INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
PREFACE
Praise to Allah SWT for the gracious mercy and tremendous blessing that enable us to
finish this booklet of International Conference on Global Education (ICGE) VIII with
the theme Visioning the Future Education. This conference is collaboration between
University Kebangsaan Malaysia and Universitas Ekasakti Padang in eighth time, it is
rd
th
held on 23 – 24 November 2020.
ICGE VIII booklet is the work of the ideas of both teachers and educators.
Various papers presented in the conference are dedicated to building a good quality
learning horizon in two countries in present and for the future.
It is expected that all Abstracts of papers contained in this booklet helpful in
improving the quality of education towards competition in the Global Economic. We
hope that the thought and ideas contained in this booklet can be the first step for us
who work in the educational community to reflect and increase the next major steps
in building a quality learning of horizons, so that it can produce useful human resource
for the nation in two countries.
Thank you very much is due to various parties that have cooperated in
preparing and publishing this booklet as well as the successful implementation of
ICGE VIII. So that, this booklet can has benefit for us in the effort to build human
resources as we would expect.
rd
November 23 2020
Conference Organizing Committee
Organized by Universiti Kebangsaan Malaysia
And Ekasakti University Padang
0
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
HUBUNGAN PENGUASAAN MODUL TAKAFUL DALAM PROSES PdP
MENERUSI WORK BASED LEARNING (WBL) DIANTARA FAKTOR
DALAMAN DENGAN LUARAN DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK
MALAYSIA
Khairul Nizam Mohd Khalid, Ahmad Marzuki Mohamad, Nurazmallail Marni
([email protected], [email protected], [email protected])
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui Hubungan diantara Faktor Dalaman Dengan
Luaran Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menerusi Work Based Learning
(WBL) terhadap Penguasaan Modul Takaful Di Politeknik Malaysia. Kaedah ini
menggunakan kaedah tinjauan menggunakan reka bentuk korelasi melibatkan seramai
223 orang pelajar yang sudah selesai pembelajaran secara WBL dan sudah berkerja
diindustri, serta dipilih secara teknik persampelan rawak mudah. Data dianalisis
menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) For Windows Version 22.0.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa hubungan antara faktor dalaman (Minat dan
motivasi) dengan Faktor Luaran (Multimedia, Rakan sekerja dan Majikan)
mempunyai hubungan yang signifikan dalam mempengaruhi penguasaan Modul
Takaful menerusi Work Based Learning di Politeknik Malaysia. Dapatan kajian ini
juga dapat memberi maklumat kepada pihak pihak institusi dan tenaga pengajar
bahawa pelajar sebenarnya lebih berminat dan bermotivasi untuk mengikuti
pembelajaran berasaskan Work based Learning (WBL). Implikasi kajian ini juga
menunjukkan Work Based Learning (WBL) dilihat mempunyai peranan yang penting
dalam bidang pendidikan terutama diera Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) .
Pengintegrasian di antara pembelajaran secara teori dan praktikal memberi peluang
kepada pelajar membuat pilihan dalam P&P serta dapat menggalakkan pelajar
menguasai ilmu secara ilmiah disuasana perkerjaaan sebenar.
Kata kunci: Penguasaan, Pengajaran dan Pembelajaran Modul Takaful, Work-
Based Learning.
1
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
APLIKASI LOGISTIK PENGURUSAN INVENTORI DI GROMAX
MACHINERY PART SUPPLIES
Hazman Mat, Mohammed Yusoff Amri, Muhammad Hafidz Haidzir
([email protected], [email protected],
[email protected])
Abstrak
Pengurusan Inventori berdasarkan Analisis ABC merupakan sistem pengurusan
inventori dengan mengkelaskan item-item inventori kepada tiga kelas utama iaitu
kelas A, kelas B dan kelas C berdasarkan jumlah nilai ringgit dan kekerapan
penggunaanya. Sistem ini dapat memastikan inventori berada pada kedudukan yang
strategik agar pengurusan inventori diuruskan dengan efektif. Berdasarkan
pemerhatian dan wawancara terhadap perniagaan Gromax Machinery Parts Suppliers
yang telah beroperasi selama 10 tahun, didapati terdapat isu berhubung dengan
pengurusan inventorinya berikutan sistem pengurusan inventori bekomputer E.M.A.S.
Inventory System telah ditamatkan fungsinya. Di samping itu, layout yang sedia ada
didapati tidak teratur menyebabkan ruang inventori menjadi sempit dan boleh
menjejaskan kualiti serta capaian terhadap inventori. Oleh itu, objektif penyelesaian
isu kajian kes ini adalah untuk memperkenalkan sistem pengurusan inventori manual
bagi mengantikan sistem pengurusan inventori berkomputer E.M.A.S. Inventory
System sebelum ini. Penambahbaikan terhadap layout U Flow juga telah dilaksanakan
bagi memastikan keberkesanan pengurusan inventori berdasarkan Analisis ABC dapat
dilaksanakan dengan berkesan.
Kata kunci: pengurusan inventory, U Flow layout, Analisis ABC
2
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
TAHAP KESUNYIAN DAN POLA PENGGUNAAN INTERNET
BERMASALAH UMUM MURID SEKOLAH MENENGAH DI KUALA
LUMPUR
Chong Kwang Shen, Ruslin Amir
([email protected])
Abstrak
Dalam era teknologi maklumat yang serba canggih tahap penggunaan internet adalah
tinggi. Kajian sebelum ini mendapati tahap penggunaan internet ada kaitan dengan
masalah kesunyian. Tinjauan literatur mendapati kebanyakan fokus kajian yang
dijalankan tertumpu hanya sampel daripada pelajar IPT dan golongan dewasa. Maka
kajian ini dibuat untuk mengkaji tahap kesunyian dan pola penggunaan internet
bermasalah umum bagi pelajar sekolah menengah di Kuala Lumpur. Tumpuan kajian
adalah pola hubungan penggunaan internet dengan tahap kesunyian sampel. Kajian ini
adalah berbentuk kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik dan analisis data
secara deskriptif dan inferensi. Seramai 100 orang responden murid sekolah menengah
di Kuala Lumpur terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan
penggunaan internet memberi kesan positif kepada responden dan tahap kesunyian
mereka adalah rendah. Analisis Korelasi menunjukkan tidak terdapat perhubungan
yang signifikan antara pola penggunaan internet dan tahap kesunyian. Kesimpulannya,
walaupun responden berasa penggunaan internet membawa kesan yang positif dan
tahap kesunyian mereka adalah rendah, namun pelbagai pihak termasuk ibu bapa,
penjaga, guru dan kerajaan harus memantau penggunaan internet dalam kalangan
remaja. Komunikasi berkesan dan keprihatinan wajar dipertingkatkan demi
kesejahteraan hidup generasi muda masa kini.
Kata kunci: Tahap kesunyian, pola penggunaan internet bermasalah umum, murid
sekolah menengah di Kuala Lumpur
3
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
READINESS IN FACING INDUSTRIAL REVOLUTION 4.0 (IR 4.0) AMONG
POLYTECHNIC’S STUDENTS
Salizawati Kamaruzzaman
([email protected])
Abstract
Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0) has transformed how good are designed,
manufactured, used and managed including the operations, processes, supply chain
management and energy footprint of the factories. The approach of IR 4.0 has changed
the education’s system in Malaysia. Therefore, this quantitative study is conducted to
determine the students’ level of knowledge on IR 4.0 and readiness in facing IR 4.0
among polytechnic’s students based on the structured questionnaire survey and data
were obtained from 156 students. Descriptive statistics were used to infer the overall
study data and gives an insight into a variety of data collected. The findings of the data
analysis were carried out with the help of IBM SPSS software Statistics 25.0. This
study discovered polytechnic’s student were at moderate level of readiness in facing
IR 4.0 despite high level of knowledge on IR 4.0. Hence, this problem can be
overcome by organizing more industrial training that practiced IR 4.0 working
environment and restructure education curriculum by implementing IR 4.0 elements.
Keywords: industrial revolution 4.0, polytechnic’s students, readiness
4
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
ANALISA PERSEPSI PELAJAR ORANG KURANG UPAYA TERHADAP
AKSESIBILITI: KOLEJ KOMUNITI TERPILIH
Ezlina Mohamad Esa, Alice Sabrina Ismail, Nazihan Aziziuddin
([email protected], [email protected], [email protected])
Abstrak
Pelajar Kurang Upaya telah lama ditolak peluang untuk meneruskan pengajian ke
tahap yang lebih tinggi di seluruh dunia. Galakan dan dorongan menerusi polisi dan
dasar kerajaan telah memberi kemudahan secara langsung agar golongan kurang
upaya ini diberi peluang dan hak sama rata seperti golongan biasa untuk mendapat
akses dalam bidang pendidikan di peringkat tertinggi. Namun begitu, pemasalahan
yang ketara di pusat pengajian tinggi dan rendah di Malaysia ialah kebanyakannya
tidak dilengkapi dengan keperluan kemudahan awam yang mesra serta prasarana
fizikal bagi memudahkan golongan kurang upaya ini berada dalam persekitaran
pembelajaran yang selesa dan menjalankan aktiviti seharian mereka sebagai pelajar.
Kajian ini dijalankan bagi mencapai dua (2) objektif kajian yang akan membawa
kepada penyelesaian kajian iaitu mengenalpasti kemudahan OKU yang menjurus
kepada keperluan akademik yang terdapat di kolej komuniti dan mencerakinkan
persepsi dan tahap kepuasan pelajar OKU terhadap kemudahan akademik yang
disediakan. Justeru, kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif bagi mendapatkan
analisis yang tepat iaitu melalui proses soalselidik. Terdapat lima (5) buah kolej
komuniti yang terlibat dalam menjalankan kajian ini dan dipilih mengikut elemen-
elemen yang diperlukan dalam kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai
kebolehpercayaan instrument kajian adalah α = 0.933. Secara keseluruhannya, dapatan
kajian mendapati bahawa pelajar-pelajar berpuashati di tahap sederhana dengan
kemudahan yang terdapat di kolej komuniti masing-masing.
Kata kunci: Orang Kurang Upaya, Pembelajaran & Pengajaran, Kemudahan
5
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
ADAPTASI PEMBELAJARAN NORMA BAHARU (E-LEARNING) DI
KALANGAN PELAJAR JABATAN PERDAGANGAN POLISAS 2020, SATU
TINJAUAN.
