KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 30 | P a g e • Berdiri dekat dengan garisan tengah dan di bahagian tengah gelanggang. • Kaki kiri dibawa ke depan. • Gunakan genggaman asas (basic grip) • Pegang bulutangkis pada paras mata di depan tubuh badan pemain. • Hayun raket ke belakang. • Gunakan hayunan yang besar ke hadapan. • Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri. • Ikut lajak mengikut arah yang ditujukan. 4.2.2 Low Serve Tujuan service ini adalah memastikan bulutangkis melepasi jaring serendah yang mungkin dan memasuki petak service pihak lawan. Ini akan meyebabkan pihak lawan sukar untuk membuat pukulan serangan. Low serve boleh dilakukan dengan menggunakan pukulan forehand atau pukulan backhand untuk kedua acara perseorangan atau beregu. Forehand low serve • Kedudukan dan posisi hampir sama dengan high serve. • Gunakan genggaman asas (basic grip). • Pegang bahagian pangkal handle raket (short grip). Genggaman sebegini memberi kawalan yang lebih baik dan selesa. • Pegang bulutangkis pada paras pinggang dengan tangan kiri dan buat hayunan yang kecil. • Kawal bulutangkis rendah melepasi paras jaring secara aksi yang lancar.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 31 | P a g e 4.2.3 Backhand Serve Servis kilas kerap kali digunakan oleh pemain beregu dan juga perseorangan. • Berdiri dekat dengan garis service untuk beregu. Manakala, berdiri di belakang sedikit untuk perseorangan. • Gunakan thumb grip. • Pastikan kaki kanan di depan atau yang selesa. • Pegang bulutangkis pada bulunya. • Gunakan hayunan yang kecil untuk membuat pukulan.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 32 | P a g e 4.2.4 Flick Serve Servis ini terutamanya digunakan oleh pemain beregu untuk mengejutkan pihak lawan. Tujuannya adalah untuk mengelirukan pihak lawan dengan memikirkan pukulan tersebut adalah servis rendah. Servis flik mesti dilakukan hampir sama dengan pergerakan servis rendah sehingga sentuhan yang terakhir di mana flik pergelanggang tangan akan menyebabkan penerbangan bulutangkis deras melepasi jangkauan raket pihak lawan. Ikut lajak raket adalah lebih tinggi berbanding dengan servis rendah. Penerbangan servis flik adalah lebih rendah berbanding dengan penerbangan servis tinggi. Jika tidak kerap digunakan, ia merupakan satu tindakan yang boleh mengejutkan kepada pihak lawan dan jika pihak lawan teringin bergerak ke depan jaring. 4.2.4.1Forehand Flick Serve 4.2.4.2Backhand Flick Serve
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 33 | P a g e 4.3 Pukulan-Pukulan Overhead 4 Baseline Short service line Long service line 1. High Lob 2. Attacking Lob 3. Smash 4. Chop 5. Drop 1 2 5 3
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 34 | P a g e 4.3.1 Forehand Lob (Attacking Lob and Defensive Lob) Lob adalah pukulan yang sangat penting dalam pukulan overhead. Ia terutamanya digunakan dalam perseorangan untuk menggerakkan pihak lawan ke belakang gelanggang dan menwujudkan ruang di depan gelanggang. Dengan mengunakan pukulan lob tinggi, seseorang pemain mempunyai masa untuk dapat balik ke kawasan tengah atau pusat operasi. Jika pukulan lob dilakukan dengan mendatar dan laju maka ia dikenali sebagai pukulan attacking lob. Ini akan memaksa pihak lawan untuk bergerak cepat ke belakang gelanggang. Apabila bulutangkis dipukul lebih tinggi, maka ia dikenali sebagai defensive lob. Pukulan ini dimainkan apabila pemain memerlukan lebih masa atau apabila mereka dalam keadaan bertahan atau defensive. Pukulan lob secara asasnya adalah satu aksi membuat balingan. Ia merupakan asas untuk semua pukulan-pukulan overhead. Adalah baik jika pemain baru memperlajari badminton melakukan latihan aksi balingan dengan menggunakan bulutangkis. Seorang pemain yang mempunyai balingan yang baik mempunyai pontensi untuk melakukan pukulan lob yang baik. • Berdiri sisi dengan bahu, kaki kiri berdepan dengan jaring. • Pastikan siku dan bahagian lengan atas hampir selari dengan lantai dan kepala raket di atas kepala. • Hayun raket ke bulutangkis dan bawa siku rapat dan tinggi dengan kepala. • Ketika itu juga bawa tangan kanan dan pinggang ke depan • Pastikan bulutangkis disentuh pada ketinggian yang maksima. • Ikut lajak dengan raket dan kaki raket.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 35 | P a g e 4.3.2 Drop Shot Tujuan drop shot adalah untuk mematikan rali atau membawa pihak lawan bergerak dekat ke jaring dan membuka ruang di belakang dan tengah gelanggang. Persediaan untuk pukulan junam adalah sama seperti pukulan “lob” hanya beza adalah semasa sentuhan bulutangkis. • Semasa membuat pukulan, hayunan harus perlahan dengan basic grip • Titik sentuhan dengan bulutangkis adalah lebih kurang sama dengan lob 4.3.3 Smash Pukulan smash merupakan satu pukulan utama dalam serangan. Pukulan ini kerapkali digunakan untuk mematikan satu rali atau melajukan permainan. Persediaan untuk pukulan smash adalah sama seperti lob dan junam. • Titik kontak bulutangkis dengan raket dalam pukulan smash adalah setinggi mungkin dan sedikit depan bahu kanan. • Pemindahan berat badan ke arah bulutangkis. • Rotasi pinggang sebelah kanan, ke hadapan dan genggaman yang ketat pada ketika menyentuh bulutangkis bagi menambah kuasa smash. • Hayunan ke hadapan raket yang laju dan eksplosif akan membantu dalam menghasilkan pukulan smash yang lebih laju. Jika pukulan Smash diambil pada ketinggian yang maksima,
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 36 | P a g e sudut rejaman adalah lebih tajam dan ini akan menyebabkan pihak lawan sukar untuk balas balik pukulan tersebut. 4.3.4 Backhand Clear Kebanyakan pemain ada masalah dalam membalas pukulan di bahagian kiri. Pemain sering dinasihatkan oleh jurulatihnya supaya menggunakan pukulan melepasi bahagian kepala atau “around the head” apabila membalaskan pukulan yang diarahkan ke kawasan backhand pemain. Walau bagaimanapun, adalah mustahil untuk melakukannya jika bulutangkis melepasi pemain. Oleh itu adalah lebih baik jika pemain-pemain diajar bermain pukulan backhand. • Membelakangkan gelanggang pihak lawan dengan berat badan di kaki kanan. • Sentiasa melihat bulutangkis. • Raket dipegang melintasi badan dengan genggaman corner grip dan raket rendah sehingga bersedia untuk memukul. • Saat sebelum memukul bulutangkis, raket pemain dihayun dari arah dari rendah ke tinggi terhadap bulutangkis. • Pukul bulutangkis dengan aksi “whip”. • Ikut lajak adalah pendek. • Cepat pusingkan badan balik kearah tapak operasi (base of operation).
