The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zilaarzahar, 2024-03-09 22:08:12

Badminton Coaching level 1

BAM Level 1 Manual (1)

BADMINTON COACH EDUCATION - BAM BAM LEVEL 1 MODULE 9 - TEST & MEASUREMENT IN BADMINTON UJIAN DAN PENGUKURAN DALAM BADMINTON


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 126 | P a g e Unit 9 UJIAN DAN PENGUKURAN DALAM BADMINTON 9.1 PENGENALAN Ujian dan Pengukuran dalam badminton adalah satu prosedur yang didokumentasikan dan dapat dijadikan panduan dalam proses pemilihan dan mempromosikan bakat dalam sukan badminton; lebih penting lagi digunakan untuk menentukan tahap semasa pemain supaya jurulatih mudah merencana program latihan seterusnya. Objektif topik ini adalah untuk membolehkan jurulatih: • Untuk memahami proses, keperluan dan faedah ujian dan pengukuran dalam badminton. • Untuk mengenalpasti beberapa ujian yang sesuai dalam sukan badminton. • Untuk memberi pengetahuan dan peluang pembangunan (development) kepada jurulatih. 9.2 Apakah proses penilaian? • Pemilihan ciri yang hendak diukur • Pemilihan kaedah pengukuran yang sesuai • Pengumpulan data tersebut • Analisis data yang dikumpulkan • Pengambilan keputusan • Pelaksanaan keputusan tersebut 9.3 Apakah syarat ujian? Semua ujian harus khusus (dirancang untuk menilai kecergasan atlit untuk aktiviti yang dimaksudkan) • Sah (sejauh mana ujian itu benar-benar mengukur apa yang didakwa diukur) • Boleh dipercayai (konsisten dalam setiap ulangan ujian) • Objektif (menghasilkan keputusan yang konsisten tanpa mengira penguji. 9.4 Apakah faedah ujian? • Meramalkan prestasi masa depan • Menunjukkan kelemahan • Mengukur peningkatan • Membolehkan jurulatih menilai kejayaan program latihannya • Letakkan atlit dalam kumpulan latihan yang sesuai • Memotivasikan atlit 9.5 Mengapa merakam maklumat? • Untuk memantau program kerja • Untuk mengekalkan kemajuan dari segi jumlah isipadu kerja dan intensitinya • Kedua-dua jurulatih dan atlit mesti menyimpan rekod latihan mereka sendiri • Buku latihan harian dapat memberikan sejumlah besar maklumat mengenai apa yang telah berlaku pada masa lalu dan bagaimana latihan telah berjalan pada masa lalu • Berguna untuk merancang kitaran latihan masa depan


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 127 | P a g e 9.6 Apa yang perlu direkodkan? • Maklumat harian dari latihan • Maklumat yang mengukur status. Ini boleh berbentuk ujian. Sekiranya ujian diulang sepanjang program, maka ia dapat digunakan sebagai ukuran kemajuan dalam disiplin latihan. 9.7 Penilaian pertandingan • Elemen yang perlu dipertimbangkan adalah persiapan pra-pertandingan, fokus dan rancangan prestasi dan pencapaian rancangan ini. • Borang penilaian berguna untuk membantu atlit dan jurulatih melakukan tinjauan ini. 9.8 Ukuran Antropometri Ujian antropometri meliputi pengukuran saiz, struktur, dan komposisi badan. Untuk ukuran badan badminton adalah penting. 9.9 Pemilihan Ujian • Reaction time • Catch test • Strength sit up • Agility hexagon test • Endurance shuttle test • Depth perception • Recovery • Push-ups • Back extension • Body structure test • Sprint • Vectical jump • Weight throw • Basketball throw • Rotating stroke • Blind stroke • Crunch endurance • Sit and reach • Peripheral vision 9.9.1 Ujian Duduk dan Capai (Sit & Reach) Ujian ini mengukur kelenturan otot punggung bawah dan hamstring. 9.9.2 Ujian Kelenturan Bahu (Shoulder Flexibility Test) Objektif ujian ini adalah untuk memantau perkembangan fleksibiliti bahu dan pergelangan tangan atlit


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 128 | P a g e 9.9.3 Ujian Kekuatan Pegangan Tangan (Handgrip Strength Test) Tujuan: kekuatan didefinisikan sebagai kemampuan untuk melakukan kerja melawan daya tahan. Kekuatan pegangan tangan adalah penting untuk sukan apa pun di mana tangan digunakan untuk memegang, menangkap, melempar atau mengangkat. 9.9.4 Ujian Lompat Vertikal (Vertical Jump Test – Sargent Jump) Tujuan: untuk mengukur daya kuasa kaki. Prosedur ini menerangkan kaedah yang digunakan untuk mengukur secara langsung ketinggian yang dilonjak. Peralatan yang diperlukan: pita pengukur atau dinding bertanda, kapur untuk menandakan dinding. 9.9.5 Ujian Lompat Jauh Berdiri (Standing Long Jump Test – Broad Jump) Tujuan: untuk mengukur daya kuasa kaki. 9.9.6 Ujian Tekan Tubi (Push-Up Test) Ujian ini mengukur kekuatan dan daya tahan badan bahagian atas. 9.9.7 Ujian Kekuatan Otot Utama (Core Muscle Strength Test) Terdapat banyak latihan yang tersedia untuk membina otot perut (abs) yang kuat dan membina kekuatan otot utama, tetapi hanya beberapa kaedah yang disaran untuk menilai kekuatan itu.


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 129 | P a g e 9.9.8 Ujian Kelajuan Khusus / Ujian Ketangkasan Di Gelanggang (Specific Speed Test / On Court Agility Test)


BADMINTON COACH EDUCATION - BAM BAM LEVEL 1 MODULE 10 - INTRODUCTION TO SPORTS NUTRITION PENGENALAN KEPADA PERMAKANAN SUKAN


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 130 | P a g e UNIT 10 PENGENALAN KEPADA PEMAKANAN SUKAN Hasil Pembelajaran: Di akhir topik ini, jurulatih-jurulatih dapat: 1. menjelaskan dan mengenal pasti prinsip-prinsip asas pemakanan harian dan latihan. 2. menyatakan kepentingan makanan karbohidrat, protin, lemak, vitamin dan garam galian dalam sukan. 3. mengenal pasti dan memberi contoh makanan yang ada dalam piramid makanan yang seimbang. 4. menyatakan dan menjelaskan kepentingan air dalam prestasi seorang atlit. 5. merancangkan program pengambilan makanan sebelum, semasa dan selepas latihan atau pertandingan. 10.1 Pengenalan Di dalam bidang sukan, pencapaian atlit dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu genetik, latihan dan pemakanan. Faktor genetik tidak boleh diubah tetapi faktor latihan dan faktor permakanan bolen diubah. Faktor latihan pada amnya ditangani oleh jurulatih dengan baik dan berkesan tetapi pemakanan lazimnya tidak diberi perhatian yang sewajarnya di dalam persiapan latihan atlit. Justeru ini, petikan kertas kerja ini bertujuan untuk memberi sedikit pendedahan dalam bidang pemakanan sukan yang boleh diamalkan di dalam latihan di semua peringkal khasnya di peringkat rendah. 10.2 Pemakanan Untuk Latihan Sukan Walaupun pemakanan sebelum peristiwa sukan utama nampaknya penting, sebenarnya pemakanan semasa latihan dijalankan memainkan peranan lebih penting dalam pencapaian sukan. Latihan sukan harian menuntut keperluan pemakanan khas bagi seseorang atlit. Keperluan khas ini wujud untuk semua peringkat latihan sukan. Prestasi latihan yang maksimum akan dicapai sekiranya keperluan pemakanan dipenuhi. Tanpa pemakanan latihan yang optimum, sebahagian besar objektif latihan mungkin tidak akan tercapai. Sebaliknya, di dalam kes-kes tertentu, masalah pemakanan dan kekurangan pemakanan akan secara langsungnya mencacatkan prestasi latihan. Namun begitu, pelan pemakanan yang munasabah akan memastikan kejayaan dalam latihan dan pertandingan dapat dicapai setimpal dengan komitmen di dalam latihan yang ditunjukkan. Walaubagaimanapun tidak terdapat sebarang pelan pemakanan yang mantap di dalam sukan. Oleh kerana keperluan pemakanan adalah berbeza di kalangan atlit dan jenis sukan, maka pelan pemakanan bagi setiap atlit seharusnya berbeza mengikut perbezaan individu dan gaya hidup yang tersendiri.


