The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eda.my7277, 2021-03-30 01:14:01

Pertanian Tingkatan 4

Pertanian Tingkatan 4

JANA MINDA

Jawab soalan berikut.
1. Nyatakan empat peralatan yang perlu ada dalam sebuah reban sistem penternakan komersial.

i. …………………………………………………………………………......
ii. …………………………………………………………………………….
iii. ……………………………………………………………………………
iv. ……………………………………………………………………………

2. Namakan reka bentuk bumbung untuk perumahan poltri.

i.……………………………..... ii.…………………………….....

iii.…………………………….... iv.…………………………….....

3. Nyatakan tiga faktor utama pemilihan lokasi ladang penternakan poltri.
i. …………………………………………………………………………......
ii. …………………………………………………………………………….
iii. ……………………………………………………………………………

143

4. P, Q, R dan S adalah bahagian sebuah sangkar puyuh
P Bahagian atas Q Bahagian sisi R Bahagian depan S Bahagian lantai

Padankan bahagian itu dengan rajah di bawah dengan menulis P, Q, R atau S pada petak yang
disediakan.
i. ii.

iii. iv.

5. (a) Lengkapkan Rajah 1 di bawah berkaitan dengan sistem penternakan puyuh.

Sangkar Biasa Sangkar Puyuh (ii)
(Bertingkat) Rajah 1 .......................................

(i) .....................................
.......................................
Sangkar Khas untuk
..................................... Pembiakan

(b) Nyatakan kebaikan penggunaan sistem penternakan sangkar berbanding dengan sistem
penternakan reban untuk ternakan puyuh.

................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................
6. Nyatakan tiga fungsi kipas ekzos.

i. …………………………………………………………………………......
ii. …………………………………………………………………………….
iii. ……………………………………………………………………………

144

UNIT NUTRISI TERNAKAN
POLTRI
2.3

145

NUTRISI TERNAKAN POLTRI

PENGENALAN

Nutrisi penting dalam tumbesaran ternakan. Pemberian nutrisi berdasarkan keperluan makanan
ternakan mampu menjamin tumbesaran dan hasil yang berkualiti. Keperluan nutrisi berbeza
diantara jenis ternakan dengan peringkat tumbesaran ternakan.
Definisi Nutrisi
Nutrisi ialah zat dalam makanan yang diperlukan untuk tumbesaran dan membentuk fungsi badan.
Nutrisi penting untuk melengkapkan sel-sel dalam tubuh untuk fungsi badan yang sempurna. Nutrisi
merupakan unsur yang berguna untuk metabolisme atau fisiologi organisma. Nutrisi menyediakan
tenaga dan komponen untuk tubuh atau struktur sel.

Makanan ternakan poltri untuk tumbesaran dan kesihatan

KEPERLUAN NUTRISI

Nutrisi merupakan keperluan utama ternakan yang merangkumi protein, karbohidrat, vitamin,
mineral dan air. Keperluan protein bergantung kepada umur ternakan kerana ternakan yang masih
kecil memerlukan lebih banyak protein berbanding dengan ternakan dewasa. Ternakan yang diternak
menggunakan sistem separa intensif lebih banyak memerlukan tenaga untuk bergerak berbanding
dengan ternakan yang diternak dengan sistem penternakan intensif atau sistem penternakan integrasi.
Nutrisi juga penting untuk memastikan ternakan mengekalkan tahap kesihatan yang optimum dan
tumbesaran badan. Nutrisi yang cukup dan sempurna mampu untuk membentuk sistem imunisasi
yang bertindak terhadap patogen dan parasit. Ia juga penting untuk pembentukan lapisan kulit dan
perkembangan sel. (Rajah 2.25)

KEPERLUAN NUTRISI POLTRI

Mengekalkan Tahap Keperluan Laman
Kesihatan Tumbesaran ICT

Makanan Ayam

Rajah 2.25 Keperluan nutrisi poltri

146

2.3.1 JENIS MAKANAN

PEMAKANAN POLTRI

Pemakanan ialah salah satu faktor yang terpenting di dalam penternakan poltri. Makanan merupakan
zat yang sangat diperlukan oleh poltri untuk tumbesaran. Ternakan yang sihat akan menghabiskan
jumlah makanan yang bersesuaian dengan jumlah makanan harian yang diperlukan. Tiga jenis
makanan yang diperlukan ialah makanan permulaan, makanan pembesaran dan makanan penamat.

SUMBER MAKANAN
Sumber makanan perlu diketahui apabila membuat makanan ternakan iaitu campuran keperluan
bahan makanan yang bersesuaian dengan keperluan tumbesaran ternakan. Antara faktor yang
mempengaruhi pengambilan makanan poltri ialah umur, kesihatan dan keperluan fisiologi ternakan.

BENTUK MAKANAN POLTRI
Makanan ternakan adalah campuran pelbagai jenis nutrisi yang diperlukan oleh ternakan pada
peringkat tumbesarannya. Kebiasaannya, bentuk makanan yang diberikan kepada ternakan
bergantung kepada umur dan peringkat tumbesarannya. Gambar foto 2.20 adalah bentuk
makanan poltri.

Serbuk halus Pelet kecil

Makanan sangat penting untuk
tumbesaran ternakan. Namun,
makanan juga merupakan
penyumbang terbesar kepada
keseluruhan kos penternakan.
Bincang dan berikan pendapat
untuk mengurangkan kos ini bagi
memastikan penternak mendapat
keuntungan yang optimum.

Pelet kasar

Gambar foto 2.20 Bentuk makanan poltri

147

2.3.2 TEMPOH PEMBERIAN MAKANAN, MINUMAN
DAN VITAMIN

Pemberian makanan perlu disesuaikan dengan peringkat umur ternakan. Ia bertujuan untuk
memastikan prestasi tumbesaran ternakan yang dikehendaki. Tempoh pemberian makanan dan
jenis makanan yang diberikan banyak mempengaruhi produktiviti ternakan. Pemberian makanan
yang sempurna bertujuan menjamin kualiti ternakan dan menjimatkan kos penternakan. Hal ini
disebabkan, kos makanan menyumbang sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan kos penternakan
terutamanya ayam pedaging (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2015). Pengurusan pemberian
makanan dan jenis makanan perlu diambil kira untuk memastikan penternak mendapat keuntungan
yang optimum.

Pemberian Makanan Ternakan

Pemberian makanan dilakukan secara tidak terhad atau sepanjang masa. Ternakan yang sihat
akan menghabiskan jumlah makanan bersesuaian dengan jumlah keperluan makanan harian atau
mingguan. Pengambilan makanan untuk ayam dan puyuh pedaging adalah seperti yang dinyatakan
dalam Jadual 2.12 di bawah.

Jadual 2.12 Pengambilan makanan ayam dan puyuh pedaging

Umur Jenis Makanan Bentuk Jumlah Protein

1 hari–28 hari atau Makanan Permulaan Serbuk Halus 21-24 peratus
(4 minggu)

4 minggu hingga Makanan Pembesaran Pelet Kecil 18-20 peratus
seterusnya

Makanan penamat untuk ayam penelur diberikan apabila umur menghampiri peringkat
pengeluaran iaitu pada minggu ke-16 sehingga minggu ke-75. Sementara itu, makanan penamat
diberikan kepada puyuh penelur apabila berumur 25 hari. Penukaran makanan daripada
jenis makanan pembesaran kepada makanan penamat dilakukan secara beransur-ansur untuk
membiasakan ternakan dengan makanan baru.

INFO TAMBAHAN
Puyuh memerlukan makanan antara 25-35 gram sehari untuk mendapatkan ration asid
amino yang mencukupi bagi tumbesarannya (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2015).

148

PEMBERIAN MAKANAN AYAM

Pada peringkat perindukan iaitu pada awal kemasukan anak ayam ke dalam reban sehingga hari
ketiga, kebiasaannya, makanan akan diletakkan di atas lantai yang dialas kertas berdekatan dengan
alat pemanas. Ini bertujuan untuk memudahkan anak ayam mendapatkan makanan dan cepat
menyesuaikan diri dengan persekitaran dalam ruang perindukan. Pada hari berikutnya, makanan
perlu diletak di atas bekas makanan sama ada berbentuk segi empat atau bulat. Penggunaan bekas
makanan ini perlu disesuaikan dengan jenis ternakan dan umur. Gambar foto 2.21 adalah bekas
makanan dulang untuk anak ayam.

Untuk menghindari makanan menjadi kotor atau tumpah, pengisian makanan ke dalam bekas
makanan perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit atau memberikan separuh daripada permukaan
bekas makanan yang digunakan. Apabila anak ayam mencapai umur 10 hari, bekas pemberian
makanan digantung mengikut ketinggian paras dada atau punggung ternakan. Gambar foto 2.22
adalah bekas makanan automatik yang digunakan apabila ternakan dalam peringkat pembesaran.

Makanan yang diberikan kepada ayam adalah dengan kadar protein 20 peratus dan metabolisme
tenaga (ME) = 2800-3000 Kcal. Untuk memperoleh jaminan proses pertumbuhan badan yang baik
agar ayam cepat membesar, jadual pemberian makanan dan minuman perlu dilaksanakan secara
teratur. Pemberian makanan yang tidak teratur akan merugikan dan membantutkan tumbesaran.
Kebiasaannya, pemberian makanan kepada ayam pedaging dilakukan dengan dua cara iaitu
pemberian makanan tanpa had sepanjang masa dan pemberian makanan mengikut keperluan.

Gambar foto 2.21 Bekas makanan dulang untuk Gambar foto 2.22 Bekas makanan anak ayam
anak ayam secara automatik

MAKANAN PERMULAAN

Makanan permulaan ialah formulasi makanan yang berkualiti yang terdiri daripada kandungan
protein, tenaga, garam galian dan vitamin yang diberi kepada anak ayam seawal sehari hingga
29 hari seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.13 di bawah.

Jadual 2.13 Jumlah makanan permulaan ayam

Minggu Umur Jumlah Makanan (Gram/hari/ekor)

Pertama 1 hingga 7 hari 17 gram
Kedua 8 hingga 14 hari 43 gram
Ketiga 15 hingga 21 hari 66 gram

Keempat 22 hingga 29 hari 91 gram

149

MAKANAN PEMBESARAN DAN PENAMAT

Makanan pembesaran dan penamat ialah formulasi makanan ayam yang diberi kepada ternakan
apabila mencapai umur empat minggu ke atas. Ia mengandungi protein, kalsium dan fosforus yang
tinggi. Makanan yang diberi mestilah mengikut keperluan yang disyorkan seperti yang dinyatakan
dalam Jadual 2.14.
Jadual 2.14 Jumlah makanan

Minggu Umur Jumlah Makanan (Gram/hari/ekor)

Kelima 30 hingga 36 hari 111 gram

Keenam 37 hingga 43 hari 129 gram

Ketujuh 44 hingga 50 hari 146 gram

Kelapan 51 hingga 57 hari 161 gram

PEMBERIAN MAKANAN PUYUH

Keperluan nutrisi puyuh lebih tinggi berbanding ayam. Puyuh perlu diberi makanan
antara 25-35gram sehari untuk mendapatkan nisbah asid amino yang mencukupi bagi
tumbesarannya seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.15.

