikit sewaktu ibu sedang berak kerana lama sangat najisnya tidak terbit-terbit. Aku sudah naik kejang kaki tangan kerana lama ampu ibu. Dan aku lihat pipi ibu basah kerana air mata meleleh turun. Isteriku menerpa dan apabila melihat air mata ibu sedang mengalir melalui retak-retak di pipi ibu yang kendur hodoh itu, dia mengambil tempatku. Dipetik daripada “Cerpen Ibu dan Ceper” antologi Harga Remaja, Halaman 106, Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud dimakan tua. [2 markah] (ii) Merujuk setiap bahan, nyatakan tanggungjawab seorang anak terhadap orang tuanya. [3 markah] (iii) Rumah orang-orang tua semakin banyak ekoran ramai orang tua yang terbiar tanpa penjaga. Pada pendapat anda, apakah punca anak-anak tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapanya? KBAT [3 markah] (iv) Ketika anda sedang makan bersama-sama keluarga di sebuah restoran, anda didatangi seorang tua yang ingin meminta sedekah. Sebagai warga yang prihatin, cadangkan langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk membantu orang tua tersebut. [4 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 88 25/2/2023 10:54:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


89 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Aqram dapat melihat rasa ragu, risau, dan marah yang bercampur aduk. Nampaknya ada sedikit keraguan yang terpalit di minda Farisha tentang projek yang ditawarkan oleh Aqram sebentar tadi. Farisha tidak yakin tawaran itu serius. Dia juga rupanya berasa risau akan kereta Rosman yang kerap rosak. Mungkin nanti ada tugasan-tugasan yang bakal tertangguh akibat ketiadaan kenderaan. Di sebalik rasa itu, dia juga menyimpan sekelumit amarah terhadap tindakan abangnya, Azraai yang dirasakannya agak mengongkong hidupnya dan membataskan kebebasannya akhir-akhir ini. Aqram membuka kembali mata. Hanya itu sahaja maklumat yang berjaya diperolehnya. Dia tidak berjaya menerobos kenangan masa silam yang tersimpan rapi di ingatan Farisha. Mungkinkah dia ingat siapa dirinya? Dari mana dia datang? Apakah tujuan hidupnya? Dipetik daripada novel Di Sebalik Dinara Karya Dayang Noor Kementerian Pendidikan Malaysia Berdasarkan petikan, perkara apakah yang mengganggu minda Farisha? [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan peristiwa yang boleh memberikan motivasi kepada pembaca. [6 markah] PT SPM BM F4 4P.indd 89 25/2/2023 10:54:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


90 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 SECARA amnya, teknologi maklumat dan alam siber pada masa ini telah berkembang pesat dan digunakan secara meluas di serata dunia. Teknologi ini digunakan sebagai kaedah untuk memindahkan, menyebarkan dan memaparkan kandungan dan maklumat dalam pelbagai bentuk. Antaranya termasuklah dalam bentuk suara, paparan visual dan lain-lain lagi. Hal ini membuktikan bahawa teknologi maklumat telah mula menampakkan pengaruh dalam kehidupan manusia. Jika dahulu, maklumat hanya boleh didapati menerusi bahan bacaan seperti surat khabar yang diperoleh di perpustakaan dan kedai buku. Namun, semua maklumat yang dicari boleh didapati dengan mudah menerusi enjin carian seperti Google, Bing dan Yahoo. Namun begitu, yang membimbangkan ialah terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan teknologi ini dengan menyebarkan berita palsu menyebabkan berlaku salah faham antara dua pihak. Antara bahaya berita palsu termasuklah berlakunya ancaman terhadap pengguna lain. Tambahan lagi, kritikan yang tidak berasas dan menyebarkan berita palsu di alam siber sehingga menyukarkan pihak lain mendapat maklumat yang benar. Penyebaran berita palsu memberikan pandangan negatif akibat rasa iri hati kepada pihak tertentu. Perkara ini seharusnya dielakkan oleh masyarakat Malaysia. Masalah ini seolah-olah menjadi rutin harian bagi pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan maklumat dan kandungan yang tidak benar di alam siber. Ketahuilah bahawa penyebaran berita palsu mampu menjadikan masyarakat keliru tentang kebenaran sesuatu berita. Oleh hal yang demikian, pihak Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) menyarankan agar orang ramai mengamalkan kawalan kendiri ketika menerima sesuatu maklumat atau berita, Pihak CMCF menyarankan agar para pengguna sentiasa berikiran kritikal yang apabila menerima sebarang maklumat atau berita di alam siber. Oleh hal demikian, para pengguna mampu membezakan sama ada maklumat tersebut hanyalah berita palsu ataupun sebaliknya. Kami juga ingin menasihati agar para pengguna saling menasihati antara satu dengan yang lain agar gejala ini dapat dibenteras sebelum mengundang tindakan daripada pihak berkuasa. Dipetik dan diubah suai daripada “Bahaya Penyebaran Berita Palsu di Alam Siber”, Dewan Siswa, April 2019 PT SPM BM F4 4P.indd 90 25/2/2023 10:54:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


91 Bahan 2 Terlalu lama bermain gajet dan media sosial Inginkan perhatian daripada pengguna lain Kekurangan rakan Faktor Berlaku Fitnah Siber Bahan 3 PT SPM BM F4 4P.indd 91 25/2/2023 10:54:36 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


92 PT SPM BM F4 4P.indd 92 25/2/2023 10:54:36 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