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 131 | P a g e 10.3 Prinsip-Prinsip Asas Pemakanan Harian. Prinsip 1 - Menikmati Pelbagai Jenis Makanan Makanan tidak seharusnya dikelaskan sebagai 'makanan baik' dan ’tidak baik'. Sebaliknya apa yang penting di dalam pemakanan kita ialah pengunaan makanan yang baik. Ini dikatakan tercapai jika ia memenuhi tujuan pemakanan kita. Tujuan ini berbeza di antara jenis sukan yang berlainan dan juga berbeza mengikut keperluan semasa untuk tempoh tertentu. Sesungguhnya makan pelbagai makanan seharusnya diertikan sebagai 'makan secara sederhana' iaitu makan untuk memenuhi keperluan sebenar tubuh badan kita. Piramid makanan lalah model penggunaan makanan yang baik. Prinsip 2 - Mengurangkan Makanan Yang Berlemak Lemak membekalkan sumber tenaga dan pada masa yang sama memberi rasa kepada makanan kita. Ia membekalkan asid lemak yang diperlukan dan vitamin yang larut dalam lemak. Kedua-dua nutrien tersebut adalah penting untuk kesihatan dan kecergasan kita. Walaubagaimanapun, pengambilan lemak yang tinggi akan menyebabkan masalah kesihatan. Sebenarnya lemak bukan merupakan pembekal bahan bakar yang baik untuk senaman otot tetapi lemak merupakan sumber bahan bakar untuk fungsi seharian tubuh badan. Prinsip 3 – Meningkatkan Pengamblian Karbohidrat Makanan karbohidrat memainkan peranan yang penting di dalam prestasi sukan, Sumber kritikal bahan bakar karbohidrat datang daripada simpanan di dalam bentuk glukosa darah dan glikogen yang disimpan di dalam hati dan otot. Walau bagaimanapun simpanan tersebut hanya cukup untuk senaman selama 90 minit sahaja. Prinsip 4 - Menjaga Pengambilan Elektrolit Garam ialah elektrolit yang penting kerana ia membantu mengawal tekanan darah dan sukatan serta membantu mengimbangkan taburan cecair dan nutrien di dalam dan di luar sel. Apabila tahap garam jatuh ke bawah tahap normal maka fungsi sel-sel akan terganggu. Kehilangan air melalui perpeluhan menyebabkan kehilangan elektrolit. Walau bagaimanapun kehilangan ini dapat disesuaikan oleh tubuh badan. Namun begitu, pengantiaan elektrolit perlu dilakukan semasa dan selepas latihan atau pertandingan. Kita juga harus berhati-hati kerana garam terdapat di dalam makanan kita, jadi kawalan ini adalah perlu supaya tubuh badan kita tidak berlebihan garam. Masalah inilah yang merupakan kesulitan yang timbul di kalangan atlit. Prinsip 5 - Menggantikan Air Yang Hilang Seharian Air ialah nutrien yang paling penting. Kesan kekurangan air bukan sahaja mempengaruhi prestasi sukan malah ia boleh menyebabkan kematian. Strategi pemgambilan air perlu ada dan ia seharusnya meliputi minum air sebelum, semasa dan selepas latihan. Petunjuk kehilangan air tidak begitu jelas seperti perenang di dalam kolam air dan pengayuh basikal. Jadi cara yang lebih tepat perlu dilaksanakan iaitu mengambil berat badan sebelum dan selepas latihan/pertandingan. Kehilangan 1 kg berat badan perlu diganti dengan 1 liter air.


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 132 | P a g e 10.4 Mengapakah perlu kita mengisi semula (refuel)? Selepas latihan, simpanan glikogen di dalam otot kita akan menjadi lebih rendah. Jadi adalah penting untuk kita makan makanan untuk memulihkan jumlah glikogen di dalam otot. Sekiranya tahap glikogen tersebut tidak dipulihkan selepas latihan, maka seseorang atlit akan mengalami keletihan yang amat di dalam latihan berikutnya. Ini akan menyebabkan intensiti latihan menurun, perlakuan teknikteknik kemahiran terjejas dan kecederaan mungkin berlaku. Jika keadaan ini berpanjangan, simpton “lebihan latihan” (over training) seperti penurunan rangsangan latihan, keletihan kronik dan penurunan sistem imum. Pendek kata, simpanan glikogen yang rendah membawa kesan berikut: a. keletihan wujud lebih awal b. intensiti latihan berkurang c. faedah latihan berkurang d. prestasi rendah e. menambahkan kemungkinan berlakunya kecederaan f. pemulihan badan lambat g. lebih latihan atau 'burnout'.


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 133 | P a g e 10.5 Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk 'refuel' simpanan glikogen selepas latihan? Jangka masa tersebut bergantung kepada 3 faktor utama berikut: a. Tahap ketandusan simpanan glikogen selepas latihan b. Jumlah dan 'timing' karbohidrat dimakan c. Pengalaman latihan dan tahap kecergasan Tahap ketandusan yang kritikal memerlukan tempoh masa yang lebih panjang untuk 'refuel'. Ini pula bergantung kepada intensiti dan tempoh latihan yang telah dijalankan. Intensiti yang tinggi dan tempoh latihan yang panjang menggunakan glikogen yang lebih banyak. Pengambilan karbohidrat yang banyak membolehkan tahap glikogen dipulihkan dengan lebih cepat. Pengambilan karbohidrat yang tinggi dan penggantian glikogen yang sempurna dilakukan membolehkan individu melakukan latihan setiap hari secara berterusan. Keberkesanan untuk memulihkan tahap glikogen melalui pemakanan makanan berkarbohidrat bertambah dengan pengalaman latihan yang banyak dan tahap kecergasan yang tinggi. 10.6 Berapa banyakkah karbohidrat yang patut atlit makan? Diet yang mengandungi 60-70% tenaga daripada karbohidrat perlu diamalkan. Pengiraan jumlah karbohidrat yang diperlukan boleh dikira melalui dua cara: 1. Daripada pengambilan tenaga Jumlah pengambilan tenaga = A? kcal Tenaga daripada karbohidrat = A? kcal x 60% = B? 'g' karbohidrat =: B? / 4 =? g 2. Daripada berat badan dan tahap aktiviti Jumlah 'g' karbohidrat = berat badan x kadar harian intensiti guna karbohidrat Keperluan karbohidrat harian: Tahap aktiviti 'g' karbohidrat/kg/hari Ringan (< 1j/hari) 4-5 Ringan-Sederhana {= 1 jam/hari) 5-6 Sederhana(1-2 jam/hari) 6-7 Sederhana- Berat (2-4 jam/hari) 7-8 Berat (> 4 jam/hari) 8-10


