The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eydazurhaida, 2022-08-19 13:29:28

Jurnal

Jurnal

JURNAL HOMEROOM UPHR MINGGU AKTIVITI
NAMA SLOT : JAGUH KAMPUNG ADABI

HOMEROOM CIKGU RUSNIZA
3 Ogos 2022/11.00-1.00 ptg

Pada minggu aktiviti yang lepas, uphr telah mengadakan satu aktiviti iaitu jaguh kampung.
Kami perlu menyembelih ayam dan burung puyuh, memproses dan seterusnya memasak
menjadi rendang. Kami telah membahagikan tugas dengan adil. Guru homeroom, cik
Rusniza telah membantu kami dengan menyediakan alatan memasak. Kami menyediakan
rendang ayam, puyuh goreng, dan kubis masak kunyit serta koktail. makanan dihidangkan
untuk penjurian dan diakhiri dengan mengemas peralatan. Walaupun penat tetapi
kenangan dapat dicipta dengan jayanya.

NURRUN NADIA NAJIHAH
4AL-RAZI

JURNAL HOMEROOM UPHR MINGGU AKTIVITI
NAMA SLOT : AMAZING SCIENCE

HOMEROOM CIKGU RUSNIZA
3 Ogos 2022/2.30-4.30 Ptg

Pada tanggal 3 Ogos yang lalu, homeroom kami telah mengikuti aktiviti yang telah
dianjurkan oleh guru-guru Jabatan Sains iaitu Amazing Science. Kami di beri 2 tugasan
yang perlu disiapkan dalam tempoh 45 minit iaitu mencipta kapal terbang kertas dan
jambatan yang diperbuat daripda straw.Setelah kapal terbang dan jambatan siap kami
diminta untuk menghantar model-model tersebut kehadapan untuk membuat pengujian
jambatan dan pelancaran kapal terbang. Kapal terbang kami dah terbang jauh tetapi
malang ada homeroom lain yang lebih jauh daripada kami. Untuk jambatan straw pula
kami menggabungkan satu paket straw untuk mereka sebuah jabatan yang kukuh, jabatan
kami kuat dan boleh bertahan lama tetapi kami kalah dengan homeroom lain juga kerana
jambatan meraka mampu menampung banyak beban daripada jambatan kami.

NUR FAIZATUL AMIRA
4AL-BATTANI

JURNAL
HOMEROOM

cikgu sharifah nurfarah

PROGRAM HI-TEA GLAMPING

2 OGOS 2022
2:30 - 4:30

pada petang ini,kami berpeluang untuk
meluangkan masa bersama dalam program
hi-tea glamping.Pada pandangan kami,tema
Mat Kilau mewakili satu simbol keunggulan
mengangkat martabat dan maruah bangsa
yang enggan tunduk kepada kezaliman dan

penindasan.Melalui aktiviti ini,semangat
patriotisme dan semangat kepahlawanan
melayu dapat disalurkan ke dalam jiwa
setiap individu ekoran sejarah perjuangan
Mat Kilau yang mempertahankan tanah air
daripada campur tangan penjajah British

di Pahang.

2 OGOS 2022

PROGRAM BIRTHDAY CELEBRATION

Pada hari ini, homeroom kami telah menyediakan
sandwich tuna,sandwich telur dan gubahan buah-

buahan.Penyediaan sandwich dan gubahan buah
memerlukan kerjasama antara ahli homeroom bagi
menyiapkannya.Setiap ahli homeroom telah memainkan
peranan dan membantu antara satu sama lain.Pada

waktu petang pula, kami beramai-ramai dengan
kehadiran semua ahli homeroom dan guru penasihat
telah menjamu selera makanan yang kami sediakan .
Hubungan kami menjadi semakin erat dan menikmati

masa bersama.



