The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eda.my7277, 2021-03-30 01:14:01

Pertanian Tingkatan 4

Pertanian Tingkatan 4

KESAN KEASIDAN PADA TANAH

KESAN KEASIDAN PADA TANAH

Ketersediaan Nutrien Aktiviti Mikrob Penyakit Tumbuhan

Rajah 1.20 Kesan keasidan pada tanah

KETERSEDIAAN NUTRIEN

Nilai pH tanah mempengaruhi ketersediaan nutrien. Nutrien mudah larut dalam larutan tanah pada
pH tertentu. Pada pH yang rendah tanah akan kekurangan nutrien makro seperti Nitrogen, Fosforus,
Potasium, Sulfur, Kalsium dan Magnesium. Manakala nutrien mikro ialah Ferum, Mangan Dioksida,
Boron dan Kuprum & Zink. Pada pH 5.5-6.5 tanah mempunyai kandungan nutrien yang baik dan
seimbang. Tanah yang mempunyai pH yang terlalu tinggi (lebih daripada 8.5) tidak baik kerana
kandungan nutrien makro dan mikro yang rendah. Nilai pH yang terlalu rendah akan menyebabkan
pembebasan ion ferum dan magnesium. Pada nilai pH tinggi, ion kalsium dan magnesium akan
dibebaskan. Keempat-empat ion itu akan bertindak balas dengan fosfat membentuk fosfat yang
tidak larut. Keadaan ini menyebabkan fosfat kurang tersedia dalam tanah apabila pH terlalu tinggi
atau rendah. Rajah 1.21 di bawah menunjukkan pengaruh pH tanah terhadap ketersediaan nutrien.

Rajah 1.21 pH tanah terhadap ketersediaan nutrien
AKTIVITI MIKROB
Pada pH 5.5–7.8 kebanyakan mikroorganisma yang bermanfaat kepada tumbuhan dapat hidup.
Mikroorganisma yang menjalankan proses penitratan akan terjejas apabila kurang daripada pH 5.5.

PENYAKIT TUMBUHAN
Patogen merupakan penyebab penyakit kepada tumbuhan. Nilai pH tanah yang rendah akan
menyebabkan kulat mudah membiak dan tumbuhan sukar memperoleh nutrien. Nilai pH tanah
yang tinggi atau rendah akan menyebabkan pertumbuhan akar terjejas.

43

EKSPERIMEN 7

TAJUK: Menentukan nilai pH tanah menggunakan meter pH

BAHAN DAN ALATAN: Meter pH, bikar 50 ml, spatula, alat penimbang dan jam randik,
sampel tanah, air suling dan lesung batu

PERKARA YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN
EKSPERIMEN

• Gunakan air suling untuk melarutkan larutan
• Meter pH perlu dipegang dengan betul bagi mendapatkan keputusan yang sebenarnya
• Tanah yang ditumbuk perlulah kering

123

Sediakan bahan-bahan dan Uji meter pH dalam larutan Hancurkan tanah dengan
peralatan eksperimen. penampan pH 4.1 menggunakan lesung batu.
atau pH 7.01. 6
4
5

Masukkan 10 gm sampel Kacau larutan hingga Masukkan meter pH.
tanah sebati dan biarkan selama Dapatkan bacaan pH tanah.
20 minit. Kacau semula Catatkan pada laporan
dan 10 ml air suling ke eksperimen. Ulang langkah
dalam bikar. larutan tersebut. eksperimen dengan menggunakan

KEPUTUSAN EKSPERIMEN sampel tanah yang lain.
Bil Sampel Tanah
1 Sampel Tanah 1 Nilai pH Sifat Asid/ Alkali
2 Sampel Tanah 2
3 Sampel Tanah 3
4 Sampel Tanah 4
5 Sampel Tanah 5

KESIMPULAN: ________________________________________________________________

44

EKSPERIMEN 8

TAJUK: Menentukan pH tanah menggunakan kaedah Kuhn
BAHAN DAN ALAT: Tabung uji, rak tabung uji, penutup getah, penitis, spatula, sampel
tanah, Barium Sulfat, larutan penunjuk universal, carta pH dan air
suling

PERKARA YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN
EKSPERIMEN

• Kuantiti Barium Sulfat dan sampel tanah sama banyak
• Jangan gunakan ibu jari menutup tabung uji semasa menggoncang
• Goncang sehingga sebati supaya mendapat keputusan yang dikehendaki

123

Masukkan Barium Sulfat ke Tambah sampel tanah Tambahkan air suling sehingga
dalam tabung uji sebanyak sehingga 5cm ¾ penuh tabung uji dan titiskan
2.5cm (tinggi tabung uji).
(tinggi tabung uji). 2-5 titisan larutan penunjuk
universal ke dalam tabung uji.
45
6

Tutup tabung uji dengan Tabung uji yang telah Padankan warna yang terhasil

penyumbat getah dan goncang digoncang diletakkan dalam rak dengan carta pH dan tentukan
pH tanah tersebut.
tabung uji sehingga sebati. dan biarkan semalaman.

KEPUTUSAN EKSPERIMEN

Bil Sampel Tanah Warna Tanah Nilai pH Sifat Asid/ Alkali

1 Sampel Tanah 1

2 Sampel Tanah 2
3 Sampel Tanah 3

4 Sampel Tanah 4

5 Sampel Tanah 5

KESIMPULAN: ________________________________________________________________

45

1.2.3 KAEDAH MEMPERBAIKI TANAH

Tanah di Malaysia tergolong dalam kumpulan tanah bermasalah seperti tanah asid sulfat, tanah
gambut, tanah bekas lombong, tanah BRIS dan tanah liat. Amalan-amalan membaiki tanah yang
bermasalah ini dapat dilihat pada Rajah 1.22.

Pembajaan

Pengapuran Pemugaran

KAEDAH
MEMPERBAIKI

TANAH

Pengairan Penyaliran

Rajah 1.22 Kaedah membaiki tanah

PEMUGARAN

Pemugaran ialah proses memecah, melonggar dan menggemburkan keadaan tanah yang padat untuk
tujuan penanaman. Terdapat dua jenis pemugaran iaitu pemugaran primer dan pemugaran sekunder.
Jenis pemugaran dan jentera yang biasa digunakan dapat dilihat pada Rajah 1.23.

PEMUGARAN

Primer Sekunder
Bajak Piring Bajak Putar
Bajak Pahat Bajak Sikat
Bajak Sepak Bajak Pembatas
Bajak Sisir

Rajah 1.23 Proses pemugaran tanah
46

Pemugaran Primer
Pemugaran Primer merupakan aktiviti membajak tanah pada peringkat awal yang membolehkan
lapisan tanah keras dipotong dan dibalikkan, dipecah dan dilonggarkan dengan menggunakan sama
ada bajak piring, bajak sepak atau bajak pahat. Antara tujuan pemugaran primer adalah:
1. Memotong dan membalikkan tanah
2. Memecah dan melonggarkan lapisan tanah keras
3. Menyediakan permukaan tanah yang sesuai untuk dikerjakan oleh alat pemugaran sekunder
Alat pemugaran primer digunakan untuk melakukan kerja yang berat iaitu dengan memugarkan
lapisan tanah pada paras yang lebih dalam dan menghasilkan permukaan tanah yang kasar.

Alat pemugaran primer adalah:

Bajak piring

Memotong, mengangkat, memecah dan
membalikkan tanah. Sesuai untuk tanah
yang melekit dan keras.

Bajak pahat

Memecah dan melonggarkan lapisan
tanah keras.

Bajak sepak

Memotong, mengangkat dan
membalikkan tanah.

47

Pemugaran Sekunder
Pemugaran Sekunder ialah proses membajak peringkat akhir yang membolehkan ketulan tanah
dihancurkan dan digembur sehingga sesuai untuk penanaman dengan menggunakan sama ada bajak
putar, bajak sikat, bajak sisir atau pembatas. Pemugaran sekunder dilaksanakan selepas pemugaran
primer. Tujuan pemugaran sekunder adalah:

1. Menggemburkan tanah
2. Menghancur dan memusnahkan rumpai
3. Menggaul sisa tanaman dengan baja di dalam tanah
Alat pemugaran sekunder melakukan kerja yang lebih ringan iaitu menghancurkan tanah kepada
saiz yang lebih kecil supaya kerja penanaman dapat dijalankan.

Bajak Putar

Memecah dan menghancurkan tanah.

Bajak Sikat Memecahkan ketulan tanah yang kasar
Bajak Pembatas supaya menghasilkan tanah yang lebih
Bajak Sisir sesuai untuk percambahan biji benih.

48 Membuat batas dan alur antara batas.

Menghancurkan tanah, mengeluarkan
rumpai, sisa tanaman dan akar kayu.

PENGAPURAN

Nilai pH bagi kebanyakan tanaman adalah pH 5.5–pH 6.5. Oleh itu pengapuran perlu dilakukan
untuk menaikkan pH ke tahap yang sesuai untuk sesuatu jenis tanaman. Tanah yang pH rendah akan
menjejaskan penyerapan kation oleh akar. Pengapuran biasanya dibuat apabila pH tanah kurang
daripada pH 5.0.

TUJUAN PENGAPURAN

Tujuan utama pengapuran ialah bagi mengurangkan keasidan tanah, membekalkan nutrien tumbuhan
dan membaiki agregat tanah. Gambar foto 1.4 menunjukkan contoh kapur pertanian yang digunakan
dalam aktiviti pengapuran.

Gambar foto 1.4 Kapur pertanian

FAKTOR YANG AKAN DIPERTIMBANGKAN SEBELUM PENGAPURAN.
Rajah 1.24 menunjukkan faktor yang dipertimbangkan sebelum aktiviti pengapuran.