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 134 | P a g e 10.7 Perancangan pengambilan karbohidrat? Sebagai amalan pemakanan sukan, keutamaan diberi kepada pengambilan karbohidrat dan kemudian barulah keperluan makanan lain diambil kira. Bila patut saya makan? Pengambilan karbohidrat perlu dilakukan serta merta, lebih baik dalam tempoh masa 2 jam pertama. Kajian menunjukkan bahawa penghasilan glikogen otot bertambah daripada 5% kepada 7-8% sejam. Dengan itu pengambilan karbohidrat dalam tempoh 2 jam selepas latihan memastikan kadar pemulihan glikogen yang cepat. Atur strategi supaya 1 g glikogen dimakan bagi setiap kg berat badan. Sekurang-kurangnya karbohidrat sebanyak 50g perlu dimakan walaupun latihan habis lewat malam. Untuk 'refueling' yang berkesan, kita patut makan 50g karbohidrat setiap 2 jam, sama ada makanan pejal ataupun cecair. Bolehkah saya makan sebelum latihan? Persoalan juga timbul sama ada kita perlu makan sebelum berlatih. Sebenarnya selepas 2 jam makan hidangan biasa, kita boleh makan sehingga 50g karbohidrat 5-30 minit sebelum latihan. Perlukah saya makan (karbohidrat) semasa latihan? Perlu jika anda berlatih/bertanding di antara 60-90 minit. Penambahan karbohidrat melambatkan keletihan, dan mengekalkan prestasi terutamanya pada peringkat akhir latihan. Pengambilan di antara 30-60 g karbohidrat setiap jam boleh diamalkan. 10.8 Mengapa kita memerlukan protin? Protin adalah penting kerana ia merupakan sebahagian daripada struktur setiap sel di dalam tubuh badan kita. la meliputi 20% daripada berat badan. la diperlukan untuk pembentukan tisu-tisu baru dan juga untuk membaiki tisutisu yang rosak. Pembekalan protin yang berterusan adalah diperlukan melalui diet kita untuk menggantikan kehilangan protin di dalam tubuh badan kita. 10.9 Adakah protin membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita? Protin boleh juga digunakan sebagai bahan bakar di dalam badan kita dan sama seperti karbohidrat, ia juga membekal tenaga sebanyak 4 kcal/g. Namun begitu penghasilan tenaga melalui protin adalah lebih sukar daripada penghasilan tenaga melalui karbohidrat. Walau bagaimanapun apabila jumlah glikogen berada pada tahap rendah, protin akan diubah untuk menjadi tenaga, membekal sehingga 10% tenaga. 10.10 Berapa banyak protinkah yang kita diperlukan? Keperluan protin berbeza-beza mengikut saiz tubuh badan kita. Pada amnya seseorang yang sedenteri memerlukan 0.75 g/kg/hari. Ahli sukan memerlukan pembekalan yang lebih tinggi iaitu di antara 1.2 -1.7 g/kg/hari. Keperluan protin ini mudah dipenuhi sekiranya kita mengamalkan pemakanan yang baik. Jumlah protin yang kita makan juga menggambarkan jumlah keperluan kalori; 12-13% daripada jumlah tenaga yang diperlukan oleh seseorang.


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 135 | P a g e 10.11 Bilakah patut kita minum air? Sebelum Latihan Air perlu diminum secukupnya sebelum kita berlatih, lebih-lebih lagi bila cuaca panas. Semasa Latihan Minum 450ml (1/8 gelen) air setiap 15 minit. Amalan ini penting untuk latihan yang melebihi 30 minit. Selepas Latihan Minum seberapa banyak mungkin selepas berlatih. 10.12 Bagaimana untuk mempercepatkan penggantian cecair? Kadar penyerapan air yang diminum boleh ditingkatkan berasaskan beberapa faktor: a. isipadu air yang diminum b. gula (karbohidrat) dan kepekatan natrium (sodium) dalam cecair c. intensiti latihan Sukatan cecair yang banyak di dalam perut menyebabkan ia cepat diserap ke dalam usus dan ini mempercepatkan proses penggantian cecair yang hilang. Untuk latihan kurang daripada 1 jam, air merupakan cecair pengganti hilang air yang baik. Bagi latihan lebih 1 jam larutan cair gula dan natrium (hipotonik atau isotonik) meransang penyerapan air daripada usus kecil ke dalam aliran darah. 10.13 Adakah kita perlukan lemak? Lemak merupakan simpanan tenaga yang penting, membekalkan 9 kcal/g. Lemak digunakan untuk semua aktiviti aerobik. Pengambilan lemak sebanyak 15-30% tenaga dicadangkan untuk atlit dan individu yang aktif. 10.14 Penutup Pemakanan sukan boleh membantu individu meningkatkan prestasi sukan dan meningkatkan tahap kesihatan. Walaubagaimanapun aspek latihan perlu diberi perhatian, Sebenarnya rancangan latihan yang berjaya bergantung kepada latihan yang berkesan dan pemakanan sukan yang berjaya.


BADMINTON COACH EDUCATION - BAM BAM LEVEL 1 MODULE 11 - INTRODUCTION TO SPORTS INJURIES PENGENALAN KEPADA KECEDERAAN SUKAN


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 136 | P a g e UNIT 11. PENGENALAN KEPADA KECEDERAAN SUKAN Hasil Pembelajaran: Di akhir topik ini, jurulatih-jurulatih dapat: 1. Memahami tiga jenis kecederaan; 2. Mengenalpasti kecederaan yang kerap berlaku dalam sukan badminton; 3. Menyenaraikan proses-proses pengurusan rawatan asas untuk tisu lembut. 11.1 Jenis-Jenis Kecederaan 11.1.1 Kecederaan Intrinsik (Direct Injury) Kecederaan ini berlaku disebabkan oleh terlalu kerap melakukan regangan kartilej (hyper) atau mengalami kekejangan otot. la selalunya melibatkan otot, tendon dan ligamen. Biasanya ia kurang teruk daripada kecederaan ekstrinsik atau kecederaan luar. 11.1.2 Kecederaan Ekstrinsik (Indirect Injury) Kecederaan ini disebabkan oleh faktor luaran seperti tumbukan, sepakan perlanggaran atau hentakan peralatan yang digunakan dan sebagainya. la biasanya lebih serius berbanding kecederaan intrinsik kerana mungkin melibatkan patah, seliuh tulang, koyak yang teruk pada ligamen dan tendon atau koyak pada otot. Atlit-atlit sukan bersentuhan seperti hoki, bolasepak, taekwondo, tinju sering mengalami kecederaan sebegini. 11.1.3 Kecederaan Lebihguna (Overuse) la biasanya disebabkan oleh tekanan yang dikenakan secara berulangan pada satu-satu tempat sama ada tisu, tulang, ligamen dan tendon. Jika tekanan itu berlebihan, kecederaan akan terkumpul sehingga ia melebihi mekanisme pemulihan tisu. Pada tahap ini atlit akan mengalami rasa sakit, bengkak dan terdedah kepada kecederaan. Kecederaan terlebih guna sering dapat dilihat pada pemain badminton di bahagian bahu, siku, lutut dan pergelangan kaki. Kecederaan ini biasanya mempunyai sejarah dari segi perubahan mendadak dalam kekerapan atau intensiti sesuatu aktiviti dimana tubuh mereka belum bersedia. Corak latihan yang berkaitan dengan intensiti dan isipadu latihan contoh jika atlit biasa melaksanakan latihan untuk melakukan smash 200 kali (50 smash X 4 set) selang sehari dan tiba-tiba jurulatih menyuruhnya melaksanakan tambahan 4 set lagi dengan persediaan hanya 2 minggu. Pertambahan isipadu dan intensiti secara mendadak akan menyebabkan lebih beban dan mikrotrauma berlaku khususnya terhadap atlit, lalu ia berkemungkinan akan mengalami berbagai jenis kecederaan. Teknik yang tidak baik juga mungkin boleh menyebabkan kecederaan sebegini. Contohnya pelaksanaan backhand menggunakan teknik