Jurnal
homeroom
Cikgu Fadzlin

Jurnal Homeroom

2 Ogos 2022 / 2.30-4.30 ptg

2 Ogos 2022 / 2.30-4.30 ptg

Aktiviti kali ini terasa lebih ceria dan aktif dari yang
lain mungkin kerana penglibatan cikgu 100% dan

makanan yang disediakan oleh cikgu. Kami berubah
tempat beberapa kali kerana dikacau oleh kerengga
serta semut. Akan tetapi, lokasi terakhir kami amat
memuaskan kerana mempunyai kawasan yang bagus

dan tidak terlalu panas. ada juga di antara kami
membuat pengalaman baharu iaitu mengupas kentang

kuning.

Nur Syamimi
2 Al-Jazari

Jurnal Homeroom

3 Ogos 2022 / 2.30-4.30 ptg

Future Tower
Architects Doodle

3R Fashion Designer

3 Ogos 2022 / 2.30-4.30 ptg

Future Tower

Semasa menjalankan aktiviti future tower, Saya, Jamnul, Mior dan Nadzmi
dapat mengetahui menara-menara pencakar langit yang menarik untuk

kombinasi menara pencakar langit yang sesuai untuk dijadikan model. Sumber
yang menjadi pilihan kami ialah Menara Berkembar Petronas dan Menara
Kuala Lumpur. Melihat dari lakaran model yang dilukis, model menara kami
yang digelar, "Tower Triplets" atau "Menara Berkembar Tiga" menampakkan

reka bentuk yang mengaplikasikan rupa seakan-akan dari masa hadapan. Saya
berharap agar kami boleh menjalani banyak lagi aktiviti seperti ini satu hari
nanti.

Muhammad Adif Rayyan
2 Al-Jazari

3 Ogos 2022 / 2.30-4.30 ptg

Architects Doodle

Melalui aktiviti architecture doodle, Aina, Sabrina, Sara, Arissa
dan saya dapat mengenali pelbagai bangunan yang dibina di
negara tanah tumpah darah kita ini dalam proses mencari

sumber ilham dan idea. Antara bangunan yang menjadi pilihan
hati ialah Muzium Negara, Muzium Kapal dan Istana Budaya.

Melihat kesemua seni bina ini membuka mata saya bahawa seni
bina Malaysia amatlah mementingkan nilai estetik yang tinggi

dari segi ukirannya dan jenis bahan yang digunakan.
Kebanyakan seni bina kita yang terdahulu menggunakan kayu

yang bermutu tinggi seperti kayu jati dan ukiran yang
tersendiri.

Nur Sarah Balqish
2 Al-Jazari

3 Ogos 2022 / 2.30-4.30 ptg

3R Fashion Designer

Semasa melakukan aktiviti 3R saya berasa teruja untuk
melihat hasil akhir dari projek kami, ia tidak seperti apa yg

kami harapkan tetapi bagi saya hasil tersebut masih
memuaskan kerana setiap ahli telah berusaha sehabis baik

untuk memastikan ia masih mengikut perancangan.

Terima Kasih

Jurnal Homeroom
Emcik Ibrahim

Homeroom Encik Ibrahim

Program
Hi-Tea Glamping ‘Mat Kilau’.

Homeroom Encik Ibrahim

Hi Tea Glamping ‘Mat Kilau’.

semasa aktiviti berlangsung kami ada membuat
pesanan makanan drpd Foodpanda.Kami order
pizza dan juga tealive. Sangat tak kusangka,
harga kesemua pizza dan tealive yang kami
order bernilai 300+ ringgit Malaysia.

-Awang a.k.a Fattah Amin

Dan yang paling tidak kami sangka adalah
duit pembayaran itu ditanggung oleh
Nazhan dan Nisa kerana ketika itu cg tiada
bersama kami. Semua gelabah seperti
cacing kepanasan kerana duit yang cikgu
beri pada kami tidak mencukupi.