Jadual 2.15 Peringkat tumbesaran puyuh

Peringkat Umur Ternakan

Perindukan Hari pertama hingga hari ke-14

Pembesaran Hari ke-15 hingga hari ke-42

Dipasarkan sebagai puyuh pedaging Hari ke-35 hingga ke-42

Mula mengeluarkan telur Selepas hari ke-45

Pertama 1 hari – 14 hari
Makanan Permulaan
15 hari hingga hari dipasarkan
Makanan Penamat

Pemberian Kedua 1 hari hingga hari dipasarkan
Makanan Makanan Permulaan/Makanan
Pembesaran atau Makanan Penamat

1 hari hingga 21 hari
Makanan Permulaan

Ketiga

22 hari hingga hari dipasarkan
Makanan Penamat

Cara pemberian makanan puyuh

150

PEMBERIAN AIR MINUMAN

Pemberian air minuman sangat penting dan perlu dilakukan secara berterusan. Kandungan air
minuman perlu dijaga dan sentiasa tersedia. Manakala, bekas air minuman sentiasa dibersihkan
untuk mengelakkan pembiakan kuman atau bakteria. Rajah 2.26 menunjukkan beberapa faktor
yang mempengaruhi pengambilan air minuman ternakan.

FAKTOR MEMPENGARUHI PENGAMBILAN AIR MINUMAN

Kelembapan Pengambilan Cuaca Panas Pergerakan
Kandungan Makanan Makanan Ternakan

Rajah 2.26 Faktor mempengaruhi pengambilan air minuman

Proses pemberian air minuman penting kerana kekurangan air akan menyebabkan
tumbesaran ayam terganggu. Badan ayam mengandungi 70 peratus air. Air sangat penting sepanjang
tumbesaran ayam untuk proses dalam badan dan kawalan suhu. Kekurangan air dalam badan akan
mengurangkan daya tahan badan dan menyebabkan kematian.

Cara Pemberian Air Minuman

Ayam yang berumur 1 hingga 4 hari diberi minuman menggunakan baby drinker. Baby drinker
ditempatkan di atas lantai sarap dengan ketinggian mata ayam yang dialas dengan papan atau kayu
supaya sarap tidak basah apabila terkena tumpahan air. Gambar foto 2.23 adalah bekas minuman
baby drinker.

Gambar foto 2.23 Bekas minuman baby drinker

151

Apabila ayam telah berumur 4 hingga 5 hari, nipple drinker sudah mulai digunakan.
Ketinggian nipple drinker bergantung kepada tumbesaran ayam. Ketinggian nipple drinker adalah
10-50 mm di atas kepala ayam. Air minum di campur sebanyak 2 peratus dextrose monohydrate
sebagai sumber tenaga. Pada hari ke-5, air minum ditambahkan dengan antibiotik dan multi-vitamin
dalam jumlah yang kecil. Pemberian dilakukan dengan cara mencampurkan ubat tersebut ke dalam
bekas air dengan memerhatikan keperluan air minuman ayam dan suhu semasa.

Paras Dada

350 450

Ketinggian nipple drinker 350-450 Bekas minuman yang
tergantung
KEPERLUAN AIR MINUMAN AYAM

Kebiasaannya ayam akan minum 2 kali ganda daripada jumlah pengambilan berat makanan yang
dimakan. Pada musim panas pula ayam akan minum 2 kali ganda daripada suhu biasa. Pemberian
dan keperluan air minuman adalah berdasarkan kepada umur ayam yang dikategorikan kepada

dua iaitu permulaan dan penamat. Air minuman perlu dirawat dengan menambah klorin bertujuan

untuk membunuh bakteria dan mikroorganisma. Proses ini dilakukan dengan cara memasukkan

klorin sebanyak 3-5 ppm ke dalam air minuman. Kebiasaannya, klorin yang berada di pasaran

adalah jenis kalsium hypoklorit Ca (OCI)2 seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.16 dan
Jadual 2.17.

Jadual 2.16 Keperluan air minuman peringkat permulaan

Umur (Minggu) Jumlah Air Minuman Jumlah Ayam
Minggu pertama (liter) (ekor)
1.8 100

Minggu kedua 3.1 100
4.5 100
Minggu ketiga 7.7 100
Minggu keempat

Jadual 2.17 Keperluan air minuman peringkat pembesaran

Umur (Minggu) Jumlah Air Minuman Jumlah Ayam
Minggu kelima (liter) (ekor)
9.5 100

Minggu keenam 10.9 100
Minggu ketujuh 12.7 100
Minggu kelapan 14.1 100

INFO TAMBAHAN
Air minuman ternakan hendaklah berada pada pH 6.5 hingga pH 8.0. Lebihan mineral yang
tinggi akan menjejaskan kesihatan ternakan.

152

AIR MINUMAN PUYUH

Keperluan air minuman untuk puyuh juga sama seperti ayam. Jumlah yang diperlukan untuk 100
ekor puyuh sehari seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.18.

Jadual 2.18 Keperluan air minuman puyuh

Umur Ternakan Bahan

Peringkat Dua bekas minuman plastik 900 ml
Perindukan

Peringkat Dua bekas minuman plastik 3.6 liter
Pembesaran

PEMBERIAN VITAMIN

Vitamin ialah sebahagian daripada nutrisi mikro yang berperanan penting dalam pertumbuhan dan
kesihatan ternakan. Berbanding dengan zat nutrisi lain, walaupun keperluan dalam nutrisi sangat
sedikit, namun vitamin tetap perlu diberikan sebagai pemangkin kepada metabolisme nutrisi
makro. Vitamin dibahagikan kepada dua kategori iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut air.
Ketiadaan vitamin akan menyebabkan pertumbuhan ternakan menjadi tidak optimum, tidak aktif
dan merosakkan sel dalam badan. Rajah 2.27 menyatakan keperluan pemberian vitamin.

Hari Pertama Jangkitan
Di Dalam Reban Penyakit

Cuaca KEPERLUAN Sebelum dan
Buruk PEMBERIAN Selepas

VITAMIN Pemberian
Vaksin

Pindah Reban ke Penukaran
Sangkar Makanan

Rajah 2.27 Keperluan pemberian vitamin

153

VITAMIN LARUT LEMAK

Vitamin larut lemak ialah vitamin yang boleh bercampur dengan lemak tubuh sehingga tubuh boleh
menyimpan dalam jangka masa tertentu. Ia terdiri daripada vitamin A, D, E dan K.

1. Vitamin A

Vitamin A terdapat dalam serbuk ikan dan jagung. Ia berfungsi untuk proses pertumbuhan,
kestabilan tisu pada membran mulkosa, saluran pencernaan, pernafasan, saluran pembiakan dan
kesempurnaan deria penglihatan. Kekurangan vitamin A pada ternakan menyebabkan bulu berdiri
(ruffled feathers), kehilangan keseimbangan ketika berjalan, penyakit mata rabun dan penurunan
pengeluaran. Gambar foto 2.24 adalah akibat kekurangan vitamin A.

Gambar foto 2.24 Akibat kekurangan vitamin A

2. Vitamin D

Vitamin D juga dikenali sebagai vitamin D3. Ia adalah metabolisme daripada vitamin D yang
diperlukan oleh poltri. Vitamin ini terdapat dalam serbuk ikan dan cahaya matahari. Vitamin D
bermanfaat untuk metabolisme kalsium dan fosforus dalam pembentukan kerangka normal,
membentuk paruh, kaki dan telur. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan metabolisme kalsium
dan fosforus terganggu sehingga menyebabkan kulit telur menjadi nipis dan paruh menjadi lembik,
pengeluaran telur menurun dan susah untuk bergerak disebabkan kaki yang lemah serta terjadinya
lumpuh.

3. Vitamin E

Vitamin E juga dikenali sebagai tocopherols. Vitamin ini terdapat dalam biji kacang soya, biji
gandum dan corn gluten meal (CGM). Ia berfungsi untuk meningkatkan kesuburan, pertumbuhan
embrio normal dan sebagai antioksida. Kekurangan vitamin E akan menyebabkan menurunnya
kesuburan dan daya tetas, penyakit ayam gila (encephalomalacia/crazy chick disease) serta
kerosakan pada koordinasi otot.

4. Vitamin K

Vitamin K boleh didapati dalam serbuk ikan. Ia berfungsi dalam pembentukan protrombin yang
digunakan untuk proses pembekuan darah. Kekurangan vitamin K akan menyebabkan pendarahan
pada jaringan atau organ tertentu serta anemia akibat darah yang sukar membeku apabila mengalami
kecederaan.

154

VITAMIN LARUT AIR
Vitamin larut air merupakan vitamin yang boleh bercampur dengan air badan. Vitamin tersebut
akan dikeluarkan dengan cecair yang keluar daripada tubuh seperti berpeluh. Jenis vitamin ini ialah
vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12 dan vitamin C.
1. Vitamin B1(Thiamin)
Vitamin B1 berkaitan dengan antineuritis (anti radang urat saraf). Ia berfungsi membantu proses
metabolisme karbohidrat dan tenaga dalam tubuh. Kekurangan vitamin ini menyebabkan kehilangan
selera makan, tumbesaran terjejas dan pembengkakan pada saraf.

2. Vitamin B2 (Riboflavin)
Vitamin B2 berfungsi dalam metabolisme karbohidrat, asid amino dan asid lemak. Ia terdapat
dalam serbuk daging dan ikan. Kekurangan vitamin B2 menyebabkan tumbesaran terjejas dan
ayam mengalami kesukaran untuk berjalan atau lumpuh pada kaki serta jari kaki.
Gambar foto 2.25 adalah kesan kekurangan vitamin B2.

Gambar foto 2.25 Kesan kekurangan vitamin B2

3. Vitamin B3 (Nicotinamide)
Vitamin B3 dikenali sebagai nicotinamide. Ia berfungsi dalam metabolisme karbohidrat, protein
dan lemak untuk tenaga. Vitamin ini didapati dalam jagung, biji bunga matahari dan hampir semua
hampas biji-bijirin. Kekurangan vitamin B3 menyebabkan kehilangan selera makan, tumbesaran
terjejas, penurunan pengeluaran telur dan daya tetas, membran mulkosa akan berwarna merah
gelap dan kecacatan pada tulang paha.
4. Vitamin B5 (Acid Pantotenat)
Vitamin B5 atau yang lebih dikenali sebagai acid pantotenat. Ia berfungsi sebagai komponen
koenzim A dalam metabolisme karbohidrat, asid lemak, asid amino dan steroid. Acid pantotenat
banyak terkandung dalam biji bunga matahari. Kekurangan acid pantotenat akan menyebabkan
kehilangan selera makan, tumbesaran terjejas, pembengkakan pada bahagian paruh, kelopak
mata dan jari kaki. Selain itu, bulu juga menjadi kasar, mata menjadi kabur serta menyebabkan
penurunan pengeluaran telur.

INFO TAMBAHAN
Vitamin seperti A, D, E dan C mudah berkurangan disebabkan oleh haba, cahaya dan kelembapan.

155

5. Vitamin B6 (Piridoxin)
Vitamin B6 atau Piridoxin berfungsi untuk metabolisme protein dan lemak dalam tubuh. Ia boleh
didapati daripada hampas bijirin. Kekurangan vitamin ini menyebabkan kekurangan selera makan
dan tumbesaran terjejas, bulu tumbuh dengan jarang serta penurunan pengeluaran telur.

6. Vitamin B7 (Biotin)
Vitamin B7 dikenali juga sebagai Biotin. Vitamin ini berfungsi dalam metabolisme karbohidrat dan
lemak untuk tenaga. Biotin banyak didapati dalam serbuk ikan dan biji gandum. Kekurangan biotin
menyebabkan kulit mengeras pada bahagian paruh dan mata.

7. Vitamin B9 (Acid Folat)
Vitamin B9 juga dikenali sebagai acid folat. Berfungsi untuk metabolisme karbohidrat. Acid folat
boleh didapati dalam biji gandum. Kekurangan acid folat akan menyebabkan tumbesaran terjejas,
anemia, penurunan pengeluaran telur serta bulu yang kasar dan jarang.