Jenis Tanaman Jenis Tanah

FAKTOR YANG Jenis Kapur
DIPERTIMBANGKAN

SEBELUM
PENGAPURAN
Kandungan
Bahan Organik

Rajah 1.24 Faktor yang dipertimbangkan sebelum aktiviti pengapuran

49

JENIS TANAH
Tanah asid sulfat (tanah masam) tanah bekas lombong (tanah BRIS) dan tanah gambut boleh dirawat
dengan bahan kapur. Kuantiti bahan kapur yang digunakan adalah berbeza mengikut jenis tanah.

JENIS TANAMAN
Kadar pengapuran yang hendak dilakukan bergantung kepada jenis tanaman yang hendak ditanam.
Tanaman yang sesuai terhadap keadaan tanah berasid tidak memerlukan bahan kapur yang banyak.

JENIS KAPUR
Jadual 1.11 menerangkan maklumat mengenai jenis bahan kapur.

Jadual 1.11 Jenis bahan kapur

JENIS KAPUR NAMA KIMIA CIRI
Mudah didapati dan membekalkan kalsium sahaja
Kalsit • Kalsium Karbonat

Kapur Dolomit • Kalsium Karbonat Mudah didapati, membekal kalsium dan magnesium
• Kalsium Magnesium
• Karbonat

Kapur Tohor • Kalsium Oksida Kandungan kalsium tinggi

Kapur Mati Berwarna putih likat seperti krim yang dihasilkan dari
• Kalsium Hidroksida cengkerang, siput laut yang telah dibakar. Hasil daripada

debu cengkerang

KANDUNGAN BAHAN ORGANIK

Pengapuran membantu mengurangkan keasidan tanah seterusnya menyediakan keadaan tanah yang
sesuai untuk aktiviti organisma mikro dan makro. Organisma ini akan menghuraikan sisa tanaman
atau sisa haiwan menjadi bahan organik dengan lebih cepat.

KADAR PENGAPURAN

Ground Magnesium Limestone (GML) ialah kadar pengiraan keperluan kuantiti kapur pertanian
untuk sehektar. Jadual 1.12 menunjukkan kadar GML bagi sehektar.

Jadual 1.12 Kadar GML sehektar

Jenis tanah Kadar GML Sehektar
Tanah jenis gambut 20 – 25 tan (untuk kali pertama)

Tanah jenis mineral 3 – 6 tan (jika kurang pH 5 atau untuk kali ke-2)

Sumber: (MARDI)

50

Masa Pengapuran

Kerja-kerja pengapuran dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum menanam iaitu semasa
pembajakan.

Tindak balas Kimia Kapur
Gambar foto 1.5 dan 1.6 masing-masing menunjukkan kesan kapur kepada pertumbuhan akar.

CaCO3 + H2O Ca2++ HCO3- + OH-

Gambar foto 1.5 Kesan kapur kepada Gambar foto 1.6 Kesan kapur kepada
pertumbuhan akar pada pH 7 pertumbuhan akar pada pH 3

PENYALIRAN

Penyaliran adalah aktiviti menyalirkan air daripada kawasan tanaman. Penyaliran dilakukan supaya
tanaman mendapat air yang optimum. Pengurusan air hendaklah dilakukan dengan baik untuk
memastikan keperluan air sentiasa tersedia sepanjang masa terutamanya pada musim kemarau.
Terdapat tiga jenis sistem saliran atas tanah yang boleh diamalkan oleh petani. Iaitu:
1. Sistem Parit Rawak

Mengandungi satu barisan parit dari tempat air bertakung. Dari tempat bertakung air akan
dialirkan ke parit berung dan kemudiannya ke parit besar untuk dikeluarkan dari kawasan ladang.

2. Sistem Parit Tulang Hering
Berbentuk seperti tulang ikan dan memerlukan persimpangan di antara kedua-dua parit.

3. Sistem Parit Selari
Pembinaan beberapa batang parit yang selari dan mencerun ke arah parit berung. Rajah 1.25
menunjukkan contoh penyaliran sistem parit tulang hering dan Rajah 1.26 penyaliran sistem
parit selari.

Rajah 1.25 Penyaliran sistem parit tulang hering Rajah 1.26 Penyaliran sistem parit selari
51

PENGAIRAN

Pengairan ialah kaedah penyiraman atau membekalkan air kepada tanaman. Penggunaan mekanisasi
dalam pengairan sangat diperlukan untuk bidang usaha tanaman berskala besar. Jadual 1.13
menunjukkan jenis pengairan. Sistem pengairan dijalankan di kawasan penanaman bagi mengatasi
masalah kekurangan air untuk meringankan beban kerja petani menyiram tanaman.

Jadual 1.13 Jenis Pengairan

Jenis Pengairan Catatan
Sistem pengairan titisan
Air dibekalkan ke pangkal tanaman secara titisan dengan
menggunakan tekanan yang rendah

Sistem pengairan banjir Air dilepaskan ke kawasan tanaman dengan menggunakan
pam air

Sistem pengairan percikan Air disiram kepada tanaman dengan menggunakan pam air

Gambar foto 1.7 dan 1.8 menunjukkan kaedah pengairan percikan dan kaedah pengairan titisan.

Gambar foto 1.7 Pengairan percikan Gambar foto 1.8 Pengairan titisan

PEMBAJAAN

Baja membekalkan nutrien tanaman untuk pertumbuhan tanaman. Kepentingan pembajaan ialah:

1. Membekal nutrien pada tanah
2. Membantu dalam merangsang pertumbuhan dan kegiatan organisma tanah bagi

menyuburkan tanah

Gambar foto 1.9 menunjukkan aktiviti pembajaan.

Gambar foto 1.9 Aktiviti pembajaan
52

REFLEKSI 1.2 JENIS STRUKTUR
• Butir Rapuh
STRUKTUR • Berlapis
TANAH • Berblok
• Prismatik
PEMULIHARAAN pH TANAH • Kolumnar
TANAH
KEPENTINGAN
KAEDAH STRUKTUR TANAH
MEMPERBAIKI • Mengekalkan Daya

TANAH Pegangan Air
• Membaiki

Pengudaraan
• Mencegah Kepadatan
• Mencegah Hakisan

FAKTOR MEMPENGARUHI
pH TANAH
• Kandungan Bahan Induk
• Larut Resapan
• Penambahan Asid

Karbonik dan Asid Nitrik
• Penggunaan Baja
• Pereputan Bahan Organik

KESAN KEKURANGAN pH
TANAH
• Ketersediaan Nutrien
• Aktiviti Mikrob
• Penyakit Tumbuhan

Pemugaran

Pengapuran

Penyaliran

Pengairan

Pembajaan

53

JANA MINDA

Jawab soalan berikut.
1. Terangkan maksud struktur tanah.

…………………………………………………………………………….........................
.............................................................................................................................................

2. Nyatakan nama struktur tanah berikut: iii) iv)
i) ii)

3. Nyatakan tiga kepentingan struktur tanah.
i) ……………………………………………………………………………...
ii) ……………………………………………………………………………....

iii) ……………………………………………………………………………....
4. Tandakan (√) bagi pernyataan yang benar dan (x) bagi pernyataan yang salah tentang

kesan pH tanah.
Ion fosfat kurang tersedia pada pH yang rendah
Aktiviti patogen terencat pada pH yang rendah
Proses penitratan akan terjejas pada pH 6 hingga pH 7
pH yang sesuai bagi kebanyakan tanaman ialah pH 5.5 hingga pH 6.5

5. Terangkan tiga kepentingan pembajaan.
i) ……………………………………………………………………………...
ii) ……………………………………………………………………………....

iii) ……………………………………………………………………………....
6. Nyatakan tiga kaedah memperbaiki tanah supaya sesuai untuk penanaman.

i) ……………………………………………………………………………...
ii) ……………………………………………………………………………....
iii) ……………………………………………………………………………....

54

7. A dan B adalah menunjukkan kesan pH tanah

A Ketersediaan Nutrien B Penyakit Tumbuhan

Padankan kesan pH tanah itu dengan pernyataan di bawah dengan menulis A dan B pada petak
yang disediakan.

i) Pada nilai pH tanah yang rendah kulat mudah membiak
ii) Pada pH 5.5-pH 6.5 nutrien dalam tanah dapat diambil oleh tumbuhan

8. Lengkapkan carta alir eksperimen menentukan pH tanah kaedah Kuhn.
Masukkan Barium Sulfat dan sampel tanah dalam tabung uji

i.

ii.
Tutup dan goncang tabung uji hingga sebati

9. Nyatakan tiga jenis bahan kapur yang biasa digunakan.
i) ……………………………………………………………………………..
ii) ……………………………………………………………………………..
iii) ………………………………………………………………………….....

10. Nyatakan empat faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum melakukan pengapuran
dalam amalan membaiki tanah.
i) ……………………………………………………………………………….
ii) ………………………………………………………………………………
iii) ……………………………………………………………………………..
iv) ……………………………………………………………………………...

55

UNIT BAJA DAN PEMBAJAAN

1.3

56

BAJA DAN PEMBAJAAN

Baja ialah bahan yang ditambah pada tanah untuk membekalkan nutrien kepada tanaman dengan
tujuan meningkatkan hasil dan kualiti tanaman. Penggunaan baja sangat penting untuk kelestarian pertanian.

Pertanian moden pada hari ini banyak bergantung kepada penggunaan baja terutamanya baja
yang berunsur nitrogen sebagai bahan untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman. Keperluan
pembajaan bergantung kepada jenis tanaman dan tahap kesuburan tanah. Penggunaan baja organik
atau baja kimia memberi kesan sampingan kepada kesuburan tanah dan kualiti tanaman. Kesan
sampingan ini boleh dikawal melalui amalan pembajaan yang betul. Good Agricultural Practices
(GAP) bertujuan untuk meningkatkan hasil tanaman.

