The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-04-06 01:32:15

Praktis Topikal Bahasa Melayu T4

Price
WM: 7.50 EM: 8.50

J7 Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM- Jawapan Domain Peribadi Pendahuluan: • Akhlak – pembawaan pekerti yang baik – akhlak ialah budi pekerti, perangai, tingkah laku, atau tabiat – usaha proaktif setiap pihak mampu membentuk dan mencorak akhlak terpuji dalam diri seseorang Isi-isi penting: • Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak – ibu bapa merupakan guru pertama kepada anak-anak – ibu bapa mencerminkan sahsiah peribadi anak-anak – menghormati orang yang lebih tua dan masyarakat – datuk, nenek dan guru – mengelakkan masalah keruntuhan akhlak baik golongan remaja mahupun dewasa – bapa borek anak rintik – melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia • Pihak sekolah melalui guru – menerapkan pembentukan akhlak terpuji dalam pembelajaran dan pemudahcaraan – melalui akademik dan kokurikulum – guru menyemai nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur dan berbudi bahasa – Budi Bahasa Budaya Kita • Peranan masyarakat sangat penting sebagai mata dan telinga – masyarakat melaporkan masalah keruntuhan akhlak kepada pihak berkuasa – boleh menghubungi pihak berkuasa – polis, JPJ – kes-kes salah laku seperti penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dapat dikurangkan – sebelum nasi menjadi bubur • Pihak kerajaan berperanan – mengadakan kempen kesedaran yang efektif – berupaya membentuk satu kesedaran dalam naluri setiap individu – kempen seperti “Kami Prihatin” haruslah dilakukan secara berterusan – bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam – kempen ini dapat memastikan golongan yang disandarkan harapan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara – dibasahi sahsiah-sahsiah yang mulia Penutup: • Kesimpulannya – semua pihak – memikul dan melaksanakan obligasi masing-masing dengan sempurna – usaha untuk membentuk akhlak yang terpuji dalam diri seseorang tercapai – melahirkan masyarakat yang bersahsiah mulia Domain Pendidikan Pendahuluan: • Lidah pendeta – membaca jambatan ilmu – membawa maksud – amalan membaca dapat membantu kita menambahkan pengetahuan – wajar untuk kita jadikan sebagai motto atau azimat dalam kehidupan seharian – menghidupkan lagi budaya membaca dalam kalangan masyarakat di negara kita. Isi-isi penting: • Pelbagai langkah perlu dilakukan – menghidupkan amalan ini kembali – menanam minat untuk membaca – tak kenal maka tak cinta – membiasakan diri dengan amalan membaca – ibu bapa memainkan peranan penting – menyemai minat membaca – anak – anak – melentur buluh biarlah waktu rebung – terdedah dengan pelbagai bahan bacaan – memupuk minat membaca – keberkesanan pengaplikasian amalan membaca dalam kehidupan seharian • Membaca buku – menambahkan pengetahuan – ilmu penyuluh kehidupan – melalui pembacaan – dapat mengetahui isu-isu semasa sama ada yang berlaku di dalam negara atau di luar negara – minat membaca mampu melonjakkan pembangunan dan kemajuan dalam kehidupan masyarakat majmuk Malaysia yang berorientasikan sains dan teknologi • Tabiat membaca – pemangkin kemajuan negara – kemajuan sesebuah negara tidak dilihat pada pembangunan fizikal semata-mata – diukur pada kemajuan intelektual rakyatnya – rakyat berilmu mencerminkan kemajuan sesebuah negara – taraf pendidikan di negara kita turut meningkat dalam usaha melahirkan rakyat bertamadun tinggi – sejarah membuktikan bahawa pembangunan tamadun keintelektualan manusia bermula daripada buku – pendek kata – tabiat membaca – dapat melahirkan modal insan bertaraf dunia • Amalan membaca – dijadikan suatu budaya dalam kehidupan – tidak seharusnya terbatas di sekolah, kolej atau universiti semata-mata – patut dikembangluaskan dalam kehidupan masyarakat – yang sering dikaitkan seperti katak di bawah tempurung – dapat menimba dan menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman – mereka tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dan pembangunan global Penutup: • Amalan membaca sememangnya penting – perlu diamalkan dalam kehidupan – membaca jambatan ilmu – masyarakat membudayakan amalan membaca – melahirkan modal insan pertama – menjadikan negara kita sebagai sebuah negara maju akan dapat dicapai Domain Kerjaya Pendahuluan: • Sektor pertanian sangat penting – telah menjadi penyumbang utama pembangunan negara – dapat membantu meningkatkan pendapatan negara – secara tidak langsung dapat membantu ekonomi negara kita – negara kita masih lagi mengimport tenaga asing dalam sektor perladangan – golongan muda masih tidak peduli tentang sektor pertanian – sektor ini mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan – langkah-langkah jitu perlu terus dilakukan oleh golongan belia untuk melibatkan diri dalam sektor pertanian Isi-isi penting: • Memberikan kemudahan kredit kepada golongan belia – salah satu langkah – meningkatkan pendapatan dalam sektor pertanian – faktor utama sektor ini kurang berkembang – disebabkan ramai di antara golongan belia yang berminat menceburi bidang pertanian – dihambat kemiskinan dan kekurangan modal – mereka tidak mampu membeli dan memiliki jentera-jentera canggih – benihbenih yang bermutu – memperluas tanah pertanian – kerajaan memberikan peruntukan dan amanah yang besar kepada Agro Bank dan Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) – membantu golongan belia – memperluas aktiviti memproses hasil pertanian – meningkatkan kegiatan pertanian mereka • Pihak sekolah menawarkan subjek Sains Pertanian kepada murid-murid tanpa mengira kemampuan akademik – subjek Sains Pertanian – dapat memperkembangkan minat dan menghargai pertanian terutamanya yang berkaitan dengan pertanian di Malaysia – memperkukuh asas kerjaya dalam bidang pertanian – penawaran subjek Sains Pertanian – boleh memberi suntikan baharu kepada bidang pertanian – anak-anak yang masih di bangku sekolah didedahkan dengan ilmu pertanian – melahirkan generasi yang cinta akan pertanian • Langkah seterusnya – melalui agensi-agensi kerajaan – golongan belia pada hari ini masih dangkal tentang pertanian moden – Agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN), Pihak Berkuasa Pekebun Kecil (RISDA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) – penggerak kepada petani – menggalakkan golongan belia terlibat dalam bidang pertanian – menyediakan khidmat kursus dan latihan, memberi pinjaman modal dan mempromosikan hasil pertanian • Selain agensi-agensi kerajaan – pihak kerajaan – menjalankan kempen kepentingan sektor pertanian – manfaat-manfaat sektor pertanian – disebarkan melalui media sosial – media massa – belia mempunyai akaun peribadi – aplikasi sosial – persepsi belia akan berubah – peka skop dalam bidang pertanian – menyedarkan belia – potensi-potensi tersembunyi di sebalik sektor ini – minat sektor pertanian Penutup: • Golongan belia – mengubah persepsi mereka terhadap bidang pertanian – tidak menganggap bidang ini tidak relevan lagi dengan hasrat kerajaan untuk muncul sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi – semua pihak bekerjasama – merealisasikan impian negara untuk melahirkan lebih ramai golongan belia yang menceburi bidang pertanian PT SPM BM F4 4P.indd 7 25/2/2023 10:54:36 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J8 TOPIK 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa PRAKTIS 1 Morfologi Kata Nama Terbitan: kewujudan, batuan, dapatan, pembentukan, penggemblengan, kejayaan, georimba Kata Hubung: yang, dan, bahawa Bina ayat: • Laporan perlu disediakan untuk menerangkan dapatan kajian yang diperoleh. • Kejayaan Malaysia dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 disanjung oleh negara lain. • Komputer riba yang saya gunakan ialah hadiah daripada ibu. • Pihak polis mengatakan bahawa suspek itu telah dihantar ke hospital. Sintaksis 1 Jangan salah faham. – Ayat Perintah 2 Saya dan Rina jumpa diari kamu di koridor semalam. – Ayat Penyata 3 Saya ada pergi ke rumah kamu. – Ayat Penyata 4 Saya ketuk pintu banyak kali tapi tiada yang membuka pintu. – Ayat Penyata 5 Mungkin tiada orang di rumah kamu ketika itu. – Ayat Penyata 6 Oh, rupa-rupanya! – Ayat Seruan 7 Muka Sophia tegang dan dia memikirkan sesuatu. – Ayat Penyata 8 “Sophia, kamu baik-baik sahaja, kan?” tanyaku. – Ayat Tanya (Pilih enam ayat sahaja) Penyuntingan Bahan 1 Salah Betul sekaki sebatang peanginan peranginan Siapa Sesiapa berkemah berkhemah pengurus pengurusan batu-bata batu bata jika sekiranya jika / sekiranya dikatakan oleh saya saya katakan Bahan 2 Salah Betul menghubung menghubungkan mengisahkan tentang mengisahkan cita-cita hajat melansaikan melangsaikan racun beracun koloni kolonial Bahasa Melayu Standard Kemudian, seorang yang mengerat kepala Kertala Sari datang lalu membawa kepala itu menghadap raja dan berkata, “Inilah bukti patik membunuh penjurit pada malam tadi.” Oleh itu, kaki tangan Kertala Sari yang habis dikeratnya dibawa untuk menghadap raja. Baginda pun berasa hairan. Baginda bertitah kepada Bendahara, “Eh mamak Bendahara, kita juga berasa hairan terhadap kelakuan ini. Siapakah