Haflah Lughatul
Arabiah
Kad check-point
l
Sesi Perbincangan Jawapan
Pencarian check-point
HOMEROOM CIKGU NUR AIMI
SLOT : HI-TEA
PIC – CIKGU SITI ZURHAIDA
Pada rabu yang lalu,saya bersama ahli serta guru
homeroom telah menyertai hi-tea glamping
bertemakan M at Kilau.Itu kali pertama saya
bersama sama ahli homeroom berkelah. Kami di
beri tugasan untuk menghias makanan ala-ala
M at Kilau.Apa yang saya dapat? Tiada
M U HAM MAD ADAM AIMAN BIN MUHAMAD AZMI
HOMEROOM CIKGU NUR AIMI
SLOT : DESIGNER
PIC – CIKGU ROSIDI
Saya dapat merasai bagaimana untuk menjadi seorang pereka fesyen. Dimulakan
dengan lukisan rekaan untuk menentukan idea asal yang dapat dibentuk menjadi
idea yang lebih baik. Selepas itu, saya dapat belajar bagaiman hendak menghasilkan
sebuah model yang berfungsi hasil dari idea asal yang dilukis. Pelbagai cabarab saya
harungi untuk memastikan model itu berjaya seperti dalam proses pemasangan dan
pengukuran. Antara ilmu lain yang saya dapat ialah seperti bahan apakah yang
sesuai untuk digunakan dalam sesuatu rekaan fesyen. Pengalaman tersebut
merupakan sebuah pengalaman yang menyoronokkan dan dapat mengajari saya
pelbagai pelajaran. ADIB ZULKIFLI BIN ABIDIN
HOMEROOM CIKGU NUR AIMI
SLOT : HAFLAH LUGHAH
AR ABI AH
PIC – USTAZAH FAIZA
Pada Hari Rabu Yang Lepas, saya dan ahli homeroom saya telah
menyertai haflah lughatul arabiah. Aktiviti ini dianjurkan oleh Ustaz
Syed dan Ustazah Faiza. Aktiviti ini seakan-akan treasure hunt
berunsurkan Bahasa arab. Melalui aktiviti ini, saya dapat
mempelajari beberapa perkataan Bahasa arab Yang baru Dan
juga dapat mengeratkan hubungan homeroom.
AMIR AQIL AQLAN BIN MOHD RIZAL
JURNAL AKTIVITI
HOMEROOM CIKGU NURHANIS :
TINGKATAN
2
MINGGU AKTIVITI SEM 1, 2022
JURNAL HOMEROOM UPHR MINGGU AKTIVITI
NAMA SLOT : HI - TEA GLAMPING
HOMEROOM CIKGU NURHANIS
2 OGOS 2022 / 2:30 - 4:30 PM
Pada hari Selasa yang lepas, saya dan ahli homeroom serta guru homeroom
menyertai pertandingan hi tea glamping yang bertemakan mat kilau.Di dalam
pertandingan itu kami perlu menghias makanan yang diberi oleh pihak atasan
supaya menepati tema iaitu mat kilau.Homeroom siapa yang menghias dengan
baik dan cantik akan dinobatkan sebagai pemenang.Jadi apa yang saya dapat
pada pertandingan tersebut ialah saya dapat berkerjasama dengan ahli homeroom
dan berkongsi pendapat untuk menghias makanan tersebut.Selain itu sama dapat
mengeratkan silaturrahim sesama ahli homeroom
|| MUHAMMAD FARIS IMRAN ||
~PRESIDENT HOMEROOM~
JURNAL HOMEROOM UPHR MINGGU AKTIVITI
NAMA SLOT : DESIGNER
HOMEROOM CIKGU NURHANIS
3 OGOS 2022 / 8 - 10:30 AM
Pada hari Rabu yang lalu, saya dan ahli homeroom menyahut
cabaran melakar dan membina bangunan. Aktiviti ini dibahagikan
kepada tiga kumpulan. Kami membina bangunan menggunakan kotak
dan bahan terbuang. Kami juga melakar 'doodle' berkaitan dengan
bangunan. Daripada aktiviti ini kami dapat memberi kerjasama
antara satu sama lain dan membuat sesuatu aktiviti yang jarang
yang dapat kami lakukan.