J1 Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM- Jawapan TOPIK 1 Karangan Respons Terhad PRAKTIS 1 Pendahuluan: • Maksud makanan membantu – pengambilan makanan yang cukup – keperluan tubuh badan – piramid makanan menjadi panduan pemakanan terbaik untuk kesihatan – memastikan pengambilan makanan seimbang – mampu membawa kebaikan kepada setiap lapisan masyarakat Isi-isi penting: • Pemakanan seimbang penting – tumbesaran dan membina tubuh badan yang kuat – tubuh badan memerlukan zat dan nutrien yang cukup – menjalankan fungsi-fungsi organ – makanan seimbang – membekalkan zat dan nutrien yang berkhasiat – sebagai contoh – keju dan susu – menambah penghasilan kalsium dalam badan – menguatkan tulang dan gigi manusia – harus mengamalkan pemakanan seimbang – menikmati zat dan nutrien yang optimum – tumbesaran fizikal menjadi lebih baik • Pemakanan seimbang dapat mengawal kadar obesiti – mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidup – tidak mengalami kegemukan – perlu mengambil makanan dalam kuantiti kecil – berkhasiat – mudah menjalankan aktiviti-aktiviti harian • Pemakanan seimbang dapat – menjamin perkembangan mental seseorang yang lebih cekap dan berkesan – zat makanan yang mencukupi – cergas dan tidak mudah letih – boleh berfikir dengan lebih rasional dan efektif – pemakanan seimbang – mengurangkan tekanan emosi – meningkatkan keupayaan seseorang individu untuk mengatasi masalah – pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan Penutup: • Pemakanan seimbang – membawa pelbagai kebaikan – perlu mengambil makanan seimbang – kesihatan diri terjamin – melahirkan masyarakat yang cemerlang dan berakal tajam – badan sihat otak cerdas PRAKTIS 2 Format: Surat Kiriman Rasmi Pendahuluan: • Masalah penggunaan bahasa Melayu dengan tidak tepat semakin berleluasa – dipengaruhi oleh bahasa pasar dan bahasa slanga – fenomena bahasa rojak – dicampurkan dengan bahasa Inggeris Isi-isi penting: (i) Bekerjasama dengan agensi kerajaan – memastikan setiap saluran media menggunakan bahasa Melayu dengan tepat – mematuhi peraturan tatabahasa yang betul – iklan – bentuk boleh bebas tetapi perlu berjagajaga dengan ejaan perkataan (ii) Sukatan pelajaran di sekolah perlu dikaji semula – kemahiran berbahasa perlu diterapkan – topik perlu lebih menjurus kepada pengaplikasian dalam kehidupan seharian – bukan sahaja mementingkan kemahiran menulis – kemahiran lain perlu diutamakan (iii) Karya yang lebih bermutu perlu dihasilkan – memastikan karya yang dihasilkan menggunakan bahasa secara tepat – mengambil kira aspek penggunaan sosial – dekat dengan budaya masyarakat Penutup: • Semoga isu ini dapat ditangani demi memartabatkan bahasa Melayu PRAKTIS 3 e-mel 1 Pendahuluan: • Kata alu-aluan e-mel Isi-isi penting: (i) Memastikan sumber panggilan atau mesej adalah benar – menggunakan laman web seperti Google untuk mencari sumbernya – bertanya kepada rakan (ii) Jangan berjanji apa-apa dengan si pemanggil – tidak bersetuju dengan apa-apa terma atau syarat – merujuk orang dewasa seperti ibu bapa (iii) Tidak memberi maklumat diri yang sahih kepada si pemanggil – jangan dedahkan nombor kad pengenalan, nombor akaun bank, alamat dan lain-lain – boleh memberi maklumat yang palsu Penutup: • Semoga mendengar berita seterusnya daripada rakan anda e-mel 2 Pendahuluan: • Kata alu-aluan e-mel Isi-isi penting: (i) Mewujudkan hubungan yang erat sesama jiran – menjamin keamanan hidup dalam kawasan perumahan – tidak berlaku persengketaan (ii) Dibantu apabila berada dalam kesusahan – waktu yang tidak dapat dijangka seperti masa sakit – memupuk amalan bantu-membantu (iii) Melahirkan masyarakat bersatu padu – menyelesaikan sesuatu bersama-sama seperti gotong-royong – mengelakkan sikap mementingkan diri Penutup: • Semoga mendengar berita seterusnya daripada rakan anda PRAKTIS 4 Pendahuluan: Jawatan yang dipohon. Isi-isi penting: (i) Objektif pemilihan jawatan – menyara keluarga dan berkhidmat kepada negara (ii) Maklumat peribadi – nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, nombor telefon rumah, alamat untuk dihubungi dan alamat e-mel. (iii) Pencapaian akademik (iv) Potensi Diri (v) Anugerah (vi) Kemahiran khas (vii) Pengalaman Penutup: • Rujukan PRAKTIS 5 Pendahuluan: • Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara – remaja yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa – usaha membangunkan negara amat bergantung pada remaja yang bersahsiah terpuji – menurut kata mutiara sarjana -“Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini” – setiap remaja perlu memainkan peranan mereka JAWAPAN PT SPM BM F4 4P.indd 1 25/2/2023 10:54:36 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J2 dengan penuh tanggungjawab untuk merencanakan pembangunan negara Isi-isi penting: • Remaja kreatif – inovatif – memacu pembangunan negara – remaja yang berani mempelopori bidang baharu – mengecapi kejayaan – remaja harus dilatih – berani berimaginasi – berkhayal – disusuli aplikasi yang teratur – sokongan padu dan galakan daripada pelbagai pihak – melontarkan impian remaja – pelibatan dalam pelbagai bidang – berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi • Perlu memiliki kekuatan fizikal – mental – kesihatan aset yang tidak ternilai – paling berharga – penjagaan pemakanan – mengambil makanan seimbang – kebersihan diri – bersenam – menghadapi cabaran dengan semangat yang kental dan waja – bebas daripada gejala sosial – remaja yang sihat – jati diri yang mapan – melaksanakan pembangunan negara • Remaja