8. Vitamin B12 ( cyanocobalamin)
Vitamin B12 atau cyanocobalamin berfungsi untuk metabolisme karbohidrat dan lemak dalam
tubuh. Ia tidak seperti vitamin B lainnya, di mana vitamin B12 boleh terkumpul terutamanya di
hati, pinggang, otot, tulang dan kulit. Kekurangan vitamin B12 akan mengakibatkan tumbesaran
terjejas dan saiz telur menjadi kecil.

9. Vitamin C (acid askorbik)
Vitamin C berfungsi untuk metabolisme sel dan sebagai antioksida. Kekurangan vitamin C
tidak memberikan kesan pada ternakan namun vitamin ini bertujuan untuk mengurangkan stres
terutamanya pada waktu cuaca panas.

LANGKAH MENGELAKKAN KEKURANGAN VITAMIN
Dalam formulasi makanan, keperluan vitamin dalam campuran makanan disesuaikan dengan
jumlah keperluan poltri. Walau bagaimanapun, nilai vitamin ini boleh menurun disebabkan faktor
persekitaran seperti suhu, cahaya dan pengoksidaan.

Vitamin B1 dan asid pantotenat boleh rosak akibat pemprosesan dan penyimpanan yang
kurang baik. Gambar foto 2.26 menunjukkan bahawa penyimpanan makanan dengan betul sangat
penting untuk memastikan makanan ternakan tidak rosak dan menyebabkan kehilangan vitamin.
Kekurangan vitamin boleh dielakkan dengan melakukan beberapa langkah seperti:

1. Letak alas kayu pada bahagian bawah sebelum meletakkan makanan
2. Menyusun posisi penyimpanan makanan dengan catatan tarikh yang berada dalam

simpanan
3. Menyimpan makanan di tempat tertutup dan terhindar daripada sinaran matahari
4. Perhatikan suhu dan kelembapan tempat penyimpanan makanan
5. Sebaiknya makanan disimpan di dalam stor penyimpanan tidak lebih daripada 30 hari

supaya kualiti nutrisi dan vitamin di dalamnya tidak menurun

156

6. Mengelakkan penggunaan bekas menyimpan makanan secara berulang
7. Bersihkan stor penyimpanan secara berkala
8. Mengawal makanan daripada serangan serangga yang boleh merosakkan makanan

Vitamin adalah sangat
diperlukan oleh ternakan.
Bincang kesan dan langkah
yang perlu dilakukan oleh
penternak sekiranya ternakan
tidak mendapat vitamin yang
secukupnya.

Gambar foto 2.26 Penyimpanan makanan ternakan

STRES DAN VITAMIN

Stres pada ternakan kebiasaannya berpunca daripada perubahan cuaca. Stres yang dialami oleh

ternakan akan menyebabkan kekurangan vitamin dalam badan. Poltri merupakan ternakan yang

sangat mudah terdedah dengan stres. Kesan stres pada ternakan jika tidak ditangani dengan baik

boleh mengakibatkan penurunan pengeluaran telur dan penurunan berat badan. Antara faktor

penyebab stres adalah: Stres merupakan penyebab utama
kepada tumbesaran ternakan. Bincang
1. Peredaran udara dalam reban yang tidak baik dan nyatakan langkah-langkah yang
2. Suhu dan kelembapan dalam reban meningkat perlu bagi mengelakkan ternakan
3. Kepadatan ternakan dalam reban menghadapi masalah ini serta membuat
4. Bunyi bising perbandingan diantara ayam pedaging
5. Campuran makanan yang tidak sempurna dan ayam penelur.
6. Penukaran makanan dilakukan secara mendadak
7. Pemberian vaksin

Pemulihan Stres
Stres merupakan penyumbang utama kepada penurunan prestasi ternakan. Pemulihan stres
dilakukan dengan cara pemberian vitamin kepada ternakan sama ada ditambah dalam makanan
atau minuman.

157

AKTIVITI 5

TAJUK: Pemberian Makanan, Air Minuman dan Vitamin.

Hasil Pembelajaran:
i. Menunjuk cara pemberian makanan, air minuman dan vitamin kepada ternakan
ii. Membuat formulasi penyediaan makanan ternakan berdasarkan keperluan dan tumbesaran
iii.Menjelaskan proses memeriksa dan merekodkan kadar pertumbuhan ternakan

Murid diminta untuk:
1. Membuat tunjuk cara untuk pemberian makanan, air dan vitamin kepada ternakan
2. Membuat kajian formulasi makanan berdasarkan keperluan dan tumbesaran ternakan
3. Memeriksa dan merekodkan kadar tumbesaran ternakan
4. Membuat pembentangan hasil dapatan secara multimedia

PROSES AKTIVITI

Menyediakan Peralatan Tunjuk Cara Membuat Formulasi
dan Keperluan Aktiviti Pemberian Makanan, Makanan

Air dan Vitamin

Memeriksa dan Penyediaan Maklumat Persembahan
Merekodkan Kadar Untuk Pembentangan Multimedia
Pertumbuhan Ternakan

Ayam dan puyuh pedaging memerlukan lebih banyak protein dan tenaga berbanding
dengan ayam dan puyuh penelur yang memerlukan lebih kalsium dan fosforus.
Bincangkan.

158

2.3.3 FORMULASI DIET MAKANAN POLTRI

Formulasi makanan penting untuk memastikan pemberian nutrisi seimbang dengan tumbesaran
ternakan. Penyusunan formulasi makanan bertujuan untuk memperoleh nutrisi yang diperlukan oleh
ternakan dalam jumlah dan perbandingan yang tepat untuk tumbesaran ternakan yang optimum.

Contoh jenis makan berformulasi

Formulasi makanan seharusnya merujuk kepada keperluan ternakan. Anak ayam dan puyuh

memerlukan lebih banyak zat makanan berbanding dengan ayam dan puyuh penelur. Zat makanan

diperlukan untuk tumbesaran yang cepat bermula daripada umur 1 hingga 6 minggu. Dua faktor

utama yang mempengaruhi pertumbuhan ternakan adalah nutrisi dan baka. (Jadual 2.19 dan Jadual

2.20) Jadual 2.19 Contoh jumlah makanan seekor ayam

Umur (Minggu) Jantan Betina
(gram) (gram)

Pertama 152 144

Kedua 376 344

Ketiga 686 617

Keempat 1085 965

Kelima 1576 1344

Keenam 2088 1741

Jadual 2.20 Contoh jumlah makanan seekor puyuh

Umur (Minggu) Jantan Betina
(gram) (gram)
Pertama 1.08
Kedua 3.55 2.15
4.20
Ketiga 5.52
8.21
Keempat 8.91 10.21

Kelima 12.00 13.68
15.60
Keenam 14.00 16.39

Ketujuh 14.38

159

FORMULASI MAKANAN TERNAKAN
1. Ayam Pedaging (Jadual 2.21)

Nutrisi Jadual 2.21 Formulasi nutrisi makanan ayam pedaging
UMUR (Minggu)
Protein (%)
Lemak (%) 0 hingga 4 Minggu 4 Minggu ke atas

21–23 19–21
4–6 4–6

Serat Kasar (%) 44

Kalsium (%) 0.9 0.9

Fosforus (%) 0.5 0.5

Tenaga Metabolisme (Kcal/kg) 3000–3100 3100–3200

2. Ayam Penelur (Jadual 2.22)

Jadual 2.22 Formulasi nutrisi makanan ayam telur

Nutrisi UMUR (Minggu)
0 hingga 8 Minggu 9 hingga 16 Minggu 16 Minggu ke atas

Protein (%) 20–22 14–16 17–18
Lemak (%) 4 4 5

Serat Kasar (%) 4-6 7-9 6-8

Kalsium (%) 1 1 2.5–3.5

Fosforus (%) 0.7 0.6 0.5–0.6

Tenaga Metabolisme (Kcal/kg) 2700–3000 2600–2900 2650–2950

3. Puyuh (Jadual 2.23)

Jadual 2.23 Formulasi nutrisi makanan puyuh
Kandungan Nutrisi

Umur Protein Lemak Serat Kasar Kalsium Fosforus Tenaga
(Minggu) Metabolisme

% (%) min (%) max (%) min (%) min (Kcal/ kg)

0 hingga 5 minggu 24 5 5 0.9 0.6 2950-3050
0.6 2650-2750
6 minggu ke atas 22 3.5 5 3.3

Kandungan makanan perlu ditambah dengan campuran bahan lain yang merupakan vitamin seperti
vitamin B Kompleks, vitamin A, vitamin D iaitu minyak ikan sebanyak 2 peratus daripada makanan
yang diberikan selama satu bulan.

160

KANDUNGAN NUTRISI MAKANAN POLTRI

Pengeluaran ternakan yang berkualiti dipengaruhi oleh pemakanan yang diambil oleh ternakan.
Pengambilan makanan lengkap dan sempurna mengikut keperluan ternakan mampu untuk
menghasilkan tumbesaran yang baik dan hasil optimum (Rajah 2.28).

Karbohidrat

Lemak Vitamin

Protein NUTRISI DALAM Air
MAKANAN

Mineral Aditif

Rajah 2.28 Nutrisi dalam makanan ternakan

Protein

Protein sangat penting untuk ternakan. Protein bertujuan untuk pembinaan otot, pemulihan tisu,
tumbesaran badan, pembekal tenaga dan membentuk enzim. Sumber protein daripada sumber
tumbuhan yang diperlukan ialah sebanyak 10-30 peratus daripada jumlah makanan yang dimakan
ternakan. Manakala, sumber protein haiwan ialah antara 3-10 peratus daripada jumlah makanan.
Kekurangan sumber protein daripada ternakan menyebabkan badan menjadi kurus, lemah, peka
kepada antitoksin, tumbesaran menurun dan kecekapan penukaran makanan akan menurun.
Rajah 2.29 menyatakan sumber utama protein yang diperlukan oleh poltri.

SUMBER PROTEIN

Tumbuhan Haiwan
(Kacang Soya dan (Serbuk daging, tulang

Kacang Tanah) dan ikan)

Rajah 2.29 Sumber protein yang diperlukan oleh poltri

Karbohidrat

Karbohidrat diperlukan bagi memberi tenaga untuk menjalankan aktiviti fizikal dan fungsi badan.
Sumber karbohidrat ialah daripada glukosa, fruktosa, sukrosa, laktosa dan selulosa. Kekurangan
karbohidrat menyebabkan tumbesaran binatang ternakan terjejas dan berat badan akan berkurangan.

161

Lemak

Lemak merupakan sumber tenaga, sumber makanan simpanan, keperluan untuk pembentukan tisu
di bawah kulit, penebat haba dan pelarut vitamin. Sumber lemak terdapat dalam minyak dan serbuk
daging hancur. Minyak berfungsi untuk menambah cita rasa makanan, membantu penyerapan
vitamin dan meningkatkan keberkesanan penggunaan makanan. Kekurangan lemak menyebabkan
ternakan menjadi lesu dan kurus.

Mineral

Mineral penting untuk pembentukan fungsi badan dengan sempurna terutamanya tisu badan,
bendalir badan dan tulang. Jumlah mineral yang diperlukan oleh ternakan bergantung kepada
jenis ternakan dan peringkat tumbesarannya. Sumber mineral boleh didapati daripada tulang, kulit
kerang dan garam.

Vitamin

Vitamin merupakan zat organik penting untuk pertumbuhan dan vitamin diperlukan hanya dalam
jumlah yang sedikit oleh ternakan. Vitamin bertujuan untuk mengatur proses badan bagi menjamin
tumbesaran, pengeluaran, pembiakan dan kesihatan. Penyakit disebabkan oleh kekurangan vitamin
ialah Avitaminosis dan Hypovitaminosis.