|| Nur Farisya Dania ||
-AJK NILAM-
JURNAL HOMEROOM UPHR MINGGU AKTIVITI
NAMA SLOT : HAFLAH LUGHAH ARABIAH
HOMEROOM CIKGU NURHANIS
3 OGOS 2022 / 2:30 - 4:30 PM
Semasa aktiviti Haflah Lughah Arabiah, saya dapat bekerjasama
dengan ahli homeroom dalam menyelesaikan kuiz bahasa arab
tersebut. Ia juga membuatkan semua ahli homeroom menjadi lebih
suka bertanding dan membuatkan semua ahli lebih bertoleransi
dalam melakukan tugasan yang dilakukan sehingga homeroom dapat
memenangi pertandingan ini.
|| NUR MAISARAH HUSNA ||
~ BENDAHARI HOMEROOM~
HOMEROOM :
CIKGU NORAIZAH
TINGKATAN : 4
NAMA SLOT : HI-TEA GLAMPING
HOMEROOM CIKGU NORAIZAH
2 OGOS 2022/2.30 - 4.30 ptg
Kami satu homeroom telah mengetahui
tentang cara kehidupan orang kampung yang
ditelan zaman.Terutamanya, kami mengetahui
tentang makanan dan pakaian orang kampung.
Antara makanan orang kampung yang kami
mengetahui ialah ubi rebus,jagung rebus,kopi
dan roti kering.Pada waktu yang sama,kami
satu homeroom dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara satu sama lain.Hal ini
demikian kerana kami telah membincangkan
setiap perkara dengan bekerjasama.Guru
penasihat kami iaitu Puan Noraizah telah
memberikan komitmennya yang sangat baik
dalam membantu kami melaksanakan aktiviti ini
Amothinie A/P K Gangadharan
4 Al-Razi
NAMA SLOT : AMALI SEMBELIHAN
HOMEROOM CIKGU NORAIZAH
3 OGOS 2022/8.00 - 10.30 pagi
Pada awal pagi lagi kami sudah berada dia
tapak sembelihan untuk diberikan cara-cara
yang betul dalam penyembelihan ayam dan
burung puyuh. Semua pelajar diberikan
kesempatan untuk menyembelih, guru juga
memberi teguran jika terdapat kesalahan
yang dilakukan oleh pelajar. Seterusnya,
kami bekerjasama dalam mencabut bulu ayam
dan burung puyuh. Saya dapat pelajari,
kita perlu merendam ayam yang telah
disembelih di dalam air panas sebelum
mencabut bulu supaya dapat memudahkan
kerja. Setelah mencabut kesemua bulu ayam
dan burung puyuh, kami bekerjasama dalam
memotong ayam dan burung puyuh. Kami
mengambil keputusan untuk membahagi tugas
kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
memotong dan kumpulan mencuci. Dengan ini,
aktiviti kami menjadi lebih teratur dan
tidak bercelaru. Akhir sekali, kami
meneruskan aktiviti dengan memasak.
Rabiatul Adibah Binti Syahrizal
4 Al-Battani
NAMA SLOT : JAGUH KAMPUNG ADABI
HOMEROOM CIKGU NORAIZAH
3 OGOS 2022/11 pagi- 1.30 ptg
Cikgu homeroom menyediakan
kelengkapan untuk
memasak.Contohnya,portable gas,bahan
mentah,kuali dan sebagainya.Kami
mengagihkan ahli homeroom kepada
beberapa tugas masing-masing.Setiap
daripada mereka berjaya melakukn tugasan
dengan baik sekali.Memasak di mulakan
dengan menggoreng ayam dan burung
puyuh.Selepas itu,kami menyediakan
hidangan utama iaitu ayam masak
kicap.Dan akhir sekali,menyediakan sayur
goreng.Setelah semuanya siap, proses
menghias dilakukan.Kami menggunakan
pelbagai tumbuh-tumbuhan dan bungaan
untuk mencantikkan lagi makanan
tersebut.Oleh itu,selesai sudah aktiviti
memasak
Nurul Syakirah Binti Juhaidi
4 Al-Jazari
NAMA SLOT : AMAZING SCIENCE
HOMEROOM CIKGU NORAIZAH
3 OGOS 2022/2.30- 4.30 ptg
Dalam program science itelligence kami
diberi penerangan dan taklimat oleh cikgu
saiidah tentang aktiviti yang bakal dilakukan
iaitu membina jambatan dan kapal
terbang.Kami perlu membina jambatan
yang kukuh dan mampu menampung