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 137 | P a g e yang tidak betul boleh menyebabkan berlakunya tennis elbow dan bahagian bahu atlit. Membuat pilihan kurang tepat terhadap peralatan juga salah satu sebab kecederaan terlebih guna berlaku. Contohnya; raket yang terlalu berat atau saiz grip yang tidak sesuai akan menambahkan lagi kecederaan tenis elbow atau bahu tadi. 11.2 RAWATAN ASAS Pengurusan kecederaan untuk tisu lembut di peringkat awal adalah berdasarkan prinsip RICE: 11.2.1 Rest (Rehat) Bertujuan untuk menghalang kecederaan daripada menjadi lebih teruk. Atlit direhatkan di tempat yang selesa, digalakkan berbaring. Bahagian yang cedera hendaklah tidak digerakkan. 11.2.2 Ice (Ais) Aiskan bahagian yang cedera (jika tidak luka) selama 15-20 minit setiap dua jam dalam masa 48 jam pertama selepas cedera. Pastikan jangan kenakan ais terus ke kawasan cedera untuk mengelakkan ”ice burn”. 11.2.3 Compression (Tekanan) Kenakan balutan dan meliputi kawasan yang cedera, bahagian atasnya dan bawahnya. la bertujuan untuk mengurangkan bengkak serta membantu memberikan sokongan kepada kawasan yang cedera. 11.2.4 Elevate (Tinggikan Anggota Yang Cedera) Angkat bahagian yang cedera lebih tinggi daripada jantung seboleh-bolehnya setiap masa. la bertujuan untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan supaya darah tidak terkumpul di kawasan cedera semasa “elevation”. Ada juga jurulatih yang menambahkan P sebelum dan R selepas acromin RICE untuk memberi acromin baru PRICE . P memberi maksud “Prevention”, yang memberi gambaran bahawa atlit tidak dibenarkan melaksanakan pergerakan sebelum Rehat. R selepasnya yang membawa maksud “Referral” yang memberi gambaran selepas memberi rawatan, atlit di bawa ke hospital atau klinik dan rujukukan kepada doktor. Sebagai jurulatih kita tidak tahu sejauh mana kecederaan itu walaupun rawatan RICE diberi.


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 138 | P a g e


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 139 | P a g e 11.3 Kecederaan Yang Kerap berlaku dalam Sukan Badminton 11.3.1 Lutut 11.3.2 Bahu


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 140 | P a g e 11.3.3 Pergelangan Kaki 11.3.4 Siku


BADMINTON COACH EDUCATION - BAM BAM LEVEL 1 MODULE 12 - INTRODUCTION TO ANATOMY & PHYSIOLOGY PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 141 | P a g e UNIT 12. PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI Hasil Pembelajaran: Di akhir topik ini, jurulatih-jurulatih dapat: 1. Memahami sains anatomi dan fisiologi; 2. Mengenalpasti sistem rangka, tulang dan otot yang berkaitan dengan pretasi dalam sukan badminton; 3. Memahami dan mengenalpasti sistem tenaga yang digunakan dalam sukan badminton. 12.1 Pengenalan Anatomi Dan Fisiologi 12.1.1 Anatomi Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan kaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani 'ana' bermaksud asingkan dan 'tome' bermaksud memotong. 12.1.2 Fisiologi Fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh. 12.2 Organisasi Struktur Manusia Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza kompleksitinya. Aras struktur yang paling rendah ialah aras kimia. Pada aras ini, atom-atom bergabung untuk membentuk molekul-molekul. Molekul-molekul ini seterusnya bercantum secara khusus untuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yang berbeza. Sel-sel ini merupakan unit paling ringkas bagi semua kehidupan. Organ yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih tisu yang berbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh. Organ-organ tertentu dikelompokkan untuk membentuk suatu sistem organ tubuh yang berkerjasama untuk mencapai tujuan yang sama. Semua sistem organ ini membentuk organisma yang mewakili aras tertinggi organ asas struktural atau aras organisma (Rajah 2.1.)


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 142 | P a g e Sumber: Cells in the human body organize themselves into increasingly complex structures and systems. (From Premkumar K. The Massage Connection Anatomy and Physiology. Baltimore: Lippincott, Williams & Wilkins, 2004.) 1. Aras Kimia 2. Aras Sel Molecule (DNA) 3. Aras Tisu Atom 4. Aras Organ 6. Aras Organisma Sel Kardiak Sistem Peredaran Darah Jantung 5. Aras Sistem Tisu Kardiak Jantung Aorta Inferior Vena Cava Rajah 2.1. Aras organisasi badan manusia


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 143 | P a g e 12.3 Sistem Rangka 12.3.1 Komponen Sistem Rangka Sistem rangka mempunyai pelbagai fungsi tubuh. Sistem ini terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan seperti ligamen, kartilej dan sendi. Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia. Tulang-tulang ini mempunyai lapisan luaran yang kuat, keras, tebal dan bahagian tengah berongga yang mengandungi sum-sum. Ligamen adalah tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak. Ligamen memberi sokongan dan kekuatan kepada sendi. Sendi adalah tempat pertemuan dua tulang. Terdapat tiga jenis sendi pada manusia iaitu synarthroses, amphiarthroses dan diathroses. Kartilej adalah tisu yang kurang keras dan lebih fleksibel daripada tulang. Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang yang membentuk sendi. Rajah 2.2 Rangka manusia, pandangan hadapan(anterior)


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 144 | P a g e Rajah 2.4 Rangka manusia, pandangan belakang (posterior Rajah 2.3 Rangka manusia, pandangan belakang (posterior)


145 12.3.2 Fungsi Sistem Rangka Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka iaitu: a) Sokongan Tulang rangka membentuk kerangka keras bagi pelekatan tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh. Contoh: Otot rangka dilekatkan pada tulang-tulang rangka. b) Perlindungan Tengkorak, kolum vertebra, sangkar rusuk dan kaviti pelvik melingkari dan melindungi organ-organ penting. Contoh : Tengkorak melindungi otak c) Pergerakan Tulang-tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan gerakan berpaksi pada sendi. Contoh: Sendi siku - ulna dan humerus d) Pembentukan sel-sel darah Sum-sum merah tulang orang dewasa menghasilkan sel-sel darah merah, putih dan platlet. Tulang-tulang yang terlibat adalah sternum, sebahagian daripada pelvis, femur dan humerus. e) Penyimpanan mineral Sebahagian besar dari matriks tulang terdiri daripada kalsium dan fosforus. Mineral ini menjadikan tulang-tulang kuat dan tahan tekanan. Mineral-mineral ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan sebahagian tubuh lain apabila diperlukan. Contoh: Kekurangan kalsium dalam diet, menyebabkan kalsium dikeluarkan untuk kegunaan bahagian tulang yang lain seperti untuk penguncupan otot. 12.3.3 Klasifikasi Tulang Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Kepelbagaian ini membolehkan tulang-tulang memenuhi keperluan khusus bagi tulang tersebut. Tulang-tulang boleh diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya. Tulang panjang Tulang-tulang dalam kumpulan ini secara umumnya lebih panjang, lebar dan berfungsi sebagai tuas. Kebanyakan daripada tulang-tulang panjang adalah tulang-tulang mampat. Contoh: Tulang pada tangan (humerus, radius, ulna, metakarpal dan falanges) dan kaki (femur, tibia, fibula, metatarsal, falangus) kecuali pergelangan tangan dan pergelangan kaki.