mesti memiliki sikap keterbukaan – membangunkan negara – dapat menerima segala teguran – pandangan – menjamin kestabilan politik, ekonomi, sosial negara – menjadi pendukung – mencapai perpaduan negara – wujud kesejahteraan sosial – perpaduan – sifat keterbukaan – memudahkan menjadi pemimpin – penuh komited Penutup: • Remaja sebagai tonggak negara masa hadapan – remaja mempunyai tanggungjawab – menjana pembangunan negara – melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia – agar dapat menjurus ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang PRAKTIS 6 Jawapan Lengkap Peribahasa Melayu sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit begitu sinonim dengan amalan menabung. Amalan menabung perlu dididik sejak kecil kerana melentur buluh biarlah waktu rebung. Persoalannya, apakah manfaat amalan menabung dalam kehidupan kita sebagai manusia? Amalan menabung mampu membantu kita membeli barangan dan keperluan yang kita kehendaki. Sebagaimana kita sedia maklum, ibu bapa membanting tulang dari pagi hingga ke petang demi mencari nafkah untuk ahli keluarga. Adakala dan waktunya ibu bapa juga mengalami masa sesak. Oleh itu anak-anak boleh membantu meringankan beban ibu bapa.Sebagai contoh, pastikan barangan yang dibeli mestilah barangan keperluan sahaja dan barangan berkenaan mendatangkan manfaat kepada mereka seperti buku, beg sekolah dan alat tulis. Selain itu, dengan amalan menabung juga kita boleh menyambung pelajaran ke menara gading. Segelintir murid tidak menyambung pelajaran kerana kos yang tinggi. Oleh itu, hasil tabungan sejak kecil sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan pendaftaran dan belanja keperluan sepanjang pembelajaran. Langit tidak selalunya cerah, oleh itu persediaan kewangan sangat perlu jika kita ditimpa musibah. Wang tabungan boleh kita gunakan jika berlaku kecemasan seperti kemalangan, ibu bapa diberhentikan kerja atau kerosakan kenderaan dan rumah. Hal ini dikatakan demikian kerana hasil tabungan sedikit sebanyak mampu digunakan pada waktu kecemasan tersebut. Benarlah kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Kesimpulannya, sebagai remaja yang akan menjadi tulang belakang kepada negara, kita sewajarnya menjadikan amalan menabung sebagai rutin kehidupan. “Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”. Melalui menabung, kita akan mempunyai satu kehidupan yang lebih terjamin. Wang yang ditabung boleh menjadi modal melanjutkan pelajaran demi memberi pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ibu dan bapa. (252 Patah Perkataan TOPIK 2 Karangan Respons Terbuka PRAKTIS 1 Domain Awam Pendahuluan: • Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – menerima panggilan – Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia – menghulurkan bantuan Isi-isi penting: (i) Membantu menyediakan pelitup muka kepada barisan hadapan – kumpulan pegawai perubatan – pasukan tentera – pasukan polis – kekurangan bekalan – pandemik datang secara tiba-tiba – langkah perlindungan keselamatan – mengelakkan terdedah secara langsung kepada virus (ii) Menghantar bekalan makanan dan minuman – masyarakat berpendapatan rendah – luar bandar – miskin tegar – mengalami kesukaran dari segi pengangkutan – menaiki kereta pacuan empat roda PBSM – meneruskan kehidupan mereka – memenuhi keperluan mereka (iii) Mengumpul baju-baju terpakai – mengagihkan bajubaju terpakai kepada masyarakat yang memerlukan – mengumpul – membahagikannya di Pusat Kitar Semula – mendapati bahawa terdapat golongan yang tidak mempunyai baju – perlu diberi perhatian (iv) Membantu dalam perkhidmatan ambulans – membawa pesakit ringan – masalah buah pinggang – strok – menghantar mereka ke hospital untuk menerima rawatan – membantu memberi rawatan cemas – mengakses oksigen untuk membantu pernafasan – melakukan pemindahan pesakit – sehingga malam Penutup: • Penat – berasa gembira – tidak membazirkan masa – sentiasa bersedia – sanggup berkhidmat kepada masyarakat Domain Peribadi Pendahuluan: • diwarisi sejak zaman-berzaman – menjadi hiburan masyarakat zaman dahulu – zaman moden – perkembangan sains dan teknologi – minat pemuda beralih kepada peranti elektronik – perlu dikembangkan – generasi muda memainkan peranan Isi-isi penting: (i) Mempelajari teknik bermain daripada ibu bapa atau orang tua di sekeliling kita – perlu mempunyai ilmu – mempelajari peraturan – cara bermain yang betul – congkak – mempunyai pelbagai cara – dapat mempelajari ilmu matematik – boleh diwariskan kepada anak kita kelak (ii) Giat menyertai aktiviti atau pertandingan – menambahkan pengalaman – mengenali lebih ramai rakan seperjuangan – mempelajari teknik yang berbeza daripada orang lain – melakukan pemerhatian terhadap teknik orang lain – mengasah pelbagai kemahiran (iii) Menceritakan pengalaman bermain dengan rakan lain – berkongsi ilmu – berkongsi perasaan – dapat mengetahui teknik bermain yang berbeza – menambahkan pengetahuan – mengubah kelemahan diri sendiri – belajar daripada kesilapan orang lain – memantapkan kemahiran diri (iv) Mengajak kawan bermain bersama-sama – pada masa lapang – setiap petang – tidak memerlukan tempat yang besar – kawasan perumahan – jiran – tidak membazirkan masa – membuat perkara yang tidak mendatangkan faedah – permainan tradisional – menajamkan akal – mengeratkan hubungan persahabatan Penutup: • Usah memandang rendah terhadap usaha diri – mempengaruhi orang lain – perlu dilakukan sendiri terlebih dahulu – baru dapat mempengaruhi rakan sekeliling kita – setiap pihak perlu memainkan peranan – mengangkat martabat permainan tradisional – imej ditingkatkan – promosi permainan tradisional PT SPM BM F4 4P.indd 2 25/2/2023 10:54:36 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