beban terbanyak yang bakal dijuri oleh
guru.Kami juga perlu membina kapal
terbang yang diperbuat daripada kertas dan
markah dikira berdasarkan kapal terbang
yang terbang paling jauh.Kedua-dua aktiviti
ini perlu dinyatakan dalam unit yang
betul.Malangnya kami sedih kerana tidak
dapat memperoleh kemenangan dalam
akvititi ini
Wan Nurul Izzah Binti Wan Anis
4 Al-Biruni
JURNAL AKTIVITI
HOMEROOM:
CIKGU ROSIDI
TINGKATAN :
2
MINGGU AKTIVITI SEM 1,
2022
JURNAL HOMEROOM UPHR MINGGU
AKTIVITI NAMA SLOT : HI-TEA GLAMPING
'MAT KILAU'
HOMEROOM CIKGU ROSIDI
2 Ogos 2022/2.30 / ptg
Pada 2 Ogos yang lalu, saya dan ahli-ahli Homeroom Cikgu Rosidi telah menjalani program Hi-Tea
Glamping yang bertemakan kisah perjuangan 'Mat Kilau'. Pelajar puteri memakai cekak berdaun
kuning keemasan dan berkain batik manakala pelajar putera memakai songkok atau tanjak dan
berbaju melayu serta bersamping. Saya amat gembira kerana semua ahli homeroom telah memberi
kerjasama dalam keseragaman pakaian pada waktu itu. Kami juga telah menghias dan menyusun
hidangan yang telah disediakan oleh pihak UPHR dan menangkap gambar bersama-sama sebagai
kenangan manis. Kami menganggap aktiviti ini adalah untuk mengimbas kembali cara orang-orang
dahulu menjamu selera bersama keluarga. Secara tidak langsung, aktiviti ini telah mengajar kami
untuk bersyukur dengan apa yang ada serta menjalinkan hubungan silaturahim sesama ahli
homeroom. Namun begitu, kami sekeluarga homeroom berasa sedikit kecewa dan sedih kerana guru
penasihat tidak berpeluang hadir bersama-sama kami kerana ada urusan penting di luar kawasan.
Kami bersyukur kerana guru penasihat masih teringatkan kami dengan membekalkan sebekas bahulu
sebagai alas perut. Terima kasih Cikgu Rosidi.
AISYAH SYAZRINA BINTI MOHD SAHAR
2 AL-BATTANI
JURNAL AKTIVITI
HOMEROOM
CIKGU AZALINA
TINGKATAN:
4
MINGGU AKTIVITI SEM 1
2022
JURNAL HOMEROOM UPHR MINGGU AKTIVITI
NAMA SLOT:HI-TEA GLAMPING
HOMEROOM CIKGU AZALINA
2 OGOS /2.30-4.30 PTG
Pada 2 Ogos 2022,Homeroom Cikgu Azalina telah menyertai aktiviti dibawah
UPHR iaitu program Hi-Tea Glamping.Program ini disertai oleh seluruh
tingkatan iaitu dari tingkatan 1 hingga 5.Program ini berlangsung disekitar
Dewan Ibnu Sina.Program ini juga turut disertai oleh guru penasihat
homeroom.Pihak UPHR telah mengadakan program ini dengan membekalkan
kami biskut kering,ubi rebus dan kopi panas.Setiap homeroom diminta untuk
menghias hidangan mengikut kreativiti masing-masing.Aktiviti ini dapat
mengasah bakat ahli homeroom dalam bidang hiasan.Selain itu kami juga
dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain.Program ini
berlangsung dari 2.30 hingga 4.30.Kami dapat mempelajari pelbagai ilmu
pengetahuan yang baharu seperti hidangan yang dimakan pada zaman dahalu
SITI NUR NATASHA BINTI MOHAMAD IKHBAN
4 AL BIRUNI
JURNAL HOMEROOM UPHR MINGGU AKTIVITI
NAMA SLOT:AMALI SEMBELIHAN
HOMEROOM CIKGU AZALINA
3 OGOS /8.00-10.30 pagi
Pada 3 Ogos 2022,Homeroom Cikgu Azalina telah menyertai aktiviti Amali
Sembelih .Program ini dilangsungkan dibawah pantauan Badar.Program ini
berlangsung berdekatan tempat parking bas.Program ini juga turut disertai oleh
ustaz dan ustazah untuk mengajar cara menyembelih dengan betul mengikut
syarak tertentu . Sudah pasti program ini memberikan pelbagai ilmu
pengetahuan baharu kepada ahli homeroom .Kami dapat mempelajari cara
