The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZURIDA BINTI ABU BAKAR KPM-Guru, 2023-10-28 23:48:29

BIDANG 2 : Fungsi Sistem Tubuh Dalam Pergerakan

2.2 - Sistem Otot Rangka

SAINS SUKAN spm BIDANG DUA CIKGU SITI BATU PAHAT JOHOR


HURAIAN DSKP 2.2 Sokongan dan Pergerakan


FUNGSI OTOT RANGKA Menghasilkan Pergerakan Menstabilkan Sendi Menghasilkan Haba Mengekalkan Poster


FUNGSI OTOT Menghasilkan Pergerakan Penguncupan otot-otot menghasilkan pergerakan Menstabilkan Sendi Otot-otot membantu memberikan kesetabilan sendi-sendi rangka Mengekalkan Postur Otot memberi bentuk kepada tubuh badan manusia, sokongan tubuh badan dan mengekalkan postur Menghasilkan Haba Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka


CIRICIRI OTOT KEBOLEHUJAAN KEBOLEHKUNCUPAN KEBOLEHANJALAN KEBOLEHPANJANGAN KEBOLEHKENYALAN


CIRI-CIRI OTOT Kebolehujaan ( irritability/ excitability) Kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima – membolehkan otot untuk menguncup. Kebolehkuncupan (contractibility) Keupayaan otot untuk menguncup atau memendek apabila menerima rangsangan. Daya dihasilkan apabila otot menguncup. Kebolehpanjangan/ kebolehkenyalan (extensibility) Keupayaan otot untuk meregang atau memanjang. Fiber otot akan memendek apabila menguncup tetapi boleh memanjang melebihi panjang asal apabila otot relaks. Kebolehanjalan (elasticity) Keupayaan otot untuk kembali semula ke panjang asal selepas meregang atau menguncup.


OTOT LICIN OTOT RANGKA OTOT JANTUNG


CIRI-CIRI OTOT Keterangan Otot Rangka Otot Kardiak Otot licin Lokasi Melekat pada tulang dan otot Terletak pada dinding jantung Pada dinding viseral seperti dinding perut Struktur Berbentuk selinder panjang dan setiap sel Unisel, bercabang dan bercabangcabang Tidak berjalur, fusiform dan unisel Jenis penguncupan Dikawal oleh sistem saraf kecuali pergerakan Diluar kawalan, Di luar kawalan Penguncupan Perlahan ke cepat dan tidak beritma Perlahan dan beritma Sangat lambat dan beritma pada sebahagian otot


LEKATAN OTOT LEKATAN PROKSIMAL LEKATAN DISTAL


SALING TINDAKAN OTOT Agonis Antagonis Sinergis


Gerakan fleksi lengan Otot biseps brakii akan menguncup –agonis Otot triseps brakii akan mengendur - antagonis Otot biseps brakii- agonis Otot triseps brakii - antagonis Otot deltoid bertindak sebagai sinergis untuk membengkok sendi siku.


SALING TINDAKAN OTOT-OTOT Agonis Otot-otot penggerak utama (prime movers) Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakan Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk membolehkan pergerakan dihasilkan Antagonis Otot-otot yang bertindak berlawanan dengan otot pengerak utama Tindakan berlaku secara serentak dengan otot agonis Menstabilkan ketegangan yang wujud akibat penjanaan daya agonis yang berfungsi sebagai menstabilkan kedudukan sendi yang berartikulasi Sinergis Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama Sinergis menambah daya pada pelekatan kumpulan otot untuk menghasilkan pergerakan Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat


PENGUNCUPAN OTOT Penguncupan otot Isotonik Kosenrtik Esentrik Isometrik


PENGUNCUPAN OTOT RANGKA ISOMETRIK ISOTONIK 1. Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada panjang otot walaupun penguncupan ini menghasilkan daya. 2. Contoh, aktiviti menolak dinding dengan siku bengkok atau tekan kedua-dua tangan. - Trisep Brakii menguncup dan menghasilkan daya. - Hamstring Pull - Gantung Siku benkok - Lentik belakang statik 1. Penguncupan fiber otot yang menghasilkan daya yang tetap/ konsisten disepanjang julat pergerakan . Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik. Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot. Pemanjangan otot berlaku ketika penguncupan otot esentrik