yang benar-benar membunuh Kertala Sari?” Peribahasa (i) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak / di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. (ii) Usaha tangga kejayaan / hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / ringan tulang (iii) Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara (iv) Jauh berjalan luas pandangan (Pilih dua peribahasa sahaja) PRAKTIS 2 Morfologi Kata kerja: menyebabkan, mencari, mencipta, mewujudkan, memperkaya, menggantikan, menyerlahkan Kata hubung: dan, bagi, malahan Bina ayat: • Ayah sedang mencari kain selendang untuk ibu. • Guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik. Sintaksis • Tugas murid berbilang kaum telah dibahagikan oleh mereka sebelum gotong-royong bermula. • Kawasan surau dibersihkan oleh kebanyakan murid aktif tanpa mengira di dalam surau mahupun di sekitar kawasan surau. • Sikap perkauman tidak ditunjukkan oleh mereka ketika melakukan aktiviti khidmat masyarakat tersebut. Penyuntingan Salah Betul Selain daripada Selain kepentingan penting wujud mewujudkan kraftangan kraf tangan carian pencarian Di atas Atas maksima maksimum ialah untuk adalah untuk Antara langkah-langkah Antara langkah/Langkah-langkah dan dengan Tidak dapat dinafikan Tidak dapat dinafikan bahawa kompitetif kompetitif mengamit menggamit Bahasa Melayu Standard Setelah Patih Gajah Mada sudah berfikir, dia ingat akan Petala Bumi itu. Patih Gajah Mada segera menyuruh orang bawahan pergi mencari isteri Petala Bumi untuk menanyakan sama ada anaknya, Kertala Sari yang telah pergi ke Negeri Daha untuk mencuri telah kembali atau tidak. Orang bawahan Patih Gajah Mada pergi mencari isteri Petala Bumi. Peribahasa 1 Bagai itik mendapat air 2 Condong diumpil, lemah dianduh PRAKTIS 3 Morfologi Kata Adjektif: sesuai, utama, mudah Kata kerja terbitan: bersiap sedia, merentasi, mengantuk, disorongkan, memasuki, menjadi Bina ayat: • Peranan utama remaja adalah melibatkan diri dalam pembangunan negara. PT SPM BM F4 4P.indd 8 25/2/2023 10:54:36 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


J9 Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM- Jawapan • Sesuatu perkara akan menjadi mudah apabila kita kerap melakukannya. • Guru menegur Haziq yang mengantuk semasa sesi pembelajaran dijalankan. • Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Sintaksis • Tuk Mat tidak pernah melukakan hatiku (FN + FK) • Aku payah untuk melupakan kenangan bersama Tuk Mat (FN + FA) • Aku benar-benar rindu akan kasih sayang Tuk Mat (FN + FA) Penyuntingan Salah Betul bagai pelbagai setengah sesetengah terjadi menjadi penggunanya penggunaannya koporat korporat bahasa Inggeris kedudukan kedudukan bahasa Inggeris memahiri memahirkan sejak dari sejak / dari memberi memberikan ibonda ibunda mengundangkan mengundang perlu kita berusaha kita perlu berusaha Rakyat Malaysia rakyat Malaysia Bahasa Melayu Standard Laksamana mengarahkan orang bawahannya membawa semua senjata yang pelbagai seperti lembing, tombak dan kayu. Mereka telah diatur untuk menjaga di sekitar kawasan istana. Dia pun menggunakan sihir, semua senjata tombakmenombak dan tetak-menetak sendiri serta kayu palumemalu. Bunyi yang dikeluarkan itu sangat kuat. Peribahasa 1 pisang tidak berbuah dua kali 2 sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan PRAKTIS 4 Morfologi Kata nama: graduan, pekerjaan Kata hubung: dan, kerana Bina ayat: • Setiap graduan mesti melengkapkan diri dengan elemen kepimpinan yang baik. • Ali dan Aiman tidak hadir ke sekolah pada hari ini kerana demam. Sintaksis 1 Pemilihan calon angkasawan pertama negara tidak menghadapi sebarang masalah kerana ramai peserta telah menawarkan diri untuk menyertainya. Subjek: Pemilihan calon angkasawan pertama negara Predikat: tidak menghadapi sebarang masalah kerana ramai peserta telah menawarkan diri untuk menyertainya. 2 Kejayaan program ini memberikan impak yang besar kepada negara untuk terus maju dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Subjek: Kejayaan program ini Predikat: memberikan impak yang besar kepada negara untuk terus maju dalam bidang penerokaan angkasa lepas. 3 Negara dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara yang sudah maju dalam bidang tersebut. Subjek: Negara Predikat: dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara yang sudah maju dalam bidang tersebut. Penyuntingan Bahan 1 Salah Betul di dalam dalam pada kepada kelengkapan pelengkap Kempen budi bahasa Kempen Budi Bahasa semua pihak-pihak Semua pihak warga negara warganegara Bahan 2 Salah Betul dengan untuk antara persediaan-persediaan antara persediaan yang tertinggi sekali yang tertinggi pra syarat prasyarat pelajaran akademik Bahasa Melayu Standard • Tindakan Laksamana setelah pemilik harta menyerahkan semua harta kepadanya adalah dengan membahagikan harta kepada tiga bahagian dan mengambil satu bahagian harta. • Satu bahagian yang diambil dibahagikan kepada tiga bahagian; satu bahagian didermakan kepada fakir miskin, satu bahagian didermakan kepada pegawai yang tidak ada jawatan, manakala satu bahagian didermakan kepada pengikutnya. • Semua harta yang diserahkan telah habis dibahagikan. Laksamana tidak mengambil apa-apa harta. Peribahasa • Lain orang yang makan nangka lain orang yang kena getah • Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga • Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya PRAKTIS 5 Morfologi Kata adjektif: tinggi, baik Kata ganda: kolej-kolej, institusi-institusi Bina ayat: • Lelaki yang tinggi itu adik saya. • Universiti Malaya mempunyai kolej-kolej kediaman. Sintaksis • Murid dibentuk oleh guru untuk menjadi warganegara dan rakyat yang berguna kepada negara. • Selain itu, warganegara yang cinta akan negara telah banyak dilahirkan oleh guru untuk membangunkan negara. • Oleh itu, guru harus kita doakan pada setiap hari kerana jasa guru tidak ternilai dan harus dikenang sampai bilabila. Penyuntingan Salah Betul konklusif kondusif diwujudkan mewujudkan pada kepada PT SPM BM F4 4P.indd 9 25/2/2023 10:54:36 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J10 Salah Betul falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Setiap murid-murid setiap murid di antara antara pelajaran pembelajaran mereka miliki dimiliki oleh mereka di kalangan dalam kalangan buruk lemah inspirasi aspirasi ialah adalah sessi sesi Bahasa Melayu Standard Kertala Sari berhenti sebentar di luar bandar masyarakat Jawa. Kertala Sari menyamar diri sebagai sebahagian daripada masyarakat Jawa. Kertala Sari bergaul dengan orang kaya dan saudagar. Peribahasa • masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak – di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung • alang-alang berdakwat, biarlah hitam – genggam bara api biar sampai jadi arang • bagai ikan pulang ke lubuk – bagai belut pulang ke lumpur PRAKTIS 6 Morfologi Kata sendi nama: pada, di Kata kerja: menubuhkan, melahirkan Bina ayat: • Saya akan menunggang basikal pada waktu lapang. • Kerajaan telah menubuhkan balai raya di Kampung Jepak. Sintaksis • Setiap manusia memerlukan makanan untuk hidup. • Pengambilan makanan seimbang penting untuk memastikan seseorang itu mencapai taraf kesihatan yang baik. • Orang ramai perlu banyak mengambil makanan yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran kerana mengandungi sumber vitamin, mineral dan serat. Penyuntingan Bahan 1 Salah Betul di pada adalah ialah menggalakan menggalakkan di dalam dengan agar memperkukuhkan memperkukuh Bahan 2 Salah Betul mendatangi mendatangkan Hal ini kerana Hal ini dikatakan demikian kerana di dalam dalam dari daripada Oh! Begitu. Oh, begitu! Bahasa Melayu Standard Kertala Sari yang datang dari Daha telah mencuri hartaharta dan mencabuli isteri-isteri orang lain. Setelah Kertala Sari pulang ke rumah, dia bertanya kepada ibunya tentang ayahnya kerana tidak menjumpai ayah di rumahnya. Ibu Kertala Sari terus menangis lalu memberitahu Kertala Sari bahawa bapanya sudah mati dibunuh oleh Laksamana Hulubalang Ratu Melaka selepas mendengar pertanyaan anaknya itu tentang bapanya. Peribahasa • Bagai aur dengan tebing – Bagai isi dengan kuku/Bagai dakwat dengan kertas • Usaha tangga kejayaan – Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan/Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang/Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya • Muafakat membawa berkat – bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat TOPIK 4 Pemahaman PRAKTIS 1 Petikan Umum (i) Berdasarkan Bahan 1, maksud pelan komprehensif ialah perancangan yang luas liputannya dan lengkap atau menyeluruh. (ii) Langkah-langkah melestarikan alam sekitar adalah dengan mewujudkan sistem pengangkutan baharu oleh pihak kerajaan. Selain itu, rakyat juga perlu mengurangkan atau menghapuskan terus penggunaan kenderaan bermotor. Akhir sekali, pelbagai program dan aktiviti yang berkaitan seperti acara penanaman pokok perlu diadakan. (iii) Pada pendapat saya, pencemaran alam sekitar boleh menjejaskan kesihatan manusia khususnya kesukaran untuk bernafas. Selain itu, kehidupan seharian penduduk mungkin