menyembelih haiwan dengan betul serta kami juga berpeluang untuk
menyembelih ayam dan puyuh dengan sendiri sambil dipantau oleh ustaz dan
ustazah.Kami juga berpeluang untuk mempelajari cara membasuh dan membuang
bulu ayam dan puyuh
AQILAH BINTI SHAMSUDDIN
4AL KHAWARIZMI
JURNAL HOMEROOM UPHR MINGGU AKTIVITI
NAMA SLOT: JAGUH KAMPUNG ADABI
HOMEROOM CIKGU AZALINA
3 OGOS/11.00-1.00ptg
Pada 3 Ogos 2022 , Homeroom Cikgu Azalina telah mengikuti program Jaguh Kampung
Adabi.Program ini dibawah jagaan Ahli lembaga Koperasi.Aktiviti ini disertai oleh semua
homeroom tingkatan 4 yang berlangsung di Transgarden.Program ini adalah aktiviti untuk
mengasah bakat murid dalam kemahiran memasak.Semua ahli diberikan menu masak masing
masing dan perlu menyediakannya.Kami juga turut dibekalkan perencah,garam gula dan
pelbagai lagi oleh pihak ALK .Aktiviti ini sangat menyeronokan kerana kami perlu memasak
menggunakan ayam yang telah kami sembelih sendiri.Aktiviti ini juga dapat mengeratkan
hubugan antara ahli homeroom. Guru penasihat kami iaitu Puan Azalina juga turut
membantu kami dalam menyediakan hidangan.Kami berasa amat gembira sempanjang
aktiviti ini berlangsung
NUR IFFAH DARWISYAH BINTI ROSHAINI
4 AL RAZI
JURNAL HOMEROOM UPHR MINGGU AKTIVITI
NAMA SLOT:AMAZING SCIENCE
HOMEROOM CIKGU AZALINA
3 OGOS /2.30-4.30 PTG
Pada 3 Ogos 2022,Homeroom Cikgu Azalina telah mengikuti program Amazing
Science.Program ini dijalankan dibawah Jabatan Sains.Aktiviti juga
berlangsung di Dewan Ibnu Sina dan melibatkan semua homeroom tingkatan
4.Tujuan aktivit ini dilangsungkan adalah untuk mengasah bakat ahli
homeroom dalam mencipta sesuata benda.Setiap homeroom diminta untuk
membuat kapal terang dan jabatan menggunakan straw dan pita
pelekat.Pemarkahan diambil iaitu dengan pengiraan masa dan jarak untuk
kapal terbang itu jatuh.Bagi jambatan pula ,jambatan yang paling kukuh
untuk menampung beban yang banyak.Program ini juga dapat memantapkan
ilmu sains dan mampu mengadaptasikan dan kehidupan seharian.Kami berasa
seronok menjalankan aktiviti ini.
NUR ALIA ANNISA BINTI SHUIB
4 AL RAZI
TERIMA
KASIH
CamScanner
CamScanner
CamScanner
JURNAL AKTIVITI
HOMEROOM :
TEACHER JAYANTHI
TINGKATAN : 2
MINGGU AKTIVITI SEM 1,
2022
JURNAL HOMEROOM UPHR MINGGU AKTIVITI
NAMA SLOT : HI-TEA GLAMPING
HOMEROOM CIKGU JAYANTHI
2 OGOS 2022 / 2:30-4:30 PETANG
Pada 2 Ogos , hari selasa , saya bersama ahli homeroom saya telah menyertai
program dan pertandingan yang sedang dianjurkan oleh uphr mrsm
transkrian iaitu hi tea glamping yang bertema kan mat kilau . Cikgu telah
menyediakan ubi rebus , biskut kering dan kopi . Kami bersama ahli homeroom
telah menghias makanan yang telah disediakan dengan cantik . Aktiviti ini
sangat membantu dalam homeroom kami kerana dapat mengeratkan lagi
hubungan diantara guru homeroom dan anak homeroomnya . Melalui aktiviti
ini juga, murid dapat pengalaman baru dan merasai makanan di zaman dahulu
kala . KAMI BERASA AMAT GEMBIRA DAPAT MELAKUKAN AKTIVITI TERSEBUT
MUHAMMAD ADAM ALIFF
2 AL-RAZI
JURNAL HOMEROOM UPHR MINGGU AKTIVITI
NAMA SLOT : DESIGNER
HOMEROOM TEACHER JAYANTHI
3 OGOS 2022 / 8.00 - 10.30 PAGI
Pada 3 Ogos , hari rabu , unit bwp telah menjalankan pertandingan designer mengikut
homeroom . Saya dan ahli homeroom saya turut serta menyertai pertandingan tersebut .