J3 Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM- Jawapan Domain Pendidikan Pendahuluan: • Berita tentang pengusaha kantin mengabaikan kebersihan kantin semakin kedengaran – mengancam nyawa warga sekolah – kantin – mercu tanda yang perlu dilawati oleh pengunjung ke sekolah – menyedihkan – terdapat pelbagai ciri kantin yang baik Isi-isi penting: (i) Layanan yang mesra – pekerja melontarkan senyuman – tidak sombong – bersikap jujur – menggunakan katakata yang sopan – memenuhi permintaan pelanggan – mematuhi piagam pelanggan – menarik orang ramai berkunjung lagi (ii) Persekitaran yang bersih – mematuhi SOP – dibersihkan dengan kerap – mengosongkan tong sampah – semua peralatan dibersihkan – memakai sarung tangan – memakai pelitup muka – kerusi dan meja disusun kemas – keceriaan dijaga – mewujudkan persekitaran yang kondusif (iii) Juadah yang berkhasiat – mematuhi saranan piramid makanan – kurangkan lemak – kurangkan gula – kurangkan garam – elakkan daripada menjual makanan diproses – kebersihan dijaga – sayur dicuci bersih – menyediakan makanan yang masak – elakkan makanan mentah (iv) Harga berpatutan – tidak terlalu mahal – sasaran pelanggan terbesar ialah murid – ada yang daripada keluarga berpendapatan rendah – tidak mengaut keuntungan secara berlebihan atau terlalu melampau – jujur Penutup: • Mengelakkan berlaku pelbagai masalah – keracunan makanan – kemalangan – menepati ciri-ciri kantin yang bersih dan kemas Domain Kerjaya Pendahuluan: • Alam pekerjaan – fasa dalam kehidupan yang perlu dilalui – mencari pendapatan – persaingan yang kuat – saya perlu bersedia dalam semua aspek – sebelum menempuh alam pekerjaan Isi- isi penting: (i) Memiliki kelayakan akademik dalam pekerjaan – menentukan kerjaya pilihan – kelayakan untuk kerjaya sebagai polis – mesti lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan – kepujian bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan – usaha tangga kejayaan (ii) Sebelum saya menceburkan diri dalam bidang kerjaya – mempunyai kemahiran komunikasi – sentiasa berinteraksi dengan orang ramai tanpa mengira kaum dan agama – mempraktikkan cara berkomunikasi yang berkesan dalam kehidupan seharian – urusan seharian berjalan dengan lancar (iii) Perlu mempunyai ketahanan fizikal dan mental bagi menghadapi alam pekerjaan – faktor fizikal bergantung dengan bidang pekerjaan yang saya pilih – contoh jurutera perlu ke tapak pembinaan – matahari yang terik – dari segi mental – bersedia berurusan dengan rakan pekerja – majikan – pelanggan – memerlukan kesabaran dan kerjasama – bagai aur dengan tebing – kerja menjadi lebih mudah (iv) Saya hendaklah mempertimbangkan tentang prospek pekerjaan berkaitan bidang yang diceburi – membolehkan kadar perbelanjaan dan sumber pendapatan alternatif dapat ditentukan – mengelakkan pembaziran masa, wang dan tenaga – natijahnya – dapat menyeimbangkan kadar perbelanjaan sesuai dengan pendapatan yang diperoleh – menjamin tabungan dan kejadian luar jangkaan – berkhidmat dalam sesebuah sektor pekerjaan – sediakan payung sebelum hujan. Penutup: • Memerlukan pelbagai persediaan yang boleh dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan – persediaan yang mampan bermula awal – tidak mengalami kejutan budaya - melahirkan modal insan yang berguna PRAKTIS 2 Domain Awam Cara-cara Rakyat Menunjukkan Semangat Cinta dan Sayang Akan Negara Oleh: Voon Tze Ming Pendahuluan: • Semangat cinta dan sayang akan negara penting – meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri – negara kita dibina atas usaha tokoh-tokoh dahulu – tidak harus mengecewakan mereka Isi-isi penting: (i) Berusaha membaiki kekurangan diri – menuntut ilmu – memimpin negara – bergerak ke arah kemajuan – mencapai taraf negara maju – kreatif dan inovatif – dipandang tinggi (ii) Mematuhi perlembagaan dan undang-undang – tidak melakukan perkara yang bercanggah – akur dengan pelbagai peraturan – tidak melanggar undang-undang (iii) Membeli produk tempatan – sokongan yang padu terhadap negara – mengutamakan keluaran negara berbanding dengan keluaran negara asing – meningkatkan sumber pendapatan negara (iv) Menyambut hari-hari penting negara – Hari Kebangsaan – Hari Malaysia – memperingati tokoh yang berjasa dan berkorban demi mencapai kemerdekaan negara – menyertai program yang dianjurkan Penutup: • Tanpa negara, siapalah kita – menyumbangkan idea, masa dan tenaga – pembangunan negara – menunjukkan kita bersemangat patriotik Domain Peribadi Pendahuluan: • Malaysia terkenal dengan gugusan pulau yang menawan – pelancong asing suka datang berkunjung – menggerakkan kemajuan industri pelancongan – memerlukan pelibatan segenap lapisan masyarakat Isi-isi penting: (i) Pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu – menawarkan pilihan yang pelbagai – inap desa – menggalakkan masyarakat terlibat – selaras dengan keunikan negara (ii) Pihak kerajaan menganjurkan program bertaraf antarabangsa – meningkatkan aliran masuk pelancong – tertarik oleh program – dijadikan acara tahunan – menyertai program dan melawat (iii) Pihak swasta memperkenalkan pakej pelancongan yang murah – berasa berbaloi – dalam kumpulan – aliran masuk wang bertambah – menambahkan perbelanjaan pelancong di negara kita (iv) Rakyat melayani pelancong dengan sopan – melontarkan senyuman – kemesraan terjalin – budi bahasa budaya kita – kenangan manis – mewujudkan persekitaran yang selesa Penutup: • Sumber pendapatan utama – walaupun Malaysia negara cili padi yang membangun – keunikan, kepelbagaian sumber dan keutuhan organisasi sosial – kelebihan untuk berdaya maju dalam sektor pelancongan – diberi perhatian Domain Pendidikan Pendahuluan: • Pembelajaran secara dalam talian – pendidikan maya – pembelajaran yang dijalankan dalam talian yang memerlukan murid melihat skrin, mendengar serta memberikan respons – terdapat pelbagai kebaikan pembelajaran secara dalam talian Isi-isi penting: (i) Antara kebaikan pembelajaran secara dalam talian – menjadikan penyampaian ilmu cepat dan mudah – maklumat berada di hujung jari – murid dapat melayari Internet untuk mencari maklumat dengan menggunakan enjin pencari – Google dan Yahoo – murid tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung PT SPM BM F4 4P.indd 3 25/2/2023 10:54:36 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J4 (ii) Dengan adanya pembelajaran secara dalam talian – para murid dapat menjalani aktiviti pembelajaran dalam keadaan yang selesa, fleksibel dan jimat dari segi kos – murid hanya memerlukan alat mudah alih seperti telefon bimbit dan komputer riba yang mempunyai sambungan Internet untuk belajar – contoh, jimat kos pengangkutan – tidak perlu keluar dari rumah (iii) Murid boleh memanfaatkan penggunaan e-buku – murid boleh menggunakan e-buku melalui peranti seperti telefon pintar, gajet dan komputer riba – e-buku mudah digunakan dan menjimatkan kos – bentuk e-buku digital lebih tahan lama dan tidak rosak seperti buku bercetak – kebanyakan e-buku adalah percuma dan kalau dijual harganya lebih murah berbanding buku bercetak – e-buku tidak dicetak – lebih mesra alam – tidak memerlukan kertas dan dakwat (iv) Murid boleh mempelajari kemahiran teknikal terapan melalui pembelajaran secara dalam talian – hanya muat turun pemodelan kewangan, kuiz interaktif dan latihan – semua bahan pembelajaran – memberikan pengalaman pembelajaran yang optimum untuk kemahiran teknikal – memerlukan latihan dan pengulangan untuk dikuasai Penutup: • e-pembelajaran mendatangkan seribu satu kebaikan – telah memberi murid kebebasan dan pilihan penyesuaian – menjadikan pembelajaran dalam talian sebagai alternatif yang baik Domain Kerjaya Pendahuluan: • Zaman atom – memperlihatkan perkembangan sains dan teknologi yang pesat – bidang sastera diabaikan – remaja jarang didedahkan – tidak mengenali karya sastera Isi-isi penting: (i) Ibu bapa memberi pendedahan di rumah – membaca karya sastera rakyat kepada remaja di rumah – mengetahui cara hidup dan budaya masyarakat – menghayati keindahan karya sastera – membesar dalam persekitaran yang dikelilingi karya sastera – minat ditingkatkan (ii) Media massa menguar-uarkan maklumat tentang bidang sastera – promosi berterusan – meningkatkan pengetahuan remaja dalam bidang ini – mengetahui peluang kerjaya – membuat perancangan masa depan – remaja lebih bersedia – tidak terlepas peluang yang disediakan (iii) Pihak kerajaan mengadakan aktiviti berkaitan bidang sastera – pameran – mengenali bidang sastera dengan lebih dekat – pelbagai aktiviti boleh dirancang – menarik minat (iv) Syarikat penerbitan menerbitkan lebih banyak karya sastera – sesuai dengan tahap pemikiran remaja – isu yang melingkari alam remaja – lebih senang difahami – dekat dengan kehidupan mereka – jiwa untuk meneruskan usaha dalam bidang sastera Penutup: • Semua pihak berganding bahu – bidang sastera tidak boleh diketepikan – berupaya mengubah pemikiran masyarakat – idea untuk memajukan negara – remaja yang berfikiran terbuka dapat dilahirkan PRAKTIS 3 Domain Awam Pendahuluan: • Kata alu-aluan – tajuk syarahan Isi-isi penting: (i) Masyarakat mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan – bertoleransi apabila menaiki pengangkutan awam – beratur apabila menggunakan kemudahan awam dan semasa membeli barang – sentiasa berbelas kasihan terhadap golongan yang memerlukan – warga emas dan golongan kelainan upaya – melayan mereka secara sopan – tidak berasa diri disisihkan (ii) Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak – pendidikan bermula dari rumah – teladan positif – menyayangi manusia dan haiwan di sekeliling – menerangkan kepentingan di sebalik tindakan itu – supaya anak mengikut jejak langkah ibu bapa – belajar untuk menyayangi orang lain (iii) Sekolah menekankan subjek Pendidikan Moral – guru memandang serius terhadap mata pelajaran ini – mendidik nilai murni dengan memberikan situasi sebenar aktiviti harian – menjalankan aktiviti main peranan bersama dengan murid – mengasihi orang lain (iv) Kerajaan mengadakan kempen kesedaran – mempelbagaikan aktiviti kempen – kempen diadakan di setiap kawasan – secara konsisten – meningkatkan kesedaran – bertujuan untuk mendidik – konsep masyarakat penyayang perlu jelas Penutup: • Konsep perlu disampaikan kepada setiap lapisan masyarakat – kerajaan mengkaji pelaksanaan – rakyat menyokong usaha kerajaan – tepuk sebelah tangan takkan berbunyi Domain Peribadi Pendahuluan: • Zaman moden – pelbagai cara penipuan dan pemalsuan dalam alam siber – semakin berleluasa – ramai telah menjadi mangsa – perlu berwaspada – rasional Isi-isi penting: (i) Berhati-hati melayari pelbagai laman – tidak melayari laman yang tidak diketahui keselamatannya – tidak menerima ajakan atau undangan daripada orang yang tidak diketahui – memastikan sumber berita dalam sesuatu laman itu adalah benar – pastikan laman yang dilayari tidak disenaraihitamkan oleh kerajaan – merujuk maklumat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (ii) Tidak terpengaruh dengan hasutan siber – berfikir secara rasional – menilai setiap maklumat yang diterima – mengelakkan diri daripada berita palsu – mempengaruhi kemampuan kita menganalisis setiap keadaan (iii) Tidak mendedahkan maklumat peribadi yang sulit – tidak memuat naik apa-apa gambar, dokumen atau status yang mengandungi maklumat peribadi – nombor kad pengenalan, nombor akaun bank – mengelakkan penyelewengan maklumat (iv) Menyiasat latar belakang pihak yang berurusan dengan kita – jangan terlalu mempercayai – menanyakan pelbagai maklumat sebelum berurusan – melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya tidak yakin – merekod setiap urusan yang dijalankan Penutup: Kita menjaga diri kita – jangan biarkan hati kita ‘digodam’ – membuat pertimbangan yang waras – fikir dulu sebelum klik Domain Pendidikan Pendahuluan: • Kurang berminat dalam mata pelajaran Sejarah – menganggap bahawa mata pelajaran ini lapuk – tidak sesuai digunakan dalam dunia moden hari ini – sekolah memainkan peranan – mengubah perspektif murid terhadap mata pelajaran ini Isi-isi penting: (i) Mempelbagaikan kaedah pengajaran – menggunakan kaedah yang inovatif – lakonan, bercerita dan didik hibur – mencetuskan minat murid – tidak hanya duduk dan dengar – aktif membina pengetahuan dalam minda sendiri – berupaya mengubah pandangan murid (ii) Merancang aktiviti pembelajaran yang menarik – aktiviti lawatan sambil belajar – tempat-tempat bersejarah – Gua Niah – melihat dengan mata sendiri – merasai kehidupan zaman lampau – belajar secara aktif – membuat kajian lapangan – mewujudkan semangat inkuiri (iii) Memberi kata-kata penguat semangat – dorongan dan galakan – dapat menggerakkan usaha murid – tidak berasa berseorangan sepanjang proses pembelajaran PT SPM BM F4 4P.indd 4 25/2/2023 10:54:36 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


J5 Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM- Jawapan – bimbingan yang mencukupi – memastikan murid menguasai topik demi topik – tidak ketinggalan (iv) Menjemput tokoh-tokoh sejarawan untuk berceramah – ilmu disampaikan melalui pihak yang terlibat secara langsung – lebih jelas tentang jalan cerita – murid akan merebut peluang untuk bertanya Penutup: • Mata pelajaran Sejarah dipelajari bukan untuk lulus dalam peperiksaan – perlu menghayati dan mendalami – mengambil iktibar daripada setiap peristiwa bersejarah – tidak mengulangi kesilapan zaman silam Domain Kerjaya Pendahuluan: • Bidang bahasa – banyak peluang pekerjaan – tidak didedahkan – remaja tidak berminat – tidak berdaya untuk menyertai – tidak mengenali bidang ini – menganggap bidang ini tidak menarik Isi-isi penting: (i) Kerajaan mengadakan kempen – memberi kesedaran – mengikis pandangan remaja yang memikirkan bidang ini tiada masa depan – mengetahui deskripsi tugas bidang bahasa – lebih mendalam – membantu remaja membuat perancangan – minat bertambah (ii) Sekolah mengadakan pelbagai aktiviti berkaitan bahasa – pendedahan awal – memupuk minat dalam seni bahasa – lawatan sambil belajar – membolehkan remaja mendekati bidang bahasa – kuiz bahasa dengan menawarkan hadiah lumayan – mewujudkan persaingan – lebih berdaya maju (iii) Agensi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka turun padang – menimbulkan minat remaja dalam bidang bahasa – mendedahkan pelbagai peluang pekerjaan kepada remaja – membuat persediaan sebelum menempuh alam pekerjaan (iv) Kerajaan bekerjasama dengan pihak tertentu – memperluas peluang pelibatan remaja – tidak hanya fokus kepada kemahiran berbahasa – fokus kepada kemahiran lain – kemahiran bersosial, kemahiran pemasaran – meningkatkan daya saing remaja Penutup: • Perlu didedahkan kepada remaja – belajar bahasa bukan untuk menghadapi peperiksaan – kegunaan harian – meningkatkan kesusilaan bertutur – peluang kerjaya diwujudkan PRAKTIS 4 Domain Awam Pendahuluan: • Pada masa ini – pencapaian atlet-atlet negara – amat mengecewakan – mutu sukan negara mengalami kemerosotan – menimbulkan pelbagai tanggapan negatif – peminat sukan di Malaysia – pelbagai usaha dijalankan – memajukan sukan negara Isi-isi penting: • Usaha primer – menyediakan kemudahan dan peralatan sukan – penting untuk memastikan atlet dapat meningkatkan prestasi sukan pada setiap masa – kemudahan padang, infrastruktur – Peralatan yang lengkap – canggih telah meningkatkan prestasi ahli sukan – stadium tertutup membolehkan latihan dijalankan tanpa dipengaruhi cuaca – sebagai contoh – pembinaan velodrom dan gelanggang badminton amat membantu dalam latihan sukan – perjalanan jadual latihan boleh dijalankan – kemudahan dan peralatan sukan mempertingkatkan pencapaian atlet dan mampu bersaing dengan para atlet dari negara-negara lain • Mengupah jurulatih asing yang profesional – berwibawa – dapat memberikan tunjuk ajar yang bernas – kehadiran