PENGUNCUPAN OTOT ISOMETRIK Dalam aksi sukan gusti lengan, berlaku penguncupan fiber otot tetapi tiada perubahan pada panjang otot walaupun penguncupan ini menghasilkan daya. Ketika ini berlaku penguncupan isometrik Dalam aksi dekam fasa permulaan lari pecut dengan menggunakan starting block, berlaku penguncupan isometrik yang berfungsi mengawal postur badan


PENGUNCUPAN OTOT ISOTONIK Dalam aksi sukan berbasikal, ketika atlet membuat kayuhan dengan membuat fleksi kaki, kumpulan otot kuadriseps mengalami pemanjangan otot (esentrik) manakala kumpulan otot hamstring pula mengalami pemendekan otot (kosentrik) kosentrik esentrik


PENGUNCUPAN OTOT DALAM SUKAN Ketika Fleksi lutut, Hamstring menguncup dan memendek (agonis) Kuadriseps mengendur dan memanjang (antagonis). Gastroknemius menguncup Tibialis anterior mengendur Gluteus maksimus menguncup (sinergis) Ketika ekstensi lutut, Kuadriseps menguncup dan memendek (agonis). Hamstring mengendur dan memanjang (antagonis) Gastroknemius mengendur Tibialis anterior menguncup Gluteus maksimus mengendur (sinergis)


HALAJU PENGUNCUPAN Peratusan fiber sentak bergantung kepada baka, fungsi dan latihan Fiber sentak cepat Fiber jenis II Saiz fiber lebih besar Berwarna putih Keupayaan anaerobik yang tinggi Berintensiti tinggi, pantas Aktiviti bagi jangka masa yang ringkas/ eksplosif Mudah lesu Penguncupan otot dalam jangkamasa yang pendek Sesuai bagi aktiviti -Larian 100m,200m -Lontar peluru -Lempar cakera -Lompat jauh -Baling tukul besi -Berenang jarak dekat -Acara pecut berbasikal Fiber sentak lambat Fiber jenis I Saiz fiber lebih kecil Berwarna merah Keupayaan aerobik yang tinggi Intensiti kerja rendah Terdapat pada otot-otot postur Aktiviti bagi jangka masa yang panjang, sederhana dan perlahan Tidak mudah lesu atau letih Sesuai bagi aktiviti jarak jauh -Marthon, -Larian 3000m, 5000m -Berbasikal lebuh raya -Berenang jarak jauh -Acara 5km, 10 km berjalan kaki


Penggunaan Otot Sentak Cepat dan Otot Sentak Lambat Dalam Acara Sukan Otot Sentak Cepat Otot Sentak Lambat Acara Olahraga (Balapan) 1. Acara Olahraga 100 meter, 200 meter, 400 meter Acara 2. Olahraga lari berpagar 110 meter, 400 meter 3. Acara Olahraga 4X 100 meter, 4 X 200 meter, 4 X 400 meter Acara Olahraga (Padang) 1. Acara Rejam lembing 2. Acara Lempar cakera 3. Acara tukul besi 4. Acara Olahraga Lompat kijang 5. Acara Olahraga Lompat jauh 6. Acara Olahraga Lompat tinggi 7. Acara Olahraga lompat bergalah Acara Renang 1. Acara renang 100 meter (gaya bebas, gaya kupu-kupu, kuak dada, kuak lentang) 1. Acara Olahraga 1500 meter, 500 meter, 10 000 meter, acara marathon 1. Acara Olahraga jalan kaki 5000 meter, 10000 meter 2. Acara Renang 1500 meter 3. Acara berbasikal lebuh raya


PENGGUNAAN OTOT SENTAK CEPAT Bagi kebanyakkan acara padang seperti acara lontar peluru, acara rejam lembing, acara baling tukul besi, acara lompat tinggi dan yang lainnya adalah acara eksplosif serta mengambil masa yang singkat . Otot atlet yang terlibat bagi acara-acara ini lebih kepada otot sentak cepat yang ukuran saiznya lebih besar serta mempunyai keupayaan anaerobik yang tinggi


PENGGUNAAN OTOT SENTAK LAMBAT Bagi acara-acara jarak jauh seperti acara marathon, acara larian 5000 meter, acara berbasikal lebuhraya yang berintensiti rendah dan mengambil masa yang penjang, otot-otot atlet bagi sukan ini lebih kepada otot sentak lambat yang berkeupayaan aerobik yang tinggi.


