PENTAKSIRAN BERTERUSAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II PRKA3171 Nama : NUR ZULAIKHA BINTI ADZHAR Angka Giliran : 2021292340304 No. Kad Pengenalan : 030827050194 Program : BAHASA MELAYU Ambilan : JUN 2021- MEI 2026 Kumpulan/Unit : KUMPULAN BM 4 Nama Pensyarah Kursus : PN KHALIDAH BINTI KHALID Nama Sekolah : SK SUNGAI MACHANG Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah Wajaran 1. Portfolio /60 2. Laporan Refleksi /40 Jumlah
1.0 MAKLUMAT PENEMPATAN
1.0 Maklumat penempatan
2.0 BIODATA
2.0 Biodata guru pelatih NAMA IPG INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN NAMA PELAJAR: NUR ZULAIKHA BINTI ADZHAR NOMBOR KAD PENGENALAN: 030827-05-0194 ALAMAT TETAP NO 88, JALAN SRI GADING 7, TAMAN SRI GADING, 71700 MANTIN, NEGERI SEMBILAN. NOMBOR TELEFON : 017-6778903 EMEL: [email protected] AMBILAN: JUN 2021-MEI 2026 PENGKHUSUSAN: BAHASA MELAYU 4 TAHUN: 2 SEMESTER: 3 TARIKH PBS: 10 JUN 2023 – 21 JUN 2023 JABATAN: PENGAJIAN BAHASA MELAYU
3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL
3.0 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti a) Pengenalan Saya pelajar Bahasa Melayu 4 PISMP ambilan Jun 2021 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn telah diberi tugasan serta ditugaskan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang mengambil masa selama 2 minggu. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bermula 10 Jun 2024 dan berlangsung sehingga 21 Jun 2024. Malah, pengalaman berasaskan sekolah (PBS) ini merupakan pengalaman kedua saya sebagai seorang guru pelatih PISMP bagi pengambilan Jun 2021. Bagi melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini, saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Sungai Machang, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan. Hal ini demikian kerana, Sekolah Kebangsaan Sungai Machang merupakan tempat yang mana perjalanan ke sekolah hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja. Sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di luar bandar. Seterusnya, bahagian penting dalam Amalan Profesional bagi pelajar Diploma Pascasiswazah Pendidikan adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah atau dikenali sebagai PBS. Guru pelatih juga perlu melaporkan diri di sekolah dan melaksanakan tugas yang perlu dilaksanakan. Pelaksanaan PBS ini sangat penting kepada saya serta para guru pelatih yang lain supaya mereka dapat membuat gambaran awal dengan memahami sekolah sebagai salah sebuah institusi pendidikan di negara kita dan sebelum saya memasuki fasa praktikum pada bulan 8 ini. Dengan pengalaman ini, secara tidak langsung saya mempersiapkan diri saya sebagai seorang guru pelatih agar saya mampu bekerjasama dengan baik bersama seluruh warga sekolah. Tambahan pula, pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah kali kedua ini mampu membantu saya sebagai seorang guru pelatih agar memahami profesion keguruan dengan lebih baik sekaligus mampu mendapatkan maklumat mengenai pengurusan dan pembelajaran harian yang berlaku di sekolah dengan lebih lanjut. Dengan adanya tugasan yang diamanahkan ini, memberi peluang kepada saya untuk belajar bagaimana untuk berkomunikasi bukan sahaja dengan guru tetapi juga dengan
komuniti yang terdapat di sekolah secara amnya serta meningkatkan lagi kemahiran mengumpul data. Segala maklumat yang telah dikumpulkan melalui temuduga serta pemerhatian kemudiannya akan dianalisis untuk melengkapkan tugasan portfolio PBS ini. b) Tujuan penyataan profesional Menentukan hala tuju fokus mengenai tugasan yang perlu dilaksanakan merupakan tujuan utama pernyataan profesional. Hal ini demikian kerana, tugasan yang hendak dibuat jelas dan tiada kesalahan yang berlaku. Secara tidak langsung, guru pelatih dapat menyatakan objektif PBS yang ditetapkan oleh IPG. Tambahan pula, guru pelatih mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk merancang dan menjalankan aktiviti yang difokuskan dengan cara yang teratur, sistematik dan berkesan. Kemahiran berinteraksi dua hala yang dilakukan oleh guru pelatih ini melalui temu bual sama ada dengan murid murid, guru-guru mahupun pekerja sekolah dapat ditingkatkan semasa menjalankan PBS. Dengan ini, kemahiran intrapersenal mahupun interpersenal dapat diperkukuhkan lagi. Sama ada melalui pemerhatian, temu bual atau melihat dokumen sekolah, guru pelatih boleh mengetahui peranan dan tanggungjawab sebagai seorang guru. Segala kelemahan mahupun kelebihan adalah berbeza mengikut sesebuah sekolah itu sendiri seperti persekitaran iaitu luar bandar mahupun bandar. Oleh itu, segala pernyataan profesional ini boleh dijadikan petunjuk kepada semua guru pelatih dalam melaksanakan tugasan. 3.1 Pernyataan sebelum PBS Selain itu, taklimat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) telah diberikan oleh pensyarah iaitu Encik Rosman Bin Salubin selaku Ketua Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn kepada semua guru pelatih ambilan Jun 2021 pada 28 April 2024. Taklimat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini diadakan secara bersemuka di Dewan Sri Budiman pada jam 9.00 pagi. Dengan mengadakan taklimat bersemuka, guru pelatih mendapat pemahaman yang lebih baik dan dapat mengemukakan soalan yang tidak faham. Taklimat ini sangat penting sebagai penyediaan guru pelatih sebelum ke sekolah serta meningkatkan lagi