Hazman Mat, Mohammed Yusoff Amri, Muhammad Hafidz Haidzir
([email protected], [email protected],
[email protected])
Abstrak
Kajian diskriptif ini bertujuan untuk meninjau adaptasi pembelajaran norma baharu
(e-learning) di kalangan pelajar Jabatan Perdagangan POLISAS. Adaptasi dari segi
tahap pengetahuan, tahap kesediaan dan tahap motivasi di kalangan 231 orang pelajar
semester 1 hingga semester 6 yang mengambil pelbagai kursus di Jabatan
Perdagangan POLISAS. Instrumen kajian ini diubahsuai daripada Noraffandy
Yahaya dan Ling Ning Ning (2011). Manakala, analisis menggunakan perisian SPSS
digunakan untuk menganalisis ketiga-tiga aspek dalam kajian ini. Didapati, tahap
kebolehpercayaan bagi ketiga-tiga pembolehubah dikaji adalah sangat tinggi (Najib,
1999) iaitu 0.918 (Pengetahuan), 0.970 (Kesediaan) dan 0.962 (Motivasi). Statistik
diskriptif digunakan dengan melihat frekuensi, peratusan dan min hasil kajian.
Didapati, tahap min adalah sederhana dalam semua pembolehubah dikaji iaitu
pengetahuan (3.58), kesediaan (3.45) dan tahap motivasi (3.33). Kajian ini memberi
gambaran yang jelas bahawa adapatasi pembelajaran norma baharu (e-learning) di
POLISAS, khususnya di Jabatan Perdagangan adalah pada tahap yang sederhana.
Oleh itu, pihak pengurusan POLISAS umumnya, khususnya Jabatan Perdagangan
perlu lebih peka kepada isu yang diketengahkan dalam kajian ini, supaya langkah-
langkah persediaan untuk melalui pembelajaran norma baru (E learning) berkesan
dan objektif PdP tercapai dengan jayanya.
Kata kunci: Norma Baharu, Pengetahuan, Kesediaan, Motivasi, E-Learning
6
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
DO CHILDREN EXPERIENCE ANXIETY? ASSESSING ANXIETY
RELATED DISORDER AMONG UPPER PRIMARY LEVEL SCHOOL
CHILDREN
Charles Ganaprakasam, Samita Karunaharan, Syeda Humayra
([email protected])
Abstract
Mental health is a vital element of a child’s overall wellbeing. However, research
periodically documents the issue of mental health among adolescents.
Purpose: Therefore, the present paper aimed to assess children’s anxiety disorder and
examine the reliability and factorial structure of Screen for Child Anxiety Disorders
(SCARED) instruments. Furthermore, the study also examined the association
between demographic elements and child anxiety disorder. Method: A cross-sectional
study consisting (n=441) children recruited using a convenience sampling method,
completed the SCARED instrument. Reliability analysis revealed 0.884, which
suggests that the instrument utilized in this study is highly reliable. Result: Findings
revealed that more than half of the respondents (67%) indicated the presence of
Anxiety Disorder. The factorial analysis demonstrated that the five-factor structure
model of the SCARED was also suitable for this population with a total of 37.7% of
variances. A significant association was found between age, gender, and
socioeconomic status with different types of anxiety disorder among
children. Conclusion: Findings suggests that the SCARED instrument would be useful
to identify the presence of various types of anxiety disorders among Malaysian
children.
Keywords: Screen for Child Anxiety Disorder (SCARED), Factorial Structure,
Children, Malaysia
7
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
STRATEGI PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
(KBAT) DALAM KALANGAN GURU TASAWWUR ISLAM DI SEKOLAH
MENENGAH
Ismail Jaafar, Khadijah Abdul Razak
([email protected], [email protected])
Abstrak
Keperluan kepada strategi pengajaran berasaskan KBAT yang berkesan mampu
menjadi pemangkin dalam melahirkan insan seimbang yang berfikiran kitis, kreatif
dan juga inovatif sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu,
kajian ini bertujuan untuk meneroka strategi yang digunakan oleh guru Tasawwur
Islam untuk menerapkan KBAT dalam pengajaran Tasawwur Islam. Maklumat
diperoleh melalui temu bual separa struktur, pemerhatian pengajaran dan analisis
dokumen ke atas empat orang guru Tasawwur Islam berpengalaman. Data dianalisis
menggunakan perisian Nvivo 12. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat
strategi utama iaitu perancangan pengajaran, pembelajaran berpusatkan murid, aktiviti
menggalakkan murid berrfikir dan penggunaan bahan bantu mengajar. Perancangan
pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid adalah fokus utama yang
dibincangkan dalam artikel ini. Kajian ini semestinya memberi impak positif dan
bermanfaat kepada guru Tasawwur Islam khususnya dalam mempelbagaikan strategi
pengajaran yang berkesan bagi meningkatkan kemahiran KBAT dalam kalangan
murid.
Kata kunci: Guru Tasawwur Islam, Tasawwur Islam, Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi, Strategi Penerapan.
8
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
KEBOLEHPASARAN GRADUAN TVET DI KOLEJ KOMUNITI AMPANG
BAGI TAHUN 2019
Nur Aizya Mappissammeng, Zahid Daim
([email protected])
Abstrak
Seiring dengan hasrat kerajaan dalam memperkasakan bidang Pendidikan Teknikal
dan Latihan Vokasional (TVET) agar relevan serta memenuhi kehendak Revolusi
Perindustrian 4.0 menjelang abad ke 21, maka pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi
melahirkan modal insan berkualiti dan berdaya siang yang mampu bersaing seiring
dengan keperluan pasaran industri tempatan dan global. Kolej Komuniti Ampang
merupakan antara institusi pengajian tinggi awam yang beroperasi sepenuhnya di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru, proses pengesanan graduan wajib
dilaksanakan setiap tahun selepas pelajar bergraduat. Kebolehpasaran graduan kolej
komuniti turut dikira bagi graduan yang bekerja samada menerima gaji, bekerja sendiri
atau bekerja dengan keluarga. Analisis kajian menggunakan kaedah analsisi deskriptif
seperti min dan peratusan. Seramai 71 orang graduan dari tiga program pengajian
yang berbeza iaitu Sijil Teknologi Telekomunikasi, Diploma Teknologi
Telekomunikasi dan Diploma Mobile Technology yang menamatkan pengajian pada
tahun 2019 telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Data kemudian telah
dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical Package for the Social Science
(SPSS) Versi 23. Kajian mendapati terdapat dua kategori utama status kebolehpasaran
graduan sebaik menamatkan pengajian di Kolej Komuniti Ampang iaitu sama ada
bekerja (dalam bidang dan luar bidang) atau melanjutkan pelajaran (dalam bidang dan
luar bidang). Bagi graduan Diploma Mobile Technology, 100% graduan telah bekerja.
Sementara bagi graduan Diploma Teknologi Telekomunikasi, 93.8% graduan telah
bekerja dan 6.3% graduan yang melanjtkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Manakala bagi graduan Sijil Teknologi Telekomunikasi, 37.5% graduan telah bekerja
dan 62.5% graduan telah melanjtkan pelajaran ke diploma di institusi awam dan
swasta.
Kata kunci: Kebolehpasaran, Graduan, TVET, Bekerja, Melanjutkan Pelajaran.
9
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
KEBERKESANAN PORTABLE JIG GRINDER DALAM MEMBANTU
PROSES PEMOTONGAN PLAT BESI
Mazlan Omar, Norazlina Abdul Rahman
([email protected], [email protected])
Abstrak
Proses pemotongan besi merupakan salah satu bahagian terpenting dalam proses
merekabentuk. Terdapat pelbagai jenis peralatan yang boleh digunakan dalam proses
pemotongan seperti gergaji besi, hand grinder dan jigsaw. Walau bagaimanpun, hasil
pemotongan menggunakan peralatan ini adalah tidak lurus kerana bergantung
sepenuhnya pada pergerakan tangan. Selain itu proses pemotongan adalah sukar
dilakukan secara berseorangan dan mudah mendatangkan kecederaan. Disebabkan hal
ini, satu alat inovasi telah dihasilkan iaitu Portable Jig Grinder. Objektif utama
penghasilan Portable Jig Grinder ini ialah memudahkan proses pemotongan plat besi
yang bersaiz 4inci x 8inci dengan ketebalan maksimum 1.2mm dan dapat melakukan
proses pemotongan tanpa bantuan. Selain itu Portable Jig Grinder mempunyai ciri-
ciri keselamatan yang dapat mengurangkan risiko kecederaan. Keberkesanan alat ini
telah diuji berdasarkan beberapa aspek iaitu hasil pemotongan yang tepat dan lurus
dan proses pemotongan yang lebih stabil, mudah, cepat dan selamat menggunakan
instrumen borang kaji selidik. Keputusan telah diuji menggunakan statistik deskriptif
(skor min dan sisihan piawai). Hasil daripada keseluruhan data yang diperolehi, nilai
min keseluruhan item yang dikaji ialah antara 4.10 hingga 4.38 iaitu pada skala baik.
Nilai sisihan piawai yang diperolehi bagi kesemua item yang dikaji adalah kurang
daripada 1 menunjukkan bahawa serakan jawapan yang diberikan oleh pengguna
adalah seimbang dan stabil. Secara keseluruhannya, kesemua pengguna merasakan
Portable Jig Grinder ini dapat menghasilkan pemotongan yang lebih tepat dan lurus
dan proses pemotongan yang lebih stabil, mudah, cepat dan selamat.
Kata kunci: pemotongan plat besi, pemotongan lurus, jig pemotongan
10
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
TINGKAH LAKU MESRA TERHADAP PERUBAHAN IKLIM: SATU
TINJAUAN AWAL GURU PRASERVIS DI SELANGOR
Siti Aishah Othman, Siti Nur Diyana Mahmud
([email protected], [email protected])
Abstrak
Perubahan iklim merupakan isu yang hangat dibahaskan oleh seluruh negara
yang terjejas akibat kesan negatif perubahan iklim kepada kehidupan manusia serta
alam sekitar. Untuk mengurangkan kesan perubahan iklim yang berlaku memerlukan
individu yang mempunyai tingkah laku mesra terhadap perubahan iklim. Kajian ini
bertujuan untuk meninjau hubungan tingkah laku mesra guru praservis terhadap
perubahan iklim melalui tahap pengetahuan, kesedaran, persepsi risiko dan sikap guru
praservis. Kajian ini melibatkan 256 orang guru praservis di empat buah Universiti di
Negeri Selangor. Dalam kajian ini, instrumen soal selidik dengan lima skala Likert
digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Data yang diperoleh dianalisis
menggunakan program SPSS 23.0. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan
yang signifikan tetapi sederhana antara kesedaran dan persepsi risiko dengan tingkah
laku mesra perubahan iklim guru peraservis. Kajian ini juga mendapati bahawa
terdapat hubungan yang signifikan lemah diantara pengetahuan dan sikap terhadap
tingkah laku mesra perubahan iklim guru praservis. Guru praservis mempunyai
pengetahuan serta menyedari perubahan iklim berlaku dan memberikan kesan yang
negatif terhadap sosioekonomi serta mengganggu ekosistem alam sekitar dan
kehidupan manusia. Namun, tidak mempengaruhi guru praservis untuk menunjukkan
sikap dan tingkah laku kearah mengurangkan kesan perubahan iklim. Kajian lanjutan
dicadangkan untuk meningkatkan tindakan kearah mesra terhadap perubahan iklim
dengan kerjasama daripada universiti dan badan NGO yang berkaitan.