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 37 | P a g e 4.4 Pukulan Depan Gelanggang 4.4.1 Net Shot Pukulan di jaring boleh diambil di kedudukan paras atas jaring atau bawah jaring. Sekiranya bulutangkis di atas paras jaring, satu pukulan tajam boleh dilakukan. Manakala sekiranya bulutangkis di ambil betulbetul di paras jaring, pukulan boleh dibuat serapat yang mungkin dengan jaring di mana akan menyukarkan pihak lawan untuk membalas pukulan. Perkara penting semasa bermain di jaring adalah dengan memastikan raket sentiasa berada pada kedudukan yang tinggi. Perkara penting yang lain adalah: • Pastikan kaki, kanan berada pada posisi hadapan dan siku dibengkokkan. • Bulutangkis disentuh seawal yang mungkin untuk mendapatkan lebih banyak peluang dalam membuat pukulan yang menyusahkan lawan. • Raket dipegang longgar. • Ibu jari dan pengelangan tangan memainkan peranan yang penting semasa membuat pukulan. • Bulutangkis disentuh seolah-olah ingin membuat pukulan. • Gerakan seterusnya adalah minima. 4.4.1.1 Backhand Net Shot
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 38 | P a g e 4.4.1.2 Forehand Net Shot 4.4.2 Net Lift Ini adalah pukulan secara bertahan dari hadapan gelanggang ke bahagian belakang gelanggang. Bulutangkis dipukul di bawah paras lengan pukulan forehand ataupun pukulan backhand. • Gunakan cara genggaman asas untuk pukulan forehand dan genggaman ibu jari untuk pukulan backhand. • Berat badan dipindahkan dari kaki kanan kepada kaki kiri apabila sudah membuat pukulan. • Hayun raket dari siku apabila kaki kanan mendarat setelah membuat pukulan. • Bulutangkis disentuh jauh sedikit dari kaki kanan. • Ikut lajak pergerakan bulutangkis. 4.4.2.1 Forehand Net Lift
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 39 | P a g e 4.4.2.2 Backhand Net Lift 4.5 Pukulan Tengah Gelanggang 4.5.1 Drive Shot Pukulan drive adalah pukulan laju mendatar untuk menyerang. Biasanya jenis pukulan ini digunakan dalam permainan beregu. Tetapi ia juga boleh digunakan dalam perseorangan untuk membalas pukulan yang ketinggian di antara paras dada dan pinggang dengan menolak ke bahagian tepi gelanggang. Matlamat utama pukulan ini adalah untuk memberi tekanan kepada pihak lawan. • Sekiranya bulutangkis dipukul jauh dari badan, pusing badan secara mengiring ke hadapan jaring. • Kaki yang kanan dimajukan ke hadapan dan bulutangkis dipukul selari apabila kaki mendarat. • Bulutangkis dipukul pada paras ketinggian jaring dengan hayunan yang laju dan rendah, sama ada menggunakan hayunan forehand atau backhand. • Badan tidak semestinya dipusing secara mengiring sekiranya bulutangkis berada tidak jauh dari badan. 4.4.2.1 Forehand Drive
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 40 | P a g e 4.4.2.2 Backhand Drive 4.5.2 Block Dalam permainan perseorangan, cara yang paling berkesan untuk membalas pukulan smash adalah dengan menahan bulutangkis serapat mungkin dengan jaring. Dengan cara ini, pihak lawan memerlukan lebih ruang dalam gelanggang untuk dikawal. Teknik secara bertahan ini juga boleh digunakan dalam permainan beregu tetapi ia harus dilakukan dengan lebih berhati-hati kerana pihak lawan yang berada di hadapan gelanggang sedang menanti pukulan. Corak secara bertahan ini memerlukan pengawalan bulutangkis yang lebih lembut. Oleh itu, cara pegangan raket adalah penting. • Pastikan pegangan raket dilonggarkan, seperti memegang dengan jari. • Gerakan mengiring dilakukan menghala ke arah bulutangkis untuk menangkis pukulan kencang tadi (smash). • Sudut permukaan raket memainkan peranan untuk menentukan ketinggian bulutangkis yang melalui jaring. 4.4.2.1 Forehand Block 4.4.2.1 Backhand Block
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 41 | P a g e 4.5.3 Posisi Bersedia (Ready Position) Posisi bersedia ini adalah selepas service ataupun ketika dalam permainan. Bagi memastikan pengawalan gelanggang yang baik, pemain harus berada dalam keadaan bersedia. Ini untuk memudahkan pemain untuk mengawal gelanggang apabila pihak lawan mengatur bulutangkis. Pemain yang berada dalam cara posisi bersedia yang betul boleh bergerak dengan lebih mudah and pantas. Dalam posisi ini, pemain harus: • Pastikan raket berada di kedudukan hadapan dan selari dengan gelanggang. • Pastikan kaki dijarakkan, anggaran jarak antara bahu. • Kaki kanan dimajukan sedikit ke hadapan. • Badan dicondongkan sedikit ke hadapan. • Lutut dibengkokkan (bent) sedikit . • Tumit kaki tidak rapat di lantai. • Pergerakan dikekalkan untuk mengekalkan momentum supaya dapat bergerak dengan lebih pantas. Posisi bersedia yang pertama menunjukkan bahawa pemain dalam keadaan bersedia am ’general stance’. Manakala posisi bersedia yang kedua pemain yang berada dalam situasi khas ’specific stance’. 4.6 Gerakan Di Gelanggang (Footwork) Pergerakan yang baik adalah intipati antara semua sukan yang menggunakan raket. Pemain yang mempunyai kemahiran bermain yang baik tetapi tidak mempunyai pergerakan yang tangkas, hanya akan bermain secara sederhana. Pergerakan dalam sukan badminton adalah spesifik. Ia melibatkan pergerakan seluruh badan. Apabila pukulan dihantar di setiap sudut gelanggang, dengan tahap kelajuan, ketinggian dan sudut yang berbeza pasti memerlukan pergerakan yang berlainan. 4.6.1 Corak Pergerakan • Pergerakan ke hadapan dari tengah gelanggang melibatkan pergerakan secara mengiring dan diakhiri dengan langkah dibuka ke hadapan. • Pergerakan ke belakang gelanggang melibatkan badan dan rotasi pinggang dengan kaki kanan ke belakang. Kebanyakkan pemain melompat dengan kaki kanan apabila ingin membuat pukulan dan membuat putaran.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 42 | P a g e 4.6.2 Kemahiran Pergerakan Pergerakan kaki pula melibatkan gerakan pemulaan dan menghentikan langkah, membuat pusingan, menerkam, merenggang, berlari, berjalan, melompat, membengkok serta semua yang memerlukan pergerakan yang dapat membantu pemain untuk mencapai bulutangkis. Antara pergerakan yang penting adalah : ← Lompatan dibuka unntuk memudahkan pergerakan (split step). → Pergerakan kaki diakhiri dengan gerakan maju ke hadapan untuk mencapai bulutangkis dengan gerakan mengiring. Semua pergerakan termasuklah di setiap penjuru gelanggang (lunge). ↑ Pergerakan secara mengiring atau sisi untuk mencapai bulutangkis (chasse).
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 43 | P a g e → Kaki dijjangkau atau dilangkah jauh untuk mencapai bulutangkis (lunge). ← Lompat dan pusing untuk gerakan seterusnya apabila memukul bulutangkis (jumping).
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 44 | P a g e 4.6.3 JENIS PERGERAKAN Pada am nya pergerakan boleh dibahagi kepada tiga bahagian: i) Permulaan (start) - split step ii) Menuju (approach) - walk, run, chasse, cross leg iii) Memukul (hitting) - lunge, leap, jump, dive iv) Kembali (recovery) - walk, run, chasse Semasa memukul ada tiga pergerakan: i) Pergerakan ke belakang (backswing) ii) Pergerakan ke hadapan (forward swing) iii) Ikut lajak (follow through) 4.7 Menerima Servis Apabila sedang menerima servis, pemain harus lebih bersedia bukan hanya dari segi mental tetapi juga bersedia dari segi fizikal. • Adalah penting raket dipegang di posisi hadapan badan. • Lutut dibengkokkan sedikit dengan kaki kiri di hadapan. • Penerima servis harus berada di posisi seperti ingin menyerang. Dalam keadaan ini, pemain harus tahu untuk bertindak dalam apa jua cara servis yang dilakukan oleh pihak lawan. Dalam permainan perseorangan, keluasan gelanggang bagi pemain untuk membuat servis adalah luas. Oleh itu pemain harus berdiri di posisi tengah gelanggang di mana bersesuaian dan memudahkan semasa menerima servis. Dalam beregu pula, pemain harus berdiri berdekatan dengan garisan hadapan. Ini kerana pemain beregu perlu mengawal bahagian hadapan dan belakang gelanggang. Walaubagaimana pun, kawasan servis untuk beregu lebih kecil berbanding dengan perseorangan. 4.8 Kaedah-Kaedah Latihan Pukulan Perkembangan Latih Tubi Pertimbangan yang perlu diikuti untuk memilih kaedah-kaedah latih tubi: • Tahap kemampuan pemain • Kesukaran pukulan yang terlibat • Yang diperlukan dalam permainan tersebut • Masa yang ada
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 45 | P a g e 4.8.1 Kemajuan kaedah-kaedah latihan perlu bermula dari: a) Latihan kemahiran “Isolated”: Latihan kemahiran “isolated” merupakan latihan yang menumpukan kepada satu jenis kemahiran sahaja. Contohnya jika pemain itu baru belajar badminton tentang kemahiran pukulan junam maka jurulatih akan memberi latih tubi yang tertumpu kepada drop shot sahaja. Arah melakukan pukulan tersebut adalah tetap. b) Latihan Kemahiran Berkait (Related) : Latihan ini merupakan latihan yang mengaitkan lebih dari satu kemahiran. Contohnya jika seorang pemain telah mempelajari pukulan di jaring, pukulan junam dan pukulan bawah lengan, maka jurulatih akan mengaitkan ketiga kemahiran tersebu dalam latih tubinya. Kombinasi ketiga-tiga kemahiran tersebut akan diberi penekanan. Kemahiran ini juga dikenali sebagai latihan kemahiran kombinasi. Kemahiran ini dilaksanakan dengan urutan yang ditetapkan oleh jurulatih. c) Latihan Kemahiran ”Multi Shuttle” : Latihan ini adalah latihan kemahiran yang melibatkan lebih dari tiga kemahiran pukulan yang boleh/tidak mengikut urutan yang tetap dan arah yang berlainan. Pergerakan pemain dikawal dengan jenis pukulan yang difokuskan. Kombinasi kemahiran yang terlibat mungkin lebih complex iaitu melibatkan kemahiran seperti jumping smash, chop, overhead drop, dan kemahiran yang lain. 4.8.1 Latihan Corak • Satu pukulan dengan pergerakan yang spesifik berkaitan dengan situasi permainan. • Kombinasi lebih dari satu kemahiran dengan pergerakan spesifik berkait dengan situasi permainan. 4.8.2 Corak-Corak Rawak (Random): • Latihan yang seakan-akan situasi permainan dengan tekanan.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 46 | P a g e 4.8.3 Permainan Modifikasi Latihan-Latihan Kemahiran Terkawal Membentuk permainan-permainan modifikasi / Wujudkan permainan yang sesuai dengan aplikasi taktikal. Membentuk permainan modifikasi untuk keseronokan tetapi juga memperkembangkan kemahiran dan taktik. 4.8.5 Darjah Kesukaran: Semua latihan harus dimulakan dengan cara yang menetapi kehendaki prinsip latihan: • Dari mudah ke sukar • Dari dijangka ’expected’ ke tidak dijangka ’unexpected’ 4.9 Teknik-Teknik “Feeding” Terdapatkan dua jenis teknik umpanan “feeding”: 4.9.1 Umpanan dengan tangan (hand feeding) • dari bawah tangan (underarm) • dari sisi (sidearm) • dari atas kepala (overhead) 4.9.2 Umpanan dengan raket (racket feeding) • dari bawah tangan (underarm) • dari sisi (sidearm) • dari atas kepala (overhead) 4.9.3 Kelebihan menggunakn Umpanan Tangan • lebih mudah dari menggunakan raket • memberi peluang pemain berlatih dalam masa yang singkat • boleh meniru cara pukulan (contoh: pukulan bawah, sisi dan atas) 4.9.4 Kekurangan menggunakan Umpanan Tangan • sukar mendapat kelajuan (pace). • memerlukan banyak bulutangkis. • pemain tidak dapat melihat datangnya bulutangkis dari pukulan sebenar (raket).