kefahaman mengenai alam persekolahan dari aspek pengurusan sekolah, sistem organisasi pentadbiran kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, nilai kepimpinan mahupun dasar pendidikan yang dilaksanakan di sekolah dengan berkesan. a) Mengenal pasti fokus utama tugasan Tugasan pertama iaitu portfolio, saya dikehendaki untuk menjalankan PBS selama 2 minggu di sekolah bagi mencari maklumat yang diperlukan. Terdapat 2 tugasan iaitu portfolio dan kajian lapangan. Fokus utama tugasan PBS ini adalah saya perlu melengkapkan tugasan berdasarkan panduan yang telah diberikan IPGKTHO untuk mempelajari dan mengumpul maklumat mengenai kurikulum dari segi pengurusan sumber manusia dan pengurusan akademik. Fokus yang kedua adalah pengurusan hal ehwal murid. Fokus yang ketiga adalah kokurikulum untuk mendapatkan maklumat dari segi pengurusan kokurikulum, kelab persatuan, unit beruniform serta sukan dan permainan. Kesemua maklumat ini diperolehi daripada Penolong Kanan Kokurikulum. Komuniti pula adalah fokus yang keempat yang perlu diberi perhatian dalam mengumpul maklumat mengenai ibu bapa, warga sekolah dan sebagainya. Misalnya, peranan yang dimainkan oleh PIBG dan halangan yang dihadapi. Fokus yang kelima pula adalah Dasar Pendidikan Semasa seperti Program Transformasi Sekolah (TS25). Maklumat ini didapati daripada Guru Penolong Kanan 1 melalui kaedah temu bual dan pemerhatian. Tambahan pula, selepas PBS ini dijalankan, kerja kajian lapangan sebagai tugasan ke 2. Ini disebabkan oleh penilaian terhadap guru pelatih mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai seorang guru. Tugasan 2 ini memerlukan bahan-bahan atau bukti bukti yang relevan, seperti gambar yang diambil semasa program PBS selama dua minggu. b) Mengenal pasti tujuan tugasan Sebagai guru pelatih, matlamat utama tugasan ini adalah untuk meningkatkan lagi peranan dan pemahaman tentang ilmu dan kemahiran. Kedua-dua tugasan ini secara
tidak langsung membantu guru pelatih lebih memahami sekolah. Melengkapkan tugasan portfolio serta kerja lapangan ini akan dicapai melalui pemerhatian, pengumpulan maklumat, temu bual dan perbincangan. Sedikit sebanyak dapat mengumpul maklumat yang diperlukan. c) Merancang strategi pelaksanaan Akibat masa yang singkat untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini, saya telah menyusun beberapa rancangan secara sistematik. Antara perancangan yang dibuat adalah menyusun waktu untuk menemu bual guru besar, guru panitia Bahasa Melayu, guru penolong kanan, guru-guru yang berkaitan, murid-murid dan kakitangan sekolah. Malah, saya juga menyediakan beberapa soalan yang hendak ditanya sebelum sesi menemu bual. Tambahan pula, membuat catatan hasil, merekod suara daripada temu bual serta mengambil gambar. Selanjutnya, berinteraksi dan berkenalan dengan komuniti di sekolah sama ada murid, kakitangan sekolah mahupun pengawal keselamatan. Dengan ini, saya dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. d) Melakukan instrumen penilaian kendiri Untuk menyelesaikan tugasan pengalaman berasaskan sekolah ini, saya menggunakan tiga instrumen. Menggunakan kaedah seperti pemerhatian, senarai Semak dan temu bual untuk mengumpul dan mendapatkan data dan maklumat yang diperlukan. 3.2 Pernyataan semasa PBS Semasa melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kali kedua ini, saya melakukan temu bual dan perbincangan bersama guru pentadbir, kakitangan sekolah seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kurikulum, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan guru-guru untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah serta pengkongsian pengalaman mahupun suasana sekolah. Sebelum melakukan sesuatu perkara, saya merujuk kepada perancangan awal terlebih dahulu agar melancarkan urusan saya. Saya juga mendapatkan buku pengurusan
sekolah bagi mengetahui serba sedikit maklumat mengenai sekolah. Pengetahuan baharu ini melatih kepekaan saya sebagai bakal seorang guru sebelum menjadi guru yang sebenar. Hasil perbincangan yang dibuat, serba sedikit mengetahui cabaran atau halangan yang dihadapi oleh guru-guru di sekolah dan bagaimana guru-guru mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai guru pelatih, saya dapat meningkatkan kemahiran interpersonal saya melalui perbincangan dua hala seperti ini. Tambahan pula, saya juga mencatat segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak serta membuat peninjauan kawasan sekolah untuk melihat mahupun memahami iklim persekitaran dan prasarana yang terdapat di sekolah. Gambar-gambar diambil sebagai bahan bukti untuk dimasukkan dalam tugasan portfolio. Pemerhatian kawasan ini dilakukan setelah mendapat izin daripada Guru Besar. Dengan adanya tugasan untuk mendapatkan data atau maklumat ini, melatih saya untuk lebih proaktif. Sebelum hari-hari terakhir Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini berakhir, saya mengumpul, menyusun dan menyemak semula