HURAIAN DSKP


SISTEM SARAF


Fungsi: Sebagai pusat (mengesan perubahan yang berlaku di dalam dan luar tubuh badan) Memperoses dan menterjemah input sensori & membuat keputusan apa yang perlu dilakukan (Integrasi). Tindakbalas output motor (menghasilkan respons melibatkan aktiviti otot/kelenjar) Impuls ialah maklumat/ masej saraf yang dialirkan di sepanjang fiber saraf dalam bentuk gelombag (bersifat elektrik) Klasifikasi struktur Bahagian utama: Sistem saraf pusat - Otak - saraf tunjang Sistem saraf periferi - saraf kranial - saraf spina - ganglia Kalsifikasi fungsi Melibatkan sistem saraf periferi Membahagikan sistem saraf periferi kepada - sistem sensori/ aferen -sistem motor / eferen: sistem saraf somatik sistem saraf autonomik SISTEM SARAF


Sistem saraf pusat Terdiri daripada otak dan saraf tunjang yang terletak pada kaviti dorsal badan. Berperanan sebagai pusat intergrasi dan kawalan sistem Menterjemah maklumat sensori yang diterima mengeluarkan arahan kepada afektor berdasarkan pengalaman sedia ada & situasi yang baru dialami Sistem saraf Periferi Semua struktur saraf yang terdapat di luar bahagian otak dan saraf tunjang. Peranan utamanya adalah untuk menerima dan mengubah rangsangan persekitaran yang diterima ke seluruh tubuh badan Sistem saraf periferi dibahagikan kepada: sistem saraf somatik sistem saraf autonomik


Sistem Saraf Somatik Sistem Saraf Autonomik Berfungsi mengawal fungsi-fungsi motor yang kebanyakannya melibatkan mekanisme tindakan terkawal. Berfungsi menghantar impuls dari sistem saraf pusat ke tisu otot rangka yang melibatkan penghasilan pergerakan anggota tubuh badan. Mengandungi fiber motor viseral yang berfungsi menghantar impuls dari sistem saraf pusat ke tisu-tisu organ. Mengawal fungsi tindakanluar kawal pada beberapa organ seperti kadar pernafasan, degupan jantung, bersin, batuk dan kerdipan mata. Fungsi saraf autonomik yang mengawal fungsi tindakan luar kawal beberapa organ utama manusia


Mengintegrasikan Rangsangan Menterjemah Rangsangan Mencetuskan pergerakan motor Menyimpan Maklumat Menjana pemikiran dan idea FUNGSI SISTEM SARAF


FUNGSI SISTEM SARAF Mengintegrasikan Rangsangan Pelbagai reseptor deria digunakan untuk memantau perubahan yang berlaku di dalam dan di luar tubuh badan yang dikenali sebagai rangsangan. Maklumat yang dikumpul dipanggil input sensori. Rangsangan-rangsangan diterima melalui proses integerasi. Menterjemah Rangsangan Input sensori diperoses dan diterjemah, seterusnya keputusan dibuat tentang apa yang perlu dilakukan pada setiap detik Mencetuskan pergerakan motor Selepas melalui proses menterjemah dan membuat keputusan, tindak balas dibuat dengan mengaktifkan otot atau kelenjar. Tindak balas oleh otot atau kelenjar dipanggil output motor. Tindakbalas ini menghasilkan pergerakan. Menyimpan Maklumat Otak berhubung dengan semua bahagian badan melalui saraf tunjang dan Pereferi. Otak menyimpan maklumat supaya tingkahlaku boleh diubahsuai mengikut pengalaman yang lepas. Menjana pemikiran dan idea Neuron deria menerima impuls daripada pelbagai bahagian tubuh manaka neuron motor mengkoordinasikan pelbagai aktiviti yang rumit dan terkawal melibatkan gerakan, pembelajaran, penakulan, emosi dan pengingatan.