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 47 | P a g e 4.10 Mengajar Badminton Badminton merupakan sukan kemhairan terbuka. Ini memberi gambaran bahawa situasi permainan sentiasa berubah. Oleh itu adalah penting jika pemain diajar secepat mungkin kemahiran dalam kontek permainan setelah pemain dapat melaksanakan kemahiran tersebut. Mengajar kemahiran mengambil masa yang agak lama untuk menguasainya. Kita akan tumpukan kepada ini di peringkat 2. Untuk menjadi seorang jurulatih yang berjaya bermakna jurulatih perlu dapat menerangkan bagaimana kemahairan dilaksanakan, membetulkan kesalahan dan dapat memberi panduan (dalam aspek permainan). Jika seorang jurulatih tidak dapat melaksanakan kemahiran atau membuat demonstratsi yang baik maka jurulatih perlu mencari seseorang untuk menunjuk cara pelaksanaan kemahiran tersebut atau gunakan video untuk menunjukkan kemahiran untuk sesuatu situasi permainan. 4.10.1 Latih tubi Teknik Latihtubi teknik menumpukan kepada pembangunan, mengekalkan atau membetulkan kemahiran spesifik. Seorang jurulatih mungkin tidak dapat melaksanakan satu kemahiran yang lengkap tetapi beliau perlu tahu mekanik pukulan kemahiran tersebut dan juga membuat umpanan “feeding” dalam latih tubi. Pada amnya, ramai jurulatih fokus kepada teknik, terutamanya jurulatih Asia. Manakala, ramai jurulatihjurulatih Eropah dan Oceania pula menekankan kepada latihan yang berbentuk “Game sense” iaitu lebih kepada permainan yang sebenarnya. Dalam kaedah latihtubi teknikal, kemahiran-kemahiran diajar dalam bentuk blok sebelum ia dikembangkan ke latihan yang berkait dengan permainan. Pada mulanya penekanan adalah biomekanik asas, kemahiran pukulan dan pada hujungnya aplikasi kemahiran tersebut. Jurulatih yang menumpukan teknik akan mengimbangkan dengan latihan permainan. Latihan dengan cara permainan memberi kebebasan kepada pemain untuk menguji kebolehan teknikal pemain. Adapun pendekatan yang berfokuskan kepada “game sense” atau teknikal adalah lebih kepada falsafah dan budaya seseorang. Mana satu pendekatan yang diikuti perlu diingatkan bahawa ia memerlukan “essence of quality tactics is a rich repertoire of strokes.” Oleh itu perkembangan kemahiran adalah penting dan tidak lari dari latih tubi teknikal yang lengkap. Adalah penting untuk mengenal pasti latih tubi yang sesuai untuk setiap pemain supaya aspek teknikal yang spesifik dapat diperkembangkan dan diperbetulkan. Pada akhirnya, pemain-pemain yang meningkat secara ansur maju, latih tubi perlu dilaksanakan dalam keadaan yang sebenar atau “realistic”. Latih tubi yang digunakan oleh jurulatih perlu sesuai dengan aksi keperluan dan hasil dari analisis yang teliti dan pemerhatian yang terperinci. Di bawah adalah senarai contoh dan cadangan latih tubi teknikal yang sesuai untuk pemain badminton yang baru.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 48 | P a g e 4.10.2 Stesen Kemahiran Satu cara mengajar kemhiran jika anda mempunyai ramai pemain adalah dengan menggunakan kaedah stesen kemahairan atau grid jurulatih. Setiap satu stesen kemahiran akan fokus pada sesuatu aspek dalam badminton. Contohnya: Stesen Kemahiran Pendekatan Latihan 1 Pukulan hadapan jaring ke belakang - Bayangan ‘shadow’ 2 Pukulan block hadapan dan kilas - Bayangan ‘shadow’ 3 Pukulan hadapan jaring ke belakang + Pukulan block hadapan dan kilas - Bayangan ‘shadow’ rawak 4 Pukulan hadapan jaring ke belakang + Pukulan block hadapan dan kilas - “multi-shuttle” Untuk memastikan stesen kemahiran berjalan dengan baik, beberapa faktor perlu di ambil perhatian; pelbagaikan kemahiran pemain, memastikan setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya seorang individu untuk memahami kemahiran yang dilaksanakan, menghadkan masa pemain yang baru mula bermain dan membantu rotasi yang cepat untuk mengelakkan kebosanan dan keletihan. Setelah pemain memperolehi kemahiran-kemahiran tersebut, masa untuk mempraktikan kemahiran-kemahiran tersebut perlu dijalankan semasa latih tubi dan permainan ubah suai.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 49 | P a g e Contoh latih tubi (drills) “Shadow Master and Copy Cats” Prosedur: Matlamat latihtubi adalah untuk membentuk pemain untuk membiasakan diri dengan gelanggang serta alirannya. Latihtubi ini termasuklah pukulan, pergerakan kaki dan persediaan. Latihtubi ini akan menekankan cara pergerakan dari dan kembali ke tengah gelanggang. Teknik harus ditekankan sebelum bergerak. Ketepatan adalah penting!! Menggunakan jaring adalah satu pilihan. Garisan bagi. “Shadow Masters” di hujung gelanggang (A) dan garisan bagi “Copycats” di hujung yang lain. ”Shadow Master” A1 dan “Copy Cat” B1 masuk ke gelanggang pada masa yang sama dan berada dalam posisi bersedia di tengah gelanggang. B1 cuba untuk meniru pergerakan dan pukulan A1. Selepas tamat masa, “Shadow Master dan Copycat” yang lain masuk ke gelanggang. Semua pergerakan dimulakan dari tengah gelanggang dan posisi bersedia. Kekalkan masa yang pendek : 20 – 30 saat Peringatan : Ini adalah aktiviti yang lasak. Serangan dan Pertahanan Asas Prosedur : Matlamat latihtubi ini adalah untuk membentuk teknik serangan dan pertahanan pemain. A = Smash dan pukulan lurus di jaring. B = Tahan dan lambung bulutangkis. Kekerapan untuk latihan ini adalah bergantung kepada ketahanan pemain. Bermula dengan masa selama 2 minit dan tukar semula. Sekiranya dibuat sebanyak 5 kali, pemain sudah membuat latih tubi ini selama 10 minit. A1 B1 A1 B1
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 50 | P a g e Serangan Asas Perseorangan Prosedur : Matlamat latihtubi ini adalah untuk menbentuk ketahanan pemain, pengawalan gelanggang serta pengalirannya. mF = “Multi-Feeder” (jurulatih) A = Serangan lurus dan Pukulan lurus di jaring. Mulakan secara perlahan. Perhatikan cara kelajuan penghantaran bulutangkis . Kekerapan latihan bergantung kepada ketahanan pemain. Disebabkan ini adalah tertumpu kepada kelajuan, pastikan ulangan adalah kurang. Contohnya, mulakan dengan 10 bulutangkis satu set.(termasuk serangan dan pukulan jaring) x 5 set. Tingkatkan ulangan ke 15 bulutangkis dan kurangkan bilangan set. Latihtubi Bulutangkis – (Smash) Prosedur: i) F membuat pukulan servis tinggi ke A dan diikuti servis tinggi ke B, kekalkan servis secara berturutan di kedudukan yang sama. ii) S bergerak ke A, membuat pukulan Smash hadapan ke T2 dan kembali ke posisi asal. Kemudian bergerak semula ke B, membuat pukulan Smash hadapan ke T2 juga serta kembali ke posisi bersedia, Ulangi teknik ini semula ke A. iii) S bergerak dari posisi asal ke A, dan ke B untuk membuat pukulan Smash sebanyak 20 bulutangkis secara berturutan ke T2. iv) Setiap pukulan Smash haruslah tepat ataupun hampir di T2. v) Latihtubi ini diulangi sebanyak 20 kali ke sasaran ke T1 dan 20 kali lagi ke T3. vi) F harus melakukan servis tinggi ke A dan kemudian ke B secara berturutan. Dosej : 20 pukulan Smash ke T1, T2 dan T3. mF A mF T1 T3 T2 S A B
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 51 | P a g e Latihtubi Bulutangkis - Variasi Pukulan Prosedur : i) S servis tinggi ke 4. ii) P bergerak ke 4, lakukan pukulan serang dan kembali ke posisi asal. iii) S membuat pukulan deras ke 3. iv) P bergerak ke 3, balas dengan pukulan deras dan kembali ke posisi asal. v) S membuat pukulan drop ke 2. vi) P bergerak ke 2, kembali pukulan dan kembali ke posisi asal. vii) S bermain pukulan jaring ke 1. viii) P memajukan langkah hadapan ke 1, bermain pukulan bawah lengan ke C dan kembali ke posisi asal. ix) Latih tubi ini diulangi dengan S menghantar beberapa pukulan bulutangkis ke 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, dan 8 dan P perlu bergerak ke tempat tersebut untuk membuat hantaran balik ke A, B, C, D, E, dan F dan balik semula ke posisi asal. x) Seiap pusingan mengandungi 24 bulutangkis. Dosej : (24 bulutangkis x 4 set) Latihtubi Bulutangkis – Pukulan Lob Ofensif dan Defensif (Garisan tepi gelanggang) Prosedur: i) A servis tinggi ke D ii) B bergerak ke D dan membuat pukulan lob “over head” serangan atau lob “around the head” defensif ke C iii) A bergerak ke C dan membuat pukulan lob hadapan serangan balik ke D. Semua pengerakkan bermula dan akhir balik ke posisi bersedia asal. Dosej : (20 x 5) Nota : Semua pukulan lob perlu sampai ke D dan C setiap kali. 2 1 p S 5 6 7 8 A B C D E F 4 3 B A E F C D