INFO TAMBAHAN

Good Agricultural Practices (GAP) merupakan satu pendekatan dalam sistem pengembangan
pertanian Jabatan Pertanian Malaysia untuk memastikan pengeluaran hasil pertanian berkualiti
dan selamat dimakan. GAP mengambil kira pengurusan ladang yang mesra alam sekitar. GAP
ialah amalan-amalan yang dilaksanakan semasa proses pengeluaran dan pengendalian hasil bagi
memastikan hasil ladang adalah berkualiti, selamat dimakan dan tidak menimbulkan risiko kepada
alam sekitar dan pekerja ladang. Dasar agro makanan negara memberikan penekanan terhadap
sektor agromakanan yang mahukan perlaksanaan GAP oleh semua pengusaha ladang pertanian
makanan.

Baja terdiri daripada pelbagai bentuk iaitu:

i. Pelet (pellet) ii. Debu

iii. Butir iv. Cecair (foliar)

57

1.3.1 JENIS BAJA

Baja dapat dikelaskan sebagai baja organik yang mengandungi elemen semula jadi dan baja kimia
yang mengandungi elemen kimia. Rajah 1.27 menunjukkan contoh jenis baja:

BAJA

BAJA ORGANIK BAJA KIMIA
Tinja Haiwan
Sisa Kilang Baja Tunggal
Sisa Ladang Baja Sebatian
Baja Campuran
Baja Lengkap

Rajah 1.27 Jenis baja

BAJA ORGANIK

Baja organik adalah baja semulajadi yang terhasil daripada proses pereputan sisa haiwan dan
tumbuhan. Baja organik merupakan baja yang mesra alam kerana dihasilkan tanpa menggunakan
bahan kimia. Rajah 1.28 menunjukkan contoh sisa pertanian yang boleh dijadikan baja organik.

BAJA ORGANIK

Tinja Haiwan yang Sisa Kilang Sisa Ladang
Diproses Pertanian

Tinja ayam Hampas kelapa sawit Sekam padi
58 Rajah 1.28 Contoh jenis baja organik

TINJA HAIWAN YANG DIPROSES

Tinja ternakan boleh dijadikan baja sama ada digunakan secara terus atau setelah diproses. Selalunya,
tinja tersebut diasingkan daripada rumput dan sampah. Tinja disimpan selama 40 hari sehingga
mengalami penguraian bakteria bagi menghasilkan baja kompos. Baja dalam bentuk kering sering
digunakan kerana keadaannya yang lebih mudah ditangani dan tidak berbau.

SISA KILANG PERTANIAN

Sisa kilang pertanian seperti kilang memproses minyak kelapa sawit menghasilkan bahan
buangan sampingan seperti tandan kelapa sawit dan hampas isi rong. Kilang memproses padi pula
menghasilkan sekam padi. Kesemua hasil sisa kilang pertanian ini boleh dihancurkan dan diproses
menjadikan baja organik.

SISA LADANG

Sisa ladang terdiri daripada sisa tanaman dan sisa ternakan. Contoh sisa tanaman seperti batang
jagung, sayuran yang rosak dan rumput yang dipotong. Sisa ternakan pula merujuk kepada baja
haiwan ternakan.

Laman Nyatakan contoh sisa ladang lain yang boleh
ICT dijadikan baja organik berserta kesanya kepada
tanah.

Apakah itu baja organik? Mengapakah petani lebih memilih penggunaan
baja kimia daripada baja organik? Bincangkan.
BAJA KIMIA

Baja kimia ialah baja yang terhasil daripada bahan tidak organik yang diproses secara sintetik
bagi memasukkan satu nutrien utama atau lebih. Baja terbahagi kepada empat jenis. Rajah 1.29
menunjukkan jenis-jenis baja kimia.

Baja Baja
Tunggal Sebatian

BAJA KIMIA Baja
Baja Lengkap
Campuran

Rajah 1.29 Jenis baja kimia

59

BAJA TUNGGAL

Baja tunggal ialah baja yang mengandungi satu nutrien utama yang diperlukan oleh tanaman. Baja
tunggal terdiri daripada Nitrogen atau Fosforus atau Kalium. Contoh baja tunggal dapat dilihat pada
Gambar foto 1.12.

K

CIRP
N P2O5

Gambar foto1.12 Jenis baja tunggal

BAJA SEBATIAN

Baja sebatian merupakan baja yang mengandungi dua atau lebih unsur nutrien utama tanaman yang
disebatikan secara kimia. Kandungan nutriennya disediakan dalam pelbagai nisbah.

8% N 28% N 17% N
24% P 14% P 17% P
24% K 14% K 17% K

BAJA CAMPURAN

Baja campuran ialah baja yang dihasilkan daripada campuran dua atau lebih baja tunggal yang
berbeza saiz, bentuk dan ketumpatan. Campuran dilakukan secara fizikal tanpa melibatkan tindak
balas kimia.

BAJA LENGKAP

Baja lengkap mengandungi kombinasi semua nutrien utama yang diperlukan iaitu nitrogen, fosforus
dan kalium. Baja lengkap juga mengandungi nutrien mikro, campuran enzim dan pengawal tumbuhan
semula jadi. Jadual 1.14 menunjukkan maklumat jenis-jenis baja dan fungsinya.

Jadual 1.14 Jenis-jenis baja dan fungsinya

JENIS BAJA FUNGSI CONTOH BAJA
Baja Tunggal Baja yang membekalkan satu
unsur sahaja - Urea (46%N),
Baja Sebatian - CIRP (35%P2O5)
Baja Campuran Baja tunggal yang dicampur - Muriate of Potash (60%K2O)
Baja Lengkap secara kimia
- NPK Hijau
- NPK Blue Special

Baja tunggal yang dicampur - ‘Mixture’
secara fizikal - Baja Campuran

Mengandungi semua unsur - Baja campuran
nutrien - Baja sebatian
- Baja foliar

60

KAEDAH PEMBAJAAN

Pembajaan boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah pembajaan. Kaedah pembajaan ini bergantung
kepada jenis tanaman yang diusahakan. Terdapat lima kaedah yang digunakan dalam aktiviti
pembajaan iaitu.

Kawasan
yang sesuai
untuk
pembajaan.

Lingkungan
kanopi

Taburan Teknik Taburan Teknik Alur

Bahan baja ditabur secara sekata di atas Alur
permukaan tanah. Penaburan biasanya dilakukan
ke atas bahan pepejal, iaitu granul atau butiran Baja pepejal diletak dalam alur dan
halus. Baja juga boleh diletak pada sekeliling dikambus semula seperti gambar rajah
pangkal pokok iaitu selepas pokok itu berumur diatas. Cara membaja ini sesuai digunakan
3 hingga 4 minggu. Cara pembajaan ini dikenali untuk tanaman yang mudah rosak apabila
sebagai pembajaan permukaan dan melibatkan tersentuh bahan baja.
penggunaan baja nitrogen.

61

Poket

Poket (Pocket Placement) Semburan (Foliar Feeding)
Larutan cecair baja boleh disembur untuk
Pembajaan secara poket dilakukan pada pokok merawat kekurangan nutrien tertentu,
buah-buahan atau pokok yang ditanam secara khasnya mikronutrien.
tunggal. Lubang-lubang poket digali sedalam
10-15 cm di hujung kanopi kerana bahagian ini Terangkan mengapakah dalam kaedah
merupakan zon akar yang aktif. Baja diletakkan titisan pemberian baja berbentuk
dalam lubang-lubang poket dan dikambus. cecair terus dilakukan ke pangkal
pokok?

Titisan
Kaedah pemberian baja berbentuk cecair terus ke
pangkal pokok. Contoh pembajaan titisan ialah
sistem fertigasi.

62

KEBAIKAN PENGGUNAAN BAJA ORGANIK

Rajah 1.30 di bawah menunjukkan kebaikan penggunaan baja organik.

Meningkatkan Membaiki Meningkatkan
Ketersediaan Keadaan Kadar

Nutrien Tanah Penyerapan
KEBAIKAN dan Pegangan
PENGGUNAAN
BAJA ORGANIK Air

Menambahkan Menambahkan
Mikrob Kandungan
dalam Nutrien
Tanah dalam
Tanah

Rajah 1.30 Kebaikan penggunaan baja organik

MEMBAIKI KEADAAN TANAH

Selain memberikan zat-zat makanan kepada tanah dan tumbuhan, baja organik juga dapat membaik
pulih keadaan fizikal tanah dengan membaiki tekstur dan struktur tanah.

MENINGKATKAN KADAR PENYERAPAN DAN PEGANGAN AIR

Baja organik mengandungi banyak mikroorganisma yang berupaya menambahkan rongga udara
dalam tanah. Ini menyebabkan peningkatan kadar serapan air akibat daripada penambahan liang
mikro dalam tanah.

MENAMBAHKAN KANDUNGAN NUTRIEN DALAM TANAH

Pereputan bahan organik membekalkan nutrien kepada akar tumbuhan. Bahan organik meningkatkan
pegangan nutrien tanah kerana mempunyai banyak cas negatif yang berupaya mengikat nutrien yang
bercas positif.

MENAMBAHKAN MIKROB DALAM TANAH

Baja organik mengandungi mikroorganisma yang boleh membantu menguraikan sisa tanaman dan
haiwan. Baja organik menjadi tempat pembiakan mikroorganisma tanah kerana ia menjadi
sumber makanan.

MENINGKATKAN KETERSEDIAAN NUTRIEN

Baja organik tidak dapat menyediakan nutrien dengan cepat berbanding baja kimia kerana kandungan
nutrien dalam baja organik dibebaskan secara perlahan. Penggunaan baja organik akan menambah
pH tanah seterusnya meningkatkan ketersediaan nutrien dalam tanah.