146 Tulang pendek Secara umumnya tulang-tulang pendek berbentuk kiub dan didapati di ruangruang yang tertutup. Tulang-tulang ini berperanan memindahkan daya. Tulangtulang ini berongga. Contoh: Tulang-tulang pergelangan tangan (karpal) dan pergelangan kaki (tarsal). Tulang leper/pipih . ; Tulang-tulang ini berbentuk pipih, nipis dan melengkung. Tulang-tulang ini berfungsi sebagai tempat pelekatan otot-otot dan melindungi organ-organ di bawahnya. Contoh : Tulang-tulang kranium, rusuk dan sternum. Tulang tak sama bentuk Tulang-tulang tak sama bentuk berfungsi sebagai tempat pelekatan otot atauartikulasi. Contoh : tulang-tulang vertebra (servikel, torasik, lumbar, sekrum dan koksiks) dan tulang telinga tengah (stapes, inkus, maleus) 12..3.4 Struktur Tulang Panjang Sumber: Martini, F.H. (2001), Fundamentals of Anatomy and physiology, 5th ed. Prentice Hall Rajah 2.4 Struktur tulang panjang


147 Sendi Lesung (Ball and socket joint) Sendi Pelana (Saddel joint) Sendi Kondil (Condyloid joint) Sendi Paksi (Pivot joint) Sendi Engsel (Hinge joint) Sendi Gelungsur (Gliding joint)


148 12.3.5 Sistem Otot Rangka Komponen sistem otot rangka: i. Fiber otot ii. Tisu penghubung iii. Tendon Fungsi Otot i. Menghasilkan pergerakan Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan menulis. ii. Mengekalkan postur Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur. iii. Menstabilkan sendi Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otototot juga membantu menstabilkan sendi-sendi rangka. iv. Menghasilkan haba Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba kerana 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.


149 Jenis-Jenis Otot Terdapat tiga jenis otot iaitu otot rangka, otot kadiak dan otot licin. Otot-otot ini dapat dibezakan berdasarkan lokasi, struktur dan fungsinya. Terdapat tiga jenis sel otot iaitu: i. Otot licin - terdapat pada dinding dalam tubuh dan berfungsi mengerakkan makanan melalui usus, menguncupkan uterus semasa meiahirkan anak, dan mengepam darah melalui saluran darah. ii. Otot Rangka - bertindak secara berpasangan dan bertentangan iii. Otot Kardiak - terlekat secara langsung/ tidak langsung pada tulang melalui tendon Kandungan dalam gentian otot adalah i. Myofibril - Actin (Nipis): Actin, Troponin, Tropomyosin, Myosin (Tebal) ii. Glycogen iii. Mitochondria iv. Tubules – Sarcoplasmic Recticulum v. Sacromere – Membran otot 12.3.6 KLASIFIKASI OTOT • Menghasilkan pergerakan pantas. • Tindakbalas kimia menghasilkan bahan kumuhan yang banyak - asid laktik. • Latihan pecut meningkatkan kelajuan/kepantasannya. • Latihan dayatahan pula meningkatkan dayatahannya, tetapi mengambil masa yang lama Slow Twitch Unit-unit otot sentap lambat melibatkan pergerakan yang lambat, penggunaan dayatahan yang tinggi dan lama. • Kurang menghasilkan kuasa dan kelajuan. • Boleh beroperasi dalam jangkamasa yang lama


150 Otot-otot rangka yang utama


151 Interaksi otot-otot dalam pergerakan rangka Saling tindakan otot-otot i. Agonis • Otot-otot penggerak utama (prime movers) • Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakan khusus • Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus ii. Antagonis • Otot-otot yang bertindak berlawanan dengan otot pengerak utama • Tindakan berlaku secara serentak dengan otot Keterangan gambarajah: • Gerakan fleksi lengan • Otot biseps brakii akan menguncup - agonis • Otot triseps brakii akan mengendur - antagonis Sinergis • Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama • Sinergis menambah daya pada pelekatan otot • Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otototot itu melekat Keterangan gambarajah: Otot-otot brakioradialis, biseps, brakii dan brakialis bertindak sebagai sinergis untuk membengkok sendi siku. Brakioradialis (sinergis) Triseps brakii (antagonis)


152 Penguncupan otot rangka Jenis-jenis penguncupan otot Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup. Sebaliknya apa yang berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya hasil daripada interaksi filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha kedua-duanya untuk menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalam fiber otot. (i) Penguncupan isometrik (penguncupan statik) Penguncupan yang menghasilkan daya tetapi tidak mengubah panjang fiber otot semasa mengatasi rintangan yang statik. Contoh : Menolak dinding dengan kedudukan siku bengkok. Dinding tidak bergerak tetapi otot-otot trisep tidak dapat memendek untuk meluruskan siku. Penguncupan otot trisep berlaku secara isometrik. (ii) Penguncupan Isotonik Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak. Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik. Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot. Contoh: Penguncupan bisep semasa mengangkat "'dumbell'. Penguncupan esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot. (iii)Penguncupan Isokinetik Bagi penguncupan isokinetik, fiber-fiber otot menguncup pada kelajuan yang tetap mengatasi rintangan yang berubah-ubah. Peralatan khusus diperlukan untuk menghasilkan penguncupan jenis ini kerana rintangan maksimum diperlukan bagi semua julat pergerakan. Penguncupan Isokinetik Contoh : Pengunaan mesin "multi-gym'. Halaju Penguncupan Otot-otot rangka manusia terdiri dari gabungan fiber sentak cepat (fiber putih) dan fiber sentak lambat (fiber merah). Bagaimanapun peratusan kedua-dua jenis fiber otot adalah berbeza dari otot ke otot. Fiber sentak lambat digunakan untuk penguncupan yang perlahan dan kekal (sustain). Fiber-fiber sentak lambat banyak didapati pada otot-otot postur. Fiber sentak cepat digunakan untuk penguncupan yang pantas. Bagaimanapun penguncupan jenis ini tidak dapat bertahan lama. Walaupun kesemua fiber otot boleh menguncup dalam kedua-dua keadaan aerobik dan anaerobik. Sebahagian darinya lebih sesuai untuk menguncup secara anaerobik.


153 12.3.7 Sistem Tenaga Pengenalan sistem tenaga Setiap pergerakan fizikal memerlukan tenaga. Tenaga boleh diperolehi melalui makanan. Penghasilan tenaga yang berterusan berlaku dalam badan kita untuk menampung kehidupan. Tenaga didefinisikan sebagai kapasiti melakukan kerja. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi bertukar bentuk. Tenaga boleh didapati dalam enam bentuk iaitu kimia, mekanikal, haba, cahaya, elektrik dan nuklear. Sistem Sumber makanan/ kimia Keperluan oksigen Kelajuan Penghasilan ATP Jangka masa ANAEROBIK Alaktik (ATP-PC) Laktik Fosfokeratin Glukosa/ glikogen Tidak perlu Tidak perlu Sangat pantas pantas Sedikit dan terhad Sedikit dan terhad 10 saat 1-3 minit AEROBIK Glukosa/ glikogen Lemak, protin Perlu Perlahan Banyak dan tidak terhad Lebih 3 minit Sistem Tenaga Tenaga yang digunakan dalam aktiviti adalah dibekalkan melalui pecahan makanan terutamanya karbohidrat dan lemak. Sumber Tenaga yang paling cepat datang dari pecahan satu kompoun kimia yang dikenali sebagai – adenosine triphosphate atau ATP. Tenaga dihasilkan apabila bond yang mencantum molekul pecah dengan menghasilkan formasi ATP. ADP yang bebas dalam badan akan digunakan untuk membentuk ATP. “Synthesis” adalah proses untuk menghasilkan tenaga dan “resynthesis” adalah proses untuk penghasilan tenaga semula. Jenis-Jenis ATP yang dihasilkan Terdapat tiga jenis proses untuk menghasilkan ATP i. ATP-PC Sistem (phosphagen sistem)/ Anaerobik Alaktik Tidak memerlukan kehadiran oksigen (anaerobik) ii. ATP Laktik Asid Sistem / Anaerobik Glikolesis Sistem ini merupakan cara kedua penghasilan ATP tanpa oksigen (anaerobik). Glukos dan glukos dari glikogen adalah di pisahkan secara kimia membentuk asid laktik melalui reaksi kimia yang bersiri. Semasa pemisahan, tenaga dilepaskan dan melalui beberapa reaksi tenaga digunakan untuk mengahsilkan lagi ATP. Proses ini dikenali sebagai “Anaerobic Glycolysis”.