terganggu kerana kekurangan sumber makanan dan sumber ekonomi akibat berlakunya pencemaran alam sekitar. Di samping itu, penipisan lapisan ozon akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat pencemaran udara. (iv) Saya akan menasihati anak saya supaya menjaga kebersihan di kawasan sekolah. Selain itu, saya akan menegur anak saya supaya mengutip semula sampah tersebut dan membuang sampah ke dalam tong sampah. Bukan itu sahaja, saya akan menegur anak saya supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Akhir sekali, saya akan memberi peringatan kepada anak saya bahawa penjagaan kebersihan di tempat awam merupakan tanggungjawab semua individu. Petikan Sastera (i) Berdasarkan Bahan 2, maksud tamadun bangsa ialah peradaban manusia yang dibina oleh kaum tertentu. (ii) Berdasarkan semua bahan, kepentingan penguasaan bahasa Melayu ialah bahasa Melayu melambangkan jati diri warganegara. Bahasa Melayu juga penting kerana melambangkan keutuhan bangsa dan negara kita. Selain itu, bahasa Melayu dapat merapatkan ukhuwah antara rakyat berbilang kaum di negara kita agar kehidupan kekal harmoni. Akhir sekali, bahasa Melayu merupakan warisan negara yang tidak ternilai dan melambangkan identiti bangsa Malaysia. (iii) Pada pendapat saya, langkah-langkah memartabatkan bahasa Melayu ialah pihak sekolah perlu mempergiatkan Minggu Bahasa Melayu dengan PT SPM BM F4 4P.indd 10 25/2/2023 10:54:36 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


J11 Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM- Jawapan penganjuran pelbagai program menarik agar murid lebih menghargai bahasa kebangsaan. Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka perlu menerbitkan bukubuku pengistilahan dan glosari dalam bahasa Melayu yang mencakupi pelbagai bidang. Di samping itu, kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu baik dalam sektor awam mahupun sektor swasta. (iv) Sebagai seorang guru bahasa Melayu, antara nasihat yang akan saya berikan kepada rakan saya ialah setiap warga Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu agar bahasa kebangsaan tidak terpinggir. Selain itu, saya akan berkongsi dengan rakan saya tentang kejayaan pengkaji bahasa tempatan yang telah mempromosikan bahasa Melayu di persada dunia dalam bidang akademik atau pengkajian bahasa. Seterusnya, penganjuran Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu di negara kita telah membuktikan bahawa bahasa Melayu berjaya menarik perhatian warga asing untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu. Akhir sekali, bahasa Melayu juga mempunyai nilai ekonomi khususnya dalam dunia pekerjaan seperti bidang terjemahan dan diplomasi. Novel (i) Keris melambangkan kekuatan pahlawan Melayu. Bukan itu sahaja, keris juga melambangkan keberanian yang dimiliki oleh pahlawan Melayu. Selain itu, pahlawan Melayu Melaka menentang orang Inggeris bersenjatakan keris. Di samping itu, pahlawan Melayu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman dan Datuk Siamang Gagap bersenjatakan keris semasa bertempur dengan askar Inggeris. Leftenan Adnan Wira Bangsa • Masyarakat yang menjadi tali barut penjajah Contoh: Samad telah menjadi tali barut Jepun dengan menyampaikan maklumat dan mengintip kedudukan tentera British di Pasir Panjang. • Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan Contoh: Jasad Leftenan Adnan digantung di pokok ceri dan ditikam oleh Leftenan Renya Mutuguchi dengan bayonet di bahagian perut dan diikuti oleh tentera-tentera Jepun sehingga tubuhnya berkecai. Di Sebalik Dinara • Masyarakat yang mementingkan diri sendiri Contoh: Watak seorang wanita di lapangan terbang yang bercakap menerusi telefon dengan suara yang kuat tanpa mempedulikan orang yang ada di sekelilingnya sehingga menyebabkan Farisha berasa jengkel. • Masyarakat yang melakukan penculikan Contoh: Medina sanggup mengupah Farid dan Amin untuk menculik Farisha untuk berjumpa dengannya semata-mata untuk menyatakan bahawa dia amat menyayanginya, Jendela Menghadap Jalan • Masyarakat yang melakukan keganasan rumah tangga Contoh: Saman merupakan seorang yang panas baran, pemabuk, kaki judi dan sering memukul isterinya, Che Jah sebagai mangsa kemarahannya. • Masyarakat yang buruk sangka Contoh: Penduduk kampung buruk sangka dan menuduh Haji Abd. Rahman merupakan orang yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju. Pantai Kasih • Masyarakat yang mengalami krisis rumah tangga. Contoh: Rumah tangga Doktor Sadiz dan Doktor Raiha mula bergolak apabila Doktor Raiha menolak permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan kandungannya. Walaupun tidak sehaluan lagi, Doktor Sadiz tidak mahu menceraikan Doktor Raiha. • Masyarakat yang mementingkan keuntungan sematamata berbanding dengan nilai kemanusiaan Contoh: Doktor Uwang merawat pesakitnya dengan motif untuk mengaut keuntungan yang banyak. Dia sanggup membeli peralatan yang murah dan berkualiti rendah untuk digunakan dalam pembedahan terhadap pesakit kelas menengah bawah dan kelas pertengahan. PRAKTIS 2 Petikan Umum (i) Berdasarkan Bahan 2, maksud merentas halangan ialah melintasi rintangan. (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, murid-murid wajib menyertai satu aktiviti sukan dan aktiviti kokurikulum. Dasar 1Murid 1Sukan hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal, manakala aktiviti kokurikulum merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan permainan, persatuan dan kelab serta penyertaan dalam pasukan pakaian seragam. (iii) Pada pendapat saya, faktor yang menyebabkan muridmurid tidak melibatkan diri dalam aktiviti ini kerana murid menganggap pelibatan mereka dalam aktiviti ini hanya membuang masa kerana tidak mendatangkan faedah kepada mereka. Selain itu, jadual harian yang padat seperti menghadiri kelas tuisyen menjadi satu faktor aktiviti ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan murid. (iv) Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan murid menyertai aktiviti-aktiviti tersebut ialah pihak sekolah perlulah menjalankan pemantauan terhadap aktiviti yang dijalankan dari semasa ke semasa. Selain itu, pihak sekolah seharusnya menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab yang baharu yang sesuai dengan minat dan kemahiran para murid. Petikan Sastera (i) Berdasarkan Bahan 2, maksud begitu tulus ialah terlalu ikhlas. (ii) Berdasarkan semua bahan, masalah yang dihadapi oleh Ramli dan Azizah ialah mereka tidak mampu membeli hadiah mahal kepada guru kesayangan mereka kerana masing-masing berasal daripada keluarga yang miskin. (iii) Pada pendapat saya, cara-cara kita menghargai Hari Guru adalah dengan menghadiahkan kejayaan dalam bidang-bidang yang kita ceburi di sekolah dan membantu guru seperti membawa buku dan beg guru ke bilik guru supaya dapat meringankan beban guru. (iv) Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membantu golongan tersebut adalah dengan memberikan pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan keperluankeperluan lain persekolahan murid secara percuma. Selain itu, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), iaitu sarapan pagi turut diberikan secara percuma kepada murid sekolah yang kurang berkemampuan. Guru-guru juga boleh menyediakan kelas tuisyen secara percuma kepada murid miskin. Novel (i) Ibu kandung Farisha seorang yang taasub dengan sains dan seorang yang kejam kerana sanggup mengorbankan anak sendiri demi sains. (ii) Leftenan Adnan Wira Bangsa Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Leftenan Adnan dalam novel ini. Latar tempat yang pertama adalah di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Adnan dan Mamat menjalani latihan ketenteraan di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Daripada seribu orang yang memohon hanya 25 orang sahaja yang terpilih dalam pasukan yang digelar Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka telah menjalani latihan ketenteraan selama setahun di kem tersebut. PT SPM BM F4 4P.indd 11 25/2/2023 10:54:37 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J12 Latar tempat yang kedua adalah di Kampung Sungai Ramal. Di sinilah tempat Adnan dan Budin berlawan tinju. Kekalahan pasukan bola sepak dari Sungai Merab dengan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal menyebabkan perasaan tidak puas hati. Pasukan bola sepak dari Sungai Merab mencadangkan perlawanan tinju antara jaguh keduadua buah kampung. Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana menganggap pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan. Di Sebalik Dinara Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Farisha dalam novel ini. Latar tempat yang pertama adalah di Soft Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke Soft Lab selepas menculiknya. Pertemuan antara Marilyn dengan Karl (Karl yang menguasai tubuh Shida) telah mengungkai peristiwa lama berkaitan hubungan mereka berdua dan punca Farisha terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Di sini jugalah, Farisha mengetahui bahawa Karl ialah bapa kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui bahawa dialah yang menyerahkan Farisha kepada keluarga Azraai. Latar tempat yang kedua adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah tempat pertemuan pertama Farisha dengan Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Farisha tertarik dengan rupa paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal terbang pula, Farisha dan Aqram duduk bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk mendekati Farisha. Dia telah mengambil cawan minuman Farisha ketika Farisha sedang tidur. Jendela Menghadap Jalan Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Lili dalam novel ini. Latar tempat yang pertama adalah di Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di Pekan Sentosa sebelum meneruskan perjalanan ke kampung datuk neneknya. Sebaik-baik sahaja turun dari bas, Lili diikuti oleh seorang pemuda Cina yang disangkanya cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina itu ingin menyerahkan buku kepunyaan Lili yang tertinggal di dalam bas. Latar tempat yang kedua ialah di balai raya Kampung Sentosa. Mesyuarat tergempar diadakan di balai raya pada pukul 10:00 pagi yang turut dihadiri oleh Kak Mimah dan rakannya, Nadia. Che Jah bersetuju supaya suaminya diambil tindakan kerana dia sudah tidak tahan dengan perbuatan suaminya. Lili memberikan cadangan agar suami Che Jah dihantar ke pusat pemulihan akidah. Kak Mimah bersetuju dengan cadangan Lili dan kemudiannya meminta Che Jah membuat laporan polis agar bantuan kewangan dan sumbangan dapat disalurkan kepada keluarga Che Jah. Pantai Kasih Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Doktor Raiha dalam novel ini. Latar tempat yang pertama adalah di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Doktor Raiha telah melakukan pembedahan terhadap Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan dilakukan di PRPK. Kereta Doktor Uwang telah terbabas dan melanggar tembok garaj PRPK. Doktor Uwang yang terhimpit dalam keretanya dibawa ke bilik rawatan kecemasan. Doktor Uwang telah menjalani operasi penggantian sendi pada anggota tubuhnya yang rosak. Akibat kemalangan tersebut, lutut dan sebelah pergelangan tangannya hancur. Latar tempat yang kedua adalah di mahkamah keluarga. Di sinilah tempat berlakunya perbicaraan kes keluarga antara Doktor Sadiz dan Doktor Raiha berkaitan punca kematian Ayu berlaku di mahkamah keluarga. Di sini jugalah tempat Doktor Sadiz menyatakan bahawa Doktor Raiha akan digantung tanpa bertali sampai bila-bila. Doktor Raiha sedih kerana kemenangan berpihak kepada Doktor Sadiz apabila saksi tidak hadir. PRAKTIS 3 Petikan Umum (i) Berdasarkan Bahan 1, maksud merentas pemikiran ialah melintasi untuk memikirkan sesuatu. (ii) Persamaan kepentingan KBAT kepada murid dalam kedua-dua bahan ialah guru-guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran, iaitu tidak terhad kepada buku teks dan lembaran kerja sahaja. Selain itu, murid dapat mengembangkan potensi murid dan melahirkan murid yang berkemampuan menyelesaikan masalah dalam kehidupan. (iii) Pada pendapat saya, peta pemikiran i-Think dapat memudahkan kita untuk memahami sesuatu tajuk dengan cepat terutamanya semasa membuat ulang kaji pelajaran atau bahan bacaan. Selain itu, i-Think juga memudahkan kita untuk membuat nota bagi sebarang sumber sama ada daripada bahan bacaan, kuliah, taklimat, dan sebagainya dan i-Think dapat meningkatkan daya ingatan kita dalam mengingat sesuatu isi penting terutamanya bagi sesuatu tajuk yang susah dan rumit. (iv) Guru boleh memanfaatkan perisian seperti power point untuk mencipta permainan bahasa. Selain itu, perisian Photoshop digunakan untuk mengedit dan menghasilkan poster yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran. Aplikasi Google Classroom sangat bermanfaat kerana dapat membimbing murid ke arah KBAT pada peringkat awal dan seterusnya dapat membangunkan KBAT dalam kalangan murid untuk jangka panjang. Petikan Sastera (i) Berdasarkan Bahan 2, maksud sikap dan gelagat ialah perangai dan gerak-geri. (ii) Masalah-masalah buruk yang terdapat dalam kesemua bahan di atas ialah nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan dan bahasa Melayu yang semakin diketepikan terus dipinggirkan oleh semua pihak. Selain itu, pencemaran bahasa juga berlaku kerana anak muda digambarkan menjual bahasa ibunda mereka. (iii) Pada pendapat saya, antara faktor pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat kerana bahasa yang digunakan oleh media massa kebanyakannya menggunakan bahasa rojak, iaitu percampuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris telah menjadi ikutan pengguna. Di samping itu, pengetahuan yang lemah juga penyumbang ke arah pencemaran bahasa kerana mereka tidak peka terhadap bahasa yang digunakan dalam berkomunikasi. (iv) Sebagai seorang guru yang prihatin, saya akan menegur dan membetulkan kesalahan murid untuk memastikan mereka belajar daripada kesalahan mereka agar kesalahan tersebut tidak akan diulang lagi. Selain itu, saya juga akan bekerjasama dengan guru-guru yang lain dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahasa seperti pertandingan pidato, kuiz bahasa supaya mereka dapat belajar tentang bahasa yang betul. Selain itu, saya juga akan mengambil tindakan terhadap murid yang menggunakan bahasa rojak agar isu pencemaran bahasa dalam kalangan murid dapat dikurangkan. Novel (i) Berdasarkan petikan novel, Azraai telah menukarkan sistem keselamatan apartmen Farisha dengan memasang retinal scanner dan menyambungkan intercom apartmen Farisha dengan rumahnya demi memperketat kawalan keselamatan adiknya. (ii) Leftenan Adnan Wira Bangsa Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib. Tema novel ini adalah tentang keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan PT SPM BM F4 4P.indd 12 25/2/2023 10:54:37 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


J13 Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM- Jawapan tanah air. Bukti yang pertama ialah keberanian menganggotai Rejimen Askar Melayu walaupun mengetahui risiko sebagai askar. Adnan berani menganggotai Rejimen Askar Melayu dan sanggup menjalani latihan ketenteraan yang keras dan penuh disiplin di Kem Haig Lines, Port Dickson. Adnan dilatih menggunakan senjata api, teknik mempertahankan diri dan gerak tempur. Adnan turut mempelajari ilmu agama dan undang-undang. Hasil keberanian Adnan akhirnya beliau muncul sebagai rekrut terbaik. Bukti yang kedua ialah keberanian dalam usaha untuk mempertahankan negara ini daripada dijajah oleh tentera Jepun. Adnan sanggup terkorban di tangan Jepun demi memastikan Bukit Candu tidak jatuh ke tangan Jepun. Walaupun semua askar Melayu telah terkorban dan yang tinggal hanya Leftenan Adnan dan Koperal Yaakob, Leftenan Adnan tetap terus berjuang menentang Jepun. Selepas senjata api mereka kehabisan peluru, Leftenan Adnan terus bertempur menggunakan bayonet hingga akhirnya beliau ditangkap lalu dibunuh dengan kejam oleh tentera Jepun. Di Sebalik Dinara Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Tema novel ini adalah tentang ketaasuban terhadap teknologi hingga menghilangkan sifat kemanusiaan. Bukti yang pertama ialah pakar penggodam sistem pengkomputeran menjadi mangsa kepada ayah kandungnya sendiri. Karl yang taasub untuk mencipta sesuatu yang baharu telah mengorbankan nilai-nilai kemanusiaan asalkan hajatnya tercapai sehingga sanggup menjadikan Farisha, anaknya sendiri sebagai bahan uji kaji dengan memasukkan mikrocip dalam badan Farisha sejak dia kecil lagi agar dia mewarisi kebijaksanaan Karl. Bukti yang kedua ialah sikap seseorang yang sanggup melenyapkan pesaingnya. Karl yang taasub dengan teknologi telah hilang sifat kemanusiaan apabila dia sanggup melenyapkan Marilyn/Medina yang merupakan pesaingnya. Pada awalnya, Marilyn ialah pembantu penyelidik Karl. Namun, apabila Karl merasakan bahawa Marilyn lebih hebat daripadanya, maka Karl telah merancang untuk menghapuskan Marilyn. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, namun Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl, iaitu Dinara. Jendela Menghadap Jalan Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Tema novel ini adalah tentang kehidupan masyarakat kampung yang masih mengamalkan kehidupan tradisional namun semakin diancam arus pemodenan. Bukti yang pertama ialah pengamal perubatan tradisional yang mengubati pesakit dengan menggunakan ubat-ubatan tradisional. Datuk menggunakan ubat-ubatan tradisional untuk mengubati Kak Mimah yang menghidapi penyakit gout. Datuk membalut kaki kiri Kak Mimah dengan campuran herba, cendawan pokok, daun sirih, daun belimbing, pegaga, dan mas cotek untuk meredakan bengkak urat. Datuk menyuruh Kak Mimah bermalam di rumahnya untuk membuat rawatan susulan, iaitu mandi akar-akar kayu. Bukti yang kedua ialah anak yang mengubati ayahnya dengan perubatan moden. Danel menyatakan kepada datuk bahawa dia ingin membawa William mencuba rawatan moden. Namun, pantang larang ketika proses rawatan tradisional telah menghalang hasrat mereka. Danel mahu ayahnya menghentikan pengambilan akar kayu dan herba sebaliknya beralih menggunakan produk kesihatan keluaran syarikat MLM. Datuk cuba mempertahankan kaedah rawatannya namun Danel tetap dengan pendiriannya menyebabkan datuk kecewa. Pantai Kasih Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Tema novel ini adalah tentang ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam hidupnya. Bukti yang pertama ialah peristiwa ketabahan seorang ibu dalam menghadapi kekurangan fizikal anaknya. Raiha tabah menghadapi kekurangan fizikal anak perempuan tunggalnya yang merupakan seorang anak istimewa. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Doktor Sadiz turut meminta agar Ayu dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri bersama Rohayu. Bukti yang kedua ialah peristiwa ketabahan seorang isteri dalam menghadapi kegagalan rumah tangga. Raiha tabah menghadapi kegagalan rumah tangga dengan Doktor Sadiz. Doktor Sadiz marah kerana Raiha melebihkan perhatian kepada anaknya apabila sudah dilahirkan. Kejadian kematian anaknya akibat disambar api kereta mewah yang sedang marak merupakan kemuncak kemarahan suaminya. Doktor Sadiz menang dalam kes kematian Ayu kerana saksi utama tidak muncul dalam perbicaraan di mahkamah keluarga. Doktor Sadiz melafazkan bahawa dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan meninggalkannya gantung tiada bertali sepanjang hayatnya. PRAKTIS 4 Petikan Umum (i) Maksud akses produk adalah memperoleh sesuatu barang. (ii) persamaan yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut ialah cabaran kewangan isi rumah. Selain itu pendidikan kewangan penting dalam pengurusan kewangan. (iii) • Menyediakan tabung dirumah • Mengajarkan anak menabung setiap pagi sekurangkurangnya RM1 • Meminta anak-anak menulis dan menyenaraikan barang keperluan sebelum membeli • Mendidik anak membezakan barang keperluan dan kehendak • Memberikan ganjaran jika tabung mencapai jumlah yang ditetapkan (iv) • Memberikan hadiah sampingan seperti pen, beg dan alat tulis • Menunjukkan dividen semasa kepada pendengar • Membuat cabutan bertuah • Memberikan sijil SSPN sebagai hadiah kecemerlangan Petikan Sastera (i) Rangkap kedua di bahan 3 membawa maksud setiap manusia memerlukan hiburan dan telefon pintar merupakan salah satu cara untuk berhibur. (ii) Kebaikan • Berhubung dengan rakan melalui maya • Mempunyai hiburan yang menceriakan hidup Keburukan • Membantutkan permainan tradisional • Membuat manusia alpa • Kes salah laku seperti kecurian dan pergaduhan (iii) Antara cara untuk mengatasi masalah ketagihan telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak dengan: • Meletakkan kata kunci di peranti telefon bimbit • Kerap meluangkan masa bersama dengan mengisi masa membaca majalah dan beriadah • Membelikan permainan tradisional kepada anak-anak • Menyediakan sudut bacaaan dan membelikan buku ilmiah setiap minggu (iv) Bersetuju. • Memudahkan untuk menghubungi ibu bapa untuk bertanya khabar dan pulang ke kampung PT SPM BM F4 4P.indd 13 25/2/2023 10:54:37 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J14 • Mencari maklumat dengan lebih pantas • Merekodkan kenangan bersama rakan-rakan • Menghubungi warden jika berlaku kecemasan Tidak bersetuju • Kes kecurian akan meningkat • Merakam perkara-perkara yang negatif seperti rakan tidur dan membuli • Jenayah siber dalam kalangan murid seperti buli siber • Penularan pornografi Novel (i) Skop kerja yang Farisha perlu lakukan adalah menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab yang merupakan infrastruktur kepada sistem pengkomputeran awan (ii) Jendela Menghadap Jalan Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel ini. Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa kesanggupan Lili memaafkan kesalahan yang telah dilakukan oleh Rafik dan Haziq yang telah bertindak mengurung dan menjadikannya sebagai tebusan. Lili bersimpati dengan nasib Rafik dan Haziq yang menjadi mangsa keganasan bapa mereka. Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana kita perlulah sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita berbuat baik sesama manusia pasti kita tidak akan mempunyai sikap pendendam yang boleh memusnahkan diri. Leftenan Adnan Wira Bangsa Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib. Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel ini. Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah peristiwa peperangan sengit yang berlaku di Bukit Candu. Walaupun banyak pemimpin yang hebat telah terkorban, namun askar Tanah Melayu tidak pernah menyerah kalah dan berundur. Mereka berperang sehingga ke titisan darah terakhir demi mempertahankan negara yang dicintai. Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana askar Tanah Melayu pada zaman penjajahan menunjukkan semangat nasionalisme dan cinta akan tanah air yang begitu tinggi supaya musuh negara tidak dapat menjajah tanah air. Pantai Kasih Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel ini. Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Pantai Kasih ialah peristiwa Doktor Raiha yang telah menegur Felicia Landosi kerana bersikap kasar terhadap ibu Unong Siron. Doktor Raiha memberikan teguran kepada Felicia Landosi supaya melayani dan merawat pesakit dengan adil. Felicia sering kali melayani pesakit yang bergelar Datin dengan penuh mesra sebaliknya melayan ibu Unong Siron yang merupakan golongan sederhana dengan kasar sehingga mendapat teguran daripada Doktor Raiha. Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana kita perlu adil dalam memberikan layanan kepada semua orang tanpa mengira pangkat, darjat atau kekayaan. Di Sebalik Dinara Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel ini. Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa Farisha ditanam dengan implan dan dimasukkan pelbagai jenis ubat semasa dia masih bayi tanpa bius oleh ayah kandungnya, Karl. Karl sanggup berbuat demikian untuk menjadikan Farisha genius. Marilyn pula sanggup membunuh anaknya kerana tidak mahu anaknya menderita oleh kegilaan Karl untuk menjadi saintis yang paling hebat. Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana ibu bapa sepatutnya melindungi anak-anak dan bukannya menganiayai anak kandung mereka sendiri. PRAKTIS 5 Petikan Umum (i) Berdasarkan Bahan 2, maksud mentaliti masyarakat ialah pemikiran rakyat. (ii) Berdasarkan semua bahan, usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia adalah dengan mengadakan kempen dan promosi di dalam dan luar negara, mewujudkan pusat pengumpulan barangan kraf, memberi peluang kepada pengusaha industri kraf tangan untuk mengkomersialkan hasil keluaran mereka dan memberikan pinjaman kewangan. (iii) Pada pendapat saya, manfaat industri kraf tangan kepada masyarakat ialah menjadi sumber pendapatan mereka, mewujudkan masyarakat yang kreatif dan inovatif, serta mengekalkan warisan dan budaya masyarakat yang sedia ada. (iv) Perkara sedemikian berlaku disebabkan oleh sumber bahan mentah semakin berkurangan untuk menghasilkan kraf tangan. Ibu bapa juga memberi pendedahan dan memupuk minat anak-anak tentang penggunaan kraf tangan. Selain itu, sektor ekonomi negara pada hari ini lebih cenderung kepada penggunaan barangan yang lebih moden berbanding penggunaan kraf tangan. Petikan Sastera (i) Berdasarkan Bahan 1, maksud berbicara keras ialah bercakap kasar. (ii) Berdasarkan semua bahan, cara-cara untuk menghormati dan menghargai ibu bapa ialah sentiasa berbicara dengan sopan dan lemah lembut. Janganlah berbicara dengan keras agar tidak sakitkan hati. Selain itu, kita selalu mendoakan ayah ibu kita setiap kali solat. Seterusnya, sentiasalah mendengar nasihat mereka. (iii) Pada pendapat saya, punca yang menyebabkan anak muda pada zaman ini bertindak sedemikian adalah disebabkan pengaruh media massa yang banyak menunjukkan aksi yang negatif. Mereka juga kurang diberikan pendidikan khususnya adab terhadap ibu bapa. Pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan anak muda bertindak di luar kawalan. (iv) Pada pendapat saya, cara terbaik untuk membahagiakan ibu bapa saya dengan sentiasa menelefon bertanyakan khabar. Seterusnya berusaha memohon pekerjaaan atau pindah ke tempat yang lebih dekat dengan ibu bapa. Selain itu, saya akan pulang seminggu sekali. Saya juga akan membelikan barangan keperluan dan kenderaan bagi memudahkan urusan mereka. Novel (i) Perkara yang dilakukan oleh nenek apabila hujan turun ialah menyuruh Lili menutup semua cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung. Kemudian, nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, iaitu Letchumi supaya isi rumah rumah berbau wangi. (ii) Di Sebalik Dinara Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Peristiwa pertama yang boleh dijadikan teladan ialah peristiwa Azraai yang amat menyayangi adiknya sehingga beliau memasang alat keselamatan di rumah Farisha untuk memastikan keselamatannya serta menyembunyikan Farisha sewaktu diburu oleh Medina. Oleh itu, kita mestilah sentiasa menyayangi ahli keluarga. Peristiwa seterusnya ialah Farisha PT SPM BM F4 4P.indd 14 25/2/2023 10:54:37 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