63

KEBAIKAN PENGGUNAAN BAJA KIMIA

Rajah 1.31 menunjukkan kebaikan baja kimia.

Kesan Tindak
Balas Cepat

Membekalkan KEBAIKAN Menambah
Nutrien BAJA KIMIA Nutrien
Khusus
dalam Tanah

Rajah 1.31 Kebaikan baja kimia

KESAN TINDAK BALAS CEPAT

Baja kimia lebih mudah larut berbanding baja organik. Oleh itu nutrien yang dibekalkan oleh baja
kimia lebih tersedia berbanding baja organik. Nutrien di dalam baja organik hanya tersedia setelah
bahan organik tersebut dihuraikan oleh mikroorganisma tanah.

Akar tumbuhan bertindak balas cepat terhadap baja kimia. Medium pengangkutan menyerap
semua nutrisi dalam tanah. Nutrien akan dipindahkan kepada semua bahagian tumbuhan seperti
daun, buah dan batang bergantung kepada kadar penyerapan dan proses dijalankan oleh tumbuhan.
Stomata di bahagian daun akan menyerap kandungan karbon dioksida dalam bentuk gas bagi
kegunaan kitar karbon dan kitar oksigen dalam proses fotosintesis. Setiap unsur memainkan peranan
dan tugas yang tersendiri bagi memastikan tumbesaran tanaman dan memberikan sokongan terhadap
kitar hidup sesuatu tanaman.

MEMBEKALKAN NUTRIEN KHUSUS

Terdapat beberapa jenis baja yang mempunyai fungsi dalam membekalkan nutrien khusus
tertentu. Contoh baja tunggal Urea (46%N) hanya membekalkan satu unsur utama untuk tanaman.
Unsur Nitrogen untuk mempercepatkan tumbesaran dan menggalakkan pertumbuhan daun hijau.
Baja kimia CIRP (35% P2O5) khusus untuk mempercepatkan pengeluaran akar, bunga dan buah.
Penggunaan baja Muriat of Potash 60% dapat membekalkan nutrien untuk pengembangan bunga
dan buah.

MENAMBAH NUTRIEN DALAM TANAH

Baja kimia NPK mempunyai nutrien yang lengkap. Ia dapat membantu pertumbuhan tanaman yang
subur dan kaya dengan menambahkan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan. Kandungan nutrien
di dalam baja kimia boleh diubahsuai mengikut kehendak pengguna. Maka nutrien baja organik
bergantung kepada sumber baja tersebut.

Laman
ICT

Nutrien dan mineral yang
bertindak balas dengan tumbuhan.

64

KESAN SAMPINGAN PENGGUNAAN BAJA ORGANIK

Rajah 1.32 menunjukkan kesan sampingan baja organik ke atas tanah.

KESAN BAJA ORGANIK

Menggalakkan Penyebaran perosak Menjadi perumah Meresap lambat
pertumbuhan atau penyakit kepada perosak ke dalam tanah
tumbuhan lain
rumpai

Rajah 1.32 Kesan Sampingan baja organik ke atas tanah

MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN RUMPAI

Baja organik yang dihasilkan daripada tinja haiwan dan sisa tanaman mungkin mengandungi biji
benih rumpai. Apabila digunakan biji benih mungkin akan bercambah dan tumbuh bersama-sama
tanaman. Hal ini menyebabkan persaingan kepada tanaman untuk mendapatkan nutrien.
Gambar foto 1.10 menunjukkan jenis rumpai yang tumbuh.

Rumpai Ekor Kucing Lalang
(Pennisetum polystachion) (Imperata cylindrica)

Rumput Halia Hitam Rumput Sambau

(Cyperus rotundus) (Eleusine indica)

Gambar foto 1.10 Jenis rumpai

65

PENYEBARAN PEROSAK ATAU PENYAKIT TUMBUHAN LAIN.

Proses penguraian bahan organik menghasilkan haba dan menyebabkan suhu tanah meningkat.
Keadaan ini sangat sesuai untuk haiwan perosak seperti organisma mikro dan organisma makro
membiak. Gambar foto 1.14 menunjukkan contoh perosak.

Kumbang Tanduk Lalat Buah Koya

Gambar foto 1.14 Contoh perosak

PEROSAK DAN KESANNYA

Perosak Kesannya

Virus Mozek, daun kuning, corak bercincin, pertumbuhan terencat dan daun berpilin

Bakteria Bintik, layu, reput dan mati rosat

Kulat Reput, melecur, bonggol, kulapuk dan karat

Nematod Akar – bonggol, tercedera, bercabang dan reput

Serangga Daun berlubang dan buah rosak

Rumpai Hasil rendah dan pertumbuhan terbantut
Parasit Organisma yang mendapat faedah daripada perumah/mendapat makanan
daripada perumah.
Patogen Organisma penyebab penyakit seperti bakteria, kulat dan virus
Saprofit Organisma yang bergantung hidup pada perumah yang telah mati/mendapat
makanan daripada bahan yang reput
Vektor
Organisma pembawa patogen/punca penyakit

MENJADI PERUMAH KEPADA PEROSAK

Baja organik boleh menjadi perumah perosak seperti ulat, larva serangan, kumbang dan bakteria.
Organisma perosak boleh hidup dan membiak dalam baja organik menyebabkan koloni perosak
berkembang dan mengancam pertumbuhan tanaman.

INFO TAMBAHAN
Effective Microorganisms (EM) merupakan hasil kultur campuran daripada mikroorganisma hidup
yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteria jahat yang ada dalam sistem
tumbesaran. Kebaikan EM dalam bidang pertanian ialah:
• Menggalakkan pertumbuhan, pembungaan dan buah dalam tanaman
• Memperbaiki secara fizikal, kimia dan biologi persekitaran tanah dan menghalang

patogen-patogen tanah dan serangga
• Memperbaiki aktiviti fotosintesis pada tanaman
• Memastikan pertumbuhan pucuk dan tanaman
• Meningkatkan kecekapan bahan organik sebagai baja
• Membina ketahanan tanaman daripada penyakit dan serangga perosak

66

KESAN SAMPINGAN BAJA KIMIA

Rajah 1.33 menunjukkan kesan penggunaan baja kimia.

Mencederakan Meningkatkan
Tisu Tanaman Keasidaan
Tanah

KESAN
PENGGUNAAN

BAJA KIMIA

Meningkatkan Mencemarkan
Kos Produktiviti Air dan Tanah

Ladang

Rajah 1.33 Kesan penggunaan baja kimia

Penggunaan baja kimia untuk tanaman memberikan banyak kebaikan. Terdapat beberapa kesan
sampingan yang perlu diberi perhatian:

MENCEDERAKAN TISU TANAMAN

Baja yang terkena pada bahagian tumbuhan seperti batang dan daun menyebabkan bahagian tersebut
melecur. Keadaan ini akan mencederakan tisu tanaman dan boleh mengundang pelbagai penyakit
tanaman.

MENINGKATKAN KEASIDAN TANAH

Baja berasid seperti ammonia sulfat akan terurai di dalam tanah kepada ion ammonium (NH4+) dan
seterusnya dioksida kepada ion nitrat (NO3-) dan ion hidrogen(H+). Ion hidrogen akan menurunkan
pH tanah. Penggunaan berulang kali boleh menyebabkan pengumpulan toksik bahan kimia seperti
arsenik, kadmium, dan uranium dalam tanah. Penggunaan baja juga boleh mempengaruhi pH tanah.

MENCEMARKAN AIR DAN TANAH

Baja kimia mempercepatkan pengeluaran hasil pertanian. Walau bagaimanapun, keburukannya ialah
baja kimia tidak dapat mengekalkan kesuburan tanah dan juga tidak menggalakkan kehidupan
organisma tanah yang akan membantu penyuburan tanah dalam jangka masa panjang. Penggunaan
baja kimia mempunyai kelemahan contohnya baja nitrogen akan meresap dan mencemarkan sumber
air. Bekalan nitrogen yang berlebihan dalam sumber air akan menggalakkan pertumbuhan alga. Jika
pertumbuhan alga berlebihan ia akan menyebabkan tumbuhan akuatik lain mati. Pereputan sisa-sisa
tumbuhan akan mengurangkan bekalan oksigen.

MENINGKATKAN KOS PRODUKTIVITI LADANG Laman
ICT
Jika penggunaan baja kimia tidak dikawal kemungkinan
penggunaan secara berlebihan akan berlaku. Ini akan Kesan sampingan baja kimia.
menyebabkan pembaziran baja dan meningkatkan kos
produktiviti ladang.

67

KEPERLUAN NUTRIEN UNTUK TUMBUHAN

Rajah 1.34 menunjukkan keperluan nutrien untuk tumbuhan.

KEPERLUAN NUTRIEN UNTUK TUMBUHAN

NUTRIEN MAKRO NUTRIEN MIKRO
Boron (B)
Karbon (C) Klorin (Cl)
Hidrogen (H)
Oksigen (O) Kuprum (Cu)
Nitrogen (N) Ferum (Fe)
Fosforus (P)
Kalium (K) Mangan (Mn)
Kalsium (Ca) Molibdenum (Mo)
Magnesium (Mg)
Zink (Zn)
Sulfur (S)

Rajah 1.34 Keperluan nutrien untuk tumbuhan

68

Peranan dan Kesan Kekurangan Nitrogen, Fosforus, Kalium (NPK)

NPK perlu digunakan untuk mendapatkan hasil tanaman yang baik. Namun penggunaan NPK
yang tidak betul akan memberi kesan kepada tumbuhan. Jadual 1.15 menunjukkan kesan
kekurangan NPK.