jurulatih asing – penting – mempunyai banyak pengalaman dalam merangka latihan yang sistematik dan berasaskan sains – menggunakan teknik latihan yang terkini serta kemahiran bertaraf dunia – dapat melahirkan ahli-ahli sukan yang berkualiti – mutu sukan negara akan meningkat secara mendadak – kehadiran lebih ramai jurulatih asing • Pemberian insentif lumayan – menyuntik semangat baharu kepada ahli sukan untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik – diberikan dalam bentuk wang atau peluang pekerjaan – memikat ahli sukan – ada semangat berjuang – dapat menumpukan perhatian sepenuhnya – tidak perlu risau akan masa hadapan – contoh – insentif kewangan, lesen perniagaan – apabila tidak lagi bergiat dalam sukan – ada jaminan – insentif yang setimpal – berupaya meningkatkan prestasi atlet • Mengadakan program – membentuk ahli sukan sejak peringkat awal lagi – memperkenalkan program-program pemilihan ahli sukan di bangku sekolah – mempunyai bakat yang terpendam dalam bidang sukan – yang terpilih ini akan diberi latihan dalam acara sukan tertentu selain menjalani kehidupan seperti murid biasa di sekolah – memastikan tidak ketinggalan dalam aspek pendidikan – penubuhan sekolah-sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar – melatih ahli sukan sejak di bangku sekolah agar mampu melahirkan lebih ramai bakat-bakat baharu dalam acara sukan Penutup: • Peningkatan mutu sukan negara memerlukan komitmen daripada semua pihak – kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya – slogan “Majulah Sukan untuk Negara” harus dipraktikkan – memastikan mutu sukan di negara ini terus berkembang dengan baik Domain Peribadi Pendahuluan: • Setiap murid pasti mempunyai impian menjadi murid yang cemerlang dalam pelbagai aspek – murid cemerlang laksana benih yang baik, campak ke laut menjadi pulau – murid cemerlang mampu merealisasikan aspirasi negara – bakal menerajui tampuk pemerintahan negara – persoalannya, apakah sebenarnya ciri-ciri murid cemerlang? Isi-isi penting: • Untuk menjadi murid cemerlang – sentiasa menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar di dalam kelas – perhatian dan tumpuan yang diberikan – satu medium pembentukan murid yang cemerlang – meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari – kesannya – para guru akan berasa senang hati ketika mengajar – memberi keberkatan kepada murid untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran – pendek kata, kejayaan seseorang murid disebabkan faktor memberikan sepenuh tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. • Setiap murid hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum – bidang kokurikulum – pelengkap kepada aktiviti kurikulum di bilik darjah – tidak mahu dilabel sebagai ulat buku semata-mata – aktiviti kokurikulum – menggilap bakat kepimpinan, memupuk semangat suka rela dalam perkhidmatan sosial dan mendekati aktiviti kebajikan – para murid dapat menyihatkan tubuh badan mereka – dapat mencerdaskan otak mereka – otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas. • Murid yang cemerlang sentiasa mengisi masa lapang dengan bijak – tidak mensia-siakan setiap saat – masa itu emas – merancang masa dengan menyediakan jadual aktiviti harian – sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan aktiviti berfaedah – mengulang kaji pelajaran, membaca, beriadah – memastikan aktiviti yang dilakukan seimbang – aspek jasmani dan rohani – tegasnya – murid yang berdisiplin dalam pengisian masa dengan aktiviti yang berfaedah dapat dilahirkan. • Murid cemerlang mengikuti ajaran agama – kepercayaan dan kepatuhan kepada suruhan-Nya – menjadi perkara utama dalam kehidupan – agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri murid yang cemerlang – pegangan agama yang kukuh menjadi PT SPM BM F4 4P.indd 5 25/2/2023 10:54:36 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J6 penyuluh dan petunjuk jalan dalam kehidupan murid – sentiasa berada pada jalan kebenaran – agama menjadi pegangan murid yang cemerlang – tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini. Penutup: • Kesimpulannya – bukan mustahil untuk menjadi murid cemerlang – perlu berusaha untuk mencapainya – di mana ada kemahuan, di situ ada jalan – murid cemerlang haruslah sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan setiap masa – mampu melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam pelbagai bidang. Domain Pendidikan Pendahuluan: • Seperti yang kita ketahui, slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” acap kali diuar-uarkan di dada-dada akhbar, di corongcorong radio dan televisyen – sejak berkurun-kurun lamanya bahasa Melayu gah di nusantara – pernah menjadi lingua franca ketika zaman kegemilangan Melaka – Setiap pihak harus menggembleng tenaga dalam memartabatkan bahasa Melayu – menguasai bahasa Melayu – Bahasa Melayu mempunyai pelbagai kepentingan Isi-isi penting: • Kepentingan bahasa Melayu – memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum – rakyat Melayu berkomunikasi sesama warga negara dengan menggunakan satu bahasa – dapat memupuk semangat bersatu padu – bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan melambangkan jiwa bangsa, yakni bangsa Malaysia — bahasa kebangsaan yang satu dan seragam merupakan asas perpaduan sesebuah negara • Dapat menyemarakkan semangat cinta akan negara kita melalui penggunaan bahasa