Terdapat 3 kategori yang diberikan iaitu architect doodles , 3R fashion designer dan future
tower . Semua kategori mempunyai kerja masing masing , ahli homeroom telah membahagikan
sama rata setiap kategori. Kami semua dapat bekerjasama menyempurnakan tugas ini dan kami
berjaya menyiapkan semua dengan kemas dan cantik . Aktiviti ini sangat membantu kami bagi
mencungkil bakat mereka cipta dan melukis semua pelajar . Kami juga dapat berseronok dan
bergembira di dalam aktiviti yang dianjurkan .
NUR ALYA QISTINA BINTI ABDUL RAHIM
2 AL-RAZI
JURNAL HOMEROOM UPHR MINGGU AKTIVITI
NAMA SLOT : HAFLAH LUGHATUL ARABIAH
HOMEROOM TEACHER JAYANTHI
3 OGOS 2O22 / 2:30-4:30 PETANG
PADA 3 OGOS , HARI RABU WAKTU PETANG , PIHAK BKKK TELAH MENGANJURKAN PERTANDINGAN
HAFLAH LIGHATUL ARABIAH . PERTANDINGAN INI SEMACAM DENGAN RUNNING MAN , CUMA
LAINNYA DI CHECKPOINT YANG EPRLU KAMI PERGI. SETIAP CHECKPOINT MEMPUNYAI TUGASAN
MASING MASING . KAMI PERLU MENJAWAB SOALAN BAHASA ARAB DI SETIAP KERTAS YANG
DIBERIKAN . ALHAMDULILLAH KAMI SEMUA DAPAT BEKERJASAMA MENYIAPKAN . WALAUPUN
TIDAK MENANG , KAMI DAPAT BERGEMBIRA BERSAMA SAMA DAN MENINGKATKAN PEMBELAJARAN
BAHASA ARAB KAMI .
MUHAMMAD SYUKRY BIN NORMAN
2 AL-RAZI
SEKIAN
TERIMA KASIH
Jurnal Hr Pn.Hanisziana
Hi-Tea Glamping
2 OGOS 2022
2.30 p.m.- 4.30 p.m.
Saya bersama ahli homeroom serta guru penasihat telah menjalani aktiviti Hi-Tea Glamping yang
dianjurkan oleh UPHR. Kami mengambil tempat di bawah pokok yang besar berhadapan dengan
makmal sains menengah atas. Tema yang kami dapat adalah "Mat Kilau" dan semua ahli homeroom
serta guru penasihat memakai pakaian seperti zaman dahulu. Aktiviti yang kami lakukan pada hari
tersebut adalah menghias makanan dan pihak PEERS telah menyediakan kopi, gula, ubi kentang,
ubi keledek, dan biskut kering. Setelah menghias, kami mengambil banyak gambar sebelum
menjamah makanan tersebut. Guru penasihat juga menyediakan pisang goreng dan air sirap.
Kami menjamah semua hidangan dengan gembira dan makanan tersebut juga sangat sedap.
SUBWAY
3 OGOS 2022
8.30 a.m.- 10.30 p.m.
Saya bersama ahli homeroom serta guru penasihat telah menjalani aktiviti Subway. Kami jalankan
aktiviti tersebut di dewan selera dan tugas kami adalah untuk menghias makanan. Pihak RCA telah
menyediakan salad wrap, baguette, dan tomato. Kami menghiasnya dengan cantik dan berpuas hati
dengan hasil kami. Setelah menghias, kami perlu meletakkan hidangan itu ke meja pengadil untuk dinilai
dan merasa hasil kami. Sementara menunggu penjurian, kami makan-makanan yang kami buat serta guru
penasihat membawa sup cendawan dan membancuh air sarsi. Kami telah mencipta kenangan yang indah
bersama dan kami dapat mengambil banyak gambar bersama
Happy Family