Jadual 1.15 Peranan dan gejala kekurangan NPK

NUTRIEN PERANAN KESAN KEKURANGAN

Nitrogen (N) • Komponen utama klorofil • Tumbesaran terjejas
• Mempercepatkan tumbesaran tanaman • Klorosis pada urat daun
• Menggalakkan pembinaan tisu • Nekrosis pada tepi daun

Fosforus (P) • Mempercepatkan pengeluaran akar, • Warna merah atau ungu pada
bunga dan buah daun atau petiol daun

• Metabolisme kanji dan protein • Bahagian bawah daun
berubah daripada hijau kepada
kekuningan

Kalium (K) • Merangsang enzim proses fotosintesis • Tanda kekurangan bermula
dan respirasi pada daun tua

• Membantu pembinaan kanji dan protein • Klorosis antara urat daun
• Terlibat dalam sintesis kanji dan • Nekrosis tepi daun

karbohidrat
• Menggalakkan pengeluaran bunga

dan pembentukan buah
• Menggalakkan tumbesaran tisu meristem

Kekurangan Nitrogen (N) Kekurangan Fosforus (P)
Kekurangan Kalium (K) Nyatakan apakah faktor-faktor yang
boleh menyebabkan kekurangan
NPK?

69

PENGHASILAN BAJA ORGANIK

Penghasilan baja organik boleh mengurangkan kos dan tidak terlalu bergantung kepada produk baja
organik di pasaran. Sisa hasil tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran atau sisa tanaman yang
tidak digunakan boleh diguna semula untuk membuat baja organik. Selain itu larutan baja organik
juga boleh di buat daripada tulang atau kulit telur.

FERMENTED PLANT KAEDAH FERMENTED FRUIT
MENGHASILKAN
JUICES (FPJ) BAJA ORGANIK JUICES (FFJ)

FISH AMINO ACID (FAA) CALCIUM PHOSPHATE (CaP)
70

AKTIVITI 2

TAJUK: FERMENTED PLANT JUICES (FPJ)

BAHAN DAN ALATAN: Tumbuhan hijau atau sayur-sayuran, contoh: Kangkung, batang
pisang muda, pegaga, jantung pisang, putik manggis, gula merah,
kertas putih, gelang getah, bekas plastik, pisau,papan pemotong
dan mangkuk

KAEDAH PENGHASILAN LARUTAN BAJA:

123

Sediakan bahan-bahan dan Potong sisa tanaman bersaiz Gaulkan kangkung
peralatan yang diperlukan. antara 5-10cm. Timbang dan bersama-sama dengan
masukkan ke dalam mangkuk. gula merah dengan kadar 1:1.

56

Masukkan ke dalam bekas sehingga Tutup dengan penutup dan simpan
penuh dan tutup dengan kertas. Ikat di tempat redup selama 5–7 hari.
Tapis dan simpan di dalam bekas.
dengan gelang getah.

* Kadar penggunaan disyorkan ialah 2 ml pati ditambah dengan 1 liter air.

71

AKTIVITI 3

TAJUK: FERMENTED FRUIT JUICES (FFJ)
BAHAN DAN ALATAN: Buah-buahan yang masak dan manis-ciku, mangga, pisang,

dokong, betik dan lain-lain. Gula merah, kertas putih, gelang getah,
bekas plastik, pisau, papan pemotong dan mangkuk
KAEDAH PENGHASILAN LARUTAN BAJA:

12

Sediakan bahan-bahan dan peralatan Potong kecil buah. Gaulkan potongan
yang akan digunakan. buah dengan gula merah pada kadar 1:1.
4
3

Masukkannya dalam bekas dan tutup Tutup dengan penutup dan simpan di
dengan kertas. Ikat menggunakan tempat redup selama 5–7 hari. Tapis
gelang getah.
dan simpan di dalam bekas.

Buah epal tidak boleh digunakan
untuk membuat baja Fermented Fruit
Juices (FFJ). Bincangkan mengapa?

* Kadar penggunaan disyorkan ialah 2 ml pati ditambah dengan 1 liter air.

72

AKTIVITI 4

TAJUK: FISH AMINO ACID (FAA)
BAHAN DAN ALATAN: Ikan (contoh ikan yang boleh ialah ikan kembung, ikan sardin, ikan

tenggiri, ikan tongkol) gula merah, kertas putih, gelang getah, bekas
plastik, pisau, papan pemotong dan mangkuk
KAEDAH PENGHASILAN LARUTAN BAJA:

12

Sediakan bahan-bahan dan peralatan Potong ikan kepada saiz kecil. Gaul
yang digunakan. dengan gula merah dengan kadar 1:1.
4
3

Masukkan ke dalam bekas. Tutup Tutup dengan penutup botol dan simpan
dengan kertas dan ikat dengan di tempat redup selama 1 bulan. Tapis dan
gelang getah. simpan campuran baja di dalam bekas dan

tutup (jangan terlalu ketat).

* Kadar penggunaan disyorkan ialah 1 ml pati ditambah dengan 1 liter air.

73

AKTIVITI 5

TAJUK: CALCIUM PHOSPHATE (CaP)
BAHAN DAN ALATAN: Kulit telur, cuka beras, kertas putih, gelang getah dan bekas plastik.
KAEDAH PENGHASILAN LARUTAN BAJA:

12

Bakar kulit telur dan hancurkan. Campurkan kulit telur yang telah
3 dihancurkan dengan cuka beras pada

kadar 1:10.
4

Tutup dengan kertas dan ikat menggunakan Tutup dengan penutup botol dan simpan
gelang getah. di tempat redup selama 30 hari. Tapis dan
simpan campuran baja di dalam bekas dan

tutup (jangan terlalu ketat).

* Kadar penggunaan disyorkan ialah 1 ml pati ditambah dengan 1 liter air.

74

1.3.2 PENGIRAAN BAJA

KEPENTINGAN PENGIRAAN BAJA

MENGHITUNG KUANTITI NUTRIEN
Pengiraan keperluan nutrien perlu dirancang mengikut keperluan jenis tanah dan tanaman bagi
membekalkan nutrien yang betul tanpa menjejaskan tanah dan tanaman. Biasannya, keperluan
nutrien bergantung kepada analisa tanah dan daun.

MENGHITUNG KUANTITI BAJA
Penggunaan kuantiti baja yang sesuai dengan kadar penggunaan NPK yang tepat akan menghasilkan
tanaman yang subur. Penggunaan baja yang sesuai akan dapat menjaga kesuburan tanah dan pH
tanah. Tanah yang subur dapat memberi nutrien yang mencukupi kepada tanaman dan meningkatkan
pengeluarannya.

MENGHITUNG KOS BAJA
Baja merupakan salah satu bahan input dalam mengusahakan sesuatu bidang usaha tanaman. Ia
memerlukan kos yang banyak dalam perbelanjaan membeli baja. Oleh yang demikian, dengan
membuat pengiraan baja yang tepat dapat mengurangkan kos perbelanjaan baja. Penggunaan baja
adalah berbeza mengikut jenis tanaman dan jenis tanah di kawasan tanaman.

MENGHITUNG KUANTITI NUTRIEN

Rajah 1.35 di bawah ini menunjukkan maklumat yang diperlukan untuk menghitung kuantiti nutrien
dalam baja tunggal dan baja sebatian.

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN UNTUK
MENGHITUNG BAJA TUNGGAL DAN
BAJA SEBATIAN

Jenis Nutrien Gred Baja Berat Baja
(N, P2O5 dan K2O) da(npeKra2Otu)sd(aNla, mP2Oba5ja

Rajah 1.35 Maklumat yang diperlukan bagi penghitungan baja tunggal dan sebatian
Menghitung kuantiti nutrien adalah berdasarkan rumus berikut:

Berat Nutrien = Gred x Berat Baja
100

Gred baja menunjukkan peratus kandungan N, P2O5 dan K2O di dalam baja tersebut. Contohnya:
i) Baja 15:15:15 mempunyai 15%N, 15% P2O5 dan 15% K2O di dalam baja tersebut.

i) Baja 100 kg NPK 8:24:24 mengandungi 8 kg N, 24 kg P2O5 dan 24 kg K2O

75

Jadual 1.16 menunjukkan nutrien NPK.

Jadual 1.16 Nutrien NPK

NITROGEN FOSFORUS KALIUM

Urea (46% N) CIRP (35 % P2O5) Muriate of Potash (60% K2O)
Kalium sulfat (53% K2O)
Ammonia Sulfat (20%N) Superfosfat Tunggal (16% P2O5) Kalium nitrat (44 % K2O)

Kalsium Nitrat (15%N) Superfosfat Ganda Dua (25% P2O5)

Kalium Nitrat (15%N) Superfosfat Ganda Tiga (44% P2O5)

Ammonia Nitrat (35%N)

Natrium Nitrat (16%N)

1. Menghitung Kuantiti Nutrien Dalam Baja Tunggal

Contoh 1:
Baja Urea (46%N)
Bermaksud: 100 kg Baja Urea mengandungi 46 kg Nitrogen (N)
Jika 1 beg Baja Urea = 50 kg
Kuantiti Nutrien = Gred x Berat baja

100
Berat Nitrogen(N) = 46 kg Nitrogen x 50 kg Urea

100 kg Urea
= 23 kg Nitrogen

Contoh 2:
Hitung kandungan N yang terdapat dalam 240 kg Baja Urea (46%N)
100 kg Urea = 46 kg Nitrogen
240 kg Urea = 46 kg Nitrogen x 240 kg Urea

100 kg Urea
= 110.40 kg Nitrogen

2) Menghitung Kuantiti Nutrien Dalam Baja Sebatian

Contoh 1:
Contoh: Baja NPK 8:24:24
Bermaksud: 100 kg baja NPK mengandungi 8 kg N, 24 kg P2O5 dan 24 kg K2O
Jika 1 beg baja NPK = 50 kg

Kandungan N: 8 kg N x 50 kg NPK
Kandungan P2O5: 100 kg NPK
Kandungan K2O = 4 kg Nitrogen
24 kg P2O5 x 50 kg NPK
100 kg NPK
= 12 kg P2O5
24 kg K2O x 50 kg NPK
100 kg NPK
= 12 kg K2O

76

Contoh 2:
Hitungkan kandungan N, P2O5 dan K2O dalam 180 kg baja sebatian NPK 12:14:17.
(Gred baja ini ialah 12% N, 14 % P2O5 dan 17 K2O)

Kandungan N: 100 kg NPK 12 kg N

180 kg NPK 12 kg N x 180 kg NPK

100 kg NPK

= 21.6 kg Nitrogen

Kandungan P2O5: 100 kg NPK 14 kg P2O5
180 kg NPK 14 kg P2O5 x 180 kg NPK
100 kg NPK

Kandungan K2O: 100 kg NPK = 25.5 kg P2O5
180 kg NPK 17 kg K2O
17 kg K2O x 180 kg NPK
100 kg NPK

= 30.6 kg K2O

MENGHITUNG KUANTITI BAJA

Maklumat yang diperlukan ialah nama baja, gred baja, peratus dan berat nutrien.