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 52 | P a g e Latihantubi Badminton - Pukulan Junam (Drop) dan pukulan tinggi bawah lengan Prosedur: i) A servis tinggi ke D ii) B bergerak ke D untuk membuat pukulan junam (drop) ke C. iii) A bergerak ke C untuk membuat pukulan bawah lengan tinggi ke belakang D dan balik semula ke pusat operasi asal. Semua pengerakkan bermula dan akhir balik ke posisi bersedia asal. Dosej : (20 x 5) Nota: Pastikan bulutangkis ditujukan dari D ke C dan balik ke D berturut-turut. Latihtubi Badminton - Servis tinggi dan pukulan junam (drop) Prosedur: i) A2 servis tinggi ke S1 ii) B bergerak ke S1 dan membuat pukulan junam (drop) hadapan ke C dan balik ke pusat operasi. iii) A1 servis tinggi ke S2 iv) B bergerak ke S2 dan membuat pukulan junam (drop) hadapan ke D dan balik ke pusat operasi. Semua pengerakkan bermula dan akhir balik ke posisi bersedia asal. Dosej : (20 ulangan x 5 set) Nota: Pastikan semua bulutangkis ditujukan dan sampai ke C, D setiap kali. A D D C C S2 B S1 A1 C D A2
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 53 | P a g e Latihtubi Badminton - Servis Tinggi dan Pukulan Junam (Drop) Silang Prosedur: i) A 2 servis tinggi ke S1 iv) B bergerak ke S1 untuk membuat pukulan junam (drop) silang ke D dan balik semula ke pusat operasi. v) A1 servis ke S2 vi) B bergerak ke S2 untuk membuat pukulan junam (drop) silang ke C dan balik ke pusat operasi. vii) Latihan ini perlu berturut-turut dengan B bergerak dari S1 dan S2. Dosej : (20 x 5) Latihtubi Badminton - Pukulan Deras (Drive) Prosedur: i) A1 membuat servis deras ke S2. ii) B2 bergerak melintang ke S2 dan membuat pukulan deras hadapan ke D. iii) A2 membuat service deras ke S1 iv) B1 bergerak melintang ke S1 dan membuat pukulan deras hadapan ke C Dosej : (20 x 5) Nota: Pastikan bulutangkis sampai ke kawasan C, dan D. A1 A2 C D B A1 A2 C D B1 B2 S1 S2
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 54 | P a g e Latihtubi Badminton - Smash Melintang Prosedur : i) A 2 servis tinggi ke S1. ii) B bergerak ke S1 dan membuat pukulan Smash ke D dan bergerak balik ke pusat operasi. iii) Latihan ini perlu sambung berturut-turut. iv) A1 servis tinggi ke S2 v) B bergerak ke S2 dan membuat pukulan Smash ke C dan bergerak balik ke pusat operasi. Dosej : (15-20 x 5) Kombinasi : Pukulan Junam (Drop), Jaring, Pukulan bawah lengan ke atas dan Lob Defensif. Prosedur: i) F servis tinggi ke A ii) P bergerak ke A, membuat pukulan junam (drop) ke B dan bergerak balik ke pusat operasi. iii) F bergerak ke B, membuat pukulan jaring di C dan bergerak balik ke pusat operasi. iv) P bergerak ke C, membuat pukulan bawah lengan kilas ke belakang ke D dan bergerak balik ke pusat operasi. v) F bergerak ke D, membuat pukulan lob defensif ke A dan bergerak balik ke pusat operasi. vi) Latihan ini diulang banyak kali. Dosej : (2-3 minit x 5) Nota: P membuat pukulan junam (drop) dan pukulan bawah lengan ke belakang, F membuat pukulan jaring dan lob defensif. S2 B S1 A C D A2 A P F D C B
BADMINTON COACH EDUCATION - BAM BAM LEVEL 1 MODULE 5 - TECHNICAL & TACTICAL IN BADMINTON TEKNIK & TAKTIK ASAS BADMINTON
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 55 | P a g e UNIT 5 - TAKTIK ASAS BADMINTON 5.1 Pengenalan Kepada Taktik Dan Strategi Dalam Badminton Strategi ialah perancangan cara bermain keseluruhan ‘game’ (game plan). Taktik pula ialah implementasi satu aspek dalam strategi. Satu strategi mengandungi beberapa taktik. Semakin tinggi tahap prestasi, permainan akan menjadi semakin rumit. Permainan akan meningkat dari segi pukulan sekadar melepasi net ke gelanggang pihak lawan hingga pukulan yang sukar dibalas, mengawal pergerakan pihak lawan, menukar arah permainan, mensasarkan bulutangkis di penjuru gelanggang. Kesemua elemen ini muncul mengikut perancangan permainan pemain tersebut atau strategi. Dalam usaha membentuk strategi, seorang pemain mesti memberi tumpuan tentang kekuatan dan kelemahan sendiri dan juga pihak lawan. Seorang pemain harus melakukan pukulan dengan menggunakan kelebihannya dan mengenalpasti kelemahan pihak lawan. Jangan sesekali takut untuk menukar strategi yang gagal dan juga jangan sesekali menukar strategi yang telah berjaya. Perancangan strategi dan taktik bergantung kepada: • Kualiti kebolehan teknikal pemain • Kebolehan fizikal pemain • Keadaan mental pemain • Kebolehan dan cara permainan pihak lawan 5.2 Taktik Dan Strategi Asas Dalam Badminton • Masukkan bulutangkis dalam kawasan permainan. Peratusan bulutangkis masuk mestilah tinggi. • Jauhkan bulutangkis dari pihak lawan. • Jauhkan pihak lawan daripada tapak operasi (base of operation). • Bila ragu, letakkan bulutangkis ke bahagian tengah belakang tinggi pihak lawan. • Pukul ke bahagian backhand atau bahagian lain pihak lawan yang lemah. • Sentiasa berjaga di tapak operasi gelanggang (base of operation). • Gunakan smash pada masa yang sesuai untuk menamatkan rali. 5.3 Pukulan asas yang baik Strategi yang baik adalah sia-sia tanpa pukulan asas yang baik. Pukulan asas yang baik dalam badminton adalah seperti berikut: • Pukul bulutangkis pada titik (point) pukulan yang paling tinggi. Gerak dengan laju ke belakang bulutangkis dan memukulnya pada titik yang paling tinggi. • Pergerakan penipuan (deception) adalah kunci permainan. Cuba buat pergerakan pukulan yang nampak sama sehingga ke akhir sentuhan.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 56 | P a g e 5.4 Taktik Dan Strategi Permainan Perseorangan Dalam permainan perseorangan adalah penting untuk memanfaatkan kawasan gelanggang. Gelanggang perseorangan mempunyai ukuran panjang yang lebih berbanding dengan lebar. Oleh yang demikian taktik asas permainan perseorangan ialah corak permainan lob dan drop untuk menggerakkan pihak lawan ke belakang dan depan dan membuka ruang kosong demi mematikan rally. 5.4.1 Taktik Asas Permainan Perseorangan • Jangan menunggu bulutangkis datang tetapi harus bergerak ke arah bulutangkis. • Pukul bulutangkis pada titik (point) pukulan yang paling tinggi. • Bersabar dan sedia untuk bermain rally yang panjang. • Letihkan pihak lawan dari segi fizikal dan mental. • Ambil kesempatan panjang dan lebar gelanggang. • Ambil initiatif untuk menyerang dan mengawal keseluruhan keadaan. • Pandai menjimatkan tenaga sambil meletihkan pihak lawan. • Sentiasa berjaga di tapak operasi gelanggang (base of operation). • Belajar pukulan penipuan (deception) pada kesemua pukulan. • Baca fikiran pihak lawan. • Paksa pihak lawan bermain corak permainan yang kamu suka. 5.4.2 Service Permainan Perseorangan High serve ke bahagian tengah belakang gelanggang untuk: • Membuka bahagian depan gelanggang • Dapat lebih masa untuk memerhati • Lebih peluang untuk mengawal bahagian net. • Kurangkan sudut pukulan balasannya. Low serve ke bahagian tengah depan gelanggang untuk: • Mengawal bahagian depan gelanggang. • Memaksa pihak lawan melambung (lift) bulutangkis. • Dapat peluang untuk mengawal pukulan tinggi. • Kurangkan sudut pukulan balasannya. Flick serve ke bahagian tengah belakang gelanggang untuk: • Paksa Pihak Lawan Membuat Pukulan Balas Yang Lemah. • Paksa Pihak Lawan Menjadi ‘Off Balance’. • Elakkan Pihak Lawan Daripada Bergerak Cepat Ke Jaring Untuk Menerima Service.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 57 | P a g e 5.4.3 Membalas Service Permainan Perseorangan Membalas high serve: • Pukulan drop ke bahagian depan pada kelajuan, arah dan sudut yang berbeza. • Pukulan menjunam ke arah badan pembuat service. • Pukulan menjunam ke bahagian garisan tepi pada kelajuan, arah dan sudut yang berbeza. • Pukulan tinggi ke bahagian belakang gelanggang. Membalas low serve: • Pukulan ke arah badan pembuat Service. • Balas bulutangkis serapat mungkin dengan jaring. • Pukulan ke arah 2 sudut belakang gelanggang. Membalas flick serve: • Bergerak pantas untuk membuat pukulan menjunam. • Blok ke bahagian depan gelanggang. • Jika terperangkap, pukul tinggi ke bahagian belakang gelanggang. 