Kata kunci: Kesedaran, pengetahuan, persepsi risiko,sikap, tingkahlaku mesra,
perubahan iklim, guru praservis
11
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
ACADEMIC DISHONESTY AMONG STUDENTS IN HIGHER LEARNING
INSTITUTION: METHODS OF CHEATING
Hasni Hashim, Nurul Nadiah Amran, Siti Nurnajiha Mohd Bakri,
Nur Shafiqah Aqilah Abdul Aziz
([email protected])
ABSTRACT
This paper reported the result of study on academic dishonesty: methods of cheating
among students in one of the polytechnic in Klang Valley. The purpose of this study
is to identify the level of academic dishonesty and also methods of cheating being used
by students either technology cheating or traditional cheating. Data were collected
from 357 respondents. The students answered set of self-administrated questionnaires.
The questionnaires was divided into sections A and B where section A consisted of
demographic profiles of the respondents and section B consisted of all the questions
related to academic dishonesty, traditional cheating and technology cheating. The
findings revealed that 53% from the respondents involved in academic dishonesty.
60% of the students use technology to cheat during their exam while 54% use
traditional way to cheat. This demonstrated that students tend to perform academic
cheating, and preferred technology cheating compared to traditional cheating.
Technology cheating been used widely most probably due to affordable device of
communications, free and easy access to the internet and increasing of technology
literacy among students. Further research could expand the research on the different
background of the respondent, either through other education background, different
level of age and also level of technology literacy.
Keywords: Students, academic cheating, technology cheating, traditional cheating
12
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
GRADE IDENTIFICATION OF FERROS MATERIAL POPE USING
PSITIVE MATERIAL IDENTIFICATION, REPLICATION AND VICKERS
HARDNESS TESTING TECHNIQUES
Munirah Othman, Ahmad Khairil Abdul Jabar
([email protected], [email protected])
Abstract
The purpose of the study is to identify the grade of ferrous material pipe using methods
recommended by international codes and standards. Identification would enable the
suitable use of the pipes according to material grade. Six ferrous material pipes
samples were used. Visual inspection was done to generally verify sample material as
reference for interpretation and comparison with international codes and standards.
Samples were labeled S1, S2, S3, S4, S5 and S6. S1 and S5 are carbon steel. S2, S3,
S4 and S6 are stainless steel. For chemical composition, x-ray fluorescence was used
for stainless steel and optical emission spectroscopy for carbon steel. Results were
compared with nominal compositions in Ferrous Material Specifications. Hardness
test was carried out using Standard Test Method for Vickers Hardness of Metallic
Materials with 10 kgf load. Results were converted to tensile strength and compared
with minimum specified tensile strength also in Standard Test Method for Vickers
Hardness of Metallic Materials. Replication test for microstructure was in accordance
with Standard Practice for Production and Evaluation of Field Metallographic
Replicas and results were compared with Metal Handbook Volume 9 (Metallography
and Microstructures). The grades of the pipe samples were successfully identified. S1
was found to be Grade D carbon-manganese steel, S2 was super austenitic stainless
steel, S3 was super duplex stainless steel, S4 was duplex stainless steel, S5 was SA
333 Gr 6 and S6 was 304 stainless steel.
Keywords: ferrous material, chemical composition, mechanical properties,
replication
13
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
PENGUKURAN PRESTASI HASIL PEMBELAJARAN PELAJAR
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL POLISAS: SOAL SELIDIK
MAJIKAN LATIHAN INDUSTRI
Mazlan Omar, Wan Asmalinda Wan Aziz
([email protected], [email protected])
Abstrak
Pembelajaran Berasaskan Hasil (PBH) merupakan kaedah pembelajaran yang
diamalkan dalam program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, POLISAS. Hasil
pembelajaran program telah digubal dan diukur mengikut kaedah tertentu sepanjang
pengajian dan sejurus selepas pelajar menamatkan pengajian. Antara elemen penting
dalam pelaksanaan PBH adalah keterlibatan pihak industri dalam menentukan hasil
pembelajaran yang seiring dengan kehendak industri yang terkini. Kajian ini
dijalankan bagi mengenalpasti prestasi hasil pembelajaran pelajar semester akhir
Diploma Kejuruteraan Mekanikal di POLISAS berdasarkan soal selidik yang telah
dijalankan di kalangan majikan latihan industri. Kajian ini telah mengukur 5 domain
pembelajaran iaitu kemahiran praktikal, kemahiran berkomunikasi, kerjasama
berpasukan, kemahiran sosial dan tanggungjawab serta profesionalisma, etika dan
moral. Selain itu, kajian ini juga telah mengenalpasti kesediaan pihak majikan latihan
industri untuk menerima pelajar bekerja di syarikat-syarikat yang berkenaan.
Responden kajian terdiri daripada 120 majikan latihan industri yang telah menilai 167
pelajar semester akhir Sesi Disember 2018 dan Sesi Jun 2019. Dapatan kajian yang
dianalisa melalui statistik diskriptif mendapati, secara keseluruhannya lebih 80%
majikan memberikan maklumbalas pada tahap baik dan cemerlang dalam semua
domain yang diukur. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa faktor yang boleh
ditambah baik dalam pengukuran hasil pembelajaran tersebut dan diharapkan dapat
membantu dalam penambahbaikan program berkenaan.
Kata kunci: Prestasi hasil pembelajaran program, pengukuran domain
pembelajaran, majikan latihan industri, Outcome Based Education
14
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
KECELARUAN KERESAHAN DAN DEPRESI: SEJAUH MANA
IMPAKNYA KEPADA KEHIDUPAN?
Naziah Abd. Kadir
([email protected])
Abstrak
Isu kecelaruan keresahan (anxiety) dan depresi di kalangan masyarakat Malaysia
bukanlah suatu isu baru. Malah di peringkat dunia juga ia sentiasa menjadi topik
perbincangan di setiap forum mahupun rancangan bual bicara. Namun begitu, sikap
keterbukaan terhadap isu ini masih lagi berada pada tahap yang rendah. Masih ramai
penghidap yang cenderung memendam perasaan kerana penerimaan orang sekeliling
yang masih kurang memahami. Rata-rata penghidap anxiety atau depresi menyatakan
mengalami pengalaman buruk apabila mereka mula menyuarakan tentang situasi yang
dihadapi. Ada yang mengatakan mereka kurang pegangan agama. Tidak kurang juga
yang menuduh mereka sekadar mengada-ngada. Penyakit anxiety dan depresi ini
memberi impak terhadap kehidupan penghidapnya sendiri mahupun rumahtangga,
anak-anak dan orang sekeliling. Kajian ini akan membincangkan mengenai impak-
impak terhadap kelompok yang dinyatakan agar di akhirnya kita dapat memahami
apakah solusi terbaik bagi mengekang permasalahan yang dihadapi oleh setiap pihak.
Ia juga bagi menemukan suatu jalan keluar supaya penghidap tidak terus memendam
rasa dan orang sekeliling dapat menerima dengan terbuka tentang wujudnya penyakit
anxiety dan depresi yang boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja. Kajian ini menggunakan
kaedah kualitatif yang mana pengkaji akan menjalankan temu bual berstruktur separa
bagi memahami makna yang diberikan oleh responden terhadap isu ini.
Kata kunci: Kecelaruan keresahan, anxiety, depresi, depression, impak, penghidap,
rumahtangga, anak-anak, masyarakat
15
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
HUBUNGAN ANTARA CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DENGAN
PENYESUAIAN SOSIAL MURID-MURID PADA TAHAP DUA DI
SEKOLAH KEBANGSAAN CINA JOHOR BAHRU
Lau Jie Ying, Ruslin Amir
([email protected])
Abstrak
Corak komunikasi merupakan elemen penting dalam isu tingkah pelajar. Ini
dibuktikan oleh pelbagai kajian lepas yang telah dilaksanakan berkaitan dengan
tingkah laku dan personaliti pelajar. Sorotan literatur ini adalah bertujuan untuk
melihat hubungan antara corak komunikasi keluarga terhadap penyesuaian sosial
dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Sorotan literatur dijalankan melalui ukm ukm
e-jornal, enjin pencarian seperti Scien Direct, Wiley Online Library, Researhgate,
Sage, Google Scholar dan lain-lain. Pencarian adalah dengan menggunakan kata kunci
seperti corak komunikasi keluarga, penyesuaian sosial, Family Communicative
Pattern dan Sosial adjustment. Walaupun dapatan kajian lepas menunjukkan corak
komunikasi keluarga mempunyai hubungan yang signifikan terhadap tingkah laku
pelajar dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah, namun hanya sedikit
kajian yang mengkaji perhubungan antara corak komunikasi keluarga dengan
penyesuai sosial murid.
Kata kunci: corak komunikasi keluarga, penyesuaian sosial
16
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
AN ALTERNATIVE APPROACH IN TEACHING AND LEARNING
PROCESS FOR PLC STUDY
Muffili Mahadi, Syukrul Hassani Jamaludin, Mohd Zahri Jaafar
([email protected], [email protected], [email protected])
Abstract
Most successful development in manufacturing and automation industry’s production
facilities, involving sophisticated equipment requires programmable logic controller
(PLC) applications. In accordance with this matter, training facilities are becoming
costly even with short replacement cycles. Many courses involving PLC are offered
in the Automation Lab at Polytechnic of Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
(POLIMAS). Since a large number of students are to study about PLC system, it is
hard to cater for every machine to each student during the learning/training session.
A less effective learning of PLC is caused by a lack of trainer-student ratio in the
laboratory. Other than that, reliability of existing equipment requires such
maintenance and the procurement of equipment/training facilities is very high. To
overcome these problems, the PLC Trainer Kit Simulator is proposed to be developed
and used in the Automation Lab POLIMAS.