Air
Berfungsi sebagai pelarut dan pengangkut bahan ke seluruh anggota, mengawal cecair dan suhu
badan. Pengambilan air perlu bergantung kepada suhu, udara dan air.

Aditif
Aditif merupakan bahan bukan nutrisi yang perlu ditambah ke dalam formulasi makanan ternakan.
Fungsi aditif adalah:

1. Mempertingkatkan kadar pertumbuhan
2. Mempertingkatkan nisbah penukaran makanan
3. Anti stres
4. Mencegah penyakit

Jenis Aditif Sumber
Antibakteria Sulfar drugs
Koksidiostat Amprolium, Arsanilic acid (supaya tidak terkena coccidiosis)
Tambahan nutrisi Galian dan vitamin
Anthelmintic Ubat cacing
Antioksidan BHT, EDTA (elakkan bau busuk akibat lemak berlebihan).
Probiotik Vaksin
Growth promoter Acidophilus, Yis

162

REFLEKSI 2.3 Makanan
Permulaan
Jenis Makanan Makanan
Pembesaran
Makanan
Penamat

NUTRISI Tempoh Pemberian
TERNAKAN Makanan/Minuman/

POLTRI Vitamin

Formulasi Diet Protein
Makanan Poltri Karbohidrat

Lemak
Mineral
Vitamin

Air
Aditif

163

JANA MINDA

Jawab soalan berikut.
1. (a) Nyatakan dua kepentingan pemakanan terhadap ternakan

(i) .....................................................................................................................
(ii) ...................................................................................................................

(b) Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan ternakan poltri.
(i) .....................................................................................................................
(ii) ...................................................................................................................

2. Rajah menunjukkan dua bentuk makanan poltri.

Serbuk Halus Pelet Kasar

(a) Nyatakan dua kelebihan makanan serbuk halus berbanding dengan makanan pelet kasar.
i. .........................................................................................................
ii. ........................................................................................................

(b) Nyatakan dua ciri makanan pelet kasar.
i. .........................................................................................................
ii. ........................................................................................................

164

3. Y dan Z adalah dua peringkat umur ternakan ayam pedaging.

Y 1 hari-4 minggu Z 4 minggu-7 minggu

Padankan peringkat umur itu dengan penyataan berikut dengan menulis Y atau Z pada
petak yang disediakan.

Makanan permulaan

Makanan pembesaran

Kandungan protein 18-20 peratus

Kandungan protein 21-24 peratus

4. Nyatakan dua vitamin.
(a) Larut lemak

(i) .....................................................................................................................

(ii) ...................................................................................................................

(b) Larut air

(i) .....................................................................................................................

(ii) ...................................................................................................................
5. Tandakan (√) bagi nutrisi yang terdapat dan (x) bagi nutrisi yang tidak terdapat dalam

makanan ternakan poltri.
Nitrogen

Fosforus

Kalsium

Kalium

6. Nyatakan empat nutrisi yang terdapat dalam makanan poltri.

(i) .....................................................................................................................

(ii) ...................................................................................................................

(iii) ..................................................................................................................

(iv) ...................................................................................................................

165

UNIT PENGURUSAN TERNAKAN
POLTRI
2.4

166

PENGURUSAN TERNAKAN POLTRI

Persaingan pasaran ternakan menjadi semakin mencabar kerana dipengaruhi oleh harga, kualiti
ternakan dan keselamatan hasil. Penilaian dan kepekaan terhadap kehendak pengguna tentang
keselamatan makanan, kualiti dan alam sekitar, perlu diambil perhatian oleh penternak. Amalan
pengurusan perladangan yang baik harus dilaksanakan dengan lebih sistematik supaya menjadi
lebih produktif, berkualiti dan berdaya saing melalui aktiviti perladangan mesra alam atau
sosio-persekitaran.

AMALAN PERLADANGAN YANG BAIK
Amalan perladangan yang baik ialah amalan pengurusan ternakan yang baik, terancang dan
bersistematik untuk tujuan mendapatkan prestasi pengeluaran yang optimum. Penerapan amalan
perladangan yang baik bermula daripada peringkat perancangan awal iaitu proses menubuhkan
ladang sehingga pembinaan perumahan, kebersihan dan kawalan penyakit, pengurusan harian
dan urusan pasaran. Amalan ini adalah untuk memberikan keyakinan kepada pengguna bagi
mendapatkan hasilan yang berkualiti dan selamat, peluang untuk memperluaskan pasaran sama
ada di peringkat tempatan dan antarabangsa serta jaminan sebuah ladang yang berdaya maju.

Produktiviti Ladang

Persekitaran Pengeluaran
yang Baik Optimum

TUJUAN AMALAN
PERLADANGAN YANG

BAIK

Hasil yang Kos
Berkualiti Minimum

167

FAKTOR MEMPENGARUHI PENTERNAKAN YANG BAIK

Penggunaan Teknologi
Teknologi memainkan peranan yang penting untuk kecekapan pengurusan ternakan, meningkatkan
hasilan dan kualiti ternakan. Teknologi membantu dalam pengurusan harian ternakan seperti
pemberian makanan, minuman, kebersihan dan penyediaan perumahan ternakan yang lebih
sempurna dan selesa. Penggunaan teknologi juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga kerja,
meningkatkan pengeluaran ladang dan kecekapan kawalan penyakit. Penggunaan teknologi
automatik pengumpulan telur yang digunakan dan direka bentuk untuk ayam penelur
(Gambar foto 2.27).

Penggunaan teknologi semakin
menjadi isu utama dalam
penternakan poltri. Bincang
kesannya kepada penternak
dan nyatakan langkah-langkah
yang sewajarnya diambil untuk
memastikan penternakan terus
berdaya maju.

Gambar foto 2.27 Reban ayam penelur

ASPEK PENTING DALAM PENTERNAKAN
Terdapat dua aspek penting yang mempengaruhi pengurusan ternakan poltri iaitu pengetahuan
teknologi dan teknikal serta pengetahuan ekonomi penternakan.

1. Pengetahuan Teknologi dan Teknikal
Pengetahuan teknologi dan teknikal adalah berkait rapat dengan pengurusan projek secara teknikal
dan penggunaan teknologi terkini dalam sistem penternakan. Parameter penting yang perlu diambil
kira seperti kadar kematian, jumlah stok, jumlah pengeluaran, berat ternakan, kadar pengeluaran
telur dan anak ayam, nisbah penukaran makanan (NPM) dan tempoh penternakan.

2. Pengetahuan Ekonomi Penternakan
Penternak perlu menganalisis aliran tunai perniagaan untuk mengetahui prospek penternakan
dengan membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan sekurang-kurangnya untuk 5 tahun.
Perancangan projek yang cekap menentukan kejayaan dan keuntungan. Penternak juga perlu
mengkaji aspek ekonomi untuk kejayaan penternakan sebelum membuat keputusan meneruskan
projek yang dirancang seperti tanah, buruh, modal dan pengurusan penternakan.

168

2.4.1 PENGURUSAN HARIAN POLTRI

Pengurusan harian penternakan adalah pemberian makanan dan air minuman kepada ternakan,
pengurusan pembersihan dan kawalan suhu reban, pemberian vaksin, penggunaan dan
penyelenggaraan peralatan serta pengurusan kesihatan ternakan. Pengurusan poltri terbahagi
kepada beberapa peringkat bergantung kepada jenis hasilan ternakan seperti ditunjukkan dalam
Rajah 2.30 di bawah.

PENGURUSAN TERNAKAN

Pedaging Penelur

Peringkat Peringkat
Perindukan Perindukan

Peringkat Peringkat
Pembesaran Pembesaran

Peringkat
Pengeluaran

Rajah 2.30 Pengurusan poltri

AMALAN SANITASI

Amalan sanitasi ialah aktiviti membersih, memastikan kawasan dan alat yang digunakan bebas
daripada kotoran serta bahan yang boleh menyebabkan penyakit kepada ternakan. Amalan ini
bermula daripada peringkat perolehan anak ayam sehinggalah pemasaran. Amalan sanitasi
bertujuan untuk memperoleh hasilan yang optimum melalui kualiti baka yang baik, kecekapan
pemberian makanan dan minuman, pengurusan kesihatan dan persekitaran yang selesa. Amalan
ini juga memastikan ternakan tidak menghadapi stres yang boleh menjejaskan produktiviti dan
melemahkan daya tahan penyakit.

Sanitasi Ladang - Skim Amalan Ladang Ternakan

Sanitasi merujuk kepada Amalan Ladang Ternakan (SALT) mula diperkenalkan pada tahun 2003.
Konsep ini menekankan kepada sistem penternakan bertujuan memastikan program kesihatan
ternakan dipertingkatkan sepanjang masa dan diurus mengikut Amalan Penternakan Yang Baik
(GAHP) untuk hasil yang berkualiti dan selamat dimakan. SALT dilaksanakan sebagai usaha untuk
mewujudkan sanitasi ladang ternakan yang bertaraf antarabangsa. SALT telah dijenamakan semula
menjadi Malaysian Good Agricultural Practices (MyGAP).

Kawalan dan Jaminan Kualiti

Kawalan dan jaminan kualiti merujuk kepada beberapa aktiviti iaitu menyediakan rekod ladang
yang lengkap seperti rekod sumber anak ayam, sumber makanan, kematian, penakaian, pemberian
vitamin dan pemberian vaksin. Rekod ladang perlu disemak, dikemas kini daripada masa ke masa
dan mengambil tindakan segera jika terdapat sebarang masalah. Kawalan dan jaminan kualiti
juga bertujuan untuk mengelakkan pencemaran dan gangguan kepada persekitaran serta masalah
penyakit dari ladang ternakan.

169

PERSEDIAAN DAN KELENGKAPAN PERUMAHAN AYAM
Persediaan sebelum kemasukan ayam ke dalam reban sangat penting untuk memastikan anak
ayam mendapat keselesaan. Terdapat lima perkara yang perlu dilakukan iaitu:
MEMBERSIHKAN REBAN DAN PERALATAN
Pembersihan reban dan peralatan dilakukan sebelum memulakan penternakan atau sebelum
peringkat perindukan bermula. Perumahan anak ayam perlu dibersihkan sekurang-kurangnya
21 hari (3 minggu) sebelum kedatangan anak ayam. Reban perlu selamat dan selesa serta membaiki
segala kerosakan yang ada. Keseluruhan reban iaitu dinding, lantai dan siling perlu disinfektan
dengan menggunakan sama ada Bromosept atau Potasium Permaganate. Jika reban menggunakan
sistem reban lantai sarap, bahan tersebut perlu dibuang 2 minggu sebelum sarap baru diletakkan
setebal 25mm atau 50mm tinggi. Sarap tersebut perlu disembur dengan bahan pembasmi jangkitan
seperti Quatenary Ammonium Compound. Peralatan makanan dan minuman juga perlu disinfektan
dan diperiksa untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.

MENYUSUN BEKAS MAKANAN DAN MINUMAN
Bekas makanan dan minuman ternakan perlu disusun mengikut jarak yang sesuai. Penyediaan dan
penyusunan bekas makanan dan minuman ini perlu mengikut umur dan berdasarkan kepadatan
ternakan. Gambar foto 2.28 menunjukkan susun atur peralatan makanan dan minuman reban
konvensional, manakala Gambar foto 2.29 pula adalah susun atur peralatan makanan dan minuman
reban moden.

Gambar foto 2.28 Susun atur peralatan makanan dan minuman reban konvensional

Gambar foto 2.29 Susun atur peralatan makanan dan minuman reban moden

170

Keperluan bekas makanan dan minuman ayam bergantung kepada umur ternakan dan jumlah
ternakan. Jadual 2.24 dan Jadual 2.25 menunjukkan keperluan bekas makanan dan minuman
penternakan ayam.