maklumat yang saya perolehi. Kemudian, saya memulakan portfolio dan laporan kajian lapangan. Tanggungjawab saya dipermudahkan oleh hubungan dan kerjasama yang baik antara saya dan warga sekolah. Saya akan menggunakan nasihat dan panduan yang diberikan ini dalam kerjaya saya sebagai guru. 3.3 Pernyataan selepas PBS Saya berjaya mendapatkan data untuk setiap tugasan yang diperlukan selepas dua minggu melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kali kedua ini. Komunikasi dua hala saya dengan pentadbiran sekolah melalui temu bual dan perbincangan memberi saya pengetahuan baharu. Malah, saya juga telah menambah baik cara untuk berinteraksi dengan lebih baik serta berkesan dengan para guru mahupun warga sekolah sekaligus mencapai fokus yang telah saya rancang sepanjang dua minggu PBS berlangsung. Temu bual adalah satu kaedah yang saya gunakan untuk mendapatkan maklumat atau data dengan lebih lanjut. Temu bual yang dijalankan adalah temu bual berstruktur mahupun temu bual separa berstruktur. Temu bual separa berstruktur seperti saya berinteraksi bersama murid. Menyediakan dan menggemukkan beberapa soalan yang bernas dan bertepatan dengan matlamat yang ingin dicapai.
Tambahan pula, merancang soalan terlebih dahulu memudahkan lagi urusan mahupun sistematik serta menjimatkan masa untuk menemu bual seseorang. Hasil daripada menemu ramah warga sekolah secara tidak langsung memberikan kata-kata semangat, nasihat kepada saya. Sekaligus saya berasa lebih bersemangat untuk menjadi seorang guru yang lebih baik. Selanjutnya, kaedah pemerhatian juga turut saya gunakan untuk mendapatkan maklumat. Kaedah pemerhatian yang dilakukan secara bersemuka dan memberi peluang kepada saya untuk melihat suasana di sekolah. Misalnya, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, cara pengurusan dilakukan, tahap disiplin para pelajar dan sebagainya. Kebanyakannya aktiviti yang dijalankan melibatkan seluruh murid sekolah. Saya juga diberi peluang untuk memasuki kelas untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan sedikit sebanyak dapat menambah ilmu pengetahuan sedia ada. Melihat bagaimana guru mengajar anak muridnya dengan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti main sambil belajar. Melalui PBS ini, saya berasa gembira dan selesa untuk ke sekolah kerana hubungan yang baik antara saya dengan warga sekolah. Bahkan, saya juga mampu memahami serta menganalisis organisasi sekolah berasaskan pentadbiran pengurusan, kurikulum, hal ehwal murid, kurikulum, kokurikulum, nilai kepimpinan serta mengenal pasti dasar pendidikan yang dilaksanakan di sekolah.
3.4 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus Mengikut masa yang telah ditetapkan bagi menjalan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini adalah selama dua minggu. Pengalaman Berasaskan Sekolah ini bermula pada 10 Jun 2024 hingga 21 Jun 2024. Perancangan bagi menjalankan sesuatu aktiviti telah dibuat serta menggunakan kaedah senarai semak bagi memastikan sesuatu perkara yang hendak dilakukan tidak tercicir. Berikut adalah senarai aktiviti serta tindakan yang telah saya lakukan sepanjang tempoh PBS 2 di Sekolah Kebangsaan Sungai Machang, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan. BIL TARIKH TINDAKAN 1. 10 Jun 2024 (Isnin) - Melapor diri. - Menghadiri perhimpunan rasmi. - Taklimat dari guru besar dan GPK. - Mendapatkan bahan-bahan rujukan (buku pengurusan sekolah) daripada kakitangan sekolah untuk mendapat maklumat mengenai: ○ Sejarah ○ Carta organisasi sekolah ○ Pengurusan sekolah - Melawat kawasan sekolah dan berkenalan dengan guru-guru SK Sungai Machang. - Menemu bual Pembantu Pengurusan Murid Pra-Sekolah. - Menemu bual pengawal keselamatan. 2. 11 Jun 2024 (Selasa) - Menghadiri perhimpunan harian. - Membuat pemerhatian program NILAM. - Menyertai Program 1 Murid 1 Sukan. - Menemu bual jururawat yang membuat suntikan kepada
murid tahun 1. - Menemu bual murid. - Menghadiri mesyuarat guru Bil 2/2024. 3. 12 Jun 2024 (Rabu) - Menghadiri perhimpunan harian. - Membuat pemerhatian program NILAM. - Menyertai majlis penyampaian hadiah Pertandingan Tulisan Cantik dan Tulisan Berangkai. - Tugaskan menjadi AJK multimedia Pertandingan Storytelling Tahap 1 dan Tahap 2. - Membuat pemerhatian sesi PdP subjek sejarah Tahun 6. - Membuat pemerhatian sesi fotografi Pra-Sekolah. - Menemu bual Guru Besar Sk Sungai Machang. 4. 13 Jun 2024 (Khamis) - Menghadiri perhimpunan harian. - Membuat pemerhatian program NILAM. - Menemu bual guru Pra-Sekolah. - Menemu bual guru Pemulihan. - Menemu bual GPK Kokurikulum - Menghadiri mesyuarat Kurikulum dan kokurikulum Bil 2/2024. 5. 14 Jun 2024 (Jumaat) - Menghadiri bacaan Yassin. - Mendengar tazkirah ringkas Sambutan Hari Raya AidilAdha - Menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Guru Cemerlang. - Menghadiri majlis penyampaian hadiah pertandingan Action Song and Storytelling Tahap 1 dan 2. - Menghadiri penutupan Majlis Kempen Bulan Galakkan Membaca program NILAM dan Dekad Membaca Kebangsaan. - Membuat pemerhatian bengkel komik. - Membuat pemerhatian jualan buku BLINK. 6. 19 Jun 2024 - Menghadiri perhimpunan harian.