Menghitung kuantiti baja adalah berdasarkan rumus berikut:

Berat Baja = 100 x Berat Nutrien
Gred

BAJA TUNGGAL

Contoh: Jika tumbuhan memerlukan 20 kg Nitrogen (N). Berapakah berat baja Urea (46%N)
yang di perlukan?

Berat Baja = 100 x Berat Nutrien
Berat Baja Urea Gred

= 100 x 20

46

= 43.48 kg Urea

77

BAJA SEBATIAN

Contoh: Tumbuhan memerlukan 20 kg Nitrogen (N). Baja yang digunakan ialah baja
NPK 8: 24: 24

Berat Baja = 100 x Berat Nutrien
Gred

Berat baja NPK = 100 x 20
= 8
250 kg Baja NPK

MENGHITUNG KOS BAJA

1 beg baja Urea (46%N) berharga RM120.00/50 kg

Kos Baja = Berat Baja x Harga Baja
Berat Satu Beg Baja

43.48 kg Urea = 43.48 x 120.00

50

= RM104.35

1 beg baja NPK berharga RM180.00/50 kg

Kos Baja = Berat Baja x Harga Baja
Berat Satu Beg Baja

250 kg baja NPK = 250 x 180.00
= RM900.00 50

MENGHITUNG KOS SATU PROGRAM PEMBAJAAN
TANAMAN

Menghitung kos baja dan kos satu program pembajaan tanaman adalah penting bagi
menguruskan penanaman dengan baik.

1. Menghitung berat N,P2O5, K2O, baja dan kos baja

Jadual: 1

Jenis Baja Gred Baja Harga/Beg (50 kg) (RM)

Urea 46%N 55.00

CIRP 35%P2O5 45.00
Muriate of Potash 60% K2O 70.00
Nitrofoska 15:12:17 85.00

78

Jika tanaman memerlukan 125 kg N, 175 kg P2O5 dan 180 kg K2O.
(a) Hitungkan kuantiti baja berikut bagi satu hektar kebun sawi.

(i) Urea (ii) CIRP (iii) Muriate of Potash

Cara menjawab soalan:

(i) 100 kg Urea = 46 kg N (ii) 100 kg CIRP = 35 kg P2O5

125 kg N = 125 x100 175 kg P2O5 = 175 x 100
46 35

= 271.74 kg Urea = 500 kg CIRP

(iii) 100 kg Muriate of Potash = 60 kg K2O
180 kg Muriate of Potash = 180 x 100

60
= 300 kg Muriat of Potash

(b) Berdasarkan jawapan di (a) i, hitungkan kos membeli baja.

(i) Urea (ii) CIRP (iii) Muriate of Potash

Cara menjawab soalan kos baja:

(i) 50 kg Urea = RM55.00 (ii) 50 kg CIRP = RM45.00

271.74 kg Urea = 271.74 x 55 500 kg CIRP = 500 x 45
50 50

= RM298.91 = RM450.00

(iii) 50 kg Muriate of Potash = RM70.00
300 kg Muriate of Potash = 300 x 70
50
= RM420.00

(c) i. Berdasarkan jawapan di (b) ii, hitungkan jumlah kos pembajaan sehektar.
Jawapan:
= RM298.91 + RM450.00 + RM420.00
= RM1,168.91

(c) ii. Jika petani mempunyai kawasan 25 hektar, hitungkan jumlah kos pembajaan
tersebut.
Jawapan: = RM1,168.91 x 25
= RM29,222.75

(d) Hitung kos membeli 75 kg Baja Nitrofoska Laman
Jawapan: ICT
50 kg Nitrofoska = RM85.00
75 kg Nitrofoska = 75 x 85 Kiraan baja berdasarkan
50 keluasan penanaman.
= RM127.50

79

REFLEKSI 1.3 Jenis Baja Organik
- Tinja Haiwan yang diproses
Baja - Sisa Kilang Pertanian
Organik - Sisa Ladang

Jenis Kebaikan Penggunaan Baja
Baja Organik

BAJA - Keadaan tanah
DAN - Kadar penyerapan dan
PEMBAJAAN
pegangan air
Baja - Kandungan nutrien dalam
Kimia
tanah
Pengiraan Menghitung - Kandungan mikrob dalam
Baja Kuantiti
Nutrien tanah
Dalam Baja - Ketersediaan nutrien

Kos Satu Kesan Sampingan
Program Penggunaan Baja Organik
Pembajaan
Tanaman - Aspek pertumbuhan rumpai
- Penyebaran perosak
- Perumahan kepada perosak

Penghasilan Larutan Baja
- FPJ, FFJ, FAA, CaP

Jenis Baja Kimia
- Baja Tunggal
- Baja Sebatian
- Baja Campuran
- Baja Lengkap

Kebaikan Penggunaan Baja
Kimia

- Kesan tindak balas cepat
- Membekalkan Nutrien

Khusus
- Menambah nutrien dalam

tanah

Kesan Sampingan
Penggunaan Baja Kimia

- Mencederakan tisu
tanaman

- Meningkatkan keasidan
tanah

- Mencemarkan air
- Meningkatkan kos

pembajaan

80

JANA MINDA

Jawab soalan berikut.

1. M dan N adalah dua jenis baja tanaman.

M Baja Kimia N Baja Organik

Padankan jenis baja itu dengan kebaikannya dengan menulis M atau N pada petak yang
disediakan.

Meningkatkan kadar penyerapan dan pegangan air

Memberi kesan tindak balas yang cepat kepada tumbuhan

Mempunyai kadar nutrien dan fungsi yang khusus

Menjadi tempat pembiakan mikroorganisma tanah

2. A Baja Organik B Baja Kimia

A dan B ialah dua jenis baja. Padankan dengan menulis A atau B dalam kotak bersebelahan
dengan contoh baja yang betul.

i) Tinja ayam iv) Kompos

ii) Urea v) CIRP

iii) Sabut kelapa vi) Muriate of Potash

3. Nyatakan dua kesan sampingan penggunaan:
a) Baja Kimia
i) .………………………………………………………………………………..

ii) ………………………………………………………………………………..

b) Baja Organik
i) ………………………………………………………………………………..

ii) ……………………………………………………………………………….

4. Nyatakan kaedah pembajaan berikut: iii)
i) ii)

81

5. P dan Q adalah kumpulan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan.

P Nutrien Makro Q Nutrien Mikro

Padankan kumpulan nutrien itu dengan menulis P atau Q pada petak yang disediakan.

Kalium Kuprum Fosforus

6. Nyatakan satu peranan bagi setiap nutrien berikut :

a) Nitrogen (N)
……………………………………………......

b) Fosforus (P)
……………………………………………….

c) Kalium (K)
……………………………………………….

7. Nyatakan empat kebaikan penggunaan baja kimia.

i) …………………………………………………………………………………………..
ii) …………………………………………………………………………………………..
iii) …………………………………………………………………………………………..
iv) …………………………………………………………………………………………..

8. Tuliskan 1, 2, 3 atau 4 pada petak yang disediakan bagi menunjukkan langkah yang betul
proses menghasilkan baja organik Fermented Plant Juices (FPJ).
i) Masukkan campuran ke dalam bekas plastik dan tutup dengan rapat

ii) Potong sisa sayuran dan masukkan ke dalam bekas
iii) Simpan bekas plastik di tempat yang sejuk pada suhu bilik
iv) Gaulkan sisa sayuran dengan gula merah

9. Seorang petani menggunakan tiga jenis baja lurus di kawasan penanamannya

i. Hitungkan kuantiti baja urea (46%N) yang diperlukan untuk membekalkan 80 kg N

ii. Hitungkan kuantiti baja Triple Super Fosfat (44% P2O5) yang diperlukan untuk
membekalkan 100 P2O5

iii. Hitungkan kuantiti baja Muriat of potash (60% K2O) yang diperlukan untuk membekalkan
120 kg K2O

82

BAB PENGELUARAN POLTRI
2.0

Selepas mempelajari bab ini, murid akan dapat:

1. Meneroka sistem penternakan poltri secara komersial iaitu Sistem Separa Intensif,
Sistem Intensif dan Sistem Integrasi.