Struktur Keterangan Struktur Keterangan Badan Sel Mengandungi nukleus dan merupakan pusat metabolik sel • Berperanan sebagai pusat biosintesis alam mekanisme fisiologi saraf • Hampir kesemua badan sel berada di saraf pusat Nukleus Bahagian yang terdapat di dalam badan sel • Organel berbentuk sfera atau bujur dan dikelilingi oleh membran nukleus • Fungsi utama adalah untuk mengawal semua aktiviti sel • Juga berfungsi untuk mengawal pertukaran bahan antara nukleus dan sitoplasma yang berlaku melalui liang-liang di membran nukleus Dendrit Struktur fiber-fiber halus yang bercabang-cabang, menganjur dari badan sel • Berfungsi membawa impuls-impuls saraf ke badan sel • Menerima konduksi impuls daripada neuron yang menghantarnya.Impuls yang diterima akan dibawa ke badan sel untuk meneruskan proses penghantaran yang seterusnya Akson Struktur fiber panjang yang membawa impuls saraf keluar dari badan sel • Disaluti dengan bahan yang dikenali sebagai mielin Hujung akson Berfungsi sebagai tempat untuk menghantar atau mentransmisikan impuls ke sel saraf selanjutnya melalui sinaps Selaput mielin Membran penebat yang menyaluti akson • Terdiri daripada lemak dan sambungannya adalah terputus-putus. Ruang antara bahagian terputus-putus dinamakan Nodus Ranvier. • Selaput mielin berfungsi sebagai: i. Melindungi gentian saraf atau akson daripada kecederaan ii. Membekalkan nutrien kepada akson iii. Penebat kepada impuls saraf iv. Mempercepatkan penghantaran impuls saraf


Jenis Neuron Neuron Sensori (aferan) Neuron Motor (eferen)


Neuron Sensori (Aferen) dan Neuron Motor (Eferen) Neuron sensori (aferen) dan neuron motor (eferen) saling berinteraksi dalam transmisi impuls saraf Neuron sensori (aferen) Neuron aferen berfungsi membawa impuls dari reseptor ke otak. Neuron aferen menghubungkan reseptor dengan sistem saraf pusat Neuron aferen membawa impuls saraf dari reseptor ke sistem saraf pusat Neuron motor (eferen) Neuron eferen membawa respons otak ke efektor Membawa impuls saraf dari sistem saraf pusat ke efektor untuk menghasilkan gerak balas


Neuron Sensori (aferan) Menghubungkan reseptor dengan sistem saraf pusat Membawa impuls saraf dari reseptor ke sistem saraf pusat Neuron Motor (eferen) Menghubungkan sistem saraf pusat ke efektor Membawa impuls saraf dari sistem saraf pusat ke efektor untuk menghasilkan gerak balas


Mekanisme Kawalan Motor terhadap Rangsangan Kawalan motor ialah proses penghasilan lakuan motor. Dalam kawalan motor, terdapat dua jenis lakuan motor, iaitu lakuan motor tanpa kawalan (involuntari) dan lakuan motor terkawal (voluntari). Kedua-dua lakuan motor ini dihasilkan menerusi mekanisme fisiologi yang melibatkan sistem saraf. JENIS LAKUAN MOTOR LAKUAN MOTOR TANPA KAWALAN (INVOLUNTARI) Merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara luar kawalan. Pelaku tidak mampu memilih atau memodifikasikan lakuan yang terhasil. Lakuan ini dikenali sebagai pergerakan involuntari. Contohnya: Pantulan lutut Tarik tangan atau kaki bila terkena benda panas Pergerakan involuntari terhasil apabila situasi memerlukan pergerakan tersebut. LAKUAN MOTOR TERKAWAL (VOLUNTARI) merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan. Pelaku memilih dan menentukan untuk melakukan sesuatu pergerakan. Lakuan motor ini dikenali sebagai pergerakan voluntari. Mutu lakuan yang terhasil dipengaruhi oleh interaksi pelaku dengan persekitaran Interaksi pelaku dengan persekitaran dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti tahap kemahiran dan pengalaman dan latihan


Sumber Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4 LAKUAN MOTOR tanpa kawalan


LAKUAN MOTOR terkawal Sumber Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4


MEKANISME PEMPROSESAN SISTEM SARAF Proses penukaran impuls sensori kepada impuls motor berlaku Impuls sensori di hantar ke otak Reseptor menterjemah rangsangan daripada mata kepada sensori berdasarkan pilihan keputusan Sistem saraf pusat menghantar impuls motor ke efektor otototot yang terlibat bagi membuat pergerakan samada membuat rejaman terus atau memukul bola perlahan melepasi jaring Efektor mencetuskan mekanisme fisiologi penguncupan otot untuk membuat rejaman Mata bertumpu kepada pergerakan pihak lawan yang membuat hadangan dan membuat membuat pilihan samada membuat rejaman atau sekadar meukul bola perlahan melepasi jaring MULA Pergerakan merejam dilakukan AKHIR