Keywords: PLC Trainer Kit, Trainer Kit Simulator, PLC Simulator
17
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
MEREKABENTUK MESIN PENGUPAS KULIT ARI KACANG TANAH
BAGI PENGHASILAN PRODUK KACANG POTONG
Muffili Mahadi, Mohd Zahri Jaafar, Azahar Mohd Nor
( [email protected], [email protected], [email protected])
Abstrak
Mesin pengupas kulit ari kacang tanah, adalah penyelesaian masalah yang dihadapi
oleh Noors Cookies Enterprise. Kaedah pengupasan kulit ari kacang tanah yang
dipraktikkan secara manual oleh pihak syarikat sebelum ini mengambil masa 8 jam
bagi 50 kg kacang tanah. Masalah ini menyebabkan proses berikutnya tertangguh
sehingga tempoh 1 hingga 2 hari. Selain itu, pengoperasian secara manual bagi proses
mengupas kulit kacang memerlukan 4 tenaga kerja dengan banyak masalah
terutamanya dari segi faktor kelesuan. Hasil daripada inovasi mesin pengupas kulit ari
kacang tanah ini, pihak syarikat akan dapat meminimumkan penggunaan tenaga kerja
dari 4 orang tenaga kerja kepada seorang penyelia, Dalam masa yang sama, amalan
baik pemprosesan makanan dapat ditingkatkan dengan pengurangan interaksi pekerja
dengan produk makanan dan kadar pengeluaran dapat ditingkatkan hasil daripada
keberkesanan dan kecekapan mesin dalam mengupas kulit ari kacang tanah kepada
150 kg dalam masa 1 jam.
Kata kunci: Mesin Pengupas Kulit Ari kacang Tanah, Mesin Pengupas, Kulit Ari
Kacang Tanah
18
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
TINJAUAN TERHADAP TAHAP KESEDARAN PELAJAR-PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH BERKAITAN PERUBAHAN IKLIM DUNIA
Wan Mazlina Wan Mehammud, Kamisah Osman
([email protected], [email protected])
Abstrak
Matlamat ke-13 dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) oleh UNESCO (2016)
merujuk kepada matlamat untuk melaksanakan tindakan iklim (climate action) yang
bertujuan untuk menjalankan usaha-usaha bagi mengatasi impak perubahan iklim
dunia di mana setiap individu seharusnya peka akan isu tersebut. Walau
bagaimanapun, sehingga kini, subjek Pendidikan Alam Sekitar masih belum
diperkenalkan secara khusus di dalam sistem pendidikan negara. Justeru, kajian ini
dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap kesedaran pelajar-pelajar sekolah
khususnya pelajar-pelajar Tingkatan 5,4 dan 3 berkaitan perubahan iklim dunia
berdasarkan jantina dan peringkat umur. Analisis juga dijalankan untuk mengenal
pasti hubungan antara tahap pengetahuan dan tahap kesedaran pelajar berkaitan
perubahan iklim dunia. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran pelajar
sekolah berkaitan perubahan iklim dunia berada pada tahap yang tinggi serta tidak
terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesedaran pelajar sekolah berkaitan
perubahan iklim dunia berdasarkan jantina. Namun begitu, terdapat perbezaan yang
signifikan tahap kesedaran pelajar sekolah berkaitan perubahan iklim dunia
berdasarkan peringkat umur. Inisiatif-inisiatif untuk memupuk tindakan multiplikatif
berkaitan perubahan iklim dunia juga seharusnya dilaksanakan dari semasa ke semasa
disebabkan oleh nilai min bagi konstruk item tersebut berada pada tahap sederhana.
Seterusnya, terdapat hubungan positif yang kuat antara tahap pengetahuan pelajar dan
tahap kesedaran pelajar berkaitan isu perubahan iklim dunia. Hasil kajian dilihat
mampu untuk memberikan justifikasi kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
bagi meneliti semula kepentingan dalam memperkenalkan subjek Pendidikan Alam
Sekitar dalam sistem pendidikan negara pada masa akan datang.
Kata kunci: perubahan iklim dunia, tahap kesedaran, tahap pengetahuan, tindakan
multiplikatif, Pendidikan Alam Sekitar
19
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
KEBERKESANAN INOVASI DISSOLUTION OF MARRIAGE (D.O.M)
SMART CYCLE DALAM MODUL PENDIDIKAN ISLAM 2, SIJIL KOLEJ
KOMUNITI
Norhana Ahad, Mohammad Fahmi Abdul Hamid, Khairul Azhar Meerangani
([email protected], [email protected], [email protected])
Abstrak
Modul Pendidikan Islam 2 (MPU 1331) merupakan subjek wajib bagi pelajar yang
mengikuti Sijil Kolej Komuniti Malaysia. Pengisian dalam modul ini sepenuhnya
berkisar tentang aspek munakahat dalam Islam iaitu dari urusan awal pernikahan
sehingga pembubaran perkahwinan. Bagi topik pembubaran perkahwinan, ianya
menampilkan tahap penguasaan dan kefahaman yang berbeza kalangan pelajar kerana
perbincangan di bahagian ini yang sarat dengan fakta khusus, menjadikan kurangnya
penguasaan pelajar dalam bahagian ini. Dapatan analisis hasil pembelajaran bagi
modul ini menunjukkan peratusan yang rendah bagi hasil pembelajaran kursus (CLO)
ketiga, yang mana berkisar tentang topik pembubaran perkahwinan. Justeru, kajian ini
untuk melihat keberkesanan inovasi Dissolution Of Marriage (D.O.M) Smart Cycle
yang telah direka khusus sebagai alternatif bahan bantu pengajaran yang lebih kreatif
dan inovatif bagi memudahkan pembelajaran bagi topik pembubaran perkahwinan.
Menggunakan pendekatan kuantitatif, melalui edaran soal selidik kepada 75 orang
pelajar yang mengambil modul Pendidikan Islam 2 pada semester Disember 2019.
Seterusnya, analisis min dan korelasi telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan
menunjukkan persepsi positif pelajar terhadap keberkesanan penggunaan inovasi
D.O.M dengan skor min 4.76, selain daripada nilai hubungan signifikan antara
kefahaman dan keberkesanan yang menjelaskan keberkesanan inovasi ini dalam
peningkatan kefahaman pelajar terhadap modul Pendidikan Islam 2, bagi topik
pembubaran perkahwinan.
Kata kunci: Inovasi Pengajaran & Pembelajaran, Pendidikan Islam, Kolej Komuniti
20
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
KAJIAN KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN
PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT
Ayubkhan Abdul Kadir, Norhamizah Rusli, Ibarihim Hamzah
([email protected])
Abstrak
Institusi Politeknik dan Kolej Komuniti merupakan penyumbang terbesar yang
melahirkan lulusan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional
(TVET). Keupayaan dalam menguasai bidang kemahiran bukanlah suatu perkara
asing bagi kelompok pelajar kemahiran ini. Namun, sejajar dengan tuntutan semasa
negara, keperluan Institusi Pendidikan untuk memainkan peranan dalam membentuk
budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sebagai usaha menjana kemakmuran
dan pertumbuhan ekonomi negara. Dalam pengajian peringkat Kolej Komuniti,
pelajar Sijil Kolej Komuniti perlu mengikuti modul Keusahawanan, MPU1222
sebagai melengkapkan jam kredit modul Pengajian Am. Justeru, kajian ini bertujuan
meninjau kecenderungan keusahawanan kalangan pelajar Kolej Komuniti Segamat
untuk melihat sejauh mana sikap mereka untuk terlibat dalam bidang keusahawanan.
Mengetengahkan pendekatan secara kuantitatif, melalui edaran soal selidik, dan
dapatan dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan ujian regressi
berganda. Hasil dapatan ke atas 114 orang responden menunjukkan tahap
kecenderungan yang sederhana kalangan pelajar kemahiran ini dalam keusahawanan
dengan nilai skor min 3.97 (motivasi), nilai skor 4.00 (sikap) dan nilai skor min 3.78
(minat). Manakala hasil ujian regressi pula menunjukkan di antara tiga aspek yang
diketengahkan iaitu motivasi, minat dan sikap, hanya aspek motivasi sahaja yang
signifikan secara statistik dalam mempengaruhi kecenderungan keusahawanan pelajar
Kolej Komuniti Segamat.
Kata kunci: Kolej Komuniti Segamat, Keusahawanan, Pendidikan Teknikal dan
Latihan Vokasional (TVET)
21
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
TAHAP KEFAHAMAN PELATIH TERHADAP MATA PELAJARAN
AKHLAK DI PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN
Norhidayani Said, Mohd Zaid Mohd Arshad
([email protected])
Abstrak
Pendidikan akhlak merupakan wadah penting untuk merungkai permasalahan akhlak
dan membentuk kembali sahsiah remaja. Penekanan pendidikan akhlak dalam
pendidikan Islam adalah jelas. Ini kerana pendidikan Islam antara lainnya bermatlamat
untuk membangun dan melahirkan insan secara bersepadu dan seimbang demi
merealisasikan fungsi manusia sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t. di muka bumi.
Untuk tujuan tersebut, penekanan terhadap pendidikan akhlak merupakan proses yang
memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat pendidikan Islam tersebut.
Dalam proses memulihkan akhlak para pelatih di Pusat Perlindungan Wanita Baitul
Ehsan, mata pelajaran akhlak adalah antara mata pelajaran penting yang dilaksanakan
terhadap para pelatih. Justeru kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap
kefahaman pelatih terhadap mata pelajaran akhlak di Pusat Perlindungan Wanita
Baitul Ehsan. Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan menggunakan sampel yang
terdiri daripada 70 orang pelatih yang dipilih secara rawak. Instrumen yang digunakan
ialah soal selidik yang dibina berdasarkan kajian-kajian lepas dan diubahsuai
mengikut objektif kajian. Data kajian dianalisis secara statistik deskriptif untuk
mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian menunjukan tahap kefahaman
pelatih terhadap mata pelajaran akhlak berada pada tahap tinggi di mana nilai skor min
yang diperolehi ialah 4.42. Walaupun dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
kefahaman akhlak berada pada tahap tinggi tetapi terdapat beberapa perkara penting
yang perlu diperbaiki. Terma-terma penting yang dikira perlu dalam usaha
membentuk akhlak dan peribadi muslim untuk menjadi benteng diri dalam menangkis
budaya luar perlu dimasukkan sebagai latar belakang sebelum pelatih mula
mempelajari skop akhlak dengan lebih luas.