-Mat Kilau a.k.a Adi Putra

yoww, dan Alhamdulillah setelah
susun atur makanan yang kami
beli.Setelah beberapa minit, ‘daddy’
kami pun sampai.Sempat lah kami
membodek cikgu untuk bergambar
bersama.
- Wahid a.k.a Beto

Homeroom Encik Ibrahim

Program DESIGNERS

Pengalaman yang saya dapat ceritakan adalah,pada waktu
itu berasa sangat seronok apabila kita dapat mereka sendiri

sesuatu benda dan merealisasikan ia walaupun ia tidak
seperti apa yang dilukis tetapi ada pengalaman saya ada
pengalaman untuk mereka dan merealisasikan sesuatu
terutamanya apabila kita melakukannya bersama orang
lain,kita dapat melihat pelbagai pandangan orang lain dan
dapat bekerjasama dan lebih memahami orang lain. Bagi
saya,program ini amat bagus untuk pelajar kerena ia boleh
menigkatkan lagi kreativiti mereka dan dapat mengajar

mereka untuk bekerjasama dengan orang lain dan
memahami yang bukan semua akan ikut seperti yang
dirancang tetapi kita telah berusaha sebaik mungkin untuk

merealisasikan sesuatu-ituN. isa

Selesai pembentangan..
anak-anak Ibrahim mohon undur diri...

Terima Kasih



JURNAL HOMEROOM UPHR MINGGU AKTIVITI
NAMA SLOT : HI-TEA GLAMPING

HOMEROOM CIKGU HASZREEN
2 Ogos 2022/ 2:30-4:30 petang

Pada 2 Ogos 2022 yang lalu, hi-tea homeroom Encik Haszreen telah berjaya dilaksanakan.
Kami diberi tema ‘Mat Kilau’. Kami juga diberi beberapa keping biskut kering, ubi rebus ,
kopi, dan gula untuk dihias supaya menjadi seperti tema makanan pada zaman dahulu
kala dan Walid membeli ‘pizza’ sebagai makanan tambahan untuk hi-tea kali ini. Kesemua
ahli homeroom berpakaian serba ayu dan kemas. Seolah dapat ditinjau kembali kehidupan
zaman dahulu kala. Tambahan pula, hubungan antara penasihat homeroom dengan ahli
ahli homeroom dapat dieratkan. Walaupun kami tidak dapat menyempurnakan hi-tea kali
ini, akan tetapi, kami gembira kerana dapat meluangkan masa bersama-sama.

Nurwanis Natasha binti Khuzairi , s/u homeroom

GAMBAR DAN JURNAL
( SUSUN IKUT KREATIVITI SAMA ADA MAHU MENGGUNAKAN APLIKASI LAIN -

CANVA/POWER POINT DLL

JURNAL HOMEROOM UPHR MINGGU AKTIVITI
NAMA SLOT : SUBWAY

HOMEROOM CIKGU HASZREEN
3 Ogos 2022/ 8:00-10:30 pagi

Pada 3 Ogos 2022 yang lalu, pihak maktab telah mengadakan sesi membuat ‘sandwich’
yang bertemakan ‘Subway’. Sesi membuat sandwich ini hanya dilakukan oleh pelajar
tingkatan 3 mengikut homeroom. Homeroom Encik Haszreen turut mengambil alih dalam
membuat sandwich. Setiap homeroom dibekalkan sayur salad, tomato dan roti. Kami
harus menghasilkan sandwich yang bertemakan subway and haruslah juga kami
membawa bahan bahan lain yang diperlukan. Walid telah membawa beberapa bahan
untuk ditambah dan dimasukkan ke dalam sandwich kami agar dapat dihidangkan kepada
para juri dengan sempurna. Setelah selesai membuat sandwich kami pun
menghidangkannya di kaunter kepada juri. Kami berasa gembira kerana telah menjayakan
dalam menghasilkan sandwich yang sedap dan enak. Kami juga gembira kerana dalam
sesi ini kami telah mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli homeroom.
- Nur Alyaa Sorfena binti Azahar

GAMBAR DAN JURNAL
( SUSUN IKUT KREATIVITI SAMA ADA MAHU MENGGUNAKAN APLIKASI LAIN -

CANVA/POWER POINT DLL )



JURNAL AKTIVITI
HOMEROOM

USTAZ ZULHIDAYAT

TINGKATAN 5
MINGGU AKTIVITI SEM 1,2022

JURNAL HOMEROOM UPHR MINGGU AKTIVITI
NAMA SLOT : BIRTHDAY CELEBRATION

HOMEROOM USTAZ ZULHIDAYAT
2 Ogos 2022/ 11.00 A.M.