SISTEM ENDOKRINA •Sistem badan yang terdiri dari kelenjar yang merembeskan hormon. •Hormon merangsang proses jangka panjang seperti pertumbuhan, metabolisme, pembiakan dan pertahanan badan. •Semua hormon berasaskan kepada asid amino atau steroid. HORMON Bahan kimia yang disintesis oleh selsel hidup. Dirembes ke dalam darah. Berupaya untuk mempercepatkan atau memperlahankan sesuatu fungsi biologi. Kelenjar Pituitari Kelenjar Tiroid Kelenjar Pankreas Kelenjar Adrenal Sistem endokrina berfungsi untuk mengawal atur keseimbangan persekitaran dalam badan melalui proses homeostasis. Proses homeostasis ini berlaku melalui tindak balas rembesan hormon. Oleh itu, koordinasi pada badan manusia terdiri daripada kawalan hormon,


Jenis hormon & fungsinya Kelenjar Hormon Fungsi Kesan Pituitari Hormon tumbesaran Growtah Hormon (GH) 1. Mempercepat kadar pertumbumbuhan dan perkembangan se tisu badan 2. Merangsang penguraian lemak untuk tenaga 1. Kekurangan menyebabkan kekerdilan 2. Lebihan menyebabkan kegergasian (acromegaly) Tiroid Trioksin & Triiodotironin 1. Mengawal kadar metabolisme dan sintesis protein 2. Mengawal kalsium dan fosfat 1. Kekurangan pada kanak-kanak akan menyebabkan kretisme 2. Kekurangan pada orang dewasa kan menyebabkan kelembapan pergerakan dan mental – bengkak muka 3. Kelesuan 4. Suhu badan rendah 5. kegemukkan Kalisitonin 1. Merangsang penyimpanan kalsium dalam tulang 2. Mengawal tahap fosfat dalam darah 1. Kekurangan menyebabkan kekuranagn kalsium yang akan menganngu penguncupan otot


Jenis hormon & fungsinya Kelenjar Hormon Fungsi Kesan Adrenal (medula) Epinefrin & Norepinefrin 1. Meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah 2. Memantau keseimbangan metabolisme peningkatan glukosa dalam darah 1. Lebihan epinephrin boleh merangsang sikap agresif 2. meningkatkan kadar denyutan jantung - menambahkan tahap kebimbangan. - meningkatkan tekanan darah Adrenal (korteks) Glukokortikoid & Mineralokortikoid 1. Mengimbangi cecair dalam badan Adrogen & Estrogen 1. Merangsang perkembangan sel-sel seks Kekurangan menjejaskan kesuburan Pankreas Insulin 1. Mengawal aras glukosa dalam darah pada paras normal 2. Merangsang penukaran glukosa kepada glikogen 1. Lebihan menyebabkan hiperglesimia 2. Kekurangan menyebabkan diabetis Glukogen 1. Merangsang penukaran glikogen kepada glukosa


Kelenjar Pituitari Terletak di bawah hipotalamus. Antara hormon-hormon yang dirembeskan ialah 1. hormon tumbesaran atau Growth Hormone (GH) Hormon tumbesaran ialah bagi metabolisme umum. Tindakan hormon ini Mempercepatkan kadar kadar pertumbuhan tubuh. Merangsang perkembangan tulang. Merangsang pengambilan asid amino oleh sel bagi mensintesis protein Merangsang penguraian lemak untuk tenaga. Cara ini memelihara homeostasis gula dalam darah dengan menyimpan glukosa Meningkatkan kadar bekalan tenaga daripada karbohidrat & lemak 2, Stimulasi Tiroid (TSH) Merangsang kelenjar tiroid merembeskan hormon tiroksin untuk mengawal denyutan jantung, metabolisme dan membantu mengatur suhu badan 3. Hormon Antidiuresis (ADH) Merangsang penyerapan kembali cairan tubuh dari ginjal. 4. Hormon Perangsang Folikel (FSH) Merangsang perkembangan folikel Graf pada ovari dan tulang rawan. 5. Adrenokortikotropik(ACTH) Hormon ni merangsang kelenjar adrenal untuk menghasilkan kortisol, yang sangat penting dalam mengawal tekanan darah, regulasi gula dalam darah dan meningkatkan metabolisme.