(Rabu) - Menemu bual GPK Pentadbiran. - Membuat pemerhatian dan menyertai aktiviti kokurikulum yang dijalankan. 7. 20 Jun 2024 (Khamis) - Menghadiri perhimpunan harian. - Membuat pemerhatian program NILAM. - Menemu bual Guru Bimbingan dan Kaunseling. - Membuat pemerhatian bersama guru Bahasa Melayu di dalam kelas. - Menemu bual guru Bahasa Melayu. 8. 21 Jun 2024 (Jumaat) - Menghadiri bacaan Yassin. - Mendengar taklimat ringkas Gotong Royong MADANI yang akan dijalankan di sekolah. - Menghadiri penyampaian hadiah Larian Olahraga peringkat daerah. - Menyampaikan buah tangan kepada guru-guru SK Machang. - Berjumpa guru besar dan pentadbir.
4.0 KURIKULUM
4.1 Carta organisasi
4.2 Bidang tugas Panitia Di Sekolah Kebangsaan Sungai Machang mempunyai 11 jenis panitia iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Matematik, Panitia Sains, Panitia Pendidikan Islam, Panitia Moral, Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Panitia Pendidikan Muzik dan Panitia Pendidikan Visual, Panitia Sejarah, Panitia Bahasa Arab serta Panitia Reka Bentuk dan Teknologi. Kesemua panitia matapelajaran memainkan peranan dan tanggungjawab penting dalam subjek masing-masing. Antara bidang tugas panitia adalah mempengerusikan panitia mata pelajaran, menjadi anggota kurikulum sekolah, mewakili Guru Besar dalam mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan matapelajaran berkenaan dan mengkaji keperluan dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan. Bahkan, peranan panitia juga mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan, mengemaskini dan menyemakkan buku stok dari semasa ke semasa mahupun memantau guru-guru baharu bagi mata pelajaran berkenaan. Tambahan pula, panitia juga perlu menyediakan atau membantu setiap rancangan mengajar tahunan untuk semua guru mata pelajaran. Begitu juga dengan melapor kepada pentadbir mengenai dapatan, keputusan dan cadangan oleh panitia berkenaan. Memberi taklimat kepada semua guru panitia berkenaan hasil dapatan sama ada daripada kursus, taklimat, serta seminar mata pelajaran berkenaan, menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarah oleh Guru Besar dari semasa ke semasa dan akhir sekali, menyediakan laporan sebagai evidens untuk SKPMg2. Disini dapat dilihat bahawa setiap guru panitia memainkan peranan dan mempunyai tanggungjawab yang sangat besar di setiap sekolah agar proses kurikulum di sekolah berjalan dengan lancar dan sistematik.