J15 Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM- Jawapan yang sangat bijak menggodam sistem komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di badannya sejak kecil. Kita mestilah mempunyai kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Leftenan Adnan Wira Bangsa Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib. Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberikan teladan dalam kehidupan seharian pembaca. Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Sophia terpaksa mencari pendapatan sendiri kerana ibu dan ayahnya sakit. Pada sebelah pagi, Sophia menoreh getah manakala pada sebelah petang pula dia menanam padi. Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada pembaca agar berusaha dengan pelbagai cara untuk meneruskan kehidupan dan bukannya hanya menagih simpati daripada orang lain. Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Pak Saidi melawan dan menikam tentera Jepun dengan hanya menggunakan sebilah keris sedangkan tentera Jepun tersebut ramai dan bersenapang. Pak Saidi membunuh lima orang dan mencederakan 15 orang tentera Jepun yang lain semasa dia dipaksa menaiki trak oleh Leftenan Renya Mutuguchi. Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada pembaca agar berani menentang musuh yang mengancam keselamatan ahli keluarga. Jendela Menghadap Jalan Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca. Peristiwa yang pertama ialah peristiwa datuk Lili mempertahankan tanah daripada dijual. Datuk merungut sambil memarahi abang kandung Danel, Sugi Oogway yang menghantar kawannya daripada sebuah syarikat bagi memujuk orang kampung supaya menjual tanah mereka untuk dijadikan deretan rumah sewa. Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada pembaca agar mempertahankan hak atau tanah daripada jatuh kepada orang lain. Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Lili yang melaporkan kes keganasan rumah tangga Che Jah kepada Puan Hamimah, Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk menyelamatkan Che Jah dan anak-anaknya daripada terus dipukul oleh suaminya, Seman yang sering mabuk dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada pembaca agar membantu orang lain yang berhadapan dengan masalah untuk menyelamatkan mereka daripada terus menjadi mangsa keganasan. Pantai Kasih Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca. Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Doktor Raiha mempertikaikan tindakan Doktor Uwang yang telah menjalankan pembedahan penggantian sendi pinggul sebanyak lima kali terhadap Unong Siron. Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada pembaca agar bersikap berani dalam mempertahankan pendapat walaupun dengan pihak atasan atau majikan. Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Doktor Raiha tetap dengan pendiriannya untuk mengekalkan janin dalam kandungan kerana janin itu tidak berdosa. Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada pembaca agar menyayangi anak walaupun anak tersebut merupakan golongan istimewa (Sindrom Down). TOPIK 5 Rumusan PRAKTIS 1 Pendahuluan: • Bahan membincangkan cara menghadapi kehidupan semasa COVID-19 dan pengamalan norma baharu. Bahan 1: Cara Menghadapi COVID-19 1 Bersatu hati dan memberikan kerjasama kepada pihak yang berautoriti berjaya menampilkan keunikan, keharmonian dan kepelbagaian budaya di negara kita – kekal berada di rumah 2 Kempen untuk membantu golongan yang terjejas akibat wabak COVID-19 boleh dilaksanakan 3 Berfikiran kreatif dan inovatif ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) – melakukan senaman statik di rumah 4 Menjalankan aktiviti perniagaan secara dalam talian Bahan 2: Langkah Mencegah COVID-19 1 Kerap membasuh tangan 2 Mengamalkan penjarakan sosial 3 Menggunakan pelitup muka 4 Elakkan 3S, iaitu tempat sesak, tempat sempit dan sembang dekat Bahan 3: Harapan kepada Orang Ramai 1 COVID-19 pasti akan berlalu 2 Terima bencana ini sebagai ujian 3 Bersama-sama menangani pandemik COVID-19 Penutup: • Kesimpulannya, semua pihak perlu menjaga diri sendiri semasa COVID-19 untuk mengekalkan kesihatan masingmasing. PRAKTIS 2 Pendahuluan: • Bahan membincangkan kepentingan bahasa Melayu dan langkah memartabatkan bahasa Melayu Bahan 1: Kepentingan Bahasa Melayu 1 Berperanan sebagai medium komunikasi yang penting untuk menerima dan menyampaikan maklumat – diangkat sebagai medium penyampaian ilmu 2 Dijadikan bahasa rasmi dalam pelbagai perkara – menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama mereka 3 Membolehkan pelajar yang menuturkan dan menggunakan bahasa Melayu dengan baik untuk menguasai pelbagai bidang ilmu Bahan 2: Cara/Langkah 1 Perlu mempunyai sikap positif terhadap bahasa Melayu 2 Perlu mempunyai motivasi diri 3 Rakyat membuktikan taat setia kepada bahasa Melayu Bahan 3: Peranan Rakyat 1 Rakyat perlu cinta akan bahasa Melayu tanpa berbelah bahagi Penutup: • Kesimpulannya, setiap rakyat perlu menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian supaya kedudukan bahasa tidak terjejas. PRAKTIS 3 Pendahuluan: • Bahan membincangkan kepentingan bidang sukan dan halangan untuk membangunkan mutu sukan negara. Bahan 1: Kepentingan bidang sukan di negara kita 1 Mengaut keuntungan yang lumayan melalui penganjuran sukan bertaraf dunia. 2 Menjadi satu platform untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum tanpa halangan budaya. 3 Menjadi medan pengiktirafan kebolehan atlet Malaysia di mata dunia. 4 Meningkatkan aktiviti amalan masyarakat terhadap gaya hidup sihat PT SPM BM F4 4P.indd 15 25/2/2023 10:54:37 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J16 5 Melahirkan atlet-atlet yang dapat bersaing pada peringkat antarabangsa 6 Sebagai wahana yang dapat memupuk integrasi nasional di Malaysia Bahan 2: Objektif Mengadakan Hari Sukan 1 Memberi kesedaran tentang kebaikan bersukan 2 Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat 3 Mengiktiraf atlet-atlet negara Bahan 3: Halangan untuk membangunkan mutu sukan negara 1 Sikap atlet yang tidak ada jati diri 2 Kegagalan menyediakan program pelatihan yang berkualiti 3 Masalah pengambilan dadah untuk meningkatkan prestasi dan stamina 4 Masalah rasuah yang melibatkan pengurusan dan atlet Kesimpulan: • Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama memartabatkan bidang sukan di negara kita agar dapat mengharumkan nama baik Malaysia di persada dunia. PRAKTIS 4 Jawapan Lengkap Bahan membincangkan usaha-usaha untuk memartabatkan batik Malaysia dan kekangan untuk melaksanakannya. Antara usaha untuk memartabatkan batik Malaysia adalah dengan mengarahkan kakitangan awam memakai baju batik pada setiap hari Khamis. Selain itu, batik juga boleh dijadikan cenderamata kepada sesiapa sahaja dan Program Pelancaran Batik Malaysia: Ciptaan untuk Dunia juga dijalankan. Seterusnya, pertandingan mereka batik Malaysia sempena Persidangan APEC 2020 diadakan dan badan bukan kerajaan (NGO) telah berusaha mengadakan Minggu Batik Malaysia 2005. Konvensyen Batik Antarabangsa Kuala Lumpur 2005 juga telah diadakan. Antara kekangan untuk memartabatkan batik Malaysia ialah generasi muda tidak berminat untuk mengusahakan industri batik. Selain itu, kekurangan modal menyebabkan teknologi baharu dan canggih tidak dapat digunakan. Kesimpulannya, generasi muda patutlah menghayati dan berbangga akan budaya tempatan yang dikekalkan agar warisan tradisi khazanah bangsa terpelihara. (116 patah perkataan PRAKTIS 5 Jawapan Lengkap Bahan membincangkan faedah penanaman pokok herba dan usaha-usaha memperkenalkan tanaman herba dalam kalangan generasi baharu. Antara faedah penanaman herba adalah untuk mewujudkan masyarakat yang sentiasa menjadikan herba sebagai amalan pemakanan harian. Selain itu, tanaman herba juga bagi mengalih pandangan masyarakat supaya tidak bergantung pada ubat-ubatan moden yang mempunyai kesan sampingan dan bertujuan untuk memupuk generasi baharu supaya menghargai anugerah Tuhan. Program ini mampu melahirkan generasi yang mengenali dan menggunakan pokok herba untuk menjaga kesihatan dan semua herba dapat dijadikan ubat-ubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Oleh itu, program penanaman pokok herba wajar dilaksanakan pada peringkat sekolah dan Jabatan Pertanian akan memberikan pendidikan penanaman herba secara praktikal. Kesimpulannya, kerajaan perlu memajukan penggunaan tumbuhan herba dalam bidang perubatan agar kehidupan masyarakat sentiasa sihat. (120 patah perkataan PRAKTIS 6 Bahan membincangkan faktor budaya kejiranan dipinggirkan dan usaha untuk memupuk budaya kejiranan di negara kita. Antara faktornya ialah perubahan dalam kehidupan masyarakat akibat tuntutan hidup yang semakin mencabar. Kesibukan bekerja juga menjadi faktor penyumbangnya. Selain itu, jurang status sosioekonomi masyarakat menjadi penghalang untuk mengeratkan semangat kejiranan. Di samping itu, sikap saling tidak mengenali antara jiran yang berlainan kaum dan agama. Seterusnya, sikap dengki atau benci-membenci dalam kalangan penduduk setempat. Faktor lain ialah teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan masyarakat semakin kurang berkomunikasi. Usaha yang boleh dilakukan untuk memupuk budaya