Kata kunci: akhlak, kefahaman, pelatih, Baitul Ehsan
22
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
KEPENTINGAN PONDOK WAKAF MODEN DI DALAM
KAMPUS POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN TERHADAP
PERSEKITARAN YANG KONDUSIF
Mohd Fazrin Hamdan, Elyn Mohd Ridzwan, Ahmad Haffizu Abdullah
([email protected], [email protected], [email protected])
Abstrak
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) mempunyai 25 pondok wakaf yang telah dibina
dalam kampus dan fungsinya terhadap persekitaran yang kondusif masih belum
berada pada tahap memuaskan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti kepentingan
pondok wakaf moden di dalam kampus Politeknik Ibrahim Sultan terhadap
persekitaran yang kondusif untuk aktiviti pembelajaran dan rekreasi. Kajian ini
menggunakan kaedah kualitatif. Metode pengumpulan data ialah melalui pemerhatian
dan penganalisisan dokumen. Kaedah temu bual separa berstruktur digunakan ke atas
individu signifikan iaitu Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Pengerusi
Masjid, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Ketua Unit Pembangunan dan Senggaran
dan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk mendapatkan pandangan
terhadap kepentingan pondok wakaf moden di dalam kampus PIS terhadap
persekitaran yang kondusif. Setiap maklumat dan data yang terkumpul akan dianalisis
berdasarkan pendekatan deskriptif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa
pondok wakaf memberi banyak manfaat kepada warga PIS khasnya kepada siswa dan
siswi PIS namun perlu kepada penambahbaikan dari segi fizikal dengan
berkonsepkan wakaf moden seperti kipas, lampu dan kemudahan jalur lebar tanpa
wayar dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Kata kunci: Kepentingan Pondok Wakaf Moden, Kampus Politeknik Ibrahim Sultan,
Kondusif.
23
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
DETERMINANTS OF PURCHASE INTENTIONS OF FIG FRUITS:
A STUDY FROM CONSUMERS’ PERSPECTIVE IN MALAYSIA
Lilis Seri Yana Sirun, Julianti Samsudin, Noordini Abdullah
([email protected], [email protected], [email protected])
Abstract
The fig fruit is becoming more popular as it is considered to be more nutritious than
local fruits. The trend for prophetic fruits consumption and consumer acceptance
towards figs is growing globally. However, the demand for figs in Malaysia is still
low. Therefore, the current study was developed with the ultimate objective of
examining the relationship between consumer knowledge, perceived quality, and
consumer awareness on purchase intention of figs, particularly in the Malaysian
setting. The quantitative approach was conducted using simple random sampling by
distributing questionnaires through online survey. Data from 300 participants were
analyzed. The findings of the research revealed that all factors in the study are
determinants of purchase intention of fig fruits, with consumer knowledge being the
most influential factor. This study provides insights that these factors could influence
the performance of business on fig fruits as well as the agro food industry. In
conclusion, this study would be able to provide a reference or guideline for industries
related to fig fruit products in strengthening their sustainability in the agro industry.
Keywords: Purchase Intention, Fig Fruits, Perceived Quality, Consumer Awareness,
Consumer Knowledge
24
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
MALAYSIAN POLYTECHNIC STUDENTS’ PERCEPTIONS ON
EFFECTIVENESS AND CHALLENGES OF ONLINE LEARNING AMID
THE COVID-19 PANDEMIC
Noorlaili Mohd Kassim, Natasya Mariz Mohamed
([email protected], [email protected])
Abstract
This research study examines the attitudes of Malaysian Polytechnic students towards
compulsory digital and distance learning amid Coronavirus (COVID-19).The uses of
teaching aids cannot be avoided in teaching because of the use of these devices could
help students to sharpen their senses and achieve effective learning. The objectives of
the report are to find effectiveness of online learning and the challenges and obstacles
of online learning faced by Polytechnic students. A total of 564 questionnaires were
distributed to Polytechnic Malaysia students stratified according to semesters. Six
polytechnics were chosen according to six zones divided throughout Peninsular
Malaysia, Sabah and Sarawak. The finding shows that most students agree face-to-
face contact with the lecturers is necessary for learning and to complete assignment
although they admitted that they are fully equipped with gadgets and internet access.
They also somewhat agree learning through online is less motivation than regular
class. The lack of face-to-face interaction with lecturers, response time and absence of
traditional classroom socialization were among some other issues highlighted by
students. Future research is encouraged to explore especially dealing with mental
wellness of the students in online learning. The paper concludes with
recommendations synthesizing the results of this study with those found in literature.
Keywords: Online learning, technical education, Pandemic
25
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
KEBERKESANAN PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVE (PEO)
TERHADAP PROGRAM DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN
ISLAM (DIB), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Mohammad Firdaus Ahmad, Khairul Jannah Samsudin, Zanita Ismail
([email protected], [email protected], [email protected])
Abstrak
Programme Educational Objective (PEO) diwujudkan dalam sistem pendidikan
politeknik bagi menyelaraskan perlaksanaan kurikulum di semua politeknik seluruh
Malaysia. Pencapaian sesuatu kursus pada setiap semester turut diukur berdasarkan
pencapaian PEO. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat sama ada perlaksanaan PEO
memberi impak positif bukan sahaja kepada pelajar, malah kepada graduan yang
dilahirkan dari program Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB), Politeknik
Sultan Idris Shah (PSIS). Selain itu, objektif kajian ini juga adalah untuk mendapatkan
maklum balas daripada majikan sama ada graduan berkebolehan dan mempunyai ilmu
pengetahuan yang diperlukan oleh industri mahupun tidak. Kajian ini berbentuk
deskriptif dan menggunakan kaedah kuantitatif serta software SPSS digunakan untuk
menganalisa kaji selidik yang dibangunkan. Dapatan kajian menunjukkan graduan dan
majikan memberi maklumbalas positif dengan min purata adalah pada tahap yang
tinggi. Ini menunjukkan bahawa mereka bersetuju perlaksanaan PEO program DIB
berjaya melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan yang diperlukan oleh
industri. Malah, graduan program DIB, PSIS juga mampu menyesuaikan diri dengan
baik di alam pekerjaan. Seterusnya, kajian ini turut mencadangkan langkah
penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap PEO program DIB. Antaranya
Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti perlu
mengambil kira aspek teknologi maklumat dan kemahiran hands-on yang tidak diberi
penekanan terhadap pelajar dan graduan program DIB. Kedua-dua elemen ini amat
penting agar graduan program DIB lebih berdaya saing di industri. Pada akhir kajian
ini, penyelidik mencadangkan agar kajian pada masa akan datang tidak hanya
menggunakan soalselidik sebagai kaedah kajian, sebaliknya menambahkan kaedah
pengumpulan maklumat melalui temubual mahupun pemerhatian.
Kata kunci: Programme Educational Objective (PEO), Graduan, Kurikulum
26
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
TAHAP KESEDARAN TERHADAP PERUBAHAN IKLIM DALAM
KALANGAN PELAJAR DI SELANGOR
Mas Amira Afzah Mohd Kamel, Kamisah Osman
([email protected], [email protected])
Abstrak
Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran terhadap perubahan iklim
dalam kalangan pelajar sekolah menengah atas di Malaysia. Kajian melibatkan 192
orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 daripada sekolah-sekolah menengah di negeri
Selangor. Pemilihan responden adalah menggunakan kaedah persampelan rawak
mudah. Borang soal selidik berskala Likert 5 mata digunakan sebagai instrumen
kajian. Statistik deskriptif (min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan) dan statistik
inferensi (ujian t) telah digunakan untuk menganalisis data dan membentangkan
dapatan kajian. Secara keseluruhannya, tahap kesedaran terhadap perubahan iklim
bagi pelajar bandar (min=3.82, SP=0.32) dan luar bandar (min=3.74, SP=0.41) adalah
tinggi. Selain itu, tahap kesedaran terhadap perubahan iklim bagi pelajar aliran sains
(min=3.88, SP=0.26) dan sastera (min=3.69, SP=0.44) juga adalah tinggi. Hasil ujian
t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap
kesedaran pelajar terhadap perubahan iklim dengan kedudukan geografi,
t(190)=1.523, p=0.129, namun terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap
kesedaran pelajar terhadap perubahan iklim dengan aliran pengajian, t(190)=4.006,
p<0.01. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat beberapa cadangan yang telah
dikemukakan kepada pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kata kunci: pendidikan alam sekitar, perubahan iklim, kedudukan geografi, aliran
pengajian
27
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
IDENTIFYING THE LEVEL OF ONLINE LEARNING: GOOGLE
CLASSROOM IN BENTONG COMMUNITY COLLEGE
Nurfarhana Hamdan, Sharmili Mohamed Rafi, Siti Khairunnisa Baharudin
([email protected], [email protected], [email protected])
Abstract
Online learning is a platform that is globally accepted in the process of delivering
quality education. However, Bentong Community College is still in the early stages
of using technology in ensuring optimal student participation. Hence, the objective of
this study is to investigate students’ readiness towards online learning, particularly the
implementation of Google Classroom in Bentong Community College. However,
there are several identified constraints in the online learning process including
technical problems related to Internet access that discourage students. There are also
restrictions on access to learning platforms that do not allow students to access certain
websites. Questionnaires related to online learning were distributed to Bentong
Community College students, involving students from the Information Technology
Certificate Programme, Building Construction Technology Certificate Programed,
Business Operations Certificate Programme, and Electrical Technology Programed.
The collected data were analysed using the Statistical Package for Social Science
(SPSS) and Partial Least Squares (PLS). The results of this study showed that students
at the Bentong Community College are ready to employ Google Classroom for online
learning because it is an appropriate platform to create presentations, interact with
lecturers, and download lecture notes. This study suggests a combined initiative by all
relevant parties including course instructors, students, administrators and college
management to provide continuous support in maximizing online learning at Bentong
Community College.
Keywords: Online learning, Google Classroom, Student readiness level
28
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
THE EFFECT OF BRICK-MAKING INDUSTRY IN KUALA LUMPUR
FROM 1880 -1929
Shapiza Sharif, Arba’iyah Mohd Noor
([email protected], [email protected])
Abstract
Kuala Lumpur grew rapidly after King Abdullah managed to open a mining area in
Ampang. The choice of Kuala Lumpur as the capital of Selangor to replace Klang has
made Kuala Lumpur an economic focus area. Since Kuala Lumpur offers a wide range
of economic activities, it has changed its pattern. Although the British economic policy
at that time was more focused on mining activities, it did not mean that other industrial
activities did not exist in Kuala Lumpur. In fact, the brick industry has become one of
the important economic activities in Kuala Lumpur. Therefore, this paper will discuss
the brick industry as one of the supporting economic activities in Kuala Lumpur. The
scope of the discussion is limited to the development and impact of the brick industry
in Kuala Lumpur between 1880 to 1929. This study will use a historical approach that
focuses on library and archival research using primary and secondary sources.