Berikut adalah panitia-panitia yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Sungai Machang : 4.3 Takwim Kurikulum 4.4 Program-program peningkatan kurikulum berkaitan 4.4.1 Perancangan dan Pelaksanaan PdP 4.4.2 Pendekatan dan Strategi pengajaran 4.4.3 Bahan Bantu Mengajar (inovasi) 4.4.4 Pentaksiran dan penilaian
4.3 Takwim Kurikulum Takwim kurikulum 2024/2025
4.4 Program-program peningkatan kurikulum berkaitan: 4.4.1 Perancangan dan pelaksanaan pdp 4.4.2 Pendekatan dan strategi pengajaran 4.4.3 Bahan Bantu Mengajar (Inovasi) 4.4.4 Pentaksiran dan penilaian
4.4 Program-program peningkatan kurikulum berkaitan: Seperti yang diketahui kurikulum memainkan peranan penting dan telah direka dengan teliti dan juga sistematik agar pendidikan secara menyeluruh dapat diberikan kepada semua murid yang belajar di negara ini. Oleh sebab demikianlah, program-program kurikulum sekolah secara tidak langsung juga mampu membina masa depan murid sama ada bakat, kebolehan mahupun kemampuan dan seterusnya mampu membina masyarakat yang berilmu pengetahuan. 4.4.1 Perancangan dan pelaksanaan pdp Di Sekolah Kebangsaan Sungai Machang, mempunyai perancangan dan perlaksaan proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeluruh mahupun sistematik. Kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran ini secara tidak langsung dapat melahirkan murid yang berkualiti tinggi. Sekolah Kebangsaan Sungai Machang ini mempunya 26 orang guru dan mempunyai dan jumlah muridnya yang seramai 387 orang. Walaupun sekolah ini merupakan kawasan sekolah luar bandar dan bilangan guru mahupun muridnya yang tidak ramai bukanlah penghalang kepada SK Sungai Machang ini untuk melaksanakan setiap program-program yang berkaitan dengan kurikulum. Bahkan juga, warga sekolah ini berminat dalam menyertai segala program-program yang dianjurkan dan kerjasama antara semua pihak juga turut erat. Berdasarkan temu bual saya dan guru-guru pelatih yang lain bersama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Machang iaitu Puan Rosniza Binti Baharudin, beliau telah menyatakan bahawa semua guru perlu menggunakan kepelbagaian bahan, kaedah, pendekatan mahupun strategi mengajar untuk menarik minat murid. Antaranya, bercerita, belajar sambil bermain, simulasi dan sebagainya. Bahkan, menurut beliau juga penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran di SK Sungai Machang telah beralih kepada penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi seiring dengan hasrat KPM iaitu Dasar Pendidikan Pendigitalan. Bahan-bahan mengajar yang menarik mampu menjadikan pembelajaran murid lebih seronok dan minat untuk belajar.
Tambahan pula, melalui pemilihan bahan pengajaran yang terbaik oleh guru-guru di SK Sungai Machang ini secara tidak langsung juga pemahaman murid turut dipertingkatkan kerana penggunaan pelbagai bahan seperti visual iaitu gambar, grafik mahupun video yang mampu membantu murid dalam memahami konsep saa abstrak atau kompleks. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi iaitu (KBAT) juga digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar mampu merangsang pemikiran murid yang mana bahan pengajaran berbentuk karangan yang memerlukan isi tersurat dan isi tersirat, soalan berstruktur dan sebagainya. Akhir sekali, pemilihan bantu mengajar juga mampu menilai pembelajaran murid sama ada menguasai atau sebaliknya. Selain itu, penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) juga turut dilaksanakan dan wajib dilakukan oleh guru-guru di SK Sungai Machang ini. Hasil temu bual bersama Guru Besar juga menyatakan bahawa walaupun Sekolah Kebangsaan Sungai Machang merupakan sekolah yang berada di luar bandar akan tetapi mereka juga tidak ketinggalan dalam mengikuti setiap perkara seiring dengan dasar pendidikan negara. Bahkan, SK Sungai Machang ini juga merupakan sekolah pertama di Lenggeng yang menggunakan e-RPH. e-RPH merupakan Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan mengikut format digital dan salah satu inisiatif penggunaan teknologi. Penggunaan e-RPH ini perlu dihantar setiap hari jumaat pada setiap minggu. Penggunaan e-RPH ini banyak manfaatnya yang mana guru hanya perlu menghantar secara softcopy sahaja kepada guru besar dan tidak perlu menghantar fail-fail di bilik guru besar. Melalui Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini dapat memastikan aktiviti pengajaran yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dengan mengikut langkah-langkah yang telah dilakukan. Jadinya, tidak akan berlakunya keciciran setiap aktiviti yang hendak dilakukan. Bahkan, para pentadbir boleh memantau setiap RPH guru-guru dengan lebih efisien, guru-guru boleh mengakses RPH dimana-mana sahaja dan secara tidak langsung boleh menganalisis data untuk melihat prestasi dan keputusan yang terarah. Dengan ini, konteks pendidikan melalui teknologi di Malaysia dapat dipertingkatkan.
Antara perancangan dan pelaksanaan program adalah seperti program Transisi, Program Pemulihan Khas, STEM (Sains, Engineering dan Matematik), High Imersif Program (HIP), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK), Program Kecemerlangan Kurikulum Sekolah / TS25 dan program-program panitia seperti Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Matematik, Panitia Sains, Panitia Pendidikan Islam, Panitia Moral, Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Panitia Pendidikan Muzik dan Panitia Pendidikan Visual, Panitia Sejarah, Panitia Bahasa Arab serta Panitia Reka Bentuk dan Teknologi. Kesemua program kurikulum ini dirancang dan dilaksanakan mengikut minggu-minggu atau bulan-bulan tertentu. Berdasarkan pemerhatian saya semasa menjalankan PBS 2, minggu-minggu tersebut merupakan minggu program Panitia Bahasa Melayu dan Program Bahasa Inggeris. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tersebut dan antaranya adalah pertandingan mencipta kulit buku digital, mencipta penanda buku, pertandingan bercerita, pertandingan action song secara berkumpulan dan storytelling. Pertandingan-pertandingan ini mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid SK Sungai Machang.