2. Menghuraikan satu sistem penternakan poltri secara komersial.
3. Mengkaji faktor-faktor yang menentukan pemilihan sistem penternakan iaitu jenis hasil

ternakan, peringkat umur ternakan, bilangan ternakan dan kemampuan kewangan.
4. Menganalisis faktor-faktor yang menentukan pemilihan sistem penternakan.
5. Menerangkan keperluan peralatan bagi sistem penternakan poltri secara komersial seperti

kipas, pemanas, penggera, penjana elektrik, jangka suhu, pengukur kelembapan (hygrometer)
dan pengukur kelajuan udara (air speed meter).
6. Menghuraikan keperluan persekitaran bagi sistem penternakan poltri secara komersial iaitu
pencahayaan, suhu, kualiti udara, pergerakan udara, pengalih udara, penyejukan, kesihatan
dan keselamatan.
7. Menganalisis isu dan cabaran yang biasa berlaku dalam pengeluaran poltri.
8. Menyenaraikan bahan dan peralatan untuk menyediakan perumahan ayam dan puyuh.
9. Melakar dan melabel reka bentuk satu unit perumahan ayam dan puyuh.
10. Melakar dan melabel pelan susun atur dalaman perumahan ayam dan puyuh.
11. Membina dan menyusun atur satu unit perumahan ayam atau puyuh.
12. Menyediakan perumahan untuk menternak ayam atau puyuh iaitu membersih reban dan
peralatan, menyusun bekas makanan dan minuman, memasang pemanas, memasang sumber
cahaya, memasang kepungan, melakukan fumigasi, memasang bidai dan memasukkan anak
ayam atau puyuh.
13. Menerangkan tempoh pemberian makanan mengikut jenis makanan ayam dan puyuh iaitu
makanan permulaan, makanan pembesaran dan makanan penamat.
14. Menghuraikan kandungan nutrisi berdasarkan jenis makanan ternakan.
15. Mengkaji formulasi makanan berdasarkan kadar pertumbuhan ternakan.
16. Menghasilkan satu program pemberian makanan, air dan vitamin untuk satu tempoh ternakan.
17. Mengurus aktiviti harian ternakan ayam/puyuh iaitu amalan sanitasi, pemberian makanan,
minuman, penjagaan kesihatan, memeriksa suhu reban dan merekod.
18. Memasarkan hasil selepas ternakan mencapai umur yang sesuai untuk dipasarkan.
19. Menghitung dan menganalisis Nisbah Penukaran Makanan (NPM).
20. Menghitung Penyata Untung Rugi, Pulangan Modal (PM) dan Titik Pulangan Modal (TPM)
berdasarkan rekod kewangan.
21. Menganalisis data daripada rekod kewangan.

83

PETA KONSEP

PENGELUARAN POLTRI

Unit 2.1
PENTERNAKAN POLTRI
• Sistem Ternakan Poltri
• Pemilihan Sistem Penternakan Poltri
• Keperluan Penternakan Poltri
Komersial
• Kesihatan dan Keselamatan
Penternakan Poltri
• Isu dan Cabaran Pengeluaran Poltri

Unit 2.2
PERUMAHAN POLTRI
• Bahan dan Peralatan Perumahan Poltri
• Reka Bentuk Perumahan Poltri

Unit 2.3
NUTRISI TERNAKAN POLTRI
• Jenis Makanan
• Tempoh Pemberian Makanan,
Minuman dan Vitamin
• Formulasi Diet Makanan Poltri

Unit 2.4
PENGURUSAN TERNAKAN

POLTRI
• Pengurusan Harian Poltri
• Pengurusan Pemasaran
• Pengurusan Rekod

84

85

PENGENALAN

Kegiatan penternakan secara terancang bermula pada awal zaman revolusi Neolitik iaitu sekitar
11,000 tahun yang lalu. Pada abad ke-16, penternakan diusahakan secara besar-besaran untuk
memenuhi permintaan dan menyumbang kepada sektor pengeluaran makanan. Penggunaan
teknologi dan sains moden dalam penternakan diperkenalkan sepenuhnya pada pertengahan abad
ke-18 bertujuan meningkatkan kualiti dan hasil ternakan.

Di Malaysia, penternakan awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk keperluan
ekonomi sara diri. Ekonomi sara diri bertujuan untuk menampung keperluan harian keluarga. Selain
sebagai sumber makanan, haiwan ternakan juga digunakan untuk membantu aktiviti pertanian
seperti membajak dan membawa hasil pertanian. Antara haiwan yang diternak seperti ayam, itik,
lembu dan kerbau. Pada abad ke-19, sistem ekonomi komersial telah diperkenalkan. Penternakan
telah menjadi sumber ekonomi utama yang diusahakan secara komersial. Rajah 2.0 menunjukkan
tujuan penternakan secara komersial.

Tujuan Penternakan

Makanan Minuman Pakaian atau Hiasan
(Daging dan Telur) (Susu) (Kulit dan Bulu)

Rajah 2.0 Tujuan penternakan

Dasar Pertanian Negara (DPN) yang diperkenalkan pada tahun 1984 telah mengalami
transformasi daripada sebuah sektor berproduktiviti rendah kepada sektor lebih berdaya saing dan
menyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang lebih tinggi. Pada tahun 2000,
industri agromakanan telah menyumbang sebanyak RM11.9 bilion atau 3.3 peratus kepada KDNK.
Kadar pertumbuhan lebih tinggi dicapai iaitu sebanyak 4.7 peratus setahun dalam tempoh 2000-
2010. Pencapaian ini disumbangkan oleh peningkatan produktiviti industri ternakan, tanaman dan
perikanan iaitu dari 38.8 peratus kepada 46.4 peratus.

Penternakan poltri merupakan sektor ternakan yang mendapat permintaan tertinggi di dunia
berbanding dengan ternakan lain seperti lembu, kambing, bebiri, khinzir dan kerbau. Permintaan
ini disebabkan oleh sumber protein yang tinggi dan murah. Gambar foto 2.0 menunjukkan hasilan
utama penternakan poltri iaitu daging dan telur.

Definisi Poltri

Poltri ialah sejenis kumpulan burung atau ayam yang diternak khusus untuk mendapatkan sumber
daging dan telur. Poltri terdiri daripada ayam, puyuh, itik, ayam belanda dan angsa. Antara jenis
poltri yang popular diternak ialah ayam dan puyuh.

Gambar foto 2.0 Hasilan utama poltri-daging dan telur

86

Industri Poltri di Malaysia

Terdapat lima negara utama pengeluaran ternakan poltri di Asia Tenggara iaitu Thailand, Indonesia,
Malaysia, Filipina dan Vietnam (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 2015). Industri
poltri di Malaysia merupakan penyumbang ekonomi terbesar kepada industri ternakan negara.
Antara jenis poltri yang popular diternak ialah ayam dan puyuh. Kedua-dua ternakan telah
menunjukkan peningkatan permintaan terutamanya ayam seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.0
(Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2016).

Jadual 2.0 Industri poltri Malaysia

Tahun Industri Poltri Malaysia

1960 Industri poltri bermula secara komersial

1984 Industri poltri tempatan telah mencapai tahap sara diri
2005 sebanyak 100 peratus hasilan telur dan daging
Permintaan poltri ialah sebanyak 980.5 tan metrik

2014 Tahap sara diri bagi daging telah meningkat sebanyak
136.4 peratus, manakala telur pula sebanyak
138.4 peratus

2015 Permintaan poltri meningkat kepada 1415.17 tan metrik

PENTERNAKAN POLTRI - AYAM

Penternakan ayam merupakan komponen terbesar dalam sektor penternakan negara. Ayam
pedaging dan ayam penelur diternak secara besar-besaran berbanding dengan ayam kampung.
Pada tahun 2014, bilangan ayam pedaging diternak ialah sebanyak 293 juta ekor dan sebanyak
11,683 juta biji telur ayam dihasilkan oleh ayam penelur (Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani, 2016). Permintaan daging ayam dijangka terus meningkat daripada 1.4 juta tan metrik
pada tahun 2010 kepada 1.8 juta tan metrik pada tahun 2020 dengan pertumbuhan sebanyak 2.4
peratus setahun (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 2016). Pengeluar utama hasilan
penternakan ayam ialah Johor, Sarawak dan Perak. Sebanyak 70 peratus ayam pedaging adalah
untuk pasaran tempatan dan selebihnya dieksport ke Singapura, Hong Kong, Brunei dan Jepun.
Penternakan ayam komersial terbahagi kepada tiga iaitu ayam pedaging (Broiler), ayam penelur
(Layers) dan ayam kampung.

Ayam Pedaging (Broiler) Gambar foto 2.1: Ayam pedaging jenis
Arbor Acres
Ayam Pedaging (Broiler) ialah ayam yang menghasilkan
daging. Ayam pedaging mempunyai tumbesaran yang Laman
cepat iaitu antara lima hingga tujuh minggu, saiz badan ICT
yang besar, bentuk dada lebar dan penuh daging dengan
berat badan sehingga mencecah 2.5kg pada masa Industri poltri-Jabatan
dipasarkan. Ayam pedaging mudah terdedah kepada Perkhidmatan Veterinar
serangan penyakit. Antara jenis ayam pedaging ialah
Arbor Acres, Ross, Cobb, Hubbard Rhode Island Red
dan New Hemshire. Gambar foto 2.1 merupakan jenis
ayam pedaging Arbor Acres yang popular diternak
di Malaysia.

87

Ayam Penelur (Layers)

Ayam Penelur (Layers) ialah ayam yang menghasilkan telur.Ayam penelur cepat matang, pemakanan
yang efisien dan menghasilkan kurang bekalan daging. Pengeluaran ayam telur akan mengambil
masa antara 20-75 minggu selepas pembesarannya. Kebiasaannya, seekor ayam penelur boleh
menghasilkan sehingga 280 biji telur sepanjang tempoh 2 tahun di dalam reban bergantung kepada
jenis baka. Antara jenis ayam penelur ialah Lohman, Isa Brown dan Goldern Comet. Gambar foto 2.2
ialah ayam penelur jenis Lohman.

