Homeroom Cg
Nirliana
TOGETHER WE
FOREVER !
2:302-O4G:O3S02P0E2T2ANG
!!!
CBEILREBTRHADTIAOYN
1111::0000-- 11::0000
PPEETTAANNGG
sPSidheletairimeWktntrueugouarmrggkalnaaaiuhriuajaaiadmpkknliuuaisnbsnneleiaebblshnkeiaeotrapgmimmhiaenarkebeisraaaeramonhekrhomlkhaliameamihbitrnaiaoayphmgtmtaua.uynaneamgatrnilkoeansgtoanhiisnmvgkmeigeetd.arkieSa,atnaneatalyknkgkheauytnidnunibaifmaghneblgurageaasbmrknyskuauyoienn.kasginuaargln.
TYHAouNK
FROM
US !!
JURNAL AKTIVITI
HOMEROOM:
CIKGU HAZMIL
TINGKATAN :
5
MINGGU AKTIVITI SEM 1,
2022
JURNAL HOMEROOM UPHR MINGGU AKTIVITI
NAMA SLOT : BIRTHDAY CELEBRATION CSR SKP
HOMEROOM CIKGU HAZMIL
2 Ogos 2022/ 11 Pagi -1 Petang
2 Ogos 2022 tepat jam 11 pagi telah diadakan satu program yang
dinamakan program Birthday Celebration di bawah jagaan Cikgu
Nirliana. Program ini telah dilaksanakan di kelas masing-masing. Setiap
homeroom telah diberikan 2 bungkus roti putih, 2 tin tuna dan beberapa
biji epal. Kami diminta untuk menghias sandwich dan menghasilkan
gubahan buah. Tepat jam 12.45 petang, para juri datang ke kelas bagi
memberikan markah. Program ini sangat bermanfaat kerana dapat
memupuk sikap bekerjasama antara ahli homeroom.
DANIA ADLINA
5 AL-JAZARI
JURNAL HOMEROOM UPHR MINGGU AKTIVITI
NAMA SLOT : HOMEROOM PERDANA HI-TEA GLAMPING
MAT KILAU
HOMEROOM CIKGU HAZMIL
2 Ogos 2022/ 2.30-4.30 Petang
Pada 2 Ogos 2022 , telah diadakan satu program yang dinamakan Hi-
Tea Glamping yang bertemakan perjuangan Mat Kilau. Kami telah
menempah makanan untuk program tersebut melalui aplikasi
FoodPanda. Guru homeroom kami tidak dapat menghadiri program
tersebut kerana beliau terpaksa menjalani kursus di MRSM Parit.
Homeroom kami telah berkumpul di dewan selera dan kemudiannya
kami bersama-sama menghias tempat makan. Kami juga telah memakai
baju mengikut tema yang telah ditetapkan. Program ini sangat menarik
kerana kami dapat memakai pakaian klasik serta mengeratkan
hubungan persaudaraan antara ahli homeroom.
MUHAMMAD HAEKAL BIN MASLAN
5 AL-KHAWARIZMI
Hr. Cikgu Ramli
JURNAL MINGGU AKTIVITI
SEM 1 | 2022
TINGKATAN 3
Hi-Tea Glamping
2 Ogos | 2:30 - 4:30 petang
Pada 2 Ogos yang lalu, saya dan ahli homeroom yang lain telah menyertai program Hi-Tea yang diadakan oleh
UPHR. Program bertemakan 'Mat Kilau' iaitu salah satu pahlawan negara kita yang banyak berjasa. Oleh
disebabkan itu, ahli homeroom lelaki kami telah membuat keputusan untuk memakai baju berinspirasikan
beliau dengan memakai kain pelikat dan baju Melayu. Penasihat homeroom kami iaitu En. Ramli telah
membelikan kami karipap yang telah di beli oleh beliau di Ikea sebagai menu sampingan kami pada petang itu.
Selama Hi-Tea ini berlangsung, kami banyak menghabiskan masa dalam menghiaskan makanan dan hidangan
yang telah di berikan oleh UPHR. Antaranya, ubi rebus, biskut kering dan air kopi. Kami di beri masa agak-agak
selama 1 jam untuk menghias juadah 'Mat Kilau' kami tersebut dan perlu menghantar 2 gambar kepada ahli
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang telah ditetapkan. 2 gambar tersebut merupakan gambar hidangan sahaja
dan gambar bersama-sama ahli homeroom dan penasihat homeroom. Walaupun berasa agak penat, namun saya
tetap berasa gembira kerana dapat melakukan aktiviti ini bersama ahli homeroom dan penasihat homeroom.
NURFADIYA IZZATI BINTI ZAINUDDIN
3 AL-JAZARI
Subway
3 Ogos | 8:00-10:30 pagi
Pada 3 Ogos yang lalu, homeroom saya telah menyertai slot Subway yang telah dianjurkan oleh UPHR. Program
ini bertemakan 'Eat Clean'. Kami telah diberi tugasan untuk menghias makanan yang telah diberikan oleh
UPHR. Antaranya ialah French bread, salad & tomato. Homeroom kami telah menghasilkan 3 buah hidangan
iaitu French bread berintikan tuna & telur mayonnaise. Kedua, salad & yang ketiga wrap yang berintikan ayam.
Penasihat homeroom kami iaitu En. Ramli telah banyak membantu kami dalam menyediakan hidangan
tersebut. Beliau telah membeli banyak bahan-bahan tambahan yang lain seperti mayonnaise dan tuna dalam
tin. Manakala rakan saya pula iaitu Fadiya & Marissa telah memesan ayam rebus daripada cafeteria untuk
dimasak sekali bersama wrap. Kami juga telah membeli milo kotak yang besar untuk di hidangkan sebagai air
kepada juri. Aktiviti seperti ini telah membantu homeroom kami untuk menjalinkan hubungan yang lebih
rapat & erat.
SARAH NABILA BINTI MUHAMMAD FAIZUL
3 AL-JAZARI