4.4.2 Pendekatan dan strategi pengajaran Pendekatan dan strategi pengajaran mempunyai peranan utama dalam menjayakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pemilihan pendekatan dan strategi pengajaran perlu teliti dan bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti yang hendak dilakukan supaya setiap objek mampu dicapai oleh setiap murid. Antara kepentingan pendekatan dan strategi pengajaran adalah setiap keperluan murid dapat dicapai kerana setiap murid adalah pelbagai dari segi kebolehan, gaya pembelajaran mahupun minat. Selain itu, penglibatan murid aktif dapat diwujudkan kerana bantu murid memahami dan menguasai konsep dengan baik. Tambahan pula, meningkatkan prestasi murid, kemahiran abad ke-21 dapat dikembangkan, pembelajaran sepanjang hayat mahupun gallakan inovasi dan kreativiti. Berdasarkan pemerhatian saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh Encik Rosli Khan bin Illadad Khan yang merupakan guru subjek bahasa Melayu di SK Sungai Machang. Beliau adalah seorang guru yang berpengalaman dan telah mengajar lebih daripada 15 tahun. Berdasarkan pemerhatian saya, beliau menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan yang bersesuaian dengan tajuk atau aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Antara pendekatan yang digunakan oleh guru ini adalah pendekatan deduktif. Pendekatan deduktif adalah salah satu pendekatan yang sangat popular yang digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang mana Cikgu Rosli ni menerangkan konsep terlebih dahulu dan kemudiaannya memberikan contoh. Cikgu Rosli ini memperkenalkan konsep karangan dan bentuk atau struktur asas karangan kepada murid terlebih dahulu. Kemudian, Cikgu Rosli ini menerangkan kepada murid mengenai elemen-elemen yang penting dalam membuat karangan iaitu bermula dengan pendahuluan, isi dan juga penutup. Seterusnya, rangka karangan yang telah siap kepada pelajar dan hanya isi tersurat sahaja dan pembahagian isi mengikut perenggan yang telah ditetapkan. Selain itu, contoh karangan turut dibaca oleh guru sebagai panduan untuk membina idea mengikut kesesuaian tajuk. Murid kemudiannya diminta untuk membina atau menulis karangan sendiri dengan adanya bimbingan guru. Akhir sekali, guru menilai karangan yang telah dibina oleh murid iaitu murid diminta membaca karangan masing-masing
dan guru akan memberi maklum balas serta sebarang kesalahan atau kekuatan akan dimaklumkan. Hasil pemerhatian saya ketika di dalam kelas, guru-guru lebih menggunakan strategi berpusatkan murid, berpusatkan bahan, berpusatkan aktiviti atau tugasan manakala strategi berpusatkan guru juga turut digunakan tetapi tidak sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid juga dilihat begitu aktif semasa menjalankan aktiviti. Hal ini kerana, penggunaan teknologi digunakan oleh guru-guru semasa mengajar. Secara tidak langsung mampu menarik minat dan pemahaman semasa mengajar. Melalui strategi-strategi yang digunakan oleh guru-guru SK Sungai Machang ini mampu meningkatkan kemahiran Abad ke-21 yang mana aktivit-aktiviti yang dilaksanakan oleh guru terutamanya kemahiran berfikir kritis, kreativiti, inovatif, kerjasama mahupun komunikasi. Misalnya, strategi berpusatkan bahan pengajaran yang telah dilaksanan oleh guru iaitu menggunakan bahan mengajar yang berbentuk model 3D dalam menerangkan kepada pelajar. Setiap kumpulan diberikan model-model 3D yang mana mereka boleh menyentuh setiap model-model 3D tersebut. Dengan ini mampu menarik minat dan pembelajaran lebih menyeronokkan.
4.4.3 Bahan Bantu Mengajar (inovasi) SK Sungai Machang juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan pelbagai bahan-bahan mengajar untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bahan bantu mengajar ini dibina dengan adanya kerjasama daripada para pentadbir, guru-guru panitia, guru pemulihan, ibupada, komuniti dan juga warga sekolah. Hasil kerjasama daripada semua warga telah wujudkan bahan bantu mengajar yang menarik dan secara tidak langsung dapat menarik minat murid serta dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Antara guru yang menyumbang dalam menghasilkan bahan bantu mengajar inovasi ini adalah Cikgu Azuraini Ikhwan Bin Mohd Husaini. Beliau sangat berpengalaman dalam mengajar selama 14 tahun serta banyak menyumbang untuk sekolah sama ada dalam bentuk tenaga, kewangan mahupun idea. Tambahan pula, beliau juga telah menyertai Pertandingan Guru Inovatif daerah Seremban tahun 2022 dan 2023. Pencapaiannya yang sangat baik yang mana, beliau telah memenangi tempat ketiga peringkat negeri pada tahun 2022 dan beliau telah menambahbaik bahan bantu mengajar sehingga beliau berjaya mendapatkan tempat kedua peringkat negeri pada tahun 2023. Pencapaian beliau sangat membanggakan warga sekolah dan menjadi inspirasi kepada guru-guru yang lain. Antara produk inovasi atau bahan bantu mengajar yang dihasilkan adalah set “Telinga Capangku” dan “Te+vo”. Bantu bahan pertama yang dihasilkan adalah set telinga capang. Produk inovasi telinga