Pada pagi 2 Ogos 2022 , saya bersama ahli homeroom telah ditugaskan untuk
melaksanakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak UPHR yang dinamakan sebagai
‘Birthday Celebration’. Aktiviti ini melibatkan semua ahli homeroom. Tugasannya ialah
kami perlu bersama-sama membuat dan menghias sandwich mengikut kreativiti setiap
ahli homeroom dengan menggunakan bahan yang telah disediakan oleh unit homeroom
iaitu roti , tuna dan epal. Terdapat beberapa situasi yang berlaku sepanjang aktiviti
tersebut berjalan. Kami tidak mencukupi peralatan dalam proses menghias sandwich itu
seperti pisau dan tempat pemotong. Jadi, kami mengambil inisatif untuk memotong
sandwich dan epal dengan menggunakan penutup tin tuna yang telah disediakan
disebabkan tiada jalan lain yang boleh kami usahakan. Namun begitu, tugasan kami dapat
disiapkan dengan jayanya. Peristiwa tersebut sukar untuk kami lupakan dan hanya
disimpan sebagai memori bersamGaA.MBAR DAN JURNAL
-Nora(inS,U5SAUlN-BIaKtUtaTnKi-REATIVITI SAMA ADA MAHU MENGGUNAKAN APLIKASI LAIN -

Nur Alya Najla
1 Razi

JURNAL HOMEROOM UPHR MINGGU AKTIVITI
NAMA SLOT : HI-TEA GLAMPING MAT KILAU

HOMEROOM USTAZ ZULHIDAYAT
2 Ogos 2022/ 3.00 P.M.

Pada petang 2 Ogos 2022,saya bersama rakan homeroom saya telah menjalankan satu
aktiviti bersama dengan guru homeroom iaitu Ustaz Zulhidayat.Program yang dianjurkan
oleh pihak UPHR ini harus mengikut tema yang diberikan iaitu tema tradisional.Para pelajar
lelaki dari homeroom saya memakai baju putih berkain pelekat bagi mengikut tema yang
diberikan.Homeroom saya telah berbincang untuk memesan makanan daripada luar seperti
karipap dan ayam goreng.Kami memilih untuk makan di bawah pokok bagi menaik anti
keindahan alam semula jadi .Sebelum kami semua menjamah selera,ustaz memberikan
sepatah dua kata dan nasihat memandangkan kami tidak berjumpa setelah sekian lama.Pihak
DS juga menyediakan sedikit makanan dan minuman iaitu terdapat biskut,ubi kentang,ubi
keledek dan kopi hitam.Kami semua sangat menikmati makanan yang disediakan.Secara
keseluruannya,saya berharap program sebegini dilakukan lagi pada masa akan datang kerana
banyak faedah yang kami dapat antaranya hubungan antara guru homeroom dan pelajar
semakin erat serta tekanan yang ada dapat dikurangkan.
-Mithli Nabilah 5BT-















Jurnal Aktiviti

HOMEROOM
CIKGU FARAH ATIKAH

Minggu Aktiviti Sem 1, 2022

Hi-Tea Glamping Mat
Kilau

Amali Sembelihan
JaguhAdKaabmi pung

Amazing Science

SLOT HI- TEA GLAMPING MAT KILAU
2 OGOS 2022 / 2:30-4:30 PETANG

Pada 2 Ogos yang lalu, homeroom kami telah menjalani program hi-tea
glamping mat kilau. program ini telah berlangsung di sekitar kawasan

padang maktab sebelah dewan ibnu sina. Kami telah menetapkan
bahawa kesemua ahli homeroom memakai baju melayu serta kain pelikat
bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan. Hal ini demikian agar kami
boleh mengikuti tema program iaitu mat kilau atau zaman klasik. Kami

telah mendapat pelbagai manfaat daripada program ini iaitu
mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli homeroom.