Ayam Kampung

Ayam kampung tidak mempunyai perbezaan antara ayam kampung pedaging dan ayam kampung
penelur. Penternakan ayam kampung yang dahulunya diternak secara sara diri kini menjadi
komersial disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat. Gambar foto 2.3 menunjukkan
ayam kampung pedaging yang diternak secara komersial melalui penternakan intensif.

Gambar foto 2.2 Ayam penelur jenis Gambar foto 2.3 Ayam kampung
Lohman pedaging

PENTERNAKAN POLTRI - PUYUH

Penternakan puyuh masih diusahakan secara kecil-kecilan dan tradisional. Puyuh terbahagi kepada
puyuh pedaging dan puyuh penelur. Penternakan puyuh tidak memerlukan kawasan yang luas.
Puyuh pedaging dipasarkan selepas 30 hari mengikut saiz serta berat yang dikehendaki. Manakala,
puyuh penelur bertelur ketika berumur 40-42 hari dengan menghasilkan telur sehingga 280 biji
setahun bergantung kepada jenis baka. Penternakan puyuh tidak memerlukan modal besar dan
pengurusan harian yang mudah disebabkan daya tahan penyakit yang tinggi. Antara jenis puyuh
yang diternak ialah American Bobwhite, California Quail, Common Quail, Rail Quail, Chinese
Painted Quail, Japanese Quail, France Quail dan Institut Kemajuan Ternakan Ayam (puyuh
IKTA). Jadual 2.1 menunjukkan perbezaan di antara puyuh jantan dengan puyuh betina yang mulai
diketahui apabila berumur 21 hari.

Jadual 2.1 Perbezaan puyuh jantan dan puyuh betina

Perkara Puyuh Jantan Puyuh Betina

Kepala dan Berwarna coklat gelap dan Berwarna coklat terang dan
muka bahagian rahang berwarna gelap bahagian rahang bawah putih
Bulu dada
Berwarna kuning Terdapat tompokan warna hitam
Saiz badan Kecil atau coklat
Pergerakan Sangat aktif Besar
Kurang aktif

INFO TAMBAHAN
Ayam kampung merupakan ayam asli atau tempatan. Generasi pertama ayam kampung ialah
keturunan ayam hitam merah (Gallus gallus).

88

UNIT PENTERNAKAN POLTRI

2.1

89

2.1.1 SISTEM TERNAKAN POLTRI

Sistem penternakan merupakan perkara asas yang perlu diketahui sebelum memulakan penternakan
poltri. Pemilihan sistem penternakan yang bersesuaian membolehkan ternakan diurus dengan baik,
mewujudkan persekitaran yang selesa, tumbesaran yang terkawal, pengeluaran yang berkualiti dan
penggunaan teknologi berkesan.

Teknologi memainkan peranan penting dalam penternakan poltri dan mempengaruhi
keseluruhan pengurusan penternakan serta produktivitinya. Pengaruh teknologi dapat dilihat
dengan jelas melalui sistem penternakan intensif reban tertutup. Penggunaan teknologi ini bukan
sahaja mampu meningkatkan pengeluaran ternakan tetapi dapat memelihara persekitaran daripada
pelbagai aspek pencemaran. Gambar foto 2.4 menunjukkan teknologi reban tertutup dan mesin
pengumpulan telur yang digunakan dalam sistem penternakan intensif ayam penelur moden.

Gambar foto 2.4 Teknologi sistem penternakan intensif ayam penelur moden

Sistem penternakan mampu untuk mempengaruhi keuntungan penternakan poltri. Namun,
terdapat juga beberapa faktor lain yang mempengaruhi daya maju penternakan poltri iaitu:

1. Ketidakstabilan harga di pasaran
2. Kos makanan dan peralatan reban
3. Keadaan cuaca dan serangan pelbagai penyakit
4. Ternakan sentiasa memerlukan persekitaran yang selesa untuk pertumbuhan yang baik
5. Penternakan memerlukan perancangan yang teliti bermula daripada peringkat penubuhan

ladang, pengurusan harian sehingga ternakan dipasarkan

KONSEP PERLADANGAN TERNAKAN
Terdapat dua konsep perladangan ternakan yang diamalkan iaitu perladangan kontrak dan
perladangan bukan kontrak. Perladangan kontrak bermaksud penyaluran hasil kepada syarikat atau
agensi tertentu berdasarkan nilai kontrak yang telah dipersetujui. Syarikat atau agensi juga akan
membantu untuk menyediakan kemudahan ternakan dan bantuan teknikal. Risiko penternakan,
pengeluaran dan pemasaran dikongsi bersama syarikat atau agensi terbabit. Antara syarikat yang
mengamalkan konsep perladangan kontrak ialah Ayamas/KFC Breeder Farm Sdn. Bhd, CP Farm
Sdn. Bhd, Dindings Breeder Sdn. Bhd dan Leong Hup Poultry Farm (Jabatan Perkhidmatan
Veterinar, 2011).

90

JENIS PENTERNAKAN POLTRI

Setiap jenis penternakan poltri memerlukan kaedah penternakan yang berbeza. Perbezaan ini banyak
dipengaruhi oleh kemajuan teknologi. Secara umumnya, perbezaan tersebut terdiri daripada aspek
perumahan ternakan, pemberian makanan, pemberian minuman dan pengurusan harian. Rajah 2.1
menunjukkan jenis sistem penternakan poltri secara komersial.

JENIS SISTEM PENTERNAKAN POLTRI

Separa Intensif Intensif Integrasi

Lepas Bebas Sangkar Ternakan Ayam
Reban Mudah Lantai Tinggi dengan Ikan
Sarap Tebal
Alih Ternakan Ayam
dengan Tanaman

Reban Tertutup

Rajah 2.1 Jenis sistem penternakan poltri

SISTEM PENTERNAKAN SEPARA INTENSIF Gambar foto 2.5
Reban mudah alih
Sistem penternakan separa intensif merujuk kepada sistem
penternakan yang mempunyai keluasan ruang berpagar Gambar foto 2.6 Sistem
di sekeliling reban. Nisbah minimum keluasan reban dan penternakan intensif
ruang berpagar ialah 3:7 (3 bahagian bangunan, 7 bahagian
kawasan berpagar). Kawasan lapang lebih luas adalah Laman
lebih baik untuk ternakan. Kadar muatan yang optimum ICT
sebuah reban ialah 18 ekor untuk setiap satu meter persegi.
Ternakan berada di dalam reban pada waktu malam dan di Reban mudah alih
luar reban pada waktu siang. Gambar foto 2.5 menunjukkan
reban mudah alih.

SISTEM PENTERNAKAN INTENSIF

Sistem penternakan intensif ialah ternakan berada di dalam
reban secara berterusan atau sepanjang masa. Keperluan
disediakan sepenuhnya dengan menggunakan teknologi
terkini seperti peralatan pemberian makanan dan minuman
automatik. Selain itu, kawalan penyakit dan perosak juga
diurus dengan baik dan berkesan. Kadar muatan maksimum
dalam sebuah reban ialah 12 ekor untuk setiap satu meter
persegi. Gambar foto 2.6 menunjukkan sistem penternakan
intensif reban tertutup moden untuk ayam pedaging.

91

Terdapat empat jenis sistem penternakan intensif. Rajah 2.2 menunjukkan jenis sistem penternakan
intensif yang kebiasaannya diamalkan oleh penternak poltri.

SISTEM PENTERNAKAN INTENSIF

Sangkar Lantai Tinggi Sarap Tebal Reban Tertutup
- Kebiasaannya, sistem - Lantai reban - Lantai reban - Reban tertutup

penternakan sangkar dinaikkan sehingga diperbuat sepenuhnya sepanjang
digunakan untuk 1.8meter dari paras daripada ternakan berada di dalam
ternakan jenis penelur tanah konkrit dan reban
- Bertujuan memudahkan - Kebiasaannya, lantai ditutupi dengan - Menggunakan teknologi
pengurusan ternakan dan diperbuat daripada sarap terkini iaitu pengurusan
pengumpulan hasil kayu berketam - Jenis sarap reban dan ternakan secara
- Jumlah ternakan dalam berukuran 254mm x yang biasa automatik
sangkar sangat terhad 254mm dan diatur digunakan ialah - Reban terdiri daripada
- Reka bentuk sangkar jarak 254mm antara ketam kayu, reban sarap tebal, lantai
terdiri daripada jenis dua kayu atau jerami dan tinggi dan sangkar
bertingkat, bersekat dan menggunakan sekam padi - Mempunyai pengudaraan
tanpa sekatan dawai mata - Sarap diisikan yang baik, persekitaran
- Bahan sangkar diperbuat punai (BRC) setebal selesa dan kawalan
daripada dawai mata berukuran 80–100mm keselamatan yang
punai (BRC) 254mm x 254mm dari lantai berkesan
- Reka bentuk reban yang
Rajah 2.2 Sistem penternakan intensif ringkas menggunakan
struktur besi dan
aluminium

SISTEM PENTERNAKAN INTEGRASI

Sistem penternakan integrasi ialah satu konsep penternakan yang menggabungkan kegiatan
pertanian, penternakan dan perikanan di dalam sebuah kawasan. Sistem ini merupakan satu kitaran
antara ternakan dan tanaman iaitu penternak memanfaatkan kotoran ternakan sebagai bahan organik
untuk tanaman dan ikan. Antara empat hasil utama sistem penternakan integrasi ialah sumber
makanan (daging dan telur), membekal makanan (ikan dan tanaman), biogas dan baja organik.
Gambar foto 2.7 menunjukkan sistem penternakan integrasi antara ternakan ayam dengan ikan.

Laman
ICT

Teknologi reban tertutup

Laman
ICT

Sangkar ayam penelur

Gambar foto 2.7 Sistem penternakan ayam dengan ikan
92


Click to View FlipBook Version