154 iii. ATP Sistem Aerobik Sistem ini mengandungi tiga siri yang utama iaitu “Aerobik Glikolisis”, “Putaran Krebs” dan “Sistem Pengangkutan Elektron”. Ketiga-tiga siri bekerjasama untuk menghasilkan tenaga yang mencukupi untuk mengenerasikan ATP. Sistem ini menghasilkan paling banyak ATP. Penghasilan tenaga melalui sistem aerobic memerlukan kehadiran Oksigen. iv. Sukan dan tenaga yang digunakan. Sukan-sukan tertentu boleh dikategorikan berasaskan dengan tenaga yang diperlukan melalui kontinum aktiviti-aktiviti aerobik dan anaerobik. Bagi sukan badminton keperluan tenaga yang digunakan untuk aktiviti sukan badminton adalah kerapkali dalam lingkungan masa aktiviti antara beberapa saat atau yang paling lama dua minit untuk satu rali. Oleh demikian sistem yang dominan untuk menghasilkan ATP dalam sukan badminton adalah melalui sistem ATP-PC dan Sistem laktik.


BADMINTON COACH EDUCATION - BAM BAM LEVEL 1 MODULE 13 - BASICS SPORTS PHYCHOLOGY ASAS PSIKOLOGI SUKAN


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 155 | P a g e UNIT 13. ASAS PSIKOLOGI SUKAN Hasil Pembelajaran: Di akhir topik ini, jurulatih-jurulatih dapat: 1. Menjelaskan definisi dan matlamat psikologi sukan; 2. Mengenalpasti dua jenis motivasi dan teknik-teknik memotivasikan diri; 3. Menjelaskan konsep kebimbangan dan kemahiran mengawal kebimbangan. 13.1 Konsep Psikologi Sukan Definisi: a. Psikologi : • Satu cabang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkahlaku manusia (Wann, 1997). b. Psikologi Sukan : • Satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif keatas mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut (Wann, 1997). • Satu cabang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkah laku manusia dalam sukan. 13.1.1 Peranan Psikologis Sukan a. Penyelidik / Psikologi Sukan - menyelidik serta menambahkan pengetahuan kita tentang bidang ini. b. Pendidik Psikologi Sukan - mengajar kemahiran psikologi serta bidang akademik dan melakukan kajian untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang ini. c. Ahli psikologi sukan klinikal - membantu atlet menyelesaikan masalah yang bersifat klinikal seperti aneroxia dan patologikal. Lazimnya bersifat peribadi. 13.1.2 Kaitan Antara Psikologi Sukan dengan Prestasi Kognitif: • Tafsiran tentang perlakuan pelaku sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti / kejohanan. Emosi: • Kesan dalaman yang berlaku akibat dari tafsiran (kognitif) yang telah dilakukan. Ianya akan meningkatkan atau menurunkan prestasi atlet. Fizikal (Perlakuan/Psikomotor): • Tindakan yang lahir dari tafsiran serta perasaan atlet.


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 156 | P a g e 13.2 Motivasi 13.2.1 Konsep Motivasi Definisi: • Arah dan intensiti/usaha seseorang individu (Sage, 1977). Ianya bersifat neutral. a. arah - mendekati atau mengelakkan diri dari situasi tertentu. b. intensiti usaha - takat usaha seseorang untuk mendekati atau mengelakkan diri dari situasi tersebut. Sumber: a. Intrinsik (dalaman) - berdasarkan keyakinan diri, kebolehan, kemahuan dan keinginan untuk melakukan sesuatu aktiviti. b. Ekstrinsik (luaran) - berdasarkan ganjaran (positif/negatif), orang tersayang, persekitaran. 13.2.2 Motivasi dan Ganjaran Ganjaran yang diterima boleh meningkatkan atau menurunkan motivasi individu. a. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik seperti trofi, anugerah sukan ataupun biasiswa sukan yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlet, dapat meningkatkan motivasi intrinsik atlet tersebut. Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti pujian atau senyuman jurulatih yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlet dapat meningkatkan motivasi intrinsik atlet tersebut. b. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik seperti trofi, anugerah sukan ataupun biasiswa sukan yang ditafsirkan sebagai mengawal atlet tersebut akan mengurangkan motivasi intrinsik serta keseronokan atlet berkenaan. Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti kata-kata semangat atau perangsang yang ditafsirkan sebagai mengawal atlet tersebut akan mengurangkan motivasi intrinsik serta keseronokan atlet berkenaan. 13.2.3 Kemahiran Memotivasikan Diri Antara teknik yang biasa digunakan untuk memotivasikan diri individu adalah penetapan matlamat perlakuan dan kata-kata rangsangan diri. Penetapan matlamat • Satu proses kognitif yang digunakan untuk meningkatkan prestasi dengan membuat sasaran tertentu yang sentiasa dinilai sebagai panduan untuk / mencapai sasaran tersebut.


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 157 | P a g e 13.2.3.1 Tahap-Tahap Penetapan Matlamat a. Matlamat Jangka Panjang Matlamat terakhir dalam perancangan seseorang atlet atau pasukan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan. b. Matlamat Jangka Sederhana Matlamat pertengahan dalam perancangan seseorang atlet atau pasukan untuk menilai sama ada atlet atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat terakhir. c. Matlamat Jangka Pendek Matlamat harian atau mingguan yang digunakan untuk menilai sama ada atlet atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat jangka panjang. • Matlamat tersebut memainkan peranan sebagai pemangkin / untuk memotivasikan individu tersebut disamping menjadi panduan (kayu ukur) untuk menilai sama ada apa yang dirancangkan menepati matlamat. 13.2.3.2 Garis Panduan Penetapan Matlamat • Dibuat oleh atlet dan jurulatih sebagai fasilitator • Ditulis dan bukan hanya di minda saja • Mencabar tetapi boleh dicapai – Realistik • Meletakkan sasaran masa • Meletakkan keutamaan. 13.2.3.3 Kata-Kata Rangsangan Diri Kata-kata perangsang atau perkataan yang boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi, keyakinan diri serta intensiti usaha seseorang individu atau pasukan. Boleh berbentuk slogan-slogan tertentu (Contoh: Malaysia Boleh) ataupun perkataan yang menggambarkan ciri-ciri tertentu ("kuat seperti harimau"), kata-kata hikmat ("andalah yang terbaik"), (you're the best) serta doa. ” I WORKED VERY HARD, I FELT I COULD PLAY THE GAME. THE ONLY THING THAT COULD STOP ME WAS MYSELF” ” THE GAME ISN’T OVER UNTIL ITS OVER” ” THE ONLY COMPETITION WORTHY OF A WISE PLAYER IS WITH HIMSELF ” ” DO YOUR BEST AND LET GOD DO THE REST ”