Keywords: Development, Effects, Industry, Bricks, Economy
29
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
KESAN PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR TERHADAP
PENGETAHUAN DAN AMALAN MESRA ALAM SEKITAR DALAM
KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DI MALAYSIA
Hoo Shau Zan, Shahlan Surat
([email protected], [email protected])
Abstrak
Ramai pendidik luar percaya bahawa perkhemahan pendidikan luar dapat menjana
amalan dan pengetahuan alam sekitar yang positif, kajian ini bertujuan untuk
mengkaji kesan perkhemahan pendidikan luar terhadap pengetahuan dan amalan
mesra alam sekitar di kalangan pelajar tahun ketiga dari universiti awam terpilih di
Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian eksperimen ujian pra dan pasca
berdasarkan 5 universtiti. Data kajian telah dipungut dari 436 orang pelajar tahun
ketiga dari 5 universiti di Malaysia dengan menggunakan Soal Selidik Skala
Pengetahuan dan Amalan Mesra Alam Sekitar yang telah diubahsuai. Analisis Ujian
T bersandar dan analisis ujian MANCOVA menunjukkan bahawa program
perkhemahan pendidikan luar telah berjaya meningkatkan pengetahuan dan amalan
yang positif terhadap alam sekitar. Selain itu, kajian ini juga mencadangkan
penambahbaikan perlaksanaan program perkhemahan pendidikan luar dan kajian di
masa hadapan.
Kata kunci: perkhemahan pendidikan luar, pengetahuan, amalan mesra alam
sekitar
30
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
PEMBANGUNAN DAN UJIAN KEBOLEHGUNAAN INTELLIGENT
COFFEE BOOKLET (iCB) SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI
PROGRAM OPERASI PERHOTELAN DI KOLEJ KOMUNITI
Amizah Mohamed, Syarifah Nurul Farhana Syed Mohd,
Muhammad Syafiq Muhammad Sahar
([email protected])
Abstrak
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji penerimaan dan kebolehgunaan
Intelligent Coffee Booklet (iCB) sebagai bahan bantu mengajar bagi Program Operasi
Perhotelan di Kolej Komuniti. Tahap kebolehgunaan diukur berdasarkan empat
dimensi iaitu Pengajaran dan pembelajaran, Motivasi, Reka bentuk dan Aspek
teknikal. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah kajian tinjauan yang berbentuk
kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi mengikut
konteks pembelajaran TVET. Seramai 32 orang responden telah dipilih secara rawak
yang terdiri daripada pelajar Program Operasi Perhotelan Kolej Komuniti Malaysia.
Borang soal selidik diedarkan dan data yang diperoleh dianalisis menggunakan
statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan tahap yang tinggi dalam keempat-
empat dimensi iaitu Pengajaran dan pembelajaran (skor min = 4.9), Motivasi (skor
min = 4.85), Reka bentuk (skor min = 4.72) dan Aspek teknikal (skor min = 4.77).
Daripada hasil dapatan dan persepsi positif yang diperoleh daripada kajian ini,
penggunaan iCB ini amat sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar Kolej
Komuniti selari dengan penyampaian pendidikan dan latihan yang menepati keperluan
industri termasuk pengayaan kemahiran digital yang dapat melahirkan generasi pintar
TVET dengan kemahiran abad ke-21 dan 4IR.
Kata kunci : Bahan Bantu Mengajar, Program Operasi Perhotelan, Coffee Booklet
31
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
SiMoPTek DALAM TOPIK PERGERAKAN PLAT TEKTONIK
Iwana Ivy Abdullah
([email protected])
Abstrak
SiMoPTek adalah Alat Bantu Mengajar(ABM) yang dihasilkan oleh pengkaji untuk
digunakan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan(PdPc) subjek sains tingkatan 1
bagi mensimulasikan mekanisme pergerakan plat tektonik bumi secara hands-on.
Sasaran kajian seramai 30 orang murid dari tingkatan 1 Cekal SMK Kolombong yang
terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan. Kutipan data adalah
berdasarkan keputusan ujian pra dan pasca, borang soalselidik maklumbalas murid,
temubual murid dan pemerhatian guru semasa PdPc. Ujian pra dan pasca, serta borang
soalselidik dianalisis secara kuantitatif manakala pemerhatian dan temubual dianalisis
secara kualitatif. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman
murid terhadap konsep pergerakan plat tektonik bumi dengan
menggunakan simulasi model SiMoPTek secara hands-on melalui persekitaran yang
menyeronokkan. Tinjauan awal semasa PdPc menunjukkan murid sukar memahami
mekanisme pergerakan plat tektonik dan kebanyakan mereka tidak berminat dengan
topik yang dibincangkan serta bosan. Penelitian terhadap hasil analisis kertas ujian
menunjukkan peningkatan bilangan murid yang boleh menjawab dengan markah 40%
ke atas daripada ujian pra (47 % murid) kepada ujian pasca (100% murid). Ini
membuktikan simulasi secara hands on SiMoPTeK dapat membantu meningkatkan
pemahaman murid terhadap konsep pergerakan plat tektonik. Daripada analisis
soalselidik maklumbalas murid menggunakan skala likert menunjukkan min
keseluruhan 4.74(nilai min aras tinggi) selepas SiMopTek diperkenalkan. Temubual
murid juga memberikan respon seronok belajar selepas SiMoPTeK diperkenalkan. Ini
membuktikan SiMoPTek secara hands on juga dapat meningkatkan minat
murid untuk belajar dengan persekitaran yang seronok .
Kata kunci : SiMoPTek, hands-on
32
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN
‘INPRASYS’ INTERNAL PRACTICAL SYSTEM BAGI KURSUS OFFICE
ADMINISTRATION 2 BERASASKAN MODEL PENERIMAAN
TEKNOLOGI (TAM)
Nor Izwana Mohd Johari, Malisa Ainun Noor A.Malek,
Annafatmawaty Ismail
([email protected])
Abstrak
Pembangunan sistem maklumat bukanlah satu yang baru dalam perkembangan dunia
teknologi di negara ini. Perkembangan teknologi maklumat kini mempunyai manfaat
motivasi yang berupaya untuk menarik minat pelajar agar terus aktif dalam
pembelajaran. Perubahan teknologi yang pantas pada masa kini menyebabkan kaedah
tugasan dan penilaian markah menggunakan kertas yang dicetak di atas kertas tidak
lagi relevan. Sehubungan itu, satu sistem pengurusan maklumat mengenai latihan
telah dibangunkan dan dikenali sebagai Internal Practical System atau INPRASYS
bagi kursus Office Administration 2, Diploma Sains Kesetiausahaan, Politeknik
Sultan Haji Ahmad Shah. Kajian ini dibuat bagi mengenalpasti keberkesanan
penggunaan INPRASYS dari aspek kebolehgunaan dan kemudahgunaan berdasarkan
Model Penerimaan Teknologi (TAM). Kajian ini merupakan kajian deskriptif
berbentuk tinjauan dan menggunakan kaedah kuantitatif. Sampel kajian terdiri
daripada 30 pelajar semester 3, Dilpoma Sains Kesetiausahaan (DSK) bagi sesi
Disember 2019, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa pembolehubah kebolehgunaan dan kemudahgunaan mempunyai hubungan
yang signifikan terhadap kecenderungan menggunakan INPRASYS.
Kata kunci: Model TAM, kemudahgunaan, kebolehgunaan, kecenderungan
33
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
PENSIJILAN HALAL DI KALANGAN PKS: MENGGUNAKAN PARTIAL
LEAST SQUARES STRUCTURAL EQUATION MODELING (PLS-SEM)
Rosilawati Mohd Aripin, Fauziah Esman, Noniwati Ahmad
([email protected], [email protected],
[email protected]
Abstrak
Pensijilan halal menjadi simbol global sebagai jaminan kualiti dan penting bagi
pengeluar makanan memperoleh pensijilan halal terutama PKS. Oleh itu, objektif
kajian ini adalah untuk mengkaji tahap niat dalam memperoleh sijil halal, norma
subjektif dan hubungan antara pemboleh ubah. Tujuh puluh PKS di Kuantan telah
dipilih sebagai sampel. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap niat untuk
memperoleh sijil halal adalah berada pada tahap tinggi (min = 4.446) dan ahli keluarga
memainkan peranan penting dalam mendorong PKS untuk memperoleh sijil halal.
Kajian ini juga mendapati sikap mempunyai hubungan positif terhadap niat untuk
memperoleh sijil halal.
Kata kunci: Sikap, norma subjektif, niat, sijil halal, PKS
34
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
PENGGUNAAN AUGMENTED REALITY (AR) DALAM PEMBELAJARAN
KELAS SENIBINA: KAJIAN KES KOLEJ KOMUNITI KUCHING
Mohamad Azrin Ramli, Nur Yasmin Yaaman, Naeemah Yusof
([email protected], [email protected], [email protected])
Abstrak
Kertas penyelidikan ini bertujuan untuk menggabungkan elemen konseptual dalam
teknologi sistem siber-fizikal (CPS) dengan ciri IT moden, dengan penekanan pada
kesederhanaan penyelesaian dan kemudahan perkakasan dalam pembelajaran dan
pengajaran kursus seni bina dengan menggunakan Augmented Reality (AR). Kaedah
konvensional sesi taklimat pengajaran dan pembelajaran seni bina tidak sepenuhnya
berkesan kerana pelajar kurang menunjukkan minat dan perhatian semasa sesi
taklimat, di mana Kontrak Pengajaran dan Pembelajaran Senibina diedarkan. Keadaan
ini membawa kepada pelbagai implikasi fizikal dan fisiologi negatif kerana pelajar
tidak bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran seterusnya. Tinjauan soal selidik
dijalankan untuk kajian ini terhadap 59 orang responden menemui tahap pengetahuan
mengenai Augmented Reality di kalangan pelajar seni bina, dan minat mereka
terhadap sesi taklimat kuliah yang menggunakan Augmented Reality di dalam
Kontrak Pengajaran dan Pembelajaran. Kajian ini memberikan pandangan mendalam
pada perspektif pelajar seni bina mengenai penggunaan Augmented Reality dalam
pendidikan 4.0 yang dapat dikonfigurasi untuk meningkatkan minat dan fokus pelajar
dalam pembelajaran seni bina melalui Kontrak Pengajaran dan Pembelajaran Senibina
pada sesi taklimat pembelajaran dan pengajaran.