capang di bina kerana murid-murid mempunyai masalah iaitu sukar untuk membaca, murid tidak dapat mengeja dan membaca perkataan suku kata KVKV bahasa Melayu dengan tepat dan murid hanya menghafal sahaja sebutan suku kata KV. jumlah murid yang dikenalpasti adalah seramai tujuh orang. Misalnya, susu dan bola. Bagi mengatasi masalah murid-murid tersebut, Cikgu Ikhwan telah membina bahan telinga capang dan secara tidak langsung dapat menarik minat murid untuk membaca. Penggunaan produk ini adalah berpusatkan murid yang mana murid perlu menyebut perkataan KV+ KV serta menggunakan pendekatan didik hibur. “Telinga Capangku” memainkan peranan sebagai isyarat kepada murid untuk memberi respons kepada guru. Telinga akan terangkat apabila dipicit sama ada sebelah kiri atau kanan atau
kedua-dua belah bagi mewakili suku kata KV yang perlu disebut oleh murid untuk menjadi satu perkataan suku kata KVKV Papan kad suku kata KV boleh diubah kedudukan. Terdapat kad yang mana dalam kad tersebut mempunyai perkataan KV + KV yang mana suku kata pertama berwarna biru dan suku kata kedua berwarna merah. Guru memakai telinga capang tersebut yang mana telinga tersebut mempunyai lampu. Jika telinga capang yang guru naik di sebelah kanan, maka murid dikehendaki membaca suku kata yang pertama iaitu bewarna biru dan begitu juga bagi sebelah kiri apabila telinga tersebut naik maka suku kata berwarna merah juga perlu di sebut oleh murid. Kemudian, guru akan menekan butang yang mana kedua-dua telinga capang tersebut naik keatas untuk membolehkan murid menyebut gabungan KV+KV. Nyalaan lampu hijau untuk perkataan yang disebut betul manakala nyalaan lampu merah untuk perkataan yang disebut salah. Menggunakan Aplikasi "Picker Wheel” yang telah disetkan oleh guru mengikut nama setiap murid atau nama kumpulan.Bahagian belakang kad tersebut, murid boleh melakukan aktiviti menyalin semula perkataan tersebut. Produk yang dihasilkan ini dapat menarik minat murid untuk belajar dengan lebih baik. Produk ini juga digunakan untuk murid-murid pemulihan khususnya yang lemah dalam kemahiran membaca. Bagi produk yang kedua pula dikenali sebagai “Te-vo” yang membawa maksud ten teng dan juga vokal. Produk ini diinspirasi daripada permainan tradisional iaitu permainan teng teng. Bahan bantu mengajar yang dihasilkan oleh Cikgu Ikhwan ini disebabkan oleh murid yang masih lagi tidak menguasai huruf-huruf vokal iaitu a, e, i, o, dan u. Dengan adanya produk ini, secara tidak langsung menjadikan murid lebih menguasai dan memahami. Produk ini berpusatkan murid dan mempunyai elemen teknologi iaitu penggunaan aplikasi Youtube dan juga qr kod. Bahan atau alatan yang digunakan diambil daripada bahan kitar semula dan mudah dijumpai seperti kotak, alas kaki, tapak stokin, tali dan sebagainya. Bahkan, bahan bantu mengajar ini merupakan kaedah belajar sambil bermain dan seterusnya merangsang deria sentuhan yang terdapat pada kaki. Cara produk ini digunakan adalah dengan mengikuti langkah pertama iaitu murid perlu membaling dadu Te-vo terlebih dahulu. Kemudian, murid perlu, melompat dengan sebelah kaki ke huruf vokal selepas melihat dadu Te-vo. Murid
dikehendaki menyebut dan membunyikan huruf vokal dengan melihat gambar struktur mulut dan gambar benda sambil merangsang sensori deria sentuhan pada tapak kaki untuk mengencam huruf yang dipijak. Akhir sekali, guru boleh mengimbas kod untuk membaca sambil bernyanyi lagu huruf vokal pada Te-vo. Antara penambahbaikan yang akan dilakukan oleh Cikgu Ikhwan adalah meletakkan lampu yang mana apabila kaki menyentuh papan tenteng, lampu akan menyala. Dalam proses membina produk ini, keterlibatan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam menyiapkan produk ini. Hasilnya, menjadi produk yang lengkap dan sangat sesuai untuk digunakan. Walaupun begitu, terdapat juga cabaran yang dihadapi oleh guru iaitu bagaimana penerimaan murid semasa memperkenalkan bahan bantu mengajar ini. Cikgu Ikhwan ini perlu menerangkan kepada murid terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti atau menggunakan bahan bantu mengajar yang telah dibina. Oleh itu, arahan yang jelas dan menggunakan ayat mudah kepada murid-murid terlebih dahulu sebelum memulakan permainan. Cabaran seterusnya adalah kurangnya kemahiran. Walaupun begitu, Cikgu Ikhwan berusaha meningkatkan kemahiran beliau untuk memastikan produk atau bahan bantu mengajar yang dihasilkan sesuai dengan masalah yang dihadapi dengan berkolaborasi dengan guru-guru di sekolah yang lain. Selain itu, penggunaan bahan yang mana tidak semua produk yang dihasilkan sesuai untuk semua jenis pelajar atau subjek. Oleh itu, Cikgu Ikhwan telah menyelidik terlebih dahulu mengenai kesesuaian bahan dan memastikan bahawa produk yang digunakan adalah relevan dan sesuai dengan tahap pembelajaran pelajar. Dengan adanya sumbangan idea daripada Cikgu Ikhwan ini, secara tidak langsung mampu mewujudkan lagi bahan bantu mengajar yang lebih menarik dan sesuai untuk melahirkan kemenjadian murid yang lebih berkualiti.