5.4.4 Pelbagai Taktik Permainan Perseorangan Taktik dari bahagian tengah gelanggang 3 kemungkinan untuk menunggu bulutangkis: • Menjangka (anticipate) pukulan depan. • Menjangka (anticipate) pukulan belakang. • Menjangka (anticipate) pukulan tepi. Meletakkan pihak lawan di belakang gelanggang • Membuka bahagian depan gelanggang. • Meletihkan pihak lawan. Kawalan di jarring • Memaksa pihak lawan membuat kesilapan tanpa paksaan (unforced error). • Memaksa pihak lawan membuat pukulan bawah lengan (lift). Bermain 4 penjuru • Meletihkan pihak lawan. • Mengelakkan pihak lawan mengawal permainan. • Mengelakkan pihak lawan bermain serangan sepenuhnya (all out attack). Bermain pukulan rendah • Mengelakkan pihak lawan daripada menyerang dengan smash.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 58 | P a g e Memilih jenis pukulan Pukulan boleh dibahagikan kepada mudah, sederhana dan sukar. Dalam pelbagai keadaan, pemain perlu membuat keputusan untuk memilih jenis pukulan supaya menyenangkan dirinya. Dalam keadaan tertekan pemain harus memilih jenis pukulan yang mudah manakala dalam kedaaan yang selesa pemain boleh memilih jenis pukulan yang menyukarkan pihak lawan. Fasa permainan Dalam sesuatu permainan (game), pemain diletak dalam berbagai situasi taktik samada untuk menyerang, bertahan atau rally. Menyerang – mengeksploitasikan kelemahan pihak lawan dengan pantas untuk mendapat mata. Bertahan – harus membuat pukulan demi membolehkannya bersedia untuk menerima pukulan seterusnya, (recover). Rally – memasukkan semua pukulan dengan rentak yang berbeza ke pelbagai sudut sambil menunggu pihak lawan membuat kesilapan. 5.5 Strategi dan taktik permainan beregu Permainan beregu adalah lebih kompleks berbanding dengan perseorangan kerana ia memerlukan reaksi yang lebih pantas dan keperluan untuk menjangka (anticipate) apa pasangan dan lawan akan buat. Kerjasama di antara pasangan adalah penting di mana kedua-dua pasangan itu boleh memilih untuk bermain dalam posisi masing-masing yang lebih kuat. Seorang pemain juga boleh ’cover’ pasangannya dalam posisi depan dan belakang. Satu pemain boleh ‘set’ bagi membolehkan pasangannya menyerang. Secara amnya strategi permainan beregu adalah untuk menyerang dengan pantas. 5.5.1 Taktik asas permainan beregu Termasuk taktik asas permainan perseorangan seperti berikut: • Jangan menunggu bulutangkis datang tetapi harus bergerak pada ke arah bulutangkis. • Pukul bulutangkis pada titik (point) pukulan yang paling tinggi. • Ambil initiatif untuk menyerang dan mengawal keseluruhan keadaan. • Belajar pukulan penipuan (deception) dalam pukulan kesemua strok. • Baca fikiran pihak lawan. • Paksa pihak lawan bermain corak permainan yang kamu selesa.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 59 | P a g e Taktik asas lain seperti berikut: • Komunikasi di antara pasangan. • Sentiasa menyerang. • Posisi dan jangkaan (anticipation) menunggu pukulan pihak lawan. • Sentiasa sampai awal ke jaring. • Beri perhatian kepada tiga pukulan pertama setiap rally. • Serang bahagian tengah di antara 2 pemain. • Pemain di depan perlu ‘set’ untuk pemain belakang menyerang. • Pemain di depan harus cuba memintas (intercept) pukulan pihak lawan. • Cuba tukar permainan pertahanan kepada serangan secepat mungkin. 5.5.2 Service permainan beregu Low serve ke bahagian tengah / tepi depan gelanggang untuk: • Elakkan pihak lawan daripada membuat pukulan serangan (smash). • Mengawal bahagian depan gelanggang. • Memaksa pihak lawan melambung (lift) bulutangkis. Flick serve ke bahagian tengah / tepi belakang gelanggang untuk: • Paksa pihak lawan membuat pukulan balas yang lemah. • Paksa pihak lawan menjadi ‘off balance’. • Elakkan pihak lawan daripada bergerak cepat ke net untuk menerima Service. Drive serve ke bahagian tengah belakang gelanggang untuk: • Elakkan pihak lawan daripada membuat pukulan serangan. • Paksa pihak lawan menjadi ‘off balance’. • Elakkan pihak lawan daripada bergerak cepat ke jaring untuk menerima service. Service asas dalam acara beregu ialah low serve. Beregu yang melakukan Low serve yang berkualiti tinggi akan memaksa penerima service melambung bulutangkis tinggi ke bahagian belakang dan memberikan peluang kepada beregu yang membuat service tadi untuk menyerang.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 60 | P a g e 5.5.3 Balasan Service permainan beregu Low serve harus dibalas dengan: • Bermain di jaring jauh dari pembuat service. • Tolak rata sepanjang garisan tepi gelanggang sama ada ke bahagian tengah atau belakang. • Tolak rata ke badan pembuat service atau pasangannya. • Letak ke bahagian belakang pembuat Service. ← Diagram menunjukkan target kawasan balasan Service permainan beregu. (Service adalah dari kiri ke kanan gelanggang penerima). 5.5.4 Posisi Pasangan Beregu Posisi pasangan apabila menyerang adalah seorang berada di bahagian depan gelanggang manakala yang seorang lagi adalah di belakang gelanggang. Ini adalah dipanggil system depan-belakang (front-back). Posisi membuat Service adalah mengikut sistem ini. Faedah sistem ini adalah terdapat seorang pemain di hadapan yang dekat dengan jaring yang lebih berpeluang untuk membuat pukulan memaksa pihak lawan untuk melambung bulutangkis untuk pasangannya menyerang. Pemain hadapan ini juga dalam posisi yang mudah untuk mematikan apa-apa pukulan tanggung di hadapan (loose returns). Sistem Menyerang Depan-Belakang
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 61 | P a g e Apabila dalam keadaan bertahan, pasangan beregu harus berada di posisi bersebelahan, iaitu seorang di kiri dan seorang lagi di kanan gelanggang (side by side). Ini adalah dipanggil sistem bersebelahan (side by side). Sistem ini menyenangkan setiap pemain untuk bertahan. Kedua pemain adalah bertanggungjawab untuk bahagian setengah gelanggangnya. Apabila pasangan bertukar dari bertahan ke serangan, mereka boleh menukar dari sistem bersebelahan ke sistem depan-belakang dan begitu juga sebaliknya. 5.5.5 Pelbagai Taktik Permainan Beregu • Lebihkan pukulan rendah untuk memaksa pihak lawan melambung bulutangkis untuk serangan. • Pemain depan harus sentiasa mencari peluang untuk mematikan pukulan balas yang lemah atau memintas (intercept) bulutangkis yang boleh dicapai. • Pemain depan harus meletakkan raket diatas bahunya supaya boleh memintas (intercept) atau mencapai bulutangkis seawal mungkin. • Pemain belakang harus sentiasa menyerang. • Selalu buat serangan smash atau drop pada bahagian tengah gelanggang di antara 2 pemain. • Selalu serang pemain yang lebih lemah. • Pukulan silang (cross) gelanggang harus digunakan dalam permainan untuk memaksa pemain hadapan pihak lawan supaya tidak bersedia atau diluar posisi sedia. • Apabila bertahan, melambung bulutangkis tinggi, pastikan pemain lawan di bahagian depan tidak boleh mencapai bulutangkis atau pukulan tersebut. • Pasangan yang bertahan boleh tukar ke serangan dengan mengarahkan bulutangkis ke bahagian depan gelanggang atau membuat blok di depan gelanggang. Sistem Bertahan Bersebelahan
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 62 | P a g e 5.6 Lain-Lain Prinsip Dalam Taktik • Bermain dengan risiko tinggi hanya dalam keadaan ‘advantage’. • Selalu menggunakan senjata terbaik bila ada peluang. • Bermain mengikut kebolehan dan kemungkinan. • Bersikap positif. • Buat keputusan pantas sebelum buat pukulan / pergerakan – tiada fikiran kedua (second thoughts). • Tumpuan kepada bulutangkis. • Gabungkan kekuatan dan kawalan – kekuatan mengurangkan masa reaksi pihak lawan. – kawalan pula meletihkan pihak lawan. • Pelbagaikan pukulan untuk membuka ruang kosong. • Gerakkan pihak lawan dengan mempelbagaikan arah, panjang, lebar dan ketinggian. • Kuasai momentum dengan mengawal tempo. • Buat analisa semasa rehat antara rally, atau game untuk memutuskan samada terus bermain dengan strategi dan taktik yang sama atau berubah.