Kata kunci: Pendidikan 4.0, Augmented Reality, Pendidikan dan Pengajaran Seni
bina, Kontrak Pembelajaran dan Pengajaran Senibina
35
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
FAKTOR TEKANAN KERJA DI KALANGAN PELAJAR
SEMASA MENJALANI PEMBELAJARAN BERASASKAN KERJA DI
INDUSTRI: PELAJAR DIPLOMA LOGISTIK DAN RANTAIAN
BEKALAN POLITEKNK METRO JOHOR BAHRU
Mohd Ezry Muhammad Rizal Tan, Mohd Ghadafi Shari, Azreen Nur Sarudin
([email protected], [email protected],
[email protected])
Abstrak
Pengkaji hendak melihat faktor-faktor tekanan kerja di kalangan pelajar yang sedang
menjalani Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) di industri khususnya dikalangan
pelajar yang mengambil Diploma Logistik dan Rantaian Bekalan di Politeknik
METrO Johor Bahru. Terdapat enam faktor tekanan yang dikaji iaitu halangan kerja
rumah dan kerja, struktur dan iklim organisasi, peranan pengurusan, kerjaya dan
pencapaian, hubungan di tempat kerja dan faktor instrinsik dalam pekerjaan yang telah
diadaptasi daripada kajian Haryati (2013). Alat kajian yang digunakan ialah
Occupational Stress Indicator (OSI) oleh Cooper, C.L, Sloan, D & William, S.P
(1988). Seramai 60 orang pelajar telah dipilih sebagai responden bagi mewakili
populasi. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif (min,
kekerapan dan peratus) menggunakan SPSS versi 21. Diharap kajian yang dijalankan
dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan seperti Politeknik METrO Johor Bahru
amnya dan pihak industri khususnya didalam merangka penyelasaian sesuai bagi
mengurangkan kesan tekanan kerja dikalangan pelajar yang menjalani PBK. Secara
keseluruhan, objektif kajian telah tercapai.
Kata kunci: PBK, Tekanan Kerja, Pelajar
36
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
KESEDIAAN DAN KEKANGAN PENGGUNAAN BIGBLUEBUTTON DI
KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU
Azreen Nur Sarudin, Mohd Ezry Muhammad Rizal Tan, Mohd Ghadafi Shari
([email protected], [email protected],
[email protected])
Abstrak
Pandemik Novel Corona Virus atau dikenali sebagai COVID19 merupakan isu hangat
yang diperkatakan diseluruh dunia. Pandemik ini menyebabkan kebanyakkan sistem
pentadbiran dan pendidikan beralih dari cara manual kepada cara elektronik. Di
Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menggunakan tiga aplikasi iaitu Cisco
Webex, Microsoft Teams, dan BigBlueButton. BigBlueButton digunakan bersama
sistem Curriculum Information Document Online System (CIDOS eLearning) yang
memudahkan para pensyarah dari politeknik didalam PdP semsa PKP. Pengkaji
ingin melihat sejauhmanakah kesediaan dan juga kekangan didalam
penggunaan aplikasi BigBlueButton didalam PdP pensyarah PMJB. Pengkaji
memilih untuk melakukan satu kajian tinjauan berbentuk kuantitatif dimana
kaedah soal-selidik digunakan keatas kakitangan akademik PMJB. Data
yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif menggunakan SPSS versi
21. Secara keseluruhannya, objaktif kajian telah dicapai. Diharap dengan kajian ini,
dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan didalam memastikan kelancaran PdP dan
menjadi rujukan kepada pengkaji akan datang.
Kata kunci: BigBlueButton, Pensyarah, PMJB
37
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
MOTIVASI KEPIMPINAN GURU SEKOLAH: SUATU TINJAUAN
KERATAN RENTAS BERDASARKAN FAKTOR DEMOGRAFI
Mua’azam Mohamad, Zuhirani Saad, Muhamad Dzahir Kasa
([email protected])
Abstrak
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menggariskan hasrat
membangunkan kepimpinan guru yang berprestasi tinggi pada peringkat institusi
pendidikan ke arah merealisasikan keberhasilan murid. Walau bagaimanapun
peningkatan beban tugas guru boleh mengakibatkan guru-guru bermotivasi rendah
dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin di sekolah. Kajian ini meneliti aspek
motivasi untuk memimpin dalam kalangan guru sekolah menggunakan kaedah
tinjauan secara keratan rentas dalam proses pengumpulan data kajian. Sejumlah 456
orang responden di rantau utara Semenanjung Malaysia terlibat dalam kajian ini yang
dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata. Hasil kajian menunjukkan
bahawa motivasi kepimpinan guru sekolah berada pada tahap sederhana secara
keseluruhan. Perbandingan berdasarkan kategori sekolah mendapati motivasi
kepimpinan guru sekolah rendah didapati lebih tinggi daripada motivasi kepimpinan
guru sekolah menengah. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan yang
signifikan secara statistik tahap motivasi kepimpinan dalam kalangan guru
berdasarkan aspek kategori sekolah. Sebaliknya wujud perbezaan yang signifikan
pada dimensi pemboleh ubah kajian. Justeru dicadangkan agar aspek motivasi
kepimpinan guru harus diberi perhatian sewajarnya oleh pemegang taruh pada
peringkat pengurusan sekolah dan kementerian pendidikan pada masa hadapan bagi
meningkatkan tahap profesionalisme dan kompetensi kepimpinan guru sekolah.
Kata kunci: Motivasi kepimpinan, kepimpinan guru sekolah, profesionalisme
keguruan
38
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU SEKOLAH RENDAH
Mohammad Amin Abidin, Mua’azam Mohamad
([email protected])
Abstrak
Kepimpinan guru berkait rapat dengan transformasi sistem pendidikan ke arah
kecemerlangan dan peningkatan prestasi sekolah dalam akademik. Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji tahap amalan kepimpinan transformasi guru dan
perbezaan berdasarkan aspek demografi dalam kalangan guru sekolah rendah. Kajian
berbentuk tinjauan keratan rentas kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik
bagi pengumpulan data. Instrumen yang digunakan ialah ‘Leadership Practices
Inventory’. Sejumlah 200 orang guru sekolah rendah di Daerah Seberang Perai Utara
terlibat sebagai responden kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa amalan
kepimpinan transformasi guru sekolah rendah berada pada tahap yang tinggi secara
keseluruhan serta tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepimpinan transformasi
guru berdasarkan aspek lokasi sekolah. Justeru, bagi memastikan kecemerlangan
sekolah dapat dtingkatkan, maka guru sekolah perlu mengamalkan kepimpinan
transformasi.
Kata kunci: Kepimpinan transformasi guru, Sekolah rendah, Kecemerlangan
sekolah
39
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
FOOD TRUCK SERVICES AND CUSTOMER SATISFACTION IN
MALAYSIA: A STRUCTUAL EQUATION MODELING APPROACH
Fauziah Esman, Noniwati Ahmad, Akmalruljehan Samiun
(fauziah_e.poli @ 1govuc.gov.my,[email protected], [email protected])
Abstract
Food truck is a transformation of street food and has contributed to the vitality of urban
life across cultures for centuries and this business currently becomes the worldwide
business trend. In Malaysia scenario, a food business operating by using a modified
trucks appeared fastest increased in Klang Valley. Due to this increasing, there is a
need to investigate the customer satisfaction on food truck in Malaysia. A total of 100
customers of food truck from Kuala Lumpur were chosen. The results show that there
was a high level of customer satisfaction on food truck services in Malaysia (min =
4.448). Hyphotheses H2 and H3 were supported that food quality and image have
positive relationship with customer satisfaction on food truck. Meanwhile, H1 and H4
were unsupported.
Keywords: Food truck, Physical Environment Quality, Service Quality, Image,
Food Quality, Customer satisfaction
40
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
EKSPLORASI AMALAN KEPIMPINAN DISTRIBUTIF DALAM
KALANGAN GURU SEKOLAH
Izyan Hazwani Azmi, Mua’azam Mohamad
([email protected])
Abstrak
Anjakan ke lima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 secara
langsung menggalakkan kepimpinan distributif diamalkan di sekolah dalam usaha
peningkatan komitmen seluruh warga sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal
pasti tahap amalan dan perbezaan kepimpinan distributif guru berdasarkan faktor
demografi guru sekolah. Kajian adalah berbentuk tinjauan keratan rentas dengan
menggunakan borang soal selidik bagi pengumpulan data kuantitatif. Seramai 105
orang guru sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan 96 guru sekolah kebangsaan
(SK) di daerah Seberang Perai Tengah terlibat sebagai responden kajian. Dapatan
kajian ini menunjukkan tahap amalan kepimpinan distributif guru sekolah berada pada
tahap sederhana tinggi. Hasil kajian juga mendapati wujudnya perbezaan yang
signifikan amalan kepimpinan distributif guru berdasarkan faktor jantina. Justeru,
adalah dicadangkan supaya tahap amalan kepimpinan distributif ditambahbaik selaras
dengan hasrat transformasi sistem pendidikan negara.
Kata kunci: Kepimpinan distributif, Guru sekolah, Transformasi pendidikan
41
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
E-MODULE DEVELOPMENT BASED ON THE STUDENTS NEEDS
Rohani M.M Yusoff, Noor Sarena Mohd Zahid
([email protected], [email protected])
Abstract
The strategy of integrating Internet and digital technologies has been widely used in
the learning and teaching process. The use of Internet and digital technology as a
medium for the delivery of content and a platform to interact is a challenge for students
and educators. The main objectives of this study are (i) To determine e-Modules
developed have features that help PdP and be effective in applying learning theory?
(ii) To analyze the needs of students for business law emodule (iii) To analyze the
needs of educator for business law e-modules (iv) To analyze business law student
learning styles that need to be considered in developing e-modules (v) To developing
learning materials and developing e-modules of business law with blogspot.com (vi)
To review whether e-modules of business law developed are effective for enhancing
student achievement. There are two main phases in this study: (i) e-Module
Development Phase and e-Module Effectiveness Test Phase. In the development E-
Module phase, the steps involved are (I Analyze the requirements of the e-module
'Law of Contract', (ii) the design of E-module, (iii) the development of E-module phase
and (iv) For the second phase, the main steps are (i) Implementing e-modules that have
been developed (ii) Performing pre and post tests to determine the effectiveness of the
developed e-modules. The findings show that the materials needed by students are (i)
Definitions of terms related to topics (ii) Facts of cases involved (iii) Sections
involved, (iv) Short Notes, (v) Mind Map and Case Study Questions E-Module
Efficiency Results show that the Paired Samples Analysis Test there are significant
change between post learning and pre-learning scores (P <0.05). E-Module 'Law of
Contract' can improve students’ achievement but also help students to have active
learning process.
Keywords: E-Module, Business Law, Case Study, E-Learning, Technology in
Education.
42
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
ARE STUDENTS WILLING TO CONTRIBUTE IN EDUCATION WAQF ?