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 158 | P a g e 13.3 Kebimbangan 13.3.1 Konsep Kebimbangan Definisi Perasaan yang subjektif berpunca dari tafsiran atau persepsi seseorang individu terhadap sesuatu situasi yang menghasilkan kebimbangan dan tekanan (Levitt, 1980). Antara kesan fisiologi kebimbangan ialah peningkatan kadar nadi, pernafasan yang cepat dan tidak teratur, menggeletar, tumpuan menjadi sempit dan otot mengecut. Jenis-Jenis Kebimbangan a. Kebimbangan berasaskan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu contohnya, individu yang semula jadi mempunyai ‘darah gemuruh’ yang tinggi. Individu ini akan mentafsir rangsangan di persekitaran sebagai menggugat diri mereka. Tafsiran ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka. b. Kebimbangan seketika (state) merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari tafsiran individu terhadap rangsangan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu. Bagi individu yang tinggi darah gemuruhnya, mereka akan mentafsirkan rangsangan tersebut sebagai sesuatu yang amat menekan. Kesannya tahap kebimbangan dan tekanan fisiologi mereka juga akan meningkat tinggi. Prestasi individu akan menurun dengan peningkatan tahap kebimbangan dan tekanan. 13.3.2 Proses Tafsiran Kebimbangan a. Rangsangan : Perkara di persekitaran yang memberikan kesan kepada individu. Contohnya sorakan penonton, cuaca ataupun pesaing yang terlibat dalam situasi tersebut. b. Tafsiran : Analisis individu terhadap rangsangan yang dihadapi. Tafsiran boleh bersifat positif ataupun negatif. c. Pelakuan : Tindakan yang diambil oleh individu berdasarkan kepada tafsiran yang telah dibuat. Sekiranya tafsiran yang dibuat terhadap rangsangan adalah positif, tindakan yang bakal diambil adalah positif dan sebaliknya. Sekiranya seorang atlet merasakan bahawa beliau berpeluang untuk berjaya dalam acara 100 meter, beliau akan berusaha untuk berlari dengan baik. Sebaliknya, sekiranya seorang atlet merasakan bahawa beliau tidak berpeluang untuk berjaya dalam acara 100 meter, beliau tidak akan berusaha untuk memberikan saingan. • Tindakan yang dihasilkan akan memberi kesan kepada individu tersebut khususnya apabila menghadapi situasi yang serupa di masa hadapan.


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 159 | P a g e 13.3.3 Kemahiran Mengawal Kebimbangan Antara teknik psikologi yang boleh digunakan untuk mengurangkan kebimbangan adalah terapi pernafasan, pemusatan (centering), teknik relaksasi dan visualisasi. a. Terapi pernafasan Teknik : Menarik satu nafas yang panjang dan menghembuskannya perlahan-lahan. Dilakukan berulang kali sehingga berasa tenang atau releks. Tujuan : Menghasilkan rasa tenang atau releks. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. b. Pemusatan (centering) Teknik : Menarik nafas yang panjang seperti terapi pernafasan serta menumpukan perhatian (pemusatan) kepada titik di belakang pusat dan di tengah badan kita (center). Dilakukan dalam keadaan berdiri pada kedudukan yang selesa. Tujuan : Melahirkan ketenangan serta meningkatkan konsentrasi. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. c. Relaksasi Teknik : Mengecut dan merelakskan otot secara progresif. Boleh dilakukan secara duduk atau berbaring. Tujuan : Mengurangkan tekanan serta ketegangan otot dengan memfokus kepada rasa otot tersebut. Memantau otot yang tertekan serta merelakskannya bila perlu. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. d. Visualisasi Teknik : Membayangkan sesuatu yang boleh menenangkan individu apabila mereka berada dalam keadaan tertekan atau bimbang. Tujuan : Mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. Mempraktikkan Kemahiran – Kemahiran Psikologi • Melakukan latihan 5 minit setiap hari sebelum sesi latihan • Meningkatkan waktu latihan berkualiti secara progressif • Menghasilkan imej positif di minda dan mengawalnya dengan penuh konsentrasi


BADMINTON COACH EDUCATION - BAM BAM LEVEL 1 MODULE 14 - INTRODUCTION TO SPORTS BIOMECHANICS PENGENALAN KEPADA BIOMANIK SUKAN


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 160 | P a g e UNIT 14. PENGENALAN KEPADA BIOMEKANIK SUKAN Hasil Pembelajaran: Di akhir topik ini, jurulatih-jurulatih dapat: 1. menerangkan dengan jelas istilah biomekanik sukan; 2. menjelaskan kepentingan biomekanik kepada jurulatih-jurulatih dalam sukan badminton; 3. membezakan kelas sistem tuas dan aplikasi sistem tuas dalam sukan badminton. 4. menjelaskan perbezaan antara ketiga-tiga hukum newton dan aplikasinya dalam sukan badminton. 14.1 Biomekanik Sukan Biomekanik (biomechanics) merupakan suatu bidang sains yang mengkaji faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi tubuh badan manusia, serta kesan-kesan yang dihasilkan oleh faktor-faktor tersebut. Pendek kata, biomekanik mengkaji apa yang menyebabkan tubuh badan bergerak dan kesan/hasil daripada pergerakan tersebut. Istilah ’biomechanics’ boleh difahami dengan mangkaji asal usul istilah. ’bio’ merujuk kepada kehidupan atau benda-benda hidup dan ’mechanics’ pula merujuk kepada bidang mekanik Newton dan tekanan-tekanan yang bertindak ke atas badan yang bergerak. Seorang ahli biomekanik mengkaji bagaimana kuasa yang berbagai mempengaruhi pergerakan manusia dan bagaimana pergerakan boleh menjadi lebih efisien dan berkesan. Biomekanik terbahagi kepada dua aspek: Aspek biologi : Berkaitan dengan pergerakan yang melibatkan sistem otot dan tulang. Aspek-aspek biologi termasuklah struktur anatomi, aksi sendi dan kuasa berkaitan dengan otot. Contohnya, guna sendi sebagai tuas dan penguncupan otot. Aspek mekanik : Berkaitan dengan kajian prinsip statik dan dinamik. Statik bermaksud keadaan objek yang tidak bergerak atau objek itu bergerak secara tetap. Dinamik adalah kajian pergerakan objek. Dinamik terbahagi kepada dua kategori. Pertama, kinematik – melibatkan faktor masa dan ruang dalam pergerakan seperti kelajuan dan pecutan. Kedua, kinetik – daya yang bertindak ke atas suatu sistem seperti otot dan graviti.