kejiranan di negara kita ialah dengan menyertai aktiviti gotong-royong anjuran kawasan setempat. Selain itu, sentiasalah bertegur sapa sambil bertukar-tukar buah tangan. Kesimpulannya, masyarakat perlu mengamalkan semangat kejiranan agar negara sejahtera dan harmoni. (120 patah perkataan Peperiksaan Akhir Tahun Kertas 1 Bahagian A Karangan Respons Terhad Format: Surat Kiriman Tidak Rasmi Pendahuluan • Kata alu-aluan kepada sahabat – menemui sahabat, Akira yang berada di Jepun – menyatakan kagum dengan budaya di negara ‘Matahari Terbit’ – terkenal budaya membaca di mana-mana. • ingin kongsikan peranan banyak pihak dalam usaha meningkatkan budaya membaca Isi-isi penting Perenggan pertama (Fokus bahan 1) Ibu memainkan peranan pernting – membawa anak-anak ke perpustakaan – sebagai contoh membawa anak seminggu sekali – boleh memilih pelbagai genre seperti agama, komik dan novel – memupuk rasa cinta akan buku Perenggan kedua (Fokus bahan 2) Pihak sekolah bertanggungjawab memupuk budaya membaca – penting untuk melahirkan generasi ulat buku – misalnya memperkasakan program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) – NILAM yang dilaksanakan oleh pihak sekolah merupakan penggabungan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah – memberi pengiktirafan yang sesuai kepada murid-murid mengikut bilangan buku yang telah dibaca Perenggan ketiga ( Fokus bahan 3) Kerajaan memastikan kempen pemberian baucar memberi manfaat kepada masyarakat – membantu menggalakkan golongan B40 untuk membaca – tamsilnya mengedarkan kepada murid-murid dan pelajar universiti serta kolej Penutup Membaca jambatan ilmu – seia sekata memastikan budaya membaca dapat duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara jepun – semoga bertemu lagi Bahagian B Karangan Respons Terbuka Soalan 1 Pendahuluan Kraf tangan merupakan satu cabang meningkatkan ekonomi negara dan mengangkat imej negara – kraf tangan boleh menjadi lambang sesuatu negeri dan tradisi seperti wau yang terkenal di Kelantan dan pembuatan batik di Terengganu PT SPM BM F4 4P.indd 16 25/2/2023 10:54:37 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


J17 Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM- Jawapan Isi-isi penting Idea pertama AT: Membina kerjasama dengan syarikat-syarikat gergasi di Malaysia AH: Penting untuk menembusi pasaran antarabangsa . AC: Mempromosikan barangan kraf tangan ketika mengadakan pelancaran Tahun Melawat Malaysia yang diadakan di negara-negara luar – mewujudkan kios kraf tangan di pasar raya besar seperti Giant, AEON dan Lotus’s AP: Kerjasama ini akan membawa nama besar kraf tangan ke negara besar seperti Jepun dan Australia UM: Serampang dua mata Idea kedua AT: Mengadakan pameran kreativiti pengusaha barangan kraf tangan AH: Memvariasikan hasil barangan kraf tangan agar lebih menarik – mempromosikan barangan kraf tangan dengan cara yang tersendiri AC: Pengusaha kraf tangan dapat menunjukkan ketelitian dan kualiti hasil tenunan kain – permintaan tinggi apabila hasil tenunan yang baik dan bermutu – menarik pelancong asing yang datang ke pameran AP: Kreativiti pengusaha juga memberikan impak yang besar dalam memajukan industri kraf tangan di Malaysia. Idea ketiga AT: Peranan media massa dalam membantu memperkasakan promosi ke peringkat antarabangsa AH: Menggunakan pelbagai platform media sosial sebagai iklan dan promosi – membantu meningkatkan permintaan orang ramai terhadap barangan kraf tangan dalam dan luar negara AC: Menyiarkan video pendek dalam TikTok seperti kraf tangan rotan dari Sarawak – menarik mengenai seni kraf tangan – menggunakan e-dagang seperti Shopee, Lazada dan lain-lain sebagai pemasaran mengikut trend AK: Memberikan penjenamaan kraf tangan ke serata dunia UM: tak kenal maka tak cinta Penutup Secara holistiknya, pelbagai pihak perlulah berganding bahu bersama-sama untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia supaya tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas, tidak hilang ditelan zaman agar industri kraf tangan ini terus maju seiring dengan pembangunan negara dan sekali gus membawa kraf tangan ke persada antarabangsa Soalan 2 Pendahuluan Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua murid digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum. Isi-isi penting Idea pertama AT: Kegiatan kokurikulum juga dapat melatih murid menjadi pemimpin AH: Jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa membantu melahirkan pemimpin cilik – pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan AC: Murid menyertai unit beruniform Kadet Polis – sarjan memberi arahan dan Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan AK: Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, murid akan belajar menjadi pemimpin dan menjadi pengikut yang baik Idea kedua AT: Badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum AH: Melakukan aktiviti yang memerlukan fizikal dan mengeluarkan peluh AC: Kita boleh menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan hoki – dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan – kita akan menjadi cergas – badan akan mengeluarkan peluh AK: Kita akan menjadi sihat dan kuat – kita juga tidak akan mudah sakit UM: Badan cergas minda cerdas Idea ketiga AT: Kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan AH: Setiap persatuan dan kelab terdiri daripada pelbagai kaum – berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. AC: Mereka boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat dalam aktiviti kelab Sains dan Matematik – akan mengeratkan hubungan sesama mereka UM: Sepakat membawa berkat AK: Membina ukhwah dan toleransi antara kaum – bekerjasama tanpa mengira kaum Penutup Banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah memperkasakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan murid menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Dengan cara itu, kita akan dapat menghasilkan murid yang cemerlang. Soalan 3 Pendahuluan Banjir atau juga disebut bah merupakan bencana alam yang berlaku apabila air menenggelami kawasan yang luas. Banjir bukan saja mampu merosakkan harta benda tetapi juga turut melibatkan kehilangan nyawa. Banjir juga mampu melumpuhkan ekonomi sesebuah negara. Sehubungan dengan itu, setiap rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko tinggi menghadapi banjir, harus peka dan bersiap sedia menghadapi ancaman tersebut agar tindakan awal dapat diambil bagi meminimumkan kerosakan dan mengurangkan kehilangan nyawa akibat banjir. Isi-isi penting Idea pertama AT: Dapatkan maklumat tentang banjir melalui pengumuman radio, televisyen dan pihak-pihak yang berkaitan seperi bilik gerakan banjir negeri atau daerah AH: Hal ini memastikan kita sudah mengetahui tempat dan lokasi pemindahan – menyelamatkan dokumen yang penting di dalam bekas kalis air AC: Kebiasaan pusat pemindahan seperti dewan serbaguna, kawasan sekolah dan bangunan kerajaan yang tidak terjejas banjir AK: Tidak runsing memikirkan tempat yang selamat dan panik ketika berlaku banjir Idea kedua AT: Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang terjatuh dan mematikan bekalan elektrik AH: Mengundang bahaya kerana aliran eletrik masih berfungsi AC: Kes kematian akibat banjir kerana terkena renjatan elektrik – matikan suiz utama dan jauhi daripada aliran elektrik AK: Terhindar daripada malapetaka dan bencana yang meragut nyawa Idea ketiga AT: Ibu bapa selaku pemimpin keluarga mesti bertanggungjawab mengawal anak-anak mereka PT SPM BM F4 4P.indd 17 25/2/2023 10:54:37 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J18 daripada bencana banjir. AH: Ibu bapa tidak harus membenarkan anak-anak mereka keluar rumah ketika banjir melanda AC: Sering kita mendengar tentang mangsa banjir yang terdiri daripada kanak-kanak yang bermain air ketika banjir – kemalangan jiwa yang sia-sia AK: Kita hindari jika kita mengambil sikap beringat sebelum kena Penutup Kemalangan jiwa dan kerugian harta benda dapat kita kurangkan sekiranya segala langkah awal dilaksanakan. Semua pihak yang berkaitan semestinya bertindak secara bijak dan efisien agar banjir yang melanda pada setiap tahun tidak lagi mengundang korban yang memilukan, bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Soalan 4 Format : Ceramah Kata alu-aluan – Selamat sejahtera saya ucapkan buat Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha pengetua SMK Pantai Kasih, Encik Sood bin Saat, Guru -guru dan anak-anak murid yang dikasihi Pendahuluan Saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana dapat bertemu warga SMK Pantai Kasih yang sudi meluangkan masa untuk mendengar ceramah saya – bertajuk “Langkah Mengatasi Penyakit Demam Denggi” – Spesis nyamuk aedes cukup mudah untuk dikenali, iaitu mempunyai kaki dan badan yang berjalur hitam putih selain aktif pada waktu pagi dan petang – nyamuk ini boleh menyebarkan wabak demam denggi hanya melalui gigitan Isi-isi penting Idea pertama AT: Luangkan masa 10 minit seperti yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah AH: Penting untuk memastikan setiap kawasan terhindar daripada tempat