Jadual 2.24 Bekas makanan ayam Jadual 2.25 Bekas minuman ayam

Umur Keperluan Bekas Makanan Jumlah Umur Keperluan Bekas Minuman Jumlah
Ternakan Ternakan Ternakan Ternakan

1-10 hari Bekas atau dulang makanan 100 ekor 1-14 hari Bekas minuman 9 liter air 100 ekor
berukuran 457mm x 457mm x sehari

25mm

Selepas 2 bekas minuman 100 ekor
14 hari automatik

Selepas Bekas makanan gantung 100 ekor
10 hari berukuran bulat 406mm (3
bekas) atau berukuran bulat 21 hari 25-30
ke atas 1 bekas minuman 7.6 liter air ekor
305mm (4 bekas) sehari

MEMBUAT KEPUNGAN

Kepungan dibuat pada peringkat perindukan dengan ukuran keliling 2140mm untuk sejumlah
500 ekor. Kepungan bertujuan memastikan suhu yang bersesuaian untuk anak ayam peringkat
perindukan. Kebiasaannya, bentuk bulat digunakan supaya anak ayam tidak berkumpul pada satu
sudut sahaja yang boleh menyebabkan lemas dan kematian.

MEMASANG BIDAI

Bidai digunakan untuk menutup keseluruhan reban yang hendak dijadikan perindukan. Bidai
bertujuan untuk menghalang haba keluar dengan cepat dan mengelakkan pergerakan atau tiupan
angin yang kuat masuk ke dalam reban. Bidai juga dapat mengelakkan gangguan dari luar seperti
haiwan lain yang menyebabkan anak ayam menjadi terkejut dan stres. Kebiasaannya, kanvas,
plastik biru dan guni dedak (bekas makanan ayam) digunakan untuk menutup dinding reban.

MENYEDIAKAN ALAT PEMANAS REBAN

Alat pemanas penting untuk memastikan suhu dalam reban bersesuaian dengan keperluan haba
yang dikehendaki. Kebiasaannya, alat pemanas gassolec hoover digunakan dan digantung di
tengah bulatan kepungan dengan ketinggian 910mm. Suhu mempengaruhi pembesaran anak ayam
dan memastikan anak ayam terus hidup. (Jadual 2.26)

Jadual 2.26 Kawalan suhu ayam

Umur Ternakan Suhu Reban

Hari Pertama 35°C
Hari ke-2 hingga ke-7 33°C
Hari ke-8 hingga ke-14 28°C
Hari ke-15 dan seterusnya 23°C

171

MEMASUKKAN ANAK AYAM

Anak ayam akan dilepaskan berhampiran dengan bekas air minuman yang telah dicampurkan
vaksin anti stres. Pemberian makanan akan dilakukan selepas 1 jam anak ayam berada di dalam
perindukan. Anak ayam akan dipantau setiap masa untuk memastikan keselesaannya.

Gambar foto 2.30 Anak ayam ditempatkan dalam Gambar foto 2.31 Hari pertama anak ayam di
kotak khas sebelum dibawa ke reban dalam reban

Gambar foto 2.30 menunjukkan proses pengangkutan anak ayam untuk dibawa masuk
ke dalam reban, manakala Gambar foto 2.31 menunjukkan anak ayam berada pada peringkat
perindukan. Ciri baka ayam yang baik boleh dinilai melalui berat sekurang-kurangnya 35gram dan
saiz yang seragam, mata yang bulat, bersinar, sihat, cergas, bulu badan kering dan kembang, pusat
yang kering, saluran pencernaan yang bersih (tidak melekat dengan tinja) dan tiada kecacatan.

UMUR 1 - 4 MINGGU

a) Minggu Pertama

Pada minggu pertama anak ayam akan diberikan vaksin Rheniket F melalui titisan hidung sebelum
dimasukkan ke dalam perindukan. Suhu pada hari pertama ialah 33°C-35°C. Lampu dan alat
pemanas dipasang sepanjang masa (24 jam). Anak ayam berada dalam kepungan dengan jarak
914mm hingga 1219mm dari alat pemanas. Dinding reban ditutup untuk mengawal pengudaraan.
Makanan dan minuman yang mencukupi perlu dibekalkan sentiasa.

Anak ayam minggu pertama

172

Hari Ketiga

Pada hari ketiga, penternak perlu menukar air minuman setiap hari dan membersihkan, menambah
atau menukar sarap yang basah dan kotor. Rekod jumlah kematian dan pengambilan makanan perlu
dicatat. Pada minggu ini nisbah penukaran makanan dihitung dan dicatat dalam rekod. Kawasan
kepungan akan diperluaskan mengikut peringkat tumbesaran.

Hari Keenam

Pada hari yang keenam, paruh anak ayam akan dipotong. Paruh bahagian atas lebih pendek
daripada bahagian bawah untuk ayam penelur sahaja. Tujuan pemotongan paruh ini adalah untuk
mengelakkan ayam mematuk sesama sendiri dan memastikan tidak berlaku pembaziran makanan.
Pemotongan paruh anak ayam dilakukan ketika anak ayam berumur 7-10 hari. Potong lebih kurang
1/3 dari lubang hidung dan melakukan kelaran dengan besi panas sekiranya berlaku pendarahan.
Rajah 2.30 menunjukkan bahagian paruh yang dipotong untuk ayam penelur.

2-31-3 Had pemotongan
1-3 1-4 paruh

Rajah 2.30 Pemotongan paruh ayam penelur

b) Minggu Kedua

Pada minggu ini pemberian makanan dilakukan sebanyak 3 kali sehari. Air bercampur vaksin anti
stres diberikan pada awal minggu. Alat pemanas dipasang pada waktu malam atau ketika cuaca
sejuk sahaja. Pembersihan dan penukaran sarap yang basah dan rosak perlu dilakukan. Vaksin
(infectious bursal disease, IBD) akan ditambah dalam minuman. Bidai reban dibuka pada siang hari
dan diturunkan pada waktu malam. Pada minggu ini berat ayam perlu ditimbang dan direkodkan.

c) Minggu Ketiga

Pada minggu ketiga, penternak perlu membersihkan bangkai anak ayam yang mati. Penakaian ayam
yang lemah dan sakit perlu dilakukan. Alat pemanas dipasang pada waktu malam sahaja. Kepungan
dibuka dan anak ayam dilepaskan secara bebas di dalam reban. Bekas makanan tergantung iaitu 1
unit bersamaan 25 hingga 30 ekor ayam. Suntikan vaksin fowl pox diberi kepada ayam.

Minggu ketiga anak ayam di dalam reban

173

d) Minggu Keempat

Pada minggu ini pemberian makanan akan dilakukan sebanyak 2 kali sehari. Bekas makanan dan
minuman digantung sama paras dengan dada ayam. Air minuman bercampur vaksin antistres akan
diberikan. Sarap basah dan kotor perlu ditukar dan ditambah jika perlu. Bidai akan terus dibuka.
Penternak perlu menimbang dan merekodkan berat ayam untuk keperluan kiraan nisbah penukaran
makanan (NPM).

e) Minggu Kelima

Penukaran makanan kepada jenis pembesaran akan diberikan untuk meningkatkan tumbesaran ayam
secara perlahan-lahan. Penternak akan menimbang dan merekodkan berat ayam untuk keperluan
kiraan nisbah penukaran makanan (NPM).

f) Minggu Keenam dan Ketujuh

Minggu ini adalah minggu terakhir ayam di dalam reban. Ayam akan diberi makanan untuk
pembesaran sepenuhnya. Pemberian antibiotik dihentikan. Penternak perlu menimbang dan
merekodkan untuk keperluan kiraan nisbah penukaran makanan (NPM). Ayam yang berumur
35-42 hari perlu mencapai berat badan 1.6 kg-1.9 kg iaitu berat yang sesuai untuk dipasarkan.

Minggu keenam ayam di dalam Minggu terakhir ayam di dalam reban
reban

PERSEDIAAN DAN KELENGKAPAN PERUMAHAN PUYUH

Persediaan dan kelengkapan perumahan puyuh lebih mudah berbanding dengan perumahan ayam.
Hal ini disebabkan, puyuh memerlukan perumahan yang lebih ringkas dan mudah untuk disediakan.
Rajah 2.31 menunjukkan peringkat penternakan puyuh.

PERINGKAT PENTERNAKAN PUYUH

Peringkat Perindukan Peringkat Pembesaran Peringkat Pengeluaran
(1-14 hari atau 2 minggu) (15-42 hari) (puyuh penelur sahaja)

(Selepas hari ke-45)

Rajah 2.31 Peringkat penternakan puyuh
174

PERINGKAT PERINDUKAN
Peringkat perindukan bermula pada awal umur puyuh sehingga berumur 14 hari. Kebiasaannya,
pada peringkat ini, puyuh ditempatkan di dalam sangkar khas yang bertutup. Puyuh akan dibekalkan
dengan keperluan makanan dan minuman. Sangkar ini akan ditutup dengan menggunakan guni,
kanvas atau kertas keras. Lampu pijar digunakan sebagai punca haba untuk mengelakkan puyuh
daripada kesejukan dan memastikan suhu dalam sangkar sekitar 35°C. (Gambar foto 2.32)

Gambar foto 2.32 Minggu pertama anak puyuh di dalam reban

Peringkat Pembesaran
Keperluan peralatan untuk peringkat ini perlu disesuaikan dengan tumbesaran puyuh. Pada
peringkat pembesaran, penternak boleh memilih sama ada sistem sarap atau sistem sangkar
untuk perumahan puyuh. Pemberian makanan dan minuman dilakukan dengan menggunakan
bekas berbentuk palung yang digantung mengikut tumbesaran puyuh. Bekas air minuman perlu
dibersihkan setiap hari untuk mengelakkan pembiakan bakteria.
Peringkat Pengeluaran
Hanya puyuh betina yang akan melalui peringkat pengeluaran. Pada peringkat pengeluaran, sangkar
pengeluaran digunakan dan direka bentuk khas untuk memastikan telur puyuh terkumpul di luar
hadapan sangkar. Pemberian makanan penelur diberikan dengan kadar purata 27 gram sehari.
Puyuh akan menghasilkan telur sebanyak 260 biji selama 52 minggu.
Merekod Ternakan
Aktiviti merekod merupakan satu aktiviti yang perlu dilakukan dalam setiap pusingan musim
penternakan. Ternakan akan direkod daripada mula diternak, bilangan kematian, bilangan yang
ditakai dan bilangan ternakan yang hidup. Berat ternakan, kuantiti makanan dan purata pengambilan
makanan akan direkod untuk pengiraan nisbah penukaran makanan.

INFO TAMBAHAN
Lampu pijar berkuasa 100 watt digunakan di dalam sangkar untuk 80-100 ekor anak puyuh. Lampu
digantung sekurang-kurangnya 50mm daripada lantai. Aras ketinggian lampu ini boleh diubah
mengikut tumbesaran anak puyuh.

175

PENGURUSAN HARIAN POLTRI

Pengurusan harian dalam ternakan poltri merupakan proses kerja yang dilaksanakan bermula
dari persediaan reban dan alatan sehinggalah ternakan mencapai umur untuk dipasarkan. Aktiviti
pengurusan harian perlu dilaksanakan dengan teliti dan teratur untuk mencapai matlamat
penternakan. (Rajah 2.32)

Kebersihan Pemberian
Reban Makanan dan

Minuman

Pengurusan PENGURUSAN
Pengudaraan HARIAN
POLTRI

Penjagaan
Kesihatan

Merekod

Rajah 2.32 Pengurusan harian poltri

KEBERSIHAN REBAN

Kebersihan merupakan perkara asas yang perlu diambil perhatian sepanjang tempoh penternakan.
Persekitaran reban yang bersih menjamin keselesaan ternakan, mencegah daripada jangkitan
penyakit dan mengelakkan haiwan pemangsa datang ke reban. Pembersihan perlu sentiasa
dilakukan bukan sahaja di dalam reban malahan peralatan, dalaman reban dan persekitarannya.
Penyelenggaraan rumput dan tumbuhan yang berada di sekitar kawasan perumahan serta sistem
salirannya perlu dibersihkan. Selain itu, pembersihan juga perlu dilakukan dengan sempurna
supaya tidak mendatangkan masalah terutamanya gangguan bau kepada masyarakat sekeliling.
Rajah 2.33 menunjukkan pengurusan pembersihan reban ternakan.