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 161 | P a g e Berikut adalah prinsip-prinsip mekanikal yang terlibat dalam perlakuan kemahiran dalam kebanyakan aktiviti sukan : • Projektil Sesuatu objek yang dilepaskan ke udara menjadi projektil. Tubuh badan manusia dan objek yang dipukul boleh dianggap sebagai projektil. Contoh dalam badminton: o memukul bulu tangkis o melompat dan berguling (’diving’) o Pukulan boleh melibatkan bahagian tubuh badan atau dengan alat yang dipegang oleh sebahagian anggota badan. Pergerakan projektil pula dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut: o kelajuan objek dilepaskan (kepantasan bulu tangkis dipukul) o sudut pelepasan (sudut optimum = 45 darjah, objek yang dipukul akan mencapai jarak mendatar yang jauh). o Ketinggian kelepasan – objek yang dilepaskan pada ketinggian yang lebih tinggi akan menghasilkan jarak mendatar yang lebih jauh. Pukulan seorang pemain badminton yang tinggi akan menghasilkan jarak mendatar yang lebih jauh. • Pergeseran Suatu daya yang menentang pergerakan atau menentang pergerakan yang akan berlaku. Dua jenis pergeseran utama dalam sukan ialah pergeseran gelongsor dan pergeseran berguling. o pergeseran gelongsor – pergeseran wujud bila suatu objek mula bergerak di atas objek yang lain seperti pergerakan seorang pemain di atas gelanggang. o Pergeseran berguling tidak diaplikasikan di dalam badminton kerana bulu tangkis adalah di udara dan bukan di lantai. • Keseimbangan dan kestabilan Keseimbangan ialah kedudukan di mana kuasa dari satu arah diimbangi oleh kuasa dari arah yang bertentangan. Terdapat dua jenis keseimbangan iaitu keseimbangan statik dan keseimbangan dinamik. Apabila tubuh badan adalah statik atau tegak tanpa pergerakan, maka ia berada dalam keseimbangan statik. Manakala keseimbangan dinamik melibatkan tubuh badan yang bergerak dengan kelajuan yang berbeza dan pergerakan imbangan yang sentiasa berlaku untuk memastikan tubuh badan seimbang. Kestabilan ialah keupayaan badan untuk kembali ke kedudukan asal dan tegak selepas perubahan kedudukan badan berlaku. Untuk meningkatkan kestabilan, seseorang atlit perlu: o mengekalkan dasar sokongan yang luas o merendahkan pusat graviti o memastikan garisan pusat graviti adalah rapat dengan bahagian tengah badan o mencondongkan badan ke arah daya yang datang dari arah hadapan.


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 162 | P a g e • Momentum Momentum ialah jisim yang bergerak atau jumlah pergerakan yang dimiliki oleh sesuatu objek. Semua objek mempunyai jisim, jadi apabila suatu objek bergerak, ia dikatakan mempunyai momentum. Jumlah momentum yang dimiliki sesuatu objek bergantung kepada jisim (jumlah bahan yang bergerak) dan kelajuan (berapa laju bahan tersebut bergerak). Pengetahuan tentang elemen asas biomekanik penting untuk kita memahami faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi fizikal individu dalam sukan. Memahami prinsip biomekanik membolehkan para jurulatih menjelaskan sebab akibat sesuatu pergerakan. Pengetahuan ini membolehkan para atlit menyedari mengapa pergerakannya terbatas dan prestasi sukannya turun dan naik. Menguasai prinsip biomekanik turut membantu seseorang menguasai sesuatu kemahiran sukan dengan cepat dan betul meskipun hanya untuk sukan rekreasi. 14.2 Bagaimana biomekanik sukan membantu jurulatih? Bidang biomekanik sukan membantu jurulatih untuk meningkatkan prestasi atlit. a. Biomekanik sukan melibatkan analisis bagaimana prinsip biomekanik diaplikasikan semasa sesuatu kemahiran dilakukan. Analisis sedemikian memberi maklumbalas tentang kelemahan dan kekuatan seseorang atlit. b. Pengetahuan biomekanik membantu jurulatih untuk memahami aspek kawalan darjah kebebasan lakuan dan kekangan dalam pergerakan. Kefahaman ini memberi idea untuk mengenal pasti kesalahan teknik dan bersedia untuk membetulkan kesalahan. c. Aplikasi prinsip lakuan dalam bidang biomekanik sukan membantu jurulatih memahami aspek teknikal lakuan. Dengan itu jurulatih boleh membantu atlit untuk mengalikasikan teknik lakuan yang betul dan bersesuaian dengan individu. Aplikasi teknik lakuan yang betul dan efisyen membantu mengurangkan risiko kecederaan pada atlit. Analisis Kualitatif : • Analisis lakuan kemahiran tanpa melibatkan sebarang pengukuran. • Peringatan asas dan permulaan analisis lakuan dalam biomekanik sukan. • Analisis ini menjawab persoalan “bagaimana” • Pemerhati lakuan kemahiran atlit oleh jurulatih merupakan analisis utama yang dijalankan berulang kali. • Teknologi video semasa latihan membantu mengenal pasti kelemahan dan pembetulan lakuan. • Peneguhan lakuan lebih cepat dikuasai dan aplikasi kemahiran baru mampu dikuasai dalam masa yang lebih singkat.


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 163 | P a g e Analisis Kuantitatif : • Analisis yang lebih maju dalam bidang biomekanik sukan • Melibatkan analisis pengukuran data kinematik lakuan (halaju, sudut, tinggi, jarak, pecutan) melalui video. • Menjelaskan aplikasi daya dalam menghasilkan pergerakan kemahiran spesifik. • Menjelaskan lakuan secara terperinci dan dapat dibandingkan dengan atlit bertaraf dunia yang lain. • Dijalankan secara dua dimensi atau tiga dimensi 14.3 Sistem Tuas Pergerakan yang berlaku pada tubuh badan manusia dihasilkan oleh otot yang membekalkan daya, bertindak selaras dengan sistem rangka sebagai satu siri tuas. Tuas ialah suatu struktur yang tegar (rigid) yang bergerak berdasarkan satu titik yang ditetapkan, dipanggil fulkrum. Di dalam tubuh badan manusia, setiap ketul tulang ialah tuas, dan setiap sendi adalah fulkrum. Tuas boleh mengubah arah daya, mengubah jarak dan kelajuan pergerakan yang dihasilkan dan kekuatan yang diaplikasikan oleh daya. Pendek kata, tuas ialah sebuah mesin yang ringkas dan merangkumi tiga komponen: • Satu titik paksi (pivot point) – fulkrum • Satu beban untuk digerakkan – rintangan • Satu punca tenaga – usaha atau daya Tuas dikelaskan kepada tiga iaitu kelas pertama, kedua dan ketiga. Ketigatiga komponen ditunjukkan di dalam gambar rajah berikut:


KEMASKINI PADA 3 MARCH 2023 164 | P a g e 14.4 Hukum Newton Hukum Newton Pertama: Hukum ‘Inertia’ Suatu objek yang tidak bergerak akan berada di dalam keadaan statik kecuali diganggu oleh daya luar, atau jika objek itu bergerak, ia akan bergerak terus dalam arah yang sama dan dalam garisan lurus melainkan diganggu daya luar. Hukum Newton Kedua: Hukum Pecutan Perubahan dalam kelajuan objek adalah berkadar terus kepada daya yang menghasilkannya, tetapi ia berkadar songsang dengan jisim, dan perubahan berlaku dalam arah daya diaplikasikan. Ini bererti: • Makin besar daya, makin besar pecutan • Makin kecil jisim, makin besar pecutan • Perubahan pergerakan berlaku mengikut arah daya diaplikasikan. Hukum Newton Ketiga: Hukum Aksi-Reaksi Bagi setiap aksi ada reaksi yang sama dan bertentangan. Ini bererti: • Daya yang diaplikasikan akan menghasilkan daya yang sama, ia bertindak pada arah yang bertentangan • Daya bekerja secara berpasangan menentang satu sama lain • Daya permulaan direntang oleh daya reaktif Kesimpulan: Perkembangan sukan tanah air memerlukan sokongan ilmu dan kajian sains sukan yang berterusan dan komprehensif. Persatuan dan agensi sukan di seluruh negara sewajarnya bukan sahaja ditadbir oleh pengurus sukan yang berkualiti tetapi jurulatih yang memiliki kemahiran teknikal sukan, terutama ilmu asas tentang sains dalam sukan. Untuk menang dalam pertandingan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa tidak harus lagi bergantung pada nasib, sebaliknya atlit individu dan pasukan hendaklah dilengkapi dengan kemahiran yang tinggi dan dibimbing oleh jurulatih yang bertauliah. Di sini letaknya kepentingan ilmu sosiologi, psikologi, fisiologi dan asas perubatan sukan agar dapat membantu meningkatkan kualiti atlit, jurulatih, pegawai dan pengurusan pasukan.


Click to View FlipBook Version