Fungsi Kelenjar Pituitari dalam Aktiviti Sukan Sukan tertentu memerlukan bentuk badan tertentu. Sebahagian besar acara sukan memerlukan pertumbuhan yang sempurna, bentuk badan yang sempurna . Hormon tumbesaran dapat membantu mempercepatkan kadar pertumbuhan tubuh serta membantu pengambilan asid amino bagi mensintesis protin untuk penghasilan tenaga daripada karbohidrat dan lemak yang sangat diperlukan oleh semua atlet. Begitu juga hormon-hormon lain yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari dapat membantu dalam meningkatkan prestasi atlet


Kelenjar Tiroid Terletak dibahagian bawah kerongkong dan di hadapan halkum. Kelenjar ini menghasilkan hormon tiroksin, triiodotaironin dan kalsitonin. Hormon tiroid adalah hormon yang utama bagi metabolisme. Penting untuk tumbesaran khususnya sistem pembiakan dan sistem saraf. Hormon kalsitonin merangsang penyimpanan kalsium pada tulang-tulang. Kekurangan iodin mengganggu pembentukan hormon tiroksin dan ini menyebabkan berlakunya beguk. Kekurangan tiroksin pada kanakkanak menyebabkan “kretisme” Bagi orang dewasa pula, kekurangan tiroksin menyebabkan kelembapan pergerakan dan mental, bengkak pada muka, kelesuan, suhu badan yang rendah dan kegemukan Hormon tiroksin berlebihan menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung, kadar metabolisme fisiologi yang tinggi, peningkatan sensitiviti saraf terhadap suhu panas dan kegelisahan.


Fungsi Kelenjar Tiroid dalam Aktiviti Sukan Hormon kalsitonin yang dirembeskan oleh kelenjar tiroid banyak membantu atlet dalam aksi sukan. Hormon Trioksin dan Triiodotironin yang berfungsi mengawal kadar metabolisme dan sintesis protein serta mengawal kalsium dan fosfat dapat meningkatkan kecekapan penguncupan dan pengenduran otot bagi membantu melancarkan lagi pergerakan otot dalam sukan.


Kelenjar Adrenal Terletak di atas ginjal. Terbahagi kepada adrenal korteks dan adrenal medulla. Adrenal korteks merembaskan hormon glukokortikoid, mineralokortikoid dan Androgen. Adrenal medula pula merembeskan hormon epinefrin dan norepinefrin. Kekurangan glukokortikoid dan mineralokortikoid boleh menyebabkan penyakit Addison. Lebihan glukokortikoid menyebabkan penyakit cushing Lebihan androgen daripada adrenal korteks menyebabkan sindromadrenogenital Lebihan hormon Epinefrin dan Norepinefrin pada atlet: -meningkatkan kadar denyutan jantung atlet - menambahkan tahap kebimbangan atlet. - meningkatkan tekanan darah pada atlet. Fungsi Kelenjar Adrenal dalam Aktiviti Sukan Korteks adrenal merembeskan hormon glukokortikoid dan mineralokortikoid. Medula adrenal pula merembeskan hormon adrenalina dan noradrenalina. Melalui rembesan hormon, kelenjar adrenal mengatur dan menyelaras banyak fungsi penting dalam tubuh, termasuk keseimbangan biokimia terutama dalam pemantauan keseimbangan metabolisme peningkatan glukosa dalam darah


Pankreas Pankreas terletak berhampiran dengan perut. terdapat kelenjar endokrina yang dikenali sebagai kumpulan pankreatik (pancreatic islets). Lebihan insulin akan menyebabkan hipoglisemia, sementara kekurangan atau ketiadaan insulin pula boleh menyebabkan diabetis mellitus. Jika aras glukosa dalam darah rendah, glukagon akan dirembeskan agar dapat menghuraikan glikogen kepada glukosa. Jika aras glukosa dalam darah tinggi, hormon insulin akan dirembeskan bagi bertindak meningkatkan keupayaan sel-sel menerima glukosa


Fungsi Kelenjar Pankreas dalam Aktiviti Sukan Kelenjar pankreas sangat berkait rapat dengan sistem tenaga dalam tubuh badan manusia terutama untuk atlet. Keperluan hormon insulin bertindak balas dengan sempurna membantu membekalkan sumber tenaga yang diperlukan oleh badan dalam membantu mekanisme pergerakan lakuan motor atlet untuk aktiviti fizikal.


Click to View FlipBook Version