pembiakan nyamuk AC: Tempat yang perlu diberikan perhatian ialah longkang, saluran hujan, kolah dan pasu bunga – bahan-bahan terbuang seperti tin, botol, tayar kereta dan tempurung kelapa elok ditanam. – barangan yang menakung air dan masih berguna, pastikan diletakkan dalam keadaan terbalik AK: Keadaan menjadi bersih dan sedap mata memandang Idea kedua AT: Menggunakan ubat penghapus jentik-jentik di dalam tempat takungan air AH: Nyamuk menyukai air yang bersih dan tidak mengalir – mudah membiak di kawasan yang sukar dilihat seperti saluran air bumbung yang tersumbat dan di kolam atau kolah AC: Meletakkan ubat jentik-jentik setiap 2 minggu sekali – memeriksa tempat-tempat pembiakan seperti bekas pasu AK: Sebelum nasi menjadi bubur, diingatkan agar mencegah lebih baik daripada mengubati Idea ketiga AT: Sentiasa berdisplin dalam menjaga keselamatan diri dan keluarga AH: Nyamuk gemar keluar pada waktu senja dan mencari mangsa pada waktu tersebut AC: Menutup pintu dan tingkap serta memasang kelambu sebelum tidur – memakai baju berlengan Panjang dan warna yang cerah – nyamuk menyukai warna yang gelap – memasang alat menghalau nyamuk elektronik AK: Disiplin sangat penting untuk memastikan nyamuk berbahaya dapat dihapuskan dan penyakit dihindari Penutup Kesimpulannya, usaha untuk mencegah demam denggi tidak harus diletakkan pada bahu pihak berkuasa sahaja. Semua anggota masyarakat hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini. Kertas 2 Bahagian A Sistem dan Aplikasi Bahasa Soalan 1 Kata majmuk mantap: olahraga, matahari, antarabangsa Ayat: 1 Olahraga: Acara olahraga akan berlangsung di Stadium Educity pada minggu hadapan. 2 Matahari: Ayah sudah keluar mencari rezeki sebelum terbitnya matahari. 3 Antarabangsa: Para pemain bola sepak berlatih bersungguh-sungguh untuk menghadapi perlawanan peringkat antarabangsa. Soalan 2 1 Merupakan golongan yang paling teruk menerima tempias daripada krisis inflasi makanan Mahasiswa daripada keluarga berstatus pendapatan B40. 2 Menyuarakan pendapat agar proses pembelajaran mereka diteruskan secara dalam talian ketika fasa peralihan ke endemik ini Segelintir mahasiswa. 3 Mahasiswa kini juga perlu mencari pekerjaan sampingan di luar kampus supaya dapat menampung perbelanjaan mereka sepanjang tempoh pengajian akibat kenaikan harga barang keperluan Mahasiswa kini juga. Soalan 3 Kesalahan Pembetulan memperkayakan memperkaya berkuantiti berkualiti sebuah sesebuah akbar akhbar banyak membaca sekali banyak membaca seminggu 10 jam 10 jam seminggu baru baharu rekabentuk reka bentuk lain-lain pembaca pembaca lain Hal ini kerana Hal ini dikatakan demikian melayu Melayu Soalan 4 Seorang rakyat Kelang mengatakan bahawa dirinya telah dianiaya oleh Tun Perak. Dia datang menghadap kepada baginda. Oleh itu, baginda telah menitahkan bentara Seri Amerta, supaya memberitahu perkara tersebut kepada Tun Perak. Maka, Tun Perak datang menghadap. Lalu Seri Amerta menyatakan kepada Tun Perak, “Wahai Tun Perak, orang ini telah mengadu kepada Duli yang Dipertuan, bahawa dirinya telah dianiaya oleh Tun Perak. Mengapakah tuan hamba berperangai sedemikian? Soalan 5 1 Bagai kaca terhempas ke batu 2 Belakang belakang jika diasah tajam jua 3 Usaha tangga kejayaan 4 Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna Soalan 6 (i) ... kian membimbangkan/genting (ii) • Menjadikan ramai remaja di bangku sekolah ketagih PT SPM BM F4 4P.indd 18 25/2/2023 10:54:37 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


J19 Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM- Jawapan serta berubah kepada dwi-pengguna, rokok dan vape serentak. • Dos yang lebih tinggi dalam rokok eletronik boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk, antaranya sawan dan kegagalan pernafasan seperti yang terjadi kepada seorang remaja barubaru ini. (iii) • Pengaruh rakan sebaya • Perasaan ingin mencuba • Tekanan perasaan yang membuatkan mereka tidak berfikir panjang (iv) • Mengadakan ceramah kesedaran bahaya rokok elektronik • Berkerjasama dengan guru melakukan pemeriksaan mengejut kepada beg anak-anak • Mengadakan forum dalam talian dengan kerjasama kementerian Pendidikan dan kementerian komunikasi Soalan 7 (i) ... dimamah usia (ii) Bahan 1: Berbakti demi negara dengan menjaga sepadan negara Bahan 2: Menjaga ibunya dengan menolong mengampu ibunya semasa membuang air (iii) ... anak-anak terlalu sibuk berkerja ... anak-anak kurang kasih sayang semasa diusia muda ... anak-anak mempunyai perasaan dendam terhadap ahli keluarga akibat kisah lampau (iv) ... memberikan sedikit wang kepada orang tua tersebut ... mengajak makan bersama-sama dan membayarkan harga makanan tersebut ... membawa orang tua tersebut ke rumah kebajikan untuk mendapatkan perlindungan Soalan 8 (i) ... Farisha tidak yakin tawaran itu serius. ... dia juga rupanya berasa risau akan kereta Rosman yang kerap rosak. ... ada tugasan-tugasan yang bakal tertangguh akibat ketiadaan kenderaan. ... Azraai yang dirasakannya agak mengongkong hidupnya dan membataskan kebebasannya akhir-akhir ini (ii) Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa • Peristiwa Leftenan Adnan menolak permintaan pihak Jepun supaya menyerah kalah juga merupakan sebuah teladan. Jepun telah menghantar wakil untuk meminta Leftenan Adnan dan anak-anak buahnya menyerah kalah namun permintaan itu ditolak mentah-mentah oleh Leftenan Adnan. Peristiwa ini memberikan motivasi kepada pembaca agar sentiasa berpendirian teguh dalam mempertahankan negara. • Leftenan Adnan berikrar tidak akan sekali-kali menyerah kalah walaupun apa-apa pun yang terjadi dalam pertempuran menentang tentera Jepun. Setelah kehabisan peluru, beliau bertempur jarak dekat dengan hanya bersenjatakan bayonet. Peristiwa ini menunjukkan semangat berjuang sehabisnya yang boleh memotivasikan para pembaca. Novel Di Sebalik Dinara • Peristiwa di mana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya. Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya. Peristiwa ini telah memberi motivasi kepada pembaca agar rasa tanggungjawab melindungi insan / adik beradik yang disayangi. • Peristiwa menunjukkan Farisha sayang akan ayahnya, Karl dan dia berasa sangat sedih apabila melihat ayahnya terlantar sakit walaupun baru kali pertama Farisha menemuinya. Hal ini memberikan motivasi kepada pembaca agar menerapkan kasih sayang sesama ahli keluarga. Novel Jendela Menghadap Jalan • Lili bersedia untuk menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah yang sering dipukul oleh suaminya, Seman atas sikap tanggungjawab terhadap anggota masyarakat walaupun dilarang oleh neneknya supaya tidak masuk campur tangan. Peristiwa ini memberikan motivasi kepada pembaca agar menjadi orang yang bertanggungjawab. - Danel berusaha dan berikhtiar menyelamatkan Lily yang telah diculik dan ditahan oleh Haziq dan Rafiq, anak-anak Che Jah serta disembunyikan di sebuah pondok buruk walaupun keselamatan dirinya terancam. Peristiwa ini memberikan motivasi kepada pembaca tentang semangat setiakawan yang perlu diterapkan dalam diri. Novel Pantai Kasih • Doktor Raiha yang prihatin terhadap pesakitnya Unong Siron yang menghidapi penyakit sendi tulang pinggul. Dokor Raiha telah menjalankan pembedahan ke atas Unong Siron dengan penuh teliti dan akhirnya berjaya. Peristiwa ini memberikan motivasi kepada pembaca agar menjadi doctor yang bersungguhsungguh dalam pekerjaannya. • Doktor Raiha amat menyayangi anaknya, Rohayu walaupun menghidap Sindrom Down. Buktinya, Doktor Raiha sanggup menjaga anaknya daripada dihantar ke pusat rawatan khas, walaupun suaminya sendiri, iaitu Doktor Sadiz tidak mahu menjaga Rohayu. Peristiwa ini memberikan pembaca motivasi untuk terus menyayangi sesama insan tanpa mengira latar belakang dan penyakit. Soalan 9 Pendahuluan Bahan membincangkan tentang bahaya berita palsu (Bahan 1), faktor berlakunya berita palsu (Bahan 2) dan cara mengatasi berita palsu (Bahan 3) Isi-isi penting Fokus 1 (Bahaya berita palsu) 1 Menyebarkan berita palsu menyebabkan berlaku salah faham antara dua pihak 2 Berlakunya ancaman terhadap pengguna lain. 3 Kritikan yang tidak berasas dan menyebarkan berita palsu di alam siber sehingga menyukarkan pihak lain mendapat maklumat yang benar 4 Memberikan pandangan negatif akibat rasa iri hati kepada pihak tertentu 5 Mampu menjadikan masyarakat keliru tentang kebenaran sesuatu berita Fokus 2 (Faktor berlakunya berita palsu) 1 Kekurangan rakan. 2 Terlalu lama bermain gajet dan media sosial. 3 Inginkan perhatian daripada pengguna lain. Fokus 3 (Cara mengatasi berita palsu) 1 Menyarankan agar orang ramai mengamalkan kawalan kendiri ketika menerima sesuatu maklumat atau berita. 2 Para pengguna sentiasa berfikiran positif dan matang apabila menerima sebarang maklumat atau berita melalui alam siber 3 Gunakan portal SEBENARNYA.MY untuk menyemak sama ada berita tersebut benar atau palsu Kesimpulan Kesimpulannya, masyarakat perlu berhati-hati apabila menggunakan media sosial untuk mengelakkan fitnah di alam siber. PT SPM BM F4 4P.indd 19 25/2/2023 10:54:37 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version