PEMBERSIHAN REBAN

Menghapuskan Ternakan Membersihkan Membersihkan Tinja
yang Telah Mati Sampah Sarap Ternakan

Proses Menghapuskan Tempat
Penghapusan Sisa Ladang Pembiakan Lalat

Rajah 2.33 Pengurusan harian reban

Sisa ladang juga perlu dibersihkan, diproses semula, dibakar atau ditanam kerana ia boleh menjadi
tempat pembiakan lalat, menarik pemangsa datang ke ladang dan membawa penyakit.

176

PEMBERIAN MAKANAN DAN MINUMAN

Pemberian makanan dan minuman kepada ternakan merupakan perkara penting dalam mengurus
harian ternakan. Pemberian makanan dan minuman mestilah mengikut peringkat tumbesaran
dan keperluan nutrisi ternakan. Makanan dan minuman yang diberi hendaklah bermutu tinggi
dan mencukupi mengikut keperluan jenis ternakan. Setiap ekor ternakan perlu diberikan ruang
lantai, ruang makanan dan minuman yang mencukupi mengikut peringkat pembesaran. Jadual 2.27
menerangkan pemberian makanan ayam, manakala Jadual 2.28 menerangkan pemberian makanan
puyuh.

Jadual 2.27 Pemberian makanan ayam

Pemberian Jadual Pemakanan Cara Kedua
Makanan Cara Pertama

Makanan Permulaan 1 hingga 21 hari 1 hingga 14 hari

Makanan Pembesaran 22 hari hingga ayam mengeluarkan hasil 15 hingga 39 hari

Makanan Penamat - Hari ke-40 hingga ayam
mengeluarkan hasil

Pemberian Jadual 2.28 Pemberian makanan puyuh Cara Kedua
Makanan Jadual Pemakanan

Cara Pertama

Makanan Permulaan 1 hingga 14 hari 1 hingga 14 hari

Makanan Pembesaran 15 hari hingga puyuh mengeluarkan hasil 15 hingga 35 hari

Makanan Penamat - Hari ke-36 sehingga puyuh
mengeluarkan hasil

1. Kawalan Kualiti Makanan

Kualiti makanan ternakan yang dibekalkan kepada ternakan akan mempengaruhi pengeluaran
hasil. Penternak perlu memastikan bekalan makanan yang diperoleh dari kilang makanan perlu
menerapkan Amalan Pembuatan Yang Baik (GMP) atau amalan yang diperakui oleh Jabatan
Perkhidmatan Veterinar (JPV). Makanan perlu disimpan di tempat yang mempunyai pengudaraan
yang baik, tidak terdedah dengan persekitaran yang boleh mengurangkan kualiti zat makanan.
Makanan juga perlu disimpan di tempat yang bersih dan tidak dimasuki oleh tikus atau burung.
Alas bekas (guni) makanan dengan kayu setinggi lebih kurang 150mm. Pantau mutu dan kebersihan
makanan dari masa ke masa.

INFO TAMBAHAN
Ayam seberat 1.8 kg menghasilkan 113 gram kotoran sehari yang mengandungi air, tinja
(50 hingga 80 gram pepejal) dan mineral. Ini menunjukkan bahawa kesan kotoran ini mampu
mencemarkan alam sekitar jika tidak ada pengurusan yang baik. Selain itu, sisa kotoran
ini boleh diproses semula untuk menghasilkan bahan lain seperti baja organik yang sangat
diperlukan oleh tumbuhan.

177

2. Kawalan Kualiti Air Minuman

Air minuman yang dibekalkan kepada ternakan hendaklah mempunyai tahap kualiti yang standard.
Air mestilah daripada sumber yang bersih dan telah dirawat dengan menggunakan bahan seperti
klorin dan bahan lain yang diluluskan oleh kerajaan. Elakkan air minuman daripada dicemari dan
disimpan dalam bekas yang tertutup serta mudah dicuci. Gunakan bekas penyimpan air minum
yang tidak mudah berkarat dan tidak diperbuat daripada bahan yang boleh menyebabkan keracunan.
Kualiti air adalah pada pH 6.5 hingga pH 8.0. Pantau kandungan kimia, kuman, logam, bau, warna
dari masa ke masa.

PENJAGAAN KESIHATAN

Ternakan yang sihat mempunyai ketahanan melawan penyakit. Pemeriksaan kesihatan ternakan perlu
dilakukan setiap hari bertujuan mengawal penyakit daripada merebak. Rajah 2.34 menunjukkan
antara aktiviti penjagaan kesihatan ternakan.

PENJAGAAN KESIHATAN

Timbangan Pemberian Pemberian Pemberian
Mingguan Vaksin Antibiotik Anti Stres

Rajah 2.34 Penjagaan kesihatan

1. Program Kesihatan

Program kesihatan menyediakan dokumen bertulis tentang kesihatan ternakan dan melaksanakannya
dengan betul. Perancangan dan pelaksanaan program kesihatan perlu sentiasa mendapat nasihat
dan diawasi oleh perunding veterinar yang diiktiraf. Program kesihatan dinilai dan dikemaskini
daripada masa ke masa bertujuan mengetahui perkembangan ternakan serta mengambil beberapa
langkah perlu untuk memastikan keadaan di kawasan ladang terkawal. Rajah 2.35 menyatakan tiga
aktiviti utama program kesihatan ternakan.

PROGRAM KESIHATAN

Pelalian Rawatan Biosekuriti
Rajah 2.35 Program kesihatan

2. Penakaian

Penakaian ialah satu kaedah pencegahan penyebaran penyakit di mana ternakan yang tidak
diperlukan dikeluarkan daripada kumpulannya. Antara ternakan yang ditakai ialah seperti ternakan
yang mempunyai tumbesaran terjejas, pengeluaran rendah, berpenyakit dan cacat. Ternakan yang
menunjukkan tanda-tanda sakit hendaklah segera diasingkan untuk dirawat.

178

PENGURUSAN PENGUDARAAN

Pengurusan pengudaraan merujuk kepada kawalan pengudaraan dan kelembapan di dalam reban
dan persekitaran luar reban.

1. Memeriksa Suhu Reban

Suhu memainkan peranan penting untuk tumbesaran ternakan. Suhu 24°C merupakan suhu yang
paling ideal bagi reban ayam selepas peringkat perindukan. Setiap penurunan 1°C suhu dan
kenaikan 2°C suhu di atas paras 29°C akan menurunkan kadar penukaran makanan. Jadual 2.29
menyatakan suhu di dalam reban dan kesannya terhadap ternakan.

Jadual 2.29 Suhu dalam reban
(Sumber: Unit Unggas, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2006)

Suhu dalam reban Kesan ke atas Ayam

Kurang dari 21°C • Penurunan berat badan
• Kesan kepada nisbah penukaran makanan

21°C - 26°C • Kurang nisbah penukaran makanan

26°C - 29°C • Merupakan suhu yang paling bersesuaian
• Penyusutan terhadap pengambilan makanan
29°C - 32°C • Pengambilan zat makan mencukupi dan pengeluaran
32°C - 35°C
35°C - 38°C yang baik
Melebihi 38°C
• Pengambilan makanan menurun
• Penurunan berat badan
• Prosedur penyejukan perlu disegerakan
• Pengambilan makanan terus merosot
• Prosedur penyejukan perlu dilakukan
• Keadaan heat prostration boleh berlaku
• Langkah kecemasan diperlukan
• Pengambilan makan merosot
• Pengambilan air sangat tinggi
• Langkah kecemasan untuk menyejukkan

reban ayam sangat diperlukan

2. Persekitaran Reban

Pemantauan paras gas ammonia, karbon monoksida, karbon dioksida, hidrogen sulfida dan
oksigen di dalam reban tertutup dari masa ke masa perlu dilakukan bagi memastikan parasnya
tidak menjejaskan kesihatan ayam dan pekerja. Ammonia (NH3) dan hidrogen sulfida (H2S)
merupakan sebatian yang dikaitkan dengan sisa buangan ternakan termasuklah tinja, sampah
sarap dan bangkai ternakan.

MEREKOD

Proses merekod perlu dilakukan setiap hari terutamanya rekod kewangan, kematian ayam,
penggunaan makanan, program rawatan, berat badan ternakan, pengambilan vaksin, pemberian
vitamin dan pasaran. Tujuan merekodkan adalah untuk mengetahui perkembangan, membuat
kawalan dan pemantauan berkaitan dengan perkembangan tumbesaran dan prestasi ternakan.
Merekodkan aktiviti secara terperinci dan berkala perlu dilakukan. Penternak perlu memastikan
berlakunya perubahan dan peningkatan.

179

1. Pemantauan Kenaikan Berat Ternakan

Ternakan perlu ditimbang bermula pada awal usia satu hari. Rekod berat badan ternakan digunakan
untuk menghitung nisbah penukaran makanan (NPM).Timbangan akan dilakukan setiap minggu
bermula dari minggu pertama ternakan di dalam reban sehingga minggu keenam iaitu masa untuk
dipasarkan terutamanya ayam pedaging.

Rekod yang perlu disimpan oleh penternak:

1. Tarikh ternakan tiba
2. Bilangan ternakan yang diterima
3. Sumber baka ternakan
4. Kematian dan penakaian ternakan
5. Pemberian makanan jenis makanan dan sumber makanan harian
6. Pemberian vaksin dan rawatan (jenis vaksin atau ubat)
7. Penggunaan air dan elektrik

Jadual 2.30 adalah contoh jadual rekod harian ternakan seperti dalam di bawah.

Jadual 2.30 Contoh rekod harian ternakan

REKOD HARIAN __________________ No. Reban: __________
Bilangan Ternakan: __________________
Tarikh Bermula: __________________
Tarikh Akhir:

Hari/ Bilangan Ternakan Kilogram/Liter Berat Pemberian Pembersihan Catatan
Minggu Kematian Ditakai Baki Makanan Minuman Ternakan Vitamin/ Reban
Vaksin
1.
2.

3.
4.

5.

6.
7.
Jumlah
Minggu
Pertama

8.
9.

10.
11.

12.

13.
14.
Jumlah
Minggu
Kedua

Nota: Jumlah hari/minggu perlu dinyatakan atau ditambah sehingga tarikh akhir ternakan di dalam reban.

180

Jadual 2.31 rekod senarai semak pengurusan penternakan.