SLOT AMALI SEMBELIHAN
3 OGOS 2022/ 8:00-10:30 PAGI

Pada 3 Ogos yang lalu,
homeroom kami telah
menjalani program amali
sembelihan. Program ini telah
berlangsung di tempat parking
bas maktab. Sebelum program
ini berlangsung, ustaz
Fakhrudin telah memberikan
sedikit taklimat berkaitan
cara sembelihan yang betul
dan halal. Homeroom kami
telah menyembelih 2 ekor
ayam serta 3 ekor burung
puyuh dengan jayanya.
Seterusnya, kami telah
melakukan proses pembersihan
ayam dengan mencabut bulu
ayam dan burung puyuh serta
membersihkannya. Program
ini telah memberikan pelbagai
ilmu baharu seperti cara
menyembelihan binatang
sembelihan terhadap ahli

homeroom.

SLOT JAGUH KAMPUNG ADABI
3 OGOS 2022/ 11.00- 1.00 PETANG

Pada 3 Ogos yang lalu, homeroom kami telah menjayakan
aktiviti Jaguh Kampung Adabi. Aktiviti ini telah berlangsung
di Transgarden. Kami telah diarahkan untuk memasak menu

kari ayam. Kami bersama-sama cikgu homeroom telah
berjaya menyiapkan hidangan kari ayam ini tepat pada
masanya. Kami telah makan hidangan ini bersama-sama di
dewan selera. Aktiviti ini telah memberi banyak manfaat
kepada kami dan telah mengeratkan hubungan antara ahli

homeroom dan cikgu homeroom.

SLOT AMAZING SCIENCE
3 OGOS 2022/ 2:30- 4:30 PETANG

Pada 3 ogos yang lalu,
homeroom kami telah

menyertai program
Amazing Science.
Program ini telah

diadakan di dewan Ibnu
Sina. Kami ditugaskan
untuk membina kapal

terbang kertas dan
menerbangkannya untuk
pertandingan. Kami juga
telah diarahkan untuk
membina jambatan yang

mampu mengangkut
muatan yang berat.
Kami telah berjaya
mendapat tempat
pertama keseluruhan
dalam pertandingan ini.

Program ini telah
memberi banyak
manfaat kepada ahli
homeroom agar
wujudnya sifat
kerjasama antara ahli

homeroom.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU, STAF DAN
PIHAK PENGURUSAN YANG BERTUNGKUS-LUMUS

DALAM MENJAYAKAN AKTIVITI UNTUK KAMI

- THE END -

jurnal homeroom

Homeroom Ustaz Jazmin
HI-TEA GLAMPING MAT KILAU

Hi-Tea Glamping
Mat Kilau

Pada hari tersebut, suasana sungguh meriah.
Kami diharuskan untuk memakai pakaian bertemakan
‘Mat Kilau’. Kami diarah untuk menghias makanan iaitu

biskut kering,
ubi rebus, keledek dan air kopi. Kami berasa sungguh

seronok dan teruja kerana dapat bersama ii guru
homeroom kami dan juga ahli homeroom yang lain.

2 / 8 (SELASA) 2 : 30 PETANG

Slot RSVP

2 / 8 (SELASA) 11 : 00 PAGI

Kami dikehendaki membuat sandwich bersama-
sama ahli homeroom dan juga guru homeroom
kami. aktiviti ini membuatkan kami merapatkan

lagi silatirahim diantara bapa homeroom
dan anak homeroom sendiri kerana kami

membuat aktiviti ini bersama.

Lawatan SEM
TYPE 1

3 / 8 (RABU) 8 : 30 PAGI

Pada hari tersebut, kami pergi lawatan ke
Sirim berasama 2 homeroom yang lain. di sana
kami dapat mengetahui banyak hal dan dapat

melawat ke sekitar kilang itu.








Click to View FlipBook Version