Salimah Lemin, Fauziah Esman, Dahlia Lokeman
([email protected], [email protected]), [email protected])
Abstract
Charity is already popular in Malaysia and waqf is one the form of charity. It is defined
as sacrificing of the owners’ properties to donate some amount of them to help poor
and sickness peoples for seeking the blessing from Allah. Education waqf is financing
the education sector. It is not new in our country. Previously, the waqf educational
system in Malaysia was funded Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama
Negeri (SAN), Madrasah and Pondok. However, in Mesir, Jerusalem, Turkey, Syria
and Bangladesh, education waqf are funded all types of school including religious
institution for primary and secondary level or non-religious institutions. The
establishment of the fund was in line with the Higher Education Strategic Plan, as it
targets the generation of income to cover financial needs in public universities in the
country. Therefore, Polytechnic Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) should take the
same initiative to overcome the limited sources in enhancing education by introducing
the concept of education waqf to all lecturers, staffs and students. 361 students from
all departments were selected as sample of the study. The stratified random sampling
method was employed. Findings revealed that students’ POLISAS have a high level
intention to contribute in education waqf. Hypothesis 3 was supported but Hypotheses
1 and 2 were unsupported. In addition, the intention to contribute in education waqf
must be spread out to the non-academic staffs and academic staffs because we are the
Muslims who become the agents of community development.
Keywords: Attitude, Subjective Norm, Perceived Behavioral Control, Education
Waqf
43
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB) ATAU
NEW PEDAGOGIES FOR DEEP LEARNING (NPDL) DI INSTITUT
PENDIDIKAN GURU
Nor Rul Azlifah Zulkafali
([email protected])
Abstrak
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) atau New Pedagogies For Deep
Learning (NPDL) satu agenda baharu dalam amalan pendidikan. Fokus KPPB adalah
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis kreativiti, sahsiah dan
kenegaraan. Keupayaan penguasaan KPPB dalam sistem pendidikan negara masih
terhad kerana tenaga pengajar masih terikat dengan amalan tradisional. Kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti kesan perubahan amalan pedagogi di Institut
Pendidikan Guru kepada KPPB/NPDL sebagai amalan pedagogi masa kini. Selain
itu, kajian ini juga telah berjaya mengenal pasti perubahan yang bolehu dilakukan
oleh melalui pengajaran pensyarah dan pembaharuan amalan belajar pelajar dalam
proses pelaksanaan pedagogi masa kini di Institut Pendidikan Guru. Kaedah yang
digunakan dalam kajian ini kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal
selidik. Sampel kajian diambil secara rawak yang terdiri daripada 246 orang pelajar
IPG. Hasil analisis menggunakan data kekerapan dan peratusan bagi mengenal pasti
kejayaan dalam rintis KPPB/NPDL. Dapatan kajian menunjukkan pelajar bersedia
dengan perubahan pendekatan pedagogi masa kini yang diaplikasikan oleh
pensyarah. Dapatan juga menunjukkan melebih 50 % daripada sampel kajian
bersetuju KPPB/NPDL telah berjaya perubahan kepada pedagogi pensyarah
menerusi perubahan strategi dan kaedah penyampaian serta bahan sumber yang
disediakan pensyarah. Hasil kajian ini dapat menjadi panduan untuk banyak pihak
mencapai matlamat pendidikan kepada pembelajaran yang lebih bermakna.
Kata kunci: Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) Kapasiti Pedagogi
Pembelajaran Bermakna (KPPB) atau New Pedagogies For Deep Learning (NPDL)
44
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAEDAH BACAAN BERULANG
TERHADAP KEFAHAMAN MEMBACA DALAM KALANGAN KANAK-
KANAK PRASEKOLAH
Zuraida Shamsuddin & Kamariah Abu Bakar
([email protected])
Abstrak
Terdapat kanak-kanak yang menguasai kemahiran membaca tetapi tidak boleh
membaca dengan lancar dan ada juga kanak-kanak yang perlu mengeja untuk
membaca perkataan atau ayat mudah. Kefahaman merupakan matlamat yang penting
dalam membaca dan apabila salah satu komponen dalam kelancaran hilang maka
pembaca berkemungkinan kurang memahami makna teks yang dibacanya. Tujuan
kajian ialah mengenal pasti kesan bacaan berulang terhadap kefahaman kanak-kanak
prasekolah. Metodologi kajian ialah melalui pemerhatian dan temu bual. Manakala
sampel kajian ialah seramai lima orang murid prasekolah dan teknik persempelan
bertujuan digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan kesemua sampel
kajian dapat memahami petikan daripada cerita yang diberikan oleh penyelidik. Di
samping itu, kesemua sampel kajian dapat menguasai kemahiran membaca dan
seterusnya dapat membaca dengan lancar serta dapat berinteraksi dengan guru serta
rakan sebaya. Justeru itu, berdasarkan dapatan kajian menunujukkan bahawa
penggunaan bacaan berulang petikan atau buku cerita ini sesuai digunakan dalam
kalangan kanak-kanak prasekolah di Malaysia. Oleh itu, pengkaji ingin
mencadangkan agar pada masa hadapan dibuat satu kajian yang melibatkan sampel
yang lebih besar, yang melibatkan kanak-kanak prasekolah di seluruh negeri Selangor
sama ada di bandar atau di luar bandar agar dapat dibuat generalisasi dan
perbandingan. Sebagai Kesimpulannya, pengkaji berpendapat bahawa kemahiran
membaca bukan sahaja berkaitan kebolehan kanak-kanak prasekolah untuk menyebut,
mengeja, membatang perkataan dan membaca ayat tetapi penguasaan kemahiran
membaca hanya boleh dikuasai apabila seseorang murid itu mampu memahami bahan
bacaan serta boleh mendapat makna daripada bahan bacaan yang dibacanya.
Kata kunci: Kaedah Bacaan Berulang, Kemahian Membaca, Kefahaman Membaca,
Kanak-Kanak Prasekolah
45
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
AMALAN KEPIMPINAN DAN GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU
SEKOLAH
Nur Atiqah Azizan, Mua’azam Mohamad
([email protected])
Abstrak
Amalan kepimpinan guru merupakan salah satu elemen yang penting dalam
meningkatkan tahap profesionalisme keguruan seiring dengan usaha dalam
menjayakan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ke
arah meningkatkan amalan kepimpinan berkesan. Kajian ini dijalankan bagi mengenal
pasti tahap amalan kepimpinan dan tahap gaya pengurusan konflik dalam kalangan
guru sekolah seterusnya mengenalpasti hubungan amalan kepimpinan dan gaya
pengurusan konflik guru sekolah. Kajian ini berbentuk tinjauan rentas data kuantitatif
dengan menggunakan instrument soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu
Leadership Practices Inventory (LPI) dan soal selidik Rahim Organizational Conflict
Inventory – II (ROCI-II) serta bahagian demografi responden yang mengandungi
maklumat umur, pengalaman mengajar dan kelulusan akademik dan instrument soal
selidik ini diedarkan kepada 162 responden. Dapatan kajian menunjukkan tahap
amalan kepimpinan guru sekolah berada pada tahap yang sangat tinggi (M=4.29;
SP=0.16) dan tahap pengurusan konflik guru berada pada tahap yang tinggi (M=3.92;
SP=0.34). Hasil kajian juga mendapati tidak wujudnya hubungan yang signifikan bagi
pembolehubah amalan kepimpinan guru dan pengurusan konflik guru r=0.13, p>0.05
(2 hujing). Namun begitu, masih terdapat dimensi-dimensi di dalam amalan
kepimpinan yang mempunyai kolerasi dengan dimensi-dimensi pengurusan konflik.
Justeru, adalah amat penting supaya elemen di dalam amalan kepimpinan serta
pengurusan konflik guru diterapkan kepada guru-guru sekolah dalam memastikan
keberkesanan kepimpinan sekolah dapat dicapai seperti mana yang telah dirangka
dalam PPPM 2013-2025.
Kata kunci: Amalan kepimpinan, Pengurusan konflik, Guru sekolah
46
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
BACKPACK DRY LEAF VACUUM
Mohd Hazwan Mohamed Norli, Amirah Adam @ Mat Sidek
([email protected])
Abstract
A Backpack Dry Leaf Vacuum is proposed to remove the dry leaves for cleaning
services at Polytechnics Banting Selangor. It is functioned to reduce manpower, less
noise and time saving instead of spending hours on end picking leaves for large areas.
The backpack dry leaf vacuum consists of an aluminum funnel attached inside with
garbage plastic, connected to a suction hose, filter, a pair of shoulder harness and
battery pack. This backpack vacuum is very efficient and ergonomic in matter of
waste management because of the leaves and dirt will collect directly into the garbage
plastic.
Keywords: backpack, leaf, vacuum, hose, funnel
47
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
MEMBANGUN APLIKASI ‘PLANT-SCAPE’ UNTUK MENILAI
PENCAPAIAN PELAJAR SENI BINA MEREKA BENTUK RUANG HIJAU
(GREEN SPACE) DALAM PEMBELAJARAN STUDIO REKA BENTUK
(DESIGN STUDIO LEARNING)
Naeemah Yusof , Nur Amisha Danian, Nurul Aina Saleh
([email protected], [email protected], [email protected])
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengintegrasikan penggunaan teknologi cyber-physical
system (CPS) yang bercirikan IR 4.0 dalam pembelajaran studio reka bentuk seni bina
dengan menggunakan sistem pembelajaran sokongan aplikasi mudah alih. Kaedah
konvensional pemilihan ID tumbuhan untuk reka bentuk ruang hijau dalam
pembelajaran studio reka bentuk seni bina didapati mencabar dan rumit. Sehubungan
itu, kajian ini telah membangunkan sistem pembelajaran sokongan aplikasi mudah
alih, Plant-Scape, untuk membandingkan kesan dua pendekatan pembelajaran yang
berbeza berdasarkan pencapaian gred pelajar, keberkesanan diri (self-efficacy) dan
operasi sistem. Terdapat 60 orang pelajar seni bina dari dua studio reka bentuk seni
bina telah dipilih untuk menyertai kumpulan eksperimen dan kawalan. Eksperimen
selama empat minggu telah dijalankan untuk menilai dua pendekatan pembelajaran
yang berbeza. Hasil eksperimen menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran
menggunakan aplikasi Plant-Scape dapat meningkatkan pencapaian gred pelajar.
Tambahan lagi, kajian ini mendapati bahawa faktor keberkesanan diri dan operasi
sistem mempengaruhi pencapaian gred pelajar. Kesimpulannya, penggunaan aplikasi
Plant-Scape adalah pendekatan berkesan yang dapat membantu pelajar seni bina untuk
meningkatkan pencapaian gred mereka. Hasil dapatan kajian telah menyenaraikan
faktor yang membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran studio
reka bentuk seni bina melalui sistem pembelajaran sokongan aplikasi mudah alih dan
seterusnya dapat dirujuk oleh pendidik dan penyelidik yang berkaitan dalam bidang
pendidikan dan reka bentuk seni bina.
Kata kunci: Sistem Pembelajaran Sokongan Aplikasi Mudah Alih, Pembelajaran
Studio Reka Bentuk Senibina, Reka Bentuk Ruang Hijau, Aplikasi Plant-Scape
48