Jadual 2.31 Senarai semak pengurusan penternakan

Bil Aktiviti Sebelum Semasa Selepas
1 PENYEDIAAN REBAN/PERUMAHAN AYAM

Sanitasi/membersihkan reban
Menabur kapur
Membiarkan reban kering
Membina pengepung
Menabur sarap
Memasang bidai
Melakukan disnifektan
2 PENYEDIAAN ALAT PEMANAS/PERINDUKAN
Memasang alat pemanas
Penyediaan bahan
3 PERINDUKAN
Memanaskan alat pemanas/perindukan
Menyelaras suhu alat pemanas
Menyediakan air minuman
Memeriksa kuantiti dan kualiti anak ayam
Meletakkan makanan dalam bekas
Memeriksa keperluan bahan sarap
Memasang alat pengepung tambahan
Menggredkan ayam
Menentukan jangka masa pemanasan
Mengawal pengudaraan reban
Menukar saiz/menambah bilangan bekas makanan dan minuman
mengikut kesesuaian.
Menimbang sampel berat ayam
Penakaian (jika perlu)
Rawatan (jika perlu)
Menyediakan laporan/rekod kerja
4 PERINGKAT PEMBESARAN
Meletakkan bekas makanan dan minuman yang telah dibersihkan
Mengisi makanan dan minuman
Pengawalan cahaya
Pengawalan pengudaraan
Pengawalan suhu reban
Pengurusan kesihatan ternakan
Memantau tumbesaran ayam
Penangkapan dan pemasaran ayam
Pengurusan sisa ladang
Menyediakan rekod ladang

181

2.4.2 PENGURUSAN PEMASARAN

Pemasaran merupakan proses akhir dalam keseluruhan aktiviti penternakan. Pemasaran ternakan
pada dasarnya dilakukan dengan mudah disebabkan oleh permintaan tinggi dengan harga yang
berpatutan, namun pengeluarannya masih lagi terhad. Ternakan poltri dipasarkan dalam bentuk
ternakan hidup, sembelih bersih, pelbagai keratan dan produk sedia untuk dimasak atau dimakan.
Lebih daripada 80 peratus ternakan pedaging dipasarkan dalam bentuk ayam hidup. Manakala, di
antara 15-20 peratus dihantar ke pusat penyembelihan yang kemudiannya dijual semula sebagai
ayam proses, keratan ayam dan menjadi produk hiliran. Jadual 2.32 menunjukkan umur ternakan
yang akan dipasarkan.

Jadual 2.32 Ternakan dipasarkan

Jenis Ternakan Umur Ternakan

Ayam Pedaging Hari ke-35 hingga ke-40

Puyuh Pedaging Hari ke-35 hingga ke-42

AKTIVITI PEMASARAN TERNAKAN

Ternakan yang telah mencapai berat yang dikehendaki boleh dipasarkan. Penangkapan ternakan
perlu diuruskan dengan baik agar tidak tercedera kerana ia boleh menurunkan nilai. Kebiasaannya,
kecederaan ke atas ternakan berlaku ketika proses penangkapan, dimuatkan ke dalam sangkar dan
semasa dalam perjalanan untuk dipasarkan. Kesan kecederaan seperti lebam dan kulit terkoyak
dapat dilihat setelah ternakan disembelih dan dibersihkan. Perkara yang perlu dilakukan sebelum
aktiviti penangkapan ialah:

MEMBERHENTIKAN PEMBERIAN MAKANAN

Pemberian makanan diberhentikan di antara 4 hingga 5 jam sebelum ternakan ditangkap (tidak
lebih dari 8 jam) bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan kelesuan semasa pengangkutan.

1. Menangkap Ternakan

Ternakan ditangkap pada waktu malam atau lewat petang dengan memegang kakinya kerana ketika
itu penglihatan ternakan menjadi terhad dan keadaan persekitaran yang sejuk dapat menenangkan
ternakan. Peralatan makanan dan minuman perlu dikeluarkan dahulu atau dinaikkan ke atas untuk
memudahkan proses penangkapan. Cahaya di dalam reban dikurangkan. Cahaya biru atau merah
sahaja digunakan semasa aktiviti menangkap ternakan kerana ternakan tidak dapat melihat dalam
cahaya tersebut. Penangkapan dengan cepat dan cermat. Elakkan membuat kejutan terhadap
ternakan.

Laman
ICT

Mesin penuaian secara automatik

182

2. Memuatkan Ternakan Ke Dalam Sangkar
Pastikan ternakan dimasukkan ke dalam sangkar dengan cermat. Letakkan sangkar dalam keadaan
rata supaya ternakan tidak berada pada sudut tertentu. Jumlah bilangan ayam di dalam sangkar
bergantung kepada saiz.
3. Mengangkut atau Membawa Ternakan Ke Pasaran
Sangkar ternakan perlu diangkat dalam keadaan mendatar dan melakukannya dengan cermat semasa
dalam kenderaan serta semasa menurunkannya. Elakkan ternakan daripada mengalami cuaca panas,
kebiasaannya ternakan diangkut sewaktu suhu sejuk seperti lewat petang, malam atau waktu pagi.
Ternakan dibawa dengan menggunakan lori yang direka bentuk khas supaya mempunyai sistem
pengudaraan yang baik.

Penghantaran ayam ke pasar

PASARAN TERNAKAN
Pemasaran penting dalam sesebuah perusahaan yang berasaskan komersial. Ternakan akan
dipasarkan sama ada di pasaran tempatan atau antarabangsa. Sebanyak 12-15 peratus bekalan ayam
daging Malaysia dieksport ke pasaran Singapura dan Brunei. Lebih 85 peratus ayam dieksport dalam
bentuk ayam hidup dan bakinya adalah produk hiliran (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2016).
Walau bagaimanapun, permintaan pasaran eksport merupakan pasaran yang tidak stabil disebabkan
oleh kawalan dan peraturan tertentu yang perlu dipatuhi seperti pengeluar perlu memenuhi syarat
yang ditetapkan oleh negara pengimport meliputi sanitasi veterinar, kualiti dan status penyakit.
Produk dan kualiti untuk pasaran eksport juga perlu mematuhi standard antarabangsa.

Ayam di pasaran

183

SALURAN PEMASARAN

Pemasaran hasil boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa kaedah saluran pemasaran yang
sesuai dan lebih menguntungkan.

1. Saluran 1

Hubungan secara langsung berlaku di antara pengeluar dengan pengguna. Orang tengah atau
perantara tidak terlibat. Produk yang menggunakan saluran pemasaran ini biasanya mempunyai ciri-
ciri yang tidak tahan lama. Walau bagaimanapun, produk yang tahan lama juga boleh menggunakan
saluran ini bergantung kepada polisi sesebuah organisasi.

Pengeluar Pengguna

2. Saluran 2

Melibatkan orang tengah iaitu peruncit. Ia kebiasaannya mempunyai satu orang tengah sahaja.
Saluran ini juga selalunya digunakan oleh peruncit kecil dan peruncit besar terutama seperti pasar
raya besar. Pengeluar menjual keluaran mereka kepada peruncit dan seterusnya peruncit menjual
terus kepada pengguna.

Pengeluar Peruncit Pengguna

3. Saluran 3

Melibatkan dua peringkat orang tengah iaitu pemborong dan peruncit. Saluran ini sering digunakan
oleh pengeluar kecil produk makanan, farmasi, perkakas rumah dan produk-produk lain.

Pengeluar Pemborong Peruncit Pengguna

4. Saluran 4

Saluran pemasaran ini mempunyai tiga peringkat orang tengah iaitu terdiri daripada pemborong,
jober dan peruncit. Jober membeli daripada pemborong dan menjual kepada peruncit kecil yang
tidak berurusniaga dengan pemborong besar.

Pengeluar Pemborong Jober Peruncit Pengguna

Saluran pengagihan yang mempunyai lebih banyak peringkat yang jarang digunakan dalam industri
poltri. Semakin banyak atau tinggi bilangan peringkat saluran pemasaran, semakin meningkat
kos. Hal ini menyukarkan pemasaran hasil dan pengguna untuk mencari harga yang lebih rendah.
Penternak boleh memasarkan hasil poltri sendiri secara langsung kepada pelanggan perniagaannya.
Ada kalanya pengeluar perlu menjual kepada pengedar industri dalam bentuk ayam proses atau
mengikut bahagian ayam yang tertentu seperti kepak, paha dan kaki sahaja. Cara ini mungkin lebih
menguntungkan dan menjamin pasaran.

184

HARGA AYAM PEDAGING DAN TELUR

Ayam daging adalah komoditi ternakan yang harganya dikawal. Harga pasaran ayam adalah
mengikut harga hidup di ladang, harga borong hidup, harga borong bersih, harga runcit hidup,
harga runcit bersih (dengan kaki, kepala, hati dan hempedal). Harga ditentukan berasaskan kepada
harga pada peringkat ladang. Harga siling pada peringkat ladang dan runcit ditetapkan. Selain
itu Persatuan Pengeluar Ayam dari masa ke masa akan menetapkan harga rujukan untuk panduan
pengeluar. Walaupun harga dikawal, harga sebenar adalah bergantung kepada faktor pasaran pada
sesuatu masa tetapi tidak boleh melebihi harga siling yang ditetapkan.

Harga ayam pedaging (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2016)

Harga Ladang Harga Borong Harga Runcit

Anak Ayam Sehari Ayam Hidup Ayam Hidup Standard Super

RM/Ekor RM/kg RM/kg RM/kg RM/kg
2.10 5.30 6.00 7.90 8.85

Harga telur ayam

Harga (Sen/Biji)

Gred AA Gred A Gred B Gred C Gred D Gred E
0.35 0.33 0.28 0.25
0.32 0.31

GRED DAN HARGA PUYUH

Penjualan puyuh adalah dalam beberapa bentuk mengikut negeri atau kawasan penternakan.
Penjualan secara seekor paling popular di kebanyakan negeri.

Gred dan harga puyuh (Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, 2015)

Negeri Gred Berat (kg/ekor) Harga (RM)

Selangor A Minimum 2.0 kg/10 ekor 2.00/ekor
B Minimum 1.6 kg/10 ekor 1.70/ekor
Kedah C Minimum 1.45 kg/10 ekor 1.50/ekor
Perak A 150 hingga 180 gm/ekor 1.50/ekor
Negeri Sembilan B Kurang dari 150 gm/ekor 1.20/ekor
Borong 1.60/ekor
Johor A Melebihi 1.5 kg/10 ekor 1.75/ekor
B 130 kg hingga 1.45 kg/10 ekor 1.60/ekor
Terengganu C 1.00 kg hingga 1.20 kg/10 ekor 1.10/ekor
Kelantan AA 2.10/ekor
A Melebihi 190 gm/ekor 1.90/ekor
B 170 gm hingga 190 gm/ekor 1.70/ekor
150 gm hingga 170 gm/ekor 1.50 hingga 1.60/ekor
atau 12.00/kg
1.10 gm hingga 1.20 gm/ekor 12.00/kg
13.00/kg
100 gm/ekor 18.00/kg
110 gm/ekor 20.00/kg
160 gm/ekor
180 gm/ekor

185

NISBAH PENUKARAN MAKANAN
NPM ditakrifkan sebagai satu unit pengeluaran yang diperoleh daripada pengambilan satu unit berat
makanan. Ini bermaksud setiap kilogram makanan yang dimakan dapat menambahkan sejumlah
berat badan ayam. Nilai ini sangat penting untuk menunjukkan kecekapan penggunaan makanan.
Pengiraan nisbah penukaran makanan (NPM) ialah:

NPM = Kuantiti makanan yang dimakan (kg)
Pertambahan berat badan (kg)

Menilai Prestasi Poltri Berdasarkan Nilai Nisbah Penukaran Makanan (NPM)
Pemantauan prestasi ternakan perlu dilakukan untuk mengetahui kesan penukaran makanan. Lebih
rendah angka maka lebih baik penukaran makanan dan lebih tinggi pulangan pendapatan. Nilai
NPM dipengaruhi oleh jumlah dan jenis makanan, kualiti makanan, baka ayam, jantina ayam,
peningkatan pertumbuhan dan pengurusan. Nilai ini memberikan gambaran kos pengeluaran.
PENGARUH PENUKARAN MAKANAN
Faktor utama yang mempengaruhi penukaran makanan ialah pembaziran makanan. Pembaziran
makanan dalam jangka masa panjang akan mengurangkan keuntungan. Pembaziran makanan
sering berlaku semasa menjalankan urusan penternakan harian tanpa disedari. Antara sebab utama
pembaziran makanan ialah:

1. Mengisikan makanan ke dalam bekas dengan tidak cermat dan berlaku
pertumpahan makanan

2. Menggunakan bekas makanan yang rosak
3. Paras tinggi bekas makanan yang tidak mengikut pembesaran ayam
4. Masalah lain yang mengambil makanan seperti tikus dan burung liar
5. Cara menyimpan guni makanan yang kurang sempurna menyebabkan guni makanan di

bawah menjadi keras dan tidak dapat digunakan
Penukaran pemberian makanan bertujuan untuk memenuhi keperluan nutrisi supaya ternakan
tersebut membesar dengan baik dan sihat. Proses pertukaran pemberian makanan perlu dilakukan
secara perlahan - lahan.