BADMINTON COACH EDUCATION - BAM BAM LEVEL 1 MODULE 6 - MOTOR LEARNING PEMBELAJARAN MOTOR
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 63 | P a g e UNIT 6 – PEMBELAJARAN MOTOR 6.1 Pengenalan Permainan badminton memerlukan pemainnya untuk menghasilkan pelbagai kemahiran dalam pelbagai situasi. Jurulatih secara umum, ingin melatih kemahiran mereka secara konsisten dengan ketepatan yang tinggi dalam prestasi dan hasilnya. Kebiasaannya bagi para pemain baru ‘beginners’ untuk membandingkan persembahan mereka dengan pujaan mereka yang mampu melakukan kemahiran adalah diperincikan seperti berikut: • Pilihan yang betul dalam melakukan sesuatu pukulan/kemahiran badminton • Pergerakan yang tidak menyusahkan ‘effortless’ • Pergerakan yang cekap • Lancar dan elok • Konsisten Untuk mencapai tahap pemain prestasi tinggi, pemain-pemain baru memerlukan jam latihan yang banyak dengan mengambil kira faktor-faktor yang menyumbang kepada proses pembelajaran. Faktor-faktor seperti umur, jantina dan sifat kemahiran yang diajar harus diberikan perhatian sewajarnya dalam pembentukan sesi penguasaan kemahiran. Seseorang jurulatih yang memahami faktor-faktor ini dan pengaruh mereka dalam proses pembelajaran dapat memastikan bahawa sesi latihannya mencapai hasil terbaik. Topik-topik berikut akan membentangkan maklumat tentang asas-asas merangka dan melaksanakan sesi latihan yang berkesan. 6.2 Kemahiran Dan Teknik Ia adalah penting untuk memahami bahawa teknik yang baik tidak menjamin seseorang pemain itu menjadi mahir ‘skilled’. Teknik hanyalah sebahagian kecil daripada sesuatu kemahiran, pemain yang mahir mampu melakukan teknik yang konsisten dalam pelbagai situasi. Tahap penguasaan kemahiran dapat dilihat melalui keupayaan pemain untuk melaksanakan pelbagai kemahiran dan strategi dengan tepat dalam pelbagai situasi di mana-mana kejohanan.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 64 | P a g e Terdapat empat cara utama untuk mengkategorikan kemahiran, yang mengambil kira tahap kawalan dalam menilai kemahiran, pengaruh kognitif yang terlibat dalam prestasi kemahiran, kestabilan persekitaran dan organisasi kemahiran. Untuk tujuan kursus ini, kita akan menumpukan pada kategori yang berkaitan dengan kestabilan keadaan ‘environment’ dalam aplikasi satu-satu kemahiran dan perancangannya. 6.3 Persekitaran/ Keadaan Perlakuan Terbuka dan Tertutup Keadaan yang stabil dan persekitaran pemain yang tidak berubah dikenali sebagai kemahiran tertutup. Dalam badminton, servis adalah satu-satunya keadaan di mana pemain mempunyai kawalan penuh ke atas bulutangkis (closed skills). Dalam situasi lain, di mana tindakan pemain bergantung kepada tindakan lawannya dilabel sebagai kemahiran terbuka. Dengan kata lain, kemahiran terbuka adalah kemahiran yang dilakukan semasa perlawanan, di mana persekitaran permainan sentiasa berubah (open skills). 6.4 Kemahiran Discrete (tersendiri), Serial (siri/bersambung) dan Berterusan Dalam permainan, kebanyakan situasi memerlukan pemain untuk menggabungkan beberapa kemahiran bagi menghasilkan pukulan balas. Sebagai contoh, seorang pemain perlu melangkah (lunge) ke jaring untuk membalas pukulan ’drop’. Pergerakan lunge (kemahiran pertama) dan membuat pukulan balas (kemahiran kedua), gabungan kemahirankemahiran tersebut dikategorikan sebagai kemahiran siri. Servis dalam badminton dikategorikan sebagai kemahiran diskret, kerana kemahiran itu mempunyai permulaan yang jelas dan berakhir. Kemahiran berterusan, yang dicirikan dengan pergerakan berulang-ulang jarang dilihat dalam permainan (rally) badminton. Apakah kategori kemahiran yang berkaitan dengan pengajaran kemahiran? Seorang jurulatih sepatutnya dapat membezakan kemahiran kerana ia mempengaruhi tahap kesukaran dalam melakukan kemahiran tertentu. Pendekatan yang digunakan untuk memastikan pembelajaran yang berkesan dan prestasi kemahiran sangat bergantung kepada kaedah yang digunakan untuk mengajar kemahiran.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 65 | P a g e 6.5 Belajar ‘versus’ Prestasi Walaupun pembelajaran adalah proses yang tidak dapat dikaitkan dengan penglibatan dengan sistem saraf dan perkembangan ingatan, hasil pembelajaran dapat dilihat dalam peningkatan prestasi. Hasil pembelajaran dalam perkembangan ingatan kemahiran yang dipelajari dapat dilihat melalui pengulangan kemahiran dalam jangka masa tertentu. Adalah penting untuk memastikan bahawa pengajaran dan pembelajaran kemahiran dijalankan semasa pemain masih dalam keadaan segar dan bersikap terbuka. Pepatah lama ‘practice makes perfect’, tidak semestinya benar. Pemain yang letih, cenderung mengambil jalan pintas yang menghasilkan teknik yang lemah, sedangkan latihan seharusnya menghasilkan teknik yang lebih sempurna. Berlatih semasa letih akan menyebabkan pemain mengamal tabiat buruk yang sukar untuk dibetulkan. Prestasi kemahiran adalah hasil mengingati kemahiran yang pernah dilakukan (atau dilihat). Dengan mengingat dan melaksanakan kemahiran yang berterusan, kemajuan kemahiran dapat dibentuk. Oleh kerana pembelajaran berterusan, akan menghasilkan prestasi yang lebih tinggi dan konsisten pada tahap kompetitif. 6.6 Tahap Pembelajaran Kemajuan pemain dari ‘beginners’ kepada pemain yang berjaya melibatkan perubahan ciri-ciri prestasi dan kelakuannya. Secara umumnya, tahap pembelajaran dapat dibahagikan kepada tiga peringkat. Tahap 1 – Permulaan Dalam tahap ini, pemain perlu diberi arahan yang jelas mengenai tujuan gerakan yang hendak dicapai. Pemain cenderung bertanya banyak soalan untuk mencari maklumat. Peningkatan biasanya perlahan dan tidak licin. Jurulatih perlu bersabar dan menghabiskan banyak masa untuk memastikan bahawa pelajar tidak memperoleh tabiat buruk yang akan menghalang kemajuan kemahiran mereka pada peringkat seterusnya. Tahap 2 – Pertengahan Pemain mencari kaedah yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran. Soalan akan berkurangan apabila pemain mengaitkan kemahiran yang dipelajari dengan kemahiran terdahulu dan membuat perubahan yang diperlukan untuk memperbaiki kemahiran. Jurulatih harus memberi perhatian dan cadangan untuk memudahkan pembelajaran.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 66 | P a g e Tahap 3 - Peringkat Lanjutan Pemain menguasai selok-belok kemahiran untuk menghasilkan pergerakan dengan lancar dengan konsisten. Pemain mampu memilih dan menggabungkan kemahiran mengikut keadaan yang dihadapi. Dengan kata lain, pemain berupaya untuk menganalisis situasi dan memilih kemahiran yang berkaitan untuk bermain. Peranan jurulatih dalam memastikan kemajuan pemain melalui tiga tahap melibatkan • penyampaian maklumat • penstrukturan latihan • memberikan maklum balas. Gabungan ketiga-tiga faktor di atas memastikan pemain meningkat melalui tiga peringkat pemerolehan kemahiran dengan hasil yang diinginkan. Satu pendekatan yang boleh digunakan oleh seorang jurulatih ialah dengan menambahkan kepelbagaian dan keseronokan dalam proses mendapatkan kemahiran. Proses ini yang disebut sebagai pemindahan pembelajaran akan dibincangkan seterusnya. 6.7 Pemindahan Pembelajaran Pemindahan pembelajaran merujuk kepada pengaruh kemahiran yang dipelajari kepada kemahiran yang dilakukan. Apabila kemahiran membantu dalam memperoleh kemahiran baru, ia dipanggil pemindahan positif. Sebagai contoh, kemahiran ‘smash’ bermula dari melakukan kemahiran lontaran. Sebaliknya apabila kemahiran yang dipelajari menghalang kemahiran baru, ia dikenali sebagai pemindahan negatif. Jurulatih boleh menggunakan prinsip pemindahan pembelajaran untuk menjadikan sesi latihan mereka lebih menyeronokkan dan menarik kerana kanak-kanak secara semula jadi mempunyai pemerhatian yang singkat, 6.8 Kemahiran Mudah dan Kemahiran Kompleks Kemahiran mudah ‘simple skills’ adalah kemahiran yang mudah dipelajari dan tidak memerlukan banyak latihan. Servis dalam badminton boleh dianggap sebagai kemahiran mudah kerana ia hanya memerlukan koordinasi asas mata-tangan. Pada tahap permainan yang lebih tinggi, servis boleh menjadi kompleks kerana ia ditambah dengan unsur penipuan (deception). Kemahiran kompleks adalah kemahiran yang memerlukan banyak latihan sebelum dapat dikuasainya. Kemahiran kompleks lazimnya adalah gabungan pelbagai kemahiran, contohnya ‘jumping smash’ dari garis belakang. Pemain perlu bergerak ke garis belakang, melompat dan menghasilkan pergerakan smash pantas dan tepat (kadang-kadang menipu) untuk menjadi berkesan.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 67 | P a g e 6.9 Metodologi Jurulatih Metodologi kejurulatihan dapat dibahagikan kepada dua pendekatan yang berbeza iaitu kejurulatihan preskriptif dan kejurulatihan penemuan. Keduadua kaedah ini berbeza berdasarkan maklumat, struktur latihan dan maklum balas yang diberikan kepada pemain. 6.9.1 Latihan Preskriptif Jurulatih yang menggunakan pendekatan ini, memberikan semua pengetahuan yang diperlukan mengenai kemahiran yang akan diajar. Biasanya jurulatih akan menunjukkan (demonstrate) kemahiran, mengutarakan fakta penting (highlight the teaching point) dan kerap memberi maklum balas. Walaupun kaedah ini dapat mempercepatkan pembelajaran, namun ia tidak semestinya boleh diulangi dengan tepat/baik dalam pertandingan. Jurulatih cenderung kepada kaedah ini kerana kemajuan dapat dilihat serta-merta dan ibu bapa gembira melihat peningkatan anak mereka. 6.9.2 Latihan Penemuan Peranan jurulatih di bawah pendekatan ini adalah sebagai fasilitator yang menggalakkan pemain untuk meneroka kemungkinan dalam menghasilkan kemahiran yang diberikan. Jurulatih di sini, memberikan contoh kemahiran dan menarik perhatian pemain kepada hasil kemahiran dan bukannya fakta pengajaran ‘teaching point’ (contoh: Posisi kaki, kepala raket dll). Pembelajaran di sini berlaku secara semula jadi kerana pemain meneroka pelbagai penyelesaian untuk menemui objektif pelajaran tersebut. Sebagai contoh, jurulatih akan menunjukkan lob ke belakang, sambil memberi penjelasan mengenai penerbangan, trajektori dan kawasan pendaratan bulutangkis. Pemain digalakkan untuk menghasilkan kemahiran itu melalui penerokaan dan percubaan untuk memenuhi cabaran. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kesan latihan preskriptif adalah segera, namun pemain tidak begitu berjaya ketika menghasilkan kemahiran dalam suasana pertandingan. Ia bertentangan dengan latihan preskriptif di mana pemain yang memperoleh kemahiran melalui kaedah penemuan mampu menghasilkan semula kemahiran dalam situasi pertandingan. Walaupun Latihan Penemuan (Discovery Coaching) popular sebagai kaedah bimbingan yang disukai, namun jurulatih cenderung menggunakan kaedah Latihan Preskriptif (Prescriptive Coaching), kerana ibu bapa dapat melihat perkembangan anak-anak mereka dalam tempoh yang singkat tanpa menyedari bahawa anak-anak mereka akan merasa sukar untuk menghasilkan semula kemahiran secara konsisten dalam situasi permainan.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 68 | P a g e Selain daripada aspek pengajaran, aspek penting dalam memperolehi kemahiran ialah jenis dan penjadualan latihan. Perenggan berikut akan membincangkan aspek latihan penting ini. 6.10 Latihan Spesifik vs Latihan Variasi Latihan spesifik merujuk kepada keadaan latihan yang memerlukan pemain untuk melakukan kemahiran tertentu berulang-ulang tanpa sebarang variasi (contoh: jarak, ketinggian, kelajuan dan lain-lain). Latihan variasi mengamalkan satu kemahiran dengan pelbagai variasi. Sebagai contoh, semasa berlatih pukulan junam, jurulatih memberi arahan kepada pemain supaya mengubah arah dan titik pendaratan bulutangkis. 6.11 Jadual Latihan Latihan blok merujuk kepada sesi latihan di mana pemain berlatih satu kemahiran tanpa variasi dalam satu sesi. Sesi latihan rawak pula merujuk kepada sesi di mana pelajar berlatih beberapa kemahiran dalam susunan rawak. JADUAL LATIHAN SESI 1 SESI 2 SESI 3 LATIHAN BLOK SMASH SMASH SMASH LATIHAN RAWAK SMASH PUKULAN DROP LOB PUKULAN DROP LOB SMASH PUKULAN DROP SMASH LOB 6.11.1 Menggabungkan Latihan Khusus/Variasi dengan Latihan Blok/Rawak Walaupun latihan khusus popular di kalangan ‘beginners’ bagi memperolehi kemahiran baru, latihan variasi telah terbukti berkesan dalam memindahkan kemahiran ke permainan. Kesan latihan ubahsuaian/variasi adalah berkesan kerana hakikat bahawa ia menggalakkan pelajar membina corak pergerakan yang sama dengan situasi permainan. Latihan blok (Blocked) dan latihan rawak (Random) mewujudkan situasi di mana terdapat banyak gangguan/perbezaan di antara pelaksanaan satu pukulan dengan yang lain. Dipercayai bahawa latihan blok adalah sesuai untuk ‘beginners’, namun hasil kajian mendapati bahawa latihan rawak lebih berkesan dalam jangka masa panjang di mana pemain harus mengatur tindakannya dari satu percubaan kepada percubaan yang lain untuk meningkatkan keupayaan untuk menghasilkan kemahiran dalam situasi permainan.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 69 | P a g e Jenis latihan dan jadual latihan boleh digabungkan untuk merancang sesi latihan dan mendedahkan pemain kepada situasi permainan awal dalam fasa pembelajaran. Ini akan menjadikan latihan lebih seronok dan menggalakkan pemain untuk menguasai kemahiran dan membuat keputusan yang serupa dalam situasi kompetitif. Rajah di bawah menunjukkan gabungan situasi latihan dalam pembelajaran badminton. LATIHAN RAWAK (RANDOM) LATIHAN SPESIFIK Simulasi dan kombinasi umpanan menghasilkan kombinasi strok dari satu percubaan ke percubaan yang lain Perbezaan kemahiran dalam satu percubaan kepada percubaan (trial) yang lain Pemilihan dalam menggunakan pelbagai pukulan yang dipelajari dalam permainan (game-play) LATIHAN VARIASI Perbezaan Dalam Teknik UMPANAN LATIH TUBI Tujukan bulutangkis ke lokasi spesifik KAEDAH PERMAINAN Peraturan ditetapkan untuk belajar strok ke lokasi tertentu LATIHAN BLOK (BLOCKED) 6.12 Maklum Balas Faktor penting yang melengkapkan proses pembelajaran adalah memberikan maklum balas. Maklum balas adalah maklumat yang diterima oleh pemain hasil daripada prestasinya. Pemain menerima maklumat dari dua sumber utama iaitu diri sendiri atau persekitaran (jurulatih, ibu bapa dan lain-lain). Maklumat yang berasal dari badan (terutamanya keadaan otot dan sendi) dirujuk sebagai maklum balas intrinsik. Maklumat ini memberitahu pemain, jika lengannya bengkok atau diluruskan, atau jika otot rehat/selesa. Maklum balas tambahan (augmented feedback) adalah maklum balas yang diterima daripada elemen persekitaran, dalam sesi latihan bersama jurulatih. Walaupun maklum balas jurulatih dapat membantu pemain, namun ketepatan dan kekerapan maklum balas harus diambil kira.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 70 | P a g e 6.12.1 Ketepatan Maklum Balas Maklum balas boleh dikategorikan kepada maklum balas kualitatif dan maklum balas kuantitatif. Maklum balas kualitatif, memberikan pandangan umum mengenai prestasi kemahiran. Kata-kata yang digunakan dalam situasi ini hanya menggambarkan hasil prestasi, (contoh: keluar/masuk). Bentuk maklum balas ini sesuai untuk pemain baru kerana lebih mudah bagi mereka untuk memahaminya. Maklum balas kuantitatif merujuk kepada maklum balas yang memberikan maklumat yang tepat mengenai prestasi kemahiran. Sebagai contoh, jurulatih boleh memberitahu pemain sejauh mana stroknya mendarat di luar kawasan permainan. Di peringkat pertengahan (intermediate) dan lanjutan (advanced) di mana perbezaan kesilapan adalah sedikit (fine), pemain memerlukan maklumat yang tepat mengenai ketepatan (atau kekurangan) dalam tindakan mereka. Pemain di tahap ini dapat membuat penyesuaian halus (fine adjustment) yang diperlukan untuk meningkat. Memberi maklum balas - Bila dan Kekerapan... Maklum balas yang diberikan secara terlalu kerap akan menyebabkan pergantungan pada maklum balas di mana pemain tidak mampu berfikir dan gagal membuat keputusan. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengawal kekerapan memberi maklum balas. 6.12.2 Maklum Balas Ringkas Maklum balas ini merujuk kepada maklum balas yang diberikan selepas beberapa ujian (trial) atau suatu tempoh masa. Maklum balas adalah dalam bentuk ringkasan (atau purata) mengenai prestasi selepas beberapa percubaan. 6.12.3 Maklum balas Julat Terhad (bandwidth) Dalam bentuk ini, maklum balas hanya diberikan jika hasil prestasi berada dalam julat yang ditentukan oleh jurulatih dan pemain. Sebagai contoh, jika matlamat latihan adalah untuk memastikan bulutangkis berada dalam lingkungan 10 cm dari garis belakang, hanya bulutangkis yang berada dalam julat akan diberikan maklum balas. Satu variasi yang berlawanan kepada bentuk maklum balas ini adalah di mana maklum balas hanya diberi apabila hasil prestasi pukulan jatuh di luar julat yang ditentukan. Adalah penting bagi jurulatih untuk memahami bahawa walaupun maklum balas memainkan peranan penting
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 71 | P a g e dalam kemajuan pemain, namun terlalu bergantung kepada maklum balas boleh menyebabkan pemain tidak kreatif (non-thinking). Maklum balas harus diberikan lebih kerap untuk ‘beginner’ dan mengurangkannya apabila pemain bertambah baik. Apabila pemain telah mencapai suatu tahap, pemain lebih bergantung kepada maklum balas penambahbaikan. Soalan boleh digunakan untuk menggalakkan pemain untuk menilai sendiri dan membuat keputusan yang tepat. Teknik ini menarik kerana ianya memaparkan maklum balas daripada pemain itu sendiri, memberikan peluang berfikir dan merupakan permulaan pemikiran strategik. Cara lain untuk menyediakan pemain dengan peluang untuk berfikir secara strategik adalah melalui kaedah permainan. 6.13 Pendekatan Latihan Berteraskan Permainan versus Latihan Berteraskan Teknik Pendekatan tradisional terhadap penguasaan kemahiran, memberi tumpuan kepada pembelajaran teknikal. Kaedah ini menekankan latih tubi dalam penguasaan kemahiran. Kemahiran diajar secara berasingan (isolated). Kaedah latihan secara permainan pula menggalakkan pemain baru untuk • berfikir secara taktikal • berfikir secara strategik • seronok dalam situasi yang realistik • membina kefahaman tentang permainan (game) Menggunakan latihan pendekatan berteraskan permainan dalam pembelajaran kemahiran, memberikan pemain peluang untuk mengaitkan apa yang mereka pelajari dalam sesi latihan kepada situasi yang akan dihadapi dalam situasi permainan. Terdapat empat garis panduan yang boleh membantu seorang jurulatih dalam mencipta permainan (games) untuk pemainnya i. Gunakan permainan yang berbeza dalam kategori yang sama (contoh: tennis, squash dll.) ii. Buat/cipta permainan (sepadan dengan tahap pemain) yang memberi peluang kepada pemain untuk berlatih kemahiran iii. Memberi tumpuan kepada kemahiran spesifik iv. Gunakan permainan untuk mengajar taktik mudah sebelum bergerak ke taktik yang lebih kompleks.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 72 | P a g e Jadual di bawah membentangkan pelbagai masalah taktikal yang boleh digunakan untuk permainan seperti badminton dan tenis. Tahap Kompleks Taktikal Masalah Taktikal Penyelesaian Taktikal TAHAP 1 Konsistensi - Serangan & Pertahanan (Offensive & Defensive) • Posisi • Pergerakan Kaki • Kemahiran Mekanik • Ketepatan TAHAP 2 Persediaan serangan - (Offensive) ✓Pemilihan (placement) pukulan untuk mewujudkan ruang • Sudut • Sisi • Hadapan / belakang Kembali bersedia (recovery) Komunikasi (beregu) TAHAP 3 Mempertahankan lokasi ✓Kembali ke posisi (recovery) ✓Pembentukan (beregu) TAHAP 4 Menangi mata - (Offensive) Pemilihan pukulan • Memaksa (force) • Sudut/tempat pukulan • Buka Ruang • Pemain • Diantara rakan ✓Gerakan badan mengelirukan ✓Beralih (servis) – Menyerang balik pukulan TAHAP 5 Mempertahankan serangan - (Defensive) ✓Pukulan balas ✓Blok ✓Permainan Jaring ✓Pembentukan ‘formation’ (Beregu) ✓Lindung (bergu) ✓Cover (bergu) Rujukan dari Mandigo, J.L. & Anderson, AT (03) Pendekatan latihan berasaskan permainan menggalakkan penyelesaian masalah melalui kesedaran taktikal. Ia menggalakkan kemunculan ‘emergence’ kemahiran (fizikal dan mental) dalam persekitaran yang realistik. Pendekatan ini menekankan elemen FUN dalam pembelajaran yang seterusnya meningkatkan tahap motivasi di kalangan kanak-kanak. Jurulatih dan ibu bapa sepatutnya menyedari, permainan tidak bermakna organisasi yang lemah.