4.4.4 Pentaksiran dan penilaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) juga dilaksanakan di setiap kelas. Dengan melaksanakan PBD, guru secara langsung mahupun tidak langsung mengetahui pencapaian, kebolehan, kemajuan yang ada pada diri murid. Kekurangan yang terdapat daripada murid seterusnya akan dibimbing sehingga berjaya. Pengajaran terbeza yang dilaksanakan juga mampu meningkatkan pemahaman murid. Murid yang mempunyai mempunyai aras tinggi seterusnya akan membantu dan membimbing rakan-rakan yang lemah agar menguasai sesuatu topik yang diajar oleh guru. Melalui PBD ini, guru di SK Sungai Machang dapat mengukur prestasi dan perkembangan murid dan seterusnya memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa mahupun. Bahkan guru juga dapat merancang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif dan bersesuaian dengan murid-murid. Berdasarkan pemerhatian dan temu bual saya bersama Guru Besar, Guru Penolong kanan Pentadbiran dan guru-guru, antara penilaian yang mereka gunakan di SK Sungai Machang adalah penilaian formatif yang mana penilaian ini dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti kuiz dan soal jawab. Penilaian ini sangat banyak digunakan oleh guru-guru di sekolah ini. Hal ini demikian kerana, maklum balas dapat diberikan secara terus dan penambahbaikan strategi pengajaran dapat dilakukan. Selain itu, penilaian rakan sebaya dan kendiri juga turut digunakan oleh guru. Murid menilai kerja rakan sebaya mereka atau menilai kerja mereka sendiri dan secara tidak langsung refleksi kendiri dan pembangunan kemahiran kritis dapat digalakkan melalui aktiviti gallery walk. Seterusnya, penilaian berasaskan prestasi juga turut digunakan oleh guru-guru untuk menilai murid-murid. Contohnya, aktiviti pembentangan secara kumpulan, simulasi, lakonan dan eksperimen. Dengan ini, guru SK Sungai Machang dapat menilai kemahiran praktikal dan pemikiran kritis murid melalui tugasan . Selanjutnya, Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) juga merupakan satu bentuk pentaksiran berbentuk sumatif. Bagi Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dijalankan pada akhir tahun akademik dengan tujuannya menilai pencapaian keseluruhan murid dalam pelbagai matapelajaran manakala Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) dilaksanakan pada pertengahan
tahun akademik yang mana tujuannya adalah menilai kemajuan pembelajaran murid dalam pelbagai mata pelajaran sebelum ujian akhir tahun. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) mempunyai peranan utama dalam sistem pendidikan dan penilaian yang dilakukan oleh guru secara komprehensif dan berterusan terhadap pencapaian akademik murid. Melalui Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) murid akan lebih bersedia sebelum menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan seterusnya dapat melihat kemenjadian murid yang lebih berkualiti. Kaedah pentaksiran yang digunakan di sekolah ini adalah pemerhatian, lisan dan juga penulisan. Kaedah yang paling popular yang digunakan adalah kaedah pemerhatian. Hal ini kerana guru dapat menilai murid dengan hanya melihat secara langsung terhadap tingkah laku, penglibatan mahupun prestasi murid dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan di dalam kelas. Kaedah ini sesuai untuk menilai kemahiran praktikal, sosial, dan proses pembelajaran. Contohnya, penglibatan murid dalam kerja berpasukan sama ada mereka saling bantu membantu atau tidak mahupun disiplin murid itu sendiri. Bahkan, guru-guru perlu menggunakan rubrik penilaian untuk menilai prestasi murid dalam tugas-tugas tertentu. Guru perlu menyediakan kriteria-kriteria yang jelas untuk menilai murid-murid di dalam kelas. Selain itu, kaedah pentaksiran lisan yang mana penilaian kepada murid melalui kemampuan murid untuk berkomunikasi secara verbal sama ada lancar atau tidak. Tambahan pula, penilaian dibuat dari segi kemahiran lisan, kefahaman, dan pemikiran kritis. Contohnya, soal jawab antara murid dan guru, pembentangan yang mana melihat murid dalam menyusun idea, menyampaikan maklumat mahupun berinteraksi dengan para audiens. Bahkan melalui debat dan aktiviti simulasi juga membolehkan guru melihat penggunaan lisan murid itu sendiri. Akhir sekali, kaedah pentaksiran penulisan yang melihat kepada kemahiran menulis murid untuk menunjukkan pemahaman, kemahiran dan pengetahuan. Guru boleh menilai daripada buku tulis murid-murid atau aktiviti-aktiviti menulis karangan, ujian bertulis, portfolio, penulisan kreatif dan sebagainya. Murid yang cemerlang dapat menulis dengan menggunakan tatabahasa dan ayat yang baik tanpa berlakunya sebarang kesilapan. Ketiga-tiga kaedah pentaksiran yang digunakan oleh