186

Contoh Nisbah Penukaran Makanan Ternakan

Jadual 2.33 dan Jadual 2.34 di bawah merupakan rujukan dan butiran hasil daripada pemeliharaan
ternakan bergantung sepenuhnya kepada kecekapan menguruskan penternakan ayam pedaging
dan puyuh. Perbandingan boleh dilakukan dengan butiran penternakan seperti dalam jadual yang
dinyatakan (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2006).

Jadual 2.33 Pemantauan prestasi ternakan – Ayam Pedaging

Umur / Berat Badan dan Kenaikan Berat Makanan Yang Dimakan Nisbah
Minggu Mingguan (gram) Penukaran
Makanan
Berat Mingguan Pertambahan Mingguan Terkumpul
Berat (gram) (gram) (gram) (NPM)

Pertama 120 80 151 151 1.89

Kedua 320 200 309 460 1.54

Ketiga 545 225 400 860 1.78

Keempat 920 375 703 1563 1.87

Kelima 1295 375 837 2400 2.23

Keenam 1670 375 850 3250 2.27

Ketujuh 1970 300 925 4175 3.08

Kelapan 2270 300 925 5100 3.08

Jadual 2.34 Nisbah Penukaran Makanan (NPM) - Puyuh

Umur/Minggu Berat Puyuh Pertambahan Makanan Yang Nisbah Penukaran
(gram) Berat (gram) Dimakan (gram) Makanan
Pertama (NPM)
Kedua 20 10 10
Ketiga 50 30 32 1.00
Keempat 100 50 79 1.07
Kelima 170 70 132 1.58
Keenam 230 60 109 1.89
Ketujuh 280 50 132 1.82
300 45 150 2.64
3.33

187

Pengiraan Nisbah Penukaran Makanan (NPM):
Rumus
Bilangan ayam diternak = 100 ekor
Kuantiti makanan seminggu = 400 kg
Berat badan ayam (awal) = 3.5 kg
Berat badan ayam (akhir) = 200 kg

NPM = Kuantiti makanan yang dimakan (kg)
Pertambahan berat badan (kg)

Pertambahan berat badan ayam
= Berat badan akhir – berat badan awal
= 200 kg – 3.5 kg
= 196.5 kg

Nisbah penukaran makanan = Kuantiti makanan (kg)
Pertambahan berat badan (kg)

= 400 kg
196.5 kg

= 2.04

Maka, ayam telah makan sebanyak 2.04 kg makanan untuk menghasilkan 1 kg berat badan.

188

2.4.3 PENGURUSAN REKOD

Belanjawan
Belanjawan ladang ialah rancangan untuk menggunakan sumber pengeluaran yang terhad supaya
bidang usaha yang diceburi mendapat keuntungan yang maksimum. Belanjawan ladang juga
merupakan perancangan yang menunjukkan perbelanjaan, pendapatan, keuntungan dan pulangan
setiap ringgit yang dilabur. Antara faedah menyediakan belanjawan ialah:

1. Membuat perbandingan antara beberapa jenis baka ternakan
2. Membuat perkiraan yang lebih sistematik
3. Mengelakkan sesuatu perkara penting tertinggal
4. Mengawal kewangan bidang usaha
5. Mengurangkan risiko kerugian
6. Menganggar kesan sesuatu teknologi atau tindakan dan seterusnya membantu peladang

memilih teknologi atau tindakan yang sesuai
Maklumat penting untuk menyediakan belanjawan ladang ditunjukkan dalam Rajah 2.36.

Maklumat Menyediakan
Belanjawan Ladang

Harga Pasaran Sumber Pengeluaran Kos Sumber
Beberapa Hasil yang ada Pengeluaran

Tanah Pekerja Modal Pengurusan

Rajah 2.36 Maklumat menyediakan belanjawan ladang

Format Belanjawan

Anggaran pendapatan = Anggaran kuantiti hasil x Harga seunit hasil
Anggaran Kos = Kos berubah + Kos tetap
Anggaran Kos Luar Jangka = 10 peratus x Anggaran kos
Anggaran Perbelanjaan = Anggaran kos + Anggaran kos luar jangka
Anggaran Keuntungan = Anggaran pendapatan – Anggaran perbelanjaan
Pulangan Modal (PM) = Anggaran pendapatan

Titik Pulangan Modal (TPM) Anggaran perbelanjaan
= Anggaran perbelanjaan

Anggaran kuantiti hasil

INFO TAMBAHAN

Kos Berubah - kos yang berubah secara langsung dengan tingkat output
Kos Tetap - merupakan bayaran terhadap penggunaan input tetap
Kos Luar Jangka - perbelanjaan tambahan selain daripada perbelanjaan jangkaan yang perlu
ditanggung
Pulangan Modal - pendapatan yang diperoleh daripada setiap nilai ringgit (RM) yang dilabur
Titik Pulangan Modal - harga minima setiap kuantiti hasil dijual

189

Contoh belanjawan – Ternakan Ayam Pedaging
Jadual 2.35 menunjukkan contoh belanjawan ladang untuk ternakan ayam pedaging.

Jadual 2.35 Contoh belanjawan ladang

Perkara Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM)
PENDAPATAN KASAR 84,375.00
(12500 ekor x 2.70
2.5 kg) 31250 kg Jumlah (RM)

KOS BAHAN Kuantiti Harga seunit (RM)

Anak ayam umur 1 hari 12500 ekor 1.10 13,750.00
Makanan Permulaan 220 beg 50.00 11,000.00
Makanan Pembesaran 48.00 37,680.00
Vaksin (50 kg/beg) - 1,220.00
Sarap (Habuk papan) 785 beg 1.00
Bil. Elektrik - 600.00
Bil Air (50 kg/beg) - 1,300.00
Gaji Pekerja - 1,000.00
JUMLAH 220.00
600 beg 3,000.00
- 68,770.00
-
10.50
3 orang 500.00

KOS TETAP
Cukai Tanah
Susut Nilai Peralatan RM5,000 x 10%

JUMLAH KOS 69,280.50

Kos Luar Jangka (10%) 6,928.05
76,208.55
JUMLAH PERBELANJAAN (RM68,770.00 + RM510.50 + RM6,928.05) 8,166.50
KEUNTUNGAN (RM84,375.00 – RM76,208.55)

PULANGAN MODAL RM84,375.00 = 1.11
RM76,208.55

TITIK PULANGAN MODAL RM76,208.55 = RM2.44/kg
31,250 kg

190

Menyedia Rekod Fizikal dan Kewangan

Penyimpanan rekod penternakan penting dalam pengurusan ternakan. Rekod yang disimpan
termasuklah rekod belian (input) dan rekod jualan (output). Rekod fizikal dan kewangan
menyediakan maklumat asas yang penting seperti kadar penukaran makanan, tumbesaran
dan pengeluaran. Ia juga merupakan rekod mekanisme pengawalan dan sebagai asas penilaian
kelemahan dan kecekapan operasi ladang serta sebagai panduan kepada penternak di masa hadapan.
Jadual 2.36 menunjukkan rekod belian, manakala Jadual 2.37 menunjukkan rekod jualan.

Jadual 2.36 Rekod belian

Tarikh Perkara Bilangan/Unit Harga Seunit Jumlah (RM)

Jadual 2.37 Rekod jualan

Tarikh Perkara Jumlah Berat (kg) Harga Sekilogram Jumlah (RM)
(RM)

Rumusan Rekod Belian Dan Jualan

Jadual 2.38 menunjukkan contoh rumusan rekod belian dan jualan ladang.

Jadual 2.38 Rumusan rekod belian dan jualan

Butiran Jumlah (RM)

Bilangan ayam yang mula diternak
Bilangan ayam yang mati atau di takai
Bilangan ayam yang dijual
Jumlah berat
PENDAPATAN:
Harga sekilogram x Jumlah berat
KOS:
Anak benih ayam (RM _____ seekor)
Kos makanan (RM ________)
Kos berubah yang lain (RM ________)
JUMLAH KOS
UNTUNG KASAR
(Pendapatan–Kos)

MENGHITUNG UNTUNG RUGI

Keuntungan ialah harga jualan lebih tinggi atau lebih besar nilainya daripada harga beli. Manakala,
kerugian pula ialah keadaan di mana harga jualan lebih rendah nilainya daripada harga belian.
Keuntungan dan kerugian sesuatu bidang usaha dibuat untuk menunjukkan struktur kewangan
dan hasil urusniaga yang dijalankan oleh sesebuah syarikat. Ia bertujuan menyediakan maklumat
tentang kewangan, prestasi dan aliran tunai.

191

Contoh Penyata Untung Rugi Penternakan Ayam

Jadual 2.39 menunjukkan contoh pengurusan untung rugi penternakan ayam.
Jadual 2.39 Pengiraan untung rugi penternakan ayam

Perkara Unit Harga/Unit Kuantiti RM/
Pusingan
Hasil kg 4.50 112,297.50
Jualan: Ayam pedaging kg 3.50 750.00 505,338.75
bag 3.00 1,300.00 2,625.00
Ayam takai kg 1.90 53,350.00 3,900.00
Tinja kg 1.80 116,400.00
Jumlah Hasil ekor 1.20 50,000.00 511,863.75
Kos Berubah 1
Makanan Permulaan 101,365.00
Makanan Pembesaran 209,520.00
Anak Ayam Umur Sehari 60,000.00
Jumlah Kos Berubah 1 370,885.00
140,978.75
Untung/ Margin Kasar 1 (Jumlah Hasil – Kos Berubah 1)

Kos Berubah 2 Tong 21.00 145.00 3,500.00
Vaksin/Ubatan/Veterinar/Vitamin Unit 0.25 7,000.00 3,045.00
Gas beg 1.00 1,750.00
Elektrik dan Air 0.50 80.00
Sarap (Habuk kayu) 0.20 47,500.00 80.00
Upah/ Gaji 47,500.00 6,000.00
Pengangkutan 23,750.00
Penangkapan Ayam 9,500.00
Pelbagai 1,200.00
Jumlah Kos Berubah 2 42,825.00

Untung/ Margin Kasar 2 (Untung/ Margin 1 – Kos Berubah 2) RM98,153.75

Membuat Keputusan Masa Depan Bidang Usaha
Berdasarkan keuntungan dan pulangan setiap nilai ringgit yang dilabur, seorang penternak boleh
membuat keputusan untuk masa hadapan bidang usahanya. Rajah 2.36 keputusan masa hadapan
bidang usaha.

Masa hadapan
bidang usaha

Keputusan Tidak Mengubahsuai pengurusan
bidang usaha

Mengantikan dengan
bidang usaha lain

Membubarkan bidang
Ya usaha

Meneruskan bidang usaha
Rajah 2.36 Keputusan hadapan bidang usaha

192


Click to View FlipBook Version