BADMINTON COACH EDUCATION - BAM BAM LEVEL 1 MODULE 7 - COACHING PHYLOSOPHY FALSAFAH KEJURULATIHAN
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 73 | P a g e UNIT 7 FALSAFAH KEJURULATIHAN 7.1 PENGENALAN Kejayaan anda sebagai jurulatih lebih bergantung pada falsafah kejurulatihan anda daripada faktor lain. Falsafah bermaksud kepercayaan atau prinsip yang anda pegang. Ia adalah asas di mana semua pengetahuan anda tentang pengurusan sains sukan, teknik dan taktik. Falsafah kejurulatihan anda akan menentukan bagaimana anda menggunakan pengetahuan ini. 7.1.1OBJEKTIF PERIBADI ANDA Kami berharap anda menjadi jurulatih kerana anda mengambil berat untuk membantu golongan muda menerusi sukan. Anda juga mungkin mempunyai tujuan lain, untuk mencari nafkah menerusi perkongsian pengetahuan anda mengenai sukan ini, untuk mendapatkan pengiktirafan awam, bahkan mungkin kemasyhuran. Anda mungkin menjadi jurulatih untuk hubungan sosial, suka sukan, keseronokan, mengembara atau untuk berkuasa. Semua matlamat ini dan lain-lain lagi adalah alasan peribadi yang sesuai untuk mengajar (coaching) dan anda perlu mencapai matlamat anda atau anda mungkin berundur. Jurulatih kadang kala menafikan objektif peribadi mereka. Mereka mungkin merasakan bahawa hanya satu-satunya alasan yang dapat diterima oleh masyarakat untuk memberi bimbingan bagi membantu atlet. Adalah baik untuk mempunyai motif-motif ini, tetapi adalah lebih elok untuk berusaha memenuhi tujuan peribadi anda dalam membantu pemain selagi ia tidak mengorbankan kesejahteraan pemain anda. Untuk membantu anda mencapai objektif peribadi anda, kami telah menyenaraikan beberapa sebab umum untuk melatih (coaching) di halaman berikut. Tunjukkan betapa pentingnya setiap sebab ini kepada anda, dengan memeriksa kotak yang sesuai. Tambah sebarang sebab lain yang anda ada di ruang yang disediakan. Sekarang fikirkan dengan teliti dan jujur, cuba mengenal pasti apa-apa sebab yang boleh menjadikan konflik antara yang terbaik untuk anda dan terbaik untuk pemain anda. Sebagai contoh, jika pengiktirafan peribadi atau kuasa adalah antara objektif peribadi anda untuk latihan (coaching), anda perlu menjaga agar tidak meletakkan objektif anda di atas kepentingan pemain anda. Anda akan mendapat kritikan dalam persaingan untuk mengejar matlamat anda sendiri dengan mengorbankan pemain anda. Risiko ini boleh diurus tetapi anda mesti mengenali diri anda dengan baik dan tegas, percaya pada falsafah "utamakan atlet, menang kedua". Jurulatih yang berjaya tahu perbezaan antara objektif mereka untuk pertandingan, penyertaan pemain mereka dan objektif peribadi mereka. Jurulatih yang berjaya berusaha untuk memenangi setiap pertandingan, walaupun mereka mungkin tahu bahawa kemenangan tidak mungkin. Jurulatih yang berjaya membantu pembangunan pemain secara fizikal, psikologi dan sosial. Dan jurulatih yang berjaya berusaha untuk mencapai matlamat peribadi mereka tanpa menjejaskan kesejahteraan pemain
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 74 | P a g e mereka. Sesungguhnya jurulatih yang berjaya mencari cara untuk mencapai ketiga-tiga objektif. ALASAN PERIBADI UNTUK MELATIH ALASAN TIDAK PENTING AGAK PENTING SANGAT PENTING Untuk terlibat dalam sukan yang saya minat Untuk mencari rezeki Untuk membantu menyelamatkan kedudukan mengajar Mempunyai kuasa Bersama dengan orang yang saya suka Untuk memberikan sesuatu kembali kepada sukan itu Untuk mendapat pengiktirafan awam Untuk bersenang-senang (enjoy) Untuk menunjukkan kemahiran saya dalam sukan ini Untuk makan angin (travel) Untuk membantu atlet berkembang secara fizikal Untuk membantu atlet membangun secara psikologi Untuk membantu atlet membangun sosial Alasan lain:
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 75 | P a g e 7.2GAYA KEJURULATIHAN ANDA Keputusan kedua penting yang perlu anda buat adalah mengenai gaya kejurulatihan anda. Gaya itu akan menentukan bagaimana anda membuat keputusan mengenai kemahiran dan strategi untuk mengajar, cara anda mengaturkan latihan dan pertandingan, peranan apa yang anda diberikan kepada pemain anda dalam membuat keputusan. TIGA GAYA KEJURULATIHAN Kebanyakan jurulatih bersandar kepada salah satu daripada tiga gaya kejurulatihan, gaya arahan, gaya tunduk (submissive), atau kerjasama (cooperative). 7.2.1 GAYA AUTOCRATIC (DICTATOR) Dalam gaya autocratic, jurulatih membuat semua keputusan; peranan pemain adalah bertindak balas kepada arahan jurulatih. Anggapan pendekatan ini adalah peranan jurulatih untuk memberitahu pemain apa yang perlu dilakukan kerana pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki oleh jurulatih. Peranan pemain adalah untuk mendengar, menyerap dan mematuhi tanpa bertanya. 7.2.2 GAYA SANTAI ‘LEISURE FAIR’ (THE BABYSITTER) Jurulatih yang mengamalkan gaya santai membuat sedikit keputusan yang mungkin. Ia adalah pendekatan “atlet diberi sebiji bola dan bebas melakukan sebarang aktiviti”. Jurulatih memberikan sedikit arahan dan panduan minimum dalam menganjurkan aktiviti dan menyelesaikan masalah disiplin hanya apabila diperlukan. Jurulatih yang menggunakan gaya ini, mungkin kurang kecekapan untuk memberi arahan dan bimbingan. Mereka malas untuk memenuhi permintaan dan tanggungjawab sebagai jurulatih, atau tidak mengetahui mengenai kejurulatihan. Jurulatih gaya santai hanya sebagai pengasuh, dan selalunya lemah bila menjadi jurulatih.
KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 76 | P a g e 7.2.3 GAYA DEMOKRASI (GURU) Jurulatih yang memilih gaya ini, membuat keputusan bersama dengan pemain. Walaupun mereka mengiktiraf tanggungjawab mereka untuk memberikan kepimpinan dan membimbing golongan muda untuk mencapai objektif yang ditetapkan, jurulatih gaya demokrasi juga tahu bahawa anak muda boleh terlibat untuk membuat keputusan kolektif tertentu. 7.3 GAYA KEJURULATIHAN DINILAI Mana gaya yang paling sesuai untuk anda, autocratic yang tunduk patuh atau demokrasi? Kami menganggap gaya tunduk tidak menjadi "gaya" sama sekali dan menggesa anda untuk tidak mengamalkannya. Gaya autocratic telah berleluasa pada masa lalu dan biasanya dilihat di kalangan jurulatih profesional, kolej dan sekolah menengah. Ramai jurulatih baru atau yang tidak berpengalaman mengamalkan gaya autocratic kerana ia adalah model jurulatih mereka sendiri atau yang lain. Sesetengah jurulatih menggunakan gaya ini kerana ia membantu mereka menyembunyikan keraguan mereka tentang keupayaan mereka. Sekiranya mereka tidak membenarkan pemain mempersoalkan mereka, mereka boleh mengelak daripada menjelaskan mengapa mereka melatih seperti yang mereka lakukan, maka kekurangan mereka tidak akan diketahui. Gaya autocratic kelihatan berkesan. Pasukan yang baik memerlukan organisasi. Mereka tidak boleh berjalan dengan berkesan sebagai peserta demokrasi, pasukan tidak dapat mengundi pada setiap keputusan yang perlu dibuat. Malah, gaya autocratic boleh menjadi berkesan jika menang adalah matlamat utama jurulatih. Tetapi risiko ini adalah salah satu batasan utama gaya autocratic. Daripada mereka bermain kerana bermotivasi secara intrinsik, atlet bermain untuk pujian jurulatih atau untuk menghindari kemarahannya. Jurulatih yang menggunakan gaya autocratic juga menghalang atlet daripada menikmati sukan ini. Pencapaian adalah untuk jurulatih bukan atlet. Gaya autocratic semakin ditolak hari ini oleh jurulatih atlet muda dan dewasa, kerana ia memperlakukan atlet sebagai robot atau hamba, bukan seperti manusia yang berfikir. Gaya autocratic tidak serasi dengan objektif "Atlet Pertama, Menang Kedua". Jika matlamat anda adalah untuk membantu golongan muda berkembang secara fizikal, psikologi dan sosial melalui sukan dan jika matlamat anda adalah untuk membantu golongan muda menjadi berdikari, maka gaya autocratic bukan untuk anda. Sudah jelas sekarang bahawa kami memihak kepada gaya bekerjasama (demokrasi) kerana ia berkongsi keputusan dengan atlet dan memupuk falsafah objektif "atlet yang pertama, memenangi kedua". Sesetengah orang berfikir, mengamalkan gaya demokrasi bermakna anda meninggalkan tanggungjawab anda sebagai jurulatih atau bahawa anda membiarkan