Melayu – slogan “Malaysia Boleh” yang menggunakan bahasa kebangsaan berjaya membangkitkan semangat rakyat Malaysia – lebih mencintai negara – dalam bidang sukan – slogan “Malaysia Boleh” yang dilaung-laungkan dapat menyemarakkan kejayaan atlet dan menyatupadukan rakyat – bahasa Melayu penting dalam memupuk integrasi dan perpaduan kaum • Boleh berkomunikasi dengan mudah – bahasa Melayu menjadi alat perhubungan – boleh meyampaikan mesej dengan mudah – memahami pertuturan orang lain – mengelakkan perselisihan faham – saling menghormati – toleransi – semua lapisan masyarakat menggunakan bahasa Melayu – penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan utama – mengatasi masalah komunikasi • Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmu dalam bidang pendidikan – terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 – bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan – diberikan tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan – dapat berkembang menjadi bahasa yang moden – mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat. Penutup: • Konklusinya – bahasa Melayu – wahana yang sangat penting – kuasai dengan sebaik-baiknya – berbangga menggunakan bahasa kebangsaan – martabat dan nama baik bahasa Melayu wajar dijaga – bahasa Melayu wajar diletakkan pada kedudukan teratas. Domain Kerjaya Pendahuluan: • Memperkenalkan diri sebagai wartawan akhbar tempatan – mengucapkan tahniah atas kejayaan – menyatakan tujuan temu ramah diadakan – mengucapkan terima kasih – sanggup meluangkan masa dan memberi kerjasama untuk menjayakan sesi wawancara itu Isi-isi penting: • Menanyakan perasaannya ketika mendapat tahu bahawa beliau menerima anugerah – berkongsi pengalaman tentang penubuhan syarikat – mengambil kursus dalam pengurusan perniagaan di sebuah institut – mendapatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang perniagaan – membuat keputusan membuka kedai perabot sendiri – mendapatkan pinjaman bank dan wang simpanan • Cabaran dan dugaan yang pernah dihadapi – perniagaan mengalami kerugian – perobot yang dihasilkan kurang laris – tidak putus asa – pelbagai usaha dijalankan – mengadakan kaji selidik untuk mendapatkan maklum balas – produk keluaran syarikat – hasil kajian – membuat perubahan dari segi reka cipta – kualiti perabot – cita rasa dan keperluan pelanggan – perniagaan semakin berkembang – meluaskan perniagaan – mencipta jenama sendiri – mengeskport perabot ke luar negara • Kunci kejayaan sehingga berjaya dalam perniagaan – keazaman dan kesungguhan yang tinggi memacu kejayaan – usaha tangga kejayaan – kejayaan tidak akan tercapai tanpa usaha – melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan – tidak ketinggalan zaman • Pembahagiaan masa bersama keluarga – meluangkan masa pada hujung minggu – keluarga merupakan tulang belakang kejayaan – bertawakal kepada Tuhan – kejayaan bukanlah milik mutlak Penutup: • Mengucapkan tahniah sekali lagi – mendoakan kecemerlangan – nasihat kepada pembaca akhbar – jangan berputus asa ketika berhadapan dengan masalah – gigih berusaha – jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya – mengucapkan terima kasih PRAKTIS 5 Domain Umum Pendahuluan: • Semangat kejiranan – semakin luntur – masyarakat kini lebih mementingkan diri sendiri – enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing – sepatutnya dipupuk – ibu bapa wajar memainkan peranan – memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Isi-isi penting: • Ibu bapa membawa anak-anak – menyertai aktiviti gotongroyong – dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat – semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama sambil berbincang – aktiviti yang akan dilakukan – berbual-bual dan berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain – tak kenal maka tak cinta – setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran – mengeratkan ikatan kejiranan – mengeratkan silaturahim • Ibu bapa – menjadi suri teladan yang baik kepada anakanak – menjadi role model – menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak – anak-anak akan mencontohi teladan yang ditunjukkan – bagaimana acuan begitulah kuihnya – ibu bapa menghulurkan bantuan – jiran-jiran yang memerlukan bantuan – anak akan mengamalkan sikap bantu-membantu dalam kehidupan seharian • Ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya ziarahmenziarahi dalam kalangan masyarakat – membawa anak-anak menziarahi jiran tetangga pada masa-masa yang sesuai – dapat membentuk sifat kasih sayang dan sikap mengambil berat – melawat jiran yang dimasukkan ke hospital atau kurang sihat – dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita – hidup akan menjadi lebih aman dan bahagia • Majlis-majlis rumah terbuka – sempena sesuatu sambutan perayaan – boleh diadakan oleh ibu bapa – dapat mengukuhkan semangat kejiranan – anak-anak juga akan mengenali lebih dekat adat resam sesuatu budaya – dapat menanamkan semangat hormat-menghormati dalam diri anak-anak – mengamalkan semangat perpaduan Penutup: • Kesimpulannya – peranan ibu bapa penting – memupuk semangat kejiranan – menjaga ketenteraman dan keharmonian hidup berjiran – peka dan mengamalkan sikap bertolak-ansur – melahirkan masyarakat yang penyayang dan membentuk perpaduan kaum PT SPM BM F4 4P.indd 6 25/2/2023 10:54:36 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version